AIDC BLOG: Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

Tuesday, December 9, 2008

Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

Anwar Ibrahim, Erdogan dan Abdullah Gul


Anwar Ibrahim kata..Turki dan Indonesia adalah model Negara Islam..John Esposito kata..Amerika tidak akan mengiktiraf Negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam muncul seperti Turki.. Persoalannya apa istimewanya Turki ? - AIDC

Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..


Di bawah ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab tentang analisa situasi di Turki oleh Sheikh Ata Abu Rashta yang ditulis pada 8 Jun 2007. Rencana ini menerangkan latar belakang Pemilihan Presiden Turki pada 22 Julai 2007, kesetiaan parti-parti politik dan keterlibatan pihak tentera dalam politik, serta peranan yang dimainkan oleh Amerika dan Inggeris dalam percaturan politik Turki.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, perlu diketahui latar belakang lahirnya Negara Turki sekular. Sejak si pengkhianat bernama Mustafa Kamal Ataturk melaksanakan rancangan Inggeris hingga menghancurkan sistem khalifah pada penghujung Perang Dunia Pertama, sejak itu dia selalu memusuhi Islam. Pandangannya, emosinya, cara berfikirnya selalu menunjukkan kebencian terhadap Islam. Agendanya adalah untuk menjadikan Turki sebagai Negara Boneka Inggeris.


Pertama : Melawan Islam dan bersahabat dengan Inggeris

Sejak munculnya kekuasaan Amerika di pentas dunia pada akhir Perang Dunia Kedua, Amerika telah menjadi pemenang perang menggantikan kedudukan Inggeris dan Perancis sebagai negara terkuat di dunia. Amerika telah mengadakan persidangan yang diikuti duta besarnya di Timur Tengah pada tahun 1950.

Amerika berusaha menyusup ke dalam barisan angkatan bersenjata Turki untuk memenangi pengaruh dengan pertimbangan bahawa Turki mempunyai kekuatan ketenteraan yang efektif dalam menjaga kedaulatan negaranya. Tapi usaha ini gagal, kerana Kamal Ataturk terlalu setia kepada Inggeris.

Maka satu-satunya peluang yang Amerika lihat adalah menyusup pengaruhnya dalam masyarakat dengan bermain emosi kaum muslimin yang tersepit di antara regim tentera dan kaum sekular. Situasi ini terjadi pada zaman pemerintahan Adnan Menderes (sekitar tahun 1950an); Turgut Ozal (sekitar tahun 80an), dan Sulayman Demirel (antara tahun 70an dan tahun 90an).

Walau bagaimanapun Sulayman Demirel melayan baik kedua-dua pihak iaitu Amerika dan Inggeris sehingga ke akhir pemerintahannya.

Amerika berusaha bergerak pantas ketika agennya ditangkap oleh tentera. Itu sebabnya tentera merampas kuasa pada tahun 1960, 1971, 1980, dan 1997 dengan alasan untuk melindungi kepentingan sistem sekular yang berkiblat kepada Inggeris.

Amerika mempelajari strategi baru setiap kali berlakunya rampasan kuasa dan menyedari bahawa sangat sukar menembusi kekuasaan tentera Turki. Maka pada zaman Turgut Ozal (1), ia berusaha membuat keseimbangan antara politik dan memperkuatkan ketenteraan.

Harus diingat bahawa Ozal mempunyai sentimen Islam dan mengikuti aliran sufi Naqsabandiyah, yang menyebabkan dia cukup popular di kalangan kaum muslimin.

Ozal masih tidak berpuas hati dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri (1983) dan dia lanjutkan lagi menjadi Presiden pada tahun 1989. Jawatan 'presiden' adalah jawatan panas dan sensitif kerana pihak tentera dan kaum sekularis sebenarnya tidak mahu orang lain menjawat jawatan itu selain daripada kem mereka.

Yang membuatkan tentera dan kaum sekular bertambah marah apabila Ozal menemui mahasiswa wanita di universiti dan telah menyatakan simpatinya berkaitan dengan isu tudung.

Ozal menubuhkan parti ANAP pada tahun 1983 dan mempersatukan pemikiran rakyat, terutama di kalangan masyarakat desa, kerana perjuangannya berasaskan sentimen keislaman. Dia menggunakan sentimen ini untuk melawan kaum sekular yang didukung oleh tentera, dan di belakang Ozal disokong kuat oleh Amerika.

Kemungkinan besar Ozal boleh berjaya untuk melemahkan kedudukan tentera namun tanpa disangka dia meninggal dunia secara mengejut kerana konspirasi kaum sekular. Berita ini sempat hangat di media massa pada masa itu.


Kedua : Situasi Turki menjadi tidak stabil kerana campur tangan Inggeris dan Amerika yang saling berebut pengaruh di pentas politik.


Maka tentera berusaha untuk mengawal ANAP dengan meletakkan Mesut Yilmaz sebagai ketua baru parti tersebut serta menyingkirkan anggota-anggota yang setia kepada Ozal.

Anggota-anggota yang dikeluarkan dari kumpulan penyokong Ozal ini (kumpulan ini sangat dekat dengan pengaruh Amerika) telah bergabung dengan parti Refah kerana dihubungkan dengan sentimen keislaman.

Sejak itu Refah yang dipimpin Necmettin Erbakan mula dikontrol oleh bekas anggota ANAP. Meskipun Erbakan sendiri lebih dekat dengan Inggeris, namun pengaruh Amerika menjadi lebih dominan dengan kehadiran kumpulan penyokong Ozal.

Ini melahirkan pemerintahan campuran pada tahun 90-an yang melibatkan DYP yang dipimpin Tansu Ciller dengan Refah pimpinan Erbakan, yang dikawal oleh kader-kader Ozal.

Kewaspadaan tentera terhadap pengaruh Amerika mulai meningkat (akibat pengalaman buruk yang terjadi pada zaman Ozal) dan mereka melakukan rampasan kuasa pada 28 Febuari 1997.

Sejak itu Refah dibubarkan dan dijelmakan semula menjadi parti baru iaitu Fazilet. (Parti Fazilet dipimpin oleh Recai Kutan, kawan rapat Erbakan). Elemen pro Ozal dan Amerika seperti Erdogan dan Abdullah Gul dalam Fazilet mula dibersihkan.

Pihak tentera pula telah mengangkat Bulent Ecevit, [dari parti DSP -lihat senarai parti dilampirkan di bawah (2)] yang setia kepada Inggeris, untuk membentuk pemerintahan baru.

Ecevit telah membuat pakatan kembali dengan Mesut Yilmaz yang memimpin ANAP, yang memang jelas setia kepada Inggeris. Di sinilah peranan kaum sekular yang pro Inggeris menjalankan memperkuatkan kedudukan mereka, setelah berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Ketiga : Amerika menyedari konfrontasi secara langsung dengan pihak tentera akan lebih mengeruhkan keadaan, apalagi menggunakan aktivis parti politik, juga mengundang risiko tinggi.

Maka, Amerika telah mempromosikan demokrasi untuk melemahkan kekuatan tentera. Caranya adalah dengan mempromosikan salah seorang agennya memimpin pemerintahan melalui kemenangan majoriti di parlimen yang boleh menggubal perundangan untuk menentang kuasa regim tentera.

Maka Amerika telah menyokong Erdogan dan Abdullah Gul, yang meninggalkan Fazilet sejak rampasan kuasa 28 Februari 1997 dan membentuk parti AKP.

AKP yang dipimpin Erdogan hampir menyerupai dengan karakter pemikiran Ozal yang juga pengikut Sufi. Meskipun Erdogan adalah sekular tetapi dia juga mempunyai sentimen keislaman. Amerika telah mempengaruhi Erdogan sejak dia menjadi datuk bandar di Istanbul. Meskipun ketika itu Erdogan telah dihukum penjara 10 bulan akibat beberapa puisi keislaman, namun Erdogan tetap aktif meneruskan usahanya bersahabat dengan Amerika.

Kegigihan Amerika menaikkan Erdogan ke pentas politik Turki, dimulai dengan langkah kerajaan Amerika menarik balik 5 hingga 7 trilion dolar US dari Bank Sentral Turki pada tahun 2001. (Benih-benih suntikan ekonomi ini bermula pada zaman Ozal, ketika Amerika memberikan keistemewaan ekonomi) Penarikan ini menyebabkan lemahnya mata wang Lira (mata wang Turki) yang mengakibatkan turunnya daya beli dalam negara serta menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintahan Ecevit kerana dianggap tidak bijak mengurusakan ekonomi.

Pada masa sama, Amerika berjaya mengawal parti kecil MHP yang dipimpin oleh Daulat Beheshmali yang berusaha menimbulkan kacau bilau dari dalam terhadap kerajaan campuran Yilmaz (ANAP) dan Ecevit (DSP).

MHP menuntut kerajaan Turki mengadakan pilihanraya lebih awal dan mengancam akan keluar dari pasukan kerajaan jika tuntutannya tidak dipenuhi. Maka, pilihanraya pun diumumkan pada 3 November 2002.

Oleh kerana kerajaan Turki pimpinan Ecevit gagal untuk melambatkan jadual pilihanraya, maka kaum sekular pro Inggeris akhirnya menggunakan pengaruh kumpulan JimZan Trading sebagai sumber kewangan utama untuk berkempen melawan AKP.

JimZan Trading telah menghabiskan beberapa milion dolar US dalam jangka waktu yang sangat pendek untuk membantu kempen kumpulan sekular.

Meskipun demikian AKP tetap menang dalam pilihanraya itu secara luar biasa. Dalam kempen politiknya, AKP memasukkan slogan-slogan keislaman untuk melunakkan kempen-kempen sekularismenya. AKP juga mendapat sokongan daripada masyarakat yang anti sekularisme yang menentang regim tentera dan juga yang menentang kaum Kamalis (Kamal Artatuk) yang anti islam.

Kemenangan AKP membolehkan wakil-wakil AKP masuk ke parlimen dan mampu memerintah sendiri tanpa memerlukan kerajaan campuran. Pada ketika itu parti pembangkang adalah parti DP yang dibentuk oleh bekas penyokong setia Bulent Ecevit. Manakala Ecevit sendiri masih tetap memimpin parti DSP.


Naiknya Erdogan ke tampuk kekuasaan, diikuti dengan tuntutan hukuman terhadap kelompok JimZan, yang akhirnya seluruh aset kewangannya telah ditahan mahkamah.


Keempat: Erdogan mengukuhkan hubungan politik antarabangsa dengan mengeratkan persahabatan dengan Amerika serta membendung pengaruh Inggeris terhadap tentera.


Langkah awal yang dilakukan oleh Erdogan adalah dengan melucutkan kekuasaan Dewan Keamanan Nasional (didominasi kumpulan tentera), yang sering mencampuri urusan pemerintahan. Dia juga mengubah komposisi Dewan itu dengan memasukkan unsur sivil.

Ini membimbangkan pihak tentera dan menurut beberapa laporan, letupan bom di Istanbul pada akhir 2003 diramal dilakukan oleh pihak tentera. Walaupun terdapat ramalan mengatakan bahawa tentera akan menggunakan letupan bom ini untuk melakukan rampasan kuasa (sebagaimana pada Febuari 1997), namun rampasan kuasa yang diramalkan itu tidak berlaku.

Langkah berikutnya, Erdogan memperkenalkan perjanjian Dokumen Persamaan Visi ( Shared Vision Document ) yang ditandatangani di antara kerajaan Turki dan Amerika, yang diwakili Abdulah Gul dengan Condoleezza Rice pada 5 Julai 2006.

Persidangan antara kerajaan Turki dengan Jabatan Negara Amerika, menyebut: “Kami memiliki nilai-nilai dan perspektif yang sama dalam konteks wawasan regional dan global iaitu mempromosikan demokrasi, kebebasan, dan kesejahteraan.”

Dokumen tersebut menjelaskan beberapa hal-hal lain : ” Amerika Syarikat dan Turki mempunyai komitmen untuk bekerjasama dalam bidang-bidang berikut: -

1. Mempromosikan demokrasi dan stabiliti di Timur Tengah Raya - Mendukung usaha antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik Arab vs Israel, sepertimana usaha untuk mendamaikan konflik Palestin-Israel dengan pendekatan konsep pembentukan dua negara.

2. Mendukung pembangunan yang stabil, demokrasi dan kesejahteraan di Negara Kesatuan Iraq

3. Mendukung hubungan diplomatik untuk menyelesaikan isu senjata nuklear Iran dan P5+1

4. Mendukung stabiliti, demokrasi dan kesejahteraan di daerah Laut Hitam, Kaukasus,
Asia Tengah dan Afganistan.

5. Mendukung cadangan terakhir dan komprehensif untuk menyelesaikan isu Syprus, di bawah bidangkuasa PBB, dan akan diterima oleh semua pihak, dan menghentikan sekatan ekonomi terhadap kelompok Syprus yang pro Turki.

6. Meningkatkan keamanan untuk melindungi sumber tenaga dengan mencipta sumber tenaga alternatif dan pembangunan saluran minyak termasuk yang berasal dari Laut Kaspia.

