AIDC BLOG: Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

Wednesday, September 3, 2008

Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

Foto majalah ASIAWEEK ini diambil dari blog Faisal Tehrani.

Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK


Tulisan saya dalam artikel "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar" menarik perhatian saudara Arif untuk membuat ulasan perbandingan teks asal dan terjemahan ASIAWEEK, 11 November 1993.

Tercetusnya polemik Anwar dan Salman Rushdie



Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Kucing Hitam yang memulakan pendedahan ini. Tanpa disangka disambut pula oleh blogger cekka dan jentayubaka.

Kemudian disusuli dengan tulisan blogger sastera muda terkenal, Faisal Tehrani, yang turut menyinggung polemik ini dalam tulisannya "Sub Teks: 'Profound'". Beliau turut menyertakan salinan majalah ASIAWEEK, 11 November 1993 yang dipolemik itu dengan kupasannya yang lebih metafora.

Tulis Faisal, Saya bawa satu contoh lain yang sudah berbelas tahun jauh dari kita (mungkin ada yang belum lahir waktu itu), tetapi untuk sesetengah orang yang Rasulullah itu sentral, ia selalu ingat. Yang tertindas misalnya ialah Nabi Muhammad kerana untuk kuasa Barat, tidak apa mencemuh agama sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir. Misalnya novel The Satanic Verses di mana penghinaan terhadap baginda telah diwajarkan.

Yang tertindas tentunya kita kerana Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk kita semua (baca: kemanusiaan). Pencaci baginda Rasul seperti Salman Rushdie, yang untuk sesetengah orang misalnya disanjung sebagai profound writer, tentu sahaja adalah penindas. Kerana itu Imam Khomeini segera menfatwakan penindas keji seperti Rushdie harus dihukum bunuh. Bukan dipertahankan. Tiada tolak ansur. Tidak mungkin seorang profound writer itu penindas. Tetapi, sesetengah orang kerana sudah mabuk, mungkin tidak bersetuju.."


Bagi sesetengah pihak ada sukar juga memahami petikan bicara Faisal Tehrani, kerana beliau menggunakan kiasan dan metafora, apatah lagi telah dinobatkan oleh DBP sebagai sasterawan muda yang berpotensi.

Saya pula turut menyentuh sebagai isi sampingan polemik itu dalam tema besar tulisan saya berkenaan "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar"

Tulisan ini disusuli dengan komentar Arif yang mengulas seperti berikut:


Berikut merupakan salinan ASIAWEEK, 11 November 1993. Sila klik pada foto untuk membaca pandangan Anwar mengenai Salman Rushdie dan Ayatollah Khomenei. Anda baca dan buat penilaian sendiri. Foto ini ikhsan daripada Faisal Tehrani(http://tehranifaisal.blogspot.com)


Tulis Arif : "Saya telah membandingkan teks asal artikel ini di dalam Asiaweek dengan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang dipaparkan di AIDC, dan saya mendapati penterjemahan itu sedikit kurang tepat. Saya juga mendapati terjemahan itu tidak melibatkan keseluruhan teks asal. Benarkan saya mencadangkan satu lagi terjemahan berdasarkan teks asal Asiaweek seperti yang boleh dilihat di dalam gambar di sini:

"I have read The Satanic Verses. I also read Midnight's Children much earlier. I think he's a profound writer. I disagree with him in The Satanic Verses, but you have to deal with this situation. First, it's a literary piece. And second, I think any ruling on any ill-doing of any person must be determined by a court of law. I don't believe it's legitimate for someone to make a pronouncement to condemn any person. If countries dispute the writings of Salman, it should be brought to trial. In Malaysia we chose just to ban the book, because if it weren't, there would be riots. Do you want to defend one man and have so many people killed? But these decisions are difficult because if there's no freedom of expression, then people feel intimidated every time they touch on what's considered to be a sensitive issue."

"Saya telah membaca The Satanic Verses. Saya juga telah membaca Midnight's Children lebih awal lagi dari itu. Saya menganggap dia (Salman Rushdie) adalah seorang penulis yang menampakkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam. Saya tidak bersetuju dengannya (Salman) mengenai The Satanic Verses, tetapi anda harus merungkai situasi ini. Pertama, ia adalah sebuah karya sastera. Dan kedua, saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang. Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Di Malaysia kami memilih hanya untuk mengharamkan buku itu, kerana jika tidak, akan berlakunya rusuhan. Adakah anda mahu mempertahankan satu orang dan mengakibatkan ramai orang lain terbunuh? Tetapi keputusan-keputusan ini adalah sukar kerana sekiranya tiada kebebasan bersuara, maka orang ramai akan berasa tertekan setiap kali mereka menyentuh apa yang dianggap sebagai isu sensitif."

