Saiful adalah klon Anwar. Sejarah 'pertalian' Saiful-Anwar sebenarnya sudah lama berputik. Malah bermula dari arwah ibu Saiful lagi.
Uncle Pet, bapa saudara Saiful menceritakan, arwah ibunya pernah menuntut di Yayasan Anda, sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 70-an.
Tulis Uncle Pet, "Anwar pun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar Yayasan Anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar"
Membaca bait-bait tulisan ini membayangkan betapa akrabnya Saiful-Anwar, dikaitkan pertalian dengan arwah ibunya (mungkin penyokong Anwar kerana bermudirkan sekolah Anwar?).
Bahkan bapa saudara Saiful, Uncle Pet sendiri mengakui, dia juga pemuja Anwar seperti yang ditulis, "Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk umno, aku masuk umno, anwar kena penjara, aku keluar umno"
Maknanya Saiful dan ahli keluarganya adalah pemuja Anwar!
Saiful Spy Najib ?
Anwar, Wan Azizah dan seluruh bala tentera PKR berusaha melabelkan Saiful sebagai "Spy Najib", dengan hujah foto Saiful bergambar dengan Khairil Anas, salah seorang pembantu Najib, dengan berlatar belakang pejabat TPM. Walhal foto itu diambil lebih kurang beberapa bulan lepas, ketika Saiful berkunjung ke pejabat TPM menemui sahabatnya, Khairil Anas untuk memohon surat sokongan menyambung pengajian.
Ketika berjumpa dengan Khairil Anas dan bergambar seperti yang disebarkan itu, Saiful masih lagi, pembantu khas (?) Anwar.
Bagaimana jika diterbalikkan hujah, Saiful sebenarnya "Spy Anwar" yang dihantar khusus ke pejabat Najib melalui salah seorang rangkaian sahabatnya bernama Khairil Annas. Lagipun Khairil Annas sendiri bekas pendokong PKPIM, di UIAM yang merupakan salah satu sarang Anwar mengkaderkan klon?
Saiful : Spy Najib atau Anwar ?
Saiful dikatakan "Spy Najib", berasaskan foto Saiful bergambar dengan Khairil Anas, di pejabat TPM. Itu sahaja bukti yang ditonjolkan, tiada bukti lain. Malah, selepas Azizah mendedahkan foto itu, keesokan harinya terbit lagi beberapa foto-foto lain yang menunjukkan Saiful bukan setakat bergambar dengan pegawai khas Najib, malah turut bergambar dengan ramai tokoh pemimpin UMNO lain, atas kapasitinya sebagai bekas pemimpin pelajar Aspirasi (?) UNITEN.
Malah foto itu sudah disiarkan di internet oleh musuh Saiful di UNITEN sejak 27 Februari 2008 dalam blognya riwayathayat.blogspot.com dengan posting bertajuk " Selamat Maju Jaya, Saiful!"
Musuh Saiful bernama Najwan Halimi, pelajar UNITEN yang bergiat cergas dalam Anwar Ibrahim Club (AIC). Apabila Najwan mendapat tahu musuhnya bekerja di pejabat Anwar menggunakan perantara sepupunya, Rahimi Osman, dia mula menulis kritikan-kritikan mendedahkan Siapakah Saiful dalam postingnya bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam" pada 11 mac 2008; dikuti dengan posting "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (2)" pada 18 Mac 2008 dan diikuti posting terakhir "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)" pada 13 Jun 2008. Malangnya artikel terakhir ini dilaporkan diminta delete postingnya oleh 'pihak atasan'.
Adakah serangan bertubi-tubi Najwan ini disebabkan rasa cemburu kepada Saiful, yang dulu aktif bersama Aspirasi kini menjadi pembantu khas (?) Anwar pula ? Sedangkan Najwan yang lebih lama aktif membantu Anwar, malah menjadi salah seorang kelab penyokong Anwar (AIC), tidak diundang pun menjadi pembantu khas Anwar di pejabatnya. Apakah ini puncanya ? Punca perbalahan anak-anak, hingga berbalah ibu bapa ?
Betulkah Saiful pro- UMNO ?
Hujah ini dilontarkan berasaskan foto-foto Saiful bergambar bersama pemimpin-pemimpin UMNO ketika menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/7. Sebagai pemimpin pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ketika itu di bawah Mustafa Mohamad (Tok Pa) akan menganjurkan program-program pemimpin pelajar bertemu pemimpin negara di dalam dan luar negara.
Maka, jika disiarkan foto-foto Saiful bergambar dengan Tok Pa, Azalina, Shahril adalah tidak menghairankan. Malah jika ditanya kepada Tok Pa, Azalina atau Shahril, kenal tak dengan Saiful, maka jawabnya mereka tidak kenal, kerana mereka terlalu banyak bergambar dengan pemimpin-pemimpin pelajar.
Persoalannya, adakah benar Saiful semasa pemimpin pelajar UNITEN pro-UMNO, sedangkan tidak ada label pro-UMNO atau pro-pembangkang di UNITEN?
Kalau berhujah berasaskan label 'Aspirasi' sebagai pro-UMNO, Saiful terkeluar dari senarai kerana Aspirasi atau bukan Aspirasi dirujuk kepada IPTA. Saiful, pemimpin pelajar IPTS!
Jadi dimanakah hujah mengatakan Saiful kader UMNO ? Kalau berasaskan foto-foto bergambar dengan pemimpin UMNO, bekas-bekas pemimpin pelajar pembangkang juga bergambar dengan Pak Lah, Tun dan Najib. Adakah mereka boleh dicop sebagai kader UMNO?
Bermakna jika dilabel Saiful "Spy Najib", bagaimana pula dengan bekas-bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA lain. Bagaimana pula dengan Hanif UDM (bekas Presiden MPP UDM), Efendy Omar (bekas Presiden MPP UM), Mohd Nurulikhsan (bekas Presiden MPP UPM) dan ramai lagi bekas-bekas pemimpin pelajar IPTA yang jauh lebih hebat daripada Saiful ?
Bahkah bekas-bekas Presiden di atas, kebanyakan bekerja sendiri dan tidak berkecimpung dalam politik negara.
Apatah lagi, Saiful yang hanya bekas Timbalan Presiden ? Berkualiti sangatkah Saiful, bekas pemimpin pelajar IPTS yang tidak berjaya menamatkan pengajian ?
Saiful Spy Anwar
Selepas gagal menamatkan pengajian di UNITEN, Saiful bertemu semula dengan rakan sekolahnya bernama Rahimi Osman, pembantu khas Anwar. Rahimi, bekas pelajar UIA juga tidak berjaya menamatkan pengajian di universiti.
Jadi, apabila Najwan melaporkan kepada sepupunya (Rahimi), hatta kepada Anwar tentang latar belakang 'Aspirasi'(?) Saiful, Rahimi dan Anwar tidak mempedulikannya.
Apa ditakut dengan label 'Aspirasi' kerana Amiruddin Shaari dulu juga boleh dilabel 'Aspirasi' kerana menentang Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)ketika menuntut di UPM. Sekarang sudah jadi Setiausaha Angkatan Muda PKR dan ADUN PKR di Selangor.
Amin Ahmad, bekas Timbalan Presiden MPP UPM juga pernah dilabel 'Aspirasi', sekarang bagaimana sokongannya kepada Anwar ?
Jadi, jika bersandarkan label 'Aspirasi', bukan ukuran menentukan UMNO, PKR atau PAS!
Bahkah, jika ditanya kepada Anwar, beliau lebih suka kepada Saiful yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, kerana Anwar suka 'membela' bekas-bekas pemimpin pelajar yang tidak tamat pengajian.
Teliti rekod pengajian Saiful, Rahimi, Jonah (Khairul Anuar Ahmad zainuddin) dan ramai lagi. Mereka semua pengikut Anwar yang gagal menamatkan pengajian!
Pembantu khas, Setiausaha Sulit atau Sukarelawan Anwar ?
Saiful dalam laporan polis mendakwa sebagai pekerja Anwar. Bapa saudaranya, Uncle Pet, menjelaskan pekerja itu sebagai Setiausaha Sulit Anwar.
Tulis Uncle Pet mengenai akrabnya Saiful dan Anwar seperti nukilan berikut:
" Logically, living by today standards, Saiful orang paling bodoh sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!"
Tulisnya lagi, "Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai...Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me DSAI is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..!"
Bermakna Saiful memberitahu bapa saudaranya, pekerjaannya sebagai "Setiausaha Sulit"!
Kalau jawatannya Setiausaha Sulit, patutpun Najwan cemburu, kerana Setiausaha Sulit disinonimkan sebagai 'pewaris dairi merah' yang menjadi rebutan di kalangan pemuja Anwar (AIC).
Tetapi Wan Azizah menafikan Saiful sebagai "Setiausaha Sulit", sebaliknya menamakan jawatan Saiful sebagai "coffee boy" (pembancuh kopi?).
Anwar pula menafikan Saiful adalah pekerjanya tetapi melabelkan Saiful sebagai "Sukarelawan" yang bekerja di bawah Rahimi Osman (Pembantu Khas Anwar) dan Ibrahim Yaacob (Ketua Staff di pejabat Anwar)
Kalau "Sukarelawan" kenapa dibayar gaji ?
Dalam wawancara Anwar bersama Malaysiakini pada 3 Julai 2008, Anwar mengakui membayar Saiful. Katanya, Yes, but he was not taken in as a staff. He was taken in as a volunteer, who at that time was very critical (of BN). He said he is a supporter and he would “die for Anwar”. So they took him. After weeks, then he came slowly into the establishment. Until the day he left, he was still not a permanent member of the staff. He was not. We just pay him a part-time allowance.
Kalau status Saiful hanya sebagai "sukarelawan", kenapa pula Saiful turut dibawa melawat ke luar negara bersama-sama Anwar ?. Kalau sekadar sukarelawan membantu PRU 12, cukup tugasnya membantu kemenangan PKR dalam PRU itu. Selalunya sebagai "sukarelawan" misinya selesai apabila matlamat telah tercapai.
Bukankah Anwar mempunyai ramai "sukarelawan" membantu PKR dalam PRU 12, tetapi kenapa hanya Saiful sahaja dipilih melawat bersama Anwar ke luar negara ?
Ketika ditanya wartawan Malaysiakini, Anwar mengakui membawa Saiful ke luar negara.
Malayskini : Is there any truth that you took Saiful for trips overseas?
Anwar : Yes, they take turns. (Personal aides) Ibrahim (Yaacob) went, Khalid Jaafar went, Saiful went, Rahimi (Osman) went. It depends, you know. I wouldn’t go into details.
Rahimi Osman, pembantu khas Anwar dalam wawancara dengan Suara Keadilan (2-16 Julai 2008)mengakui dia yang membawa masuk Saiful menjadi pembantunya ketika PRU 12. Jadi tidak hairan Saiful bebas keluar masuk pejabat Anwar kerana menjadi pembantu kepada pembantu khas Anwar.
Maklumat lain menyebut, Rahimi telah meletak jawatan sebagai pembantu khas Anwar sejak bulan lepas, dan tempatnya telah diganti oleh Saiful yang masih bekerja di pejabat Anwar.
Persoalannya kenapakah Rahimi letak jawatan ? Betulkah hanya semata-mata alasan menumpukan perhatian perniagaan keluarga ? Kenapa tidak ditumpukan kepada perniagaan keluarga sejak dari awal lagi? Kenapa sekarang ?
Bermakna, sama ada Saiful adalah "coffee boy", atau 'setiausaha sulit' atau sukarelawan, pokoknya Saiful adalah manusia istimewa yang berlegar-legar di pejabat Anwar, sejak PRU 12 hingga ke hari letak jawatan.
Sukarelawan diberi kondominium ?
Harakahdaily melaporkan "dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre".
Organ online parti PAS itu juga melaporkan Anwar tidak menafikan pernah beberapa kali melawat kondominium sewaan Saiful itu.
"Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana," demikian ringkas kata Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim di pejabat lamanya di Petaling Jaya.
Persoalannya, kalau setakat "sukarelawan" kenapa pula Anwar menghadiahkan Saiful kondominium yang sepatutnya dibayar bulanan RM7,500 sehingga RM15,000?
Katakanlah kondominium itu dibayar oleh Saiful sebanyak RM7,500- RM15,000 sebulan, jadi berapa elauan bulanan yang dibayar Anwar kepada Saiful ?
Lebih pelik lagi di kondominium itu juga Saiful melaporkan dia diliwat..
AIDC
11 Julai 2008
Baca artikel berkaitan :
1. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?
2. Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?
3. Kenapakah Anwar kelihatan sukar bersumpah ?
4. Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?
5. Anwar Selesaikan Kerja Pejabat di Condo?
6. Luahan Uncle Pet, bapa saudara Saiful Bukhari Azlan
0 comments:
Post a Comment