AIDC BLOG: AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail
Showing posts with label AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail. Show all posts
Showing posts with label AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Memang Ada Konspirasi



Oleh Yahaya Ismail

Kini Anwar dengan lantang dan tanpa silu-silu menyatakan ada konspirasi dalam pucuk pimpinan UMNO untuk menyingkirkannya dari arena politik UMNO dan kerajaan. Dia dipecat kerana konspirasi itu. Dia disingkir kerana para konspirator yang didalangi Mahathir takut kepada populariti dan kewibawaannya sebagai pemimpin yang berjiwa Islam dan berpengaruh dalam masyarakat. Mahathir takut Anwar akan menentangnya dalam pemilihan MKT tahun hadapan, demikianlah berita yang meniti dari bibir ke bibir khasnya dari kalangan mereka yang memuja dan memuji Anwar.

Tidak salah Anwar membuat tuduhan begitu setelah dia dipecat dari semua jawatan kabinet dan parti. Dia berhak memberikan buah fikirannya. Yang penting apakah majoriti ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya boleh menerima dengan dada terbuka tuduhannya terhadap Mahathir yang dikatakan mendalangi konspirasi itu? Apakah semua ahli UMNO percaya apa yang dikatakan Anwar? Mengapakah setelah tersingkir dari kabinet dan parti baruAnwar hendak bersuara mengenai konspirasi tetapi tidak sewaktu dalam kerajaan dan UMNO?

Memang ada komplot dalam UMNO untuk menjatuhkan pemimpin tertentu. Tidak siapa pun boleh menafikannya. Yang penting apakah tokoh yang hendak dijatuhkan itu berjaya dijatuhkan? Atau boleh jadi si perancang komplot gagal menjatuhkan tokoh yang ia benci itu? Baiklah kita cuba senaraikan beberapa konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan beberapa orang pemimpin tertentu dalam parti.



1. Kejatuhan Dollah Badawi

Dollah Badawi terkenal sebagai seorang pemimpin UMNO yang “betoi bendoi”, tak banyak musuh, punyai perhubungan awam yang baik, tidak suka mengata orang dan taat setianya pada perjuangan UMNO. Ini tidak boleh dipertikaikan. Anak seorang alim, Ahmad Badawi dan cucu Haji Abdullah Fahim, ulama yang seangkatan dengan Tok Kenali Kelantan. Kalau Pak Lah bercakap tentang agama orang lebih percaya sebab keturunannya orang ugama. Dia pula mendapat ijazah dalam pengajian Islam dari Universiti Malaya. Sebelum masuk UMNO dia sudah menjadi ketua setiausaha sebuah kementerian dan memang arif tentang seluk belok pentadbiran negara. Dia pernah menjadi menteri pendidikan, pertahanan dan kini menteri luar – semua kementerian yang penting. Pernah menjadi ketua perhubungan UMNO P. Pinang dan diterima baik oleh suku-sakat UMNO di negeri tersebut. Tapi bila Anwar masuk UMNO secara payung terjun suasana politik UMNO P. Pinang menjadi gawat. Akhirnya Pak Lah tersingkir sebagai ketua perhubungan dan Anwar menguasai UMNO P. Pinang sehingga dia dipecat dari parti pada 3 September lalu. Anwar cantas semua penyokong-penyokong Pak Lah di P. Pinang.


2. Kejatuhan Sanusi Jonid

Walaupun Sanusi dan Anwar sama-sama belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar namun kedua-duanya tidak sehaluan. Anwar lebih junior dari Sanusi bukan saja di MMKK tetapi juga dalam kerajaan. Sanusi seorang banker, kaya dengan idea tetapi agak terlalu lantang memberi buah fikirannya yang kadangkala tidak disenangi setengah orang. Pernah menjadi salah seorang naib presiden dan juga setiausaha agung UMNO. Pendek kata, dia kaya dengan pengalaman dan salah seorang pemikir dalam UMNO. Waktu Sanusi menjadi menteri pertanian Anwar dikatakan cuba menyekat berbagai peruntukan bagi kementeriannya.

Tujuannya jelas. Biar Sanusi tinggal air lior dan gusi tetapi tidak berjaya melaksanakan berbagai projek untuk membantu rakyat petani dan nelayan serta penternak. Tapi anak berdarah Aceh ini tidak tahu menyerah kalah. Dia angkat martabat ulam, buah kelapa muda, petai dan jering, tempoyak dan ikan air tawar sebagai makanan ada kelas di hotel lima bintang. Dari hutan rimba dia melahirkan Taman Bukit Cahaya di Shah Alam. Sanusi ada oomph, ada pengaruh dan banyak idea. Anwar tak sukakan orang seperti ini. Lalu dia rancangkan kejatuhan Sanusi di Langkawi. Maka hilanglah jawatan ketua bahagian Langkawi dari tangan Sanusi.

Tapi Mahathir sayangkan Sanusi lalu dilantik sebagai menteri besar Kedah Darul Aman tetapi masih belum aman apabila 22 orang Adun yang didalangi oleh Anwar cuba memprotes perlantikan Sanusi. Akhirnya Mahathir tahu siapa di belakang Adun-adun yang mandom itu. Akibat dari memorandum Adun-adun tersebut dikatakan Anwar terpaksa menamatkan jawatan setiausaha politiknya, Salamon bin Selamat, yang dikatakan menjadi orang suruhan Anwar setelah diarah oleh Mahathir.


3. Kejatuhan Tun Daim di Merbok

Alkisah ini kisah tokoh korporat yang tidak begitu berminat bersilat dan berkuntau dalam politik. Tun Daim pernah menjadi ketua bahagian Merbok merangkap MP Merbok. Dia akrab dengan perdana menteri. Malah menjadi troble shooter untuk PM dalam berbagai bidang politik antarabangsa dan ekonomi negara. Memang banyak orang irihati dengan Daim sebab PM memberi kepercayaan penuh kepada Daim dalam berbagai hal politik dan ekonomi. Daim tak banyak cakap tetapi suka buat kerja di belakang layar. Bila dia berhenti sebagai menteri kewangan PM masih melantiknya sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan walaupun Anwar dilantik menggantikan Daim.

Antara Daim dan Anwar memang jauh perbezaan dari segi pengalaman di bidang korporat, politik dan hubungan antarabangsa. Anwar bekas mudir Yayasan Anda. Daim peguam dan tokoh korporat yang berjaya sebelum berkecimpung dalam politik. Daim pun tak disenangi Anwar kerana PM lebih percaya pada Daim dari dirinya. Lalu dirancang kejatuhan Daim sebahagian ketua bahagian. Dikatakan Anwar memberi lampu hijau kepada Datuk Zainol Abidin Johari (kini menjadi allahyarham) bekas orang kuat Semangat 46 supaya menentang Daim di Merbok.

Dengan kerjasama orang-orang Anwar Zainol Abidin telah berjaya mendapat percalonan yang agak besar walaupun Daim menerima percalonan lebih banyak dari pencabarnya. Tapi Daim bukan gila jawatan. Oleh sebab ada orang lebih kemaruk hendakkan jawatan itu, dan dia tahu Anwar di belakangnya, lalu dia dengan senang hati melepaskan jawatan ketua bahagian. Yang menang orang lain. Bukan Non Johari. Pada Anwar dan juak-juaknya itu satu kemenangan moral kerana orang kepercayaan Mahathir telah menyerah kalah di Merbok.


4. Kejatuhan Rahim Thamby Chik

Rahim dikaitkan dengan gadis di bawah umur. Media yang dikuasai orang-orang Anwar terus menerus mendedahkan segala keburukan Rahim untuk memalukannya. Sebenarnya Rahim diadili oleh media yang dikontrol Anwar. Walaupun Rahim sama sekapal dalam Tim Wawasan namun Anwar mahu menghabiskan kerjaya politik Rahim. Dia hilang jawatan ketua Pemuda dan juga kerusi ketua menteri Melaka gara-gara konspirasi Anwar. Kalau Anwar pernah berkata media tempatan berat sebelah dan memusuhinya tanya pada Anwar apakah dia tidak manipulasikan media tempatan sewaktu kroni-kroninya menguasai Utusan, Berita Harian dan TV3 di masa lalu? Bukankah Rahim jatuh akibat dihakimi oleh media yang dikuasai Anwar pada masa itu? Dia mahu Rahim jatuh kerana dia ingin meletakkan seorang pemimpin ABIM, pensyarah universiti, sebagai ketua menteri yang baru. Tapi rancangannya ini juga gagal.

Anwar juga tidak mahu Rahim kekal sebagai ketua Pemuda Gerakan besar-besaran dibuat melalui media yang dikontrol Anwar dan para juak-juaknya di peringkat bahagian untuk menyingkirkan Rahim. Calon yang ditaja Anwar ialah Zahid Hamidi. Akhirnya Zahid berjaya menewaskan rahim walaupun ada pihak mempertikaikan kemenengan Zahid. Sebagai budak suruhan Anwar Zahid juga terpengaruh dengan reformasi Anwar. Ditahan di bawah ISA dan kini sudah pun meletakkan jawatan sebagai ketua Pemuda.


5. Kejatuhan Rafidah Aziz sebagai ketua wanita

Tidak dapat disangkal bahawa Rafidah seorang menteri yang bijak di bidang ekonomi dan perdagangan. Kalau dibanding dengan Anwar di bidang perdagangan antarabangsa tentulah Anwar terpaksa belajar banyak dari bekas pensyarah ekonomi tersebut. Malangnya Rafidah terlalu over confident bahawa dia akan menang setiap kali ada pertandingan untuk jawatan ketua Wanita,

Dia terlalu sibuk dengan tugas kementeriannya hingga kurang turun padang dan cuba menyelami segala perasaan dan kemahuan anak-anak buahnya. Akibatnya dia menjadi kurang popular dalam Wanita. Lebih-lebih lagi dia dianggap menteri yang pro Mahathir. Maka lahirlah komplot untuk menjatuhkan Rafidah. Timbul nama Zaharah Sulaiman yang disokong Anwar. Melalui kempen dan strategi yang baik Zaharah menang walaupun ada pihak lain mempertikaikan kemenangan Zaharah tersebut.

Nampaknya Zaharah tidak bertindak seperti Zahid yang terlalu banyak makan budi dengan Anwar. Zaharah sedar tentang tanggungjawabnya sebagai ketua Wanita, dan dia cepat-cepat memberi sokongan kepada Mahathir. Yang penting kepada Anwar semua orang kuat Mahathir mesti dijatuhkan satu demi satu supaya memudahkannya untuk meletakkan orang-orang kepercayaannya kelak. Kita tidak tahu apakah Zaharah dapat bertahan sebagai ketua Wanita pada pertandingan tahun depan. Dengar kata Rafidah telah sedar kelemahannya dan kini cuba kembali untuk merebut jawatan ketua Wanita. Nampaknya Zaharah terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan jawatannya kali ini.


6. Kejatuhan Muhammad Muhd Taib

Dia juga pernah menjadi ahli Tim Wawasan dan berjaya menjadi salah seorang naib presiden UMNO. Menteri Besar Selangor yang dinamik dan bijak main politik. Anwar mahukan Solomon Selamat, bekas setiausaha politiknya, menjadi bakal menteri besar dan Mat naik ke Pusat. Mat Taib tak mahu ke Pusat kerana dia boleh menjadi bos di Selangor sebagai MB, lebih bebas dan lebih banyak habuannya baik yang berupa sedekah mahupun cenderahati.

Anwar mahu menjadikan kerajaan Selangor sebagai markas kegiatan politiknya untuk menyebarkan pengaruh ke negeri-negeri lain. Bila gagal memujuk Mat Taib ada cara lain yang digunakan untuk menyingkirkan Adun Batang Kali. Bila Mat Taib tertangkap di airport Brisbane, Australia kerana hendak membawa keluar kira-kira A$1.2 juta maka media tempatan yang dikuasai Anwar terus menerus menganyang Mat Taib. Anwar, selaku pengerusi jawatankuasa tatatertib parti mengambil keputusan menggantung jawatan naib presiden hingga kini. Akibat manipulasi media dan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti dia terpaksa melepaskan jawatan menteri besar seperti mana yang dialami Rahim.


7. Menghalang Kemasukan ahli-ahli Semangat 46 ke dalam UMNO

Bila Tengku Razaleigh berunding dengan Dr Mahathir tentang pembubaran Semangat 46 dan kembali semula ke dalam pelukan UMNO tidak ada syarat yang terlalu besar diminta oleh bekas presiden Semangat 46. Cuma satu permintaan – terima semua ahli Semangat 46 sebagai ahli-ahli UMNO. Beliau tidak meminta dilantik sebagai salah seorang menteri kabinet. Itu tidak penting. Yang penting kembali bersatu dalam wadah UMNO di bawah pimpinan Mahathir. Jelas dan tidak berliku-liku. Walaupun MKT telah menerima kemasukan bekas ahli Semangat 46 sebagai ahli UMNO banyak ketua bahagian dan cawangan sengaja melengah-lengahkan penerimaan keahlian mereka.

Mereka sengaja melengah-lengahkan kemasukan itu oleh kerana ada muslihat politik tertentu dari pemimpin tertentu. Anwar memang tidak senang dengan kemasukan Ku Li, Rais Yatim, Zainal Abidin Zin dan lain-lain pemimpin bekas Semangat 26 ke dalam UMNO. Dia tahu ketokohan Ku Li lebih menyerlah darinya bukan dari segi pengalaman dalam politik tetapi juga sebagai bekas menteri kewangan dan bekas menteri perdagangan dan perindustrian. Dengan latarbelakang ekonomi beliau pernah menjadi tokoh korporat memimpin Bank Bumiputera dan Petronas. Tentulah seorang bekas mudir Yayasan Anda dengan ijazah am di bidang pengajian Melayu tidak dapat menandingi kematangan, pengalaman dan ketokohan putra raja dari Kelantan.

Lebih-lebih lagi Ku Li pernah bertanding jawatan presiden UMNO pada tahun 1987 dan hanya kalah sebanyak 43 undi. Ibarat pendekar, walaupun jatuh ke tanah namun misai belum lagi mencicah bumi. Anwar masih belum diuji kemampuannya menentang presiden parti. Tapi dia telah menjadi timbalan presiden parti, dan dia dikatakan memberi arahan kepada berbagai ketua bahagian agar jangan menerima pendaftaran agar jangan menerima pendaftaran ahli-ahli dari Semangat 46. Akibat dari kelewatan menerima kemasukan mereka mahu Ku Li terus memberitahu presiden tentang kelewatan itu.

Presiden pun tahu ada dalang yang menghalangnya. Dia ialah Anwar.


8. Kejatuhan Ghafar Baba sebagai timbalan presiden


Banyak orang tahu bagaimana Ghafar Baba “Kena main” oleh Anwar. Anwar telah menyatakan dalam akhbar dia tidak akan menentang Ghafar Baba sebagai timbalan presiden sebab menghormati Ghafar sebagai tokoh veteran. Ghafar barangkali khayal dengan janji Anwar. Tidak dibuat persediaan secukupnya untuk mempertahankan jawatan parti itu kerana siapakah gerangan yang mahu menentang Ghafar setelah Anwar membuat kenyataan itu?

Tapi dalam diam-diam orang-orang Anwar telah mengatur strategi untuk menggulingkan orang tua itu. Dia pun telah memberitahu Mahathir dia tak akan tentang Ghafar.

Rupa-rupanya itu satu helah untuk mengabui mata Ghafar dan juga Mahathir. Dia adakan roadshow mula dari Pulau Pinang dan menjelajah ke negeri-negeri lain untuk mempengaruhi para pemimpin dan ketua-ketua bahagian berpihak kepadanya. Sepuluh undi bonus membawa pukulan maut kepada Ghafar. Sebelum para perwakilan bersidang di PWTC untuk menentukan jawatankuasa MKT yang baru pada tahun 1993 orang ramai sudahtahu Ghafar kalah mempertahankan jawatan timbalan presiden. Dia c cuma menerima percalonan dari tujuh bahagian sahaja. Lagi sekali strategi politik Anwar berjaya menumpas seorang pemimpin veteran yang berjawatan timbalan presiden. Maka jadilah Anwar sebagai timbalan presiden parti sehingga dipecat pada 2 September lalu.


9. Kejatuhan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin

Bila Anwar disintuklimau oleh Mahathir sebagai timbalan menteri pada tahun 1982 dia mula merancang strategi politik untuk mendapat kedudukan penting dalam UMNO di peringkat Majlis Tertinggi. Caranya ialah menentang Haji Suhaimi Kamaruddin yang menjadi ketua Pemuda di waktu itu. Anwar menang dengan majoriti yang tipis saja tetapi dengan kemenangan itu dia terus dududuk sebagai salah seorang tokoh Pemuda di Majlis Tertinggi. Lonjakannya terus menjadi pemimpin Pemuda tanpa mengenali hati budi “budaya UMNO” dengan lebih mendalam menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan ahli-ahli UMNO. Kem

enangannya secara mendadak sebagai ketua Pemuda dianggap kerana dia menjadi anak mas Mahathir. Banyak juga yang berpendapat dia akan menggunakan Pemuda untuk menjadi penyokongnya kelak seperti mana yang terjadi kepada ABIM sewaktu dia menjadi pemimpinnya. Apakah Anwar akan “mengabimkan” Pemuda terlebih dahulu sebelum “mengabimkan” UMNO seperti yang dibisik-bisikkan oleh setengah golongan dalam UMNO?

Sebenarnya dia tidak mengabimkan Pemuda kerana berjaya menjadikan Pemuda sebagai kubu kuatnya. Dia banyak meletakkan orang-orangnya dalam Pemuda bukan saja di dalam exco tetapi juga di peringkat bahagian dan negeri. Banyak juak-juak Anwar dalam Pemuda dan kejayaan Zahid sebagai ketua Pemuda adalah atas dukungan juak-juak Anwar di samping sebahagian besar dari perwakilan.


10. Konspirasi Menjatuhkan Mahathir

Setelah membina kekuatan dan jaringan dalam UMNO Anwar berasa terlalu yakin bahawa dia boleh menumbangkan Mahathir. Dia menjadi mabuk kuasa selepas berjaya menumbangkan Ghafar Baba untuk merebut jawatan timbalan presiden UMNO pada tahun 1993.

kini semua sudah tersedia untuk dia melakukan tindakan yang akhir sebelum mencium kerusi presiden parti yang akan memberi ruang kepadanya menjadi perdana menteri kelak. Media Barat sudah pun memberi laporan yang menyenangkan Anwar.

Barat menjilat dan menatang Anwar sebagai bakal perdana menteri yang ditunggu-tunggu. Malah dua bulan dilantik sebagai pemangku perdana menteri oleh Mahathir sudah menampakkan belang dan nafsu gelojoh anak lelaki Ceruk Tok Kun ini. Asiaweek membuat laporan khas mengenai kehebatan Anwar sebagai pemangku perdana menteri selama dua bulan dan Anwar memberi kebebasan kepada wartawan majalah mingguan tersebut untuk melihat kehidupannya sebagai sebuah keluarga yang baik dan bermaruah Islam. Time pula menjulang dan menggilap Anwar sebagai pemimpin yang berwibawa dalam berita utamanya. CNN dan CNBC seringkali memberi laporan yang pro Anwar dan mengecam Mahathir.

Di samping mempunyai sokongan yang agak kuat di peringkat bahagian melalui pemberian pink forms (saham) dan juga projek dan kedudukan dalam berbagai syarikat tertentu kepada orang-orang penting di peringkat bahagian untuk menjamin sokongan terhadapnya dia juga memberi projek yang bernilai ratusan juta ringgit kepada kroni-kroninya. Kroni-kroni inilah yang menjadi financiers untuk memperjuangkan Anwar dalam bidang politik. Mereka terhutang budi kepada Anwar dan inilah masanya bagi mereka membalas budi baik Anwar itu.

Jadi janganlah hairan bin terkejut kalau ada di kalangan penunjuk-penunjuk perasaan yang membuat kacau bilau di Dataran Malaysia dan di Masjid Negara yang dibayar oleh pihak tertentu untuk menyokong Anwar.

Sepertimana yang saya nyatakan dalam buku Anwar Ibrahim Ya Atau Tidak? Dia, Anwar, nampaknya begitu gelojoh sekali untuk menjadi perdana menteri dan sudah hilang pertimbangan yang rasional. Dia sudah lupa segala kebaikan Mahathir yang setiap perhimpunan agung UMNO dia tidak malu-malu memuja dan memuja Mahathir sambil menyatakan dia banyak belajar dan terhutang budi kepada PM. Rupa-rupanya puji-pujian itu hanya mainan bibir dan lidah yang tak bertulang serta nawaitu yang gelong.

Menurut seorang wartawan yang menghadiri sidang akhbar di Sri Perdana baru-baru ini PM menjelaskan kepada wartawan-wartawan tempatan bahawa Anwar banyak bercakap tak serupa bikin. Waktu merasmikan bangunan UMNO di Pulau Pinang Anwar dengan muka yang bersungguh-sungguh, dengan kata-kata yang tersusun indah menyatakan perhubungan UMNO P.Pinang dengan sebulat suara menyokong kepimpinan Mahathir sebagai presiden parti. Mahathir bertanya kepada Dollah Badawi yang duduk ditepinya bilakah perhubungan UMNO P.Pinang mesyuarat mengambil keputusan tersebut? Kata Dollah Anwar tak panggil pun mesyuarat! Sekali lagi Anwar bohong saya, kata PM kepada para wartawan tempatan.

Barangkali inilah yang dikatakan bohong sunat untuk menyelamatkan diri sendiri dari mala petaka yang akan menimpa. Dia tahu bahawa Mahathir sudah tahu kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang mempunyai konspirasi untuk menumbangkan PM. Sebagai menteri dalam negeri beliau mendapat berbagai maklumat dari pihak cawangan khas dan polis dari masa ke masa. Walaupun berbagai rahsia peribadi Anwar telah sampai ke telinga Mahathir sejak tahun 1993 yang lalu namun PM tidak mahu mempercayainya.

Sebagai seorang doktor yang mempelajari ilmu saikologi dia dapat menganalisa watak Anwar bahawa dia mempunyai “personaliti yang terbelah” (split personality) semacam Dr Jeckell dan Mr Hyde. Dia cuba menolak jauh-jauh segala tuduhan terhadap Anwar sebagai seorang pengamal homoseksual. Dia menganggap itu sebagai fitnha dari mereka yang irihati terhadap Anwar yang bakal mewarisi kerusi perdana menteri merangkap presiden UMNO akan datang. Ini bukan bangkai gajah yang boleh ditutup dengan nyiru raksaka. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga.

Walaupun Anwar bukan tupai namun kelincahannya dengan kata-kata yang penuh syahdu, sejak sampai ke tulang sumsum ayat-ayat suci yang disiram dalam ucapan-ucapannya, malangnya tidak dapat menutup belang serakah hobi di luar tabii manusia itu.

Mereka yang tidak gila atau sasau tidak percaya bahawa Mahathir sengaja hendak menyingkir Anwar kerana takut hilang kuasa. Bukankah Mahathir yang menyintuklimau Anwar dan menjadikannya sebagai anak mas dan memberi berbagai peluang serta jawatan penting dalam parti dan kerajaan dalam masa 16 tahun untuk menambahkan pengalaman dan kematangan Anwar sebelum mengambilalih jawatan perdana menteri? Ini niat Mahathir. Semua ahli UMNO dan rakyat jelata tahu Anwar adalah pengganti Mahathir dan bakal PM kelak. Tentulah tidak masuk akal PM bimbang terhadap Anwar justeru itu merancang konspirasi untuk menyingkirkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Dari berbagai peristiwa politik yang disebutkan di atas nyatalah Anwar yang banyak melakukan “penyembelihan” politik terhadap musuh-musuh politiknya. Dia begitu bimbang dengan tokoh-tokoh veteran dan yang tidak sebulu dengannya kerana dia sedar mereka lebih berpengalaman dan mempunyai pengaruh yang meluas dalam UMNO. Cuma kelemahan semua tokoh politik yang lain ialah mereka tidak punya prasarana peribadi seperti Anwar untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin nombor wahid. Anwar ada Institut Kajian Dasar yang dipimpin ole Kamaruddin Jaafar, jutawan instant sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM dan Yayasan Anda lagi. Mahathir sendiri tidak mempunyai suatu institusi peribadi seperti Anwar untuk menggerakkan massa rakyat dan media, khasnya media asing, untuk menonjolkan dirinya.

Dalam buku saya Anwar Ibrahim Antara Nawaitu Dan Pesta Boria (1993) saya telah meramalkan bahawa Anwar akan menjadi over confident sebagai pemimpin dan dia akan mencabar hatta Mahathir sendiri untuk menguasai kerajaan dan parti. Dia akan menjaja berbagai janji kepada juak-juaknya dan juga kalangan tertentu hanya untuk mendapatkan sokongan mereka supaya dia memperolehi kekuasaan. Sasaran utamanya kini ialah menjatuhkan Mahathir kerana dia merasakan sudah cukup perkasa untuk menggulingkan perdana menteri.

Memang betul ada konspirasi besar dalam UMNO. Kepalanya ialah Anwar sendiri. Justeru itu dia berani mengugut Mahathir dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lalu agar berundur dari arena politik. Biar dia menggantikan tempat Mahathir. Malah dia sendiri mengaku kini bahawa dia yang mempengaruhi dan memperalatkan Zahid Hamidi untuk mengecam Mahathir dengan membawa isu kronisme dan nepotisme dalam ucapan ketua Pemuda tersebut. Dengan kata lain, dia akan memperalat siapa saja asalkan tujuannya tercapai. Konsep perjuangan “Tujuan menghalalkan cara” stail komunis dan sosialis itu dipakai Anwar untuk mempercepatkan proses merebut kekuasaan dari Mahathir. Nampaknya nawaitu sebagai pejuang Islam semakin kabur dan selepas pemecatan dari kabinet dan kerajaan Anwar memperlihatkan wataknya yang sebenar – rakus, pendendam, gila kuasa dan sanggup menghancurkan negara demi memperjuangkan kepentingan dirinya.

Sebenarnya Anwar terlalu banyak musuh dalam parti dan kerajaan kerana sikapnya yang mahu membolot kekuasaan dan menghancurkan mereka yang dianggapnya sebagai musuh peribadinya. Akibat sikapnya yang gila kuasa maka mahu tidak mahu pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO akan cuba melemahkan kedudukannya secara langsung ataupun tidak langsung.

Banyak pemimpin UMNO yang ditemui berkata sekiranya Anwar menjadi perdana menteri dia akan pastikan semua musuh politiknya tersingkir. Dia akan memilih mereka yang mengampunya dan mendengar kata-katanya. Nepotisme dan kronisme akan lebih ketara lagi kalau Anwar memimpin parti dan kerajaan. Walaupun dia melemparkab berbagai tuduhan yang menyayat hati terhadap PM tentang amalan kronisme dan nepotisme serta korupsi namun dia sendiri tidak dapat membebaskan dirinya dari unsur-unsur tersebut.

Kini Brutus yang pernah Mahathir nyatakan dalam ucapannya di masa lalu dalam perhimpunan agung UMNO sudah jelas kepada umum. Mahathir telah pun tahu Anwar hendak menggulingkannya sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi dia mempunyai keyakinan yang teguh anak muda julung berkeris yang menjadi anak mas PM tidak akan sampai hati hendak menyingkirkannya. Masakan seorang pejuang Islam yang warak, yang menjadi imam dan membaca khutbah sanggup mengkhianati seorang “ayah” yang memberi peluang kepadanya menjadi bakal PM? Hanya orang yang terlalu gila kuasa dan tidak sabar menunggu giliran sahaja yang sanggup menyisihkan orang yang menjemput dan menatangnya dalam kabinet dan parti.

Sebagai “ayah” yang dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar dia Cuma memberi ingatan melalui ucapannya di perhimpunan agung UMNO agar berhati-hati dengan Brutus. Ada Brutus dalam kepimpinan UMNO yang memberi pengertian bahawa ada pemimpin yang sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri demi gilakan kekuasaan seperti mana yang diungkapkan dalam drama Shakespeare Julius Caesar.

Dengan lain perkataan, Mahathir sudah dapat mencium konspirasi Anwar yang hendak menjatuhkannya. Sebagai seorang yang kaya dengan pengalaman, matang dan penyabar Mahathir mahu melihat sejauhmana Nakhoda Tenggang moden ini akan menyimpan muslihat politiknya dari pengetahuan pucuk pimpinan parti.

Mahathir tahu segala gerak laku Anwar yang menabur berbagai jenis budi, kedudukan dan kewangan kepada setengah pemimpin di peringkat bahagian. Mahathir juga tahu dia memperkayakan kaum keluarganya dan juga sahabat handainya yang bekerja keras untuk menggerakkan jentera Anwar bila sampai masanya untuk mencabar Mahathir. Ada juga pemimpin-pemimpin lain yang memberi berbagai maklumat mengenai Anwar di samping maklumat yang diperolehi dari pihak keselamatan negara.

Kalau Anwar merancang konspirasi untuk menjatuhkan Mahathir maka orang lain juga merancang komplot untuk menentang Anwar dari menjadi bakal perdana menteri. Dua bulan sebagai pemangku perdana menteri cukup memberi amaran bahawa anak lelaki dari Ceruk Tok Kun ini akan membawa padahyang buruk dalam kepimpinan kerajaan dan UMNO sekiranya dia menjadi perdana menteri kelak. Hubaya-hubaya si Luncai terjun dengan nafsu dan angan-angannya. Tak boleh biarkan! Tak boleh biarkan!

Mengapakah Anwar begitu galak dan tidak sabar-sabar lagi hendak menggulingkan Mahathir? Dia terlalu yakin bahawa Amerika akan membantunya dari belakang. Terang-terangan Anwar berkata ucapannya yang membakar semangat, terutama sekali golongan muda yang terlalu ghairah menyokongnya, bahawa dia mempunyai banyak sahabat luar negara yang akan membantunya. Antara mereka yang dilontarkan kepada orang ramai ialah Madeline Albright, setiausaha negara Amerika dan William Cohen, setiausaha pertahanan Amerika. Kedua-duanya keturunan Yahudi.

Inilah sahabat-sahabat karib Anwar yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam. Oleh itu janganlah hairan bin terkejut kalau Amerika tidak berasa malu menyuarakan sikap bantahannya terhadap penahanan Anwar di bawah ISA. Malah Britain, Kanada, Perancis dan Australia pun nampaknya tidak segan-segan menyuarakan bantahan mereka terhadap penahanan Anwar. Tapi hingga kini (masa saya menulis bab ini pada 1hb Oktober 1998) tidak ada pun kenyataan akhbar atau bantahan dari mana-mana negara Islam yang menyokong Anwar.

Ini bermakna negara-negara Barat yang menggalakkan homoseksual membela Anwar kerana Barat menganggap homoseksual sebagai a way of life yang hidup subur di tengah-tengah masyarakat mereka. Anwar, seorang homoseksual yang pernah menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan Malaysia merangkap timbalan presiden UMNO, dianggap oleh Barat sebagai mangsa dari prasangka Mahathir terhadap homoseksual.

Barat menganggap Mahathir hanya mencari alasan homoseksual untuk menghalalkannya menahan Anwar di bawah ISA dengan harapan rakyat akan menyebelahi Mahathir. Sebenarnya Barat menyokong Anwar kerana ia mahu menghancurkan kepimpinan Mahathir yang terkenal sebagai anti Barat dan cuba menjadi juara Dunia Ketiga. Mahathir mempunyai pengaruh yang besar di kalangan para pemimpin Dunia Ketga dan kejayaan Malaysia di bidang ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya mengagumi para pemimpin negara-negara sedang membangun.

Malaysia menjadi ilham kepada mereka untuk bekerjasama demi kepentingan Dunia Ketiga. Mahathir sebenarnya berjaya memberi keyakinan kepada para pemimpin Dunia Ketiga bahawa kalau Malaysia boleh membangun dan maju maka, dengan kerjasama negara-negara Dunia Ketiga, mereka juga boleh mencapai kemajuan yang lebih besar dan menjadi suatu force yang bermakna di pentas politik antarabangsa. Untuk keterangan lanjut tentang peranan Mahathir sebagai pemimpin kelas dunia sila baca buku saya Mahathir Lawan Barat (1998).

Anwar sebaliknya tidak begitu tertarik dengan perjuangan Mahathir untuk menjadi juara Dunia Ketiga. Mahathir menentang kekuasaan Barat yang sudah lama menjajah dan menguasai dunia sejak ratusan tahun hingga sekarang. Mengapa bersusah payah berjuang dan berkorban untuk Dunia Ketiga yang rata-rata miskin dan melarat? Lebih baik berbaik-baik dengan Barat, berjiwa liberal dan menghirup budaya dan ilmu serta bimbingan dari Barat yang sudah maju.

Anwar mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpiun yang boleh menghayati degup dan rasa budaya Barat yang liberal itu, yang lebih diplomasinya serta seiring jalan dengan cita-cita politik Barat.

Barat, terutama sekali Amerika, berbaik-baik dengan Anwar memuji dan menjulang kepimpinannya kerana Rumah Putih dan CIA tahu kelemahan bekas timbalan perdana menteri yang homoseksual. CIA dan siapa saja yang ada kepentingan di Malaysia akan cuba memerangkap Anwar untuk menjadi budak suruhan mereka oleh kerana dia takut rahsia homoseksualnya terbongkar. Sebenarnya Barat, khasnya Amerika, bukan berminat untuk mengangkat martabat Anwar sebagai pemimpin Malaysia yang tersohor. Mereka hanya mahu menghancurkan kepimpinan Mahathir dan menggantikan dengan Anwar yang terperangkap dalam dunia homoseksual itu. Banyak orang berpendapat sekiranya Anwar menjadi perdana menteri maka masa depan Malaysia akan hancur dan menjadi negara boneka Amerika.

Yang penting kepada Anwar melenyapkan kepimpinan dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan dan masyarakat. Untuk melaksanakan tujuannya yang jahat itu dia sanggup bersahabat dengan siapa saja yang sanggup membantunya hatta dengan syaitan sekali pun sekiranya dia boleh manfaatkan khidmat syaitan. Kalau CIA hendak membantunya bagi mencapai matlamatnya dia tidak ambil pusing. Yang penting dia mesti menjadi perdana menteri dengan cara apa saja. Jangan bicara tentang akhlak yang mulia serta seruan Islam untuk mencarijalan Allah supaya perjuangan menjadi berkat dan membawa kebahagiaan. Islam hanya untuk mainan dalam kerakusan memburu kuasa.

Justeru itu tindak-tanduk Anwar menghasut rakyat dan kaum belia yang mudah diperdaya dengan slogan-slogan yang berbau Islam setelah hilang jawatan membayangkan dia bukan lagi seorang pejuang yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi tetapi seorang yang rakus, pendendam, tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Ingat kisah Sang Rajuna Tapa yang menjadi pembelot negara Temasik dan membuka pintu istana kepada penyerang-penyerang asing dari Majapahit seperti yang diabadikan dalam Sejarah Melayu?

Ada juga kuasa asing yang dapat menjatuhkan sebuah kerajaan Islam melalui agama. Misalnya peranan orientalis C. Snouck Hurgronje, berbangsa Belanda, yang arif mengenai Islam, beragama Islam, fasih berbahasa Arab dan terkenal sebagai seorang pengarang mengenai hal ehwal Islam. Salah sebuah karyanya yang terkenal ialah The Achenese, dua jilid dan diterbitkan di Leiden, 1906. dia datang ke Acheh pada awal abad kedua puluh untuk kononnya mengkaji Islam di negeri kesultanan Acheh tersebut.

Sultan Acheh dan para pembesar negara tertarik dengan ilmu agama dan kewarakan sarjana Islam berbangsa Belanda tersebut. Lalu dia diambil sebagai salah seorang menantu kepada kesultanan Acheh. Akhirnya “ulama” Belanda ini tahu segala kekuatan dan kelemahan dalam kepimpinan kesultanan Acheh setelah tinggal bersama-sama keluarga istana tersebut bertahun-tahun. Akhirnya dia kembali ke negeri Belanda di mana dia mendedahkan segala rahsia ketahanan Acheh. Pada tahun 1912 tentera Belanda menggempurkan Acheh dan berjaya menghancurkan kerajaan Islam tersebut akibat peranan “ulama” Belanda yang disanjung tinggi dan dipercayai oleh kesultanan Acheh.

Janganlah hairan bin terkejut kalau ada musuh asing yang menggunakan pengintip yang berjubah, berjanggut dan berserban untuk memukau dan meyakinkan pihak tertentu tentang kealimannya supaya dapat diterima oleh masyarakat amnya dan pihak berkuasa khasnya. Memang wujud manusia berpura-pura seperti Snouch Hurgronje yang memperdagangkan agama untuk kepentingan diri dan pihak lain. Justeru itu kita harus berhati-hati terhadap mereka yang memakai berbagai jenis topeng, termasuk topeng agama, untuk mencari kekuasaan dan menghancurkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Jangan pula ada pembelot negara di bumi yang bertuah ini hanya kerana gila kuasa, gila jawatan hingga sanggup menjadi budak suruhan kuasa asing. Sebagai patriot kita tidak boleh membiarkan siapa saja yang menjadi talibarut asing atau sebagai budak suruhan asing memperjudikan nasib dan maruah bangsa, agama dan negara. Kita harus menentang siapa saja yang cuba menggugat kepimpinan sekarang yang sedang menghadapi henyakan dan ancaman dari luar dan juga dalam negara kita sendiri.

Para pemimpin Barat lebih suka melihat kepimpinan Malaysia yang lemah supaya mereka dapat menguasai politik, eokonomi dan lain-lain khazanah kekayaan di bumi ini. Pemimpin yang lemah lebih mudah menyesuaikan diri, jiwa dan dasarnya menurut kemahuan orang asing. Barat tahu Mahathir sukar diperkotak-katikkankerana dia mempunyai visi, intelek, kegigihan serta kewibawaan yang sukar ditandingi orang lain. Dengan Mahathir Barat terpaksa akur tentang kebolehan dan kecekapannya dan intelek super bagus.

Walaupun Mahathir juga ada kelemahannya namun kelemahannya yang sedikit itu tidak dapat menggugat sumbangannya yang besar dan bermakna untuk negara, agama dan bangsa. Orang ramai menghormati Mahathir kerana dia tidak berpura-pura, tidak mengada-ngada, tidak hipokrit. Malangnya Anwar lebih banyak kelemahan dirinya dari Mahathir yang boleh dieksploitasikan oleh kuasa asing. Mahathir suka berdepan dan menyerang dari depan. Anwar sebaliknya tidak suka berhadapan tetapi suka mencari jalan belakang yang dianggapnya lebih selamat dan lebih tertutup.

Kini jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim inilah yang banyak mencetuskan permusuhan dan masalah dalam kepimpinan parti dan kerajaan hingga menimbulkan ketegangan politik sekarang. Oleh kerana dia takut rahsia peribadinya sebagai homoseksual itu didedah dalam mahkamah dia sanggup melakukan hasutan dan menimbulkan huru-hara serta perpecahan dalam UMNO demi menjaga kepentingan dirinya.

Dia sanggup melihat negara kita lemah dikuasai oleh anasir-anasir asing asalkan Mahathir jatuh. Malah dia berbangga dengan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari Madeline Albright dan William Cohen, dua tokoh Yahudi dalam kerajaan Clinton, untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa, Anwar bin Ibrahim, berasal dari Ceruk Tok Kun, boleh menggoncang kepimpinan Mahathir dengan sokongan kuasa asing. Hanya pemimpin yang tidak bermaruah, tidak ada harga diri, yang lemah dan bukan seorang patriot yang sanggup mengkhianati rakyat di bumi Malaysia ini.

Mahathir tidak perlu menjadi panglima konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Anwar tidak penting. Yang penting maruah bangsa, agama dan negara. Yang diutamakan ialah generasi muda dan anak cucu kita tidak menjadi pengemis di tanahair mereka sendiri. Ini bumi bertuah yang diberkati Allah dengan kekayaan, kedamaian serta toleransi antara kaum yang cukup membanggakan kalau dibanding dengan negara-negara berbilang kaum di dunia ini. Sejak beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1981, dalam masa 17 tahun, dia telah berjaya mereformasikan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Sebenarnya Anwar patut melalui proses reformasi diri. Jangan salah gunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi untuk menutup kemungkaran diri. Seluruh dunia tahu dia seorang homoseksual melalui CNN dan CNBC dan lain-lain media cetak Barat yang menyanjung tinggi kepimpinannya. Pada Barat homoseksual okay, tak salah, tak dianggap tidak bermoral. Tapi Anwar orang Islam, mengangkat diri sebagai pejuang Islam, kononnya memperjuangkan akhlak mulia dan mahu melahirkan manusia syumul. Kepada Islam homoseksual dilarang keras, dilaknati Allah. Majoriti rakyat Malaysia tidak mahu dipimpin oleh seorang homoseksual. UMNO pun tak rela dipimpin oleh homoseksual.

Justeru itu Anwar mesti berfikir panjang apakah mahu kekal sebagai homoseksual atau meninggalkan hobi yang terkutuk itu dan kembali dalam pelukan Islam yang sebenar? Anda tidak boleh mencampuradukkan dunia homoseksualiti dengan perjuangan Islam kerana kedua-duanya tidak seia dan sekata. Pilih antara satu. Dan buatlah reformasi diri terlebih dahulu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar & Nalla – Seks + Judi & Konspirasil", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, February 15, 2009

Adakah Anwar Ibrahim homoseksual?



Oleh Yahaya Ismail

Mereka yang kagum terhadap retorika kosong yang dibertihkan dengan ayat-ayat Al-Quran, sabda Nabi serta kata-kata falsafah dari India, Pakistan, Mesir, Cina dan Inggeris tentulah kagum tidak terbatas. Tentulah menganggap Anwar inilah pemimpin yang syumul, berakhlak mulia, berjiwa Islam yang akan memerangi kehidupan ummah dan akan menggilapkan kecemerlangan negara.

Pada mereka yang mengenali Anwar dari dekat dia dikatakan angkuh, pemarah dan suka buat janji tetapi jarang menepati. Dia juga dikatakan suka memerintah tetapi tidak senang kalau diperintah, suka memberi buah fikiran tetapi kurang gemar menerima pandangan orang lain yang berlawanan dengannya. Dia juga dikatakan suka diangkat dan dipuji dan dikelilingi oleh orang-orang muda yang rupawan dan kacak seperti Azmin, Ezam dan sebagainya.

Barangkali juga melihat pegawai-pegawai lelaki yang kacak memberi ilham kepadanya untuk lebih bersemangat menjalankan urusan rasmi dan bukan rasmi. Inilah keistimewaan Anwar yang tidak dimiliki Mahathir atau Pak Lah.

Saya masih teringat pertemuan saya selama tiga jam di rumah Anwar selepas saya menulis buku "Anwar Ibrahim Antara Nawaitu Dan Pesta Boria" yang diterbitkan pada tahun 1993. Bukan saya yang meminta bertemu dengannya. Saya diberitahu oleh Shukran, sahabat karib Anwar, bahawa Pak Syeikh hendak bertemu empat mata di kediamannya.




Saya dibawa oleh Shukran dengan seorang orang kuat Anwar (saya tidak tahu nama sebenarnya) menaiki Volvo ke kediaman Anwar. Sampai kira-kira jam 11.45 malam. Hanya Anwar dan saya sahaja yang berbincang pada malam itu. Saya diberitahu oleh Shukran bahawa Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara, ada di rumah pada siang hari, dan Shukran disuruh mencari saya dengan segera dan membawa saya ke rumahnya untuk bersama-sama dengan Tun Hanif. Oleh kerana saya hanya dapat dihubungi pada malam hari maka saya tidak dapat bertemu dengan Tun Hanif di rumah Anwar.

Menurut Shukran Anwar bertanya kepada Tun Hanif siapakah penulis buku politik yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat menurut siasatan polis. Hanif memberitahu Anwar, menurut Shukran, bahawa karya-karya saya mempunyai pengaruh sebab ada unsur penyelidikan dan kritikal dalam analisa. Hanif juga memberitahu Anwar karya saya mengenai Anwar di atas banyak mendedahkan kelemahan Anwar sebagai pemimpin politik. Barangkali itulah sebabnya dia menjemput saya ke rumahnya yang tidak pernah diundang sejak ia menjadi menteri kabinet.

Perbincangan dengan Anwar lebih banyak berkisar mengenai politik UMNO dan tidak menampakkan kemarahannya terhadap saya kerana mengkritiknya dalam buku saya itu. Kami bercakap menggunakan bahasa “hang” dan “aku” dan bebas melontarkan fikiran apa saja mengenai dirinya. Bila dikembalikan ingatan pada pertemuan yang tidak dirancang itu, setelah Tun Hanif mendedahkan kepada umum bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseks dengan dua orang asing, saya menyedari kini bahawa Anwar mungkin hendak meninjau sejauhmana saya mengetahui dia seorang homoseks.

Dalam buku saya di atas saya hanya menggunakan bahawa yang tersirat untuk menyatakan dia mempunyai pengalaman homoseksualiti sewaktu menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar lagi. Hanya setelah pertemuan itu baru saya dapat berbagai maklumat dari berbagai maklumat dari berbagai sumber tentang minat seks Anwar yang luar biasa.

Anwar dikatakan amat takut kalau rahsia homoseksnya dilondehkan oleh penulis dalam karya-karya mereka. Justeru itu bila Khalid Jeffry menerbitkan "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM", dia terus mengambil injunki dan membuat laporan polis seolah-olah Khalid membuat fitnah terhadap dirinya.

Menurut sumber-sumber tentu rakan-rakan rapat Anwar dalam Abim dan Yayasan Anda tahu selera seksnya itu. Tapi kesetiaan kepada Pak Syeikh, pejuang Islam, menyebabkan mereka tutup mulut. Dikatakan Anwar juga mempunyai hubungan homoseks dengan anak seorang penulis sewaktu dia menjadi Menteri Pendidikan. Dikatakan bapa kanak-kanak itu pernah membuat aduan ke balai polis tetapi tidak diterima kerana kononnya pihak polis tidak percaya seorang menteri sanggup melakukan hubungan sejenis dengan seorang budak lelaki berusia 16 tahun!

Akibatnya, kata sumber itu, dia menyimpan barang bukti tersebut iaitu seluar dalam anaknya yang berlumuran darah dengan air mani sebagai kenangan pahitnya. Kalau ini benar bermakna Anwar telah melakukan sesuatu yang menggemparkan masyarakat dengan seorang budak belasan tahun!

Kita berharap perkara ini tidak betul kerana, sekiranya benar, bermakna dia telah melakukan hubungan homoseks dengan seorang budak lelaki yang boleh dianggap di bawah umur.

Dikatakan bapa mangsa telah mendedahkan kisah anaknya itu kepada beberapa orang kenalannya selepas Anwar dipecat dari kabinet. Kita tidak tahu apakah pihak polis telah membuat penyiasatan tentang perkara ini. Dikatakan penulis yang berasal dari Perak itu pun sudah tidak tinggal di rumah allayarhaman isterinya lagi di Petaling Jaya. Sampai kini banyak rakan-rakannya tidak mengetahui ke manakah hilangnya penulis tersebut.

Topeng yang paling baik untuk menutup homoseksualitinya ialah menjadikan dirinya seorang pejuang Islam. Dengan bertopengkan Islam, menjadi pemimpin Persatuan Pelajar-Pelajar Islam di Asia Barat, Pakistan, Indonesia melalui WAMY (Pertubuhan Belia Islam Sedunia) maka dengan mudah dia dapat menutup rahsia homoseksualnya seperti mana yang pernah dilakukan oleh setengah rahib dan juga lebai-lebai kampung yang belajar di pondok dan di sekolah-sekolah berasmara.

Setengah rahib, paderi dan sami juga menjadi homoseks dan menggunakan agama masing-masing untuk menutup rahsia peribadinya. Topeng agama adalah paling baik untuk merahsiakan perbuatan homoseksualiti oleh kerana orang ramai tidak akan percaya seorang pejuang Islam.

Sebijak-bijak tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Anwar cuba merahsiakan dari rakyat jelata tetapi dengan kuasa Allah akhirnya terbongkar juga. Dua orang asing yang kini mendapat taraf kerakyatan Malaysia telah mengaku mereka diliwat Anwar dan akibatnya dikenakan penjara selama enam bulan iaitu Sukma, orang Indonesia dan Dr Munawar, keturunan Pakistan. Azizan Abu Bakar juga mengaku dia diliwat oleh Anwar.

Beberapa orang lagi kini menunggu giliran untuk mendedahkan hubungan homoseksualiti mereka dengan Anwar di mahkamah.

Pendedahan homoseks inilah yang paling menakutkannya kerana perbuatan demikian dilaknati Allah dan dia tidak akan diterima sdebagai pemimpin Islam sekiranya terbukti dia bersalah. Yang taksub kepadanya masih tidak mahu mempercayai Anwar seorang homoseks. Biarlah mahkamah sendiri yang menentukannya.

Sekiranya mereka berpegang kepada tali Allah mengapakah mereka tidak mendesak Anwar bersumpah atas nama Allah seperti yang dilakukan oleh Ku Li di khalayak ramai? Tidak pula seorang pun yang bergelar ulama atau mufti mendesak Anwar bersumpah secara Islam. Apakah para alim ulama juga tidak mempunyai kekuatan moral dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan mencari kebenaran? Apakah dengan jalan sembahyang hajat beramai-ramai boleh meyakinkan Allah Ta’ala tentang “kesucian” Anwar?

Siapakah antara alim ulama dan lebai-lebai pondok yang sanggup menipu Allah dan mempertahankan yang mungkar? Mengapakah tidak sembahyang hajat meminta Allah menunjukkan jalan yang benar-benar umat Islam di tanahair kita tidak porak-peranda, hancur-menghancurkan sesama Islam?

Akibat perbuatan dan tindakan Anwar yang mengaibkan itu masyarakat Islam di tanahair kita yang tercinta sudah berpecah-belah. Malangnya mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama dan pejuang Islam nombor wahid begitu lemah sekali peribadi mereka hingga tidak berani menyatakan buah fikiran yang bernas untuk membela kebenaran dan menentang kemungkaran. Mereka diam membisu mengenai isu Anwar dan juga tidak berani memberi fatwa mengenai Allah juga mencarut seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Mat, Musryidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Sindrom bisu menguasai diri mereka dan ini menyebabkan orang ramai kini sudah mula mempertikaikan kewibawaan para alim ulama di tanah air kita.

Sebenarnya Anwar jatuh dari persada kuasa bukan kerana PM merancangkan konspirasi atau menter-menteri lain iri hati dengan dunia glamornya sebagai darling of the west. Semua menteri kabinet dan rakyat yang celek politik sedar dia dimanjai oleh Barat dan dijulang tinggi oleh para pemimpin Barat. Semua perwakilan UMNO dan rakyat Malaysia tahu bakal PM seperti Mahathir ialah Anwar Ibrahim anak Ceruk Tok Kun.

Pak Lah yang tidak disenangi Anwar dan lebih lama berkecimpung dalam politik UMNO sedar Mahathir inginkan Anwar sebagai bakal PM. Setengah pemimpin UMNO sedar mereka akan disisihkan Anwar sekiranya dia mengganti Mahathir kelak. Mereka rela digugurkan kerana Anwar berhak memilih siapa saja menganggotai kabinetnya. Namun kesetiaan mereka terhadap UMNO tidak terjejas kerana darah daging mereka sudah sebati dengan semangat perjuangan UMNO.

Anwar dipecat dari kabinet dan parti kerana dia seorang homoseks yang dilaknati Allah dan bukan kerana Mahathir atau menteri-menteri tertentu takutkan pengaruhnya. Sebagai homoseks dia tidak layak memimpin kerajaan dan UMNO yang berpegang kuat pada ajaran Islam. Mahathir tidak mahu bersubahat dengan seorang pemimpin homoseks sebagai penggantinya. Dia tidak mahu menanggung dosa di dunia dan akhirat sebagai orang yang memilih Anwar menjadi penggantinya.

Mahathir sanggup menghadapi apa saja risiko dari tindakannya itu. Dia menyerah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Mahah Berkuasa dari Anwar ataupun ulama-ulama dan lebai-lebai pondok yang lemah semangat untuk menjadi pejuang Islam yang sejati.

Yang merancangkan konspirasi sejak ia disintuklimau dan dimandibunga oleh Mahathir menyertai UMNO dan kabinet ialah Anwar sendiri. Dia bijak membuat helah politik melemparkan tuduhan konspirasi kepada orang lain untuk menutup rapat rahsia dan agenda politiknya sendiri. Dengan melemparkan tuduhan konspirasi kepada PM, Tun Daim, Megat Jonid, Rafidah Aziz dan Aziz Shamsuddin dia hendak mencemarkan imej PM dan menteri-menteri lain supaya rakyat membenci kerajaan.

Dengan demikian dia mengharapkan majoriti rakyat menyebelahinya tanya menyedari bahawa dialah sebenarnya konspirasi nombor wahid untuk menjatuhkan Mahathir dan kerajaan sejak dalam UMNO lagi. Inilah wajah pemimpin hipokrit yang bermuka-muka, memakai berbagai jenis topeng, menjadi pelakon ala Bollywood untuk menjatuhkan kerajaan demi kepentingan politik dirinya.

Sekiranya Allah mentakdirkan Anwar menjadi PM sebelum kes homoseksualitinya timbul maka selamatlah Anwar di atas takhta kerajaan menyembunyikan hobi homoseksnya itu. Maka tidak akan lahir pendedahan selera seksnya yang luar biasa ini kepada umum.

Malah dia akan mengambil tindakan pula terhadap mereka yang menjadi musuh politiknya tidak terkecuali Mahathir, Pak Lah dan lain-lain. Anwar ingin menutup rahsia peribadinya tapi Allah mendedahkannya kepada rakyat semua. Anwar boleh membohongi mereka yang taksub dan buta matahati tetapi dia tidak boleh membohongi Allah yang menentukan segala.

Ingatlah mereka yang menyokong dan bersekongkong dengan pemimpin homoseks ini akan menerima musibahnya dari Allah seperti mana yang berlaku di zaman Nabi Lut.



AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, January 29, 2009

Mengapa Anwar masih gagal capai cita-citanya ?



Mengapa Anwar masih gagal capai cita-citanya ?


Oleh Yahaya Ismail

Orang Melayu pada umumnya tidak suka memberontak tanpa alasan yang kuat. Dalam sejarah perjuangan orang Melayu hanya perjuangan menuntut kemerdekaan negara orang Melayu bersatu tekad, tenaga dan membara semangat untuk menentang penjajah Inggeris dan menumbangkan Malayan Union. Kemerdekaan negara meruntun setiap pejuang kebangsaan untuk menentang penjajah kerana tidak ada bangsa yang bermaruah dan ada harga diri ingin menjadi abdi abadi kepada pihak penguasa asing.

Kebebasan dan kemerdekaan adalah sebahagian dari kehidupan insan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Orang Melayu sanggup berkorban apa saja, hatta nyawa sekalipun, sebagai patriot bangsa kerana pengorbanannya itu dianggap suci kerana pengorbanan itu adalah panggilan pertiwi yang tercinta.



Kemerdekaan negara dan bangsa tidak boleh dijual beli, diperdagangkan di pasaran antarabangsa hanya kerana seorang pemimpin terlalu rakus hendak memburu kuasa. Anwar silap langkah, tidak bijak berpolitik dan sanggup menjadi alat kuasa asing. Kepada majoriti orang Melayu tindak-tanduknya itu samalah seperti menjual isteri dan anak gadis sebagai pelacur demi menjaga kepentingan diri sendiri. Orang Melayu dan siapa saja yang ada maruah serta harga diri tidak rela berbuat demikian. Cinta pada pertiwi adalah lebih besar dan lebih bermakna dari cinta kepada seorang kekasih, tak kira apakah kekasih itu seorang wanita, pondan atau isteri orang. Bila mana Anwar menjerit dengan penuh kebanggaan bahawa ia punya sahabat handai yang menerajui kerajaan Amerika, Britain dan lain-lain lagi orang Melayu yang berjiwa kebangsaan dan berpegang kuat kepada ajaran Islam memandang pendedahan Anwar sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan bermaruah.

Mereka tidak kagum pertalian persahabatannya dengan pembesar-pembesar Amerika. Malah mereka menganggap dia telah menjual maruahnya sebagai pemimpin berjiwa pengemis yang dibaratkan seolah-olah membuka pintu rumah sendiri untuk menjemput orang asing meniduri isterinya! Hanya mereka yang taksub, gilakan barat, cetek ilmu dan kabur pengetahuan politik sahaja yang menjulang naik Anwar sebagai pemimpin reformis.

Anwar bernafsu besar tapi Allah mengekang kemahuannya. Seperti seorang pelakon yang meracau kerana kehilangan skrip dialognya dia cuba menyalahkan orang lain yang kononnya hendak menyingkirkannya dari kerajaan dan kekuasaan. Seolah-olah dia kata konspirasi bukan dari ana kerana ana orang agama, pejuang Islam, anti korapsi, tanpa kroni dan super ikhlas dan super jujur untuk membela rakyat dari para lanun yang lain. Apakah majoriti rakyat akan percaya apa yang disebutkannya itu? Tapi orang ramai tidak mempercayainya lagi.

Mengapa demikian? Kerana dia terlalu hebat mengangkat dirinya sebagai manusia yang super wali, sama taraf dengan maksum (bukan Mek Som atau Shamsidar dan Sukma atau Munawar yang berbulu di dada) menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadapnya. Bayangkan Perdana Menteri merancang konspirasi hendak menyingkirkannya!

Aduh....duh...duh...Ini cerita kartun yang sukar diterima mereka yang cerdik. Sebagai Perdana Menteri Mahathir tidak perlu berkonspirasi untuk menyingkirkan Anwar atau mana-mana menteri. Tidak ada menteri kabinet yang menganggap dirinya super kebal dan tidak boleh disingkirkan PM. Mohamad Rahmat dan Sabaruddin Chik diberhentikan dari kabinet. Mereka akur.

Musa Hitam tidak sehaluan dengan PM. Dia letak jawatan. Ku Li, Rais Yatim, Zainal Abidin Zin dan beberapa orang yang lain berundur dari kabinet kerana mereka tidak sehaluan dengan PM di masa lalu. Di zaman Tengku dahulu Rahman Talib dikeluarkan dari kabinet. Akur.

Pada zaman Tun Hussien Onn Dollah Ahmad dan Dollah Majid yang menjadi anggota kabinet ditahan di bawah ISA. Tidak ada seorang pun menteri yang tersingkir dari kabinet mencabar PM. Mereka tahu PM mempunyai hak untuk melantik dan juga melepaskan seseorang menteri dari kabinetnya.

Begitu juga yang berlaku dalam sistem kerajaan Amerika, Britain dan lain-lain negara maju yang dikagumi Anwar. Clinton boleh menamatkan perkhidmatan siapa saja anggota kabinetnya dari masa ke masa dan tidak ada seorang pun yang menentang tentang penamatan khidmatnya itu. Mereka menganggap pemilihan sebagai anggota kabinet suatu penghormatan negara dan mereka sedia berundur bila mana dipinta oleh Presiden mereka sedia berundur bila mana dipinta oleh Presiden mereka ataupun kepala negara.

Pemberian jawatan kabinet bukan hak keturunan mereka yang perlu dipertahankan selagi ada matahari dan bulan. Ia bukan jawatan sendirian berhad. Mereka yang diberhentikan dari menjadi ahli kabinet mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Presiden atau pun Perdana Menteri kerana diberi peluang melaksanakan amanah Presiden dan Perdana Menteri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara, agama dan bangsa. Sekiranya seseorang anggota kabinet tidak bersetuju dengan dasar yang dijalankan Presiden dan Perdana Menteri maka dia mestilah meletakkan jawatannya.

Sekiranya dia mahu menentang Presiden atau Perdana Menteri dan ingin menjadi pemimpin kerajaan maka dia mestilah mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk menguji dan mendapatkan sokongan rakyat. Kalau dia menang bolehlah dia menubuhkan kabinetnya dan melaksanakan dasar yang ia anggap lebih baik dari mereka yang sebelumnya.

Inilah sikap dan tanggungjawab seorang pemimpin yang berprinsip, ada maruah dan ada harga diri yang sanggup meletakkan jawatan dalam kabinet untuk bertarung dalam pilihanraya bagi mendapatkan sokongan majoriti rakyat.

Kalau dia memperolehi kerusi yang banyak dan berjaya menewaskan parti yang memerintah, nah, buktikanlah kemampuan anda sebagai pemimpin yang lebih baik dan lebih berjasa dari orang yang anda kalahkan dalam pilihanraya itu. Tapi anggap dirinya lebih penting Menteri sendiri. Kononnya dia lebih berpengaruh, lebih popular, lebih terkemuka dari Mahathir bukan saja dalam negara tetapi juga di Barat.

Dia terlalu gelojoh hendak menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mencabar kekuasaan orang yang memungutnya dari politik jalanan. Dia lupa yang menentukan nasibnya bukan dirinya tetapi Allah Ta’ala. Dia lupa asal usulnya. Lebih-lebih lagi dia lupa bahawa dia juga mempunyai rahsia peribadi yang paling jijik dan dilaknati Allah.

Dia berpendapat Mahathir akan mengalah kerana dia ada sahabat karib dari Washington yang boleh menentukan nasib politik siapa saja yang Amerika suka di seluruh maya pada ini. Dia juga menjadi terlalu yakin bahawa kroni-kroninya serta ketua-ketua bahagian UMNO yang disogok dan dibeli hati dan budi akan menyebelahinya untuk menumbangkan Mahathir.

Lebih-lebih lagi dia sudah mempunyai wang songlap sebanyak RM3 bilion untuk menghancurkan Mahathir dan menaikkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri kelak. Inilah konspirasi yang bermain dalam otak Anwar sejak diberi kuasa hingga hilang kini. Dia seolah-olah menganggap kuasa Amerika itu lebih hebat dari kuasa Allah Ta’ala dan kuasa milikan Kristian dan Yahudi Amerika itu akan membantunya, seorang yang berpura-pura sebagai pejuang Islam untuk merebut kekuasaan dari seorang Perdana Menteri yang berjaya melaksanakan seruan Islam dalam kepimpinannya.

Dia sanggup menjadi tali barut dan budak suruhan Amerika, kuasa asing yang bukan Islam, untuk menghancurkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam.




Malah lebih jauh dari itu dia sanggup meminta bantuan kuasa asing untuk menamatkan kuasa UMNO, parti Melayu yang berteraskan Islam, parti politik bangsanya sendiri yang terus menerus menguasai kerajaan Malaysia sejak Merdeka (1957) hingga sekarang. Apakah jenis manusia yang sanggup menghancurkan bangsanya sendiri dengan bantuan asing untuk dia menjadi pemimpin boneka? Biarlah anda para pembaca sendiri yang menilai pemimpin seumpama ini.

Anwar menggertak dan menyalak tetapi rakyat yang sudah tahu hati budinya lebih bersimpati dengan Mahathir dan Pak Lah yang bekerja keras untuk membangunkan Malaysia supaya maruah dan martabat bangsa Malaysia tidak tergadai kepada kuasa asing. Mereka yang bersembahyang hajat mintalah kepada Allah Ta’ala tunjukkan siapakah yang benar dan siapa pula yang mungkar. Apakah pendedahan yang dibuat Datuk Murad yang sanggup disaman oleh Anwar dan mereka yang mendapat habuan darinya itu berdusta?

Kalau Anwar berani menafikan segala tuduhan Murad itu bawalah perkara ini ke mahkamah. Biar seluruh dunia tahu siapa sebenarnya Anwar apakah dia seorang pejuang Islam super wahid? Seorang pelakon ala Bollywood yang banyak autanya? Seorang penjenayah kolar putih yang maha hebat? Atau seorang munafik dan pembohong yang tidak ada tolok bandingnya? Tidak seorang pun mengenali Datuk Murad Khalid sebagai orang kepercayaan Anwar yang banyak menyimpan rahsia bekas Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri itu.

Nah, sekarang tanpa hujan ribut, Allah mengerakkan hati Datuk Murad untuk mendedahkan berbagai penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh suami Wan Azizah yang tercinta itu. Anwar cuba membohongi rakyat tetapi Allah mendedahkan kemungkarannya yang mengaibkan itu melalui seorang bekas pegawai bank yang pernah mengaguminya di suatu masa yang lalu. Hati nurani Datuk Murad gelisah dan gundah melihat lakonan dan tingkah laku serta serangan-serangan peribadi Anwar terhadap Perdana Menteri dan kerajaan yang terkeluar dari tatasusila pemimpin yang beradab sopan dan berwibawa.

Dia banyak menyimpan rahsia Anwar dan pernah melaksanakan berbagai arahan Anwar yang bertentangan dengan amalan seorang pemimpin yang bersih, jujur serta amanah oleh kerana dia terlalu disilau oleh kekagumannya terhadap pemimpin berasal dari Ceruk Tok Kun itu. Hanya dengan kuasa Allah dia akhirnya bertindak berani sebagai seorang patriot bangsa lalu membuat kenyataan bersumpah yang mendedahkan segala kemungkaran Anwar yang diketahuinya secara peribadi dan mendalam. Kalau ada juak-juak Anwar ataupun Anwar sendiri yang mengatakan ada pihak yang memaksa Murad membuat kenyataan bersumpah tersebut maka kita berkata “iya, memang ada” iaitu Allah Ta’ala.

Kuasa Allah Ta’ala inilah yang menggerakkan hati nurani Murad untuk mencari kejujuran dan kejernihan hidup dan menolak sama sekali kemungkaran yang ia sendiri adalah sebahagian dari kemungkaran itu.


Sememangnya Anwar berniat jahat terhadap Perdana Menteri sejak ia menjijak kaki pada lambang UMNO sewaktu menjadi gelandangan politik jalanan di masa lalu. Dengan memakai berbagai topeng untuk mengabui mata rakyat dia berjaya bermain silap mata hingga berhasil menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Sebagai seorang pelakon yang serba boleh dia berjaya memukau dan menipu Perdana Menteri hingga berjaya menyakinkan Mahathir bahawa akulah yang bernama Anwar bin Ibrahim dari Ceruk Tok Kun yang paling baik, jujur, setia dan penyokong PM super wahid demi kekagumanku terhadap kepimpinanmu!




Dia berkokok dan berkepak di hadapan Mahathir, dia memberi senyuman yang manis, dia menunduk kepala tanda penghormatan dan ditambah pula dengan ritual pantun puji-pujian terhadap Perdana Menteri dalam persidangan parti.

Mahathir menyambut baik sokongan dan pujian Anwar dan yakin inilah penggantiku yang super baik di antara barisan pemimpin yang ada. Mahathir percaya tetapi dalam diam-diam Anwar mencuba dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Walaupun berkali-kali Mahathir pernah membuat kenyataan Anwar akan menggantikanya sebagai PM namun timbalannya tetap gelisah dan tidak senang duduk sekiranya Mahathir terus kekal memimpin negara hingga sampai ke alaf baru. Dia terpaksa bertindak cepat.

Tidak boleh bersabar lagi menunggu ketika untuk Mahathir melepaskan jawatannya. Jam berdetik, hari bertukar menjadi minggu dan mingguan menjadi bulanan hingga menjamah tahunan. Mahathir tetap kuat bekerja dan masih banyak idea yang membina untuk memajukan negara yang tercinta.

Dia juga tahu Mahathir seorang yang kuat bekerja tanpa rehat dan penat walaupun usia menjangkau 75 tahun. Persetan dengan kritik-kritik yang melukakan dari Barat, persetan dengan kecaman-kecaman pembangkang dan persetan dengan kecamna-kecaman pembangkang dan persetan dengan iri hati tentang kemajuan dan pembangunan Malaysia. Yang penting kepada Mahathir selagi hayat dikandung badan, selagi Allah memberi kekuatan intelek, tenaga dan kuasa kepadanya maka ia akan mengaibkan diri dan jiwa untuk menjadikan diri dan jiwa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling maju di dunia dan seluruh rakyatnya dari berbagai bangsa dan agama menikmati kekayaannya dan hidup dalam aman damai sebagai sebuah keluarga yang besar.

Justeru itu Mahathir bin Mohamad tidak mempunyai ruang waktu merancang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, seorang pemimpin homoseks.

Persediaan sudah mencukupi. Kroni-kroninya bersedia untuk membantunya mencapai matlamat akhir. Kawan-kawan dari Barat tetap membantu. Juga Estrada dan Habibie dari Indonesia. Yang taksub kepadanya bersedia menyalak dan menjerit reformasi. Sekiranya ada habuan kebendaan dan wang ringgit lagi kuat teriakan reformasi itu. Yang bersembahyang hajat untuk menyokongnya beribu-ribu termasuk dari kalangan serban leso, ketayap lusuh dan imam-imam pencen yang uzur ilmu juga mengharapkan belas kasihan dari kaum keluarga Anwar, kroni-kroninya dan lain-lain untuk “melicinkan” lagi nawaitu yang gelong.

Bayangkan Allah pun hendak ditipu mereka kerana taksub mereka terhadap seorang pemimpin homoseks! Masyaallah! Strategi politik untuk menjatuhkan Mahathir sudah terbina. Cukup hebat sekali. Tidak pernah seorang pemimpin politik Malaysia merancang masa depannya untuk menjadi bakal Perdana Menteri serapi dan sehebat Anwar dalam bentuk konspirasi.

Mereka yang pro Anwar dan pembangkang berkata Mahathir patut berhenti kerana sudah lama menjadi PM. Apakah selama 18 tahun beliau menjadi PM pembangunan negara terjejas, rakyat hidup miskin dan kemajuan dan pertumbuhan ekonomi merosot?

Bukankah Mahathir yang banyak membawa perubahan dan kemajuan hingga Malaysia terkenal di seluruh dunia? Jangan membohongi sejarah dan menabur fitnah yang keterlaluan oleh kerana mereka gagal mendapat kedudukan seperti Mahathir dan tidak disokongi rakyat. Sekiranya 18 tahun menjadi PM dan tidak membawa kemajuan kepada rakyat dan negara, nah, singkirkanlah Mahathir.

Tapi kalau dia, Mahathir, hanya pandai berkokok, berkhutbah, menyeleweng dan tidak menjaga kepentingan rakyat terbanyak singkirlah dia. Lee Kuan Yew menjadi PM lebih dari 30 tahun hingga berjaya menjadi pulau Singapura sebuah republik yang kaya raya. Walaupun kebebasan rakyat terbatas dan dia dianggap dictatorial. Majoriti rakyat Singapura masih mengekalkannya dan masih memerlukan nasihat darinya. Apakah rakyat Singapura bodoh kerana membiarkan Lee Kuan Yew berkuasa lebih dari 30 tahun?

Jangan samakan kepimpinan Malaysia dengan Filifina di mana Presidennya cuma berkhidmat untuk lima tahun sahaja menurut perlembagaan negara tersebut. Presiden Filifina, seorang bekas pelakon punyai sejumlah anak di luar nikah tetapi masih boleh dipilih sebagai Presiden.

Itu Filifina tetapi rakyat Malaysia sekali-kali tidak membenarkan atau memilih seorang pemimpin yang setaraf dengan Estrada untuk menjadi Perdana Menteri. Apalagi kalau calon Perdana Menteri itu seorang homoseks. Bandingkan kemajuan dan pembangunan kita dengan Filifina yang kononnya lebih demokratik dan lebih bebas dari kita. Negara itu miskin, jenayah bermaharajalela, maksiat banyak dan yang kaya bertambah kaya. Apakah rakyat Malaysia lebih dhaif dari rakyat Filifina ataupun Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar?

Apakah bangsa kita terpaksa berhijrah ke negara-negara jiran untuk mencari sesuap nasi? Siapakah yang banyak datang ke sini tanpa diundang dan ada yang sanggup bersabung nyawa untuk mencari makan di bumi kita yang bertuah ini? Kalau sesungguhnya negara kita ini brengsek, terlalu korap, kejam dan zalim pemerintahannya, tidak ada kebebasan bersuara dan banyak melanggar hak asasi manusia mengapakah kerajaan UMNO/BN dapat bertahan selama 42 tahun hingga sekarang? Mengapakah pendatang-pendatang asing membanjiri negara kita kalau Malaysia ini bobrok, miskin dan tidak menghormati hak asasi manusia?

Kalau negara kita terlalu miskin dan kepimpinannya boros tentulah Malaysia akan menjadi seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan yang mengalamai kacau bilau kerana terlalu banyak meminjam dari IMF dan peminjam-peminjam asing yang lain. Menunglah sekejap dan buatlah penilaian anda sendiri secara objektif dan bukan menjadi budak suruhan yang buta matahati dan tidak tahu menilai pemimpin dengan baik dan bermaruah dengan seorang pemimpin yang sanggup menjadi talibarut asing.

Rakyat Malaysia menghormati dan menghargai jasa-jasa serta kepimpinan Dr Mahathir. Seperti jauhari mereka tahu menilai antara pemimpin yang cemerlang dengan pemimpin yang bijak berkokok dan menyalak tetapi munafik super kelas. Mereka berpendapat pasangan Mahathir-Pak Lah amat sesuai untuk menjana kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat bagi negara kita.

Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pertautan jiwa dan keikhlasan yang jelas untuk berbakti kepada negara dan rakyat tanpa mempunyai agenda tersendiri untuk menjadi gunting dalam lipatan. Inilah kekuatan kepimpinan UMNO sekarang yang akan menjamin kestabilan politik dan kemajuan yang lebih pesat di alaf baru kelak. Kekuatan UMNO inilah yang memberi keyakinan kepada parti-parti komponen BN yang lain untuk mengekalkan perpaduan kaum dalam wadah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Anwar dan parti-parti pembangkang boleh menampar dada masing-masing mengangkat diri mereka sendiri mengatakan mereka adalah lebih baik dari Mahathir dan Pak Lah. Itu hak mereka. Tetapi yang menentukan nasib setiap parti politik dan para pemimpin sekalian ialah Allah Ta’ala dan undi rakyat. Sejak merdeka hingga sekarang rakyat memberi mandat kepada UMNO/BN mencorak sejarah dan membangunkan negara ini. Selama 42 tahun UMNO mendapat kepercayaan rakyat.

Walaupun berbagai gelombang politik menghempas UMNO hingga menyebabkan perpecahan pada tahun 1987 namun rakyat tetap tidak berpaling tadah. Sekali UMNO selama-lamanya UMNO. Seorang Anwar tidak boleh mengubah nasib rakyat kerana sudah terbukti dia gagal sebagai pemimpin kerajaan sewaktu bersama Mahathir dan UMNO dulu. Tapi seorang Anwar yang mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3,000 untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sudah pasti ditolak oleh rakyat Malaysia untuk menjadi PM. Lebih dari itu, seorang Anwar yang juga seorang homoseks sudah pasti dinyahkan (bukan oleh mak nyah) oleh rakyat sebagai bakal PM mereka.

Dalam sejarah politik Malaysia tidak pernah seorang menteri, apalagi bakal Perdana Menteri, terdiri dari homoseks. Nahi, nahi, no no. Oleh itu janganlah hendaknya pemimpin kerajaan selepas pilihanraya akan datang ada tersembunyi seorang homoseks kerana takut dimurkai Allah dan disingkir oleh rakyat.

Inilah rahsia peribadi Anwar yang menyebabkan dia gelisah dan bimbang sekiranya Mahathir lambat menyerahkan kerusi PM kepadanya. Dia takut rahsia peribadinya terbongkar dan rakyat menyingkirkannya seperti kucing korap. Dia, Anwar bin Ibrahim, bergelar Datuk Seri, adalah pengamal homoseksualiti yang dilaknati Allah.

Ini yang tidak dapat diterima PM dan hobi seks yang luarbiasa inilah yang menggerakkan Mahathir dan kabinet memecatnya dari kerajaan dan juga UMNO. Topeng yang dipakainya selama ini sudah robek dan terdedahlah kepada seluruh rakyat dandunia bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang pernah menjadi ketua Abim, imam dan pembaca khutbah rupa-rupanya seorang homoseks!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, January 7, 2009

Konspirasi Anwar Terdedah




Konspirasi Anwar Terdedah


Oleh Yahaya Ismail

Oleh kerana ia memakai berbagai-bagai jenis topeng yang berwarna-warni untuk menyesuaikan diri dalam berbagai golongan masyarakat maka sukar bagi seseorang hendak mengetahui siapakah orang yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Dengan menggunakan khidmat nasihat dari Institut Kajian Dasar (IKD) dalam negara dan Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Doughlas H. Paal yang pernah berkhidmat dengan Dewan Keselamatan Negara maka besar kemungkinan Anwar menjadi agen CIA.

Kedua pertubuhan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi imej Anwar sebagai pemimpin politik bertaraf antarabangsa dengan harapan ia dapat menggerhanai ketokohan PM sendiri. Tidak pernah sebelum ini seorang Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kewangan mempunyai suatu pertubuhan tertentu untuk menjaga imej ketokohan mereka baik di peringkat nasional apa lagi internasional.

Datuk Murad dalam keterangan bersumpahnya menyatakan Anwar telah menyumbangkan US$10 juta (RM38 juta) kepada pertubuhan ini yang beribu pejabat di Washington, USA. Anwar dilantik sebagai penaung (patron) kerana memberi sumbangan kewangan tersebut. Tujuan utama ialah untuk membawa hubungan yang mesra antara pemimpin-pemimpin politik dan bisnes Amerika dengan rakan-rakan seperjuangan di Asia Pasifik. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada Amerika untuk memainkan perasaan yang lebih besar dan kreatif di kawasan Asia pasifik yang mencakupi bidang perniagaan, politik, ekonomi dan keselamatan.

Anih bin pelek mengapakah APPC hanya mempunyai seorang pemimpin Asia, iaitu Anwar Ibrahim, sebagai penaungnya tetapi sebahagian besar dari tenaga badan ini terdiri dari tokoh-tokoh politik dan pegawai-pegawai pentadbir Amerika yang pernah berkhidmat dalam badan keselamatan negara Amerika.

Di sini saya senaraikan nama-nama pemimpin APPC untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Penaungnya ialah Anwar Ibrahim. Presiden APPC ialah Douglas H. Paal, David G. Brown (Senior AssociateI, Seth R. Sulkin (Adjunct Fellow) dan James Kuhn (Programme Director). Ahli lembaga amanahnya pula terdiri dari Brent Scowcroft (bekas Penasihat Keselamatan kepada bekas Presiden George Bush dan bekas Lt. Jeneral Tentera Udara Amerika), Robery Orr (bekas duta ke Singapura dan bekas Governor Indiana), Frank Carlucci (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada bekas Presiden Ronald Reagan), dan Dave McCurdy (bekas pengerusi, Democratic Leadership Council dan bekas ahli Kongres Amerika).

Dari senarai para pemimpin APPC ternyata ia mempunyai hubungan yang rapat dengan jabatan pertahanan dan keselamatan Amerika. Malah bolehlah dikatakan APPC ini adalah sebuah front badan perisikan Amerika untuk menyebarkan pengaruh dan kuasa politik Amerika ke bahagian Asia Pasifik. Jelas kepada kita Anwar terlibat secara langsung dalam penubuhan dan pengurusan badan ini melalui sumbangannya sebanyak US$10 juta.

Apakah muslimat Anwar untuk membiayai sebuah pertubuhan di Amerika yang didalangi oleh bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan beberapa orang Penasihat Keselamatan yang terkemuka itu?

Jawapannya jelas. Anwar hendak menggunakan badan ini, selain dari hubungan peribadinya dengan beberapa pemimpin kerajaan Amerika dan Yahudi untuk membantunya melaksanakan konspirasinya bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat sekarang. Sebagai bekas penasihat pertahanan dan keselamatan negara Amerika tentulah mereka mempunyai berbagai cara, haram dan halal, sah dan tidak sah, untuk merancangkan penggulingan sesebuah kerajaan di mana saja di atas muka bumi ini yang tidak disenangi Amerika.

Di samping itu badan ini juga, dengan kepakaran dan hubungannya yang terus dengan kerajaan Amerika, dapat membantu Anwar dalam berbagai perkara untuk menjayakan hasrat politiknya, iaitu menjatuhkan pimpinan Mahathir. Sememangnya Amerika membenci Mahathir tersingkir. Penggantinya sudah ada iaitu Anwar yang sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan sanggup pula membiayai pertubuhan asing bagi kegunaannya kelak.

Tetapi Anwar telah melampaui batas dalam tindak-tanduknya untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan menggunakan sokongan, bantuan serta kebijaksanaan kuasa asing.

Murad mendedahkan bahawa Anwar mahukan APPC menguruskan rezab Bank Negara Malaysia dan KWSP yang berjumlah RM50 billion sebagai membalas jasa dan perkhidmatan APPC untuknya. Ini pengkhianatan nombor wahid! Tidak pernah terdengar seorang menteri kewangan sebuah negara sanggup menyerahkan kepada orang asing menguruskan rezab simpanan negara. Bagaimanakah dia boleh membuat cadangan demikian memperjudikan wang kepunyaan rakyat dan negara Malaysia kepada sebuah pertubuhan asing, APPC, yang memberi perkhidmatan untuk menjaga kepentingan seorang individu, Anwar Ibrahim?

Nasib baik pihak Bank Negara tidak melaksanakan hasratnya yang boleh ditafsirkan sebagai menyalahgunakan wang rakyat dan negara untuk tujuan politik peribadinya. Sikap tidak bertanggungjawab dan menjadi talibarut asing tidak membayangkan dia sebagai seorang patriot, malah sebagai pejuang Islam yang ia laung-laungkan itu. Allah masih sayang kepada rakyat dan kerajaan negara kita dan menyelamatkan kita dari belenggu asing gara-gara seorang pejuang Islam yang mengamalkan homoseks dan gila kuasa.

Inilah sikap dan perjuangan seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam yang sanggup membiayai pertubuhan asing atas usaha pemimpin-pemimpin terkemuka Amerika terdiri dari bukan Islam untuk ia gunakan bagi menjatuhkan kepimpinan Islam di negaranya sendiri! Bukankah ini pengkhianatan namanya? Apakah mereka yang menyokong Anwar masih buta matahari dan tidak dapat melihat konspirasi Anwar itu?

Sekiranya anda patriot bangsa, pejuang Islam tulen, yang ada maruah dan berilmu sanggupkah anda menerima kepimpinan seorang rakyat Malaysia yang menjadi orang suruhan kuasa asing? Waktu Mahathir dan Musa Hitam menentang Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas peristiwa 13 Mei 1969 mereka tidak menggunakan pertubuhan asing ataupun kuasa asing membantu mereka. Akhirnya mereka dipecat dari UMNO dan mereka tidak mengemis meminta bantuan Amerika, Britain ataupun media barat untuk menjulang mereka. Begitu juga dengan Ku Li, Rais Yatim dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang mendirikan semangat Melayu 46. Mereka tidak menjilat pemimpin-pemimpin asing, khasnya barat, untuk meminta bantuan moral, politik atau pun wang ringgit bagi menentang kerajaan UMNO/BN.

Mereka semuanya ada maruah, ada harga diri. Mereka tidak seperti Anwar yang sanggup membiayai pertubuhan asing didalangi oleh penasihat-penasihat keselamatan negara Amerika untuk membantunya. Apakah ini jenis pemimpin Islam yang dikagumi oleh para taksub yang buta mata hati? Apakah anda tidak dapat menilai antara pemimpin yang patriotik dengan pemimpin yang menjadi Sang Rajuna Tapa yang sanggup menjadi pengkhianat kepada negara sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Bahawa dengan adanya IKD dan APPC yang dibiayai berjuta-juta ringgit oleh Anwar menunjukkan dia mempunyai agenda politiknya? Barangkali jin afrit untuk tujuan politiknya? Barangkali jin afrit dalam lampu ajaib Aladdin sendiri pun tidak berupaya hendak membekalkan wang sebanyak itu. Apakah Amerika atau kuasa-kuasa asing tertentu yang membantunya dengan wang ringgit berbillion ringgit? Kita tidak pasti.

Memandangkan dia mempunyai banyak sahabat yang berpengaruh di Washington boleh jadi juga Uncle Sam menghulurkan derma “ikhlas” yang lumayan kepadanya memandangkan statusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Barangkali Amerika “melabur” pada batang tubuhnya yang kononnya akan menggulingkan Mahathir dan melantik dirinya sendiri sebagai PM yang baru yang 100% pro Amerika dan Barat!


Besar kemungkinan RM3 billion dalam simpanan 20 master account itu diperolehi melalui tumbuk rusuk atau kick back dari projek-projek kerajaan yang diswastakan. Kroni-kroninya yang menjadi jutawan terkejut sudah pasti akan menderma secara ikhlas tetapi bersembunyi untuk membantu Anwar dalam konspirasi menumbangkan Mahathir dan kerajaan.

Dalam surat bersumpahnya yang diedarkan kepada para wartawan Datuk Murad dengan berani mendedahkan mereka dan kumpulan tertentu yang mendapat habuan dari Anwar. Dia mengaku bahawa Anwar memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang dari master accountnya untuk dibayarkan kepada individu-individu tertentu dan juga pertubuhan dari tahun 1992 hingga 1997.

Anwar menerima RM50 juta dari akaun tersebut, Dato (sekarang Tan Sri) Abdullah Ahmad (Bangsa-Bangsa Bersatu)- RM 5juta, Dato’ Nasaruddin Jalili – RM 10 juta, Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan Douglas H. Paal – RM38 juta (US$10 juta), Institut Kajian Dasar (IKD) yang dipimpin oleh Kamaruddin Jaafar – RM5 juta, Aliran dan Dr. Chandra Muzaffar – RM5 juta, ABIM – RM5 juta, International Institute of Islamic Thoughts (IIIT) yang dipimpin oleh Prof Syed Naquib al-Attas – RM2 juta, sebuah yayasan Islam di Britain – RM 1 juta. Jumlah semua RM121 juta.

Datuk Murad juga diberitahu bahawa Anwar memberi arahan kepada Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Philio Allied Berhad yang juga menguasai Phileo Allied Bank, menerima Shamsidar dan seorang Encik Rahman bekerja di syarikat Tong. Shamsidar ialah isteri bekas setiausaha sulit Anwar, Azmin Ali.

Menurut keterangan Ummi Hafilda, adik Azmin, kakak iparnya ini mempunyai hubungan sulit dengan Anwar seperti mana yang dinyatakan dalam suratnya kepada Perdana Menteri pada tahun 1997 yang lalu. Shamsidar dikaitkan diberi gaji yang lumayan, sebuah Audi dengan seorang pemandu oleh syarikat Tong tanpa perlu bekerja sepenuh masa.

Datuk Murad juga mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkannya untuk menjalankan beberapa urusan korporat bagi menjaga kepentingan kroni-kroni Anwar. Antara yang paling besar ialah pengambilalihan Sikap Power, syarikat yang memegang konsesi Independent Power Project (IPP) di Lumut Perak kepada MRCB. MRCB selepas itu memasukkan Sikap Power ke dalam anak syarikatnya Malakoff Berhad. Adakah dipercayai RM50 juta telah dimasukkan ke dalam akaun politik Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Murad lagi Tong Kooi Ong diperkenalkan oleh Murad kepada Anwar hingga ia menjadi salah seorang kroni yang dipercayai dan memperolehi berbagai-bagai faedah dari persahabatan dengan bekas Menteri Kewangan tersebut. Dikatakan oleh Tong kepadanya bahawa dia, Tong, telah membuka master account untuk menyalurkan segala sumbangan kewangan untuk kepentingan politik Anwar. Akaun ini dikawal oleh Tong sendiri.

Master account ini memperolehi berbagai-bagai hasil dari saham dan hartatanah. Pada suatu ketika Tong memberitahu Datuk Murad nilai hasil dari saham dan hartatanah master account ini sekitar RM200 juta. Tidak kurang dari 20 master account dimiliki oleh kroni-kroni Anwar untuk menjaga kepentingan politik Anwar yang hasilnya melebihi RM3,000 juta atau tiga billion!

Inilah jenis manusia pemimpin yang julang tinggi kesucian Islam yang kononnya anti-korupsi, anti penyelewengan, tidak punya kroni dan amat telus dalam semua urusan!

Nah, kalau Anwar berani mempertikaikan tuduhan Datuk Murad sila menafikan segala tuduhan Murad dalam statutory declaration juga.

Seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang taksub, yang buta matahati, hendak tahu apakah pejuang Islam ini berani menyaman dan membuat kenyataan penafian secara sumpah seperti Murad. Sekiranya Anwar tidak berani membuat kenyataan bersumpah bermakna dia mengaku segala tuduhan Murad sebagai benar belaka. Sekarang dia terkulat-kulat hendak mencari jalan dan pembohongan untuk menafikan semua tuduhan Murad itu.

Sekarang seluruh rakyat Malaysia hendak tahu pendirian Anwar. Buat kenyataan bersumpah menolak segala tuduhan Murad, dan heret Murad ke mahkamah atau tuduhan memfitnah dan lain-lain lagi. Kalau dia diam membisu, tidak membuat kenyataan bersumpah seperti Murad bermakna dia bersalah dan menjadi penjenayah kolar putih yang paling memalukan. Surat bersumpah itu boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Sesiapa yang membuat surat bersumpah dan didapati isinya palsu maka dengan sendirinya dia akan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun. Justeru itu hingga saya menulis rencana ini tidak seorang pun yang namanya tersiar dalam surat sumpah Murad sanggup mengemukakan surat bersumpah seperti Murad untuk menolak tuduhan bekas penolong gavernor Bank Negara tersebut. Mereka tahu risikonya dan mereka tidak mahu mencari na’as memberi keterangan palsu secara surat bersumpah.

Apakah politikus yang menikus ini boleh membuktikan bahawa dia seorang yang super bersih, tidak punya master account bernilai RM3 billion di mahkamah? Atau dia dan juak-juaknya akan berkata Datuk Murad membuat fitnah untuk menjatuhkan maruah pejuang Islam? Okay, kalau Murad dikatakan membuat fitnah silalah menyamannya di mahkamah. Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai Datuk Murad dan beberapa orang lagi yang pernah diperalatkan Anwar akan tampil ke depan untuk membongkar dan melondeh segala rahsia penyelewengan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin ABIM ini. Kalau Anwar menganggap maruahnya tercemar dengan pendedahan itu silalah memulihkan balik maruahnya dengan mengheret Murad ke mahkamah.

Pendedahan Murad bukan lakonan keracunan arsenik kelas filem Bollywood bermutu rendah. Sebagai seorang patriot bangsa beliau sanggup menghadapi segala risiko. Dia berasa bersalah terhadap rakyat dan juga kerajaan kerana terlalu mengagumi Anwar hingga sanggup dijadikan alat dan melaksanakan segala arahannya yang merupakan sebagai penyelewengan dan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Mahathir.

Dia cepat insaf tentang mainan kongkolikong Anwar dan kini ingin menebus dosanya terhadap rakyat dan kerajaan. Dia sanggup menghadapi segala risiko dari tindakannya itu. Sebagai seorang patriot dia, Datuk Murad, yakin dengan pendedahan itu dia dapat kembali menebus segala dosanya sebagai talibarut Anwar. Inilah semangat seorang pahlawan seorang patriot, seorang kesatria yang cinta kasihnya hanya untuk tanahair yang tercinta, rakyat yang aman damai dan kepimpinan kerajaan yang banyak menabur bakti dan jasa kepada semua.

Anwar banyak melemparkan tuduhan kononnya Tun Daim membawa keluar RM10 billion dengan kapal terbang dan meletakkan beg duit di sampingnya! Banyak lagi menteri dan juga PM yang dicemari Anwar dengan berbagai tuduhan liar tanpa bukti yang super kukuh. Nah, sekarang giliran dia pula dituduh menyimpan 20 master account yang bernilai ebih dari RM3 billion untuk tujuan politiknya. Ini bukan tuduhan liar. Ada bukti dan Datuk Murad berani menentang Anwar di mahkamah untuk membogelkan segala bahan-bahan buktinya kelak. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya inta yang maha lebih!

Seperti cacing kepanasan Anwar dan para kroninya kini menjadi sorotan paling istimewa dari seluruh rakyat. Datuk Murad berkata dia juga diarah oleh Anwar untuk menyelesaikan hutang Marina Yusof dengan bank-bank tempatan sebanyak RM20 juta.

Murad mengemukakan permohonan Marina kepada Tabung Pemulihan Usahawan untuk menyiapkan bangunannya di Jalan Tun Razak iaitu Marinara. Pada waktu itu Marina sudah keluar dari Semangat 46 dan dia banyak terhutang budi kepada Anwar yang membantunya menyelesaikan hutang-hutangnya.

Sewaktu dalam Semangat 46 Marina pernah mengecam Mahathir dan Tun Daim yang dikatakan cuba menghalangnya dari mendapatkan pinjaman bank. Lalu secara diam-diam dia berjinak dengan Anwar untuk mendapatkan bantuan bagi menjelaskan hutangnya bernilai berjuta-juta ringgit di samping mendapatkan pinjaman bagi menyiapkan Marinara. Dengan kata lain, Marina juga ada kepentingan peribadi menyertai kabilah Anwar. Yang lucunya kedua bekas ahli UMNO ini mengecam UMNO tetapi melalui UMNO itulah kedua-duanya menjadi kaya raya. Marina juga boleh menyaman Murad dan jangan salah ibu mengandung sekiranya senjata kembali makan tuan. Tapi seperti orang lain juga nama mereka didedah oleh Murad, Marina juga tidak berani hendak menyaman Murad atau menyatakan bantahan secara surat bersumpah.

Chandra Segaran Pillai Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan juga dituduh menerima habuan sebanyak RM5 juta untuk dirinya dan Aliran yang pernah dipimpinnya. Dia juga dikatakan hendak menyaman Murad. Silakan. Chandra pernah menjadi Presiden Aliran dan sangat anti kerajaan dalam majalah tersebut. Bila dia meninggalkan Aliran tiba-tiba muncul pula sebagai ketua Just World yang pada mulanya mengambil sikap anti Barat dan pro kerajaan.

Setelah mendapat kedudukan penting sebagai pengarah pusat tamadun atas ihsan Anwar melalui seorang kroni Anwar yang menjadi salah seorang Naib Canselor di Universiti Malaya Chandra telah mengambil sikap pro Barat pula. Ini bersesuaian dengan sikap Anwar sendiri yang pro Amerika dan Barat. Chandra tidak lagi menari menurut rentak tabla tetapi sudah berjinak-jinak dengan cha cha cha. Dia juga ada kepentingan diri dan bergayut kepada Anwar kerana mengenangkan budi Anwar kepadanya. Dia dikatakan menjadi “penasihat politik” kepada Wan Azizah yang naif politik dan barangkali dengan nasihat Chandra maka Keadilan menjadi parti politik berbilang kaum seperti Gerakan tanpa mempunyai suatu garis perjuangan yang tegas dan nyata kecuali hendak memulihkan semula bang Nuar yang tercinta sebagai bakal Perdana Menteri!

Pendedahan Murad terhadap kemungkaran Anwar sangat memeranjatkan termasuk setengah lutung, kera, beruk dan kaldai yang taksub kepadanya. Hari ini orang inginkan bukti yang kukuh bukan lemparan tohmah dan fitnah semata-mata. Jangan membuat helah ada dalang di belakang Murad untuk menyembunyikan kelemahan dan kemungkaran individu-individu yang bersekongkong dengan Anwar. Orang ramai hendak tahu yang sebenarnya. Anwar kena telus, buktikan kejujurannya bahawa dia tidak mempunyai simpanan RM3 billion seperti yang didedahkan Murad. Kalau dia pernah mengecam kepimpinan Mahathir yang dianggap korap, tidak telus, tidak demokratik, banyak kroni dan mengamalkan nepotisme, nah, sekarang Murad sanggup menghadapinya di mahkamah untuk membawa berbagai bukti mengenai penyelewengannya.

Sebaik-baiknya tiga Abdul dalam PAS patut memujuk Anwar membuat dokumen sumpah seperti Murad dan menggesa dia menyaman Murad secepat mungkin. Kalau alim ulama PAS tahu berlaku kemungkaran, apalagi yang dilakukan oleh bakal PM kerajaan Barisan Alternatif (sekiranya Allah dan rakyat merestuinya) maka kenalah ambil tindakan secara Islam. Bukankah PAS juga anti korapsi dan inginkan keadilan yang sejati?
Sekiranya PAS membisu (kerana terlalu terkejut dengan pendedahan itu) maka rakyat Malaysia akan menuduh PAS juga merestui penyelewengan dan barangkali tumpang sekaki.

Nah sekiranya DAP, PAS, Keadilan dan PRM benar-benar hendak menunjukkan mereka berpegang kepada prinsip perjuangan untuk menunjukkan mereka berpegang kepada prinsip perjuangan untuk menunjukkan ketelusan dan anti penyelewengan maka mereka mestilah mendesak Anwar membuat dokumen sumpah seperti Murad menidakkan segala tuduhan-tuduhan bekas penolong gavernor Bank Negara itu. Besar kemungkinan parti-parti pembangkang akan melemparkan berbagai tuduhan terhadap Murad sebagai alat PM dan UMNO/BN untuk menghancurkan masa depan Anwar. Sebenarnya masa depan Anwar dalam politik semakin gelap sekiranya dia tidak dapat membuktikan bahawa dia super bersih, lebih bersih dari sabun feb berbuku keras.

Mahathir membuat kesilapan besar bila melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan. Beliau juga terpukau seperti orang lain tentang perjuangan Islam yang dipertontonkan Anwar kepada khalayak ramai. Dia tidak menyangka anak pungut dalam belentra politik jalanan sanggup menggigitnya kembali setelah diberi layanan, bimbingan dan penghormatan yang tidak ia mimpikan kalau masih kekal sebagai mudir Yayasan Anda. Sekali air bah sekali pasir berubah. Dari capal Jalan Masjid India sudah bertukar kepada sepatu kulit buatan tangan khas dari Itali yang berharga beribu ringgit.

Ini Anwar yang angguk tunjuk taat setia kepada ketuanya di hadapan rakyat dan para perwakilan UMNO tetapi di belakang berlakon sebagai Brutus. Dia mempunyai agenda politiknya yang tersendiri sejak ia berdir megah sevagai Timbalan Presiden UMNO dan melupai goresan hati para pejuang UMNO tulen bila ia menjijak lambang UMNO di masa lalu.

Pelanduk lupa jerat tetapi jerat tidak lupa pada pelanduk. Dia terlalu banyak menambah musuh dalam UMNO oleh kerana runtuhan nafsu untuk menguasai parti itu dan akhirnya mahu menumbangkan Mahathir yang memungutnya di masa lalu. Di abercakap tentang keadilan dan demokrasi tetapi selaku pengerusi jawatankuasa disiplin UMNO dia sendiri tidak mengamalkan keadilan dan menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ahli tanpa dipanggil membela diri.

Dia mengatakan Mahathir mengamalkan kronisme dan nepotisme tetapi dia berjaya mengumpul harta dan wang ringgit bernilai RM3 billion untuk tujuan politik di samping memperkayakan para kroninya sendiri. Dia mengatakan moral setengah menteri becat, membawa perempuan melalui bilik VIP di airport tetapi dia sendiri mengamalkan homoseksualiti yang dilaknati Allah. Dia berlagak sebagai pejuang Islam tetapi meminta bantuan pemimpin-pemimpin Kristian dan Yahudi untuk menumbangkan seorang pemimpin Islam yang besar jasanya kepada negara, agama dan bangsa.

Dia menjadi imam, membaca khutbah dan menatang firman Allah dan sabda Nabi tetapi dia juga membuat hubungan homoseks dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Kita salut Anwar kerana kehebatannya sebagai pelakon yang memakai berbagai topeng hingga dapat mengelirukan rakyat. Tidak semua pemimpin politik boleh berlakon sepertinya.

Anwar merancang tapi Allah menghalang. Walaupun dia merancang konspirasi untuk menyingkirkan PM dan menghancurkan perpaduan dan kekuatan ummah dan menimbulkan ketegangan kaum namun dia tetap gagal. Kini rakyat sudah tahu siapa Anwar sebenarnya. Tembelangnya sudah terdedah. Rakyat Malaysia yang cinta damai dan inginkan kemajuan dan pembangunan akan tetap memberi mandat serta sokongan hangat kepada UMNO/BN. Mereka tidak mahu 42 tahun kehidupan dan kemajuan yang gemilang hendak diganti dengan gerombolan parti-parti pembangkang yang kahwin mut’ah, tidak ada track record memimpin negara dan ditonjolkan pula seorang homoseks sebagai bakal PM mereka. Nahe, nahe, wanak. No, no.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...