Oleh AIDC
Satu blog khas anti Mohammad Fairus Khairuddin, telah dibina oleh blogger yang menggelarkan diri sebagai "budak selayang" telah membongkar segala kesilapan yang dilakukan oleh aktivis muda PKR itu sepanjang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Blog berjodol alahaifairustkmpenang dipercayai dibina sejak sejak akhir Oktober lalu, telah menyiarkan 16 artikel hingga ke hari ini.
Blog yang menggunakan moto "Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang" menjelaskan sebab-sebab pembinaan blog tersebut.
Tulisnya; "Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Kerana selalu bersangka baik, Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.
Biar apapun anggapan umum, demi masa depan PR Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.
PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !
Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir PR pada pemilu akan datang ! Selamatkan PR P.Pinang sebelum terlambat !"
Artikel pertama bertajuk "Pembuka kata : Fairus khianat amanah rakyat, rosakkan imej Anwar dan PR" pula ditulis;
"Demi masa depan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang khususnya parti keADILan, agar tidak terus dicemuh dan dicaci, oleh akar umbi dan kakitangan kerajaan negeri, dek kerana tindak tanduk bodoh sombong seorang 'pemimpin' yang merosakkan imej parti, maka kami mewujudkan blog ini bagi membongkar 'wajah' sebenar Mohammad Fairus Khairuddin yang menjadi ADUN Penanti, Permatang Pauh secara bidan terjun
Bagi mereka yang tidak kenalnya secara dekat, Alahai.... FAIRUS TKM Penang mungkin dianggap untuk merosakkan imejnya, yang sebenarnya sudah merudum teruk
Kita hanya ada dua pilihan, satu- membiarkan TKM 1 terus bertindak bodoh merosakkan imej PR, atau 2- menyahkan TKM 1 dari kedudukannya sekarang !
Biar apapun tanggapan orang, namun kebenaran perlu diluah. Berkatalah benar biarpun pahit.....bukankah kita semua memperjuangkan kebebasan bersuara ?"
Dakwaan keburukan Fairus - foto Fairus diterbalikkan
Sebagai membuktikan antinya blog tersebut kepada tokoh muda PKR itu, blog itu telah menyiarkan foto Fairus secara diterbalikkan.
Antara dakwaan keburukan-keburukan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah dibongkar seperti berikut :
1. Fairuz selalu ponteng dalam melaksanakan kerja kerajaan negeri dengan alasan "sakit perut" dan "ziarah mayat". Baca artikel penuh klik di sini dan di sini
2. Tabiat buruk Fairus suka tidur dalam mesyuarat. Klik di sini
3. Fairus tidak pandai berpolitik dan bermusuh dengan media. Klik di sini
4. Fairus gagal melaksanakan tugas TKM 1 Pulau Pinang. Klik di sini
5. Fairus dikritik oleh Anwar dan aktivis PKR Pulau Pinang. Klik di sini
6. Fairus menerima duit rasuah daripada beberapa tokoh korporat dan telah disalahguna untuk kepentingan diri sendiri. Klik di sini
7. Pengundi DUN Penanti sendiri menolak Fairus. Klik di sini
8. Anwar bengang menerima bukti SMS bahawa TKM 1 sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk melaporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR). Klik di sini
9. Empat pegawai Fairuz letak jawatan kerana tidak tahan dengan karenahnya yang bodoh sombong. Klik di sini
Sejauh manakah blog ini berjaya mencapai misinya untuk menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ?
Blog ini juga dipercayai oleh 'orang dalam' yang pernah mengenali Mohammad Fairus secara dekat kerana apa yang dibongkar dalam blog itu turut mendapat perhatian daripada Malaysiakini semalam (4 Disember) yang melaporkan "6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan" sepertimana yang pernah di blog itu sebelum ini.
Kalau benar apa yang didedahkan dalam blog ini, bermakna semua slogan Anwar yang mahu menyediakan barisan pemimpin Keadilan yang 'bersih' hanya retorik semata-mata.
Slogan-slogan 'anti-korupsi' dan 'pemimpin bersih' hanya retorik untuk memancing undi, apabila sudah mendapat kuasa, pemimpin yang dipilih itu akan lebih teruk dan lebih korup daripada orang yang Anwar tuduh selama ini.
Kalau Fairus korup, Anwar pula bagaimana ? Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan, "bapak borek, anak rintik"!
AIDC
5 Disember
0 comments:
Post a Comment