AIDC BLOG: 2009-03-29

Sunday, March 29, 2009

Video NED: Anwar Ibrahim pro-Israel?




Oleh: AIDC

Ini komen penyokong PKR, rosyam123, selepas menonton video NED bertajuk ”Demokrasi – Anwar, Hamas & Hezbollah” dalam channel anwaribrahimdotcom : Video seperti di atas. Melihat komen : klik di sini.

bodoh ko ni.. anwar jawab dh betul.. tp ko yg putar belit kenyataan dia.. dia ckp segala rundingan bukan melalui aktiviti ketenteraan dan keganasan.. polisi tersebut juga jelas ditujukan kpd israel dan amerika (2:31) [hujah pertama]

(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..[hujah kedua]



Putar belit kenyataan Anwar ?

Hujah pertama rosyam123 itu berdasarkan percakapan Anwar pada minit 2:31.”Tetapi ini juga berkaitan dengan sikap, kedudukan dan polisi Israel untuk mempertimbangkan perjanjian yang anda [siapa anda ? Gerson Baskin ?] telah menyebutnya dengan amat jelas. Dan saya amat menghargainya"

Jadi Rosyam123 membuat kesimpulan bahawa jawapan Anwar sudah benar iaitu Anwar menggesa diadakan ’rundingan’ bukan melalui ketenteraan yang ditujukan kepada Israel dan Amerika Syarikat.

Tetapi benarkan kesimpulan itu ? Benarkah Anwar mengecam Israel dan Amerika seperti yang didakwa oleh penyokong PKR itu ?

Sekarang kita kaji semula ucapan Anwar satu persatu.

Minit 1:33. Kata Anwar : ”apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi mereka [Hezbollah dan Hamas] harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan. [maksudnya Anwar menuduh Hezbollah dan Hamas ganas kerana memiliki aktiviti ketenteraan ?]”

Dipertegas ucapan Anwar minit 1:53. Kata Anwar, "Saya tidak percaya... ia [demokrasi] tidak akan berkesan jika kedua-dua cara [pilihanraya/demokrasi dan ketenteraan/keganasan ?] cuba dilaksanakan pada masa yang sama”

Minit 2:01. Kata Anwar "pendirian saya mengenai keganasan ialah sesuatu yang tidak boleh dirunding” [Maksudnya Anwar menentang keganasan. Sebelum ini Anwar kaitkan keganasan dengan Hamas/Hezbollah]

Ini diperkukuhkan lagi dengan ucapan Anwar dalam minit 2:07. Kata Anwar ” Jadi saya..amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan” [maksudnya kalau Hamas/Hezbollah mahu diiktiraf oleh Anwar sebagai memenuhi syarat demokrasi, Hamas/Hezbollah mesti terlebih dahulu menghapuskan aktiviti ketenteraan mereka]

Jadi kalau dicantum kesemua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya kesimpulan Anwar adalah memperburuk-buruk Hamas dan Hezbollah dengan mengatakan mereka tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Tidak ada satupun dalam ucapan di atas Anwar mengkritik dan memburuk-buruk Israel dan Amerika Syarikat yang mempunyai senjata dan kententeraan jauh lebih besar daripada Hamas/Hezbolah.

Kenapa Anwar tidak menuduh Israel sebagai ganas kerana memiliki ketenteraan serta senjata yang jauh lebih canggih daripada Hamas/Hezbollah ?

Kenapa pula Anwar menuduh Hamas/Hezbollah tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata, sedangkan mereka memiliki senjata dan ketenteraan untuk membela diri daripada serangan Israel.

Adakah taktik Anwar menggesa Hamas/Hezbollah menghapuskan senjata dan ketenteraan mereka, kononnya atas alasan demokrasi dan selepas itu, Hamas/Hezbollah akan mati katak dengan serangan Israel ketika mereka (Hamas/Hezbollah) sudah tidak memiliki senjata ?


Konflik Israel – Arab : Apa resolusi Anwar ?

Hujah kedua rosyam123 : ”(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..”

Hujah rosyam123 ini berasaskan ucapan Anwar pada minit 2:57.

Kata Anwar "Jadi saya fikir kedua-duanya harus dilaksanakan. [Langkah pertama] Dan ketika dunia Islam mesti lebih bertegas dan mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan, [yang dimiliki oleh Hamas/Hezbollah ?] [Langkah kedua] tetapi pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa termasuk US harus memastikan bahawa terdapat penyelesaian yang disenangi bagi konflik Arab-Israel yang saya lihat memberikan harapan yang cerah pada masa sekarang berbanding dengan masa lalu”

Berdasarkan hujah di atas, yang jelas Anwar tidak menggesa Israel mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Arab, sebaliknya Anwar meletakkan harapan kepada masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika Syarikat.

Anwar telah mengemukakan dua langkah yang dianggapnya boleh menyelesaikan konflik Israel-Arab. Pertama Anwar mengesa dunia Islam lebih bertegas mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan. Kedua Anwar meletakkan pergantungan kepada masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat mencari kaedah terbaik ke arah penyelesaian konflik itu.

Persoalannya pihak manakah yang didakwa Anwar mempunyai aktiviti ketenteraan dan keganasan yang digesa dunia Islam bertegas itu ?

Dari awal lagi, Anwar telah bersetuju dengan soalan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam meskipun soalan itu bersikap prejudis melampau ke atas Hamas/Hezbollah.

Anwar tidak pernah membetulkan persepsi yang salah yang dikemukakan oleh Baskin berkenaan Hamas/Hezbollah, walhal jika Anwar benar-benar pro Hamas/Hezbollah, sepatutnya ketika inilah beliau gunakan kesempatan mempertahankannya.

Sebaliknya Anwar berkata dengan nada pujian dan sentimen' "sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib [Gershon Baskin] dari Israel..” ...”saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama....”

Berkongsi sentimen apa yang dianggap sama itu ? Berkongsi dengan siapa ? Adakah Anwar berkongsi sentimen dengan Gershon Baskin yang dianggap kawan baik dari Israel ?

Jadi boleh disimpulkan kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Anwar dalam menyelesaikan krisis Arab/Israel jika dibaca secara teliti, semuanya menekan dunia Islam.

Pertama, Anwar menyarankan dunia Islam mesti kutuk keganasan yang kononnya dibuat oleh dunia Islam dan kedua Anwar melantik Amerika Syarikat sebagai hakim untuk selesai krisis Arab/Israel.

Dalam cadangan itu, Anwar telah meletakkan kedudukan Israel dalam jalan paling selamat, apabila meletakkan kedudukan Amerika Syarikat pada kedudukan paling tinggi, iaitu sebagai hakim.

Gershon Baskin adalah seorang aktivis Israel yang terlibat secara aktif di lapangan mengkaji Hamas/Hezbollah melalui NGO yang dipengerusinya [Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine] dan dia mempunyai sentimen prejudis terhadap Hamas/Hezbollah yang didakwanya tidak demokratik kerana terlibat dalam aktiviti ketenteraan.

Sebab itu dalam soalan kepada Anwar, Baskin sudah menghukum Hamas/Hezbollah sebagai pihak yang tidak layak diiktiraf memenuhi ciri demokrasi.

Kata Baskin ”apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan.

Soalan Baskin itu ibarat bola tanggung, memperlekehkan Hamas/Hezbollah sebagai tidak demokrasi kerana tetapi tidak pernah mempertikaikan ketidakdemokrasian Israel yang juga mempunyai senjata.

Apa jawapan Anwar terhadap soalan prejudis warga Israel itu ?

Dalam memberi jawapan, Anwar tidak pernah anggap soalan itu prejudis, sebaliknya berkongsi sentimen yang sama seperti yang diluahkan oleh Baskin.

Semua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya senada dengan kesimpulan awal yang telah dibuat oleh Baskin iaitu menuduh Hamas/Hezbollah bersifat ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Dan sebagai jalan penyelesaian yang paling ideal, Anwar mengantungkan sepenuh harapannya kepada Amerika Syarikat.

Kebergantungan sepenuhnya kepada kuasa Amerika Syarikat pun sudah menunjukkan sokongan jelas pihak mana sebenarnya yang disokong Anwar..

Bagaimana sikap Amerika terhadap konflik Israel-Arab dari zaman Presiden Bush (Republikan) ataupun Presiden Obama (Demokrat) ?

Adakah Amerika lebih pro Hamas/Hizbollah atau pro Israel ?

Annapolis Summit 2007 : Ehud Olmet (Presiden Israel), Presiden Bush dan Mahmoud Abbas (Presiden Palestin)

Ketika Bush menjadi Presiden Amerika, dia mengusahakan kononnya satu rundingan damai antara Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dengan Presiden Palestin (Mahmoud Abbas) yang dinamakan Annapolis Summit 2007.

Anwar Ibrahim salah seorang yang terlibat dalam menandatangani deklarasi menyokong Annapolis Summit. klik di sini dan di sini

Namun Annapolis Summit menemui kegagalan apabila majoriti umat Islam di Palestin yang diwakili Hamas menolak 'rundingan' itu yang dianggap menguntungkan Israel dan hanya mahukan status sebagai sebuah Negara Israel Sah. Klik di sini

Iran dan Syria menolak Annapolis Summit kerana mengetahui muslihat Amerika berunding dengan kumpulan minoriti Muslim di Palestin (Mahmoud Abbas) dari kelompok Fatah yang bertujuan menjadikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Semasa era Presiden Obama pula, dari awal lagi dia menyatakan pendirian menyokong Israel semasa kempennya di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee).

Malah Presiden Obama berpeluk tubuh serta mengunci mulut melihat dengan matanya sendiri bagaimana kejamnya rejim Israel membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Semenanjung Gazza.

Namun begitu, Presiden Obama memberi sedikit 'gula-gula' kepada dunia Muslim dengan melantik George Mitchell yang memang pro Israel sebagai utusan penyelesaian krisis Arab-Israel.

George Mitchell (kiri), utusan Obama berjumpa dengan Shimon Perez, orang yang paling berkuasa di Israel


Anwar Ibrahim, semasa berucap di Doha, Qatar baru-baru ini, selain pujian melambung kepada Presiden Obama, juga dalam masa sama turut memuji pelantikan George Mitchell itu. Klik di sini dan di sini


Siapa Gershon Baskin dan kaitan dengan Anwar ?

Gershon Baskin adalah CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI).

Dia adalah warganegara Israel dan ketika menulis di Jerusalem Post dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai “neo-Zionist” klik di sini

Misi utama IPCRI adalah untuk mewujudkan 'two states solution’ (resolusi dua negara) seperti mana yang pernah diusahakan oleh Presiden Bush melalui Annapolis Summit 2007.Klik di sini

Baskin pada 6 Januari 2006 telah menulis artikel khusus tentang Anwar Ibrahim dalam Israel Insider. Klik di sini.

Dalam tulisan itu, dia mengakui pernah berjumpa dua kali dengan Anwar Ibrahim pada 2005 bertanyakan kedudukan Hamas dalam konteks demokrasi.

Tulis Baskin, "Anwar Ibrahim, the former Vice President of Malaysia was jailed and tortured by the Malaysian regime for fighting for democracy and human rights. Anwar Ibrahim is a religious Muslim and an expert on Islam and democracy. I had the pleasure of meeting Anwar twice during November 2005 and spending some time with him. I asked Anwar Ibrahim what should the Palestinian Authority do with Hamas and should Hamas be allowed to participate in the coming elections. Anwar Ibrahim was decisive and more than explicit -- he said that a pre-condition for any party to participate in democratic elections must be to disarm. Armed militia or parties should not be allowed to participate in a democratic process because it makes a mockery of democracy and the notion of freedom"

Terjemahan : "Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden (?) Malaysia yang dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana telah berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi. Saya telah berkesempatan berjumpa dengannya sebanyak dua kali pada November 2005. Saya bertanya kepada Anwar apa yang perlu Pihak Berkuasa Palestin (PA) lakukan dengan Hamas dan bolehkah Hamas dibenarkan menyertai pilihan raya pada masa akan datang. Anwar dengan tegas dan lebih berterus-terang – berkata bahawa prasyarat untuk mana - mana parti menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata. Parti dan kumpulan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai proses demokratik (pilihanraya) kerana mencemar demokrasi dan konsep kebebasan"

Jawapan Anwar ini menyebabkan Baskin membuat kesimpulan bahawa Anwarlah manusia yang paling baik di dunia yang sesuai berunding dengan Presiden Israel (ketika itu Ariel Sharon)untuk menyelesai krisis Arab/Israel.

Tulis Baskin, "Sharon would have liked that answer and would have agreed 100% with Anwar Ibrahim, who if he was a Palestinian could have been a partner for negotiations in Sharon's view"[Presiden Israel, Ariel Sharon sudah tentu akan gembira dan bersetuju seratus peratus dengan jawapan Anwar Ibrahim itu, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, dia mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan Sharon]

Kemudian disusuli dengan artikel kedua pada 27 Januari 2006. Sekali lagi Baskin memuji Anwar dalam The Jerusalem Times (Klik di sini)

Tulis Baskin; "Former Deputy Prime Minister of Malaysia, democracy activists and religious Muslim Dr. Anwar Ibrahim told me that in his opinion no party that supports terrorism, does not respect human rights, is armed and uses its arms should be allowed to participate in democratic elections. I asked him how it is possible to prevent groups such as Hizballah and Hamas from participating in democratic elections. He said to me that democracies must be allowed to protect themselves through the rule of law and that the rule of law cannot allow those who threaten democracy to exploit its openness to further its own non-democratic goals and agenda. He said that the Palestinian Authority has a law which prohibits non-PA security personnel from holding arms. He said that the PA must enforce its own law. If the PA wants to hold elections, it must ensure that all of those parties participating in the elections abide by the law; otherwise there is no legitimacy to the Authority and to the rule of law"

Terjemahan : "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aktivis demokrasi dan Muslim yang warak, Dr. Anwar Ibrahim memberitahu saya, pada pandangannya tiada parti yang menyokong keganasan, tidak menghormati hak asasi manusia dan menggunakan senjata boleh dibenarkan untuk menyertai pilihan raya. Saya bertanyakan kepadanya bagaimana untuk menghalang kumpulan seperti Hezbollah dan HAMAS daripada menyertai pilihan raya yang demokratik. Anwar berkata, demokrasi mesti dibenarkan untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan kedaulatan undang-undang tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja yang mengancam demokrasi untuk mengeksploitasi keterbukaannya serta meneruskan agendanya dengan matlamat yang tidak demokratik. Anwar berkata Pihak Berkuasa Palestin (PA), (diketuai Abbas) mempunyai kuasa undang-undang menghalang anggota keselamatan bukan PA (HAMAS) daripada memegang senjata. Anwar juga berkata PA perlu menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Sekiranya PA mahu menganjurkan pilihan raya, mereka mesti memastikan kesemua parti yang menyertai pilihan raya mematuhi undang-undang tersebut; jika tidak, tiada kewajaran untuk PA dan kedaulatan undang-undang"

Jawapan di atas sekali lagi menyebabkan Baskin teruja. Kali ini dia memuji kepimpinan Anwar Ibrahim paling terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Presiden Bush.

Puji Baskin: "This is not President Bush speaking – it is one of the leading personalities in one of the largest Muslim countries in the world" [Ini bukan percakapan Presiden Bush - ini adalah percakapan salah seorang tokoh (Anwar Ibrahim) yang menjadi teladan dalam salah sebuah negara Muslim terbesar di dunia.]

Dalam perenggan pertama tulisan Baskin bertajuk "This week in Israel….. Behind the news with Gershon Baskin" dia dengan keras mengkritik Presiden Bush yang digambarkan seperti wajah 'anak anjing'

Begitulah gambaran kemarahan Baskin seorang warga Israel kepada Presiden Bush apabila Presiden Amerika itu mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin.

Tulis Baskin kepada Bush, "Democracy prevailed and the Hamas won a huge victory. President Bush, with his puppy dog face, applauded the wonders of democracy and the competition of ideas. Most Israeli politicians wondered if Bush would have allowed Al Qaeda to participate in democratic elections in Washington and if a party associated with Al Qaeda did participate would Bush applaud the competition of ideas being presented to the American people"

Terjemahan : "Demokrasi mengatasi dan HAMAS memperoleh kemenangan besar. Presiden Bush, dengan wajah anak anjingnya, memuji keajaiban demokrasi dan persaingan idea. Kebanyakan ahli politik Israel tertanya-tanya sama ada Bush telah membenarkan Al Qaeda untuk menyertai pilihan raya yang demokratik di Washington dan sekiranya sebuah parti yang bersekutu dengan Al Qaeda telah menyertai pilihanraya (di Amerika) adakah Bush akan memuji sebagai persaingan idea untuk dipersembahkan kepada rakyat Amerika"


Kesimpulan

Video di atas adalah salah satu segmen daripada sesi soal jawab Anwar Ibrahim bersama Gershon Baskin (Yahudi) dalam program anjuran NED (National Endowment for Democracy), di New York pada 1 Disember 2005.

Peserta yang hadir dalam program ucap utama Anwar itu kebanyakannya pemikir-pemikir pentadbiran Bush yang berusaha mencari jalan untuk menembusi dunia Islam melalui flatform demokrasi.

Anwar Ibrahim sebagai ucap utama bertajuk "Masa Depan Demokrasi Muslim". Semasa Anwar berucap dan sesi soal jawab, Carl Gershman (Yahudi), Pengerusi NED bertanggungjawab sebagai pengerusi majlis.

Faisal Tehrani, seorang penulis muda yang berbakat besar menulis di blognya bertajuk "Harapan Baharu" mempersoalkan status Anwar Ibrahim menjadi penceramah dan sering berunding dengan Amerika Syarikat.

Apa status Anwar ? Dia bukan Perdana Menteri Malaysia, bukan Menteri Luar Malaysia tetapi berunding/berceramah hanya berstatuskan 'mantan'. Apa rasionalnya ? Klik di sini

Benar. Sepatutnya kalau sekadar berstatuskan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tidak wajar diadakan perundingan dengan pihak luar, apatah lagi masih ada lagi yang berstatus mantan TPM Malaysia dan mantan PM Malaysia.

Kenapa hanya 'mantan' TPM bernama Anwar Ibrahim yang paling diminati Amerika Syarikat?

Sebenarnya Anwar Ibrahim sering berunding dengan pihak luar dan menjadi penceramah di luar negara bukan semata-mata bersandarkan 'status TPM' sebaliknya beliau telah dilantik oleh Jabatan Negara Amerika sebagai Konsultan bagi dunia Islam dan panel pemikir NED, sebuah yayasan Amerika yang bertujuan untuk menyemai racun liberalisme ke dunia Islam.

Maknanya status 'mantan TPM' sekadar topeng untuk melindungi status sebenar yang telah dianugerahi oleh Amerika Syarikat kepadanya.


Anwar Ibrahim bergambar bersama-sama kakitangan NED


Malah tidak keterlaluan jika dikatakan pujian Gershon Baskin yang berbangsa Yahudi ke atas Anwar Ibrahim itu bukanlah satu perkara baru.

Bahkan lebih ramai lagi tokoh berbangsa Yahudi sebelum ini pernah memuji Anwar : Paul Wolfowitz, Al Gore, Madeline Albright, Carl Gershman, Wiliam Cohen, Andrew S. Natsios, Lorne Craner, Kenneth Wollack.

Beberapa nama yang sempat dicatat, mungkin lebih ramai daripada itu..

Kalau Yahudi tidak percayakan Anwar, kenapa Paul Wolfowitz lantik Anwar menjadi konsultan di Bank Dunia dan pensyarah pelawat di John Hopkins University.

Begitu juga dengan Carl Gershman, dia turut mempercayai Anwar dan melantiknya menjadi panel pemikir di NED.

Bermakna kebanyakan tokoh Yahudi tidak mencurigai Anwar dan amat mempercayainya.

Mungkin mereka (Yahudi) lebih mengenali siapa Anwar daripada masyarakat Islam mengenalinya..




AIDC
28 Mac 2009


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

2. Fail Khas dari Jabatan Negara Amerika : Amerika perlu bantu Anwar Ibrahim 'hero' demokrasi

3. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

4. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

5. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

6. AIDC Fotopages : Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

7. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?

8. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

9. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

10. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar, Judi dan Nalla



Oleh Yahaya Ismail

Alkisah mengenai Anwar dan perjudian ini banyak tidak disedari oleh ahli-ahli UMNO dan masyarakat Melayu amnya. Mereka terpukau dan ternganga bila mendengar pidato Anwar tanpa menilai dan mengkaji dengan mendalam watak dan kepimpinan anak kelahiran Ceruk Tok Kun ini.


Mereka menganggap segala yang keluar dari mulut Anwar sebagai pancaran nawaitunya yang betul, seorang yang dianggap warak, berilmu dan berpegang teguh pada tali Allah. Ini topeng yang dipakai Anwar bila berhadapan dengan khalayak ramai baik dalam seminar belia, seminar sastera, mahasiswa, golongan agama dan sebagainya.

Para penyokongnya dalam ABIM dan universiti, media yang pernah dikuasai oleh orang pilihannya di masa lalu dan IKD (Institut Kajian Dasar) pimpinan kroninya, Kamaruddin Jaafar, turut melonjak naik imej Anwar sebagai tokoh agama yang super warak, beriman dan bersih lagi bersih (lebih bersih dari feb) dari apa jenis korupsi penyelewengan dan maksiat. Tapi masih belum sampai ke taraf wali dan para ambia.

Para juak-juaknya memang berjaya memprojeksikan Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang super bagus, super alim dan jauh dari perbuatan maksiat. Anwar tidak berdisko, minum arak, berjudi dan melakukan berbagai maksiat yang lain seperti setengah pemimpin UMNO. Ini imej manusia yang tidak melakukan kemungkaran tetapi hidupmatinya bersama Islam, prihatin terhadap manusia miskin dan menderita yang bersifat penyayang hingga ke akar umbi.

Lebih-lebih lagi dia bijak mengambil hati orang ramai melalui keramahannya dengan bibir yang sentiasa tersenyum dan kepala mengangguk-angguk seperti unta kenyang bila berhadapan dengan orang ramai sebagai tanda kemesraan. Cara begini memukau orang ramai apa lagi dengan pidatonya yang boleh mengkhayalkan mereka yang suka pada hiburan jenis itu.

Mahathir juga dalam sidang akhbarnya pada 23hb September 1998 berkata dia juga terpukau dengan kehebatan Anwar yang memancarkan imej sebagai pemimpin berjiwa Islam, warak dan berakhlak mulia. Beberapa tahun yang lalu dia diberitahu oleh Tun Haniff, bekas ketua polis negara tentang selera seks Anwar yang sukakan lelaki namun Mahathir menolaknya sebagai helah hendak mencemarkan imej bakal penggantinya. Setahun yang lalu datang lagi berbagai cerita mengenai homoseksualiti Anwar namun Mahathir masih juga tidak percaya dengan cerita-cerita itu.

Mahathir masih juga tidak percaya dengan cerita-cerita itu. Dia masih menganggap Anwar bersih dari perbuatan selera kaum Luth tersebut. Akhirnya dia sendiri menyiasat perkara itu setelah bertalu-talu datangnya kisah-kisah asmaradana Anwar yang memeranjatkan. Dia menemui mereka yang terlibat dalam homoseks dengan Anwar, driver yang membawa Anwar dan wanita ke tempat asmaradana dan juga wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan bekas timbalan perdana menteri untuk meyakinkan dirinya bahawa apa yang diberitahu kepadanya adalah benar dan bukan fitnah.

Menurut Mahathir mereka yang terlibat dalam perkara ini, baik sebagai mangsa ataupun saksi, datang dengan kerelaan mereka sendiri dan tidak dipaksa oleh polis atau pun pihak-pihak lain. Dia yakin dan benar-benar yakin bahawa Anwar melakukan liwat dan dia juga terlibat dalam hubungan sulit dengan wanita-wanita lain. Lalu Mahathir membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak layak memimpin parti dan kerajaan oleh kerana moralnya yang rendah dan memalukan.

Sebagai pemimpin besar dan terkenal Anwar tentulah tidak mencari teman-teman seksnya di Chow Kit atau di lorong-lorong gelap. Dia ada kelas. Dia juga tahu memilih pasangan yang paling mengghairahkan baginya, Sukma, adik angkatnya sejak berumur 14 tahun terus “diangkatnya” hingga ke bulan April tahun ini. Seorang lagi yang telah pun dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman ialah Dr Munawar Ahmad Annies berusia 51 tahun juga membuka selera seksual Anwar. Dengar kata ada lagi mangsa-mangsa homoseksual yang masih belum dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan lebih banyak lagi kisah-kisah yang menggerunkan akan terdedah kepada umum. Tunggulah perbicaraan di Mahkamah Tinggi tak lama lagi.

Datuk S. Nallakarupan dikatakan menjadi bapa ayam yang membekalkan Anwar dengan wanita dan juga lelaki. Malah dia sanggup menjadi driver untuk membawa perempuan dan Anwar ke Tivoli Villa, Bangsar untuk adegan asmara. Kata Anwar, Nalla rakan main tenisnya sekali-sekala. Tak lebih dari itu. Tapi ada orang berkata Nalla sahabat karib Anwar. Nalla dikatakan boleh menemui Anwar di pejabatnya tanpa membuat temujanji terlebih dulu. Malah dikatakan Nalla sering ke rumah Anwar dan boleh duduk dapur berborak dengan Anwar dan Wan Azizah.

Kalau Nalla sanggup membawa Shamsidar dalam Dimlernya bersama Anwar. Menurut warkah Ummi Hafilda kepada perdana menteri, bermakna Nalla bukanlah pasangan mainan tenis sekali sekala tetapi lebih dekat seperti isi dengan kuku. Dari berbagai sumber diperolehi maklumat bahawa Nalla ini seorang bapa ayam yang banyak menabur baktinya kepada berbagai orang termasuk Anwar yang kononnya seorang pejuang Islam nombor wahid.

Dalam afidavit yang dikemukakan ke Mahkamah Tinggi antara pertuduhan terhadap Nalla yang dibuat oleh Timbalan Pengarah CID, SAC Musa Hassan, hasil dari siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM dinyatakan terdapat tujuh orang saksi yang memberi kenyataan bertulis mengenai hubungan Nalla dan Anwar.


Antaranya :-

1. Seorang saksi lelaki mengatakan dia diliwat sebanyak 15 kali oleh Anwar yang dilakukan di berbagai tempat termasuk di Tivoli Villa, Bangsar, yang dimiliki oleh syarikat yang mana Nalla seorang pengarah dan mempunyai kemudahan untuk memasuki apartment tersebut.

2. Seorang saksi lagi berkata dia mengesyaki kakak iparnya mempunyai hubungan sulit dengan Anwar dan ini berlaku di Tivoli Villa kepunyaan syarikat yang mana Nalla mempunyai kemudahan.

3. Bekas driver peribadi Nalla berkata dia juga pernah membawa Nalla dan Anwar ke tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan khidmat pelacur. Driver itu juga berkata dia pernah diminta Nalla mencari pelacur-pelacur berbangsa Cina, Mexican, Serani dan lain-lain bangsa untuk tujuan seks. Ada sekali membawa Nalla, seorang perempuan dan Anwar yang memakai rambut palsu (wig) dalam sebuah motokar sewaktu keluar dari Tivoli Villa.

4. Seorang saksi yang menjadi bapak ayam berkata dia pernah membekal wanita untuk tujuan pelacuran kepada Nalla setelah Nalla menghubunginya. Dia juga berkata pernah membekalkan pelacur kepada Nalla beberapa kali.

5. Seorang saksi wanita berkata Nalla pernah memperkenalkan dengan Anwar sewaktu dalam motokar. Ketiga-tiga mereka pergi ke Tivoli Villa. Saksi itu berkata dia diganggu dalam bilik oleh Anwar yang meminta mengadakan hubungan seks dengannya. Tetapi dia menolak. Pada masa peristiwa itu berlaku Nalla ada di apartmen tersebut.

6. Seorang saksi wanita yang lain berkata dia pernah dibawa ke sebuah banglo oleh Nalla dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi itu berkata dia disuruh masuk ke dalam sebuah bilik dan lepas itu Anwar mengikutinya dari belakang. Anwar cium dia, tindih badannya dan memeluknya. Bagaimana pun dia tidak menyerah kepada kemahuan Anwar untuk mengadakan hubungan seks. Sebaliknya dia berbohong mengatakan dia datang bulan untuk menyelamatkan dirinya.

7. Seorang lagi saksi yang bekerja dengan sebuah syarikat di mana Nalla adalah seorang pengarahnya, berkata dia dibawa ke sebuah apartmen di Tivoli Villa dengan sebuah motokar yang dipandu Nalla. Dalam apartmen itu dia terkejut bila diperkenalkan kepada Anwar. Mereka melakukan persetubuhan, dan selepas itu, kata saksi mereka membincangkan hal politik tanahair.

Nalla memberi kepada saksi RM350.00

Setelah terbongkar cerita hubungan sulit Anwar dengan isteri orang yang didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam warkahnya kepada PM pada bulan Ogos 1997 dikatakan kegiatan maksiat ini berpindah ke apartmen di Impiana Court, Ampang dan diteruskan lagi.

Juga dikatakan seorang tokoh korporat juga telah membuat laporan polis mendakwa Anwar cuba menggoda isterinya bersama rombongan Anwar ke Washington. Mengenai godaan isteri tokoh korporat itu dikatakan terdapat kaset yang disebar secara meluas oleh pihak-pihak tertentu yang merakamkan suara Anwar sedang menggoda isteri tokoh korporat tersebut.

Siapa Nalla sebenarnya? Apakah dia seorang bekas mandur estet? Apakah dia seorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes dan politik? Dia katakan kelahiran India dan dibesarkan di Malaysia. Bapanya seorang pengusaha todi di Sepang dan persekolahannya cuma sampai ke tingkatan tiga. Lepas itu dia bekerja sebagai agen insuran MCIS. Di sinilah dia berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mendapat hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin MIC.

Masuk MIC dan berkenalan dengan pemimpin-pemimpin MIC dari Samy Vellu dan lain-lain. Dikatakan juga Nalla berkenalan baik dengan Vijendra yang terlibat dalam video lucah hingga menjejaskan kerjaya politik bekas ketua pemuda MIC tersebut. Ada kalangan MIC yang tidak senang dengan tingkah laku Nalla dan selepas peristiwa Vijandren dengan video lucahnya maka Nalla memberi selamat tinggal pada MIC dan berayoyo pula dengan pemimpin IPF (Indian Progresive Front) Panithan, yang pada waktu itu, berteduh di bawah payung Semangat 46.

Barangkali takut Panithan mempengaruhi ahli-ahli MIC untuk berjuang dalam IPF Samy Vellu dikatakan memujuk Nalla kembali di bawah ketiaknya. Nalla yang oportunis tidak tunggu-tunggu lagi untuk merebut peluang yang ditawarkan pemimpin MIC. Dikatakan MIC mempunyai saham yang agak besar dalam Magnum, syarikat judi empat ekor. Lalu Nalla dilantik sebagai pengarah eksekutif di bidang perhubungan awam korporat. Hubungannya yang baik di bidang politik dan korporat memungkinkan Nalla menambahkan kekayaannya.

Dikatakan Nalla juga berminat di bidang perfileman dan dia telah menubuhkan sebuah syarikat perfileman di India. Sebuah filem Tamil yang bernama “Kekasih Muda” telah dihasilkan pada tahun 1996. Filem ini dihasilkan oleh syarikat usahasama antara Vijaya Nalla Combines dengan seorang tokoh pengarah Tamil yang terkenal iaitu T. Rajender, yang juga seorang tokoh politik India. Dia juga dikatakan sering membawa bintang-bintang filem India yang cantik dan menggiurkan ke Malaysia untuk memperkenalkan bintang-bintang filem itu kepada orang ramai dan orang-orang tertentu.

Nalla juga dikatakan terlibat dalam penerbitan akhbar harian Tamil, Thina Murasu yang diterbitkan pada tahun 1995. Pada tahun 90 an dia menjadi lembaga pengarah berbagai syarikat yang ada hubungan dengan seorang taikun Cina, Datuk T. K Lim. Antara syarikatnya ialah Kamunting Corporation Bhd (pengusaha jalan tol di Jalan Kuching), syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd dan Malaysian Plantation Bhd. Nalla juga dikatakan mempunyai saham individu yang terbesar dalam syarikat Chongai Corporation Bhd.

Soalnya mengapakah Anwar terlalu rapat dengan Nalla yang menjadi pengarah eksekutif Magnum, syarikat perjudian terkenal di tanahair? Apakah kelebihan Nalla dari Samy Vellu atau pun orang-orang India yang lain? Mengapakah Anwar sering membawa Nalla dalam berbagai rombongannya ke luar negara? Apakah Anwar juga membantu memperkenalkan perjudian di Malaysia kepada para pelabur asing? Apakah dia mempunyai syarikat perkongsian bersama dalam bisnes tertentu? Atau mereka mempunyai ikatan batin dalam bidang tertentu yang tidak boleh dikongsikan dengan orang lain?

Sebagai seorang pengarah eksekutif di bidang hubungan korporat Magnum adalah menjadi tugas Nalla untuk mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan tokoh-tokoh politik Melayu khasnya untuk menjaga kepentingan bisnes perjudian itu. Anwar dianggap mereka sebagai seorang tokoh berjiwa Islam yang bakal menjadi perdana menteri kelak. Demi menjaga masa depan perjudian di Malaysia Nalla dipertanggungjawabkan untuk mempastikan kepentingan Magnum tidak terjejas sekiranya Anwar menjadi bakal perdana menteri kelak.


Anwar nampaknya tidak mengambil kisah mengenai persahabatannya dengan tokoh-tokoh perjudian. Malah dia sanggup menerima derma dari tauke judi. Sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda UMNO Anwar telah menerima derma sumbangan dari tauke judi Lim Goh Tong dari Genting Berhad bernilai RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda UMNO. Dalam pilihan raya tahun 1990 saya telah mendedahkan hal ini dalam ucapan di pentas politik PAS / Semangat 46 di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Penulis (Yahaya Ismail bersama penduduk Permatang Pasir (kawasan Anwar) sedang menunggu Anwar bersumpah di Masjid Permatang Pasir, di bawah parlimen Permatang Pauh pada tahun 1990. Tetapi Anwar tidak hadir




Dalam ucapan itu saya menyebut Anwar menerima derma dari tauke judi Genting sebanyak RM500,000. Akhbar Watan menyiarkan berita ini di muka depan. Anwar menjadi gelabah dan berkata dia akan menyaman saya kerana memfitnahnya. Akhbar-akhbar harian dan TV3 memuatkan berita Anwar akan menyaman saya kerana isu penerimaan derma dari tauke judi tersebut.

Tidak lama selepas pendedahan saya itu Datuk Najib Tun Razak, yang mengganti Anwar sebagai Ketua Pemuda, menjelaskan dalam akhbar bahawa jumlah yang diterima Anwar untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda bukan RM500,000 tetapi hanya RM250,000! Kini jelaslah kepada umum bahawa Anwar memang menerima derma dan tauke judi sebanyak RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda.

Dalam satu kempen politik di kawasan Permatang Pauh, tempat Anwar, saya lagi sekali menyebut tentang penerimaan derma dari tauke judi Lim Goh Tong itu. Kali ini saya cabar Anwar menyaman saya lagi sekali. Walaupun Anwar telah mengumumkan dalam media massa bahawa dia akan menyaman saya kerana memfitnahnya namun saya tidak menerima langsung surat dari peguamnya.

Lalu saya meminta dia bersumpah di masjid Permatang Pasir, dalam kawasan pilihan rayanya juga, kerana saya diberitahu oleh penduduk-penduduk di situ bahawa pernah suatu ketika dahulu ada orang yang bersumpah di masjid itu telah menjadi lemah dan lembek bila keluar dari perkarangan masjid tersebut.

Dalam ucapan itu saya meminta Anwar datang ke masjid tersebut untuk bersumpah sekiranya dia benar-benar tidak mengaku menerima dana dari tauke judi. Saya dengan beberapa orang penduduk di situ telah menunggu Anwar di masjid Permatang Pasir pada petang keesokannya di waktu asar untuk bersumpah.

Saya tunggu hingga maghrib tetapi pejuang Islam tersebut untuk bersumpah sekiranya dia benar-benar tidak mengaku menerima derma dari tauke judi. Saya dengan beberapa orang penduduk di situ telah menunggu Anwar di masjid Permatang Pasir pada petang keesokannya di waktu asar untuk bersumpah. Saya tunggu hingga maghrib tetapi pejuang Islam tersebut tidak berani bersumpah di masjid tersebut.

Saya ingin bertanya kepada alim ulama, terutama sekali mereka yang taksub kepadanya, apakah hukumnya seorang Muslim menerima derma dari tauke judi? Apakah wang derma itu halal dari segi Islam? Kalau halal tunjukkan bukti-buktinya dari segi syarak. Apakah ada nas-nas dalam Al-Quran ataupun hadith Nabi Besar kita yang menyatakan derma dari tauke judi itu halal di sisi Allah?

Kalau tak ada maka haramlah jawabnya. Kalau haram penerimaan derma tersebut mengapakah Anwar bin Ibrahim sanggup menerima derma sebanyak RM250,000 dari tauke judi Genting Berhad? Bukankah perbuatan menerima derma dari tauke judi itu bersubahat namanya? Di manakah letak nawaitunya sebagai seorang pejuang Islam yang dikatakan warak, menjadi imam dan membaca khutbah kalau dia sendiri menerima derma dari tauke judi?

Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Islam sendiri tidak melabur dalam syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan perjudian dan arak oleh kerana pendapatannya dari pelaburan itu dianggap haram. Nah, sekarang Anwar bin Ibrahim dengan penuh bangga menerima derma sebanyak RM250,000 dari tauke judi Lim Goh Tong dalam satu upacara besar-besaran di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO!

Bukankah ini suatu bukti yang nyata bahawa Anwar sanggup menerima derma walaupun dari taukejudi sekiranya ia memberi faedah kepada dirinya? Walaupun dia mengangkat dirinya sebagai pejuang Islam namun dia juga sanggup menerima sumbangan kewangan hatta dari tauke judi sekali pun. Di manakah letaknya prinsip dan kejujurannya sebagai pejuang Islam yang dilaung-laungkan oleh juak-juaknya termasuk mereka yang alim dalam agama?

Jangan pula ada ulama yang menganggap derma dari tauke judi itu alright oleh kerana selain dari kasino di Genting Lim Goh Tong juga ada dan barangkali dermanya itu datang dari pendapatan hotelnya. Jangan cuba menghalalkan sesuatu yang haram. Usah tipu Allah Ta’ala dengan berbagai alasan yang dicari-cari dan direka-reka. Allah Maha Mengetahui walaupun ada pejuang Islam dan ulama tertentu cuba cari alasan yang dicari-cari dan direka-reka. Allah Maha Mengetahui walaupun ada pejuang Islam dan ulama tertentu cuba mencari alasan yang tidalk meyakinkan untuk menghalalkan penerimaan derma tersebut.

Untuk pengetahuan para pembaca ada seorang pemimpin politik yang mempunyai kepentingan dalam salah satu syarikat perjudian memberi derma kepada sebuah masjid di Perak. Jawatankuasa masjid tersebut mengambil keputusan memulangkan semula dermanya yang berjumlah beribu ringgit kerana mereka was-was tentang punca pendapatannya. Pemimpin politiknya itu terkejut dengan sikap jawatankuasa masjid lalu dia dimasukkan kewad pesakit jantung. Ini sikap jawatankuasa masjid yang tidak kemaruk duit derma dan tahu hukum-hakam halal haramnya.

Walaupun penderma itu seorang pemimpin politik yang terkenal namun mereka lebih mengutamakan prinsip dan ajaran agama dan oleh itu sanggup memulangkan semula wang dermanya. Ya, tapi Anwar bin Ibrahim, pejuang Islam, tidak sama pandangannya dengan jawatankuasa masjid tersebut. Ya, dia pejuang Islam tetapi dia juga sanggup menerima derma dari tauke judi. Ini kelebihan Anwar yang tidak terdapat pada jawatankuasa masjid yang terdiri dari lebai-lebai kampung yang simple-minded dan jujur dalam tafsiran agama.

Oleh itu janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar menjadikan Nalla, bergelar datuk, sebagai sahabat karibnya. Dia tahu Nalla terlibat dalam bisnes perjudian. Dia juga mungkin tahu Nalla juga terlibat dalam pengurusan (tak perlu pakai IT) untuk mendapatkan perempuan-perempuan terdiri dari isteri-isteri orang dan juga para pelacur dan bintang-bintang filem Hindi untuk “disedekahkan” kepada mereka yang memerlukannya atau barangkali juga menjadikan perempuan sebagai umpan membuka selera dan membuka rahsia.

Warkah Ummi Hafilda untuk Perdana Menteri dengan jelas membuktikan Nalla sanggup menjadi driver dan menggunakan Dimlernya sendiri untuk membawa Shamsidar, isteri Azmin, setiausaha sulitnya, bersama-sama Anwar ke kondo di Tivoli Villa. Nampaknya Nalla bukan hanya sebagai pasangan Anwar di padang tennis tetapi juga sebagai orang penting mendapatkan wanita dan barangkali juga pondan dan laki-laki lain untuk santapan rohani bekas perdana menteri yang “syumul” itu. Nampaknya Nalla seorang bapa ayam yang cekap untuk membekalkan anak –anak “ayam” jantan dan betina kepada Anwar.

Mahathir telah menyatakan dia telah diberitahu oleh Tun Haniff Omar, Ketua Polis Negara pada waktu itu, bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseksual sejak tahun 1993 lagi. Tapi dia tidak ambil berat mengenai hobi Anwar itu sejak dia menjadi menteri kewangan lagi. Dari penyiasatan polis Tun Haniff berkata dia yakin Anwar seorang homoseksual dan pihak polis bimbang dia boleh diblackmail oleh pihak asing.

Menurut Haniff salah seorang dari pasangan homoseksual Anwar itu ialah warganegara asing. Walaupun Anwar menabur ayat-ayat Al-Quran dan mengangkat diri sendiri sebagai pejuang Islam namun pihak polis sudah tahu rahsia peribadinya yang sukakan laki-laki dan pondan sejak awal 90-an lagi. Malangnya perdana menteri sendiri tidak percaya dengan pendedahan tersebut pada waktu ini.

Sekurang-kurangnya tiga tauke judi terkemuka di Malaysia berjaya mendekati Anwar. Lim Goh Tong, tauke judi Genting Bhd, telah sudi menderma RM250 ribu kepada Anwar sewaktu Anwar menjadi Ketua Pemuda seperti yang saya sebutkan di atas. Besar kemungkinan tauke ini memberi sumbangan dalam berbagai bentuk yang lain kepada Anwar atau orang-orang Anwar yang lain demi menjaga kepentingan bisnesnya. Yang penting hubungan yang rapat dengan Anwar demi menjaga kepentingan perjudian Genting Bhd.

Anwar Ibrahim semasa Menteri Kewangan berkawan baik dengan Vincent Tan, taukeh judi Sports Toto


Selain dari Lim Goh Tong, Anwar juga mempunyai hubungan yang baik dengan Vincent Tan, tauke Sports Toto. Vincent Tan mempunyai syarikat usahasama dengan syarikat Ear City Sdn Bhd yang akan membina perumahan, kondo dan hotel di atas sungai Klang yang menelan belanja berbillion-billion ringgit. Kamaruddin Jaafar adalah orang kuat Anwar, menjadi Pengerusi Institut Kajian Dasar yang menjadi think tank Anwar.

Sebagai orang bisnes Vincent Tan mesti mempunyai hubungan yang baik bukan saja dengan Perdana Menteri tetapi juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Dengan cara begini masa depan bisnes perjudian Sports Toto terutama sekali tidak akan terjejas sekiranya sudah ada persefahaman antara tauke itu dengan Anwar. Anwar juga sering menunggang kuda di Bukit Kiara Equesterian Club kepunyaan Vincent Tan dan bermain badminton di tempat yang ekslusif bersama dengan jutawan tersebut.

Malah dia juga pernah bersantai di Pulau Tioman dan tinggal di Berjaya resort sebagai tetamu istimewa tauke tersebut. Selain dari itu Vincent Tan juga mempunyai rakan perkongsian bisnes dengan sahabat karib Anwar yang juga telah menjadi jutawan segera.

Antara Lim Goh Tong, Vincent Tan dan Nalla dikatakan Nallalah yang paling rapat dengan Anwar. Nalla ini nampaknya menjadi seperti orang kepercayaan Anwar untuk membekalkan berbagai jenis manusia, lelaki dan perempuan, untuk membuka selera nafsu pejuang Islam tersebut. Malah dikatakan Nalla juga menjadi orang tengah untuk menggoda isteri kedua seorang tokoh korporat supaya dapat “dijinak” oleh pak sheikh. Nalla tentulah ada agendanya yang tersendiri di samping menjaga kepentingan syarikat judi Magnum.

Walaupun Tun Haniff, bekas Ketua Polis Negara, telah menegur Anwar pada tahun 1993 yang lalu supaya memberhentikan hobi homoseksual itu kerana takut ia menjadi mangsa blackmail oleh pihak-pihak tertentu namun Anwar nampaknya tidak mengindahkan nasihat tersebut. Dia terlalu over confident bahawa rakyat tidak akan tahu dia seorang homoseksual secara tersembunyi. Rakyat hanya tahu dan menyanjung tinggi sebagai seorang pemimpin berjiwa Islam yang warak dan yang prihatin terhadap nasib golongan miskin.

Tapi kini sedikit demi sedikit rakyat akan tahu juga siapa Anwar sebenarnya. Apakah dia seorang yang benar-benar warak atau pura-pura warak? Apakah dia benar-benar berjiwa Islam atau hanya memperalatkan Islam untuk mencari kekuasaan dan pengaruh?

Sekiranya Nalla sanggup mendedahkan segala rahsia peribadi Anwar yang dia tahu dan menjelaskan dengan panjang lebar peranannya tentang membekalkan wanita, pondan dan laki-laki tertentu di mahkamah maka besar kemungkinan seluruh masyarakat Malaysia dan antarabangsa akan menjadi gempar dengan pendedahan tersebut.




AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar & Nalla – Seks + Judi & Konspirasil", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Fail Khas dari Jabatan Negara Amerika : Amerika perlu bantu Anwar Ibrahim 'hero' demokrasi




Oleh Ralph Dannheisser
Koresponden Fail Khas Washington

Washington – Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang dipenjarakan sebanyak 2 kali di dalam negara sendiri selepas penentangan dasar kerajaan, telah mendapat penghormatan sebagai “Muslim Democrat of the Year” atau “Muslim Demokrat Tahunan” oleh Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) di Amerika.

Anwar Ibrahim, yang digambarkan sebagai “hero pada masa ini”, dalam persidangan CSID ke-6 pada 22 April berkata, setiap negara di dunia Muslim mesti menyemai demokrasi versi domestik.

“Dorongan pendemokrasian .. mesti datang daripada Muslim sendiri. Kenapa mesti proses tersebut didorong oleh Amerika Syarikat atau Eropah atau rantau lain untuk perkara tersebut?” dia menyoal.

Anwar Ibrahim pertama kali dipenjarakan selama 2 tahun pada awal 1970-an selepas menyokong protes kumpulan petani. Dia dipenjarakan sekali lagi pada 1998 selepas dipecat oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad, dan menjalani hukuman penjara selama 6 tahun di atas apa yang dikatakannya sebagai tuduhan rasuah dan liwat yang direka-reka.

Dia kemudiannya dibebaskan pada September 2004 selepas tuduhan liwat digugurkan, dan sekarang merupakan sarjana residen di St. Anthony’s College, Oxford University.

Dalam ceramahnya di CSID, Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa demokrasi tidak mudah dipertahankan di negara Muslim. Tentulah, katanya, golongan autokrat mempertahankan pemerintahan Islam yang mengerikan.

“Ianya bukan Islam tetapi proses eksploitasi faktor ketakutan untuk menghalang pendemokrasian dunia Muslim,” katanya.

Memandangkan sokongan Amerika Syarikat terhadap demokrasi di negara - negara Islam, dan sudah tentu di seluruh dunia, Anwar Ibrahim mencadangkan tindakan itu telah mengundang syak wasangka kepada sesetengah pihak kerana “banyak tempat di dunia Muslim masih lagi melihat Amerika Syarikat angkuh dengan kuasa.”




Walaupun terdapat kritikannya terhadap beberapa dasar-dasar Amerika , dia berkata, “Walau apa pun kesilapannya, Amerika Syarikat telah menjadi penyokong demokrasi paling kuat di seluruh dunia, tanpa mengira tempat di mana suara kebebasan masih lagi kaku dan bisu.”

“Mari kita membentuk satu resolusi untuk menentang bukan sahaja ekstremisme dan keganasan tetapi pemerintahan kuku besi dalam semua bentuk penyamaran, ” katanya.

Gelaran “hero” diberikan kepada Anwar Ibrahim datang daripada Lorne Craner, Presiden International Republican Institute (Institut Republikan Antarabangsa) dan bekas Penolong Setiausaha Negara Untuk Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh.

Gelaran itu diperkuatkan lagi oleh Timbalan Pengerusi CSID, Antony Sullivan, yang menamakannya sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai “jiwa yang hebat”.

Lorne Craner, yang berucap di dalam persidangan CSID pada tahun 2003, banyak bercakap mengenai gerakan besar-besaran terhadap demokrasi sejak daripada itu.

“Pada awal 2003, sesiapa di antara kita yang percaya bahawa kebebasan dan demokrasi akan datang kepada dunia Muslim akan dianggap sebagai seorang yang pelik,” kata Craner. “terdapat satu perdebatan yang keterlaluan...tentang kesesuaian Islam dan demokrasi”

“Sesiapa yang masih mempercayai ia tidak boleh berlaku di Timur Tengah telah terlena dalam masa dua tahun kebelakangan ini,” katanya, dengan merujuk kepada pilihan raya terbaru di kawasan Iraq dan Palestin dan kemajuan di mana-mana tempat di rantau tersebut.

Di Lubnan, usaha tersebut telah mempercepatkan perlucutan kawalan Syria, “kami menyaksikan peristiwa yang sekali lagi dilihat mustahil, hanya beberapa bulan lepas,” kata Craner.

Craner menekankan pandangannya bahawa “demokrasi tidak akan berjaya kecuali kesemua ahli masyarakat menyertainya.”

“Wanita tidak boleh diabaikan dalam ruang politik dan mesti mampu menyertainya sebagai ahli penuh dalam kehidupan politik negara mereka,” katanya. "Usaha khas perlu dilakukan untuk membawa golongan muda, yang menjadi sasaran utama pengganas, ke dalam proses demokrasi", tambahnya.

“Kita telah melihat pencapaian awal. Apa yang kita perlu sekarang adalah untuk berada di dalam rancangan untuk bergerak lebih ke hadapan,” kata Craner, dengan menyatakan bahawa semua ini bermakna untuk memastikan pembuat dasar Amerika memfokuskan kepada demokrasi di dunia Muslim dan terus menyokong Muslim yang komited kepada perubahan demokratik di negara mereka.


(The Washington File adalah produk Biro Program Maklumat Antarabangsa, Jabatan Negara Amerika Syraikat. Laman web : http://usinfo.state.gov )


AIDC menterjemah artikel dari laman web Jabatan Negara Amerika, tulisan Ralph Dannheisser. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

2. Negara Islam mesti ikut polisi Presiden Obama kata Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia

3. AIDC Fotopages : Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

4. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?

5. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

6. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

7. Betulkah Anugerah Muslim Moderat, Anwar Ibrahim, kaedah Yahudi meliberalkan Islam ?

8. Anwar hadiri persidangan Islam Liberal di Doha, Qatar ?

9. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

10. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

11. Apabila Iraq dan Afghanistan diserang, Anwar jadi Office Boy Amerika

12. Anwar dah jumpa Al Gore : Apa dilaporkan?

13. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..


Sila klik untuk baca selanjutnya...