Artikel ini ditulis sebagai balasan komen-komen dalam artikel "Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar" yang dipetik daripada blog anwarisme.blogspot.com.
Pengomen yang turut memberi komen dalam artikel itu adalah kumbang, Atui Dtabasan, Demang Lebar Daun, Wokyoh dan Kamal. Kepada semua diucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatian dan kesudian saudara-saudari untuk terus memberi komen-komen dalam menjayakan blog ini.
1. Kumbang mencadangkan agar dibuat satu penulisan mengenai senarai penipuan Anwar. Saya kira cadangan yang amat baik dan memang wajar dibuat senarai siri-siri pembohongan Anwar dari 1999-2008 untuk memberi justifikasi bahawa pembohongan "16 September", bukanlah satu-satunya Pembohongan Anwar.
Keracunan Arsenik
Ya, memang benar banyak kali siri pembohongan telah dilakukannya. Bermula dengan kes Keracunan Arsenik , yang digambarkan seolah-olah Anwar akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Terdekat ketika itu sekitar tahun 1999!.
Malangnya walaupun diramal bakal 'meninggal dunia' pada tahun 1999, tetapi hingga kini, setelah hampir 9 tahun, Anwar masih segar bugar!
Ketika itu Karpal Singh (DAP) turut ambil kesempatan politik untuk mempopularkan dirinya dengan menuduh terdapat satu KONSPIRASI TERANCANG untuk membunuh Anwar menggunakan racun asernik. Wan Azizah pula dijadikan tukang penyampai lidah Anwar!
Malah Wan Azizah turut dakwa Anwar disuntik oleh virus HIV,semasa dalam penjara dan bakal meninggal dunia tidak lama lagi kerana penyakit AIDS.
Isu keracunan Arsenik itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan liwat dengan Azizan Abu Bakar.
Isu keracunan arsenik dan suntikan HIV ternyata tidak benar. Dengan ini jelaslah sebenarnya tuduhan KONSPIRASI TERANCANG itu tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.
Kini isu keracunan itu sudah dilupakan oleh rakyat, meskipun ramai reformis masih lagi belum melupakannya kerana mereka menghadapi perbicaraan demonstrasi keracunan arsenik (termasuk Ezam) yang masih belum selesai hingga ke hari ini.
Begitu lah kehebatan Anwar Ibrahim, memohon simpati dengan tuduhan KONSPIRASI TERANCANG dan KERACUNAN ARSENIK, hingga orang lain menderita hingga terpaksa masuk penjara kerananya, tetapi Anwar tetap bebas dan segar bugar.
Maknanya benar seperti kata Abd Ghani Haron, bekas exco Pemuda Keadilan, usahkan Anwar nak membantu petani dan nelayan, dirinya yang pernah ditangkap polis dan dipenjara berkali-kali dek pertahankan Anwar pun tidak dibantu. Kata Ghani, "Apa barang, nak tolong nelayan dan petani, dirinya hampir sepuluh tahun berjuang kerana Anwar pun tidak dipedulikan". (Sila tonton pengakuan Abd Ghani di bawah)
Anwar sakit berkerusi roda
Rentetan isu keracunan Arsenik, pada tahun 2001, Anwar digambar sakit yang amat parah, hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai penyenggal leher di tengkok.
Ketika itu (Anwar sedang berada di penjara), beliau digambarkan amat tenat hingga tidak boleh berjalan (terpaksa berkerusi roda) kerana sakit belakang
Namun ada yang mempersoalkan kalau sakit belakang kenapa perlu pakai penyenggal leher?
Kes penipuan ini juga terbongkar apabila satu rakaman video yang menunjukkan Anwar segar bugar di hospital, tidak seperti yang digambarkan semasa Anwar berada di khalayak ramai. (Sila lihat video di bawah)
Rakyat juga sudah lupa penipuan itu telah telah lama berlaku, kira-kira 6 tahun yang lalu
Konspirasi bermula di Munich
Apabila Anwar dibebaskan 2004, beliau dengan berkerusi roda ke Hospital Munich. Masih pakai penyenggal leher dan berkerusi roda ke KLIA. Sebaik sahaja sampai di khalayak ramai, beliau sekali lagi dipapah membayangkan beliau memang tidak larat hinggan nak berjalan pun tak boleh.
Sebaik sahaja tiba di Munich, CNN melaporkan secara live, Anwar tidak lagi pakai penyenggal leher, boleh berjalan dengan sendiri dan sudah tiada kerusi roda. Anehnya masa itu Anwar baru tiba di Munich dan belum menerima apa-apa rawatan lagi.
Sebaik sahaja dirawat, tidak sampai seminggu, Anwar kembali segar bugar, tanpa pembedahan kronik sepertimana yang sepatutnya ditunjukkan sebelum ini.
Malah tak sampai seminggu Anwar di Munich, berbodong-bondong sahabat handainya dari dalam dan luar negara datng melawat termasuk Paul Wolfowitz.
Ya. Aneh. Tak sampai seminggu boleh segar bugar walaupun tidak perlu pembedahan. Wartawan barat turut berkejar-kejar ke Munich untuk interview Anwar.
Selalunya kalau orang sakit kronik seperti yang ditonjolkan Anwar, akan dimasukan di hospital pakar dan tidak dibenarkan tetamu melawat, hanya untuk keluarga terdekat sahaja.
Tetapi berlainan dgn Anwar, semua sahabatnya termasuk Paul Wolfowitz (bukan keluarga terdekatnya) datang melawat dan berbincang hampir tiga jam dan semua media barat dibenarkan interbiu Anwar di Munich.
Selepas Anwar berada di Amerika Syarikat bermula tahun 2005-2007, isu sakit belakang, pakai penyenggal tengok sudah tiada kedengaran lagi..
Media barat menggambarkan Anwar amat sihat, bertali leher, berkot, berceramah ke seluruh pelusuk dunia dengan tajaan Amerika.
Pada 2008, Anwar kembali ke Malaysia. Media barat termasuk Akhbar Israel, The Juresalem Post meramalkan Anwar bakal PM Malaysia.
Dakwaan liwat kedua, konspirasi ancaman bunuh dan sakit belakang lagi
Tidak semena-mena sekali lagi bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis dakwa dirinya diliwat.
Anwar berkejar ke kedutaan asing mendakwa terima ancaman bunuh. Siapa yang mahu bunuh Anwar ? Maka sekali lagi wan Azizah menwar-war kepada orang ramai bahawa suaminya bakal dibunuh.
Persoalannya siapa yang mahu bunuh suami Wan Azizah?
Namun kini "Isu Ancaman Bunuh" lenyap begitu sahaja, apabila Anwar berkempen ke sana sini utk menang di Permatang Pauh. Sekali lagi Wan Azizah terpaksa jadi mangsa berkorban kerusinya, Parlimen Permatang Pauh untuk suami tercinta..
Selepas menang Anwar dakwa sudah mempunyai 30 ahli parlimen BN yang sedia melompat untuk bentuk kerajaan baru dan beliau akan jadi PM pada 16 Sept..2008.
Namun bila muncul fajar 16 Sept..dakwaan Anwar tidak jadi kenyataan. Bermakna Anwar mengulangi siri-siri pembohongan dan penipuan kepada rakyat jelata. (Sila lihat video di bawah ini)
Konspirasi kedua Anwar, sakit belakang berulang kembali
Sekarang isu "Anwar Sakit Belakang" sering kali diwar-war semula oleh media PKR ketika mana Anwar menghadapi perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.
Sudah hampir 7 tahun isu "Sakit Belakang" ini tidak dimainkan, namun kini, seolah-olah terdapat KONSPIRASI kedua merancang propaganda itu yang membawa mesej cukup jelas.
Anwar digambarkan sudah terlalu uzur, sentiasa sakit belakang, hingga terpaksa dipapar berkali-kali oleh Wan Azizah.
Hinggakan Anwar nak naiki bangunan parlimen pun terpaksa berpegangan tangan dengan Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Sebenarnya ada motif tersembunyi media internet PKR memainkan isu sakit belakang Anwar itu..
Motifnya jelas nak menonjolkan Anwar yang sentiasa sakit belakang tak mampu nak meliwat Saiful, sedangkan kebiasaannya salah satu ciri peliwat adalah sakit tulang belakang. (Sila lihat video di bawah )
Video yang anda tonton di atas bukan produk kami, tetapi salah satu contoh video propaganda video terbitan pro- PKR yang diterbitkan oleh Hanief.blogspot.com.
Namun begitu, ditengah hangat propaganda sakit belakang, Anwar masih segar bugar hingga sering berulang alik ke Hong Kong, Singapura dan Amerika memberi ceramah-ceramahnya.
Anehnya tiada pula Wan Azizah ataupun Saifuddin menemaninya dan memimpin ke KLIA serta bersama-sama Anwar ke tempat ceramah di seluruh pelusuk dunia !
Kalau Gus Dur, teman baik Anwar, dipimpin dan berkerusi roda, boleh diterima, Anwar pula bagaimana ? Adakah kini sudah setaraf dengan Gus Dur pula ?
Nampaknya selepas ini, rakyat Malaysia bakal ditipu lagi oleh Anwar sebagimana beliau menipu beliau akan jadi PM menjelang 16 Sept!
Mungkin selepas ini semakin banyak siri-siri pembohongannya untuk menghilangkan fokus rakyat mengikuti kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.
2. Atui Dtabasan mengupas mengenai hipokrasi Anwar menggunakan institusi raja-raja untuk menipu rakyat. Terima kasih Atui atas komen anda
3. Demang Lebar Daun mengkiaskan motif "Lawan Tetap Lawan" sebagai kiasan budak-budak degil. Dengan kisah budak2 nakal sewaktu kecil akan tetap berkeras sampai ke mati walaupun sudah bersalah. Demang berkias, bukan soal kebenaran yang dicari, dengan slogan "Lawan Tetap Lawan" tetapi kerana ketaksuban yang membuta tuli hingga pintu pintu hatinya tertutup menerima kebenaran.
4. Kamal pula menceritakan kes rumah keluarga Teresa Kok yang dilontar bom. Terima kasih atas maklumat berguna itu, saya amat menghargainya.
Wok Yoh pengomen tegar dan di sebalik tabir AIDC
5. Wok Yoh, pengomen tegar blog AIDC pula memberitahu pengalamannya yang sudah lama tidak mengunjungi laman Anwar Ibrahim iaitu AnwarIbrahimblog.
Wokyoh menulis, dia terkejut dengan fenomena baru yang berlaku di laman itu apabila komen2 dilaman itu sudah bercampur baur dengan komen2 negatif.
Kalau dulu kata Wokyoh, semua komen2 di laman Anwar Ibrahim penuh dengan puja puji yang melangit, seolah-olah Anwar manusia paling bersih di dunia ini, tidak pernah melakukan kesalahan, bahkan dipuja umpama 'seorang nabi baru'.
Kata Wok Yoh lagi, sekarang ini fenomena sudah bertukar, walaupun tidak dinafikan masih ada puja-puji, tetapi sudah ada komen-komen negatif yang mencalarkan imej 'nabi baru' itu.
Wokyoh turut merumuskan fenomena baru itu mungkin disebabkan rakyat Malaysia sudah sedar siapakah Anwar dan Wok Yoh mengatakan salah satu peranan yang mencalarkan imej Anwar dimainkan peranan oleh blog ini (AIDC).
Kalau benar sepertimana dakwaan wokyoh, saya dan team kru AIDC mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhana Wattaala.
Kami di sini hanya mampu membongkar kebenaran, diterima atau tidak oleh rakyat dengan hati terbuka hanya Allah yang Maha Kuasa menentukan.
Seperti yang saya beritahu kepada wokyoh dalam komen artikel artikel tulisan saya bertajuk "Isu budak pembancuh kopi hangat di Permatang Pauh", saya telah buat deklarasi untuk memikirkan sama ada menutup atau meneruskan blog ini sekiranya Anwar dipenjara semula akibat bersalah meliwat Saiful.
Tulis saya kepada Wok Yoh, "Saya ingin buat penafian bahawa tulisan-tulisan saya sebelum ini bertujuan untuk mempengaruhi undi di Permatang Pauh. Saya tidak pernah berniat begitu dan bagi saya Anwar menang atau kalah, tidak ada kaitan dengan blog ini. Sama ada Anwar menang atau kalah, itu bukan matlamat saya buka blog cikai ini.
Kalau, Anwar menang di Permatang Pauh, saya akan terus menulis di blog ini. Kalau kalah pun perjuangan sama akan diteruskan. Kalau Anwar jadi PM pun, saya akan terus menulis sebagai hak asasi saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Kalau Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan semula kes liwat, saya akan mempertimbangkan semula untuk terus menulis atau tidak. Bergantung kepada keadaan semasa ketika itu"
Untuk membaca interaksi awal saya dengan Wok Yoh dan pengomen-pengomen lain, sila klik artikel tulisan saya ini.
Sebagai balasan deklarasi saya itu, Wok Yoh menulis begini, "Kenapa ada deklarasi AIDC tu....macam nak stop blog ni dalam masa yang terdekat je.....jangan stop...teruskan....bagi saya penulis blog ini mempunyai daya pemikiran yang tinggi...mungkin mereka yang terlibat dalam blog ni lebih gempak dari IKD (institut kajian dasar) yang anwar tubuhkan tu...maklumat-maklumat yang anda sertakan di sini adalah cara kerja orang yang dah biasa dengan kerja kerja penyelidikan khusus atau tesis phd je...blog ni juga tak mampu dikendalikan oleh seorang..kamu berkerja dengan team...dari cara penulisan artikel anda... ada sekurang-kurangnya dua orang penulis yang kalau dibaca betul-betul anda berdua ada stail penulisan yang tersendiri"
Kerana kesuntukan masa ketika itu, saya tidak menyambut komen Wok Yoh, walaupun beberapa ramalannya separuh benar.
Sekarang izinkan saya merungkai serba sedikit ramalan Wok Yoh. Blog ini tetap diteruskan, seperti mana deklarasi awal saya sebelum ini. Maknanya isu menutup blog tidak tidak timbul lagi.
Wok Yoh memuji penulis blog ini mempunyai pemikiran tinggi dan akan lebih hebat daripada pemikir IKD. Terima kasih diucapkan atas pujian itu. Kalau benar seperti telahan saudara, alhamdulillah, syukran.
Ramalan Wok Yoh mengatakan blog ini dikendalikan oleh satu team benar tetapi ramalannya mengatakan dua orang penulis yang menulis di blog ini menggunakan satu nama iaitu AIDC, tidak tepat. Hanya saya seorang sahaja menggunakan nick AIDC. Tidak ada dua atau tiga. Satu orang sahaja. Stop!
Baiklah sebagai tidak mahu menimbulkan tanda tanya, sempena dengan fajar Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba, saya akan kisahkan serba sedikit mengenai blog ini.
Sejarah blog, AIDC, Hokage, Nora Solehah dan Zek
Blog ini dibina selepas PRU 12, sekitar Mei, dengan dikendalikan oleh dua orang iaitu saya (AIDC) merangkap pengarah video di youtube dan hokage (webmaster blog).
Pada awalnya, saya tidak mahu menulis di blog ini, kerana mahu menumpukan kepada pembikinan video-video di youtube, tetapi hokage mendesak saya untuk menulis dengan alasan, blog ini akan lumpuh sekiranya sekadar menyiarkan koleksi video di channel youtube Anwaribrahimdotcom..
Video pertama dihasilkan bertajuk " Siapa Anwar siri 1" (sila tonton video pertama produk kami seperti di bawah)
Akhirnya saya terpaksa akur dengan pendapat Hokage supaya menulis untuk menghidupkan blog. Seingat saya, tulisan awal saya bertajuk "Betulkah Anwar Agent Yahudi ?" , ditulis pada 25 Mei 2008.
Memandangkan kandungan video tidak mampu menceritakan semua perkara yang hendak disampaikan, maka saya aktif dalam kedua-dua bidang iaitu bidang penulisan dan penyediaan skrip video manakala Hokage membantu membina blog dan pembikinan video.
Setelah hampir dua bulan beroperasi, tiga orang lagi menawarkan diri untuk membantu kami iaitu cik kiah (pembikinan video), orca (terjemahan artikel) dan puteri (researcher)
Kemudian Hokage mencadangkan kepada saya agar dibuka chat box dan YM untuk saya berinteraksi dengan pelawat blog ini.
Selepas itu,saya mula berkenalan secara YM dengan dua orang lagi sahabat iaitu Nora Solehah dan Zek.
Nora Solehah dan Zek menawarkan diri untuk membantu saya dalam membangunkan lagi blog ini. Tawaran bekerja secara sukarela ini berdasarkan matlamat yang sama iaitu sama-sama anti Anwar Ibrahim.
Dengan penuh rasa hormat, saya melantik Nora Solehah sebagai 'ketua AIDC Club','ketua chat box' dan merangkap "Special Assinstant"(SA).
Saya selalu panggil nama ringkasnya sebagai SA . Dan selalu berkongsi idea secara maya dengannya, walaupun saya tidak mengenali rupa dan latar belakang dirinya.
Begitu juga Zek. Dia dilantik sebagai pembantu kedua yang juga bertugas sebagai Ketua 'forum AIDC Club'.
Hasil usaha gigih SA dan Zek di chat box dan forum, beberapa nick lain pula muncul menawarkan diri secara sukarela iaitu Ladybird, Mamathensem dan Huh.
Kesemua mereka kemudiannya dilantik sebagai moderator blog dan chat box.
Ladybird pula dilantik ketua yahoogroup AIDC dan Mamathensem dilantik 'Timbalan Ketua Chat Box'.
Segala cadangan-cadangan pengunjung akan dicatat oleh SA dan dia akan memberi maklum balas kepada saya secara maya. Pendek kata, SA akan sentiasa memberi idea-idea bernas untuk memajukan lagi blog ini.
Anihnya kami diketemukan secara maya, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Kepada Allah dipanjatkan syukur, alhamdulillah.
Malah mesyuarat mingguan kami pun dibuat secara maya !.
Membina rangkaian penulis pelapis
Dalam bidang penulisan pula, saya masih keseorangan dan untuk pengisian blog, saya terpaksa memetik berita dan rencana dari pelbagai blog yang sudah tersohor seperti Faisal Tehrani, Al Muslimin, Maharaja Zhou, Azrinizam Ibrahim (anginperubahan)dan sebagainya,
Tetapi dalam masa yang sama, dua orang penulis junior dari rangkaian kami iaitu Zek dan Huh menawarkan diri untuk membantu sebagai penulis.
Zek sebenarnya datang dari blog atasbawah, mengekalkan nicknya dalam penulisan berbentuk teori konspirasi dunia. Tulisan pertama Zek di blog ini bertajuk " Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"
Manakala Huh yang memiliki blognya sendiri "NoWadayS", menulis menggunakan nama pena "True Heart Finder" mengupas isu-isu Islam dan Timur Tengah. Tulisan pertama Huh di blog AIDC bertajuk "Demi cita-cita PM, Anwar gadai kalimah Allah kepada Kristian ?"
Mungkin selepas ini, selepas Zek dan Huh selesai menjalani latihan penulisan, blog ini bakal mempunyai tiga penulis yang berlainan sudut pemikiran dengan matlamat yang sama iaitu saya, Zek dan Huh.
Buat masa ini saya, SA dan Zek sedang berusaha keras melatih rangkaian baru, termasuk CK dan Kumbang. Dan beberapa nick lain yang tidak perlu dicatatkan di sini.
Bermakna, kalau Wok Yoh menawarkan diri bersama-sama kami, alhamdulillah semakin bertambah lagi keluarga kami.
Semoga persoalan Wok Yoh akan terjawab dalam penjelasan ringkas saya ini.
Mungkin tawaran ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang merasakan dirinya perlu membantu memajukan lagi operasi blog ini. Masih banyak tenaga yang diperlukan kerana masih banyak kerja perlu dilakukan termasuk promosi dan pembinaan rangkaian.
Saya juga turut mencatatkan pengalaman dan sejarah penglibatan saya dalam blog ini dalam ruangan bersiri bertajuk " Aku, Anwar dan perjuangan" di forum tertutup AIDC Club. Sesiapa berminat mengunjungi forum itu perlu mendaftarkan diri di sini.
Blog Anti-Anwar, bukan portal politik
Sebagai kesimpulan, blog ini adalah blog sukarela, mengupas isu-isu Anwar Ibrahim dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Blog ini bukan portal berbayar sperti Malaysiakini atau web parti seperti harakahdaily atau Suara Keadilan atau web parti politik yang membela parti masing2 seperti KMU, KPMU, Tranungkite dan sebagainya.
Blog ini asalnya blog pensendirian, disokong oleh sukarelawan yang anti Anwar Ibrahim yang kini menjadi blog bersama menyatakan satu pendapat "Kami menentang Anwar Ibrahim kerana beliau bahaya untuk Negara dan Agama".
Itulah yang menjadi tema perjuangan kami seperti yang tercatat di logo blog, "Anwar adalah The Bush Gang".
Bermakna jika anda mahukan isu-isu terkini politik Malaysia seperti UMNO, PAS, DAP dan PKR anda perlu melayari web dan blog lain kerana motif kami hanya untuk mencapai objektif seperti yang ditetapkan sebelum ini.
Tidak perlu kami tamak untuk memenuhi semua impian pelawat kerana kami sedar kekuatan dan kelemahan kami. Buat setakat termampu dan buat secara sukarela mengikut kemampuan sendiri!
Ibarat kata pepatah, " Jangan jadi seperti kera di hutan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Kepada semua pelawat blog ini diucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Amin, wasalam.
AIDC
27 Sept
http://aidc-editor.blogspot.com
email : aidceditor@yahoo.com
Nota : Tulisan ini dibuat hasil cadangan SA, supaya menulis mengenai siri-siri pembohongan Anwar Ibrahim dan juga cadangan Huh supaya saya berinteraksi dengan pemberi komen. Kata Huh, sekiranya saya mampu memberi komen terhadap komen yang telah dihantar pelawat, akan lebih memberi semangat lagi kepada pengomen tersebut membuat komen-komen seterusnya. Untuk SA dan Huh, terima kasih atas cadangan bernas anda. Mungkin saya tidak dapat menunaikan semua impian kalian. Ini sahaja yang mampu saya lakukan, sebagai manusia yang mempunyai dua tangan dan dua kaki. Amin.
0 comments:
Post a Comment