AIDC BLOG: 2009-04-05

Friday, April 10, 2009

Bagaimana Soros, IMF & NED beroperasi gulingkan kerajaan

Berikut merupakan foto Ahli Jawatankuasa Pusat NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim (kedudukan paling kiri) ; Lorne Craner - kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI - AJK USAID - bangsa Yahudi; Ellie Larson - kedudukan no 9 dari kiri - Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS - Bangsa Yahudi; Carl Gershman - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED - Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack - Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC - Bangsa Yahudi; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID

Oleh PROFESSOR MICHEL CHOSSUDOVSKY

Calon pembangkang, Viktor Yushchenko di dalam Pilihan Raya Presiden Ukraine pada Disember 2004, dengan teguhnya disokong oleh Konsensus (Persetujuan) Washington.

Dia bukan sahaja disokong oleh International Monetary Fund (IMF), tetapi juga mendapat sokongan daripada The National Endowment for Democracy (NED), Carnegie Endowment for International Peace, Freedom House dan George Soros’ Open Society Institute yang memainkan peranan belakang tabir pada 2003 untuk membantu “menggulingkan Presiden Georgia Sheverenadze dengan kuasa kewangan dan bantuan organisasi di belakang penentangnya.” (New Statesman, 29 November 2004).

NED mempunyai 4 institut gabungan : The International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute for International Affairs (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE), dan the American Center for International Labor Solidarity (ACILS). Kesemua organisasi ini dikatakan “secara uniknya layak untuk memberikan bantuan teknikal bagi memberikan aspirasi kepada demokrat di seluruh dunia.” (Lihat IRI, http://www.iri.org/historu.asp )

Di Ukraine, NED dan organisasi komponennya menaja parti Yushchenko, parti NASHA UKRAINA (Ukraine Kita). Mereka juga menaja Kiev Press Club (Kelab Akhbar Kiev).

Dalam masa yang sama, Freedom House (Rumah Kebebasan), bersama-sama Independent Republican Institute (IRI) terlibat dalam menilai “keadilan dan keputusan pilihan raya”.

Staf IRI berada di kesemua pusat pengundian Ukraine, memantau 9 daerah dan mempunyai staf tempatan yang dibayar di kesemua 28 wilayah di Ukraine.


Di belakang kesemua ini, terdapat “pemantau pilihan raya dari luar negara daripada badan-badan seperti Organization for Security and Cooperation in Europe (Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah), seperti Ukranian Poll (Pilihan raya Ukraine), telah membayar beribu-ribu pemantau tempatan yang dilatih oleh kumpulan Bara. Mereka juga menganjurkan pungutan suara.

Pada hari Ahad bulan lepas, kesemua undi menyebabkan Yushchenko mendahului sebanyak 11% dan telah mengaturkan apa yang perlu dilakukan selepas itu (dengan mengikuti agenda yang dirancang oleh pihak yang membantunya pada masa itu. ” (Sila layari http://globalresearch.ca/articles/TTA411A.html)

Tidak perlu dikatakan bahawa pelbagai yayasan Barat komited kepada “Kebebasan Akhbar”? Kegiatan mereka bukan sahaja menganjurkan pengiraan undi dan memberikan maklumat palsu kepada rangkaian media Barat, tetapi mereka juga terlibat dalam menubuhkan dan menaja kumpulan pelajar “pro-Barat”, “pro-Perubahan”, yang mampu untuk menganjurkan perhimpunan yang menunjukkan protes masyarakat awam.

Di Ukraine, Pora Youth Movement (Gerakan Belia Pora) ditaja oleh Soros Open Society Institute, merupakan salah satu daripada proses gerakan barat yang mengandungi lebih daripada 100,000 aktivis.

Ia juga disokong oleh Freedom of Choice Coalition of Ukrainian NGO (NGO Pakatan Pilihan Kebebasan Rakyat Ukraine), dan Pora mengambil model daripada Serbia’s Otpor dan Georgia’s Kmara.

“Pakatan Pilihan Kebebasan” Rakyat Ukraine telah ditaja oleh Kedutaan A.S. dan Britain di Kiev, sama seperti Kedutaan Jerman. Di antara “rakan utama” (agensi yang menaja) adalah USAID, Canadian International Development Agency (CIDA), Freedom House, the World Bank (Bank Dunia) dan the Charles Stuart Mott Foundation (Yayasan Charles Stuart Mott ).


The National Endowment for Democracy

Di antara yayasan Barat, National Endowment for Democracy (NED), walaupun secara rasminya bukan sebahagian daripada CIA, tetapi melaksanakan fungsi perisikan dalam membentuk parti politik di bekas Soviet Union, Eropah Timur dan di seluruh dunia.

NED ditubuhkan pada 1983, apabila CIA dipersalahkan kerana secara rahsia memberikan rasuah kepada ahli politik dan menubuhkan barisan organisasi masyarakat bertamadun yang palsu.

Menurut Allen Weinstein, yang bertanggungjawab menubuhkan NED semasa pentadbiran Reagan : “Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini dibuat secara rahsia 25 tahun yang lepas oleh CIA” (Washington Post, 21 September 1991).

Di bekas Soviet Union, termasuk Ukraine, NED terdiri dengan bahasa yang lebih mudah, “sayap awam” CIA. CIA-NED juga berada di sebalik tabir di atas kegagalan rampasan kuasa ke atas Presiden Venezuela Hugo Chavez, dan di Haiti, menaja parti- parti pembangkang dan NGO dalam rampasan kuasa yang ditaja oleh A.S. dan pengusiran Presiden Aristide pada Februari 2004.

Di bekas Yugoslavia, CIA menyalurkan sokongan kepada Kosovo Liberation Army (KLA) atau Tentera Pembebasan Kosovo semenjak 1995, sebuah kumpulan separa tentera yang terlibat dalam aktiviti pengganas terhadap polis dan tentera Yugoslavia.

Sementara itu, NED melalui "Center for International Private Enterprise" (CIPE) membela pakatan pembangkang DOS di Serbia dan Montenegro. Dengan lebih terperinci, NED membiayai G-17, satu kumpulan pembangkang ahli ekonomi yang bertanggungjawab memformulakan (dengan hubungan bersama IMF),pakatan DOS untuk platform pembaharuan “pasaran bebas” pada pilihan raya presiden 2000, yang membawa kepada kejatuhan presiden Slobodan Milosevic.


The Center for International Private Enterprise (CIPE)

CIPE mempunyai mandat yang sangat serupa dengan di Ukraine, yang secara terus membiayai penyelidikan mengenai “pembaharuan pasaran bebas” di dalam beberapa “kumpulan pemikir bebas” yang penting dan institut penyelidikan dasar.

The Kiev Center for Policy Studies (ICPDS) atau Pusat Kiev untuk Kajian Dasar dibiayai oleh CIPE. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan G-17 di Serbia dan Montenegro : ini merupakan satu kumpulan ahli ekonomi tempatan yang diupah oleh ICPS dengan sokongan Bank Dunia, menyediakan satu pelan komprehensif selepas pilihan raya, bagi perubahan ekonomi makro.


Siapakah Viktor Yushchenko? Seorang Calon Tajaan IMF!

Pada 1993, Viktor Yushchenko telah dilantik sebagai ketua kepada National Bank of Ukraine (Bank Negara Ukraine) yang baru ditubuhkan. Dia telah dilaung-laungkan sebagai “reformer yang berani” dan merupakan arkitek utama penyelesaian ekonomi maut IMF, yang bertujuan menyebabkan kemiskinan Ukraine dan memusnahkan ekonominya.

Berikutan pelantikannya, Ukraine mencapai perjanjian yang bersejarah bersama International Monetary Fund. Yushchenko memainkan peranan penting dalam melaksanakan rundingan perjanjian 1994, dan juga mewujudkan mata wang nasional Ukraine, yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang secara dramatik.

Yushchenko, sebagai ketua Bank Negara bertanggungjawab terhadap pembatalan kawal selia mata wang negara di bawah “rawatan kejutan” Oktober 1994 seperti yang diarahkan oleh IMF. Ini kerana :

• Harga roti meningkat 300% dalam masa yang singkat
• Harga elektrik meningkat kepada 600%
• Pengangkutan awam meningkat kepada 900%
• Taraf hidup jatuh dengan drastik



Menurut Ukrainian State Statistic Committee (Jawatankuasa Statistik Negara Ukraine), seperti yang disebut oleh IMF, gaji sebenar telah menjunam lebih daripada 75% berbanding pada 1991.

Yang ironinya, program ini yang ditaja IMF adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan inflasi : ia juga termasuk mengenakan harga “dalam nilai dolar” terhadap populasi miskin, yang berpendapatan di bawah 10 Dolar sebulan.

Pada November 1995, perunding Bank Dunia telah dihantar untuk membaik pulih pertanian Ukraine, yang merupakan “bakul roti” Eropah. Dengan kebebasan perdagangan (merupakan sebahagian daripada pakej pemulihan ekonomi), sisa bijirin A.S. dan “bantuan makanan” telah dilonggokkan di dalam pasaran domestik, menyumbangkan ketidakstabilan salah satu ekonomi gandum terbesar serta paling produktif di dunia (sebagai contoh, dibandingkan dengan Timur-Tengah Amerika).

Pada 1998, pembatalan kawal selia pasaran bijirin seperti yang disyorkan oleh IMF telah menyebabkan pengurangan keluaran di Ukraine melebihi 45% berbanding tahun 1986-1990. Kejatuhan pengeluaran ternakan dan produk tenusu lebih dramatik. Pengurangan kumulatif dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, disebabkan oleh perubahan yang dibawa oleh IMF lebih daripada 60% dari 1992 hingga 1995.


Propaganda dalam Menyokong “Pasaran Bebas”

Di bawah kesemua keadaan ini, kenapa perlu Yushchenko, sangat rapat dengan proses kemusnahan ekonomi dan kemiskinan begitu popular?

Kenapa imej umum dan reputasi politik anak didik IMF, Yushchenko, masih tidak tercalar?

Inilah apa yang dilakukan oleh agenda neo-liberal untuk mendapat persetujuan di dalam “perubahan pasaran bebas”. “Keperitan jangka pendek untuk faedah jangka masa panjang” adalah moto Bank Dunia. “Ubat ekonomi yang pahit” adalah satu-satunya penyelesaian, lebih hampir kepada Kitab Penyiasatan Lama Sepanyol, yang merupakan persetujuan mendasari perintah feudal sosial ini.

Dalam cara pemikiran yang benar-benar diputarbelitkan, kemiskinan digambarkan sebagai prasyarat untuk membina masyarakat yang makmur. Persetujuan ini menunjukkan sebuah dunia yang mengandungi petani tanpa ladang, kilang yang ditutup, pekerja yang diberhentikan dan program sosial mengisi perut sebagai salah satu cara untuk mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Untuk mengekalkan persetujuan ini dan meyakinkan masyarakat awam, memerlukan “dunia menjadi tunggang terbalik”, dengan mewujudkan perpecahan dalam masyarakat, memutarbelitkan kebenaran menggunakan media massa harian, melalui kempen propaganda besar-besaran yang dibiayai dengan baik, di mana tiada alternatif politik lain yang berdaya maju ke arah “pasaran bebas” wujud atau dibenarkan untuk muncul.

Jadi, kenapa Yushchenko amat popular? Sebab yang sama seperti George W. Bush yang menyandang rekod jenayah perang, amat popular.

Dan juga, disebabkan penentangnya, Perdana Menteri Yanukovich yang akan tamat tempoh jawatannya, tidak menunjukkan satu alternatif politik yang tulen kepada Ukraine, secara kerasnya mencabar institusi kewangan antarabangsa dan faedah modal korporat Barat, telah memusnahkan dan menyebabkan kemiskinan di seluruh negara.

Pilihan raya 2004 di Ukraine diadakan dengan kempen perhubungan awam dan propaganda yang dibiayai dengan jumlah perbelanjaan secara besar-besaran. Ia ditaja oleh A.S. dan organisasi-organisasi yang disebut di atas, dengan wang yang dibayar oleh Washington untuk parti politik dan organisasi yang komited kepada kepentingan ekonomi dan strategik Barat.

Perisikan A.S. pula, bergerak secara rahsia dengan pelbagai yayasan, termasuk NED, yang secara konsisten menyokong proses manipulasi masyarakat bertamadun ini. Objektifnya secara keseluruhannya bukan demokrasi, tetapi lebih kepada meretakkan dan menjajah bekas Soviet Union.


IMF dan “Urus tabir Yang Baik”

Di Ukraine, IMF bukan sahaja campur tangan di dalam pelaksanaan agenda makro ekonomi tetapi juga mengganggu arena parti politik domestik. Seperti yang dilakukan di Rusia pada 1993, parlimen Ukraine dilihat sebagai halangan kepada pelaksanaan “pembaharuan pasaran bebas”. Pada 1999, disebabkan tekanan Washington dan IMF, Yushchenko dilantik sebagai Perdana Menteri. Presiden Kuchma telah bersetuju dengan pilihan 10 kumpulan parlimen di Ukraine.

Dalam perkara ini, pertikaian yang paling serius mungkin disebabkan keinginan IMF untuk melihat Yushchenko sebagai Perdana Menteri Ukraine. Ramai pakar Barat mengatakan IMF bersetuju untuk memberikan Ukraine $300 juta sekiranya Yushchenko menjadi Perdana Menteri.

Berikutan pelantikannya, Yushchenko dengan segera memulakan gerakan program kebankrapan, yang mendapat tajaan IMF secara besar-besaran, di mana program ini secara terus ditujukan kepada industri Ukraine.

Dia yang mewakili IMF cuba untuk melemahkan perdagangan minyak dan gas yang melibatkan dua pihak, yang menuntut perdagangan ini hanya dikendalikan dalam dolar A.S.


Perdana Menteri Dipecat

Yushchenko dituduh oleh penentangnya meletakkan kepentingan IMF melebihi kepentingan negaranya sendiri. Pada 2001, Yushchenko dipecat oleh Parlimen Ukraine sebagai Perdana Menteri, berikutan undi tidak percaya di parlimen.

Komuniti kewangan antarabangsa mengambil langkah segera. Ukraine sekali lagi diletakkan di bawah Senarai Hitam Pemiutang.

Pengarah Urusan IMF, Horst Kohler berpendirian teguh : “Yushchenko mendapat kepercayaan ramai di luar Ukraine, dan saya fikir dia patut mendapat sokongan dari dalam Ukraine” (Dipetik dari Financial Times, 27 April 2001)

Oleh yang demikian, ketua IMF tidak bercakap secara berterus-terang. Dia menambah : “Hala tuju pembaharuan di Ukraine mestilah dikekalkan ” dia juga berkata bahawa “Parlimen Ukraine membuang masa dengan mengadakan undi tidak percaya, di mana agenda pembaharuan perlu dilaksanakan.”


Mereplikakan Yugoslavia. Perpecahan Ukraine?

Beberapa bulan selepas pemecatannya oleh Parlimen Ukraine pada 2001, Yushchenko berada di Washington untuk perbincangan dengan pentadbiran Bush. Dia kembali ke Washington di bawah naungan IRI. Semasa lawatannya, dia telah bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan Setiausaha Negara, Richard Armitage.

Oleh itu, neo-con A.S. secara teliti merancang tindakan untuk pilihan raya presiden di Ukraine pada Oktober-November 2004.

(Diingatkan, Yushchenko pada masa ini menghadiri mesyuarat rasmi dengan pentadbiran A.S. bukan lagi ahli Kerajaan Ukraine. Dia telah diundi keluar untuk sebarang jawatan ! Seorang rakyat biasa Ukraine menghadiri mesyuarat dasar peringkat atasan dengan pentadbiran A.S. !? - Editor )

Yugoslavia merupakan raptai kepada keretakan saki-baki bekas republik Soviet. Dengan cadangan terbaru, perpecahan negara tersebut, iaitu perpecahan Ukraine, dimodelkan daripada pengalaman ke atas bekas Yugoslavia, merupakan salah satu daripada beberapa “senario” peralihan yang dibayangkan oleh pentadbiran Bush.

Mewujudkan pembahagian di antara rakyat Ukraine, Rusia, Tatar di Crimea dan kumpulan etnik yang lain, juga di antara gereja Ortodoks Rusia, gereja Ortodoks Ukraine dan Khatolik Ukraine merupakan salah satu daripada agenda tersembunyi Washington.


Tentera bersekongkol pasaran bebas

Tentera menyokong Pasaran Bebas. CIA mengawal NED. Komuniti penderma wang termasuk yang berpangkalan di Washington iaitu Bretton Woods Institution (Institut Bretton Woods) bekerjasama dengan Kesatuan Eropah, North Atlantic Treaty Oraganization (NATO) dan Jabatan Negara A.S.

Perang Globalisasi bertukar tangan. Sementara Yushchenko dianggap anak didik komuniti kewangan antarabangsa, rakannya yang juga merupakan kroni politik, bekas Menteri Pertahanan Ukraine, Yevyen Marchuk merupakan penyokong setia A.S. yang menerima kehadiran tentera NATO di rantau tersebut.

Inisiatif Yevyen Marchuk sebagai Menteri Pertahanan untuk menghantar tentera Ukraine ke Iraq merupakan keputusan yang dibantah oleh majoriti populasi Ukraine.

Marchuk bertemu Setiausaha Pertahanan A.S. Donald Rumsfeld di sebuah pusat peranginan di Yalta tahun lepas, di atas agenda : penyertaan Ukraine dalam perang Iraq dan pilihan raya Ukraine yang akan datang.

Selepas pertemuan tersebut, Ukraine mengumumkan kepada rakyat Ukraine bahawa “Ukraine akan terus bekerjasama dengan “pakatan sukarela” dan akan secara berterusan menghantar tentera ke Iraq. ”

Selepas itu, Marchuk dipecat pada September 2004, lebih kurang sebulan sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden.


Percubaan Rampasan Kuasa

Pada 25 November 2004, Marchuk telah menghantar mesej kepada tentera, polis dan pasukan keselamatan, memberitahu mereka supaya mengingkari kuasa kerajaan Presiden Kuchma. Dia menyatakan bahawa dia percaya Yushchenko berhak diiktiraf sebagai Presiden Ukraine.

Marchuk, bekas Menteri itu memberitahu Rusia bahawa mereka perlu ingat yang Laut Hitam adalah wilayah Ukraine dan bahawa mereka tidak memberikan jaminan sekiranya apa-apa berlaku ke atas armada Rusia di pangkalan Sevastopol.

Sudah tentu, Machuk bercakap mewakili kuasa yang berada di belakang Yushchenko.

Kenyataan Machuk, pada dasarnya mewujudkan situasi rampasan kuasa yang ditaja oleh A.S. –NATO.


Perebutan Kuasa : Koridor Minyak dan Talian Paip

Di sebalik pilihan raya presiden, yang sekarang berada di pusingan ketiga, tidak lebih daripada mengekalkan agenda makro ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan A.S. - NATO di rantau tersebut dengan harga pertaruhan.

Objektif pentadbiran Bush adalah untuk melantik secara rasmi kerajaan Ukraine yang setia bekerjasama dengan Washington, bersama objektif muktamad untuk memindahkan tentera Rusia daripada Laut Hitam. Dalam hal ini, Ukraine telah menandatangani beberapa perjanjian ketenteraan bersama NATO.

GUUAM adalah pakatan Georgia, Ukraine, Uzbekistan, Azerbaijan dan Moldova, yang diwujudkan di atas arahan IMF dan NATO. Kesemua negara-negara ini terletak di hab yang kaya dengan minyak dan gas daripada Laut Kaspia.

Objektif GUUAM adalah untuk menghalang Rusia daripada memasuki Laut Hitam, melindungi laluan talian paip Anglo-Amerika yang keluar dari Asia Tengah dan Laut Kaspia serta secara keseluruhannya mengasingkan Rusia daripada Laut Kaspia dan Laut Hitam, yang merupakan kawasan yang kaya dengan minyak.

Pada sambutan Ulang tahun NATO yang ke-50, pemimpin- pemimpin daripada negara yang disebut di atas telah menjadi tetamu kehormat di Washington untuk menandatangani dokumen GUUAM yang mana menghalang Rusia daripada sebarang akses kepada Laut dan Lautan.

Ini juga termasuk menghalang Rusia daripada akses kepada kawasan simpanan minyak yang besar di mana United Socialist of Soviet Republic (USSR) telah membelanjakan berbilion dolar melalui kesukaran bertahun-tahun bagi membangunkan infrastruktur di negara-negara dunia ketiga tersebut.

Georgia, Azerbaijan dan Uzbekistan dengan segera membuat pengumuman di Washington bahawa mereka akan meninggalkan Commonwealth of Independent States (CIS) atau Komanwel Negara Merdeka yang ditubuhkan oleh Gorbachev-Yeltsin, selepas perpecahan USSR.

Pembentukan GUUAM (di bawah perlindungan NATO dan dibiayai oleh bantuan ketenteraan dari Barat) bertujuan untuk lebih meretakkan CIS.

Perang Dingin walaupun secara rasminya telah berakhir, belum lagi mencapai klimaks – ahli kumpulan politik NATO yang baru bukan sahaja menyokong pengeboman Yugoslavia pada 1999, tetapi mereka juga bersetuju untuk “kerjasama ketenteraan peringkat bawahan dengan NATO,” dan dalam masa yang sama menegaskan bahawa “kumpulan tersebut bukan satu pakatan ketenteraan yang menentang mana-mana pihak, seperti Moscow. ”

Kumpulan ini benar-benar didominasi oleh kepentingan minyak Anglo-Amerika, dan ia bertujuan untuk mengasingkan Rusia daripada kawasan simpanan minyak dan gas di kawasan Kaspia serta untuk mengasingkan Moscow secara politik.


KOMEN :

Bolehkan anda bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya USSR pada masa tersebut mencampuri proses pilihan raya dalaman Amerika dan lain-lain cubaan subversif, apakah yang akan dikatakan oleh akhbar kapitalis dan A.S.? Tentera A.S. akan menduduki Moscow, Kiev dan lain-lain ibu negara, itu sudah tentu!


AIDC menterjemah artikel Northstar Compass, Professor Michel Chossudovsky . 2008. IMF Sponsored "Democracy" in the Ukraine. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

The Fenton Report : Siapakah George Soros?



Oleh Bruce Fenton

Dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungary, George Soros telah menjadi salah seorang pelabur yang amat terkenal di peringkat global.

George Soros (seorang Yahudi) terselamat semasa pendudukan Nazi di Budapest dan meninggalkan kerajaan Komunis Hungary pada 1947 dan menuju ke England, di mana dia menghabiskan pengajian di London School of Economics (LSE) atau Sekolah Ekonomi London..


Semasa menjadi pelajar di LSE, Soros benar-benar mendalami karya-karya ahli falsafah Karl Popper, yang mempunyai pengaruh mendalam pada pemikirannya dan kemudiannya diterjemahkan di dalam aktiviti profesional dan bantuannya.

Selepas menjual cenderamata di Wales, Soros menyertai broker saham London, Singer & Friendlander sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 1965.

Pada masa ini, George Soros adalah pengerusi Soros Fund Management (Pengurusan Dana Soros), yang bermula pada tahun 1969 sebagai Quantum Fund (Dana Quantum).

Ia telah memberi pulangan lebih daripada 4000%, sepuluh tahun selepas itu, dan menjadikannya sebagai kekayaan Soros yang semakin besar.

Quantum Fund milik Soros ditubuhkan pada 1969 sebagai salah satu daripada perlindungan nilai yang terawal di dunia. Dengan pelaburan permulaan sebanyak $1,000, dana tersebut didaftarkan di Curacao, Caribbean, tetapi beroperasi dari Manhattan.

Pendekatan Soros dalam pelaburan cukup mudah, belum menjadi kontroversi pada masa itu. Dana tersebut mengambil wang daripada individu yang kaya dan dilaburkan dengan risiko, tetapi dalam urusan perdagangan antarabangsa yang berpotensi memberi keuntungan tinggi.

Menurut British Broadcasting Corporation (BBC), dana tersebut mendapat keuntungan yang besar pada 1970-an, berpunca daripada kejatuhan tukaran mata wang yang tetap dan juga disebabkan oleh pembatalan kawal selia pasaran modal global.

Pada 1980, kekayaan Soros berjumlah $25 juta. Dana miliknya berkembang daripada pelaburan awal $1,00 kepada anggaran $100 juta.

Kini, Soros Fund Management LLC, merupakan perbadanan yang dimiliki secara persendirian yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan strategi pelaburan untuk pelbagai dana, termasuk dana kontroversi perlindungan nilai yang sentiasa menjadi kontroversi dan amat dikenali, Quantum Group of Funds (Dana Kumpulan Quantum).

Strategi pelaburan syarikat tersebut kebiasaannya berdasarkan kepada analisis sebenar atau arah aliran makroekonomi di pelbagai negara.

Pelaburan Soros yang liar dan inovatif telah membawa kepada impak yang mendalam kepada cara pelabur hari ini melihat pengurusan kekayaan pada masa kini.

Mendapat pengajaran strategik daripada pengurusan efektif, pengaruh risiko, firma pengurusan wang dan pelaburan mampu untuk menyediakan pelbagai pilihan pelaburan yang banyak serta peluang kepada individu dan institusi.

George Soros dan Quantum Fund bertanggungjawab kepada perkembangan perlindungan nilai pada dekad yang lepas.

Selain sumbangannya kepada dunia kewangan, George Soros juga telah berjaya dalam isu dan dasar antarabangsa.

Dia merupakan seorang dermawan yang aktif semenjak 1970, apabila dia mula menyediakan dana untuk membantu pelajar kulit hitam belajar di University of Cape Town semasa Afrika Selatan di bawah dasar aparteid.

Kini, dia merupakan Pengerusi Open Society Institute (OSI) atau Institut Masyarakat Terbuka, bekas ahli Lembaga Pengarah Majlis Dasar, dan pengasas kepada rangkaian organisasi dermawan yang aktif lebih daripada 50 negara.

Semasa Pilihan Raya Presiden A.S. 2004, George Soros menjadi pengkritik aktif Presiden George Bush dan dasarnya. Soros menyediakan tajaan kepada kumpulan politik, MoveOn, dan kumpulan lain yang menentang Presiden Bush.

Pada awalnya berpusat di Eropah Timur dan Tengah serta bekas Soviet Union – tetapi juga di Afrika, Amerika Latin, Asia dan Amerika Syarikat – Yayasan Soros cuba untuk membina dan mengekalkan infrastruktur serta institusi masyarakat terbuka.

Mereka bekerja rapat dengan Open Society Institute (OSI) untuk membangunkan dan melaksanakan pelbagai program yang memfokuskan kepada masyarakat bertamadun, pendidikan, media, kesihatan awam, hak asasi manusia dan juga pembaharuan sosial, undang-undang serta ekonomi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, OSI dan rangkaian yayasan Soros telah mengeluarkan perbelanjaan tahunan melebihi $400 juta untuk menyokong projek tersebut dan lain-lain kawasan tumpuan.

Soros adalah penulis kepada 8 buah buku, termasuk The Bubble of America Supremacy: Correcting the Misuse of American Power (Public Affairs, January 2004) atau Kegoyahan Kekuasaan Amerika : Memperbetulkan Penyalahgunaan Kuasa Amerika (Hubungan Awam, 2004) ; George Soros on Globalization (2002) atau George Soros Terhadap Globalisasi; The Alchemy of Finance (1987) atau Keajaiban Kewangan; Opening the Soviet System (1990) atau Membuka Sistem Soviet; Underwriting Democracy (1991) atau Menjamin Demokrasi ; Soros on Soros : Staying Ahead of the Curve (1995) atau Soros Terhadap Soros : Mendahului Selekoh; The Crisis of Global Capitalism: Open Society Endangered (1998) atau Krisis Kapitalisme Global : Masyarakat Terbuka Terancam ; dan Open Society: Reforming Global Capitalism (2000) atau Masyarakat Terbuka : Pembaharuan Kapitalisme Global.

Bruce Fenton adalah perunding kewangan, penulis dan Pengarah Urusan Atlantic Financial Inc. Bruce mengalu-alukan komen, pertanyaan dan soalan. Dia boleh dihubungi melalui The Fenton Report

AIDC menterjemah artikel The Fenton Report, Bruce Fenton . 2007. Who Is George Soros?. Artikel asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, April 9, 2009

Anwar Ibrahim antara empat individu paling berkuasa



Oleh Christopher Hitchens


Forum Tahunan Amerika –Dunia Islam yang ditaja oleh Saban Center of the Brookings Institution (Pusat Saban, Institut Brooking) dan Kementerian Luar Qatar, tidak perlu digambarkan dengan imaginasi ayat indah, biarkan artikel ini yang menceritakannya.

Seseorang telah menyediakan diarinya untuk meng“hubung kait” dengan yang lain, manakala rakyat Amerika yang liberal dan Muslim yang “moderat” telah bersetuju untuk menetapkan senyuman dan berkelakuan baik ; mesyuarat seperti ini ketika bekas diplomat dan bakal teknokrat, seolah-olah dipaksa menggunakan nama pertama di antara satu sama lain, membahagikan carta pai.


Sebenarnya, saya amat gembira kerana telah dijemput hadir pada tahun ini. Kerana, untuk satu perkara, minat untuk mengunjungi Qatar itu sendiri, yang saya telah lakukan sebelum ini dan akan lakukan sekali lagi.

Di semenanjung yang kecil, di kawasan pantai larangan Arab Saudi, satu kumpulan kecil pemerintah Arab menjadi hos kepada Al-Jazeera dan pangkalan A.S. di rantau tersebut. Kedua-dua rangkaian dan pangkalan tersebut berada di tanah Saudi sehinggalah mereka, dalam cara yang lain, diminta untuk keluar daripada kawasan itu.

Qatar sendiri juga diperintah oleh monarki keturunan Wahhabi, tetapi beberapa tahun yang lepas, amir (pemerintah Arab) pada masa sekarang mengambil keputusan untuk menggulingkan bapanya yang autokratik, memansuhkan penapisan (media massa dan hiburan), membenarkan wanita untuk memandu kenderaan, mengundi dan memegang jawatan politik, serta menjemput intelektual Arab yang kritis untuk datang dan bersama-samanya.

Pekerja asing di negara tersebut, kebanyakannya dari India, dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dan menerima layanan yang lebih baik daripada rakan-rakan mereka di Riyadh dan Jeddah.

Sejak Qatar memiliki amaun gas asli dunia yang menakjubkan – kurang sumber toksik berbanding minyak – dan mungkin sekarang ia merupakan negara paling kaya per kapita di atas muka bumi ini, Sheik Hamad al-Thani melihat peta ; apabila melihat kecenderungan Iraq, Iran dan Arab Saudi untuk masuk campur di dalam negara kecil yang kaya menyebabkan Qatar meletakkan dirinya di bawah perlindungan Amerika.

Dia (Sheik Hamad al-Thani) juga meletakkan dirinya di pihak yang melakukan perubahan rejim di rantau tersebut. Tidak perlu untuk menganggap proses ini sesuatu yang ideal, yang banyak melibatkan kepentingan diri sendiri, namun yang nyata Qatar telah menjadi seperti kacukan di antara Switzerland dan Hong Kong di rantau tersebut, serta akan menjadikannya pendengar yang hebat sekiranya anda ingin berdebat dengannya.

Saya tidak dibenarkan untuk melaporkan mana-mana sesi dalam persidangan tersebut, yang tidak berdasarkan anggapan, tetapi saya berlegar-legar di sekitar lobi untuk mengambil peluang bertemu dengan mereka yang mengagumkan.

Tidak mungkin saya melupakan perbualan dengan Dr. Mowaffak al-Rubaie, penasihat keselamatan Iraq yang baru, yang menjelaskan bagaimana, dalam hari-hari sebelum itu, sering bermesyuarat dengan beberapa timbalan parlimen, wakil-wakil polis Iraq dan pakatan (US), khusus berkenaan pelan menangkis Muqtada Sadr (ulama Iraq anti Amerika) yang menaja protes menentang penjajahan (US) di Iraq. “seperti di Trafalgar Square,” katanya.

Tetapi ,di persidangan itu terdapat dua bintang yang bernama Ibrahim.

Saad Eddin Ibrahim, pengasas Ibn Khaldun Center in Cairo (Pusat Ibnu Khaldun di Kaherah), adalah hero moral dan intelektual untuk gerakan masyarakat awam Mesir.

Tempoh pemenjaraan dan perbicaraan yang lama, akhirnya justifikasi – di atas kesalahan memantau “pilihan raya ” Mesir dan cuba untuk mendapatkan tinjauan pendapat – merupakan pemangkin kepada kemajuan yang sekarang berlaku di negaranya.

Dia menggambarkan semasa berada di penjara, semangatnya tidak pernah menurun disebabkan selimut bersulam dan sepucuk surat daripada Nelson Mandela (yang mengetahui betapa sejuknya suhu di penjara, walaupun di negara beriklim panas), dan dia menulis surat terbuka kepada Saddam Hussein, supaya meletakkan jawatan untuk kebaikan rakyat Iraq.

Semestinya ini dilihat sebagai melulu dalam keadaan yang paling baik ; banduan mesti menganggapnya sebagai gila. Tetapi pada tahun lepas, di Qatar, Dr. Ibrahim membantu menyebarkan Manifesto Muslim Demokrat, dan pada tahun ini, dia berkata, dia telah melihat perkembangan yang lebih baik dan lebih banyak protes yang mungkin agak mustahil untuk digambarkan.

Semasa kami bersembang sambil menikmati kopi, seorang rakyat Iraq, yang tidak berkaitan dengan persidangan tersebut, datang memperkenalkan dirinya. Dia hampir menangis apabila mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ibrahim kerana menjadi salah satu daripada suara Arab yang menentang Saddam dari belakang.

“Kami tidak akan melupakan anda. Hidup kami tidak bermakna. Kegembiraan amat mustahil. Kami mungkin tidak menjadi manusia. Sekarang hidup kami lebih berisiko tetapi berbaloi untuk hidup.”

Sekiranya perkataan tersebut diungkapkan oleh orang luar, mungkin ia berbaur basi, tetapi, saya ingin menyatakan, nada suara tidak boleh dipalsukan.

Anda juga mungkin mengenali Anwar Ibrahim berdasarkan reputasinya. Dia merupakan reformis Malaysia – pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan – yang secara jijiknya telah dipenjarakan di atas tuduhan yang mengaibkan dan secara jelasnya direka-reka, termasuk tuduhan “liwat”, pada 1998.

Dia mengambil masa hampir 6 tahun untuknya dibebaskan dan dia juga mempunyai kisah yang sama seperti Mandela. (“Apabila kami bertemu, saya memberitahunya bahawa saya secara relatifnya ke arah jalan pintas untuk kebebasan”).

Semenjak itu, dia meneruskan sokongan awam terhadap demokrasi yang semakin meningkat dan kritikannya terhadap pejuang Islam yang meletakkan kesalahan dalaman kepada konspirasi Barat.

Kedua-dua lelaki ini mengambil pandangan positif terhadap penggulingan Saddam Hussein.

Saad Eddin Ibrahim, mengalu-alukan kejatuhan parti Baath secara terbuka apabila kami bercakap di platform yang sama di New York dua tahun lepas, menyatakan bahawa, walau bagaimanapun, rantau tersebut memerlukan “kejutan” dari luar.

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia masih tidak bersetuju dengan pencerobohan berlandaskan prinsip tetapi dia tidak menafikan bahawa pencerobohan mempunyai kesan yang positif terhadap dunia Arab dan dunia Muslim.

Saksi-saksi ini merupakan mereka yang berani di mana perkataan mereka menarik perhatian.


Rakan saya, Marla Ruzicka telah dibunuh oleh seorang pengebom berani mati di Baghdad pada malam Sabtu. Dia telah bekerja sukarela dengan berani untuk mengenal pasti membantu mangsa awam perang dan telah melaksanakan usaha untuk organisasi kecilnya, CIVIC (Campaign for Innocent Victims in Conflict), setelah ramai aktivis kemanusiaan berputus asa dan meninggalkan Iraq.

Secara politiknya, dia berada di antara Global Exchange dan MoveOn.org, dan dia telah mempertaruhkan nyawanya di Afghanistan, dan kami mempunyai sedikit percanggahan pendapat.

Tetapi keprihatinannya terhadap mangsa-mangsa adalah mendalam dan ikhlas (tidak kira apa yang berlaku kepada mereka yang menjadi “perisai manusia” , adakah mereka berguna sekarang?), dan dia bersama rakan Iraqnya, Faiz, yang terbunuh dalam serangan yang sama, akan tetap diratapi. “Pemberontak ” mungkin tidak mengetahui bahawa mereka telah membunuhnya, tetapi, mereka juga tidak akan mempedulikannya.

Andrea Dworkin, yang telah dicemuh selama berdekad-dekad adalah mereka yang jarang didapati di mana mereka ini dapat merasakan keperitan orang lain seperti mereka mengalaminya sendiri.

Apabila dia pertama kali memberikan kepada saya salah satu bukunya, saya telah bersedia untuk mengetawakannya. Tetapi dia menulis, dan saya fikir, dan saya mempertikaikannya, dan satu kenikmatan untuk benar-benar tidak bersetuju dengannya.

Seperti mereka yang cerdik dan diseksa, dia memperoleh anugerah berupa inti pati kepada soalan-soalan kompleks. Tidak OK kepadanya bahawa Presiden Clinton mempunyai seorang staf khas untuk “menguruskan” dan memaksa seorang wanita untuk memberikan kenyataan secara lisan yang tidak benar ; ia tidak OK kepadanya bahawa Serbia menggunakan rogol sebagai senjata penghapusan etnik ; dan dia tidak neutral kepada ancaman pejuang jihad yang mahu memperhambakan dan menyeksa golongan wanita.


AIDC menterjemah artikel Slate Magazine, Christopher Hitchens.2005.Two Ibrahims and Two Women. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..

. Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar

. Persidangan US-Muslim Doha : Perbandingan ucapan Anwar Ibrahim & Sayyid Ali Khamenei - Faisal Tehrani

. Surat terbuka Anwar Ibrahim, CSID, Sister In Islam kepada Presiden Obama tumpu demokrasi dunia Islam

. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Visi Anwar Ibrahim diragui



Oleh mindspring

Saya telah baru habis membaca tiga buah buku yang bertajuk : 'Confessions of an Economic Hit Man' by John Perkins (Pengakuan Pembunuh Ekonomi oleh John Perkins) dan 'A Game as Old as Empire' (Satu permainan yang setua dengan Empayar) – disunting oleh Steve Hiatt dan buku yang ketiga adalah 'Banker to the Poor' (Pemilik Bank kepada orang Miskin) oleh Muhammad Yunus – yang telah dianugerahkan hadiah nobel keamanan kerana usahanya dalam membanteras kemiskinan.

Jadi, apa kaitannya tiga buku tersebut dengan Anwar Ibrahim?

Ketiga-tiga buku tersebut memberikan kenyataan yang menjahanamkan tentang bagaimana Bank Dunia dan IMF serta yang sama dengannya, menjadi alat utama untuk Kerajaan A.S. menyogok kerajaan negara-negara membangun dalam usaha menguasai negara-negara tersebut dengan menjadikan mereka berhutang kepada organisasi kewangan tersebut.

Tidak hairanlah Tun Mahathir benar-benar enggan menerima sebarang bantuan daripada IMF memandangkan mungkin dia memahami modus operandi mereka.

Dua buku yang pertama ini luar biasa, membeliakkan mata, membuka rahang , mengecutkan perut.

“Pembunuh upahan ekonomi,” tulis Perkin, “adalah profesional yang dibayar dengan harga yang tinggi untuk menipu negara- negara di seluruh dunia sehingga bertrilion dolar. Alat-alat mereka termasuklah laporan kewangan yang palsu, manipulasi pilihan raya, rasuah, peras ugut, seks dan pembunuhan.”

Sekarang, saya perlu benar-benar menyoal Anwar Ibrahim. Adakah dia berjuang untuk Malaysia atau untuk dirinya sendiri ?

Adakah matlamatnya untuk mengangkat Malaysia atau Malaysia yang mengangkatnya?

Sekarang dia merupakan Pengerusi Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan).

Apakah yang yayasan ini lakukan?

Foundation for the Future Cuba untuk Mempromosikan Demokrasi di Timur Tengah
Washington, DC, 2 Februari 2006

Setelah rundingan di antara wakil masyarakat awam dan pegawai kerajaan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah dan Afrika Utara, diumumkan, Rahma Bourqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq, dan Anwar Ibrahim dari Malaysia, akan berkhidmat sebagai jawatankuasa pemilih untuk melantik lembaga pengarah bagi Timur Tengah dan Afrika Utara Yang Lebih Luas, untuk Foundation for the Future.



Kenapa Timur Tengah dan Afrika Utara Yang Lebih Luas – yang secara kebetulan ditakrifkan sebagai........

Africa Policy Outlook 2006 (Dasar Padang Ke Afrika 2006)

Africa Policy Outlook 2006 akan membantu menjelaskan sama ada rasa keprihatinan untuk benua Afrika, yang dipakai seperti simbol oleh pemimpin Barat tahun lepas, merupakan penentu kepada dasar Afrika, atau ia hanya sebagai topeng, yang lebih “strategik” dan kurang minat dalam usaha “kebajikan”.

Pada 2006, Afrika akan menyaksikan satu gelombang baru untuk tentera A.S. mendarat di benua tersebut sebagai latihan dan misi lain, memandangkan Washington mensasarkan untuk membentuk semula Afrika untuk menjadi kepentingan kepada keselamatan Amerika.

Arah aliran di dalam dasar Afrika Pentadbiran Bush adalah ke arah fokus yang lebih hebat terhadap kononnya apa yang dipanggil “Perang Ke Atas Keganasan,” dengan penekanan kepada pengumpulan maklumat perisikan, mengawal “kawasan yang tidak diperintah” di atas benua yang luas, dan pra-penempatan tentera serta peralatan untuk melancarkan kekerasan di seluruh dunia untuk melumpuhkan Al-Qaeda di Afrika.

Tetapi penglibatan Amerika dalam misi pengaman di Afrika adalah jauh sama sekali, seperti genosid yang masih berterusan di Darfur, Sudan.

Dasar Afrika yang sama juga bertujuan untuk memasuki kawasan minyak Afrika Barat dengan selamat, yang pada masa sekarang Pentadbiran Bush melihatnya sebagai kepentingan negara strategik.

Import minyak Afrika diunjurkan daripada 15 peratus daripada keseluruhan minyak A.S. kepada 25 peratus menjelang 2015. A.S. sudah mengimport minyak yang lebih daripada Afrika berbanding Arab Saudi, dan dalam masa satu dekad, ia akan menjadi sumber yang lebih banyak daripada keseluruhan Teluk Parsi.



Untuk pandangan yang lebih jelas tentang perkara di atas, baca bahagian 'Mercenaries on the Front Lines in the New Scramble for Africa' by Andre Rowell and James Marriot (Askar Upahan di Barisan hadapan di dalam Perebutan baru Afrika oleh Andre Rowll dan James Marriot), muka surat 113-130, daripada buku 'A Game as Old as Empire'.

Askar Upahan di Barisan hadapan di dalam Perebutan baru Afrika, Andrew Rowell dan James Marriot :

Sebanyak 30 peratus daripada minyak Amerika akan datang daripada Afrika pada 2015, dan syarikat minyak multinasional secara meningkat mendapatkan bantuan askar persendirian untuk melindungi operasi mereka di sana. Masyarakat di Delta Niger telah dikempen untuk perkongsian kekayaan minyak yang dipam dari bawah tanah mereka. Pada 2006, Nigel Watson-Clark bekerja sebagai pegawai keselamatan Shell di Nigeria, melindungi pelantar minyak luar pantai – tentera barisan hadapan untuk rangkaian eksploitasi minyak. Dijadikan tebusan semasa serangan oleh militan tempatan, dia mendapati dirinya di tengah-tengah perebutan minyak Nigeria.



Bagaimana 'Banker to the Poor' boleh terlibat? Inilah yang dikatakannya pada muka surat 142 :

Sebelum saya memulakan Grameen Bank, saya telah menjadi kritikan agensi- agensi bantuan antarabangsa di Bangladesh. Di merata-rata tempat, agensi yang paling berpengaruh, dan yang utama saya kritik adalah Bank Dunia.

Bersambung pada muka surat 45 :

...institusi bantuan multilateral (melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara) mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan. Pegawai-pegawai rasmi menentukan amaun sasaran untuk setiap negara. Lebih banyak wang yang dikeluarkan oleh pegawai tersebut, mereka mendapat gred yang lebih baik sebagai pegawai peminjam......Mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkannya (gred), termasuk memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan dan ahli politik sama ada secara langsung atau tidak langsung...

dan akhirnya,

Walden Bello yang telah mengkritik Tun M di KL, melaporkan kepada IMF

IMF sentiasa menjadi tidak popular di negara Dunia Ketiga. Tetapi tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan “pemegang saham” utamanya, seperti yang ditunjukkan pada hari ini, apabila kata-kata hikmat yang datang daripada Setiausaha Perbendaharaan A.S. Robert Rubin dan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus hampir-hampir tidak dapat dibezakan.

Terdapat kepercayaan yang berlegar-legar di kalangan kerajaan dan industri di Asia bahawa Washington dan IMF berkonspirasi dengan bank dan spekulator untuk membawa kemusnahan kewangan rantau tersebut. Sebabnya : untuk menggelincirkan Asia daripada laluannya daripada menjadi pesaing strategik dan ekonomi pada abad ke-21. Ini , sudah tentu, teori konspirasi yang klasik, tetapi ia merupakan perkara biasa pada masa sekarang, ia telah menjadi fakta di kalangan elit politik dan ekonomi yang pernah berkhidmat sebagai penyokong kuat Amerika di Asia.

Hak cipta 1998 Focus on the Global South



Sila baca buku tersebut dan anda akan mendapat kesimpulannya sendiri......Bagi saya, lebih banyak yang saya baca, lebih banyak keraguan saya terhadap Anwar Ibrahim.


AIDC mnterjemah artikel Minda Cergas, Mindspring. 2007. Reasons to doubt Anwar Ibrahim. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Khalid Samad mendapat sanjungan Gereja Divine Mercy



PAS sentiasa membawakan imej yang tidak bertolak-ansur dan fundamentalis kepada bukan Muslim. Berada di belakang retorik tersebut, DEBRA CHONG menunjukkan bahawa terdapat bahagian-bahagian yang lebih terbuka dan menarik hati sesetengah ahli politik PAS.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tidak anda kenali.” Sesiapa yang biasa dengan frasa ini, yang diungkapkan oleh penulis satira Etiopia, Hama Tutu, sentiasa mendengar ungkapan tersebut ketika berlaku perubahan, iaitu ketika mereka yang memegang kuasa meramalkan satu pemberontakan.

Di Shah Alam, hampir 2,000 penganut Kristian menyedari bahawa lebih baik untuk menghampiri entiti yang tidak dikenali daripada menanggung dan menderita disebabkan oleh syaitan yang dikenali.

Pada 27 Mac, Khalid Samad menjadi ahli Parlimen Muslim yang pertama menjejaki Gereja Divine Mercy Roman Katolik sejak disiapkan pada 2005. Jemaah gereja tersebut memberikan tepuk sanjungan kepadanya.

Mungkin yang lebih menakjubkan, Khalid daripada Parti Islam se-Malaysia dan adalah yang pertama memulakan hubungan. Dan dia mententeramkan penganut Kristian yang hadir bahawa mereka boleh menggunakan perkataan “Allah” di dalam penyembahan mereka tanpa rasa takut untuk dianiaya.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan telah melarang penganut Kristian daripada menggunakan perkataan “Allah” untuk merujuk perkataan Tuhan dalam penyembahan mereka kerana bimbang ia dapat menimbulkan keraguan kepada Muslim Melayu dan menjadikan mereka tersesat daripada Islam. Bible yang dicetak di dalam bahasa kebangsaan juga dirampas. Perkara ini telah dimansuhkan pada tahun lepas, tetapi kerosakan telah berlaku.

Khalid berkata bahawa dalam masyarakat yang bertutur menggunakan bahasa Arab, “Allah” hanya bermaksud “Tuhan”, oleh yang demikian ia tidak “unik kepada Islam.”

Sebelum ini, dia pernah sekali menghadiri gereja di Timur Tengah dan mendengar ceramah oleh paderi Kristian dalam bahasa Arab tanpa masalah.

“Bagi kita, masalahnya adalah kita bukan sebuah negara yang menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan. Oleh yang demikian, sesetengah orang mempertikaikan kenapa bukan Muslim perlu menggunakan perkataan ini apabila ianya tidak perlu. Orang ramai kemudian membuat pelbagai spekulasi tentang ideologi. Tetapi tiada sebab mengapa perkataan tersebut diharamkan daripada penyembahan Kristian. Kami agak senang sekiranya orang ramai menggunakannya.”

"Ianya bukan hanya pandangan peribadi saya tetapi ia konsisten dengan pandangan parti. Pada asasnya, ia tidak menjadi masalah. Dan saya telah menjelaskannya dengan agak terperinci kepada orang ramai di gereja pada malam itu,” jelas Khalid melalui telefon semalam.

Jemaah gereja amat tertarik dengan Khalid yang merupakan orang pertama mendekati mereka.

“Ianya merupakan inisiatifnya sendiri. Dia menghubungi paderi kami, Father Paulino Miranda, dan berkata dia mahu datang dan bercakap dengan kami” kata Joseph Victor, pengerusi majlis paderi – jemaah gereja memberitahu The Malaysian Insider , mewakili Father Paulini yang berada dalam sabatikal sehingga 18 April.

“Ini merupakan petunjuk yang baik. Semua orang berasa gembira. Inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS datang ke gereja Katolik. Ini menunjukkan mereka tidak menentang gereja Katolik,” tambahnya.

Inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen Shah Alam, tanpa diminta atau dibantu, secara aktif melibatkan diri dengan masyarakat bukan Muslim di dalam perbincangan umum, berhampiran kawasan mereka sendiri, sekurang-kurangnya di bahagian, dalam semenanjung.

Ini telah mendorong seorang ahli jemaah gereja, Tony Yew, untuk menulis tentang pengalaman tersebut dalam laman webnya, http://www.muststopthis.blogspot.com

“Apa yang nyata, perkara yang diajukan disuarakan kepada mereka yang mempunyai pengaruh yang kuat, tentang banyaknya masalah yang berkaitan kerajaan tempatan dan kebimbangan dianiayai disebabkan perkara keagamaan yang tidak ketara.”

“Dengan tiada tempat untuk mengadu, Khalid telah mengambil perhatian terhadap kesemua pertanyaan dan menekankan bahawa kerajaan pakatan yang baru ditubuhkan oleh PKR-PAS-DAP adalah salah satu daripada persetujuan alam,” tulis Tony Yew.

Tetapi Khalid dengan cepat menolak pujian yang diberikan untuk langkah yang tidak dijangka ini. Dia berkata perbincangan tersebut berlaku disebabkan oleh usaha kedua-dua pihak.

“Orang-orang kamu bekerja di kawasan tersebut (Shah Alam) dan terdengar bahawa paderi jemaah berkempen untuk perubahan dalam pilihan raya dan menasihati jemaah gereja untuk menggunakan undi mereka bagi membawa perubahan,” kata Khalid.

Dia menceritakan bahawa dia mahu bercakap dengan mereka, untuk berterima kasih kepada mereka kerana memberikan mandat kepada pembangkang untuk perubahan.

“Saya cuba lakukan yang terbaik untuk menjawab kebanyakan soalan. Kami bercakap mengenai dasar-dasar kerajaan, tentang diskriminasi – sepatutnya tidak berlaku ! – penguatkuasaan dan pelaksanaan, yang mana memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, tetapi saya hanya bercakap tentang perkara tersebut dalam masa yang singkat.”

Klip video selama 9 minit tentang dialog tersebut boleh didapati di You Tube.


AIDC menterjemah artikel The Malaysian Insider, Debra Chong . 2008. The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Memang Ada Konspirasi



Oleh Yahaya Ismail

Kini Anwar dengan lantang dan tanpa silu-silu menyatakan ada konspirasi dalam pucuk pimpinan UMNO untuk menyingkirkannya dari arena politik UMNO dan kerajaan. Dia dipecat kerana konspirasi itu. Dia disingkir kerana para konspirator yang didalangi Mahathir takut kepada populariti dan kewibawaannya sebagai pemimpin yang berjiwa Islam dan berpengaruh dalam masyarakat. Mahathir takut Anwar akan menentangnya dalam pemilihan MKT tahun hadapan, demikianlah berita yang meniti dari bibir ke bibir khasnya dari kalangan mereka yang memuja dan memuji Anwar.

Tidak salah Anwar membuat tuduhan begitu setelah dia dipecat dari semua jawatan kabinet dan parti. Dia berhak memberikan buah fikirannya. Yang penting apakah majoriti ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya boleh menerima dengan dada terbuka tuduhannya terhadap Mahathir yang dikatakan mendalangi konspirasi itu? Apakah semua ahli UMNO percaya apa yang dikatakan Anwar? Mengapakah setelah tersingkir dari kabinet dan parti baruAnwar hendak bersuara mengenai konspirasi tetapi tidak sewaktu dalam kerajaan dan UMNO?

Memang ada komplot dalam UMNO untuk menjatuhkan pemimpin tertentu. Tidak siapa pun boleh menafikannya. Yang penting apakah tokoh yang hendak dijatuhkan itu berjaya dijatuhkan? Atau boleh jadi si perancang komplot gagal menjatuhkan tokoh yang ia benci itu? Baiklah kita cuba senaraikan beberapa konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan beberapa orang pemimpin tertentu dalam parti.



1. Kejatuhan Dollah Badawi

Dollah Badawi terkenal sebagai seorang pemimpin UMNO yang “betoi bendoi”, tak banyak musuh, punyai perhubungan awam yang baik, tidak suka mengata orang dan taat setianya pada perjuangan UMNO. Ini tidak boleh dipertikaikan. Anak seorang alim, Ahmad Badawi dan cucu Haji Abdullah Fahim, ulama yang seangkatan dengan Tok Kenali Kelantan. Kalau Pak Lah bercakap tentang agama orang lebih percaya sebab keturunannya orang ugama. Dia pula mendapat ijazah dalam pengajian Islam dari Universiti Malaya. Sebelum masuk UMNO dia sudah menjadi ketua setiausaha sebuah kementerian dan memang arif tentang seluk belok pentadbiran negara. Dia pernah menjadi menteri pendidikan, pertahanan dan kini menteri luar – semua kementerian yang penting. Pernah menjadi ketua perhubungan UMNO P. Pinang dan diterima baik oleh suku-sakat UMNO di negeri tersebut. Tapi bila Anwar masuk UMNO secara payung terjun suasana politik UMNO P. Pinang menjadi gawat. Akhirnya Pak Lah tersingkir sebagai ketua perhubungan dan Anwar menguasai UMNO P. Pinang sehingga dia dipecat dari parti pada 3 September lalu. Anwar cantas semua penyokong-penyokong Pak Lah di P. Pinang.


2. Kejatuhan Sanusi Jonid

Walaupun Sanusi dan Anwar sama-sama belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar namun kedua-duanya tidak sehaluan. Anwar lebih junior dari Sanusi bukan saja di MMKK tetapi juga dalam kerajaan. Sanusi seorang banker, kaya dengan idea tetapi agak terlalu lantang memberi buah fikirannya yang kadangkala tidak disenangi setengah orang. Pernah menjadi salah seorang naib presiden dan juga setiausaha agung UMNO. Pendek kata, dia kaya dengan pengalaman dan salah seorang pemikir dalam UMNO. Waktu Sanusi menjadi menteri pertanian Anwar dikatakan cuba menyekat berbagai peruntukan bagi kementeriannya.

Tujuannya jelas. Biar Sanusi tinggal air lior dan gusi tetapi tidak berjaya melaksanakan berbagai projek untuk membantu rakyat petani dan nelayan serta penternak. Tapi anak berdarah Aceh ini tidak tahu menyerah kalah. Dia angkat martabat ulam, buah kelapa muda, petai dan jering, tempoyak dan ikan air tawar sebagai makanan ada kelas di hotel lima bintang. Dari hutan rimba dia melahirkan Taman Bukit Cahaya di Shah Alam. Sanusi ada oomph, ada pengaruh dan banyak idea. Anwar tak sukakan orang seperti ini. Lalu dia rancangkan kejatuhan Sanusi di Langkawi. Maka hilanglah jawatan ketua bahagian Langkawi dari tangan Sanusi.

Tapi Mahathir sayangkan Sanusi lalu dilantik sebagai menteri besar Kedah Darul Aman tetapi masih belum aman apabila 22 orang Adun yang didalangi oleh Anwar cuba memprotes perlantikan Sanusi. Akhirnya Mahathir tahu siapa di belakang Adun-adun yang mandom itu. Akibat dari memorandum Adun-adun tersebut dikatakan Anwar terpaksa menamatkan jawatan setiausaha politiknya, Salamon bin Selamat, yang dikatakan menjadi orang suruhan Anwar setelah diarah oleh Mahathir.


3. Kejatuhan Tun Daim di Merbok

Alkisah ini kisah tokoh korporat yang tidak begitu berminat bersilat dan berkuntau dalam politik. Tun Daim pernah menjadi ketua bahagian Merbok merangkap MP Merbok. Dia akrab dengan perdana menteri. Malah menjadi troble shooter untuk PM dalam berbagai bidang politik antarabangsa dan ekonomi negara. Memang banyak orang irihati dengan Daim sebab PM memberi kepercayaan penuh kepada Daim dalam berbagai hal politik dan ekonomi. Daim tak banyak cakap tetapi suka buat kerja di belakang layar. Bila dia berhenti sebagai menteri kewangan PM masih melantiknya sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan walaupun Anwar dilantik menggantikan Daim.

Antara Daim dan Anwar memang jauh perbezaan dari segi pengalaman di bidang korporat, politik dan hubungan antarabangsa. Anwar bekas mudir Yayasan Anda. Daim peguam dan tokoh korporat yang berjaya sebelum berkecimpung dalam politik. Daim pun tak disenangi Anwar kerana PM lebih percaya pada Daim dari dirinya. Lalu dirancang kejatuhan Daim sebahagian ketua bahagian. Dikatakan Anwar memberi lampu hijau kepada Datuk Zainol Abidin Johari (kini menjadi allahyarham) bekas orang kuat Semangat 46 supaya menentang Daim di Merbok.

Dengan kerjasama orang-orang Anwar Zainol Abidin telah berjaya mendapat percalonan yang agak besar walaupun Daim menerima percalonan lebih banyak dari pencabarnya. Tapi Daim bukan gila jawatan. Oleh sebab ada orang lebih kemaruk hendakkan jawatan itu, dan dia tahu Anwar di belakangnya, lalu dia dengan senang hati melepaskan jawatan ketua bahagian. Yang menang orang lain. Bukan Non Johari. Pada Anwar dan juak-juaknya itu satu kemenangan moral kerana orang kepercayaan Mahathir telah menyerah kalah di Merbok.


4. Kejatuhan Rahim Thamby Chik

Rahim dikaitkan dengan gadis di bawah umur. Media yang dikuasai orang-orang Anwar terus menerus mendedahkan segala keburukan Rahim untuk memalukannya. Sebenarnya Rahim diadili oleh media yang dikontrol Anwar. Walaupun Rahim sama sekapal dalam Tim Wawasan namun Anwar mahu menghabiskan kerjaya politik Rahim. Dia hilang jawatan ketua Pemuda dan juga kerusi ketua menteri Melaka gara-gara konspirasi Anwar. Kalau Anwar pernah berkata media tempatan berat sebelah dan memusuhinya tanya pada Anwar apakah dia tidak manipulasikan media tempatan sewaktu kroni-kroninya menguasai Utusan, Berita Harian dan TV3 di masa lalu? Bukankah Rahim jatuh akibat dihakimi oleh media yang dikuasai Anwar pada masa itu? Dia mahu Rahim jatuh kerana dia ingin meletakkan seorang pemimpin ABIM, pensyarah universiti, sebagai ketua menteri yang baru. Tapi rancangannya ini juga gagal.

Anwar juga tidak mahu Rahim kekal sebagai ketua Pemuda Gerakan besar-besaran dibuat melalui media yang dikontrol Anwar dan para juak-juaknya di peringkat bahagian untuk menyingkirkan Rahim. Calon yang ditaja Anwar ialah Zahid Hamidi. Akhirnya Zahid berjaya menewaskan rahim walaupun ada pihak mempertikaikan kemenengan Zahid. Sebagai budak suruhan Anwar Zahid juga terpengaruh dengan reformasi Anwar. Ditahan di bawah ISA dan kini sudah pun meletakkan jawatan sebagai ketua Pemuda.


5. Kejatuhan Rafidah Aziz sebagai ketua wanita

Tidak dapat disangkal bahawa Rafidah seorang menteri yang bijak di bidang ekonomi dan perdagangan. Kalau dibanding dengan Anwar di bidang perdagangan antarabangsa tentulah Anwar terpaksa belajar banyak dari bekas pensyarah ekonomi tersebut. Malangnya Rafidah terlalu over confident bahawa dia akan menang setiap kali ada pertandingan untuk jawatan ketua Wanita,

Dia terlalu sibuk dengan tugas kementeriannya hingga kurang turun padang dan cuba menyelami segala perasaan dan kemahuan anak-anak buahnya. Akibatnya dia menjadi kurang popular dalam Wanita. Lebih-lebih lagi dia dianggap menteri yang pro Mahathir. Maka lahirlah komplot untuk menjatuhkan Rafidah. Timbul nama Zaharah Sulaiman yang disokong Anwar. Melalui kempen dan strategi yang baik Zaharah menang walaupun ada pihak lain mempertikaikan kemenangan Zaharah tersebut.

Nampaknya Zaharah tidak bertindak seperti Zahid yang terlalu banyak makan budi dengan Anwar. Zaharah sedar tentang tanggungjawabnya sebagai ketua Wanita, dan dia cepat-cepat memberi sokongan kepada Mahathir. Yang penting kepada Anwar semua orang kuat Mahathir mesti dijatuhkan satu demi satu supaya memudahkannya untuk meletakkan orang-orang kepercayaannya kelak. Kita tidak tahu apakah Zaharah dapat bertahan sebagai ketua Wanita pada pertandingan tahun depan. Dengar kata Rafidah telah sedar kelemahannya dan kini cuba kembali untuk merebut jawatan ketua Wanita. Nampaknya Zaharah terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan jawatannya kali ini.


6. Kejatuhan Muhammad Muhd Taib

Dia juga pernah menjadi ahli Tim Wawasan dan berjaya menjadi salah seorang naib presiden UMNO. Menteri Besar Selangor yang dinamik dan bijak main politik. Anwar mahukan Solomon Selamat, bekas setiausaha politiknya, menjadi bakal menteri besar dan Mat naik ke Pusat. Mat Taib tak mahu ke Pusat kerana dia boleh menjadi bos di Selangor sebagai MB, lebih bebas dan lebih banyak habuannya baik yang berupa sedekah mahupun cenderahati.

Anwar mahu menjadikan kerajaan Selangor sebagai markas kegiatan politiknya untuk menyebarkan pengaruh ke negeri-negeri lain. Bila gagal memujuk Mat Taib ada cara lain yang digunakan untuk menyingkirkan Adun Batang Kali. Bila Mat Taib tertangkap di airport Brisbane, Australia kerana hendak membawa keluar kira-kira A$1.2 juta maka media tempatan yang dikuasai Anwar terus menerus menganyang Mat Taib. Anwar, selaku pengerusi jawatankuasa tatatertib parti mengambil keputusan menggantung jawatan naib presiden hingga kini. Akibat manipulasi media dan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti dia terpaksa melepaskan jawatan menteri besar seperti mana yang dialami Rahim.


7. Menghalang Kemasukan ahli-ahli Semangat 46 ke dalam UMNO

Bila Tengku Razaleigh berunding dengan Dr Mahathir tentang pembubaran Semangat 46 dan kembali semula ke dalam pelukan UMNO tidak ada syarat yang terlalu besar diminta oleh bekas presiden Semangat 46. Cuma satu permintaan – terima semua ahli Semangat 46 sebagai ahli-ahli UMNO. Beliau tidak meminta dilantik sebagai salah seorang menteri kabinet. Itu tidak penting. Yang penting kembali bersatu dalam wadah UMNO di bawah pimpinan Mahathir. Jelas dan tidak berliku-liku. Walaupun MKT telah menerima kemasukan bekas ahli Semangat 46 sebagai ahli UMNO banyak ketua bahagian dan cawangan sengaja melengah-lengahkan penerimaan keahlian mereka.

Mereka sengaja melengah-lengahkan kemasukan itu oleh kerana ada muslihat politik tertentu dari pemimpin tertentu. Anwar memang tidak senang dengan kemasukan Ku Li, Rais Yatim, Zainal Abidin Zin dan lain-lain pemimpin bekas Semangat 26 ke dalam UMNO. Dia tahu ketokohan Ku Li lebih menyerlah darinya bukan dari segi pengalaman dalam politik tetapi juga sebagai bekas menteri kewangan dan bekas menteri perdagangan dan perindustrian. Dengan latarbelakang ekonomi beliau pernah menjadi tokoh korporat memimpin Bank Bumiputera dan Petronas. Tentulah seorang bekas mudir Yayasan Anda dengan ijazah am di bidang pengajian Melayu tidak dapat menandingi kematangan, pengalaman dan ketokohan putra raja dari Kelantan.

Lebih-lebih lagi Ku Li pernah bertanding jawatan presiden UMNO pada tahun 1987 dan hanya kalah sebanyak 43 undi. Ibarat pendekar, walaupun jatuh ke tanah namun misai belum lagi mencicah bumi. Anwar masih belum diuji kemampuannya menentang presiden parti. Tapi dia telah menjadi timbalan presiden parti, dan dia dikatakan memberi arahan kepada berbagai ketua bahagian agar jangan menerima pendaftaran agar jangan menerima pendaftaran ahli-ahli dari Semangat 46. Akibat dari kelewatan menerima kemasukan mereka mahu Ku Li terus memberitahu presiden tentang kelewatan itu.

Presiden pun tahu ada dalang yang menghalangnya. Dia ialah Anwar.


8. Kejatuhan Ghafar Baba sebagai timbalan presiden


Banyak orang tahu bagaimana Ghafar Baba “Kena main” oleh Anwar. Anwar telah menyatakan dalam akhbar dia tidak akan menentang Ghafar Baba sebagai timbalan presiden sebab menghormati Ghafar sebagai tokoh veteran. Ghafar barangkali khayal dengan janji Anwar. Tidak dibuat persediaan secukupnya untuk mempertahankan jawatan parti itu kerana siapakah gerangan yang mahu menentang Ghafar setelah Anwar membuat kenyataan itu?

Tapi dalam diam-diam orang-orang Anwar telah mengatur strategi untuk menggulingkan orang tua itu. Dia pun telah memberitahu Mahathir dia tak akan tentang Ghafar.

Rupa-rupanya itu satu helah untuk mengabui mata Ghafar dan juga Mahathir. Dia adakan roadshow mula dari Pulau Pinang dan menjelajah ke negeri-negeri lain untuk mempengaruhi para pemimpin dan ketua-ketua bahagian berpihak kepadanya. Sepuluh undi bonus membawa pukulan maut kepada Ghafar. Sebelum para perwakilan bersidang di PWTC untuk menentukan jawatankuasa MKT yang baru pada tahun 1993 orang ramai sudahtahu Ghafar kalah mempertahankan jawatan timbalan presiden. Dia c cuma menerima percalonan dari tujuh bahagian sahaja. Lagi sekali strategi politik Anwar berjaya menumpas seorang pemimpin veteran yang berjawatan timbalan presiden. Maka jadilah Anwar sebagai timbalan presiden parti sehingga dipecat pada 2 September lalu.


9. Kejatuhan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin

Bila Anwar disintuklimau oleh Mahathir sebagai timbalan menteri pada tahun 1982 dia mula merancang strategi politik untuk mendapat kedudukan penting dalam UMNO di peringkat Majlis Tertinggi. Caranya ialah menentang Haji Suhaimi Kamaruddin yang menjadi ketua Pemuda di waktu itu. Anwar menang dengan majoriti yang tipis saja tetapi dengan kemenangan itu dia terus dududuk sebagai salah seorang tokoh Pemuda di Majlis Tertinggi. Lonjakannya terus menjadi pemimpin Pemuda tanpa mengenali hati budi “budaya UMNO” dengan lebih mendalam menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan ahli-ahli UMNO. Kem

enangannya secara mendadak sebagai ketua Pemuda dianggap kerana dia menjadi anak mas Mahathir. Banyak juga yang berpendapat dia akan menggunakan Pemuda untuk menjadi penyokongnya kelak seperti mana yang terjadi kepada ABIM sewaktu dia menjadi pemimpinnya. Apakah Anwar akan “mengabimkan” Pemuda terlebih dahulu sebelum “mengabimkan” UMNO seperti yang dibisik-bisikkan oleh setengah golongan dalam UMNO?

Sebenarnya dia tidak mengabimkan Pemuda kerana berjaya menjadikan Pemuda sebagai kubu kuatnya. Dia banyak meletakkan orang-orangnya dalam Pemuda bukan saja di dalam exco tetapi juga di peringkat bahagian dan negeri. Banyak juak-juak Anwar dalam Pemuda dan kejayaan Zahid sebagai ketua Pemuda adalah atas dukungan juak-juak Anwar di samping sebahagian besar dari perwakilan.


10. Konspirasi Menjatuhkan Mahathir

Setelah membina kekuatan dan jaringan dalam UMNO Anwar berasa terlalu yakin bahawa dia boleh menumbangkan Mahathir. Dia menjadi mabuk kuasa selepas berjaya menumbangkan Ghafar Baba untuk merebut jawatan timbalan presiden UMNO pada tahun 1993.

kini semua sudah tersedia untuk dia melakukan tindakan yang akhir sebelum mencium kerusi presiden parti yang akan memberi ruang kepadanya menjadi perdana menteri kelak. Media Barat sudah pun memberi laporan yang menyenangkan Anwar.

Barat menjilat dan menatang Anwar sebagai bakal perdana menteri yang ditunggu-tunggu. Malah dua bulan dilantik sebagai pemangku perdana menteri oleh Mahathir sudah menampakkan belang dan nafsu gelojoh anak lelaki Ceruk Tok Kun ini. Asiaweek membuat laporan khas mengenai kehebatan Anwar sebagai pemangku perdana menteri selama dua bulan dan Anwar memberi kebebasan kepada wartawan majalah mingguan tersebut untuk melihat kehidupannya sebagai sebuah keluarga yang baik dan bermaruah Islam. Time pula menjulang dan menggilap Anwar sebagai pemimpin yang berwibawa dalam berita utamanya. CNN dan CNBC seringkali memberi laporan yang pro Anwar dan mengecam Mahathir.

Di samping mempunyai sokongan yang agak kuat di peringkat bahagian melalui pemberian pink forms (saham) dan juga projek dan kedudukan dalam berbagai syarikat tertentu kepada orang-orang penting di peringkat bahagian untuk menjamin sokongan terhadapnya dia juga memberi projek yang bernilai ratusan juta ringgit kepada kroni-kroninya. Kroni-kroni inilah yang menjadi financiers untuk memperjuangkan Anwar dalam bidang politik. Mereka terhutang budi kepada Anwar dan inilah masanya bagi mereka membalas budi baik Anwar itu.

Jadi janganlah hairan bin terkejut kalau ada di kalangan penunjuk-penunjuk perasaan yang membuat kacau bilau di Dataran Malaysia dan di Masjid Negara yang dibayar oleh pihak tertentu untuk menyokong Anwar.

Sepertimana yang saya nyatakan dalam buku Anwar Ibrahim Ya Atau Tidak? Dia, Anwar, nampaknya begitu gelojoh sekali untuk menjadi perdana menteri dan sudah hilang pertimbangan yang rasional. Dia sudah lupa segala kebaikan Mahathir yang setiap perhimpunan agung UMNO dia tidak malu-malu memuja dan memuja Mahathir sambil menyatakan dia banyak belajar dan terhutang budi kepada PM. Rupa-rupanya puji-pujian itu hanya mainan bibir dan lidah yang tak bertulang serta nawaitu yang gelong.

Menurut seorang wartawan yang menghadiri sidang akhbar di Sri Perdana baru-baru ini PM menjelaskan kepada wartawan-wartawan tempatan bahawa Anwar banyak bercakap tak serupa bikin. Waktu merasmikan bangunan UMNO di Pulau Pinang Anwar dengan muka yang bersungguh-sungguh, dengan kata-kata yang tersusun indah menyatakan perhubungan UMNO P.Pinang dengan sebulat suara menyokong kepimpinan Mahathir sebagai presiden parti. Mahathir bertanya kepada Dollah Badawi yang duduk ditepinya bilakah perhubungan UMNO P.Pinang mesyuarat mengambil keputusan tersebut? Kata Dollah Anwar tak panggil pun mesyuarat! Sekali lagi Anwar bohong saya, kata PM kepada para wartawan tempatan.

Barangkali inilah yang dikatakan bohong sunat untuk menyelamatkan diri sendiri dari mala petaka yang akan menimpa. Dia tahu bahawa Mahathir sudah tahu kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang mempunyai konspirasi untuk menumbangkan PM. Sebagai menteri dalam negeri beliau mendapat berbagai maklumat dari pihak cawangan khas dan polis dari masa ke masa. Walaupun berbagai rahsia peribadi Anwar telah sampai ke telinga Mahathir sejak tahun 1993 yang lalu namun PM tidak mahu mempercayainya.

Sebagai seorang doktor yang mempelajari ilmu saikologi dia dapat menganalisa watak Anwar bahawa dia mempunyai “personaliti yang terbelah” (split personality) semacam Dr Jeckell dan Mr Hyde. Dia cuba menolak jauh-jauh segala tuduhan terhadap Anwar sebagai seorang pengamal homoseksual. Dia menganggap itu sebagai fitnha dari mereka yang irihati terhadap Anwar yang bakal mewarisi kerusi perdana menteri merangkap presiden UMNO akan datang. Ini bukan bangkai gajah yang boleh ditutup dengan nyiru raksaka. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga.

Walaupun Anwar bukan tupai namun kelincahannya dengan kata-kata yang penuh syahdu, sejak sampai ke tulang sumsum ayat-ayat suci yang disiram dalam ucapan-ucapannya, malangnya tidak dapat menutup belang serakah hobi di luar tabii manusia itu.

Mereka yang tidak gila atau sasau tidak percaya bahawa Mahathir sengaja hendak menyingkir Anwar kerana takut hilang kuasa. Bukankah Mahathir yang menyintuklimau Anwar dan menjadikannya sebagai anak mas dan memberi berbagai peluang serta jawatan penting dalam parti dan kerajaan dalam masa 16 tahun untuk menambahkan pengalaman dan kematangan Anwar sebelum mengambilalih jawatan perdana menteri? Ini niat Mahathir. Semua ahli UMNO dan rakyat jelata tahu Anwar adalah pengganti Mahathir dan bakal PM kelak. Tentulah tidak masuk akal PM bimbang terhadap Anwar justeru itu merancang konspirasi untuk menyingkirkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Dari berbagai peristiwa politik yang disebutkan di atas nyatalah Anwar yang banyak melakukan “penyembelihan” politik terhadap musuh-musuh politiknya. Dia begitu bimbang dengan tokoh-tokoh veteran dan yang tidak sebulu dengannya kerana dia sedar mereka lebih berpengalaman dan mempunyai pengaruh yang meluas dalam UMNO. Cuma kelemahan semua tokoh politik yang lain ialah mereka tidak punya prasarana peribadi seperti Anwar untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin nombor wahid. Anwar ada Institut Kajian Dasar yang dipimpin ole Kamaruddin Jaafar, jutawan instant sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM dan Yayasan Anda lagi. Mahathir sendiri tidak mempunyai suatu institusi peribadi seperti Anwar untuk menggerakkan massa rakyat dan media, khasnya media asing, untuk menonjolkan dirinya.

Dalam buku saya Anwar Ibrahim Antara Nawaitu Dan Pesta Boria (1993) saya telah meramalkan bahawa Anwar akan menjadi over confident sebagai pemimpin dan dia akan mencabar hatta Mahathir sendiri untuk menguasai kerajaan dan parti. Dia akan menjaja berbagai janji kepada juak-juaknya dan juga kalangan tertentu hanya untuk mendapatkan sokongan mereka supaya dia memperolehi kekuasaan. Sasaran utamanya kini ialah menjatuhkan Mahathir kerana dia merasakan sudah cukup perkasa untuk menggulingkan perdana menteri.

Memang betul ada konspirasi besar dalam UMNO. Kepalanya ialah Anwar sendiri. Justeru itu dia berani mengugut Mahathir dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lalu agar berundur dari arena politik. Biar dia menggantikan tempat Mahathir. Malah dia sendiri mengaku kini bahawa dia yang mempengaruhi dan memperalatkan Zahid Hamidi untuk mengecam Mahathir dengan membawa isu kronisme dan nepotisme dalam ucapan ketua Pemuda tersebut. Dengan kata lain, dia akan memperalat siapa saja asalkan tujuannya tercapai. Konsep perjuangan “Tujuan menghalalkan cara” stail komunis dan sosialis itu dipakai Anwar untuk mempercepatkan proses merebut kekuasaan dari Mahathir. Nampaknya nawaitu sebagai pejuang Islam semakin kabur dan selepas pemecatan dari kabinet dan kerajaan Anwar memperlihatkan wataknya yang sebenar – rakus, pendendam, gila kuasa dan sanggup menghancurkan negara demi memperjuangkan kepentingan dirinya.

Sebenarnya Anwar terlalu banyak musuh dalam parti dan kerajaan kerana sikapnya yang mahu membolot kekuasaan dan menghancurkan mereka yang dianggapnya sebagai musuh peribadinya. Akibat sikapnya yang gila kuasa maka mahu tidak mahu pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO akan cuba melemahkan kedudukannya secara langsung ataupun tidak langsung.

Banyak pemimpin UMNO yang ditemui berkata sekiranya Anwar menjadi perdana menteri dia akan pastikan semua musuh politiknya tersingkir. Dia akan memilih mereka yang mengampunya dan mendengar kata-katanya. Nepotisme dan kronisme akan lebih ketara lagi kalau Anwar memimpin parti dan kerajaan. Walaupun dia melemparkab berbagai tuduhan yang menyayat hati terhadap PM tentang amalan kronisme dan nepotisme serta korupsi namun dia sendiri tidak dapat membebaskan dirinya dari unsur-unsur tersebut.

Kini Brutus yang pernah Mahathir nyatakan dalam ucapannya di masa lalu dalam perhimpunan agung UMNO sudah jelas kepada umum. Mahathir telah pun tahu Anwar hendak menggulingkannya sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi dia mempunyai keyakinan yang teguh anak muda julung berkeris yang menjadi anak mas PM tidak akan sampai hati hendak menyingkirkannya. Masakan seorang pejuang Islam yang warak, yang menjadi imam dan membaca khutbah sanggup mengkhianati seorang “ayah” yang memberi peluang kepadanya menjadi bakal PM? Hanya orang yang terlalu gila kuasa dan tidak sabar menunggu giliran sahaja yang sanggup menyisihkan orang yang menjemput dan menatangnya dalam kabinet dan parti.

Sebagai “ayah” yang dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar dia Cuma memberi ingatan melalui ucapannya di perhimpunan agung UMNO agar berhati-hati dengan Brutus. Ada Brutus dalam kepimpinan UMNO yang memberi pengertian bahawa ada pemimpin yang sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri demi gilakan kekuasaan seperti mana yang diungkapkan dalam drama Shakespeare Julius Caesar.

Dengan lain perkataan, Mahathir sudah dapat mencium konspirasi Anwar yang hendak menjatuhkannya. Sebagai seorang yang kaya dengan pengalaman, matang dan penyabar Mahathir mahu melihat sejauhmana Nakhoda Tenggang moden ini akan menyimpan muslihat politiknya dari pengetahuan pucuk pimpinan parti.

Mahathir tahu segala gerak laku Anwar yang menabur berbagai jenis budi, kedudukan dan kewangan kepada setengah pemimpin di peringkat bahagian. Mahathir juga tahu dia memperkayakan kaum keluarganya dan juga sahabat handainya yang bekerja keras untuk menggerakkan jentera Anwar bila sampai masanya untuk mencabar Mahathir. Ada juga pemimpin-pemimpin lain yang memberi berbagai maklumat mengenai Anwar di samping maklumat yang diperolehi dari pihak keselamatan negara.

Kalau Anwar merancang konspirasi untuk menjatuhkan Mahathir maka orang lain juga merancang komplot untuk menentang Anwar dari menjadi bakal perdana menteri. Dua bulan sebagai pemangku perdana menteri cukup memberi amaran bahawa anak lelaki dari Ceruk Tok Kun ini akan membawa padahyang buruk dalam kepimpinan kerajaan dan UMNO sekiranya dia menjadi perdana menteri kelak. Hubaya-hubaya si Luncai terjun dengan nafsu dan angan-angannya. Tak boleh biarkan! Tak boleh biarkan!

Mengapakah Anwar begitu galak dan tidak sabar-sabar lagi hendak menggulingkan Mahathir? Dia terlalu yakin bahawa Amerika akan membantunya dari belakang. Terang-terangan Anwar berkata ucapannya yang membakar semangat, terutama sekali golongan muda yang terlalu ghairah menyokongnya, bahawa dia mempunyai banyak sahabat luar negara yang akan membantunya. Antara mereka yang dilontarkan kepada orang ramai ialah Madeline Albright, setiausaha negara Amerika dan William Cohen, setiausaha pertahanan Amerika. Kedua-duanya keturunan Yahudi.

Inilah sahabat-sahabat karib Anwar yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam. Oleh itu janganlah hairan bin terkejut kalau Amerika tidak berasa malu menyuarakan sikap bantahannya terhadap penahanan Anwar di bawah ISA. Malah Britain, Kanada, Perancis dan Australia pun nampaknya tidak segan-segan menyuarakan bantahan mereka terhadap penahanan Anwar. Tapi hingga kini (masa saya menulis bab ini pada 1hb Oktober 1998) tidak ada pun kenyataan akhbar atau bantahan dari mana-mana negara Islam yang menyokong Anwar.

Ini bermakna negara-negara Barat yang menggalakkan homoseksual membela Anwar kerana Barat menganggap homoseksual sebagai a way of life yang hidup subur di tengah-tengah masyarakat mereka. Anwar, seorang homoseksual yang pernah menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan Malaysia merangkap timbalan presiden UMNO, dianggap oleh Barat sebagai mangsa dari prasangka Mahathir terhadap homoseksual.

Barat menganggap Mahathir hanya mencari alasan homoseksual untuk menghalalkannya menahan Anwar di bawah ISA dengan harapan rakyat akan menyebelahi Mahathir. Sebenarnya Barat menyokong Anwar kerana ia mahu menghancurkan kepimpinan Mahathir yang terkenal sebagai anti Barat dan cuba menjadi juara Dunia Ketiga. Mahathir mempunyai pengaruh yang besar di kalangan para pemimpin Dunia Ketga dan kejayaan Malaysia di bidang ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya mengagumi para pemimpin negara-negara sedang membangun.

Malaysia menjadi ilham kepada mereka untuk bekerjasama demi kepentingan Dunia Ketiga. Mahathir sebenarnya berjaya memberi keyakinan kepada para pemimpin Dunia Ketiga bahawa kalau Malaysia boleh membangun dan maju maka, dengan kerjasama negara-negara Dunia Ketiga, mereka juga boleh mencapai kemajuan yang lebih besar dan menjadi suatu force yang bermakna di pentas politik antarabangsa. Untuk keterangan lanjut tentang peranan Mahathir sebagai pemimpin kelas dunia sila baca buku saya Mahathir Lawan Barat (1998).

Anwar sebaliknya tidak begitu tertarik dengan perjuangan Mahathir untuk menjadi juara Dunia Ketiga. Mahathir menentang kekuasaan Barat yang sudah lama menjajah dan menguasai dunia sejak ratusan tahun hingga sekarang. Mengapa bersusah payah berjuang dan berkorban untuk Dunia Ketiga yang rata-rata miskin dan melarat? Lebih baik berbaik-baik dengan Barat, berjiwa liberal dan menghirup budaya dan ilmu serta bimbingan dari Barat yang sudah maju.

Anwar mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpiun yang boleh menghayati degup dan rasa budaya Barat yang liberal itu, yang lebih diplomasinya serta seiring jalan dengan cita-cita politik Barat.

Barat, terutama sekali Amerika, berbaik-baik dengan Anwar memuji dan menjulang kepimpinannya kerana Rumah Putih dan CIA tahu kelemahan bekas timbalan perdana menteri yang homoseksual. CIA dan siapa saja yang ada kepentingan di Malaysia akan cuba memerangkap Anwar untuk menjadi budak suruhan mereka oleh kerana dia takut rahsia homoseksualnya terbongkar. Sebenarnya Barat, khasnya Amerika, bukan berminat untuk mengangkat martabat Anwar sebagai pemimpin Malaysia yang tersohor. Mereka hanya mahu menghancurkan kepimpinan Mahathir dan menggantikan dengan Anwar yang terperangkap dalam dunia homoseksual itu. Banyak orang berpendapat sekiranya Anwar menjadi perdana menteri maka masa depan Malaysia akan hancur dan menjadi negara boneka Amerika.

Yang penting kepada Anwar melenyapkan kepimpinan dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan dan masyarakat. Untuk melaksanakan tujuannya yang jahat itu dia sanggup bersahabat dengan siapa saja yang sanggup membantunya hatta dengan syaitan sekali pun sekiranya dia boleh manfaatkan khidmat syaitan. Kalau CIA hendak membantunya bagi mencapai matlamatnya dia tidak ambil pusing. Yang penting dia mesti menjadi perdana menteri dengan cara apa saja. Jangan bicara tentang akhlak yang mulia serta seruan Islam untuk mencarijalan Allah supaya perjuangan menjadi berkat dan membawa kebahagiaan. Islam hanya untuk mainan dalam kerakusan memburu kuasa.

Justeru itu tindak-tanduk Anwar menghasut rakyat dan kaum belia yang mudah diperdaya dengan slogan-slogan yang berbau Islam setelah hilang jawatan membayangkan dia bukan lagi seorang pejuang yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi tetapi seorang yang rakus, pendendam, tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Ingat kisah Sang Rajuna Tapa yang menjadi pembelot negara Temasik dan membuka pintu istana kepada penyerang-penyerang asing dari Majapahit seperti yang diabadikan dalam Sejarah Melayu?

Ada juga kuasa asing yang dapat menjatuhkan sebuah kerajaan Islam melalui agama. Misalnya peranan orientalis C. Snouck Hurgronje, berbangsa Belanda, yang arif mengenai Islam, beragama Islam, fasih berbahasa Arab dan terkenal sebagai seorang pengarang mengenai hal ehwal Islam. Salah sebuah karyanya yang terkenal ialah The Achenese, dua jilid dan diterbitkan di Leiden, 1906. dia datang ke Acheh pada awal abad kedua puluh untuk kononnya mengkaji Islam di negeri kesultanan Acheh tersebut.

Sultan Acheh dan para pembesar negara tertarik dengan ilmu agama dan kewarakan sarjana Islam berbangsa Belanda tersebut. Lalu dia diambil sebagai salah seorang menantu kepada kesultanan Acheh. Akhirnya “ulama” Belanda ini tahu segala kekuatan dan kelemahan dalam kepimpinan kesultanan Acheh setelah tinggal bersama-sama keluarga istana tersebut bertahun-tahun. Akhirnya dia kembali ke negeri Belanda di mana dia mendedahkan segala rahsia ketahanan Acheh. Pada tahun 1912 tentera Belanda menggempurkan Acheh dan berjaya menghancurkan kerajaan Islam tersebut akibat peranan “ulama” Belanda yang disanjung tinggi dan dipercayai oleh kesultanan Acheh.

Janganlah hairan bin terkejut kalau ada musuh asing yang menggunakan pengintip yang berjubah, berjanggut dan berserban untuk memukau dan meyakinkan pihak tertentu tentang kealimannya supaya dapat diterima oleh masyarakat amnya dan pihak berkuasa khasnya. Memang wujud manusia berpura-pura seperti Snouch Hurgronje yang memperdagangkan agama untuk kepentingan diri dan pihak lain. Justeru itu kita harus berhati-hati terhadap mereka yang memakai berbagai jenis topeng, termasuk topeng agama, untuk mencari kekuasaan dan menghancurkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Jangan pula ada pembelot negara di bumi yang bertuah ini hanya kerana gila kuasa, gila jawatan hingga sanggup menjadi budak suruhan kuasa asing. Sebagai patriot kita tidak boleh membiarkan siapa saja yang menjadi talibarut asing atau sebagai budak suruhan asing memperjudikan nasib dan maruah bangsa, agama dan negara. Kita harus menentang siapa saja yang cuba menggugat kepimpinan sekarang yang sedang menghadapi henyakan dan ancaman dari luar dan juga dalam negara kita sendiri.

Para pemimpin Barat lebih suka melihat kepimpinan Malaysia yang lemah supaya mereka dapat menguasai politik, eokonomi dan lain-lain khazanah kekayaan di bumi ini. Pemimpin yang lemah lebih mudah menyesuaikan diri, jiwa dan dasarnya menurut kemahuan orang asing. Barat tahu Mahathir sukar diperkotak-katikkankerana dia mempunyai visi, intelek, kegigihan serta kewibawaan yang sukar ditandingi orang lain. Dengan Mahathir Barat terpaksa akur tentang kebolehan dan kecekapannya dan intelek super bagus.

Walaupun Mahathir juga ada kelemahannya namun kelemahannya yang sedikit itu tidak dapat menggugat sumbangannya yang besar dan bermakna untuk negara, agama dan bangsa. Orang ramai menghormati Mahathir kerana dia tidak berpura-pura, tidak mengada-ngada, tidak hipokrit. Malangnya Anwar lebih banyak kelemahan dirinya dari Mahathir yang boleh dieksploitasikan oleh kuasa asing. Mahathir suka berdepan dan menyerang dari depan. Anwar sebaliknya tidak suka berhadapan tetapi suka mencari jalan belakang yang dianggapnya lebih selamat dan lebih tertutup.

Kini jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim inilah yang banyak mencetuskan permusuhan dan masalah dalam kepimpinan parti dan kerajaan hingga menimbulkan ketegangan politik sekarang. Oleh kerana dia takut rahsia peribadinya sebagai homoseksual itu didedah dalam mahkamah dia sanggup melakukan hasutan dan menimbulkan huru-hara serta perpecahan dalam UMNO demi menjaga kepentingan dirinya.

Dia sanggup melihat negara kita lemah dikuasai oleh anasir-anasir asing asalkan Mahathir jatuh. Malah dia berbangga dengan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari Madeline Albright dan William Cohen, dua tokoh Yahudi dalam kerajaan Clinton, untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa, Anwar bin Ibrahim, berasal dari Ceruk Tok Kun, boleh menggoncang kepimpinan Mahathir dengan sokongan kuasa asing. Hanya pemimpin yang tidak bermaruah, tidak ada harga diri, yang lemah dan bukan seorang patriot yang sanggup mengkhianati rakyat di bumi Malaysia ini.

Mahathir tidak perlu menjadi panglima konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Anwar tidak penting. Yang penting maruah bangsa, agama dan negara. Yang diutamakan ialah generasi muda dan anak cucu kita tidak menjadi pengemis di tanahair mereka sendiri. Ini bumi bertuah yang diberkati Allah dengan kekayaan, kedamaian serta toleransi antara kaum yang cukup membanggakan kalau dibanding dengan negara-negara berbilang kaum di dunia ini. Sejak beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1981, dalam masa 17 tahun, dia telah berjaya mereformasikan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Sebenarnya Anwar patut melalui proses reformasi diri. Jangan salah gunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi untuk menutup kemungkaran diri. Seluruh dunia tahu dia seorang homoseksual melalui CNN dan CNBC dan lain-lain media cetak Barat yang menyanjung tinggi kepimpinannya. Pada Barat homoseksual okay, tak salah, tak dianggap tidak bermoral. Tapi Anwar orang Islam, mengangkat diri sebagai pejuang Islam, kononnya memperjuangkan akhlak mulia dan mahu melahirkan manusia syumul. Kepada Islam homoseksual dilarang keras, dilaknati Allah. Majoriti rakyat Malaysia tidak mahu dipimpin oleh seorang homoseksual. UMNO pun tak rela dipimpin oleh homoseksual.

Justeru itu Anwar mesti berfikir panjang apakah mahu kekal sebagai homoseksual atau meninggalkan hobi yang terkutuk itu dan kembali dalam pelukan Islam yang sebenar? Anda tidak boleh mencampuradukkan dunia homoseksualiti dengan perjuangan Islam kerana kedua-duanya tidak seia dan sekata. Pilih antara satu. Dan buatlah reformasi diri terlebih dahulu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar & Nalla – Seks + Judi & Konspirasil", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.




Sila klik untuk baca selanjutnya...