AIDC BLOG: Catatan ringkas AIDC
Showing posts with label Catatan ringkas AIDC. Show all posts
Showing posts with label Catatan ringkas AIDC. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar


Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar

1. Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai 'pertolongan kempen dari luar'

2. Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan 'ulama' luar kalau semata-mata untuk membersihkan 'isu liwat Anwar', seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan.

3. Kecuali Mufti Perlis, yang bersetuju soal sah lafaz sumpah Saiful, ulama dalam negara lain lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia itu.

4. Turut mengulas juga ustaz Haji, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang keshahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka ditafsirkan turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS.

5. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada 'ulama' politik luar, Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.

6. Ada yang berpendapat, kenapa susah-susah Anwar jemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak 'nampak' apa yang berlaku di Malaysia, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz "Wallahi...Wabillahi...Wata'alahi" bahawa beliau tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tarikh yang dinyatakan dan bersedia menerima balasan Allah sekiranya beliau berdusta.

7. Sepuluh tahun lampau, ketika Anwar dituduh meliwat 1998, berapa ramai rakyat Malaysia berdoa, solat hajat dan termasuk berdoa di Kaabah agar tunjukkan kebenaran ke atas kes Anwar, hasilnya Anwar tetap tidak boleh menjadi PM, sebaliknya terpaksa merengkok enam tahun di penjara. Tun Mahathir, orang yang dituduh 'konspirator' oleh Anwar kekal sebagai PM, hingga beliau secara sukarela meletakkan jawatan.

8. Apatah lagi kalau semata-mata Anwar mengharapkan pertolongan Gus Dur itu, bekas Presiden Indonesia itupun pernah dituduh mempunyai rekod tidak bersih.

9. Bayangkan apa perasaan rakyat Indonesia, jika Pak Lah, Najib dan Tun M dijemput hadir ke negara itu untuk berkempen PEMILU mana-mana tokoh politik. Jika rakyat Indonesia tidak boleh menerima campurtangan pihak luar, begitulah juga dengan perasaan rakyat Malaysia.

10. Selain Gus Dur ditolak oleh rakyatnya sebagai Presiden Indonesia neliau juga pernah didedahkan mempunyai skandal dengan Aryanti Boru Sitepu, dalam kamar 107, Hotel Harco, Jalan Raden Salleh, Jakarta pada tahun 1996.

11. Foto Gus Dur yang memakai seluar pendek dan Aryanti duduk di atas ribanya dengan memakai pakaian yang agak seksi, telah tersebar luas ke seluruh Indonesia hingga merosakkan imejnya.

12. Itu cerita Gus Dur pada tahun 2000, bagaimana pula cerita Gus Dur pada masa ini, adakah beliau sudah diterima kembali oleh rakyat Indonesia?

Gur Dur turut dijemput dalam Perhimpunan Agung PKR, tahun lepas


Gus Dur bertemu empat mata di kediaman peribadi Anwar, Bukit Segambut. Sesiapa yang pernah dipelawa Anwar masuk ke kediaman barunya itu akan terpesona dengan hiasan dalaman yang sangat antik dan mahal.




13. Gus Dur masih ditolak oleh rakyat Indonesia, tetapi Anwar dan PKR menyambutnya sebagai 'Presiden' di Malaysia. Sekurang-kurang sudah hampir 3 kali Gus Dur dijemput untuk dijadikan ikon PKR, bermula dari Perhimpunan Agung PKR tahun lalu, hingga baru-baru ini, Gus Dur ditolak berkerusi roda untuk mengukuhkan imej Anwar.

Paul Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur bertemu di Munich, 2004


14. Bahkan ketika Anwar dirawat di Munich, pada 2004, Paul Wolfowitz, seorang Yahudi neo-konservatif yang ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika telah mengadakan pertemuan khas antara Anwar dan Gus Dur, di negara Jerman itu.

15. Menurut John Esposito, seorang orientalis Amerika dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" pada tahun 1996. Tidak ada nama lain di ASEAN kecuali mereka berdua sahaja diiktiraf oleh Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding, Universiti Georgetown itu.

16. Bahkan stand Gus Dur yang pro-Amerika dicurigai oleh rakyat Indonesia sendiri. Kalau di Malaysia, Anwar menggunakan think tanknya, IKD sebagai pusat perhubungan Anwar-Amerika, di Indonesia pula, Gus Dur menggunakan think-tanknya, "The Wahid Institute", untuk mencapai objektif yang sama.

17. Kalau begini senerionya, patutpun Gus Dur sanggup datang ke Malaysia untuk membersihkan imej Anwar, kerana kedua-duanya berketuakan, seorang Yahudi yang memegang konsep 'regime Change' iaitu Paul Wolfowitz.

18. Kalau Al Gore, hanya berani datang ke Singapura untuk menemui Anwar, Paul Wolfowitz pula mengambil langkah yang lebih bijak iaitu sebagai pemerhati dari tingkap think tank Zionis di Amerika iaitu The American Enterprise Institute (AEI).

catatan ringkas

AIDC
19 Ogos 2008


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh


Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh


1. Dua perkara serentak mungkin akan berlaku dalam masa yang sama. Antara menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah dan bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Kesimpulan itu telah dibuat sendiri oleh Anwar dan beliau memilih kedua-duanya.

2. Walaupun tidak perlu, keputusan Wan Azizah meletak jawatan secara tergesa-gesa sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh mengesahkan lagi dilema yang dihadapi Anwar itu. Ramai yang tertanya-tanya, tindakan mengosongkan kerusi parlimen itu, sebagai tindakan terdesak, seolah-olah tiada esok lagi bagimu.

3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin turut mengesahkan bahawa tindakan terburu-buru Anwar itu sebagai langkah terakhir menghadapi iu liwat yang sedang membelenggu diri de facto PKR itu.

4. Tun Dr Mahathir, dalam Buletin Perdana TV3 semalam (3 Ogos) turut mengulas isu ini sebagai usaha mempolitikkan isu peribadi. Dari isu peribadi (liwat), dipolitikkan menjadi isu negara apabila dicampuraduk dengan keputusan tergesa-gesa bertanding pilihanraya. Kata Tun, "Anwar cuba politikkan isu peribadi, apabila beliau ditahan kerana kes liwat, beliau akan kembali menyalahkan kerajaan dengan menuduh sebagai usaha menghalangnya bertanding"

5. Memang dilema Anwar bermula dari awal lagi sejak PRU 12 yang boleh disimpulkan seperti berikut;

i. Apabila Anwar begitu ghairah bercakap soal 30 MP BN akan lompat ke Pakatan Rakyat (PR) PAS melalui Harakahdaily menegur secara halus sikap gelojoh itu. Antara lain ditulis, 'jangan terlalu terburu-buru kerana sikap itulah menyebabkan Anwar kehilangan kerusi PM yang sepatutnya disandang Anwar 10 tahun dulu'

ii. Apabila laporan liwat dibuat bekas pekerjanya, Saiful Bukhari, Anwar secara tergesa-gesa lari berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan terdapat ancaman bunuh ke atas dirinya. Tindakan Anwar "lari berlindung" itu dilihat sebagai over acting. Setakat hari ini, tindakan melarikan diri berlindung di kedutaan Turki dan 'ancaman bunuh' masih belum terjawab.

iii. Apabila Anwar begitu ghairah bercakap di media antarabangsa, seolah-olah beliaulah ketua PR, Presiden PAS keluarkan kenyataan, Anwar bukan ketua PR. Tiada siapa yang jadi ketua dalam PR, kerana PR adalah pakatan longgar semata-mata untuk hadapi PRU 12

iv. Apabila polis mahu siasat kes itu, Anwar begitu keberatan, hingga dipaksa polis untuk hadir membuat keterangan di IPK. Tetapi dalam masa yang sama, Anwar begitu bersemangat membuat laporan ke BPR menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara korup. Tindakan Anwar melaporkan kes 'korup' itu dilihat tindakan tindakan terdesak, sedangkan kes itu sudah berlaku 10 tahun lepas.

v. Apabila bekas pembantu cabar bersumpah mengikut cara Islam, Anwar menolak dengan alasan telah dinasihati oleh ulama luar negara dan dalam masa sama membawa kes itu ke Mahkamah Syariah, membuat pertuduhan qazaf ke atas bekas pembantunya itu.

vi. Apabila Anwar mengetahui siasatan polis hampir selesai, Anwar mendedahkan bukti 'laporan Hospital Pusrawi' mengatakan tiada laporan mengatakan Saiful diliwat. Anwar turut desak kesnya digugurkan.

vii. Apabila Hospital Pusrawi buat kenyataan media menafikan kenyataan Anwar itu, Wan Azizah letak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil, sedangkan sebelum itu Anwar berjanji mahu bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

6. Itulah dilema-dilema yang dihadapi Anwar. Persoalannya, siapakah yang memulakan dilema itu dan kenapa perkara itu boleh berlaku ?

7. Dilema yang paling besar dihadapi Anwar apabila tuduhan liwat ke atasnya tidak mendapat sokongan menyeluruh daripada rakyat, hingga beliau terpaksa buat road show ke seluruh negara buat 'pembelaan diri' di mahkamah rakyat.

8. Sedangkan 10 tahun lalu, tuduhan sebegini akan menyebabkan rakyat bangkit membela Anwar, demonstasi jalanan hampir setiap minggu di ibukota dan jualan akhbar pembangkang terpaksa diulang cetak hingga 5 kali ganda. Tetapi semua itu tidak berlaku pada 2008.

9. Malah cubaan Anwar membawa strategi lama sebagai KONSPIRASI tidak disambut positif oleh rakyat kerana rakyat lebih mengetahui orang yang menuduhnya (Saiful) adalah bekas pembantu Anwar sendiri.

10. Maka tiada pilihan lain, Anwar sering mengulang-ulang dalam ceramahnya bahawa beliau akan ditangkap dalam masa terdekat sebagai memberi arahan kepada polis agar segera menangkapnya. Tetapi hingga ke hari ini cita-citanya untuk ditangkap, belum lagi menjadi kenyataan.

Betul, seperti kata orang tua-tua, apabila bermula dengan langkah kiri, semua yang berlaku akan kelihatan sumbang!

Catatan ringkas 12. 13 tgh

AIDC
4 Ogos 08


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Siapa Dr. Mohamed Osman - konspirasi Anwar?


Siapa Dr. Mohamed Osman - konspirasi Anwar ?


1. Siapa sebenarnya Dr Mohamad Osman, doktor Hospital Pusrawi ? Adakah beliau doktor pakar atau doktor petugas biasa ? Persoalan ini ditanya dahulu dalam pembuktian 'kertas laporan'(?) yang telah dijadikan asas bukti oleh Anwar dan PKR.

2. Apakah 'kertas laporan' Dr Mohamad Osman itu hanya berupa 'nota biasa' atau 'laporan shahih' yang boleh dijadikan pembuktian di mahkamah ?

3. Dr Muzi dalam tulisannya sebelum ini merumuskan, kertas perubatan yang dicatat oleh Dr Mohamad Osman itu jika dibawa ke mana-mana mahkamah seluruh dunia akan dipersoalkan KREDIBILITI, kerana beliau bukan seorang yang pakar di dalam BIDANGnya.

4. Kenapa nama Dr Mohamad Osman hanya wujud di laman MMC, tetapi tidak wujud dalam senarai doktor laman Hospital Pusrawi ?

5. Apakah ini bermaksud Dr Mohamad Osman bukan doktor tetap atau pakar di Pusrawi sehingga namanya tidak disenaraikan dalam laman hospital itu ?

6. Mengikut rekod MMC, Dr Mohamad Osman adalah nama Islam kepada THAN AUNG, berasal dari Myanmar. Apakah beliau mempunyai perkaitan dengan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR yang sering mengadakan demonstrasi memperjuangkan 'pro-democracy Aung San Suu Kyi' di Kuala Lumpur ?

7. Siapa yang bocorkan 'laporan perubatan Saiful' itu kepada Raja Petra dan didedahkan kepada umum dalam Malaysia-today ? Bukankah itu 'rekod catatan peribadi' yang dianggap sulit dan menjadi satu kesalahan mendedahkan kepada umum ?

8. Kenapa perlu Dr Mohamad Osman dan keluarga 'lari bersembunyi', sekiranya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan ?

9. Kenapa pula Dr Mohamad Osman sanggup mempertaruhkan 'nyawanya', keluarganya, dan maruah institusi tempat beliau bekerja (Hospital Pusrawi) semata-mata membocorkan 'laporan pemeriksaan biasa'yang telah dilakukannya ?

10. Sekiranya beliau benar-benar yakin Anwar tidak 'meliwat', kenapa beliau tidak simpan bukti itu dan jadikan bahan bukti untuk mempertahankan Anwar di mahkamah ? Kenapa beliau perlu bocorkan sekarang, sedangkan beliau sendiri syorkan agar Saiful mengadakan pemeriksaan lanjut di HKL ?

11. Apakah beliau juga diugut untuk berkonspirasi dengan Anwar seperti kes bekas penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam yang telah tarik balik akuan bersumpahnya selepas sehari mengadakan sidang media bersama Anwar ?

12. Kenapakah Anwar begitu bersungguh-sungguh desak kerajaan gugurkan kes liwatnya, sedangkan pendakwaan belum dijalankan lagi ?

13. Kenapakah Anwar 'melahirkan rasa amat lega' dengan adanya 'laporan doktor Pusrawi', sedangkan semua doktor di Malaysia tahu, 'laporan' itu hanyalah 'nota biasa' yang tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah ?

14. Kalau benar Anwar tidak bersalah, kenapakah beliau tidak tunjukkan hasil pemeriksaan lanjut HKL yang pastinya menjadi pembuktian utama di mahkamah ?

15. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk membersihkan 'namanya' hingga sanggup 'mencuri' maklumat dan 'mendedahkan' kepada umum, walaupun salah dari segi etika serta merosakkan nama baik sesuatu agensi, bahkan 'laporan itu' bukanlah laporan rasmi Hospital Pusrawi yang boleh dijadikan asas bukti ?

16. Adakah Anwar mahu berperang dengan semua pihak ? Berperang dengan badan polis,kehakiman, mahkamah syariah dan terbaru institusi perubatan semata-mata untuk mempertahankan dirinya ?

17. Kalau Anwar tidak bersalah, kenapa beliau tidak pilih jalan yang lebih mudah iaitu bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau bukan peliwat ?

18. Siapa sebenarnya berkonspirasi dalam soal liwat Anwar 2008 ini ? Siapa yang ambil Saiful bekerja di pejabat Anwar ? Siapa yang sewakan kondominium mewah kepada Anwar ? Siapa yang bawa Saiful melawat ke luar negara ?

19. Apakah semua ini titik akhir konspirasi Anwar yang semakin terdedah kepada umum ?

Catatan ringkas

AIDC
30 Julai 08


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Laporan Hospital Pusrawi boleh bunuh kredibiliti Anwar


Sumber laporan

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Kandungan laporan Hospital Pusrawi







1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
*Kependekan F/T bermaksud full time.
*Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
*pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
*pain in the anus when passing motion (for a week)
*pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
* willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada dan ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi ? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis ?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur..

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.


Catatan ringkas, 3.50 petang

AIDC
29 Julai 08


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar akan di bertanding di Kulim-Bandar Baru?


Anwar akan di bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru ?

1. SMS dari ADIL NEWS memaklumkan Anwar telah buat pengumuman malam tadi (27 Julai) akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baru, Kedah dalam masa terdekat ini.

2. Penyandang sekarang adalah Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin, salah seorang peguam peribadi Anwar yang telah menang di parlimen itu dalam PRU 12.

YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Bharu


3. Sumber SMS itu menjangkakan Zulkifli Nordin akan mengosongkan kerusi parlimennya dalam jangka masa terdekat untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di parlimen itu.

4. Tetapi apabila membaca blog Zulkifli Nordin, seorang netter 'alkulimi' said... "Apa ni? pasal apa YB Zul ambik artikel Fudhail masuk dalam blog dia. Ada apa2 ke? Macam ada apa2 saja!. Macam tak berapa setuju nak bagi kerusi kat DSAI saja. Pasai apa?. Minta YB tolong jelaskan. Jgn bagi penyokong keliru dan haru biru."

5. Komen netter itu dibuat apabila Zulkifli Nordin mengambil satu artikel daripada blog Fudhail yang memberi pendapat Anwar tidak patut bertanding di Kulim-Bandar Baharu dan lebih wajar Anwar bertanding di Permatang Pauh.

6. 'Minat' Zulkifli meletakkan 'posting' Fudhail itu ditafsirkan sebagai kecenderungan Zulkifli untuk tidak bersetuju meletak jawatan dan memberi laluan kepada Anwar.

7. Apatah lagi intipati kandungan artikel Fudhail itu terlalu keras kerana membantah hasrat Anwar itu serta mengesa Anwar bertanding di Permatang Pauh, tempat Wan Azizah (isterinya).

8. Secara pesimis blogger itu mendakwa sekiranya Anwar masih berminat bertanding di Kulim-Bandar Baharu akan mengesahkan pendapat umum mengatakan PKR adalah Parti Tiga Beranak (Anwar, isteri dan anak) dan Anwar mengamalkan kronisme.

9. Tanpa disangka-sangka 'posting' itu telah mendapat reaksi positif untuk bersimpati kepada Zulkifli Nordin kerana kebanyakan netter yang berkunjung tidak bersetuju Zulkifli meletak jawatan dan memberi laluan secara mudah kerana keputusan mahkamah tentang kedudukan Zulkifli belum diumumkan lagi.

10. Blogger Penarik Beca sebelum ini menulis sepintas lalu tentang kemelut di parlimen Kulim-Bandar Baharu dengan bertanya, betulkah "sudah wujud ninja turtle di dalam PKR ?

11. Laman kerispusakamelayu.wordpress.com pula menulis Zulkilfli Nordin tidak berpuas hati dengan keputusan Anwar itu dan penulis menjangkakan peguam kes liwat Anwar itu akan bertindak keluar parti.

12. Blogger kerispusakamelayu itu turut bertanyakan adakah benar ahli parlimen PKR yang berjumpa TPM baru-baru ini adalah Zulkifli Nordin ?. Pertanyaan ini sebagai kesimpulan untuk menguatkan hujahnya peguam Anwar itu tidak berpuas hati dan bertindak keluar parti.

13. Mungkin pendapat netter dan penulis di ketiga-tiga blog itu bersifat 'gosip politik' tetapi dalam politik serba kemungkinan, termasuk penyebaran SMS ADIL NEWS menyatakan Anwar sedia bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu sebagai 'percubaan untuk melihat sokongan rakyat' ?

14. Terdapat juga teori mengatakan Anwar tergesa-gesa bertanding kerana desakan Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang meminta Ketua Umum PKR itu bertanding dalam pilihanraya kecil dengan kadar segera.

15. Tetapi semua pendapat itu berupa andaian semata-mata. Anwar lebih tahu apakah maksudnya beliau perlu segera bertanding dan mengarahkan salah seorang ahlinya (Zulkifli) meletak jawatan.

16. Walaupun arahan Ketua Umum itu berbaur 'diktator' dan 'Parti Milik Anak Beranak Sdn Bhd' tetapi Anwar sudah tentu tahu muslihatnya.

17. Sebelum ini, satu petisyen bantahan telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Alor Star menyatakan Zulkifli Nordin hilang kelayakan bertanding kerana tidak mengemukakan penyata kewangan semasa bertanding dalam PRU 11 (2004)

18. Mahkamah Tinggi Alor Star akan mengumumkan keputusan sama ada Zulkli Nordin hilang kelayakan atau tidak pada 19 Ogos ini.


Catatan ringkas 2.11 pagi

AIDC
28 Julai 08


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar arah Raja Petra serang Presiden PAS?


Satu iklan penghinaan yang diletakkan di Malaysia-today. Kenapa Raja Petra mula serang Presiden PAS ? Adalah beliau diarah memulakan serangan-serangan ke atas Presiden PAS itu ? Siapa arahkannya ?

Anwar arah Raja Petra serang Presiden PAS ?

1. Membaca tulisan Faisal Tehrani membayangkan Presiden PAS benar-benar disepit dan disabotaj oleh para 'penghasut'. Mungkinkah ini berkaitan sikap tegas Presiden PAS sebut 'ahli PAS bukan bodoh',PAS bebas berbincang dengan mana-mana parti tanpa perlu dikontrol parti lain dan dengan tegas, Presiden PAS sebut Pakatan Rakyat bukan berketuakan Anwar ?

2. Membaca tulisan keras Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir (Roslan SMS) lebih nampak hujung pangkalnya bahawa Raja Petra mewakili Malaysia-today sedang menyerang peribadi Presiden PAS.

3. Keras betul serangan-serangan Raja Petra melabel Presiden PAS dengan bahasa kesat dan tulisan lucah. Adakah ini mentaliti sebenar pendokong IFC (Raja Petra) hentam kromo dan mencabar agama apabila kehendaknya tidak tercapai.

4. Apa sudah jadi dengan Raja Petra ? Kenapa beliau benar-benar marah kepada Presiden PAS ? Apa yang telah Presiden PAS telah sentuh peribadinya? Atau Raja Petra mahu bikin 'hero' lagi, semua orang salah, Najib salah, Haji Hadi salah, Pak Lah salah... Yang tak pernah salah adalah dua makhluk iaitu dirinya sendiri dan Anwar.Ini tak masuk akal, kerana sudah diresapi sikap ego dan taajub kepada diri sendiri.

5. Kalau begitu maksudnya Raja Petra tidak memahami erti "demokrasi" yang diperjuangkan ketuanya (Anwar). Mana ertinya demokrasi, semua orang mesti patuh hanya kepada pendapat mereka berdua. Orang lain semua salah, mereka berdua sahaja betul, demokrasi ke tu ?

6. Raja Petra bukanlah muslim baik. Pernah diceritakan daripada kawan-kawan lamanya, beliau 'kaki minum'.Malah peribadinya banyak menimbulkan keraguan.

7. Persoalannya siapa di belakang Raja Petra dan Malaysia-today ? Kenapa tidak pernah marah kepada Anwar ?. Adalah beliau dan Anwar satu aliran ?

Satu lagi 'kempen melampau', Raja Petra yang disiarkan di Malaysia-today, seperti yang ditulis oleh Roslan SMS.


8. Perlu dicatat, laman Malaysia-today ditubuhkan menjelang pembebasan Anwar pada 2004. Sebelum ini, Raja Petra menjadi 'tulang belakang siber' kepada Anwar dalam laman hard core bela Anwar, FREE ANWAR CAMPAIGN (FAC) dari 2001-2004.

9. Malah penaja Raja Petra dan Malaysia-today adalah penaja yang sama membiaya Anwar di Malaysia iaitu sebuah Yayasan Jerman yang berpengkalan di Bangkok, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF).

10. Baca pula blog Zulkifli Noordin, seolah-olah, peguam peribadi Anwar itu, tidak mahu melepaskan kerusi Parlimen P18 - Kulim Bandar Baharu (Kedah), kepada Anwar walaupun didapati beliau tidak sah.Mungkinkah peguam Anwar tidak sampai hati meluahkan sendiri, lalu berdasarkan komen pihak lain (komen blogger Fudzail? ).

11. Baca lanjut lagi, lontaran pemikiran Mohd Sayuti Omar (MSO) dakwa seorang Ahli Parlimen PKR Berjumpa Najib baru-baru ini. Ini sudah terbalik kot, Anwar dakwa sudah ada dalam tangan 30 MP BN yang akan sokongnya, tetapi seorang MP PKR pula akan seberang parti ?

12. Jadi inikah yang dimaksudkan Faisal Tehrani, bahawa Presiden PAS dihasut dari dalam (?) dan dari pihak luar ?. Tetapi barangkali Raja Petra sudah tahu bahawa ketuanya juga tersepit, sebab itu beliau melompat seperti 'beruk kena cucuk punggung'?


Catatan ringkas

AIDC
26 Julai 2008


Sila klik untuk baca selanjutnya...