AIDC BLOG: Apakah Anwar Ibrahim seorang intelek?

Wednesday, January 7, 2009

Apakah Anwar Ibrahim seorang intelek?



Apakah Anwar Ibrahim seorang intelek ?


Oleh Yahaya Ismail

Apakah rakyat Malaysia inginkan seorang pemimpin negara yang kurang bijaksana untuk mentadbir negara kita yang tercinta ini? Sudah pasti tidak. Siapakah yang patut menjadi pemimpin negara menurut kaca mata rakyat majmuk di negara kita? Dia mestilah seorang yang bijaksana, berkelulusan tinggi, berpengalaman, berjiwa besar, sanggup berkorban dan berani menghadapi segala cabaran demi menjaga kepentingan negara dan rakyat. Di samping itu dia mestilah mempunyai vis, idea-idea yang bernas untuk merancangkan masa depan negara yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat.

Kita bandingkan kemampuan intelek Mahathir dengan Anwar. Jangan emosional dan terimalah hakikat yang sebenar kerana kita tidak mahu negara kita yang tercinta dipimpin oleh seorang tokoh yang hanya pandai bercakap tetapi tidak bijak mentadbir negara dengan baik. Mahathir seorang doktor perubatan. Anwar ada kelulusan dalam pengajian Melayu tetapi gagal mendapat honours – Cuma ijazah am.

Mahathir pernah menulis rencana-rencana kritik sosial yang tajam dalam akhbar The Straits Times sejak di kampus dan banyak memberi ceramah untuk menaikkan semangat. Mahathir bekerja sebentar dengan kerajaan, lepas itu membuka kliniknya sendiri – Maha Klinik di Alor Star. Anwar membuka Yayasan Anda, sekolah swasta, dan kawan-kawannya dan menjadi presiden ABIM. Mahathir menjadi ahli Seberkas sebelum menjadi ahli UMNO. Anwar dikatakan menjadi ahli UMNO setelah dia disintuklimau oleh Mahathir dan dibawa ke dalam kabinet pada tahun 1982. Kata Anwar dia sudah jadi ahli UMNO sebelum itu lagi. Maknya yang membayar yuran kerana maknya sudah menjadi ahli UMNO.

Kalau Mahathir tidak memberi peluang kepada Anwar sebagai ahli kabinet apakah mungkin dia akan menjadi manusia penting hingga mencapai jawatan Timbalan Perdana Menteri? Sudah pasti tidak. Walau pun dia tidak mempunyai latar belakang ekonomi atau finance namun Mahathir tetap memberi peluang pengalamannya sebagai persediaan menjadi bakal Perdana Menteri. Tapi apakah Anwar berjaya sebagai Menteri Kewangan? Sorrylah. Dia gagal.

Walau pun dia cuba menandingi Mahathir sebagai seorang pengarang dengan menerbitkan dua buah buku yang kononnya hasil dari keintelektualannya namun isinya tidak memberansangkan sebagai apa yang ditulis Dr Mahathir dalam berbagai karyanya baik dalam bahasa Inggeris mahu pun bahasa Melayu. Nyatalah Anwar tidak mencapai taraf intelektualan seperti Mahathir walaupun dia cuba memperlihatkan mutu pencapaian inteleknya.

Dia lebih banyak memagut dan menyusun buah fikiran orang lain, para filsuf yang menarik perhatiannya untuk menunjukkan kepada umum bahawa dia seorang ”pemikir” seorang intelektual. Ya betul dia seorang intelektual tetapi taraf intelektualismenya tidak sampai ke taraf pemikiran Mahathir yang lebih kritikal, asli dan bermutu.

Malah ada orang yang bertanya apakah karyanya seperti Asian Renaissance itu karya asli Anwar atau dibantu oleh orang-orang tertentu untuk menyiapkannya? Dengan berbagai catatan kaki dan berbagai isu sosial, politik, ekonomi, falsafah, kesusasteraan dan moral yang diabadikan di dalam buku itu telah menimbulkan tanda tanya apakah Anwar mempunyai waktu lapang yang banyak untuk menguasai bidang ilmu tersebut? Barangkali dia mempunyai banyak waktu untuk bermenung dan berfikir untuk mencari ilham sebagai gagasan reformasinya.

Oleh kerana Mahathir seorang pemimpin yang berjiwa reformasi, seorang tokoh politik yang mempunyai visi dan wawasan maka dia berjaya mentafsirkan idea-ideanya yang bernas menjadi kenyataan. Dia tidak gentar menghadapi cabaran dan tidak takut menentang kuasa besar sekiranya dia menganggap kuasa besar seperti Amerika lebih mengutamakan kepentingan dan muslihat politik dan ekonomi negara itu dari membantu negara-negara kecil di dunia. Mahathir tegas dan berani menentang arus. Anwar sebaliknya berlagak sebagai seorang pemimpin oportunis dan sanggup menjadi alat kuasa besar sekiranya ia menguntungkan politik peribadinya.

Antara kedua pemimpin ini rakyat lebih menyanjung tinggi kepimpinan Mahathir. Dia ada oomph, Anwar ada mantra. Dia sanggup mengikut arus demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia. Anwar sanggup mengikut arus sekiranya ia memberi keuntungan politik peribadinya. Mahathir ada Wawasan 2020. Anwar cuma ada mimpi reformasi. Mahathir tokoh politik yang bertindak cepat dan bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan.

Anwar sebaliknya bukan seorang tokoh yang action-oriented tetapi seorang romantikus yang dikhayalkan oleh omongannya sendiri. Mahathir kaya dengan idea dan berusaha untuk membangunkan dunia baru yang lebih menyerlah bagi rakyat Malaysia dan negara. Anwar, sebaliknya, kaya dengan mantra dan oleh kerana itu dia tidak mampu mengisi aspirasi rakyat dan negara dengan khayalan reformasinya.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Artikel lain tulisan Yahaya Ismail :

1. Estrada Kawan Baik Anwar

2. Kenapa Habibie sokong Anwar Ibrahim ?

3. Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar

4. Anwar Ibrahim Memperalatkan Agama

5. Anwar Mahu Sabotaj Ekonomi Negara ?

6. Kenapa media Barat Pro Anwar ?

7. Pasukan Penasihat Anwar Ibrahim Kurang Berwibawa

8. Reformasi Anwar Tajaan Amerika

9. Anwar Gagal Sebagai Menteri Kewangan

10. Apakah Anwar Menjadi Agen CIA?

11. Yahudi Di Belakang Anwar

12. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

13. Anwar juga penganut nepotisme


0 comments: