AIDC BLOG: Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing?

Tuesday, September 2, 2008

Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing?



Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?

Sebaik sahaja report polis dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, Anwar bergegas menyembunyikan diri ke kedutaan Turki.

Inilah yang menimbulkan tanda tanda.

Ibrahim Ali, Ahli parlimen Bebas mempertikai tindakan Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki. Katanya, jika Anwar yakin tidak bersalah beliau tidak perlu takut dan bersembunyi. Malah katanya, beliau sedia untuk menemani Anwar jika beliau takut untuk berhadapan dengan proses penyiasatan. Katanya, beliau sedia temani Anwar sekalipun masuk lokap bersama untuk disoalsiasat oleh polis.

Penarik beca tulis, "Anwar juga mendakwa mempunyai alibi. Kalau dah gitu, awat yang terkincit-kincit lari ke kedutaan Turki? Jangan la buat perangai yang menyebabkan orang tertanya-tanya"

Kedutaan Turki di Malaysia, menjadi tempat persembunyian Anwar. Kenapa berlindung di kedutaan asing?


Suaka politik

Wan Azizah pula membayangkan suaminya akan mendapat 'suaka politik' daripada kedutaan Turki.


Dua foto Azizah dalam dua acara yang berbeza tetapi memberi pergertian berbeza mengenai bersalaman. Sila klik pada foto untuk melihat saiz yang lebih besar perbezaan dua aksi bersalaman itu


Begitulah episod drastik, Anwar lari bersembunyi kedutaan asing dan berusaha dapatkan 'suaka politik' hanya kerana laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya.

Adakah ini bayangan sebenar wajah Anwar ?. Mencabar dan mengertak laksana hulubalang "Lawan Tetap Lawan", dipentas-pentas ceramah, tetapi larikan diri, berselindung di sebalik kedutaan asing, serta meminta 'suaka politik' apabila merasa dirinya terancam ?

Apakah mungkin Anwar akan melarikan diri ke luar negara suatu hari nanti, sekiranya dirinya benar-benar terancam ?

Sejarah telah membuktikan, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara pada 2004, Anwar mengadakan pertemuan sulit dengan Paul Wolfowitz di Munich dan meminta 'suaka politik' untuk bekerja di Amerika Syarikat pada 2005-2007.

Anwar pernah mendapat 'suaka politik'selama dua tahun di Amerika dan bekerja menjalankan misi Amerika dengan pelbagai organisasi termasuk Foundation For The Future, Council on Foreign Relations(CFR), Internatioanl Crisis Group (ICG) dan sebagainya.

Apa agenda Anwar di kedutaan Turki ?

Majlis Tertinggi PKR kata, Anwar hanya bersembunyi di kedutaan itu untuk menyelamatkan diri kerana ancaman bunuh. Ancaman bunuh???

Wan Azizah kata, suaminya boleh keluar dari kedutaan itu sekiranya kerajaan boleh beri jaminan keselamatan suaminya.

Siapa yang nak bunuh Anwar? Kenapa pula Wan Azizah buat demand sedemikian rupa ? Apa specialnya Anwar hingga boleh tawar menawar dengan kerajaan Malaysia ?

Tetapi, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, kata Anwar selamat berada di kedutaan Turki. Katanya Anwar sedang sibuk bermesyuarat dan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.



Maknanya, Anwar bukan bersembunyi di kedutaan asing kerana takut, tetapi berlindung di kedutaan itu untuk mengadakan pertemuan serta meminta pertolongan daripada pihak luar untuk menghadapi kes liwat yang dilaporkan oleh bekas pembantunya itu.

Hubungan Anwar, Turki dan Amerika

Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal.

Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika, menulis artikel membayangkan keakrapannya itu.

Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang


Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC "Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C"

Tulisnya lagi, "Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut"

Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup meluangkan masanya di Bank Dunia ?

Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarkat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"

Rupa-rupanya Perdana Menteri Erdogan mempunyai hajat besar berjumpa dengan Presiden Amerika dan Anwar menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Patut pun orang kanan Bush, Wolfowitz turut hadir ke majlis itu.

Baca sepenuhnya tulisan Yusmadi, klik di sini.

Bermakna semua kunjungan negara-negara luar ke Amerika diketahui oleh Anwar sepertimana yang ditulis oleh Yusmadi "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush"

Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki, hinggakan Turki hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush


Tulisan ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar.

Begitu susahnya menemui Bush hingga terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu. Dan Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.

Wolfowitz dianggap penasihat kanan Presiden Bush. Begitu sayang Bush kepada Wolfowitz, sanggup melantiknya sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, walaupun pernah dilapor penasihatnya mempunyai banyak skandal. Begitu juga diberi kuasa menjadi Presiden Bank Dunia, walaupun kedudukan Wolfowitz di Bank Dunia dipertikaikan. Sekarang masih penasihat penting dalam American Enterprise Institute (AEI). Begitulah akrabnya Bush dengan pemikir Zionis.


Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq.

Malah, kerajaan Turki masih menuntut 'pampasan' yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu.

Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Endogan dan paul Wolfowitz.

Campurtangan Amerika kes Liwat

Sebaik sahaja Anwar keluar dari 'persembunyiannya' di kedutaan Turki, maka Tom Casey, spokesman for the US State Department telah beri amaran kepada Malaysia agar jangan teruskan siasatan liwat ke atas Anwar.

Tom Casey, spokesman for the US State Department beri amaran kepada Malaysia jangan teruskan siasatan ke atas Anwar.


Begitu cepat Jabatan Negara Amerika mendapat maklumat apa yang berlaku kepada Anwar di Malaysia. Mengapakah Amerika begitu prihatin kepada Anwar hingga sanggup mengertak dan beri amaran kepada Malaysia walaupun tindakan itu melanggar urusan negara lain.

Jadi jelaslah, apakah agenda Anwar 'bermalaman' di kedutaan Turki dan semakin jelas siapakah Anwar di sisi Amerika, hingga sanggup beri amaran jika Anwar diteruskan siasatan.



Persoalannya adakah Malaysia takut dengan gertakan Amerika hingga membiarkan orang yang didakwa menjadi 'talibarut asing' dan dilaporkan 'meliwat' oleh bekas pembantunya bermaharajalela di Malaysia ?


AnwarIbrahimDotCom
4 Julai 2008

0 comments: