AIDC BLOG: Anwar akan di bertanding di Kulim-Bandar Baru?

Wednesday, September 3, 2008

Anwar akan di bertanding di Kulim-Bandar Baru?


Anwar akan di bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru ?

1. SMS dari ADIL NEWS memaklumkan Anwar telah buat pengumuman malam tadi (27 Julai) akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru, Kedah dalam masa terdekat ini.

2. Penyandang sekarang adalah Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin, salah seorang peguam peribadi Anwar yang telah menang di parlimen itu dalam PRU 12.

YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Bharu


3. Sumber SMS itu menjangkakan Zulkifli Nordin akan mengosongkan kerusi parlimennya dalam jangka masa terdekat untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di parlimen itu.

4. Tetapi apabila membaca blog Zulkifli Nordin, seorang netter 'alkulimi' said... "Apa ni? pasal apa YB Zul ambik artikel Fudhail masuk dalam blog dia. Ada apa2 ke? Macam ada apa2 saja!. Macam tak berapa setuju nak bagi kerusi kat DSAI saja. Pasai apa?. Minta YB tolong jelaskan. Jgn bagi penyokong keliru dan haru biru."

5. Komen netter itu dibuat apabila Zulkifli Nordin mengambil satu artikel daripada blog Fudhail yang memberi pendapat Anwar tidak patut bertanding di Kulim-Bandar Baharu dan lebih wajar Anwar bertanding di Permatang Pauh.

6. 'Minat' Zulkifli meletakkan 'posting' Fudhail itu ditafsirkan sebagai kecenderungan Zulkifli untuk tidak bersetuju meletak jawatan dan memberi laluan kepada Anwar.

7. Apatah lagi intipati kandungan artikel Fudhail itu terlalu keras kerana membantah hasrat Anwar itu serta mengesa Anwar bertanding di Permatang Pauh, tempat Wan Azizah (isterinya).

8. Secara pesimis blogger itu mendakwa sekiranya Anwar masih berminat bertanding di Kulim-Bandar Baharu akan mengesahkan pendapat umum mengatakan PKR adalah Parti Tiga Beranak (Anwar, isteri dan anak) dan Anwar mengamalkan kronisme.

9. Tanpa disangka-sangka 'posting' itu telah mendapat reaksi positif untuk bersimpati kepada Zulkifli Nordin kerana kebanyakan netter yang berkunjung tidak bersetuju Zulkifli meletak jawatan dan memberi laluan secara mudah kerana keputusan mahkamah tentang kedudukan Zulkifli belum diumumkan lagi.

10. Blogger Penarik Beca sebelum ini menulis sepintas lalu tentang kemelut di parlimen Kulim-Bandar Baharu dengan bertanya, betulkah "sudah wujud ninja turtle di dalam PKR ?

11. Laman kerispusakamelayu.wordpress.com pula menulis Zulkilfli Nordin tidak berpuas hati dengan keputusan Anwar itu dan penulis menjangkakan peguam kes liwat Anwar itu akan bertindak keluar parti.

12. Blogger kerispusakamelayu itu turut bertanyakan adakah benar ahli parlimen PKR yang berjumpa TPM baru-baru ini adalah Zulkifli Nordin ?. Pertanyaan ini sebagai kesimpulan untuk menguatkan hujahnya peguam Anwar itu tidak berpuas hati dan bertindak keluar parti.

13. Mungkin pendapat netter dan penulis di ketiga-tiga blog itu bersifat 'gosip politik' tetapi dalam politik serba kemungkinan, termasuk penyebaran SMS ADIL NEWS menyatakan Anwar sedia bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu sebagai 'percubaan untuk melihat sokongan rakyat' ?

14. Terdapat juga teori mengatakan Anwar tergesa-gesa bertanding kerana desakan Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang meminta Ketua Umum PKR itu bertanding dalam pilihanraya kecil dengan kadar segera.

15. Tetapi semua pendapat itu berupa andaian semata-mata. Anwar lebih tahu apakah maksudnya beliau perlu segera bertanding dan mengarahkan salah seorang ahlinya (Zulkifli) meletak jawatan.

16. Walaupun arahan Ketua Umum itu berbaur 'diktator' dan 'Parti Milik Anak Beranak Sdn Bhd' tetapi Anwar sudah tentu tahu muslihatnya.

17. Sebelum ini, satu petisyen bantahan telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Alor Star menyatakan Zulkifli Nordin hilang kelayakan bertanding kerana tidak mengemukakan penyata kewangan semasa bertanding dalam PRU 11 (2004)

18. Mahkamah Tinggi Alor Star akan mengumumkan keputusan sama ada Zulkli Nordin hilang kelayakan atau tidak pada 19 Ogos ini.


Catatan ringkas 2.11 pagi

AIDC
28 Julai 08

0 comments: