Mereka yang arif dalam mainan politik sedar ada sesuatu yang tidak menyenangkan dari keangkuhan dan keberanian Anwar yang luar biasa itu. Ada yang menganggap sebahagian besar orang Melayu, terutama sekali di kalangan generasi muda, menjadi penyokong kuatnya. Mereka inilah yang menjerit reformasi tanpa menilai apakah reformasi yang diluah oleh Anwar itu membawa kebahagiaan atau kesengsaraan kepada rakyat. Orang muda menganggap Anwar sebagai simbol pemimpin muda yang bersikap terbuka, yang menghirup kebebasan dan kemerdekaan yang bebas lepas. Ini yang mereka rindui seolah-olah tanah air kita yang tercinta ini dengan kepimpinan yang ada tidak lagi mewakili semangat dan aspirasi golongan muda. Mereka menganggap Mahathir mencerminkan generasi tua yang ketinggalan zaman tanpa menyedari bahawa sebahagian besar dari reformasi sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya adalah cetusan dan dasar radikal dari kepimpinan Mahathir. Mereka tidak menghayati sejarah dan seperti Si Tenggang yang mungkar dan angkuh mereka mencemuh pemimpin yang memulihkan kembali maruah dan penghormatan bangsa Malaysia.
Anwar seperti Si Tenggang yang cepat lupa asal usulnya, budi dan jasa orang yang memberi dia kedudukan, kuasa dan penghormatan yang tidak pernah ia mimpikan sebelum disintuklimau oleh Mahathir dan dijemput dalam kabinet. Seperti Si Tenggang dia merasakan dirinya besar, berkuasa dan terkenal kerana orang ramai dan para pemimpin luar mengagumi retorika kosongnya yang disemai dengan kata-kata mantra, ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi untuk melipatgandakan keyakinan rakyat Melayu dan Islam kepadanya.
Seperti Si Tenggang dia sanggup memaki hamun “ayahnya” dan memandang remeh terhadap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh “sang ayah” terhadapnya. Derhaka tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada hanya memburu kuasa dan dengan secepat kilat memimpin kerajaan. Tapi Allah tidak merestuinya dan dengan kuasa Allah juga ia hilang semua jawatan kerajaan dan parti dan kini sebagai banduan pula.
Si Tenggang hanya melihat kehebatan dan kepentingan dirinya. Bukan orang lain. Tapi dia sanggup memperalatkan siapa saja yang boleh menolong mempercepatkan dia memperoleh kuasa politik dengan apa cara sekali pun. Seperti komunis yang mengamalkan konsep politik “Tujuan menghalalkan cara” Anwar sanggup bersahabat dengan tauke judi, menerima derma syarikat judi sambil memperagakan diri sebagai pemimpin intelektual yang berakhlak mulia, seorang yang warak dan dikagumi rakyat. Berbagai-bagai jenis topeng digunakan menurut masa, tempat dan masyarakat yang mahu mendengar retorika-retorika dan idea-idea maha besar yang bermain dalam otaknya tetapi tidak dilaksanakan kebanyakannya.
Siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi Anwar? Yahudi di belakangnya. Jangan terkejut dengan pandangan ini. Bukankah Anwar sendiri mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa pemimpin-pemimpin besar dari Amerika Syarikat di belakangnya?
Antara mereka yang terkemuka ialah Madeline Albright (Setiausaha Negara), William Cohen (Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin (Setiausaha Perbendaharaan). Memang hebat sokongan asing terhadapnya.
Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya, Anwar, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, "Anwar is the darling of the West".
Siapa yang pernah membaca buku "Protocol of the Zion" tahu betapa hebatnya pengaruh dan kuasa Yahudi ke atas masyarakat Barat dan bagaimanakah jalinan network Yahudi untuk menguasai dunia. Walau pun jumlah Yahudi kecil di Amerika tetapi mereka sudah menguasai politik, ekonomi dan media di negara tersebut. Tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa Yahudi.
Salah seorang pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan hak hidup rakyat Palestin dan sahabat karib Yasser Arafat ialah Mahathir. Mahathir juga pemimpin Dunia Ketiga yang terserlah dan berpengaruh, dan dia dengan lantang mengkritik berbagai dasar Amerika yang cuba menguasai dan menekan negara-negara kecil di dunia dan menjadikan mereka sebagai boneka Amerika. Amerika membenci Mahathir.
Yahudi tidak senang dengan kepimpinan Mahathir yang pro Palestin dan Islam serta menjadi juara negara-negara Selatan-Selatan. Mahathir tidak hanya dianggap sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berpengaruh tetapi seorang tokoh politik yang berjaya membawa reformasi dan tranformasi masyarakat dan ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara. Lebih dari itu Mahathir juga dianggap sebagai sdeorang pemimpin Islam yang berjaya memberi pemikiran baru dalam kerjasama ekonomi dan politik dunia, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin Islam sebelumnya. Ini yang tidak disenangi Amerika dan Yahudi.
Mereka tidak mahu kemunculan seorang pemimpin Islam yang berpengaruh di pentas politik antarabangsa yang anti Amerika, anti Yahudi dan anti Barat. Juga mereka tidak mahu kewujudan sebuah negara asing (bukan kulit putih) yang kuat ekonominya dan stabil politiknya tanpa bantuan Barat. Kejayaan Mahathir dan Malaysia menjadi duri dalam daging bagi Amerika dan Yahudi. Oleh itu Malaysia dan Mahathir mesti dihancurkan.
Demikianlah Amerika yang dibayangi Yahudi melihat Anwar sebagai alternatif untuk diberi dukungan dan sokongan apa saja untuk mengambil alih kepimpinan Mahathir tersebut. Amerika sudah berjaya menjadikan Thailand, Filifina dan Indonesia sebagai bonekanya kerana negara-negara tersebut tidak mempunyai pemimpin yang berjiwa besar yang boleh membangunkan ekonomi negara mereka dengan baik.
Mereka terpaksa mengemis kepada Amerika dan kini menjadi hamba kepada IMF. Hanya Mahathir dan Malaysia yang masih degil dan tidak mahu tunduk kepada tekanan Amerika dan IMF. Lain dengan Anwar. Dia sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan tanpa malu dan segan mengemis nasihat dan tunjuk ajar dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi Malaysia walaupun negara kita tidak meminta pinjaman dari IMF.
Lalu IMF dan Bank Dunia menggula-gulakan Anwar melalui perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF untuk mengeluskan ego pemimpin dari Ceruk Tok Kun yang tidak mempunyai ijazah di bidang ekonomi seolah-olah dia mempunyai pengalaman yang super hebat di bidang kewangan dan ekonomi dunia!
Lucu bin malu setelah dia dipecat dari kabinet maka hilanglah glamornya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF itu yang disangkutkan kepadanya atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan!
Walau pun Anwar kini menjadi banduan namun sokongan Amerika dan Yahudi terhadapnya tidak luntur. Melalui media Barat yang juga dikuasai Yahudi Anwar diberi layanan yang paling istimewa melalui manipulasi dan laporan yang berat sebelah terhadap Malaysia.
Yahudi sudah bertapak di Singapura dan sekiranya Amerika berjaya menghancurkan Mahathir dan ekonomi Malaysia maka pengaruh Amerika dan Yahudi akan berjaya menguasai politik dan ekonomi negara kita secara tidak langsung seperti mana yang berlaku di setengah negara Arab yang menjadi boneka Amerika dalam Perang Teluk itu.
Yahudi dan Amerika tahu kelemahan moral Anwar dan mereka kan berjuang habis-habisan memberi sokongan kepadanya demi masa depan Amerika dan Yahudi di dunia sebelah sini Amerika dan Yahudi memang terkenal menyokong berbagai-bagai diktator, pemimpin-pemimpin yang korup, gila betina dan juga homoseksual di berbagai-bagai negara di dunia.
Walau pun pemimpin-pemimpin tersebut dibenci rakyat, kejam dan rakus namun mereka tetap dipertahankan Amerika kerana mereka sanggup menjadi boneka Washington dengan bayangan Yahudi di belakangnya.
Barangkali kebanyakan mereka yang mimpikan reformasi tidak dapat menjelma mainan Yahudi di belakang Amerika dan bagaimana Yahudi membantu dan mengelus Anwar dari belakang. Anwar dikhayalkan oleh elusan Yahudi itu kerana ia terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera. Dia sanggup menjadi boneka Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.
Bukankah dia bersikap liberal dalam segala bidang termasuk soal seks dan homoseksual? Apakah penyokong-penyokong Anwar sanggup menerima seorang pemimpin yang menjadi boneka Amerika dan Yahudi? Apakah mereka mahu Yahudi menguasai politik dan ekonomi negara kita secara langsung atau pun tidak lansung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri?
Ini tanah air kita yang tercinta, udara segar yang kita hirup adalah hasil dari pengorbanan, tenaga dan air mata dari bapak-bapak pejuang kemerdekaan di masa lalu. Apakah kita sanggup menggadaikan maruah bangsa maruah diri, maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka Amerika dan Yahudi?
Ingat-ingatlah pesanan datuk nenek kita jangan hanya menang sorak kampung halaman dan negara tergadai. Oleh sebab marahkan pejat kelambu dibakar. Kalau kita sayangkan negara dan cintakan agama dan ada maruah tentulah kita tidak sanggup menjadi hamba Amerika dan Yahudi yang hanya mahu mempurak-purandakan negara kita.
Wahai para patriot sekalian, di manakah letaknya semangat keperwiraanmu sebagai anak watan dan pejuang bangsa dan agama yang berjuang atas landasan yang benar, menentang kekufuran dan kemunafikan, mencari keredaan Allah kalau kalian membiarkan diri dan jiwa diperkosai hantu dan syaitan Amerika dan Yahudi? Apakah kalian sebagai patriot bangsa tidak dapat mentafsir sokongan Yahudi dan Amerika terhadap Anwar? Apakah kalian sanggup menjadi hamba kepada orang asing dan tanah air kita yang tercinta sebagai bonekanya? Biarlah kita sendiri yang menentukan nasib negara dan bangsa kita dan bukan orang asing. Bukan Amerika atau Yahudi.
Seluruh rakyat menjadi lebih terkejut lagi bila George Soros, penyangak mata wang yang memporak-perandakan nilai mata wang serta kejatuhan merudum beberapa bursa saham negara-negara Asia Timur seperti Malaysia, Thailnad, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia, kini secara biadab menggesa supaya Mahathir digulingkan dan digantikan dengan Anwar!
George Soros juga menyokong Amerika yang mahukan Anwar menggantikan Mahathir walaupun kita mengadakan pilihan raya yang bebas setiap lima tahun sekali. Tidaklah hairan sekiranya Anwar terlalu over confident menentang kerajaan Malaysia yang sah oleh sebab Amerika dan Yahudi menjadi penyokong kuatnya di luar negara.
Hubaya-hubaya bila terdapat pemimpin yang sanggup memperhambakan diri dan jiwa kepada orang asing dan sanggup pula memperjudikan nasib generasi akan datang hanya kerana mementingkan diri sendiri menurut runtunan nafsu peribadi yang mengaibkan.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat. Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.
Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.
Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?
Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.
Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?
Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria. Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.
Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan ”Mahathir takutkan pengaruh Anwar” dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?
Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?
Masyaallah! Tanpa Mahathir Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.
Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!
Ya Tuhan, benarkan orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.
Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual – sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.
Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?
Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.
Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan ”perjuangan yang super hebat” itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!
Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.
Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.
Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.
Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstigik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan
Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.
Biarlah kuasa Allah Ta’ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta’ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).
Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemnurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kyusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
Erdogan bersama bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) tidak boleh dipisahkan dari Parti Refah yang sudah dibubarkan. Pengalaman masa lalu membuatkan Erdogan mengubah strategi dan tidak lagi mendukung politik pro-Islam secara terus terang untuk menghindari pertikaian dengan kelompok sekular. Kemenangan AKP dalam pilihanraya Turki terlalu janggal disebut sebagai kemenangan Islam. Walaupun Recep Tayyip Erdogan dilihat sebagai berpewatakan Islam, namun dia sebenarnya mudah tunduk kepada tekanan hingga sanggup mengadaikan prinsip-prinsip Islam. Baru-baru ini Erdogan mendukung demontrasi yang membawa sepanduk berbunyi: “No to a military coup, no to Sharia (Islamic) Law”. (Reuters, 15/5/2007).
Erdogan juga menegaskan, AKP bukan parti agama, tetapi parti yang ingin menciptakan kesejahteraan bagi rakyat Turki. “Tidak ada peranan agama dalam parti politik dan juga tidak ada parti agama dalam politik,” tegas Erdogan.
“Saya bukan politikus Islam dan tidak pernah selama karier politik saya, saya melaungkan, saya politikus Islam; tetapi saya Muslim yang akan memberi komitmen menjalankan ajaran Islam,” lanjutnya.
Seterusnya, Erdogan menegaskan, beliau bersedia mempertahankan hubungan saling menguntungkan di antara Turki dan Israel. Tentang rancangan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq, Erdogan hanya berkata terlalu awal untuk membahas isu itu. Namun, Erdogan tetap mengkritik larangan hijab di kampus Turki.
Dia begitu megah mengutarakan kekagumannya terhadap amalan sekularisme di AS yang memberi kebebasan para penganut agama menjalankan ajaran agamanya.
Menurutnya, jika partinya boleh membentuk pemerintahan tanpa campuran dengan parti politik lain, pemerintahannya nanti bersedia berunding dengan IMF untuk program penyelamatan ekonomi Turki yang sebelum ini dibantu oleh IMF sebanyak 16 milion dolar AS. Dia juga berjanji akan mempercepatkan proses kemasukan Turki ke dalam UE (Kesatuan Eropah) serta memperkuatkan interaksi ekonomi Turki dengan ekonomi dunia terutamanya membuka pintu Turki kepada para pelabur asing.
Erdogan dan Paul Wolfowitz
Untuk menghilangkan kebimbangan di kalangan sekular Turki, Erdogan juga berjanji akan membawa rakyat agar tetap memegang komitmen prinsip sekularisme di Turki sepertimana yang tertera dalam perlembagaan.
Erdogan bersama Angela Merkel, pemimpin parti Christian Democratic Union (CDU), Jerman. Parti CDU ini merupakan penaja utama Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang menjadi penaja demokrasi dan pluralisme di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Erdogan yang kini menjawat jawatan sebagai PM Turki mengatakan bahawa sudah sewajarnya kerajaan, atau siapapun, memberi komitmen dengan sistem sekular Turki, sebagaimana dalam perkataannya : “Pemerintah harus komitmen untuk memelihara undang-undang dasar negara dan harus terus mempertahankannya.” [Farid Wadjdi, dari berbagai sumber]
AIDC menterjemah artikel Hizbul Tahrir Indonesia. Artikel asal klik di sini
Anwar Ibrahim dakwa Dipenjara Akibat Bersahabat dengan Amien Rais?
Gunawan Mashar - detikNews
Jakarta - Mantan, Timbalan Perdana Menteri, laysia Anwar Ibrahim memuji figur Amien Rais sebagai seorang pejuang. Bahkan dia juga mengatakan salah satu sebab dia dipenjara kerana bersahabat dengan Amien Rais. Hal ini diceritakan Anwar Ibrahim saat menghadiri pelancaran Buku Amien Rais "Selamatkan Indonesia!" di Wisma Serba Guna Glora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Selasa (13/5/2008).
"Pada tahun 1998, ketika saya ditangkap saya ditanya, kenal Amien Rais atau tidak? Jadi ada saham sedikit dari Amien Rais kenapa saya dipenjara," kata Anwar dalam pidato sambutannya disambut tawa dan tepuk tangan hadirin.
Kehadirannya dalam program itu menurut Anwar sebagai bentuk penghormatan kepada dirinya dalam ertikata bersahabat. Anwar menilai Amien sebagai seorang pejuang Indonesia.
"Saya datang di sini khusus untuk memberi penghormatan kepada sahabat, yang saya anggap sebagai keluarga bahkan juga sebagai pejuang Indonesia," ujar Anwar.
Anwar juga sempat menyentuh faktor kemarahan negara Islam kepada kekejaman pemerintahan Amerika. "Saya faham sebab kemarahan rakyat. Bukan hanya di Malaysia, atau di Indonesia, tetapi di semua negara-negara Islam" kata Anwar.(mly/fay)
AIDC menterjemah artikel detiknews.com. Artikel asal klik di sini.
Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme? Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?
Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.
Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.
Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.
Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.
Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?
Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!
Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dfan perusahaan.
Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.
Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah
Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore
Oleh: AIDC
Rencana berikutnya merupakan beberapa tulisan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Amerika yang dibuat secara bersiri. Untuk siri yang pertama, ditulis satu rencana khusus berkenaan dengan hubungan Anwar Ibrahim dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
Secara ringkas hubungan mereka berdua boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu hubungan ketika Anwar jadi TPM (1994-1998); hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004) dan hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2007) Hubungan Anwar ketika jadi TPM (1994-1998)
Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001), seorang berketurunan Yahudi yang menjadi rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.
Pasukan Presiden Clinton dan Naib Presiden Al Gore dari pari Demokrat mengambil alih dari pemerintahan Republikan yang mengekalkan kuasa dua penggal berturut-turut, iaitu di bawah Ronald Reagan (1981–1989) dan George H. W. Bush (1989–1993) - ayah kepada George W. Bush.
Ketika Clinton dan Al Gore berkuasa di Amerika pada tahun 1993 - 2001, Anwar Ibrahim dari Malaysia pula sedang mendaki hireaki politik dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim, berbeza pendekatan dengan bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang lain, termasuk Musa Hitam dan Ghafar Baba. Kedua-dua bekas TPM ini lebih menumpukan masalah dalaman negara, tetapi Anwar Ibrahim menumpukan kepada luar negara, khususnya Barat. Kedua-dua bekas TPM tidak mempunyai badan pemikir khusus untuk melobi karier politiknya, tetapi Anwar menubuhkan Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 1985.
Anwar melalui badan pemikirnya IKD menumpukan program mendekati Barat khususnya Amerika Syarikat bermula pada tahun 1994, kerana menurut teorinya untuk menjadi Perdana Menteri yang berkesan mestilah 'mendapat restu' daripada Amerika.
Kamaruddin Jaafar, sahabat baik Anwar dalam ABIM yang menjadi pengerusi IKD, melaksanakan siri-siri lobi nama Anwar kepada Amerika melalui projek "Dailog Pasifik" dengan kerjasama badan pemikir luar negara Amerika yang berpusat Taiwan iaitu di Asia Pacific Policy Centre (APPC).
Peneraju APPC adalah Douglas H. Paal. Pada masa itu beliau juga merupakan Pengarah American Institute di Taiwan. Beliau juga bekas penganalisis kanan untuk CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Douglas Paal telah kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Carnegie Endowment For International Peace. Klik di sini
Kerjasama IKD dan APPC telah berjaya melaksanakan projek-projek dailog mega di Malaysia iaitu Dailog Pasifik I di Pulau Pinang (1994), Dailog Pasifik II (1996), Dailog Pasifik III (1996) dan Dailog Pasifik IV (1998). Kesemua Dailog Pasifik II, III dan IV diadakan di Kuala Lumpur.
Projek "Dailog Pasifik" atau lebih tepat "Projek Dailog badan pemikir Anwar dengan Amerika" telah menjaya menaikkan imej Anwar Ibrahim di kaca mata Amerika Syarikat, kerana hampir kesemua Dailog Pasifik itu dikunjungi oleh wakil-wakil Amerika iaitu William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika), Madeline Al Bright (Setiausaha Negara Amerika), Senator Sam Nunn dan Henry Kissingger (Bekas Setiausaha Negara).
Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang menganjurkan Dailog Pasifik, 1998.
Sudah tentu kedatangan William Cohen, Madeline Al Bright dan senator Sam Nunn ke Malaysia menghadiri program IKD di Malaysia, di bawah pengetahuan dan restu Al Gore dan Clinton, kerana ketiga-tiga mereka adalah pegawai-pegawai di bawah regim pemerintahan Demokrat Presiden Clinton.
Untuk mengukuhkan lagi kerjasama IKD dan Amerika, pada tahun 1997, IKD telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan satu lagi badan pemikir Amerika iaitu The Heritage Foundation Washington pada 26 Jun 1997. Perjanjian kerjasama itu diadakan di Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Anwar Ibrahim dan Dr David Brown (Pengerusi Heritage Foundation).
Semua perancangan-perancangan mengukuhkan nama Anwar di kaca mata Amerika sebagai persediaan untuk meraikan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi, tragedi 2 September 1998, melenyapkan impian Anwar dan Amerika, apabila pada tarikh itu Anwar dipecat daripada UMNO, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Al Gore, Naib Presiden Amerika, semasa Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998, telah mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat Anwar Ibrahim dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang ketika itu berarak di jalan raya menyokong perjuangan REFORMASI.
Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi Anwar akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat menumbangkan kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir.
Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM.
Malangnya, harapan Al Gore tidak menjadi kenyataan, malah anak buahnya kekal ditahan di penjara dan rakyat kembali menyokong Dr Mahathir.
Hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004)
Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya dan didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.
Pada tahun 2000, Al Gore telah mengeluarkan kenyataan mengecam perbicaraan ke atas bekas TPM Malaysia itu yang dianggap tidak adil. Klik di sini
Al Gore yang meminati Anwar terus menerus mengecam Dr Mahathir dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Klik di sini
Hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2008)
Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004, beliau telah berhijrah di United Kingdom dengan menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford UK (2004-2005). Posisi Anwar di UK diatur oleh salah seorang kawan baiknya, Chris Patten, yang pernah bertugas di Hong Kong.
Di United Kingdom juga merupakan pengkalan utama parti Demokrat Amerika, setelah kumpulan Demokrat Clinton-Al Gore tewas kepada kumpulan Republikan Bush-Dick Cheney.
Berpengkalan di UK, kumpulan Demokrat mempunyai dua pemikirnya iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility).
Dengan status sebagai pensyarah pelawat St. Anthony College di Oxford, UK, Anwar bertemu dan berbincang semula dengan Al Gore mengenai masa depan dan karier politiknya.
Pada 23 Februari 2005, Al Gore telah mengundang Anwar Ibrahim dan Mary Robinson (bekas Presiden Ireland, 1990-1997) untuk majlis makan malam di London.
Hasil perbincangan, Al Gore telah melantik Anwar , sebagai Lembaga Penasihat, Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington.
Generation Investment Management dimiliki oleh Al Gore sebagai Pengerusi, dan David Blood — dahulunya ketua pegawai Goldman Sachs Asset Management — adalah CEO. Pasangan mereka diberi jolokannya, "Darah Dan Gore.". Klik di sini
Manakala AccountAbility dilancarkan pada tahun 1996 sebagai the Institute for Social and Ethical AccountAbility, di London dan Washington. Pada 30 Mac 2006, Anwar telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility oleh Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility.
Foto atas : Anwar Ibrahim anjurkan makan malam khas kepada Simon Zadek di Kuala Lumpur pada 17 Disember 2006. Foto bawah : Tan Sri Navaratnam, Presiden Transparency International Malaysia (TIM),Simon Zadek dan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dalam majlis makan malam anjuran Anwar. Hampir kesemua aktivis utama PKR hadir dalam majlis itu. Sumber foto klik di sini
Badan ini ditaja oleh USAID (United State Agency For International Development) dan BAT (British America Tobacco)
Simon Zadek adalah anak buah Al Gore,dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat untuk Generation Investment Management dan felow kanan di the Centre for Government and Business of Harvard University’s Kennedy School. Klik di sini
Maklumat lanjut baca artikel "Gore’s Racist Assault Against Malaysia". Klik di sini
Selain di UK, Al Gore juga turut memiliki badan pemikirnya di Timur Tengah yang dinamakan Datamatix.
Badan pemikir Datamatix berpengkalan di Dubai, UAE diketuai oleh anak buah Al Gore iaitu Ali Al Kamali sebagai Pengarah Urusan.
Pada 25 Mei 2005, Datamatix menganugerahi Anwar Ibrahim sebagai ‘Datamatix Global Visionary Award’ dalam program ‘Middle East Excellent Award’ anjuran badan pemikir proksi parti Demokrat Amerika itu.
Foto atas : Al Gore menerima anugerah ‘The Lifetime Achievement Award’ daripada Mr. Mohd Al Gergawi, (Chairman - Dubai Holdings) sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix). Foto tengah : Dua orang anak buah Al Gore, Anwar dan Mary Robinson sedang bersalam dengan peserta Timur Tengah anjuran Datamatix. Foto bawah : Dua orang anak buah Al Gore yang berperanan di dunia Islam, Anwar Ibrahim dan Ali Al Kamali. Anwar bersama Ali Al Kamali dalam program ‘Forum Global Government & Business Leaders’ yang diadakan di Dubai pada 24 September 2005.
Rangkaian Datamatix banyak terlibat dalam urusan perniagaan di Timur Tengah. Pada 11-13 Februari 2006, dianjurkan ‘ Jeddah Economic Forum 2006’ di Jeddah Hilton. Dalam program itu Al Gore dan Anwar turut dijemput hadir.
Anwar adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah Yayasan Timur Barat (East West Foundation) yang berpusat di Amerika Syarikat dengan diketuai Gore sendiri. Peranan yayasan ini kononnya adalah mencari titik pertemuan di antara Islam dan Barat selepas insiden 11 September. Pertemuan mereka adalah berkala 2 hingga 3 bulan sekali di AS dan Anwar menerima gaji bulanan yang lumayan dari yayasan tersebut.
Bukti rapatnya hubungan mereka berdua, dinukilkan sendiri oleh Anwar di dalam blognya, 15 Oktober 2007, Anwar ucap syabas kepada Al Gore kerana menerima hadiah Novel Keamanan daripada PBB. Klik sini
Pada 19 Julai 2007, Al Gore mengirim sebuah buku karangannya kepada Anwar bertajuk "The Assault On Reason". Dalam buku itu Al Gore mengkritik pemerintahan Republikan pimpinan Bush dan Dick Cheney, dalam isu Iraq, masyarakat dunia, masalah pelampau Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi. Klik di sini
Pada 8 Ogos 2007, Anwar menulis, "Al Gore mengundang saya untuk sarapan di Singapura semalam. Saya mempelawa beberapa teman dekat serantau termasuk senator kanan Filipina Ed Andara, pengusaha TransTV Indonesia Chairul Tandjung dan Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid.Saya merujuk kepada buku beliau yang baru dilancarkan, “An Assault On Reason” mendedahkan kepincangan pentadbiran Bush dan media Amerika". Klik di sini
Pada 6 Ogos 2008, Al Gore menghantar perutusan menyokong Anwar menghadapi dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Klik di sini
Yenny Wahid, Pengarah Wahid Institute (nombor 3 dari kiri) bersama dengan Paul Wolfowitz. Kelihatan di foto Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies - CSIS) Din Syamsudin (Presiden Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia-ICMI), Erry Riyana ( Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK), dan Jusuf Wanandi (paling kanan). Jusuf Wanandi adalah Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia. Turut hadir Douglas Ramage (The Asia Foundation), Manpalagupta Sitorus (InterMatrix), Andrew Steer (World Bank Indonesia Country Director) and John Aglionby (The Guardian). Sumber foto klik di sini.
Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme
Jakarta : The Wahid Institute menyatakan komitmen untuk terus mengembangkan falsafah pluralisme sebagai sintesis perdamaian. The Wahid Institute menjunjung pluralisme untuk menegakkan keadilan.
Paul Wolfowitz dan Yenny Wahid di Indonesia
Matlamat ini dipetik dari ucapan Pengarah The Wahid Institute, Yenny Zanubba Wahid dalam peringatan Hari Ulang Tahun Ke-3 The Wahid Institute, Sabtu (8/9) di Jakarta.
Yenny Wahid atau nama sebenarnya Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid adalah puteri kesayangan Gus Dur yang menjadi orang di belakang tabir dalam The Wahid Institute dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Pernah menjadi wartawan akhbar Australia iaitu The Sydney Morning Herald dan The Age. Beliau melanjutkan pengajian di Harvard's Kennedy School of Government sebagai Mason Fellow . Pada 2004, sekembalinya dari Boston, beliau dilantik sebagai Pengarah badan pemikir bapanya iaitu Wahid Institute.
Menurut puteri KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) itu, Wahid Institute menjadi flatform pemikiran Islam yang progresif yang menjunjung pluralisme, dan dikembangkan terus kepada masayarakat agar menjadi sarang para pemikir dan peneliti Islam di Indonesia.
Perbincangan modul strategi kebebasan beragama di Indonesia. Wahid Institute mendapat tajaan daripada beberapa yayasan Amerika termasuk The Pluralisme Project, Universiti Harvard. Klik di sini
Wahid Institute, yang memegang falsafah Nahdlatul Ulama (NU) berwajah damai, juga meneruskan syiar Islam yang damai ke dunia antrabangsa.
Pada kesempatan itu, Abdurrahman Wahid juga memberi ucapan. Menurut Gus Dur, dari pelbagai sudut pemikiran manusia, perjuangan menegakkan keadilan harus juga menjamin perlindungan terhadap orang lain.
Foto atas, Gus Dur berucap dalam sambutan ulang tahun Wahid Institute pertama. Foto bawah, Gus Dur menjemput Samuel Huntington, "Clash of Civilizations" untuk bersama-sama berdiskusi di Wahid Institute. Klik di sini
Menyentuh masalah kelompok radikal Islam, yang turut dinamakan kaum teroris, Gus Dur mengatakan, pihak Amerika Syarikat pernah meminta supaya beliau memberi pidato berbentuk rakaman tetang teroris. Di dalam pidato selama tujuh minit itu, Gus Dur mencadangkan agar Amerika Syarikat mencari titik-titik persamaan dengan kaum teroris.
The WAHID Institute merayakan usianya yang ke-3, sejak dilancarkan secara rasmi pada 7 September 2004 di Jakarta. Pelbagai kegiatan diselenggarakan untuk memperingati dan mensyukuri hari jadi badan pemikir itu.
Untuk menyemarakkan suasana, acara dilanjutkan dengan pementasan group musik Lingkar Kreatifitas Insan Seni (eLkis), sejak pukul 13.00-16.00. Panggung muzik ini terbuka bagi setiap tetamu yang ingin menyumbangkan kebolehannya dalam kesenian.
Pukul 16.00-18.00, diadakan diskusi buku karya KH. Abdurrahman Wahid (Gus Dur) berjudul "Islam Kosmopolitan: Nilai-nilai Indonesia dan Transformasi Kebudayaan", terbitan the WAHID Institute, 2007.
Turut serta sebagai pengulas adalah Pengarah Sekolah Pascasarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Prof. Dr. Azyumardi Azra, Anggota Fraksi Kebangkitan Bangsa DPR RI, Badriyah Fayumi Lc, MA, dan Sosialis DR. Daniel Dhakidae. Ahli Penal the WAHID Institute, DR. Rumadi dilantik sebagai moderator.
AIDC menterjemah artikel dari web tokohindonesia.com. Artikel asal klik di sini
“Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim
Dalam temu ramah ini, Aliran Monthly menemui Anwar Ibrahim untuk berbicara secara terus terang mengenai Islam dan badan kehakiman, termasuk hubungan antara agama dan kaum , di tengah- tengah kes penukaran agama baru- baru ini dan pameran seluruh negara Pakatan Artikel 11 yang telah dihentikan pada tahun lepas. Dia akan membincangkan tentang usahanya yang tersendiri dalam menggalakkan dialog antara Muslim. AM : Anda telah bercakap mengenai Agenda Ekonomi Baru Malaysia. Selain itu, apakah visi alternatif yang dimiliki oleh Pembangkang untuk pilihan raya akan datang? Bolehkah anda menyatukan “pakatan pelangi” yang lain? Apakah visi yang boleh anda tawarkan kepada pengundi? Ramai pengundi tahu masalahnya. Tetapi, untuk mahukan satu alternatif, mereka tidak akan menyokong pakatan yang lain atau mereka juga secara aktif menyokong kewujudannya. Apakah dasar yang akan dimasukkan dalam agenda perubahan untuk pilihan raya akan datang?
Anwar : Kami telah tunjukkan cabaran ini : “Anda mahu satu perubahan atau anda mahu menerima status quo (kekal cara lama)– bukan sahaja dalam perkara dasar ekonomi tetapi isu rasuah, dan ketegangan antara agama, antara kaum? ”
Inilah pilihan yang kita ada. Jadi kita perlu mula merancang. Ini bermakna lebih banyak kejayaan dalam erti kata kesanggupan DAP untuk bekerjasama dengan Keadilan dan sekarang PAS pula bekerjasama dengan Keadilan.
Untuk ketiga-tiga ini bekerjasama adalah tugas yang lebih mencabar. (Terdapat) sesetengah perdebatan kontroversi mengenai Negara Islam dan undang- undang Islam – yang sedang dilaksanakan, saya perlu katakan, daripada masa yang lebih sukar atau pertukaran yang penuh rasa dendam dalam dua tahun lepas.
Tetapi dalam perkara asas saya rasa kejayaan besar kedudukan pembangkang adalah persetujuan ke atas rangka Perlembagaan, kebebasan bersuara, dan kedaulatan undang- undang.
AM : Ini adalah satu daripada kelemahan pembangkang pada pilihan raya 2004. Di antara 1999 dan 2004, kesilapan PAS adalah perjuangan untuk kerajaan berperlembagaan adalah kemenangan visi mereka untuk menghentikan kerajaan sekular. Pada masa ini, bagaimana Pembangkang berhadapan dengan perkara lain – masalah Artikel 11, isu murtad, untuk beberapa jenis penukaran agama. Perkara tersebut mengganggu hubungan antara agama tahun lepas. Adakah Pembangkang akan menawarkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan?
Pertama, kita mesti menggalakkan debat terbuka dan penjelasan awam yang bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk menyapunya di bawah permaidani atau menafikan hak rakyat Malaysia untuk terlibat.
Kedua, apabila kita mempunyai masalah – khususnya berkenaan sesetengah elemen dalam kumpulan Islam yang cenderung untuk mempertimbangkannya sebagai kufur dan tidak akan membenarkan debat terbuka; kami dengan keras menggalakkan mereka untuk menukar pendirian mereka.
Saya telah mengambil usaha untuk mengadakan dialog antara Muslim baru- baru ini. Selain dari Keadilan, PAS, JIM, ABIM, dan Muslim profesional juga terlibat.
Dan persetujuannya adalah kita mesti benarkan perbincangan secara terbuka ini. Saya beritahu mereka, “Dengar kepada mereka (kumpulan yang anda tidak bersetuju) ; anda boleh mengambil pendirian yang sangat keras dan mempertikaikan kes tersebut.”
Kami juga menjemput penganjur Artikel 11 (Pakatan), IFC (Suruhanjaya Antara Agama) untuk menyertainya, dan Sisters-in-Islam; tetapi mereka enggan hadir disebabkan beberapa faktor tertentu.
Tetapi satu kejayaan besar adalah terdapat kesanggupan dialog di antara mereka yang kononnya Islamik, yang telah menghentam pada masa yang lalu kerana tidak bersedia untuk terlibat dalam mana-mana dialog.
AM : Kami di aliran tidak terlalu suka mengkritik orang. Kami kekal sebagai bukan sahaja salah satu daripada beberapa pertubuhan pelbagai kaum masyarakat bertamadun, tetapi kami juga salah satu pertubuhan yang sangat jarang memantau tahanan ISA yang ditahan di atas tuduhan menjadi ahli kumpulan yang tidak dikenali seperti KMM. Kami ada prinsip, enggan untuk menerima pemenjaraan mereka yang tidak mempunyai asas kesalahan yang dibuktikan. Walau bagaimanapun, kami menyertai forum seperti Artikel 11. Kemudian kami mendapati sesetengah orang, yang agak gembira untuk bersama kami memprotes di luar Kem tahanan Kamunting, tiba-tiba mengganggu forum- forum lain yang kami mempunyai hak yang sah untuk menganjurkannya. Ketika senang untuk mendengar sesetengah kumpulan ini bersikap terbuka, idea dialog mereka agak pelik.
Kami tahu. Itu (gangguan terhadap Forum Artikel 11) merupakan insiden malang, tetapi ia telah diatasi oleh acara tersebut. Dalam perbincangan terdapat persetujuan ini. Saya tidak mahu mendapat pujian kerana terdapat persetujuan ini yang wujud dalam forum. Kita mesti benarkannya.
Tetapi sesetengah Muslim yang sebenar – sekurang-kurangnya melihat ancaman – kerana terdapat kumpulan kecil yang berasaskan elemen sekular – dibela oleh media nasional yang menyiarkan pendirian beberapa golongan elit ini, dibela oleh Sisters-in-Islam, dibela oleh kuasa pentadbiran kementerian.
Dan apabila terdapat cubaan oleh mana- mana cendekiawan Muslim ini untuk membidas, mereka diketepikan. Jadi, terdapat rasa geram. Ini adalah isu persepsi sekarang. Tiada cubaan untuk membawa mereka terlibat dalam satu pendirian yang Moderat (sederhana).
Saya mahu menasihati, saya telah katakan secara terbuka. Terima IFC. Saya tidak katakan saya menerima pendekatan yang dibawanya. Sudah tentu, sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas.
Saya menggambarkan diri saya sebagai seorang yang liberal. Jika mereka mahu bercakap, walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka, itu adalah hak mereka. Tetapi, dengan diberikan peluang, saya katakan bahawa mereka perlu cuba memahami dan terlibat, ambil pendirian yang sederhana, cuba faham pandangan dan ambil berat pihak lain.
Sekarang Muslim terasa diancam, manakala bukan Muslim pula terasa mereka dipaksa.
Saya ingat kes Moorthy. Ia klasik. Akhirnya, percaya atau tidak, terdapat satu persetujuan, di kalangan Muslim, yang saya bertemu dengannya mewakili kumpulan Muslim.
Saya berkata, “Lihat, tujuan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membenarkan Muslim untuk mendapatkan pengadilan daripada Mahkamah Syariah.”
Tetapi masalah isteri Moorthy, Azizah sangat simpati, adalah berbeza. Azizah berjumpanya dan memberikan jaminan, “Anda ada hak untuk ke Mahkamah Sivil.”
Apabila saya berbincang tentang perkara ini dengan Persatuan Ulama, ABIM-JIM – pada mereka. “Orang ini bukan sahaja mahu hak isteri Moorthy, mereka juga mahu menghentikan pendekatan 121(1A) dalam mahkamah kita.” Tidakkah anda lihat masalah persepsi di sini?
Sesetengah elemen bukan Muslim, bagaimanapun mengatakan, “Pendirian kami dan kepercayaan kami, kebebasan kami, hak asasi kami telah diancam.”
Tiada sesiapa pun mengambil usaha untuk bertemu mereka. IFC tidak akan berfungsi; juga tidak boleh dipercayai kerana ia dilihat sebagai musuh menentang elemen keagamaan.
Saya telah mencadangkan, oleh yang demikian, sekiranya anda semua mahu bergerak ke hadapan, pendekatan perlu bersederhana dengan garis panduan yang lembut, kerana jika mengambil pendekatan agama boleh menjadi lebih emosional, dan bertukar menjadi rasa dendam.
Itulah mengapa ketika saya mencadangkan dialog di kalangan Muslim, sesetengah rakan bukan Muslim saya dalam Keadilan berkata, “Awak telah bercakap tentang dialog antara agama selama ini; tiba-tiba, anda mengatakan di kalangan Muslim.”
Ia sukar untuk mendapatkan persetujuan di kalangan Muslim; Kenapa kita tidak cuba untuk mendapatkan persetujuan yang minimum? Satu persetujuan yang minimum, pada fikiran saya, adalah objektif yang lebih tinggi walaupun untuk Muslim – ia bermaksud kebebasan suara hati, kebebasan bersuara, kesucian hidup dan harta benda dan maruah lelaki dan wanita.
AM : Masalah persepsi ini tidak timbul dalam realiti meningkatnya konfrontasi antara agama. Ini adalah kefahaman kita. Walaupun terdapat rasa tidak selamat di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia – tidak kira apa persepsi – kita tidak lihat bagaimana seseorang itu boleh mengatakan status Muslim sedang diancam.
Saya bersetuju dengan anda tetapi itu adalah persepsi mereka. Saya katakan kepada mereka, “Anda dalam majoriti yang besar. Anda mengetuai – Kepimpinan Melayu dalam pemerintah elit, Pemimpin Melayu dalam Pembangkang. ” Tetapi mereka katakan, “Bertentangan dengan semua ini, inilah sebenarnya yang berlaku. 100,00 [murtad].”
Saya katakan, “Kita boleh wujudkan fakta.” Bukan mempertahankan atau membiarkan. Saya hanya menyatakan, Kita perlu berunding dengan dalam banyak perkara. Saya mahu hasil. Hasilnya bagi saya adalah dilihat untuk bersedia bercakap untuk kiri dan kanan.
Sebenarnya, saya memberitahu kumpulan Muslim, “Saya menentang apabila setiap orang kritikal terhadap kononnya liberal. Sebab dalam banyak perkara saya seorang liberal. Dan saya fikir Muslim juga perlu liberal.”
Mereka kata, “Apa liberal?”
Saya menjawab, “Saya tidak bercakap tentang secara asasnya tentang sekular. Tetapi menjadi liberal bermaksud anda perlu bersedia untuk mendengar; anda perlu menerima bahawa sesetengah manusia berbeza, anda perlu belajar untuk bertoleransi dengan perbezaan. Bukan anda semstinya bersetuju ; anda boleh tidak bersetuju.”
Saya menghantar kepada beberapa rakan saya pagi ini satu artikel dalam New York Times tentang reaksi terbaru terhadap konotasi keagamaan daripada asasnya sekular. Terdapat perdebatan yang hebat. Mereka cuba untuk mengadakan perdebatan ini.
Tetapi apa yang kurang di negara ini adalah satu penjelasan ; satu penjelasan yang sihat dan tidak bersemangat.
AM : Muslim Progresif tidak dilihat untuk bersuara; ini adalah satu tragedi. Lihat Mufti Perak. Beliau berkata, 150,000 orang meninggalkan Islam; kedua, sambutan ‘ Deepa Raya’ tidak Islamik; ketiga, Datuk Azhar dituduh muncul dalam sebuah gereja untuk menukar agama kaum Melayu kepada Kristian. Kesemua ini telah dilaporkan. Tiada sesiapa menghentam kenyataannya (Mufti Perak). Kenapa dia masih berada dalam jawatannya? Orang yang menyebarkan fahaman tidak bersatu dan perbalahan tidak boleh berada dalam kedudukan mempengaruhi kedudukan kuasa.
Saya tidak mahu secara peribadi merujuk Mufti Perak, yang merupakan salah seorang rakan rapat saya dan dalam pelbagai perkara dia merupakan seorang liberal dan toleran.
Saya agak hairan bagaimana kekhuatiran ini timbul. Dia telah menerangkan melalui seorang kawan bahawa dia mempunyai bukti tentang gerakan besar- besaran untuk menukar agama Muslim secara kekerasan.
Saya katakan, “Oleh itu anda laporkan.” Terdapat jalan, terdapat prosedur.
Kesudahannya pada pandangan saya isu keagamaan adalah isu peribadi, satu pilihan peribadi. Ia terlalu sukar.
Saya tidak mengatakan ini untuk menenangkan bukan Muslim, tetapi saya percaya bahawa Islam mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan. Tetapi saya berada di sini bukan untuk memaksa. Saya tidak mempunyai kedudukan untuk melakukannya.
Saya bukan saja tidak ada kuasa dan juga tidak dapat mempengaruhi. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa di atas muka bumi ini untuk mempengaruhi, untuk memaksa dalam perkara bersabit keagamaan.
Dengan bercakap tentang isu ini secara terbuka, kita telah melakukannya. Saya telah lakukan dengan kes Moorthy, saya amat terbuka tentangnya.
Saya ingatkan anda, kebetulan dalam Muktamar PAS, di sana terdapat lebih kurang 4,000orang. Hadi berada di sebelah kanan saya dan Nik Aziz di sebelah kiri. Saya bercakap tentang kes Moorthy. Ia tidak mudah. Saya hanya menguji keadaan di permukaan.
Saya katakan, “saya seorang Muslim. Saya seorang Muslim yang komited. Saya sembahyang, saya berpuasa, saya tidak minum arak. Ia satu fakta, bukan?”
Kemudian, saya katakan, “Dalam kes isteri Moorthy ini, Kaliammal, secara jelasnya dia bukan Muslim. Ok, anda boleh katakan status agama Moorthy satu tanda tanya. Tetapi bagaimana anda menafikan haknya untuk ke mahkamah sivil ? Dia secara sah berkahwin dengan Moorthy.”
Menurut Azizah yang telah bertemu dengannya, Kaliammal benar- benar emosional, Dia menjaga Moorthy selama berbulan-bulan. Azizah berkata, “Sekurang- sekurangnya berikan hak ini” Tetapi adakah itu dilaporkan? Tidak. Adakah kepimpinan PAS menolaknya? Tidak.
Jadi saya bersetuju dengan anda. Sesetengah daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan perkara tersebut secara bersemuka. Inilah mengapa saya sangat kecewa dengan kegagalan Malik Imtiaz dan Sister In Islam untuk muncul dalam dialog antara Muslim atas apa-apa alasan sekalipun.
Ia satu peluang yang baik ; Saya boleh meyakinkan PAS, ABIM, JIM, profesional Muslim untuk bersetuju dan mendengar apa yang akan dikatakan – satu perubahan yang besar, kerana mereka pada masa lepas dituduh sebagai pihak tidak membenarkan orang untuk bercakap dalam forum awam.
AM : Sekiranya bukan IFC, yang mempunyai agenda seperti ini, apakah jenis mekanisme atau pendekatan yang akan anda gunakan untuk menangani situasi seperti ini? Adakah keperluan untuk satu penginstitusian proses tersebut?
Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan – itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab.
Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu.
Pihak lain mungkin mengatakan, “Mereka mungkin bersetuju tetapi kemudiannya di atas keperluan retorik mereka tidak konsisten seperti itu.” Tetapi ia amat bermakna pada permulaan.
AM : Mungkin salah satu masalah dengan Islam di Malaysia adalah kaitan rapat di antara menjadi Melayu dan Muslim.
Ya.... ia realiti. Ia boleh menjadi punca kekuatan tetapi juga menjadi cacat sekiranya kita tidak berhati-hati.
Kita perlu mendidik Melayu. Isu Melayu-Islam adalah perlembagaan, bukan Islamik. Tetapi mereka perlu sedar terdapat perbezaan di antara kedudukan berperlembagaan dan kedudukan seorang Muslim. Terdapat lebih ramai Muslim di China berbanding Malaysia, lebih ramai Muslim di India berbanding Malaysia. Mereka mesti memahami perbezaan itu.
AM : Kebanyakan masalah anda pada tahun- tahun lepas secara kebetulan berlaku dengan sesetengah masalah besar kita ; kita telah muncul dalam satu jalan atau jalan lain sebelum badan kehakiman. Banyak seruan telah dibuat oleh pelbagai kumpulan – Majlis Peguam, Aliran, dan sebagainya – untuk mendapatkan pertanyaan kes krisis kehakiman 1998 yang menghakis Badan Kehakiman negara. Anda sendiri mempunyai beberapa hal di mahkamah yang tergantung....adakah anda berasa selesa..
Saya sangat selesa dengan badan kehakiman. Ianya sangat relevan berlainan dengan kenyataan Augustine Paul (ketawa). Saya muncul secara terbuka dan di dalam blog saya juga berkenaan laporan kedudukan Tun Salleh, mendesak suruhanjaya bebas merupakan sesuatu yang sangat mustahak. Bukan sebahagian daripada agenda menentang Mahathir, tetapi untuk menukarkan hakisan keyakinan.
Terdapat kelemahan sebelum 1998 kerana badan kehakiman cenderung untuk menjadi sedikit berat sebelah dengan mengikut kehendak kerajaan, juga sebelum kes Tun Salleh.
Tetapi gangguan datang di bawah Tun Hamid Omar. Hamid Omar merupakan penjenayah utama yang digunakan oleh Mahathir untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman. Hamid diikuti oleh Eusoff Chin. Ini berterusan ke pelbagai tahap ; ia belum diselesaikan.
Meletakkan satu suruhanjaya bebas untuk memeriksanya merupakan satu isu keadilan. Orang ramai akan berkata anda mampu untuk memaafkan. Ia benar. Tetapi di sini satu kes ketidakadilan yang jelas dilakukan terhadap Mahkamah Agung, Mahkamah Persekutuan, terhadap keadilan. Ini perlu diperbetulkan.
Tun Salleh sememangnya benar apabila dia berkata dia mahu namanya dibersihkan. Ia dikesali apabila Perdana Menteri Abdullah telah mengambil pendirian yang tidak bertanggungjawab dalam kes- kes tertentu.
Dia bercakap mengenai Hadhari. Apakah itu Hadhari apabila anda tidak menghormati prinsip asas kedaulatan undang- undang dan keadilan? Apabila ketidakadilan dilakukan terhadap orang ramai? Ia perlu diperbetulkan. Sama ada anda memulakan tindakan jenayah terhadap orang yang melakukan jenayah – ia terpulang kepada dia untuk menentukan – nama Tun Salleh mesti dibersihkan.
Ambil contoh Mandela, ANC [African National Congress]. Di sana terdapat tindakan kebenaran, perdamaian, satu proses. Di sini, perkara itu tiada. Orang ramai hanya keluar, memberikan pandangan mereka, dalam sesetengah laman web, dan berkata, “Oh, lupakan yang lalu dan kita bergerak ke hadapan.”
Dan mereka mula menyerlahkan peranan Mahathir dan melupakan jenayah yang dilakukan ke atas ramai orang di masa yang lalu. Bukan sahaja kes peribadi saya ; terdapat beratus-ratus kes yang lain...pengharaman majalah dan jurnal, beribu-ribu ditahan dan sebagainya.
Tetapi pembetulan mesti dimulakan dengan badan kehakiman, yang merupakan benteng terakhir.
AM : Ia sukar untuk mempercayai bahawa seorang lelaki dengan sewenang-wenangnya memperkuda, memusnahkan institusi, dan kemudiannya bertindak terhadap mereka yang tidak bersalah melalui penipuan dan pembohongan. Kemudian keseluruhan Kabinet berdiam diri.
Tidak, biar saya jelaskan. Ianya bermula pada 1998. Tiada persetujuan di antara kedua-dua serangan ke atas Badan Kehakiman dan penahanan di bawah Operasi Lalang. Saya membawa perkara tersebut kepada Mahathir – ia diketahui oleh Datuk Ahmad Sebi dan Chandra Muzaffar.
Apa yang telah saya kritik, dan saya tidak fikir saya boleh dibebaskan sepenuhnya daripada dipersalahkan, yang kemudiannya saya dibersarakan. Okey. Tetapi secara rasmi saya telah membawa isu ini ke atas. Tetapi itu adalah satu sistem yang Perdana Menteri susah untuk merujuk kepada Kabinet; Cuma perkara prosedur yang dibawa ke Kabinet. Tiada perbincangan mengenainya.
AIDC menterjemah wawancara Anwar Ibrahim dengan Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007. Artikel asal klik di sini
Berakhirkah Episod tawaran Anwar Ibrahim jadi PM ?
Oleh AIDC
Sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang besar dalam PRU 12, 8 Mac 2008, Anwar mendakwa dirinya 'ketua' PR nampak begitu ghairah memberitahu para penyokongnya dan media Barat bahawa beliau akan mengambil alih kerajaan dan menjadi PM dalam masa terdekat.
Keghairahan beliau ini nampak semakin jelas, apabila beliau mencanang pertukaran kerajaan dalam masa terdekat kepada para penyokongnya di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 14 April 2008. Sesetengah pihak dalam PR sendiri 'kurang senang' dengan kenyataan Anwar yang disifatkan terlalu angkuh dan bersifat terburu-buru tanpa terlebih dahulu merujuk dengan parti-parti kompenan PR.
Kenyataan kurang senang rakan PR ini disiarkan dalam harakahdaily pada 24 Mac 2008 yang menulis pendapat bertajuk " Anwar Jangan Gelojoh", ditulis menggunakan nama samaran 'Maulana Purnama'. Walaupun ditulis sebagai ruangan pendapat dan menggunakan nama samaran, tetapi kesediaan Harakahdaily, organ PAS menyiarkan artikel itu, sudah jelas mesej tersiratnya.
Tulis Maulana Purnama, "Cakap-cakap untuk menubuhkan kerajaan persekutuan BR dalam penggal ini, tanpa melalui pilihan raya umum adalah membimbangkan..Tetapi ahli politik tidak wajar gelojoh. Tunggulah pilihan raya akan datang. Yang membawa reformasi pada masa akan datang tidak semestinya beliau. Tetapi beliau telah membuka ruang."
Penulis ini menyuarakan rasa tidak senang dengan usaha mengambil alih kerajaan tanpa saluran demokratik, sedangkan Anwar sering mendakwa dirinya pejuang demokrasi. Penulis minta Anwar bersabar dan tunggu PRU akan datang. Jika dalam PRU akan datang Anwar sudah tidak relevan lagi jadi PM, berdasarkan faktor umur, penulis menasihatkan Anwar menerima hakikat itu, kerana perjuangan yang sebenar bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak semestinya Anwar, sesiapapun dari PR boleh jadi PM, tegas penulis itu.
Seterusnya penulis membuat kesimpulan kenapakah Anwar tidak layak menjadi PM 10 tahun dahulu. Tulisnya "Anwar hampir sampai ke puncak dalam Umno tetapi gagal kerana salah perhitungan yang berakibatkan keadaan yang dahsyat. Bukan saja beliau rugi tetapi juga rakyat dan negara.Maka ketika berada di puncak sebagai pemimpin de facto bukan saja KeADILan tetapi juga Barisan Rakyat, Anwar mesti berhati-hati dan jangan gelojoh. Banyak pelajaran telah diperoleh daripada apa yang berlaku sejak dua dekad lalu. Janganlah mengulangi kesilapan lalu"
Berdasarkan kesimpulan ini, penulis merumuskan bukan sekarang sepatutnya Anwar jadi PM, tetapi sepatutnya 10 tahun lalu, tetapi kenapakah 10 tahun lalu Anwar juga gagal menjadi PM ? Apakah penulis ingin menyebut bahawa kegagalan Anwar jadi PM, 16 September lalu, kerana Anwar tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Masih terbawa sifat lama iaitu gelojoh, tidak sabar, tidak bijaksana, bermain kata-kata yang memusnahkan diri sendiri dan terlalu merasakan dirinya paling hebat, hingga bertindak sendirian tanpa mengambil kira perasaan ahli-ahlli PR.
Membaca artikel penuh, Maulana Purnama klik di sini
Serentak dengan suara Harakahdaily itu, seorang kolumnis popular Tranungkite menggunakan nama pena Ibrahim Baba (IB) pula berusaha menongkah arus dengan menyeru Anwar mengambil alih pertukaran kerajaan sekarang, kalau bukan sekarang penulis menyeru Anwar melupakan sahaja cita-citanya untuk selama-lamanya.
Tulisan IB bertajuk " Now or Never Bagi Anwar Ibrahim" ditulis bulan April menyeru Anwar melakukan sesuatu mulai daripada sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk mengambil alih kerajaan, jika tidak berlaku sekarang, Anwar kena melupakan cita-citanya buat selama-lamanya.
Maksud penulis, Anwar perlu lakukan apa sahaja (termasuk beli ahli parlimen BN ?) untuk mencapai cita-cita itu. Dan Anwar telah berusaha dengan satu perjanjian 16 September, tetapi sehingga ke tarikh itu sampai sekarang Anwar masih gagal mencapai apa yang dijanjikan. Apakah ini bermakna tulisan IB benar, selepas gagal 16 September, Anwar perlu melupakan cita-cita untuk menjadi PM buat selama-lamanya.
Gagal 16 September, gagal selama-lamanya ?
Kenapa IB memilih untuk memberi dua pilihan kepada Anwar: Now or Never ? . Kenapa tidak beri kelonggaran seperti 'penulis tamu', Harakahdaily,Maulana Purnama yang menulis Anwar : Jangan gelojoh atau beri peluang kepada orang lain ? .
Jadi kalau mengambil kira teori IB, Anwar telah gagal menjadi PM 16 September lalu, bermakna sudah tiada peluang ketiga lagi buat Anwar. Adakah maksud penulis begitu ?
Kalau mengambil kira tulisan Maulana Purnama, sebab kegagalan Anwar dalam merealisasikan 16 September amat mudah iaitu bertitik tolak kepada sikap Anwar sendiri yang tidak mempelajari apa yang telah berlaku 10 tahun lampau. Jadi apakah ini bermakna, Anwar sudah tidak relevan, dan tidak semestinya Anwar sahaja yang layak menjai PM, beri peluang kepada orang lain pula ?
PAS merestui sepenuh hati Anwar jadi PM, 16 September ?
Satu persoalan yang menarik yang perlu diteliti lanjut. Mengambil kira cetusan pendapat Maulana Purnama yang dinukilkan dalam Harakahdaily, sudah pun boleh menjawab pendirian PAS tentang hasratnya menjadi PM.
Dari sudut pandangan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sendiri apabila diajukan mengenai pencalonannya menjadi PM, 16 September, beliau berkata, " Saya tidak akan jadi ahli politik (PM) Mat Jenin.."
Mengulas lanjut, apakah yang dimaksudkan dengan "Mat Jenin" itu, Haji Abdul Hadi berkata, " Mat Jenin panjat pokok kelapa, belum mencapai buahnya, tetapi sudah bercita-cita menjadi raja" dan akhirnya kerana khayalan Mat Jenin itu, dia akhirnya jatuh ke tanah tanpa kesampaian hajatnya.
Meneliti lanjut kronologi rentetan peristiwa tawaran Anwar menjadi PM bermula Mac - 16 September (seperti yang dilampirkan di bawah), juga semakin jelas pendirian PAS.
Pendirian Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, kata buat masa ini, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini. "Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 4 September 2008 lalu. Klik di sini
Mohamad Sabu berkata dalam wawancara itu, dia tidak berminat melakukan kerja-kerja itu (membeli calon-calon BN?), orang lain, terpulanglah kepada mereka, tetapi pendiriannya jelas, dia tidak berminat dan dia lebih berminat memperkasakan lima negeri yang telah diperintah oleh PR. Tunjuk prestasi terbaik kepada rakyat di kelima-lima negeri yang diperintah oleh PR dan tunggu PRU ke 13, katanya lagi.
Ketika ditanya lanjut mengapa dia tidak berminat dengan projek 16 September, Mohamad Sabu menjawab secara sinis. "buat masa sekarang..kualiti dalam gerakan Islam (PAS ?) masih tidak dapat mengatasi "peradaban barat"(Amerika Syarikat ?) . "Peradaban Barat" masih mendahului dan gerakan Islam masih ketinggalan..dan kalau berlaku juga 16 September, kita (PAS ?) akan ambil alih BN secara total..bukan berjaya ambil alih tetapi masih mengekalkan penyakit-penyakit lama..korupsi, nepotisme, kronisme..saya merasakan sekarang 'peradaban Islam diambil alih oleh orang lain (siapa?)..seperti di Indonesia, walaupun berjaya mengambil alih kerajaan dan agenda 'korupsi' menjadi agenda utama, tetapi selepas reformasi berjaya mengambilalih kerajaan..agenda korupsi masih gagal hingga kini.. "
Masih menjadi tanda tanya hingga sekarang, apa kaitan "Peradaban Barat" dengan topik perbincangan pertukaran kerajaan 16 September. Apakah yang cuba disampaikan oleh Naib Presiden PAS itu ?. Kenapa pula Naib Presiden PAS mengaitkan kegagalan reformasi 1998 di Indonesia yang gagal mentadbir negara walaupun berjaya mengambil alih kerajaan? Apa pula kaitan 'reformasi' di Indonesia mempunyai kaitan dengan Malaysia? Dan apakah pula, 'peradaban barat' juga mempunyai perkaitan dengan senerio politik Malaysia khususnya dalam rancangan pertukaran kerajaan, 16 September ?
Sesungguhnya banyak teka teki di sebalik kata-kata Naib Presiden PAS itu yang dilihat menggunakan kata-kata kiasan yang penuh dengan simbolik, tidak mahu berterus terang untuk menjaga hati rakan-rakan PR.
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustafa Ali pula, seolah-olah menongkah arus, beliau berkata hasrat Anwar menjadi PM dan menukar kerajaan pada 16 September hanya sekadar mimpi dan tidak menjadi kenyataan. “Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,” begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas “16 September” anjuran sebuah tv PAS di Kuala Lumpur pada 8 September 2008 Klik di sini dan di sini
Menariknya, "talk show khas", Pengarah Pilihanraya Pusat PAS itu dikendalikan oleh tiga instrumen penting PAS iaitu TV PAS, Harakah dan Siasah. Dibuat pula pada 8 September, bersempena 8 hari lagi 'menyambut 16 September' ?
Sesetengah pihak menganggap usaha penganjuran program itu sebagai 'program sabotaj' projek 16 September, kerana selain TV PAS menyiarkan rakaman penuh sebab-sebab ketidakberjayaan 16 September, Harakah (akhbar tabloid PAS) juga menyiarkan di muka depan bertajuk "16 September gagal ?" yang boleh dibaca oleh setiap ahli akar umbi PAS.
Ustaz Nik Abdul Aziz, Musyidul Am PAS pula begitu marah dengan rancangan talk show, Pengarah Pilihanraya PAS itu, terutamanya penggunaan akhbar tabloid Harakah yang mempublisiti kegagalan projek 16 September kepada akar umbi.
Sesetengah pihak berpendapat tiada untungnya promosi Projek 16 September, kecuali menyebabkan PAS berpecah kepada dua kem, pihak yang bersetuju dan pihak pihak yang menentang projek 16 September.
Pandangan blogger projek 16 September ?
Sekurang-dua tiga blogger yang tidak berparti begitu marah dengan projek 16 September itu. Faisal Tehrani menyuarakan rasa hatinya dalam artikel bertajuk "Menjelang Hari Fitrah Mendatang, Hentikanlah Perang Propaganda Ini". Tulis Faisal, "Dan kerimasan serta ketidakselesaan kita tidak dibantu oleh ahli politik yang telah kita pilih dalam pilihanraya Mac lalu. Kedua-dua belah pihak (mungkin lebih dari dua) terheret dalam perang propaganda yang menjejaskan tumpuan kerja kita, rakyat. Propaganda yang 'berkesiuran di langit politik' ini amat amat amat menjejaskan emosi, fokus, daya kerja dan mood rakyat biasa. Penat menunggu 16 September, dihadapkan pula penunggu baharu 9 Oktober..Menjelang kemunculan hari fitrah tidak lama lagi; sebagai seniman tidak berpihak, kita merayu - Hentikanlah perang propaganda ini."Klik di sini
Blogger, Ahmad Hadeed, dari blog Al Muslimin pula menulis, "Saya nasihat kepada Anwar , udah lah brother, tunggulah pru 13.Brother anwar boleh tanding parliament , kita letak poster brother besar besar atas poster DAP PAS dan PKR dan juga di dinding dan di jalan raya dan di tong sampah, jika brother bernasib baik , brother boleh jadi PM dengan secara ethical dan terhormat. Yang tak habis habis nak mengorat MP orang selepas 6 bulan PRU ini apa hal?...Kalau kamu meletakkan rakyat sebagai alasan kamu menjadi 'taufan menggila ini' maka percayalah rakyat tidak pernah memberi mandat kepada kamu untuk meneruskan teka teki ini berlarutan sehingga menjejaskan keamanan rakyat...PRU 12 adalah mandat rakyat memilih kerajaan yang di fikir terbaik dan the people has spoken well. It is time for you to respect the pru12 mandate and stop being too greedy...Rakyat tak pernah menyuruh kamu meruntuhkan the government of the day secara begini"Klik di sini
Al Muslimin adalah NGO Islam yang Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin dibina sebagai portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah. Matlamatnya untuk penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam.
Seorang lagi blogger bernama Cekka menulis artikel bertajuk "Anwar tiada hati-perut ! Kami pun nak beraya..". Tulisnya, "Mengikut kata Tian Chua.. 23 Sept tak jadi sebab Pak Lah memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tarikh peralihan kerajaan akan dianjakkan kepada satu tarikh baru.. 1 Oktober..Err.. bukankah hari tu Hari Raya Aidilfitri? Takkan lah parlimen hendak bersidang pada Hari Raya..Pada pendapat saya.. Anwar ini memang kaki kelentong, DEMI KUASA BUKAN UNTUK RAKYAT. Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.. adalah tidak patut sebagai seorang pemimpin untuk merentap keceriaan umat Islam pada hari tersebut dengan janji-janji politiknya.. lainlah kalau ‘target audience’ beliau orang bukan Islam.. Hari Raya Aidilfitri bukannya perayaan besar bagi mereka"Klik di sini
16 September projek siapa ?
Seolah-olah Projek 16 September, yang dicanang Anwar, tidak dibincang secara terperinci dalam mesyuarat PR. Banyak timbul salah faham, terutama di kalangan rakan kompenan sendiri terutamanya dari PAS.
Persoalannya jika projek yang begitu besar, untuk menumbangkan kerajaan, Anwar tidak bincang dengan rakan-rakan kompenan PR, adakah ini bermaksud Projek 16 September adalah idea Anwar seorang ?
Kalau hanya projek Anwar, mampukah Anwar menumbangkan kerajaan dan beliau seorang menjadi PM tanpa mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan PR ?
Ada sesetengah pihak, berpandangan Projek 16 September hanya 'acah-acah Anwar', tetapi acahan yang berlebihan hingga memakan diri.
Namun, kalau sekadar 'acahan', kenapa pula media asing berminat menyorot Projek 16 September, sedangkan sebelum ini media asing yang dikawal oleh Amerika amat berhati-hati memilih berita yang benar-benar tepat.
Apatah lagi cara Anwar melaung slogan 16 September dengan penuh yakin, kepada para penyokong, media tempatan dan luar negara, tidak menunjukkan sedikit pun riak Anwar berbohong. Beliau begitu yakin dengan ramalannya adalah benar. Seumpama ahli nujum, Anwar nampak begitu yakin dan tidak pernah dimulakan dengan perkataan "Insya Allah".
Anwar juga begitu yakin kejayaan Projek 16 September apabila bercakap dengan Jim Middleston (News Hours Australia) pada 22 April 2008. Begitu juga apabila bercakap dengan Al-Jazeera (101 East) pada 28 Ogos 2008,Anwar menyatakan keyakinan bahawa pada 16 September pasti akan berlaku peralihan kuasa kerana beliau mempunyai majoriti yang mencukupi.
Tetapi apabila Anwar gagal mengotakan janji membentuk kerajaan pada 16 September, sebulan kemudian, beliau dipanggil berwawancara dengan Bloomberg khusus mengenai post mortem sebab-sebab kegagalannya.
Bloomberg adalah sebuah syarikat media tersohor di Amerika yang dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Michael Bloomberg. Beliau juga merupakan Datuk Bandar New York yang pernah bekerja dengan syarikat Yahudi paling kaya di Amerika iaitu Salomon Brothers.
Bloomberg diperluaskan di peringkat antarabangsa, termasuk pejabat-pejabat di Eropah, Asia, Amerika Latin dan Australia. Pada tahun 1990 Bloomberg melancarkan bahagian perkhidmatan berita. Berita Bloomberg (pada mulanya dikenali sebagai Bloomberg Business News) mempunyai kakitangan seramai 2,000 dan menyediakan maklumat kepada kira-kira 350 buah akhbar dan majalah-majalah seluruh dunia, termasuk Economist The, The New York Times dan USA Today.
Dalam wawancara Anwar dengan Bloomberg pada 28 Oktober 2008 itu, Anwar telah menjelaskan sebab-sebab secara panjang lebar sebab kegagalannya menubuhkan kerajaan pada 16 September. Kadang kala jawapan Anwar berulang-ulang dengan hujah yang sama dan seperti tidak masuk akal.
Anwar juga mengambil kesempatan menjelaskan desakan "kawan-kawan dari luar negara" melalui wartawan Bloomberg itu.
Anwar sendiri mengakui, "kawan-kawannya di luar negara" telah bertanyakan kepadanya 'kenapakah Anwar harus menulis surat kepada PM, sedangkan beliau dakwa telah mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan?'
Anwar menjawab sistem di Malaysia tidak sama dengan negara lain (termasuk Amerika Syarikat), melibatkan kuasa PM untuk memanggil sidang parlimen tergempar dan peralihan kuasa. Kesimpulannya seperti kata Anwar, proses perpindahan kuasa melibatkan banyak prosedur yang perlu dikuti dan bukanlah sesenang yang disangkakan.
Ketika di akhir interbiu itu, sekali lagi wartawan Bloomberg bertanya, sebelum dia melepaskan Anwar, dia ingin meminta komitmen dengan Anwar, bilakah pula tarikh baru yang Anwar boleh janjikan untuk membentuk kerajaan baru ?
Inilah kali pertama Anwar menggunakan perkataan awal "Insya Allah", sebelum menjawab soalan berkenaan tarikh baru itu.
Kata Anwar, "Saya akan..Insya Allah..saya akan buktikan kepada mereka (kawan-kawannya di luar negara), saya ada bilangan yang mencukupi..dan negara ini perlu kepada perubahan.."
AIDC 16 November 2008
Kronologi tawaran Anwar menjadi PM
14 April 2008, Ceramah Anwar di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur : Anwar berkata keyakinannya untuk memasuki Putrajaya dalam masa terdekat. Beliau berkata di hadapan penyokongnya, angka rasmi Pakatan Rakyat adalah 82. Itu angka rasmi katanya. Katanya masih ramai angka tidak rasmi daripada BN yang sanggup melompat parti khususnya di Sabah dan Sarawak. Beri masa kepadanya, kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau tidak April, Mei atau Julai, katanya.
22 April 2008, temuramah Anwar dengan Jim Middleston (News Hours Australia). Beliau sekali lagi ditanya oleh media itu tentang pertukaran kerajaan. Anwar dengan penuh yakin berkata pasti akan berlaku kerana semakin ramai ahli parlimen BN yang semakin yakin dengan PR. Beliau sedang dalam proses rundingan, katanya.
23 April 2008, Anwar dakwa beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini. Klik di sini
8 Jun 2008, Anwar berkata bilangan sudah mencukupi dan peralihan kuasa untuk menubuhkan kerajaan baru mengikut sepertimana yang dijadualkan, katanya dalam sidang media Anwar di Pejabat PKR di Petaling Jaya.
30 Jun 2008, kenyataan Anwar di luar Kedutaaan Turki. Beliau berkata laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan adalah usaha terdesak kerajaan untuk menghalangnya mengambil alih kerajaan. Dakwanya semua ini konspirasi politik hingga beliau terpaksa berlindung di kedutaan asing. Katanya lagi, jika tidak serangan begini (laporan polis bekas pembantunya), minggu ini (Jun) beliau akan isytiharkan seramai 4 org ahli BN akan menyertai PKR.
28 Ogos 2008 Temuramah Anwar dengan Al-Jazeera (101 East) Anwar yakin bahawa pada 16 September pasti akan berlaku peralihan kuasa kerana beliau mempunyai majoriti yang mencukupi. Beliau tidak boleh mendedahkan nama buat masa sekarang dengan alasan keselamatan.
31 Ogos 2008, Anwar dakwa beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat. Beliau dakwa telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat. Klik di sini
4 September 2008, Mohamad Sabu, Naib presiden PAS, parti PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini. "Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini. Klik di sini
7 September 2008, Portal Indonesia, Kompas.com, menyiarkan kenyataan Anwar beliau akan menjadi PM pada 16 September dan akan menggulingkan PM Abdullah. Katanya “Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta, Sabtu (6/9)".Klik di sini
8 September 2008 Anwar mengesahkan kepada wartawan di Kuala Lumpur bahawa seramai 32 Ahli Parlimen BN sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, Kata Anwar, “Kita membincangkan perkembangan yang berlaku… kami memfokus mengenainya (sasaran 16 September)...kami berbincang dengan PAS dan DAP tadi,” Klik di sini
8 September 2008, Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tidak yakin mimpi Anwar menjadi kenyataan pada 16 September ini. “Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,” begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas “16 September” anjuran sebuah tv PAS di Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini
11 September 2008, perbalahan dalaman PAS antara Ustaz Nik Abd Aziz dengan Mustafa Ali mengenai isu 16 September. Klik di sini
12 September 2008, Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dan 5 wakil PKR dihantar ke Taiwan untuk memujuk ahli BN dari Sabah dan Sarawak untuk melompat parti masuk PKR. Tian Chua kata beliau amat yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku pada 16 September.
13 September 2008, Anwar berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia, dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR.Klik di sini
15 September 2008, Anwar kata bahawa beliau telah hantar surat kepada Perdana Menteri. Menurut Anwar, kandungan surat tersebut menyatakan Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan baru. Beliau berkata kepada para penyokongnya dalam ceramah di Stadium Kelana Jaya, Selangor.
16 September 2008 Anwar ditanya mengenai pertukaran kerajaan oleh wartawan dalam sidang akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya. Anwar kata bilangan ahli parlimen yang akan melompat parti sudah melebihi 31. Anwar ditertawakan oleh para wartawan kerana sehingga ke hari kejadian, Anwar gagal membuktikan kata-katanya benar.
18 September 2008, Anwar ditanya oleh para penyokongnya bilakah akan ambil alih kerajaan, di sidang media di pejabat PKR PJ. Wakil yang bertanya adalah Haris Ibrahim dari Bar Council. Anwar menjelaskan bilangan sudah mencukupi dan beliau telah mendesak kerajaan untuk memanggil persidangan parlimen tergempar pada 23 September bagi membolehkan beliau membuat undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan mengambilalih kerajaan.
23 September 2008 - permintaan beliau mengadakan sidang tergempar ditolak oleh PM, pada tarikh itu parlimen tidak bersidang kerana bulan puasa. Lagipun kata PM parlimen bakal bersidang tidak lama lagi iaitu pada 13 Oktober.
23 September 2008, Tian Chua, Ketua Penerangan PKR membuat kenyataan media mengatakan peralihan kerajaan akan berlaku pada 1 Oktober (pada hari raya Aidil Fitri). Klik di sini
25 September 2008, Anwar menegur Tian Chua dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR di Pejabat PKR, PJ.Tian Chua turut ditegur oleh Anwar kerana memberikan kenyataan kepada media tanpa merujuk kepimpinan parti terlebih dahulu.
1 Oktober 2008, tiada sebarang pertukaran kerajaan dan umat Islam menyambut hari raya Aidil Fitri dengan kegembiraan.
8 Oktober 2008, Anwar dakwa telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi PKR di rumahnya Bukit Segambut bagi membincangkan strategi-strategi baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.
10 Oktober 2008, Anwar berkata tarikh baru bentuk kerajaan sebelum hari raya Aidil Adha. Beliau berkata semasa berceramah di Padang Majlis Perbandaran Kota Baharu, Kelantan.
13 Oktober 2008 - Parlimen Sidang parlimen bermula - Tiada sebarang undi tidak percaya dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di parlimen. Ketika ditanya oleh para wartawan, kenapa tiada usul undi tidak percaya ke atas PM, sedangkan beliau juga yang menggesa agar diadakan sidang parlimen khas pada 23 September lalu. Anwar menjawab, sekarang bukan masanya, sekarang masanya beliau menumpukan kepada perbahasan bajet 2009.
21 Oktober 2008, Nurul Izzah buat kenyataan peralihan kerajaan akan berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 iaitu pada tahun 2012. Kenyataan dibuat dalam sidang media di rumah ayahnya (Anwar) di Bukit Segambut. Klik di sini
24 Oktober 2008, Anwar berkata beliau tidak akan meramalkan tarikh baru peralihan kerajaan dalam sidang media di bangunan parlimen."Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009. Klik di sini
28 Oktober 2008, Anwar menjelaskan sebab-sebab kegagalannya menubuhkan kerajaan pada 16 September kepada wartawan Bloomberg. Anwar dakwa 'sahabat-sahabat'nya di luar negara bertanyakah, kalau sudah mempunyai bilangan ahli parlimen mencukupi, kenapa perlu berunding lagi dengn PM. Anwar menjawab, keadaan di Malaysia berbeza, banyak prosedur yang perlu dipatuhi, beliau berjanji akan membuktikan kepada 'sahabat-sahabat' di luar negara, bahawa beliau akan berusaha untuk menukar kerajaan dalam masa terdekat, tetapi tidak menamakan tarikh spesifiknya.