Kongres PKR telah bermula semalam. Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR memulakan gelanggang dengan merasmikan perhimpunan Wanita dan AMK.
Dalam banyak butiran ucapan Dr Syed Husin Ali, sempat juga beliau melontarkan bola tanggung, tetapi tidak dinafikan sepenuhnya. Kata Timbalan Presiden PKR itu, "Anwar sering dituduh sebagai peliwat, agen Amerika, menjual maruah Melayu, tetapi rakyat Malaysia menolaknya, buktinya lima negeri telah ditawan oleh PR..
Persoalannya wajarkah persoalan itu dilontarkan semasa dalam kongres, terlalu pentingkah persoalan itu dilontarkan, jika tidak dilontarkan, adakah tidak lengkap ucapan Timbalan Presiden PKR ?
Dr Syed Husin pula tidak membalas tuduhan-tuduhan itu dengan hujah-hujah yang menyakinkan sebaliknya hanya berdasarkan perolehi kerusi PR dalam PRU 12..cukup kuatkan ketiga-tiga dakwaan itu hanya bersandarkan keputusan PRU 12, yang sudah berlalu, 9 bulan lepas ?
Pertama, bijakkah Timbalan Presiden PKR melontarkan peluru kepada ahli keluarga sendiri, tanpa kupasan dan penafian yang menyakinkan sesuai dengan statusnya bekas pensyarah Universiti Malaysia. Selalunya tradisi akademik, mengajar anak muridnya supaya berpegang kepada fakta dan hujah-hujah konkrit untuk menerima dan menolak sesuatu dakwaan, tetapi dalam konteks ini, seorang doktor falsafah, Timbalan Presiden PKR membiarkan peluru itu melekat dalam minda ahli, tanpa penyelesaian yang menyakinkan.
Benar ahli-ahli boleh menerima hujah simplistik itu, tetapi bagaimanakah yang bukan ahli, yang baru berjinak-jinak mendekati PKR, adakah mereka boleh menerima penjelasan itu sebagaimana ahli ?
Kedua, jika berdasarkan hujah rakyat menolak hujah-hujah itu, berdasarkan mood penerimaan rakyat kepada PKR semasa PRU 12, tetapi samakah mood itu sebelum PKR memerintah dengan selepas sembilan bulan PKR memerintah, Selangor dan Perak, khususnya ?
Dakwa Syed Husin, Anwar dituduh peliwat, agen Amerika dan gadaikan perjuangan Melayu, ditolak oleh rakyat khususnya Permatang Pauh, dengan kemenangan Anwar dengan penuh bergaya di kubu kuatnya sendiri.
Itu hujah biasa. Shahrir Samad pernah bertanding atas tiket bebas, pun pernah dengan penuh bergaya, kerana Johor Baharu adalah kubu kuatnya. Sesiapapun bertanding di Johor Baharu ketika itu lawan Shahrir, keputusannya sama iaitu tetap berpihak kepada juara di gelanggang sendiri.
Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah, walaupun beliau bertanding atas tiket kunci, beliau tetap memenangi kawasan Gua Musang, kerana itu adalah kubu kuatnya.
Apatah lagi, Anwar mengambil alih parlimen Permatang Pauh dari tangan isterinya yang hanya dianggap sebagai penjaga sementara kawasan kubu kuat Anwar itu. Menang di gelanggang sendiri, tidak membuktikan apa-apa, bukan menambahkan kerusi, sebaliknya mengurangkan kerusi yang sedia ada.
Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, si jurufoto dan pembawa limau ke parlimen, awal-awal lagi menawarkan kerusi parlimennya. Khalid Ibrahim yang terbeban dengan dua kerja sebagai MB dan ahli parlimen Bandar Tun Razak juga menawarkan kerusi parlimennya, tetapi Anwar tidak berminat dengan kedua-dua kerusi itu.
Yang Anwar nampak lebih berminat adalah Parlimen Kulim Bandar Baru, itupun berdasarkan faktor berjiran dengan Parlimen Permatang Pauh? Tengok sekarang apa sudah jadi hubungan antara Anwar dan Zulkifli Nordin, ekoran minat pemimpin de facto PKR merampas kerusi milik bekas peguam liwatnya itu. Bertambah baik hubungannya atau bertambah buruk ?
Setelah Anwar menjadi ketua pembangkang di parlimen, adakah Anwar berjaya memimpin PR dengan adil dan berjaya. Adakah semakin kuat seperti mana impian yang digantungkan sebelum PRU 12 ?
Kalau semakin bertambah kuat, kenapa Dr Hassan Ali mewakili PAS Selangor, menyuarakan rasa terpinggirnya PAS di Selangor di bawah pemerintahan PKR ? Mana keadilan untuk Dr Hassan Ali dan PAS Selangor yang mempunyai grass root lebih ramai berbanding dengan PKR ?
Sesiapapun berada di tempat Pesuruhjaya PAS Selangor berhak menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya berdasarkan saham grass root dan bilangan pengundi. Kalau bilangan kerusi PAS paling kecil di Selangor, kenapa PKR dan DAP boleh berkompromi, beri jawatan kepada wakil PAS di Perak. Walhal di Perak bilangan kerusi PAS paling kecil dan PKR dan DAP berlumba-lumba minat jawatan tertinggi di negeri itu ?
Dr Hassan Ali, bukan minta lebih. Hormati kedudukan PAS di Selangor, beri posisi yang lebih sesuai, sekurang-kurangnya Timbalan MB, supaya boleh menjadi sebahagian daripada key master yang menentukan polisi dan hala tuju Selangor.
DAP tidak pernah menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya di bawah pimpinan Anwar kerana DAP telah memperolehi layanan yang melebihi daripada yang sepatutnya. Bukan setakat kedudukan exco paling kanan, setaraf dengan jawatan TMB, malahan kedudukan paling strategik dan mampu mengagihkan kekayaan kepada kroni-kroni bukan Melayu, sekurang-kurangnya untuk 4 tahun akan datang
Apakah faktor semasa ini turut diambil kira oleh Dr Syed Husin Ali semasa berucap di Kongres PKR. Apakah hujah Timbalan Presiden PKR itu mengambil kira survey terkini Merdeka Centre, yang dibiaya oleh Amerika ?
Apa hasil keputusan kajian NGO Amerika itu, apabila Anwar gagal mengotakan janji menjadi PM, 16 September ? Apakah mood rakyat semakin kuat menyokongnya, atau semakin ramai rakyat mula ragu-ragu, termasuk menuduh Anwar pembohong, seperti mana yang diucapkan oleh Dr Syed Husin Ali sendiri. klik di sini
Ingat kembali sejarah lampau, pada 1998, Dr Hassan Ali, Dr Haron Din dan Nasaruddin Mat Isa antara penyokong kuat yang membela Anwar yang ditransfomasi menjadi GERAK ? Bagaimana pula pandangan ketiga orang kuat PAS itu terhadap Anwar sekarang ini ?
Pada 1998, Dr Taha Jabir Al Alawani, sanggup datang ke Malaysia, semata-mata untuk membela Anwar, kenapa tahun ini hanya mengirim surat sahaja. Anwar dakwa Dr Yusof Qardawi menyokongnya, tetapi kenapa ulama tersohor itu tidak sudi datang ke Malaysia, sebagaimana Gus Dur yang berulang alik ke rumah Anwar, termasuk berkempen untuk Permatang Pauh.
Kenapa Dr Yusof Qardawi, tidak sudi datang ke Malaysia bela Anwar. Kalau berasaskan sibuk dan jauh perjalanan, kenapa John Esposito dan John Voll, sanggup datang ke rumah Anwar, walaupun sibuk di Amerika ?
Jadi bijakkah Dr Syed Husin Ali melepaskan peluru sesat itu atau lebih bijak mendiamkan diri sahaja, sebaliknya menumpukan agenda yang lebih penting memperkasakan PKR selain menjadi gelanggang Kongres untuk memuja muji Anwar Ibrahim
AIDC
29 November
0 comments:
Post a Comment