AIDC BLOG: Yahaya Ismail
Showing posts with label Yahaya Ismail. Show all posts
Showing posts with label Yahaya Ismail. Show all posts

Friday, November 21, 2008

Yahudi Di Belakang Anwar



Yahudi Di Belakang Anwar


Oleh Yahaya Ismail

Mereka yang arif dalam mainan politik sedar ada sesuatu yang tidak menyenangkan dari keangkuhan dan keberanian Anwar yang luar biasa itu. Ada yang menganggap sebahagian besar orang Melayu, terutama sekali di kalangan generasi muda, menjadi penyokong kuatnya. Mereka inilah yang menjerit reformasi tanpa menilai apakah reformasi yang diluah oleh Anwar itu membawa kebahagiaan atau kesengsaraan kepada rakyat. Orang muda menganggap Anwar sebagai simbol pemimpin muda yang bersikap terbuka, yang menghirup kebebasan dan kemerdekaan yang bebas lepas. Ini yang mereka rindui seolah-olah tanah air kita yang tercinta ini dengan kepimpinan yang ada tidak lagi mewakili semangat dan aspirasi golongan muda.

Mereka menganggap Mahathir mencerminkan generasi tua yang ketinggalan zaman tanpa menyedari bahawa sebahagian besar dari reformasi sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya adalah cetusan dan dasar radikal dari kepimpinan Mahathir. Mereka tidak menghayati sejarah dan seperti Si Tenggang yang mungkar dan angkuh mereka mencemuh pemimpin yang memulihkan kembali maruah dan penghormatan bangsa Malaysia.

Anwar seperti Si Tenggang yang cepat lupa asal usulnya, budi dan jasa orang yang memberi dia kedudukan, kuasa dan penghormatan yang tidak pernah ia mimpikan sebelum disintuklimau oleh Mahathir dan dijemput dalam kabinet. Seperti Si Tenggang dia merasakan dirinya besar, berkuasa dan terkenal kerana orang ramai dan para pemimpin luar mengagumi retorika kosongnya yang disemai dengan kata-kata mantra, ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi untuk melipatgandakan keyakinan rakyat Melayu dan Islam kepadanya.

Seperti Si Tenggang dia sanggup memaki hamun “ayahnya” dan memandang remeh terhadap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh “sang ayah” terhadapnya. Derhaka tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada hanya memburu kuasa dan dengan secepat kilat memimpin kerajaan. Tapi Allah tidak merestuinya dan dengan kuasa Allah juga ia hilang semua jawatan kerajaan dan parti dan kini sebagai banduan pula.

Si Tenggang hanya melihat kehebatan dan kepentingan dirinya. Bukan orang lain. Tapi dia sanggup memperalatkan siapa saja yang boleh menolong mempercepatkan dia memperoleh kuasa politik dengan apa cara sekali pun. Seperti komunis yang mengamalkan konsep politik “Tujuan menghalalkan cara” Anwar sanggup bersahabat dengan tauke judi, menerima derma syarikat judi sambil memperagakan diri sebagai pemimpin intelektual yang berakhlak mulia, seorang yang warak dan dikagumi rakyat. Berbagai-bagai jenis topeng digunakan menurut masa, tempat dan masyarakat yang mahu mendengar retorika-retorika dan idea-idea maha besar yang bermain dalam otaknya tetapi tidak dilaksanakan kebanyakannya.

Siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi Anwar? Yahudi di belakangnya. Jangan terkejut dengan pandangan ini. Bukankah Anwar sendiri mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa pemimpin-pemimpin besar dari Amerika Syarikat di belakangnya?

Antara mereka yang terkemuka ialah Madeline Albright (Setiausaha Negara), William Cohen (Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin (Setiausaha Perbendaharaan). Memang hebat sokongan asing terhadapnya.

Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya, Anwar, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, "Anwar is the darling of the West".

Siapa yang pernah membaca buku "Protocol of the Zion" tahu betapa hebatnya pengaruh dan kuasa Yahudi ke atas masyarakat Barat dan bagaimanakah jalinan network Yahudi untuk menguasai dunia. Walau pun jumlah Yahudi kecil di Amerika tetapi mereka sudah menguasai politik, ekonomi dan media di negara tersebut. Tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa Yahudi.

Salah seorang pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan hak hidup rakyat Palestin dan sahabat karib Yasser Arafat ialah Mahathir. Mahathir juga pemimpin Dunia Ketiga yang terserlah dan berpengaruh, dan dia dengan lantang mengkritik berbagai dasar Amerika yang cuba menguasai dan menekan negara-negara kecil di dunia dan menjadikan mereka sebagai boneka Amerika. Amerika membenci Mahathir.

Yahudi tidak senang dengan kepimpinan Mahathir yang pro Palestin dan Islam serta menjadi juara negara-negara Selatan-Selatan. Mahathir tidak hanya dianggap sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berpengaruh tetapi seorang tokoh politik yang berjaya membawa reformasi dan tranformasi masyarakat dan ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara. Lebih dari itu Mahathir juga dianggap sebagai sdeorang pemimpin Islam yang berjaya memberi pemikiran baru dalam kerjasama ekonomi dan politik dunia, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin Islam sebelumnya. Ini yang tidak disenangi Amerika dan Yahudi.

Mereka tidak mahu kemunculan seorang pemimpin Islam yang berpengaruh di pentas politik antarabangsa yang anti Amerika, anti Yahudi dan anti Barat. Juga mereka tidak mahu kewujudan sebuah negara asing (bukan kulit putih) yang kuat ekonominya dan stabil politiknya tanpa bantuan Barat. Kejayaan Mahathir dan Malaysia menjadi duri dalam daging bagi Amerika dan Yahudi. Oleh itu Malaysia dan Mahathir mesti dihancurkan.

Demikianlah Amerika yang dibayangi Yahudi melihat Anwar sebagai alternatif untuk diberi dukungan dan sokongan apa saja untuk mengambil alih kepimpinan Mahathir tersebut. Amerika sudah berjaya menjadikan Thailand, Filifina dan Indonesia sebagai bonekanya kerana negara-negara tersebut tidak mempunyai pemimpin yang berjiwa besar yang boleh membangunkan ekonomi negara mereka dengan baik.

Mereka terpaksa mengemis kepada Amerika dan kini menjadi hamba kepada IMF. Hanya Mahathir dan Malaysia yang masih degil dan tidak mahu tunduk kepada tekanan Amerika dan IMF. Lain dengan Anwar. Dia sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan tanpa malu dan segan mengemis nasihat dan tunjuk ajar dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi Malaysia walaupun negara kita tidak meminta pinjaman dari IMF.

Lalu IMF dan Bank Dunia menggula-gulakan Anwar melalui perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF untuk mengeluskan ego pemimpin dari Ceruk Tok Kun yang tidak mempunyai ijazah di bidang ekonomi seolah-olah dia mempunyai pengalaman yang super hebat di bidang kewangan dan ekonomi dunia!

Lucu bin malu setelah dia dipecat dari kabinet maka hilanglah glamornya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF itu yang disangkutkan kepadanya atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan!

Walau pun Anwar kini menjadi banduan namun sokongan Amerika dan Yahudi terhadapnya tidak luntur. Melalui media Barat yang juga dikuasai Yahudi Anwar diberi layanan yang paling istimewa melalui manipulasi dan laporan yang berat sebelah terhadap Malaysia.

Yahudi sudah bertapak di Singapura dan sekiranya Amerika berjaya menghancurkan Mahathir dan ekonomi Malaysia maka pengaruh Amerika dan Yahudi akan berjaya menguasai politik dan ekonomi negara kita secara tidak langsung seperti mana yang berlaku di setengah negara Arab yang menjadi boneka Amerika dalam Perang Teluk itu.

Yahudi dan Amerika tahu kelemahan moral Anwar dan mereka kan berjuang habis-habisan memberi sokongan kepadanya demi masa depan Amerika dan Yahudi di dunia sebelah sini Amerika dan Yahudi memang terkenal menyokong berbagai-bagai diktator, pemimpin-pemimpin yang korup, gila betina dan juga homoseksual di berbagai-bagai negara di dunia.

Walau pun pemimpin-pemimpin tersebut dibenci rakyat, kejam dan rakus namun mereka tetap dipertahankan Amerika kerana mereka sanggup menjadi boneka Washington dengan bayangan Yahudi di belakangnya.

Barangkali kebanyakan mereka yang mimpikan reformasi tidak dapat menjelma mainan Yahudi di belakang Amerika dan bagaimana Yahudi membantu dan mengelus Anwar dari belakang. Anwar dikhayalkan oleh elusan Yahudi itu kerana ia terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera. Dia sanggup menjadi boneka Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.

Bukankah dia bersikap liberal dalam segala bidang termasuk soal seks dan homoseksual? Apakah penyokong-penyokong Anwar sanggup menerima seorang pemimpin yang menjadi boneka Amerika dan Yahudi? Apakah mereka mahu Yahudi menguasai politik dan ekonomi negara kita secara langsung atau pun tidak lansung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri?

Ini tanah air kita yang tercinta, udara segar yang kita hirup adalah hasil dari pengorbanan, tenaga dan air mata dari bapak-bapak pejuang kemerdekaan di masa lalu.
Apakah kita sanggup menggadaikan maruah bangsa maruah diri, maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka Amerika dan Yahudi?

Ingat-ingatlah pesanan datuk nenek kita jangan hanya menang sorak kampung halaman dan negara tergadai. Oleh sebab marahkan pejat kelambu dibakar. Kalau kita sayangkan negara dan cintakan agama dan ada maruah tentulah kita tidak sanggup menjadi hamba Amerika dan Yahudi yang hanya mahu mempurak-purandakan negara kita.

Wahai para patriot sekalian, di manakah letaknya semangat keperwiraanmu sebagai anak watan dan pejuang bangsa dan agama yang berjuang atas landasan yang benar, menentang kekufuran dan kemunafikan, mencari keredaan Allah kalau kalian membiarkan diri dan jiwa diperkosai hantu dan syaitan Amerika dan Yahudi? Apakah kalian sebagai patriot bangsa tidak dapat mentafsir sokongan Yahudi dan Amerika terhadap Anwar? Apakah kalian sanggup menjadi hamba kepada orang asing dan tanah air kita yang tercinta sebagai bonekanya? Biarlah kita sendiri yang menentukan nasib negara dan bangsa kita dan bukan orang asing. Bukan Amerika atau Yahudi.

Seluruh rakyat menjadi lebih terkejut lagi bila George Soros, penyangak mata wang yang memporak-perandakan nilai mata wang serta kejatuhan merudum beberapa bursa saham negara-negara Asia Timur seperti Malaysia, Thailnad, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia, kini secara biadab menggesa supaya Mahathir digulingkan dan digantikan dengan Anwar!

George Soros juga menyokong Amerika yang mahukan Anwar menggantikan Mahathir walaupun kita mengadakan pilihan raya yang bebas setiap lima tahun sekali. Tidaklah hairan sekiranya Anwar terlalu over confident menentang kerajaan Malaysia yang sah oleh sebab Amerika dan Yahudi menjadi penyokong kuatnya di luar negara.

Hubaya-hubaya bila terdapat pemimpin yang sanggup memperhambakan diri dan jiwa kepada orang asing dan sanggup pula memperjudikan nasib generasi akan datang hanya kerana mementingkan diri sendiri menurut runtunan nafsu peribadi yang mengaibkan.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

Artikel Yahaya Ismail yang lain :

1. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

2. Anwar juga penganut nepotisme


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran



Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran


Oleh Yahaya Ismail

Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?

Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria. Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.

Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan ”Mahathir takutkan pengaruh Anwar” dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?

Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?

Masyaallah! Tanpa Mahathir Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.

Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!

Ya Tuhan, benarkan orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual – sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.

Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?

Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.


Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan ”perjuangan yang super hebat” itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!

Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.

Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.

Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.

Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstigik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan

Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.

Biarlah kuasa Allah Ta’ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta’ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).

Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemnurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kyusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali

2. Anwar Ibrahim menjawab isu liwat dan homoseksual di dateline

3. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar juga penganut nepotisme



Anwar juga penganut nepotisme


Oleh Yahaya Ismail

Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dfan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...