Saya mencadangkan terjemahan "Saya tidak bersetuju dengannya (Salman)" berbanding "Saya tidak bersetuju dengan Khomenei..." kerana konteks frasa ini, apabila merujuk kepada ayat-ayat sebelumnya, "dia" adalah Salman Rushdie dan bukan Khomenei: "I think [he's] a profound writer. I disagree with [him]...", di mana kedua-dua [he] dan [him] itu seharusnya Salman; sekiranya "him" adalah Khomenei, maka [he] dalam ayat sebelumnya juga adalah Khomenei, dan pembacaan keseluruhan bahagian awal artikel itu akan menjadi janggal.

Di sebalik itu, tona dan intipati jawapan Anwar terhadap soalan Asiaweek itu adalah jelas: Anwar mempertikaikan tindakan Ayatollah Khomenei mengumumkan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdie; Anwar menganggap Salman sebagai seorang sasterawan yang hebat, biarpun tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan Salman di dalam The Satanic Verses; dan Anwar menampakkan konflik pertimbangan dan pendirian apabila berdepan dengan konsep kebebasan bersuara (freedom of expression), sentimen masyarakat, serta sindiran dan penghinaan ke atas Rasulullah dan Islam. Bagi saya, apabila berdepan dengan isu menghina Islam dan Rasul, sepatutnya tiada konflik pertimbangan lagi"


Anwar sokong atau tentang Salman Rushdie ?



Ulasan Arif itu tentunya lebih memberi kefahaman dengan teks sebenar dan ulasan terjemahan. Terima kasih saudara Arif kerana sudi membantu.

Sekarang kita teliti pula apa yang telah diterjemahkan oleh saudara Arif:

1. "Saya telah membaca The Satanic Verses. Saya juga telah membaca Midnight's Children lebih awal lagi dari itu". Anwar mengesahkan beliau telah membaca buku The Satanic Verses dan satu lagi karya Salman bertajuk 'Midnight's Children". Kata Anwar, beliau sudah baca sejak dari awal-awal lagi dan Anwar amat memahami keseluruhan isi kandungannya.

2. "Saya menganggap dia (Salman Rushdie) adalah seorang penulis yang menampakkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam". Anwar mengiktiraf Salman sebagai penulis berpengetahuan dan faham mendalam. Anwar label Salman sebagai "profound writer" (penulis berpengetahuan mendalam)

3. "Saya tidak bersetuju dengannya (Salman) mengenai The Satanic Verses, tetapi anda harus merungkai situasi ini.Pertama, ia adalah sebuah karya sastera. Dan kedua, saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang". Barangkali yang ingin ditekan oleh saudara Arif adalah terma yang mengatakan Anwar tidak bersetuju dengan Salman mengenai The Satanic Verses tetapi kenyataan Anwar kontradik dengan pembelaan ke atas Salman dengan dua hujah iaitu karya sastera dan tidak boleh dihukum bunuh melainkan ditentukan oleh mahkamah.

Persoalan pertama, kalau tidak setuju dengan Salman, kenapa Anwar mengemukakan dua hujah pembelaan ke atas Salman yang merumuskan bahawa Anwar sokong Salman dan karyanya. Lagipun Anwar tidak menyatakan secara spesifik apa yang tidak dipersetujuinya dalam hasil karya tersebut, tetapi Anwar telah membuat rumusan yang sangat jelas bahawa penulis dan hasil karyanya tidak patut dicemuh kerana hanya sebuah buku sastera. Jadi apakah maksud sebenar Anwar, menentang atau menyokong Salman Rushdie ?

Persoalan kedua, kalau Anwar mengatakan Salman tidak bersalah kerana hanya teks sastera, kenapa pula Anwar mencadangkan hukuman ke atas Salman tidak wajar kecuali dijatuhkan hukuman di mahkamah. Mahkamah mana yang Anwar cadangkan untuk dakwa Salman ?, Mahkamah India atau United Kingdom ? Adakah mahkamah India mahu membicarakan buku Salman yang menghina Islam sedangkan India majoriti India merupakan negara beragama Hindu ? United Kingdom pun tidak berminat mendakwa Salman, bahkan memuji tindakan Salman dengan beri gelaran "Sir" kepada penulis The Satanic Verses itu oleh Queen Elizabeth II. Jadi apakah pilihan umat Islam yang merasa terhina apabila penulisnya terang-terangan menghina Rasulullah pujaan mereka?

4. "Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan". Kenyataan Anwar kali ini juga merupakan perulangan kepada hujah pertama iaitu 'pihak lain tidak boleh hukum orang lain', meskipun orang itu mengguris kepercayaannya.Barangkali mengikut Anwar, itu merupakan hak asasi Salman, boleh mengutuk Islam, menghina Rasulullah sesuka hatinya, dan pihak umat Islam tidak boleh memarahinya kerana hak asasinya. Tambah Anwar lagi, mahkamah pun belum menentukan Salman bersalah atau tidak, jadi kenapa umat Islam harus melenting kepadanya. Jadi memabaca teks ini, Anwar tentang atau sokong Salman Rushdie ?

5. "Di Malaysia kami memilih hanya untuk mengharamkan buku itu, kerana jika tidak, akan berlakunya rusuhan. Adakah anda mahu mempertahankan satu orang dan mengakibatkan ramai orang lain terbunuh?". Maksudnya Anwar memilih untuk mengharamkan buku itu bukan kerana persoalan akidah tetapi bimbang jika berlaku juga rusuhan di Malaysia. Jika rakyat Malaysia boleh menerima cercaan kepada Rasulullah oleh penulis The Satanic Verses itu, maka Anwar tidak akan mengharamkannya. Bagi Anwar kebimbangan soal soal rusuhan dan kematian nyawa manusia lebih penting daripada memelihara akidah. Persoalannya umat Islam merusuh kerana apa? Marah kepada Salman Rushdie atau marah dengan penghinaan Salman yang hanya mementingkan kebebasan menulisnya hingga sanggup menghina kepercayaan umat Islam seluruh dunia ?

6. "Tetapi keputusan-keputusan ini adalah sukar kerana sekiranya tiada kebebasan bersuara, maka orang ramai akan berasa tertekan setiap kali mereka menyentuh apa yang dianggap sebagai isu sensitif." Maksudnya keputusan mengharamkan buku The Satanic Verses adalah tindakan yang sukar. Maksud Anwar, sepatutnya buku itu tidak diharamkan di Malaysia kerana menunjukkan tiada kebebasan bersuara. Adakah ini bermaksud, Anwar tidak berhasrat mengharamkan buku itu, tetapi kerana desakan-desakan pihak yang cuba menghalang kebebasan bersuara, maka buku itu terpaksa diharamkan juga kerana bimbang kalau-kalau berlaku rusuhan dan tidak mendapat sokongan politik daripada umat Islam ?

Membaca keseluruhan teks yang diterjemahkan oleh saudara Arif itu, sewajarnya kita membuat kesimpulan akhir, adakah Anwar menyokong Salman Rushdie atau menentang Salman Rusdie ? Itu sahaja kesimpulan ; Anwar sokong atau tentang? Tidak perlu kita berusaha menegakkan bahawa Anwar menentang Salman dengan hujahnya yang berbelit-belit sedangkan keseluruhan intipati jawapan Anwar merumuskan memang Anwar menyokong Salman Rusdie dengan merumuskan pada awalnya bahawa karya The Satanic Verses adalah hasil sastera.

Anwar tidak cemuh Khomenei ?



Membaca teks yang diterjemahkan oleh saudara Arif tidak bersetuju nama Ayatollah Ruhollah Khomeini dikaitkan dengan ini. Menurut Arif polemik ini hanya antara Anwar dan Salman Rushdie sahaja.

Tulis Arif, "Saya mencadangkan terjemahan 'Saya tidak bersetuju dengannya (Salman)' berbanding "Saya tidak bersetuju dengan Khomenei..." kerana konteks frasa ini, apabila merujuk kepada ayat-ayat sebelumnya, "dia" adalah Salman Rushdie dan bukan Khomenei.

Diandaikan kita menerima peterjemahan saudara Arif yang tidak mahu mengaitkan nama Ayatollah Ruhollah Khomeini, maka siapakah pula yang dimaksudkan Anwar sebagai "Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan" . Siapakah dan negara manakah yang paling lantang mengkritik Salman Rushdie?

Apakah ini bermaksud hanya Anwar sahaja berpolemik dengan Salman Rushdie dan tidak ada umat Islam dari negara lain memprotes buku menghina Rasulullah itu. Adakah ini bermaksud kritikan dan ancaman bunuh ke atas Salman Rushdie sebenarnya tidak wujud dan Salman diterima baik oleh seluruh umat Islam seperti yang disarankan oleh Anwar. Benarkah fakta ini?

Sedangkan menurut wikipedia Salman Rushdie, menjelaskan fakta sebaliknya, "His fourth novel, The Satanic Verses (1988), led to protests from Muslims in several countries, some of which were violent. Faced with death threats and a fatwā (religious edict) issued by Ayatollah Ruhollah Khomeini, then Supreme Leader of Iran, which called for him to be killed, he spent nearly a decade largely underground, appearing in public only sporadically"

Laman web kirjasto.sci.fi turut menyokong Ayatollah Ruhollah Khomeini merupakan tokoh paling lantang mengkritik Salman Rushdie dan menawarkan hukuman bunuh ke atas penulis itu.

Tulis laman itu, "When Ayatollah Khomeini called on all zealous Muslims to execute the writer and the publishers of the book, Rushdie was forced into hiding. Also an aide to Khomeini offered a million-dollar reward for Rushdie's death. In 1993 Rushdie's Norwegian publisher William Nygaard was wounded in an attack outside his house. In 1997 the reward was doubled, and the next year the highest Iranian state prosecutor Morteza Moqtadale renewed the death sentence. During this period of fatwa violent protest in India, Pakistan, and Egypt caused several deaths"

Web contemporarywriters.com pula menyokong pernyataan di atas dengan menulis, "The publication in 1988 of his fourth novel, The Satanic Verses, lead to accusations of blasphemy against Islam and demonstrations by Islamist groups in India and Pakistan. The orthodox Iranian leadership issued a fatwa against Rushdie on 14 February 1989 - effectively a sentence of death - and he was forced into hiding under the protection of the British government and police"

Jika saya senaraikan carian-carian yang lain, jawapannya tetap sama iaitu buku The Satanic Verses dikecam oleh seluruh umat Islam dan langkah terakhir adalah ancaman bunuh daripada Ayatollah Khomeini, setelah merasakan tidak mungkin penulis itu akan didakwa di mahkamah.

Membaca semula terjemahan Arif, kita patut bertanya adakah Anwar bersetuju kritikan umat Islam mencemuh Salman dan hasil karya itu ? Adakah Anwar bersetuju dengan ancaman bunuh Ayatollah Khomeini ? Kalau bersetuju kenapa Anwar (seperti yang diterjemahkan sudara Arif) secara sinis berkata, "saya beranggapan bahawa apa-apa hukuman ke atas salah laku sesiapa pun mesti ditentukan oleh sebuah mahkamah undang-undang. Saya tidak percaya adalah patut bagi seseorang untuk membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman, ia seharusnya dibawa ke muka pengadilan"

Kalau ayat Anwar sesinis ini, dengan mengkritik semula umat Islam yang memprotes buku The Satanic Verses dengan bersandarkan kebebasan berkarya, adakah tidak mungkin ayat seperti ini seperti menemplak Ayatollah Khomeini yang sebelum ini pernah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas penulis itu ?

Kalau Anwar mempertahankan Salman Rushdie dengan berdasarkan hak asasi dan kebebasan bersuara, kenapa pula Anwar tidak pernah mempertimbangkan hak asasi umat Islam dan mempertahankan kebebasan kepercayaan yang dianuti seluruh umat Islam sedunia?


Profound writer

Anwar tidak kritik Salman Rushdie, sebaliknya memuji penulis itu sebagai 'profound writer' (seorang penulis yang mempunyai pengetahuan yang mendalam).



Sangat besar penghormatan Anwar, walaupun tidak sebesar pemberian anugerah 'Sir' oleh oleh Queen Elizabeth II.

Ketika seluruh umat Islam mengkritik Salman Rusdie dan hasil karyanya, Anwar pula memuji dengan memberi gelaran sebagai penulis yang hebat (profound writer). Jadi Anwar bersama-sama aspirasi seluruh umat Islam sedunia atau bersama-sama bersekongkol dengan pihak Barat (bukan Islam) yang memuji serta memberi anugerah kepada penulis itu ?




Apa pula kata guru Anwar, John Esposito terhadap kecaman umat Islam ke atas Salman Rushdie itu? Adakah John Esposito yang dipuja Anwar itu sebagai 'pembela umat Islam' juga mengecam Salman Rusdie atau sebaliknya ?

Kata John, "What's different from past events is how major Muslim leaders are condemning it. The fatwa against Salman Rushdie [after his novel "Satanic Verses" was regarded as blasphemous] brought more mixed reactions. They created a gray area. Now the Muslim mainstream is going on the record as saying this is not only irrational but unislamic. They are setting the stage for the possibility that this turns out to be a Muslim terrorist. They want to distance themselves"

Tulis John lagi, "The Ayatollah Khomeini's condemning of novelist Salman Rushdie to death for blasphemy for his Satanic Verses, combined with Iraqi President Saddam Hussein's call for a holy war against the West during the 1991 Persian Gulf War, reinforce fears of a political and cultural confrontation. This is magnified by some who, like Krauthammer, reduce contemporary realities to the playing out of ancient rivalries: "It should now be clear that we are facing a mood and a movement far transcending the level of issues and policies and the governments that pursue them. This is no less than a clash of civilizations--a perhaps irrational but surely historic reaction of an ancient rival against our Judaeo-Christian heritage, our secular present, and the worldwide expansion of both."

Jika Anwar memuji Salman sebagai 'profound writer', gurunya John Esposito juga sependapat dengan mengatakan Salman adalah seorang 'intelektual yang bijak'.

Jadi tiada bezanya pandangan muslim Malaysia bernama Anwar Ibrahim dengan Kristian Orientalis bernama John Esposito. Sebab itu, Anwar boleh berguru dengan John Esposito, meskipun beliau merupakan seorang orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan Amerika.

Salman Rushdie & The Satanic Verses



Salman Rusdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.

The Satanic Verses adalah karya ke-empat karya Salman Rushdie,diterbitkan pada tahun 1988. Dia menulis buku ini pada usia 47 tahun .

Jodol The Satanic Verses bermaksud "Ayat-ayat Syaitan" yang disinonimkan dengan kehidupan Nabi Muhamad SAW.

Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Viking (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin.

Menurut sumber, Salman Rushdi menulis buku itu karena kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakan imej Islam.

Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah;

1. Salman menulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

Meskipun Anwar mengklasifikasi buku The Satanic Verses sebagai karya sastera, tetapi penghinaan ke atas Rasululullah dan Islam amat teruk sekali.

Malah tidak wajar sama sekali Anwar memberi gelaran "Profound writer", kepada penulis itu. Apa pengetahuan mendalam Salman Rushdie seperti yang dipuji Anwar jika Rasulullah dan Islam diperkotakkatikan ?


Anwar bela Islam atau Barat ?

Anwar selalu menyebut beliau selalu mendengar fatwa daripada Yusof Al-Qardawi, tetapi kita tidak pernah mendengar Anwar menulis,selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, saya berada di Mesir selama dua tahun untuk belajar dengan Yusof Al-Qardawi atau saya berada di universiti Al Azhar selama tiga tahun untuk mendalami ilmu Islam. Tidak pernah kita dengar Anwar menulis seumpama itu.

Tetapi apa yang sering kita dengar, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara, Anwar terus berhijrah ke United Kingdom, menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford selama satu tahun(2004-2005. Kemudian berpindah ke Amerika menjadi pensyarah pelawat di dua buah universiti yang ditubuhkan oleh Yahudi iaitu Johns Hopkins University selama satu tahun (2005-2006) dan Georgtown University juga selama satu tahun (2006-2007).

Malah orang pertama yang melawat Anwar di Munich, bukannya Yusof Al-Qardawi, sebaliknya seorang Yahudi, bergelar 'arkitek perang Iraq' bernama Paul Wolfowitz. Kalaupun Anwar berjumpa dengan Yusof Al-Qardawi hanya sehari dua, sedangkan Anwar berkhidmat dengan Paul Wolfowitz di Bank Dunia, hampir setahun. Malah lebih setahun Anwar mengambil masa berguru dengan John Esposito di Universiti Georgetown.

Sebab itu Anwar Ibrahim sanggup bertuankan kepada John Esposito di the Center for Muslim-Christian Understanding, Universiti Gergetown Amerika.

Untuk apa Anwar menimpa Islam di Amerika dan bukannya di Timur Tengah ? Sila baca artikel sebelumnya bertajuk " Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"

Maka di atas premis ini, tidak hairan jika si Yahudi bernama Paul Wolfowitz menulis biodata Anwar untuk pencalonan Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)dan tidak hairan juga jika guru Anwar, si orientalis menulis buku khas bertajuk "Makers of Contemporary Islam" mengiktiraf sumbangan Anwar sebagai Muslim Moderate.

AIDC
23 Ogos 2008

0 comments: