AIDC BLOG: 2009-01-18

Wednesday, January 21, 2009

Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika



Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika


Oleh : AIDC

Semua rakyat Amerika tahu Steve Clemons seorang blogger terkemuka. Dia juga merupakan pemikir politik Amerika dan penulis terkenal. Di bolgnya, The Washington Note, dia dedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam dua organisasi paling bahaya di Amerika. Dua organisasi rahsia yang dimaksudkan itu berkait dengan badan perisikan luar Amerika (Foreign Policy).

"Foreign Policy" bermaksud badan perisikan luar atau CIA

Laporan RAND Corporation, menyebut istilah "Foreign Policy" (Dasar Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA. Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama, kedua-dua agen CIA.

Media antarabangsa rangkaian CIA atau nama enak "Foreign Policy" seperti Time, Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC. Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi Amerika. klik di sini




Menurut RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai "exile figures"(tokoh-tokoh terbuang). Modus operandi "exile figures" diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan Amerika, model "exile figures" semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris Islam.

Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa "exile figures" yang bermasalah di negaranya seperti tokoh yang dipecat atau melawan kerajaan yang sedia ada dan "tokoh-tokoh terbuang" itu akan diberi suaka politik di Amerika.

Langkah pertama CIA akan meletakkan "exile figures" ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan "exile figures" itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.

Tujuannya sebagai proses re-branding (penjenamaan) semula "exile figures" supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi publisiti kepadanya supaya lebih cepat popular.

Langkah terakhir, "exile figures" itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation, "Building Moderate Muslim Networks", muka surat 14-15)


Sejauh mana pendedahan Steve Clemons berwibawa ?

Steve Clemons mempunyai blog popular bernama The Washington Note.Fokus tulisan "foreign policy". Tulisannya berwibawa hingga dijemput menjadi kolumnis di dua blog terkemuka lain di Amerika iaitu The Huffington Post dan Daily Kos.

Selain itu, dia adalah salah seorang ahli think tank Amerika yang mampu keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the American Strategy Program salah satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika iaitu the New America Foundation. Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research Institute.

Maknanya pengalaman Steve Clemons dalam bidang "foreign policy" cukup luas. Bukan setakat di White House, malah dia juga tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah menumpukan kajian di negara Jepun.

Banyak lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center for Peace and Freedom, pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the Center for United States - Japan Relations di RAND Corporation dan sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang Economic and International Affairs kepada Senator Jeff Bingaman .

Satu lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan, tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.

Misalnya pendebatannya dengan Doug Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack Abramoff. Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.

Anwar Ibrahim juga terlibat dalam "foreign policy" Amerika. Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar Amerika Syarikat.


Apakah Clemons bongkar tentang Anwar ?

Ketika Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan pemikir tajaan Amerika iaitu The International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan United States Middle East Project. Nama Anwar juga turut tersenarai.

Ketika nama Paul Wolfowitz menjadi bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman wanitanya, Shaha Ali Riza, sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut disebut. Badan itu adalah Foundation For The Future (FFF). Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.

Sekali lagi Clemons bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan Amerika.


1. Anwar terlibat International Crisis Group(ICG) - tandatangan Annapolis Summit -iktiraf negara Israel

Sebelum menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas) dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The Annapolis Summit.

The Annapolis Summit diadakan pada 27 November 2007, di United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, United States. Presiden Bush mengusulkan cara terbaik penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan cara mengiktiraf Dua Negara iaitu Negara Israel dan Negara Palestin (two-state solution).


The Annapolis Summit 2007 anjuran Presiden Bush di antara Ehud Olmert (Israel) dengan Mahmoud Abbas (Palestin). Ehud Olmert bersetuju dengan perjanjian itu kerana dia akan mendapat pengiktirafan dunia Islam, Israel sebagai sebuah negara yang sah. Mahmoud Abbas juga bersetuju kerana dia dan kumpulan Fatah akan dilantik menjadi Presiden Palestin boneka Israel dan Amerika Syarikat.


Majoriti Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud Abbas. Klik di sini. Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan Israel untuk mewartakan Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah.

Sedangkan masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , kerana Mahmoud Abbas yang bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk mendapat status sebagai Sebuah Negara Sah, dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Pada 10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New America Foundation/American Strategy Program telah menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan.

Mereka amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan tidak gagal seperti Camp David yang pernah diusahakan sebelum ini.

Di sinilah Steve Clemons mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar Ibrahim.

Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana dia merupakan salah satu badan penganjur (New America Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.

Kesemua yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang menandatangani surat itu.

Ketika menandatangani surat itu Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat.


Senarai nama lengkap penyokong Annapolis Summit didedahkan Clemons, klik di sini


Kandungan surat kepada Presiden Bush

Surat yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama iaitu;

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin

Daripada lima perkara itu, perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka. Mereka mahu Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sah. Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di sini

Sejak bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak kenal Theodore C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami, Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore Roosevelt IV. Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada Palestin.

Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian perdamaian, two state solution.

Anwar iktiraf negara Israel ?


Bagaimana nama Anwar boleh terlibat ?

Gareth Evans, Presiden International Crisis Group mengumumkan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Board of Trustees mulai 1 Julai 2006, semasa persidangan ICG di Brussels. Turut dilantik bersama Anwar adalah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel. Klik di sini

Pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu berasaskan solusi pengiktirafan Dua Negara.


Anwar Ibrahim dalam mesyuarat International Crisis Group. Gareth Evans (kanan), Presiden dan CEO International Crisis Group (ICG) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan), Executive Committee ICG Klik di sini. ICG merupakan badan yang menyediakan draf surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush yang mencadangkan resolusi "two state solution" iaitu mengiktiraf Isarel sebagai sebuah negara yang sah.


Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain. Senarai lengkap klik di sini

Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.

Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa nama lain yang turut disenaraikan mewakili ICG. Mereka adalah Gareth Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher Patten dan lain-lain.


Siapa di belakang ICG ?

Bagaimana Anwar boleh terlibat dalam organisasi ICG yang menghukum Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai bahaya ?. Dalam kes ICG dan MUI, kumpulan mana yang bahaya ?. Klik di sini

Bahayakah MUI kerana mengharamkan Islam Liberal dan Ahmadiyah di Indonesia ? Klik di sini

Jadi apakah matlamat ICG, polis dunia yang menghalalkan Islam Liberal ?. Siapa sebenarnya di belakang ICG dan apakah matlamat mereka ?

Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada 1995 oleh Bank Dunia. Cadangan ini diusulkan oleh Mark Malloch Brown (Vice-President World Bank), Morton Abramowitz (bekas diplomat US ) dan Fred Cuny, untuk 'memantau' bencana di Chechnya. Klik di sini

Menurut Source Watch, ICG ditaja oleh beberapa yayasan Yahudi antaranya; Ford Foundation, Open Society Institute, the Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Carnegie Corporation of New York dan lain-lain. Klik di sini

Penglibatan George Soros, sebagai US Board member ICG menjelaskan lagi matlamat ICG. Soros merupakan Yahudi Amerika yang menjadi penaja utama ICG melalui badannya iaitu Open Society Institute.

Anwar terlibat dalam organisasi yang dibiayai oleh Yahudi ?


2. Anwar terlibat Foundation For The Future - salurkan dana & senjata Fatah perangi Hamas ?

Penubuhan Foundation For The Future (FFF) tidak diketahui oleh majoriti rakyat Amerika. Tetapi hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika dan badan-badan pemikirnya. Kes ini meletup apabila penyiasatan terperinci dilakukan ke atas Shaha Ali Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang menjadi isu di Bank Dunia dan badan ini (FFF) dikaitkan dengan peranan Shaha Ali Riza.




Ketika rakyat Amerika dan masyarakat dunia tertanya-tanya, siapakah Shaha Ali Riza dan apakah perkaitannya dengan FFF dan kerajaan Amerika, Steve Clemons pada 14 April 2007 sekali lagi membuat pendedahan di blognya, The Washington Note bertajuk "America Spent $35 million on Foundation for the Future Where Wolfowitz Lover Worked -- but State Department Does Not Know Where the Office is Located" Klik di sini

Namun Anwar dalam kenyataan medianya pada 20 Mei 2007, menafikan yayasan yang dipimpinnya mempunyai kaitan dengan Amerika, apatah lagi lagi ditaja oleh Amerika.

Kenyataan media Foundation for the Future Anwar berbunyi;

"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan" klik di sini

Tetapi Steve Clemons memberi bukti kenyataan media Jabatan Negara Amerika yang menunjukkan FFF ditaja sebanyak $35 milion oleh Amerika Syarikat. Klik di sini

Anwar Ibrahim Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future. Sandra Day O'Connor (no 3 dari kanan), bekas hakim Mahkamah Tinggi Amerika semasa pemerintahan Ronald Reagan dilantik khas oleh kerajaan Amerika untuk menjadi master mind sebenar dalam yayasan itu. Klik di sini


Malah laman Jabatan Negara Amerika menceritakan secara terperinci, maklumat-maklumat Faoundation For The Future yang cuba disembunyikan oleh Anwar. Yayasan ini tidak ditubuhkan oleh Anwar sepertimana yang didakwa tetapi ditubuhkan oleh BMENA (digerakkan oleh Shaha Riza dan Liz Cheney) dan diumumkan oleh Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika di Bahrain pada 2005. Klik di sini

Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara Amerika mengumumkan pelantikan Anwar sebagai board of director FFF. Klik di sini Jabatan Negara juga melaporkan beberapa orang lagi board director dilantik, termasuk Sandra Day O’Connor dari United States yang menjadi pemain utama yayasan itu. Klik di sini

Untuk mengetahui rahsia Foundation For The Future yang cuba disembunyikan Anwar, baca artikel sebelum ini, bertajuk "Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future". Klik di sini


Kenapa Anwar sembunyikan fakta FFF, apa agenda badan ini ?

Masyarakat Amerika mempertikaikan kenapakah ibu pejabat FFF dirancang akan dibina di Beirut, Lubnan. Kenapa Beirut ? kenapa tidak di Baharin, tempat yayasan itu dilancarkan ?

Menjawab persoalan ini, Billmon, blogger Amerika terkemuka di the Daily Kos menulis;

"Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon"

Iran-Contra yang dimaksudkan oleh Billmon merujuk "Iran-Contra Affair" semasa pemerintahan Ronald Reagan, di mana kegiatan CIA menjual senjata haram kepada Iran melawan Iraq dan bantuan kewangan CIA kepada kumpulan penentang (Contra) kepada Anastasio Somoza Debayle di Nicaragua.

Skandal Iran-Contra menjadi isu utama di Amerika apabila dibongkar oleh para wartawan, akhirnya Reagan menjadikan Oliver Laurence North, dari National Security Council (NSC) sebagai kambing hitam dan dihukum penjara.

Hakikatnya pemenjaraan Oliver North sebagai usaha untuk menutup rahsia penglibatan pentadbiran Ronald Reagen, Presiden Amerika menggunakan CIA dalam aktiviti jahat menumbangkan sesebuah kerajaan di negara luar. Oleh kerana operasi CIA di luar negara telah terbongkar, Reagen telah menubuhkan NED sebagai Yayasan Projek Demokrasi dan semua operasi jahat CIA sebelum ini diserapkan ke dalam NED. Klik di sini

Anwar Ibrahim Panel NED : Kesemua yang berada di dalam gambar di atas adalah peneraju utama NED. Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis/Islam), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis/Islam) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)



Jawapan Billmon masih samar, tetapi difahami bahawa tujuan penubuhan badan seperti FFF adalah seumpama modus operandi Iran-Contra di mana CIA akan mewujudkan yayasan-yayasan kebajikan palsu untuk membiaya wang secara gelap kepada pihak yang disokongnya.

Jawapan ini dijelaskan lagi oleh laman web Moon of Alabama, bertajuk, "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture? ". Pemilihan Lubnan sebagai ibu pejabat FFF bertujuan untuk membantu secara gelap kumpulan Fatah melawan kumpulan Hamas. Klik di sini

Lebih menarik lagi Morton Abramowitz, Richard Allen yang terlibat dalam ICG adalah bekas pegawai CIA Reagan yang terlibat dalam skandal Iran-Contra. Klik di sini


Kenapa Dr Bakri Musa memperaku Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Sadat ?

Ketika selesai Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "Democracy and the Muslim World" pada 11 Oktober 2006, salah seorang penonton yang mendengar ceramah itu di Stanford University membuat kesimpulan bahawa inti ceramah Anwar seperti saranan Anwar Sadat.

Penonton yang membuat komentar itu adalah Dr Bakri Musa, rakyat Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Stanford dan menetap di Amerika.

Persoalannya, kenapakah Dr Bakri Musa, pakar bedah yang pintar boleh menyamakan peranan Anwar Ibrahim seperti Anwar Sadat ?

Lihat video di bawah untuk mendengar ceramah Anwar dan komen Dr Bakri Musa.




Persoalannya siapa Anwar Sadat ? Kenapa Anwar Sadat disamakan dengan Anwar Ibrahim ?

Anwar Al Sadat adalah nama kepada Muhammad Anwar Al Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani perjanjian damai antara Mesir-Israel anjuran Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter di Washington DC, pada 26 Mac 1979.

Perjanjian itu dibuat antara Anwar Al Sadat, Presiden Mesir dengan Minster Menachem, Perdana Menteri Israel selaras dengan Camp David (1978) anjuran Amerika Syarikat.





Persoalannya benarkah peranan Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Al Sadat sepertimana yang didakwa oleh Dr Bakri Musa ?

Kalau tidak benar kenapa pula Dr Bakri Musa, seorang blogger terkenal boleh membuat dakwaan seperti itu ?



AIDC
20 Januari 2009



Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007


2. Hati-hati International Crisis Group (ICG) ada agenda tersembunyi di negara Islam.

3. Anwar Ibrahim : International Crisis Group (ICG)

4. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel


5. Annapolis Summit : The Washington Note dedah nama Anwar

6. Annapolis Summit : Semakin nafi, semakin terdedah pekung Anwar !

7. Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?

8. Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel !

9. Anwar Ibrahim, Israel dan Palestin dari kaca mata Gershon Baskin

10. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

11. Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..

12. Peranan Anwar di Amerika melaga-laga umat Islam ?

13. Anwar letak jawatan Pengerusi Foundation For The Future !


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"



Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"


oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C

WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk "God is back: Politics and Religion in the XXIst Century" (Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21)

Keahlian G-50 terdiri daripada 'Whos Who' di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berpengaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue.

Panel-panel di persidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz.

Untuk sessi kali ini Datuk Seri Anwar telah digandingkan dengan Jim Wallis, pemikir teologi dan penulis buku terkenal bertajuk "God's Politic" yang masih di dalam senarai New York Times Bestseller.

Jim Wallis (no 2 dari kanan) sedang berkempen untuk Parti Demokrat kepada Barack Obama. Yang Mulia Jim Wallis adalah seorang penulis Kristian evangelis dan aktivis politik, dikenali sebagai pengasas Sojourners Magazine untuk masyarakat Kristian di Washington, DC. Fokus isunya mengenai keamanan dan keadilan sosial. Dalam membincangkan pemilihan Presiden Amerika 2004, Wallis berkata "Jesus tidak semua berucap tentang homoseksual. Terdapat kira-kira 12 rangkap dalam Kitab Bible sentuh perkara itu ... tetapi terdapat beribu-ribu rangkap Jesus sentuh tentang kemiskinan"


Selain daripada Jim Wallis, Datuk Seri Anwar juga digandingkan dengan Monica Duffy Toft, Proffessor Public Policy di Belfer Center dan Timbalan Pengarah di John M. Olin, Institute for Strategic Studies, Universiti Harvard. Turut serta ialah Katherine Marshall, Pengarah Development Dialogue on Values and Ethics Unit dan Kaunselor kepada Presiden Bank Dunia.

Monica Duffy (kiri) adalah Pengarah the Initiative on Religion in International Affairs. Dia juga menjadi penyelidik di RAND Corporation dan pernah berkhidmat di US ARMY bertugas di selatan Jerman sebagai pengutip maklumat dari Rusia. Katherine Marshall adalah senior fellow di Georgetown University’s Berkley Center for Religion, Peace and World Affairs. Di Bank Dunia, dia menjadi penasihat kepada pembangunan etika dan isntitusi keagamaan. Dia juga ketua World Faiths Development Dialogue (Dailog Pembangunan Kepercayaan-kepercayaan Dunia)


Sesi forum tersebut dipengerusikan oleh Moises Naim, Pengerusi G-50 dan Ketua Pengarang majalah berpengaruh Foreign Policy.

Format forum berbeza daripada biasa di mana para panel diletakkan dicelah-celah para peserta dan perlu membentangkan pendapat berdasarkan solan secara spontan yang diajukan oleh pengerusi dan peserta tanpa sebarang kertas kerja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi tumpuan sejak sesi dimulakan. Persoalan kompatabiliti Islam dan demokrasi yang diajukan oleh pengerusi majlis kepada Datuk Seri Anwar Ibahim menjadi landasan persolan-persoalan lain yang ditimbulkan oleh para peserta yang menanyakan isu spesifik seperti pemakaian tudung oleh kerajaan Perancis dan Britain dan tindakan kerajaan Turki terhadap pemenang hadiah Nobel Sastera Orhan Pamuk baru-baru ini.

Walau bagaimana soalan terakhir oleh Alberto Beeck, Presiden, Comentos Pacasmayo S.A.A, sebuah konglomerat terkenal di Peru telah menarik perhatian para peserta.

Beliau yang tahu soalan yang bakal diajukan menyimpang daripada tajuk forum, terlebih dahulu memaklumkan hasrat beliau untuk menanyakan soalan yang bersifat peribadi kepada Datuk Seri Anwar.

Apa perasaan saudara ketika ditahan selama 6 tahun di dalam penjara, kerana saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan lalui sekiranya saya ditahan hanya selama 1hari?.

Soalan Alberto telah membuat para peserta tersentak dan terpegun seketika.

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tahanan tersebut membolehkan beliau menghabiskan bacaan karya Shakespeare selama 4 kali dan memberi kekuatan baru yang lebih kuat dalam memperjuangankan keadilan dan kebebasan telah mendapat tepukan gemuruh oleh kesemua peserta yang kemudianya berpusu-pusu bertemu Datuk Seri Anwar selepas forum tersebut.

Sesi tersebut tamat sekitar pukul 6.30 petang.


AIDC memetik artikel tulisan Mohd Yusmadi Yusof di AnwarIbrahimblog. Artikel asal klik di sini




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Amerika taja Mahmoud Abbas menentang Hamas




Amerika taja Mahmoud Abbas menentang Hamas


Amerika telah menarik balik embargo (larangan mengeksport barang dagangan) terhadap kerajaan baru Palestin yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas selepas dia membubarkan kerajaan yang dipimpin oleh Hamas.

Sebagai langkah pertama dalam pendirian terbaru pentadbiran Bush, Setiausaha Negara Condoleezza Rice berkata pada Isnin, dia akan meminta Kongres untuk mengkaji semula permintaan bantuan $86 juta yang telah diluluskan untuk kerajaan pimpinan Abbas, AP melaporkan.

“Kami memfokuskan pada hari ini dan akan datang untuk membantu kerajaan baru ini untuk mencari bertapak dan mula bekerja,” Rice memberitahu wartawan.

Langkah untuk menyambung pembayaran bantuan terus kepada kerajaan Palestin di Tebing Barat adalah bertujuan untuk memantapkan kedudukan kuasa Presiden Abbas dalam usahanya terhadap satu kumpulan yang dengan kuat enggan memihak kepada kepentingan Amerika.

Ini berlaku dua hari selepas Abbas membubarkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dan menyingkirkan Perdana Menteri, Ismail Haniya dalam apa yang dijelaskan oleh Hamas sebagai coup d'etat (rampasan kuasa) terhadap demokrasi.

Keputusan Abbas diikuti dengan pengambilalihan Gaza selepas ia memaksa pengusiran pasukan Fatah yang setia kepada Abbas.

Dengan sokongan antarabangsa yang cepat dan meluas, Abbas membubarkan kerajaan dan mengangkat sumpah dalam kabinet 12 menteri yang diketuai oleh Salam Fayyad pada Ahad lalu.

Tetapi Hamas menolak kabinet baru sebagai tidak sah. “Kerajaan ini tidak sah,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zouhri, menambah, “Satu-satunya pengesahan adalah ia dengan bangga dalam menghargai pentadbiran Amerika dan penjajahan Israel.”

Kumpulan Hamas lebih dipilih rakyat Palestin berbanding dengan Fatah pada 18 bulan lepas enggan mengiktiraf Israel dan ini dianggap melanggar syarat untuk dunia Barat mengaturkan penglibatan diplomatik serta bantuan.


AIDC menterjemah artikel presstv.ir. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush



Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush


Surat berikut dihantar oleh lapan orang penandatangan asal pada 10 Oktober 2007 kepada Presiden George W. Bush dan Setiausaha Negara Condoleezza Rice, berkaitan dengan persidangan keamanan Timur Tengah, Annapolis Summit, Maryland, yang dijadual akan dilakukan pada akhir November 2007.

Sejak itu, ramai bekas pegawai awam dan intelektual Amerika telah menandatangani surat tersebut di atas kapasiti individu. Draf surat tersebut diusaha bersama oleh tiga badan iaitu New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/ Program Strategi Amerika), International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa), dan US/Middle East Project, Inc, dan telah dicetak pada 8 November 2007 dalam terbitan New York Review of Books.

Berikut kandungan surat tersebut :

Yang Dihormati Presiden Bush dan Setiausaha Rice :

Persidangan Keamanan Israel-Palestin yang diumumkan oleh Presiden Bush baru-baru ini dan dijadualkan akan berlangsung pada November akan memberikan peluang yang tulen untuk kemajuan two-state solution (penyelesaian dua negara).

Timur Tengah kekal bergelumang dalam krisisnya selama bertahun-tahun, dan dengan persidangan ini akan memberi kesan positif ke arah menahan gelombang ketidakstabilan dan keganasan yang bakal meningkat. Kerana bimbang berlakunya risiko kegagalan persidangan itu, pengajaran daripada persidangan sebelum ini perlu dijadikan iktibar untuk memastikan kejayaan Annapolis Summit itu. Sebelum ini, percubaan terakhir rundingan berlaku tujuh tahun lepas di Camp David. Mereka berunding mengenai isu asas politik yang membahagikan dua pihak (two-state solution).

Kami percaya, dalam usaha untuk mencapai kejayaan, keputusan yang bakal diambil daripada persidangan itu mestilah substantif dan relevan dalam kehidupan seharian penduduk Israel dan Palestin .

Persidangan antarabangsa perlu berhadapan dengan pengisian keamanan yang kekal : Kerana itu satu persetujuan keamanan yang menyeluruh tidak dapat dicapai pada November ini, maka persidangan itu perlu memfokuskan ke arah langkah-langkah keamanan berkekalan, yang perlu termaktub dalam resolusi Majlis Keselamatan.

Pemimpin Israel dan Palestin perlu berusaha untuk mencapai perjanjian seperti itu. Sekiranya mereka gagal, Kumpulan Kuartet (A.S. , E.U. , Rusia dan Setiausaha Agung) –perlu melindungi mereka agar persidangan patut diadakan – serta perlu mempercepatkan garis panduan, berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, Parameter Clinton 2000, Inisiatif Keamanan Arab 2002 dan Road Map 2003.

Garis panduan itu perlu mengandungi perkara berikut :

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin


Persidangan tersebut tidak sepatutnya merupakan satu hubungan pada satu masa. Ia perlu mencadangkan usul yang dipercayai dan mengekalkan rundingan status di bawah seliaan antarabangsa dan satu jadual untuk mereka menyelesaikannya, oleh itu kedua-dua penyelesaian dua negara dan potensi penuh Inisiatif Keamanan Arab (normal, hubungan aman di antara Israel dan kesemua negara Arab) dapat direalisasikan.


Persidangan antarabangsa itu perlu termasuk perkara-perkara berikut:

1. Dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan Israel dalam proses tersebut, negara-negara Arab yang pada masa ini tidak menikmati hubungan diplomatik dengan Israel perlu menghadiri persidangan tersebut.

2. Kami memuji pentadbiran Amerika kerana keputusannya untuk menjemput Syria ke persidangan tersebut; ia perlu diikuti dengan penglibatan sebenar. Kejayaan laluan ini amat penting untuk mengubah landskap serantau. Secara minimum, persidangan tersebut perlu melancarkan rundingan Israel-Syria di bawah naungan antarabangsa.

3. Tentang Hamas, kami percaya bahawa kaedah dialog dengan pertubuhan ini jauh lebih baik daripada pengasingannya ; ia boleh dianjurkan oleh utusan PBB dan Kuartet Timur Tengah . Mempromosikan gencatan senjata di antara Israel dan Gaza mungkin merupakan titik permulaan yang baik.

Persidangan antarabangsa perlu menghasilkan keputusan yang relevan dengan kehidupan seharian penduduk Israel dan Palestin : Selalu terjadi pada masa lampau, wujud jurang di antara kenyataan politik yang menggunung dengan realiti yang dahsyat di lapangan.

Oleh yang demikian persidangan ini juga perlu menghasilkan perjanjian di atas langkah yang konkrit untuk memperbaiki keadaan hidup dan keselamatan, termasuk gencatan senjata yang menyeluruh di Tebing Barat dan Gaza, penukaran tahanan, pencegahan penyeludupan senjata, menghapuskan militia, pergerakan penduduk Palestin yang lebih bebas, menghapuskan tempat pemeriksaan yang tiada justifikasi, menghapuskan penempatan untuk kegiatan ketenteraan milik Israel, dan langkah-langkah lain yang ketara untuk mempercepatkan proses menamatkan penjajahan.

Ia amat penting, sekiranya persidangan tersebut mempunyai kredibiliti, secara kebetulan bersamaan dengan pembekuan Israel dalam memperluaskan penempatan. Ianya mustahil untuk untuk mengadakan perbincangan serius dalam menamatkan penjajahan, sedangkan pengembangan penempatan berjalan dengan cepat. Usaha juga perlu difokuskan dengan mengurangkan tekanan di Gaza dan membenarkan kehidupan ekonominya disambung semula.

Ketiga-tiga elemen ini saling berkait rapat ; sesuatu tidak berlaku sekiranya sesuatu lagi tidak ada. Melainkan persidangan tersebut menghasilkan keputusan yang substantif terhadap status kekal, tiada pihak yang akan mendapat sokongan atau motivasi dari orang ramai untuk mengambil langkah-langkah yang sukar di lapangan.

Sekiranya Syria atau Hamas dipulaukan, prospek bahawa mereka akan memainkan peranan sebagai pensabotaj akan meningkat secara dramatik. Ini akan meningkatkan bentuk keganasan di Tebing Barat atau dari Gaza, sama ada menenggelamkan sebarang pencapaian politik, meningkatkan pengorbanan politik dengan berkompromi untuk kedua-dua belah pihak, dan mensia-siakan kesanggupan Israel untuk tidak mengetatkan larangan keselamatan.

Dengan itu, satu gencatan senjata secara menyeluruh atau penukaran tahanan tidak mungkin berlaku tanpa kerjasama Hamas. Kecuali kedua-dua belah pihak menyaksikan perubahan yang konkrit dalam kehidupan mereka, perjanjian politik diketepikan seperti retorik, seterusnya mengurangkan sokongan untuk penyelesaian dua negara.

Menyedari bahawa masyarakat antarabangsa dan pihak-pihak tersebut muncul – selepas terhenti selama tujuh tahun – untuk mencari penyelesaian konflik Israel-Palestin adalah satu berita yang dialu-alukan. Kerana pertaruhan besar, maka ianya kritikal untuk memastikannya ianya bergerak dengan betul. Ini bermaksud cita-cita sama seperti keberanian untuk mencorakkan lapangan dengan mengambil langkah yang tegas.

Penandatangan :

1. Zbigniew Brzezinski, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter

2. Lee H. Hamilton, Bekas Ahli Kongres dan Pengerusi Bersama Iraq Study Group (Kumpulan Kajian Iraq)

3. Carla Hills, Bekas Wakil Perdagangan A.S. di bawah Presiden George H.W. Bush

4. Nancy Kassebaum-Baker, Bekas Senator (R-KS)

5. Thomas R. Pickering, Bekas Pembantu Utama Setiausaha Negara di bawah Presiden Bill Clinton

6. Brent Scowcroft, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Gerald Ford dan Presiden George H.W. Bush

7. Theodore C. Sorensen, Bekas Perunding Khas dan Penasihat kepada Presiden John F. Kennedy

8. Paul Volcker, Bekas Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rezab Persekutuan A.S.


Penandatangan Baru pada 10 Oktober 2007

(Penandatangan menandatangani dalam kapasiti individu lebih daripada kapasiti insititusi)

1. Fouad Alghanim, Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

2. Jodie Allen, Senior Editor Pusat Penyelidikan Pew; Bekas Editor , Outlook Section, Washington Post

3. Harriet Babbitt, Bekas Duta A.S. ke Persatuan Negara-negara Amerika; Bekas Pengarah National Democratic Institute for International Affairs (Institut Demokrasi Kebangsaan untuk Hubungan Antarabangsa)

4. Birch Bayh, Bekas Senator A.S. (D-IN)

5. Shlomo Ben-Ami, Bekas Menteri Luar Israel

6. Stephen Bosworth, Dekan, The Fletcher School at Tufts University; Bekas Duta ke Korea, Filipina dan Tunisia

7. Lincoln Chafee, Felo Pelawat di Institut Kajian Antarabangsa Watson, Brown University; Bekas Senator A.S. (R-RI)

8. Steven Clemons, Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/Program Strategi Amerika)

9. Harvey Cox, Profesor Pengajian Teologi Hollis, Sekolah Teologi Harvard

10. Michael Cox, Professor di London School of Economics dan Pengarah Pusat Kajian Perang Dingin

11. Edward Djerejian, Pengarah, Institut untuk Dasar Awam James A. Baker III, Rice University; Bekas Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Timur Dekat; Bekas Duta A.S. ke Israel

12. James Dobbins, Bekas Penolong Setiausaha Negara

13. Joseph Duffey, Pengarah Agensi Maklumat A.S.(1993-1999); Penolong Setiausaha Negara untuk Pendidikan dan Budaya, 1977

14. Peter Edelman, Profesor Undang-Undang dan Pengarah Bersama, Ijazah Undang-Undang dan Dasar Awam; Bekas Penolong Setiausaha untuk Perancangan dan Penilaian

15. Gareth Evans, Presiden & CEO, International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa); Bekas Menteri Luar Australia

16. Leon Fuerth, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

17. Philip H. Gordon, Felo Kanan untuk Dasar Luar A.S., Brookings Institution

18. Morton Halperin, Pengarah Eksekutif, Open Society Policy Center; Pengarah Sokongan A.S. , Open Society Policy Center ; Bekas Pengarah Staf Perancangan Dasar, Jabatan Negara A.S., 1998-2001

19. Gary Hart, Kerusi Wirth di University of Colorado; Pengerusi, Council for a Livable World and the American Security Project (Majlis untuk Dunia Yang Sesuai Didiami dan Projek Keselamatan Amerika) ; Bekas Senator A.S. (D-CO)

20. Rita E. Hauser, Bekas Ahli, President's Foreign Intelligence Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar Presiden)

21. William J. vanden Heuvel, Pengerusi, Emeritus of the Franklin & Eleanor Roosevelt Institute; Bekas Timbalan Wakil Tetap A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

22. Samuel M. Hoskinson, Naib Presiden Eksekutif , Jefferson Waterman International; Bekas Naib Pengerusi, National Intelligence Council (Majlis Perisikan Negara); National Intelligence Officer for the Middle East (Pegawai Perisikan Negara untuk Timur Tengah) dan Senior National Security Council Staff Officer under three National Security Advisors (Pegawai Staf Kanan Majlis Keselamatan Negara di bawah tiga Penasihat Keselamatan Negara)

23. Joseph Hotung, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Ho Hung Hing Estates Ltd., Hong Kong and United Kingdom; Ahli Lembaga Antarabangsa , USMEP

24. Amory Houghton, Bekas Ahli Muda Kongres A.S. (R-NY)

25. Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation; Bekas Duta A.S. ke NATO

26. Robert Hutchings, Diplomat Tamu, Woodrow Wilson School at Princeton University; Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara

27. Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

28. Michael Intriligator, Profesor Ekonomi di UCLA; Bekas Pengarah, UCLA Burkle Center for International Relations (Pusat Burkle UCLA untuk Hubungan Antarabangsa)

29. Robert Jervis, Profesor Hubungan Luar Adlai E. Stevenson di Columbia University; Bekas Presiden, American Political Science Association (Persatuan Sains Politik Amerika)

30. Herbert C. Kelman, Profesor Etika Sosial Richard Clarke Cabot, Emeritus, Harvard University; Bekas Pengarah, Program Analisis dan Resolusi Konflik Antarabangsa, Weatherhead Center for International Affairs (Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa)

31. Said Khoury, Presiden, Consolidated Contractors International Company S.A.L., Greece; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

32. Lawrence Korb, Felo Kanan, Center for American Progress (Pusat Perkembangan Amerika); Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan; Bekas Felo kanan & Pengarah Pengajian Keselamatan Negara di Majlis Hubungan Luar; Bekas Penolong Setiausaha Keselamatan

33. Flynt Leverett, Pengarah, Geopolitics of Energy Initiative and Senior Fellow, New America Foundation (Inisiatif Geopolitik Tenaga dan Felo Kanan, Yayasan Amerika Baru) ; Bekas Pengarah Kanan untuk Hubungan Timur Tengah, Majlis Keselamatan Negara; Bekas Pakar Timur Tengah untuk Setiausaha Negara – Staf Perancangan Dasar; Bekas Penganalisis Kanan, Central Intelligence Agency (Agensi Perisikan Pusat)

34. Daniel Levy, Pengarah, Inisiatif Dasar Timur Tengah, New America Foundation (Yayasan Amerika Baru); Felo Kanan, Century Foundation; Perancang Utama Israeli, Inisiatif Geneva; Ahli Delegasi Israeli, Rundingan Taba

35. Anatol Lieven, Profesor Pengajian Peperangan, Kings College London; Felo Penyelidik Kanan, New America Foundation

36. Fouad Makhzoumi, Pengerusi Parti Dialog Kebangsaan, Lubnan; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP; Pengerusi, Future Pipe Group; Pengasas Yayasan Makhzoumi

37. Robert Malley, Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara, International Crisis Group; Felo Kanan Bukan Residen di USMEP

38. John R. Malott, Bekas Duta A.S. ke Malaysia; Bekas Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Asia

39. Lenore Martin, Profesor Sains Politik, Emmanuel College; Rakan Sekutu, Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa, Harvard University

40. John McLaughlin, Bekas Timbalan Pengarah Central Intelligence Agency (CIA)

41. John Mearsheimer, Profesor Sains Politik, University of Chicago

42. Everett Mendelsohn, Profesor Emeritus untuk Sains Sejarah, Harvard University

43. Diana Villiers Negroponte, Pengajian Dasar Luar, Brookings Institution

44. William Nitze, Presiden The Committee for the Republic (Masyarakat untuk Republik)

45. Augustus Richard Norton, Profesor Hubungan Antarabangsa dan Anthropologi, Boston University

46. Ayo Obe, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu, World Movement for Democracy (Gerakan Dunia untuk Demokrasi); Bekas Naib Presiden, Civil Liberties Organisation (Organisasi Kebebasan Awam), Nigeria

47. Adnan Abu Odeh, Bekas Penasihat Politik kepada Raja Abdullah II dan kepada Raja Hussein Jordan; Bekas Wakil Tetap Jordan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

48. William E. Odom, Leftenan Jeneral (Bersama) Tentera Darat A.S. ; Felo Kanan, Hudson Institute; Profesor Sains, Yale University; Bekas Pengarah Agensi Keselamatan , 1985-1988

49. Hutham Olayan, Presiden & CEO, Olayan America Corporation; U.S.A. Ahli Lembaga Antarabangsa USMEP

50. Christopher Patten, Pengerusi Bersama International Crisis Group; Canselor, University of Oxford; Bekas Pesuruhjaya untuk Hubungan Luar; Bekas Panglima Besar Gabenor British Hong Kong

51. Edward L. Peck, Bekas Ketua Misi A.S. ke Iraq; Bekas Duta ke Mauritania

52. Paul R. Pillar, Profesor Pelawat, Program Pengajian Keselamatan, Georgetown University; Bekas Pegawai Keselamatan Negara untuk Asia Tekat dan Asia Tenggara, Central Intelligence Agency

53. Larry Pressler, Bekas Senator A.S. (R-SD) & Ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat; Ahli, Majlis Hubungan Luar


54. William B. Quandt, Profesor Politics Edward R. Stettinius, University of Virginia

55. Felix Rohatyn, Bekas Duta A.S. ke Perancis

56. Theodore Roosevelt IV, Pengarah Urusan, Lehman Brothers

57. Richard J. Samuels, Profesor Sains Politik Ford International & Pengarah, Center for International (Pusat untuk Pengajian Antarabangsa) di Massachusetts Institute of Technology

58. Pierre Schori, Ketua Pengarah FRIDE; Bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB; Bekas Duta Sweden ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa; Bekas Timbalan Menteri Luar, Kerajaan Sweden

59. J. J. Sheehan, Jeneral (Bersara), Kor Marin A.S.

60. Eric Shinseki, Jeneral (Bersara), Tentera Darat A.S.; Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S.

61. Henry Siegman ,Presiden, US/Middle East Project, Inc.

62. Dimitri K. Simes, Presiden, The Nixon Center ; Penerbit, The National Interest

63. Anne-Marie Slaughter, Dekan, Sekolah Hubungan Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson, Princeton University

64. Stephen J. Solarz, Bekas Ahli Kongres A.S. (D-NY)

65. Henry Steiner, Jeremiah Smith, Profesor Muda Undang-Undang, Emeritus, Harvard Law School

66. Richard Vague, Pengerusi dan CEO Adagio Partners

67. Stephen Walt, Profesor Hubungan Antarabangsa Robert and Renee Belfer
Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Harvard University

68. Phil Wilcox,Presiden, Foundation for Middle East Peace (Yayasan Keamanan Timur Tengah); Duta Besar Tugas Khas A.S. ; Bekas Pembantu Khas kepada Setiausaha Rendah untuk Pengurusan untuk Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah untuk Hubungan Serantau, Biro Hubungan untuk Timur Tengah dan Asia Tenggra, Jabatan Negara A.S.

69. Lawrence B. Wilkerson, Kolonel (Bersara) Tentera Darat A.S. ; Profesor Pamela C. Harriman, Kolej Kerajaan William Mary; Pensyarah Profesor, George Washington University; Bekas Ketua Staf, Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah, Kolej Perang Kor Marin A.S.

70. Joseph Wilson, Duta dalam Pentadbiran Presiden George H. W. Bush; Penolong Khas kepada Presiden Clinton; Pengarah Kanan untuk Hubungan Afrika, Majlis Keselamatan Negara

71. Timothy Wirth, Presiden, U.N. Foundation (Yayasan PBB); Bekas Senator A.S. (D-CO)

72. Frank Wisner, Bekas Duta A.S. ke Zambia, Mesir, Filipina dan India; Bekas Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar; Bekas Setiausaha Rendah untuk Hubungan Keselamatan Antarabangsa; Naib Pengerusi Hubungan Luar , American International Group

73. John S. Wolf, Bekas Ketua Pemantau, Middle East Roadmap, Jabatan Negara; Bekas Duta A.S.

AIDC menterjemah artikel thewashingtonnote.com. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush



Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush


Oleh Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC

Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki.

Anwar Ibrahim bersama Mohd Yusmadi Yussof (kanan)



Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C. Sejak jam 4 petang lagi ramai yang berpusu-pusu beratur menuju ke dewan O Donovan di mana majlis akan berlangsung. Saya dimaklumkan ramai tidak dapat masuk walaupun telah berbaris awal.

Dewan O Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown, Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT, Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi.

Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut.

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush.




Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesesalan beliau terhadap pengharaman buku John Esposito dan Karen Amstrong oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Rujukan juga dibuat terhadap op-ed terbaru Esposito “Benedict VI Islamica" yang jelas menunjukkan komiment beliau mengusaha jambatan persefahaman dunia.

“I have learned that the true test of friendship comes in your darkest hour, when a genuine friend reaches out to help in the face of tyranny and oppression" Kata-kata susulan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim itu membuatkan saya tersentak seketika membayangkan erti persahabatan antara beliau dan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka seolah-olah sehati sejiwa sama citarasa dengan tidak bertali leher di pentas.

Majlis tersebut juga menjalinkan silaturahim sahabat handai dan taulan yang terputus hubungan. Sapaan yang mesra jelas terpapar di airmuka takkala mereka bertemu semula di majlis tersebut. Saya sempat tumpang sekaki berbual dengan beberapa kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui saudara Khalid Jaafar.

Majlis juga dihadiri oleh saudari Nurul Izzah yang menemani isteri dan dua orang anak Perdana Menteri Erdogan. Saya dimaklumkan oleh saudari Nurul Izzah bahawa anak Erdogan sebak melinangkan air mata apabila mendengar pengalaman yang dilalui Izzah sekeluarga ketika Datuk Seri Anwar ditahan selama 6 tahun. Pada mereka penahan Erdogan di dalam penjara selama 6 bulan sudah memeritkan. (Sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri Erdogan telah dipenjarakan oleh kerajaan terdahulu kerana membaca satu sajak yang berpengaruh di sana.)

Sebagai orang muda, ini adalah kali kedua saya melihat erti persahabatan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan teman-teman beliau. Sajak dan tanggisan Tawfik Ismail semasa menggambarkan persahabatan beliau dan teman-teman di Indonesia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gedung Kesenian, Jakarta semasa lawatan "Anwar Ibrahim Teman Sejati" ke Indonesia masih segar dalam ingatan saya.

Lawatan Erdogan ke Washington D.C yang pada kebiasaannya merupakan "PR execise" biasa para diplomat telah bertukar menjadi agenda besar keamanan dunia. Yang lebih penting bagi diri saya ialah bagaimana dua sahabat Islam dari Timur dan Barat dapat bergabung menyampaikan mesej seirama keamanan kepada sang penguasa Barat di Barat.




Mungkin Ramadhan tahun ini akan membuka lembaran baru keamanan dunia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menarik minat Paul Wolfowitz orang yang amat dimusuhi oleh masyarakat dunia mendengar mesej Keamaan Sejagat dan beriftar bersama masyarakat Islam di bumi Jesuit di Washington D.C.




Emak saya selalu mengingatkan saya bahawa doa sebelum berbuka amat mustajab. Mungkin program ini boleh dianggap sebagap sebagai Doa oleh Dua Sabahat untuk Keamanan Sejagat. Ameen


AIDC memetik artikel Mohd Yusmadi Yusof,ketika itu mengiringi program Anwar di Washington DC. Sekarang Yusmadi adalah ahli parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...