AIDC BLOG: 2008-12-28

Monday, December 29, 2008

Forum Peluk Islam disabotaj : Timbalan Presiden PKR wakili suara siapa?



Forum Peluk Islam disabotaj : Timbalan Presiden PKR wakili suara siapa ?


Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali memarahi ahli partinya sendiri, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kerana mengetuai protes yang mana menggagalkan forum kontroversi Majlis Peguam 'Penukaran Agama kepada Islam' pada hari Sabtu

"Kami kesal bahawa malangnya yang 'paling garang' di antara mereka adalah seseorang yang dikenali sebagai peguam dan ahli parlimen yang secara berlagak mendakwa dirinya mewakili semua Muslim," kata Syed Husin dalam merujuk kepada Zulkifli.

Bekas Ahli Akademik itu dengan jelas tidak mahu untuk membuat sebarang kompromi dengan Zulkifli - yang mana menyatakan dia mewakili kumpulan peguam Muslim Pembela - dan ianya akan menarik untuk melihat bagaimana PKR berhadapan dengan Ahli Parlimen Kedah dalam kesan peristiwa pada hari Sabtu.

"Kami mengambil serius tindakan kasar oleh satu kumpulan kecil penunjuk perasaan yang mana menjerit dengan biadab dan menggunakan bahasa yang tidak bertamadun terhadap sesetengah penganjur dan peserta seminar," kata Syed Husin.

Dia juga mengkritik kegagalan pasukan polis dalam mengawal situasi tetapi walaupun muncul untuk bekerjasama dengan sesetengah daripada penunjuk perasaan yang mana merancang untuk membuka jalan mereka ke dalam dewan untuk menghentikan forum.

Bagaimanapun, Syed Husin menyatakan bahawa PKR bersetuju dengan pandangan pemimpin de facto Anwar Ibrahim bahawa sesi dialog perlu dianjurkan secara tertutup "dalam pandangan reaksi yang sensitif dan persepsi dalam sebahagian populasi Melayu-Muslim."

“Kami menyokong penuh penganjuran dialog antara agama yang mana mempromosikan kefahaman daripada acara unilateral yang mana boleh mewujudkan perbalahan etnik dan agama.”

"Ia (Majlis Peguam) perlu bertindak dengan bijak dan dengan cepat untuk mengumumkan bahawa seminar tersebut perlu diadakan secara tertutup untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak sihat dalam hubungan di antara etnik dan agama dalam negara ini," dia mengakhirinya.

Pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain telah menyatakan sentimen yang sama dalam merujuk kepada forum di ibu pejabat Majlis Peguam.

Sisters in Islam (SIS)

Kelakuan penunjuk perasaan 'seperti pengganas' dan memberikan imej yang buruk kepada Muslim dan rakyat Malaysia. Polis perlu menjangkakan tindakan pada hari Sabtu, dan perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa acara tersebut dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Ianya pelik bahawa terdapat satu dialog di antara Allied Coordination Committee of Islamic NGOs (Accin) atau Jawatankuasa Penyelarasan Bersama NGO Islam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism atau Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao seperti yang dilaporkan oleh media, membincangkan tentang perkara yang sama - dan ianya tidak disasarkan oleh penunjuk perasaan ini.

Seterusnya, NGO Muslim dan parti politik yang terlibat perlu menyedari bahawa terdapat ramai peguam dan peserta Muslim, yang mana tidak melihat forum tersebut menghina Islam.

Tambahan pula, terdapat pelbagai majlis dan jabatan Muslim yang dimaklumkan mengenai forum tersebut, dan majoriti penceramah yang disenaraikan adalah Muslim. Dalam pandangannya SIS menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk membincangkan dasar dan undang-undang yang mana menjejaskan hak dan kepentingan rakyat.

Malay NGO Teras (NGO Melayu Teras)

Timbul bahawa isu yang mempertikaikan keadilan di mahkamah syariah secara berterusan dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang bukan sahaja kurang memahami undang-undang ini, tetapi terdapat di antara mereka yang mempunyai niat untuk mencabar pelaksanaan undang-undang seperti ini di negara ini.

Penukaran agama, penceraian, hak penjagaan, hartanah dan pewarisan merupakan isu yang berhubung kait dengan undang-undang syariah. Ianya hanya sesuai yang mana persoalan berkaitan undang-undang Islam dibicarakan dan dihakimi di mahkamah syariah.

Teras juga merasakan bahawa terdapat sesetengah persoalan yang mana mesti diberikan perhatian oleh agensi Islam yang terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut. Pandangan dan rungutan terhadap ketidakadilan boleh berlaku. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa tiada ruang dalam mahkamah syariah untuk mereka ini untuk mencari keadilan melalui proses undang-undang. Terdapat peruntukan untuk membenarkan bukan Muslim untuk dipanggil ke mahkamah syariah bagi menyatakan aduan mereka.

Jadi kenapa perlu sesetengah pihak untuk mengadakan satu debat terbuka bagi mempersoalkan bidang kuasa ini. Ini had yang mana membuatkan Muslim berasa sangsi. Ianya akan dilihat oleh Muslim sebagai satu cubaan untuk mengkritik undang-undang Islam dan membenarkan undang-undang sivil mendominasi undang-undang Islam. Ini adalah sebab kenapa Teras sentiasa mencadangkan penubuhan satu saluran khas untuk semua pihak menyalurkan aduan mereka dan pandangan terhadap perkara ini.

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Kelakuan ganas dan jahat oleh sesetengah kumpulan penunjuk perasaan, yang mana termasuk UMNO dan beberapa Ahli Parlimen pakatan Rakyat, yang menghentikan forum dan menggunakan kata-kata penghinaan berbaur perkauman adalah sesuatu yang amat dikesali.

DAP mengkritik kelakuan yang hampir ganas tersebut dan mengalu-alukan tindakan disiplin yang diambil oleh parti-parti Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan, untuk mengelakkan imej Pakatan daripada dicemarkan dan diletakkan sama taraf dengan UMNO.

Perkara yang berkaitan agama tidak boleh dikurangkan atau dijelaskan oleh pengisytiharan prinsip atau niat sahaja semata-mata. Memandangkan penderitaan manusia terlibat, pemahaman dan belas kasihan adalah perlu.

Kita perlu memahami kesengsaraan dan penderitaan sebuah keluarga Melayu Muslim sekiranya anak mereka yang amat disayangi membesar sebagai Muslim, tiba-tiba keluar dari Islam menjadi bukan Muslim, seperti yang mereka katakan, "seperti memotong darah daging sendiri."

Begitu juga, kita perlu melihat kesengsaraan dan penderitaan sebuah keluarga bukan Melayu "memotong darah daging sendiri" apabila anak mereka menukar agama kepada Islam, menentang kemahuan mereka untuk berkahwin dengan seorang Muslim. Dan apabila dia ingin kembali pada agama lama mereka selepas perkahwinan gagal dan ingin berkahwin sekali lagi, ia dihalang daripada berbuat demikian.

Perlu ada belas kasihan kepada penderitaan manusia seperti yang dialami oleh kedua-dua Muslim dan bukan Muslim. Sama seperti yang kita fahami kenapa Melayu Muslim sangat emosional apabila Melayu Muslim keluar dari Islam; kita juga perlu memahami perasaan yang sama daripada bukan Muslim apabila bukan Melayu bukan Muslim yang mana menukar agama kepada Islam dihalang daripada kembali kepada agama asal mereka.
Sekiranya kita dapat melihat melalui penderitaan Muslim dan bukan Muslim tersebut menerusi dialog dan belas kasihan selain daripada undang-undang mutlak, pengisytiharan agama yang formal oleh pihak yang berkuasa dan kepastian moral, dengan mengurangkan penderitaan kami akan menjadikan masyarakat Malaysia lebih bersatu padu dan harmoni.

Lim Kit Siang, Ipoh Barat MP and DAP adviser (Ahli Parlimen Ipoh Barat dan Penasihat DAP)

Malaysia telah gagal ujian utama dalam pembinaan negara untuk menunjukkan bahawa kita sedang membentuk satu masyarakat yang lebih bertamadun di mana isu masalah antara agama yang sensitif boleh dibincangkan dalam satu tingkah laku yang bertanggungjawab dan matang untuk mempromosikan penyatuan nasional dan keharmonian agama dalam negara.

Seperti yang dijelaskan oleh Majlis Peguam yang mana forum penukaran agama bukan untuk mempersoalkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan yang mana membincangkan bidang kuasa syariah terhadap Muslim tetapi untuk memaklumkan konflik undang-undang yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang terperangkap dengan pengasingan bidang kuasa undang-undang sivil dan syariah - pemahaman yang lebih, toleransi dan sensitiviti perlu ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat.

Pemahaman, toleransi dan sensitiviti seperti ini tidak dinafikan telah berada dalam 4 dekad pertama kewujudan Malaysia dan saya tidak sangsi bahawa sekiranya forum seperti itu telah dianjurkan 10 tahun yang lepas, mungkin tidak akan terdapat rasa tidak sensitif, tiada toleransi dan reaksi kekesalan yang nyata seperti hari ini.

Youth for Change

Pada masa apabila masyarakat Malaysia yang berlainan cuba untuk menampal banyak lubang yang terdapat pada helaian sosial, tindakan tidak matang dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh penganjur protes adalah sesuatu yang sudah tentu dikesali.
Dalam pada masyarakat awam Malaysia (seperti yang dilihat pada pilihan raya 8 Mac) menyatakan keinginan dan keyakinan mereka untuk masa depan yang lebih demokratik dan pelbagai budaya untuk negara, kami merasakan "bantahan" yang diketuai oleh pemimpin politik tidak menggambarkan aspirasi rakyat Malaysia yang mana mengundi untuk Malaysia yang lebih baik.

Ianya secara khusus akan tidak menggalakkan gerakan demokratik Malaysia dalam konteks ini kerana ahli politik telah sekali lagi membuktikan diri mereka untuk mementingkan diri sendiri dalam usaha untuk mendapatkan sokongan popular, dan sekali lagi telah menggunakan cara untuk membahagikan masyarakat awam Malaysia secara rasional, bertamadun atau demokratik, bergerak ke arah pemahaman dan toleransi yang lebih baik.

Centre for Independent Journalism (CIJ) atau Pusat Kewartawanan Bebas

Sekali lagi, ketika kerjasama secara senyap antara negeri-negeri, satu kumpulan telah menunjukkan kelakuan yang ganas yang mana telah menolak pandangan mereka yang tertindas - dalam kes ini terhadap hak untuk kebebasan agama, khususnya Islam, daripada dinyatakan secara terbuka.

Ketika penunjuk perasaan diberikan hak untuk tidak bersetuju, pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang proaktif dan menenteramkan untuk menghapuskan persepsi bahawa satu perbincangan terbuka terhadap undang-undang Islam adalah sama seperti menyerang agama tersebut.

Kami menyeru kerajaan untuk menggalakkan perbincangan terbuka dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam dalam satu negara yang demokratik dan pelbagai agama yang mana memerlukan keterbukaan untuk persefahaman yang sebenar dan menghormati kepercayaan satu sama lain.

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) atau Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina


Dalam satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Malaysia, kerajaan dan masyarakat awam perlu pada sepanjang masa menggalakkan dialog terbuka selain memberikan rasa ketakutan dan tiada toleransi.

Dialog terbuka dan perbincangan secara aman, berinformasi dan tingkah laku yang jujur akan membantu dalam mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam di kalangan rakyat.

JAG menyeru kepada semua parti untuk membenarkan dialog seperti ini dalam keadaan ini untuk terus membantu dalam menyelesaikan masalah khususnya kepada keluarga yang berkaitan yang mana telah dibebankan dengan perkara ini sejak sekian lama. JAG berharap kerajaan akan mengambil pendirian yang tegas untuk membenarkan rakyat memiliki ruang yang demokratik untuk dialog terbuka dan untuk bertindak ke atas peraturan gengster.

AIDC menterjemah artikel Malaysiakini. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Holocaust : Gus Dur Bela Yahudi, kecam Presiden Iran, Ahmadinejad



Holocaust : Gus Dur Bela Yahudi, kecam Presiden Iran, Ahmadinejad


Dalam satu persidangan bertema "Holocaust" di Ritz-Carlton Hotel, Jimbaran, Bali, pada 12 Jun 2007, mantan Presiden Republik Indonesia, Abdurahman Wahid mengajak rakyat membela holocaust. Ada apa dengan holocaust ?

Holocaust yang selalu didakwa sebagai pembunuhan jutaan orang Yahudi Eropah dan Afrika Utara pada masa Perang Dunia II. Baru-baru lalu, Iran mengadakan persidangan kontroversi, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka, termasuk golongan yang membantah wujudnya peristiwa holocaust itu.

Salah satu pesertanya yang turut membantah adalah Profesor Robert Faurisson dari Prancis. Faurisson, membantah wujudnya kamar gas seperti yang didakwa sebelum ini. Kerana bantahan itu, dia dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Selain Faurisson, seorang lagi yang turut mempersoalkan kewujudan perstiwa holocaust adalah Fredrick Toeben, seorang tokoh "revisionis" Australia. Akibat bantahan itu, Toeben dijatuhkan hukuman penjara di Jerman selama beberapa tahun kerana dianggap menyemai kebencian kaum.

Seorang penulis Amerika bernama Kaminsky juga pernah menyatakan bahawa tidak ada bukti kongkrit wujudnya peristiwa Holocaust semasa perang dunia II.

Karminsky menuding jari kepada pemerintah Amerika yang telah bersekongkol dengan Israel dalam kes penculikan para cendekiawan yang menentang kebenaran peristiwa Holocaust itu. Bahkan menurut Karminsky, Holocaust hanya sebagai alat Yahudi untuk menekan negara-negara Barat agar dapat meminta ganti rugi.

Difahamkan, pada dekad 1960-an, dari Jerman saja, Zionis telah meminta ganti rugi sebanyak 11 million dollar. Padahal, sekarang ini, terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa dakwaan "6 juta Yahudi dibunuh oleh Nazi" adalah pembohongan semata-mata.

Bukan setakat itu, para ahli sejarah Amerika juga sering ditekan Israel agar menulis artikel soal pembunuhan orang-orang Yahudi oleh Nazi. Dan kepada siapapun yang menentang soal holocaust akan disumbat ke dalam penjara.




Di tengah-tengah keraguan tokoh-tokoh Yahudi, para peneliti Barat dan Eropah, tiba-tiba mantan Presiden Republik Indonesia, Abdurahman Wahid (Gus Dur) membela Holocaust. Bersama-sama pemimpin spiritual Hindu, Sri Sri Ravi Shankar, dan Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies, Rabbi Daniel Lande, Gus Dur terlibat sama dala persidangan "toleransi antara agama", anjuran the WAHID Institute, Libforall Foundation dan Museum of Tolerance di Bali.

”kita harus membela Holocaust ” kata Gus Dur.





Di bawah ini adalah petikan wawancaranya yang dipetik dari Radio Nederland Wereldomroep [RNW] yang telah diedit oleh redaksi hidayatullah.com.

Radio Nederland Wereldomroep [RNW]: Sebenarnya apa inti persidangan ini?

Gus Dur [GD]: Ya, seminar hubungan antara agama. Setelah selesai seminar, pagi tadi , saya kata kepada salah seorang penganjur seminar, Colin Tail, orang Amerika, bahawa kita harus buat kenyataan membela Holocaust.

Hubungan saya dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad baik, tetapi itu tidak bererti bahawa kita selamanya harus sependapat. Pandangan tentang itu (holocaust) saya jauh berbeza dengan dia. Saya membela, dia menentang, berbeza dari dia. Itulah kenyataannya.

RNW: Maksudnya membela holocaust? Ini bagaimana Gus Dur?

GD: Lho iya, bahawa Holocaust itu ada. Kan Ahmadinejad mengatakan tidak ada.


RNW: Kalau dia mengatakan tidak ada alasannya adalah anti Israel?

GD: Iya, tetapi yang jelas, buktinya yang ada menyatakan Holocaust itu wujud. Saya pernah ke muzium holocaust di Tel Aviv, melihat ratusan ribu kasut. Itu menunjukkan bahawa dulu kasut itu kan dipakai orang.

RNW: Tetapi apa perlunya Gus Dur mengadakan seminar seperti ini ?

GD: Seminarnya tentang masalah lain iaitu hubungan antara agama. Holocaust itu kan tambahan saja.


RNW: Kalau begitu apa perlunya menambah kes holocaust Gus Dur?

GD: Ya, untuk membela kebenaran.


RNW: Tapi pihak lain mengatakan peristiwa itu provokasi?

GD: Ya biar aja. Semasa kita membuat kenyataan, adakah kita buat kenyataan melulu atau memikir soal orang lain.

RNW: Ini baru pertama kali kalau tidak salah, begitu ramai rabi Yahudi yang datang ke Indonesia?

GD: Lha iya.. kenapa Indonesia mengadakan hubungan dengan Republik Rakyat Cina (Tiongkok; RRT) dan Soviet Union, yang mengamalkan atheismenya. Sedangkan dengan Israel tidak boleh, sedangkan Israel percaya Tuhan?

RNW: Bukan tidak boleh, tetapi Israel itu kan menjajah wilayah Palestin. Kita kan bersama dengan Palestin Gus Dur?

GD: Ah, anda percaya pada propaganda orang Palestin.


RNW: Kalau menduduki wilayah Palestin itu kan bukan propaganda, itu kan kenyataan Gus Dur?

GD: Israel itu di mana ada menjajahnya ? Saya tanya. Ramallah dan lainnya tetap mereka di situ. Daerah-daerah suci tetap di situ. Saya mahu tanya penjajahan yang mana. Anda saja yang percaya, sendirian itu. Cakap-cakap yang berbohong tak kan boleh dipercaya.


RNW: Eropah pun berdiri teguh dengan Palestin Gus Dur?

GD: Iya, kalau boleh bersatu. Kadang-kadang tidak boleh juga diperteguhkan. Saya tidak boleh menyokong orang Palestin, sebab saya berselisih pendapat dengan mereka.

[rnw/hidayatullah.com]


Ferry Nur : Kecam Kehadiran Delegasi Israel dalam Persidangan "Holocaust" di Jimbaran Bali

13 Julai 07 : Ferry Nur, Setiausaha Agung KISPA (Komite Indonesia untuk Solidariti Palestin) mengirimkan kenyataan melalui SMS kepada beberapa media dan tokoh umat tentang kedatangan tokoh dari Israel, Rabbi Daniel Landes, Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies di Jerusalem dalam persidangan agama di Jimbaran, Bali.

Persidangan agama dengan tema ”Toleransi antara agama: Sebuah rahmat kepada semua ciptaan”, menekankan kebenaran kewujudan “Holocaust” yang dihadiri oleh Gus dur, Sinta Nuriyah Wahid, Syafi’i Ma’arif, Sri Ravisankar (tokoh Hindu India), Frans Magnis Suseno, Tjahjadi Nugraha, Yoichi Kawada, KH. Yusuf Chudlori, dan Rabi Daniel Landes (tokoh dari Israel).

Dalam SMS yang mengandungi empat kenyataan, Ferry Nur dengan tegas “mengecam keras kehadiran Pengarah Institut Ilmu Yahudi di Jerusalem, Rabbi Daniel Landes dalam konferensi “Holocaust” di Jimbaran Bali yang diadakan pada 12 Julai"

Ferry Nur “mendesak pemerintah Republik Indoensia (RI) untuk menyiasat pihak yang melepaskan orang-orang dari Israel itu kerana Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel".

“Mengingatkan kepada pemerintah RI supaya tetap konsisten (sesuai pernyataan dengan perbuatan) mendukung kemerdekaan bangsa Palestin” .

Dalam ayat terakhir Ferry Nur menegaskan, “Menyeru kepada seluruh rakyat Indonesia supaya berwaspada dan berhati-hati dengan virus zionis yang telah masuk ke wilayah RI. (fn/KISPA)


AIDC menterjemah artikel swaramuslim.net. artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Mahu Sabotaj Ekonomi Negara?



Anwar Mahu Sabotaj Ekonomi Negara ?


Oleh Yahaya Ismail

Dalam keadaan negara menghadapi kegawatan ekonomi sejak Julai 1997 Anwar sepatutnya berikhtiar sedaya upaya mencari jalan untuk memulihkan ekonomi negara. Memang sukar untuk mengatasinya memandangkan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia serta Korea Selatan yang menerima bantuan IMF berbillion-billion dolar juga masih belum dapat bangun dari kegawatan ekonomi yang sangat parah. Tetapi Malaysia tidak meminjam dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi.


Kata Anwar fundamentals saham-saham di BSKL masih kuat dan kita menjadi mangsa para spekulator mata wang asing dan pengurus-pengurus dana barat yang mahu ”mengajar” kita kerana sikap Perdana Menteri yang terlalu anti Barat. Sikap Mahathir yang berjiwa nasionalistik dan tidak mahu menjadi boneka Barat menyebabkan Malaysia menjadi sasaran kecaman dan tekanan barat. Memang barat tidak mahu lahirnya seorang tokoh yang berwibawa dari luar Eropah dan Amerika Syarikat, yang bukan berkulit putih, untuk menjadi jurubicara negara-negara sedang membangun di dunia.

Anwar mungkin berpendapat hanya dengan berbaik-baik dengan barat dan menurut arahan dan nasihat dari barat sahaja boleh menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara kita. Untuk menangani kegawatan ekonomi Anwar yakin sekiranya Malaysia berpandukan arahan IMF maka nescaya Malaysia dapat kembali bernafas lega dalam pertumbuhan ekonomi. Lagi pula pengarah urusan IMF, Camdeseau sahabat baik Anwar.

Tambahan pula dia juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF yang dikuasai Amerika. Tidaklah hairan kalau Anwar menganggap segala formula ekonomi yang diberikan IMF itu boleh memulihkan semula ekonomi kita.

Lalu dinaikkan faedah bank, lebih dari 15% setahun dengan harapan para pelabur asing akan membanjiri Malaysia dan menyimpan wang mereka dalam bank-bank tempatan. Faedah yang ditawarkan di sini pun tidak menarik orang asing melabur oleh sebab negara-negara jiran memberi faedah yang lebih tinggi dari Malaysia. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian ke Singapura dari negara kita.

Selain dari itu dia juga mengurangkan angka waktu bayaran pinjaman yang tak berbayar (NPL) dari enam bulan kepada tiga bulan. Ini lebih menyulitkan lagi para usahawan dan peminjam-peminjam yang terpaksa merancangkan pembayaran ansuran bulanan mereka dalam jangka waktu yang amat pendek – tiga bulan dan bukan enam bulan seperti sebelum arahan Anwar tersebut.

Akibatnya banyak syarikat mengalami masalah kecairan wang tunai (cash flow problems) dan banyak tidak dapat membayar ansuran bulanan mereka. Tambahan pula bank-bank juga sukar memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat yang mereka anggap tidak teguh kedudukan kewangan mereka untuk membayar balik pinjaman mereka itu.

Para spekulator matawang terus menerus menekan nilai ringgit supaya Malaysia menjadi bertambah gawat dan jatuh miskin. Harga-harga saham di BSKL terus menerus merudum hingga mencapai harga di bawah RM1.00 sesaham. Banyak syarikat-syarikat dalam BSKL mengalami kerugian besar dan sekiranya tidak dipulihkan semula ekonomi negara dengan cepat banyak syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam BSKL akan jatuh bankrap.

Apakah Anwar tidak sedar bahawa dasar menaikkan faedah bank dan tiga bulan untuk menjelaskan NPL itu akan membawa kehancuran kebanyakan syarikat-syarikat dalam negara? Apakah dia tidak tahu akibat dari tindakannya itu?

Anwar tentu tahu sekiranya banyak bank tempatan dan syarikat-syarikat dalam BSKL tidak mampu menggerakkan bisnes mereka akibat kekurangan modal maka negara-negara barat, terutama sekali Amerika, akan mendesak Malaysia supaya membuka pasaran mereka kepada para pelabur asing untuk membeli equiti dan mengontrolkan setengah dari syarikat-syarikat penting tersebut.

Mereka akan mendesak dan menekan Malaysia melalui WTO (Pertubuhan Perdagangan Sedunia) untuk membuka pasaran kita supaya memudahkan mereka menjajah kita melalui tindakan dan kawalan ekonomi negara kita. Kalau syarikat-syarikat bertaraf gergasi dibenarkan melabur dan menguasai berbagai syarikat yang penting di negara kita bermakna ia mempunyai hak untuk tidak melaksanakan hak keistimewaan Bumiputera. Kalau kepentingan Bumiputera terhakis, akibat penguasaan para pelabur asing dalam berbagai sektor industri di Malaysia, maka besat kemungkinan masa depan kaum Bumiputera di tanahair mereka sendiri akan terjejas.

Mahathir ingin membela kepentingan rakyat Malaysia amnya dan kepentingan Bumiputera khasnya. Justeru itu Mahathir berusaha sedaya upaya untuk memulihkan ekonomi negara tanpa meminta bantuan asing demi menjaga maruah dan kepentingan negara, bangsa dan agama. Justeru itu Mahathir tentang IMF dan Bank Dunia yang hendak menguasai bidang ekonomi negara melalui pinjaman mereka. Tetapi Anwar nampaknya tidak sensitif terhadap menjaga kepentingan ekonomi dan negara kita oleh kerana dia mendapat nasihat dan arahan dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi menurut acuan badan dunia tersebut.

Ada orang berpendapat Anwar sengaja hendak membawa kehancuran kepada ekonomi negara melalui dasar IMF yang diikutinya. Ada yang berpendapat sekiranya ekonomi kita menjadi semakin parah maka kestabilan politik akan terancam. Sekiranya Malaysia terdesak untuk meminjam dari Bank Dunia atau IMF seperti mana yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Korea Selatan besar kemungkinan pinjaman itu boleh diberikan dengan syarat Mahathir mesti berundur dari Sri Perdana dan Anwar mengambil tempatnya!

Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri melalui bantuan asing maka janganlah hairan bin terkejut kalau Malaysia menjadi boneka Amerika.



AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Modus operandi Amerika & RAND Corporation di Indonesia



Modus operandi Amerika & RAND Corporation di Indonesia


Pada 16 Mac 2006 White House menerbitkan satu dokumen yang mengandungi Strategi Keamanan Nasional Amerika (National Security Strategy). Dokumen tersebut menyebut bahawa terdapat dua cabang utama Strategi Keamanan Nasional:

Pertama, mempromosi kebebasan, keadilan dan kemulian manusia yang berjuang untuk mengakhiri tirani (kediktatoran), mempromosikan demokrasi yang efektif dan memperluas kesejahteraan melalui pasaran bebas dan dasar pembangunan.

Kedua, menghadapi berbagai-bagai tentangan (daripada pihak yang tidak sukakan AS) dengan memimpin komuniti demokrasi yang sedang tumbuh.

Untuk mencapai objektif tersebut maka pemerintah AS akan mengembangkan dasar yang menyeluruh baik dalam aspek politik, ekonomi, diplomatik dan berbagai-bagai lagi. Salah satu langkah dari projek tersebut adalah menggunakan bantuan asing untuk 'mebantu' pembangunan pilihanraya yang adil dan bebas, menegakkan undang-undang, masyarakat sivil (civil society), hak-hak wanita, kebebasan media serta kebebasan beragama (National Security Strategy, hal 6).

Dalam dokumen tersebut juga turut dibahas strategi untuk membendung pihak yang mengancam agenda tersebut iaitu terorisme dan ideologinya. Salah satunya adalah melemahkan sesuatu yang paling diawasi oleh kelompok teroris iaitu keyakinan penganut Islam.

Usaha tersebut difokuskan ke dunia Islam; Jordan, Moroko dan Indonesia dianggap telah memulai proses itu. Dalam memerangi teroris yang dianggap sebagai pihak yang tidak toleran dalam masalah agama (religious intolerance) maka AS akan melakukan perkara berikut:

“we defend the First Freedom: the right of people to believe and worship according to the dictates of their own conscience, free from the coercion of the state, the coercion of the majority, or the coercion of a minority that wants to dictate what others must believe".

(Kami akan mempertahankan pertamanya soal kebebasan : hak rakyat untuk percaya dan beribadah sesuai dengan seruan keyakinannya yang bebas dari paksaan negara, paksaan majoriti dan paksaan minoriti yang ingin memaksa keyakinan pihak lain).

Dokumen tersebut juga menyatakan bahawa kerjasama dan persahabatan dengan Amerika ditentukan oleh sejauh mana dasar negara-negara Islam itu yang memperjuangkan prinsip dan nilai-nilai Amerika. Semakin cenderung sebuah negara itu memperlihatkan komitmennya dengan prinsip-prinsip demokrasi, maka semakin dekat dan kuat hubungan mereka dengan Amerika.

Laporan RAND Corporation 2007



RAND Corporation pada tahun 2007 juga telah menerbitkan sebuah hasil laporan yang dipimpin oleh mantan wakil Jabatan Pertahanan AS, Angel Rabasa yang bertajuk: "Building Moderate Muslim Networks".

Laporan ini bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum fundamentalis.

Di dalam dokumen tersebut turut dinyatakan AS akan mendapat pelbagai keuntungan sama ada secara tersurat ataupun tersirat dari penyebaran agenda nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, penegakan hukum (undang-undang)dan Hak asasi manusia (HAM)).

Dalam mengusahakan perkara tersebut, Jabatan Luar Negara AS bersama dengan USAID (U.S. Agency for International Development) ditugaskan khusus untuk mempromosikan nilai-nilai di atas.




Untuk menterjemahkan dasar ini dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar Negara AS dan USAID telah emberi kontrak projek kepada beberapa NGO, di antaranya NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute), TIF (The Asia Foundation), dan CSID (Center for the Study of Islam and Democracy).

Kesemua NGO tersebut ditaja sepenuhnya oleh pemerintah AS. The Asia Fondation sendiri dianggap sebagai organisasi yang paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai "model" penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah.

Laporan itu turut menyentuh mengenai 'perang idea'(the war of ideas) sepertimana yang dilakukan semasa Perang Dingin (perang melawan komunisme), difokuskan kepada sokongan terhadap rakan kongsi serta program kerjanya yang tidak dititikberatkan pada lawan.

(Perang idea merujuk peperangan bukan dalam bentuk senjata, tetapi peperangan psikologi. Kebiasaannya kaedah peperangan itu yang paling berkesan adalah membantu parti tertentu dalam pilihanraya negara itu. Kaedah ini telah banyak dilakukan oleh CIA. Perang Dingin pula merujuk peperangan bukan senjata antara blok Amerika melawan blok komunis)

Beberapa pihak yang dianggap berpotensi sebagai rakan kongsi adalah: a) intelektual dan ahli akademik muslim yang liberal dan sekular, b) ulama muda yang moderat, c) komuniti-komuniti aktivis, d) kelompok-kelompok perempuan yang terlibat dalam kempen kesetaraan gender dan, e) penulis dan jurnalis moderat.

Lebih dari itu, pemerintah AS harus menjamin keselamatan dan masa depan rakan kongsi tesebut. Sebagai contoh pemerintah AS harus menjamin bahawa kelompok-kelompok ini dilibatkan dalam pelbagai kongres, menjadikan mereka lebih dikenali oleh para pembuat dasar dan memberi sokongan moral serta kewangan untuk tujuan kempen mereka kepada masyarakatnya.

Menurut laporan ini, radio dan televisyen merupakan alat yang paling dominan yang digunakan oleh AS dalam menyebarkan isu-isu tersebut. Di Timur Tengah, jaringan televisyen AS adalah Al Hurra dan Radio As Sawa merupakan contoh media yang menjadi alat propaganda AS.

Setiap tahun media itu mendapat dana sebanyak U$ 70 juta dollar. Namun begitu, dicadangkan agar tajaan seperti itu dilaburkan juga untuk membantu penerbitan media lokal dan jurnalis yang turut menyokong agenda demokratik dan pluralistik.


Laporan RAND Corporation 2003

Pada tahun 2003, RAND Corporation juga telah mengeluarkan beberapa cadangan kepada pemerintah AS yang bertajuk : "Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies".

Cadangan RAND Coporation kepada pemerintah AS itu supaya menjalin kerjasama dengan kelompok modernis dan tradisionalis termasuk kelompok-kelompok Sufi untuk membendung perkembangan kelompok fundamentalis yang dianggap menghalang perkembangan demokrasi.

Strategi untuk kelompok modernis:

1. Menerbitkan dan menyebarkan hasil kerja mereka dengan biaya yang disubsidi

2. Mendorong mereka menulis untuk massa khusus kepada golongan pemuda

3. Menerapkan pandangan-pandangan mereka di dalam kurikulum pendidikan Islam

4. Memberikan mereka flatform masyarakat supaya mereka dapat memberi hujah-hujah perdebatan terhadap asas agama sebagai perdebatan antara kaum fundamentalis dengan tradisionalis yang memiliki website, rumah produksi, sekolah, institute dan pelbagai instrumen lain dengan tujuan untuk mencabar pemikiran mereka.

5. Menjadikan sekularisme dan modernisme sebagai pilihan counterculture kepada pemuda muslim yang belum terpengaruh.

6. Mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah pra-Islam yang tidak Islamik melalui media dan kurikulum di negara-negara yang relevan.

7. Membantu pembangunan organisasi sivil yang independen untuk mempromosikan budaya sivil dan mendorong penduduk tempatan untuk mendidik diri mereka tentang proses politik.


Strategi untuk kaum tradisionalis:

1. Menerbitkankan kritikan-kritikan terhadap kekerasan fundamentalis dan kaum ekstrimis,

2. Mendorong wujudnya pertentangan antara tradisionalis dan fundamentalis

3. Menghalang gabungan antara kaum tradisionalis dan fundamentalis

4. Mendorong kerjasama antara kelompok tradisionalis dengan kelompok modernis.

5. Mendidik kelompok tradisionalis dengan memberikan fakta-fakta kepada mereka agar dapat berdebat melawan kelompok fundamentalis kerana kelompok fundamentalis dianggap sering memiliki retorik yang lebih hebat.

6. Meningkatkan citra dan profil kelompok modernis di institusi tradisionalis

7. Membezakan pelbagai aliran tradisonal dan mendorong mereka agar memiliki persaman dengan kelompok modernis

8. Mendorong populariti dan penerimaan kelompok Sufi.


Starategi untuk melawan kelompok fundamentalis :

1. Melawan tafsiran mereka terhadap Islam dengan menampakkan ketidakrelevenannya
Membongkar hubungan kaum fundamentalis dengan kelompok dan tindakan radikal

2. Menerbitkan kesan tindakan kekerasan mereka

3. Menunjukkan bukti-bukti ketidakmampuan mereka dalam memimpin untuk pembangunan yang positif bagi sesebuah negara dan komuniti mereka

4. Menyebarkan pesanan-pesanan khususnya kepada generasi muda, penduduk tradisionalis yang soleh, kelompok minoriti di Barat dan kepada perempuan

5. Mencegah diberikan penghormatan dan kekaguman terhadap kaum fundamentalis, ekstrimis dan teroris. Melabelkan mereka sebagai pihak perosak dan pengecut serta bukan sebagai pahlawan

6. Mendorong para jurnalis untuk menyiasat isu-isu korupsi, sikap hipokrit dan tindakan tidak beroral kelompok fundamentalis dan teroris

7. Mendorong perpecahan di antara kelompok fundamentalis.


Kesan Strategi RAND Corporation di Indonesia

Di dalam laporan tersebut juga turut dipaparkan beberapa institusi di Asia Tenggara khususnya Indonesia yang menjadi cabang utama jaringan AS. Institusi tersebut adalah organisasi Muslim terbesar di Indonesia yang dianggap moderat iaitu Nahdatul Ulama (NU) dengan 15,000 sekolah agama yang menjadi ahlinya dan Muhammadiyah dengan sokongan institusi pendidikan tinggi dan institusi sosial termasuk Center for the Study of Religion and Civilization (diketuai oleh Pramono Tanthowi, berpusat di Jakarta), satu institusi di luar Muahmmadiyah yang aktif berkempen demokrasi liberal.

Organisasi lain yang dianggap cukup kuat adalah JIL (Jaringan Islam Liberal) yang didirikan pada tahun 2001 oleh Ulil Absar. Salah satu misi institusi ini adalah untuk menghalang perkembangan pengaruh dan kegiatan kelompok militan dan radikal Islam di Indonesia.

Meskipun begitu, institusi pendidikan dianggap sebagai kunci dalam pengembangan liberalisme. Institusi tersebut antara lain:

1. Pondok dan Madrasah : Majoriti pondok di bawah payung NU. Begitu juda madrasah di bawah jaringan Muhammadiyah dan Persis (Persatuan Islam). Menurut laporan RAND Coporation kurikulum sekular telah dimasukkan ke dalam institusi tersebut meskipun pendidikan Islam tetap menjadi fokus.

2. Pusat pengajian tinggi : Universiti Islam yang terdiri daripada Universiti Negeri Islam (UIN)-dahulu dikenali sebagai IAIN- termasuk 47 buah institusi pengajian tinggi dengan lebih daripada 100,000 mahasiswa. Universiti Muhammadiyah yang terdiri daripada 35 buah universiti serta 160 institusi sokongan. Sama ada IAIN (Institut Agama Islam Negeri) dan universiti-universiti Muhammadiyah telah menganut idea pluralisme dan demokrasi. Universiti Gajah Mada juga telah menubuhkan Center for Religious Cross-Cultural Studies atas arahan daripada mantan Menteri Luar Negera, Alwi Shihab.

3. Media Massa : Salah satu media yang paling berpengaruh adalah Jaringan radio Islam yang bertajuk "Liberal Religion and Tolerance". Transkrip dialog ini telah diterbitkan oleh akhbar Jawa Post dan turut disebar lebih dari 70 media.

4. Institusi Demokrasi : Salah satu organisasi yang termasuk dalam kategori ini adalah Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumberdaya Manusia (Lakspedam), salah satu institusi NU yang terlibat dalam pendidikan pengundi di Jatim yang ditaja oleh Asia Foundation dan Ford Foundation. Badan lainnya adalah PM3 LSM yang berbasis madrasah, aktif melakukan diskusi tentang peranan negara dalam mengatur agama.

5. Usaha Pembangunan Jaringan Regional: Asia Tenggara dianggap sebagai salah satu pusat pengembagan jaringan regional. Salah satu pelopor organisasi regional tersebut adalah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) yang ditaja oleh Ford Fondation. Misi organisasi ini adalah membangun jaringan NGO Muslim dan aktivis dan intelektual muslim yang progresif di kawasan Asia Tenggara (dan akhirnya di seluruh dunia) sebagai flatform untuk menyebarkan idea-idea pemikir-pemikir muslim moderat dan progresif yang berskala internasional.

Dalam persidangan di Manila pada September 2005, salah satu agenda organisasi ini adalah pelaksanaan diskusi di negara masing-masing untuk membuktikan bahawa demokrasi selaras dengan Islam serta nilai-nilai Demokrasi terdapat secara spesifik di dalam Al Quran.


Penutup

Strategi di atas setidak-tidaknya dapat memberikan bukti yang sah bahwa AS merupakan negara kapitalisme yang akan terus menyebarluaskan ideologinya. Pada ketika yang sama dengan segala cara mereka berusaha untuk mematikan musuh ideologinya, yang disebutnya sebagai Islam Fundamentalis.

Kepada kaum muslimin, mereka perlu membuat pilihan : apakah mereka mahu menjadi alat pembawa ideologi Amerika atau mereka mahu kembali kepada ideologi Islam yang dicop Amerika sebagai fundamentalis.

"Dan mereka membuat perancangan dan Allah membuat perancangan namun Allah-lah sebaik-baik pembuat perancangan."

wallahu a'alam


AIDC menterjemah artikel gemapembebasan. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Hati-hati International Crisis Group (ICG) ada agenda tersembunyi di negara Islam.



Hati-hati International Crisis Group (ICG) ada agenda tersembunyi di negara Islam..


The International Crisis Group (ICG) adalah suatu organisasi bukan kerajaan multinasional dengan lebih dari 130 pegawai tersebar di seluruh lima benua, yang bekerja melalui analisis lapangan bagi mencegah pelbagai konflik dunia.

Namun di dunia Muslim, ICG tidak lebih sebagai agen-agen asing yang kerap kali mengeluarkan provokasi atas nama pencegahan kebangkitan Islam yang kini semakin berkembang di dunia Muslim.

Anwar Ibrahim dan Dewi Fortuna Anwar. Dewi Fortuna adalah pengarah badan pemikir BJ Habibie (kawan baik Anwar) yang dikenali sebagai The Habibie Center. Beliau juga merupakan pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins University, Amerika yang juga tempat Anwar pernah memegang jawatan sama. John Hopkins merupakan gedung Amerika tempat melatih kader-kader pro Amerika di seluruh dunia. Sumber foto klik di sini

Baru-baru ini ICG mengeluarkan laporan kebimbangannya atas meningkatnya pengaruh gerakan-gerakan Islam yang mereka sebut sebagai gerakan Islam garis keras (Islam Radikal/fundamentalis).

Sebelum ini ICG pernah memprovokasi kerajaan yang menganggap gerakan-gerakan Islam sebagai ancaman konflik di Papua.

ICG mendapatkan bantuan dana daripada negara-negara, yayasan-yayasan amal dan yayasan perseorangan. Antara penyumbangnya adalah: Australian Agency for International Development, Austrian Federal Ministry of Foreign Affairs, Belgian Ministry of Foreign Affairs, Canadian Department of Foreign Affairs and International Trade, Canadian International Development Agency, Canadian International Development Research Centre, Czech Ministry of Foreign Affairs, Dutch Ministry of Foreign Affairs, European Union (Komisi Eropah) Finnish Ministry of Foreign Affairs, French Ministry of Foreign Affairs, German Foreign Office, Irish Department of Foreign Affairs, Japanese International Cooperation Agency, Principality of Liechtenstein Ministry of Foreign Affairs, Luxembourg Ministry of Foreign Affairs, New Zealand Agency for International Development, Royal Danish Ministry of Foreign Affairs, Royal Norwegian Ministry of Foreign Affairs, Swedish Ministry for Foreign Affairs, Swiss Federal Department of Foreign Affairs, Turkish Ministry of Foreign Affairs, United Kingdom Foreign and Commonwealth Office, United Kingdom Department for International Development, United States Agency for International Development (USAID).

Manakala sumbangan pihak yayasan termasuk : Carnegie Corporation of New York, Compton Foundation, Ford Foundation, Fundación DARA Internacional, William & Flora Hewlett Foundation, Hunt Alternatives Fund, Korea Foundation, John D. & Catherine T. MacArthur Foundation, Charles Stewart Mott Foundation, Open Society Institute, Pierre and Pamela Omidyar Fund, Ploughshares Fund, Pro Victimis Foundation, Sigrid Rausing Trust, Rockefeller Foundation, Rockefeller Philanthropy Advisors, Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund and Viva Trust.

Staf mereka di Indonesia di antaranya Sidney Jones (Senior Adviser), John Virgoe (South East Asia Project Director), Rungrawee Chalermsripinyorat (Analyst), Mahlil Harahap (Office Manager), dan Eva Ratihandayani (Administrative and Finance Officer).

Mereka yang disebut di atas, tiada lain, melainkan agen-agen asing yang sedang beroperasi di Indonesia.



Nota : Artikel ini disiarkan dalam Tabloid SUARA ISLAM EDISI 48, pada 18 - 31 Julai 2008. Artikel ini disiarkan semula di suara-Islam.com. Klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim : International Crisis Group (ICG)

Dari kiri : James A. Thomson, President & Chief Executive Officer, RAND Corporation, USA, Joseph R. Biden, Senator dari Delaware (Democrat), USA, Jef McAllister, Bureau Chief, Time Magazine, United Kingdom, Charles Hagel, Senator dari Nebraska (Republican), USA and Gareth J. Evans, President, International Crisis Group (ICG), Belgium. Foto dirakam semasa 'New Directions in US Foreign Policy' di the 'Extraordinary Annual Meeting 2003' dalam program the World Economic Forum di Jordan, pada 22 Jun 2003. sumber foto klik di sini

Anwar Ibrahim : International Crisis Group (ICG)



Kenyataan Media International Crisis Group-Perginya Ali Alatas.


Kami semua di International Crisis Group (ICG) sangat bersedih dengan berita pemergian Penasihat Presiden Indonesia dan mantan Menteri Luar Ali Alatas, yang baru sahaja dipilih untuk menganggotai Lembaga Pemegang Amanah International Crisis Group.

Beliau merupakan rakan kepada kebanyakan ahli lembaga pengarah dan kakitangan di sini. Kami merakamkan ucapan takziah kepada balu beliau, Junisa dan ahli keluarga beliau.

Ali Alatas terkenal sebagai seorang yang berhemah dan bijaksana, serta dihormati sebagai seorang negarawan ulung. Beliau memainkan peranan penting bagi memastikan proses peralihan yang lancar buat Indonesia, dari pemerintahan kuku besi tentera kepada sebuah negara demokrasi.

Peranan beliau juga sangat penting di dalam membentuk ASEAN sebagai satu forum untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini serta menjadi jambatan di antara negara membangun dengan negara maju melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum-forum lainnya.

Saya secara peribadi merasakan kehilangan di atas pemergian saudara Ali. Beliau dan saya, sama-sama dilantik sebagai menteri luar pada tahun yang sama-1988- kami bekerjasama dengan erat bagi memulihkan hubungan di antara Australia dan Indonesia; sentiasa mencuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat isu Timor Timur.

Pendekatan beliau terhadap isu yang sukar itu membuatkan beliau dikenal sebagai seorang yang moderat(malah Jose Ramos Horta juga mengakuinya)dan suara konstruktif. Beliau menjalankan tugas di waktu sukar terutamanya di saat-saat akhir pemerintahan Suharto.

Beliau sentiasa berusaha untuk memastikan adanya tekanan dari luar buat junta tentera Burma yang bertindak melanggari hak asasi rakyatnya; juga sumbangan beliau pada tahun-tahun 1989-1993, di dalam merangka serta melaksanakan proses damai tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)di Kemboja.

Inisiatif yang dimulakan oleh Australia itu berhasil dengan kemahiran diplomasi Ali Alatas. Mutakhir ini kami bekerjasama bagi menjayakan inisiatif Australia-Jepun mengenai International Commission on Nuclear Non-Proliferation and Disarmament.

Beliau seperti biasa, mempamirkan kebijaksanaan, juga berpengetahuan dan berpandangan jauh. Sudah tentu dengan ditemani Junisa; isteri beliau.

GARETH EVANS
President
International Crisis Group
149 Avenue Louise, Level 24
B-1050 Brussels, Belgium


Ulasan AIDC

1. Kenyataan media International Crisis Group (ICG) ini dibuat oleh Gareth Evans, Presiden ICG bersempena dengan kematian Ali Alatas pada 11 Disember 2008, di Hospital Mount Elizabeth, Singapura kerana serangan jantung.

2. Kenyataan media ICG ini disiarkan di blog anwaribrahimblog, pada 12 Disember 2008. Klik di sini

3. Ali Alatas atau panggilan mesranya "Allex" merupakan bekas Menteri luar Indonesia yang pro-Amerika Syarikat pada 1987-1999. Beliau pernah menjadi Konselor Kedutaan Besar Republik Indonesia (RI) di Washington (1966-1970; Wakil Tetap RI di PBB, Geneva (1976-1978) Setiausaha kepada Presiden Indonesia(1978-1982); Wakil Tetap Indonesia di PBB, New York (1983-1987); Penasihat Presiden untuk Urusan Luar Negera (2001-2004)dan jawatan terakhir adalah Anggota Dewan Penasihat Presiden Indonesia dalam Urusan Luar Negera 2005-2008.

4. Gareth Evans menyatakan Allex merupakan orang yang memainkan dalam proses transisi zaman Suharto kepada zaman Abddurrahman Wahid (Gus Dur). Zaman Suharto dilabel sebagai zaman kuku besi tentera (walhal Suharto juga yang melantik Allex sebagai Menteri Luar Negara), manakala zaman Gus Dur dilabel zaman demokrasi. Zaman BJ Habibie pula dianggap zaman sementara kerana beliau hanya memangku jawatan Presiden selama 6 bulan sahaja.

5. Allex dianggap pro Amerika kerana bertuankan PBB dan Australia yang dianggap sebagai pengkalan Amerika untuk mengawal negara-negara ASEAN.

6. Australia merupakan salah satu anggota dalam kumpulan 45 Negara Parti Konservatif dan Demokratik Kristian Dunia yang pernah diketuai oleh John Howard (bekas Perdana Menteri Australia). Kumpulan ini juga dikenali sebagai "Anglo-Saxons". Anglo Saxons adalah terma yang digunakan untuk negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dengan merujuk kepada kaum kulit putih dan beragama Kristian. Selalunya negara-negara itu (seperti England, Australia dan lain-lain) dirujuk kepada negara Anglophone.

7. Gareth Evans merupakan bekas Menteri Luar Australia pada tahun 1988-1996. Beliau juga merupakan pendukung kebebasan hak asasi awam dan Naib Presiden bagi Majlis Victoria untuk Kebebasan Sivil (Victorian Council for Civil Liberties). Pada Januari 2000, beliau menjadi Presiden dan Ketua Pegawai organisasi yang pro Amerika yang berpengkalan di Brussels iaitu International Crisis Group (ICG). ICG merupakan satu organisasi bukan kerajaan yang bekerja untuk mencegah konflik-konflik berbahaya yang ditaktifkan oleh Amerika Syarikat.

8. Beliau menjadi penaung kepada Genocide Intervention Network (Rangkaian Penghapusan Bangsa Atau GI-Net). Sebelum 2005, GI-NET dikenali sebagai Genocide Intervention Fund. Organisasi ini ditubuhkan untuk melindungi orang awam daripada kekejaman penghapusan bangsa khususnya merujuk kes Darfur, Sudan.

9. Pada tahun 2006, Gareth Evans melantik Anwar Ibrahim Ahli Jawatankuasa ICG. Klik di sini

10. Pada November 2007, Anwar Ibrahim adalah salah seorang Muslim dalam ICG yang menandatangani projek Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah. Klik di sini

11. ICG merupakan salah satu organisasi luar yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi pendakwaan liwat 2008. Klik di sini dan di sini

12. ICG dan Alex dikaitkan dengan menyelesaikan kejayaan Timor Timur menjadi sebuah negara yang merdeka daripada Indonesia. Hal ini tidak menghairankan kerana Timor Timur merupakan negara Kristian, sebaliknya ICG dan Alex tidak mepedulikan tuntutan rakyat Islam di Acheh, Selatan Filifina dan Selatan Thailand menjadi sebuah negara yang merdeka.


AIDC
12 Disember


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Kenapa media Barat Pro Anwar?




Kenapa media Barat Pro Anwar ?


Oleh Yahaya Ismail

Nasib Anwar lebih baik dari Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sewaktu mereka menentang Mahathir pada tahun 1987. Media asing terutama sekali tidak memberi peluang yang begitu besar kepada mereka untuk membela nasib mereka. Tapi Anwar lain dari yang lain.

Bekas gavernor Hong Kong, Chris Patten berkata Anwar menjadi darling Barat, yang ditatang, dijulang dan diberi seluas-luas publisiti kepadanya. Media elektronik seperti CNN yang berpengkalan di Atlanta, Amerika dan CNBC yang mempunyai pejabat di Singapura dan Hong Kong, dengan penuh bangga dan dendam kesumat menyiarkan berbagai berita yang dimanipulasikan untuk memburuk-burukkan kepimpinan Mahathir dan Malaysia dengan segala manipulasi pemberitaan untuk mencemarkan imej negara.

Anwar dijadikan darling mereka kerana Anwar seorang pemimpin liberal yang pro Amerika dan barat. Perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF membuktikan dia seorang tokoh yang disenangi Barat.

Jangan hairan bin terkejut kalau CNBC misalnya menyiarkan berkali-kali berita sensasi dari Anwar malah sanggup menyiarkan panjang lebar “ucapan wasiat” untuk anaknya sebelum dia ditahan di bawah ISA. Mana ada media Barat yang sanggup memberi peluang begitu besar kepada Mahathir yang terkenal anti barat dan berjiwa nasionalis itu?

Tidaklah hairan kalau Anwar, isterinya dan juak-juaknya yang lain memuji Barat kerana memberi liputan dan laporan yang pro Anwar dan mengecam Mahathir. Mereka berpendapat pengaruh media Barat seluruh dunia boleh menjejaskan ekonomi dan kestabilan politik negara, dan kalau boleh menjatuhkan Mahathir. Media Barat melakukan berbagai helah dan manipulasi yang kotor, memutarbelitkan berita mengenai ekonomi dan politik Malaysia untuk menghalang para pelabur asing dan para pelancong jangan datang ke Malaysia.

Sekiranya mereka berjaya dalam kempen propaganda untuk menjatuhkan ekonomi dan memporak-perandakan politik negara hingga menyebabkan kejatuhan Mahathir, maka mereka akan menjulang tinggi Anwar Ibrahim seolah-olah dia adalah lebih baik dan lebih prihatin terhadap kepentingan dan liberalisme barat!

Sebenarnya media barat memperalatkan Anwar untuk menenggelamkan politik Mahathir. Barat mempunyai agenda yang tersendiri. Medianya akan membela tokoh yang “dianiaya” seperti Anwar untuk menagih simpati antarabangsa amnya tetapi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia khasnya dengan harapan kepimpinan Mahathir tergugat. Yang penting kepada Barat bukan Anwar. Anwar hanya dijadikan alat untuk menjatuhkan Mahathir. Sekiranya Mahathir dapat ditumbangkan oleh media barat dengan kerjasama Amerika terutama sekali maka belum tentu Barat akan terus menyokong Anwar untuk kembali berkuasa.

Adalah menjadi dasar Amerika untuk melibatkan diri dalam urusan rumah tangga negara-negara asing khasnya negara-negara yang para pemimpinnya dianggap anti-Amerika atau pun barat. Media massa yang bersifat global seperti CNN, CNBC dan lain-lain media cetak bertaraf antarabangsa juga mendukung cita-cita Pakcik Siam.

Di samping itu, para pengurus dana dan para spekulator mata wang asing, khasnya dari Amerika, juga bekerjasama antara satu dengan lain dan mempunyai hubungan yang erat antara kerajaan Amerika dan media massa bagi menjaga kepentingan mereka bersama.

Kini media barat benar-benar memperlihatkan kewartawanan sumbang yang paling jijik mengenai pemecatan Anwar. Ia lebih cenderung memberi gambaran sebelah pihak tanpa memperlihatkan pandangan dari pihak kerajaan Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan adil. Mereka berhak berpihak kepada Anwar tetaoi mereka juga perlu bertanggungjawab dan adil untuk memuatkan juga pandangan dari pihak yang anti Anwar.

Bukankah mereka sering melaung-laungkan di berbagai forum antarabangsa dan tulisan bahawa kewartawanan yang baik perlu bersikap objektif dan adil? Di manakah letaknya objektiviti dan keadilan kalau mereka lebih mengutamakan agenda mereka dan tuan mereka dari memperlihatkan keadilan itu?

Anwar mungkin berbangga dan bersyukur yang amat sangat kerana media barat menjadikannya sebagai darling mereka. Memang inilah tujuan Anwar dalam perjuangan politiknya untuk berahlan wasilan dengan media barat dan para pemimpin barat khasnya Amerika. Dia menganggap dan terhutang budi kepada media barat kerana menyokong reformasinya bila mana ia hilang pengaruh dan kuasa dalam media tempatan. Tapi Anwar harus sedar media barat tidak menentukan arus politik negara. Yang menentukan sejarah politik nasional ialah rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum sekali dalam lima tahun.

Media barat boleh saja melempar berbagai kritikan dan kecaman yang pedas terhadap kepimpinan Malaysia tetapi rakyat Malaysia yang cinta damai akan tetap membuat pilihan mereka tanpa merujuk kepada penganalisis politik dari media masing.

Kita akui media tempatan juga tidak objektif dan bersifat partisan. Itu juga tidak baik dan kita sendiri tidak senang dengan sikap media tempatan yang berat sebelah. Kalau kerajaan yakin tentang kemampuan dan dasar yang dilaksanakan itu membahagiakan rakyat mengapa menyeksa buah fikiran orang lain? Pada hemat saya rakyat masih menerajui kerajaan pusat dalam pilihan raya akan datang.

Oleh itu berilah kesempatan kepada media tempatan untuk memuatkan juga buah fikiran dan pandangan yang berlainan dari sudut pandangan kerajaan supaya menjamin prinsip kebebasan bersuara. Walau pun kita rindukan kebebasan bersuara namun kebebasan itu pun perlu ada juga batasan agar tidak ada mana-mana pihak menyalahgunakan kebebasan untuk menghancurkan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat kita.

Walaupun media barat menyanjung tinggi ketokohan Anwar dan membelanya namun mereka tidak boleh mempengaruhi rakyat tempatan untuk menyokong reformasi Anwar dan menumbangkan kerajaan Mahathir. Barat tetap barat dan dianggap asing bagi rakyat kita. Kita ada maruah dan harga diri.

Oleh itu rakyat Malaysia sendiri akan menentukan nasib kepimpinan negara. Media barat, walupun amat disenangi Anwar, tetapi dianggap sebagai musuh rakyat Malaysia. Sokongan media barat terhadap Anwar dianggap oleh majoriti rakyat sebagai sokongan asing dan campurtangan kuasa asing untuk mengangkat Anwar. Oleh itu tidaklah silap sekiranya rakyat Malaysia menganggap Anwar sebagai boneka Amerika.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Adakah Obama akan menyokong Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh?



Adakah Obama akan menyokong Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh ?


Oleh Kazi Mahmood

Kerajaan Malaysia merupakan negara asing pertama yang pantas mengucapkan tahniah kepada Barack Husein Obama dalam kemenangannya secara besar-besaran dalam pilihan raya Presiden tetapi mesej mereka (Kerajaan Malaysia) kepada Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih tidak seperti yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

Telah bertindak keras terhadap George W. Bush dalam komennya ke atas kes liwat Anwar Ibrahim tahun ini, Kerajaan Malaysia menjangkakan satu dasar tidak campur tangan daripada pentadbiran Obama dalam urusan dalamannya.

Malaysia mempunyai Menteri Luar yang berhaluan kiri yang mana dikenali sebagai ahli pembangkang yang tegas semasa kewujudan parti Semangat 46 (S-46) . Menteri Rais Yatim dihormati dalam gelanggang politik tempatan kerana konsisten dalam kritikannya terhadap campur tangan Amerika dalam urusan negara lain.

Mendapat sokongan padu daripada kakitangan perkhidmatan awam yang berorientasikan ke arah perlindungan integriti negara - wilayah dan moral - Menteri tersebut tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam menunjukkan secara tepat kepada pentadbiran Obama bahawa sebarang campur tangan dalam urusan Malaysia hanya akan memburukkan lagi hubungan Malaysia-A.S.

Anwar Ibrahim disokong baik oleh Parti Demokratik di mana pimpinan tertinggi parti berada di sebelahnya. Mereka termasuk bekas Naib Presiden Al-Gore dan beberapa ahli berpengaruh dalam lingkungan diplomatik negara luar Amerika dan tidak dilupakan Clinton dan rakan rapat Barack Obama.

Ianya tidak sukar untuk Anwar Ibrahim bagi menjalinkan hubungan yang baik dan kukuh dengan Obama pada masa akan datang. Parti Demokratik mempunyai hubungan rapat dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala sokongannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak diragukan.

Presiden Obama sendiri diketahui tertarik kepada pemimpin ideal seperti Anwar Ibrahim dan Raja Abdullah Arab Saudi di mana mereka ingin menjadi jambatan di antara dunia Barat dan Muslim. Anwar Ibrahim juga seorang ahli yayasan antarabangsa yang mana kedua-dua Republikan and Demokrat daripada spektrum politik AS terlibat.

Kepopularitiannya di kalangan pentadbiran AS sekarang juga amat diketahui dan inilah yang membawa kepada 'pembekuan' baru-baru ini di antara Malaysia dan A.S. selepas meletusnya kes liwat di mana Anwar telah dibela oleh Jabatan Negara A.S.

Terdapat respons yang berterusan dan kuat oleh Menteri Rais Yatim dan ahli lain Kerajaan Malaysia kebanyakannya ahli UMNO memainkan peranan utama.

Anwar Ibrahim mendapat sokongan penuh daripada bekas Presiden Indonesia, Burhanuddin J. Habibie. Yang kedua disebutkan memang merupakan rakan rapat Raja Abdullah dan Anwar Ibrahim dan baru-baru ini, peranan yang dimainkan oleh bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid di sebelah Anwar Ibrahim semasa pilihan raya kecil di negeri Pulau Pinang, dimenangi oleh Anwar adalah amat signifikan di sini.

Abdurrahman Wahid amat pro-Amerika dan merupakan penghubung kuat di antara Washington, Obama dan Anwar Ibrahim di Malaysia. Dia dipercayai oleh pentadbiran Bush yang ada sekarang dan ketika Obama telah diberikan taklimat oleh ketua perisikan Amerika selepas kemenangannya dalam pilihan raya,nama Abdurrahman akan muncul sebagai sekutu rapat AS.

Jadi pasti nama Anwar Ibrahim dan sudah tentu B.J Habibie walaupun yang kedua disebut itu tidak lagi secara aktif terlibat dalam politik.

Dengan asas sokongan yang besar ini, Anwar Ibrahim akan muncul sebagai tokoh politik utama dalam dunia Muslim bersama-sama Raja Abdullah dan Abdurrahman Wahid. Wahid mempunyai peluang yang tidak seberapa untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Indonesia yang akan datang tetapi meskipun demikian, dia akan menjadi pengaruh yang kuat dalam pilihan raya presiden Indonesia pada tahun depan.

Hakikat bahawa sekarang Indonesia merupakan sekutu rapat AS dan Turki telah menunjukkan minat yang kuat dalam 'menghubungkan' jurang antara Islam dan Kristian sebagai contoh, pentadbiran Obama akan melakukan segala-galanya untuk bergandingan dengan 2 negara Muslim.

Malaysia tidak dilihat sebagai sekutu dalam pelaksanaan 'menghubungkan jurang' dan 'pembangunan ketamadunan', kumpulan yang diwakili oleh Anwar Ibrahim, Tayyeb Erdogan- Perdana Menteri Turki- dan Abdurrahman Wahid.

Erdogan adalah rakan dan sekutu rapat Anwar Ibrahim dalam gerakan untuk membawa Islam ke arah moderat dan untuk menjalinkan ikatan dengan dunia Kristian dengan Amerika sebagai negara yang mengetuainya.

Barrack Obama menjelaskan dalam ucapan kemenangannya pada majlis sambutan Parti Demokratik di Chicago bahawa 'sesiapa yang cuba memusnahkan dinding perpaduan akan ditangani dengan keras.'

Dalam perkataan lain, ianya seperti 'sama ada anda bersama kami atau anda menentang kami' sekali lagi. Ianya dipraktikkan dengan baik oleh pentadbiran Bush dalam merujuk kepada Kuala Lumpur yang terpaksa tunduk kepada pimpinan AS dalam perang ke atas keganasan.

Tetapi pimpinan Kuala Lumpur hari ini tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan yang datang dari As atau Barrack Obama atau PKR dan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Jadi apakah yang Malaysia harap daripada rejim Obama? Seperti yang diperkatakan pada mula-mula sekali, Putrajaya selain daripada Kuala Lumpur, tidak akan mengalah kepada ancaman, campur tangan terlebih dahulu dalam urusan kerajaan dan pelaksanaan taktik pro-AS dalam perang menentang keganasan dan sebagainya.

Rejim Obama akan melalui satu masa yang sukar bersama kerajaan Malaysia sekarang dan ini akan berlaku kerana perubahan di AS dilihat sebagai satu elemen yang baik oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan merujuk bahawa ia telah berbicara dengan bakal rejim Obama.

Mesej kepada kem Obama adalah tulen dan mudah : Tiada campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia meskipun yang mana Amerika Syarikat berisiko mendapat kritikan keras daripada Kerajaan Malaysia pada persidangan antarabangsa.

Sekarang terpulang kepada rejim Obama sama ada akan membenarkan Kerajaan Malaysia untuk dibiarkan bersendirian dengan undang-undang negara tersebut, yang ianya tidak dijangkakan oleh penyokong pembangkang dengan apa-apa cara sekalipun.

Bagaimanapun, Obama tidak mempunyai apa-apa komitmen dengan pembangkang Malaysia memandangkan dia menjanjikan satu bentuk baru pentadbiran di Washington dan ini termasuk penyelesaian isu dan kes yang telah 'dirundingkan' yang mana kerajaan-kerajaan di dunia tidak akan menghentikan kekalahan manakala US akan dilihat sebagai 'polis dunia yang abadi.'

Obama perlu mendengar Putrajaya walaupun faktor pelobian di Capital Hill tidak akan membenarkan kerajaannya menghentikan bantuan dan sokongan yang dimatlamatkan ke arah pelaksanaan 'demokrasi' di seluruh dunia, yang mana meneruskan dasar luar Bush yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sehingga sekarang jangan mengharapkan sebarang arahan daripada Washington kepada BN di Malaysia atau dasar Amerika yang pantas secara besar-besaran terhadap Kuala Lumpur.

Amerika lebih berminat dalam perdagangan, pelaburan dan perniagaan pada masa ini dan Obama menawarkan dahan yang penuh dengan hasil buah-buahan kepada banyak negara Muslim, ia tidak akan menjadi bom atau operasi 'rahsia' terhadap BN, ianya lebih kepada menjadi buah-buahan yang cukup masak kepada pentadbiran Obama ke arah menerima BN, Arab Saudi, Turki dan juga Taliban sekiranya diperlukan dalam usaha mencapai keamanan.

AIDC menterjemah arikel WorldFutures.info. 2008, ditulis oleh Kazi Mahmood, pada 06 November 2008. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...