allongchu said : Soalan saya, apakah motif photo peminum arak (minit ke 1.52) diselitkan?
Soalan kedua, pernahkah Anwar menyebut perkara yang membatalkan akidah Islam ketika berucap di Amerika? (Ingat! Mahathir pernah mempertikaikan soal sunnah nabi (janggut) dan hukum hudud)
Ulasan
A. Video yang dibangkitkan-Soalan untuk Anwar (3)
Video yang dimaksudkan itu seperti yang dilampirkan di bawah. allongchu dalam youtube, channel anwaribrahimdotcom bertanya, kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?
B. Kenapa selit foto arak ?
Anwar sedang berceramah di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) pada 6 Februari 2007. klik di sini
Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia)[mereka berdua sedang pegang arak], Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia). klik di sini lihat sumber asal.
Ceramah Anwar di the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT)
1. Kedua-dua foto di atas dirakam ketika Anwar Ibrahim hadiri program di FCCT pada 6 Februari 2007. Foto 1 - berkaitan dengan ceramah Anwar kepada para wartawan Foreign Correspondence Club American cawangan Thailand dan foto 2 - para peserta terdiri daripada NGO Malaysia yang berpengkalan di Thailand turut hadir mendengar ceramah itu.
2. Liputan itu dibuat oleh Susan Loone dalam blognya (sloone.wordpress.com) menulis artikel tentang program Anwar bertajuk "Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism"
3. Sedikit keterangan mengenai Susan Loone.Berasal dari Pulau Pinang dan bekerja sebagai "Programme Coordinator: Information and Publications", Asian Forum for Human Rights and Development (Forum-Asia) yang berpengkalan di Bangkok. Dulu bekas wartawan Malaysiakini (Malaysiakini juga berpengkalan di Thailand) dan beliau turut disebut sebagai calon PKR dalam PRU 2004 (tetapi tarik diri saat akhir dan berpindah ke Thailand)
4.Susan Loone mencatatkan laporan intipati ceramah Anwar dalam blognya seperti berikut :
i. Peserta tanya Anwar; "What kind of Muslim are you? Do you consider yourself a liberal or progressive Muslim and if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality? Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?"
ii. Anwar jawab; " “What kind of Muslim am I? I am a Muslim”.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "
iii. Anwar dakwa dirinya adalah pejuang "Liberal-Democrat”. Apa maksud Liberal-Demokrat ?
iv. Berkenaan homoseksual, Anwar jawab; "If I were to show a bit of tolerance, you will say…there…got you. The law is there…what do you expect me to do?.It is not our business to probe people’s personal lives.You can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he was a homosexual".
v. Persoalannya kenapakah soalan berkenaan homoseksual ditanya kepada Anwar. Apa kaitan 'homoseksual' dengan Anwar. Susan Loone menulis, Anwar begitu berhati menjawab soalan ini kerana merasakan soalan itu adalah satu perangkap kepada dirinya. Tetapi berdasarkan jawapannya yang kabur itu, Anwar seolah-olah tidak menghalang amalan homoseksual di Malaysia, sekiranya beliau terpilih menjadi PM.
vi. Soalan lain ditanya; “If you were PM, will you allow Chin Peng to return to Malaysia? Will you allow them to set up a political party?”
vii. Anwar jawab, "WHY NOT?. There were not many communists around the world these days. Chin Peng has been in exiled for decades. If we want to talk about crimes by communist insurgencies, how about access done by others too?.I will say let’s move on”.
5. Begitulah jawapan-jawapan Anwar yang mendakwa dirinya sebagai "Liberal-Democrat" tentang pegangan Islamnya, persoalan homoseksual dan kebenaran Chin Peng (PKM)pulang semula ke Malaysia, apabila cita-cita menjadi PM tercapai.
6. Program ceramah Anwar itu adalah anjuran The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) yang merupakan salah satu daripada cawangan Overseas Press Club (OPC) berpusat di Amerika.
7. Kebanyakan operasi CIA, akan menyusup sebagai wartawan dalam OPC, supaya lebih senang untuk mendapat maklumat dan melaksanakan operasi. Sudah menjadi pengetahuan umum operasi CIA dan OPC bersatu dua dalam satu.
8. Sebab itu dalam blog Susan Loone, beliau memperkenalkan dirinya sebagai "My name is SUSAN LOONE. I am a freelance writer, and an NGO worker/ human rights activist, living in Bangkok. I am NOT a CIA operative nor do I get paid to write in this blog, especially on the Altantuya story"
B. Kenapa peserta program pegang gelas arak ?
1. Foto yang dimuatkan di atas (sedang pegang arak) adalah peserta yang mendengar ceramah Anwar dalam program FCCT itu.
2. Mereka terdiri daripada NGO Malaysia (berpusat di Thailand) iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women-CAW), Tad (Forum-Asia). Mereka berdua sedang pegang arak. Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).
3. Secara ringkasnya terdapat tiga NGO Malaysia yang beroperasi di Thailand disebut iaitu CAW, Forum-Asia dan Caram-Asia.
4. Tad dan Roderick Chia adalah wakil Forum-Asia (Asian Forum for Human Rights and Development). Badan ini ditaja oleh United Nations. Manakala dalam laman Forum-Asia turut ditulis dua ahli gabungan badan itu di Malaysia iaitu Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer).
5. Lee Siew Hwa pula wakil Committee for Asian Women (CAW). Badan ini memperjuangkan feminisme dengan tajaan dana daripada The Pluralisme Project, Amerika.
6. Cythia Gabriel adalah wakil Caram-Asia (Co-ordination of Action Research on AIDS and Mobility in Asia) yang ditaja oleh United Nations Development Programme (UNDP). Beliau juga merupakan Executive Director SUARAM yang mendapat dana daripada The National Endowment for Democracy (NED).
7. Turut disenarai NED juga menaja NGO Malaysia termasuk Centre for Independent Journalism (CIJ), Open Dialogue Centre (ODC) dan Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Klik di sini untuk mengetahui berapa banyak NED menaja NGO di Malaysia.
8. NED adalah dana Amerika yang dipegang oleh kumpulan Yahudi Neocon yang diketuai oleh Carl Gershman. NED juga merupakan penaja utama program Anwar di luar negara. Malah NGO-NGO Malaysia yang disenaraikan di atas iaitu Forum-Asia, Caram-Asia, CAW, Malaysiakini, SUARAM, ERA Consumer, CIJ, SEAPA dan ODC berkait dengan tajaan Amerika serta digerakkan oleh aktivis PKR. Maka sudah tentu NGO ini menyokong Anwar, kerana mereka berpunca dari dana yang sama iaitu Amerika.
9. Berkenaan foto Lee Siew Hwa dan Tad yang sedang pegang gelas arak sengaja disiarkan oleh Susan Loone sebagai membuktikan keterbukaan Anwar dalam ceramahnya yang berkata, "I am a Muslim.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "
10. Selain Anwar, turut disenaraikan sebagai penceramah adalah Hans Blix, former United Nations chief weapons inspector for Iraq, The Rev. Jesse Jackson, a former US Presidential candid, Tom Ridge, director of the U.S. Homeland Security Department, Dr. Peter Piot, Executive Director UNAIDS. Kebanyakan mereka dari Amerika.
11. Cuma Anwar sahaja dari Malaysia. Kalau Anwar termasuk dalam kelompok itu, bermakna Anwar juga merupakan kelompok yang sama yang menjadi agen mencapai missionari Amerika menjadi kuasa tunggal di dunia.
C. Anwar jadi penceramah Amerika, batal akidah ?
1. Soal Anwar jadi 'penceramah upahan' Amerika dan kandungan ucapannya boleh batal akidah Islam atau tidak itu adalah urusan Allah yang tentukan.
2. Perlu dicatat juga, Anwar telah jadi 'penceramah upahan' Amerika sejak 2005 hingga sekarang. Malah Anwar pernah mendapat 'suaka politik Amerika' dan menetap di negara itu selama tiga tahun selepas dibebaskan dari penjara Malaysia. Semasa di Amerika, Anwar telah dilatih di dua universiti yang diasaskan oleh Yahudi iaitu John Hopkins University dan Georgetown University. Secara kebetulan, kedua universiti ini Amerika dan Yahudi melatih bakal-bakal pemimpin mereka di seluruh dunia.
3. Semua rakyat Malaysia sudah maklum mengenai misi Amerika menakluk dunia dan memusnahkan negara-negara Islam termasuk Afganistan dan Iraq semata-mata untuk merebut telaga minyak dan menjadi pengawal harga minyak dunia. Semua orang tahu Amerika dikuasai oleh pentadbiran dan pengaruh Zionis yang mengawal dasar-dasar negaranya terutama ketenteraan dan dasar luar negara.
4. Jadi Anwar, warga Malaysia diupah menjadi 'penceramah Amerika' untuk memberi penerangan kepada negara-negara Islam, bahawa Amerika adalah kuasa terbaik di dunia dan umat Muslim sedunia perlu patuh kepada Amerika. Apatah lagi di belakang Amerika adalah Israel. Apakah ini bermaksud sama ada sedar atau tidar, Anwar telah diperalatkan untuk mencapai cita-cita Amerika dan Israel ?
5. Misalnya seperti ceramah Anwar di The Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT), penghujahan Anwar berkenaan dengan 'homoseksual, freedom dan komunisme' amat bertentangan dengan ceramah beliau sebelum ini semasa bergiat dengan PKPIM dan ABIM.
6. Sekiranya Anwar tidak dikaitkan dengan pengasas PKPIM dan ABIM, mungkin orang tidak persoalkan ideologi yang Anwar pegang sekarang. Masalahnya beliau dikaitkan dengan aktivis Islam. Perkara ini telah ditulis dalam blog al-Muslimin yang menyimpulkan Anwar telah beralih arah dari 'Pejuang Islam' menjadi 'Pejuang Sekular'.
7. Semasa dalam ABIM, beliau memperjuangkan 'Islam is the way of life', sekarang slogan tersebut dan sekarang telah diganti dengan slogan 'demokrasi', 'kebebasan' dan 'hak asasi manusia'. Persoalannya apakah slogan perjuangan Islam yang digarap semasa dalam ABIM dulu merupakan omongan kosong untuk menarik sokongan peminat gerakan Islam menyokongnya ?
8. Malah menurut Anwar, Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang kita anuti sekarang, belum cukup pengertian demokrasi (?), sebab itu beliau memperjuangkan Demokrasi dalam Islam. Demokasi apa yang diperjuangkan Anwar ? Kenapa Anwar bawa lidah Amerika dan suara orientalis barat seperti John Esposito supaya seru 'demokrasi Islam' ke seluruh negara Islam ?
9. Anwar pernah bersuara lantang menolak Negara Islam. Itu sering disebut secara terbuka, bukan sahaja di Amerika, malah di Malaysia. Jadi, adakah pegangan itu tidak berlawanan dengan akidah muslim ?
10. Malah kebanyakan badan-badan yang menaja ceramah Anwar adalah sumber-sumber yang diragui. Hampir kesemuanya dana Yahudi. Misalnya Carl Gershman, Presiden NED yang menjadi penaja utama Anwar adalah Yahudi Neocon. Begitu juga Paul Wolfowitz (semasa di World Bank- sekarang di American Institute Enterprise) dan Madelenie AlBright, pengerusi National Democratic Institute (NDI). Sekadar menyebut beberapa dana, sebenarnya lebih banyak lagi dana Amerika yang menaja Anwar.
11. Seperti artikel yang ditulis oleh Mike Billington, dalam artikelnya bertajuk "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", Anwar bukan sahaja ditugaskan Amerika untuk merosakkan Asia (sekiranya bercanggah dengan dasar Amerika), Anwar juga ditugaskan 'merosakkan' negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara dalam jawatannya sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (FFF).
12. Anwar bukan berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara, kenapa pula beliau dilantik menjadi Pengerusi dan Presiden badan tajaan Amerika itu ? Kenapa Amerika tidak mengekalkan Bakhtiar Amin (Iraq), tali barut Amerika yang minta negaranya diserang terus menjadi Pengerusi dan Presiden FFF. Kenapa mesti pilih Anwar dari Malaysia ?
13. Kenapa mesti seorang Yahudi, Paul Wolfowitz yang mempunyai dua kerakyatan Amerika dan Israel dan digelar 'arkitek pemusnah Iraq' yang jadi penulis biodata Anwar semasa tercalon sebagai 100 tokoh berpengaruh di dunia ?. Kenapa biodata Anwar tidak ditulis oleh mana-mana pemimpin Islam ? Presiden Iran, Ahmadinejad misalnya ?
14. Malah menurut laman Moon of Alabama dalam artikelnya bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" menjelaskan bahawa badan yang pernah dipengerusikan Anwar (FFF) adalah badan operasi membantu memperkukuhkan Israel dengan melaga-lagakan perbalahan di antara FATAH dan HAMAS di Palestin.
15. Artikel itu menyebut, badan ciptaan Amerika itu (FFF) digunakan untuk menyalurkan kewangan dan membekalkan senjata kepada kumpulan FATAH supaya berperang dengan HAMAS.
16. Kenapa Anwar bersuhabat dengan agenda Amerika yang berhasrat menghancurkan kumpulan Islam di Palestin ? Apakah peranan Anwar sebagai 'batu api' dalam dunia Islam, melaga-lagakan sesama Islam supaya menguntungkan Amerika dan sekutunya Israel ?
17. Malah, kehadiran Anwar sebagai salah seorang yang menandatangani "Annapolis Summit 2007" sudah jelas membuktikan bahawa Anwar telah bersama kumpulan Amerika menyokong Israel diiktiraf sebagai negara yang sah.
18. Apatah lagi di Malaysia, Anwar turut juga membawa agenda Amerika dalam konsep persefahaman antara Muslim dan Kristian. Anwar sendiri menjadi pensyarah pelawat di Center of Muslim and Christian Understanding (CMCU), Georgetown University, di bawah selian John Esposito. Konsep persefahaman Muslim dan Kristian ini dikaitkan dengan bahasa mudah sebagai penyokong Interfaith Concil (IFC). Isu utama IFC adalah 'murtad'. Dalam kes 'murtad', Anwar lebih cenderung menyokong pihak bukan Islam (sokong murtad) berbanding dengan pihak Islam. Video di bawah elok dilihat semula.
19. Sebagai kesimpulan, disertakan satu lagi video berkenaan dengan perbandingan dua tokoh Islam membicarakan mengenai topik "Islam Demokrasi". Pertama, Anwar dari Malaysia dan kedua tokoh Islam dari barat. Terdapat perbezaan ketara kedua-dua tokoh ini memahami makna 'Islam dan Demokrasi'. Siapa yang lebih benar ?
AIDC
2 ogos 2008
0 comments:
Post a Comment