AIDC BLOG: 2008-10-19

Thursday, October 23, 2008

Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar

Penulis buku politik terkenal, SH Alattas, mempersoalkan kenapakan majalah Yahudi, Newsweek memilik tajuk "Anwar Pulang Dari Neraka" : ‘To Hell And Back’ Anwar Ibrahim was Asia’s most celebrated young leader before he was sent to jail. Now, he has a second chance. - Newsweek. Klik di sini


Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar


Oleh Thomas Fuller

MUNICH : Semasa dia diyakini, seorang timbalan perdana menteri yang sering melawat ke seluruh dunia, Anwar Ibrahim sentiasa dipanggil wajah baru Islam moden.

Sekarang setelah 6 tahun di penjara – dan pembebasannya yang tidak dijangka pada Khamis – dengan lemah,suara yang perlahan, membongkok di atas kerusi, tetapi Islam dan tempatnya di dunia masih menjadi keinginannya untuk berbicara.

Dia menghabiskan kebanyakan masanya di penjara, dia berkata, merenung pemisahan antara dunia Islam dan Judeo(Yahudi)-Christian, jurang yang semakin luas sewaktu dia dipenjarakan, dan dia yakin bahawa kedua-dua belah pihak perlu berubah.

Dia bercakap sewaktu temu ramah selama sejam setengah di bilik hotelnya di sini pada malam Ahad, tidak jauh dari klinik di mana dia menjalani pembedahan pada Isnin kerana sakit belakang.

Dia mendapat kritikan keras daripada pemimpin moden Islam, dan juga rayuan untuk lebih memahami daripada ramai rakannya di Barat.

Osama ben Laden dan Saddam Hussein menjadi mangsa pertama kecaman Anwar yang dianggap teroris pegebom bangunan WTC, 11 September 2001. Kecamannya dalam Majalah TIME dan Majalah International Herald Tribune, New York, 2001. Beliau menulis mengecam kedua-dua tokoh Islam ini ketika masih di penjara Sungai Buloh.



"Muslim adalah hipokrit kerana berdiam diri mengenai kekejaman Saddam Hussein di Iraq, dan dalam bersungut mengenai pengaruh Amerika di dunia tetapi mengabaikan masalah mereka sendiri", katanya.

“Ini merupakan satu kegagalan Muslim yang paling besar pada ketika ini,” katanya.

“Anda tidak perlu menjadi pemimpin yang dipercayai, anda tidak ada suara hati yang sebenar.”

Muslim tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri untuk masalah mereka, katanya.

“Ianya Amerika dan Yahudi dan Kristian,” dia berkata. “Kami masih berada dalam keadaan menafikan.”

"Begitu juga, walaupun, Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain mesti memahami punca keganasan", katanya.

“Perang keganasan adalah perang hati dan minda,” katanya.

Pertama sekali anda mesti berhadapan dan memberitahu kepada Muslim dan mencabar mereka sama ada masyarakat yang tidak mempunyai prinsip- prinsip seperti demokrasi, masyarakat yang bertamadun dan toleransi adalah dibenarkan Islam.

Kelihatan penat, dan hanya menunjukkan sedikit karisma yang dimilikinya semasa memegang kuasa di dalam kerajaan, Anwar tersekat-sekat dalam menyebut beberapa nama yang dikenalinya, dan dia dilihat senang untuk mengingati kembali peraturan penjara Malaysia daripada ketokohannya di masa lalu.

Dia memakai selipar hotel dan penyokong belakang, gambaran seorang lelaki yang pada 6tahun lepas memimpin 50,000 penunjuk perasaan di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merupakan demonstrasi anti-kerajaan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Dia masih menghadapi kesulitan untuk melaksanakan perubahan yang menyebabkan kerajaan Malaysia memenjarakannya dia atas ancaman keselamatan 6 tahun yang lalu dan kemudiannya menuduhnya dengan liwat. Anwar telah lama menyatakan bahawa tuduhan liwat merupakan salah satu bahagian dalam konspirasi terhadapnya selepas dia dipecat daripada kerajaan.

"Malaysia pada hari ini perlu bekerja keras untuk menjadi suara yang liberal dalam dunia Islam", kata Anwar.

“Ia tidak lagi boleh menjadi negara agama,” dia berkata mengenai negara yang mempunyai populasi 60 peratus Muslim.

Dia memuji janji kepada lebih keterbukaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi, yang mengambil alih kuasa daripada Mahathir bin Mohamad, perdana menteri yang telah lama berkhidmat dan juga yang memecat Anwar.

“Saya tidak menidakkan kemungkinan untuk menyokong apa-apa perubahan dasar yang positif yang telah dimulakan oleh Abdullah,” kata Anwar.

Ditanya sama ada dia mengetepikan untuk menyertai parti pemerintah, dia memilih perkataan yang berhati-hati.

“Untuk sekarang,” katanya. “Saya tidak memberikan sebarang perhatian yang serius terhadap perkara tersebut.”

Sehingga kini banyak soalan masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar mempertimbangkan untuk kembali semula ke dalam politik.

Bolehkah dia membuang imej sesumpah politik yang bercakap mengenai toleransi dan demokrasi kepada hadirin Barat dan undang-undang Islam yang lebih ketat kepada pengikut Melayu?

Apakah dia menjadikan kritikan terhadap rasuah dan pemerintahan kuku besi sebagai asas karier politiknya pada masa hadapan sedangkan pada suatu ketika dulu dia berasa senang untuk menjadi sebahagian daripada sistem tersebut?

Anwar berkata, dia akan kembali kepada politik, dan barangkali berhadapan dengan soalan-soalan tersebut, hanya selepas dia menjalani pembedahan dan sembuh.

Sedang dia berehat di bilik hotelnya, lengannya kelihatan lemah dan pucat, mukanya kurus kering, rambutnya semakin menipis dan janggutnya sejemput itu semakin beruban.

Dia berkata kecederaan belakangnya disebabkan pada 1998 di mana dia dipukul oleh ketua polis pada ketika itu, Abdul Rahim Noor.

Pertemuan bersejarah Anwar Ibrahim, Gus Dur dan Paul Wolfowitz di Munich, Jerman, pada 2004, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.


Sejak pembebasannya, dia telah menerima bayak panggilan telefon yang bertali arus, daripada pelbagai kumpulan rakan dan kenalan, katanya. Antara mereka adalah Paul Wolfowitz, timbalan setiausaha pertahanan Amerika , Paul Martin, Perdana Menteri Kanada, Abdullah Gul, Menteri Luar Turki, dan Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Indonesia.

Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM - tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright di KLIA.


Nurul Izzah Anwar di Konvensyen Demokratik di Boston


Nurul Izzah dan Mary Robinson. Mary Robinson bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Amnesty International. Robinson juga penasihat untuk untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti



Semasa dipenjarakan, keluarganya masih menghubungi ahli politik Barat yang menyokongnya. Madeleine Albright, yang merupakan Setiausaha Negara Amerika telah bercakap mengenai Anwar yang dipenjarakan, menjemput salah seorang anak perempuannya (Nurul Izzah) untuk menjadi pemerhati di Konvensyen Demokratik di Boston pada Julai.

Anwar bercakap mengenai kehidupannya di penjara, bilik sel yang kecil, rutin hariannya dan jadual membaca yang ketat. Dia menceritakan mengenai bagaimana keluarganya dan peguamnya menyeludup durian, buah tropika yang mempunyai bau yang sangat tajam, ke dalam selnya.

Katanya sel tersebut merupakan 6 kaki kali 12 kaki, atau lebih kurang 1.8 meter kali 3.6 meter, dan terdapat sebuah katil, sebuah kerusi dan satu kamera video pengawasan.

Setiap pagi dia akan bangun di antara jam 4:30 dan 5:30 dan tidur selepas tengah malam. Pada siang hari dia membaca campuran karya non-fiksyen klasik dan kontemporari.

“Saya menghabiskan keseluruhan koleksi Shakespeare sebanyak 4 kali,” katanya.

Rakannya menghantar buku dan seseorang memberikannya senaskhah majalah The New Yorker. Dia membaca pelbagai buku dipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yg berlainan dan berkaitan dengan perbandingan agama dan klasik China, dan juga karya non-fiksyen kontemporari seperti Thomas Friedman's "The Lexus and the Olive Tree."

Semasa 6 tahun pemenjaraannya dia kadang kala mengikuti perkembangan dunia luar dengan berbual-bual pendek dengan pengawal penjara.

Dia pertama kali mendengar mengenai 11 September 2001, serangan pengganas, apabila seorang atendan penjara menyebut sesuatu mengenai pengeboman menara di New York.

Tetapi dia belum melihat rakaman video pesawat menyerang bangunan-bangunan. Televisyen, dan juga telefon, Internet dan lawatan daripada sesiapa yang bukan ahli keluarga terdekat dan peguamnya, dilarang di penjara.

“Saya tidak menonton televisyen selama 6 tahun,” kata Anwar.

Dia memberitahu isterinya, Azizah, untuk menyusun satu simpanan pita video.

“Saya kata, ‘Terdapat beberapa perkara yang saya perlu lihat : video 11 September , rakaman ketika saya ditahan, dan sudah tentu bahang 9/11. Ini semua merupakan keutamaan.”


Nota : Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Thomas Fuller dari International Herald Tribune, 7 September 2004. Artikel asal bertajuk, "Muslim-West divide is on Anwar's mind : Return of a Malaysian". Klik di sini dan di sini.

Artikel berkaitan;

1. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim aktif dialog antara agama

Dr Ibrahim bersama the Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Michális Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow. Sumber foto klik di sini.


Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama


Oleh Duncan Reid, The Vic Unity Newsletter


Dato Seri Dr Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa ‘globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.

Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim memberi ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai “Dialog Peradaban”.

Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori ‘Pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.

Di dalam forum tersebut, beliau menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (“Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne”), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat.

Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, “dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.

"Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut,” kata beliau.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.

“ Mengapa tidak kita – Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”

Anwar, dalam menenalpasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.

“Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama"

Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Dr. Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.

Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.

Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Dr. Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.

“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."

Dr. Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Autralia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.

“Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu”, bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkita Asia"

Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kea rah globalisasi.

Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya.

Dia berkata “Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat”

Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), terbitan The Victorian Unity Newsletter (Council of Churches). Artikel asal bertajuk, "Current Issues : Dialogue of Civilisations…"







Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

3. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?

4. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

5. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

6. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

7. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

8. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?

9. Anwar telah khianat Islam ?

10. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

Pertemuan rahsia di Munich ini telah memberi seribu satu makna tersirat..


Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich


Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur menceritakan intipati pertemuan beliau, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004, dalam tulisannya bertajuk "Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi" yang disiarkan di laman webnya, www.gusdur.net.

Dalam catatan itu, Gus Dur menulis, beliau tergesa-gesa bertolak dari Seoul, Korea Selatan (selepas menyampaikan pidato) pada 3 Oktober 2004 kerana terpaksa ke Munich untuk menghadiri pertemuan penting yang telah dirancang rapi sebelum ini dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Pertemuan penting diatur di Munich, kerana Anwar berada di situ menjalani rawatan sakit tulang belakang di Hospital Klinik Alpha Munich sejak 6 September 2004, selepas 4 hari dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan keduanya pada 10 Mei 2004. Meskipun ketiga - tiga hakim yang menyemak semula keputusan Hakim Datuk Arifin Jaka (8 Ogos 2000) bersepakat mengatakan terdapat aktiviti meliwat antara Anwar, Sukma dan Azizan, namun Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal. Klik di sini

Berdasarkan catatan Gus Dur itu, perjumpaan itu amat penting, dan beliau mesti mengosongkan jadual untuk menghadirinya kerana tetamu yang datang melawat Anwar adalah tokoh paling penting di Amerika ketika itu iaitu Timbalan Setiausaha Amerika.

Kesungguhan Paul Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich awal Oktober itu menyebabkan Gus Dur teruja. Apatah lagi, ketika itu Paul Wolfowitz sangat sibuk dengan urusan kerjanya di Amerika, ketika Amerika menghadapi saat - saat kritikal menyusun perancangan perang ke atas Iraq.

Kesibukan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu dicatat oleh wartawan Peter J. Boyer , dalam artikelnya bertajuk "The Believer Paul Wolfowitz defends his war", disiarkan di The New Yorker, 1 Novermber 2004. Klik di sini

Menurut Peter J. Boyer, sebelum Paul Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar dan Gus Dur di Munich, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu sibuk dengan taklimat peperangan ke atas Iraq kepada semua lapisan rakyat sekutu Amerika, termasuk golongan mahasiswa, pensyarah, pegawai tentera dan kerajaan di Warsaw University, Poland.

Peter J Boyer juga mencatatkan keletihan Paul Wolfowitz menaiki pesawat dari Washington ke negara sekutu Amerika semata-mata untuk proses lobi kepada kerajaan Poland supaya menyokong tindakan Amerika.

Sebelum menaiki pesawat khas di Andrews Air Force Base, Wolfowitz menerima nota yang mengecewakannya daripada bosnya, Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika) yang berucap di New York, mengesahkan , setakat hari itu, Amerika belum lagi mendapat bukti kukuh yang boleh mengaitkan kegiatan Al Qaeda dan Saddam Hussein terhadap serangan WTC, 11 September.

Berita ini sangat mengecewakan Wolfowitz kerana sebelum ini beliau bermati-matian menegaskan kepada Presiden Bush bahawa Saddam Hussein adalah 'teroris' yang mempunyai perkaitan rapat dengan rangkaian Al Qaeda.

Terdahulu sebelum ucapannya di Poland, Wolfowitz, Yahudi Zionist Amerika telah melawat bandar lama Warsaw, dengan kawalan tentera Poland untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan "Warsaw Ghetto Heroes" (monumen Yahudi Ghetto di Warsaw, Poland) dan di 'Umschlagplatz Memorial' sebagai memperingati tiga ratus ribu Yahudi Warsaw yang telah dibunuh oleh Nazi di Treblinka.

Acara itu amat bermakna kepada Wolfowitz kerana inilah kali pertama beliau melawat tugu peringatan, 'Umschlagplatz Memorial' walaupun bapanya Jacob Wolfowitz dilahirkan di Warsaw. Wolfowitz juga sukar melupakan kebencian masa lampaunya ketika keturunannya terselamat daripada pembunuhan Nazi dalam peristiwa Holocaust. Dendamnya ke atas pembunuhan etnik Yahudi itu masih membara sampai sekarang.

Selepas ucapan di Poland, Wolfowitz juga telah diberi taklimat oleh Jan Nowak, bekas Polis Risikan Poland yang pernah memberi maklumat - maklumat kepada Amerika tentang kegiatan gerakan bawah tanah Nazi.

Menurut Jan Nowak, peperangan Amerika ke atas Iraq wajar diberi penjelasan kepada umum, supaya masyarakat memahami dan menyokong tindakan serangan itu. Propanganda penerangan seluas-luasnya sama seperti media Yahudi memberitahu dunia tentang peristiwa Holocaust.





Pertemuan penting Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur

Wartawan Peter J. Boyer menulis pertemuan Wolfowitz - Anwar -Gus Dur dibuat selepas Wolfowitz membuat hentian penerbangan sementara di Munich dalam rangka lawatannya ke Poland.

Menurut penulis, Wolfowitz sanggup meluangkan masa ke Klinik Alpha, Munich kerana sudah dibuat temujanji menemui 'dua tokoh Islam' itu.

Wartawan itu mengambarkan 'dua tokoh Islam' itu iaitu Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Gus Dur (Indonesia) adalah kenalan rapat Wolfowitz sebagai 'mata dan telinga' Amerika dalam dunia Islam.

Mereka berdua digambarkan 'tokoh Islam moderate' yang pro - Barat dan sangat bertoleransi dalam keagamaan serta dijadikan sebagai 'bahan rujukan' mengenai dunia Islam.

Pada Wolfowitz, beliau perlu menemui kedua - dua tokoh Islam itu, kerana mahukan sokongan di atas tindakannya menyerang Iraq.

Peter J. Boyer juga mencatatkan kedua - dua tokoh Islam itu telah menunjukkan sokongan padu ke atas tindakan Wolfowitz menyerang Iraq berdasarkan bukti Anwar semasa dalam penjara Sungai Buloh telah menghantar surat mengkritik Osama ben Laden dan Saddam Hussein sebagai penjenayah perang yang didakwa sebagai perancang komplot pengeboman WTC, 11 September 2001.

Kecaman keras Anwar ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein disiarkan dalam Majalah TIME bertajuk "Who Hijacked Islam" dan Majalah International Herald Tribune, New York bertajuk "Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism" pada 11 Oktober 2001.

Bacaan lanjut sila klik di sini.

Kiri, Osama Laden, Anwar kecam sebagai 'teroris' dalam tulisannya Majalah TIME dan International Herald Tribune (Kedua-dua majalah milik Yahudi). Kanan, Dr Yusof Al Qardawi. Azmin Ali, Naib Presiden PKR sebut, Anwar menyoal siasat ulamak itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak Mesir itu 'teroris' atau tidak.



Tentunya tindakan Anwar bersusah payah menulis surat dari Penjara Sungai Buloh itu sebagai sokongan paling penting ke atas Paul Wolfowitz yang secara tersirat menyokong tindakan Timbalan Setiausaha Amerika menyerang Iraq adalah tindakan yang betul. Apatah lagi kecaman ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein dibuat oleh tokoh Islam sendiri.

Gus Dur pula mengesahkan kekejaman Sadam Hussein kerana beliau pernah belajar di Baghdad. Kata Gus Dur kepada Wolfowitz, beliau menjadi saksi kekejaman Parti Baath yang telah bertindak zalim ke atas rakyatnya.

Keterangan Gus Dur, ditulis Peter J. Boyer seperti berikut; "Wahid had studied in Baghdad, and that he was an early witness to the Baath Party’s atrocities. Wahid had described how Saddam’s regime “left the bodies hanging so long, the necks stretched,” Wolfowitz said. “It was in the main square in Baghdad, to send a message, to say, ‘This is who you’re dealing with from now on.’ And he said his teacher was taken away, the body was brought back in a sealed coffin, and they were told not to open it. They went ahead and opened it, and they found he’d been horribly tortured.”

Sudah tentu keterangan Gus Dur sebagai saksi dan sokongan Anwar itu sangat mengembirakan hati Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan Paul Wolfowitz mampu berhujah kepada rakyat Amerika bahawa tokoh-tokoh Islam sendiri menyokong tindakan Amerika menyerang Iraq.

Hubungan Gus Dur, Anwar dengan Paul Wolfowitz bermula sejak 1980-an lagi, ketika itu Wolfowitz adalah Penolong Setiausaha Negara Amerika untuk Asia Tenggara dan pernah menjadi duta Amerika di Indonesia.

Wolfowitz pula amat teruja dengan sikap toleransi Gus Dur kerana bukan sahaja pro- Barat malah pro - Israel.





Sokongan Gus Dur kepada Israel itu dibuktikan dengan penglibatan beliau dalam program - program ; International Strategic Dialogue Center, Netanya University, Israel; Member of International Board along with Mikhail Gorbachev, Ehud Barak and Carl Bildt; Shimon Perez Center for Peace, Tel Aviv, Israel; International Islamic Christian Organization for Reconciliation and Reconstruction(IICORR ), London, England, International and Interreligious Federation for World Peace (IIFWP), New York, USA; World Conference on Religion and Peace (WCRP), New York, United States dan lain -lain.

Maka dengan sokongan ini, tidak hairan Gus Dur diberi anugerah dan liputan media asing antaranya : Paul Harris Fellow, The Rotary Foundation of Rotary International; Public Service Award, Columbia University , New York, United States; The Culture of Peace Distinguished Award 2003, International Culture of Peace Project Religions for Peace, Trento, Italy; Global Tolerance Award, Friends of the United Nations, New York, United States; Ambassador of Peace, International and Interreligious Federation for World peace (IIFWP), New York, United States; Magsaysay Award, Manila , Philippine; Figure of the Year 1990 (Tokoh 1990), Editor Magazine, Indonesia dan lain -lain

Lihat bukti kaitan Gus Dur menyokong Israel klik di sini.






Wolfowitz tugaskan Anwar Ibrahim sebagai "Jurubicara Barat - Dunia Islam"?

Dalam catatan Gus Dur pula beliau menjelaskan lagi resolusi perbincangan penting dengan Wolfowitz itu.

Gus Dur bersetuju dengan pandangan Wolfowitz melantik Anwar sebagai 'Jurubicara Barat untuk Dunia Islam' kerana kebolehannya berpidato.

Tulis Gus Dur seperti berikut, "Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam. Pada saat ini terasa, bahwa “Dunia Islam” tampak sedang berada dipersimpangan jalan. Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal. Artinya mereka tidak menginginkan “Negara Islam’ sebagai sesuatu yang bersikap resmi, melainkan ingin memperagakan Islam sebagai jalan hidup terbaik bagi umat manusia yang tengah mengalami krisis di berbagai bidang"

"Kebangkitan seperti itu, adalah sesuatu yang tentu saja dapat membuat “Dunia Islam” bertabrakan dengan faham-faham lain, dan menjadi tugas bagi para tokoh muslimin untuk sejauh mungkin mempertautkan antara berbagai pemikiran dan pandangan itu"

"Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi “juru penengah” antara berbagai pandangan dan pemikiran, atau ia justru terlibat dalam pertentangan-pertentangan yang baru".

"Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi".

Ini rupanya dimengerti sepenuhnya oleh Paul Wolfowitz, hingga ia datang dengan pesawat khusus ke Munchen (Munich) dan kembali lagi ke Washington DC, setelah bertemu berdua dengan Anwar Ibrahim dan kemudian bertiga dengan penulis".

Pada kalimah akhir Gus Dur menjelaskan peranan Anwar seperti berikut; "Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwa posisi Anwar Ibrahim, seperti Saad al-Din Ibrahim, Sekjen Muntada Al-Fikr Al-‘ARabi (Klub Pemikiran Arab), yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat".

Dalam catatan 8 Oktober 2004 itu, Gus Dur menegaskan "agama Islam dengan Yahudi (Judaisme), yang harus memikul beban kesejarahan sebagai sebuah faham yang berada di benua tersebut. Dalam hal ini, antara Islam dan agama tersebut harus ada perdamaian yang langgeng, bukannya pertentangan terus menerus".


Pandangan Azmin Ali - Pertemuan Anwar - Wolfowitz Munich

Azmin Ali, Naib Presiden PKR, orang yang paling rapat dengan Anwar dan menjadi pengatur jadual Anwar di Munich pula bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh Paul Wolfowitz itu tetapi menggunakan bahasa lunak yang boleh diterima positif oleh rakyat Melayu - Islam di Malaysia.

Pertemuan kali kedua Anwar dengan Paul Wolfowitz pada 2005. Ketika itu Anwar mengunjungi Paul Wolfowitz di Pentagon yang menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.


Kata Azmin, "Kami dapati ada masalah besar dalam percaturan politik dunia.Sikap benci membenci makin menebal khususnya antara negara Barat dengan negara Timur,khususnya dengan Amerika Syarikat. Maka DSAI merasa bertanggungjawab main peranan untuk meredakan keadaan itu dengan mengadakan dialog"

"DSAI merasa beliau ada peranan untuk dimainkan bukan sahaja untuk mewujudkan toleransi antara Barat dan Timur tetapi juga menghormati antara satu agama dengan agama lain. Alhamdullilah beberapa pimpinan Barat merasakan mereka perlukan satu rakan kongsi dalam usaha ini sebab mereka tengok kegagalan mereka di Iraq dan Palestin. Masalah ini tak boleh selesai dengan senjata tetapi masalah ini boleh selesai menerusi dialog.

"Orang yang ada kemampun berdailog dengan Barat dan dimasa yang sama ada hubungan yang akrab dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah ialah DSAI. Sebab itu mereka minta DSAI terima permintaan supaya jadi rakan kongsi dalam dialog ini agar ada dialog berterusan dan wujud hubungan yang akrab antara negara Islam dan Barat"


Dalam membicarakan peranan Anwar dan Wolfowitz, Azmin menjelaskan begini;

"Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI"

"Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi … ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam. Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh dibunuh orang awam Amerika Syarikat..halal darah mereka"

"Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya. Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul"

Untuk melihat keterangan Azmin Ali selengkapnya, sila baca wawancara Agendadaily dengan Azmin Ali bertajuk "Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…" Klik di sini.

Berdasarkan keterangan Azmin Ali itu, walaupun beliau memberi gambaran positif mengenai peranan bosnya, berkenaan tugasan baru arahan Paul Wolfowitz, tetapi sebagai pembaca kita boleh menganalisis secara dua lapis.

Pertama, Azmin mengesahkan tugasan baru yang diarahkan kepada Anwar itu adalah mendekatkan jurang Timur dan Barat termasuk dalam bidang agama. Gus Dur menjelaskan lagi dalam tulisan di atas mendekatkan agama Islam dan agama Yahudi.

Keduanya, Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar sangat rapat dengan Wolfowitz. Boleh berinteraksi dan berkomunikasi pada bila - bila masa.

Malah Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar adalah 'tukang semak' (SB?) nama tokoh-tokoh Islam yang disenaraihitamkan oleh Amerika.

Azmin mengesahkan bahawa Anwar pernah berjumpa dengan Dr Yusof Qardawi, dan menyoal siasat ulamak tersohor Mesir itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak itu teroris atau tidak. Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan Dr Yusof Qardawi, Anwar pulang semula ke Amerika melaporkan kepada Paul Wolfowitz.

Jadi, apakah faktor ini, Dr Yusof Qardawi berpesan kepada PAS, agar berhati-hati dengan Anwar, seperti yang dilaporkan oleh Songkok Putih di Tranungkite ? Klik di sini.

Meneliti pula laras bahasa yang digunakan oleh Azmi, dalam menjelaskan peranan Anwar sebagai 'mendekatkan jurang Timur dan Barat' dilihat sebagai bahasa lunak untuk tidak memudaratkan Anwar sebagai tokoh politik pembangkang di Malaysia.

Bagaimana pula laras bahasa yang bermain di fikiran Wolfowitz, seorang zionist yang ghairah membunuh umat Islam di Iraq ketika memberi tugas itu kepada Anwar?

Adakah sama dengan laras bahasa Anwar dan Azmin ketika memberitahu rakyat Malaysia melalui wawancara dengan Agendadaily ?

Dalam mengambarkan laras bahasa berlainan ini, Gus Dur mengesahkan peranan Anwar bukan sekadar "Jurubicara mendekat Timur dan Barat", tetapi lebih jauh daripada itu iaitu sebagai 'golongan penengah' kepada dunia Islam terutamanya golongan muda yang bercita-cita menjadi "Negara Islam", bukan semata-mata slogan malah sebagai satu realiti cara hidup.

Gus Dur menjelaskan fenomena baru di negara Islam yang mahu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup amat bahaya dan Wolfowitz menugaskan Anwar untuk memberi penjelasan secukupnya agar Islam boleh diliberalkan.

Gus Dur pula menyamakan tugas baru Anwar itu sama seperti Saad al-Din Ibrahim

Siapa Saad al-Din Ibrahim ? Klik di sini dan di sini dan di sini


Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Saad al-Din (Mesir) adalah sama-sama tokoh Muslim Moderate yang dianugerahkan Amerika


Saad al-Din Ibrahim seorang aktivis Demokrasi Amerika di Mesir yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Mesir dan Amerika Syarikat. Beliau adalah pengasas "Khaldun Center di Mesir atau Universiti Amerika, di Mesir.

Beliau ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), sebuah yayasan Amerika untuk mengembangkan Demokrasi Amerika ke Timur Tengah.

Kalau dalam bahasa mudah, Saad al-Din Ibrahim adalah agen Amerika di Mesir yang ditugaskan mengembangkan demokrasi Amerika menggunakan status penjawat akademik.

Kalau Gus Dur menyamakan Anwar sebagai Saad al-Din Ibrahim, apakah pula tanggapan yang bermain dalam Zionist Amerika (Wolfowitz) kepada Anwar ketika memberi arahan itu di Munich ?


AIDC
20 Oktober 2008
http://aidceditor.blogspot.com
email - aidceditor@yahoo.com







Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)

3. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

4. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra



Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra


PETALING JAYA: "Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia bakal mengundang satu malapetaka yang menyeluruh bagi Malaysia."

Itu adalah adalah jawapan luhur daripada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Prof Dr Chandra Muzaffar , sayap kanan dan individu yang amat dipercayai oleh Anwar , setelah bertahun-tahun berdiam diri, apabila ditanya mengenai de facto leader Parti Keadilan Rakyat didalam sebuah forum di sini, semalam.

Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk mula bersuara, Chandra berkata bahawa kian jelas, rakyat sedang ditipu oleh Anwar.

“Saya sudah bersedia bagi kenyataan yang berekod supaya rakyat tidak akan terus ditipu,” kata beliau.

Chandra, seorang ahli akademik yang mengasaskan pergerakan reformasi Aliran dan juga yang dahulunya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah di antara golongan profesional dan intelektual yang membentuk Keadilan kerana berang dengan pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri, penganiayaan terhadap beliau (Anwar) yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor serta, dalam waktu yang sama menghadapi tuduhan meliwat.

Beliau merupakan Timbalan Presiden bagi isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari April 1999 sehingga dia meletakkan jawatan atas sebab perbezaan-perbezaan dengan parti pada Disember 2005. Dalam pilihanraya pada tahun 1999, beliau bertanding sebagai calon Keadilan, namun tewas.

Sejak dari itu, Chandra telah menolak daripada membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai sebab-sebab beliau meninggalkan parti dan juga enggan bersuara mengenai perbezaan-perbezaan beliau dengan Anwar.

Semalam Chandra memberitahu bahawa di sebalik kebolehan Anwar sebagai pemidato yang memukau, beliau kini bercakap sesuatu yang amat berbeza dari waktu beliau bersama kerajaan.

Chandra berkata, ramai rakyat bukan Melayu di negara ini sedang dipermainkan oleh Anwar, yang berpendirian pelbagai budaya.

“Hari ini beliau memiliki imej yang berbeza dan amat menyedihkan kerana ramai yang bukan Melayu percaya akan kata-kata beliau. Hari ini, beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan itu merupakan alunan irama indah ditelinga mereka"

“Kita begitu bersifat perkauman sehingga tidak mampu untuk menilai seseorang itu secara objektif”, kata Chandra, yang merupakan antara lima orang speaker di The Star-Asian Centre for Media Studies Public Forum bagi pilihanraya 2008 yang diadakan di Menara Star semalam.

Chandra berkata, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran dahulu, beliau telah mengubah terma Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu yang membawa kepincangan kepada integrasi nasional.

“Tunku Abdul Rahman mahu penggunaan Bahasa Malaysia bagi menyatukan seluruh masyarakat dan beliau (Anwar) mendesak penggunaan Bahasa Melayu atas dasar sistem sekolah,” ujar Chandra.

"Kerajaan telah kembali menggunakan terma Bahasa Malaysia sejak tahun lepas.
Anwar (semasa beliau menjadi menteri Pendidikan) juga bertanggungjawab melantik pegawai bukan Cina bertugas di sekolah-sekolah Cina, yang mana menjurus kepada krisis politik pada tahun 1987”,
kata Chandra.

Beliau menambah, ramai orang lupa peranan yang dimainkan oleh Anwar dalam menyelesaikan pertikaian antara Hindu dan Muslim di Kampung Jawa, Pulau Pinang.

“Anwar mengatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa loceng-loceng kuil di Malaysia tidak akan berbunyi lagi jika kata-katanya tidak diterima,” kata Chandra.

Bercakap mengenai masa depan Malaysia, Chandra berkata, kualiti yang paling penting bagi pemimpin negara yang mempunyai pelbagai bangsa ialah kejujuran dan konsisten.

“Apabila seorang pemimpin bercakap mengenai isu etnik yang sensitif, beliau wajib menyampaikan maksud yang sama kepada bangsa bukan Melayu sebagaimana yang telah diucapkan kepada bangsa Melayu. Anda tidak boleh bermain dengan isu ini kerana ia adalah sangat merbahaya,” ujar beliau.

Chandra juga berkata, walaupun Barisan Nasional punya kekurangan, tidak ada gabungan lain yang berwawasan dan berdaya maju dalam negara ini.

Beliau teringat ‘pengalaman pahit’ dalam percubaan untuk membina pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, Parti Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dinamakan sebagai Barisan Alternatif (BA), di mana tugasnya adalah untuk merangka Manifesto Malaysia Adil bagi pilihanraya tahun 1999.

“BA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, tetapi selepas pilihanraya, PAS memutuskan untuk melaksanakan Islam yang sangat konservatif di Terengganu dan ini menjadikan keadaan amat sukar bagi kami.”


“DAP memberi penekanan kepada sekularism yang agresif tanpa memahami peranan agama di Malaysia. Satu jurang yang amat dalam telah wujud di mana pembangkang tidak mampu untuk memilih jalan tengah dan saya fikir mereka tidak akan dapat melakukannya untuk tahun-tahun yang akan datang,”
kata Chandra.

Nota : Terjemahan sumber asal dari The New Straight Times Online, disalin semula dalam blog, Warong Kopi, pada 4 Mac 2008, bertajuk, "If Datuk Seri Anwar Ibrahim becomes the Prime Minister, it will be an unmitigated disaster for Malaysia."



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, October 19, 2008

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar



Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar


1. Memandangkan Anwar Ibrahim mendakwa, beliau bakal mengambilalih jawatan PM sebelum hari raya Aidil Adha ini, maka wajar Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat sejauh manakah kebenaran dakwan bekas pembantunya, Saiful Bukhari bahawa dia diliwat.

2. Rakyat perlu kesahihan dakwaan ini dahulu, sebelum Anwar benar - benar layak mancalonkan diri sebagai PM. Rakyat Malaysia mahukan bakal PM mereka yang bersih daripada tuduhan liwat, kerana Malaysia yang agama rasminya Islam, tidak mahu berketuakan pemimpin yang didakwa sebagai gay. Bersihkan tuduhan ini dahulu sebelum layak dicalonkan sebagai PM.

3. Memandangkan Saiful Bukhari telah bersumpah dengan lafaz 'wallahi, wabillahi wattalahi' mengatakan dia diliwat, maka tiada kaedah lain untuk memastikan sumpah laknat Saiful tidak benar, kecuali Anwar juga turut bersumpah dengan kalimah yang sama untuk menafikannya.

4. Memandangkan keputusan Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, sentiasa menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar yang masih di peringkat asas iaitu menentukan status mahkamah manakah Anwar patut dibicarakan menyebabkan rakyat ternanti-nanti sejauh manakah kebenaran tuduhan itu.

5. Justeru itu, memandangkan Anwar menawarkan diri menjadi PM sebelum Aidil Adha, tetapi dalam masa yang sama Anwar menghadapi tuduhan liwat; Saiful Bukhari telah bersumpah dengan nama Allah, tetapi Anwar enggan bersumpah; Mahkamah Seksyen terpaksa ditunda-tunda dalam jangka masa lama, maka tiada cara lain yang lebih sesuai dicadangkan kecuali menubuhkan Suruhanjaya Diaraja.

6. Dengan adanya Suruhanjaya Diraja menyiasat kebenaran Saiful diliwat, akan mempercepatkan proses penghakiman dan mengetahui status kebersihan rekod peribadi Anwar.

7. Laporan Suruhanjaya Diraja yang telah diberi jangka masa luput siasatan itu jalan penyelesaian terbaik untuk mengetahui status keperibadian Anwar.

8. Selepas hasil siasatan dikeluarkan, barulah rakyat boleh menentukan Anwar layak atau tidak dicalonkan sebagai PM.

AIDC
18 Oktober 2008


Sila klik untuk baca selanjutnya...