AIDC BLOG: Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel?

Saturday, November 8, 2008

Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel?

Gus Dur menghadiri dailog antara agama 2008 anjuran Australia Council of Christians and Jews (CCJ) dan The Victorian Council. Dari kiri CCJ chairman Bill Clancy, The Rt Rev Dr Peter Hollingworth, Abdurrahman Wahid, Dr Paul Barton dan Justice Howard Nathan. sumber foto klik di sini


Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel ?


Website harian Israel, "Jerusalem Post" pada Jumaat (8 Disember 20017) telah menerbitkan satu berita berjodol “Indonesian Peace Delegation Meet With Peres” (Delegasi Perdamaian dari Indonesia Temui Shimon Peres, Presiden Israel).

Kelima tokoh Indonesia tersebut berasal dari Yayasan LibForAll, sebuah yayasan swasta yang berasal dari Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memerangi Islam Kafaah dan mempromosikan Islam yang bersekutu dengan Zionis-Israel.


Foto atas Gur Dus bersama Rabbi Merbin Hier, Presiden Shimon Wiesenthal Center (SWC). Gambar bawah Gur Dur sedang mencium “Medal of Valor” iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan pro zionisme, Amerika, pada 6 Mei 2008. Acara penganugerahan tersebut telah dilakukan dalam sebuah acara makan malam istimewa yang dihadiri ramai tokoh Zionis Amerika dan Israel, termasuk aktor pro-Zionis Will Smith (The Bad Boys Movie), di Beverly Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles. Sila klik di sini
.



Abdurrahman Wahid menjadi penaung yayasan LibForAll dan anggotanya antara lain adalah Yeni Wahid, Abdul Munir Mulkhan, Ahmad Dani (Kumpulan Dewa19), serta sederet aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal).

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta ("Warriors of Love"). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel.


Perjalanan wakil Indonesia ke Tanah Palestin yang diduduki Israel diatur dengan kerjasama Simon Wiesenthal Center, sebuah yayasan Amerika yang menjadi pendukung utama Zionisme.


Berita ini ditulis oleh Greer Fay Cashman. Di awal artikelnya Cashman menulis, “Walaupun tidak ada hubungan diplomatik secara formal antara Israel dan Indonesia, tetapi lima orang anggota Delegasi Perdamaian Indonesia menemui Presiden Israel Shimon Peres, Jum’at (8/12) di Jerusalem. ”


Pendokong Islam Liberal Indonesia melawat Israel : Dr. Syafiq Mughni (Muhammadiyah) dan Abdul A'la (Nahdatul Ulama). sumber foto klik di sini




Lima orang itu dianggap oleh Jerusalem Post sebagai mewakili dua organisasi masyarakat (ormas) terbesar di Indonesia, iaitu Nahdatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, yang mempunyai keahlian seramai 70 juta rakyat Indonesia, daripada 195 juta rakyat Muslim Indonesia.

Di depan kelima-lima wakil Indonesia itu, Peres sempat mengatakan bahawa kedatangan mereka akan menimbulkan spekulasi di Indonesia, kerana selain daripada Israel tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Indonesia, sudah pasti setiap kunjungan wakil Islam ke Israel menjadi berita kontroversi.


Delegasi wakil Indonesia


C. Holland Taylor, pimpinan dari yayasan LibForAll yang sangat pro-Zionis, menyatakan kepada Peres bahwa Abdurrahman Wahid baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan menolak dan menentang HAMAS dalam persoalan di Palestin.

Taylor juga berkata, Indonesia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai organisasi masyarakat Islam terbesar di dunia menolak HAMAS.

Jpost menulis lagi, “Syfiq Mugni (Syafiq Mugni?), tokoh Muhammadiyah, berbincang dengan Peres yang sedang memakai kippa (topi khas Yahudi) dengan tulisan "shalom" dalam bahasa Ibrani dan Latin. Peres begitu gembira dengan kedatangan wakil Indonesia yang turut menyatakan pendirian menyerang HAMAS serta mendukung Zionis-Israel, sehingga Peres menanggalkan kippa yang dipakainya itu dan memakaikan pula ke kepala tetamunya itu".

Pertemuan itu dipenuhi dengan berbagai-bagai topik perbincangan antara lain mencakupi bidang ekonomi, politik, regional, dan peringatan 60 tahun tertubuhnya Israel di Tanah Palestin.

Syafiq Mugni berkata kepada Peres, “Kita berharap suatu ketika nanti, Muslim di Indonesia boleh bersikap lebih toleran dan mengutamakan demokrasi. Hal ini mampu dilakukan melalui sistem pendidikan, untuk mengubah mental Muslim di Indonesia agar boleh bersikap lebih terbuka. ”

Maksud kenyataan itu sangat jelas, iaitu menggesa Muslim Indonesia agar dapat menerima Zionis-Israel sebagai sekutu, sama seperti dirinya dan kawan-kawannya dari LibForAll.

Ulama NU yang disebut dengan nama Abul A'la (boleh jadi nama-nama ini merupakan nama alias), menyokong pendapat Mugni dengan mengesahkan bahawa di Indonesia mempunyai segolongan Muslim Teroris. “Namun hal itu (Muslim Teroris) tidak mencerminkan keseluruhan Muslim di Indonesia. Kami akan segera melawan kumpulan itu dengan mempromosikan Islam yang penuh kedamaian. Kami tidak boleh hidup tanpa kedamaian. ”

Kelima-lima wakil Indonesia itu juga turut menyatakan bahawa mereka telah berusaha berbincang dengan Kumpulan Mahmud Abbas (Fattah) yang pro Israel agar menjalin kerjasama yang saling menguntungkan antara Palestin, Israel, dan kumpulan mereka sendiri.

“Kami mendoakan itu, ” ujar Mugni.

Peres turut memberitahu bahawa dalam bulan Jun lalu, di Bali telah dianjurkan satu persidangan besar yang menentang sikap Iran atas penafiannya terhadap peristiwa Holocaust (pembunuhan Yahudi beramai-ramai oleh Nazi) yang turut dihadiri oleh Gus Dur, dan beberapa tokoh agama lain termasuk dari Israel.


Rabbi Daniel Landes (kanan),Pengarah the Institute of Jewish Studies di Jerusalem, sedang memberi ceramah sambil diperhatikan oleh bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid (tengah). Di sebelah kiri adalah pemimpin agama India, Sri Sri Ravi Shankar menghadiri persidangan "religious summit" anjuran Wahid Institute (think tank Gus Dur) , di pulau Bali, 12 Jun 2007. Dalam program itu Gus Dur mengecam Mahmud Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengatakan peristiwa Holocaust hanya propaganda Yahudi. Gus Dur yang berpengaruh dalam Nahdatul Ulama Indonesia mengesahkan peristiwa Holocaust benar-benar wujud. Klik di sini dan di sini




Pada Oktober lalu, kata Peres lagi, tujuh orang delegasi wartawan dari Indonesia telah datang ke Israel untuk bertemu dengannya.

Kelima-lima wakil Indonesia anggota LibForAll itu semasa berada di wilayah pendudukan Zionis-Israel telah ditemani oleh Dean Rabbi Abraham dari Wiesenthal Center dan C. Holland Taylor, CEO LibForAll.

Setelah bertemu Peres, mereka juga mengikuti program merayakan ritual Yahudi Hanukka, iaitu menikmati tarian di Kiryat Shmona, mengunjungi Betlehem dan juga Masjid Al-Aqsha di Jerusalem. Selain itu, mereka juga mengunjungi sebuah sekolah di Sderot dan memantau wilayah sempadan Gaza dari jauh.


Sorotan Media Islam Dunia

Kunjungan lima wakil tali barut Zionis dari Indonesia ke Shimon Peres itu menjadi berita hangat di beberapa media Islam dunia.

Dalam artikelnya berjudul “Normalisasi Memalukan Indonesia” (8/12), media ‘Friend of al-Aqsha’ yang diterbitkan oleh Muslim London dan diedar di luar Ibu kota Inggeris, Khalid Amayreh menulis, kunjungan lima wakil Indonesia ke wilayah pendudukan Israel di Palestian sangat memalukan kerana Indonesia merupakan negeri Muslim majoriti terbesar di dunia.

“Dengan kunjungan lima wakil Indonesia itu, Dunia Islam mendapat kerugian, dan hal ini sesungguhnya menguntungkan Zionis — baik Olmert mahupun Abbas. Ini benar-benar menampar muka kita semua. Benar-benar memalukan!” demikian Al-Aqsha.


Tokoh dan Politikus Islam Indonesia sibuk dengan Jawatan


Sayangnya, pada ketika musuh-musuh Islam di Indonesia tidak putus-putus memerangi agama Allah itu, dengan dana yang sangat besar musuh Islam mampu menjadikan Muslim Indonesia menjadi sekutu kepada Zionis (lihat www. Libforall. Org, di situ jelas menunjukkan projek memprogramkan umat Islam Indonesia menjadi sekutu Zionis), para tokoh dan politikus Islam masih lagi sibuk dengan merebut kerusi, pangkat, pemilihan dan sebagainya.

Dan seperti juga politikus sekular, setelah berjaya menduduki di kerusi yang nyaman kerana berjaya “menjual” Islam, mereka akan jadi lupa daratan dan menjadi lebih cinta (setengah mati) kepada kenikmatan dunia berbanding mencintai akhirat.

Mereka bukannya berjuang untuk umat, tetapi mereka lebih khusyuk berjuang kepada diri dan keluarganya. Umat hanya dijadikan perkakas untuk berdemonstrasi. Itu sahaja yang dilakukan oleh mereka.


Nota : AIDC menterjemah artikel bertajuk "Lima Anggota LibForAll Indonesia Temui Shimon Peres di Yerusalem", terbitan swaramuslim.net. Artikel asal klik di sini

0 comments: