AIDC BLOG: 2009-06-14

Thursday, June 18, 2009

Anwar tak patut bercita-cita jadi Perdana Menteri - Dr Bakri Musa



Oleh Dr Bakri Musa


Bertentangan dengan penegasan saya beberapa tahun lepas bahawa Anwar tidak lama lagi akan menjadi “Anwar, Siapa?”, Anwar Ibrahim sekali lagi diberi perhatian setelah pembebasannya dari penjara. Tidak mungkin Anwar dapat dilupakan (kecuali kepada mereka yang bergantung kepada akhbar harian Malaysia), Anwar dipuji dan disanjung tinggi oleh Hopkins dan Oxford.


Tuhan mungkin membenarkan Anwar untuk meneruskan hasratnya, dan menghentikan lagi. Dia mungkin lagi menjadi satu nama yang gah , untuk sebab yang tidak masuk akal. Anwar dengan jayanya mendaki kemuncak politik dalam kerjaya sebelumnya, hanya gagal mendaki jawatan paling atas (PM) .

Jika dia memasuki arena politik sekali lagi, sekali lagi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri akan menemui kegagalan. Tiang yang sangat kukuh. Laluannya adalah sukar; sambutan hangat daripada temubualnya dengan BBC baru-baru ini adalah satu pratonton yang bagus.

Jika Anwar menyalurkan bakat kepimpinannya untuk selain daripada bidang politik, akan tiada had untuk kebaikan, dia boleh mengetengahkan dirinya, Malaysia, Islam dan dunia.

Dia merupakan seorang pemimpin yang giat dipikat oleh "neo-cons" (kumpulan Yahudi Amerika) di Washington, DC, dan dalam masa sama dipikat oleh fundamentalis ulama-ulama PAS, di Malaysia, akan memberi banyak sumbangan untuk merapatkan jurang pemisah antara Islam dan Barat.

Seorang lelaki yang memetik falsafah Churchill (gereja) dan Confucius (falsafah China) mengikut kehendaknya sendiri, secara unik berpotensi untuk membawa pemahaman lebih di antara Timur dan Barat

Jika Anwar memilih untuk masuk politik, dia akan menjadi seorang lagi ahli politik Malaysia - dan masyarakat Melayu khususnya - mempunyai satu kelebihan kepada mereka.

Jika dia gagal untuk mendapatkan jawatan tertinggi, warisannya adalah dia seorang ahli politik yang gagal. Yang hanya akan menambahkan kekecewaan peribadinya; untuk Malaysia dan orang Melayu bagaimanapun, kesan daripada itu boleh mengakibatkan kemusnahan.

Kemasukannya semula ke kancah parti politik akan membuka pekung lama yang baru sahaja mahu sembuh. Rakyat Malaysia, bukan sahaja ahli-ahli UMNO, perlu menyebelahinya.

Seperti Doktrin Presiden Bush “Anda bersama kami atau menentang kami” akan timbul semula di Malaysia dengan politik balas dendam; Anwar akan mewujudkan jurang pemisahan kaum. Dia akan menjadi sebahagian daripada masalah, bukan sebahagian daripada penyelesaian masalah dalam politik Malaysia.

Penyokong-penyokongnya dan pemuja Anwarisme akan cuba meyakinkan Anwar sebaliknya. Dia tidak seharusnya mengenepikan mereka, tetapi Anwar harus cuba untuk menyelami motivasi mereka.

Bagi sesetengah masyarakat, ini adalah masa untuk membalas dendam; satu peluang untuk mendapatkan semula pelaburan-pelaburan mereka – material dan emosional - terhadapnya. Sebenarnya mereka tidak sebab yang kukuh.

Sebaliknya, Anwar perlu memikirkan apa yang dia mahu capai, sama ada mempertimbangkan masuk arena politik atau arena lain yang terbaik untuk dikejarnya. Hanya dengan berkata dia mahu menjadi Perdana Menteri dalam mencapai matlamat-matlamatnya akan menjadi jawapan salah kepada soalan yang salah.

Soalan yang sesuai untuk dia tanya dirinya terlebih dahulu, apakah yang mahu dicapai, bukan apa dia mahu dia jadi.

Anwar sepatutnya berbangga apabila PAS telah menawarkannya untuk menerajui pembangkang. Bagaimanapun Anwar perlu berhati-hati dengan mereka yang memuji anda. PAS boleh jadi cuba mengunakan Anwar, dan Anwar boleh jadi tergoda mengunakan PAS untuk melanjutkan karier politiknya.

Memang, Anwar mungkin boleh merasionalkan bahawa dia berusaha membawa PAS kepada abad ke-21. Akhirnya apabila dia masuk UMNO pada tahun 1981, Anwar berusaha meyakinkan ahli - ahli dalam gerakan Islam dan rakan-rakannya bahawa dia sedang berusaha untuk menjadikan parti itu (UMNO) lebih Islam!

Kita dengan mudah akan melupakan sepanjang tahun alasan oportunisnya, “Saya mahu menukar sistem dari dalam!”

Sepatutnya pengalaman Anwar dengan UMNO boleh menjadi pengajaran kepadanya bahawa hubungan yang bersifat mengekploitasi, peribadi atau politik, jarang sekali boleh bertahan.

Anwar masih mempunyai satu jalinan muhibah di antara para pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya. Yang akan cepat lenyap adalah dengan PAS dan dia harus menjalinkan semula hubungannya dengan PAS. Ia juga bermakna pengakhiran parti (PKR) yang diterajui oleh isterinya. Saya melihat tiada nilai positif dengan kemasukan semula Anwar ke dalam politik.

Dengan meninggalkan politik pilihan raya, hubungannya dengan pemimpin UMNO akan terus berkembang. Anwar boleh dengan cekap menamatkan permainannya yang menjadi dalang politik UMNO dan berupaya mempengaruhi organisasi itu serta pada satu tahap membantu presidennya ketika tidak dapat melakukan apa-apa.

Jika Anwar kekal neutral dari segi politik, dia mungkin satu-satunya individu yang boleh menterbalikkan polarisasi yang semakin berbahaya di kalangan orang Melayu.

Paling tidak, dia boleh menjadi penggangu wacana politik Melayu. Anwar adalah seorang yang selesa membaca tahlil di surau seperti dia juga selesa di majlis bergaya barat di hotel-hotel ternama (sudah tentu menghirup jus oren!). Maknanya, Anwar selesa dengan ulama seperti dia selesa dengan Muslim Liberal.

Anwar sangat disanjung di Bangkok dan Manila. Dia wajar menggunakan kaedah yang baiknya untuk membantu dua negara itu menyelesaikan isu Islam mereka (pada dasarnya etnik Melayu).

Dia harus meyakinkan kerajaan-kerajaan yang menahan mereka (Bangkok dan Manila) supaya melihat lebih jelas yang tindakan ketenteraan bukan penyelesaian, tetapi pembangunan ekonomi dan hak-hak manusia lebih baik dilaksanakan .

Dia harus menggesa kerajaan itu bahawa pemberontakan bukanlah penyelesaian terbaik. Keamanan di Mindanao dan Patani akan menjadi baik untuk mereka bagi hubungan serantau.

Sama juga, Anwar boleh menunjukkan reputasi terbaiknya di Jakarta untuk menyedarkan negara itu meneruskan dasar-dasar ekonomi dan sosial. Dia harus juga menggunakan pengaruh baiknya kepada Sultan Brunei untuk menujah negara feudal itu kepada zaman moden.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Anwar bagaikan ditahan dari melakukan semua ini. Saya mencadangkan ruang bagi Anwar patut diperluaskan lebih daripada Malaysia.

Apabila dia dibebaskan dari penjara, kerajaan Saudi menyediakan satu jet eksekutif menghantarnya ke Jerman untuk rawatan perubatannya.

Gerak isyarat ini bukan satu penghinaan untuk kerajaan Malaysia atau kepada Dr Mahathir, tetapi lebih kepada satu pantulan Anwar dalam pembangunan dunia Islam.

Di antara pelawat-pelawat awal Anwar ketika dirawat di Jerman adalah tokoh-tokoh kanan pentadbiran Bush. Anwar adalah salah seorang pemimpin-pemimpin Asia yang memahami kuasa Barat , khususnya Amerika, kepimpinan dan demokrasi.

Pada satu masa, ketika pentadbiran Bush mahu menggunakan sedikit bantuan di dalam dunia Islam, terdapat beberapa orang sukarelawan yang mampu diketengahkan. Anwar salah seorang daripadanya. Bakat Anwar mungkin dapat digunakan dengan hebat. Ia mungkin baik untuk Amerika, baik untuk Islam, dan daripada semua itu, Anwar cemerlang.

Penyokong-penyokong Anwar mengerling terhadap hubungan rapatnya dengan “Neo cons;” Anwar sering mempertahankan hubungan ini. Seharusnya hubungan seperti ini sentiasa disambut secara berterusan.

Kini yang menerajui “neo cons” adalah Paul Wolfowitz di Bank Dunia, Anwar sewajarnya menggunakan pengalamannya sebagai seorang bekas Menteri Kewangan untuk membina sebuah ekonomi teguh untuk memandu bank kepada amalan pinjaman menguntungkan dan jauh dari projek-projek “mega”.

Sebelum Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri, dia seharusnya membebaskan dirinya daripada graviti tarikan penyokong-penyokongnya. Mereka harus berpijak di bumi nyata bahawa mereka boleh terus mempercayai seorang pemimpin yang hebat, tetapi kehebatan ini tidak mungkin dicapai jika dia membenarkan dirinya menjadi penambat untuk mengongkong ikatan emosional.

Jika Anwar boleh merawat penyokong-penyokong dengan penuh kasih sayang, bukan sebagai sauh yang akan menyebabkan dia jatuh lebih dalam tetapi sebagai perangsang yang akan menggerakkannya kepada aspek lainnya sebagai seorang pemimpin, ketika Anwar ditakdirkan untuk ke puncak lebih tinggi.


AIDC menterjemah artikel tulisan Dr Bakri Musa, rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat. Artikel asal klik di sini





Sila klik untuk baca selanjutnya...

Jika saya jadi PM - email Anwar Ibrahim kepada Universiti Georgetown, Amerika Syarikat



Oleh : Eric Pilch

Anwar Ibrahim, lelaki yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri baru Malaysia, ditemubual oleh Today Voice [blog universiti Georgetown, Amerika Syarikat]. Teks penuh temubual melalui email ini diterbitkan semula seperti berikut:

Sebagai memulakan bicara, mengapa anda berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sekarang (BN) daripada kekuasaan?

Dalam mencapai sebuah negara demokrasi, tidak akan sempurna walaupun di Malaysia, kecuali menepati dua aspek etika pentadbiran : etika moral dan politik.

Cabang-cabang etika moral termasuklah – transparensi(ketelusan), kedaulatan undang-undang, pengasingan kuasa, integriti pemegang jawatan, dan sebagainya.

Keputusan-keputusan etika politik pula terhasil daripada kepimpinan yang berkesan yang dipilih oleh rakyat dan ahli majlis undangannya.

Barisan Nasional di Malaysia, selama 51 tahun pemerintahannya, telah pudar etika moralnya untuk mentadbir sekurang-kurangnya untuk satu dekad kini. Badan kehakiman telah korup, pasukan polis itu menjadi tidak berfungsi, perkhidmatan awam tidak efektif hanya tidak lebih sebagai 'rubber stamp', politik wang menjalar ke dalam parti politik, dan perkara-perkara berkaitan dengan bangsa dan agama menjadi seperti kawasan 'periuk api' [ketidakadilan ras dan agama]. Ekonomi lembap, kerajaan tiada penyelesaian untuk masalah pengangguran yang meluas, inflasi berleluasa dan penurunan dalam pelaburan asing. Negara ini menjadi semakin tragis selepas 51 tahun memerintah.


Barisan Nasional selalunya mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. Hanya sekali, sebelum ini pada tahun 1969, BN kehilangan majoriti itu — rusuhan-rusuhan kaum telah dinyalakan akibat kehilangan majoriti itu.

Pada 8 Mac tahun lalu, BN kehilangan majoriti itu dalam sejarah bangsa pilihan raya umumke-12. Wujudnya ambang psikologikal yang telah disalah tafsir dan menampakkan lompang-lompangnya

Terencatnya etika moral dan politik untuk urus tadbir telah membawa kepimpinan negara menjadi buntu. Gabungan Pembangkang berhasrat untuk menamatkan kebuntuan ini dengan menarik ahli parlimen BN menyertai kempen kita untuk penjanaan semula negara.


Apakah idea-idea anda kepada Perdana Menteri semasa era Abdullah Ahmad Badawi?

Saya pernah mengenali Perdana Menteri selama bertahun-tahun dan telah mengenalinya sebagai seorang yang bersopan santun - Saya berharap saya tidak merendah-rendahkannya - tetapi seluruhnya dia tidak berjaya.


Mengapa adakah anda percaya Perdana Menteri Abdullah segan menemui anda?


Dia berfikir bahawa dia akan menemui jalan buntu. Saya cuba untuk meyakinkannya tentang keselamatan negara lebih mustahak berbanding melanjutkan usia kerjaya politik individu atau kekurangannya.

Dalam kepentingan untuk negara, tidak salah dia berjumpa saya dan kita membincangkan bersama-sama. Tentang masa depan negara, berbincanglah dengan saya, tidak perlu dia terus berada dalam situasi beremosi.

Dalam politik, anda mesti tahu membaca suasana dan arus. Dia telah membaca dan terus membaca dengan tafsiran yang salah. Dia sepatutnya memilih untuk pendamaian. Kemuktamadan bukan bahasa politik.

Percayakah anda bahawa keputusan kerajaan menghantar 50 ahli parlimen ke Taiwan minggu lepas telah disusun untuk menghalang rancangan-rancangan anda?


Ianya diketahui umum dan memalukan . Ia telah memimpin orang ramai untuk berfikir yang kerajaan adalah sebuah kumpulan badut-badut.


Adakah anda mengekalkan rasa tidak bersalah berkenaan tuduhan liwat dan rasuah yang telah dikenakan anda pada masa lampau ?


Saya tetap mengekalkan bahawa dakwaan mereka itu adalah satu konspirasi - dan sampai sekarang ini bukan sedikit bukti telah ditunjukkan untuk menyokong ketidaktentuan dakwaan-dakwaan spekulatif itu. Dengan kawalan kerajaan tehadap media rasmi, dakwaan-dakwaan itu - kejam, melampau dan dengan jelas palsu – telah memberikan nilai yang tidak baik.

Kali ini, dalam pendapat umum, dakwaan meliwat itu akan lebih cepat menghilangkan populariti kerajaan. Tiada siapa percaya dakwan itu melainkan satu strategi untuk menyelamatkan usia politik seseorang itu dan bergantung kepada saya menjadi bertepuk dalam menghentam.

Saya perlu menyampaikan penghargaan ikhlas kepada masyarakat antarabangsa yang telah berterus terang dalam kritikan mereka terhadap konspirasi dilancarkan terhadap saya. Universiti Georgetown pun mengekalkan penghormatan dan sokongan kepada saya di sini.


Apakah keutamaan dasar anda jika anda berjaya menjadi Perdana Menteri?


Perkara paling utama adalah pelaksanaan Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia, satu program untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dengan memberi mereka kesamarataan dan peluang. Bakat-bakat mereka akan berkembang dan matlamat sebuah bangsa bersatu yang telah dihakis untuk berdekad lamanya akan dapat dicapai. Anda akan mendapat wawasan itu — dendam rakyat itu yang disekat bakat mereka dalam percanggahan — seperti drama-drama Ibsen.

Kita perlu membina semula integriti badan kehakiman dan mengambil satu tindakan membendung rasuah dan kronisme. Memajukan semula ekonomi yang lembap dan ketinggalan dari jiran-jiran kita di Asean.

Pelabur-pelabur asing di Malaysia kini tidak selesa dengan prospek kerajaan yang tidak menghormati undang-undang dan prinsip asas pasaran bebas. Sistem pendidikan kita telah menjadi tidak terurus di bawah pengawasan tidak bertanggungjawab orang-orang yang dilantik secara politik.

Kita komited untuk membina sebuah ekonomi yang berperikemanusiaan - merangsang pertumbuhan tetapi memastikan orang miskin dan dipinggirkan tidak tergelincir dicelah-celah itu.

Para kapitalisme telah membuat huru-hara terhadap pasaran global dan kita pernah melihat sekali lagi dalam huru-hara yang terkini di Wall Street.

Krisis ini mempunyai kesan sebenar ke atas rakyat - yang menyebabkan kehilangan pekerjaan , simpanan persaraan dan portfolio pelaburan. Memasarkan komitmen kita berorientasikan polisi-polisi ekonomi firma kekal, tetapi kita akan susuli dengan satu kursus yang diterangkan oleh John Kenneth Galbraith seperti campur tangan kerajaan bagi membetulkan ketidaksaksama sosial kepada kuasa-kuasa yang tidak tertahan dalam pasaran bebas.

Apakah pengalaman anda yang boleh dikongsi bersama semasa anda berada di Universiti Georgetown ?

Saya menghabiskan setahun setengah di Universiti Georgetown. Ia merupakan satu ruang 'buangan' saya selama enam tahun di pemenjaraan yang tidak adil. Selama di Universiti Georgetown saya dapat menjelaskan pemikiran yang berlegar semasa saya dalam penjara. Tempoh saya dihabiskan dengan mengajar, membaca dan memantulkan semula menjadi bahan bakar kempen saya untuk membanteras satu permulaan baru kepada rakyat Malaysia.

Saya tidak dapat menolong sepenuhnya tetapi saya masih ingat kembali lawatan terdahulu saya di kampus Georgetown pada tahun 1996 apabila saya menyampaikan satu ucapan dalam dialog tamadun-tamadun dan perlu untuk mencapai satu konsep Convivencia (saling hormat menghormati antara semua agama) dalam semangat model di Andalusia, Sepanyol

Saya telah hadir ke kampus berinteraksi dengan pelajar-pelajar pelbagai fakulti dalam satu rangsangan intelek dan persekitaran rohani, yang saya merasakan seolah-olah kita mendekati kepada keunggulan.

Saya perlu menyampaikan salam saya kepada pelajar-pelajar itu, kerana penyertaan mereka dalam kelas-kelas dan kepada kakitangan serta pentadbiran yang tidak ada tolok bandingnya dalam kebaikan mereka melayan saya dan keluarga saya.

Akhirnya, adakah anda mempertimbangkan hasrat untuk kembali semula ke Georgetown selepas tamat kerjaya politik anda?


Ia menjadi satu kesukaran untuk menolak jemputan daripada Presiden DeGioia,(Presiden Georgetown), seorang rakan yang hebat, untuk pulang semula ke Georgetown berkecimpung dalam dunia pengajaran.

Tetapi sekarang, jambatannya terlalu jauh. Saya sudah tentu ingin kembali ke Georgetown tetapi dalam keupayaan saya sekarang saya tidak boleh berikan komitmen. Georgetown akan kekal dalam ingatan saya sebagai satu tempat indah yang memberi satu pembaharuan dalam pandangan dalam hidup saya kerana pandangan itu sangat diperlukan.


AIDC menterjemah artikel "The Voice interviews Anwar Ibrahim, Georgetown prof turned Malaysian oppositionist". Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Bayangkan jika Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman Hudud atas kesalahan meliwat 1998..


Oleh Irfan Yusuf

Anwar Ibrahim menyokong 'fatwa' Tariq Ramadhan. Pengadilan jenayah, merejam penzina atau memotong tangan atau memenggal kepala, bukan ciri penting Syariah Islam.

Dua tokoh Islam terkemuka di dunia telah menjejakkan kaki ke bumi Autralia.


Tariq Ramadhan telah menyampaikan ceramah-ceramah dan mengadakan bengkel-bengkel di Sydney dan Melbourne. Dia membawa satu pesanan bahawa umat Islam perlu melibatkan diri dalam persatuan-persatuan di mana sahaja mereka tinggal. Dia juga memberi satu pandangan kritis berkaitan kepercayaan tasawuf (sering disalahanggap sebagai 'Sufisme'), yang datuknya (Imam Hasan al-Banna) supaya dapat dikaji dengan teliti .

Beberapa bulan kemudian, Anwar Ibrahim turut melawat Australia dan bercakap kepada masyarakat di Melbourne, Sydney dan Brisbane.

Dua tokoh ini (Tariq Ramadhan dan Anwar Ibrahim) banyak terlibat dengan ceramah-ceramah khususnya disasarkan kepada masyarakat Islam.

Anwar menyampaikan mesej yang sama kepada masyarakat Islam - yang menyeru umat Islam perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Islam, umat Islam perlu berhenti berpura-pura bahawa umat Islam bukan sebahagian daripada komuniti yang menghuni masyarakat itu serta memperolehi faedah darinya.

Baru-baru ini, Dr Ramadan telah menggariskan 'fatwa' dengan tuntutannya supaya dihentikan undang-undang terhadap hukuman dera, merejam dan hukuman mati (dikenali secara kolektif sebagai hudud) dalam dunia Islam.

'Fatwa' Tariq Ramadhan itu telah dikritik oleh penulis-penulis dan sarjana-sarjana Islam, termasuk yang mendakwa mereka yang mengikuti warisan Imam Hassan Al Banna.

Saya tidak layak untuk mengesahkan 'fatwa' Dr Ramadan itu. Saya tidak memegang sebarang kelayakan formal dalam undang-undang syariah, ataupun saya bukan seorang graduan sebuah universiti Islam. Saya amat jarang menjejaki kaki di mana-mana madrasah (kecuali untuk belajar bagaimana membaca Quran dalam bahasa Arab).

Saya tidak mempunyai ijazah (kebenaran untuk mengajar) daripada sarjana Islam yang mempunyai ijazah daripada warisan (atau Sanad) Nabi Muhammad s.a.w (semoga Allah mencucuri rahamt ke atasnya)

Tetapi saya juga mengetahui mengenai pentadbiran keadilan jenayah. Saya juga tahu serba sedikit tentang politik dan perhubungan awam. Dan saya dengan rendah hati merumuskan jika sarjana-sarjana Islam tidak menangani diri mereka dengan betul, maka hubungan awam akan menjadi semakin parah.

“Kita perlu berhenti berpura-pura bahawa kita bukan sebahagian masyarakat yang kita perolehi faedah daripadanya.”

Syariah bukan hanya mengenai pengadilan jenayah, merejam penzina atau memotong tangan atau memenggal kepala.. Syariah adalah satu tradisi yang kompleks dan canggih yang melingkungi pelbagai pendapat luas daripada perkara asas sebagaimana peraturan-peraturan biasa, sebagai contoh meletakkan tangan anda apabila bersembahyang. Hukuman hudud adalah sebahagian kecil daripada cabang syariah.

Tetapi cara beberapa sarjana Islam membantah, menyebabkan masyarakat akan memikirkan bahawa pendapat penulis-penulis News Limited (syarikat media Australia kepunyaan Rupert Murdock) adalah betul dengan mengatakan syariah itu adalah hukuman jahat.

Keadilan jenayah bukan sahaja wujud dalam buku undang-undang atau tesis golongan terpelajar. Antara jenayah dan hukuman terdapat pelbagai siri dan langkah. Pesalah harus difahami kesalahan dan didakwa. Keputusan yang dibuat mesti atas keadilan.

Kemudian terdapat isu-isu berkaitan mahkamah yang memerlukan bukti dan prosedur. Akhirnya, di atas keyakinan, mestilah menjatuhkan hukuman mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kepada hakim. Bukan semua pencuri secara automatik dihukum. Semua ini memerlukan agensi penguatkuasaan undang-undang terlatih.

Dalam kes Anwar, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah terlatih bagi menerangkan bahawa dia lebam di sekitar matanya dan kecederaan parah yang pernah dialaminya akan menjejaskannya seumur hidup. Dia lebih bernasib baik. Sebelum ini, wujud kes Mamdouh Habib (rakyat Mesir, warganegara Australia baru-baru ini dibebaskan dari penahanan di Guanatanamo Bay), mungkin telah dihantar ke Mesir di mana penguatkuasaan undang-undangnya lebih kasar.

Dan bayangkan jika hukuman hudud dikenakan ke atas Anwar selepas didapati bersalah dalam kes liwat. Kita tidak akan mendengar berita mengenainya selepas itu. Semua yang mungkin kita dapat lihat adalah sebuah batu nisan dengan nama Anwar terukir di atasnya.

Juga diperlukan adalah hakim-hakim yang berkelulusan dan bijak. Saya mempunyai saudara mara di Pakistan yang merupakan peguam. Mereka memberitahu bagaimana terdapat ramai hakim bijak di sana. Hakim yang menjalankan perbicaraan kes Anwar juga cerdik dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sebelum penulis-penulis pro-Ikhwan Muslimum menyerang Dr Ramadan di atas 'fatwa'nya itu, mereka perlu menyediakan satu contoh sebuah Negara Islam di mana undang-undang undang-undang adalah tertinggi, di negara mana hakim-hakim adalah berkelulusan untuk memahami dalam menguatkuasakan hudud serta di mana polis dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain adalah bebas rasuah.

Syariah mungkin (dan saya percaya) adalah amat berjaya jika dilaksanakan dalam sistem perundangan. Tetapi di pihak yang salah, kemungkinan hukuman-hukuman ini boleh disalahgunakan.

Syed Maududi (Abu al Al Maududi), merupakan seorang penyokong utama dalam pengenalan syariah kepada undang-undang Pakistan, tetapi dia juga dengan kuat menentang pengenalan hudud dilaksanakan sehinggalah moral, syarat-syarat sosial dan pendidikan diikuti secara betul.

Tiada guna memotong tangan pencuri apabila ekonomi keseluruhan adalah berasaskan sistem Robin Hood - mencuri daripada majoriti yang miskin dan memberi kepada minoriti kaya.

Dan apakah akan terjadi satu mimpi buruk, jika penyokong syariah menang dalam penciptaan satu sistem di mana kredibiliti syariah hilang di mata orang ramai yang sepatutnya syariah bertujuan untuk garis panduan dan menyelamatkan masyarakat.

Bayangkan masyarakat Islam antarabangsa dipenuhi dengan berjuta-juta manusia seperti Amina Lawals. [Aminah Lawal adalah wanita muslim Nigeria telah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh mahkamah syariah Nigeria pada Mac 2002, kerana didapati bersalah melakukan zina hingga melahirkan anak luar nikah]

Khalifah Umar mempunyai idea yang tepat. Dia menangguhkan hukuman untuk pencuri semasa kemiskinan teruk yang membawa kepada keburukan . Semasa orang ramai terpaksa mencuri semata-mata untuk hidup, hukuman memotong tangan jarang sekali dipraktikan.

Apabila cendekiawan-cendekiawan menentang apa-apa sahaja yang dicurigai dalam syariah, mereka menghakis kredibiliti mereka sendiri. Mereka juga bercakap dan mengadili dalam bidang yang lebih daripada kepakaran mereka.

Hakim perbicaraan yang menjatuhkan hukuman kepada Amina Lawal pada asasnya adalah adalah satu contoh klasik yang minoriti (dan sebahagian besar memalukan) kedudukan dalam fakulti undang-undang Maliki

Sarjana-sarjana ini berdiri teguh dengan pendirian mereka, penulis-penulis, profesional-profesional, golongan perniagaan dan umat Islam biasa lain akan cuba untuk melibatkan diri dengan dengan rakan pelbagai bangsa.

Sukar untuk dijelaskan kepada mereka yang bukan Islam bahawa tujuan-tujuan Islam adalah benar apabila golongan agama berniat untuk menyekat berdasarkan keganasan yang tidak berhati perut. Banyak perkara dapat diperoleh jika bergaul dengan orang bukan islam!

Memang, sarjana-sarjana Islam sentiasa menyatakan kebenaran. Mereka mengakui terdapat halangan-halangan serius yang perlu diharungi sebelum sebarang aspek syariah dilaksanakan di mana-mana negara Islam.

Mereka mengakui syariah itu bukan hanya berkaitan dengan keadilan jenayah tetapi juga dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, perkahwinan dan semuanya bermula dengan keadilan.

Syariah adalah sebagai mengawal kelakuan anti persaingan dalam pasaran atau memastikan perantaraan dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian komersial dan sebagai menyeksakan penjenayah.

Undang-undang tidak wujud dalam satu kekosongan sosial. Marilah kita membina masyarakat Islam yang teratur sebelum kita memulakan secara drastik dengan hukuman-hukuman jenayah Islam.

Marilah kita memastikan terlebih dahulu dalam sebuah negara Islam terdapat satu badan kehakiman bebas, sepasukan polis bebas rasuah, pegawai mahkamah yang bersih, ahli politik yang jujur dan keadaan sosial yang dikurangkan tahap kemiskinan, pembunuhan dan setiap jenayah lain yang berkaitan dengan hudud.

Tariq Ramadhan mempunyai satu sebab yang kukuh menangguhkan hukum Hudud. Dan Anwar Ibrahim adalah bukti yang nyata bahawa tidak semua Negara Islam bersedia untuk melaksanakan hudud.

Biarlah Negara Islam terikat dengan undang-undang pertama (the rule of law) dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

Nota : Irfan Yusof adalah penulis, wartawan bebas dan peguam yang berpengkalan di Sydney, Australia

Nota Kaki: Artikel ini pertama kali diterbitkan di Alt.Islam



AIDC menterjemah artikel 'Anwar Ibrahim Is Proof That Tariq Ramadan Has A Point'. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

. Mazhab Islam Anwar : Versi Al Quran & Shakespeare




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Hakim percaya Anwar meliwat, bebas secara teknikal - Tun Mahathir



PETALING JAYA : Mahkamah Persekutuan mengenepikan pertuduhan liwat pada tahun 2004 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermaksud beliau tidak melakukan kesalahan (liwat) itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Katanya, mahkamah rayuan telah menemui bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, abang angkatnya terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseks, yang pendakwaan telah gagal membuktikan lebih daripada satu keraguan munasabah.

Bagaimanapun, dua hakim telah menggunakan kerumitan undang-undang bagi memastikan Anwar tidak bersalah, kata Dr Mahathir.

"Jika kita lihat, kita akan mendapati bahawa kesemua 10 orang hakim yang mendengar kes itu bersetuju Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, (bekas pemandu keluarganya), walaupun dua (hakim) membuatkan tidak bersalah atas sebab teknikal" katanya dalam blog Che Det.

Bekas Perdana Menteri berkata, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah lebih awal menentang dengan berkata bahawa dia tidak mempercayai sistem kehakiman di Malaysia.

"Bagaimanapun, apabila Anwar telah dibebaskan berdasarkan satu asas di mana sukar untuk orang awam memahami, dia tidak pula mengatakan bahawa dia (Wan Azizah) tidak mempercayai sistem badan kehakiman," katanya.

"Apa yang akan dia (Wan Azizah) katakan setelah perbicaraan Anwar, hakim percaya dan mendapati Anwar benar-benar meliwat (bekas pembantunya), Mohd Saiful (Bukhari Azlan), tetapi menjatuhkan hukuman tidak bersalah akibat kerumitan undang-undang?"


AIDC menterjemah artikel The Star yang disiar di news.asiaone.com. Artikel asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Pengakuan bersumpah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (Adik angkat Anwar)



Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa dan sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks di luar tabii atau homoseksual. Antara saksi utama yang memberi keterangan dalam kes ini adalah dua personaliti sepermainan beliau.

Di kalangan kita hari ini masih menyangsikan dan mempertikaikan keterangan dan pengakuan saksi-saksi yang diketengahkan. Sebaliknya ramai suara-suara yang menuntut keadilan dan ketelusan badan kehakiman negara dalam pengendalian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selanjutnya menuduh adanya konspirasi menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.


Pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja ini bukannya satu rekaan. Ianya satu pengakuan yang dibuat sendiri secara sukarela dan sedar tanpa paksaan di hadapan Majistret Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 23 September 1998 dan diakui kebenarannya.

Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan kebenarannya dan selanjutnya menilai sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai untuk memimpin generasi akan datang, bangsa, negara dan agama menuju ke alaf baru.


Pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja

Pada jam 3.50 petang, 17.9.98, ASP Mohd Rodwan bin Mohd Yusuf dari Cawangan Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman datang untuk membawa seorang tahanan bernama Darmawan Sasmitaatmadja untuk membuat pengakuan. Bersama ialah Dektektif Zaini bin Mohamed Diah.

Saya mempersilakan Darmawan, yang menyebut dirinya sebagai En. Sukma, duduk di kerusi di hadapan meja saya, sebelum itu saya meminta anggota polis membuka gari dan gari kemudiannya dibuka oleh Det. Zaini bin Mohamed Diah. Saya kemudian meminta kedua-dua pegawai polis tadi keluar dari bilik saya. Mereka pun berbuat demikian. Saya tentukan bilik ditutup. Sekarang tinggal saya dan En. Sukma di dalam bilik Kamar Hakim Jenayah 2.

Saya kemudian meminta En. Sukma membuka baju T warna hijau tua untuk memastikan beliau tidak mempunyai apa-apa kecerderaan di badan akibat di pukul. Saya dapati tiada apa-apa kesan yang menunjukkkan sedemikian.

Saya kemudian mengemukakan kepada En. Sukma beberapa soalan seperti berikut :

t.t

Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
I. C : 8315878

t.t
Abdul Karim Abd. Jalil
Majistret, Jalan Raja
KL
17/9/98


Q : Bolehkah saudara beri nama dan butir-butir mengenai saudara?
A : Nama saya Sukma Darmawan Sasmitaatmadja. Berumur 37 tahun. No. I/C 8315878. Pekerjaan usahawan.

Q : Bilakah awak ditangkap?
A : 6.9.1998, pukul 1.35 petang

Q : Di manakah awak ditangkap?
A : Di Lot 10, Shopping Kompleks, KL.

Q : Di mana awak ditahan selepas ditangkap?
A : Saya dibawa ke rumah saya untuk pemeriksaan rumah. Kemudian saya di bawa ke Bukit Aman.

Q : Berapa lama awak ditahan di Bukit Aman?
A : 12 hari.

Q : Awak tahu siapa saya?
A : Hakim.

Q : Kepada siapa awak mula-mula menyatakan niat awak hendak membuat pengakuan ini?
A : Kepada pegawai polis di Bukit Aman, nama En. Rodwan bin Mohamad Yusuf.


Q : Bilakah awak mula-mula hendak membuat pengakuan?
A : Semalam 16.9.98

Q : Siapa yang jaga awak semasa awak dalam tahanan?
A : Di bawah tanggungjawab En. Rodwan.

Q : Adakah sesiapa yang mengugut atau pukul atau berjanji apa-apa atau paksa awak atau menyuruh awak buat pengakuan ini?
A : Tidak ada sesiapa.

Q : Fikir betul-betul?
A : Tidak ada sesiapa.

Q : Sekarang masih ada masa jika awak ingin tukar fikiran awak, jika awak hendak dari membuat sebarang pengakuan?
A : Saya masih dengan sukarela hendak membuat pengakuan ini.

Q : Awak mesti tahu bahawa apa-apa percakapan atau pengakuan yang awak berikan kepada saya boleh digunakan terhadap awak dalam perbicaraan awak kelak?
A : Saya faham betul. Saya masih hendak membuat pengakuan.


t.t
Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
I.C : 8315878

t.t
Abdul Karim Abd. Jalil
Majistret, Jalan Raja, KL
17/9/98

Daripada jawapan-jawapan yang telah diberi oleh En. Sukma ke atas soalan-soalan saya di atas, dan dari pemerhatian akan kebekerjasama En. Sukma, akan tujuan kehadirannya, saya berpuas hati beliau membuat pengakuannya denga sukarela tanpa dipaksa, diugut, dipujuk ataupun dijanjikan apa-apa untuk membuat pengakuan ini.




t.t
Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
I. C : 8315878


t.t
Abdul Karim Abd. Jalil
Majistret, Jalan Raja, KL
17/9/98


Kenyataan pengakuan dibuat oleh En. Sukma Darmawan Sasmitaatmadja, I. C 8315878.

Q : Sekarang awak sedia untuk memberitahu saya mengenai apa-apa yang hendak awak katakan?
A : Saya sedia. Saya membuat pengakuan seperti berikut :


Saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula daru tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan. Tapi pasti tahunnya.

Saya datang dari Indonesia bersama ibu dan ayah saya untuk menetap dan bersekolah di Kuala Lumpur. Ibu dan bapa saya menyerah saya kepada Datuk Ibrahim dan isterinya dalam jagaan mereka sewaktu pengajian saya di Malaysia.

Saya tinggal di No. 27, Jalan SS1/43, petaling jaya. Dengan secara kebetulan saya mendapat bilik berkongsi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suatu hari, tidak ingat hari bulan dan waktu yang tepat, saya merasa berahi dan ingin melakukan onani. Dalam satu bilik saya tidur sekatil dengan dia. Secara kebetulan, badan dia melekat pada badan saya termasuk kemaluan dia berada di telapak tangan saya. Dengan otomatik saya menguitkan kemaluan beliau dengan tangan saya dan beberapa saat air mani dia keluar tetapi air mani saya tidak keluar. Itu detik-detik permulaan saya dengan dia dan berterusan dalam seminggu sekali kurang lebih dalam setahun.

Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks saya terhadap dia. Selepas setahun kemudian dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang seli di antara onani, liwat dan oral.

Setelah Dato Seri Anwar Ibrahim berkahwin beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumah beliau. Di rumah ini dalam jangka 3 atau 6 bulan saya tidak mempunyai apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu kami ada menjalinkan hubungan berselang seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali atau dua.

Kemudian kami berpindah ke Subang Jaya. Di sini saya hanya tinggal bersama dia dua bulan terakhir dalam setahun. Kerana saya kembali ke Indonesia pada waktu itu selama sebelas bulan. Pejalinan ini berterusan tetapi berkurangan.

Selepas setahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim tinggal di Subang Jaya kami berpindah ke Seksyen 14 Petaling Jaya. Di sini terjalin juga hubungan di antara saya dengan dia dalam sebulan sekali atau dua. Kami berpindah kemudian ke No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara iaitu kediaman rasmi peribadi beliau.

Di dalam rumah saya mendapat bilik sendiri dan hubungan ini tetap berlaku dalam satu atau dua kali sebulan. Dalam kurang lebih kami menetap di Bukit Damansara selama 3 ½ tahun, kalau tidak silap. Kemudian kami berpindah ke rumah rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

Selama di sini hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim agak renggang kerana saya berpindah ke rumah peribadi saya di 10/7/2 Tivoli Villas, Bukit Bandaraya. Walau bagaimanapun jalinan ini tetap terjadi walaupun sekali sekala. Ini kurang lebih dalam tahun 1991/92.

Di rumah 47, Jalan Damansara, Damansara saya pernah memperkenalkan secara tidak langsung kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim kawan saya bernama Ismail. Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat Ismail tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan Ismail kerana saya menunggu di bilik air.

Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila berkunjung di rumah ini.

Dalam lebih kurang dua atau tiga tahun yang lalu waktu dan tahun yang tepat saya tidak ingat saya pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah saya untuk bertemu Azizan (pemandu kereta Datuk Seri) di rumah saya atas permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan hubungan sejenis. Rumah saya ini di Tivoli Villas tadi.

Dianiaya terjadi seperti begini. Saya membuat janji kepada Azizan agar beliau datang ke Tivoli Villas pada pukul 7.30 petang. Pada pukul 7.00 petang saya menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim dari rumah rasmi beliau ke Tivoli Villas. Kami tiba di Tivoli Villas pada 7.15 petang, kurang lebih, dan pada 7.30 petang, Azizan datang ke rumah saya dengan kenderaan beliau sendiri.

Setelah kami bertiga bersama, Datuk Seri Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua sekejap-sekejap. Di antara hubungan mereka ianya terjadi oral dan liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ke Azizan dengan menggunakan cream baby tanpa menggunakan kondom. Selepas air mani Datuk Seri Anwat keluar Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya. Tapi saya tidak mencapai ke tahap maksimum.

Semasa saya melakukan liwat ke atas Azizan, Datuk Seri Anwar berada di bilik air. Kejadian ini berlaku tiga kali di rumah saya di Tivoli Villas tetapi tetapi kali ketiga saya tidak menonton atau melakukan hubungan sejenis bersama mereka. Mereka hanya melakukan berdua dan saya menunggu di luar kamar.

Selepas dari kejadian ini, Azizan pernah meminta pinjaman wang sebanyak RM7,000 daripada Datuk Seri Anwar. Datuk Seri Anwar memberikannya melalui saya. Saya memberikannya kepada Azizan sebanyak RM7,000.

Sepanjang perhubungan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya hanya berperanan sebagai pasif dan Datuk Seri Anwar sebagai aktif. Posisi kedudukan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa melakukan secara mengiring atau menyorong dan meniarap. Selama hubungan saya dengan beliau, beliau tidak pernah menggunakan kondom.

Hubungan seks terakhir saya dengan beliau kurang lebih di antara bulan Mac atau April 1998 disebabkan kesibukan kerja beliau.

Itu sahaja yang hendak saya katakan mengenai pengakuan saya terhadap hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar,

t.t
Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
I. C 8315878

t.t
Abdul Karim Abd. Jalil
Majistret KL
17.9.98
6.00 p.m






Q : Ada apa-apa lagi yang hendak kamu tambah?
A : Daripada hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebanyakkan atas permintaan Datuk Seri. Saya hanya memberi atas permintaan. Saya tidak mahu membuat apa-apa pengakuan.

Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan secara sukarela. Ini diambil di hadapan dan pada pendengaran saya sendiri dan telah dibacakan balik kepadanya dan dia mengaku betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya.


t.t
Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
I. C 8315878

t.t
Abdul Karim Abd. Jalil
Majistret KL
17.9.98
6.00 p.m


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar, Shakespeare dan Liberalisme : Bagaimana Shakespeare Membebaskan Imaginasi Pemimpin Yang Dipenjarakan

Oleh : Melissa Western

Peranan Shakespeare dalam mengilhamkan salah seorang daripada banduan-banduan politik Asia Tenggara paling kontroversial akan dipromosi dalam satu kongres yang dihoskan oleh The University of Queensland bulan depan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Profesor Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menjadi salah seorang ahli panel utama pada dalam Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII.


Mewakili suara untuk Islam sederhana dan progresif, Dr Anwar Ibrahim telah membaca hasil kerja Shakespeare sebanyak empat kali semasa dia menghabiskan masa enam tahun di penjara khas di dalam satu bilik kecil, penjara Malaysia.

Dr Anwar telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan akibat penyalahgunaan kuasa dan salah laku seks pada 1998. Dia telah dibebaskan pada September 2004 selepas Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan tuduhan itu.

“Saya melihat Shakespeare seperti satu tokoh utama dalam dimensi antarabangsa dan berperikemanusiaan,” Dr Anwar Ibrahim berkata.

“Dalam bilik penjara saya yang sepi, dengan jelas. Shakespeare muncul kepada saya seperti satu berlian genius untuk semua budaya"

“Saya berhutang budi kepada Shakespeare kerana saya dapat terbang jauh daripada sekatan kecil mereka melalui empat dinding semasa pemenjaraan untuk menjadi penonton utama karya lama yang genius ini.”

Dekan Eksekutif Fakulti Kesenian, Professor Richard Fotheringham, berkata amat penting Dr Anwar Ibrahim sebagai ahli panel utama dalam kongres yang pertama, 30 tahun sejarah kongres ini dilaksanakan di hemisfera selatan.

“Dr Anwar menggunakan Shakespeare sebagai satu cara untuk menghuraikan beberapa perkongsian yang amat penting antara agama-agama barat dan agama-agama timur, khususnya antara Kristian dan dunia Islam,” tambah Profesor Fotheringham.

“Disebabkan perkara ini dia berupaya untuk menghubungkan jurang budaya. Perkara ini begitu amat penting untuk kami dalam awal abad ke-21.”

Profesor Fotheringham, yang juga merupakan pengerusi Kongres berkata pengetahuan Dr Anwar Ibrahim tentang Shakespeare akan membawa ke satu tahap baru pemahaman kepada hasil kerja 'Bard' dalam abad ke-21.

“Kongres hanya diadakan setiap lima tahun, ini yang pertama sejak peristiwa malang 11 September 2001,” tambah Profesor.

“Memang yang menjadi perhatian adalah peranan Shakespeare dalam budaya yang menggunakan bahasa Arab dan meyakini kepercayaan Islam"

“Kita banyak jiran-jiran Islam dalam rantau kita, dan ia amat penting bercakap kepada mereka atas tapak kebudayaan yang biasa. Shakespeare membantu menyediakan tapak itu, ketika dia telah menjadi pengarang dunia.

Dr AnwarIbrahim juga akan memberi satu syarahan umum mengenai 'Islam dan Democracy' di UQ pada 20 Julai, 9.30am.

Hanya satu tahun sebelum dia dipenjarakan Dr Anwar Ibrahim dijangkakan akan mengambil alih kepimpinan Malaysia dan menggantikan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohammad.

Dua pemimpin ini bertelagah mengenai dasar ekonomi semasa krisis kewangan Asia.

Pada September 1998, Dr Anwar Ibrahim memimpin satu demonstrasi di Kuala Lumpur mendesak pembaharuan dan telah ditangkap serta ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dr Anwar Ibrahim kini adalah Profesor Jemputan dalam School of Foreign Service di Universiti Georgetown.

Semenjak 2004, dia juga mengadakan syaharan sebagai pensyarah di St Anthony College di Oxford dan di School of Advanced International Studies di Johns Hopkins University.

Dia seorang perunding Bank Dunia dalam pentadbiran dan akauntabiliti, pada Mac 2006 dia pernah dilantik sebagai Presiden Kehormat kumpulan London-based AccountAbility.

Mutakhir ini dia telah berucap dalam pelbagai acara termasuk dalam Presidential Fellows Lecture di Bank Dunia, ucaptama pada World Movement untuk Democracy Forum di Istanbul, ucapan berwibawa di Jeddah Economic Forum dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore, dan ucaptama untuk Institute Social dan Ethical Accountability di London.

Dr Anwar Ibrahim akan membuat satu ucaptama di Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII pada 9am pada hari Rabu 19 Julai di Brisbane City Hall.

Ahli panel lain untuk Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII termasuklah pengarang Queensland-born (dan alumni UQ) David Malouf, Pengarah Pentas Australia yang diiktiraf di seluruh dunia, Gale Edwards, Profesor University of Pennsylvania Ania Loomba dan Professor University of Auckland Michael Neill.

Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII akan diadakan di Brisbane City Hall, 16-21 Julai.

AIDC menterjemah artikel How Shakespeare freed a jailed leader’s imagination oleh Melissa Western,The University of Queensland. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Ucapan terbaru Anwar di Paris : Islam dan barat selepas era Bush

Oleh Anwar Ibrahim


Ucapan pembukaan oleh Anwar Ibrahim di L'Institut français Des mengenai Debat - Pesidangan Hubungan Antarabangsa bertajuk “Islam dan Barat Selepas Era George Bush”, di Paris, yang dipengerusikan oleh Michel Camdessus.

IFRI (Institut français des relations internationales) adalah satu badan pemikir yang berpestij di Perancis dan di antara institusi penyelidikan hubungan antarabangsa terulung di dunia. Acara itu telah dihadiri oleh orang-orang kenamaan seperti wakil dari Kementerian Luar Perancis , Ahli parlimen, ahli perniagaan, dan mendapat liputan meluas dari pihak akbar Perancis termasuk France 24, Liberation, dan lain-lain.

Tontonilah BBC WORLD INTERVIEW yang memaparkan ulasan Anwar Ibrahim mengenai ucapan Obama.

Wacana antara Islam dan Barat sebagaimana kita tahu telah dibaluti dengan pelbagai isu bersejarah yang dianggap besar. Ia kekal sehingga ke hari ini. Apa yang kami fahami adalah terdapat banyak tafsiran tentang sejarah yang mencapah dan lahirlah pelbagai persepsi tentang Islam dan Barat. Hari ini, tanpa mengambil kira George Bush, salah faham berterusan yang membawa kepada pertembungan mengenai isu tersebut.

Ironinya, pertembungan itu bukan berkaitan aspek ketuhanan. Bukan juga pertembungan antara Gereja dan Negara seperti yang digambarkan dalam salah satu konsep sejarah di Barat sepertimana yang kita ketahui. Menyelar gereja bukan lagi dianggap satu tindakan intelektual yang sihat dan konsep sekularisme sendiri dianggap passé (ketinggalan zaman) dalam banyak perbincangan.

Sebenarnya, jika kita memandang lebih jauh, kita sepatutnya melihat kuasa memusat kepada kerja. Doktrin John Locke (Tokoh Falsafah Barat-tokoh rujukan Islam Liberal) tidak mencemarkan kehidupan dan kekayaan manusia, dalam Tradisi Prophetic (kenabian/ramalan) seperti yang diketahui oleh para cendekiawan Islam: “ Oh Manusia , darah anda, harta anda dan penghormatan anda adalah suci seperti Tanah Suci ini.

Prinsip-perinsip "Lockean" (John Locke) menyebabkan Perancis membangun ke zaman pencerahan dan dijadikan sebagai asas perlembagaan Amerika dan mempunyai persamaan jelas dengan 'maqasid al syariah', satu perinsip tertinggi dalam Undang-undang Islam, seperti yang terdapat dalam kurun kelapan, yang menjaga kesucian agama, kehidupan, intelek, keluarga, dan kekayaan.

Masih belum sampai perbincangan lanjut, menyedarkan kita supaya lebih berani dan meningkatkan pengertian yang kini telah disempitkan dalam satu percanggahan peradaban. Selepas tiga dekad, Revolusi Islam Iran, bayangan fundamentalisme Islam menunggu forum-forum kita, kerana negara itu masih berpegang kepada pemikiran pengertian Islam sebagai agama keganasan, ekstremisme dan keganasan serta penolakan demokrasi dan hak-hak manusia.

Keraguan ini terhenti apabila melihat apa yang telah berlaku di Indonesia, yang merupakan sebuah Negara Islam berkonsepkan demokrasi terbesar, dan tidak kurang juga di Turki. Ini merupakan kepercayaan asas yang menyemai kelompok perselisihan faham antara Islam dan barat, sama ada sebelum era George Bush atau selepasnya.

Maka hari ini, walaupun kepercayaan perkongsian dalam nilai-nilai sejagat adalah sangat penting kepada Enlightenment (pencerahan) di Eropah sebagai pelopor sejarah Islam, Islam dan barat masih lagi saling bercanggah.

Sangat penting disebut mengenai pemerhatian oleh sarjana Azhar, Rifa’a al-Tahtawi,(tokoh rujukan Islam Liberal) yang melawat bandar raya ini (Peranchis) dalam abad ke-19 dan memberi perhatian mengenai kepada moto revolusi Peranchis, 'liberté'/ Liberty (kebebasan), 'egalité'/equality (kesamaan) , 'fraternité'/fraternity (persaudaraan) .

Pada mulanya agak sukar difahami terjemahan langsung bagi perkataan "kebebasan" , dalam konteks Arab amnya merujuk untuk keadaan 'pembebasan hamba', kemudiannya menyedari maksud yang lebih tepat dengan mendasari moto dalam bahasa ibundanya adalah konsep ‘adl' - keadilan, yang tidak ada kekurangan satu daripada 'Divine Attributes' dalam Islam dan satu kebimbangan cendekiawan-cendekiawan Islam serta para ulama sejak azali lagi.

Pada prinsipnya, dari aspek globalisasi sekurang-kurangnya kita memerlukan langkah penyelesaian yang memecah-belahkan kita. Dalam aspek kemanusiaan, dekad yang akan datang, kita mesti mencari cara-cara untuk mengatasi cabaran-cabaran besar perubahan iklim, kemiskinan dan kekurangan sumber tenaga.

Pembangunan yang sesuai bagi majoriti penduduk dunia merupakan satu cabaran penting, terutama dalam saat kemelesetan ekonomi. Sekaligus wujud masalah berkadar besar dan paling baik diselesaikan sebagai satu komuniti negara yang bekerjasama.

Percubaan ini memerlukan rakyat berpandukan bukan sahaja kepentingan diri atau kepentingan negara tetapi individu-individu yang cemerlang dengan asas etika dan susila keadilan, kemuliaan manusia serta saling memahami.

Barack Obama telah menganggap peranan Presiden Amerika Syarikat dalam merujuk hubungan antara Islam dan Barat adalah antara perkara paling penting dalam politik serta isu-isu sosial dunia.

Kita melihat beliau merupakan seorang pemimpin yang berkesanggupan untuk memberikan nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan seorang Presiden Amerika yang percaya bahawa isu-isu kritikal yang memecah-belahkan Amerika Syarikat dan dunia Islam boleh diselesaikan bukan sahaja secara retorik tetapi melalui hubungan positif dalam hubungan saling menghormati.

Pentadbiran Barack Obama telah melakukan beberapa langkah-langkah positif berbanding dengan era dahulu. Satu isu ketara berkenaan konflik Arab-Israel, belum lagi dapat dilihat; walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai duta Timur Tengah adalah satu langkah yang membawa kepada keadilan dan kini boleh diterima berbanding pemimpin terdahulu.

Pengunduran tentera Amerika dari Iraq, walaupun tertangguh, adalah dianggap baik, seperti langkah memikirkan semula pendekatannya di Afghanistan. Obama membuka lembaran baru, dengan penganiayaan dan penyalahgunaan tahanan adalah satu proses yang tidak berperikemanusiaan. Obama menyedari penyalahgunaan itu, dan beliau mengambil langkah menutup Teluk Guantanamo, akan membantu Amerika untuk mendapatkan semula kredibiliti di peringkat antarabangsa.

Ketika Presiden Obama telah menyokong aspek keamanan, dalam masa sama dia perlu menghadapi isu-isu penjanaan nuklear dan keganasan. Mesejnya jelas, hubungan dan dialog berkaitan dengan pendudukan luas umat Islam yang kini hidup di Eropah dan Amerika Syarikat. Tetapi integrasi itu membangkitkan suasana beremosi.


Terima kasih kepada Obama kerana tidak menyimpan syak wasangka dengan kisah-kisah bersejarah dan beban berat prasangka yang telah melanda, Turki berasa negaranya sukar untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Perancis dan England pernah menghadapi rusuhan kejam yang dilakukan oleh 'ghettoized' (merujuk tempat kediaman Yahudi) umat Islam yang kini dikenali populasi utama di Eropah yang ditempatkan di kediaman mereka sendiri.

Keganasan yang meletus berkaitan dengan isu kartunis di Denmark, mencerminkan keadaan melarat mengenai hubungan Islam dan Barat dan cabaran yang kita hadapi untuk membentuk hubungan saling menghormati untuk merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Barack Obama akan berucap di Kaherah esok menyampaikan saranan yang penting buat dunia Islam. Nadanya dan tingkah laku sangat jauh daripada bertempur dan pendirian agresif dibawa oleh pentadbiran terdahulu. Sepertimana ketika dia berkata dalam ucapan sulungnya:

“Untuk mereka yang berharap kepada kuasa rasuah dan penipuan serta berdiam diri untuk menentang, anda berada di pihak yang salah , tetapi kita akan menerima dengan hati terbuka jika anda bersedia untuk membuka genggaman penumbuk anda.”

Pada fikiran saya, kata-kata ini menunjukkan satu pemulihan hubungan baik daripada Amerika Syarikat, Amerika mesti mencari rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk berurusan.

Manakala bagi pihak saya tidak akan syak wasangka untuk membela Eropah dan kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan dasar pintu terbuka dalam mempromosikan kebebasan dan demokrasi, saya sekali lagi perlu mengatakan bahawa keyakinan untuk bergerak daripada autokrasi kepada demokrasi perlu datang dari negara Islam itu sendiri.

Memang benar, kewujudan pelampau-pelampau di negara-negara Islam adalah bukanlah khayalan imaginasi, tetapi mereka adalah produk sebuah masyarakat yang tidak bertanggungjawab, kebebasan atau demokrasi.

Ini adalah negara yang dipimpin oleh autokrat yang pernah menerima sokongan kewangan dan ketenteraan dari Barat yang demokratik, terutama Amerika.

Usaha-usaha Obama dalam perkara ini, sepatutnya diarahkan kepada merumuskan dasar-dasar yang mencapai objektif strategik Amerika tanpa menimbulkan rasa curiga mengenai kuasa demokratik dalam dunia Islam.

Sokongan Amerika untuk rejim yang tidak bertanggungjawab untuk rakyat mereka sendiri adalah balasan kepada kegagalan jangka panjang walaupun kemungkinan keuntungan jangka pendek.

Sepatutnya tidak ada tindakan seperti itu dan menamatkan dasar luar yang 'ambivalen'(terpilih)

Sangat disesali, di bawah pemerintahan George Bush, masyarakat Islam di Barat telah diberi sedikit peranan dalam institusi demokratik dengan serangan besar-besaran atas nama perang melawan keganasan. Jadi amat penting kepada Presiden Obama untuk menghapuskan frasa ini daripada dasar luar Amerika. Hakisan kebebasan asasi tidak patut dibiarkan di mana-mana sahaja.

Dan ini bukan perkara remeh. Kita tahu bahawa isu-isu penyalahgunaan kuasa eksekutif dan pencabulan kebebasan asasi, pentadbiran serta tanggungjawab badan kehakiman , berlanjutan kerana keegoan gologan elit pemerintah.

Hak-hak jantina, undang-undang buruh, rawatan orang-orang tahanan dan penindasan parti politik adalah fakta kehidupan dalam kebanyakan negara Islam.

Pembaharuan bukan lagi satu pilihan. Di sana mesti dikuatkan azam untuk menzahirkan usaha bagi pemimpin-pemimpin dan dengan sokongan institusi-institusi masyarakat awam yang menjana perubahan dengan betul.

Walaupun kita bersetuju umat Islam mesti komited untuk berubah, persoalannya bagaimana kita boleh meneruskannya. Hubungan sebenar mestilah dipelihara. Kita tidak harus bermula dengan membina tembok pemisah antara kita dengan masyarakat , persekitaran , syarat, dan membuat pranilaian mengenai kumpulan-kumpulan dan pihak-pihak tertentu.

Halangan-halngan ini bukan sahaja untuk menguatkan prasangka lama dan terus menerus menyemai syak wasangka dan keraguan. Jika hal ini berlaku, maka pengertian 'universalisme Islam' tidak bermakna apa-apa, ia memerlukan nilai-nilainya keadilan, belas kasihan dan toleransi dipraktikkan di mana-mana.

Bolehkah kita terus menerus membuta mata untuk ketidakadilan yang dilakukan dalam negara-negara bukan Islam? Tidakkah kita juga harus merasa penderitaan minoriti lain di negara-negara Islam?

Dan kutukan kita menentang pencabulan hak-hak manusia perlu menjangkaui bangsa, warna kulit atau kepercayaan. Tetapi kita harus melakukan dengan baik untuk mengingat yang tiada negara, tiada rantau, dan tiada budaya atau agama mempunyai monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kemuliaan manusia.

Jika kita menceburi dialog antara Islam dan barat , maka biarlah ia berdasarkan prinsip universal yang kita kongsi bersama.

Terima kasih.


AIDC menterjemah artikel ucapan Anwar Ibrahim bertajuk "Islam and the West after George Bush" yang disirakan di anwaribrahimblog pada 3 Jun 2009. Ucapan asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Homoseksual : Malaysia silap hukum Anwar ? - The Jerusalem Post, Israel



Oleh : Amotz Asa-El , THE JERUSALEM POST

Hanya beberapa negara boleh ditawarkan kehidupan rutin seperti negara Israel berkaitan kekeliruan kemodenan dan primitif, kesucian dan kekotoran, bahang dan dingin. Di tempat mana lagi seseorang itu boleh meneruskan kehidupan daripada sebuah padang pasir yang tandus dan cahaya matahari yang panas membahang kepada tempat peranginan ski sejuk slalom, pergunungan Alp, daripada seorang ahli fizik nuklear makmal ke sebuah penjara maut terhormat, atau daripada satu perarakan jemaah haji yang serius turun ke Via Dolorosa untuk satu parti keasyikan yang dipenuhi dengan alkohol, dadah dan seks?

Sementara kita menghadapi Hamas di selatan, Hizbullah di utara dan Iran di timur, orang Yahudi masih mencari masa dan alasan untuk menentang satu sama lain. Oleh itu secara semula jadinya, Israel juga secara tidak langsung menjadi perintis dan penyebab kejatuhan masa depan golongan homoseksual, seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa-peristiwa mutakhir ini.

Memandangkan pemimpin-pemimpin Israel agak keberatan untuk membenarkan satu perarakan riang kaum gay dalam kawasannya , dan larangan homoseksual secara rasmi dikuatkuasa sejak dua dekad sebelum Israel mencapai status taraf negara, rakyat cenderung berfikir bahawa pendirian Israel terhadap homoseksual adalah lebih cenderung kepada Timur Tengah berbanding dengan Eropah. Sebenarnya hujah itu tidak berasas.

Pada tahun pertama penubuhan negara Israel, peguam negara, Haim Cohn, memutuskan untuk mengabaikan undang-undang homoseksual walaupun dia diarahkan untuk menguatkuasakannya, dan dia mengabaikan daripada mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan hubungan homoseksual.

Kepasifannya ini adalah sejajar dengan bidang kerja peguam negera, yang memutuskan sama ada kesalahan tertentu undang-undang sebenarnya harus diikuti dengan dakwaan ataupun tidak, dengan jelas, dia melonggarkan had-hadnya. Negara Israel tidak melarang mereka melakukan hubungan homoseksual, walaupun secara rasmi ianya haram.

Keputusan beraninya itu, disambut dengan sorakan gembira dari rakyat bahagian tengah Israel.

Dahulu semasa saya menjadi pengarang berita, saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar "jenayah."

Ketika mengikuti cerita-cerita tersebut dari Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian.

Sebenarnya, ketika ditanya oleh orang-orang Yahudi Amerika dalam sidang media, berkenaan dengan apa yang sepatutnya mereka berperanan terhadap larangan homoseksual di Timur Tengah, saya berkata mereka boleh melobi kumpulan homoseks yang berpengaruh di Amerika untuk menentang rejim-rejim Arab homofobia (ketakutan kepada homoseksual), dan untuk mengkontraskan apa yang terjadi di sana (Timur Tengah) dengan apa yang berlaku di sini (Amerika).

Berkaitan dengan perkara ini; Di Greenwich, New York Village yang sangat liberal, polis telah menyerbu sebuah bar gay pada musim bunga tahun '69. Kini perniagaan bar gay telah beroperasi secara bebas dalam semua bandaraya besar Israel, termasuk Baitulmuqaddis, sama seperti homoseksual di sini (Amerika) yang dibenarkan menyertai tentera dan perkhidmatan asing.

Berkenaan dengan bar gay di Manhattan - Stonewall Inn - pelanggan-pelanggannya telah melawan semula tindakan polis pada hari yang malang '69 itu, dan mencetuskan rusuhan-rusuhan lain yang akhirnya hak-hak pergerakan homoseksual telah diiktiraf. Satu acara khas dijadikan acara tahunan di New York iaitu sambutan "perarakan homoseks". Di tempat inilah merupakan asal idea perarakan homoseks.

Kita, orang - orang Yahudi secara refleks bersimpati dengan golongan gay yang menjadi mangsa prasangka, diskriminasi dan penindasan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai masalah melanda dan golongan homoseksual terpaksa berjuang untuk keselamatan maruah mereka, sudah banyak dugaan yang dilalui oleh mereka, terpaksa bergelut untuk mempertahankan hak mereka.

Ini juga merupakan penyebab di mana golongan homoseksual mula berkurangan dan lelaki normal kian bertambah.

Serangan terhadap homoseksual yang paling teruk adalah mensasarkan kawasan awam - alam luas yang terletak di antara undang-undang, kerajaan dan norma-norma.

Bermulanya tuntutan-tuntutan sah untuk menempatkan homoseksual dalam jawatan awam berprofil tinggi kemudian bergerak kepada tuntutan-tuntutan untuk kebebasan perkahwinan pasangan homoseksual.

Jika lelaki dan wanita dibenarkan membayar satu negara - rabbi(ketua agama orang yahudi), secara logiknya, kenapa tidak tawaran sama diberikan kepada sepasang lelaki, dan jika seorang lelaki yang berkahwin dan wanita menerima tawaran ini atau bantuan gadai janji, mengapa tidak kepada sepasang wanita, dan jika satu pasangan lelaki wanita berhak mendapatkan elaun-elaun kanak-kanak, kenapa tidak kanak-kanak bagi sepasang homoseks?

Ini sudah tentu soalan-soalan rumit yang sukar untuk dijawab oleh masyarakat yang toleran menyelesaikannya dengan mudah. Walau bagaimanapun, kumpulan homoseksual akan melakukan dengan baik, menunaikan apa yang terbaik dari segi moral, tidak semestinya dari segi sosial, apatah lagi dari segi politik.

Dari segi sosial, heteroseksual (hubungan berlainan jenis) berpaksi kepada sel keluarga akan sentiasa kekal : asas keluarga manusia. Untuk memahami apa yang terjadi seterusnya perlu dirujuk kepada sejarah Eropah.

Di Eropah, sejarah sel keluarga untuk beberapa generasi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepentingan diri sendiri, anti kepaderian, budaya kerja dan dasar pengluasan kuasa kumpulan homoseks, seperti menyindir satu cerita dalam majalah Time baru-baru ini.

Dalam pada itu, tiada seorang pun dari kumpulan homoseksual yang mengisytiharkan perang terhadap keluarga tradisional, kadar kelahiran adalah negatif. Orang-orang Eropah kini menyedari terdapat satu pertembungan antara kemerosotan demografi mereka dan kemasukan pendatang - pendatang Islam yang mereka tidak ingini, dan orang -orang Eropah kini mula hidup tanpa memikirkan sejarah sel kekeluargaan mereka.

Aktivis pergerakan Gay akan berkata atas premis ini mereka menyokong pemadaman sejarah sel keluarga. Tetapi fakta itu, ramai yang berfikir akan mengancam mereka. Kepada mereka, serangan homoseks terhadap asas awam adalah satu masalah, kerana mereka menghormati masyarakat gay, manakala golongan homoseksual di Mesir membuatkan mereka tidak selesa, serta tidak mahu anak mereka membesar sebagai pasangan gay.

Secara politik, homoseksual universal merupakan satu gerakan perjuangan yang berkembang dengan pantas, menarik perhatian banyak pihak dan pihak pro keluarga akan menerima tindak balas yang hebat yang hanya menunggu masa, seperti sebahagian zaman post - liberal, selepas zaman gelap Eropah.

Baru-baru ini, di Israel, satu perarakan homoseks yang menggemparkan dengan penuh teka-teki. Kegigihan mereka berjuang mengenai hak-hak mereka di Israel yang sepatutnya mereka tinggal dengan aman . Itu adalah emosi yang mereka ketengahkan di Baitulmuqaddis mengenai provokasi sebahagian besar masyarakat lampau Baitulmuqaddis yang berfikiran orthodok.

Mereka bukan berarak hanya tiga jam, tetapi seumur hidup, rakyat bahagian tengah Israel telah meminjamkan mereka sebelah telinga, tetapi amatlah menyedihkan apabila mereka datang untuk menggangu bandar, masyarakat kehilangan sumber yang serius, toleran dan duniawi - rakyat merasakan bandar raya ini adalah tempat pencarian 'Sisyphean' untuk keseimbangan antara kepentingan hak minoriti dan majoriti.

Pada ketika ini disedari bahawa tindakan Haim Cohn dahulu merupakan model yang terbaik untuk Israel.


AIDC menterjemah artikel The Jerusalem Post, akhbar harian online Israel. Artikel asal klik di sini





Sila klik untuk baca selanjutnya...

'Saya hamba homoseksual Anwar' - kata bekas pemandu Wan Azizah



ASSOCIATED PRESS

KUALA LUMPUR : Dalam keterangan paling menarik berkenaan dengan isu rasuah dan seks Anwar Ibrahim sehingga kini apabila bekas pemandu isterinya membuktikan hari ini bahawa dia adalah ``hamba homoseksual'' Anwar.


Azizan Abu Bakar memberitahu mahkamah semuanya itu dalam satu kenyataan bersumpah dibuat pada 5 Ogos 1997 - apabila Anwar masih Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - adalah benar. Azizan, 38, diminta mahkamah membaca kenyataan itu.

``Dengan nama Allah ... Saya pernah menjadi seorang mangsa homoseks kepada Anwar Ibrahim, yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri,'' lafaz Azizan membuat pengakuan menyebabkan seluruh bilik mahkamah tergamam.

"Perbuatan durjana ini dilakukan beberapa kali pada tahun 1992 bukan dengan kehendak saya. Ia sering terjadi dalam hotel-hotel mewah ... tanpa pengetahuan orang awam dan isterinya"

Azizan adalah pemandu kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, dari tahun 1989 hingga 1992. Dia kini merupakan seorang eksekutif jualan dalam sebuah syarikat perdagangan.

"Saya telah cuba menentang diliwat dalam beberapa kali" Azizan meneruskan.

``Kejadian ini memberikan tekanan mental yang sangat teruk kepada saya. Perasaan bersalah apabila saya terpaksa melihat Azizah, yang seperti watak bermoral tinggi. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi seorang hamba hubungan sejenis kepada lelaki ini, Anwar Ibrahim, yang saya anggap seperti seekor binatang.''

Liwat adalah satu jenayah yang banyak berlaku di negara Islam.

Anwar tidak menunjukkan tindak balas semasa keterangan saksi . Semasa waktu makan tengah hari, dia memeluk anak perempuannya manakala Azizah memandangnya dengan serius.

Saksi-saksi pendakwaan terdahulu, polis peringkat tertinggi dan pegawai-pegawai risikan telah membuktikan bahawa Anwar menggunakan kuasanya dengan memaksa polis mendapatkan surat penarikan balik daripada Azizan.

Walaupun Anwar menggunakan surat penarikan balik Azizan, yang telah dihantar kepada Mahathir, namun Azizan hari ini berjaya membuktikan bahawa dia berdiri teguh dengan kenyataan asalnya.

"Saya membuat kenyataan ini secara sukarela tanpa sebarang bentuk galakan, desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak," Azizan berkata."Segalanya adalah benar, demi untuk masyarakat dan negara. Amin."

Terdahulu, hakim perbicaraan mahkamah tinggi, Augustine Paul , menghentikan buat sementara perbicaraan kerana peguam pembelabela kedua menarik perhatiannya dengan menuduh pihak pendakwa raya mengadakan bukti palsu terhadap Anwar.

Manjeet Singh Dhillon, mewakili Anwar serta bekas rakan tenisnya, Nallakaruppan Solaimalai didakwa melakukan penghinaan terhadap mahkamah, . Nalla, ketika dipanggil, dituduh memiliki peluru, yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Nalla ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum penangkapan Anwar pada 20 September.

Pada Isnin lalu , satu waran telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada Manjeet Singh selepas dia menulis sepucuk surat menuduh pendakwa berusaha memaksa Nalla dengan membuat satu tawaran rayuan dengan memberi keterangan palsu kepada Anwar.

Manjeet Singh dengan segera memohon maaf hari ini. Paul menerima maaf itu dan menyambung semula perbicaraan itu.

AIDC menterjemah artikel ASSOCIATED PRESS bertajuk " Former driver says he was Anwar's homosexual slave". Artikel asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Organisasi Homoseksual Filipina (PROGAY) sokong Anwar Ibrahim



Kami Di sini, Kami adalah Homoseksual, Kita perlu tinggalkan Mahathir!

Organisasi Progresif Homoseksual di Filipina (PROGAY-Philippines) mengutuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menyemarakkan semangat anti gay dalam pertuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim.


Sekali lagi, ramai lelaki homoseksual cintakan keamanan, dwiseksual, lesbian dan menukar jantina di Asia dan di tempat lain menjadi difitnah oleh fundamentalis yang sangat ekstrem .

Minoriti seksual di Malaysia telah dihancurkan oleh orang yang berniat jahat, nasionalis yang salah faham dan masyarakat yang fanantik dengan agama, malah lebih berbahaya fundamentalisme kerana imperealis ekonomi kini merosakkan patrimonies Asia Timur.

Orang lelaki homoseksual Filipina sangat bimbang dengan masyarakat Malaysia kerana kita berkongsi satu warisan Melayu yang antikolonial dan anti imperialis, negara yang ditindas oleh boneka rejim-rejim disokong oleh AS, penjajah British, Jepun dan lain angkatan tentera.

Kita berkongsi kesusahan dengan kerajaan-kerajaan bertentangan yang menyerang rakyat jelata, pekerja-pekerja dan para petani apabila rejim-rejim ini mengenakan dasar-dasar liberalisasi perdagangan kejam Tabung Kewangan Antarabangsa dan “General Agreements “pada Tarif dan Perdagangan - Pertubuhan Perdagangan Dunia (GATT-WTO).

Dalam kerjasama serantau , Dr Mahathir bersifat perkauman dengan rakan seperti Ferdinand Marcos, Filipina, Lee Kwan Yew, Singapura, Suharto, Indonesia, Chiang Kai Chiek, Taiwan dan rejim-rejim tentera Korea Selatan.

Janji-janji pembangunan dan menambahkan pendapatan, pencabulan hak asasi kemanusiaan yang komited pada pekerja-pekerja miskin, petani-petani, wanita dan pelajar-pelajar mendesak lebih pengagihan semula sumber yang demokratik.

Kita masih ingat dengan keberangan pembunuhan beramai-ramai pekerja-pekerja di Kwangju, pembunuhan beramai-ramai petani-petani di Manila dan Bacolod, rampasan kuasa berdarah di Jakarta, penghijrahan penghuni-penghuni hutan di Sarawak dan banyak kekejaman lain yang tidak dikenalpasti sehingga hari ini.

Kita bimbang dengan trend bersifat perkauman dan anti homoseks itu akan menyemarakkan kebencian di rantau lain seperti “One Nation Party “di Australia.

Ini yang dipanggil keajaiban ekonomi hanya menguntungkan oligarki dan penyokong asing dalam setiap negara, manakala gaji-gaji dan kerja-kerja meneruskan penurunan, para petani telah menjadi muflis daripada longgokan import-import pertanian murah dan berjuta-juta yang berhijrah telah dipaksa untuk menghambakan diri kepada luar negara hanya untuk menampung kerajaan mereka yang korupsi.

Doktrin ini disokong oleh IMF dan pengurangan peraturan kewangan yang diktator Asia akhirnya menyebabkan kemusnahan ekonomi.

Dengan impiannya untuk menukar rakyat Malaysia kepada robot-robot kebendaan, kini Malaysia menjadi satu mimpi buruk apabila berhadapan dengan bantahan awam besar-besaran , Mahathir dengan keras mahu memesongkan rakyat dengan menyemarakkan ketidakpuasan hati terhadap En Anwar yang dikatakan biseksual .

Percubaan menjana semangat anti homoseksual adalah sia-sia, dan kebencian digunakan untuk terus menjauhkan Mahathir dari politik.

Progay juga mengecam Mahathir yang hipokrit terhadap hegemoni Jepun di Asia lebih dari hegemoni AS seperti zaman Greater Eastern Co-Prosperity Zone di mana Jepun yang diagung-agungkan lebih kepada boneka rejim-rejim Asia dalam pembunuhan dan mengeksploitasi rakyat Asia.

Perdana Menteri tersalah percaturan dengan memberi martabat kepada rakyat militan dalam menjalankan pergerakan untuk pembebasan gay di Malaysia.

Kita menuntut agar Dr Mahathir dan kroni-kroninya yang menolak anti homoseks memaafkan semua minoriti seksual dan mangsa-mangsa hak-hak ekonomi dan politik di Malaysia, pembebasan semua banduan politik, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, mengarahkan tentera dan polis ke berek dan membuka negara polis, dan secara serentak meletakkan jawatan.

Orang homoseksual di Filipina dan warganegara lain dengan penuh rasa hormat menyeru semua kuasa-kuasa demokratik di Malaysia yang telah menolak dan mengecam ketidakadilan “witchhunting” dan “gaybaiting” adalah taktik-taktik oleh pihak berkuasa bukan sahaja kepada En Anwar tetapi juga kepada semua homoseksual, lesbian, dwiseksual dan menukar jantina rakyat.

Kita meminta supaya anda berjaga-jaga sepenuhnya sehingga masyarakat demokratik di Malaysia sedar.

Kita meminta rakyat Malaysia di mana sahaja memperhebatkan sokongan mereka untuk homoseks, lesbian, biseks dan menukar jantina rakyat serta mendalamkan pemahaman mereka bagi globalisasi imperialis yang sebenarnya perlu dipersalahkan untuk masalah-masalah itu dihadapi oleh ekonomi serantau.

Kita meminta demokratik dan anti imperialis di seluruh dunia untuk menyertai rakyat Malaysia, di “Asia Pasifik Peoples Assembly” pada bulan November tahun ini bagi menentang tumbuhnya fasisme rejim Mahathir serta mendedahkan kepada pegawai mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Berhadapan dengan Mahathir yang menggunakan kekerasan, homofobia dan maklumat salah, kita meminta rakyat untuk memulau produk dan perkhidmatan-perkhidmatan syarikat-syarikat Malaysia.

Kami homoseks berasa bangga, dan sama-sama dengan rakyat jelata Australasia, Afrika, Amerika dan Eropah, kita akan terus berjuang untuk perubahan sosial, menggalakkan hak-hak manusia dalam tindakan untuk homoseksual, lesbian, biseks dan menukar jantina.

KENYATAAN MEDIA
27 September 1998

AIDC menterjemah kenyataan media The Progressive Organization of Gays in the Philippines (PROGAY-Philippines). Kenyataan asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Undang - undang homoseksual di Malaysia perlu dipinda - Anwar Ibrahim



Daripada Agence France-Presse

KUALA LUMPUR — Undang-undang mengenai homoseksual di Malaysia hendaklah dipinda, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah dan hukuman penjara sembilan tahun, tetapi dibebaskan kerana berjaya dalam rayuan kes liwat.

Anwar, yang menghabiskan enam tahun di penjara menghadapi satu pertuduhan yang berasingan telah menghina kedudukannya dengan menyembunyikan kesalahan homoseks, bersuara mengenai satu isu “sensitif” dalam temubualnya.

Anwar, seorang ahli politik popular yang dijangka menjadi Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini, setelah penangkapannya pada 1998, yang diada-adakan untuk membinasakan kerjaya politiknya.

Tetapi ketika ini beliau berkeras mengatakan dia tidak bersalah dan menyeru orang ramai terutamanya Muslim membangkang homoseksual, katanya rahsia rakyat diperlukan untuk dilindungi.

“Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan banyak bukan Islam yang saya tahu, homoseksual adalah tidak diterima pakai,” katanya. “Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?"

“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda.

“Isu itu (homoseksual)adalah pencerobohan rahsia (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar di skop undang-undang.

“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya memikirkan kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan juga amalan budaya rakyat Malaysia. Saya kira, kita perlu ingat pencerobohan rahsia (individu) itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula .”

Isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, adalah seorang ahli Parlimen pembangkang, Parti Keadilan Rakyat yang bertujuan untuk membela Anwar selepas dia dipecat sebagai TPM oleh Mahathir bin Mohamad.

Dia satu-satunya anggota parti untuk menjuarai satu kerusi dalam pilihan raya-pilihan raya umum (2004) di mana parti pembangkang telah kalah di tangan lelaki yang mengambil tempat Anwar sebagai pengganti Mahathir, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata dia tidak berdendam terhadap Mahathir.

“Saya rasa Mahathir mungkin membuat pertuduhan-pertuduhan sebegini disebabkan oleh sentimen luar dan dia terus dihantui oleh sentimen mengenai homseksual ” kata Anwar.

Anwar bercakap penuh semangat mengenai pembangunan tempatan dan antarabangsa sejak pemenjaraannya. Dia mengkritik Presiden George W Bush dan pengendalian peperangannya tetapi sekali lagi berhati-hati bila ditanyakan hak-hak homoseksual yang menjadi isu dalam pilihan raya AS mutakhir ini.

Beberapa pengulas telah menyebabkan pemilihan semula Presiden Bush dan sebahagiannya membangkang perkahwinan antara homoseksual dihalalkan di Amerika.

“ Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” kata Anwar. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya memikirkan perkhawinan gay agak sedikit jauh.



AIDC menterjemah artikel International Herald Tribune. Artikel asal klik di sini




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim tolak Negara Islam dan Syariah?



Oleh Anwar Iqbal, UPI South Asian Affairs Analyst

Washington, DC, 6 April (UPI) - Umat Islam tidak akan dihormati melainkan mereka memperolehi keamanan dan keadilan dalam kesatuan mereka sendiri, kata Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika dtemu bual oleh United Press International (UPI) di Washington.


Anwar Ibrahim adalah bakal pengganti Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad yang lama berkhidmat (22 tahun) yang bersara pada Oktober 2003. Tetapi Anwar tidak sempat mengambil alih jawatan PM. Mahathir telah menyingkirkannya pada tahun 1998 dan menghantarnya ke penjara selepas mensabitkannya melakukan salah laku liwat.

Sabitan kesalahan itu akibat cabaran kepimpinan yang tersirat dalam perhimpunan agung UMNO, ketika Mahathir mempersalahkan Anwar Ibrahim dan pengikutnya.

Pada 9 Feb 2004, Mahkamah Tertinggi Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim dan menggugurkan tuduhan-tuduhan liwat terhadapnya.

Kumpulan-kumpulan hak manusia antarabangsa telah menolak tuduhan-tuduhan ini kerana motivasi dari segi politik dan sokongan antarabangsa telah mengisytiharkan Anwar Ibrahim seorang banduan yang teraniaya.

Anwar Ibrahim kini di Washington, dikaitkan dengan Johns Hopkins University School Advanced International Studies (SAIS) sebagai seorang "felo pelawat senior kehormat " dan dia berharap dapat membawa isterinya dan keluarganya sekali ke Amerika.

Anwar memberitahu UPI bahawa negara-negara Islam terus mengalami krisis kepimpinan kerana mereka tidak mempunyai institusi-institusi (kebebasan?). Dia tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Islam itu mencegah umat Islam daripada membangunkan institusi-institusi (kebebasan?).

"Umat Islam akan membina institusi-institusi (kebebasan?) jika diberi kebebasan berbuat demikian," katanya.

"Media bebas dan badan kehakiman bebas," jawab Anwar ketika ditanyakan apa yang dimaksudkan kebebasan yang diperlukan untuk membina institusi-institusi.

"Apakah makna kepimpinan jika ia tidak mewakili suara hati majoriti?" dia bertanya kembali.

Dia tidak bersetuju dengan hujah mengatakan negara-negara Islam gagal untuk membina institusi-institusi.

"Zimbabwe bukan salah sebuah negara Islam," dia menambah lagi. Zimbabwe adalah lebih kepada Negara Dunia Ketiga berbanding fenomena Islam.


UPI : Tetapi terdapat kegagalan umat Islam dalam kumpulan ini mengiktiraf pengikut agama - agama lain.

Anwar: Ya, dan umat Islam perlu memahami bahawa mereka tidak boleh mendapatkan kehormatan hanya melalui dakwah Islam sahaja. Selagi mereka tidak mempunyai keamanan dan keadilan, mesej mereka tidak akan bergema. Rakyat tidak akan dapat melihatnya.


UPI : Adakah terdapat negara-negara Islam bergerak ke arah matlamat-matlamat (kebebasan?) ini?

Anwar : Satu transformasi aman terhadap kebebasan dan demokrasi telah berlaku di Indonesia. Pihak media di sana mendedahkan rasuah dan menyokong satu badan kehakiman ditubuhkan. Terdapat juga perkembangan positif di Turki. Walaupun di Turki, mereka perlu memastikan kebebasan itu selari dengan kerangka perlembagaan mereka serta tidak mengancam tentera.


UPI : Adakah media bebas sahaja cukup untuk membawa umat Islam keluar dari masalah (kebebasan) itu ?

Anwar : Media yang bebas adalah satu perkara. Pilihan raya yang adil dan bebas amat diperlukan. Kita wajib mempunyai kedaulatan undang-undang (sekular?), satu badan kehakiman bebas, digandingkan dengan pentadbiran yang baik.

UPI : Berkaitan dengan dakwah Islamiah apabila dilaksanakan ianya berpandukan sudut pandangan mereka, dan mereka mewujudkan sebuah kerajaan seperti Taliban.

Anwar : Saya tidak pernah menyatakan bahawa pandangan Taliban mewakili sentimen-sentimen orang Islam atau Islam itu sendiri. Ia isu kontroversi bagaimana Taliban telah ditubuhkan dan disokong. Taliban gagal mengendalikan negara, ekonomi dan institusi-institusi itu dengan baik. Taliban tidak mewakili konsep pentadbiran Islam.


UPI : Tetapi perkara sama juga berlaku di Iran?


Anwar : Iran adalah berbeza. Di Iran, terdapat satu keghairahan (dari kalangan intelektual) dan euforia untuk perubahan semasa rejim Shah. Tetapi revolusi telah berhenti (kerana golongan ulama lebih berpengaruh) dan didapati terdapat banyak percanggahan dalaman.

Saya percaya rakyat Iran itu mempunyai peranan besar jika mereka mengambil langkah memperbaikinya ke arah yang betul. Saya memilih untuk melihat secara dalaman dan menyelesaikan masalah-masalah itu.

UPI : Tetapi adalah sukar untuk menafikan bahawa pihak-pihak Islam tidak berkelayakan untuk mentadbir sebuah kerajaan?

A. Saya tidak bersetuju dengan penyataan itu. Bagaimana boleh kita mendakwa Taliban mempunyai satu ideologi Islam? Ideologi mereka adalah berlainan daripada kepercayaan dan ideologi orang-orang Mesir, Malaysia dan masyarakat Islam lain.


Q. Dalam tahun 1980-an, dunia Islam kelihatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan keghairahan pihak agama hendak menubuhkan negara-negara Islam. Tetapi pada tahun 2005, dunia Islam kelihatan kembali liberal seperti yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Islam sekular pada 1950-an dan 60-an.

A. Saya rasa saya telah mendapat manfaat daripada kesusasteraan yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut dan daripada pendedahan idea-idea daripada pemimpin-pemimpin dunia Islam, menjadikan Ikhwan di dunia Arab atau Jamaat-e-Islami di Pakistan. Tetapi saya percaya tuntutan-tuntutan pada masa itu telah berubah. Mereka mesti teruskan dan melakukan pembaharuan. Saya tidak percaya anda harus membuat penilaian mengenai peranan-peranan mereka berdasarkan sekatan tertentu. Saya tidak percaya orang Islam telah meninggalkan Islam, walaupun mereka mungkin tidak menyokong beberapa pihak berkenaan dalam satu-satu perkara.

Dunia Islam telah ditadbir oleh pihak-pihak sekular, dan mereka telah mengamalkan rasuah dan penindasan keterlaluan. Kita harus mara dengan idea-idea Islam, menerima nilai-nilai daripada timur dan barat.


UPI. Jadi anda percaya bahawa "Negara Islam" masih wujud?

Anwar : Bergantung kepada apa yang anda maksudkan dengan sebuah Negara Islam. Sebuah Negara Islam mesti bebas. Ia harus menghormati kemuliaan manusia(hak asasi manusia). Ia perlu membersihkan kotoran umat Islam itu dan membiarkan mereka mencari diri mereka.

Sebuah negara Islam itu perlu memperjuangkan orang miskin dan menyediakan mereka dengan perumahan yang sesuai, pendidikan bermutu dan baik, berdasarkan prinsip-prinsip bagi hukum syarak.


UPI. Jadi anda mengatakan bahawa Sharia (hukum-hukum syarak itu) masih boleh diamalkan?


Anwar : Sekali lagi, ia bergantung kepada bagaimana anda mentakrifkan Sharia. Apa tujuan Sharia? Bagi membawa kestabilan dan pentadbiran yang baik.


UPI. Ya, tetapi bagaimana dengan tudung dan hukuman berat?


Anwar : Saya tidak percaya umat Islam harus menitikberatkan pada isu-isu ini, dan melupakan jenayah-jenayah berat seperti rasuah dan penindasan.

Pada saya, tujuan Sharia adalah bagi membawa perintah dan keadilan. Anda tidak sepatutnya mengambil pendapat-pendapat dan tafsiran-tafsiran agama yang ketat.



UPI : Berdasarkan kepada pengalaman anda sendiri di Malaysia, boleh anda jelaskan mengapa pemimpin-pemimpin Islam berasa sangat tidak selamat?

A. Para pemimpin adalah tidak selamat, mengambil kesempatan dan rasuah. Sistem itu tidak cukup demokratik. Jika anda ada kuasa, tiada sesiapa akan menyoal anda. Saya sebahagian daripada sistem tersebut, kerana saya adalah Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 dan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1990 hingga 1998.

Jika anda hidup di dalam satu rumah kaca, anda akan merasa tidak selamat. Anda mula menahan rakyat daripada bertindak. Tidak terdapat undang-undang dan ketenteraman. Bagaimanakah anda boleh menjangka di Zimbabwe bahawa Robert Mugabe akan meletakkan jawatan atau diktator Filipina, bekas Ferdinand Marcos akan menyerahkan kuasa?

Itulah sebab mengapa satu sistem yang baik perlu untuk para pemimpin juga, mereka akan dapat bersara dan tinggal dengan aman.


UPI : Adakah anda akan kembali ke Malaysia?

Anwar : Saya tidak boleh hidup di Malaysia. Kerajaan bertindak menindas. Pihak media adalah seratus peratus diawasi oleh kerajaan dan mereka masih mendakwa mewakili Islam sederhana (moderat).


UPI : Adakah rakyat negara anda percaya tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada anda?

Anwar : Saya harus mengatakan bahawa walaupun bertahun-tahun mereka berkempen menentang saya, kebanyakan orang tidak percaya dengan tuduhan-tuduhan itu. Saya pergi ke masjid dan kampung-kampung dan beribu-ribu orang datang untuk mendengarkan ucapan saya. Mahkamah juga menggugurkan tuduhan-tuduhan saya.


UPI : Adakah menjejaskan keluarga anda?

Anwar : Anak-anak saya kuat. Saya telah memberikan amaran kepada mereka , menjelaskan bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah kempen-kempen politik kotor. Isteri saya betul-betul menolong, menjelaskan kes ini ke seluruh dunia.


UPI : Adakah anda percaya terdapat kepimpinan demokratik akan muncul dalam dunia Islam?

Anwar : Jika anda membenarkan sedikit kebebasan dan pilihan raya yang adil, rakyat akan bergerak dan memilih untuk memperbaiki pemimpin-pemimpin yang ada. Perbuatan melampau pemimpin-pemimpin semasa itu akan didedahkan kepada umum.



UPI : Mengapa umat Islam tidak mempunyai pemimpin seperti pemimpin India iaitu Mahatma Gandhi?

Anwar : Ini kerana mereka tidak pernah diberi peluang. Saya menilai penyair Asia Selatan, Mohammed Iqbal seperti seorang ahli falsafah agung dan pengasas Pakistan, Mohammed Ali Jinnah seperti seorang pemimpin besar.

Kita punya pemimpin yang telah terbunuh atau dipenjarakan. Ingat, Gandhi muncul dalam zaman penjajahan. Ia akan lebih sukar untuk mempunyai satu pemimpin sepertinya kini, walaupun kini India adalah lebih demokratik.


UPI : India mungkin masih merupakan salah satu Negara Dunia Ketiga yang miskin dan mereka ada demokrasi dan undang-undang. Mengapa tidak di negara - negara Islam?


Anwar : Tidak ada pernyataan dalam Islam yang mencegah demokrasi. Apa yang berlaku adalah pembersihan penyalahgunaan agama.


AIDC menterjemah artikel yang disiarkan dalam forum kebebasan beragama (Forum FaithFreedom.org) bertajuk Q&A: Former Malay deputy PM Anwar Ibrahim. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...