AIDC BLOG: 2008-09-07

Friday, September 12, 2008

NED, NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar



NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar

Ron Paul, Ahli Republikan.

Nota : Rencana ini mengupas peranan NED melaksanakan peranannya sebagai badan penakluk negara-negara luar yang tidak sehaluan dengan Amerika Syarikat. NED turut menaja dua badan lain iaitu IRI dan NDI dalam melaksanakan misi penaklukkan itu. Tiga instrumen kerajaan Amerika yang penting dalam proses penaklukan negara luar adalah NED, NDI dan IRI. Bantuan sepenuhnya diberikan kepada tokoh dan parti politik luar negara yang berjuang menggunakan tema Reformasi.

National Endowment for Democracy (NED) atau Pembiayaan Kebangsaan Untuk Demokrasi adalah tidak lebih dari sebuah program yang memakan kos yang tinggi iaitu suatu dana pembayar cukai AS diambil untuk menaikkan ahli dan parti politik yang disenangi AS di seluruh dunia.

Pengerusi NED, Vin Weber meraikan President Bush.


Presiden NED, Carl Gershman bersama Presiden Bush dan Naib Pengerusi NED, Thmas R. Donahue.



Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima National Democratic Institute (NDI) atau Institut Demokrasi Kebangsaan dan juga melalui International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa, sudah tentu sesuatu yang tidak sah di Amerika Syarikat.

NED telah menyuntik "soft money" atau wang pengaruh ke dalam pilihanraya dalam negara di negara-negara luar di atas permintaan satu-satu parti tertentu.

Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan beberapa ratus ribu Dolar untuk membantu ahli dan parti politik di sebuah negara miskin di seluruh dunia?

Terutamanya Orwellian dengan menamakan manipulasi pilihanraya negara luar dengan tema “menggalakkan demokrasi”.

Apa yang dirasakan oleh rakyat Amerika sekiranya rakyat China datang dengan berjuta-juta dolar untuk menyokong sesetengah calon yang dianggap rakan kepada China? Adakah ini akan digambarkan sebagai satu perkembangan demokratik?

Dalam satu kajian yang cemerlang tentang kebodohan NED, Barbara Conry mencatatkan bahawa :

“NED, mempunyai sejarah rasuah dan salah urus kewangan, adalah lebih daripada yang diperlukan dan kerap kali memusnahkan. Melalui pembiayaan, pembayar cukai rakyat Amerika telah membayar kepada kumpulan yang mempunyai minat yang khusus untuk menganggu kerajaan sah dari negara rakan baik yang dipilih melalui pilihanraya, menganggu pilihanraya negara-negara luar, dan menggalakkan rasuah dalam gerakan demokrasi…

“…Kontroversi yang berlegar di sekitar NED mempersoalkan tentang kebijaksanaan dalam memberikan arahan kepada pertubuhan yang seakan-akan organisasi persendirian untuk menentukan keberkesanan dasar luar yang bebas dibawah kepalsuan “menggalakkan demokrasi”.

"Penyokong NED menegakkan pendirian bahawa sebuah organisasi persendirian adalah perlu untuk mengatasi kekangan yang membataskan aktiviti- aktiviti sebuah agensi kerajaan, namun begitu mereka menegaskan bahawa pembayar cukai rakyat Amerika memberikan pembiayaan penuh untuk inisiatif ini"

"Pengkritik NED memberikan tumpuan kepada percanggahan semulajadi yang berlaku dalam sebuah organisasi yang dibiayai oleh awam yang ditugaskan untuk melaksanakan dasar luar negara (satu kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan di dalam Perlembagaan) yang masih belum dikekecualikan daripada semua kawalan politik dan pentadbiran…"

“… Dalam analisis terakhir, pembiayaan ini merangkumi aspek yang paling negatif dalam bantuan persendirian dan bantuan rasmi luar negara. Bahaya yang terselindung akibat daripada pengagihan kuasa pusat kepada peringkat bawahan dalam usaha dasar luar negara, digabungkan pula dengan tekanan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk membuat percaturan di seluruh dunia”.

NED bergantung kepada pembiayaan pembayar cukai rakyat Amerika, tetapi disebabkan NED bukan sebuah agensi kerajaan, maka ianya tidak tertakluk di bawah penyeliaan Kongres.




Sesungguhnya, NED adalah satu instrumen dasar luar negara yang telah dibiayai dengan hebat.

Semenjak penubuhannya pada 1983, NED telah diketuai oleh Carl Gershman, ahli kumpulan Sosial Demokrat AS yang menganut fahaman neo-Trotskyite (fahaman prinsip revolusioner Rusia yang dipimpin oleh Leon Trotsky).

Barangkali ini adalah satu sebab penting mengenai apakah yang telah dilakukan oleh NED di negara bekas Blok Komunis yang berakhir dengan memanfaatkan bekas komunis di negara-negara tersebut.

Seperti yang ditulis oleh Christine Stone, Pengarah British Helsinki Human Rights Watch :

Kedua-dua instrumen (IRI dan NDI) telah mendapat tajaan besar daripada NED….sebaliknya NED pula menerima wang daripada pembayar cukai rakyat Amerika.

Kedua-duanya mengalu-alukan pengembalian kuasa bekas pemimpin Komunis yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang bermaksud memilih askar-askar berfahaman kiri dan mempunyai idea kebebasan hebat…

Skender Gjinushi, Speaker Parlimen Albania, berterima kasih kepada IRI kerana memberikan bantuan dalam merangka perlembagaan Albania pada 1998. Apa yang tidak dikatakan oleh IRI adalah Gjinushi merupakan seorang ahli Parti Stalinist Politburo of Enver Hoxha's, sebuah parti yang kejam (sehingga 1990) dan merupakan salah seorang penganjur utama rusuhan yang telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Parti Demokratik (pada 1997) dan kematian lebih dari 2000 orang.

Presiden Stoyanov dari Bulgaria dengan nada mengampu mengatakan : “ Tanpa sokongan IRI kita tidak akan pulang ke sini dengan secepat ini’. Setakat ini adakah mereka berpendapat bahawa Ivan Kostov (yang memberikan pujian rasmi kepada IRI) telah disingkirkan daripada mengajar subjek Marxism-Leninisma di Sofia University untuk menjadi Perdana Menteri Bulgaria dan seorang pemimpin “perubahan”(Reformasi).

Di Slovakia, NED telah menaja beberapa inisiatif yang mensasarkan untuk menewaskan kerajaan Perdana Menteri Vladimir Meciar yang dipilih secara bebas, dimana beliau telah dianiaya oleh regim Komunis yang lepas.

Selepas pilihanraya, majalah IRI telah menyatakan dengan bongkak bahawa “Tinjauan undi IRI telah mengubah cara kempen,” dengan menambah bahawa usaha IRI menjamin “satu kemenangan untuk mereka yang memperjuangkan perubahan (reformer) di Slovakia.” Apa yang tidak disebutkan oleh IRI adalah kebanyakan reformer ini telah menjadi pemimpin bekas regim Komunis di Czechoslovakia dahulu. Adakah ini demokrasi?

Paling terbaru, Presiden IRI George A. Folsom tahun lepas telah memuji satu rampasan kuasa terhadap presiden Venezuela yang dipilih melalui pilihanraya demokratik, dengan mengatakan, “ Semalam, dipimpin oleh setiap bahagian dalam masyarakat awam, rakyat Venezuela bangkit untuk mempertahankan demokrasi di negara mereka”.

Kemudian, didedahkan bahawa NED telah memberikan bantuan kewangan kepada organisasi yang memulakan pemberontakan ganas di jalanan terhadap pemimpin Venezuela yang sah. Lebih daripada 12 orang awam terbunuh dan beratus-ratus lagi tercedera dalam cubaan rampasan kuasa ini. Adakah ini menggalakkan demokrasi?

NED, dengan campur tangan di dalam pilihanraya dan politik dalaman negara- negara luar, telah mendatangkan mudarat kepada Amerika Syarikat daripada mendatangkan kebaikan. Ianya boleh mencetuskan kemarahan dan niat buruk terhadap Amerika Syarikat di kalangan berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Adalah terlambat untuk menyekat bantuan kewangan kepada peninggalan Perang Dingin ini dan memulangkannya kembali kepada dasar luar negara yang diwujudkan oleh tokoh-tokoh kita yang terdahulu, berdasarkan kepada hubungan terbuka dan perdagangan dengan semua negara dan bebas daripada melakukan campur tangan dan manipulasi di dalam urusan dalaman ke negara lain.

Ron Paul adalah ahli Kongres Republikan dari Texas. Beliau merupakan calon Presiden Parti Libertarian pada 1998.AIDC menterjemah artikel beliau bertajuk "National Endowment for Democracy: Paying to Make Enemies of America ", yang ditulis pada 11 Oktober 2003


artikel berkaitan :

1. NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

2. Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali


Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali

Ahmad Lutfi Othman

Nota: Rencana ini dipetik daripada buku yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Tajuk asal rencana itu adalah "Ibrahim Ali : Nak Upah Orang Bukan Perkara Mudah". Ahmad Lutfi sekarang ini Ketua Pengarang Harakah.

Macam-macam pandangan yang dikemukakan terhadap isu pemecatan Anwar. Tidak ramai percaya ia hanya disebabkan masalah moral. Orang lebih suka melihatnya sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi, termasuk Mahathir, untuk menyingkirkan Anwar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali tentunya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. Rosmida Abdul Rahman sempat menemubual beliau dipejabatnya, di Bangunan UOA Centre Kuala Lumpur, pada 29 September 1998.

Rosmida : Umumnya tanggapan masyarakat bukan mempertikaikan hak Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau hak ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memecat keahlian UMNO Anwar. Mereka sama sekali tidak boleh menerima, kalaupun mungkin disyakki Anwar melakukan salah laku seks yang melampau itu, mengapa ia dihebohkan begitu sekali, khususnya melalui afidavit berkaitan Nallakarupan.

Ibrahim : Masalah yang berkaitan isu Anwar Ibrahim boleh dilihat dari dua sudut. Satu, sudut politik dan lagi satu perundangan. Dalam UMNO, ada kaedah dan peraturan disiplin tersendiri. Maka mana-mana ahli pun tertakluk kepada disiplin ini. Begitu juga dengan parti-parti lain. Parti berhak mengambil disiplin ke atas mana-mana ahli yang difikirkan perlu diambil tindakan. Lebih-lebih lagi yang boleh menjejaskan atau merosakkan nama baik parti.

Begitu juga kita sebagai warganegara, rakyat atau masyarakat, yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang. Dalam hal ini, rakyat juga tidak terkecuali dalam undang-undang, hatta raja pun....tiada siapa yang kebal dengan undang-undang. Begitulah dalam kes Anwar ini. Dari aspek politik, UMNO tidak mengira kedudukan ahli-ahlinya untuk diambil tindakan. Di dalam perlembagaan UMNO pula, jika selepas parti membuat sesuatu keputusan, ia tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Sebabnya, sesiapa yang merujuk kepada mahkamah automatik akan terlucut keahliannya. Mengapa kita buat begitu?

Ini adalah kaedah parti.samalah seperti PAS dan DAP, masing-masing ada disiplin tersendiri. Dalam sesetengah kes, ahli-ahlinya juga dipecat tanpa perlu merujuk terlebih dahulu ke mahkamah. Ini bermakna dalam konteks parti masing-masing ada pertimbangan dan perkiraan sendiri.

Sebab itu ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, beliau sendiri banyak mengendalikan kes memecat atau menggantung ahli-ahli tanpa merujuk kepada mahkamah. Tiada perbicaraan di mahkamah pun. Samalah prinsip ini yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi terhadap Anwar Ibrahim sekarang.

Begitu juga dari segi perundangan, proses keadilan telah dipatuhi untuk mendakwa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ia berdasarkan laporan lapis dan apabila disiasat terdapat prima facie. Namun kes ini agak lewat ke mahkamah kerana banyak gangguan. Ini kerana ada pihak tertentu cuba hendak menganggu perjalanan proses keadilan di mahkamah.

Contohnya, pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh ditakrifkan seolah-olah hendak menganggu proses mahkamah. Bagaimanapun Anwar Ibrahim sudah didakwa oleh mahkamah pada pagi ini dengan 10 tuduhan. Cuma tinggal lagi, isu yang sering dipersoalkan, mengapa Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO? Ramai yang mempertikaikan tentang saksi. Sebab itu dalam soal ini pelbagai pertanyaan dan persoalan timbul. Walaupun kita mempunyai undang-undang dan peraturan, tetapi kebijaksanaan juga penting dalam menangani setiap isu.

Bukankan kes Anwar Ibrahim ini rumit dan pertuduhan terhadapnya amat sukar untuk diterima terhadapnya amat sukar untuk diterima oleh masyarakat, bahawa orang seperti Anwar boleh melakukannya.

Ya. Memanglah Anwar Ibrahim seorang Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri dan menggunakan label Islam sudah begitu lama. Dia sering bercakap soal moral dan akhlak, malah mempunyai pengaruh dan kedudukan. Sudah tentulah perkara ini sesuatu yang rumit. Hendak menjalankan proses undang-undang pun rumit. Malah untuk meyakinkan orang, lagilah rumit.

Namun kita melihat Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan tentunya mempunyai maklumat dan bukti. Begitu juga kalau perkara yang sama dihadapi Presiden PAS. Dia tahu ahlinya buat salah. Dan sebagai Presiden, dia berhak mengambil tindakan menyelamatkan partinya, tanpa perlu merujuk ke mahkamah. Begitu juga dengan Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa untuk memecat atau melantik mana-mana menteri kabinetnya. Hatta Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

Pemecatan dan perlantikan kabinet ini bukan perkara baru. Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau memecat Aziz Ishak, seorang tokoh popular ketika itu. Tun Hussien Onn pula memecat dan mendakwa Dato’ Harun Idris yang cukup popular. Kemudian pada era Dr. Mahathir, kes Anwar ini bukan baru. Naib Presiden UMNO, Muhammad Taib diminta berhenti sebagai Menteri Besar Selangor.

Manakala Rahim Thamby Chik dinasihatkan bercuti sebagai Ketua Pemuda UMNO dan berundur dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan Dr. Mahathir sendiri tahu rakyat sering mendaulatkan konsep bersih, cekap dan amanah. Tetapi masalahnya sekarang, semasa kerajaan menerapkan konsep tersebut, ada pula gangguan. Walhal kuasa pemecatan dan perlantikan oleh Perdana Menteri berlaku di mana sahaja. Contohnya, di Rusia, Presidennya bukan sahaja memecat Perdana Menteri, tetapi seluruh anggota kabinetnya.

Di New Zealand, seorang Perdana Menteri wanita memecat timbalannya, seorang lelaki. Sultan Brunei memecat adiknya sendiri yang menjadi Menteri Kewangan. Dalam hal ini, ia tidak melibatkan perbicaraan apa pun.

Apakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mudah sekali memecat timbalannya?

Dalam kes Anwar Ibrahim ini, bukannya Perdana Menteri sengaja suka-suka hendak memecatnya. Dr. Mahathir tahu Anwar Ibrahim ada kes. Ia hasil siasatan polis dari buku 50 Dalil, misalnya kes meliwat.

Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah menasihatkan Anwar supaya meletakkan jawatan. Jika Anwar letak jawatan tidak timbul soal beliau dipecat. Mengapa Perdana Menteri menyuruh Anwar letak jawatan? Ini kerana Anwar sudah ada kes di tangan polis dan jabatan peguam negara. Apabila dihadapkan ke mahkamah, dan Anwar tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela, imej kerajaan dan UMNO tercemar. Sebab yang dibicarakan ketika itu ialah seorang TPM merangkap Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

Cuba kita lihat kes Muhammad Taib. Beliau memberi kerjasama. Apabila Perdana Menteri meminta letak jawatan beliau akur. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik, dia tetap akur. Tetapi Anwar enggan bekerjasama. Bagi membolehkan beliau membersihkan dirinya di mahkamah tanpa membabitkan nama baik kerajaan dan UMNO, maka Perdana Menteri wajar memecatnya. Apabila pemecatan dibuat, Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan.

Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan. Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir lakukan ini adalah betul.

Bagi mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan ada sentimen politik yang tinggi maka dikeluarkan pelbagai pandangan dan tafsiran. Justeru, dipersoalkan proses keadilan, kebebasan mahkamah dan kehadiran saksi. Cuba kaji dengan teliti sejauhmana proses perundangan dijalankan.

Bagi saya, sepatutnya Anwar yang digelar pemimpin Islam berwibawa sepatutnya sepatutnya menunjukkan teladan ketika menghadapi musibah. Jika yakin dirinya bersih, Anwar tidak perlu gelabah. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana. Jika seseorang itu tidak bersalah dan memiliki iman yang kuat, dia akan tetap mendapat perlindungan dari Allah. Suatu hari, kebenaran pasti akan berpihak kepadanya.

Itulah janji Allah. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita yakin dengannya, apatah lagi orang seperti Anwar. Jika iman kita kukuh dan kita di pihak yang benar, datanglah apa sahaja fitnah yang melanda, ia dapat dirongkai dengan baik. Tapi Anwar nampaknya bertindak sesuka hati sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Dan Anwar menuduh kerajaan ini zalim, sedangkan sistem itulah yang beliau pertahankan selama 16 tahun ini. Begitu juga sistem mahkamah kita, pelbagai perkara dibangkitkan. Memang diakui ada kelemahannya, misalnya kes membabitkan Lim Guan Eng.

Jika betullah tuduhan UMNO melindungi pemimpin-pemimpinnya dan undang-undang hanya untuk orang tertentu, tetapi kini jelas pemimpin tertinggi UMNO juga dihadapkan ke mahkamah. Buktinya, antara lain, kes Sahar Arpan dan Waad Mansur. Mereka adalah anggota Exco kerajaan negeri. Dulu orang kata ikan bilis saja yang kena, ikan jerung terlepas. Anwar sendiri pernah cakap perkara ini. Sekarang apabila jerung sudah kena, mereka kata kita tak adil pula. Kemudian dituduh macam-macam. Saya beritahu secara ikhlas, sebagai seorang kawan yang kenal Anwar begitu lama, saya rasa hilang hormat langsung terhadapnya. Bukan masalah betul atau tidak dari segi tuduhan.

Tetapi hilang hormat saya kerana cara dan tindakan Anwar. Beliau banyak melakukan perkara yang betul-betul bertentangan. Saya boleh tunjukkan pelbagai bukti, misalnya soal menegakkan keadilan dalam parti. Bukankah Anwar bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO?

Beliau yang mengendalikan kes wang akaun wanita UMNO yang dikatakan hilang sehingga Anwar mengambil keputusan memecat Zainab Abu Bakar sebagai timbalan menteri dan ahli UMNO begitu sahaja. Tanpa ada sebarang pembelaan. Anwar tidak merujuk ke mahkamah walhal ia melibatkan kes duit. Begitu juga amalan politik dalam UMNO, penyokong kuatnya, walaupun dan terdapat tuduhan mereka, namun Anwar membiarkannya. Jelas, beliau benar-benar hipokrit. Saya kenal beliau sudah 30 tahun.

Kemudian soal nepotisme, saya boleh senaraikan adik-beradik Anwar, siapa Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Rosli Ibrahim, Marzuki Ibrahim, malah bapanya Dato’ Ibrahim, dan juga bapa mertuanya sekali. Memanglah bapanya dulu berniaga sikit-sikit, tapi tak sehebat hari ini. Apakah saudara-saudaranya yang mengaut kekayaan itu memperolehinya begitu sahaja atau berdasarkan kemampuan sendiri, tanpa menggunakan platform Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Begitu juga dengan kroni Anwar, yang pernah bekerja di pejabatnya. Di manakah mereka sekarang? Ramai yang menjadi ahli korporat terkemuka walaupun tanpa pengalaman dan nilai keusahawanan tulen. Ada yang bergelar timbalan menteri. Misalnya, dulu siapa Kamaruddin Jaafar? Sekarang menjadi pengerusi beberapa syarikat terkemuka. Ahli-ahli yang UMNO, yang sudah berpuluh tahun berniaga, tidak sampai ke situ pun.

Sekarang masyarakat menpersoalkan rekod lama Mahathir mengenai sikapnya terhadap salah laku seks di kalangan pemimpin UMNO selama ini. Bukankah Dr. Mahathir boleh bertolak ansur dalam hal ini? Tiba-tiba saja kelihatan imej Dr. Mahathir berpegang teguh soal akhlak dan moral. Masyarakat jadi keliru.

Keliru macam mana? Dalam kes Rahim Tamby Chik, beliau telah dihukum dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Adakah selama ini Rahim dibawa balik sebagai Ketua Menteri Melaka?

Bagi saya, isu Anwar senang sahaja, tak perlulah cerita kes liwat dan pertuduhan yang lain. Apabila Anwar berkawan dengan Nalla, seorang taukeh judi, ia sudah cukup menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.

Masyarakat pula begitu mudah menerima ia sebagai konspirasi politik. Bagi Anwar, apabila kesan terbongkar tentulah beliau akan mempertahankan dirinya dengan apa juga kaedah dan pendekatan. Takkan Anwar nak mengaku beliau berbuat jahat. Selama ini bergegar membaca khutbah, bercakap Islam, menyentuh soal moral.

Di Kelantan pun ada orang-orang yang mengaji agama mempergunakan anak murid untuk tujuan tersebut. Kalau nak sentuh bab liwat, ia bukan cerita baru. Tambah-tambah orang yang bercakap Islam tetapi mempunyai moral yang rendah. Selama ini masyarakat menganggap Anwar bersih dan tiada cacat celanya.

Bukankah kita diperingatkan Allah, bahawa tabiat manusia ini, mula-mula kelihatan baik tetapi apabila diberi kuasa pangkat, harta dan darjat sudah mula jadi gila. Mungkin Kementerian Kewangan itu berpuaka! Di situlah tempat menguruskan segala kewangan negara.

Berdasarkan pengalaman Dato’ yang pernah berhadapan dengan kes Tengku Razaleigh yang tersingkir dari UMNO pada tahun 1987, begitu juga dengan pemecatan Anwar sekarang, apa kaitan kes-kes ini.

Berbeza. Seperti Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lawan Dr. Mahathir di dalam parti melalui pemilihan. Seterusnya mengalami kekalahan. Ada pihak membawa kes tersebut du mahkamah. Kemudian UMNO diisytiharkan tidak sah. Beliau tidak dibenarkan masuk UMNO ketika itu.

Maka Ku Li guna cara lain, mengisytiharkan parti baru. Beliau sendiri ada gagasan baru iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan saya sendiri turut terlibat pada awalnya. Dan kita kemukakan agenda. Dan kita lakukan mengikut proses undang-undang.

Kita tak suruh budak-budak muda tunjuk perasaan macam Anwar suruh. Menjerit-jerit di masjid, apatah lagi tuduhan pula kes meliwat. Kemudian melaung-laung takbir untuk bela Anwar. Perubahan sikap Anwar selepas dipecat cukup ketara, antaranya gelojoh dan emosional.

Anwar sendiri selalu memberitahu, apabila ditimpa musibah kita kena besabar dan berdoa banyak-banyak dengan Allah. Sepatutnya jika perkara ini fitnah, tidak perlulah menjerit-jerit.

Malah beliau boleh lakukan perjumpaan dengan Majlis Tertinggi memberitahu bahawa beliau tak puas hati. Kalau dah tak ada cara lain sangat, bersumpahlah secara Islam. Saya pelik, mengapa Anwar berasa takut untuk pergi ke mahkamah? Sama ada ia fitnah atau tidak, biar mahkamah tentukan. Orang lain pun pernah pergi mahkamah.

Apakah Anwar fikir dirinya istimewa sangat. Selepas mahkamah putuskan Anwar benar-benar dizalimi dengan fitnah yang hina itu, masa itu, hendak bakar bangunan di Kuala Lumpur, bakarlah (ketawa)!

Sebenarnya, apakah peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pada 3 September 1998. Bagaimana reaksi awal Anwar? Adakah pemecatan Anwar berdasarkan keputusan Dr. Mahathir semata-mata tanpa sanggahan dari anggota mesyuarat, khususnya penyokong Anwar?

Sebenarnya pemecatan tersebut berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi. Begini....mesyuarat Majlis Tertinggi dipanggil selepas sehari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila mesyuarat, sudah tentu pengerusi mesyuarat adalah Presiden parti.

Ia dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi, cuma dua orang sahaja tidak hadir iaitu Dato’ Abdullah Badawi yang berada di luar negara dan Nazri Aziz pula sedang bercuti. Maka Presiden pun membentangkan hal-hal berkaitan Anwar. Dan Anwar berada di sebelah kanan Presiden.

Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau mula mendidik, membentuk dan menjaga Anwar kerana Anwar adalah penggantinya kelak. Semua cerita sedap-sedap belaka. Anwar naik dalam UMNO macam roket, pijak semua kepala orang (ketawa). Orang lain berpeluh berbelas-belas tahun....macam Ku Li.

Dr. Mahathir dulu pun pernah kena pecat selama dua tahun. Dr. Mahathir bercakap lebih kurang satu jam lebih. Kemudian barulah beliau bentangkan segala pertuduhan terhadap Anwar. Presiden ada mengatakan : ”Saya yakin Anwar ada kes meliwat.”
Kes lain tidak mengapa, tetapi kes meliwat, bagi Dr. Mahathir, amat berat. Katanya lagi, orang begini tidak boleh jadi Perdana Menteri.

Selain Dr. Mahthir memberi keterangan, maka Anwar diberi peluang bercakap. Anwar tidak menyebut kes tuduhan tersebut, sebaliknya mengatakan ia adalah konspirasi dan fitnah, dengan gaya penuh emosi sambil menumbuk-numbuk meja. Anwar bercakap selama satu jam.

Apakah hujah utama Anwar untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan tersebut?
Tidak ada! Anwar asyik menyebut konspirasi tak habis-habis. Kemudian perbincangan dibuka kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi pula. Pada awalnya orang lain diam, sayalah orang yang mula-mula bercakap.

Saya tegur Anwar : ”Apa you anwar? Angkuh dan sombong. Cara Dr. Mahathir layan you begitu baik sekali. Jawablah tuduhan tersebut dengan baik. Kalau begini caranya, you bukan pemimpinlah Anwar. Semua orang boleh tumbuk meja. Jangan ingat you seorang saja nak tunjuk garang. Saya pun garang juga.”

Apa lagi, saya pun tumbuk meja jugalah (ketawa). Saya nak dengar juga kalau-kalau Anwar nak bersumpah atau menjawab satu persatu pertuduhan terhadapnya. Tetapi Anwar menjawab dengan cukup rasional. Kemudian kenyataan-kenyataan beliau banyak bertentangan.

Pernah Anwar menyebut dengan kawan-kawannya bahawa beliau pernah pergi dua kali ke Tivoli Villa. Di dalam Majlis Tertinggi pula Anwar kata, dia tidak pernah pijak pun, walaupun sekali. Apabila Anwar tamat bercerita dan ahli lain habis bercakap, Dr. Mahathir suruh Anwar gulung pula ucapannya. Sebelum itu ada yang mencadangkan Anwar dipecat, digantung keahlian atau diberi cuti.

Akhir sekali, penggulungan dari Dr. Mahathir, dan beliau bertanya kepada Anwar, sama ada hendak tunggu atau keluar dari bilik mesyuarat itu. Anwar kata hendak keluar. Dan Dr. Mahathir membuat keputusan mengikut majoriti mengundi. Majoriti bersetuju Anwar dipecat sebagai ahli.

Tetapi berdasarkan beberapa cadangan tadi, maka undian dijalankan sekali lagi untuk mendapat keputusan yang tepat. Ini bermakna sebanyak dua kali undian dilakukan. Apa yang tidak adilnya? Dr. Mahathir dipecat dahulu tidak berpeluang membela diri. Zainab Abu Bakar dipecat begitu juga, tiada pembelaan diri.

Maknanya, Anwar diberi peluang membela diri secukupnya?

Ya. Anwar diberi peluang membela diri. Apa yang beliau hendak bising-bising selama ini? Saya tak tahulah nak cakap. Barulah saya tahu yang Anwar ini batu, bukannya permata. Namun yang mengecewakan hujahnya tiada berkaitan lansung dengan tuduhan.

Bagaimana reaksi Anwar apabila Dr. Mahathir membentangkan pertuduhannya?
Terlalu jelas....Memang nampak kebimbingan, panik dan keresahannya ketara. Saya sendiri melihat dari body language, Anwar memang dalam keadaan betul-betul gelisah. Sepatutnya Anwar tidak boleh menyalahkan dirinya sendiri. Anwar mengatakan, melalui kenyataannya, bahawa semua saksi dibayar. Anwar boleh kata apa sahajalah. Takkanlah orang buat salah hendak mengaku salah.

Reaksi Mahathir?

Kecewa dan sedih. Harapannya hancur. Beliau yang mendidik sepanjang pembabitan Anwar di dalam UMNO selama 16 tahun. Lagipun Mahathir sendiri sudah berumur 73 tahun, hanya menunggu masa untuk berhenti sahaja. Tiba-tiba Anwar buat hal sedemikian rupa. Sudah tentu Mahathir teramat sedih.

Bagaimana penerimaan dari ahli Majlis Tertinggi pula, adakah pada peringkat awalnya menemui kesukaran untuk menerima hal ini?

Masalahnya begini, sebelum ini tidak pernah lagi kita mendengar kes liwat. Kalau kes skandal perempuan tu biasalah. Lagipun skandal begini bukan perkara baru. Berlainan dalam kes ini, perkara meliwat belum berlaku di kalangan pemimpin. Kedua pula, tuduhan tersebut berlaku ke atas Anwar Ibrahim.

Saya amat faham, bagaimana sukarnya untuk masyarakat menerima perkara ini. Oleh yang demikian, berdasarkan bukti dan penerangan yang telah dilakukan dan respons Anwar yang mengecewakan, maka mereka buatlah penilaian sendiri.

Sejauhmana ketepatan maklumat yang diperolehi oleh Dr. Mahathir sehingga beliau betul-betul yakin terhadap salah laku Anwar Ibrahim?

Ya. Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau memperolehi maklumat kepada Majlis Tertinggi. Sememangnya beliau sendiri ragu dengan siasatan memaksa beliau memanggil pihak-pihak yang terlibat pula dapat menjawab dengan baik dan betul. Antara saksi-saksi itu ialah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar Ibrahim, pemandu Dato’ Nalla, Umi Hafilda Ali dan saksi yang lain.

Desas-desus mengatakan saks-saksi ini diupah?

Itulah...macam kes Sukma dan Dr. Munawar, orang kata diupah. Tolong ingat sikit.....nak upah orang bukan perkara mudah. Kalau nak hidup dengan hasil upah orang jangan ingat dapat hidup senang! Soal maruah, imej, harga diri nak letak mana? Lagi satu, masyarakat sering mengatakan konspirasi. Ingat nak rancang konspirasi? Ingat mudah Dr. Mahathir panggil Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, seterusnya pegawai-pegawai polis yang terlibat?

Pegawai polis yang menyiasat adalah Musa Hassan? Beliau anak Ustaz Hassan Azahari dan abang kepada Fuad Hassan. Kalau nak tahu, Fuad Hassan adalah penyokong kuat Anwar tetapi beliau seorang sahaja yang tidak pergi ke rumah Anwar. Kemudian keluarlah pelbagai akhbar mengatakan lima, enam orang saksi tersebut diupah dengan tujuan menjatuhkan Anwar. Ingat sekarang? Jangan ingat kerja mengupah perkara senang. Tak mudahlah!

Bagaimana yang dikatakan konspirasi?

Konspirasi sebenarnya, bagi saya, orang bawah, dia tidak perlukan konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan Anwar lagi, beliau tidak perlu ada konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan konspirasi. Dia ada kuasa untuk pecat Anwar bila-bila masa. Tetapi jika Anwar yang melakukan konspirasi, ia mungkin betul. Misalnya, bagaimana beliau menjatuhkan Tun Ghafar. Tetapi siapa yang nampak perkara begini?

Umumnya curiga tentang proses keadilan yang dilaksanakan, misalnya dalam kes mahkamah membabitkan adik angkat Anwar Sukma dan bekas penulis ucapannya. Dr. Munawar. Daripada pengakuan bersalah mereka, cara bagaimana dipilih peguambela, hujah peguambela yang mengelirukan, dan macam-macam lagi.

Memanglah. Sebab kedua-duanya mengaku. Asalnya saya difahamkan, Dr. Munawar ditangkap atas tuduhan disyaki sebagai agen tali barut luar. Apabila disoalsiasat, saya dapat tahu, Dr. Munawar sendiri secara sukarela mendedahkan perkara liwatnya dengan Anwar. Apabila beliau sudah mengaku dan tandatangan, kemudian Dr. Munawar didakwa ke mahkamah. Beliau mengaku, jadi tidak ada bicara.

Khabarnya Dato’ mula rapat dengan Anwar, ketika zaman kebangkitan pelajar di kampus awal tahun 70-an dulu. Kehebatan Anwar lebih menyinar apabila ditahan ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan isu kemiskinan rakyat bawahan. Apakah kehebatan Anwar dari kacamata Dato’?

Ikhlas saya beritahu, memang saya cukup mengagumi Anwar Ibrahim daripada zaman pelajar sehinggalah beliau bergiat dalam ABIM. Walaupun saya adalah antara individu yang menyokongnya, malah mengakui kehebatannya, tetapi saya bukan ibarat lembu dicucuk hidung. Kadang-kadang kami juga bertentangan pendapat. Saya mengakui pada tahun 1978, berlaku krisis dalam PAS, dan kefahaman politik kami berbeza.

Ketika Allahyarham Dato’ Asri memecat Dato’ Mohamad Nasir sehingga wujudnya penubuhan Berjasa dan jatuhnya PAS di Kelantan. Tetapi Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dalam hal ini, beliau geram kepada saya, kononnya, saya tidak mengikut jamaah.

Ia membuktikan, walaupun saya mengakui kebolehan, kewibawaan dan bakat pidato yang dimiliki oleh Anwar, tetapi bukan bermakna saya akan mengikut segala telunjuknya. Bagaimanapun, memang saya kagum dengan kewibawaannya, sebab itu saya sokong beliau. Saya ingin ceritakan secara peribadi, selepas balik dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang memecat Anwar, saya buka album dan melihat gambar-gambar bersama Anwar Ibrahim dahulu. Ia memang menyentuh jiwa saya. Saya menangis bila menatap gambarnya. Perkara ini tidak pernah berlaku di dalam hidup saya.

Akhir sekali, bagaimana Dato’ melihat ending percaturan politik dalam UMNO? Mungkin UMNO akan berlaku perpecahan?

Saya tidak nampak apa-apa masalah. Sebab UMNO adalah parti yang sudah matang. Parti UMNO sudah menghadapi pelbagai cabaran dan getir. Kes yang paling baik boleh disebut di sini ialah kes Dato’ Harun. Ketua Pemuda UMNO bela Dato’ Harun, suasananya lebih tegang daripada kes Anwar Ibrahim. Tapi kesudahannya, semua pihak akur dengan undang-undang.

Kemudian isu pindaan perlembagaan yang mahu memansuhkan kekebalan raja-raja Melayu. Ramai orang kata, habislah UMNO kali ini. Cuba tengok, UMNO mantap juga akhirnya. Raja-raja menjadi lebih berdisiplin.

Begitu juga apabila Tengku Razaleigh lawan Dr. Mahathir, sehinggalah UMNO jadi parti haram. Malah UMNO berpecah kepada dua. Betul, UMNO hilang Kelantan dan jatuh ke tangan PAS. Tetapi UMNO masih lagi mantap. Dalam isu yang kita hadapi kini, ia hanya melibatkan Anwar Ibrahim seorang sahaja. Pemimpin pergi pemimpin datang. Patah tumbuh hilang berganti.


Artikel berkaitan

1. DARAH ANWAR DALAM PAS, Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Memo Buat Bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993.

2. ANWAR LEBIH GANAS DARIPADA MAHATHIR-MOHAMAD SABU, Ahmad Lutfi Othman dalam buku "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?", Penerbitan Pemuda, 1998

3. BAGAIMANA ANWAR AGIHKAN KEKAYAAN NEGARA?, Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Memo Buat Bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Ketika Anwar Menteri Kewangan, Bank Negara rugi, Siapa pula kaki judi ?


Ketika Anwar Menteri Kewangan, Bank Negara rugi, Siapa pula kaki judi ?


Ahmad Lutfi Othman

Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya "PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah. Rencana asal bertajuk " Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?"

Sebaik sahaja mengetahui Bank Negara mengalami kerugian RM 9,300 juta akibat urusniaga pertukaran asing, pada pertengahan April 1993, saya, ketika itu sebagai Pengarang Kumpulan Harakah bergegas meminta wartawan kanan, Rashidi Hassan menghubungi Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mendapatkan komen lanjut. Bagi saya kerugian begitu besar tidak boleh didiamkan. Rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Dan tentunya sebagai bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh boleh memberi penjelasan dalam masalah yang agak sukar difahami oleh rakyat biasa.

Sebenarnya pihak media tempatan tidak langsung menyentuh kerugian ini selama hampir dua minggu selepas Laporan Bank Negara dikeluarkan. Hanya selepas media asing melaporkannya maka barulah terdapat berita mengenainya di akhbar tempatan. Itupun sekadar memaklumkan dan tidak menjelaskan kenapa berlaku peristiwa yang sungguh merugikan rakyat itu. Difahamkan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris diarahkan supaya mengecilkan perkara ini. Terlalu banyak pekung yang hendak ditutup akhirnya bau busuk dapat dihidu di segenap ceruk.

Seperti biasa Rashidi akan menghubungi terus Ketua Penerangan S46, Ahmad Shabery Cheek, yang sentiasa berada di rumah Tengku Razaleigh.

“Beritahu Shabery kenyataan Ku Li itu kita akan jadikan lead Harakah”, pesan saya secara bergurau kepada Rashidi.

Namun begitu, setelah menyemak sepintas lalu berita-berita yang ada untuk keluaran Isnin, 19 April 1993, tidak ada berita yang sesuai. Berita dari Kelantan agak menarik, tentang kenyataan Tuan Guru Menteri Besar yang menyifatkan usaha UMNO menurunkan Sultan Ismail Petra dari takhta Kesultanan Kelantan dan digantikan dengan Tengku Ibrahim Petra adalah satu rancangan untuk menzahirkan raja politik di negara ini. Bagi muka belakang, saya pilih analisis perkembangan terbaru UMNO, kemungkinan Ghafar Baba tarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, dengan memberi laluan kepada Musa Hitam.

“Lutfi.....Shabery kata, okey. Dia sedang bincang dengan Ku Li dan akan faxkan ke sini pada sebelah petang nanti. Muka depannya?” Rashidi nampaknya gembira.

Saya sendiri gembira bila mendapat tahu Tengku Razaleigh sudi memberikan komen. Peranan Harakah menjadi lebih penting dalam mengetengahkan isu ini kerana semua akhbar utama menggelapkannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jumlah RM9,300 juta bukan nilai yang boleh dipandang ringan!

Tengku Razaleigh, melalui kenyataannya kepada Harakah, berkata kerugian yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kerugian terkumpul yang melibatkan skandal BMF, Manimco dan koperasi pengambil deposit : “Bahkan jumlah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak itu.”

“Kalau di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh.

Beliau kesal dengan sikap Menteri Kewangan yang berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan pokok pangkal sebenar skandal ini kepada rakyat. Saya memilih tajuk “Anwar Perlu Ambil Tanggungjawab” untuk lead Harakah minggu itu.

Untuk keluaran Harakah berikutnya, saya sendiri menghubungi Shabery bagi mendapatkan komen Tengku Razaleigh selanjutnya. Ini berikutan kenyataan balas Gabenor Bank Negara yang merumuskan :

“Sebenarnya lebih kukuh nilai ringgit, lebih banyak Bank Negara menanggung kerugian kerana rizab kita dalam ringgit akan jatuh.” Tan Sri Jaffar Hussien juga berkata, kerugian RM9.3 bilion itu adalah dari segi nilaian atas kertas dan bukannya kerugian mata wang nyata. Kerugian itu, katanya, berpunca dari kedudukan nilai ringgit, kos pengendalian inflasi yang tinggi dan pergerakan turun naik kadar pertukaran mata wang yang meluas.

Ketika dihubungi Shabery memberitahu Tengku Razaleigh agak sibuk hari itu, ada mesyuarat penting dan menziarahi jenazah. Saya meminta Shabery sendiri memberi komentar.

“Nak jadikan tajuk muka depan lagi?” Saya tahu Shabery sebenarnya bergurau bila bertanya begitu.

“Kalau kenyataan Tengku, insya-Allah saya akan usahakan untuk tajuk utama. Tapi kalau you yang buat komen, kita akan pertimbangkan,” balas saya, juga bergurau. Bagaimanapun yang lebih penting bukan lagi tokoh yang memberi komen tetapi kekuatan hujah itu sendiri.

Masyarakat pembaca harus didedahkan dengan sejelas-jelasnya melalui Harakah maklumlah Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah di bawah takluk Menteri Kewangan.

Kenyataan Shabery dengan tajuk “Wang Rakyat Diperjudikan” saya pilih tajuk utama Harakah, 23 April.

Shabery mengakui bahawa kenaikan nilai ringgit boleh menjejaskan jumlah rizab negara tetapi sukar diterima akal kalau hanya beberapa peratus kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika boleh mengeringkan langsung rizab negara. Serentak dengan itu, Shabery mengingatkan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim supaya “jangan berselindung di sebalik istilah-istilah ekonomi yang mengelirukan.”

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Shabery juga mempersoalkan alasan Gabenor Bank Negara : “Apakah semakin kukuh ekonomi bermakna semakin kering rizab kita. Kenapa pula Singapura dan Brunei yang berkembang ekonominya dan kukuh mata wangnya tidak mengalami kerugian teruk sepertimana yang dialami oleh Bank Negara. Apakah Kementerian Kewangan Malaysia ingin memperkenalkan teori baru ekonomi, iaitu semakin berkembang ekonomi bertambah susutlah rizab, dan tidak mustahil ia terus bankrap. Apakah ini juga bermakna semasa ringgit kita jatuh dahulu, rizab kita melambung naik lebih seratus peratus?”

Untuk Harakah berikutnya, ramai teman-teman bertanya : “Minggu ini nak lanyak Anwar lagi?

Cukuplah...Nanti kerana isu itu pula Anwar boleh jatuh.

Masalahnya bukan pasal hendak menjatuhkan Anwar dan menaikkan orang lain. Ini soal kebenaran. Kalau Anwar berada di pihak yang benar, Anwar tidak perlu melatah kepada akhbar sekecil Harakah. Di bawah Anwar sudah tersedia akhbar-akhbar besar, begitu juga TV3, apa yang ditakutkannya. Kalau Harakah buat kesilapan, Anwar boleh tegur.

Bagi keluaran Harakah 26 April, kami memilih isu kerugian Bank Negara juga. Saya memberitahu teman-teman di Harakah : “Kalau ada isu besar yang kita tangani, kita mesti buat sungguh-sungguh, sehingga pihak bertanggungjawab memberi reaksi. Jangan asal tangkap muat sahaja.”

Kebetulan pula Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr. Syed Hussin Ali memberi reaksi yang sama dalam isu ini. Tanpa ragu-ragu lagi ia dipilih untuk menghiasi tajuk depan Harakah iaitu “Bank Negara Kalah Judi”, dengan tajuk kecilnya “PM didesak lucutkan jawatan Menteri Kewangan”.

Saya sendiri menghubungi Dr. Syed Hussin bagi mendapatkan maklumat lanjut berdasarkan kenyataan yang difaxkan ke Harakah.

Agak lama juga Dr. Syed Hussin menjelaskan, melalui telefon, dan hati saya berdetik : “Patutlah ramai orang tidak faham isu ini.”

Menurut Dr. Syed Hussin, Bank Negara seharusnya prudent (berhati-hati) dalam setiap kegiatannya dan semestinya sama sekali tidak terbabit dengan perjudian simpanan asing yang boleh membawa risiko kerugian yang cukup besar. Beliau menyamakan istilah spekulasi dengan perjudian.

Tindakan Bank Negara, menurutnya, akan menjejaskan kestabilan kewangan dalam jangka panjang kerana wang simpanan luar adalah sandaran atau jaminan kepada wang ringgit yang beredar dalam negara. Jika nilai sandaran itu jatuh, ia boleh menjejaskan kestabilan ringgit.

Dr. Syed Hussin berpendapat Bank Negara, yang di bawah kawalan Kementeriab Kewangan, sepatutnya mengawasi semua kegiatan bank dalam negeri supaya tidak terlibat dalam spekulasi / perjudian secara besar-besaran. Malangnya Bank Negara yang bertindak sebagai pengawas itu sendiri terlibat dalam spekulasi / perjudian :

“Jadi, siapakah pula yang akan mengawasi pengawas. Kami harapkan pagar yang menyelamatkan padi, rupanya pagar yang makan padi. Aneh sekali bagaimana Anwar yang dahulunya terkenal sebagai pejuang Islam melibatkan dirinya dengan judi besar-besaran seumpama ini”.

“Kami mempunyai maklumat bahawa pada tahun 1991 Bank Negara menugaskan seorang pegawainya menjalankan kegiatan spekulasi dengan menggunakan simpanan luar. Khabarnya keuntungan kira-kira satu bilion diperolehi. Digalakkan oleh kejayaan ini, pegawai tersebut diberikan kebebasan untuk meneruskan kegiatan judi ini dalam tahun 1992. Kami percaya banyak simpanan luar digunakan untuk membeli wang paun. Dalam tahun 1992 nilai paun turun dengan teruk sekali. Ini sebabnya kerugian yang kita tanggung begitu besar. Sekiranya yang dibeli ialah wang Amerika, kerugian mungkin tidak sebesar itu, sebab dalam tahun 1992 nilai wang Amerika turun kira-kira lima peratus saja, berbanding wang Malaysia. Kami mendapat tahu bahawa akibat kerugian ini pegawai berkenaan telah dipindahkan jawatan serta tugasnya. Ini tidak memadai. Sepatutnya kerajaan hendaklah mengambil tanggungjawab penuh dan meminta supaya Menteri Kewangan meletakkan jawatan, sekiranya beliau sendiri tidak hendak berbuat demikian secara sukarela. Bukankah Menteri Kewangan memperlihatkan kecuaian dan ketidakcekapannya?” tegas Dr. Syed Hussin.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya. Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah. Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 lebih menarik :

“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!”

Mengenai dakwaan Gabenor Bank Negara bahawa kerugian itu Cuma atas kertas sahaja, Dr. Syed Hussin berkata, “entahlah, kalau-kalau kerana wang selalunya dibuat dari kertas.”

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan : “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Walaupun Anwar menafikan dakwaan bahawa Bank Negara telah terlibat dalam aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing kenyataan itu ditolak oleh Kit Siang. Pada 1989, dilaporkan Bank Negara telahpun dikritik oleh pegawai kewangan Barat kerana spekulasi dalam mata wang yen dan dollar Amerika pada masa Kumpulan Tujuh negara industri cuba menstabilkan pasaran mata wang.

Pada April 1991, Reuter menyifatkan Bank Negara sebagai “suatu kuasa dominasi di kancah pertukaran asing untuk beberapa tahun” dan malah menuduh beberapa pengendali pertukaran asing sebagai “penjahat pasaran”.

Laporan tersebut memetik kenyataan peniaga di London sebagai berkata, Bank Negara” selama ini adalah pemain pasaran yang terbesar, meniagakan jumlah pertukaran asig yang jauh melebihi mana-mana pemain dalam pasaran”.

Mengenai dakwaan Tan Sri Jaffar Hussien bahawa semua kerugian pertukaran asing Bank Negara hanyalah “kerugian di atas kertas”, Kit Siang mempersoalkan “Adakah beliau berkata semua keuntungan pertukaran asing yang diperolehi oleh Bank Negara pada Jun 1985 adalah juga “kerugian di atas kertas” sahaja?”

Seterusnya Kit Siang berhujah : “Jika Bank Negara telah mengalami kerugian di antara RM6.9 bilion dan RM9.7 bilion kerana aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing, maka rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan yang sepenuhnya, kerana nyata sekali Bank Negara telah melampaui bidang kuasanya sebagai bank pusat dalam kegagalan bertindak dengan cermat sebagaimana yang dikehendaki.”

Bank Negara mengalami kerugian pertukaran asing yang besar semasa krisis mata wang dalam mekanisme kadar pertukaran Eropah susulan penolakan Masstricht Treaty on European Monetary Union dalam pungutan suara Denmark pada 2 Jun 1992, yang memaksa penggantungan pound sterling dari Exchange Rate Mechanism (ERM) of the European Monetary System (EMS).

Akibatnya ringgit mencatatkan kenaikan nilai yang paling besar berbanding dengan pound sterling, iaitu sebanyak 29.1 peratus. Adalah dilaporkan bahawa Bank of England telah membelanjakan berbilion-bilion paun untuk mempertahankan paun British pada masa itu.

“Yang ini sememangnya boleh difahami tetapi mengapa Bank Negara juga mahu selamatkan pound sterling?” tegas Kit Siang, disambut tepukan bergemuruh ahli-ahli Parlimen.

“Mengapa Bank Negara juga menukar berbilion-bilion atau berpuluh-puluh bilion ringgit kepada pound sterling untuk membantu mempertahankan pound British? Adakah kerajaan Malaysia sudah mengubah sikapnya dari dasar “Buy British Last” kepada Defend British First” – “Safe British First” dengan ringgit-ringgit wang rakyat Malaysia. Saya tidak percaya bahawa serbuan Bank Negara memberi pound yang merugikan tersebut semasa krisis mata wang sterling adalah kerana Perdana Menteri kita mahu selamatkan John Mayor – Mahathir to rescue John Mayor – dan paun British. Tetapi kerana Bank Negara berharap mengaut keuntungan yang besar dengan mengambil pendirian membeli untuk jangka panjang mengharapkan pound pulih kedudukannya dengan sokongan kerajaan British, “ hujah Kit Siang.

Tambahnya lagi, dengan tiadanya penjelasan yang memuaskan dan yang dapat diterima oleh kerugian pertukaran asing Bank Negara, keyakinan awam ke atas Bank Negara dan kerajaan akan terjejas.

” Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawapan dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam. Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara, “tegas Kit Siang.

Dalam jawapan balasnya, Anwar mempersoalkan jumlah kerugian yang diberikan oleh Kit Siang, Anwar mendakwa Kit Siang mengira dua kali. Mengenai pertanyaan Kit Siang bahawa kenapa bila rugi dikatakan rugi atas kertas, tetapi bila untung, memang sebenarnya untung, Anwar berkata :

“Bila untung, untung itu dipulihkan sebagai cash dipindahkan ke dalam negara, dibayar kepada kerajaan. Sebab itu untung ini in cash terms. Rugi yang disebut oleh Gabenor Bank Negara sebagai paper loss itu, rugi masih atas kemerosotan nilai yang masih dirizab.”

Anwar seterusnya memberi contoh : “Umpamanya kalau Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada US$1 juta, mungkin lebih, di simpan di New York, rugi itu in ringgit terms, sebab nilai ringgit bertambah. Jadi, US$1 juta masih kekal US$1 juta, tetapi apabila dari segi ringgit sudah merosot lapan peratus atau sembilan peratus, tengok kepada tempohnya. Ini basic economic, saya hendak beri kuliah sedikit. “

Dalam jawapannya itu, Anwar sempat juga menyerang Harakah : “Saya tahu, Harakah pun banyak isu, saya sekarang popular kerana front page headline, every week, every issue.

Bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya. Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :

“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply..... Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau. Kenyataan itu.....hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet.....Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”

Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut.

“Tetapi malang sekali, terdapat kesilapan-kesilapan dalam perhubungan dengan pihak dan akibatnya ialah, pemberitaan yang panjang lebar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri di Parlimen kelmarin sebagaimana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan – yang ada disebut berkait rapat dengan beliau – amat berbeza dengan ucapan spontan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang disampaikan di Dewan Rakyat,” ujar Kit Siang.

“Saya tidak ada bantahan jika Yang Berhormat Menteri ingin memberi ucapan spontan yang telah disediakan terlebih dahulu tetapi dengan syarat beliau dapat membuat pengubahsuaian berdasarkan apa yang telah saya katakan sebelum beliau berucap. Malang sekali Yang Berhormat Menteri tidak dapat berbuat demikian dan inilah sebabnya beliau terpaksa membuat kenyataan dan andaian dan tuduhan yang tidak akan beliau lakukan sekiranya beliau mengikuti dan memahami ucapan saya terlebih dahulu. Misalnya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, beliau mengejek saya kerana meminta butir-butir terperinci rizab Bank Negara dalam berbagai mata wang asing dengan mengatakan bahawa ia bukanlah “skim kutu kampung” untuk diketahui umum. Sebenarnya saya tidak pernah meminta butir-butir terperinci komposisi rizab asing Bank Negara. Apa yang saya minta ialah butir-butir terperinci kerugian pertukaran asing. Saya berharap Yang Berhormat Menteri faham bahawa terdapat perbezaan di antara dua jenis butiran ini, “ tambah Kit Siang.

Mengenai tuduhan Anwar bahawa beliau menghitung dua kali mengenai jumlah kerugian lain-lain rizab Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion, Kit Siang berkata :

“Saya tidak dapat memahami logik Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya akan berasa amat terkejut jika Gabenor Bank Negara masih menegaskan bahawa lain-lain rizab pada tahun lalu ialah RM9.3 bilion dan bukan RM10.1 bilion. “

Seterusnya Kit Siang merumuskan : “Malah seorang murid sekolah pun dapat memerhati bahawa lain-lain rizab Bank Negara telah kerugian RM10.1 bilion.”

Dalam hal ini Dr. Jomo juga bersetuju dengan hujah Kit Siang. Dalam huraiannya kepada Harakah Dr Jomo mencatatkan :

“Perhatian umum di negara kita setakat ini lebih tertumpu kepada pengurangan sebanyak RM9.3 bilion dalam lain-lain rizab Bank Negara antara akhir tahun 1991 dan akhir tahun 1992. Namun, kalau diambil kira jumlah RM800 juta yang dipindahkan ke dalam lain-lain rizab sebenarnya berkurangan sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992. Bank Negara juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion lagi untuk tanggungan-tanggungan kontijen – maksudnya, kerugian-kerugian yang dijangka berlaku akibat tindakan pada tahun 1992, sungguhpun masih belum berlaku. Misalnya, sekiranya bank tersebut membeli mata wang tertentu untuk masa depan dan berlakunya penurunan besar nilai mata wang tersebut berbanding ringgit. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan kerugian sebenar ialaj RM12.8 bilion pada tahun 1992, sungguhpun setengah daripada kerugian itu masih belum pasti, ataupun apa yang dikatakan kerugian atas kertas.”

Dr. Jomo membuat beberapa anggaran tentang jenis kerugian yang ditanggung, iaitu selain spekulasi tukaran asing, antaranya ialah kos menyerap dan akibat kenaikan nilai ringgit. Untuk membendung inflasi, Bank Negara telah menyerap kecairan yang berlebihan.

Kecairan berlebihan ini muncul terutamanya kerana kemasukan modal jangka pendek dari luar negeri akibat kadar faedah Malaysia yang agak tinggi, terutamanya pada awal 1992. Pada 1992 saja, Bank Negara telah menyerap RM17.1 bilion daripada sistem bank dan RM6.7 bilion deposit-deposit lain. Kalau dijumlahkan dengan deposit-deposit sebelumnya, pada akhir 1992, Bank Negara mempunyai deposit bernilai RM40.6 bilion.

Menurut keterangan Bank Negara, deposit ini nampaknya dismpan oleh Bank Negara di bank-bank Amerika Syarikat pada kadar faedah 2.5 peratus setahun sedangkan ia perlu membayar kira-kira lapan peratus setahun kepada bank-bank dan lain-lain di Malaysia dan dengan demikian, menanggung kos perbezaannya sebanyak 5.5 peratus. Lain-lain dokumen Bank Negara menunjukkan kebanyakan daripada langkah menyerap itu hanya berlaku mulai suku kedua tahun 1992 yang bererti, deposit-deposit yang dipegang oleh Bank Negara tidak pun sampai setahun penuh.

Lagi pula, sesiapa biasa dengan pasaran tukaran asing akan mendapati bahawa margin sebanyak 5.5 peratus itu pada ketika itu amat besar. Sungguhpun dengan andaian maksimum demikian, kos maksimum seluruh operasi itu tidak mungkin melebihi RM2.2 bilion (iaitu RM0.055 x 40.6 bilion).

Dr. Jomo menjelaskan : “Seperti telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan dan juga Gabenor Bank Negara, pengukuhan nilai ringgit pada 1992 mengakibatkan penurunan nilai rizab bank bila dihitung dalam wang ringgit. Laporan itu juga memberitahu ringgit kukuh sebanyak 5.6 peratus berbanding dengan longgokan komposit mata wang asing, yang mencerminkan rakan dagang lama Malaysia di peringkat antarabangsa. Kerugian yang berlaku ke atas nilai deposit oleh kerana kenaikan nilai ringgit pada 1992 sepatutnya tidak lebih daripada RM2.3 (iaitu RM0.056 x 40.6 bilion), andaikata semua deposit itu telah ditukar menjadi tukaran asing (kemungkinan besar tidak semuanya ditukar). Ini bermakna langkah menyerap dan kenaikan nilai ringgit hanya boleh menyebabkan kerugian kurang dari RM4.5 bilion, bererti sejumlah RM8.3 bilion lagi masih belum dipertanggungjawabkan.”

Kit Siang juga menolak hujah Anwar bahawa oleh kerana kedudukan ekonomi negara kukuh, maka kita tidak harus khuatir akan kerugian pertukaran asing Bank Negara :

“Sekarang ini pasaran saham amat bullish dan meningkat dengan banyak kaunter yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengepalai senarai saham yang amat aktif. Dan terdapat desas-desus bahawa pasaran saham yang hangat dan meningkat ini adalah berkaitan dengan tabung kempen dana war chess lebih kurang RM200 juta seorang pemimpin UMNO untuk pemilihan parti. Dan tentulah ia mencatat rekod. Tetapi adakah ini bererti kita harus menutup mata kita terhadap apa yang tidak sihat dan salah dalam pasaran saham.”

Mengulas suatu jawapan yang diberikan oleh Anwar, Kit Siang berkata :

“Imaginasi yang karut ini tidak boleh diterima langsung disebabkan ia adalah serupa dengan membandingkan seekor ayam dengan seekor itik. Yang Berhormat Menteri tidak memahami bahawa rizab asing adalah disebabkan oleh imbangan bayaran yang positif akibat pertumbuhan ekonomi negara sedangkan kenaikan atau kejatuhan lain-lain rizab adalahbergantung kepada prestasi Bank Negara. Kedua-dua ini tidak ada kaitan langsung.”

Ketua pembangkang itu kemudiannya menasihatkan Anwar supaya mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi antarabangsa daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri :

“Tetapi Setiausaha Parlimen (Kementerian Kewangan) yang merupakan seorang ahli ekonomi yang terlatih dan rujuklah kepada rencananya dalam Berita Harian, 24 April 1993. Dalam rencana ini, beliau telah menghiraukan dengan tepatnya bahawa tambahan dalam rizab bergantung kepada sama ada kita mempunyai pertimbangan bayaran yang positif yang bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.”

Anwar yang tidak pernah terlatih dalam bidang ekonomi tentunya mendapat pengajaran yang bermakna dalam isu, apatah lagi bila Kit Siang menegaskan :

“Adakah amat mengejutkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan nampaknya tidak memahami ekonomi antarabangsa yang asas ini sehingga saya bimbang bahawa Yang Berhormat Menteri sedang teraba-raba dalam kegelapan dan Malaysia memang mujur kerana tiada bencana kewangan besar yang berlaku sehingga kini. Yang Berhormat Menteri sepatutnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai dengan mengatakan kerugian dalam rizab-rizab lain sebanyak RM10.1 bilion oleh Bank Negara tidak penting disebabkan ia boleh dioffset oleh lebihan sebanyak RM16.5 bilion dalam rizab asing"

Bukan sahaja ini adalah salah dalam ertikata ekonomi asas tetapi perbandingan secara selektif adalah amat salah dalam ertikata perakaunan sehingga mana-mana pelajar perakaunan tidak membuat kesilapan sedemikian rupa. Tidak hairanlah mengapa Gabenor Bank Negara dan juga seorang chartered accountant kelihatan begitu muram apabila Yang Berhormat Menteri membuat perbandingan ini dalam Parlimen semalam. Namun ini mencerminkan dengan buruknya penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya sehingga tidak dapat mengajar dan membuatkannya (Anwar) memahami asas-asas dengan baik dan jelas.

“Ingin saya mencadangkan, demi kepentingan negara, agar beliau menukar penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan awam yang penuh dengan merujuk kepada semua perkara teknikal yang dibangkitkan secara bertanggungjawab dan janganlah ghairah berpolemik politik, “ tegas Kit Siang menutup ucapannya mengenai kerugian Bank Negara.

Dalam ucapan penggulungannya, pada 10 Mei 1993, Anwar mengulangi tuduhannya kepada pembangkang kerana terus mengira dua kali. Katanya, pelbagai pihak cuba membuat serkap jarang untuk menambah kekeliruan. Beliau tetap mempertahankan kemerosotan lain-lain rizab bernilai RM9.3 bilion dan bukannya RM10.1 bilion. Seterusnya Anwar menyifatkan kemerosotan itu berpunca dari gabungan beberapa faktor, antaranya ialah pengukuhan ringgit, kos mengawal inflasi turun naik mata wang antarabangsa dan lain-lain.

“Kita harus sedar bahawa kenaikan nilai ringgit, antara faktor yang menyebabkan kemerosotan nilai lain-lain rizab, telah membawa manfaat kepada rakyat dan negara amnya, “tegas Anwar.

Dari jawapannya itu, Anwar seolah-olah menegaskan Bank Negara akan terus berspekulasi dengan hujahnya :

“Ada yang berpendapat Bank Negara perlu mengambil sikap konservatif. Pandangan ini gagal melihat realiti sebenar. Bank Negara dan mana-mana bank pusat tidak perlu mengambil risiko untuk berdagang jika dasar pasif atau berdiam diri tidak mempunyai risikonya. Realitinya ialah berdagang dan tidak berdagang adalah dua pilihan yang membawa risiko masing-masing. Dengan berdagang, risikonya ialah ramalan dan unjuran yang dibuat dalam gerakan mata wang tidak tepat, justeru itu mengalami kerugian. Tetapi tidak berdagang juga bermakna menghadapi risiko kerugian akibat turun naik nilai antarabangsa mata wang dalam pegangan.”

Menyedari sebahagian jawapan Anwar itu ditujukan kepada tulisan Dr. Jomo, yang disiarkan dalam Harakah 10 Mei 1993, saya segera menghubungi Dr. Jomo, melalui telefon. Dr. Jomo menghabiskan masa lebih satu jam untuk memberi penjelasan dan beberapa contoh bagi memudhkan saya untuk memahaminya.

“Dasar Bank Negara, seperti yang ditegaskan oleh Anwar, salah dari segi Islam. Kita tidak dibenarkan berspekulasi. Kita tidak boleh membeli buah semasa pohon baru berbunga. Apa hujah Anwar membolehkan kita berspekulasi sebegitu rupa? Amat janggal apabila Bank Negara mengambil sikap untuk lebih berspekulasi dalam tukaran asing lebih daripada bank-bank perdagangan lain, “jelas Dr. Jomo.

Beliau mengulangi hujah yang pernah dikemukakan oleh Dr. Syed Hussin Ali : “Oleh kerana bank pusat pada pokoknya ialah mengawas, soalan yang timbul ialah siapakah yang akan mengawasi pengawas ini bila polisi-polisi yang tidak bijak dibiarkan berlaku"

Yang lebih dikesali oleh Dr. Jomo ialah jawapan Anwar itu menggambarkan tidak bersedia untuk mengaku kesilapan yang telah dilakukan, sebaliknya bertegas untuk meneruskan dasar yang silap itu. Mungkin ia terpaksa dilakukan untuk mendapatkan semula kerugian yang dialami tetapi yang pasti, menurut Dr. Jomo, ia tidak ada jaminan.

“Tapi harus diingat bahawa kita mungkin juga akan ditimpa kerugian yang lebih besar lagi,” tegasnya.

Walaupun Dr. Jomo mengakui bahawa dasar berspekulasi sebelum tahun 1992 sedikit sebanyak membawa keuntungan kepada Bank Negara tetapi “kerugian ini telah menghapuskan semua keuntungan itu kerana kerugian ini jauh lebih besar daripada keuntungan sebelumnya”.

Dalam kenyataan selepas itu, Dr. Jomo menegaskan : “Hanya kaki judi akan terus bertaruh dengan harapan menebus balik kerugiannya setakat tertentu. Dan barangkali kerugiannya akan terus bertambah walaupun mungkin terdapat ‘kemenangan’ sementara.”

Dalam tulisannya Dr Jomo berhujah konservatisme dalam soal-soal begini (spekulasi tukaran asing) bermakna kebijaksanaan dan tanggungjawab, bukannya menentang kemajuan :

“Memang diketahui Bank Negara tidak terlibat dengan begitu mendalam dengan perdagangan tukaran asing sebelum berlaku perubahan dalam Kementerian Kewangan dalam pucuk pimpinan bank itu sendiri pada pertengahan 1980-an.”

Rasanya Anwar menujukan ucapan kepada Dr Jomo bila beliau berkata : “Pihak tertentu menganggap bahawa berlaku perubahan besar dalam dasar pengurusan rizab sejak pertengahan tahun 80-an. Mungkin mereka yang berpendapat sedemikian terlalu ghairah untuk mempertahankan dasar sebelum pertengahan 80-an. Kenyataannya ialah Bank Negara meneruskan dasar yang sama iaitu meneruskan dasar berhemat. Bank Negara sebelum pertengahan 80-an tidak perlu berdagang dengan jumlah yang besar kerana jumlah rizab ketika itu adalah rendah, bahkan jauh lebih rendah dari hutang luar negara.”


Dalam jawapannya kepada saya, Dr Jomo menasihatkan supaya lebih baik ditekankan soal pucuk pimpinan Bank Negara, dan bukannya lebih tertumpu kepada Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaleigh. Sekiranya Tengku Razaleigh dibabitkan perbahasan mengenai isu penting ini tidak dapat dijalankan secara matang dan objektif.

Dr. Jomo memberitahu Bank Negara di bawah pimpinan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Abdul Aziz Taha tidak pernah merestu spekulasi besar-besaran. Bagaimanapun apabila Tun Daim mengambil alih Kementerian Kewangan hal ini berubah. Tetapi ia tidak bermakna Anwar perlu meneruskan dasar Daim. Menurut Dr. Jomo, Anwar ada pilihan, sama ada melangsungkan dasar Daim ataupun mengambil sikap yang lebih bijaksana.

“Anwar sepatutnya tidak terikat dengan Daim dan boleh kembali mengikut apa yang telah dilakukan oleh Tun Ismail, “ tegas Dr. Jomo.

Menjawab dakwaan Anwar bahawa pembangkang membuat kiraan dua kali bagi menentukan kemerosotan lain-lain rizab, Dr. Jomo berkata :

“Anwar sendiri keliru dan kemudiannya mengelirukan Dewan Rakyat. Dari segi ini seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh memahami matematik sekolah rendah!”

Dr. Jomo kemudiannya membuat sedikit pembetulan terhadap tulisannya di Harakah. Katanya :

“Saya telah menganggarkan kos menyerap wang asing yang masuk ke Malaysia, supaya tidak menyebabkan inflasi, tidak boleh melebihi RM2.2 ribu juta, sedangkan pengukuhan nilai ringgit boleh menyebabkan “kerugian atas kertas” sebanyak RM2.3 ribu juta. Maka, saya telah membuat kesimpulan bahawa baki kerugian sebanyak RM12.8 ribu juta – iaitu sekurang-kurangnya RM8.3 ribu juta – pasti disebabkan kerugian urus niaga mata wang asing. Saya juga telah mengatakan bahawa perubahan dalam cara kira-kira Bank Negara boleh menyembunyikan jumlah kerugian bank pusat itu pada tahun 1992, yang mungkin melebihi RM12.8 ribu juta, yang dianggarkan mengikut laporan rasminya. Nampaknya saya salah dari beberapa segi, dan oleh itu, patut memohon maaf dan memberi penjelasan"

Jomo seterusnya mengemukakan hujah majalah Far Eastern Economic Review, 13 Mei 1993 yang menegaskan mata wang asing yang diserap itu telah digunakan untuk membeli sterling British, yang mendatangkan kadar bunga lebih tinggi daripada kadar bunga di Malaysia.

Maka, Bank Negara tidak mengalami kos menyerap – seperti digambarkan oleh pihak berkuasa – tetapi sebaliknya, telah menikmati untung sementara daripada kelebihan kadar bunga berkenaan, walaupun akhirnya kerugian lebih tinggi kerana nilai mata wang sterling itu telah jatuh.

Menurut Review, sumber-sumber yang rapat dengan Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa lebih daripada 80 peratus dari jumlah kerugian RM12.8 ribu juta itu hilang di London, hampir semuanya akibat urus niaga mata wang asing yang melibatkan sterling. Ini bermakna sekurang-kurangnya RM10.2 ribu juta kehilangan akibat kejatuhan sterling yang mesti melibatkan pembelian sterling sekurang-kurang RM45 ribu juta! Kalaulah diuruskan secara bijaksana, mata wang asing yang dibeli oleh bank pusat sebuah sepatutnya mencerminkan rakan perdagangannya, tetapi hanya 4.0 peratus dari jumlah eksport Malaysia dan 3.4 peratus dari importnya pada 1992 melibatkan Britain.

Menurut majalah itu lagi, perubahan cara kira-kira Bank Negara disediakan bagi tahun 1992 telah menyebabkan pihak Ketua Audit Negara menolak kira-kira itu pada mulanya dan walaupun diterima kemudian, Ketua Audit Negara telah menasihatkan bank pusat supaya jangan terus berspekulasi dalam mata wang asing pada masa hadapan.

Dalam pada itu jawapan Anwar tentunya tidak dapat memuaskan sesiapa sahaja, apatah lagi Lim Kit Siang. Ketika membahaskan anggaran perbelanjaan tambahan 1992 dan 1993 sebanyak RM5.6 bilion, pada 17 Mei 1993, Ketua Pembangkang itu jelas tidak lupa isu kerugian pertukaran asing.

“Apabila kerajaan minta Parlimen meluluskan anggaran perbelanjaan tambahan kepada apa yang diluluskan dalam belanjawan tahunan, kerajaan hendaklah memuaskan Parlimen dan negara bahawa ia telah berhati-hati dalam menguruskan wang perbelanjaan kerajaan, bahawa tiadanya pemborosan dan pembaziran, bahawa rasuah, amalan-amalan curang dan segala bentuk salah guna kuasa telah disekat, bahawa tahap kecekapan dan kompetet yang tinggi telah dipelihara, fan paling penting lagi, bahawa kerajaan telah mematuhi prinsip tanggungjawab, akauntabiliti dan transparensi.”

Maka dalam keadaan sedemikian, katanya, adalah lumrah untuk mengkaji permintaan kerajaan untuk anggaran perbenlajaan tambahan berjumlah RM5.6 bilion ini dalam ertikata kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion. Ini kerana kerajaan tidak perlu menanggung anggaran perbelanjaan tambahan sebanyak RM5.6 bilion sekiranya Bank Negara tidak mengalami kerugian yang begitu besar.

Beliau juga menghujahkan kembali kenyataan Anwar bahawa jika sekiranya Bank Negara menyimpan rizab wang asingnya dalam pasaran antarabangsa secara “selamat” dan tidak memperdagangkannya, “kita masih akan rugi besar disebabkan ringgit kita adalah kukuh”.

Kit Siang menjelaskan, Bank Negara sepatutnya rugi kira-kira RM3.2 bilion dalam mata wang asing akibat usahanya untuk memerangi inflasi dengan meresap pengaliran masuk wang asing dan juga disebabkan naiknya nilai ringgit serta penilaian semula pegangan mata wang asing. Akan tetapi ini tidak dapat menjelaskan kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

“Kerugian pertukaran mata wang asing boleh berjumlah RM16 bilion sekiranya kita mengambil kira satu lagi perkara – penilaian semula pegangan emas Bank Negara pada tahun lalu. Ini adalah kali pertama Bank Negara dalam sejarah 33 tahunnya menilai semula pegangan emasnya dan adalah dianggarkan keuntungan kira-kira RM3 bilion dapat diperolehi akibat penilaian semula emas. Namun demikian, tiada angka mengenai penilaian semula pegangan emas kelihatan dalam kunci kira-kira Akaun Bank Negara untuk tahun 1992 dan sekiranya RM3 bilion ini juga telah hilang, ini akan bermakna bahawa jumlah kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara adalah dalam lingkungan RM16 bilion, “ jelasnya.

Oleh kerana Anwar gagal untuk memberi penjelasan yang memuaskan kepada Parlimen di atas kerugian pertukaran asing itu, Kit Siang menegaskan, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus menjalankan satusiasatan khas mengenainya dan membentangkan laporan siasatan itu kepada Dewan Rakyat untuk perbahasan. Jawatankuasa Akaun Parlimen mempunyai kuasa untuk menyaman Gabenor Bank Negara, Tan Dri Jaffar Hussien dan Penasihat Bank Negara yang bertanggungjawab dalam urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara untuk memberi satu penjelasan yang penuh kepada kerugian itu.

Dalam siasatannya, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus juga meminta perangkaan tentang kerugian pertukaran asing terkini yang dialami oleh Bank Negara dan kedudukan keuntungan dan kerugian tahunan urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara sejak pertengahan tahun 1980-an apabila Bank Negara pertama kali menjadi peserta aktif dalam pasaran pertukaran asing antarabangsa.

Satu ulasan yang menarik mengenai isu ini ialah artikel yang diterbitkan di dalam Dewan Masyarakat, Jun 1993 juga menegaskan kesangsiannya terhadap kenaikan nilai ringgit yang dikatakan punca utama kerugian Bank Negara. Saya menyifatkan menarik kerana ia diterbitkan oleh sebuah agensi kerajaan.

Dan bagi mereka yang agak sangsi dengan pendirian Dr. Jomo, apatah lagi Lim Kit Siang boleh memerhatikan hujah, (tapi perhatikan bagaimana kiraan dibuat) penulis artikel “Kerugian Atas Kertas Atau Kegagalan Spekulasi?”, Nawi Abdullah :

“Sepanjang tahun 1992 purata kenaikan nilai ringgit meningkat sebanyak 4.6 peratus. Ini bermakna, Malaysia akan mengalami kerugian sebanyak 4.6 peratus daripada nilai pertukaran asing akibat daripada kenaikan tersebut. Dengan kenaikan tersebut, Malaysia akan hanya mengalami kerugian sebanyak RM462.43 juta (RM10,053 juta [rizab 1991] x 4.6 peratus). Katakan belanja untuk membendung inflasi ialah sebanyak 4.8 peratus maka belanja untuk mengawal inflasi ialah sebanyak RM482.544 juta (4.8 peratus daripada RM10,053 juta). Begitu juga, akibat daripada kemasukan nilai dolar AS, terdapat perbezaaan margin keuntungan yang negatif sebanyak 5.5 peratus yang terpaksa ditanggung oleh Bank Negara. Jadi kerugian akibat daripada margin ini ialah sebanyak RM552.91 juta (RM10,053 juta x 5.5 peratus)"

“Daripada fakta ini menunjukkan negara hanya akan mengalami kurangan dalam rizab asing sebanyak RM1,497.884 akibat kerugian daripada kenaikan ringgit dan mengawal inflasi serta margin kerugian. Ini terjadi akibat daripada pegangan dollar AS kerana kemasukan pelaburan asing yang meningkat dalam bentuk dolar bagi tahun 1992......Ada ahli ekonomi yang berpendapat bahawa kerugian itu disebabkan oleh kegagalan permainan spekulasi mata wang asing. Kunci kira-kira yang ditunjukkan oleh Bank Negara menunjukkan rizab yang merosot daripada RM10,043 juta. Pada tahun 1991 kepada RM752 juta pada akhir tahun kewangan 1992. ini bermakna negara mengalami kejatuhan sebanyak 92.5 peratus daripada pertukaran asing negara dalam masa cuma satu tahun!”

Seterusnya tulisan Dewan Masyarakat itu bersetuju bahawa Bank Negara telah mendedahkan kedudukannya kepada risiko yang tinggi akibat terlalu aktif berspekulasi atau berjudi!

Ketika saya menyusun kembali tulisan ini, saya terpandang ruangan Inside, Sunday Star, halaman pertama, 27 Jun 1993 yang menonjolkan amaran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tentang kegiatan spekulasi di Bursa Saham Kuala Lumpur, di halaman ketiga.

Ya, apa yang dicatatkan dalam ruangan itu, sebagai ringkasan kenyataan PM mengenai spekulasi? Okey, saya catatkan, khusus buat Anwar : “Gambling on shares. The Prime Minister said some people will get their fingers burnt if they gambled in the stock market





Sila klik untuk baca selanjutnya...

INI KISAH SURAT LAYANG BURUKKAN ANWAR : HATI-HATI MEMBACANYA


INI KISAH SURAT LAYANG BURUKKAN ANWAR : HATI-HATI MEMBACANYA


Ahmad Lutfi Othman

Nota : Rencana ini dipetik dari buku "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", tulisan Agmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah

Surat layang ini ditujukan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Ia mungkin bermanfaat untuk pembaca yang selama ini tidak pernah membaca surat layang. Nilailah sendiri isi kandungannya. Yang menarik majalah Tamadun pun turut diseret. Ahmad Lutfi Othman adalah pengarang Tamadun.

Pegawai dan kakitangan kerajaan harus patuh pada pemerintahan, terutamanya bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini di Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa di masa ini dan tidak di masa lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tidak sabar atau ini adalah pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak, bergelar Dato’. Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung ceramahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Dato’ Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu sama lain. Dia telah berkata, Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.

Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkah laku orang-orang UMNO yang memaksa kita membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka. Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian-kementerian lain. Adakah ini isi hati dia sendiri, atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.

Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO di belakang.

Dato’ Nazeri Abdullah, anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. M terang-terang. Melenting Dr. M dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir. Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. M terus minta maaf pada Dr. M, menangis depan Dr. M, Dr. M terus maafkan Nazeri. Dr. M harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga. Tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.

Macam mana pula dengan tindakan biadab Dato Sahar Sidik ini, tindakan biadab Dato’ Johan Jaafar, Dato’ Fauzi Rahman, Dato’ Othman Abdul, Dato’ Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M dan memuji Anwar. Nasib baik Dato’ Megat sudah tidak ada lagi di KDN. Kalau majalah ini sudah lama digantung.

Berapa lama Dr. M biarkan tingkah laku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. M dan juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. M dan UMNO keseluruhannya.

Anwar Ibrahim dan UMNO

Anwar adalah manusia bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai. Kalau PAS boleh jamin untuk dia capai cita-citanya dia akan masuk PAS. Hatta kalau parti komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk parti komunis.

Anwar Ibrahim – Falsafah Rasuah dan Kepentingan Diri

Baru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini. Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, Cuma Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.

Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor.... Pengerusi Inovest. Anwar bagi pula Pak Ibrahim “exclusive exporter” ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun. Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.

Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis, tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia. Rani kini sering kali berada di Golf Couse, bergeser dengan ahli-ahli koperat China. (Dua ayat berikutnya terpaksa dipotong untuk mengelakkan sensitiviti individu terbabit – penyunting).

Marzuki adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato’ Wong (Tengku Wong – Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 satu saham. Tidak berapa lama saham ini dijual dengan harga RM6.00 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 juta.

Adik perempuan Anwar (Farizon) lain ibu pun sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security di mana saham bumi akan diberi kepadanya.

Dato’ Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia pada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi SAAG.

Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya.

Bagaimana pula Anwar? Sudahlah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuk Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sharit Jusof, Dato’ Nazeri Abdullah, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dato’ Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.

Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak–anak Dr. M yang menceburi dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan? Dr. M tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.

Tidak ada satu pun projek penswastaan, yang begitu banyak diluluskan, dapat pada anak-anak Dr. M. Lupakah Anwar bahawa Dr. M juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Ada ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. M menumpang dengan beliau. Mereka juga kutuk Dr. Hasmah. Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang tak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.

Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dan sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu sudah berlebih-lebihan. Buat majlis hari raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana rakyat.

Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. M

Anwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. M dia bercakap berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. M. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. M – kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato’ Haji Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghafar. Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. M bukan satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mewujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. M... walau dalam negeri dan luar negeri di mana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. M. Berharap Dr. M merajuk. Dr. M jauh hati dan putus asa. Akhirnya Dr. M berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna majalah Tamadun, guna Asiaweek, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci maki dan memburuk-buruknya Dr. M.

Bila Dr. M lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr. M setuju, tapi belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. M sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

Bila Dr. M syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini. Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu memastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999.

Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato’ Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansor Salleh, Dr. Shafie lawan Dato’ Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya dia akan cari calonnya untuk lawan.

Masa Depan UMNO

Saya merayu sangat pada Dr. M agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. M sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO. Bukan macam Dollah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan dan Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.

Yang sedih anwar dikelilingi oleh mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat peluang untuk keuntungan peribadi. Bila Anwar berkuasa orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak mewujudkan musuh daripada kawan. Dia lebih banyak menyakiti perasaan kawan-kawan dari memberi peransang dan nasihat kepada mereka.

Anwar Ibrahim sejak jadi TPM bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak, mula tunjuk belang tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. M tapi di belakang orang-orang suruhannya mencaci dan mengutuk Dr. M. Sanggup upah penulis buat cerita buruk terhadap Dr. M dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau hati perut Siam itu hijau, hati perut Anwar lagi hijau. Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah s.w.t. , hati perut Anwar lagi busuk.

Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. M penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal di seluruh dunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada.....menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.

Dr. M jangan ingat Anwar akan menyambung wawasan Dr. M..... menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.

Dr. M, lupakah sejarah Presiden Amerika Trumman. Bila Trumman dikalahkan oleh Eiseinhower. Eiseinhower tidak mahu menghadiri farewell dinner Trumman dan penyerahan kuasa kepada Eiseinhower. Akhirnya Trumann keluar dari White House ke stesen keretapi tanpa pengiring, tanpa pembantu. Angkut beg sendiri. Tiada juga siapa yang menyambut Trumman bila sampai ke kampungnya, baharulah ada orang kampungnya sendiri menyambut kepulangannya.

Anwar akan buat Dr. M lebih dahsyat dari itu. Kalau umur kita panjang sama-samalah kita saksikan.

Saya telah lama kenal Anwar. Saya telah lama mengikuti sejarah hidupnya. Kalau Dr. M tidak berwaspada, apa yang saya ramalkan ini akan terjadi.

Wahai Dr. M, luangkan sedikit masa Dr. M untuk memikirkan gejala ini. Terlalu besar jasa Dr. M terhadap bangsa dan negara. Janganlah bakti dan jasa itu terkubur begitu sahaja. Ingat sedikit ahli-ahli UMNO yang telah banyak berjasa pada UMNO....tanpa menerima ganjaran apa-apa. Janganlah mereka disisih oleh Anwar dan konco-konconya, yang dahagakan kuasa.

Wassalam



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia (kiri) dan Anwar Ibrahim. KAF merupakan penaja paling lama kepada think tank Anwar (IKD), sejak Anwar menjadi TPM. Modus operandi KAF adalah menaja orang no 2 terpenting dalam negara dengan harapan tokoh itu akan menjadi PM untuk melaksanakan misi organisasi Jerman itu mewujudkan IFC di Malaysia.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

Jacqueline Ann Surin

Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Yayasan Konrad Adenauer, dinamakan sempena Canselor Jerman yang pertama, ditubuhkan lebih dari 50 tahun yang lepas. Mendapat namanya daripada Etika Pengajaran Sosial Kristian Katolik dan Kristian Protestan, dan menentang latar belakang sejarah Nazi, ia bekerja keras untuk keamanan, kebebasan dan keadilan dengan menganjurkan nilai sejagat yang dikongsi oleh pelbagai budaya dan agama di atas bumi. Asas politik Parti Demokratik Kristian Jerman, yang telah berada di Malaysia lebih dari 30 tahun yang lepas, telah difitnah oleh beberapa kumpulan Muslim, dan baru-baru ini telah diserang oleh delegasi UMNO pada perhimpunan agung parti kerana melemahkan Islam secara perlahan-lahan.

Wakil KAF di Malaysia, Peter Schier, menjawab kritikan tersebut dan berbicara dengan JACQUELINE ANN SURIN mengenai tugas organisasi untuk menggalakkan lebih persefahaman dan harmoni dalam masyarakat majmuk.

TheSun : Nyatakan tentang Yayasan Konrad Adenauer dan tugasnya di Malaysia.

Peter Schier : Pertama sekali,matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman, adalah untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang, hak asasi manusia dan konsep Jerman yang sangat unik iaitu ‘ekonomi pasaran sosial’, iaitu pasaran ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika.

Tambahan kepada perkara tadi, khususnya di negara membangun, kami juga cuba untuk menyumbang dalam membasmi kemiskinan. Tetapi perkara ini hanya melibatkan negara yang agak miskin, dan fokus kepada tugas kami di sana adalah lebih kepada perubahan struktur politik dan pentadbiran yang baik dan untuk menggalakkan perubahan politik yang mungkin pada akhirnya akan membawa kepada kepimpinan politik yang komited dalam membasmi kemiskinan.

Ok.

Di Malaysia, kami telah berada di sini sejak 30 tahun. Pada tahun ini, yayasan ini sudah 50 tahun. Jadi, Malaysia adalah salah sebuah negara rakan kongsi kami yang paling lama. Disebabkan situasi politik, khususnya sebelum Perdana Menteri baru memegang kuasa, kami (berhenti sejenak) tidak dapat bekerja dengan lebih giat dalam menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia. Kerana, seperti yang anda maklum, Perdana Menteri yang lepas tidak meletakkan penekanan dalam membangunkan aspek-aspek ini dalam sistem politik .

Sejak Perdana Menteri yang baru berkuasa, kami telah lebih aktif dalam usaha untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia. Kami juga aktif terutamanya dalam menyokong Perdana Menteri membasmi rasuah.

Kami telah menganjurkan seminar-seminar yang berkaitan perkara tersebut dan kami telah menerbitkan buku oleh (bekas Presiden Transparency International Malaysia), Tunku Abdul Aziz, Fighting Corruption: My Mission (sambil memberikan isyarat terhadap buku tersebut di atas meja) di mana Perdana Menteri telah menulis kata-kata pendahuluan yang sangat indah. Ini adalah satu aspek sebab kami menjadi lebih aktif sejak beliau memegang kuasa.

Sebelum ini, kami agak aktif dalam menganjurkan konsep Jerman yang sangat unik dalam ‘ekonomi pasaran sosial’. Kami telah melaksanakannya dan kami masih melaksanakannya bersama-sama Malaysian Institute of Management (MIM) atau Institut Integriti Malaysia di mana kami telah menyokong tiga kursus kepimpinan (untuk para pengurus dalam sektor awam dan perniagaan dalam tiga kumpulan umur). Kesemua tiga program tersebut, sebenarnya, dirangka untuk menanamkan tanggungjawab sosial, ekologikal dan etika dalam diri peserta. Menjadikan mereka lebih sedar, anda tahu, tentang kesan keputusan yang mereka ambil dalam perniagaan.

Keuntungan, ya, tetapi tidak sehingga menjejaskan kesihatan pekerja. Keuntungan, ya, tetapi tidak sehinggakan anda mempergunakan pekerja atau staf anda. Keuntungan, ya, tetapi anda harus tidak mencemarkan alam sekitar, anda tidak harus memusnahkan alam sekitar. Dan ‘tanggungjawab beretika’, kekangan ketiga dalam apa yang kita namakan ‘ekonomi pasaran sosial’, adalah, dalam usaha membuat keuntungan, kita tidak sepatutnya melintangi sesetengah norma etika, sebagai contoh, perniagaan dengan wanita dan kaum minoriti. Keuntungan tidak menjustifikasikan segalanya. Maruah manusia perlu dihormati dan dilindungi.

Kemudian, di Sabah dan Sarawak, kami ada 2 rakan kongsi. (Angkatan Zaman Mansang atau Movement for Progress) di Sarawak and IDS, Institute of Development Studies atau Institut Kajian Pembangunan di Sabah. Bersama Azam, kami sedang mengadakan program untuk wanita, membangunkan keupayaan untuk wanita luar Bandar supaya mereka lebih berpengetahuan dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian. Untuk membolehkan mereka menambahkan pendapatan, untuk berhadapan dengan birokrasi dan sebagainya. Dan kami juga telah mengadakan program pembangunan belia dengan kumpulan Sabah.

Kemudian, rakan kongsi penting yang lain adalah IKD, Institut Kajian Dasar. Ini adalah kumpulan pemikir untuk Anwar Ibrahim, dan saya ingin tekankan bahawa kami telah mengadakan kerjasama dengan IKD semasa Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, apabila dia sudah tidak diingini dan disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD kerana kami percaya, sekiranya kerajaan atau pemimpin kerajaan ada masalah dengan seorang ahli politik, kami tidak perlu menghadapi masalah dengan ahli politik tersebut.

Juga, ini adalah perkara yang terpenting, kami berpandangan bahawa layanan terhadap Anwar tidak adil dan secara jelas tidak mengikut kedaulatan undang-undang yang kita junjung. Bagi kami, perkara tersebut berkaitan dengan prinsip dan perpaduan bersama seorang rakan lama yang telah diberikan layanan yang tidak adil.

Tetapi, saya ingin katakana, kami tidak menyokong (Parti) Keadilan (Rakyat) sebagai sebuah parti. Ya. Kami berdiri di atas prinsip. Kami, sebenarnya bekerja dengan setiap parti politik yang berminat untuk bekerja dengan kami. Kami berdiri di atas prinsip, untuk prinsip politik, bukan untuk parti politik.

Sekarang, sejak akhir-akhir ini, ingin saya katakan, sejak saya tiba pada 2002, mereka lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana ianya menyokong pluralisme. Jadi, kami menyokong perkara tersebut.

Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan sastera Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan & Dasar Pemerintahan ) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama.

Kami telah membiayai terjemahan ini yang berkaitan dengan kehidupan dan pepatah lama Confucius ke dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu dapat membaca berkaitan Confucius.

Mereka (IKD) juga mempunyai sebuah laman web, yang juga dibiayai oleh kami. Inti sari utama, anda tahu, untuk menerbitkan buku-buku di dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu mampu untuk meluaskan pemahaman mereka terhadap budaya yang berbeza, ya. Dan aliran alternatif di dalam budaya dan juga perkara-perkara agama.

Kerana dunia kita mempunyai kepelbagaian, kita harus menerima pluralisme dalam politik dan juga di dalam agama. Dan kami menyokong pendekatan yang berkaitan dengan pluralisme ini.

Dan bagaimana dengan penglibatan anda dalam usaha antara agama atau usaha dialog antara agama?

Ini adalah tugas utama pejabat kami sendiri. Kamu mempunyai rakan dari Malaysia yang mempunyai satu kontrak bersama kami. Saya sebutkan MIM, IKD, Azam,IDS, bersama mereka kami mengadakan perjanjian dan mereka mendapat bantuan kewangan yang tetap pada setiap tahun dan oleh yang demikian, mereka faham berapa jumlah yang mereka ada, dan kemudiannya mereka akan membuat kertas cadangan, berapa banyak seminar, bentuk penerbitan yang akan mereka hasilkan.

Selain itu, pejabat kamu juga mempunyai wang kami sendiri dan sekali lagi kami bekerjasama dengan rakan organisasi Malaysia tetapi berdasarkan kes-kes yang tertentu untuk menjalankan sebilangan program. Sebagai contoh, salah satu rakan kami yang penting adalah Malaysian Strategic Research Centre (Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia) yang diketuai oleh (Abdul) Razak Baginda. Dan, organisasi ini yang dilihat sebagai kumpulan pemikir Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak).

Kami telah mempunyai hubungan selama beberapa tahun, dan bersamanya (Razak), saya telah memulakan siri syarahan antara budaya MSRC-KAF, ya. (Mengambil keluar 3 buah buku). Ini adalah 3 buah buku yang telah diterbitkan setakat ini : yang pertama berkaitan isu negara Islam, yang kedua adalah punca keganasan dan yang ketiga pendidikan merentasi sempadan etnik dan agama.

Kami sedikit lambat dalam sebuah buku lagi yang berkaitan dengan pengalaman Malaysia dan antarabangsa dalam menentang keganasan. Dan, kami mungkin akan menerbitkan sebuah buku lagi yang berkaitan pendidikan kerana rakan saya Razak dan saya percaya bahawa hanya melalui pendidikan kita boleh mengubah masyarakat kita untuk menjadi lebih baik.

Dan adakah buku-buku ini khusus dalam menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi?

Secara keseluruhannya, ianya tepat seperti yang anda katakan, tetapi sebenarnya ia juga menggalakkan persefahaman yang lebih baik di antara budaya dan agama. Semenjak saya mengambil alih pejabat ini pada Musim Panas 2002, saya telah bergiat aktif dalam memberikan tumpuan dalam menggalakkan satu persefahaman yang lebih baik di antara budaya dan agama, khususnya selepas peristiwa 9/11.

Dan merujuk kepada kecenderungan pemikiran yang berbahaya ini, bahawa pertembungan tamadun tidak dapat dielakkan, saya telah berfikir ianya merupakan sesuatu yang sangat penting untuk memulakan satu program yang akan cuba mengelakkan pertembungan tamadun ini. Kerana saya fikir, semestinya ada alternatif lain yang kepada mimpi buruk manusia seperti ini. Satu pertembungan tamadun. Pertembungan tamadun boleh menjadi satu senario yang amat menakutkan kepada kita.

Ianya bermakna bahawa kita perlu sekali lagi menggunakan budaya, atau kononnya budaya, kononnya perdebatan agama, dalam berkelahi antara satu sama lain, membunuh satu sama lain. Dan, saya fikir, bahawa terdapat sesuatu yang kita secara jelas perlu cuba untuk mencegahnya.

Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku sebagai seorang rakyat dan organisasi politik yang bertanggungjawab. Ianya adalah kewajipan moral dan politik kita untuk mencegah perkara ini dari berlaku. 3 matlamat asas yang utama adalah keamanan, kebebasan dan keadilan. Ketiga-tiga matlamat ini adalah sangat penting dan anda perlu memahami matlamat- matlamat ini bertentangan dengan latar belakang sejarah Jerman, khususnya pada peringkat pertama abad ke-20.

Yang pertama, 2 Perang Dunia telah bermula dari bumi Jerman. Jadi, pengalaman perang, yang telah menyebabkan kemusnahan secara keseluruhan, bukan sahaja kepada negara-negara jiran tetapi juga kepada negara kami sendiri, Jerman dibahagikan kepada 2 negeri, yang paling penting, pembunuhan lebih dari 10 juta orang dari pelbagai pihak telah memberikan kami satu pengajaran daripada sejarah kami sendiri bahawa kami perlu melakukan setiap perkara yang mampu untuk mengelakkan peperangan. Kita harus menggunakan pendekatan keamanan dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Jadi, ini adalah sebab kenapa usaha menggalakkan demokrasi menjadi salah satu matlamat utama kami.

Yang kedua, untuk menggalakkan kebebasan bermaksud untuk menggalakkan demokrasi, untuk menggalakkan hak asasi manusia dan untuk menggalakkan kedaulatan undang-undang.

Berlawanan dengan latar belakang pemerintahan diktator Hitler dan pembunuhan 6 juta orang Yahudi di kem konsentrasi Jerman, saya fikir ianya adalah sangat jelas daripada sejarah kami bahawa demokrasi, kedaulatan undang-undang dan perlindungan ketat terhadap hak asasi manusia merupakan elemen yang penting dalam satu sistem politik yang boleh mengelakkan pemerintahan diktator penjenayah dan tidak berperikemanusiaan daripada muncul semula di Jerman dan di negara-negara lain.

Tetapi ianya tidak cukup untuk mewujudkan struktur demokratik, untuk mewujudkan institusi untuk kedaulatan undang-undang dan menggubal perlindungan hak asasi manusia dalam perlembagaan dan undang-undang negara. Kita juga perlu mendidik orang ramai, termasuk kakitangan awam dan ahli politik, untuk menjadi dan kekal sebagai demokrat (penyokong prinsip demokrasi) yang baik, untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan untuk melindungi hak asasi manusia.

Ianya tidak cukup dengan hanya mempunyai struktur demokrasi dan institusi untuk kedaulatan undang-undang dan sebuah suruhanjaya hak asasi manusia tetapi kita memerlukan demokrat yang aktif untuk menghidupkan fungsi institusi demokratik, kita memerlukan pembela kedaulatan undang-undang supaya ianya mengatasi sesiapa yang mahu mewujudkan undang-undang yang hanya untuk kepentingan mereka, dan kita juga memerlukan aktivis hak asasi manusia yang akan sentiasa bersuara sekiranya hak asasi manusia terancam.

Ini adalah sebab kenapa pendidikan sivik sebenarnya pusat kepada fungsi yayasan ini. Kami cuba untuk menanam nilai demokratik ke dalam peserta seminar, bengkel dan persidangan yang kami anjurkan. Dan kebanyakan penerbitan yang ditulis mensasarkan perkara yang sama, juga.

Yang ketiga, konsep keadilan bukan hanya bermaksud hak yang sama dan peluang yang sama untuk semua pihak tetapi juga keadilan sosial. Tanpa keadilan ianya sukar, jika tidak mustahil, untuk mengecapi keamanan dan kebebasan. Keamanan ,kebebasan dan keadilan sebenarnya saling bergantung.

KAF juga terlibat dengan Persidangan Inter-Faith Commission-IFC (Suruhanjaya Antara Agama), yang merupakan sebuah persidangan yang amat penting. (Persidangan tersebut telah menghasilkan satu draf usul untuk mewujudkan IFC yang kemudiannya telah dihantar kepada kerajaan untuk dilaksanakan, tetapi usul tersebut telah ditangguhkan. Sokongan KAF terhadap IFC juga disifatkan oleh delegasi UMNO sebagai cubaan untuk melemahkan Islam)

Ya, sudah tentu. Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Steering Committee Towards the Formation of an Interfaith Commission of Malaysia (Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia), mungkin merupakan satu pendekatan yang tidak termasuk kononnya kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini untuk menyokong usaha ini.

Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan. Pada kali ini saya bercakap dengan kelompok orang yang agak ramai dalam usaha untuk memastikan sama ada tuduhan bahawa usaha ini tidak termasuk kumpulan Islam. Saya telah menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di mana saya telah mengajukan banyak soalan.

Dan hanya selepas saya meyakinkan diri saya bahawa pendekatan ini bukan eksklusif tetapi merangkumi semua, yang semua pihak dijemput untuk menyertai dan tiada sesiapa yang disingkirkan, saya memutuskan untuk menyokong usaha ini kerana saya percaya bahawa untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Antara Agama dalam usaha untuk menggalakkan persefahaman yang lebih baik di antara agama yang berbeza dan juga untuk mengemukakan isu yang berkaitan dengan hubungan yang praktikal di antara agama, merupakan satu pendekatan yang baik untuk memastikan kestabilan dan keharmonian untuk seterusnya. Dialog dan persidangan secara aman melalui institusi adalah lebih baik daripada konflik termasuk pergaduhan dengan pedang dan membunuh antara satu sama lain.

Sekiranya saya lihat bahawa inisiatif ini akan menentang sesetengah agama, terutamanya Islam, saya tidak akan menyokongnya. Masalahnya apbila sesetengah kumpulan atau Individu Islam yang menggambarkan diri mereka sebagai ‘aliran utama’ atau mewakili ‘aliran utama Islam’ menggunakan kekecohan dan juga telah berbohong mengenai projek suruhanjaya ini.

Suruhanjaya Antara Agama, seperti yang telah dijelaskan dalam draf usul, hanya akan mempunyai fungsi penasihat, dan tidak akan mampu untuk menentukan perkara yang berkaitan murtad, atau isu sensitif yang lain. (Ianya ) tidak akan mempunyai kuasa membuat keputusan secara keseluruhan. Ini adalah fakta tetapi pengkritik usaha IFC masih menyebarkan penipuan bahawa IFC akan mempunyai kuasa membuat keputusan.

Tambahan pula, apa yang sangat penting untuk diketahui bahawa komposisi suruhanjaya tersebut akhirnya akan ditentukan oleh Perdana Menteri dan Kabinet,
dan Yang Dipertuan Agong akan mencalonkan ahli suruhanjaya tersebut. Dan draf juga telah menjelaskan secara terperinci bahawa majoriti ahli suruhanjaya adalah Muslim. Jadi, apa yang perlu ditakutkan? Tiada apa yang perlu ditakutkan.

Tetapi anda juga telah dibidas, dan saya telah membacanya daripada e-mel ini (yang dihantar kepada Schier), mereka juga telah memanggil anda seorang ‘pensabotaj budaya’.

Mereka ini merupakan pelampau. Tiada perkataan lain untuk mereka. Dan kepentingan mereka bukan kebenaran, tetapi mereka mempunyai agenda peribadi dan politik. Jadi, mereka menggunakan pelbagai jenis dakwaan, putar belit dan penipuan dalam usaha untuk memburukkan saya dan yayasan.

Sebilangan mereka ini mempunyai latar belakang PAS atau ada juga yang lebih melampau dari PAS. Ianya kelihatan selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2004, PAS telah membuat keputusan untuk menggunakan pelbagai cara di luar Parlimen untuk mendapat merit politik. Tidak mengejutkan, mereka telah menggunakan isu agama sebagai jalan terakhir untuk menyerang demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan dan pluralisme dan kerajaan Perdana Menteri baru dengan menggunakan pelbagai cara di luar Parlimen seperti demonstrasi dan pelbagai jenis ancaman.

Kenapa sebuah agensi yang ditaja oleh negara luar atau juga seorang warganegara luar berminat atau terlibat dalam isu-isu di Malaysia?

Jadi, yang pertama sekali, apabila anda seorang warganegara sebuah negara, atau seorang rakyat asing tinggal dalam sebuah negara asing, apa yang perlu anda hormati adalah Perlembagaan yang merupakan undang-undang asas, selain undang-undang lain di negara tersebut. Saya tidak fikir bahawa ‘sabotaj budaya’ atau ‘campur tangan dalam urusan dalaman’ termasuk dalam jenayah di dalam kanun jenayah di Malaysia atau negara lain yang bertamadun.

‘Masuk campur’ atau ‘tindakan sabotaj’ merupakan tuduhan yang biasanya digunakan oleh diktator atau pelampau yang tidak menerima kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pandangan, kebebasan berhimpun, kebebasan akhbar dan sebagainya.

Mereka hanya membenarkan pandangan yang dikemukakan adalah selari dengan pemikiran mereka. Ini adalah sebab kenapa mereka menentang idea pluralisme dan liberalisme. Kenapa mereka adalah pelampau. Mereka ini, sebenarnya, mahu mewujudkan pemerintahan yang dipengaruhi oleh diktator dalam kelihatan alim untuk mengamalkan hukum-hukum agama dalam pemerintahan negara.

Satu pemerintahan diktator yang hanya membenarkan satu jenis pandangan sahaja untuk disuarakan? Adakah ini yang anda maksudkan?

Sudah pasti, tanpa sebarang sangsi. Sekiranya anda menentang pluralisme, anda menyokong pemerintahan diktator, Sekiranya anda hanya membenarkan satu pandangan untuk disuarakan, apakah jenis sistem tersebut? Ia adalah pemerintahan diktator. Noktah.

Dan sebagai sebuah agensi yang ditaja oleh negara luar, adakah anda fikir bahawa Konrad Adenauer Foundation (Yayasan Konrad Adenauer) juga mempunyai kepentingan dalam apa yang berlaku di Malaysia?

Sudah tentu. Kerana kepelbagaiannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang penting. Ianya merupakan alam kecil yang mempunyai masyarakat global dari semua latar belakang agama dan etnik. Oleh yang demikian, kami mempunyai banyak perkara untuk belajar daripada Malaysia dan juga untuk diberikan kepada Malaysia.

Dan jadi, ianya adalah pemikiran di belakang tugas KAF di seluruh dunia, bahawa keamanan dan keharmonian, atau usaha terhadap menggalakkan keamanan dan keharmonian tidak hanya perlu dilaksanakan dalam negara sendiri. Ianya merupakan sesuatu yang perlu merentasi sempadan.

Keamanan adalah nilai sejagat. Kebebasan dan keadilan,juga, tidak hanya termaktub dalam Perlembagaan Jerman tetapi banyak di negara-negara lain di dunia. Sebenarnya, kesemua nilai ini merupakan sebahagian daripada sebilangan konvensyen, sebahagian daripadanya disahkan oleh Malaysia.

Kami aktif di 120 negara, dan kamu belum pernah mengalami sebarang masalah yang serius dengan aktiviti kami di luar negara…. Tiada apa yang salah dengan menganjurkan nilai sejagat. Sebenarnya, setiap negara perlu gembira bahawa sebuah yayasan seperti kami bekerja di peringkat kebangsaan dan arena antarabangsa untuk menganjurkan nilai-nilai ini.

KAF juga terlibat dalam membawa Global Ethic project (Projek Etika Global) dalam bentuk pameran dan kemudiannya penerbitan buku kecil. Bolehkah anda menerangkan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya sesuai untuk menggalakkan keamanan?

Asas Global Ethic project adalah Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) yang telah diluluskan oleh Parlimen di World's Religions pada September 1993. Deklarasi ini merupakan dokumen pertama dalam sejarah agama, dan juga merupakan serah manusia yang telah diterima oleh wakil-wakil agama yang berbeza mengenai nilai moral yang sama dan standard etika yang mereka kongsi bersama.

Dan di sinilah terbentangnya perkara yang sangat bermakna kepada deklarasi untuk masa depan manusia. Dan apabila anda melihat kepada tandatangan dalam deklarasi ini, anda akan menemui sekurang-kurangnya 2 nama Muslim Malaysia yang terkenal : Tan Sri Ahmad Sarji (Abdul Hamid) yang merupakan Pengerusi IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan Datuk Dr Ismail Ibrahim, yang pada masa sekarang merupakan duta ke Arab Saudi; sebelum ini dia merupakan Pengerusi Majlis Fatwa Negara, dan sebelum itu, dia merupakan Ketua Pengarah Eksekutif IKIM. Juga, Dalai lama telah menandatanganinya (deklarasi) sebagai mewakili penganut Buddha Tibet.

Punca kebijaksanaan spiritual dan agama dan asas sokongan kepada projek Global Ethic adalah meluas. Setakat ini, tiada dokumen antara agama telah ditemui mempunyai sokongan yang meluas dan ianya, oleh yang demikian, sangat penting dalam membina keamanan di antara agama, budaya dan ketamadunan.

Kerana Malaysia merupakan dunia kecil yang sebahagian daripada masyarakat global masa hadapan, Pejabat KAF Kuala Lumpur bersama-sama Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) telah menerbitkan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) di Malaysia dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina.

Selepas Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) ditubuhkan pada akhir 2002, kami menyertai projek Global Ethic secara gigih tetapi dengan kerjasama yang tidak rasmi dengan mereka dalam mempromosikan projek Global Ethic di Malaysia.

sumber asal : thesundaily.com


Sila klik untuk baca selanjutnya...