oleh Cekka dan AIDC
Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”
Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.
Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.
Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.
Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.
Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL) ; Asian Human Rights Commission (AHRC) , diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa ; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.
Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..
Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?”
Persoalan yang menjadi tanda tanya..
Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini?
Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai.
Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.
Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme ?
Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu.
Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.
Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung di sebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.
Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang.
Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.
Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia.
PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ’sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.
Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.
Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.
Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara di bawah seliaan Petronas.
Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.
Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.
Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya.
Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.
Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar.
Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.
Cekka
Nota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini
Ulasan AIDC
Terima kasih Cekka, kerana sudi memetik sumber blog AIDC sebagai rujukan dengan analisis serta pandangan penulis yang baik. Sekiranya anda berminat tulisan-tulisan Cekka, sila lawati lamannya, klik di sini.
Saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai satu persoalan utama yang dikemukakan oleh Cekka iaitu adakah Anwar sedar atau tidak bahawa beliau diperalatkan oleh NED dan Amerika serta apakah kesannya kepada Islam agama rasmi Malaysia ?
Apakah Anwar sedar beliau diperalatkan Amerika ?
Jawabnya Anwar memang sedar dan tahu akibatnya serta mencari jalan supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia tidak mengetahuinya. Dalam erti kata lain, beliau memang bekerjasama secara rela hati untuk mengharapkan pertolongan Amerika, tetapi dalam masa yang sama berusaha menyembunyikan identitinya supaya tidak dicop sebagai pro- Amerika, kerana mahu menjaga survivalnya sebagai ahli politik Malaysia.
Kalau sekiranya Anwar seperti Abdolkarim Soroush ( warga Iran ), beliau boleh mengaku secara terus terang sebagai pro- Amerika kerana beliau (Abdolkarim) adalah seorang akademia, manakala Anwar adalah seorang politikus ternama di Malaysia.
Realitinya, Anwar sebagai ketua Parti Pembangkang Malaysia, berhadapan dengan satu masalah besar iaitu PAS. Parti PAS secara jelas menolak Amerika kerana sedar di belakang kuasa besar itu adalah kumpulan Zionis yang dikenali sebagai Neo- Konservatif.
Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi. Malah PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afghanistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai mangsa terorist.
Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata berdemonstrasi membantah kedatang pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Klik di sini
Itu baru pemain ping pong Israel yang datang, PAS sudah tunjuk reaksi yang sedemikian rupa, kalau yang datang ke Malaysia nanti adalah perancang perang ke negara Islam, sudah tentu lebih hebat tentangannya.
Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC).
Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain. klik di sini.
Walaupun Israel benci kepada Iraq dan Iran, tetapi Israel tidak mampu melawan kedua-dua negara negara Islam itu tanpa pertolongan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika. Di sinilah peranan Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz yang pernah memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, bagaimana beliau merancang dan menghancurleburkan bumi Iraq, hingga mengorbankan orang awam Islam yang tidak berdosa.
Sebab itu selepas berjaya menakluk Iraq, Paul Wolfowitz dipindahkan menjadi Presiden Bank Dunia. Bermakna kedudukan Zionis Amerika sentiasa ditempatkan di dua kedudukan paling strategik iaitu pertahanan dan kewangan. Sebab itu Zionis seperti Paul Wolfowitz dianugerahkan "Zionis Amerika paling berjaya pada tahun 2002" oleh sebuah organisasi Yahudi berpengaruh di Amerika yang dinamakan JINSA ( The Jewish Institute for National Security Affairs)
Maka apa bezanya Israel dan Amerika kerana Amerika sendiri dikawal oleh kumpulan Zionis yang berasal dari Israel ?
Hubungan Anwar dengan Zionis Amerika
Persoalannya bagaimana pula hubungan Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner dan George Soros ini. Anwar bukan setakat bergambar dan bertemu mereka ini, tetapi Anwar menjadi alat untuk menjayakan cita-cita mereka dalam mewujudkan PNAC (Project for the New American Century )
Bermakna yang Anwar berhubung dan bekerja bukan Yahudi biasa, tetapi Yahudi Zionist yang bercita-cita mengukuhkan kuasa Amerika sebagai kuasa tunggal di dunia dan mengesahkan Negara Israel secara negara yang sah.
Zionis yang pernah merancang menakluk Afghanistan, Iraq dan Iran semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta mencari telaga minyak. Maknanya Anwar berkawan dengan Zionis perancang perang ke atas umat Islam, bukannya sekadar Yahudi biasa yang hanya mentelaah di gedung Universiti John Hopkin atau Georgetown.
Buktinya Anwar menjadi alat Zionis, apabila beliau sendiri turut menandatangani Deklarasi Annapolis Summit 2007 iaitu satu perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush Amerika untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Lihat bukti klik di sini
Jadi, adakah sikap Anwar yang pro Amerika dan pro-Zionis itu tidak berlawanan dengan prinsip PAS yang memegang konsep Negara Islam ?. Atau mungkinkah Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayub, yang pernah menentang Israel dan Amerika pada tahun 1997 dulu,kini telah membuang prinsip anti Amerika dan Zionis setelah memegang Ketua Penerangan PAS (Mahfuz) dan Ketua Pemuda (Salahuddin) ?
Saya kira dilema itulah yang sedang dihadapi oleh Anwar sebagai seorang politikus, menghadapi PAS yang secara jelas anti-Zionis. Bagaimana Anwar dan PAS boleh bermain tarik tali dalam menghadapi kemelut ini. Semua itu terpulang kepada percaturan dan kebijaksaan masing-masing.
Bacaan lanjut, sila ,artikel 1, dan artikel 2
Sikap pro-Amerika Anwar dan kesannya ke atas Malaysia
Sikap Anwar yang pro-Amerika membolehkan beliau mendapat tajaan daripada pihak Amerika terutamanya NED, NDI dan IRI serta bantuan daripada sekutu Amerika terutamanya KAF, FNF dan SPF.
Untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah modus operandi Amerika dan sekutunya membantu Anwar di Malaysia sila lihat artikel sebelum ini. Klik artikel 1 dan artikel 2
Di sini saya akan menyentuh kesan yang paling penting adalah ke atas agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.
Pada umumnya agenda terakhir badan-badan penaja yang disenaraikan di atas adalah untuk melemahkan dominasi Islam di Malaysia dengan menjayakan program pluralisme agama (persamaan antara agama).
Misalnya KAF yang membantu Anwar dan think tanknya IKD sejak 1980-an lagi, bermatlamat untuk menjayakan IFC (Interfaith Council) yang berhasrat mewujudkan Mahkamah Antara Agama-agama bagi membendung dominasi Mahkamah Syariah.
Lihat pengakuan Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam menjayakan usaha pluralisme ini. Klik artikel 1 dan artikel 2.
Bantuan KAF kepada Anwar pada hakikatnya telah mengigit Islam secara diam, seumpama api dalam sekam. KAF dan IKD telah berusaha meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia melalui virus-virus "Islam Liberal". Bacaan lanjut klik di sini
Anwar Muslim Moderate adalah Muslim Liberal ?
Anwar Ibrahim dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.
Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).
Nama Carl Greshman dan Lorne Craner pula adalah kawan rapat Anwar yang termasuk dalam senarai Zionis (rujuk senarai di atas) yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel.
Jadi sekiranya Zionis yang menobatkan Anwar sebagai "Muslim Moderate" apakah agenda akhir mereka ke atas dunia Islam ?
Apakah ini bermaksud "Muslim Moderate" merupakan nama lain kepada "Islam Liberal" ?
Untuk menjawab persoalan ini lebih baik dilihat watak yang sama dengan Anwar yang diiktiraf Amerika sebagai "Muslim Moderate 2004" iaitu Abdolkarim Soroush
Abdolkarim Soroush menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika, tempat yang sama Anwar menjadi pensyarah pelawat. Pada tahun 2005, Time Magazine menamakan beliau sebagai the world's 100 most influential people klik di sini, manakala Anwar pula dicalonkan oleh majalah sama pada tahun 2008. Klik di sini.
Abdolkarim Soroush dikenali salah seorang pemikir gerakan liberalisme dalam Islam. Pemikir Gerakan Liberalime bertujuan untuk mewujudkan Islam Liberal atau Islam Progressif yang menggunakan kaedah Pluralisme Agama.
Terdapat lima ciri untuk mengenali golongan Islam Liberal, iaitu pertama; konsep Ijtihad (pentafsiran semula); kedua, perjuangan Hak asasi manusia; Ketiga, perjuangan Feminisme (hak wanita); Keempat; toleransi dan menolak keganasan; dan kelima kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). Bacaan lanjut klik di sini.
Kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas diperjuangkan oleh Abdolkarim Soroush dan kerana perjuangan itu beliau dinobatkan sebagai Muslim Moderate 2004, tajaan Amerika.
Tetapi di Iran, tempat kelahiran Abdolkarim Soroush, beliau dikenali sebagai Martin Luther dan Erasmus dalam Islam. . Bukti klik di sini
Jika Martin Luther dan Erasmus dianggap sebagai pelopor Kristian Prostestan di Barat, adakah bermakna Abdolkarim Soroush antara pelopor Islam Protestan di negara Islam ??
Setelah menyusur galur pemikiran pemenang "Muslim Moderate 2004", Abdolkarim Soroush yang berpunca daripada pemikiran liberalisme dan berakhir kepada Islam Prostestan, bagaimana pula dengan pemenang "Muslim Moderate 2005", bernama Anwar Ibrahim ?
Atas alasan apakah Anwar dipilih sebagai pemenang "Muslim Moderate 2005" oleh Amerika ?
Bukankah Anwar juga berpegang kepada falfafah John Locke, iaitu pelopor kepada konsep Liberalisme di Barat ?
Bukankah konsep Liberalisme yang dianuti Anwar itu berakhir menjadi "Islam Liberal"?.
Sila rujuk artikel sebelum ini bertajuk "Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"
AIDC
29 September 2008
email : aidceditor@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment