Video ini memaparkan 'Perjanjian Damai' di antara Palestin (Abbas) dengan Israel (Ehud Olmert) dikenali sebagai Annapolis Summit 2007. Perjanjian ini anjuran Presiden Bush seumpama perjanjian "The Camp David" anjuran Presiden Carter yang telah menemui kegagalan.
Semasa berucap, Abbas menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan Olmert berucap dalam bahasa Hebrew (Yahudi), walaupun Perdana Menteri Isreal itu tahu berbahasa Inggeris.
Adakah Olmert ingin beritahu rakyatnya bahawa "plan damai" itu lebih menguntungkan Israel ?
STEVEN CLEMONS dalam The Washington Note mengesahkan ANWAR IBRAHIM, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut sama menandatangani surat 'sokongan' deklarasi "Annapolis Summit" kepada Presiden George W. Bush dan Secretary of State, Condoleezza Rice, pada 10 October 2007.
ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi.
Semua nama-nama itu merupakah bekas-bekas tokoh berpengaruh kerajaan Amerika dan tokoh luar negara yang pro Amerika.
Sudah semestinya tokoh-tokoh Amerika itu sudah mengenali siapakah Anwar Ibrahim dan mengetahui atas alasan apa bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dijemput menandatangani surat deklarasi itu.
Persoalan :
1. Anwar Ibrahim mewakili kepentingan pihak mana dalam menandatangani surat 'sokongan' deklarasi Annapolis Summit itu ? Kepentingan Kerajaan AMERIKA atau Negara ISLAM ?
2. Atas kapasiti apa Anwar tandatangani surat itu ? Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP)atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?
3. Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah negara yang SAH ?
4. Kenapa majoriti yang menandatangani deklarasi itu terdiri daripada tokoh-tokoh Amerika yang bukan beragama Islam ? Hanya Anwar dan 4 lain beragama Islam sedangkan 77 orang pula bukan beragama Islam ?
5. Kenapa deklarasi sokongan Annapolis Summit diketuai 8 tokoh yang berpengaruh di Amerika iaitu Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C Sorenson dan Paul Volcker?
6. Kenapa nama Anwar dimasukkan sebagai senarai kedua bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council ?
7. Adakah badan-badan perisikan, penajaan dan ejen seperti yang disenaraikan di atas sebelum ini pernah terlibat secara langsung (overt) dan tidak langsung (covert) ke atas negara-negara Islam ?
8. Kenapa pula negara Syria dan HAMAS serta majoriti penduduk Palestin menentang 'pelan damai' itu yang dianggap sebagai sangat menguntungkan Israel ?
9. Benarkah dakwaan HAMAS mengatakan Ayatollah Sayed Ali Khamenei (Iran) tidak bersetuju dengan Annapolis Summit dan menyeru dunia Arab memboikotnya.
10. Benarkah Anwar bersama empat orang Islam itu sangat pro-Amerika hingga sanggup membelakangkan kepentingan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin yang beragama Islam?
11. Betulkah dakwaan laman web Moon of Alabama menuduh yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar, (Foundation For The Future)merupakan grand design Amerika untuk bantu bekalkan senjata kepada kumpulan ABBAS (FATAH) menentang kumpulan HAMAS ?
12. Kalau tuduhan laman web Moon of Alabama tidak benar, kenapakah STEVEN CLEMONS,(salah seorang penandatangan surat deklarasi Annapolis Summit 2007) dalam The Washington Note mengesahkan Foundation For The Future merupakan tajaan AMERIKA menjalankan operasi misteri yang hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika ?
13. Kalau Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICJ)yang dipegang oleh Anwar sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?
14. Bukankah usaha AMERIKA 'mendamaikan' antara Ehud Olmert (Israel) dan Abbas (Palestin)sebagai usaha untuk menafikan kemenangan kumpulan HAMAS yang pernah memenangi pilihanraya Palestin sebelum ini ?.
15. Bukankah 'perjanjian damai' antara Israel dan kumpulan Abbas bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati kumpulan HAMAS kepada Abbas ?
16. Apakah bermaksud, dengan termenterai perjanjian ini, Israel boleh cuci tangan kerana peperangan akan terus berlarutan sesama Islam iaitu antara HAMAS dan FATAH.
17. Kalau begitu, betulkah dakwaan mengatakan "Abbas" merupakan Presiden Palestin, BONEKA Israel dan Amerika ?
18. Betulkah dakwaan Ahmadinejad, Presiden Iran mengatakan Annapolis Summit merupakan projek Amerika yang gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam ?
19. Kalau benar, Israel sudah mula 'angkat bendera putih' dan mahu berdamai dengan negara-negara Islam, kenapakah Israel hasut Amerika supaya serang Iran yang didakwa mempunyai senjata nuklear?
20. Jadi, apa sebenarnya KONSPIRASI di sebalik tabir sedang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Anwar Ibrahim yang turut membawa imejnya sebagai "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia"?
Anda mempunyai Mr Google & Mr yahoo, selamat mencari jawapan-jawapannya kepada persoalan-persoalan di atas...
Sila lihat dua artikel sebelum ini yang mungkin mempunyai perkaitan bertajuk " Yayasan Hantu : Foundation For The Future" dan Israel ancam akan serang Iran pula.
Rujuk juga video jawapan U.S Department mengenai Foundation for the Future
AnwarIbrahimDotCom
21 Jun 2008
Tuesday, September 2, 2008
Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007
Labels:
Artikel tulisan AIDC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment