AIDC BLOG: Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih?

Wednesday, January 7, 2009

Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih?



Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih ?


Oleh Yahaya Ismail

Apakah kalian boleh menerima Anwar sebagai pemimpin Islam kalau benar dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang? Kalau anda anggap itu fitnah mengapa tidak mendesak Anwar mengheret Ummi dan keluarga Pak Ali ke mahkamah kerana menabur fitnah memburuk-burukkan imejnya sebagai pemimpin Islam? Mengapa diam membisu hingga sekarang? Mengapa takut bertindak? Apakah yang hendak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Oleh kerana Anwar memperalatkan setengah pelajar universiti yang terlalu dangkal pengetahuan dan sepak terajang politik untuk mendewa-dewakan dirinya sebagai pejuang Islam mengapa tidak bertanya kepada Anwar apakah benar dia bermukah dengan isteri orang? Minta dia bersumpah di masjid dan menjunjung Al-Quran di khalayak ramai di hadapan para alim ulama dan para pelajar dan rakyat jelata dan berkata dengan nama Allah bahawa dia tidak bermukah dengan isteri orang. Nah, sila lakukan upacara sumpah secara betul dengan disaksikan alim ulama dan seluruh rakyat. Bukanlah masuk ke dalam masjid tergesa-gesa lalu berkata aku bersumpah dalam masjid tanpa didengari dan disaksikan beribu rakyat dan lepas itu membohongi rakyat bahawa dia telah bersumpah dalam masjid!

Pelek bin ajaib mereka yang kononnya berakhlak mulia, pelajar-pelajar berjiwa Islam termasuk juga setengah yang bergelar ulama (atau ulam-ulama) tidak pernah bertanya kepada Anwar secara terbuka apakah dia sanggup menyaman malu adik-adik Azmin Ali, setiausaha sulitnya yang isterinya dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Sebagai orang Islam kita merujuk kepada Al-Quran dan hadith Nabi terlebih dahulu, lepas itu pendapat-pendapat dari alim ulama dan juga akal fikiran kita sendiri.

Apakah mereka yang taksub dengan Anwar tidak pernah menggunakan akal fikiran mereka yang bebas dan bernas secara terbuka dan berani menanya Anwar apakah dia mempunyai skandal seks dan hubungan sulit dengan Shamsidar? Apakah jendela intelek mereka tertutup rapat dan mereka menjadi koro dan lemah bercampur takut untuk menyoal Anwar tentang skandal ini?

Ini soal maruah, soal harga diri. Kalau Anwar berdegar-degar bercakap tentang akhlak yang mulia dan mengecam setengah pemimpin politik yang dianggap tidak berakhlak mulia, nah, tunjukkanlah kepada dunia bahawa anda seorang pejuang Islam dan pemimpin politik yang berakhlak mulia. Pilih antara dua – saman malu Ummi Hafilda yang menulis warkah kepada PM atau bersumpah di masjid di khalayak ramai.

Datuk Musa Hitam, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah menyaman malu penulis Syed Hussien al nujum kerana mengatakan dia “pembunuh” dalam peristiwa Memali. Dia menang. Tengku Razaleigh Hamzah juga menyaman sebuah akhbar luar negara kerana mengatakan dia terlibat dalam skandal BMF di Hong Kong. Dia menang dan penerbitan tersebut terpaksa membayar ganti rugi berjumpah berjuta ringgit.

Mengapakah Musa Hitam dan Tengku Razaleigh menyaman pihak yang membuat tuduhan palsu dan menghina mereka di khalayak ramai? Mereka menganggap diri mereka tercemar oleh tuduhan-tuduhan palsu tersebut dan mereka ingin mempertahankan maruah dan harga diri mereka.

Mereka sedar mereka tidak melakukan apa yang dituduh oleh pihak penerbit dan penulis. Mereka tidak menyuruh orang lain menyaman bagi pihak mereka. Mereka sendiri bertindak menyaman kerana maruah dan harga diri mereka terjejas. Mahkamah yang membuat keputusan dan mereka sanggup ke depan untuk membersihkan nama mereka.

Mereka menganggap mereka difitnah dan mereka bertindak bagi membersihkan nama baik masing-masing sebagai pemimpin politik dan sebagai manusia biasa. Kalau Anwar menganggap dia tidak ada hubungan sulit dengan Shamsidar dan itu hanya fitnah belaka, nah, samanlah Ummi Hafilda dan keluarga Pak Ali? Juak-juaknya dan alim ulama yang membuntuti (jangan salah tafsir “bukan main buntut”) Anwar patut menggesa dan memaksa Anwar menyaman mahu keluarga Pak Ali untuk membersihkan diri dan jiwanya dari apa yang dikatakan sebagai fitnah itu.

Tan Sri Musa Hitam dan Tengku Razaleigh tidak menepuk dada dan mengangkat diri sendiri sebagai pejuang Islam dan insan berakhlak mulia. Tapi bilamana mereka difitnah mereka terus menyaman untuk membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa tuduhan terhadap mereka adalah palsu dan bermotif jahat untuk menjatuhkan air muka mereka. Anwar menganggap skandal seksnya sebagai fitnah dan keterlaluan.

Okay, good, saman Ummi Hafilda kerana mendedahkan skandal seksnya dengan kakak ipar gadis tersebut? Buktikan kepada para pelajar, alim ulama, sahabat handai, rakan-rakan dari kalangan bukan Islam dan juga Bill Clinton bahawa aku, Anwar bin Ibrahim, tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dan juga tidak melakukan hubungan sejenis dan Azizan Abu Bakar atau siapa saja jantan atau pondan yang ada di atas dunia mayapada ini.

Kalau hanya menelan bulat-bulat, seperti ular sawa menelan kambing, apa yang dikatakan Anwar tanpa mendesak dia menyaman malu mereka yang kononnya memfitnahkannya maka sikap anda itu bolehlah dianggap seperti itik jawa pulang petang. Seekor melintas jalan dan digelek oleh lori sampah yang lain pun turut melintasi jalan walaupun sudah melihat sahabat handai bergelimpangan dibaham tayar lori.

Apakah daya walau pun ada otak dan intelek tetapi tidak boleh berfikir secara kritis maka nasib kalian samalah dengan itik jawa pulang petang. Walaupun Anwar bersilat dan berkuntau dengan kata-katanya yang berputar-putar seperti berkuntau dengan kata-katanya yang berputar-putar seperti mesin rumput kontraktor kelas F menolak penglibatannya dalam skandal seks namun dia tidak dapat menyakinkan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Ingat kisah Bill Clinton yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Monica Lewinsky yang bekerja di pejabat Rumah Putih? Clinton dikatakan menyuruh Monica menghisap kemaluannya (oral sex). Ini hobi Clinton barangkali. Selama lapan bulan dia menafikan kepada seluruh rakyat Amerika dan dunia (melalui CNN, CBS, CNBC dan lain-lain jenis media) bahawa dia tidak ada hubungan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa dia sebenarnya mempunyai hubungan seks dan wanita muda yang ayu tersebut! Dia terpaksa mengaku kerana rakyat Amerika mahu dia bercakap benar dan jangan berbohong kepada mereka.

Akhirnya dengan penuh rasa malu dia terpaksa mengaku bahawa dia mempunyai hubungan seks dengan gadis tersebut. Dia meminta rakyat Amerika, keluarga Lewinsky dan Monica memaafkannya. Kini terpulanglah kepada rakyat Amerika untuk menerima dan menolaknya sebagai presiden Amerika. Nampaknya rakyat Amerika sedar Clinton juga tidak bermoral dan sudah ada usaha untuk membawa Clinton ke pengadilan gara-gara nafsunya yang membara dan membakar sukma.

Itu kisah hobi Clinton. Tapi hobi Anwar, menurut warkah Ummi dan Azizan kepada PM, lain pula sifatnya. Azizan bersumpah dengan nama Allah, berkata Anwar meliwatnya. Ummi dan Azizan berkata Anwar juga mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri Azmin, kakak ipar Ummi. Ini bermakna Anwar lebih hebat dari Clinton. Clinton suka pada wanita muda yang genit, berdada besar tapi tak suka main buntut (No male buttocks please I’m an American President) dan juga tidak mempunyai ghairah untuk menggoda dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Nampaknya Clinton pun ada perkara yang dia sanggup buat dan ada juga yang menjadi batas larangannya. Pondan atau jantan dia nahi nahi (no, no). Isteri orang juga nahi-nahi. Walaupun banyak gay bar dan gay club di US tapi Clinton nampaknya tak berselera dengan pondan dan gay. Dia juga tahu kisah Nabi Luth dan kehancuran Sodom dan Gomorrah yang terdapat dalam kitab Injil dan juga Al-Quran.

Walaupun Anwar berkata itu semua fitnah untuk menghancurkan kerjaya politiknya tapi anih bin ajaib dia tidak pula berani menyaman malu orang yang dikatakan membuat fitnah itu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar dan Nalla Seks + Judi dan Konspirasi", Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.

0 comments: