AIDC BLOG: AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation
Showing posts with label AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation. Show all posts
Showing posts with label AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian?

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF’s Regional Director for East and South East Asia

Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?


Dari segi sejarah, Eropah dan Islam telah bertemu beberapa kali. Kali pertama, semasa tentera Muslim menawan Sepanyol, hingga terhenti di bahagian Selatan Perancis pada 732 Tahun Masihi. Penaklukan ini mewujudkan pemerintahan Islam di Sepanyol selama 800 tahun yang digambarkan dalam perkataan Sepanyol,'convivencia' (hidup bersama). Ini merupakan percubaan pertama untuk mengintegrasikan antara kepercayaan Muslim dan Kristian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekarang, dalam peralihan abad ke-21, Eropah perlu mencari bentuk baru yang moden untuk convivencia, kerana di antara 15 hingga 20 juta Muslim telah berhijrah ke Eropah dari tempat asal mereka, sama ada sebagai pekerja sah atau pelarian.

Muslim membawa bersama tradisi mereka dan menyesuaikannya dengan prinsip hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang dalam masyarakat Eropah. Eropah mesti memastikan berjuta-juta Muslim hidup dalam lingkungan mereka, tidak berhadapan dengan sebarang bentuk diskriminasi yang didorong oleh keagamaan.

Pada masa yang sama Eropah tidak boleh menerima amalan dalam masyarakat Muslim yang dilaksanakan bertentangan dengan prinsip utama yang mendasari masyarakat Eropah.

Proses mewujudkan satu rejim baru convivencia Eropah, berdasarkan kepada saling percaya dan toleransi di kalangan semua kumpulan agama, memerlukan satu dialog di antara semua pemegang amanah (aktivis masyarakat).

Oleh yang demikian, Friedrich Naumann Foundation (Yayasan Friedrich Naumann), menjemput wakil terkenal daripada Central Committee of Muslims in Germany (Jawatankuasa Muslim Pusat di Jerman), Turkish-Islamic Union of the Office for Religion (Kesatuan Masyarakat Turki-Islam dari Pejabat Untuk Agama), Islamic Federation Berlin (Persekutuan Islam Berlin), dan Islamic Community Germany (Masyarakat Islam Jerman).

Kesemua mereka bertemu dengan Pengerusi Council of Evangelical Churches in Germany (Majlis Gereja- Gereja Evangelical di Jerman) dan wakil daripada Central Committee of the Catholic Church in Germany (Jawatankuasa Pusat Gereja Katolik di Jerman).

Count Lambsdorff, Pengerusi Friedrich Nauman Foundation telah memberikan ucapan pembukaan dengan menekankan kepentingan untuk mencari penyelesaian bersama berdasarkan prinsip hak asasi manusia dan demokrasi yang liberal.

Sesi berikutnya forum tentang kepercayaan Muslim pada masa ini, negara dan individu Islam yang moden, budaya Muslim dan pendidikan di Eropah, serta turut dibincangkan Islam moden dalam agenda dasar luar dan pembangunan Eropah.

Di antara pakar yang menyertai pertemuan penting ini adalah Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie), bekas Presiden republik Indonesia, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar perlu berada di Malaysia untuk satu kes mahkamah dan telah menyertai sidang video secara langsung dari Kuala Lumpur.

Sumber rujukan adalah Prof. Abdullahi An-Na ’ im (Amerika Syarikat), Francois Zabbal (Perancis), Prof. Amin Abdullah (Indonesia), M.J.Akbar (India) dan Heba Raouf Ezzat (Mesir).

[Nota : Semua nama yang menjadi rujukan Friedrich Naumann Foundation di atas adalah pendokong Islam Liberal yang memperjuangkan pluralisme. Prof. Abdullahi An-Na ’ im - disenaraikan aktivis Islam Liberal oleh Charles Kurzman. klik di sini. Amin Abdullah adalah pendokong Islam Liberal di Indonesia dan menjadi ahli lembaga penasihat Yayasan Amerika di Indonesia - libForAll Foundation - klik di sini. Heba Raouf Ezzat. klik di sini dan M.J.Akbar klik di sini]


Sumbangan mereka dan satu rakaman sesi panel akan dimuatkan dalam laman web Friedrich Naumann Foundation di Jerman.


AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation. Anwar Ibrahim and Jusuf Habibie speak at FNF conference in Germany. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim

Anwar Ibrahim bersama kepimpinan PKR dalam program anjuran bersama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Nombor dua dari kiri adalah wakil FNF Malaysia.

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim


Hubungan di antara Melayu Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia dengan kaum Cina dan India yang merupakan minoriti semakin merosot.

Menurut Anwar Ibrahim. “Perkara yang membimbangkan Muslim adalah merasakan kedudukan mereka dan kuasa mereka, termasuk mahkamah syariah, telah dihakis.

Sementara itu, “bukan Muslim merasakan bahawa mereka dipinggirkan dan telah didiskriminasikan.”

Telah wujud ketegangan dalam hubungan kaum tetapi kerajaan telah melarang aktivis daripada membincangkan hak keagamaan dan meminta media untuk menghentikan tumpuan terhadap isu berkaitan hubungan kaum. Islamisasi dilihat di Malaysia telah menjadi tidak sihat.




Matlamat utama forum yang telah diadakan pada 17 Disember di Hotel PJ Hilton, adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan (agama). Ini termasuk, secara khusus, perlembagaan Malaysia sebagai kontrak pengikat masyarakat Malaysia.

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara


Forum ini telah menjemput pelbagai kumpulan organisasi Muslim yang berbeza. Sementara sesetengah wakil daripada Kumpulan Artikel 11 menarik diri kerana masalah bahasa dan sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara ini.




Kebanyakan penyertaan forum ini datang daripada individu yang memohon menjadi peserta dan juga dari kumpulan konservatif dan ultra-konservatif. Di kalangan peserta adalah kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, wakil utama gerakan Muslim iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Forum Profesional Muslim dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Maklumat tentang hasil daripada forum ini akan disiarkan pada tarikh yang akan dinyatakan. Teruskan mengikuti perkembangan dalam laman ini (fnfmalaysia.org) !

AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation (FNF) Malaysia bertajuk "Intra-Muslim Dialogue". Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

2. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

3. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..


Sila klik untuk baca selanjutnya...