Paul Wolfowitz memperkenalkan diri Anwar di Bank Dunia 19 Jun 2005
Kami telah berbincang lama mengenai status warganegara Anwar adakah beliau juga mempunyai dua warganegara (Malaysia & USA).
Tetapi pada hari ini tiada jawapan yang benar - benar kukuh.
Kalau kita ikuti kes kenapa Wolfowitz dipecat daripada World Bank, banyak dokumen-dokumen yang dibongkar oleh kumpulan Demokrat USA antaranya peranan Wolfowitz, Shaha & Anwar dalam perang di Iraq.
Shaha dipindah dari Bank Dunia (World Bank) ke Pentagon untuk melakukan kerja-kerja risikan di Iraq melalui syarikat tajaan Pentagon yang dinamakan Science Application International Corporation (SAIC).
Maklumat-maklumat Shaha/SAIC jadi panduan Wolfowitz, ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan US serang Iraq.
Anwar ketika WTC (World Trade Center) dibom berada di penjara Malaysia tetapi Anwar menulis surat kepada Wolfowitz mengecam umat Islam dari Iraq yang 'berjihad' menentang kafir.
Baca artikel yang ditulis oleh Peter J Boyer bertajuk 'The Believer-Paul Wolfowitz defends his war'.
Dalam surat itu Anwar menyalahkan seratus peratus kemusnahan WTC disebabkan kejumudan Islam dan pemerintahan diktator Saddam Hussein. Jadi surat sokongan Anwar inilah antara hujah yang boleh dijustifikasi Wolfowitz serang Iraq.
Bakhtiar Amin, pelarian Kurdis, Iraq pula berhujah Saddam Hussein miliki senjata pemusnah WMD. Sebab itu, apabila Anwar dirawat di Munich (2004), Wolfowitz sanggup meluangkan masa untuk melawat Anwar.
Selepas perang Iraq, Wolfowitz cadangkan Bakhtiar Amin jadi Menteri Hak Asasi Iraq, Anwar dilantik Konsultan Bank Dunia dan Shaha Riza dinaikkan gaji.
Ketiga-tiga watak Islam yang jadi tali barut US ini dihimpunkan dalam Foundation for The Future
Apabila tekanan kumpulan Demokrat supaya Wolfowitz dipecat dari Bank Dunia, pentadbiran Bush sengaja melengah-lengah isu Wolfowitz dan kemudiannya 'di'spin doctor' sebagai salah laku antara Wolfowitz dan kekasih (Shaha).
Walhal, peranan Shaha lebih daripada kekasih iaitu pembantu perancang kemusnahan Iraq.
Masa Depan Wolfowitz & Anwar di Amerika
Anwar pula berbaik-baik dengan kedua-dua kem politik di US iaitu kem Republican (melalui Wolfowitz) dan kem Demokrat (melalui Al Gore & Albright) supaya kalau salah satu kem berjaya tadbir US, peranan Anwar masih berfungsi.
Lebih tepat lagi kekuatan Anwar bergantung kepada rangkaian neocon (Yahudi US) yang berada dalam kedua-dua kem.
Kawan baik Anwar adalah Wolfowiz (Republican), Dick Cheney (Republican), Al Gore (Democrate), Al Bright (Democrate), Cohen (Democrate), Robert Zollick (Republican) dan Collin Power (Republican).
Ramai beranggapan sekiranya Wolfowitz dipecat dari Bank Dunia, peranan Anwar sebagai agen US akan terpadam kerana godfathernya (Wolfowitz) telah tamat karier politik.
Anggapan ini silap kerana nyawa politik Wolfowitz semakin kuat kerana beliau ditempatkan di The American Enterprise Institute (AEI) yang menjadi instrumen paling penting parti Republican. Klik di sini tempat kerja baru Wolfowitz.
Lagipun, sebelum ini Wolfowitz telah menghubungkan Anwar dengan rangkaiannya yang berada dalam noecon.
Rangkaian neocon ini merupakan rangkaian yang masih berperanan penting dengan tajaan dana US.
Neocon Madleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika. Sekarang Pengerusi NDI.
Antaranya Wolfowitz perkenalkan Anwar kepada Albright (bekas Setiausaha Negara US) yang memiliki Al Bright Groups dan ditugaskan pula sebagai Pengerusi NDI (National Democratic Institute)
Dua watak neocon yang sentiasa kepit Anwar ialah William Cohen & Paul Wolfowitz (kanan).
Cohen dengan The Cohen Groups. Collin Power memiliki Collins & Aikman Corp serta Aspen Partners yang ditugaskan khusus ke Timur Tengah untuk penguasaan minyak.
Anwar juga diperkenalkan dengan Robert E Rubin yang menjadi CEO Citygroups. Sebab itu Lokman Noor Adam (bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan) kata PKR ditaja Amerika melalui akaun Citybank.
Neocon Carl Greshman, Presiden NED banyak taja agenda demokrasi Anwar. Dulu Anwar 'bercinta' dengan Islam. Katanya'Islam is the way of life'. Sekarang apa pula slogan baru?
Juga diperkenalkan kepada Carl Greshman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).
Semua ini rangkaian neocon yang punyai pengaruh penting dalam pentadbiran US.
Suara Keadilan lapor, Bank Dunia perlu kepakaran Anwar! Tetapi kepakaran Anwar dalam 'Accountability' gagal bendung penyelewengan Wolfowitz hingga terpaksa dipecat dari Bank Dunia
Sebab itu antara tuduhan ke atas Shaha Riza, beliau adalah agen US yang melalui proses covert CIA & USAID dengan bertopengkan World Bank & NED.
Status Visa G-4 yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negara US turut dipertikaikan.
Kes Shaha sama dengan Anwar!
Oleh: Tok Janggut
baca artikel asal di pejuang-melayu.blogspot.com
Nota dari AnwarIbrahimDotCom :
Kepada pemilik blog pejuang-melayu.blogspot.com, saya mohon izin untuk buat sedikit editing dari segi tatabahasa dan menambahkan link, foto dan video berkaitan.
Namun begitu konsep dan fakta asal karangan saudara masih terjamin keasliannya.
Idea yang telah diutarakan oleh saudara itu, mempunyai perkaitan dengan idea yang dikupas dalam blog anwaribrahimdotcom.
Persoalan status Shaha Riza dan Anwar sebagai "agen Amerika" yang direkrut oleh Wolfowitz di Pentagon ketika Wolfowitz memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan telah dihurai dalam video Siapa Anwar (siri 8).
Malah, sebelum ini telah diterbitkan dua siri video (Siapa Anwar Siri 7 dan Siapa Anwar-Siri 6) mengenai hubungan Wolfowitz & Anwar sebagai membuktikan bahawa hubungan mereka sudah terjalin sejak 80-an, ketika Anwar masuk UMNO hingga bekerja di Amerika Syarikat.
Hubungan Anwar & Wolfowitz tidak pernah putus dari tahun 80-an hingga sekarang, malah karier politik antarabangsa Anwar banyak dicaturkan dengan bantuan Wolfowitz.
Sebab itu boleh disimpulkan Wolfowitz adalah godfather Anwar!
Perkara ini perlu didedahkan kerana sebelum ini Anwar sering menafikan hubungannya dengan tokoh Yahudi aliran neocon itu.
Apatah lagi Anwar sengaja mengelirukan masyarakat Melayu kata beliau hanya bekerja sebagai pensyarah jemputan di John Hopkins dan Georgetown University kerana dihalang cari rezeki di Malaysia.
Betulkah Anwar hanya bekerja sebagai pensyarah ? Betulkah Anwar dihalang bekerja di Malaysia ? Kalau betul, siapa penghalangnya ?
Bukankah modus operandi 'agen' sentiasa diplan di dalam gedung menara gading supaya imejnya dilihat positif.
