AIDC BLOG: Hakim percaya Anwar meliwat, bebas secara teknikal - Tun Mahathir

Thursday, June 18, 2009

Hakim percaya Anwar meliwat, bebas secara teknikal - Tun Mahathir



PETALING JAYA : Mahkamah Persekutuan mengenepikan pertuduhan liwat pada tahun 2004 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermaksud beliau tidak melakukan kesalahan (liwat) itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Katanya, mahkamah rayuan telah menemui bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, abang angkatnya terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseks, yang pendakwaan telah gagal membuktikan lebih daripada satu keraguan munasabah.

Bagaimanapun, dua hakim telah menggunakan kerumitan undang-undang bagi memastikan Anwar tidak bersalah, kata Dr Mahathir.

"Jika kita lihat, kita akan mendapati bahawa kesemua 10 orang hakim yang mendengar kes itu bersetuju Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, (bekas pemandu keluarganya), walaupun dua (hakim) membuatkan tidak bersalah atas sebab teknikal" katanya dalam blog Che Det.

Bekas Perdana Menteri berkata, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah lebih awal menentang dengan berkata bahawa dia tidak mempercayai sistem kehakiman di Malaysia.

"Bagaimanapun, apabila Anwar telah dibebaskan berdasarkan satu asas di mana sukar untuk orang awam memahami, dia tidak pula mengatakan bahawa dia (Wan Azizah) tidak mempercayai sistem badan kehakiman," katanya.

"Apa yang akan dia (Wan Azizah) katakan setelah perbicaraan Anwar, hakim percaya dan mendapati Anwar benar-benar meliwat (bekas pembantunya), Mohd Saiful (Bukhari Azlan), tetapi menjatuhkan hukuman tidak bersalah akibat kerumitan undang-undang?"


AIDC menterjemah artikel The Star yang disiar di news.asiaone.com. Artikel asal klik di sini


0 comments: