Oleh Yahaya Ismail
Kalau PAS menggunakan Islam dalam perjuangan politiknya rakyat boleh menerima dengan baik. Ia bukan parti politik nasionalis atau sosialis. Kekuatan dan pengaruh yang dimilikinya adalah terletak kepada perjuangan Islamnya sejak dulu hingga sekarang. Hari ini kerajaan PAS Kelantan merupakan simbol kejayaan PAS dalam pemerintahan kerajaan negeri.
Lain dengan Anwar. Walaupun dia banyak bercakap tentang perjuangan Islam dan mendabik dada sebagai pemimpin Islam yang bermaruah dan berpengaruh namun dia tetap memilih UMNO untuk berjuang. Bukan PAS. Dia tahu PAS sukar dipilih rakyat untuk memimpin negara. Lalu dia masuk UMNO dan disintuklimau oleh Mahathir hingga mencapai jawatan yang cikit bawah dari Mahathir dalam masa 16 tahun – sesuatu yang luar biasa sekali kejayaannya dalam UMNO.
Mengapakah Mahathir memilih Anwar dan diberi peluang keemasan untuk melonjak naik dalam parti dan kerajaan? Mahathir juga terpukau dengan “kewarakan” Anwar yang dianggap nawaitunya tidak gelong dan dia boleh membantu UMNO untuk meyakinkan masyarakat Melayu khasnya bahawa Islam UMNO Islam tulen sebagai menangkis dakyah-dakyah PAS yang menganggap dirinya lebih Islam dari UMNO dalam amalan dan perjuangan politik.
Anwar sedar Mahathir memerlukannya untuk “mengislamkan” UMNO, dan dia menggunakan dukungan Mahathir sepenuhnya dengan berbagai manipulasi dan strategi politik untuk “membuktikan kepada ahli-ahli UMNo bahawa dia, Anwar bin Ibrahim, berasal dari Ceruk Tok Kun, adalah seorang pejuang Islam yang super wahid. Inilah imej Islam yang diperlihatkannya kepada masyarakat dengan segala bunga-bungaan dan siraman attar-attaran untuk menunjukkan dia lebih hebat keislamannya dari setengah pemimpin UMNO, dan mungkin juga dianggap lebih kurma Islamnya dari setengah pemimpin PAS!.
Banyak orang berpendapat perjuangan Islam Anwar hanya sebagai topeng politik untuk mencari pengaruh dan mengekalkan kreadibilitinya sebagai pemimpin yang berjiwa Islam. Ini imej luaran.
Tapi bagaimanakah pemimpin Islam dan berakhlak mulia boleh menerima derma drai tauke judi Genting Berhad, Lim Goh Tong, sebanyak RM250,000 sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda UMNO untuk Yayasan Gerak Bakti? Nyatalah dia sendiri tidak berpegang teguh pada prinsip Islam yang sebenar. Barangkali Anwar seorang pemimpin Islam yang pragmatik yang menghalalkan penerimaan derma dari tauke judi oleh kerana wang itu akan digunakan untuk kerja amal jariah bagi Yayasan Gerak Bakti dan bukan untuk dirinya sendiri. Apakah ini pendirian Anwar?
Malah sewaktu dia menjadi Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya dia dikatakan telah menerima derma sebanyak RM40,000 dari sebuah syarikat perjudian untuk menampung perbelanjaan 40 orang mahasiswa Islam melawat Indonesia. Apakah ini benar atau pun tidak?
Beranikah Anwar membuat penafian bahawa dia tidak menerima derma dari syarikat perjudian untuk menampung perbelanjaan 40 orang mahasiswa Islam itu? Kalau derma dari syarikat judi itu halal dari segi Islam tentulah PAS juga berminat untuk berjinak-jinak dengan tauke judi. Tapi PAS tahu itu haram dan para pemimpin PAS tidak pernah meminta derma dari mana-mana tauke judi. Kita harap Anwar tampil ke depan dan memberi pandangannya tentang derma tersebut.
Kalau benar Anwar menerima derma dari tauke judi untuk menampung perbelanjaan mahasiswa-mahasiswa Islam bermakna tidaklah boleh dikatakan dia seorang pejuang Islam yang berjiwa Islam. Perjudian itu haram di sisi Islam dan oleh itu penerimaan derma dari syarikat perjudian dianggap bertentangan dengan prinsip Islam.
Sekarang kreadibilitinya sebagai pemimpin Islam tergugat dan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu khasnya bahawa dia dipecat oleh kabinet Mahathir kerana perilaku seks luar tabi’i atau dalam bahasa harian, homoseksualiti.
Malah Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar, dan Azizan Abu Bakar, bekas driver Wan Azizah telah menyatakan dalam warkah mereka kepada Mahathir bahawa Anwar seorang homoseksual. Azizan sendiri berkata di mahkamah bahawa dia diliwat oleh Anwar. Kalau ini benar bermakna Anwar memperalatkan agama untuk menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin berjiwa Islam dan berakhlak mulia tetapi di belakang topeng Islam rupa-rupanya dia seorang homoseksual!
Apakah orang Melayu boleh menerima seorang homoseksual sebagai pemimpin mereka? Apakah UMNO sanggup menerima seorang pemimpin yang membuntuti kaum Lut sebagai ketua mereka? Lebih dari itu apakah masyarakt majmuk di tanahair kita yang tercinta sanggup menyokong pemimpin yang mengamalkan homoseksualiti?
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
2 comments:
Bukan baru....Dah lama Dah !!!tapi mat sabu tentu lebih tau sapa Anwar? Bukankah Anwar pernah menabik dada, darah dalam dirinya darah UMNO tulin.sejak kecil lagi Emaknya sudah membawanya kemajlis majlis UMNO? Inilah anak peranakan To' Kun yang berdarah UMNO asli.
Jadi tidak hairan jika Anwar tidak memilih Pas sebagai wadah perjuangannya.Walaupun bersahabat baik dan satu usrah pula bersama arwah Ust Fadzil Nor dulu tapi pada UMNO jugalah yang Anwar bertenggek mencari pengaruh dan kudrat kuasa.
Nah ! hari ini Anwar dapat berbangga beribu pengikutnya berdiri tegak membetulkan tulang belakangnya yang terpaksa berkerusi roda satu hari dulu untuk menghadiri pengkebumian Ibu yang pernah memimpin Anwar kemajlis majlis majlis UMNO dulu.Jadi sekali lagi kita atau seluruh umat melayu tidak perlu merasa pelik dan janggal mengapa PAS bukan pilihan Anwar.
Hari ini walaupun Pas bukan pentas Anwar bersandiwara tetapi Pas adalah Lubuk tempat Anwar menyembunyi dirinya yang sebenar.Kerana dilubik PAS tiada ada saingan yang dapat mengatasi Anwar jika ada pun hanya bertaraf anak dididik yang belum cukup matang berpolitik.walaupun cukup matang dalam perjuangan PAS itu dulu sebelum pas tidak memiliki pengaruh dan kroni seperti hari ini.Semua yang ada didalam pas hari ini pada Anwar hanyalah mereka yang baru berjinak jinak dengan partai Islam.
Yang pasti didalam pas hari ini Anwar telah meletak kandidatenya tersendiri cuma PAS sedar ataupun tidak saja.walaupun PAS sedar keaadaan ini tetapi apa yang mampu PAS lakukankan.Kerana Pas bergantung harap kemenangannya dengan bantuan pengaruh Anwar.
Pas tidak perlu menafikan situasi yang belaku dalam PRU12 yang lepas.Tanpa pengaruh Anwar melalui kroninya DAP dan Makal sakhti serta kebencian rakyat pada kesombongan BN Pas tidak mampu memiliki satu negeri pun kecuali kelantan.
Sebagai kesimpulan talian Hayat Pas hanya bergatung pada pengaruh dan kuasa Anwar hari ini,itupun selagi pengikut pengikut Anwar masih setia dan mampu menelan segala pembohongannya.Tetapi sejauhmana politik orang melayu dapat mempertahankan pembohongan demi pembohongan Anwar tersebut saban hari lambat laun PKR juga terpaksa dikafan dan dikuburkan kerana berpenyakit assobbiyyah yang kian berkarat.

Post a Comment