AIDC BLOG: Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika

Thursday, September 18, 2008

Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika


Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika

oleh Zafar Bangash

Adalah sukar untuk mengatakan yang mana lebih teruk : nasionalisma atau pemazhaban di dalam Ummah (Dunia Islam). Golongan elit yang memerintah dalam dunia Islam mempergunakan kedua-dua kelemahan ini untuk memperluaskan agenda buruk mereka.

Sama seperti nasionalisma yang merupakan sesuatu yang asing dalam budaya politik Islam, jadi pemazhaban merupakan sesuatu yang bercanggah dalam penyatuan Muslim.

Sewaktu kebanyakan Muslim mempunyai sebab yang tidak kukuh untuk menurut hawa nafsu dalam polemik pecah belah terhadap saudara Islam yang lain, terdapat kumpulan di dalam ummah yang mana untuk mereka terus kekal, mereka bergantung selagi kita masih berpecah.

Mari kita pertimbangkan dua perkembangan terbaru : kejayaan penentangan Hizbullah terhadap keganasan Zinonis di Lebanon pada musim panas yang lepas dan pembelaan Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad terhadap dakwaan AS.

Pemimpin Hizbullah yang pertama, Shaikh Seyyed Hasan Nasrallah dijulang ketika berada dalam perhimpunan-perhimpunan Muslim, manakala yang kedua merupakan Ahmedinejad yang menjadi simbol keberanian dan penentangan yang begitu kurang di kalangan pemimpin Muslim yang lain. Populariti kedua-dua tokoh tadi naik serta merta di kalangan Muslim seluruh dunia.

Gambar mereka digantung di rumah, restoran dan kedai kopi di seluruh Timur Tengah. Tidak mengambil kira bahawa kedua-dua tokoh itu merupakan pengikut Syiah ; mereka diangkat oleh orang ramai kerana kelantangan kedua-dua tokoh tadi amat berbeza dengan sifat takut yang ditunjukkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Perkembangan ini secara jelasnya memberikan amaran kepada pemimpin Muslim yang lain dan kepada AS, yang berusaha untuk meneutralkan kedua-dua tokoh ini.

Apabila dua Abdullah dari Arab Saudi Jordan, mengutuk Hizbullah, keseluruhan umat Muslim marah dan kedua-dua lelaki tadi terpaksa mengalah. Tindakan mereka mengalah, bagai manapun, adalah taktikal ; sedar bahawa kegembiraan ke atas kemenangan Hizbullah dan keberanian Ahmedinejad akan hilang apabila berhadapan masalah baru, nyata atau imaginasi, mereka menunggu untuk satu peluang keemasan untuk menyerang kembali.

Mereka tidak perlu menunggu lama. AS, juga, pihak yang kalah, perlu untuk menebus kembali kekalahan mereka.

Pada Oktober, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah mengadakan lawatan yang diberi publisiti besar-besaran ke Timur Tengah untuk menyatukan ‘rejim sederhana’ menentang ‘ekstremis’, bermaksud Iran, Hizbullah, Hamas dan Syria.

Pada Disember, ahli Gulf Cooperation Council (GCC) atau Majlis Kerjasama Teluk bertemu di Bahrain untuk menawarkan rancangan mereka dalam menghadapi pengganas. Rice berada di rantau tersebut sekali lagi pada pertengahan Januari untuk menggerakkan ‘dinasour’ Arab bagi menentang kuasa Islam.

Pada ketika ini, peristiwa di Iraq, secara kasarnya disalah urus oleh Kerajaan Iraq yang tidak cekap, telah disokong kuat oleh usaha AS.

“ Realiti situasi semasa adalah kita menghampiri satu konflik Sunni-Syiah yang terbuka di rantau ini,” Emad Gad, pakar hubungan antarabangsa Al-Ahram Center for Political and Strategic Studies in Cairo (Pusat Pengajian Politik dan Strategik Al-Ahram Kaherah), sebuah pusat penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan, memberitahu akhbar New York Times pada 17 Januari.

“ Dan Mesir juga akan menjadi sebahagian daripadanya (konflik)sebagai sebahagian daripada paksi Sunni. Tiada siapa mampu untuk mengelak atau melepaskan diri daripadanya.”

Mesir tidak bersendirian dalam menghidupkan pemazhaban ; Arab Saudi lebih teruk. Mereka bimbang dengan kuasa yang semakin kuat dimiliki oleh Iran sebagai satu ancaman kepada pemerintahan mereka yang tidak sah.

Abdul Rahman al-Barak, alim ulamak Arab Saudi yang rapat dengan keluarga pemerintah, menggambarkan Syiah, yang dirujuk olehnya dengan perkataan menghina, ar-rafideen (golongan yang ditolak), sebagai lebih teruk dari Yahudi dan Kristian.

Ahli GCC juga telah menyertai kumpulan anti-Iran yang diketuai oleh Rice apabila Menteri Hubungan Luar mereka bertemu di Kuwait pada 16 Januari. Kenyataan rasmi yang mereka keluarkan merupakan satu irama yang sedap didengar oleh Amerika :

“ Para Peserta mengalukan komitmen Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan dalam ucapan Presiden Bush yang terbaru [10 January] untuk mempertahankan keselamatan Teluk, integriti wilayah Iraq dan untuk memastikan kejayaan, adil dan termasuk proses politik yang melibatkan semua masyarakat Iraq dan menjamin kestabilan negara tersebut.”

Rasa prihatin mereka terhadap campur tangan akan lebih meyakinkan apabila Iraq berada di bawah Saddam digambarkan sebagai model campur tangan atau regim itu sendiri yang yang lebih cenderung berbuat demikian. Rasa prihatin mereka lebih biasa : untuk menyertai perang salib anti-Iran tajaan Amerika kerana mereka takut dengan pengaruh Iran yang semakin kuat. Untuk melemahkan Iran, mereka sanggup menggunakan cara kasar : menaikkan ketegangan isu mazhab dengan menaja tindakan tersebut dengan mewakili AS.

Kesemua ini, malangnya, bukan sesuatu yang baru; sesetengah bahagian Ummah mempunyai sejarah lampau terjerumus dalam perangkap pemazhaban. Sejurus selepas kemenangan Revolusi Islam Iran pada 1977, bekas Setiausaha Negara AS Henry Kissinger mengaturkan mesyuarat rahsia di Kaherah untuk menghasut konflik Syiah-Sunni dengan mewujudkan pemebrontakan terhadap regim samada di Sudan atau Syria. Rancangan itu adalah untuk memalukan Iran.

Jika Tehran menyokong pemberontakan, ini akan mengganggu hubungan Iran dan regim-regim tersebut; sekiranya Iran memihak kepada regim, gerakan Islam seluruh dunia akan mengutuknya kerana tidak menyokong sebahagian daripada gerakan Islamik.

Kumpulan Ikhwan Syria telah dipaksa untuk melakukan pemberontakan terhadap regim Syria, walaupun satu kumpulan yang penting, diketuai Dr. Issam al-Ataar, enggan untuk menyertai konspirasi ciptaan AS ini.

Tanda dapat dielakkan, Hafez al-Asad dengan ganas menghancurkan pemberontakan, membunuh beribu-ribu orang di Hama. Seperti yang dirancang, ini telah membawa kepada propaganda anti-Iran yang mengandungi kebencian yang sangat mendalam kerana disebabkan oleh hubungan baik Tehran dan Damascus.

Soalannya sekarang, memandangkan sejarah mengancam untuk mengulanginya sendiri, adakah Ummah telah mempelajari sesuatu daripada tragedi Hama, atau adakah ianya sekali lagi akan jatuh ke dalam perangkap yang dipasang untuk menjayakan agenda Uncle Sam.

AIDC menterjemah artikel asal bertajuk " Muslim sectarianism a part of the US agenda", oleh Zafar Bangash, Ahad, 4 Februari 2007

0 comments: