AIDC BLOG: 2008-10-05

Thursday, October 9, 2008

Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

Anwar Ibrahim (gambar kecil bawah, kanan) dalam program forum meja bulat CIPE pada 28 Mac 2007. CIPE adalah cabang kepada NED. Anwar dilantik Ahli jawatankuasa panelis NED. Rencana ini sangat menarik untuk dibaca untuk memahami peranan NED dan kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Sumber foto klik di sini dan di sini


Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED


Oleh Thierry Meyssan

Dalam ucapannya dalam Kesatuan Amerika Syarikat (State of the Union) 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED).

Organisasi ini telah ditubuhkan oleh Ronald Reagan untuk meluaskan aktiviti rahsia CIA dengan menyediakan tajaan kewangan dan mengawal kesatuan sekerja, persatuan dan parti-parti politik. NED berbangga kerana telah mendesak dan memanipulasi kesatuan sekerja Poland (Solidarnosc), Charter 77 dan banyak lagi kumpulan lain.

Di bawah arahan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan berhubung kait dengan Parti Republikan dan Demokratik, bersama Lembaga Pemegang Amanah dan kesatuan sekerja, NED telah bertemu dengan ramai individu dan institusi “penggerak” di seluruh dunia, termasuk di Perancis.

Vin Weber (Yahudi), pengerusi NED sedang mendengar ucapan Presiden Bush mengenai peranan NED terhadap luar negara


Semasa ucapan terakhirnya di Kesatuan Amerika Syarikat, pada 20 Januari 2004, Presiden Bush telah mengumumkan niatnya untuk menggandakan perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy (NED) dan ianya merupakan “peranan terbarunya dalam menumpukan galakan terhadap pilihan raya yang bebas, pertukaran bebas, kebebasan media dan kebebasan kesatuan sekerja di Timur Tengah”.

Untuk Rumah Putih (White House) , kesemuanya merupakan pelengkap kepada tindakan ketenteraannya di beberapa wilayah bersama dengan meningkatkan campur tangan dalam hubungan dalam negeri di beberapa buah negara.

Pada awal 1980-an, Presiden Ronald Reagan melabelkan Kesatuan Soviet sebagai “Empayar Kejahatan” dan memikirkan langkah-langkah baru untuk menentangnya. Kemudian, usaha yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyahstabilkannya dengan pergerakan “masyarakat awam” telah dimasukkan ke dalam “kekangan” ketenteraan dan diplomatik.

Selepas aktiviti rahsia CIA didedahkan oleh beberapa siri Suruhanjaya Siasatan dan dikutuk oleh pendapat awam, National Security Council(Majlis Keselamatan Negara) mengambil keputusan untuk meneruskan tugasnya dengan cara yang kurang kotor dan menggunakan nama lain. Yang paling penting, struktur yang baru perlu dilindungi dari peralihan politik melalui satu arahan yang melibatkan kerjasama antara dua parti politik.


Secara rasminya ditubuhkan pada 6 November 1982, National Endowment for Democracy (NED) mempunyai status yang sah dari sudut undang-undang sebagai sebuah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Bagaimanapun, perbelanjaannya diluluskan oleh Kongres sebagai sebahagian daripada peruntukan Jabatan Negara AS untuk US Agency for International Development (USAID).

Penaja utama NED : United States Agency for International Development (USAID). Ditubuhkan pada 1961 oleh Presiden Amerika John F. Kennedy. Menurut Jane Perlez dalam New York Times (August 2006) Presiden Bush telah menambahkan peruntukan kepada USAID untuk mewujudkan "Moderate Muslim" di seluruh dunia Islam seperti Pakistan, Afghanistan, Egypt, Iraq dan Indonesia . Klik di sini


Penaja NED - The Smith Richardson Foundation (SRF). SRF juga menaja Center for Strategic and International Studies, American Enterprise Institute (AEI); Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) di Universiti Johns Hopkins; Brookings Institution; RAND Corporation; Hudson Institute, National Institute for Public Policy ; Urban Institute; Freedom House; Inc. dan Council on Foreign Relations. Klik di sini


Penaja NED - The John M. Olin Foundation - Yayasan ini juga turut menaja 15 buah universiti termasuk Georgetown, George Mason dan Stanford. Juga menaja 15 badan pemikir Amerika termasuk, Heritage Foundation; American Enterprise Institute (AEI); Hudson Institute; Council on Foreign Relations (CFR); Foreign Policy Research Institute; Brookings Institution; Woodrow Wilson International Center for Scholars dan Cato Institute; Project for the New American Century (PNAC). Senarai penuh tajaan yayasan ini klik di sini.


Penaja NED : Lynde and Harry Bradley Foundation. Yayasan ini turut menaja The American Enterprise Institute (AEI); The Foreign Policy Research Institute (FPRI) and Middle East Forum; The Institute on Religion and Democracy; Project for the New American Century (PNAC); Heritage Foundation; The Council on Foreign Relations (CFR); Hoover Institution ; Hudson Institute. Senarai penuh klik di sini



Dalam menjadikannya kelihatan seperti sebuah organisasi persendirian, NED juga menerima sumbangan daripada tiga persatuan, pada masa yang sama, secara tidak langsung dibiayai oleh kontrak persekutuan iaitu Smith Richardson Foundation (Yayasan Richardson Foundation), John M. Olin Foundation (Yayasan John M. Olin) dan Lynde and Harry Bradley Foundation (Yayasan Lynde dan Harry Bradley).

Kebanyakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam tindakan rahsia CIA, dalam beberapa sudut, telah menjadi ahli Majlis Pentadbiran NED atau Lembaga Pengarah : Antaranya adalah Otto Reich, John Negroponte, Henry Cisneros atau Elliot Abrams.

Pada masa ini, ianya dipengerusikan oleh Vin Weber (Yahudi), bekas ahli Kongres Republikan daripada negeri Minnesota,pengasas "ultrakonservatif" Persatuan Empower America dan terlibat dalam mengutip sumbangan untuk kempen presiden bagi George W. Bush pada tahun 2000.

Pengarah Eksekutifnya, adalah Carl Geshman (Yahudi), merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite telah menjadi individu yang bertanggungjawab kepada Sosial Demokrat AS dan merupakan ahli kepada aliran neo-konservatif. [1]

NED secara ringkasnya merupakan kesinambungan kepada tindakan rahsia CIA melalui cara lain, dan oleh sebab itu, United Kingdom dan Australia menjadi rakan bersekutu kepada aktivitinya daripada manfaat perjanjian peringkat tertinggi yang menentukan hubungan di antara perkhidmatan rahsia tentera mereka.

Surat pujian peranan NED daripada rakan sekutu Amerika paling rapat iaitu Tony Blair, United Kingdom.



Prinsip utama NED adalah “Apa yang bagus untuk Amerika adalah bagus untuk dunia.”

Oleh yang demikian, dana diuruskan oleh sebuah Majlis Pentadbiran yang diwakili oleh Parti Republikan, Parti Demokratik, US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS) dan kesatuan sekerja AFL-CIO.

Setiap daripada mereka mencadangkan aktiviti yang perlu diterima oleh dua pertiga daripada ahli. Setelah bantuan kewangan diperuntukkan, ianya akan melalui institusi yang dikawal oleh salah satu daripada ahli Majlis Pentadbiran NED.

Secara praktikal, melalui proses ini, NED menentukan negara mana yang akan menjadi sasaran tindakan, di mana ia akan menaja parti dan rakan sosial untuk menumbangkan kerajaan dan meletakkan individu tertentu berkuasa bergantung kepada “kepentingan Amerika” dan tidak bergantung kepada kepentingan mana-mana ahlinya.

Walaupun ianya ditubuhkan untuk menentang komunisme, secara tepatnya selepas kejatuhan Soviet Union, barulah NED menikmati keadaan yang selesa. Sewaktu ia berpura-pura untuk terlibat dalam menggalakkan demokrasi, sebenarnya ia menguasai negara-negara yang kepentingan bercanggah dengan kelas memerintah Amerika.

Dari sudut pandangan ini, mungkin NED bertanggungjawab terhadap krisis demokrasi di seluruh dunia : Ia tidak berhenti daripada menyalahkan mekanisme institusi dan menerapkan demokrasi kepada “pentadbiran yang baik” melalui mereka yang mengambil alih pentadbiran tersebut melalui NED.

Sementara itu, penggunaan institusi yang mempunyai pelbagai aliran politik berselindung daripada pandangan awam, punca dana dan motif yang menentukan pembahagian mereka.

Dalam banyak negara, mereka yang mendapat faedah daripada “bantuan” ini dipergunakan tanpa mereka sedari, walaupun ketika individu yang berunding mengenai peruntukan dana tersebut amat menyedari tentang jalan yang mereka pilih untuk bekerjasama.

Satelit NED : Pembiaya utama NED adalah United States Agency for International Development (USAID). Di bawah cabang NED terbahagi kepada 4 agensi lain iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI


Empat institusi satelit NED adalah :

1. American Center for International Labor Solidarity (ACILS) atau Pusat Amerika untuk Penyatuan Buruh Antarabangsa. Lebih dikenali sebagai Solidarity Center. Dipengerusikan oleh John J. Sweeney yang bertugas sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja AFLC-CIO. [nota AIDC : sekarang dipengerusikan oleh Ellie Larson. Klik di sini]

Transparency International Malaysia (TIM) adalah jaringan NED di bawah cabang CIPE . Dari kiri Tan Sri Ramon Navaratnam, (Presiden TIM/board of directors of Monash University Malaysia's) ; Professor Robert Bignall (pro vice-chancellor, Universiti Monash Malaysia) ; Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas president TIM / telah menyertai DAP) ; da Mr Lee Chong San, executive director of operations, TIM. Kesemua aktivis TIM ini berkumpul di Universiti Monash Malaysia.



2. Center for International Private Enterprise (CIPE) atau Pusat Keusahawanan Persendirian Antarabangsa. Dipengerusikan oleh J. Donohue yang bertugas sebagai Presiden US Chamber of Commerce (Dewan Perdagangan AS), yang juga merupakan “ketua kepada ketua yang lain” [2].(nota; Pengarah CIPE pula adalah John D Sullivan)

3. International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh John McCain, yang tewas dalam pilihan raya utama 2000 kepada George W. Bush dan pada masa sekarang merupakan penyokong kuat Kongres untuk perang global menentang keganasan. ( Nota Presiden IRI pula adalah Lorne Craner )

4. National Democratic Institute for International Affairs (NDI) atau Institut Demokratik Negara untuk Hubungan Antarabangsa. Dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Negara, Madeleine K. Albright. (Nota - Presiden NDI pula adalah Kenneth Wollack )

Berikut merupakan foto AJK Pusat NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim -kedudukan paling kiri - Jawatan Panelis-Bangsa Melayu ; Lorne Craner - kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI - AJK USAID - bangsa Yahudi; Ellie Larson - kedudukan no 9 dari kiri - Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS - Bangsa Yahudi; Carl Gershman - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED - Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack - Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC - Bangsa Yahudi ; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID. Sumber foto klik di sini. AJK USAID klik di sini.



Sistem institusi satelit telah diinspirasikan oleh Amerika Syarikat di Jerman, sebagai askar penjajah, bersama Friedrich Ebert Stiftung (Yayasan Friedrich Ebert), Friedrich Naunmann Stiftung (Yayasan Friedrich Naunmann), Hans Seidal Stiftung (Yayasan Hans Seidal), dan Heinrich Boell Stiftung (Yayasan Heinrich Boell), kesemuanya digunakan untuk menyalurkan bantuan kewangan di negara tertentu.

Friedrich Naumann Foundation (FNF), penaja sekutu Amerika yang berpengkalan di Jerman : Di Malaysia FNF memilih untuk menaja Anwar Ibrahim dan PKR dalam mewujudkan masyarakat yang "Liberalisme" dalam agama, politik dan ekonomi. Bukti klik 1, klik 2, klik 3, klik 4, dan klik 5.


Anwar bersama salah satu penajanya FNF. Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Potsdam, Jerman. Hubertus Von Welck pula Pengarah FNF untuk Wilayah Timur dan Asia Tenggara.


Dengan menggunakan prinsip yang sama, NED telah menemui beberapa koresponden di beberapa buah negara sekutu, ahli NATO atau ahli kepada bekas ANZUS, di antara mereka adalah Westminster Foundation for Democracy atau Yayasan Westminster untuk Demokrasi (United Kingdom), International Center for Human Rights and Democratic Development atau Pusat Antarabangsa untuk Pembangunan Hak Asasi dan Demokratik (Kanada), Fondation Jean Jaurès (Yayasan Jean Jaurès), Fondation Robert Schuman atau Yayasan Robert Schuman (Perancis), International Liberal Center atau Pusat Liberal Antarabangsa (Sweden) dan Alfred Mozer Foundation atau Yayasan Alfred Mozer (Holland).

NED bekerjasama dengan rangkaian penaja di seluruh dunia. Rangkaian-rangkaian penaja ini merupakan sekutu Amerika yang beroperasi di seluruh dunia.



Dalam majlis ulang tahun ke-20, NED telah melakukan satu penilaian tindakannya yang mendedahkan bahawa pada masa ini, ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.

NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia.

Ia juga berbangga kerana telah mewujudkan Radio B29 dan akhbar Oslobodjenje di bekas Yugoslavia dan juga beberapa cawangan akhbar yang “bebas” di negara “merdeka” Iraq.


NED telah menerbitkan Journal of Democracy (Jurnal Demokrasi), yang telah diedarkan ke seluruh dunia dan majalah Encuentro (Mesyuarat), khusus untuk Cuba, dan juga buku-buku kolektif.

Ia juga telah menganjurkan persidangan yang berprestij dengan menaja ahli intelektual (sebagai contoh, ahli sejarah François Furet dan ketua media di Perancis Jean Daniel).

Akhirnya, NED “membentuk” kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh politik terkenal di seluruh dunia, semuanya berkaitan dengan pelaksanaan “demokrasi”.

Secara rasminya, perbelanjaan NED meningkat kepada 50 juta dolar. Bagaimanapun, penajaan bersama yang besar diterima dan diperuntukkan dalam menguruskan operasinya.

Sumbangan luar tersebut, yang meningkat beberapa juta dolar setahun, kebanyakannya datang daripada Jabatan Negara AS, Jabatan Perbendaharaan AS dan secara rahsia dari CIA.


Thierry Meyssan
Wartawan dan penulis, Presiden Voltaire Network

Nota : Terjemahan AIDC ini daripada rencana asal bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference",7 Oktober 2008. Artikel asal klik di sini

NOTA KAKI :


[1] Jangan dilupakan bahawa kebanyakan penganut fahaman neo-konservatif merupakan tokoh-tokoh Trotskyite yang bergabung dengan CIA menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, yang sebelum ini diuruskan oleh Ahli Demokrat, Henry Scoop Jackson, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.

[2] CIPE melaksanakan tindakan menentang rasuah melalui Transparency International dan menentang eksploitasi buruh kanak-kanak melalui Social Accountability International atau Akauntabiliti Sosial Antarabangsa.


Artikel terjemahan lain yang berkaitan :

1. NED dan Modus operandi 'Projek Demokrasi’ dunia

2. NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar

3. NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

4. Perpecahan Mazhab Muslim adalah salah satu dari agenda Amerika

5. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

6. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Tuesday, October 7, 2008

Kes Liwat - Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas?



Kes Liwat - Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas ?


Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing.

Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)

Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya. Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru.

Beliau berkata semua ini 'konspirasi' untuk 'membantut' empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya!


Misteri si pembunuh Anwar dan fatamorgana 'budak Najib'


Persoalannya, siapakah si pembunuh misteri itu yang telah mengancam nyawa Anwar seperti didakwa isterinya ? Kenapa pula selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, isu pembunuh misteri lenyap begitu sahaja, hinggakan Anwar mampu berceramah di dalam dan luar negara tanpa rasa takut ?

Kenapa pula Anwar hanya sebut 4 ahli parlimen BN bakal melompat parti sedangkan sebelum ini, beliau begitu angkuh beritahu media angkanya mencukupi (lebih 30 ahli BN) ?

Selepas keluar dari tempat persembunyian, Anwar laksana dewa besar, bangkit semula menangkis dengan bersungguh-sungguh segala persoalan berkaitan laporan polis bekas pembantunya itu yang didakwa 'konspirasi' (?), dengan bukti sekeping foto bekas pembantunya bergambar bersama 'budak Najib' di pejabat TPM.

Berasaskan sekeping foto itu, jentera-jentera PKR mula menggerakkan perang sarafnya mengatakan wujud teori konspirasi. walaupun tidak dapat dibuktikan secara jelas dan Anwar pula dengan lantang mendesak kesnya digugurkan.

Tetapi seperti misteri si pembunuh, cerita konspirasi dengan 'budak Najib' mula semakin sepi, apabila tersebar secara meluas di internet foto-foto Saiful bergambar dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuk Shahril, Tok Pa dan Azalina.

Maknanya isu foto 'budak Najib' sudah tidak relevan kerana tabiat Saiful adalah bergambar dengan sesiapa sahaja yang dianggap tokoh sebagai satu koleksi peribadinya.



Sehingga ke hari ini masih lagi menjadi teka-teki, adakah Saiful merakam foto-foto eksklusif bersama bekas majikannya, Anwar Ibrahim ?. Mustahil Saiful tidak menyimpan walau sekeping foto, sedangkan Saiful dakwa, dia dibawa melawat oleh majikannya ke Hong Kong, Singapura dan Thailand ?

Untuk gambaran lebih lanjut, mengenai hubungan Anwar dan Saiful, sila baca artikel sebelumnya; Misteri hubungan Anwar & Saiful ? dan 'Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?'


Konspirasi Anwar dan Amerika Syarikat ?

Selepas keluarnya Anwar daripada kedutaan asing, maka bermulalah siri-siri serangan dari luar negara membela Anwar. Tom Casey,dari tirai Jabatan Negara Amerika, mengeluarkan kenyataan keras menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar dan mendesak kes itu digugurkan.

Kemudian diikuti dengan surat-surat sokongan daripada rakan-rakan IIIT yang bernaung di bawah Islamica Magazine, serta rangkaian Zionis yang menaungi agensi Amerika iaitu International Crisis Group (ICG), AccountAbility, National Endowment for Democracy (NED), International Replican Institute (IRI) dan National Democracy Institute (NDI).

Joseph Biden atau Joe Biden yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika pun masih sempat menghantar surat sokongan kepada Anwar. Klik di sini

Joe Biden sokong Anwar. Agensi Amerika pun sokong Anwar. Kenapa si Zionis yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika serta rangkaian Zionis yang berselindung di sebalik agensi Amerika itu begitu perihatin kepada Anwar ?

Sebenarnya Anwar pernah berkhidmat selama dua tahun di Amerika (2005-2007), sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004.

Anwar bukan sekadar pensyarah jemputan di Universiti Amerika sepertimana yang selalu diwar-warkan kepada rakyat Malaysia, tetapi pemegang jawatan dalam badan-badan yang menyokongnya itu.

Anwar sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG, Presiden Kehormat, AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya menyatakan sokongan kepada dirinya sendiri? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya ?

Rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun.

Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika

Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya (sebelum dibicarakan) serta sokongan bertalu-talu daripada tokoh-tokoh Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun bahawa Anwar mempunyai perkaitan rapat dengan negara polis dunia itu.

Persoalannya apa perkaitan Anwar dengan Amerika, sehingga beliau dibela laksana 'anak emas' ?

Rakyat juga mempersoal, kenapa Anwar menggunakan kaedah pre-emptive iaitu satu strategi yang sering digunakan oleh Zionis Neo-konservatif Amerika dalam melakukan serangan ke atas dunia Islam.

Sebelum kes didakwa di mahkamah, Anwar telah memberi keterangan terbuka kepada rakyat di pentas-pentas ceramah. Sepatutnya keterangan Anwar diberikan di dalam mahkamah bukannya di pentas-pentas ceramah.

Sebelum Ketua Polis dan Peguam Negara meneruskan siasatan secara telus, Anwar telah membuat dakwaan ke atas mereka, kononnya mereka berdua tidak layak menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana mempunyai kes 10 tahun lampau ?

Kenapa Anwar memfailkan dakwaan ke atas Ketua Polis dan Peguam Negara, ketika beliau menghadapi pertuduhan meliwat kali kedua ? Adakah ini cubaan beliau untuk menutup bukti?

Inilah kaedah pre-emptive, yang selalu digunakan oleh Zionis , seperti Paul Wolfowitz, (kawan baik Anwar) menyerang Iraq terlebih dahulu, kononnya jika tidak diserang, tentera Sadam Hussein akan menyerang Amerika pula!

Untuk memahami hubungan sentimental Anwar dan Amerika, sila baca artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4, dan artikel 5


Kalau tiada kes, kenapa takut ?


Usaha Anwar dan Amerika menggugurkan kes terlebih awal nampaknya gagal apabila Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos lalu. Anwar pula tiada pilihan lain kecuali mengaku tidak bersalah !

Hakim S.M.Komathy Suppiah memutuskan Anwar wajib membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.

Perbicaran kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguambela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.

Pada 24 September, hakim masih gagal untuk membuat keputusan hingga ditangguh kepada 7 Oktober.

Ibarat kata pepatah Melayu, 'pukul anak sindir menantu'. Anwar dibicara di Malaysia, tetapi yang lebih terkesannya di Amerika. Sekali lagi, pentadbiran Amerika Syarikat memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan mendapatkan penjelasan serta memberi amaran agar kes Anwar diberi keadilan sewajarnya.




Sila tonton perbicaraan 10 September yang memutuskan kes itu ditangguhkan kepada 24 September.




Sila tonton perbicaraan 24 September yang memutuskan kes disambung 7 Oktober


Kesemua tarikh-tarikh perbicaraan ini masih berkisar persoalan asas, iaitu perlu atau tidak kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi ?. Hampir dua bulan Mahkamah Seksyen terpaksa membuang masa mendengar isu tersebut.

Nampaknya sekali lagi Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk melengah-lengah perbicaraan. Kalau benar seperti dakwaan Anwar, tidak perlu melengah-lengah pendakwaan, walau di mahkamah mana sekalipun, jika sekiranya tiada kes, Anwar tidak perlu risau.

Bukti-bukti pendakwaan yang sepatutnya dikeluarkan masih belum terbuka kepada umum. Rakyat Malaysia mahu tahu benarkah wujud aktiviti liwat antara Anwar dan Saiful ? Kalau benar, apakah bukti-buktinya ?

Rakyat juga mahu tahu, siapa alibi Anwar pada tarikh yang didakwa itu, apa fungsi kondomium mewah itu dan sejauh manakah laporan siasatan Hospital Besar Kuala Lumpur benar-benar membuktikan Saiful diliwat ?

Rakyat mahukan bukti-bukti untuk membuat keputusan sendiri, sama ada benar-benar ada kes atau hanya satu konspirasi merosakkan reputasi Anwar ?

Itu yang lebih penting rakyat ingin tahu, bukannya persoalan remeh temeh seperti di mahkamah manakah sepatutnya kes itu dibicarakan!

Selagi pertikaian remeh temeh persoalan tempat mahkamah yang sewajarnya diadili, masih belum selesai, selagi itu bukti-bukti pendakwaan tidak boleh dikemukakan.

Sudah nampak sesuatu tidak kena, sedangkan Anwar kata tiada kes, tetapi barisan peguambelanya pula yang berhempas pulas mempertahankan hujah agar dikekalkan di Mahkamah Seksyen.

Kenapa penguambela Anwar bermati-matian mempertahankan agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta ?

Nampaknya sejak dari mula pendapat Anwar berbeza dengan barisan peguamnya. Anwar kata, tiada kes, hanya konspirasi politik, tetapi barisan peguamnya kata kes ini lebih rumit daripada kes 1998. Klik di sini

Siapa yang benar, Anwar yang hanya mahir berpolitik atau barisan peguamnya yang lebih tahu selok belok undang-undang ?

Kalau benar tiada kes, kenapa Anwar membayar sampai sembilan peguam untuk membelanya sedangkan pihak pendakwaraya hanya diwakili oleh lima orang sahaja ?

Kalau benar-benar tiada kes, Anwar tidak perlu membazir wang hingga terpaksa menggunakan sembilan peguam, cukup hanya diwakili dua peguam peribadinya iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah


Imbas kembali epilog dramatik kes liwat Anwar - Saiful

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.

Apabila mengetahui bekas pembantunya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki. Baca artikel sebelumnya klik di sini.

Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian (26 Jun), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki ?

Persoalan Alibi 26 Jun


Menurut Saiful pada tarikh itu (26 Jun), dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, Anwar (bekas majikannya) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu.

Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".

Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?'

Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi.

Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih kukuh, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah.

Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar.

Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berauoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman sendiri iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur.

Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah Hospital Besar Kuala Lumpur itu.

Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri.

Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan.

Untuk melihat bukti persoalan alibi itu, sila tonton video di bawah.






Kisah budak pembancuh kopi Anwar

Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Kondominium mewah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Malah tiada siapa tahu pun wujud satu jawatan khas yang diberi nama 'pembancuh kopi Anwar'.

Hampir sebulan juga Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', tetapi kemudiannya melantung semula kepada diri Anwar umpama 'menjilat ludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya budak 'pembancuh kopi' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat sejak Mac 2008 lagi.

Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu ? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 atupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.

Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain ?

Istimewa sangatkah Saiful, hingga dilantik sebagai 'budak pembancuh kopi' serta mengenepikan ahli-ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) lain yang selama ini menganggap Anwar seperti dewa ?

Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ?

Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi lebih daripada itu.

Sila baca pengakuan bertulis budak pembancuh kopi berkenaan dengan bidang tugasnya yang telah diberikan oleh majikannya. Klik di sini.








Kisah di sebalik tabir penguam bela Anwar..


Pasukan peguam bela Anwar dalam kes liwat 2008, terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.


Peguam Anwar 2008, dari Bar Council, dari kiri Sulaiman Abdullah, bekas Presiden Bar Council (2000/1), Sankara Nair, peguam peribadi Anwar,Edmund Bon dan Amer Hamzah.


Daripada sembilan orang yang disenaraikan di atas, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.


Peguambela Anwar, dari kiri Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Ketiga-tiganya pemegang jawatan dalam PKR. Maknanya peguam politik yang biasa berbohong untuk menarik undi. Tidakkan ini membayangkan Anwar merupakan pengamal kroni dan nepotisme yang kental, kerana dalam pemilihan peguambela pun diambil dari kalangan aktivis PKR, sedangkan masih terlalu ramai lagi peguam senior lain yang bersih dari elemen politik ?



Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.

Peguam-peguam senior yang berpengalaman mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Dari kiri Raja Aziz Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin. Atas dasar apa mereka digugurkan oleh Anwar ? Adakah Anwar tidak berpuas hati dengan khidmat mereka, hingga Anwar tewas dalam perbicaraan kes liwat tersebut? Kenapa pula masih mengekalkan khidmat Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair yang juga peguam lama yang menyebabkan Anwar tewas kes liwat itu. rujuk di sini


Kenapa Anwar gugurkan barisan peguam senior mengendalikan kes liwat 2008 ? Kenapa pula tidak kekalkan Zulkifli Nordin, sedangkan sebelum ini, beliau setia menjadi peguambela Anwar ?. Dari kanan Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh. Christopher telah meninggal dunia. Kecuali Sankara, kesemua yang lain tidak lagi menjadi peguam Anwar



Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 1998 ? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?

Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguam bela yang sangat handal ?.

Benarkan dakwaan mengatakan Karpal tidak boleh menjadi penguam bela Anwar sampai bila-bila kerana beliau telah bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998 ?

Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.

Bukankah penglibatan ramai aktivis peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab ?


Foto Sivara Rasiah, Latheffa Koya dan Amir Hamzah merupakan aktivis Bar Council dan tulang belakang penganjur Forum Memeluk Islam yang turut disokong oleh Anwar. Zulkifli Nordin ditolak jadi peguambela Anwar dengan alasan menjadi Ahli Yang Berhormat, tetapi bagaimana pula dengan Sivarasa Rasiah ?


Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguam bela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguam bela Anwar paling setia?

Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan.

Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah faktor ini Zainur juga tidak diambil semula sebagai peguam bela Anwar ?

Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu ?

Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.

Bukankah mereka ini merupakan dalang penggerak IFC di Malaysia ?

Makin menarik cerita liwat Anwar-saiful ini, kerana dengan cerita itu, tersingkap pula cerita lain, termasuk Anwar & Amerika, Bar Council dan tangan Anwar di belakang IFC yang sebelum ini cuba disembunyikan.

AIDC
7 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com


Artikel berkaitan :

1. Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September..

2. Kes 1998 : Pensyarah undang-undang percaya Anwar peliwat!

3. Kisah 'coffee boy’ bernama Saiful dari kaca mata Pak Habib

4. The Truth al-Liwat Anwar - Pak Habib


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Monday, October 6, 2008

Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad?

Kes kontroversi : allahyarham Moorty (kiri)-kesnya merujuk Mahkamah Syariah isytihar beliau muslim, tetapi dicabar oleh isterinya (Hindu) yang mendakwa suaminya telah murtad dan pohon kes itu dibicarakan di mahkamah sivil. Kes kedua, Lina Joy atau nama Islamnya Azalina Jailani (tengah). Dia telah murtad dan memohon untuk menukar identiti Islam kepada Kristian dalam kad pengenalannya. Mahkamah Syariah menghalang penukaran identiti itu. Lina Joy mencabar kes itu di mahkamah sivil, tetapi dia tetap tewas dalam permohonannya itu.


Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?


oleh Husna Yusop

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan satu pindaan ke atas Akta Pengadilan Mahkamah untuk menjamin hak bukan Islam untuk diperdengarkan di Mahkamah Sivil walaupun apabila ianya melibatkan isu-isu berkaitan Islam.

“Tujuan Parlimen adalah untuk menjernihkan kekaburan yang melanda isu hak Muslim di mahkamah dan untuk memaklumkan tentang kebimbangan mereka ke atas forum berkaitan kehakiman dalam perkara berkaitan status peribadi”

“Ianya tidak pernah menjadi niat Parlimen untuk meluluskan undang-undang bagi merampas hak beragama mereka,” Penasihat Parti Keadilan Rakyat menyatakan dalam satu sidang media di kediamannya pada 16 Februari 2006.

Oleh itu, beliau menyatakan tiada keperluan untuk meminda atau memansuhkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana ianya tidak bertujuan untuk merampas hak beragama mereka.

Jenazah bekas pendaki gunung Everest, M. Moorthy atau nama Islamnya Muhammad Abdullah dikebumikan mengikut Islam di tanah perkuburan Islam, Taman Ibu kota, Gombak pada 28 Disember 2005. Sebelum itu isterinya S. Kaliammal, menuntut agar suaminya dikebumikan di tanah perkuburan Hindu kerana mendakwa suaminya telah murtad tetapi dakwaan isterinya gagal dibuktikan dengan dokumen, sedangkan rekod di Mahkamah Syariah membuktikan M Moorthy beragama Islam.


Dengan merujuk kepada kes Allahyarham Moorthy, beliau menyatakan kes tersebut telah mencetuskan kebimbangan di kalangan bukan Muslim kerana mereka telah dinafikan penyelesaian yang adil ke mahkamah sivil.

“Ianya merupakan satu perkara yang sensitif kerana hak Muslim dan bukan Muslim mungkin akan menjejaskan keputusan yang dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa atau tanpa pertimbangan yang teliti terhadap fakta, ” kata Anwar.



Beliau berkata terdapat pelbagai cadangan yang berniat baik untuk pindaan dilakukan terhadap perkara tersebut tetapi isu asasnya adalah untuk menghormati pilihan Muslim untuk meletakkan diri mereka tertakluk kepada Mahkamah Syariah seperti yang ditentukan dalam artikel tersebut.

“Pihak berkuasa mesti bertanggungjawab dan menunjukkan keberanian dalam berhadapan dengan isu tersebut,” kata Timbalan Perdana Menteri yang sekarang merupakan Profesor Pelawat di Georgetown University, Washington dan juga terlibat sebagai Perunding Bebas kepada Bank Dunia.

Yang paling perlu dititikberatkan, kata Anwar, adalah Badan Kehakiman, khususnya Mahkamah Persekutuan, menyatakan keberanian moral yang perlu dan dakwaan untuk menentukan isu-isu tersebut dalam suasana Parlimen yang memberikan perhatian terhadap isu tersebut, oleh yang demikian keadilan diperoleh.




Dalam isu karikatur Nabi Muhammad, beliau menyatakan Muslim boleh dan perlu memberikan respons kepada satu pengalaman kebebasan yang tidak disedari seperti kes tersebut dengan lebih bijak dan dalam cara yang dihormati.

“Melukis kartun Nabi adalah menyinggung perasaan kepada mana-mana Muslim dan hanya akan menyebabkan prasangka dan kejahilan. Perbuatan tersebut secara jelasnya membentuk satu gerakan ke dalam prasangka budaya Zaman Gelap.”

“Bukan sahaja Muslim berasa marah tetapi ramai orang daripada kepercayaan lain juga menyatakan kemarahan disebabkan oleh sikap berpura-pura yang tidak mempunyai perasaan seperti perkara tersebut.”

Anwar berkata helah untuk mengapi-apikan kebencian dan manipulasi oleh pemimpin kuku besi dalam mengalihkan perhatian orang ramai daripada kekangan kebebasan dan rasuah mesti dihalang dan tidak dibenarkan.




Nota : AIDC menterjemah artikel asal The Sun Daily, 16 Februari 2006 bertajuk "Anwar : Amend Act to allow civil courts to hear Islamic issues involving non-Muslims"

artikel berkaitan :

1. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

2. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

3. Demi cita-cita PM, Anwar gadai kalimah Allah kepada Kristian ?

4. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

5. Anwar telah khianat Islam ?

6. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Persoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar



Persoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar


oleh Suarapolitik dan AIDC

Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ".

Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist."

Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.

Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.

Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?.

Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.

Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik.

Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.

Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF.

IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika.

Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.

Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan.

Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya.

Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang.

Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.

Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .

Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…

Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…

Suarapolitik

Baca artikel asal tulisan suarapolitik klik di sini.

---------------------------------------------------


Ulasan AIDC

Laman Suarapolitik telah mengagaskan satu hipotesis yang sangat menarik iaitu persoalan zionist dari kaca mata tiga tokoh iaitu Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, kenapakah Joseph Biden dan Gus Dur dikaitkan dengan Anwar, adakah mereka saling berkaitan ?

Siapa Joseph Biden di sisi Anwar

Sebelum ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia, tidak faham, kenapa Senator Joseph Biden, begitu bersungguh-sungguh menghantar surat sokongan membela Anwar dalam kes liwat terbarunya bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Untuk melihat sokongan Joseph atau Joe Biden bersama Islamica Magazine, The International Crisis Group(ICG) AccountAbility, International Republican Institute (IRI) and the National Democratic Institute (NDI), sila klik di sini.

Badan-badan yang telah menyatakan sokongan kepadanya, kesemuanya berkepentingan dengan beliau. Anwar memegang jawatan seperti berikut dalam badan-badan tersebut ; sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG,Presiden Kehormat AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya sendiri menyatakan sokongan kepada dirinya ? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Persoalan kedua, kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya?

Untuk melihat perkaitan badan-badan ini dengan Anwar, sila baca artikel sebelumnya, bertajuk, Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ? dan "Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September? "

Apa motif sokongan Joe Biden ?

Bagaimana pula dengan sokongan Joe Biden ke atas Anwar, adakah Anwar berkepentingan dengan Joe Biden, sebagaimana Anwar bekepentingan dengan Islamica Magazine, ICG, AccountAbility, NED, IRI dan NDI ?

Ahli Senat Joe Biden (kiri), Senator Frank Church (tengah) dan Presiden Mesir, Anwar Sadat selepas menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, 1979.



Blogger tersohor Malaysia yang menetap di Amerika, Bakri Musa menamakan Anwar Ibrahim sama seperti Anwar Sadat, selepas mendengar ceramah Anwar di Stanford University pada 11 Oktober 2006 bertajuk "Democracy and the Muslim World".

Kalau Joe Binden mengagumi Anwar Sadat, Presiden Mesir yang mengusahakan Perjanjian Damai, Mesir-Israel (1979), bagaimana pula tanggapan Joe Binden kepada Anwar, bakal PM Malaysia yang turut menyokong usaha damai Palestin-Israel (2007) ?

Hanya berstatuskan sebagai bekas TPM dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Anwar sudah mengiktiraf Negara Isreal yang sah, bagaimana pula jika Anwar benar-benar diangkat oleh PAS menjadi PM Malaysia, adakah dengan kuasa PM, Anwar akan buka hubungan diplomatik Malaysia-Israel yang selama ini dikunci ?






Joe Biden adalah Pengerusi Committee on Foreign Relations merupakan badan mengenalpasti tokoh-tokoh luar negara yang pro- Amerika Syarikat. Misalnya Joe Biden terlibat sama menyokong usaha Presiden Mesir, Anwar Sadat menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, pada tahun 1979.

Joe Biden menyokong perjanjian Damai Palestin-Israel 2007.Perjanjian itu dinamakan Annapolis Summit, yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Sah. Anwar juga turut menandatangani deklarasi sokongan Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush itu. Bukti penglibatan Anwar dalam Annapolis Summit, klik di sini.

Tetapi hubungan sentimental Anwar & Joe Biden, bermula sejak 90-an, apabila Anwar sebagai TPM telah menyokong penuh parti Demokrat Amerika, pimpinan Bill Clinton dan Al Gore. Perlu diingatkan Senator Joseph Biden adalah warisan Bill Clinton dan Al Gore yang menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden, bersama dengan Barak Obama, calon Presiden, Amerika Syarikat.

IIIT alat parti Demokrat ?

Bukti ini diperkuat dengan penglibatan aktif Dr. Jamal Barzinji, kawan rapat Anwar yang bersama-sama menubuhkan IIIT (The International Institute of Islamic Thought) pada 1981.

Jamal Barzinji adalah warganegara Amerika, dianggap sebagai 'American businessman' dan 'Political operative' atau pelobi kempen kepada kumpulan Demokrat.

Selepas Parti Republican, Pimpinan Presiden Bush berjaya mengalahkan Parti Demokrat, nama Jamal Barzinji dan IIIT disenaraihitamkan sebagai teroris dalam 'Operation Green Quest'2001. Nama Anwar Ibrahim turut disebut sebagai salah seorang teroris, tetapi ketika operasi itu (2001), Anwar berada di Penjara Sungai Buloh.

Parti Repulican juga menuduh parti Demokrat menerima sumbangan kewangan daripada teroris yang merujuk kepada peranan Jamal Barzinji dan IIIT.

Menyedari rangkaian IIIT telah disenaraikanhitamkan oleh Parti Republican, Anwar dari penjara Sungai Buloh, telah mengutus surat meminta pertolongan daripada Paul Wolfowitz,(kawan rapat Anwar) yang asalnya dari Parti Demokrat telah berpindah ke parti Republican.

Bermakna perangai Paul Wolfowitz, sama dengan Anwar, seorang 'opportunist', ketika Parti Demokrat berkuasa di Amerika, mereka berdua menjadi penyokong kuat Demokrat. Ketika, Parti Republican kembali berkuasa, mereka berdua meninggalkan Demokrat dan menjadi penyokong kuat Parti Republican pula.

Dalam surat kepada Wolfowitz itu, Anwar menuduh Saddam Husin sebagai diktator serta menyokong tindakan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dari parti Republican menyerang Iraq yang dianggap punca tercetusnya pengeboman World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Sebagai membuktikan Anwar menyokong parti Republican, pimpinan Bush, dari penjara Sungai Buloh juga, Anwar menulis artikel kepada majalah Majalah TIME bertajuk "Who Hijacked Islam?", mengecam seorang lagi tokoh Islam iaitu Osama bin Laden sebagai pengganas.

Kecaman Anwar ke atas tokoh-tokoh Islam turut dihantar kepada Majalah International Herald Tribune, New York pada 11 Oktober 2001 dalam tulisannya bertajuk "Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism".

Bermakna dalam membuktikan sikapnya pro-Amerika dan pro-Zionist, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mengkritik dan mengkambinghitamkan tokoh-tokoh Islam yang tidak terbukti bersalah.

Barangkali, sikap Anwar seperti inilah amat disukai oleh Zionist, kerana Anwar 'berani' bermusuh dan mengkritik tokoh Islam yang lain (yang dibenci oleh Amerika). Anwar mengkritik dan menyenaraihitamkan Sadam Hussein, Osama Laden, Mohammed Atta atau sesiapa sahaja yang dilabel 'teroris' oleh Amerika, tetapi dalam masa sama memuji-muji tokoh-tokoh bukan Islam yang dipuja oleh Amerika termasuk Aung San Suu Kyi (Burma), Gloria Macapagal-Arroyo (Filipina), Manmohan Sign (India) dan lain-lain lagi.

Dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi 'penganas-penganas Islam', menyebabkan Paul Wolfowitz 'terhutang budi' hingga sanggup meluang masa melawat Anwar di Munich, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004.

Perbincangan selama tiga jam di Munich, telah menyakinkan Wolfowitz, sehingga Zionist yang digelar 'arkitek perang ke atas negara Islam' itu telah mengatur masa depan Anwar sebagai penyokong kuat, parti Republican dan Presiden Bush, Amerika Syarikat. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Untuk memahami lebih lanjut, kaitan Anwar dengan Parti Demokrat dan Republican serta IIIT, sila klik artikel 1, dan artikel 2.

Persoalan Zionist; Joe Biden, Gus Dur dan Anwar

Kata Joe Biden "saya adalah seorang rakyat Yahudi, bermakna saya secara automatik menjadi ahli Zionist. Jika anda mahu menjadi ahli Zionist, anda tidak semestinya rakyat Yahudi, kerana menjadi ahli Zionist terbuka kepada sesiapa sahaja". Klik di sini.

Berdasarkan kata-kata Joe Biden di atas, menjadi ahli Zionist tidak semestinya terhad kepada bangsa Yahudi dan warganegara Isreal, tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja, dengan syarat menyokong dasar-dasar yang dilakukan oleh Zionist khususnya dalam menubuhkan Negara Israel yang sah.

Dalam konteks ini bagaimana dengan kedudukan Gus Dur dan Anwar Ibrahim, apakah mereka juga boleh digelar zionist ?

Gus Dur sendiri pro-Zionist. Beliau mendapat anugerah “Medal of Valor” iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan pro zionisme di Amerika Syarikat pada 6 Mei 2008.

Gur Dus juga menyokong penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin. Pada 7 hingga 12 Mei 2008, Gus Dur telah menghadiri majlis “Peringatan 60 Tahun Israel”. Dalam masa yang sama Gus Dur telah mengadakan pertemuan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Jelas Gus Dur; “Saya banyak teman di Israel, termasuk (mantan) Presiden Shimon Peres yang mengundang saya untuk menghadiri peringatan ini.” Klik di sini.

Majalah The Australia / Israel Review merupakan majalah yang ditaja oleh Australia / Israel & Jewish Affairs Council (AIJAC) telah menggelarkan Gus Dur sebagai “Israel’s Asian Friend kerana idea dan pemikiran yang sekular dan radikal terhadap Islam.

Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim, kerana Gus Dur merupakan kawan rapatnya yang sanggup datang ke Malaysia untuk membantu Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ? Klik di sini

John Esposito, seorang orientalis Amerika yang dikatakan sangat 'pakar soal Islam' dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" terbitan tahun 1996.

Apatah lagi, Gus Dur dan Anwar merupakan "dua tokoh Islam" yang banyak memberi pandangan Islam kepada Paul Wolfowitz di Hospital Munich, Jerman pada 2004 sehingga mendorong si Zionist itu membunuh beribu-ribu rakyat Islam di Iraq.

Apakah ini bermaksud 'tokoh Islam' yang digelar orientalis sebagai Islam Moderate adalah pro-Zionist dan Amerika ?

Bukankah Anwar bersekongkol dengan Paul Wolfowitz, 'si arkitek perang' yang dibenci oleh Islam dan bukan Islam itu sudah menunjukkan bukti Anwar pro-Zionist ?

Persoalannya kenapa kumpulan Zionist seperti Joe Biden, Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Elliot Abrams, Madeleine K. Albright, Al Gore, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner begitu bersungguh-sunguh membela Anwar, sedangkan tokoh-tokoh Islam seperti Ahmadinejab (Iran) dan Ismail Haneyya (HAMAS) berdiam diri ?



AIDC
4 Oktober 2008
aidceditor@yahoo.com


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri), Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya


Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?


oleh Cekka dan AIDC

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.

Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL) ; Asian Human Rights Commission (AHRC) , diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa ; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?”

Persoalan yang menjadi tanda tanya..

Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini?
Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai.

Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.

Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme ?

Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu.

Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.

Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung di sebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.

Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang.

Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.

Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia.

PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ’sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.

Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.

Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.

Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara di bawah seliaan Petronas.

Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.

Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.

Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya.

Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.

Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar.

Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.

Cekka

Nota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini

-------------------------------------------



Ulasan AIDC

Terima kasih Cekka, kerana sudi memetik sumber blog AIDC sebagai rujukan dengan analisis serta pandangan penulis yang baik. Sekiranya anda berminat tulisan-tulisan Cekka, sila lawati lamannya, klik di sini.

Saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai satu persoalan utama yang dikemukakan oleh Cekka iaitu adakah Anwar sedar atau tidak bahawa beliau diperalatkan oleh NED dan Amerika serta apakah kesannya kepada Islam agama rasmi Malaysia ?


Apakah Anwar sedar beliau diperalatkan Amerika ?

Jawabnya Anwar memang sedar dan tahu akibatnya serta mencari jalan supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia tidak mengetahuinya. Dalam erti kata lain, beliau memang bekerjasama secara rela hati untuk mengharapkan pertolongan Amerika, tetapi dalam masa yang sama berusaha menyembunyikan identitinya supaya tidak dicop sebagai pro- Amerika, kerana mahu menjaga survivalnya sebagai ahli politik Malaysia.

Kalau sekiranya Anwar seperti Abdolkarim Soroush ( warga Iran ), beliau boleh mengaku secara terus terang sebagai pro- Amerika kerana beliau (Abdolkarim) adalah seorang akademia, manakala Anwar adalah seorang politikus ternama di Malaysia.

Realitinya, Anwar sebagai ketua Parti Pembangkang Malaysia, berhadapan dengan satu masalah besar iaitu PAS. Parti PAS secara jelas menolak Amerika kerana sedar di belakang kuasa besar itu adalah kumpulan Zionis yang dikenali sebagai Neo- Konservatif.

Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi. Malah PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afghanistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai mangsa terorist.

Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata berdemonstrasi membantah kedatang pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Klik di sini

Itu baru pemain ping pong Israel yang datang, PAS sudah tunjuk reaksi yang sedemikian rupa, kalau yang datang ke Malaysia nanti adalah perancang perang ke negara Islam, sudah tentu lebih hebat tentangannya.

Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC).

Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain. klik di sini.

Walaupun Israel benci kepada Iraq dan Iran, tetapi Israel tidak mampu melawan kedua-dua negara negara Islam itu tanpa pertolongan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika. Di sinilah peranan Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz yang pernah memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, bagaimana beliau merancang dan menghancurleburkan bumi Iraq, hingga mengorbankan orang awam Islam yang tidak berdosa.

Sebab itu selepas berjaya menakluk Iraq, Paul Wolfowitz dipindahkan menjadi Presiden Bank Dunia. Bermakna kedudukan Zionis Amerika sentiasa ditempatkan di dua kedudukan paling strategik iaitu pertahanan dan kewangan. Sebab itu Zionis seperti Paul Wolfowitz dianugerahkan "Zionis Amerika paling berjaya pada tahun 2002" oleh sebuah organisasi Yahudi berpengaruh di Amerika yang dinamakan JINSA ( The Jewish Institute for National Security Affairs)

Maka apa bezanya Israel dan Amerika kerana Amerika sendiri dikawal oleh kumpulan Zionis yang berasal dari Israel ?

Hubungan Anwar dengan Zionis Amerika

Persoalannya bagaimana pula hubungan Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner dan George Soros ini. Anwar bukan setakat bergambar dan bertemu mereka ini, tetapi Anwar menjadi alat untuk menjayakan cita-cita mereka dalam mewujudkan PNAC (Project for the New American Century )

Bermakna yang Anwar berhubung dan bekerja bukan Yahudi biasa, tetapi Yahudi Zionist yang bercita-cita mengukuhkan kuasa Amerika sebagai kuasa tunggal di dunia dan mengesahkan Negara Israel secara negara yang sah.

Zionis yang pernah merancang menakluk Afghanistan, Iraq dan Iran semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta mencari telaga minyak. Maknanya Anwar berkawan dengan Zionis perancang perang ke atas umat Islam, bukannya sekadar Yahudi biasa yang hanya mentelaah di gedung Universiti John Hopkin atau Georgetown.

Buktinya Anwar menjadi alat Zionis, apabila beliau sendiri turut menandatangani Deklarasi Annapolis Summit 2007 iaitu satu perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush Amerika untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Lihat bukti klik di sini

Jadi, adakah sikap Anwar yang pro Amerika dan pro-Zionis itu tidak berlawanan dengan prinsip PAS yang memegang konsep Negara Islam ?. Atau mungkinkah Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayub, yang pernah menentang Israel dan Amerika pada tahun 1997 dulu,kini telah membuang prinsip anti Amerika dan Zionis setelah memegang Ketua Penerangan PAS (Mahfuz) dan Ketua Pemuda (Salahuddin) ?

Saya kira dilema itulah yang sedang dihadapi oleh Anwar sebagai seorang politikus, menghadapi PAS yang secara jelas anti-Zionis. Bagaimana Anwar dan PAS boleh bermain tarik tali dalam menghadapi kemelut ini. Semua itu terpulang kepada percaturan dan kebijaksaan masing-masing.

Bacaan lanjut, sila ,artikel 1, dan artikel 2

Sikap pro-Amerika Anwar dan kesannya ke atas Malaysia

Sikap Anwar yang pro-Amerika membolehkan beliau mendapat tajaan daripada pihak Amerika terutamanya NED, NDI dan IRI serta bantuan daripada sekutu Amerika terutamanya KAF, FNF dan SPF.

Untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah modus operandi Amerika dan sekutunya membantu Anwar di Malaysia sila lihat artikel sebelum ini. Klik artikel 1 dan artikel 2

Di sini saya akan menyentuh kesan yang paling penting adalah ke atas agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Pada umumnya agenda terakhir badan-badan penaja yang disenaraikan di atas adalah untuk melemahkan dominasi Islam di Malaysia dengan menjayakan program pluralisme agama (persamaan antara agama).

Misalnya KAF yang membantu Anwar dan think tanknya IKD sejak 1980-an lagi, bermatlamat untuk menjayakan IFC (Interfaith Council) yang berhasrat mewujudkan Mahkamah Antara Agama-agama bagi membendung dominasi Mahkamah Syariah.

Lihat pengakuan Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam menjayakan usaha pluralisme ini. Klik artikel 1 dan artikel 2.

Bantuan KAF kepada Anwar pada hakikatnya telah mengigit Islam secara diam, seumpama api dalam sekam. KAF dan IKD telah berusaha meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia melalui virus-virus "Islam Liberal". Bacaan lanjut klik di sini


Anwar Muslim Moderate adalah Muslim Liberal ?

Anwar Ibrahim dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.

Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Nama Carl Greshman dan Lorne Craner pula adalah kawan rapat Anwar yang termasuk dalam senarai Zionis (rujuk senarai di atas) yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel.

Jadi sekiranya Zionis yang menobatkan Anwar sebagai "Muslim Moderate" apakah agenda akhir mereka ke atas dunia Islam ?

Apakah ini bermaksud "Muslim Moderate" merupakan nama lain kepada "Islam Liberal" ?

Untuk menjawab persoalan ini lebih baik dilihat watak yang sama dengan Anwar yang diiktiraf Amerika sebagai "Muslim Moderate 2004" iaitu Abdolkarim Soroush

Abdolkarim Soroush menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika, tempat yang sama Anwar menjadi pensyarah pelawat. Pada tahun 2005, Time Magazine menamakan beliau sebagai the world's 100 most influential people klik di sini, manakala Anwar pula dicalonkan oleh majalah sama pada tahun 2008. Klik di sini.

Abdolkarim Soroush dikenali salah seorang pemikir gerakan liberalisme dalam Islam. Pemikir Gerakan Liberalime bertujuan untuk mewujudkan Islam Liberal atau Islam Progressif yang menggunakan kaedah Pluralisme Agama.

Terdapat lima ciri untuk mengenali golongan Islam Liberal, iaitu pertama; konsep Ijtihad (pentafsiran semula); kedua, perjuangan Hak asasi manusia; Ketiga, perjuangan Feminisme (hak wanita); Keempat; toleransi dan menolak keganasan; dan kelima kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). Bacaan lanjut klik di sini.

Kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas diperjuangkan oleh Abdolkarim Soroush dan kerana perjuangan itu beliau dinobatkan sebagai Muslim Moderate 2004, tajaan Amerika.

Tetapi di Iran, tempat kelahiran Abdolkarim Soroush, beliau dikenali sebagai Martin Luther dan Erasmus dalam Islam. . Bukti klik di sini

Jika Martin Luther dan Erasmus dianggap sebagai pelopor Kristian Prostestan di Barat, adakah bermakna Abdolkarim Soroush antara pelopor Islam Protestan di negara Islam ??

Setelah menyusur galur pemikiran pemenang "Muslim Moderate 2004", Abdolkarim Soroush yang berpunca daripada pemikiran liberalisme dan berakhir kepada Islam Prostestan, bagaimana pula dengan pemenang "Muslim Moderate 2005", bernama Anwar Ibrahim ?

Atas alasan apakah Anwar dipilih sebagai pemenang "Muslim Moderate 2005" oleh Amerika ?

Bukankah Anwar juga berpegang kepada falfafah John Locke, iaitu pelopor kepada konsep Liberalisme di Barat ?

Bukankah konsep Liberalisme yang dianuti Anwar itu berakhir menjadi "Islam Liberal"?.

Sila rujuk artikel sebelum ini bertajuk "Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"


AIDC
29 September 2008
email : aidceditor@yahoo.com


Sila klik untuk baca selanjutnya...