DOHA : Sesuatu yang bodoh untuk mempercayai bahawa Presiden Amerika yang baru dilantik, Barack Obama akan datang dan mengubah negara- negara Islam. Lebih baik, mereka (negara-negara Islam) perlu mengubah diri mereka dengan mempromosikan perubahan, kebebasan dan demokrasi, kata Dr Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia dan pemimpin Pembangkang.
Berucap ketika sesi perasmian US-Islamic World Forum (Forum A.S.-Dunia Islam), Anwar berkata, dunia Muslim mengharapkan satu “perkongsian yang boleh dipercayai” dengan Amerika Syarikat , di bawah kepimpinan Obama, yang mewakili era baru dalam sejarah Amerika
“Negara Muslim tidak boleh menjadi penonton pada ketika ini, menunggu perisytiharan dari Amerika.”
Presiden Amerika tersebut tidak mempunyai mandat di seluruh dunia. Pemimpin kita perlu menghormati aspirasi rakyat kita dan memulakan perubahan,” kata Anwar.
Dia berkata, kepimpinan Amerika yang baru telah menghantar isyarat “penglibatan positif” dengan dunia Islam, dan ia perlu diikuti dengan langkah- langkah yang ketara.
Dia memetik penutupan Teluk Guantanamo, pengumuman A.S. untuk menarik kembali pasukan tentera di Iraq dan perubahan di Afghanistan adalah beberapa contoh.
AIDC menterjemah artikel THE PENINSULA. 2009. Artikel asal klik di sini
Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros, merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang.
Mereka meminta perubahan rejim disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.
Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik Empayar Baru British, dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika serta gerakan fasis-hijau, secara terbuka mengisytiharkan dirinya untuk menjadi penyelamat baru Malaysia.
Penyelamat syaitan ini, dibiayai dengan sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam kumpulan pemikir neocon dan universiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan niatnya untuk membayar (“memujuk”) bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya dan mengambil alih majoriti, kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri.
Dia juga memenangi pilihan raya kecil bulan lepas di Pulau Pinang, menjadikannya ketua pembangkang rasmi di Parlimen.
Sila bertemu dengan Anwar Ibrahim, yang dikenali oleh pembaca EIR sebagai jurucakap :
1. George Soros : Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia.
Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang.
Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal.
Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir “perlu dipecat dari jawatannya.”
Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik.
2. Paul Wolfowitz : Arkitek neocon, arkitek utama perang haram dan gila di Iraq bagi pihak Tony Blair dan Dick Cheney, telah menjadi pembela yang lantang kepada Anwar, memberikannya pelbagai peluang pekerjaan kepada Anwar di Amerika Syarikat, ketika dia dibebaskan pada 2004, selepas menjalani hukuman selama 6tahun di atas tuduhan rasuah dan liwat.
Pada 2005, apabila Wolfowitz dilantik untuk mengetuai Bank Dunia oleh George W. Bush, Anwar memujinya sebagai lelaki yang “secara hebatnya percaya kepada kebebasan, dan memahami isu kemiskinan, pencemaran alam sekitar, keadaan tempat tinggal dan isu kesihatan yang banyak menjadi agenda Bank Dunia”.
Di Bank Dunia, Wolfowitz telah menyekat pembiayaan kepada negara yang enggan untuk menerima perintah Anglo-Amerika, mungkin juga membunuh lebih ramai orang daripada apa yang telah dilakukannya semasa menjawat jawatan di Jabatan Pertahanan Amerika.
3. Al Gore : Walaupun sebelum kempen pembunuhan bangsa olehnya untuk menyekat pembangunan Dunia Ketiga di bawah tipu helah “pemanasan global”, Al Gore telah datang ke Malaysia pada November 1998, dua bulan selepas Dr. Mahathir menentang IMF dan spekulator. Dia (Al Gore) berucap di mesyuarat APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) atau mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
Anwar pada ketika itu sedang mengetuai kumpulan perusuh jalanan yang ganas di Kuala Lumpur, sementara Al Gore, bercakap sebelum Perdana Menteri Mahathir dan pemimpin daripada rantau Asia dan Pasifik berucap, dia memuji anarki jalanan sebagai “orang Malaysia yang berani”, mendesak untuk “perubahan” – kepada Gore dan Anwar maksudkan adalah berkaitan dengan syarat-syarat IMF, dan membenarkan kawalan ekonomi oleh pihak luar tanpa batasan.
Menteri Perdagangan Malaysia, Rafidah Aziz mengulas ucapan Gore sebagai “ucapan yang paling menjijikkan yang pernah saya dengar dalam hidup saya,” sementara Mahathir berkata, “Kita perlu bakar dia (Gore).”
Dari mana sumber duit Anwar
Sekarang, mari kita lihat beberapa pekerjaan Anwar beberapa tahun selepas dia dibebaskan daripada penjara, di atas tuduhan liwat pertamanya pada 2005-2007 :
1. Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) atau Sekolah pengajian Antarabangsa, John Hopkins, di mana rakannya Wolfowitz sebelum ini pernah menjadi dekan.
2. Georgetown University di Washington, D.C.
3. St. Anthony’s College, Oxford, di mana dia kerap kali berjumpa dengan Al Gore, yang menjalankan pelindungan nilai aset di London, dengan mendapat keuntungan daripada tipu helah“penukaran karbon” yang dicipta dengan penipuan pemanasan global.
4. Perunding kepada bank Dunia, diupah oleh Presiden Bank Dunia iaitu Paul Wolfowitz
5. Presiden Kehormat AccountAbility, London.
6. International Crisis Group atau Kumpulan Krisis Antarabangsa, satu kumpulan NGO, Organisasi Bukan Kerajaan terkenal yang dibiayai oleh Soros.
7. Foundation for the Future, atau Yayasan Masa Hadapan, yang diasaskan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya Liz, untuk mempromosikan perubahan rejim di rantau Asia Tenggara. Anwar membenarkan Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya (Shaha Riza) di dalam senarai penerima gaji dari yayasan tersebut, satu perlakuan rasuah yang menyebabkan Wolfowitz kehilangan jawatannya di Bank Dunia.
Seperti yang dikatakan oleh seorang pegawai Malaysia kepada penulis apabila mendengar tentang pelbagai jawatan yang disandang oleh Anwar di Washington dan London :
“Ah, jadi inilah caranya mereka membiayai kegiatan subversif Anwar di Malaysia !”
Dasar Anwar Ibrahim
Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menyembunyikan niatnya bagi menghentikan pembangunan perindustrian dan infrastruktur di Malaysia, dan secara umumnya keseluruhan sektor pembangunan.
Dengan segera selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu,” dengan menghentikan “rancangan projek pelik yang hebat”.
Dalam respons kepada soalan umum oleh penulis ini pada 2005, Anwar mempertahankan usahanya untuk melaksanakan rancangan jimat cermat IMF dan perintah perdagangan bebas ke atas Malaysia, walaupun pada hakikatnya dasar seperti itu kemudiannya memusnahkan ekonomi jiran Malaysia.
Dasar IMF “bermanfaat”, katanya, dan cuba untuk menghentikan projek infrastruktur utama oleh Kerajaan Mahathir, khususnya Empangan Bakun di Sarawak, yang hanya bermanfaat untuk memperkayakan “kroni” Mahathir.” “Ya, pembangunannya berkesan,” katanya, “rakyat keluar dari kemiskinan – tetapi itu hanya pada permukaan. Di bahagian bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemimpin kuku besi, dan tiada media yang bebas.”
Dia juga memberitahu The Age dari Australia bahawa pada 1997-98, perampasan oleh IMF/perlindungan nilai dan juga kemusnahan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu “taufan kemusnahan kreatif yang menggoncangkan rasa puas hati masyarakat dan kerajaan di Asia .”
Itulah sebab kenapa agen empayar British ini masih bertahan di Malaysia? Sistem kewangan dunia sedang runtuh, spekulasi yang dibawa oleh hiper inflasi yang tinggi terhadap harga minyak, bahan mentah dan makanan, berada di luar kawalan mana-mana kerajaan tempatan.
Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh bekas Timbalan Mahathir, Abdullah Badawi, pada mulanya tidak mahu mengakui bahawa (ekonomi) Malaysia akan dimusnahkan sekiranya tiada sebarang langkah kecemasan diambil bagi melindungi (ekonomi) daripada kemerosotan yang akan melanda.
Apabila harga minyak dan makanan melambung tinggi, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat disasarkan kepada kerajaan dengan cercaan Anwar yang fasis menghasut kepada populasi yang sedang marah.
Beberapa bulan kemudian, bagaimanapun, kerajaan Abdullah menyedari impak krisis global terhadap negara mereka, dan mengambil langkah- langkah keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, mengorak langkah pertama ke arah program kuasa nuklear yang serius, serta berkoordinasi dengan negara lain Asia Tenggara dalam bekerjasama dengan China dan India untuk projek pembangunan serantau, perlindungan kewangan bersama.
Langkah tersebut adalah perlu, tetapi tidak cukup, untuk berhadapan dengan krisis tersebut tetapi ianya terlalu jelas, apa yang akan berlaku sekiranya British meletakkan budak mereka, Anwar di puncak kuasa.
AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review yang bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia". Artikel asal klik di sini
Kumpulan Muslim Moderat yang berkumpul dalam CSID (Center for Muslim and Democracy), Amerika Syarikat. Dari kiri, Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Saad Eddin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia)
UNTUK EDARAN SEGERA
Kumpulan cendekiawan terkenal dari dwi-partisan (Demokrat dan Republikan) mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan dalam misi pentadbirannya.
Washington – Lebih daripada 80 cendekiawan dan pakar- termasuk aktivis demokrasi Mesir, Saad Eddin Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim – mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan dasar yang konsisten dan boleh dipercayai yang menyokong demokrasi di dunia Muslim dan Arab. Kumpulan tersebut secara rasmi akan mengeluarkan satu surat terbuka kepada presiden tersebut di satu sidang media pada 10 Mac 2009, pada jam 2.30petang di Kelab Media Kebangsaan di Washington.
“Selama berdekad-dekad, Amerika Syarikat dan Eropah telah memanja dan menyokong diktator di dunia Arab, ini telah membawa mala petaka untuk rantau tersebut dan untuk hubungan Amerika – Islam,” kata Radwan Masmoudi, Presiden Center for the Study of Islam and Democracy -CSID (Pusat Kajian Islam dan Demokrasi) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut menyatakan bahawa selama berdekad-dekad Amerika Syarikat telah “menyokong rejim yang menindas di mana secara rutinnya mencabuli hak asasi manusia, dan juga menyeksa dan memenjarakan mereka yang berani mengkritik mereka (rejim)”.
Tandatangan tersebut menyeru pentadbiran Amerika Syarikat untuk melaksanakan sokongan kepada demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan tertinggi dalam dasar luar Presiden Obama, juga di negara-negara yang menjadi sekutu Amerika seperti Mesir, Jordan, dan Arab Saudi.
Pengarang surat tersebut menyeru Amerika Syarikat untuk “menggunakan pertimbangan ekonomi dan diplomatik untuk menekan sekutunya di dalam rantau tersebut apabila mereka gagal untuk memenuhi standard asas hak asasi manusia.”
“Kerana kaitan dengan pentadbiran Bush, terdapat cubaan mereka untuk melarikan diri daripada sebarang perbincangan untuk mempromosikan demokrasi di Timur Tengah,” kata Shadi Hamid, Pengarah Penyelidikan Project on Middle East Democracy (Projek Untuk Demokrasi Timur Tengah) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut memuji usaha awal Presiden Obama dalam bersahabat dengan dunia Muslim dan Arab, tetapi memberikan amaran bahawa Amerika mesti menunjukkan komitmennya kepada perubahan demokratik melalui perubahan dasar yang sebenar.
Surat tersebut menunjukkan sokongan yang kuat merentasi spektrum idealogikal untuk satu komitmen bagi menyokong perubahan yang demokratik di rantau tersebut, dan untuk menyokong penyertaan politik kumpulan Islam moderat.
Antara mereka yang menurunkan tandatangan adalah: Francis Fukuyama dari Johns Hopkins University; Morton Halperin, former director of policy planning at the State Department (bekas pengarah perancangan dasar Jabatan Negara); Jennifer Windsor, executive director of Freedom House (pengarah eksekutif Rumah Kebebasan); Peter Beinart, contributing editor at The New Republic (editor penyumbang The New Republic); John L. Esposito, Professor di Georgetown, dan pakar demokrasi, Larry Diamond dari Stanford University; Matt Yglesias, pengarang dan blogger dan Robert Kagan dari Carnegie Endowment for International Peace (Pusat Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa).
Beberapa penandatangan akan hadir pada sidang media untuk menjawab soalan daripada wartawan tentang cadangan dasar yang terdapat di dalam surat terbuka tersebut, termasuk Saad Eddin Ibrahim, Radwan Masmoudi, Jennifer Windsor, Larry Diamond, Geneive Abdo, dan lain-lain.
AIDC menterjemah kenyataan media CSID, Bi-Partisan Group of Prominent Scholars and Experts Urge President Obama to Make Democracy in the Middle East a Top Priority. Kenyataan asal klik di sini.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya perlu menyimpang sedikit untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden Václav Havel, bukan sahaja untuk undangan ini, tetapi kepada sokongan dan simpatinya selama 6 tahun saya berada di penjara.
Dan terdapat ramai rakan-rakan yang lain daripada Republik Czech. Saya tidak perlu mengulas panjang keadaan tersebut ,juga maksud kebebasan dan kedaulatan undang-undang memandangkan anda semua biasa dengan Kafka. [Kafka atau Franz Kafka adalah seorang ahli falsafah demokrasi berbangsa Yahudi abad ke 20, di Republik Czech]
Tetapi, perkara yang tragik adalah ianya diwar-warkan dengan amat baik di kebanyakan negara, yang akan memandu kita dengan rasa yakin dan ghairah terhadap demokrasi dan kebebasan, khususnya juga di dalam dunia Muslim.
Sekarang, kita bercakap tentang dialog. Saya fikir Ghassan [Ghassan Salamé, bekas Menteri Kebudayaan Lebanon] telah membuat satu perkara yang munasabah.
Ianya bukan persoalan tentang monopoli orang-orang agama, atau negara atau kerajaan kerana selagi anda menunjukkan bahawa ulama Islam, atau lama (sami Buddha di Tibet dan Mongolia) tidak semestinya mewakili suara majoriti Muslim, ramai yang kononnya pemimpin Muslim, juga kononnya pemimpin yang dipilih secara demokratik, tidak semestinya mewakili rasa hati majoriti tersebut.
Jadi, untuk sesuatu dialog menjadi efektif, ianya perlu dilakukan di pelbagai peringkat. ianya perlu dicari daripada pemahaman sebenar dan rasa rendah hati untuk belajar. Kita telah mendengar dari satu sesi dialog ke sesi yang lain, dan apa yang kita hadapi adalah lebih kepada monolog.
Orang ramai menganggap mereka memahami, menghargai dan bertoleransi, tetapi mereka sebenarnya tidak. Jadi, saya fikir, kita mesti menerima tanggapan ini.
Sebagai seorang Muslim, sekarang tinggal di Washington, mengajar di Georgetown, sudah tentu saya perlu melalui kesukaran dalam proses ini, khususnya selepas peristiwa 11 September, secara umumnya masalah dan prejudis terhadap Muslim.
Tetapi masih diberikan pilihan, saya masih seorang yang bebas di Amerika dan bukan di sebuah negara Muslim. Dan ini merupakan satu percanggahan yang Muslim perlu mengetahuinya.
Ini adalah sebab kenapa pada fikiran saya, ketika kita menerima Islamophobia (ketakutan kepada Islam), secara umumnya merupakan prejudis terhadap Islam, saya fikir kita perlu dan mungkin Yang Mulia Putera Hussan boleh mengambil kepimpinan dalam menggalakkan Muslim untuk bertemu dan menyatakan sebarang isu urus tadbir dan tanggungjawab, kerana kegagalan kita berbuat demikian, akan dilihat dan kemudiannya Barat terus menerus takut kepada Islam.
Kenapa kita sebagai Muslim perlu menunggu arahan Washington untuk menyokong agenda ini, sedangkan kita mengetahui dan kita mempunyai sebab secara khusus mempersoalkan sesetengah keputusan dasar luar di Iraq atau isu-isu berkaitan hak milik rakyat Palestin yang dirampas? [Hamas rampas hak demokrasi?]
Tetapi yang paling utama adalah kita mesti mengambil inisiatif. Kerana demokrasi tidak semestinya dibina oleh Barat. Kenapa kita mesti memilih untuk menjadi terlalu bersikap mempertahankan diri dan memaafkan apabila datang keperluan perubahan, keperluan untuk memastikan kita mematuhi kedaulatan undang-undang, serta terdapat satu cubaan serius untuk mengelakkan kebanyakan daripada masyarakat kita daripada rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita kita?
Sekarang, kita perlu, sudah tentu, kesemua jenis dialog yang lebih bermakna dan saya fikir bahawa sejarah adalah satu pengajaran yang amat hebat, di mana kita boleh memilih untuk menggambarkan perkara yang berlebihan ini (rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita), dan Gareth Evans, sudah tentu telah mengenalpasti beberapa cara untuk memahami dan meringkaskan isu tersebut dan saya tidak berniat untuk mencabarnya dalam perkara tersebut, kerana dia mempunyai satu kelebihan - saya berada di dalam penjara selama 6 tahun dan dalam tempoh tersebut apabila dia telah bekerja untuk perkara tersebut, jadi pemahaman saya, sudah tentu, jauh lebih terbatas.
Tetapi kita mempunyai sejarah-sejarah yang hebat. Dalam pengalaman saya yang terbatas, bercakap mengenai idea Jeffersonian atau memetik Tocqueville, ramai Muslim kemudiannya bertanya, "Kenapa saya mesti memilih untuk belajar daripada Barat dan peradaban mereka?"
Saya sentiasa menyatakan bahawa sesebuah peradaban dibina, seperti yang telah dikatakan oleh Ghassan, ia tidak semestinya untuk dijelaskan secara terperinci dengan tidak memasukkan perkara lain. Saya fikir, kita matang kerana kita belajar, menghormati dan memahami.
Dan walau apa pun pandangan atau nilai yang berguna di sini, perlu diambil. Masalah kita adalah apabila berhadapan dan melihat kepada senario antarabangsa dan pendirian terhadap Perang Ke Atas Keganasan – Saya tidak mempunyai sebarang rasa sangsi tentang menggunakan perkataan Perang Ke Atas Keganasan.
Saya fikir, sebagai seorang Muslim, saya perlu menerima hakikat bahawa walaupun terdapat beberapa cubaan untuk memaparkan perkara sebenar tentang keseluruhan isu yang tidak semestinya isu-isu yang terbatas kepada Muslim sahaja.
Ya. Ia tidak semestinya datang daripada masyarakat autoritarian (kuku besi). Ya. Tetapi saya ingin memetik satu contoh di India yang sangat tidak betul, terutamanya di India yang demokratik, anda tidak menghadapi masalah ini. Ia merupakan masalah kebanyakan aktiviti pengganas yang berlegar di sekitar isu yang lebih sensitif, di Kashmir, dan yang tidak boleh digunakan untuk menentang pertikaian bahawa kita perlu lebih keras dalam agenda kita mempromosikan demokrasi.
Masalah keganasan dan membiaknya sarang pengganas kebanyakannya berpunca daripada dasar-dasar yang zalim, ketiadaan ruang demokrasi. Anda memberikan ruang demokrasi – ini tidak semestinya satu jaminan keseluruhan atau jawapan menentang keganasan.
Saya fikir Gareth telah menunjukkan perkara tersebut dengan jelas walaupun ianya lebih rumit. Ia memerlukan kesemua kemungkinan penyelesaian, mekanisme yang perlu diletakkan pada tempatnya, tetapi ianya merupakan pertaruhan yang paling selamat untuk menentang pembiakan sarang pengganas.
Saya datang dari rantau – dari Asia Tenggara – yang tidak mempunyai kehebatan yang sama dengan dunia Arab dan saya menemui banyak kesukaran apabila orang ramai bercakap mengenai Islam, yang ianya terbatas kepada pengalaman dunia Arab.
Kami adalah Muslim, tetapi kami sangat berbilang kaum, berbilang agama. Kebanyakan parti Islam di Malaysia atau Indonesia sentiasa bercakap tentang demokrasi dan sentiasa mengamalkan proses demokratik.
Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pengalaman di sesetengah tempat di dalam dunia Muslim yang lain. Tetapi apa yang kita perlukan adalah usaha yang dipergiatkan dalam membataskan isu keganasan, bukan seperti pengganas Islam atau pejuang Jihad kerana istilah yang digunakan di sini dilihat dari sudut yang berbeza.
Muslim di Malaysia atau Indonesia yang secara umumnya berada dalam keamanan tidak mempunyai sebarang bantahan yang serius terhadap istilah tersebut.
Kami bercakap tentang jihad dalam pendidikan, jihad dalam ekonomi, pembangunan dan juga terdapat satu masalah untuk mentakrifkan semula , membina semula naratif dan istilah yang digunakan, kerana jika tidak, kita akan dipinggirkan serta ditentang oleh orang ramai dalam proses tersebut.
Itulah sebab kenapa saya percaya, untuk memastikan satu pertarungan yang berkesan terhadap keganasan, kita perlu membataskan sahaja kepada sarang pengganas dan bertindak ke atas mereka, dan tidak membiarkan isu atau kawasan baru – ketika menyelesaikan konflik di Aceh, sebagai contoh – tidak membiarkan konflik di Selatan Thailand dan membiarkannya ia menjadi satu perjuangan masyarakat.
Ketika ini, ianya merupakan satu kumpulan penjenayah atau pengganas yang kecil, tetapi anda membenarkan pemimpin berkuku besi atau satu penyelesaian yang tulen kepada masalah tersebut, kemudian anda mengembangkannya menjadi satu perjuangan masyarakat.
Dan sekali ia berlaku, seperti di Iraq, saya tidak percaya anda mampu untuk mengekangnya walaupun dengan kuasa ketenteraan terhebat di muka bumi ini.
Terima kasih.
Latar belakang forum :
Anwar Ibrahim berucap dalam Persidangan Tahunan ke-9 Forum 2000 dengan tema " Our Global Co-Existence: Challenges and Hopes for the 21st Century" pada 9-10 Oktober di Prague, Republik Czech. Ucap utama topik itu diberikan oleh dua orang iaitu : Ghassan Salamé, former Minister of Culture of Lebanon, Professor at Sorbonne University dan Gareth Evans, former Foreign Minister of Australia, President of the International Crisis Group
Manakala Anwar Ibrahim pula salah seorang daripada 8 orang ahli panel yang membahaskan ucap utama daripada penceramah utama di atas. Berada sebaris dengan Anwar sebagai ahli panel adalah dua tokoh Yahudi iaitu Michael Melchior, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Israel dan James Woolsey, bekas Pengarah CIA dan Naib Presiden Booz Allen Hamilton, USA.
Program ini anjuran Forum 2000 Foundation, the Czech Republic dan Nippon Foundation, Japan.
AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim bertajuk "Conflict or Co-Existence? Where do we go?". Ucapan asal klik di sini
NEW HAMPSHIRE, - Para wakil rakyat New Hampshire, Amerika Syarikat, Khamis (26/4) telah mengesahkan undang-undang yang menghalalkan pernikahan kaum homoseksual dan lesbian serta hak-hak mereka. Undang-undang ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.
Oleh yang demikian, New Hampshire merupakan wilayah keempat di AS yang mengesahkan kehidupan kaum homoseksual dan lesbian. Tiga wilayah lainnya adalah New England, Massachusetts dan New Jersey.
Merebaknya undang-udang seperti ini kerana persaingan antara Parti Demokrat dengan Parti Republikan dalam merebut simpati rakyat.
Undang-undang itu telah disahkan setelah pemungutan suara dengan keputusan 14 menyokong dan 10 menolak. Majoriti yang menyokong berasal dari parti Demokrat.
Gabenor New Hamshire, John Lynch, yang juga dari parti Demokrat, sebelum ini sudah menegaskan akan menandatangani rancangan penguatkuasaan pengesahan itu yang dipersetujui oleh para wakil rakyat.
Pada 4 April lalu, rancangan undang-undang ini telah dibentangkan ke Dewan Rakyat.
Pada tahun 1987, Mahkamah Tinggi New Hampshire pernah memutuskan bahawa pernikahan sejenis tidak sah. Tetapi pada tahun 2004, Mahkamah Tinggi Massachusetts dalam kes yang sama memutuskan sebaliknya.
Undang-undang yang memihak kepada kaum homoseksual dan lesbian itu meluas kerana sokongan padu parti Demokrat. Inilah langkah bijak Demokrat dalam memenangi persaingan dengan kelompok Republikan.
Di New England misalnya, sejak 1874, parti Demokrat tidak pernah berjaya bersaing dengan parti Republikan, tetapi sejak Demokrat menyokong usaha persamaan hak bagi kaum homoseksual dan lesbian, parti Demokrat mampu menewaskan Republikan.
Meskipun demikian, kumpulan Republikan masih berharap, perkara ini boleh dihalang di mahkamah.
"Saya berharap supaya lebih cepat datangnya desakan mahkamah sehingga undang-undang ini boleh dibatalkan," ujar Senator Republikan, Bob Letourneau.
Menurutnya, undang-undang ini hanya akan melemahkan undang-undang asas Pernikahan.
Calon Presiden Parti Demokrat, Senator New York, Hillary Clinton, menyokong penuh perluasan undang-undang itu. (AFP/WIN)
AIDC menterjemah artikel kompas.com. Artikel asal klik di sini
Ucapan Anwar Ibrahim, US Islamic World Forum 2005, di Doha, Qatar.
Saya tidak mendakwa saya mempunyai terlalu banyak kepakaran di dalam isu pilihan raya, walaupun saya datang daripada sebuah negara , Malaysia, mereka mengadakan pilihan raya sejak daripada zaman kemerdekaan, tetapi saya tidak terlalu yakin sama ada ianya benar-benar bebas atau adil.
Bekas bos saya yang kedua, Timbalan Perdana Menteri, (Musa Hitam) juga berada di sini. Saya tidak pasti sama ada dia bersetuju dengan saya tentang perkara itu, tetapi sudah tentu ianya merupakan satu perjalanan yang jauh sebelum kami boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
Angin perubahan daripada autokrasi (pemerintahan kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai bahagian dalam dunia Muslim pada ketika ini.
Perang Iraq, walaupun masih dicemari dengan kontroversi, telah menghasilkan pilihan raya demokratik pertama untuk negara tersebut.
Dalam hal ini, saya perlu katakan bahawa, walaupun saya masih menentang perang secara prinsipnya, tetapi saya mesti mengalah bahawa suara kebebasan di Iraq tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan untuk berdiam diri selama berdekad-dekad.
Saya berani katakan sekiranya diberikan separuh peluang, masyarakat Muslim, bukan sahaja di Iraq, tetapi di seluruh dunia, akan merampas peluang tersebut untuk menikmati demokrasi.
Tetapi perkara yang paling penting dalam perbincangan kita adalah sama ada fenomena yang cuma kelihatan seperti pilihan raya bermaksud demokrasi sedang diamalkan atau masih terdapat sesetengah isu asas yang belum lagi diselesaikan.
Saya fikir, ia ketara bahawa yang pertama sekali, pilihan raya mestilah bebas, adil, dan telus. Bebas, seperti bebas daripada campur tangan daripada semua faktor-faktor luaran dalam menentukan proses pilihan raya. Calon, sudah tentu, perlu dipilih dan mereka yang dipilih mestilah pilihan pengundi mereka sendiri.
Dan ini akan termasuk capaian yang adil kepada media yang bebas, debat terbuka, dan pelaksanaan pilihan raya yang mencapai ke tahap penelitian antarabangsa.
Ianya tidak cukup dengan hanya jaminan kebebasan awam di dalam dokumen, yang mewakili cap mohor kemahuan rakyat. Lain-lain institusi asas masyarakat awam mestilah berada di tempatnya.
Oleh yang demikian, pilihan raya mestilah dilihat sebagai proses ke arah kewujudan demokrasi yang bermakna. Di situ mestilah terdapat sebuah badan kehakiman yang bebas di mana akan berfungsi sebagai satu badan yang akan melaksanakan check and balance (periksa dan seimbang) secara berkesan terhadap kuasa eksekutif dan legislatif dalam kerajaan.
Pada dasarnya, badan kehakiman mestilah menjadi benteng kepada kebebasan asas. Melengkapinya, kedudukan pendakwa raya negara perlulah dilindungi oleh jaminan perlembagaan.
Anda dapat lihat, kegemaran saya terhadap kedaulatan undang-undang dan peraturan pendakwa raya mungkin lebih mendalam daripada anda selepas diberikan cuti panjang selama 6 tahun. Tetapi ia sebenarnya lebih pendek.
Apabila saya bertemu Mandela, dua bulan lepas di Johannesburg, dia sudah tentu, amat mengambil berat, amat simpati, dan berasa sedih dengan cara saya dilayan. Tetapi saya memberitahunya bahawa kita mempunyai agenda yang belum selesai, dan agenda saya adalah jalan perjalanan pendek ke arah kebebasan.
Perjalanan yang panjang adalah ke arah demokrasi seperti yang ditentang.
Persoalan bahawa menggalakkan demokrasi dalam dunia Muslim hanya akan mencetuskan ketidakstabilan, secara jelasnya tidak dapat dipertahankan. Sudah terdapat perkembangan yang penting telah dibuat dalam bidang kebebasan awam dan saya lihat dalam perlembagaan baru Qatar, sebagai contoh, dan tanpa sangsi Doha Declaration for Democracy and Reform (Deklarasi Doha untuk Demokrasi dan Perubahan) bergema dengan hebat untuk prospek perubahan politik di rantau ini.
Tetapi saya percaya bahawa demokrasi yang bertenaga memerlukan pembangkang yang bersemangat. Sindrom Kotak Pandora yang ditimbulkan bertentangan untuk menggalakkan demokrasi yang sebenar.
Kebebasan awam yang berakar umbi dalam perlembagaan menjadi kata-kata basi yang palsu apabila suara bertentangan dengan keputusan dibuat yang tidak dibenarkan untuk disuarakan.
Forum ini tidak kena pada waktunya dan saya berdoa ianya (forum) akan membuka jalan kepada penglibatan yang lebih konkrit dan terus. Tiada seorang pun di antara kita daripada dunia Muslim yang secara jujurnya boleh mengatakan bahawa Amerika tidak meninggalkan kesan kepada kita. Sebaliknya, Amerika secara adilnya tidak jujur sekiranya Amerika gagal untuk mengakui kesan yang besar yang telah dilakukan oleh dunia Muslim.
Ia benar bahawa beberapa kejadian baru-baru ini telah meluaskan jurang perbezaan – lebih banyak alasan diberikan daripada mengendahkan seruan untuk penglibatan yang lebih aktif dan dialog. Kenapa kita tidak boleh memberikan tempoh yang lebih kepada ikatan yang menyatukan kita daripada perkara yang memisahkan kita?
Kemudian kenapa kita perlu menumpukan perhatian kepada mereka yang masih memukul gendang perbalahan?
Tetapi Muslim cenderung untuk berbangga dengan diri mereka sendiri dengan menjadi pengikut kepada agama di mana prinsip keadilan, kesamaan, berurusan dengan adil, dan toleransi adalah paling utama.
Saya mendengar perkara yang memualkan ini, di dalam forum di mana semua pemimpin Muslim, sarjana Muslim petah berkata-kata tantang isu-isu ini dengan meyakinkan, di antara idea dan realiti masih berada di dalam bayang-bayang.
Realitinya adalah percanggahan tersebut secara mengejutkan amat ketara, tidakkah benar bahawa pemimpin Muslim di antara pesalah yang hebat dalam ketidakadilan.
Bolehkah secara jujur menafikan bahawa rejim Muslim, sebenarnya, secara terang-terangan merupakan di antara pencabul hak asasi manusia dan bahawa pemimpin mereka mempunyai keunggulan dalam menjadi paling korup dan mempunyai cengkaman yang kuat terhadap kuasa.
Dan apabila berhadapan dengan isu-isu ini, pemimpin sama yang melantik diri sendiri ini tidak menentang dengan memetik bab dan ayat daripada Quran untuk menjustifikasikan kenapa perubahan hanya dibuat secara berperingkat; yang masyarakat Muslim boleh mengambil demokrasi dalam dos yang kecil, dan kebebasan hanya akan membawa keadaan yang huru-hara.
Dan dengan Perang Terhadap Keganasan, ianya sudah tentu ironik dan tragik yang rejim-rejim ini dibenarkan untuk wujud di dalam jalan mereka yang menyeleweng dengan bebas daripada sebarang hukuman.
Izinkan saya untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Dikatakan bahawa punca-punca yang mendasari perkembangan terkini dalam perubahan politik di dalam dunia Muslim boleh ditemui di dalam inisiatif dasar luar yang agresif yang dimulakan oleh Pentadbiran Bush.
Saya tidak akan leka dengan perdebatan mengenai liberal dan neocon. Dan saya fikir selain daripada penglibatan di antara Muslim dan A.S. , perlu ada cadangan di mana kita menganjurkan satu persidangan di Washington tentang penglibatan di antara neocon dan liberal.
Ini adalah dasar yang dilancarkan berikutan kejadian tragik 9/11, satu dasar yang ditandakan sebagai strategi hadapan untuk kebebasan.
Pada fikiran saya, tidak dapat dinafi bahawa usaha pro-perubahan di bawah dasar ini sudah tentu menyumbang secara positif kepada pembangunan sekarang, masih lagi kadangkala retorik akan menjadi lebih meyakinkan daripada realiti.
Untuk sesetengah negara, dasar ini ditandakan dengan apa yang saya boleh perincikan sebagai strategi ambivalen terpilih. (mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap seseorang)
Secara realiti, strategi ambivalen terpilih bermaksud secara konstruktif membantu sesetengah negara untuk bertahan daripada perubahan dengan menggunakan proses sampingan berbanding proses yang lengkap.
Dengan segera, tanpa ragu-ragu, mengikut kesesuaian, dasar ini bermaksud menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan dan lain-lain penganiayaan yang secara nyata menentang strategi hadapan untuk kebebasan.
Sebagai balasan untuk sokongan ini kepada Amerika Syarikat di dalam Perang Ke Atas Keganasan, negara-negara ini dikurniakan status rakan strategik.
Pada fikiran saya, ini adalah satu kes bekerja dari belakang secara bersyarat. Ia adalah kes di mana membenarkan rejim yang menindas untuk bersikap acuh tak acuh kepada hak kekuasaan kerana mereka menegakkan bayang-bayang keganasan yang menakutkan.
Indonesia, negara Muslim paling besar di dunia, jelas kelihatan sebagai perkembangan politik yang paling penting di dalam sejarah demokrasi zaman moden. Malangnya, ini tidak diserlahkan. Kita bermegah-megah dan berbangga kepada diri sendiri terhadap kejayaan pilihan raya di Iraq dan Palestin.
Apabila krisis ekonomi Asia Timur meletus, Indonesia mengalami satu pergolakan sosiopolitik, dan saya dihantar ke penjara. Tetapi Indonesia keluar daripada ribut dan berkembang menjadi sebuah negara baru yang semakin maju. Sebagai ganti kepada penindasan dan pemerintahan diktator, Indonesia sekarang dijamin oleh kebebasan dan demokrasi.
Media di sana bebas, dan keadilan dalam melaksanakan pilihan raya tiada bandingannya. Florida sekarang merupakan wilayah Indonesia.
Perubahan fenomena yang dibawa melalui reformasi perlu menyediakan satu pembelajaran yang bertahan lama terhadap perubahan yang aman daripada autokrasi kepada demokrasi.
Tetapi sekiranya kita pergi lebih kepada retorik, ianya tidak seperti yang diperbesar-besarkan untuk mengatakan bahawa untuk dua abad yang terakhir, dunia Islam telah disilaukan oleh kekayaan, kuasa dan kehandalan teknologi dari Barat.
Di bawah perhambaan penjajahan, negara-negara Muslim mempunyai rasa geram terhadap diri sendiri dan kekurangan yang berakar umbi dan kesudahannya adalah hakisan secara keseluruhan terhadap keyakinan kepada tradisi mereka sendiri.
Berhadapan dengan abad-abad berfikir secara tradisional dan suka berserah kepada perkara yang lepas, Ardonis, Arab kontemporari yang boleh dipertikaikan menafikan asal-usulnya dalam rangkap berikut.
Prinsip saya adalah penolakan dan peta saya merupakan tanah tanpa pencipta.
Ini bermaksud bahawa semberono untuk dunia Muslim membuat anggapan umum bahawa Amerika adalah contoh terbaik sebagai sebuah negara yang rosak akhlaknya seperti Amerika melabelkan dunia Muslim sebagai satu peradaban yang penuh dengan ancaman fundamentalis.
Kita juga mesti belajar untuk melepaskan diri daripada kebimbangan yang dipengaruhi oleh sejarah dan tidak tunduk kepada godaan [tidak dapat didengar] dan [tidak dapat didengar] berteriak di mana sahaja yang mereka akan terbitkan daripada apa sahaja bentuk.
Tuan-tuan dan Puan-puan, cabaran yang berada di hadapan kita sangat besar. Dan saya percaya dialog dan perbincangan sangat penting. Ia tidak akan menyelesaikan perkara tersebut dengan pantas. Tetapi sudah tentu ianya akan menjana banyak tarikan dan bergema di kalangan populasi, khususnya Muslim, di atas anggapan bahawa media di dalam masyarakat dan negara-negara Muslim adalah bebas.
Kita tahu bahawa perang di Iraq menjadi-jadi dengan meningkatnya keganasan. Pengebom berani mati secara berterusan meletupkan diri mereka sendiri, membunuh orang-orang yang tidak berdosa. Hanya tiga minggu yang lepas, negara ini menjadi mangsa kepada perbuatan zalim ini.
Untuk Amerika, kepada ramai Muslim dan dunia Arab, ia masih membawa label kuasa yang angkuh dan komplot Machiavelli. Untuk membuang perkara ini, sebagai satu manifestasi kebencian terhadap kemodenan atau iri hati dengan perkembangan teknologi adalah untuk melepaskan titik tersebut dengan sepenuhnya.
Memang tidak dipertikaikan bahawa mesti terdapat satu perang menentang keganasan. Tetapi perang ketenteraan ini mestilah digolongkan di bawah perang idea. Pada fikiran saya, isu kemodenan dan demokrasi, fundamentalisme dan autokrasi, akan menguasai dan merentasi batas pertarungan.
Ketika Amerika tidak memahami Islam, Muslim juga gagal untuk menggenggam semangat Amerika. Di manakah Muslim de Toquevilles?
Amerika mempunyai pusat untuk kefahaman Kristian dan Muslim yang tidak terkira banyaknya. Bolehkah kita menyatakan perkara yang sama tentang negara Muslim? Kenapa dunia Muslim amat keberatan untuk menghulurkan tangan dan lebih mempelajari tentang agama Kristian dan Yahudi?
Saya percaya bahawa penglibatan yang aktif, melalui dialog yang berterusan, bukan sahaja akan memadamkan perasaan saling prejudis antara kita, melahirkan kejahilan, tetapi juga membantu kita menemui semula martabat universal ini dan persamaan kemanusiaan yang tersembunyi di dalam ketakutan dam kesangsian yang mendalam.
Kegagalan untuk mencari penglibatan yang aktif hanya akan memperkuatkan ramalan tukang tilik terhadap malapetaka yang akan berlaku. Ianya juga merupakan kecuaian yang sewenang-wenangnya terhadap tanggungjawab moral kepada generasi kita pada masa akan datang.
Di dalam kata-kata Robert Penn Warren : “Kita perlu pulang semula tanpa ragu-ragu berjalan mengikut lorong, tetapi ianya akan mengambil masa yang lama bermula sekarang. Dan tidak lama lagi kita akan keluar daripada rumah dan pergi ke dalam sawan dunia, keluar daripada sejarah, ke dalam sejarah, dan tanggungjawab masa yang teruk.”
Terima kasih.
AIDC menterjemah Anwar Ibrahim Speech In US Islamic World Forum 2005, Brookings Institution. 2005. Artikel asal klik di sini