AIDC BLOG: 2009-02-15

Friday, February 20, 2009

Kumpulan badan pemikir Amerika 'mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim'



Satu kumpulan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam perbincangan ke atas Malaysia semalam, dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Kongres (United States Congressional Sub-Committee) di Washington DC sememangnya diketahui mempunyai hubungan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa perbincangan tersebut selama satu setengah jam bertemakan "Malaysia: Assessing the Mahathir Agenda" (Malaysia : Menilai Agenda Mahathir), Douglas Paal, Presiden Asia Pacific Policy Centre - APPC -(Pusat Dasar Asia Pasifik), mencadangkan kepada ahli Kongres supaya AS kekal dengan hubungan satu hala dan dingin dengan Kerajaan Malaysia, pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Pusat tersebut diwujudkan pada 1993 dan berusaha mengadakan hubungan rapat di antara perniagaan AS dengan rakan sejawat di Asia pasifik.

Dialog tersebut juga ditaja dengan gabungan bersama di antara Institut Kajian Dasar -IKD (Institute of Policy Research ), sebuah kumpulan pemikir yang diketahui milik Anwar Ibrahim, dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) atau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.


Dua tokoh pengerak Anwar di dalam dan luar negara. Kamaruddin Jaafar (kiri) pengerusi IKD dan Douglas Paal (kanan), Pengarah APPC. Mereka bekerjasama menandatangani perjanjian usahasama antara IKD - APPC untuk menganjurkan Dialog Pasifik sebagai pelobi imej Anwar di Amerika. Paal ketika itu berpengaruh di Amerika kerana dia adalah bekas pengalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS, manakala Douglas Paal adalah Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Semasa dialog ke-4, yang dianjurkan dari 11 hingga 13 Januari 1998, Anwar dan Setiausaha Pertahanan AS, William S. Cohen, seorang Yahudi yang terkenal, telah menjadi pengerusi bersama untuk sesi pertama, sementara Anwar dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Dr Henry Kissinger, mempengerusikan untuk sesi kedua.


Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang bekerjasama dengan APPC dalam menganjurkan Dailog Pasifik, 1998.


Douglas Paal pula merupakan bekas pengarah kanan National Security Council's Asian Affairs (Majlis Keselamatan Negara Amerika Hal Ehwal Asian), juga merupakan bekas pembantu khas Majlis Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Bush dan Reagan.

Paal merupakan salah seorang yang daripada 3 saksi yang menjawab soalan berkenaan Malaysia daripada ahli-ahli jawatankuasa kecil tersebut. Yang lain adalah Ralph Boyce, Deputy Assistant Secretary of State for East Asia and Pacific (Timbalan Setiausaha Negara untuk Asia Timur dan Pasifik), dan Dr. Linda Lim, seorang rakyat Singapura yang mengajar di University of Michigan Business School.

Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan Lim memiliki ijazah sarjana muda daripada University of Cambridge, Yale dan Michigan, berulang kali cuba mengelak daripada menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh kawalan mata wang dan modal dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

Lim yang juga pengasas dan editor Journal of Asian Business (Jurnal Perniagaan Asia), dan juga telah menjadi perunding untuk syarikat AS, kumpulan pemikir persendirian, dan Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) atau Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Ghazzali Sheikh Khalid telah menyatakan pakar tersebut sebagai “secara nyata berat sebelah dan tidak menerima maklumat yang betul.”

Seperti Lim, Ghazali menyatakan “Dia tidak dilihat menghargai kawalan modal yang diletakkan di Malaysia dan kesan positifnya ke atas pemulihan ekonomi.”

Dalam ucapan presiden semasa perasmian perhimpunan agung UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad membacakan laporan dan menyesali Malaysia tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya daripada kempen luar negara yang bertujuan untuk memburuk-burukkannya.

Komen :

Mungkin akan tertanya-tanya mengenai hubungan rapat di antara Anwar Ibrahim dengan William Cohen dan Henry Kissinger. Kedua-duanya merupakan tokoh Yahudi yang terkenal dan berkemungkinan akan membawa pengaruh Yahudi Antarabangsa ke dalam arena politik Malaysia.

Seperti yang pernah dilakukan oleh Israel dalam membantu kempen pilihan raya Parti Demokratik Indonesia Pembaharuan (PDIP), mungkin tidak dapat disangkal kemungkinan hubungan Israel di dalam senario politik Malaysia.

Seperti yang dilaporkan, Israel telah memberikan sumbangan sebanyak USD 100 juta sebagai bayaran pendahuluan kepada Megawati Sukarnoputri di dalam tabung kempen pilihan rayanya. Sebagai balasannya, kerajaan Israel menuntut agar diwujudkan hubungan diplomatik dengan Indonesia, sekiranya Megawati memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden.

Sekiranya rancangan ini berjaya, Israel akan terus memberikan geran kepada Indonesia dalam hubungan diplomatiknya secara formal, untuk membantu pemulihan ekonomi Indonesia.

Seseorang mungkin akan tertanya-tanya sama ada Yahudi juga mempunyai pengaruh ke atas parti keADILan yang dipimpin oleh Wan Azizah Ismail. Sekiranya benar, Israel memberikan bantuan kewangan untuk membantu Wan Azizah untuk memenangi pilihan raya dan kemudiannya menjadi Perdana menteri, secara lazimnya dia sanggup untuk mewujudkan hubungan dengan Kerajaan Israel.

Ianya akan membawa kepada keutamaan yang tidak pernah didengari di mana kerajaan Islam bekerjasama dengan Israel. Akhirnya, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan masa depan yang suram.



AIDC menterjemah artikel bertajuk "US THINK TANK. US THINK TANK 'HAD TIES WITH ANWAR'". Artikel asal klik di sini


Artikel lain yang berkaitan :

1. Yahudi di belakang Anwar

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

3. Betulkah Anwar agen Yahudi ?

4. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

5. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

6. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

7. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

8. "Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar Ibrahim

9. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat







Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, February 15, 2009

Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

Anwar berceramah di the Regional Outlook Forum di Singapura yang dikendalikan oleh the Institute of South East Asian Studies. Katanya Islam lebih sesuai dengan demokrasi dan menuduh Malaysia di bawah Abdulah Badawi mengamalkan Islam Puritanisme yang menghalang pluralisme

Oleh Ecumenical News International

Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim berkata keharmonian pelbagai kaum di negaranya berada di tahap kritikan kerana ancaman puritanisme Islam (Fahaman yang mementingkan tatasusila dan agama) yang telah merosakkan hak-hak perlembagaan penganut agama lain di dalam negara yang mempunyai majoriti Muslim di Asia Tenggara.


Dalam ucapan terbarunya di forum serantau di Singapura, Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah menggunakan puritanisme Islam untuk memenangi undi dalam pilihan raya umum yang dijangkakan akan diadakan selepas ini pada 2008.

“Isu sebenar, saya akan menggambarkan sebagai puritanisme Islam yang ditaja oleh negara ini mengundang lebih banyak sentimen perkauman keagamaan,” Anwar memberitahu dalam satu perhimpunan di Institute of Southeast Asian Studies (Institut Kajian Asia Tenggara), Singapura.

“Ini adalah sejenis teologi yang membawa kepada penolakan kebebasan berperlembagaan agama lain.”

Lebih kurang 60 peratus daripada 25 juta populasi Malaysia adalah Muslim. Penganut Kristian dan Buddha, yang kebanyakannya daripada masyarakat Cina menjadi minoriti daripada negara tersebut, mewakili 25 peratus populasi, dan Hindu yang berasal daripada negara India mewakili lebih kurang 10 peratus.

Keharmonian kaum di antara etnik- etnik di Malaysia dan kumpulan agama telah mula menunjukkan beberapa ketegangan memandangkan kumpulan minoriti telah membuat aduan tentang hak mereka telah dicabuli berkenaan keputusan mahkamah dan dasar- dasar kerajaan yang memihak kepada Muslim.

Pada awal Januari lalu, kerajaan Malaysia telah mengharamkan kumpulan minoriti daripada menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan untuk menerangkan tentang Tuhan kepada kepercayaan agama bukan Muslim. Anwar menyatakan pengharaman ini merupakan ‘kekarutan yang tidak masuk akal’

“Pada hari ini, kesemua rasa hati yang meliputi perkara ini di bawah ancaman yang serius,” katanya. “saya yakin, ramai Muslim Malaysia juga, secara adilnya berasa terkejut dengan tindakan yang ditunjukkan itu sebagai berfikiran sempit dan tiada toleransi.”

Anwar adalah bekas menteri kerajaan yang telah dipersiapkan untuk memimpin Malaysia, tetapi telah dipecat pada 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu Mahathir
Mohamad di atas tuduhan rasuah dan liwat. Anwar menafikan sebarang kesalahannya dan menyatakan tuduhan tersebut telah direka-reka oleh Mahathir yang telah mula melihatnya sebagai satu ancaman politik. Dia telah dibebaskan daripada tuduhan liwat pada 2004 oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.

Satu larangan terhadap Anwar telah dikeluarkan , melarangnya daripada memegang jawatan awam atau bertanding dalam pilihan raya umum kerana sabitan untuk rasuah akan berakhir pada April 2008.

[ Ecumenical News International - ENI ditaja bersama oleh World Council of Churches (Majlis Gereja Sedunia), the Lutheran World Federation (Persekutuan Lutheran Sedunia), the World Alliance of Reformed Churches (Pakatan Sedunia Gereja Pembaharuan), dan the Conference of European Churches (Persidangan Gereja Eropah)].


AIDC menterjemah artikel dari Ecumenical News International 2008. Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

3. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

4. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

5. Benarkah Anwar Ibrahim Pendokong Islam Liberal ?

6. Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim

7. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

8. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

9. Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

10. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

11. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

12. Menilai semula Anwar Ibrahim

13. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Adakah Anwar Ibrahim homoseksual?



Oleh Yahaya Ismail

Mereka yang kagum terhadap retorika kosong yang dibertihkan dengan ayat-ayat Al-Quran, sabda Nabi serta kata-kata falsafah dari India, Pakistan, Mesir, Cina dan Inggeris tentulah kagum tidak terbatas. Tentulah menganggap Anwar inilah pemimpin yang syumul, berakhlak mulia, berjiwa Islam yang akan memerangi kehidupan ummah dan akan menggilapkan kecemerlangan negara.

Pada mereka yang mengenali Anwar dari dekat dia dikatakan angkuh, pemarah dan suka buat janji tetapi jarang menepati. Dia juga dikatakan suka memerintah tetapi tidak senang kalau diperintah, suka memberi buah fikiran tetapi kurang gemar menerima pandangan orang lain yang berlawanan dengannya. Dia juga dikatakan suka diangkat dan dipuji dan dikelilingi oleh orang-orang muda yang rupawan dan kacak seperti Azmin, Ezam dan sebagainya.

Barangkali juga melihat pegawai-pegawai lelaki yang kacak memberi ilham kepadanya untuk lebih bersemangat menjalankan urusan rasmi dan bukan rasmi. Inilah keistimewaan Anwar yang tidak dimiliki Mahathir atau Pak Lah.

Saya masih teringat pertemuan saya selama tiga jam di rumah Anwar selepas saya menulis buku "Anwar Ibrahim Antara Nawaitu Dan Pesta Boria" yang diterbitkan pada tahun 1993. Bukan saya yang meminta bertemu dengannya. Saya diberitahu oleh Shukran, sahabat karib Anwar, bahawa Pak Syeikh hendak bertemu empat mata di kediamannya.




Saya dibawa oleh Shukran dengan seorang orang kuat Anwar (saya tidak tahu nama sebenarnya) menaiki Volvo ke kediaman Anwar. Sampai kira-kira jam 11.45 malam. Hanya Anwar dan saya sahaja yang berbincang pada malam itu. Saya diberitahu oleh Shukran bahawa Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara, ada di rumah pada siang hari, dan Shukran disuruh mencari saya dengan segera dan membawa saya ke rumahnya untuk bersama-sama dengan Tun Hanif. Oleh kerana saya hanya dapat dihubungi pada malam hari maka saya tidak dapat bertemu dengan Tun Hanif di rumah Anwar.

Menurut Shukran Anwar bertanya kepada Tun Hanif siapakah penulis buku politik yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat menurut siasatan polis. Hanif memberitahu Anwar, menurut Shukran, bahawa karya-karya saya mempunyai pengaruh sebab ada unsur penyelidikan dan kritikal dalam analisa. Hanif juga memberitahu Anwar karya saya mengenai Anwar di atas banyak mendedahkan kelemahan Anwar sebagai pemimpin politik. Barangkali itulah sebabnya dia menjemput saya ke rumahnya yang tidak pernah diundang sejak ia menjadi menteri kabinet.

Perbincangan dengan Anwar lebih banyak berkisar mengenai politik UMNO dan tidak menampakkan kemarahannya terhadap saya kerana mengkritiknya dalam buku saya itu. Kami bercakap menggunakan bahasa “hang” dan “aku” dan bebas melontarkan fikiran apa saja mengenai dirinya. Bila dikembalikan ingatan pada pertemuan yang tidak dirancang itu, setelah Tun Hanif mendedahkan kepada umum bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseks dengan dua orang asing, saya menyedari kini bahawa Anwar mungkin hendak meninjau sejauhmana saya mengetahui dia seorang homoseks.

Dalam buku saya di atas saya hanya menggunakan bahawa yang tersirat untuk menyatakan dia mempunyai pengalaman homoseksualiti sewaktu menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar lagi. Hanya setelah pertemuan itu baru saya dapat berbagai maklumat dari berbagai maklumat dari berbagai sumber tentang minat seks Anwar yang luar biasa.

Anwar dikatakan amat takut kalau rahsia homoseksnya dilondehkan oleh penulis dalam karya-karya mereka. Justeru itu bila Khalid Jeffry menerbitkan "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM", dia terus mengambil injunki dan membuat laporan polis seolah-olah Khalid membuat fitnah terhadap dirinya.

Menurut sumber-sumber tentu rakan-rakan rapat Anwar dalam Abim dan Yayasan Anda tahu selera seksnya itu. Tapi kesetiaan kepada Pak Syeikh, pejuang Islam, menyebabkan mereka tutup mulut. Dikatakan Anwar juga mempunyai hubungan homoseks dengan anak seorang penulis sewaktu dia menjadi Menteri Pendidikan. Dikatakan bapa kanak-kanak itu pernah membuat aduan ke balai polis tetapi tidak diterima kerana kononnya pihak polis tidak percaya seorang menteri sanggup melakukan hubungan sejenis dengan seorang budak lelaki berusia 16 tahun!

Akibatnya, kata sumber itu, dia menyimpan barang bukti tersebut iaitu seluar dalam anaknya yang berlumuran darah dengan air mani sebagai kenangan pahitnya. Kalau ini benar bermakna Anwar telah melakukan sesuatu yang menggemparkan masyarakat dengan seorang budak belasan tahun!

Kita berharap perkara ini tidak betul kerana, sekiranya benar, bermakna dia telah melakukan hubungan homoseks dengan seorang budak lelaki yang boleh dianggap di bawah umur.

Dikatakan bapa mangsa telah mendedahkan kisah anaknya itu kepada beberapa orang kenalannya selepas Anwar dipecat dari kabinet. Kita tidak tahu apakah pihak polis telah membuat penyiasatan tentang perkara ini. Dikatakan penulis yang berasal dari Perak itu pun sudah tidak tinggal di rumah allayarhaman isterinya lagi di Petaling Jaya. Sampai kini banyak rakan-rakannya tidak mengetahui ke manakah hilangnya penulis tersebut.

Topeng yang paling baik untuk menutup homoseksualitinya ialah menjadikan dirinya seorang pejuang Islam. Dengan bertopengkan Islam, menjadi pemimpin Persatuan Pelajar-Pelajar Islam di Asia Barat, Pakistan, Indonesia melalui WAMY (Pertubuhan Belia Islam Sedunia) maka dengan mudah dia dapat menutup rahsia homoseksualnya seperti mana yang pernah dilakukan oleh setengah rahib dan juga lebai-lebai kampung yang belajar di pondok dan di sekolah-sekolah berasmara.

Setengah rahib, paderi dan sami juga menjadi homoseks dan menggunakan agama masing-masing untuk menutup rahsia peribadinya. Topeng agama adalah paling baik untuk merahsiakan perbuatan homoseksualiti oleh kerana orang ramai tidak akan percaya seorang pejuang Islam.

Sebijak-bijak tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Anwar cuba merahsiakan dari rakyat jelata tetapi dengan kuasa Allah akhirnya terbongkar juga. Dua orang asing yang kini mendapat taraf kerakyatan Malaysia telah mengaku mereka diliwat Anwar dan akibatnya dikenakan penjara selama enam bulan iaitu Sukma, orang Indonesia dan Dr Munawar, keturunan Pakistan. Azizan Abu Bakar juga mengaku dia diliwat oleh Anwar.

Beberapa orang lagi kini menunggu giliran untuk mendedahkan hubungan homoseksualiti mereka dengan Anwar di mahkamah.

Pendedahan homoseks inilah yang paling menakutkannya kerana perbuatan demikian dilaknati Allah dan dia tidak akan diterima sdebagai pemimpin Islam sekiranya terbukti dia bersalah. Yang taksub kepadanya masih tidak mahu mempercayai Anwar seorang homoseks. Biarlah mahkamah sendiri yang menentukannya.

Sekiranya mereka berpegang kepada tali Allah mengapakah mereka tidak mendesak Anwar bersumpah atas nama Allah seperti yang dilakukan oleh Ku Li di khalayak ramai? Tidak pula seorang pun yang bergelar ulama atau mufti mendesak Anwar bersumpah secara Islam. Apakah para alim ulama juga tidak mempunyai kekuatan moral dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan mencari kebenaran? Apakah dengan jalan sembahyang hajat beramai-ramai boleh meyakinkan Allah Ta’ala tentang “kesucian” Anwar?

Siapakah antara alim ulama dan lebai-lebai pondok yang sanggup menipu Allah dan mempertahankan yang mungkar? Mengapakah tidak sembahyang hajat meminta Allah menunjukkan jalan yang benar-benar umat Islam di tanahair kita tidak porak-peranda, hancur-menghancurkan sesama Islam?

Akibat perbuatan dan tindakan Anwar yang mengaibkan itu masyarakat Islam di tanahair kita yang tercinta sudah berpecah-belah. Malangnya mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama dan pejuang Islam nombor wahid begitu lemah sekali peribadi mereka hingga tidak berani menyatakan buah fikiran yang bernas untuk membela kebenaran dan menentang kemungkaran. Mereka diam membisu mengenai isu Anwar dan juga tidak berani memberi fatwa mengenai Allah juga mencarut seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Mat, Musryidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Sindrom bisu menguasai diri mereka dan ini menyebabkan orang ramai kini sudah mula mempertikaikan kewibawaan para alim ulama di tanah air kita.

Sebenarnya Anwar jatuh dari persada kuasa bukan kerana PM merancangkan konspirasi atau menter-menteri lain iri hati dengan dunia glamornya sebagai darling of the west. Semua menteri kabinet dan rakyat yang celek politik sedar dia dimanjai oleh Barat dan dijulang tinggi oleh para pemimpin Barat. Semua perwakilan UMNO dan rakyat Malaysia tahu bakal PM seperti Mahathir ialah Anwar Ibrahim anak Ceruk Tok Kun.

Pak Lah yang tidak disenangi Anwar dan lebih lama berkecimpung dalam politik UMNO sedar Mahathir inginkan Anwar sebagai bakal PM. Setengah pemimpin UMNO sedar mereka akan disisihkan Anwar sekiranya dia mengganti Mahathir kelak. Mereka rela digugurkan kerana Anwar berhak memilih siapa saja menganggotai kabinetnya. Namun kesetiaan mereka terhadap UMNO tidak terjejas kerana darah daging mereka sudah sebati dengan semangat perjuangan UMNO.

Anwar dipecat dari kabinet dan parti kerana dia seorang homoseks yang dilaknati Allah dan bukan kerana Mahathir atau menteri-menteri tertentu takutkan pengaruhnya. Sebagai homoseks dia tidak layak memimpin kerajaan dan UMNO yang berpegang kuat pada ajaran Islam. Mahathir tidak mahu bersubahat dengan seorang pemimpin homoseks sebagai penggantinya. Dia tidak mahu menanggung dosa di dunia dan akhirat sebagai orang yang memilih Anwar menjadi penggantinya.

Mahathir sanggup menghadapi apa saja risiko dari tindakannya itu. Dia menyerah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Mahah Berkuasa dari Anwar ataupun ulama-ulama dan lebai-lebai pondok yang lemah semangat untuk menjadi pejuang Islam yang sejati.

Yang merancangkan konspirasi sejak ia disintuklimau dan dimandibunga oleh Mahathir menyertai UMNO dan kabinet ialah Anwar sendiri. Dia bijak membuat helah politik melemparkan tuduhan konspirasi kepada orang lain untuk menutup rapat rahsia dan agenda politiknya sendiri. Dengan melemparkan tuduhan konspirasi kepada PM, Tun Daim, Megat Jonid, Rafidah Aziz dan Aziz Shamsuddin dia hendak mencemarkan imej PM dan menteri-menteri lain supaya rakyat membenci kerajaan.

Dengan demikian dia mengharapkan majoriti rakyat menyebelahinya tanya menyedari bahawa dialah sebenarnya konspirasi nombor wahid untuk menjatuhkan Mahathir dan kerajaan sejak dalam UMNO lagi. Inilah wajah pemimpin hipokrit yang bermuka-muka, memakai berbagai jenis topeng, menjadi pelakon ala Bollywood untuk menjatuhkan kerajaan demi kepentingan politik dirinya.

Sekiranya Allah mentakdirkan Anwar menjadi PM sebelum kes homoseksualitinya timbul maka selamatlah Anwar di atas takhta kerajaan menyembunyikan hobi homoseksnya itu. Maka tidak akan lahir pendedahan selera seksnya yang luar biasa ini kepada umum.

Malah dia akan mengambil tindakan pula terhadap mereka yang menjadi musuh politiknya tidak terkecuali Mahathir, Pak Lah dan lain-lain. Anwar ingin menutup rahsia peribadinya tapi Allah mendedahkannya kepada rakyat semua. Anwar boleh membohongi mereka yang taksub dan buta matahati tetapi dia tidak boleh membohongi Allah yang menentukan segala.

Ingatlah mereka yang menyokong dan bersekongkong dengan pemimpin homoseks ini akan menerima musibahnya dari Allah seperti mana yang berlaku di zaman Nabi Lut.



AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim bukan penyelamat politik Malaysia - pemikir politik bukan Melayu



Oleh Helen Ting

Dengan berakhirnya larangan selama 5 tahun, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah mendapat kebebasan semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia dan pemilihan parti.

Kembalinya semula Anwar ke dalam politik adalah mengejutkan sepertimana kejatuhannya yang dramatik daripada kuasa dengan merujuk kepada pertikaian dengan bosnya sebelum ini, Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Pilihan raya umum ke 12, parti memerintah Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen persekutuan dan pembangkang menguasai 5 dewan undangan negeri, telah digambarkan sebagai ‘tsunami politik’.

Buat kali pertama, parti berbilang kaum Anwar, Parti Keadilan Rakyat telah memenangi banyak kerusi parlimen daripada parti- parti pembangkang yang lain. Hasilnya, Dr. Wan Azizah, isteri Anwar, yang dipilih semula, telah menjadi Ketua Pembangkang.

Pengulas telah mentafsirkan keputusan tersebut sebagai satu sokongan kepada rayuan pilihan raya PKR untuk menggantikan tindakan afirmatif berdasarkan kaum yang berdekad lamanya dengan program bantuan yang berdasarkan keperluan. Mereka mempertikaikan politik perkauman dan penguasaan Melayu akhirnya telah digantikan.

“Rakyat telah memilih secara muktamad untuk satu era baru di mana kerajaan mesti benar-benar mengiktiraf bahawa semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, budaya atau agama adalah satu negara,” Anwar dengan sangat gembira mengumumkannya pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.

Seorang yang menjadi kesayangan media asing, Anwar yang berkarisma dan mampu secara umumnya menerima liputan yang positif. Secara meluas dilihat sebagai bakal Perdana Menteri tanpa bertanding, pembangkang perlu menguasai Parlimen, dengan ramai rakyat Malaysia setuju untuk memberikan Anwar peluang.

Tetapi ramai yang memendam rasa sangsi mereka. Yang paling membimbangkan mereka timbul daripada ketidakpastian komitmen Anwar kepada fahaman pelbagai budaya.


Pertukaran agama - Murtad

Sehingga akhir 1980-an, penukaran agama Muslim kepada agama lain perlu disahkan dengan hanya membuat satu pengakuan bersumpah untuk mengesahkannya. Paling terbaru, pendaftar negeri enggan untuk mengiktiraf penukaran agama seperti itu melainkan disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Kes yang terbaru telah menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah telah keberatan atau menolak untuk melaksanakan tugas mereka. Seorang Melayu yang menukar agama kepada Kristian, Lina Joy, mencabar kesnya di Mahkamah Sivil dalam usaha untuk mendapat status agama dalam kad pengenalannya diubah tanpa perlu melalui Mahkamah Syariah.

Lina kalah dalam kes tersebut dan perkara ini merupakan satu kekecewaan kepada mereka yang sememangnya khuatir dengan penghakisan berterusan peranan Mahkamah Sivil sebagai penjamin hak - hak dalam perlembagaan termasuk kebebasan agama. Anwar mengumumkan persetujuannya dalam keputusan kes tersebut.

Anwar pejuang sama rata ?

Kedua, walaupun sebahagian risalah kempen PKR menyerang peminggiran kerajaan terhadap pendidikan rendah aliran Mandarin dan Tamil, tetapi manifesto pilihan raya PKR tidak mengandungi sebarang langkah untuk memperbetulkan situasi tersebut. Rasa sangsi yang dipendamkan ini meningkat sama ada PKR akan mengubah status quo sekiranya ia menguasai kerajaan.

Kemudian terdapat soalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak selepas pembangkang memenangi negeri tersebut. Perlembagaan Perak mensyaratkan bahawa kerajaan negeri perlu diketuai oleh seorang Melayu walaupun syarat ini boleh diketepikan oleh Sultan.

Dalam perkara ini, tiada seorang pun daripada ahli dewan undangan negeri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti yang berdasarkan kaum Cina yang paling banyak mendapat kerusi, adalah Melayu. Masih mempertimbangkan merit calon, Anwar dengan mudah menolak untuk memilih calon bukan Melayu sebagai Menteri Besar, menyebut tentang keperluan melindungi kedudukan Melayu secara politik dan ekonomi.

Semasa kempen pilihan raya, dia juga menyerang kerajaan sebelum ini kerana menaikkan harga petrol, dan mengumumkan dia akan menurunkan harga, sebaik sahaja memegang kuasa. Langkah tersebut amat popular, tetapi untuk melaksanakannya akan melibatkan kos berbilion ringgit untuk subsidi petrol.

Adakah ini dasar seorang pemimpin yang ‘berfikiran jauh’ apabila wang ini (subsidi) boleh digunakan untuk membiayai penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi pergantungan yang melampau terhadap kereta persendirian?

Anwar yang merancang untuk kembali ke parlimen dalam satu pilihan raya kecil, telah mengumumkan bahawa dia sedang bergerak ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru dengan bantuan pembelot daripada parti memerintah.

Satu soalan timbul sama ada ‘jalan belakang’ seperti itu dalam usaha untuk mendapat kuasa adil kepada pengundi yang cenderung untuk memilih parti daripada calon itu sendiri.

Sebelum ini parti pembangkang telah membela ‘undang-undang anti-lompat’, yang memerlukan wakil yang dipilih untuk meletakkan jawatan dan mengambil tempat untuk bertanding untuk pilihan raya kecil sekiranya mereka menukar kesetiaan politik.

Ia masih dilihat sama ada mereka akan melaksanakan standard yang sama kepada diri sendiri sekiranya mereka memegang kuasa.


Helen Ting menamatkan pengajiannya dalam PhD (sains politik) di Institut d'études politiques de Paris. Pada masa ini, dia berada di Kuala Lumpur, menerima lantikan di Institut Kajian Malaysia dan Serantau di Universiti Kebangsaan Malaysia.>

AIDC menterjemah Helen Ting, PhD sains politik di Institut d'études politiques de Paris. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Pakar Cipta Konspirasi



Oleh Yahaya Ismail

Anwar sebenarnya takut pada bayang-bayangnya sendiri 16 tahun menikmati kekuasaan dan kekayaan melalui UMNO. Terlalu banyak pemimpin dan individu yang terluka perasaan kerana sikapnya yang agresif, mementingkan diri dan memperalatkan orang lain untuk muslihat politiknya. Orang sanggup menjunjung kepimpinannya kerana menganggap dia adalah seorang tokoh politik yang berjiwa Islam. Mereka menganggap dia boleh memimpin UMNO dengan lebih baik lagi sekiranya dia diberi kepercayaan memimpin parti dan kerajaan. Mereka yang mengagumi Anwar tidak sekali-kali mempunyai perasaan buruk sangka terhadapnya. Mereka menganggap dia seorang pemimpin intelektual Islam nombor wahid, jujur, amanah, berjiwa rakyat dan sanggup berkorban untuk mempertahankan hak rakyat, demokrasi, agama dan bangsa.

Setelah menikmati kedudukan dan kekuasaan dia lebih banyak dikelilingi oleh orang-orang muda yang julung berkeris, yang masih hijau tentang silat dan kuntau politik sebagai penasihat-penasihatnya yang dibayar dan juga sukarelawan yang mengharapkan projek. Dia cuba menarik sebanyak mungkin juak-juaknya dalam Abim dan mereka yang sealiran dengan “falsafah” perjuangan ke dalam UMNO dan menempatkan mereka di tempat-tempat yang strategik dalam bahagian, exco kerajaan negeri, sebagai Menteri atau timbalan, wakil-wakil rakyat, menteri dan timbalan menteri selain bersarang dalam dunia korporat, media dan universiti.

Juak-juak ini akan marhaban bersamanya memuja dan mengangkat dirinya tanpa menyelami apakah perjuangan Anwar benar-benar jujur, ikhlas dan bersifat patriotik. Dia bijak menjual koyok melalui pidatonya a la Sukarno dan kadang-kadang senada dengan penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib.

Kerana mabuk kuasa dia merasakan sudah sampai masanya dia menentang Mahathir kerana tidak tidak sabar lagi menunggu lambaian selamat tinggal dari PM. Setelah Tun Ghafar Baba dengan mudah disingkirkan dari politik maka sampailah masanya untuk menyingkir Mahathir pula. Para juak-juaknya yang mengharapkan gua intan Raja Sulaiman, sekiranya Anwar menjadi PM, terus menerus mengipas dan berkasidah memuji dan memuja Pak Syeikh yang bakal menjadi PM. Dalam keghairahan memburu kuasa Anwar cuba mencantas berbagai pemimpin veteran yang lebih banyak berjasa kepada perjuangan UMNO dan rakyat dari dirinya sendiri.

Pak Lah menjadi mangsanya dan Anwar memang tidak senang dengan populariti Pak Lah dalam parti dan juga di kalangan rakyat. Oleh kerana Pak Lah orang baik dan tidak mempunyai skandal yang menjolok mata maka sukar bagi Anwar hendak menyingkir Pak Lah dari arena politik Pulau Pinang dan nasional. Dia lupa sumbangan Pak Lah yang menjadi orang pendamai antara dia dengan bapak mertuanya setelah dia berkahwin lari dengan Wan Azizah ke Siam. Tapi Pak Lah, anak ulama terkenal dan seorang yang hidup dalam lingkungan agama serta mempunyai kelulusan universiti di bidang agama Islam, tidak berniat jahat untuk membalas segala fitnah, tohmah dan mainan politik kotor anak Ceruk Tok Kun itu.

Dulu dia mencantas Pak Lah di Pulau Pinang dan menyulitkan tugas Pak Lah dalam kabinet oleh kerana peruntukan kewangan bagi semua kementerian dipegang oleh Anwar selaku Menteri Kewangan. Tapi akhirnya tanpa konspirasi atau bantuan negara asing Pak Lah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar dipecat kerana amalan homoseks. Inilah berkat dan rahmat Allah yang memakmurkan hambanya yang jujur dan setia.

Pemimpin yang berjiwa besar, nasionalis dan berpegang kuat pada ajaran agama masih banyak dalam UMNO. Mahathir dan Pak Lah, misalnya, tidak akan mengkhianat bangsa, agama dan negara untuk menjadi talibarut asing, alat kuasa asing hanya untuk mengekalkan kekuasaan politik mereka semata-mata.

Cinta mereka adalah kepada tanah air, bangsa dan agama yang menjadi sandaran kekuatan perjuangan mereka. Justeru itu mereka akan mempertahankan hak dan kemerdekaan negara dengan nyawa dan kekuatan yang ada. Malaysia tidak boleh menjadi boneka asing dengan saja alasan. Maruah bangsa, agama dan negara lebih besar ertinya pada rakyat dan perjuangan kebangsaan.

Oleh itu mereka akan mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara dari segala ancaman dari dalam dan luar. Bangsa yang tergadai maruahnya akan hilang kemerdekaannya dan jadilah ia sebagai bangsa yang berjiwa hamba, tidak bermaya dan hilang maruahnya.

Malangnya Anwar yang disebut-sebut sebagai pengganti Mahathir sanggup menjadi boneka Barat, budak suruhan kuasa asing, hanya kerana dia ingin menumbangkan PM. Di negara lain seorang penderhaka akan dihukum bunuh di tali gantung atau di tangan pasukan penembak. Di Malaysia dia masih diberi peluang untuk mempertahankan haknya di mahkamah dan hingga kini kerajaan tidak menuduhnya sebagai pengkhianat negara secara rasmi. Keadilan masih lagi dipertahankan di bumi yang bertuah ini walau pun pihak pembangkang dan yang taksub terhadap Anwar mempertikaikannya.

Dosa besar Anwar ialah sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara kepada kuasa luar dan mendabik dada penuh kebanggaan bahawa dia mempunyai sahabat-sahabat terkemuka di kalangan Kristian dan Yahudi di Amerika dan Eropah yang sanggup membantunya. Hilang maruah, hilang budi dan lahirlah jiwa hamba seorang pemimpin, yang tanpa malu dan segan, mengangkat dirinya sebagai pejuang Islam.

Tapi Islam hanya sebagai topeng untuk menutup nafsu serakahnya yang dilaknati Allah. Dia pengamal homoseksual dan dia disingkir dari kabinet dan UMNO kerana amalannya yang terkutuk Allah. Yang taksub dan pemujanya yang membuta tuli akan terus memujanya walaupun dia seorang homoseks dan menganggap dirinya menjadi mangsa politik Mahathir. Biarlah mahkamah yang menentukannya apakah dia bersalah ataupun tidak.

Sekiranya keputusan mahkamah dipertikaikan (dan mereka akan mempertikaikan kecuali kalau keputusan itu berpihak kepada kemahuan mereka) maka bersumpahlah secara Islam kalau berani. Lafaz sumpah secara Islam di khalayak ramai dan katalah bahawa dia bukan seorang homoseks, dan itu hanya fitnah yang ditabur oleh kerajaan dan musuh-musuh politiknya. Katakan kalau benar-benar berjiwa Islam dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi tidak seorang pun ulama terkemuka ataupun yang berpura-pura ulama sanggup mendesak Anwar bersumpah secara Islam di khalayak ramai ataupun di masjid. Para ulama juga tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mencari keredhaan Allah untuk membuktikan apakah Anwar seorang homoseks ataupun hanya fitnah kepadanya.

Bilamana ulama sudah tidak mampu menolak kemungkaran dan membisu sejuta bahasa kerana mementingkan diri dan bukan sebagai pejuang agama yang sebenar maka berkokoklah Anwar bahawa dia difitnah sebagai homoseks. Demikianlah terdapatnya golongan munafik di kalangan ulama yang menjadi lemah dan mandul fatwa bila menghadapi cabaran dan kemungkaran. Bilamana alim ulama tidak berani tampil di khalayak ramai mendesak Anwar bersumpah bahawa dia bukan seorang homoseks dan bukan pengkhianatan negara maka maruah dan kewibawaan alim ulama juga kini dipertikaikan rakyat. Apakah ulama juga mengamalkan pilih kasih, pilih masalah, pilih isu, untuk dimuzakarahkan atau untuk difatwakan? Dalam keadaan masyarakat Islam porak-peranda akibat konspirasi politik Anwar dan campurtangan asing untuk menghancurkan pemimpin Islam mengapakah alim ulama diam membisu dan hanya menjadi penonton yang pasif?

Apakah mereka juga bersekongkong dengan Anwar dan merestui campurtangan asing bukan Islam untuk menjatuhkan kepimpinan Mahathir? Apakah mereka juga menganggap Anwar bukan homoseks dan itu hanya fitnahan semata-mata? Kalau Anwar difitnah mengapa tidak meminta dia bersumpah secara Islam untuk membersihkan dirinya? Wahai para alim ulama kalian juga gagal memainkan peranan penting untuk memulihkan kebenaran dan perpaduan sesama Islam.

Kalian hanya bijak mempertikaikan soal remeh-temeh dalam amalan harian seorang muslim, berpolimik isu-isu yang remeh tetapi tidak mempunyai kekuatan intelek dan moral untuk membawa perpaduan ummah.

Walaupun homoseksualiti dihalalkan di Barat namun sekiranya ada pemimpin politik yang berjawatan penting seperti menteri melakukannya dan didedah dalam akhbar maka mereka akan meletakkan jawatan kerana tidak mahu memberi malu kepada ketua kerajaan. Demikianlah dua orang menteri British dalam kerajaan Tony Blaire meletakkan jawatan masing-masing tanpa dipaksa setelah didedahkan sebagai homoseks. Mereka tidak mahu memalukan PM dan sedar raktar tidak rela menerima seorang homoseks sebagai menteri kabinet.

Tapi lain dengan Anwar. Dia berhempas pulas menafikan dia seorang homoseks walaupun dua orang yang terlibat dengan perbuatan yang keji itu, iaitu Sukma dan Munawar, mengaku mereka diliwat Anwar dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah.

Mengapakah dia takut rahsia seksnya yang luar biasa diketahui umum? Sekiranya rakyat mengetahui dia seorang homoseks mereka akan menolak kepimpinannya seperti mana PM memecatnya dari kabinet dan parti. Seks sejenis yang diamalkannya itu bertentangan dengan ajaran Islam dan juga agama-agama lain. Kini dia sudah terjebak samar yang diciptanya sendiri.

Topeng Islam yang digunakannya selama ini telah dirobek oleh dia sendiri bila pasangan homoseksnya, Sukma, Munawar dan Azizan mendedahkan pengalaman homoseks mereka dengan bekas Timbalan Perdana Menteri. Jatuh tangga ditimpa tangga dan tangga ini pula bukan tangga plastik tetapi batu bercampur besi!

Anwar gilakan kuasa kerana dengan kuasa itu dia dapat menutup rahsia peribadinya. Dia tidak seperti menteri kabinet British yang selera seksnya sama dengan Anwar tetapi rela melepaskan jawatan menteri demi menjaga maruah ketua mereka. Anwar tidak mempunyai jiwa besar seperti itu. Justeru itu dia sudah mula merancang konspirasi sejak disintuklimau Mahathir sebagai menteri supaya homoseksualitinya tidak diketahui umum.

Tapi Allah Yang Maha Berkuasa menggerak hati PM untuk mendedahkan rahsia seksnya yang luar biasa itu. Maka hancurlah harapan Anwar menjadi bakal PM. Maka terlondehlah rahsia homoseksualitinya yang cuba disembunyikan selama ini.


Dari Ceruk Tok Kun ke Bukit Mertajam
Nana balik membawa nasi
Hati-hati mak nyah dan kaum Adalm
Jangan lupa pakai cawat besi!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Sila klik untuk baca selanjutnya...