Misalnya, Paul Wolfowitz, dahulu bekas profesor dan dekan di School of Advanced International Studies (SAIS), Paul H. Nitze, Johns Hopkins University.
Kemudian dalam masa sama dicalonkan menjadi Pengarah CIA. Selepas itu Presiden Bush mencalonkan beliau menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.
Apa yang Wolfowitz lakukan ke atas negara Islam ketika bekerja di Pentagon ?
Bukankah hasil kerja 'orang intelek' lebih kejam dan lebih bahaya daripada 'orang biasa'?
Serangan ke atas Iraq, misalnya. Negara hancur lebur, Sadam Hussein dicari hingga ke lubang cacing!
Jadi tidak mustahil Wolfowitz plan Anwar sepertinya. Tidak dapat dinafikan Anwar berjaya menjadi pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti hasil pertolongan Wolfowitz.
Malah, kedua-dua pusat pengajian yang Anwar bekerja itu pernah didakwa 'sarang neocon' untuk mengkaderkan pelapis di seluruh dunia.
Kebiasaannya alumni kedua-dua universiti ini terlibat dalam Council on Foreign Relations (CFR).
Golongan CFR di Amerika dikaitkan dengan 'neocon' kerana mereka dilatih pegang falsafah "Amerika Super Power", berusaha menakluk negara luar untuk luaskan empayar Amerika. Inilah yang dimaksudkan "Project New America Century"(PNAC) dan "Regime Change"
Negara Islam seperti Iraq, Afganistan dituduh TIDAK DEMOKRASI, autokratik, diktator! Wolfowitz tuduh begitu. Anwar pun tuduh begitu ! Itulah modus operandi YAHUDI yang pegang falsafah "REGIME CHANGE"!
Semua matlamat ini dicapai menggunakan dua peluru : "BERPERANG atau terima DEMOKRASI AMERIKA !"
Wolfowitz tidak mampu menyakinkan umat Islam kerana beliau bergenetik YAHUDI, lalu dihantar WAKILNYA yang beragama ISLAM, pandai berbahasa Ingeris dan hafal sesetengah ayat al Quran dicampur dengan falsafah Shakespeare. Wakil itu bernama Anwar Ibrahim.
Persoalan-persoalan ini dilontarkan dalam video "Soalan Untuk Anwar-Siri 1"
Bahkah, persoalan hubungan misteri Wolfowitz, Shaha Riza & Anwar pernah ditulis oleh kolumnis Utusan Malaysia, Zin Mahmud pada 20 Mei 2007, bertajuk "Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar". Klik di sini untuk membacanya.
Walaupun pernah didedahkan di media utama, tetapi Anwar masih menafikannya.
Sebenarnya isu Wolfowitz, Shaha dan Anwar telah banyak didokumenkan dalam media antarabangsa. Namun, kerana media itu menggunakan bahasa Inggeris, jadi maklumat itu tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia.
Misalnya ketika Anwar berkempen menolak "Negara Islam", beliau akan menggunakan terma perkataan-perkataan Inggeris supaya tidak semua rakyat Melayu yang akan memahaminya.
Satu dokumentasi yang agar menarik pembongkaran hubungan Wolfowitz, Shaha & Anwar telah diterbitkan oleh media UK Channel 4 News.
Malah, penulis-penulis barat telah lama mengklasifikasikan Shaha Riza sebagai agen Amerika!
Kalau Shaha Riza didakwa "agen Amerika", status Anwar pula apa, kerana kedua-duanya direkrut oleh godfather yang sama bernama Paul Wolfowitz?
Artikel berkaitan :
1. Siapa Taja Kunjungan Anwar Ke Luar Negara ? Klik di sini
2. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future. Klik di sini
3. Yayasan Hantu : Foundation For The Future. Klik di sini
AnwarIbrahimDotCom
22 Jun 2008
Tuesday, September 2, 2008
Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?
Labels:
Artikel tulisan AIDC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment