AIDC BLOG: Artikel tulisan AIDC
Showing posts with label Artikel tulisan AIDC. Show all posts
Showing posts with label Artikel tulisan AIDC. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Anwar menolak ulama?

Oleh: AIDC

Pergolakan PAS menjelang muktamar PAS Jun ini, sehingga terpecah kepada dua jalur, kem ulama dan Erdogan, turut dikaitkan dengan peranan Anwar Ibrahim. Buat pertama kalinya kem ulama dikatakan takut status quonya dihapus dan seminar sehari anjuran ulama PAS pada 23 Mei, di Markaz Tarbiyah PAS Gombak, ditafsirkan sebagai senjata berkempen saat-saat akhir.

Seperti biasa portal Malaysiakini.com melaporkan seminar sehari itu dengan nada negatif. Portal itu sudah menghukum seminar itu sebagai medan untuk 'membasuh minda' kem ulama akibat asakan sengit daripada kem Erdogan, walaupun seminar belum diadakan.

Cara sorotan fokus berita Malaysiakini pula amat ghairah mengaitkan kem ulama dengan kumpulan pro-muqabalah dengan UMNO. Portal itu berusaha menanam mind setting pembacanya (terdiri daripada bukan Melayu dan golongan profesional Melayu) bahawa kem ulama adalah kem yang pro - UMNO. Ini adalah satu proganda jahat yang mempunyai matlamat tertentu. Klik di sini

Nama-nama yang disenaraikan sebagai kem ulama adalah Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), ustaz Haron Taib (bekas Ketua Dewan Ulama), ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden PAS, ustaz Hashim Jassin (Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), ustaz Mohamad Daud Iraqi (ketua Dewan Ulama) dan Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Dua nama lagi yang dikaitkan dengan kem ulama adalah Nik Abduh (anak Nik Abdul Aziz) dan Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Klik di sini


Istilah "Erdogan" sentuhan Anwar ?

Istilah "Erdogan" dipopularkan oleh blog anti-Husam (www.anti-husam.blogspot.com) yang dibina kira-kira April 2008. Klik di sini

Walaupun sesetengah blogger cuba mempopular istilah lain, misalnya, Mohd. Sayuti Omar (MSO) memperkenalkan istilah "ProLib" (pro-liberal) namun istilah "Erdogan", lebih popular dan diterima umum.

Bermakna individu yang memperkenalkan istilah ini sudah memikirkan semasak-masaknya istilah apa yang paling sesuai untuk menggambarkan wujudnya satu kabilah dalam PAS yang berusaha untuk menentang kepimpinan ulama itu.

Bagi blog anti-husam, istilah "Erdogan" merujuk kepada kumpulan PAS yang berketuakan kepada Anwar Ibrahim. Kumpulan ini diketuai oleh Husam Musa (Naib Presiden PAS).

Tulis blog itu : "Anwar mula membuat "homework"nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau "pegang". Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar "Al-Juburi") dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala' kepada PAS).

Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri)"


Tulis blog itu lagi; " Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan "Erdogan" dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO.

Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka - iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO.

Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS.

Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka"


Kumpulan Erdogan yang dimaksudkan oleh blog itu adalah menyokong aliran pemikiran Husam Musa dan Anwar Ibrahim yang terdiri daripada; Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS), Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat), Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat), Salahudin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat), Mujahid Yusuf (Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat), Dr. Lo'Lo' Ghazali (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr Siti Mariah Mahmud (AJK Dewan Muslimat PAS Pusat), Khalid Samad (Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor), Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Hanifa Maidin (Timbalan Task force Kajian isu & daftar pemilih PAS)

Kumpulan Erdogan ini telah melakukan perang saraf ke atas kumpulan ulama dengan pelbagai gelaran termasuk 'proksi UMNO', 'lembab', 'tidak pandai berpolitik'dan pelbagai gelaran negatif lagi.

"Cukup kurang ajar, biadab dan tiada akhlak. Langsung tiada rasa hormat kepada Timbalan Mursyidul Am PAS (Dr Haron Din). Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal yang boleh bersekongkol dengan konsert orang tunjuk bontot. Al-Quran dan AlHadis makin lama makin jauh daripada mereka" Klik di sini


"Diantara yang menjadi balaci dan budak suruhan Husam dan geng erdogannya untuk menyerang Dato' Pa (Mustafa Ali) ialah Khalid Samad yang telah menyerang Dato' Pa melalui beberapa artikel di dalam blognya. Mungkin khalid tak sedar jasa Dato' Pa terhadap beliau ataupun mungkin mereka diajar untuk tidak mengenang jasa. Mereka sanggup menyerang sesama sendiri secara terbuka demi menyelamatkan "orang luar". Pelbagai usaha, desakan dan tekanan dikenakan ke atas Dato' Pa dengan harapan beliau akan melepaskan kerusi Pesuruhjaya PAS Trengganu dan Ketua Pengarah JPPP" Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) dan Husam Musa (paling kanan) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar


Kumpulan Erdogan ini juga merupakan master mind yang menyokong projek 16 September 2008. Pengarah projek 916 adalah Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan anak buah Anwar Ibrahim dan Husam Musa. Mereka sering bermesyuarat bersama Anwar siang malam, namun projek itu akhirnya menemui kegagalan. Klik di sini


Ada apa dengan Erdogan ?

Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul


Erdogan merujuk kepada nama Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Beliau merupakan 'sahabat baik' kepada Anwar Ibrahim, sejak Anwar bermastautin di Washington pada tahun 2005 hingga sekarang.

Tulisan Mohd Yusmadi Yusof, (bekas fellow Hubert H. Humphrey, Washington D.C merangkap pembantu khas Anwar) menceritakan secara jelas hubungan akrab antara Anwar, Recep Tayyip Erdogan dan Paul Wolfowitz.

Dalam tulisannya bertajuk "Doa dua sahabat untuk keamanan sejagat" (klik di sini), Yusmadi yang sekarang ini Ahli Parlimen PKR Balik Pulau menulis :

"Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki" (perenggan 1 & 2)

"Dewan O'Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut" (perenggan ketiga)





" Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya" (perenggan keempat)

Membaca nukilan ikhlas daripada pembantu Anwar ini, secara jelas menunjukkan Recep Tayyip Erdogan menghormati Anwar Ibrahim, bukan kerana Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi Tayyip Erdogan menganggap Anwar adalah "budak Washington" yang merupakan sahabat karib kepada Zionist, Paul Wolfowitz. Klik di sini dan di sini di sini dan di sini


Tayyip Erdogan mahu mendapatkan naungan Presiden Bush dan untuk masuk ke pintu White House mestilah melalui "budak Washington" dan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan orang paling kepercayaan Bush yang menjawat sebagai Presiden Bank Dunia.

Barangkali Paul Wolfowitz dan Presiden Bush menugaskan Anwar sebagai 'orang perantaraan' (budak Washington) antara Amerika dengan Turki sebagai menjaga sensitiviti umat Islam. Anwar pula menterjemahkan arahan Presiden Bush itu dengan mengangkat dirinya manusia hebat untuk diwar-warkan oleh penyokongnya sebagai 'konsultan kerajaan Turki.' Walhal pandangan pandangan Presiden Bush, Wolfowitz, Recep Tayyip Erdogan kepada Anwar, tidak lebih sekadar 'budak Washington'


Sebab itu ketika Turki ditolak menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), Tayyip Erdogan berdiam diri, sebaliknya Anwar bangkit mengecam Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang didakwa sebagai dalang penghalangnya.

Suara lantang Anwar bukan mewakili Malaysia, sebaliknya mewakili suara Washington yang bermusuh dengan Presiden Peranchis itu. Sebenarnya Washington mahukan Turki dimasukkan ke dalam EU sebagai mata dan telinga Amerika, tetapi taktik Amerika itu sudah dapat dihidu oleh anggota EU yang lain.

"Kita memerlukan pemimpin seperti Erdoğan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel " kata Anwar Ibrahim. Klik di sini

Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life Amerika, peranan Anwar sebagai 'budak Washington' yang menjaga Turki semakin ketara.

"Keputusan Perdana Menteri, Erdogan [Turki] untuk bertemu Hamas adalah satu peristiwa penting, tetapi di AS ianya dilihat sebagai satu jenayah yang besar. Jenayah apa? Biarkan mereka bertemu dan berbincang dengan Hamas. Adakah kita tahu apakah yang berlaku dalam mesyuarat- mesyuarat tersebut?

Hakikatnya, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.

Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah bahagian dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”

Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman."
Klik di sini


Malah isu Recep Tayyip Erdogan yang didakwa telah 'memalukan' Shimon Perez, semasa persidangan di Davos baru-baru ini adalah sebagai strategi untuk mengangkat imej Turki. Idea ini diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Tiga minggu sebelum berlangsungnya persidangan di Davos, Anwar (budak Washington) telah dijemput oleh Recep Tayyip Erdogan untuk memberi idea bagaimanakah untuk mendapat 'saham' daripada persidangan tersebut.Klik di sini

Sebab itu Faisal Tehrani (blogger muda pro PAS) menulis isu Erdogan-Perez tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. Klik di sini

Tulis Faisal : "Ramai orang bertanya kepada saya (kerana pengalaman saya menetap di Nevsehir, Turki untuk satu tempoh yang agak lama) apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?

Jawapan saya: 'Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.'

Sekali lagi, saya akan menyatakan: 'Jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong 'road map' bikinan Amerika dan Zionis"


Kesimpulannya Recep Tayyip Erdogan menggunakan "Islam" sebagai daya tarikan untuk mempopularkan dirinya tetapi dalam masa sama mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel dan Amerika. Di belakang Recep Tayyip Erdogan adalah budak Washington bernama Anwar Ibrahim.

Kalau begitu, bagaimana pula dengan kumpulan Erdogan di Malaysia ? Bukankah di belakang Erdogan PAS adalah orang sama iaitu "budak Washington" bernama Anwar Ibrahim ?


Kaitan Erdogan dengan Malaysiakini.com

Keghairan portal Malaysiakini.com menjulang nama "Erdogan" sebagai watak positif serta memberi imej negatif kem "ulama" PAS sebagai pro UMNO tentulah bersebab.

Portal itu sendiri termasuk dalam senarai grand design pembentukan kem Erdogan yang bermesyuarat di Turki pada April 2006.

Teresa Kok (DAP) mendedahkan di blognya (klik di sini) Stevan Gan (ketua editor Malaysiakini) terlibat sama dalam perhimpunan anjuran World Movement for Democracy (WMD), National Endowment for Democracy (NED) (keduanya yayasan Amerika) di Istanbul Turki.


Teresa Kok sedang berbincang dengan Anwar di Turki. Ketika itu Anwar bermastautin di Amerika Syarikat, sebagai pensyarah jemputan di Center for Muslim and Christian Understanding(CMCU), Universiti Georgetown.

Recep Tayyip Erdogan, Anwar Ibrahim dan Kim Campbell (Secretary-General, Club of Madrid) merupakan pengucap utama dalam program yang bertema "Demokrasi, Keadilan dan Pluralisme"

Pada Amerika, takrif "Demokrasi" adalah sinonim dengan "pluralisme". Tetapi Anwar terjemahkan di Malaysia "Demokrasi" adalah perjuangan kebebasan pilihanraya yang adil dan media yang telus, walhal takrif sebenar "demokrasi" yang difahami oleh masyarakat Amerika lebih luas daripada itu.

Nama Stevan Gan turut disenaraikan sebagai ahli forum,(klik di sini) manakala nama Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (wakil PAS) disenaraikan sebagai peserta.Klik di sini


Peserta Malaysia yang dihantar Anwar ke Turki : Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (Keadilan) dan Teresa Kok (DAP)


Anwar Ibrahim menyampaikan ucap utama dalam program NED di Turki.




Blogger NTanwar mendedahkan model Islam Erdogan Malaysia ditiru daripada Erdogan Turki iaitu jenama "Islam" hanya sebagai objek menarik undi, tetapi yang lebih penting adalah 'persefahaman antara Muslim dan Kristian' sepertimana yang disimbolkan di bekas Masjid Hagia Sophia, Istanbul. Klik di sini

Pemandangan di kubah Hagia Sophia, Turki yang melambangkan pluralisme antara Islam dan Kristian. Terdapat kalimah Allah dan Muhamad di dinding dan di kubah terdapat lukisan Mother Mary dan Little Jesus.


Memang tidak menghairankan jika Malaysiakini.com berusaha memberi watak hitam kepada kem ulama, kerana portal itu termasuk sebagai senjata saraf Anwar yang dibiayai oleh George Soros.

Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) Tian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Pramesh Chandra (empat sekawan dari universiti Australia) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan 'justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance' yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.

Sponsor utama portal itu adalah Open Society Institute (OSI) milik korporat Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini

George Soros (Open Society Institute) bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)


Dalam laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk "Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism", (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).

Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, pula mendakwa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikaitkan dengan OSI milik Soros.

Jadi semakin jelas perkaitannya dengan Anwar. Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR. Elizabeth Wong adalah Ketua Penerangan Wanita PKR. Stevan Gan merupakan panelis NED yang dijemput ke Turki dan Pramesh Chandran adalah pegawai kewangan Malaysiakini.com yang mendapat tajaan George Soros.

Anwar pula pernah didakwa menjadi alat kepada spekulator wang George Soros, ketika menjadi Menteri Kewangan sehingga menyebabkan krisis ekonomi di Malaysia 1998. Malah sampai sekarang Anwar masih berkhidmat dengan badan tajaan George Soros yang dinamakan International Crisis Group (ICG). Klik di sini


Betulkah Anwar berhasrat tolak ulama ?

Blog anti-Husam telah memberi isyarat jelas. Tulisnya, "Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal"

Salah satu ciri mengenali fikrah penganut "Islam Liberal" adalah trend mereka berkompromi antara Islam dan Kristian. Anwar adalah pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgetown, Amerika. Anwar juga penerima anugerah 'pluralisme' (persamaan antara agama) oleh universiti Kristian St Ateneo University, Manila.

Khalid Samad ahli parlimen PAS Shah Alam merupakan tokoh PAS pertama yang berkunjung ke Gereja Divine Mercy, Shah Alam sebaik sahaja menang PRU 12. Seperti kata paderi Gereja Divine, beliau bukan mengundang Khalid untuk datang ke gereja, sebaliknya Khalid sendiri yang beriya-iya menawarkan diri. Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad pula merupakan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat yang bersuara lantang di parlimen membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada penganut Kristian, meskipun dibantah oleh ustaz Taib Azamuddin (ahli Parlimen PAS Baling). Sudah terang lagi bersuluh pandangan bekas Imam Besar Masjid Kuala Lumpur, tetapi Khalid dan Dr Zulkifli masih berdegil mempertahankannya. Klik di sini

Ciri kedua mengenali pemikiran Islam Liberal adalah 'kecelaruan minda antara campuran Al Quran dan Falsafah Barat'. Al Quran dicampuraduk dengan falsafah Barat untuk proses pe'liberal'an sehingga akhirnya Al Quran hanya dilihat mengikut kaca mata Barat.

Tokoh-tokoh John Locke, Amartya Sen, Edward Said, Adam Smith, Thomas Jefferson disebut berseli seli dengan ayat-ayat Al Quran. Pada akhirnya kata-kata falsafah Barat menjadi pegangan utama, lebih penting daripada kata-kata Al Quran.

Adian Husaini, pengkaji Islam Liberal Indonesia merumuskan Islam Liberal muncul akibat pengaruh belajar dari orientalis yang berniat menghancurkan Islam secara halus. Klik di sini

Beliau juga mempertikai pemilihan Raden Kartini sebagai ibu pertiwi Indonesia, kerana di belakang Kartini jelas terdapat sentuhan orientalis bernama Snouck Hurgronje. Klik di sini







Anwar sendiri semasa berceramah di Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (SHURA) pada 2006, mengakui beliau tergolong dalam "pemikiran liberal".

Dalam ucapannya dipenuhi dengan kata-kata falsafah Barat. Bahkan, Anwar turut memperlekeh semua ulama pada hari ini termasuk SHURA yang tidak bertegas mempertahankan pluralism antara agama.

Anwar meletakkan pendapat-pendapat ahli falsafah Barat sebagai sumber kekuatan hujahnya dalam menjustifikasi perlunya semangat tolenrasi dan pluralisme antara agama.

Walaupun hujah Anwar dipenuhi dengan bahasa bombastik dan berkias namun jelas terpancar misi Islam Liberal yang menuntut agar Al Quran diterjemahkan semula.

Hujah Anwar berdasarkan pendapat Edward Said yang 'terkesan' membaca Al Quran dari sudut 'humanist' (istilah yang sering digunakan oleh kumpulan Islam Liberal).

Walaupun Edward Said 'terkesan' dengan 'makna' Al Quran secara 'humanist' (kemanusiaan) tetapi beliau masih kekal sebagai penganut Kristian Protestan. Klik di sini dan di sini

Pada 1 Disember 2005, di New York, Anwar berterus terang kepada pemikir Amerika tentang bentuk kepimpinan PAS yang diperlukan di Malaysia.

"Dalam pengalaman saya yang terhad, dengan Parti Islam (PAS), kami dikenali sebagai penyokong kuat "undang-undang Islam", juga sebuah "Negara Islam". Sekarang, "Negara Islam bukan lagi agenda kami, kata Anwar dalam program anjuran the National Endowment for Democracy (NED) kepunyaan Carl Gershman, seorang Yahudi yang menerajui yayasan demokrasi Amerika.




Macam mana, Anwar yang tidak menjadi ahli PAS boleh bercakap seolah-olah mewakili parti PAS. Anwar penuh yakin pada tahun 2005, PAS akan gugurkan slogan "Negara Islam" dan keyakinan Anwar berasas apabila pada tahun 2008, PAS telah menggugurkan slogan "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan".

Bagaimana Anwar tahu perancangan PAS secara terperinci ? Adakah proksi Anwar di dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) dan Husam Musa (Naib Presiden PAS) melaporkan setiap perkembangan PAS kepadanya ?

Berkenaan Turki pula, Anwar secara keras mengkritik kepimpinan sistem Khalifah Uthamaniyah yang didakwanya lembab, bertindak kejam dan tidak berhati perut.

Anwar memuji Abdul Rehman al-Kawakibi yang berani mengkritik Empayar Uthmaniyah, Turki. Anwar juga kagum dengan Riffat Tatawi yang menulis buku “An Imam in Paris”.

Pujian secara berseloroh itu menunjukkan rasa kagumnya dengan 'pencerahan Eropah dan Barat".

Kata Anwar "ia mengingatkan saya dengan sebuah filem Hindi yang hebat, “An Evening in Paris”, atau mungkin lakonan Marlon Brando, (seorang gay) “Last Tango in Paris”. Atau penerangan jelas Taha Hussein (tokoh Islam Liberal) dalam “The Future of Egyptian Culture" (Masa Depan Budaya Mesir). Dan surat Puteri Jawa, Raden Kartini (tokoh Islam Liberal) pada abad ke-19, “From Darkness to Light" (Dari Gelap kepada Cahaya).





Semua nama yang Anwar kagum di atas termasuk Abdul Rehman al-Kawakibi, Riffat Tatawi, Taha Hussein dan Raden Kartini, semuanya tokoh yang dilabel sebagai 'penyuluh' Islam Liberal ke dalam dunia Islam.

Abdul Rahman Al Kawakekibi (1271-1902) dianggap 'Bapa Reformis Moden Dunia Arab' oleh orientalis Barat. Beliau berusaha menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah melalui penulisan buku dengan memperburukkan pemeritahan Khalifah serta melaga-lagakan antara penganut Kristian dengan Islam. Salah satu bukunya yang popular bertajuk "Ummul Qura" (Mother of Towns).

John Esposito (guru Anwar) telah memasukkan nama Abd al Rahman al Kawakibi dalam "The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World", John Esposito (ed.), Vol. 2 (New York: Oxford University Press, 1995): 405-406).

Pihak Amerika pula menjulang nama Al Kawakebi sebagai "hero demokrasi" dengan menubuhkan "Al Kawakibi Democracy Transition Center" (KADEM) yang dibiayai oleh Middle East Partnership Intiative (MEPI) dan United States Department. Klik di sini

Jasa terbesar Al Kawakebi ke atas dunia Islam adalah meruntuhkan 'Sistem Khalifah Uthmaniayah' yang menjadi benteng terakhir Islam di Turki dan memunculkan Mustafa Kamal Artatuk yang memperkenalkan sistem sekular berasaskan Demokrasi dan Pluralisme. Klik di sini dan di sini




Berkenaan Mustafa Kamal Artatuk, Anwar tidak mengkritik keras sebagaimana beliau mengkritik Khalifah Uthmaniyah. Anwar hanya menegur tafsiran salah Kamal Artatuk yang menafsir 'sekular sebagai anti-agama'.

Menurut Anwar sekular tidak anti agama. Tafsiran sekular Kamal Artatuk melebihi tafsiran sekular di Amerika Syarikat. Sekular di Amerika tidak anti agama, cuma memisahkan peranan negara dengan gereja sahaja.

Ironisnya kebanyakan ulama PAS amat bersimpati dengan kejatuhan Khalifah Uthamaniyah di Turki. Mereka tidak memuji golongan seperti Al Kawakebi yang menjadi tali barut Barat untuk memusnahkan Islam.

Bagi mereka kemunculan Mustafa Kamal Artatuk adalah pengkhianatan terbesar kepada dunia Islam yang berjuang atas slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan.


AIDC
17 Mei 2009, 12. 44 pagi.


Artikel lain berkaitan :

. Memahami serangan anai-anai Erdogan II

. Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?

. Anwar Ibrahim : Ke mana Haluan Perjuangan Islam

. Skandal Foto Bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

. Video NED : Anwar Ibrahim pro Israel ?

. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saturday, April 18, 2009

Anwar Ibrahim & Projek Islam Liberal Malaysia?




Oleh : AIDC

Islam Liberal mungkin masih baru di Malaysia. Tetapi bukan perkara baru di Indonesia dan Turki. Di Indonesia, hampir berpuluh-puluh buku diterbitkan mendedahkan, membongkar dan menentang Islam Liberal, namun begitu, semakin dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di negara itu. Klik di sini


Mengapa arusnya sangat kencang ? Bukan kerana faktor karisma Gus Dur, bukan kerana Nurcholish Madjid atau Dr Azyumardi Azra atau Ulil Abshar Abdalla (sekadar sebut beberapa tokoh).

Tetapi faktor utamanya kerana lembaga besar yang sedang mengepam sumber kewangan yang juga sangat besar. Lembaga itu berpaksi di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, mengepam dana melalui lembaga bernama Asia Foundation, RAND Corporation, CIA dan USAID disalur kepada institusi tempatan bernama JIL (Jaringan Islam Liberal). Dana yang besar itu akan menambahkan lagi karisma Gus Dur, Nicholish Majdid atau Ulil Abshar Abdalla. Klik di sini dan di sini dan di sini

Dana yang besar itu akan menjadikan Gus Dur aktif dengan Wahid Institute, Nicholish Madjid berjaya dengan Universiti Paramadina dan Ulil Abshar Abdalla pula ghairah dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Tanpa dana dari luar, semua institusi yang diketuai oleh tokoh-tokoh Islam Liberal itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

Dr. Greg Barton, pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia. Tesis PhDnya pun berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia.

Maknanya dia bukan sekadar pengkaji, tetapi juga pendokong dan pendorong kerana satelit Islam Liberal berpusat di Universiti Harvard,(The Pluralisme Project), klik di sini dipancar ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.


Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya "Liberal", tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah. Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka. Klik di sini dan Klik di sini

Paling menarik, Indonesia yang diancam hebat dengan virus Islam Liberal inilah yang dinobatkan Anwar sebagai "Model Terbaik Dunia Muslim". Ironis pemikiran Anwar, beliau tidak menyorot tentang bahaya Islam Liberal, seperti yang dilihat oleh kebanyakan pencinta gerakan Islam lain, sebaliknya, beliau melihat kemunculan Islam Liberal itu sebahagian proses 'reformasi' dan 'transformasi', ke arah 'demokrasi Islam' yang beliau angkat sebagai 'model terbaik' di dunia muslim.

Anwar Ibrahim bersama Dr Greg Barton



Adakah Anwar Ibrahim juga pendokong Islam Liberal ?

Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire. Tokoh - tokoh ini dipanggil 'Religious Enlightenment' (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain. Klik di sini

Umumnya Anwar amat menitikberatkan tentang frasa, kosa kata dan nama tokoh yang bakal disebut dalam ucapan atau tulisannya. Anwar amat peka, setiap pemilihan kosa kata atau nama tokoh akan memberi kesan mendalam kepada khalayaknya.

Misalnya dalam program Dialog Asian Renaissance (anjuran IKD di Tasik Kenyir, Terengganu 2007) membahas semula gagasan pembaharuan berasaskan John Locke dan Russeau. Klik di sini dan di sini

Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movementfor Democracy di Istanbul, Turki (April 2006)juga memetik falsafah tokoh John Locke.

Dalam ucapan itu Anwar mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, tetapi menurut Anwar keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi juga sesuai di dunia Muslim. Klik di sini

Anwar menulis dalam Journal of Democracy (Oktober 2007) bertajuk "Anwar Ibrahim on freedom, democracy and the rule of law ". Dalam tulisannya Anwar memetik pendapat John Locke yang membenarkan individu menentang kerajaan sekiranya kerajaan menyekat hak kebebasan asasi. Dalam tulisan itu Anwar secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika. Klik di sini

John Locke adalah seorang ahli falsafah Barat, beragama Kristian, dikenali sebagai ahli falsafah Liberalisme moden abad ke-17.

Menurut Locke, konsep liberalisme bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Konsep Liberalisme ini dipanjangkan kepada agama menjadi Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama). Klik di sini

Begitu juga dengan pemikiran Adam Smith. Anwar sering menggunakan hujah tokoh falsafah barat ini ketika berucap atau menulis berkaitan dengan ekonomi dan agama.

Ketika berforum dengan Emma Rothchild [keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?] dalam 'Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy', 2007, Anwar menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran 'Adam Smith' yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.

Adam Smith adalah bapa pencerahan Scotland (Scottish Enlightenment) yang dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapitalisme. Adam Smith mengamalkan fahaman "Deisme" iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) serta menolak konsep alam ghaib, wahyu, dan mukjizat.

Menariknya dalam forum itu, Anwar bersetuju dengan gesaan Muhammad Iqbal (salah seorang tokoh Islam Liberal) agar umat Islam membuka pintu ijtihad yang seakan-akan telah ditutup dan dengan pembukaan semula pintu ijtihad Anwar berpendapat umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Klik di sini


Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kumpulan Islam Liberal adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US. Klik di sini .

Antara bukunya yang paling popular adalah 'Liberal Islam: A Source-Book', merumuskan konsep Liberal Islam adalah peniruan daripada konsep 'Western liberalism' yang memperjuangkan pemisahan kuasa antara gereja dengan kerajaan, demokrasi, hak kebebasan wanita dan kumpulan minoriti, kebebasan berfikir serta kemajuan ketamadunan manusia. Klik di sini


Di dalam pengumpulan data yang dibuat oleh Charles Kurzman berkenaan tokoh-tokoh Islam Liberal, dia turut menyenaraikan nama Anwar Ibrahim (Malaysia) sebagai salah seorang pendokongnya, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India) dan Fethullah Gülen (Turki). Klik di sini dan di sini

Sementara itu tokoh-tokoh Islam Liberal lain yang turut disenaraikan antaranya; S.M. Zafar (Pakistan); Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar (Malaysia), Ali Shari`ati (Iran), Mohamed Arkoun (Algeria-France), Abdulkarim Soroush (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain.

Manakala badan-badan yang memperjuangkan Islam Liberal, Charles senaraikan antaranya; CSID (Center for the Study of Islam and Democracy, USA; ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia), Indonesia; IIIT (International Institute for Islamic Thought), USA dan Malaysia; ICIP (International Center for Islam and Pluralism), Indonesia; MFI (Minaret of Freedom Institute), USA; Muslim WakeUp!, USA dan lain-lain. Klik di sini

Lebih menarik lagi, sebahagian besar senarai badan yang disenaraikan oleh Charles itu mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim. Misalnya, Anwar merupakan antara pengasas IIIT USA dan pengasas IIIT di Malaysia. Anwar juga penggerak utama dalam CSID yang beliau telah dianugerahkan sebagai 'Muslim Moderat' 2005. Klik di sini

Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI



Kenapa Anwar terlibat aktif dengan Lembaga Pluralisme Amerika ?

Sepanjang dua tahun Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau banyak terlibat dengan lembaga - lembaga kerajaan Amerika khususnya berkaitan dengan pluralisme.


CMCU- Center for Muslim-Christian Understanding

Anwar menjadi pensyarah jemputan di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah seliaan profesor Kristian yang dipanggil 'father' oleh penganut Kristian iaitu John Esposito. Klik di sini, di sini dan di sini.

Menariknya CMCU, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat itu turut disenaraikan mendapat tajaan Projek Pluralisme Amerika Syarikat dari Universiti Harvard. Klik di sini


CSID - Center for the Study of Islam and Democracy

Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Selain badan ini dianggap sebagai missionari Islam Liberal oleh Charles Kurzman, John Esposito, 'guru' Anwar merupakan antara pengasas awal dan pemain di sebalik tabir badan itu.

Malah, sebelum CSID menganugerahi, gelaran 'Muslim Moderat' pada tahun 2005, John Esposito telah terlebih dahulu memberi gelaran sama kepada Anwar pada tahun 2001, dalam bukunya 'Makers of Contemporary Islam'. Klik di sini

Begitu juga dengan terma " Democracy Islam" yang menjadi tema utama perbincangan CSID hari ini, sebenarnya diambil daripada rumusan buku karya John Esposito bertajuk "Islam and Democracy" yang ditulis pada tahun 1996.


Carl Gershman (dua dari kanan), seorang Yahudi berfahaman Zionis, memegang jawatan Presiden NED adalah salah satu penaja program ceramah Anwar dan CSID

Menariknya, Anwar terlibat dalam badan berlabel Islam bernama CSID dan tema utama pun berbau Islam iaitu Islam dan Demokrasi, tetapi penaja utama CSID adalah seorang Yahudi, Carl Gershman, Pengerusi NED (National Endowment for Democracy). Klik di sini dan di sini

Jadi Islam jenis apakah yang cuba dikembangkan oleh CSID ke seluruh dunia Islam itu ?

Menurut Radwan Masmoudi, Presiden CSID, Islam tajaan CSID adalah 'Islam sebenar' yang diistilahkan sebagai 'Islam Moderat'.

Apa hujah "Muslim Moderat" mengenai Mahkamah Syariah dan poligami ? Adakah sama hujah mereka dengan apa yang difahami oleh seluruh muslim atau mempunyai hujah lain ?

Radwan berhujah, Mahkamah Syariah yang dipraktikkan di dunia Islam hari ini bukan bersumberkan Al Quran, tetapi berasaskan pendapat manusia. Menurutnya lagi poligami juga bukan berasaskan Al Quran, kerana Al Quran hanya menganjurkan umatnya mengamalkan monogami seperti yang dianjurkan oleh Kristian. Malah lebih radikal lagi, Radwan berpendapat Al Quran perlu ditafsir semula mengikut versi masa kini, selaras dengan kemodenan. Klik di sini

Apakah ini bermakna seseorang tokoh yang dianugerahi 'Muslim Moderat' oleh CSID seperti Abdulkarim Soroush (Iran), Saad Edin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia) juga berfikiran seperti Radwan Masmoudi, sebagai tokoh pembaharu agama ?

Radwan Masmoudi sebagai Presiden CSID. Badannya menerima dana Amerika yang kebanyakannya dikontrol oleh Yahudi. CSID pula memilih tokoh-tokoh yang 'sealiran' dengan mereka untuk diberi anugerah. Sila kaji pemikiran Radwan Masmoudi untuk memahami apa itu 'Muslim Moderat' :



Jika beginilah pemikiran Radwan yang mengetuai CSID, sudah tentu nada seperti ini pernah didengar di Malaysia apabila diperjuangkan oleh Sister In Islam, satu NGO Islam Liberal Islam Malaysia.


MFI -Minaret of Freedom Institute

Anwar juga terlibat dalam MFI (Minaret of Freedom Institute). Anwar pernah menyampaikan ceramah yang bertajuk "The Importance of Free Markets in Islam and to Muslims” dalam program 'Minaret of Freedom Institute Eighth Annual Dinner'anjuran Minaret Of Freedom Institute (MFI) di the Bethesda Park Clarion Hotel, Bethesda, MD pada 23 Oktober 2005. Klik di sini


Turut hadir dalam program itu adalah Dr. Imad-ad-Dean Ahmad (Presiden MFI); Aly Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla (Insitute for Liberal Thinking, Turki)

Anwar bersama pendokong Minaret of Freedom Institute (MFI), sebuah organisasi untuk kebebasan Islam di Amerika Syarikat. Dari kiri Anwar Ibrahim, Aly Ramadan Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla of The Insitute for Liberal Thinking, Turki.

The Minaret of Freedom Institute adalah sebuah pertubuhan yang mendukung kebebasan Islam (pembaharu agama) yang diasaskan pada tahun 1993, berpengkalan di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat. Pengasasnya adalah Imad-ad-Dean Ahmad.

Imad ad Dean, Presiden MFI menunjukkan buku karangannya bertajuk " Islam and The Discovery of Freedom"


Imad ad Dean adalah tokoh pembaharu Islam di Amerika. Dia berjuang melalui badannya untuk meliberalkan Islam berasaskan tema "kebebasan" (Freedom). Golongan yang menyokongnya terdiri daripada gabungan Islam Liberal seluruh dunia, termasuk Atilla Yayla dari The Insitute for Liberal Thinking, Turki.

MFI sedang dikembangkan di seluruh dunia muslim termasuk Indonesia dan Malaysia yang memperjuangkan "Kebebasan", "keadilan" dan "demokrasi"

Imad ad Dean juga merupakan antara Muslim pertama yang menyertai deklarasi Amerika membincangkan hak Israel di Jerusalem. Dalam "First Conference on Jerusalem" in Beirut “ Imad ad Dean telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah. Klik di sini.


IIIT - The International Institute of Islamic Thought


IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Anwar bersama rakan-rakannya (almarhum Ismail Al Faruqi, Dr Jamal Berjinzi, Abdul Hamid Sulaiman dan Dr Taha Jabir al-’Ulwani), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat telah menjalankan misi pluralisme dengan bekerjasama dengan beberapa yayasan Kristian termasuk ICRD (International Center for Religion and Diplomacy).

Kerana sumbangan IIIT dalam menggerakkan pluralisme, aktivisnya, Dr Jamal Berzinji (Naib Presiden IIIT) telah diberi anugerah 'Faith in Action Award 2007' oleh pihak ICRD. Anwar turut hadir dalam program itu. Klik di sini


Dr Douglas Johnston Presiden ICRD (no 2 dari kiri) bersama dengan Dr Jamal Barzinji (no 3 dari kanan) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan) dalam program 'Faith in Action Award' pada 7 Jun 2007.


Dr Taha Jabir al-Ulwani (Presiden IIIT), juga turut berkerjasama dengan yayasan Kristian di Amerika. Kerjasama itu di antara Universiti Cardoba Amerika (kepunyaan Dr Taha Jabir al Ulwani) dengan Washington Theological Consortium (WTC) untuk mempromosi persefahaman antara agama. Klik di sini

Bersama dengan John Esposito, Dr Taha merupakan pengasas CSID pada tahun 1999 di Washington, D.C. Klik di sini





Menurut Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria dalam kertas kerja bertajuk "ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP ISLAM dan MUSLIM; TUMPUAN KES: Liberalisma / Pluralisma", beliau merumuskan dua agensi Amerika yang berperanan menggerakkan Islam Liberal iaitu Rand Corporation dan Institut Brooking, Washington. Klik di sini


RAND Corporation

Berkenaan dengan RAND Corporation, nama Anwar juga turut disebut sebagai individu Muslim yang terlibat dalam memberi input dalam menyediakan kerangka besar satu pelan bertindak kepada kerajaan Amerika untuk melawan teroris Islam, bertajuk "Building Moderate Muslim Networks" (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat).

Laporan terbitan RAND Corporation itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana sumbangan ideanya. Ketika itu, Anwar sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika.

Selain nama Anwar, beberapa nama tokoh Islam Liberal lain juga turut disenaraikan termasuk Azyumardi Azra (Indonesia), Ulil Abshar-Abdalla (Indonesia), Abdurrahman Wahid (Indonesia), Radwan Masmoudi(CSID) dan lain-lain.

Menariknya dalam laporan RAND Corporatin itu, turut memuatkan deklarasi 'kumpulan Murtad Islam' yang terdiri daripada Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali,Ibn Warraq, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan lain-lain.

Deklarasi kumpulan murtad itu bertajuk "Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism"

Salman Rushdie penulis buku menghina Al Quran dan Nabi Muhamad SAW bertajuk "The Satanic Verses"


Lebih menarik lagi, Anwar sebelum ini pernah memuji Salman Rusdie pengarang buku "The Satanic Versus" sebagai 'profound writer'(penulis berpengetahuan mendalam), dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993, sedangkan ketika itu seluruh umat Islam mengecamnya termasuk tawaran bunuh oleh Ayatollah Khomeini ke atas penulis murtad itu. Klik di sini dan di sini

Laporan RAND Corporation itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation. Klik di sini Klik di sini dan di sini dan di sini


Institut Brookings

Anwar mempunyai kaitan secara langsung dengan Institut Brookings kerana beliau adalah salah seorang Kumpulan Penasihat Antarabangsa institut itu. Klik di sini dan di sini.

Brookings Intitution adalah sebuah badan pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott , bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation. Klik di sini

Untuk menambahkan kepentingan Israel di Timur Tengah, pada tahun 2002, seorang korporat Yahudi terkemuka di Amerika bernama Haim Saban telah menyuntik wang sebanyak $13 million kepada Brookings Institution dengan penubuhan unit penyelidikan khas yang dinama the Saban Center for Middle East Policy.

Martin Indyk, seorang berbangsa Yahudi, bekas duta Amerika ke Israel dan tokoh aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) telah dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy, Institut Brookings.

Salah satu program utama Institut Brookings dan Saban Center for Middle East Policy adalah "US AND Muslim World Forum" yang pernah diadakan di Doha, Qatar. Anwar merupakan salah seorang penceramahnya. Klik di sini

Dalam forum US dan Dunia Islam 2009, di Doha baru-baru ini, Anwar memuji Presiden Obama sebagai Presiden Amerika yang komited dengan nilai kebebasan dan demokrasi. Dalam ucapan itu, Anwar bersedia menawarkan diri untuk menyahut seruan Presiden Obama melaksanakan demokrasi di Malaysia dan Timur Tengah. Klik di sini, di sini dan di sini

Lebih radikal lagi, Anwar seru semua pemimpin dunia Islam wajib mengikut polisi Presiden Obama. Kenyataan Anwar ini dilaporkan oleh akhbar THE PENINSULA. Klik di sini.

Melihat kegelojohan Anwar memuji Presiden Obama ini, seorang penulis muda terkenal, Faisal Tehrani menggelar ucapan Anwar di Doha, sebagai 'besar sudu dari kuah'. Klik di sini


Ucapan Anwar di Doha 2009, di depan Madeline Albright, berbau hamis pluralisme dalam memuji Presiden Amerika, Barack Obama.


Lebih menyerlah lagi pemikiran Anwar apabila beliau turut menandatangani surat terbuka kepada Presiden Obama yang disediakan oleh Radwan Masmoudi (CSID) supaya Presiden Obama menumpukan Demokrasi di Timur Tengah.

Selain Anwar, tokoh-tokoh yang dilabel Islam Liberal turut menandatanganinya termasuk Zainah Anwar (Sister In Islam), Aly Abuzaakouk (MFI), Imad-ad-Dean Ahmad (MFI, Dr Jamal Barzinji (IIIT), Saad Eddin Ibrahim dan lain-lain. Klik di sini

Menurut kandungan surat terbuka yang dihantar pada 10 Mac 2009 itu, Demokrasi di Timur Tengah, bukan setakat melibatkan pilihan raya, tetapi yang lebih utama adalah menyebar propanganda pluralisme dan liberalisme di Timur Tengah.

Dalam bahasa mudah makna "demokrasi Timur Tengah" mengikut acuan kelompok ini adalah menyebarkan fahaman "Islam Liberal" atau pluralisme di Timur Tengah dan seluruh dunia Islam.


Gerak geri badan pemikir Anwar amat mencurigakan ?




Kegiatan badan pemikir Anwar di Malaysia yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD), saat-saat mutakhir ini amat mencurigakan.

Seperti di Indonesia, ancaman Islam Liberal berpengaruh dengan tajaan dana asing yang banyak melalui Asia Foundation, begitu juga di Malaysia, beberapa yayasan asing khususnya yayasan Kristian memainkan peranan menaja IKD.

Yayasan Kristian yang dimaksudkan itu adalah Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF) yang kedua-dua dari Jerman.

Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar), yang memegang jawatan sebagai Pengarah IKD amat bersungguh-sungguh menerbitkan buku-buku yang diklasifikasikan sebagai 'pencerahan' dan 'Islam Liberal'.

IKD dengan tajaan KAF telah menerbitkan semula buku 'Apa itu Pencerahan - Immanuel Kant (2007). Klik di sini yang sebelum ini tokoh "Kant" dianggap sebagai perintis awal Islam Liberal.

Kesungguhan IKD menterjemah Islam Liberal di Malaysia semakin menyerlah dengan penerbitan semula kitab lama karya Ali Abd. Raziq (Mesir) yang telah diharamkan bertajuk ‘Al-Islam wa Ushul Al-Hukm’(Cairo : Cetakan pertama 1342/1925).

Buku yang diharamkan oleh ulama Mesir itu diterbitkan semula oleh IKD dengan tajaan KAF pada tahun 2004 yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk " Islam dan Dasar Pemerintahan"

Ali Abd. Raziq, penulis Mesir hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Artatuk di Turki dan tujuan penulisan serta penerbitan buku itu sebagai justifikasi membenarkan sistem "sekular" Mustafa Kamil Artatuk yang diamalkan di Turki.

Menurut Ali Abd Raziq di dalam bukunya itu, Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah). Islam dan dasar pemerintahan adalah dua indentiti yang berbeza (sekular).

Konsep Ali Abd Raziq ini sama seperti yang diketengahkan oleh Thomas Jefferson (Presiden Amerika ketiga) apabila melaksanakan sistem sekular dengan pengasingan antara pengaruh gereja dengan pemerintahan.

Akibat gagasan idea songsang Ali Abd. Raziq yang selaras dengan pemikiran barat, Majlis Ulama Mesir menfatwa buku itu telah menyeleweng, pengarangnya telah dilucutkan ijazah dan bukunya telah diharamkan. Klik di sini

Kesan fatwa Majlis Ulama Mesir itu amat besar. Ali Raziq diharamkan dari memakai gelaran ‘ulama Al-Azhar’. Peruntukan 101, Kanun Al-Azhar Bil. 10 (tahun 1911), memperincikan bahawa setiap ulama yang dilucutkan gelaran ulama oleh Majlis Tertinggi Ulama, namanya “akan dipadam dari rekod Al-Azhar dan institusi-institusi lain, dan beliau dibuang dari segala pekerjaannya, dan dipotong pendapatannya tidak kira dari mana sumbernya, dan dicabut kelayakannya untuk membuat apa jua pekerjaan umum sama ada bersangkutan agama atau tidak.”

Tetapi apabila badan pemikir Anwar berusaha menggali semula serta merombak fatwa yang pernah dikenakan, apakah maksudnya ? Atas nama 'wacana pemikiran', 'polemik' dan 'demokrasi' apa motifnya menerbitkan buku yang pernah diharamkan oleh ulamak Mesir. Lebih mencurigakan, di belakang penerbitan semula itu adalah Yayasan Kristian.

Apa motifnya KAF membelanjakan ribuan ringgit, mengupah bekas pelajar Jordan, Mustaqeem Mahmood Radhi (penulis IKD), menterjemah dan menerbitkan semula ke dalam Bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia ?

Mustaqeem Mahmood Radhi adalah panel pemikir IKD yang merupakan instrumen paling penting Anwar. Ketika Khalid Jaafar menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, Mustaqeem merupakan salah seorang penulis utama, akhbar tabloid PKR itu.

Lebih serius lagi, KAF menggalak, menaja dan membantu sepenuhnya Mustaqeem menerbitkan buku-buku 'pluralisme' menggunakan sebuah badan pemikir lain yang dinamakan MEGC (Middle Eastern Graduate Center).

Antara bukunya adalah 'Islam dan Pluralisme' dan 'bercakap dengan Tuhan' yang menganjurkan persefahaman antara agama dan menganggap semua agama di dunia ini adalah sama.

Buku-buku MEGC diharamkan oleh KDN kerana bertentangan dengan Islam.Klik di sini

Manakala Anwar yang dianggap sebagai 'godfather' yang bersembunyi di sebalik tabir dengan penerbitan buku-buku pluralisme itu telah mengecam kerajaan yang dianggapnya bertindak jumud dan bebal kerana mengharamkan buku-buku itu. Klik di sini

Apa maksud Anwar tindakan yang 'jumud' dan 'bebal' sedangkan pihak JAKIM sendiri memfatwakan buku-buku sebagai haram ?

Sebenar kaedah menerbitkan buku-buku atau bahan bacaan merupakan kaedah utama Anwar dalam menyebarkan 'perang idea'.

Ini diakui sendiri oleh Anwar ketika menjawab soalan peserta dalam 'Forum Masa depan Demokrasi Muslim' anjuran NED, di New York pada 2005.

Peserta bertanya apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Anwar untuk menyebarkan 'demokrasi' di dunia Islam ?

Anwar menjawab, padanya langkah paling utama adalah menterjemah dan menerbitkan semula karya-karya tokoh agung. Anwar menyebut bahawa untuk menyebarkan 'demokrasi' di dunia Islam, beliau telah mencadangkan kepada NED (National Endowment for Democracy) supaya menterjemah dan menerbitkan semula buku karya Thomas Jefferson.

Thomas Jefferson adalah Presiden ketiga Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem sekular di Amerika yang mengasingkan peranan gereja dan pemerintah.

Jefferson dianggap sebagai 'bapa demokrasi' Amerika, sekaligus 'bapa pembaharu agama' kerana memperkenalkan sistem liberalisme dan pluralisme mengiktiraf agama Yahudi dan Kristian sebagai tunggak utama dan juga mengiktiraf agama-agama lain sebagai sampingan.




Menurut Peter Schier, wakil KAF di Malaysia, mereka menaja IKD kerana tertarik dengan pemikiran Khalid Jaafar yang membawa Islam baru dinamakan "Islam Tanwiri"

Kata wakil KAF "sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku - buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan "Islam & Dasar Pemerintahan") oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama" (wawancara The Sun 2006) Klik di sini

Satu lagi penaja utama Anwar adalah Friedrich Naumann Foundation (FNF). FNF secara jelas membantu Anwar dan kompenan yang berkaitan dengan Anwar termasuk PKR dan AIC (AnwarIbrahimClub) berasaskan faktor 'Liberalisme'.

FNF pernah memberi tajaan utama kepada dailog antara agama yang dianjurkan Anwar. Klik di sini

Malah dalam persidangan FNF di Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim dan Zainah Anwar (SIS) merupakan antara tetamu kehormat. Persidangan yang membincangkan stategi menyebarkan ideologi 'liberalisme' ke seluruh dunia Islam itu turut dihadiri oleh Dr. Irmgard Schwaetzer Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman dan Hubertus Von Welck , Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. Klik di sini


Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara

Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia


Dari pihak lain pula, badan pemikir Anwar, IKD menggerakkan kumpulan 'pencerahan' yang dinamakan Jalan Telawi. Ketua kumpulan ini adalah Khalid Jaafar yang sekarang ini turut memegang jawatan Pengerusi PKR Melaka.

Kumpulan Jalan Telawi adalah sub projek kepada IKD yang digerakkan oleh beberapa anak muda aktivis PKR seperti Hasmi Hashim. Hasmi, pernah bertanding jawatan Ketua AMK PKR tetapi tewas. Klik di sini


Kumpulan pencerahan lain, yang membawa modus operandi hampir sama dinamakan The Reading Group (RG). Kumpulan ini menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk memartabatkan pemikiran Islam Liberal di negara masing-masing. Klik di sini

Adakah semua 'permainan' ini terselindung tangan Anwar yang menyorok identitinya kerana bimbang kredibiliti sebagai ahli politik tercalar ?


Kesimpulan

Jika benar Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal dan jika benar Anwar sedang menggerakkan missinori Projek Islam di Malaysia, adakah usaha ini akan berjaya ?

Jika ditanya kepada saya, soalan itu, saya cukup yakin Anwar pasti berjaya.

Kenapa saya yakin ? Sebab Anwar adalah seorang karismatik, pada era 70-an mendakwa dirinya berjaya meniupkan 'gelombang kebangkitan Islam' hingga menewaskan gelombang sosialis jatuh terbenam.

Kalau dulu, Anwar berjaya membenam sosialis, sekarang ini akan berjaya dalam usahanya menggerakkan 'missionari baru' kerana kumpulan sosialis yang pernah dibenamnya tahun 70-an dulu (termasuk Dr Syed Husin Ali dan Hishamudin Rais), sekarang ini menjadi penyokong kuatnya.

Lagipun tokoh yang banyak membantu misionari Anwar meniupkan gelombang Islam tahun 70-an masih hidup, termasuk Kamaruddin Jaafar.

Dan kerana karismatik Anwar juga, beliau cepat-cepat di'tangkap' oleh Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Al Gore yang amat berpengaruh di Amerika.

Bukan setakat berpengaruh, malah mereka juga berkuasa memberi dana yang besar kepada Anwar melalui USAID, NED, IRI atau apa-apa badan atas nama 'demokrasi'.

Itulah kehebatan Anwar Ibrahim yang Allah telah anugerahi kepadanya.


AIDC
18 April 2009




Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

. Anwar pemuka Projek Islam Liberal Malaysia

. Anwar Ibrahim : Renaisance, Reformasi dan Pencerahan

. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

. Negara Islam mesti ikut polisi Presiden Obama kata Anwar Ibrahim

. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

. Majlis Gereja Malaysia bantu parti kebebasan beragama

. Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang misi Harapan baru Anwar Ibrahim

. Anwar Ibrahim bapa pendokong Pluralisme Asia Tenggara

. Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

. Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?

. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?


. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

. Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..

. Memahami makna 'Muslim Moderat'

. Islam Liberal Menyerang PKR?

. Asal usul, misi dan agenda Islam Liberal

. Sejauh mana Islam Liberal berjaya diterap di Malaysia sepertimana di Indonesia ?

. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, March 29, 2009

Video NED: Anwar Ibrahim pro-Israel?




Oleh: AIDC

Ini komen penyokong PKR, rosyam123, selepas menonton video NED bertajuk ”Demokrasi – Anwar, Hamas & Hezbollah” dalam channel anwaribrahimdotcom : Video seperti di atas. Melihat komen : klik di sini.

bodoh ko ni.. anwar jawab dh betul.. tp ko yg putar belit kenyataan dia.. dia ckp segala rundingan bukan melalui aktiviti ketenteraan dan keganasan.. polisi tersebut juga jelas ditujukan kpd israel dan amerika (2:31) [hujah pertama]

(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..[hujah kedua]



Putar belit kenyataan Anwar ?

Hujah pertama rosyam123 itu berdasarkan percakapan Anwar pada minit 2:31.”Tetapi ini juga berkaitan dengan sikap, kedudukan dan polisi Israel untuk mempertimbangkan perjanjian yang anda [siapa anda ? Gerson Baskin ?] telah menyebutnya dengan amat jelas. Dan saya amat menghargainya"

Jadi Rosyam123 membuat kesimpulan bahawa jawapan Anwar sudah benar iaitu Anwar menggesa diadakan ’rundingan’ bukan melalui ketenteraan yang ditujukan kepada Israel dan Amerika Syarikat.

Tetapi benarkan kesimpulan itu ? Benarkah Anwar mengecam Israel dan Amerika seperti yang didakwa oleh penyokong PKR itu ?

Sekarang kita kaji semula ucapan Anwar satu persatu.

Minit 1:33. Kata Anwar : ”apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi mereka [Hezbollah dan Hamas] harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan. [maksudnya Anwar menuduh Hezbollah dan Hamas ganas kerana memiliki aktiviti ketenteraan ?]”

Dipertegas ucapan Anwar minit 1:53. Kata Anwar, "Saya tidak percaya... ia [demokrasi] tidak akan berkesan jika kedua-dua cara [pilihanraya/demokrasi dan ketenteraan/keganasan ?] cuba dilaksanakan pada masa yang sama”

Minit 2:01. Kata Anwar "pendirian saya mengenai keganasan ialah sesuatu yang tidak boleh dirunding” [Maksudnya Anwar menentang keganasan. Sebelum ini Anwar kaitkan keganasan dengan Hamas/Hezbollah]

Ini diperkukuhkan lagi dengan ucapan Anwar dalam minit 2:07. Kata Anwar ” Jadi saya..amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan” [maksudnya kalau Hamas/Hezbollah mahu diiktiraf oleh Anwar sebagai memenuhi syarat demokrasi, Hamas/Hezbollah mesti terlebih dahulu menghapuskan aktiviti ketenteraan mereka]

Jadi kalau dicantum kesemua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya kesimpulan Anwar adalah memperburuk-buruk Hamas dan Hezbollah dengan mengatakan mereka tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Tidak ada satupun dalam ucapan di atas Anwar mengkritik dan memburuk-buruk Israel dan Amerika Syarikat yang mempunyai senjata dan kententeraan jauh lebih besar daripada Hamas/Hezbolah.

Kenapa Anwar tidak menuduh Israel sebagai ganas kerana memiliki ketenteraan serta senjata yang jauh lebih canggih daripada Hamas/Hezbollah ?

Kenapa pula Anwar menuduh Hamas/Hezbollah tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata, sedangkan mereka memiliki senjata dan ketenteraan untuk membela diri daripada serangan Israel.

Adakah taktik Anwar menggesa Hamas/Hezbollah menghapuskan senjata dan ketenteraan mereka, kononnya atas alasan demokrasi dan selepas itu, Hamas/Hezbollah akan mati katak dengan serangan Israel ketika mereka (Hamas/Hezbollah) sudah tidak memiliki senjata ?


Konflik Israel – Arab : Apa resolusi Anwar ?

Hujah kedua rosyam123 : ”(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..”

Hujah rosyam123 ini berasaskan ucapan Anwar pada minit 2:57.

Kata Anwar "Jadi saya fikir kedua-duanya harus dilaksanakan. [Langkah pertama] Dan ketika dunia Islam mesti lebih bertegas dan mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan, [yang dimiliki oleh Hamas/Hezbollah ?] [Langkah kedua] tetapi pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa termasuk US harus memastikan bahawa terdapat penyelesaian yang disenangi bagi konflik Arab-Israel yang saya lihat memberikan harapan yang cerah pada masa sekarang berbanding dengan masa lalu”

Berdasarkan hujah di atas, yang jelas Anwar tidak menggesa Israel mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Arab, sebaliknya Anwar meletakkan harapan kepada masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika Syarikat.

Anwar telah mengemukakan dua langkah yang dianggapnya boleh menyelesaikan konflik Israel-Arab. Pertama Anwar mengesa dunia Islam lebih bertegas mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan. Kedua Anwar meletakkan pergantungan kepada masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat mencari kaedah terbaik ke arah penyelesaian konflik itu.

Persoalannya pihak manakah yang didakwa Anwar mempunyai aktiviti ketenteraan dan keganasan yang digesa dunia Islam bertegas itu ?

Dari awal lagi, Anwar telah bersetuju dengan soalan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam meskipun soalan itu bersikap prejudis melampau ke atas Hamas/Hezbollah.

Anwar tidak pernah membetulkan persepsi yang salah yang dikemukakan oleh Baskin berkenaan Hamas/Hezbollah, walhal jika Anwar benar-benar pro Hamas/Hezbollah, sepatutnya ketika inilah beliau gunakan kesempatan mempertahankannya.

Sebaliknya Anwar berkata dengan nada pujian dan sentimen' "sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib [Gershon Baskin] dari Israel..” ...”saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama....”

Berkongsi sentimen apa yang dianggap sama itu ? Berkongsi dengan siapa ? Adakah Anwar berkongsi sentimen dengan Gershon Baskin yang dianggap kawan baik dari Israel ?

Jadi boleh disimpulkan kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Anwar dalam menyelesaikan krisis Arab/Israel jika dibaca secara teliti, semuanya menekan dunia Islam.

Pertama, Anwar menyarankan dunia Islam mesti kutuk keganasan yang kononnya dibuat oleh dunia Islam dan kedua Anwar melantik Amerika Syarikat sebagai hakim untuk selesai krisis Arab/Israel.

Dalam cadangan itu, Anwar telah meletakkan kedudukan Israel dalam jalan paling selamat, apabila meletakkan kedudukan Amerika Syarikat pada kedudukan paling tinggi, iaitu sebagai hakim.

Gershon Baskin adalah seorang aktivis Israel yang terlibat secara aktif di lapangan mengkaji Hamas/Hezbollah melalui NGO yang dipengerusinya [Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine] dan dia mempunyai sentimen prejudis terhadap Hamas/Hezbollah yang didakwanya tidak demokratik kerana terlibat dalam aktiviti ketenteraan.

Sebab itu dalam soalan kepada Anwar, Baskin sudah menghukum Hamas/Hezbollah sebagai pihak yang tidak layak diiktiraf memenuhi ciri demokrasi.

Kata Baskin ”apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan.

Soalan Baskin itu ibarat bola tanggung, memperlekehkan Hamas/Hezbollah sebagai tidak demokrasi kerana tetapi tidak pernah mempertikaikan ketidakdemokrasian Israel yang juga mempunyai senjata.

Apa jawapan Anwar terhadap soalan prejudis warga Israel itu ?

Dalam memberi jawapan, Anwar tidak pernah anggap soalan itu prejudis, sebaliknya berkongsi sentimen yang sama seperti yang diluahkan oleh Baskin.

Semua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya senada dengan kesimpulan awal yang telah dibuat oleh Baskin iaitu menuduh Hamas/Hezbollah bersifat ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Dan sebagai jalan penyelesaian yang paling ideal, Anwar mengantungkan sepenuh harapannya kepada Amerika Syarikat.

Kebergantungan sepenuhnya kepada kuasa Amerika Syarikat pun sudah menunjukkan sokongan jelas pihak mana sebenarnya yang disokong Anwar..

Bagaimana sikap Amerika terhadap konflik Israel-Arab dari zaman Presiden Bush (Republikan) ataupun Presiden Obama (Demokrat) ?

Adakah Amerika lebih pro Hamas/Hizbollah atau pro Israel ?

Annapolis Summit 2007 : Ehud Olmet (Presiden Israel), Presiden Bush dan Mahmoud Abbas (Presiden Palestin)

Ketika Bush menjadi Presiden Amerika, dia mengusahakan kononnya satu rundingan damai antara Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dengan Presiden Palestin (Mahmoud Abbas) yang dinamakan Annapolis Summit 2007.

Anwar Ibrahim salah seorang yang terlibat dalam menandatangani deklarasi menyokong Annapolis Summit. klik di sini dan di sini

Namun Annapolis Summit menemui kegagalan apabila majoriti umat Islam di Palestin yang diwakili Hamas menolak 'rundingan' itu yang dianggap menguntungkan Israel dan hanya mahukan status sebagai sebuah Negara Israel Sah. Klik di sini

Iran dan Syria menolak Annapolis Summit kerana mengetahui muslihat Amerika berunding dengan kumpulan minoriti Muslim di Palestin (Mahmoud Abbas) dari kelompok Fatah yang bertujuan menjadikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Semasa era Presiden Obama pula, dari awal lagi dia menyatakan pendirian menyokong Israel semasa kempennya di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee).

Malah Presiden Obama berpeluk tubuh serta mengunci mulut melihat dengan matanya sendiri bagaimana kejamnya rejim Israel membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Semenanjung Gazza.

Namun begitu, Presiden Obama memberi sedikit 'gula-gula' kepada dunia Muslim dengan melantik George Mitchell yang memang pro Israel sebagai utusan penyelesaian krisis Arab-Israel.

George Mitchell (kiri), utusan Obama berjumpa dengan Shimon Perez, orang yang paling berkuasa di Israel


Anwar Ibrahim, semasa berucap di Doha, Qatar baru-baru ini, selain pujian melambung kepada Presiden Obama, juga dalam masa sama turut memuji pelantikan George Mitchell itu. Klik di sini dan di sini


Siapa Gershon Baskin dan kaitan dengan Anwar ?

Gershon Baskin adalah CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI).

Dia adalah warganegara Israel dan ketika menulis di Jerusalem Post dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai “neo-Zionist” klik di sini

Misi utama IPCRI adalah untuk mewujudkan 'two states solution’ (resolusi dua negara) seperti mana yang pernah diusahakan oleh Presiden Bush melalui Annapolis Summit 2007.Klik di sini

Baskin pada 6 Januari 2006 telah menulis artikel khusus tentang Anwar Ibrahim dalam Israel Insider. Klik di sini.

Dalam tulisan itu, dia mengakui pernah berjumpa dua kali dengan Anwar Ibrahim pada 2005 bertanyakan kedudukan Hamas dalam konteks demokrasi.

Tulis Baskin, "Anwar Ibrahim, the former Vice President of Malaysia was jailed and tortured by the Malaysian regime for fighting for democracy and human rights. Anwar Ibrahim is a religious Muslim and an expert on Islam and democracy. I had the pleasure of meeting Anwar twice during November 2005 and spending some time with him. I asked Anwar Ibrahim what should the Palestinian Authority do with Hamas and should Hamas be allowed to participate in the coming elections. Anwar Ibrahim was decisive and more than explicit -- he said that a pre-condition for any party to participate in democratic elections must be to disarm. Armed militia or parties should not be allowed to participate in a democratic process because it makes a mockery of democracy and the notion of freedom"

Terjemahan : "Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden (?) Malaysia yang dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana telah berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi. Saya telah berkesempatan berjumpa dengannya sebanyak dua kali pada November 2005. Saya bertanya kepada Anwar apa yang perlu Pihak Berkuasa Palestin (PA) lakukan dengan Hamas dan bolehkah Hamas dibenarkan menyertai pilihan raya pada masa akan datang. Anwar dengan tegas dan lebih berterus-terang – berkata bahawa prasyarat untuk mana - mana parti menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata. Parti dan kumpulan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai proses demokratik (pilihanraya) kerana mencemar demokrasi dan konsep kebebasan"

Jawapan Anwar ini menyebabkan Baskin membuat kesimpulan bahawa Anwarlah manusia yang paling baik di dunia yang sesuai berunding dengan Presiden Israel (ketika itu Ariel Sharon)untuk menyelesai krisis Arab/Israel.

Tulis Baskin, "Sharon would have liked that answer and would have agreed 100% with Anwar Ibrahim, who if he was a Palestinian could have been a partner for negotiations in Sharon's view"[Presiden Israel, Ariel Sharon sudah tentu akan gembira dan bersetuju seratus peratus dengan jawapan Anwar Ibrahim itu, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, dia mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan Sharon]

Kemudian disusuli dengan artikel kedua pada 27 Januari 2006. Sekali lagi Baskin memuji Anwar dalam The Jerusalem Times (Klik di sini)

Tulis Baskin; "Former Deputy Prime Minister of Malaysia, democracy activists and religious Muslim Dr. Anwar Ibrahim told me that in his opinion no party that supports terrorism, does not respect human rights, is armed and uses its arms should be allowed to participate in democratic elections. I asked him how it is possible to prevent groups such as Hizballah and Hamas from participating in democratic elections. He said to me that democracies must be allowed to protect themselves through the rule of law and that the rule of law cannot allow those who threaten democracy to exploit its openness to further its own non-democratic goals and agenda. He said that the Palestinian Authority has a law which prohibits non-PA security personnel from holding arms. He said that the PA must enforce its own law. If the PA wants to hold elections, it must ensure that all of those parties participating in the elections abide by the law; otherwise there is no legitimacy to the Authority and to the rule of law"

Terjemahan : "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aktivis demokrasi dan Muslim yang warak, Dr. Anwar Ibrahim memberitahu saya, pada pandangannya tiada parti yang menyokong keganasan, tidak menghormati hak asasi manusia dan menggunakan senjata boleh dibenarkan untuk menyertai pilihan raya. Saya bertanyakan kepadanya bagaimana untuk menghalang kumpulan seperti Hezbollah dan HAMAS daripada menyertai pilihan raya yang demokratik. Anwar berkata, demokrasi mesti dibenarkan untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan kedaulatan undang-undang tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja yang mengancam demokrasi untuk mengeksploitasi keterbukaannya serta meneruskan agendanya dengan matlamat yang tidak demokratik. Anwar berkata Pihak Berkuasa Palestin (PA), (diketuai Abbas) mempunyai kuasa undang-undang menghalang anggota keselamatan bukan PA (HAMAS) daripada memegang senjata. Anwar juga berkata PA perlu menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Sekiranya PA mahu menganjurkan pilihan raya, mereka mesti memastikan kesemua parti yang menyertai pilihan raya mematuhi undang-undang tersebut; jika tidak, tiada kewajaran untuk PA dan kedaulatan undang-undang"

Jawapan di atas sekali lagi menyebabkan Baskin teruja. Kali ini dia memuji kepimpinan Anwar Ibrahim paling terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Presiden Bush.

Puji Baskin: "This is not President Bush speaking – it is one of the leading personalities in one of the largest Muslim countries in the world" [Ini bukan percakapan Presiden Bush - ini adalah percakapan salah seorang tokoh (Anwar Ibrahim) yang menjadi teladan dalam salah sebuah negara Muslim terbesar di dunia.]

Dalam perenggan pertama tulisan Baskin bertajuk "This week in Israel….. Behind the news with Gershon Baskin" dia dengan keras mengkritik Presiden Bush yang digambarkan seperti wajah 'anak anjing'

Begitulah gambaran kemarahan Baskin seorang warga Israel kepada Presiden Bush apabila Presiden Amerika itu mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin.

Tulis Baskin kepada Bush, "Democracy prevailed and the Hamas won a huge victory. President Bush, with his puppy dog face, applauded the wonders of democracy and the competition of ideas. Most Israeli politicians wondered if Bush would have allowed Al Qaeda to participate in democratic elections in Washington and if a party associated with Al Qaeda did participate would Bush applaud the competition of ideas being presented to the American people"

Terjemahan : "Demokrasi mengatasi dan HAMAS memperoleh kemenangan besar. Presiden Bush, dengan wajah anak anjingnya, memuji keajaiban demokrasi dan persaingan idea. Kebanyakan ahli politik Israel tertanya-tanya sama ada Bush telah membenarkan Al Qaeda untuk menyertai pilihan raya yang demokratik di Washington dan sekiranya sebuah parti yang bersekutu dengan Al Qaeda telah menyertai pilihanraya (di Amerika) adakah Bush akan memuji sebagai persaingan idea untuk dipersembahkan kepada rakyat Amerika"


Kesimpulan

Video di atas adalah salah satu segmen daripada sesi soal jawab Anwar Ibrahim bersama Gershon Baskin (Yahudi) dalam program anjuran NED (National Endowment for Democracy), di New York pada 1 Disember 2005.

Peserta yang hadir dalam program ucap utama Anwar itu kebanyakannya pemikir-pemikir pentadbiran Bush yang berusaha mencari jalan untuk menembusi dunia Islam melalui flatform demokrasi.

Anwar Ibrahim sebagai ucap utama bertajuk "Masa Depan Demokrasi Muslim". Semasa Anwar berucap dan sesi soal jawab, Carl Gershman (Yahudi), Pengerusi NED bertanggungjawab sebagai pengerusi majlis.

Faisal Tehrani, seorang penulis muda yang berbakat besar menulis di blognya bertajuk "Harapan Baharu" mempersoalkan status Anwar Ibrahim menjadi penceramah dan sering berunding dengan Amerika Syarikat.

Apa status Anwar ? Dia bukan Perdana Menteri Malaysia, bukan Menteri Luar Malaysia tetapi berunding/berceramah hanya berstatuskan 'mantan'. Apa rasionalnya ? Klik di sini

Benar. Sepatutnya kalau sekadar berstatuskan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tidak wajar diadakan perundingan dengan pihak luar, apatah lagi masih ada lagi yang berstatus mantan TPM Malaysia dan mantan PM Malaysia.

Kenapa hanya 'mantan' TPM bernama Anwar Ibrahim yang paling diminati Amerika Syarikat?

Sebenarnya Anwar Ibrahim sering berunding dengan pihak luar dan menjadi penceramah di luar negara bukan semata-mata bersandarkan 'status TPM' sebaliknya beliau telah dilantik oleh Jabatan Negara Amerika sebagai Konsultan bagi dunia Islam dan panel pemikir NED, sebuah yayasan Amerika yang bertujuan untuk menyemai racun liberalisme ke dunia Islam.

Maknanya status 'mantan TPM' sekadar topeng untuk melindungi status sebenar yang telah dianugerahi oleh Amerika Syarikat kepadanya.


Anwar Ibrahim bergambar bersama-sama kakitangan NED


Malah tidak keterlaluan jika dikatakan pujian Gershon Baskin yang berbangsa Yahudi ke atas Anwar Ibrahim itu bukanlah satu perkara baru.

Bahkan lebih ramai lagi tokoh berbangsa Yahudi sebelum ini pernah memuji Anwar : Paul Wolfowitz, Al Gore, Madeline Albright, Carl Gershman, Wiliam Cohen, Andrew S. Natsios, Lorne Craner, Kenneth Wollack.

Beberapa nama yang sempat dicatat, mungkin lebih ramai daripada itu..

Kalau Yahudi tidak percayakan Anwar, kenapa Paul Wolfowitz lantik Anwar menjadi konsultan di Bank Dunia dan pensyarah pelawat di John Hopkins University.

Begitu juga dengan Carl Gershman, dia turut mempercayai Anwar dan melantiknya menjadi panel pemikir di NED.

Bermakna kebanyakan tokoh Yahudi tidak mencurigai Anwar dan amat mempercayainya.

Mungkin mereka (Yahudi) lebih mengenali siapa Anwar daripada masyarakat Islam mengenalinya..




AIDC
28 Mac 2009


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

2. Fail Khas dari Jabatan Negara Amerika : Amerika perlu bantu Anwar Ibrahim 'hero' demokrasi

3. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

4. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

5. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

6. AIDC Fotopages : Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

7. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?

8. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

9. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

10. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future


Sila klik untuk baca selanjutnya...