7. Memperbaiki hubungan dengan kawasan samudra Atlantik dan NATO

8. Melawan terorisme dan kaum teroris termasuk Kurdis Workers Party (PKK).

9. Melarang penyebaran senjata pemusnah massal

10. Melarang penyeludupan manusia, senjata, dan ubat-ubatan.

11. Meningkatkan pemahaman, apresiasi dan persefahaman antara agama dan budaya

12. Mendukung usaha yang konsisten, efektif untuk memyelesaikan masalah keselamatan bersama dan masalah lain yang memberi kesan kepada global. “



Kelima : Menangani isu PKK atau Kurdis Workers Party


PKK dibentuk pada tahun 1997. Kemunculan PKK mula bersemarak dengan sokongan Amerika pada tahun 1984 ketika pemerintahan Turgut Ozal (1983-1993). Pada masa itu PKK melakukan operasi ketenteraan melawan tentera Turki di Siirt, kota Kurdis di Turki Timur.

Kebangkitan operasi PKK ini bertepatan dengan usaha Ozal untuk mengekang pengaruh tentera di Turki. Walau bagaimanapun ketenteraan masih berpengaruh pada zaman Ozal . Sebagai tindak balas, tentera juga telah memperkuatkan pasukan mereka dengan penambahan senjata dan senjata berat.

Situasi PKK ini berlanjutan hingga pada akhir 1997, dimana tentera Turki benar-benar ditentang. Dua perkara telah berlaku :

1. Rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 28 Febuari 1997 dengan menurunkan Ozal serta mengangkat Bulent Ecevit menjadi Perdana Menteri untuk memimpin operasi membanteras PKK.


2. Turki mengancam untuk menyerang Syria dan menuduh Syria memerangi Turki tanpa deklarasi dengan membantu kumpulan PKK.

Jeneral Turki menyatakan,” Kami memiliki kemampuan untuk masuk ke wilayah Syria dari satu sisi, dan keluar dari sisi yang lain.”

Krisis tentera ini menjadi serius, hingga menyebabkan Amerika memutuskan untuk melindungi Syria (sebagai agennya) serta menjalankan usaha untuk mempengaruhi Turki supaya tunduk kepadanya. Sebab itulah Amerika berusaha mengawal Turki dengan isu demokrasi, kebebebasan dan hak asasi manusia.

Amerika juga berusaha berbincang dengan tentera Turki melalui pemerintah yang baru, kerana ketika itu tentera Turki bekerjasama dengan pemerintahan baru untuk agenda bersama.

Amerika telah memutuskan untuk menghentikan sokongannya terhadap sayap tentera PKK, yang akhirnya menamatkan krisis tentera Turki vs Syria.

Syria juga menyedari gentingnya situasi tersebut dan mula berunding dengan Turki. Ini menghasilkan perjanjian pada Disember 1998. (dimana Syria sebenarnya dipaksa)

Menurut perjanjian ini, Syria setuju untuk menarik sokongannya kepada PKK, menghantar Abdullah Ocalan (pemimpin PKK) dan anggota-anggota lainnya ke Turki.

Ocalan telah melarikan diri dari Syria ke Rusia tetapi suaka politiknya ditolak oleh kerajaan Rusia. Lalu dia melarikan diri ke Greek, Itali dan akhirnya ditangkap di Kenya oleh pasukan elit Turki dengan bantuan inteligen Amerika.

Setelah itu, Amerika memfokuskan usahanya dalam politik Turki dengan menerapkan konsep demokrasi sehingga berjaya menaikkan Erdogan dan partinya ke tampuk kekuasaan pada tahun 2002.

PKK pula berpecah menjadi dua fraksi, iaitu yang pro Amerika dipimpin Osaman Ocalan dan yang pro Inggeris dipimpin Zubair Eidar (bertujuan untuk menentang pemerintahan Erdogan). Perpecahan PKK ini dianggap sebagai peluang oleh tentera Turki untuk campurtangan dengan alasan keamanan.

Maka dasar politik luar negara Amerika adalah memprojekkan isu Kurdis sebagai isu politik, sedangkan Inggeris menganggap sebagai isu keamanan. Ini menjelaskan lagi tindak balas ketenteraan yang dilakukakan fraksi PKK yang pro Inggeris.


Keenam : Projek Demokrasi Amerika yang dilaksanakan oleh AKP tidak mampu dibendung oleh kaum sekular (pro Kamalis Artaturk)

Pihak tentera Turki yang menganggap dirinya sebagai penjaga sekularisme Kamalis menggunakan empat cara untuk mengawal kepentingan negara daripada diganggu gugat:


1. Posisi Presiden. Walaupun sebenarnya hanya sebagai simbolik, namun tentera Turki masih menganggap institusi itu sebagai warisan agung Kamal Ataturk.

2. Mahkamah . Institusi ini memberikan legitimasi dan justifikasi terhadap serangan tentera dan membatalkan undang-undang yang tidak sah secara perlembagaan yang membahayakan kepentingan tentera.

3. Sistem pendidikan. Sistem ini amat penting untuk mengindoktrinasi(mengkader) generasi seterusnya

4. Dewan Keamanan Nasional. Dewan ini memberika kuasa perundangan terhadap serangan ketenteraan.

Sekarang, kerajaan AKP menggunakan 'sentimen demokrasi' dengan memperbaiki sistem perundangan dan memasukkan dua anggota parti ke dalam Mahkamah Konstitusi yang mempunyai 11 orang hakim. Dua hakim dari AKP itu, tidak menyokong tentera dan mereka akan memastikan kesinambungan pemerintahan AKP.

Perlu juga disebut bahawa mahkamah ini boleh mengambil jumlah anggota yang sama ramai di antara anggota tentera dan sivil. Kerajaan juga masih berusaha menerapkan pengaruhnya dalam sistem pendidikan, namun usaha ini belum mencapai kejayaan. Hingga sekarang pemerintahan AKP masih memberi tumpuan kepada tiga sektor di atas.

Namun pada ketika ini AKP juga sangat berminat untuk mendapat jawatan presiden, suatu tempat yang menjadi kawalan tentera yang dianggap simbol kekuasaan.

AKP berusaha mempromosikan nama Abdullah Gul untuk menjawat jawatan itu, nampaknya mendapat tentangan yang hebat daripada kumpulan tentera dan sekutu politiknya.

Salah satu cara yang diambil oleh tentera Turki adalah dengan menggerakkan massa dengan gabungan pembentukan pemikiran pro-sekulerisme. Parlimen Turki, yang tidak mencapai kuorum dua pertiga anggotanya tetap memutuskan untuk memilih Abdullah Gul sebagai presiden.

Perkara ini menyebabkan parti CHP memprotes ke Mahkamah Konstitusi. Pada pukul 11:15 malam, hari Jumaat 27 April 2007, Panglima staf tentera mengumumkan kenyataan yang mengejutkan di internet melalui laman web rasminya, yang akhirnya turut dikunjungi oleh media massa.

Kenyataan tersebut seperti berikut:

Krisis tentang jawatan presiden akhir-akhir ini mengancam sekularisme, dan angkatan bersenjata melihatnya dengan penuh kekecewaan. Jangan lupa, bahawa angkatan bersenjata Turki adalah pelindung sekularisme dan akan melawan setiap usaha yang mencabarnya. Maka dengan ini, angkatan bersenjata akan mengambil tindakan tegas pada waktu yang tepat. Jangan sampai ada yang ragu-ragu terhadap komitmen angkatan bersenjata.”

Pernyataan ini diakhiri dengan tanda-tanda ancaman serangan tentera, dan selanjutnya:

“Barangsiapa yang menentang slogan ‘Jayalah mereka yang menyeru ‘Aku orang Turki’’ yang diwarisi sejak turun temurun oleh yang terhormat Ataturk, pembina republik ini, adalah musuh republik ini untuk selamanya. Angkatan bersenjata tidak akan ragu-ragu untuk melindunginya sebagai mandat hukum yang ditugaskan untuk melindungi dasar republik ini.”

Pernyataan ini dikeluarkan oleh kaum sekularis yang tidak menyukai AKP sebagai ketua pemerintahan, tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk menghentikannya. Yang berupaya membendungnya adalah angkatan bersenjata melalui cara rampasan kuasa tetapi Amerika, telah menyediakan iklim politik yang selesa kepada pemerintahan AKP dengan persekitaran 'demokrasi' serta semangat anti-campur tangan tentera.

Selain itu, AKP juga telah mengadakan proses rundingan antara kerajaan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU) berkenaan hak asasi manusia dan kebebasan.

Kalau tiga faktor tersebut tidak ada, sudah pasti rampasan kuasa oleh pihak tentera akan berlaku sekali lagi.

Menyedari implikasi dari pernyataan angkatan bersenjata Turki itu, pemerintahan AKP telah membuat keyataan balas pada 28 April 2007,jam 3 petang.

Kandungan peryataan itu menyebut : “Panglima angkatan bersenjata secara perundangan wajib menerima arahan daripada Perdana Menteri. Dengan tegasnya, kerajaan menolak tuduhan yang dibuat oleh angkatan bersenjata itu dan ancaman angkatan bersenjata tidak mampu memberi kesan, serta diingatkan angkatan bersenjata tidak mempunyai hak untuk campur tangan, sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.”

Pernyataan ini dibuat untuk mententeram kegelisahan kader-kader AKP yang gentar dengan ancaman tentera. Kerajaan juga ingin menunjukkan bahawa mereka masih mampu melaksanakan agendanya.

Kerajaan pada hakikatnya memang khuatir sekiranya Mahkamah Konstitusi akan berpihak kepada tentera. Ini akhirnya terjadi. Mahkamah telah memutuskan berdasarkan petisyen daripada CHP pada 1 Mei 2007 membuat keputusan untuk membatalkan proses pemilihan presiden dengan alasan bahawa kuorum parliemn tidak mencukupi dua pertiga.

Erdogan dan pengikutnya yang selalu menyatakan bahawa mereka akan mentaati keputusan mahkamah, merasa kecewa dengan keputusan mahkamah itu yang dianggapnya sebagai peluru yang ditembakkan ke tembok demokrasi.

Erdogan tidak menyerah. Ia mengeluarkan kenyataan balas pada 1 Mei, bahawa dia akan mengusulkan semula di parlimen untuk menjadikan pemilihan presiden dilakukan secara langsung oleh rakyat, dengan usul seperti berikut:

1. Mengusulkan kepada parlimen untuk meminda konsitutisi yang membolehkan pemilihan presiden secara langsung dan bukannya oleh parlimen.

2. Meminda tempoh perkhidmatan Presiden dari satu kali selama 7 tahun menjadi dua kali, selama lima tahun.

3. Merubah prosedur pemilihan umum daripada amalan biasa dari lima tahun sekali menjadi empat tahun sekali.

4. Merubah undang-undang pilihanraya dengan menurunkan had umur pengundi dari 30 tahun menjadi 25 tahun.

5. Mengurangkan kuorum parlimen pada setiap sesi parlimen dari dua pertiga kehadiran menjadi lima puluh persen campur satu (simple majority).


Maka perubahan terbesar dari konstitusi adalah pemberian hak langsung kepada rakyat untuk memilih presidennya, dan mengurangkan jumlah kehadiran dari dua pertiga menjadi majoriti biasa. Usul Erdogan ini memerlukan dua pertiga dari anggota parlemen (367 orang) untuk diluluskan menjadi rang undang-undang.

Padahal, ahli parlimen AKP di parlimen tidak mencukupi dua pertiga, dan AKP hanya majoriti biasa sahaja. Untuk itu AKP mendekati ANAP yang memiliki 20 anggota, dan setelah melalui proses perjanjian, majoriti dua pertiga secara teori boleh dicapai.

ANAP yang awalnya didirikan oleh Turgat Ozal (telah meninggal dunia), telah dikucar-kacir oleh pihak tentera. Elemen yang pro Ozal telah dibersihkan dan Mesut Yilmaz dijadikan presiden yang berpihak kepada tentera dan pro Inggeris.


Pada tahun 2002, ketika ANAP kalah melawan AKP, Mesut Yilmaz telah tertinggal ke belakang. Ini menyebabkan krisis kepemimpinan dalam parti ANAP. Erakan Momajua, bekas anggota parti ANAP, telah keluar parti dan bergabung dengan AKP hingga ditawarkan jawatan menteri kebudayaan, di bawah pemerintahan AKP. Melihat krisis dalam ANAP, Erakan meminta izin daripada AKP untuk kembali ke ANAP sebagai presidennya.

Walaupun dia (Erakan) telah menang dalam pemilihan sebagai calon AKP, dia tidak mampu untuk mengundi Abdullah Gul untuk pemilihan presiden kerana ditekan oleh kelompok Mesut Yilmaz dari ANAP.

Sekiranya Erakan berjaya memujuk 20 anggota partinya di parlimen, sudah tentu akan memudahkan jalan untuk pemilihan Abdullah Gul menjawat tampuk presiden. Itulah sebabnya, orang-orang yang memilih Erakan sebagai calon AKP terasa dikhianati.

Kerana pemilihan parlimen yang akan dijalankan pada 22 Julai 2007, maka dia akan menggunakan pengaruhnya sebagai ketua parti ANAP untuk meyakinkan pimpinan partinya supaya bersetuju dengan usul AKP, untuk melaksanakan pemilihan presiden secara langsung. Akhirnya, proposal AKP untuk pemilihan presiden secara langsung di luluskan oleh dua pertiga majoriti parlimen pada 10 Mei 2007.

Usaha AKP ini adalah untuk memalukan tentera dan kaum sekular pro Inggeris. Sejak wujudnya Republik Sekular Turki, sekularisme tidak terlalu popular di kalangan umat Islam. Segala bentuk kekerasan, ancaman, dan kekuasaan tangan besi sejak perang dunia kedua telah gagal digunakan untuk memaksa umat Islam menerima sekularisme dengan sepenuh hati.

Itu sebabnya tentera dan kaum sekular pro Inggeris menolak pemilihan presiden secara langsung. Dan mereka gunakan majoriti dua pertiga sebagai senjata untuk mempertahankan konstitusi sekular.

Untuk itu mereka merekrut Ahmed Necdet Sezer untuk melaksanakan agenda mereka. Sezer adalah Presiden Turki pada tahun 2000 dan sebelumnya pernah memimpin mahkamah konstitusi. Dia diharapkan mampu untuk menangguhkan usul AKP, atau setidak-tidaknya memaksa terjadi perubahan dari usul tersebut.

Perlu dicatat di sini bahawa Presiden boleh menolak draf undang-undang sebanyak dua kali, dia juga boleh gunakan cari lain untuk menghalangnya. Dia boleh merujuk ke mahkamah konstitusi dimana para penguam boleh mencari jalan keluar untuk mengeksploitasinya.

Sekiranya masih terdesak, mereka juga boleh menggunakan fraksi PKK pro-Inggeris untuk menimbulkan kacau bilau dan alasan keamanan ini boleh digunakan oleh pihak tentera untuk campur tangan. Dengan demikian, usul pemilihan presiden secara langsung boleh dibatalkan kembali.

Manakala di pihak lain, Amerika dan pemerintahan Turki di bawah AKP sudah tentu tidak akan berdiam diri dalam menghadapi situasi itu. Konflik ini cukup serius dan semua pihak akan menggunakan segala usaha untuk membendungnya.


Ketujuh: Kronologi peristiwa terjadi sebagai berikut:

1. Resolusi parlimen mengenai reformasi sistem pemilihan presiden diajukan ke presiden. Resolusi ini ditolak dan dikembalikan lagi ke parlimen. Dalam jangka waktu selepas 15 hari, barulah parlimen boleh mengusulkan semula usul tersebut.

2. Parlimen bersidang semula pada 29 Mei 2007 dan melakukan pemilihan kembali untuk kali keduanya, serta berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga (369 setuju).

3. Proposal ini kembali diajukan ke presiden untuk kedua kalinya, dimana dia tidak boleh menolak atau mengembalikannya ke parlimen.

4. Pilihannya hanya dua, sama ada menerima proposal tersebut atau merujuk ke Mahkamah Konstitusi supaya boleh digagalkan melalui proses undang-undang. Atau dia juga boleh meminta pandangan dari Mahkamah untuk mencari jalan keluar. Atau, pilihan lain adalah menggunakan fraksi PKK pro Inggeris untuk 'memberontak' sehingga boleh dilaksanakan undang-undang darurat. Untuk itu mereka akan menggunakan Massoud Barazani, yang sekarang di Iraq.


Wujudnya komplot tentera dapat dilihat sejak adanya bom di Ankara timur pada 22 Mei 2007 yang mengorbankan 7 orang awam dan PKK telah dituduh sebagai dalangnya. Lalu, 60,000 tentera dihantar ke sempadan Iraq (kurdistan). Maka tentera mula mewujudkan suasana tegang seperti latihan tentera di Serenak pada 7 Jun, ketika kerajaan berusaha menjalankan proses pilihanraya.

Maksudnya, tentera dan pemerintah memiliki kepentingan yang saling bertentangan. Tentera berusaha mewujudkan situasi gawat dengan memperbesarkan aktiviti PKK untuk memalukan pemerintahan dan jika berpeluang boleh dijadikan alasan untuk mermpas kuasa. Oleh yang demikian pemilihan parlimen dan presiden boleh dihalang serta status quo yang berpihak kepada tentera masih boleh bertahan.

Dari sudut lain, pemerintah berusaha meredakan keadaan akibat aktiviti yang dilakukan tentera dengan membanteras ancaman PKK. Pada ketika yang sama pemerintah juga harus hati-hati untuk supaya tidak dilihat bermain tarik tali dengan situasi keamanan.

Manakala Amerika pula, pada ketika yang sama, juga tidak mahu Turki masuk ke Kurdistan. Bahkan, Amerika menceroboh wilayah kedaulatan udara Turki ketika memantau dan menghalang aktivit tentera Turki.

Tindakan Amerika yang menceroboh ini mendapat reaksi daripada Panglima tentera Turki yang mengeluarkan kenyataan pada 31 Mei 2007,”Salah satu dari sekutu kami telah memberikan sokongan kepada pemberontak Kurdis di Anatolia.”

Dalam seminar di Istanbul, dia menjelaskan lagi siapakah pihak 'sekutu' yang dimaksudkan itu,” Mereka yang mengajar kita tentang hak asasi manusia tetapi mereka juga menyokong terorisme.”

Kenyataan ini dilaporkan oleh berita Perancis, AFP dan saluran berita TV Turki. Menteri Pertahanan Amerika menolak tuduhan itu dalam sidang media di Singapura pada 3 Jun 2007.

Dengan itu, Sezer akan menggunakan semua kemampuannya untuk menggagalkan usaha mengusulkan pemilihan presiden secara langsung. Konflik ini sudah semakin ketara di antara kedua belah pihak.

Sekiranya AKP berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga, maka mereka akan mampu melantik anggotanya menjadi Presiden. Kalau tidak, Turki akan masih berada dalam keadaan tidak stabil.

Ada kemungkinan semua pihak yang terlibat akan berkompromi sebagai jalan terahir untuk menyelesaikan konflik. Pihak tentera tidak akan memaksa calon presidennya. Pemerintah juga mungkin tidak lagi menuntut pemilihan presiden secara langsung. Tetapi ini cuma penyelesaian sementara.

Tentera tetap tidak akan berpuas hati sehingga mereka dapat calon presiden yang disukainya. Namun, kerana rampasan kuasa merupakan pilihan yang paling sukar, maka tentera hanya mampu sekadar meningkatkan kadar ketegangan dalam negara.

Di pihak pemerintah pula, mereka tidak akan menyerah kalah begitu saja tanpa mendapatkan hasilnya. Maksudnya, jika AKP gagal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di pemilihan pada 22 Julai 2007, krisis politik akan berterusan.


Kelapan: Keseimbangan Kekuasaan dalam pilihanraya akan datang

Ada tiga parti politik yang akan meraih 10 peratus jumlah undi untuk melayakkan diri masuk ke parlimen: PartiAKP, CHP dan DP yang telah mengumumkan pergabungan dengan parti DYP dan ANAP.

Kemungkinan besar AKP akan memenangi majoriti dua pertiga, kalau parti itu mampu menarik simpati dari pengundi dan meyakinkan mereka bahawa AKP adalah korban permainan politik, daripada pihak kaum sekular yang telah menggagalkan cita-cita AKP menjawat kerusi presiden.

AKP juga perlu meyakinkan rakyat bahawa presiden Sezer telah menolak proposal undang-undang berkaitan pemilihan presiden secara langsung, walaupun proposal itu telah diluluskan oleh dua pertiga majoriti anggota parlimen.

AKP juga perlu menekankan kejayaannya dalam bidang politik dan ekonomi yang selama ini disokong oleh Amerika. Kalau AKP mampu memujuk pengundi yang memiliki sentimen keislaman, maka parti itu mampu meraih dua pertiga majoriti suara. Tapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, calon AKP berusaha untuk berbaik-baik dengan kaum sekular dan ini boleh memberi kesan terhadap peratus kemenangan.

Parti CHP, berkemungkinan tidak sukar untuk mencapai 10 peratus suara di parlimen. Tetapi jumlah bilangan anggota parlimen yang akan diraih nanti bergantung dari gabungan yang dibentuk dengan parti DSP dan parti kiri lainnnya, yang diingini oleh tentera. Ertinya, CHP akan kembali kuat seperti sebelum perpecahan antara Denis Baikal dengan Bulent Ecevit.

Tetapi Rashan Ecevit, isteri Bulent Ecevit dan ketua parti DSP berusaha untuk menggagalkan gabungan ini. Walaupun cuma memperlambatkan tetapi sudah bermakna seperti menggagalkannya dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat dan usaha rundingan dengan CHP tentang jumlah pembahagian kerusi.

Walaupun CHP bersetuju untuk mendapatkan 20 kerusi, tetapi terdapat 60 pemimpin dari parti politik kiri yang berusaha untuk merebut kerusi itu. Kalau tentera berjaya menghimpunkan semua parti-parti kiri ini, maka keanggotaan mereka di parlimen akan lebih besar dan menggugat kemenangan AKP yang berharap majoriti dua pertiga.

Gabungan baru antara DYP dan ANAP dengan nama baru parti DP (nama yang sama dipakai oleh bekas parti Adnan Menderes sebagai taktik untuk meng-eksploitasi emosi massa), tidak akan berhasil.

Ini adalah gabungan sementara yang mungkin boleh meraih cukup suara untuk memasuki parlimen jika mereka dapat mempertahankan kesatuannya. Beberapa keretakan sudah mula wujud, dan jika parti ini pecah, kesempatan parti-parti yang sealiran untuk menang juga turut terpengaruh.

Kemudian ada beberapa partai lain yang kesempatannya tipis:


Parti MHP boleh mengatasi rintangan untuk memasuki parlimen dan menduduki tempat keempat jika parti ini boleh memanfaatkan aktiviti PKK untuk menaikkan emosi nasionalisme masyarakat. Jika tidak, parti ini tidak akan mendapatkan cukup suara untuk masuk parlimen.

Parti DTP (Kurdis) kemungkinannya kecil untuk mendapatkan 10% suara kerana berdasarkan perkiraan para pemerhati, simpatisan dan pengundiya hanya sekitar 7peratus. DTP menyedari hal ini sehingga mungkin mereka akan mengambil sokongan dari para calon bebas.

Gabungan BBP dan SP (Erbakan) yang bersama-sama menarik suara dari pengundi Islam, tetapi kerana mereka belum bergabung, maka harapannya tipis untuk mencapai aras minimum suara yang disyaratkan.

Penting juga disebutkan bahawa setiap perkembangan politik, ekonomi, tentera, keamanan yang akan berlaku akan mempengaruhi senario di atas. Akan tetapi, walau apapun situasinya kaum sekular Kemalis pro Inggeris mahupun kaum sekular pro amerika (yang mewarnai sekulerisme dengan corak Islam), keduanya tetap mengalami krisis yang jelas.

Perkara ini terjadi dalam setiap bangsa dimana kekuasaan di bahagi di antara kekuatan tentera dengan kekuatan politik yang memiliki kesetiaan berbeza. Bangsa-bangsa seperti ini menghadapi dua jenis krisis:


1. Krisis gabungan : Krisis ini boleh terjadi di antara sesama ahli gabungan kerana wujudnya perbezaan dasar atau disebabkan ketidaksefahaman antara gabungan pemerintahan dengan angkatan bersenjata. Kalau krisis yang terjadi sesama ahli gabungan parti yang memerintah dan tidak diselesaikan dengan segera maka pemerintahan akan tumbang. Krisis jenis ini selalunya diselesaikan dengan membuat gabungan baru atau dengan mengadakan pilihanraya semula.

2. Krisis antara pemerintah dan tentera: Apabila tidak diselesaikan biasanya akan berakhir dengan rampasan kuasa sebagaimana terjadi sebelumnya pada 28 Februari 1997 dan pada awal 1960, 1971 serta tahun 1980.



Krisis pemerintahan yang dipimpin parti tunggal.

Dalam kes ini, terdapat dua jenis kemungkinan : parti tunggal itu berpecah menjadi beberapa fraksi, atau parti tersebut berselisih dengan angkatan bersenjatanya sendiri. Untuk kemungkinan pertama, fraksi yang terbesar boleh mendominasi serta mencadangkan untuk diadakan pilihanraya awal. Akan tetapi untuk kemungkinan kedua, parti secara keseluruhan berselisih dengan angkatan bersenjata, akan mewujudkan rampasan kuasa.

Untuk kes Turki, kemungkinan yang kedua bakal terjadi kerana AKP berhadapan dengan tentera. Krisis ini akan tetap berpanjangan hingga terjadi peristiwa berikut: perkembangan peta kekuatan baru telah lahir, tentera memperteguhkan kekuatannya dengan cara ketenteraan atau dengan mewujudkan situasi darurat.

Atau secara alternatif, pemerintah boleh mempertahankan kekuasaannya dengan menggunakan pengaruh antarabangsa untuk kepentingannya dan menghadapi situasi darurat yang diwujudkan oleh tentera itu.


Kesimpulan

1. Situasi di Turki ketika ini adalah krisis antara dua kelompok sekular. Kelompok pertama adalah kelompok yang pro Inggeris yang setia dengan idea Kamalis serta disokongg oleh tentera yang sentiasa berusaha mempertahankan simbol Presiden, Dewan Keamanan Nasional.

Kelompok kedua, adalah kelompok sekular yang pro Amerika tetapi berusaha menutup agenda sekularisme dengan jubah Islam untuk menarik perhatian masyarakat muslim. Perkara ini terjadi kerana kaum sekular Pro Inggeris sangat sensitif kebenciannya terhadap Islam. Kaum sekular pro Amerika berusaha masuk ke dalam Dewan Keamanan Nasional, meraih simbol kepresidenan, dan membendung pengaruh tentera.

2. PKK berpecah kepada dua fraksi: Fraksi pertama, pro Inggeris yang disokong oleh tentera untuk mewujudkan krisis keamanan yang boleh dieksploitasi oleh tentera sebagai mengimbangi pengaruh pemerintah. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan konflik Kurdis sebagai isu keamanan sehingga pasukan tentera terpaksa dihantar ke sempadan Iraq. Fraksi PKK kedua adalah faksi yang pro Amerika yang ingin melihat konflik yang sama sebagai isu politik untuk membantu pemerintah.

3. Isu tentang siapa bakal Presiden Republik Turki akan tetap tergantung sehingga selesai pemilihan parlimen pada 22 Julai 2007. Isu ini tentu akan dapat diselesaikan sesuai dengan keputusan dari pemilihan tersebut.

8 Jun, 2007 (sumber: www.khilafah.com;translated by Rusydan)


AIDC menterjemah artikel Hizbul Tahrir Indonesia. Artikel asal, klik di sini


Nota :

(1) Turgut Özal (1927 – 1993) adalah seorang pemimpin politik liberal Turki. Menjadi Perdana Menteri dan Presiden kelapan Turki, melalui kemenangan partinya (ANAP) dalam pilihan raya umum pada 1983. Sebagai Perdana Menteri beliau membuka pintu Turki kepada dunia Barat, terutama Amerika Syarikat. Özal menggambarkan impiannya seperti berubah Turki kepada satu "little America". Pernah dilabel sebagai "pembawa kapitalisme ke negara Turki. Beliau melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat dalam bidang tenaga elektrik dan pengurusan kejuruteraan pada tahun 1952.Beliau pernah bekerja di Bank Dunia pada tahun 1971.

Pada 17 Apri 1993, Özal telah meninggal dunia secara mengejut akibat 'serangan jantung' semasa berada di pejabatnya. Tetapi kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi. Isterinya Semra Ozal mendakwa suaminya telah diracun dengan lemoned dan dia turut mempersoalkan status bedah siasat dan sampel-sampel darahnya hancur luluh. Seolah-olah terdapat konspirasi untuk menutup kes pembunuhan.



(2 ) Senarai parti-parti Turki :

RP (Refah Partisi/The Welfare Party). Ditubuh 1983 oleh Ahmed Tekdal hasil gabungan dua parti MNP (Milli Nizam Partisi/National Order Party) dan MSP (Milli Selamet Partisi/National Salvation Party),yang diharamkan. RP di bawah Necmettin Erbakan berjaya jadi PM pada 1996. RP diharamkan pada 1998 dan ditubuh parti baru FT.

FT (Fazilet Partisi/The Virtue Party). Ditubuh pada tahun 1998 ekoran pengharaman parti Refah pada 1997. Diharamkan pada 2001

SP (Saadet Partisi/Felicity Party). Ditubuh pada 2001, ekoran pengharaman FT oleh Recai Kutan (kawan rapat Erbakan). Memperjuangkan isu-isu Islam. Tetapi pengaruhnya dilemahkan oleh parti AKP yang perjuangkan Islam Moderate. SP menentang kerajaan AKP menyertai Kesatuan Eropah, mengadakan hubungan ketenteraan dengan Israel dan bersikap pro Amerika Syarikat.

SP pertikai AKP menyesuaikan dasarnya pro Amerika dan Israel, semata-mata untuk menang PRU, sedangkan dasar itu akan mengancam seluruh dunia Islam. SP mendapat sokongan penuh daripada veteran politik Necmettin Erbakan,yang pernah menerajui parti Refah. SP sering menganjurkan demonstrasi menentang ancaman ke atas Islam. Pada 2004 berdemonstrasi menentang serangan ke atas Fallujah, menentang Israel, yang dianggap satu entiti luar nikah, dan lukisan kartun menghina Nabi Muhammed SAW.


MHP (Milliyetçi Hareket Partisi/Nationalist Movement Party). Ditubuh 1969 oleh Alparslan Türkeş. Dia dan partinya ditaja oleh CIA sebagai sebahagian daripada rancangan untuk projek memerangi komunis di Turki pada tahun 70-an.Apabila tentera Turki merampas pasang kuasa pada 12 September 1980 parti MHP diharamkan dan ramai aktivisnya dipenjarakan. Kemudian aktivisnya membantu parti ANAP.

Salah seorang anggota MHP (Agâh Oktay Güner) mentakrifkan tempoh masa sebagai "ideologi parti masih 'berfungsi' walaupun ramai anggota dipenjarakan". Parti itu kemudian dibangunkan semula pada 1983 sebagai Muhafazakar Parti (Conservative Party).Pada 1985, nama itu bertukar menjadi Milliyetçi Çalışmak Partisi (Nationalist Task Party) dan ditukar ke nama asal MHP pada tahun 1992.

Selepas kematian Alparslan Türkeş pada 1997, di bawah kepimpinan Devlet Bahçeli, MHP menukar haluan kepada sederhana kanan dan perjuangkan praktik Islam. selepas Öcalan ditangkap, MHP menang ditempat kedua dalam PRU 1999, apabila parti perjuang sentimen Ocalan. Untuk bentuk kerajaan, tentera telah paksa MHP bergabung dengan DSP dan ANAP serta gugurkan semua manifesto keagamaan. Tetapi kerajaan campuran itu tidak tahan lama (SEHINGGA 2002), akibat kemerosotan ekonomi sokongan rakyat kepada parti itu semakin merosot.


AKP (Adalet ve Kalkınma Partisi /Justice and Development Party). Ditubuh 2001 oleh Tayyid Erdogan dan Abdullah Gul.

ANAP (Anavatan Partisi/Motherland Party). Ditubuhkan pada 1983 oleh Turgut Özal. Pada 1995 bergabung dengan DYP, berjaya bentuk kerajaan, PM, Mesut Yilmaz dari ANAP. 1998 DYP keluar gabungan. Pada 2005 diketuai Erkan Mumcu. Sekarang ketua ANAP Salih Uzun. Pada Mei 2007,ANAP sekali lagi bergabung dengan DYP menjadi parti baru DP.

DYP (Doğru Yol Partisi/The True Path Party). Ditubuh 1983 oleh Süleyman Demirel. Pada 1991, DYP bentuk kerajaan campuran dengan SHP. Pada 1993,diketuai oleh Tansu Ciller berjaya jadi PM kerjasama dengan parti CHP. Pada 2007, DYP bergabung dengan ANAP menjadi parti DP.

DP (Demokrat Parti /Democratic Party) . Ditubuh 2007 hasil gabungan DYP dan ANAP.Ketuanya Mehmet Agar, tetapi letak jawatan setelah kalah PRU 2008, diganti Kamil Turan. ANAP parti gabungan sebut tak akan bertanding untuk PRU seterusnya.

CHP (Cumhuriyet Halk Partisi/Republican People's Party). Ditubuh 1923 oleh Mustafa Kemal Atatürk. Senarai pimpinan CHP Mustafa Kemal Atatürk founder (1919–1938), Ismet Inönü (1938–1972, Bülent Ecevit (1972–1980), 1980 military coup, Deniz Baykal (1992–1995),Hikmet Çetin (Feb–Sept 1995),Deniz Baykal (1995–1999), Altan Öymen (1999–2000), Deniz Baykal (2000–sekarang). Perjuangkan 6 prinsip Mustafa Kemal yang dikenali Kemalist Ideology: republicanism, nationalism, statism, populism, laicité (secularisme), dan revolutionism. Pada 1984, Bulent Ecevit keluar parti dan menubuhkan parti baru DSP (Demokratik Sol Parti).

DSP (Demokratik Sol Parti/Democratic Left Party). Ditubuh 1985 oleh Rahsan Ecevit (isteri kepada Bülent Ecevit). Bülent Ecevit, telah diharamkan terlibat politik sehingga 1987, setelah tentera rampas kuasa dalam pemerintahannya pada 1980-an. Ketuanya diambilalih oleh isterinya Rahsan Ecevit. Setelah gagal dalam PRU 1987, Ecevit letak jawatan ketua parti. Ketua baru Necdet Karababa pada 1988. Pada 1997, DSP bentuk kerajaan campuran bergabung dengan ANAP. Mesut Yilmaz (ANAP) jadi PM, Ecevit (DSP), TPM.

Pada 1998, Ecevit, diberi mandat jadi PM baru apabila, kerajaan gabungan pecah. Pada 1999, Ecevit dipilih semula sebagai ketua DSP.Pada 2002, beberapa MP DSP keluar parti bentuk parti baru the New Turkey Party. Pada 2004, Ecevit menamkan Zeki Sezer sebagai ketua baru. Pada 2007 DSP bergabung dengan CHP (Republican People's Party).


HADEP (Halkın Demokrasi Partisi/People's Democracy Party). Ditubuh 1994. Parti pro Kurdish. Pada 1999, HADEP diharamkan dan ditubuhkan parti baru DEHAP. Pada 2005, DEHAP diharamkan dan ditubuh parti baru DTP (Demokratik Toplum Partisi/Democratic Society Party).

DTP (Demokratik Toplum Partisi/Democratic Society Party). Parti pro Kurdis, ditubuh pada 2005, sebagai kesinambungan parti DEHAP. DTH diasas oleh veteran politikus Kurdis, Leyla Zana, Orhan Doğan, Hatip Dicle dan Selim Sadak (setelah bebas penjara 2004). Ketua sekarang Ahmet Türk. DTP mempunyai hubungan dengan PKK.


GP (Genç Parti/Young Party). Ditubuh pada 2002 oleh ahli perniaga muda Cem Uzan. Cem Uzan adalah pemilik Star TV dan Star akhbar dan menggunakan akhbarnya dan stesen TV untuk berkempen kepada partinya.

BBP (Büyük Birlik Partisi/Great Union Party). Ditubuh pada 1993 oleh Muhsin Yazıcıoğlu. Pecahan daripada Parti MCP dan MHP. Muhsin Yazıcıoğlu, dikecam oleh kepimpinan MHP kerana sikapnya kurang berminat dalam perjuangan Islam.

EMEP (Emek Partisi/Labour Party)Ditubuhkan pada 1996 oleh Abdullah Levent Tüzel. Parti ini diharam oleh mahkamah dan ditubuh semula dengan nama Constitutional Court, ia adalah refounded dengan nama EMEP (Emeğin Partisi/Labour Party). Pada 2005, nama "Labour Party" ditubuh semula, singkatan EMEP sahaja. Bergabung dengan Albania Party Labour. Parti ini mendefinasikan ideologinya sebagai "sosialisme saintifik", merujuk kepada Komunis Revolutionary Party Turki.


IP (İşçi Partisi/Workers' Party).Diketuai oleh Doğu Perinçek, berasal dari gabungan dua parti Revolutionary Workers & Peasants Party Turki (TİİKP) Dan Pekerja-pekerja & Parti Petani Turki (TİKP).

BTP (Bağımsız Türkiye Partisi/Independent Turkey Party). Ditubuhkan pada 25 September 2001 oleh Prof Dr Haydar Baş

ODP (Özgürlük ve Dayanışma Partisi/ Freedom and Solidarity Party). Ditubuh pada tahun 1996. Ketua Ufuk Uras.

SHP (Sosyaldemokrat Halk Partisi/Social Democratic People's Party).Ditubuh pada 2002 oleh Murat Karayalçın, bekasDatuk Bandar Ankara Metropolitan (1989 1993) Dan Menteri Luar (1994 1995),ekoran beliau letak jawatan daripada Parti CHP (Republikan People Party)

YTP (Yeni Türkiye Partisi/New Turkey Party). Ditubuhkan pada 2002 ekoran satu krisis kepimpinan dalam parti DSP. Pada Oktober 2004, YTP menyerap masuk ke dalam parti CHP (Republican People's Party).

LDP (Liberal Demokrat Parti).Ditubuhkan pada 1994 oleh usahawan Besim Tibuk. Besim Tibuk adalah perunding bagi Turgut Özal. Selepas kalah dalam pilihanraya 2002 Tibuk meletakkan jawatan. Parti ini menghadapi masalah kepimpinan sehingga 2005. Pada bulan Jun 2005, Cem Toker telah menjadi presiden Parti.

SDP (Sosyalist Demokrasi Partisi/Socialist Democracy Party).Ditubuh pada 2002 oleh Filiz Koçali. Pada 2007, SDP diketuai Akın Birdal.

ATP (Aydınlık Türkiye Partisi/Bright Turkey Party )

BCP (Bağımsız Cumhuriyet Partisi/Independent Republican Party)

BAP (Büyük Adalet Partisi/Great Justice Party)

TKP (Türkiye Komünist Partisi/Communist Party of Turkey)

YP (Yurt Partisi/Homeland Party. Ditubuh pada 2002 oleh Saadettin Tantan

DEHAP (Demokratik Halk Partisi/Democratic People's Party. Diharam 2005


Artikel lain yang berkaitan :

1. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?

2. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

0 comments: