AIDC BLOG: 2008-10-12

Thursday, October 16, 2008

Hak Keistimewaan Bumiputra akan dihapus dalam Agenda Ekonomi Baru, kata Anwar



Hak Keistimewaan Bumiputra akan dihapus dalam Agenda Ekonomi Baru, kata Anwar


PETALING JAYA : Masyarakat bumiputera bersedia kepada perubahan di bawah Agenda Ekonomi Baru kerana ia akan diteruskan dengan didasari oleh tindakan tegas untuk membantu yang miskin dan yang dipinggirkan, kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bahawa Agenda Ekonomi Baru menghargai komposisi pelbagai kaum di Malaysia, dan oleh yang demikian, ia diperkukuhkan dengan satu dasar untuk menggalakkan dan memelihara satu masyarakat yang toleran dan pelbagai.

“Kebimbangan seperti agenda seperti itu akan menghakis hak bumiputera ada tetapi disebabkan oleh soal perkauman yang dimainkan berulang kali oleh sesetengah pemimpin UMNO, ini akan menjadi faktor utama kegagalan agenda baru ini.

“Biar saya ulangi bahawa tiada tolak ansur untuk kepentingan bumiputera kerana kita komited dalam membina sistem baru yang adil dan saksama. Tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang berdasarkan kaum atau agama.” Katanya pada Selasa dalam ucapan dasar di CLSA Corporate Access Forum, Singapura.

Dalam memberikan gambaran pelan tindakan ekonomi Pakatan Rakyat apabila mereka menubuhkan Kerajaan Persekutuan, Anwar menambah bahawa “ tidak seperti skim semasa, Agenda Baru akan meletakkan mekanisme di tempatnya bagi memastikan bantuan ekonomi sampai kepada mereka yang paling memerlukan.”

Kepada pengkritik yang menyatakan bahawa langkah ke arah ekonomi pasaran bebas yang tidak lagi dikawal oleh peraturan akan menyebabkan instrumen sosial akan dipinggirkan, beliau menjawab mereka tidak berniat untuk tidak menunaikan janji pilihan raya yang turut mengandungi penggalakan keadilan sosial.

“Bila-bila masa yang sesuai, kami ringankan beban akibat pasaran bebas dengan dos yang sesuai melalui campur tangan negara untuk memperbaiki ketidakadilan sosial yang disebabkan oleh permainan kuasa pasaran yang sebenar.

“ Kami fikir kami tidak perlu memohon maaf di atas sokongan terhadap dasar untuk minyak, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang diambil kira untuk meringankan beban kenaikan sara hidup,”katanya.

“Kami namakan ini ekonomi berperikemanusiaan.”

Anwar juga mengatakan bahawa Pakatan rakyat tiada niat untuk menghapuskan prinsip tindakan bersungguh-sungguh yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, “tetapi kami akan menggunakannya untuk semua kaum berdasarkan keperluan,” katanya.

Nota : Artikel terjemahan AIDC daripada TheStar online, 21 Mei 2008. Tajuk asal artikel ini, >"New Economic Agenda will not compromise rights of bumiputras, says Anwar"


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC)?



Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?


Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama - Agama (IFC).

Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai "Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?", "Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi ?" dan "Apakah benar IFC tidak anti Islam" dan "apakah matlamat penubuhan IFC" tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.

Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama - agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism ) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS.

Persoalan misteri Suruhanjaya Antara Agama - Agama

Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah untuk apa Suruhanjaya Antara Agama - Agama (IFC) ditubuhkan sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia sejak 1957 ? rujuk artikel 1 dan artikel 2

Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan siapa dalang sebenar IFC ?

Siapa Malik Imtiaz ?

Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater di Universiti Malaya.

Lina Joy (kiri) dan peguam pemerhati Bar Council, Malik Imtiaz Sarwar. Malik juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia.


Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak Asasi Manusia, di Universiti Oxford.

Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) klik sini.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC). Klik di sini dan penggerak kumpulan Artikel 11. Klik di sini

Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Klik sini

Malik Imtiaz merupakan peguam 'popular' di Bar Council berkaitan dengan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad).

Pada 2006, beliau menjadi peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya. Klik sini

Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Klik sini

Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, (klik sini ), peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul, Abdul Kahar Ahmad, (klik sini )dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Klik di sini

Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Klik di sini

Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council. Klik di sini dan di sini

Malik Imtiaz dan IFC

Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan pertikaian antara agama.

Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC setelah dicadangkan penubuhannya oleh MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos 2001.

Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan IFC.

Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan IFC adalah Bar Council, Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS.

Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik Imtiaz.

Kronologi cadangan penubuhan IFC

1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.

2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.

3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.

5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama - Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul.Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.

6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari

7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama - Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah. Bukti klik sini dan di sini.

8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.

9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. klik di sini

Maklumat lanjut, sila klik di sini dan di sini


Siapa di belakang IFC ?

Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN)

Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan.

Dari kiri Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia)



Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai ?

Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.

Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee). Klik di sini

Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005.

Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan" klik di sini

MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects – Asia Pacific. Klik di sini.

MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. Klik di sini

MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation. Bukti klik di sini


Siapa dalang sebenar IFC ?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC.

Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan ?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam ?

Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan - badan itu.

Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor.

Peter Schier, wakil KAF Malaysia (kiri), Kamaruddin Jaafar (tengah) dan Khalid Jaafar (kanan). KAF menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.



Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini. Klik di sini

Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC).

Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib.

Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD.

Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi 'orang no 2' dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.

Jadi siapakah dalang sebenar IFC ?. Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara.

Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM.

Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal.




Bacaan lanjut klik artikel 1, artikel 2 ,artikel 3 dan artikel 4.


AIDC
15 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com



...................................................


Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6 .2005 bertajuk "INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative".

Kami Komited Dailog Antara Agama - Malik Imtiaz

Oleh Malik Imtiaz Sarwar


Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri.

Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam.

Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang telah diadakan di Bangi pada Februari 2005.

Apakah Suruhanjaya Antara Agama ?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Antara Agama adalah :

“…sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.”

Ini adalah khayalan. Suruhanjaya yang dicadangkan dengan apa-apa cara sekalipun bukan sebuah badan yang dapat membuat keputusan secara formal. Ia merupakan sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian, dan ini telah dinyatakan berulang kali di dalam laporan media dan juga di Persidangan Usaha ke Arah Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.

Fakta bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara formal telah dinyatakan secara jelas dalam draf Usul seksyen 4(2), yang dibaca:

“Suruhanjaya pada sepanjang masa akan melaksanakan fungsinya secara bebas sebagai sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian.”

Ini telah diperkukuhkan lagi dengan kuasa Suruhanjaya yang dicadangkan seperti yang telah disyorkan di bawah draf Usul. Di antara kuasa utamanya seperti yang dicadangkan adalah kuasa :

“untuk menggalakkan kesedaran terhadap rukun dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan di dunia.....” (seksyen 5(i)(a))

“untuk menasihati Kerajaan atau Pihak berkuasa yang berkaitan aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mencadangkan kepada pihak berkuasa tentang langkah sesuai yang perlu diambil” (seksyen 5(1)(b))

“untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau memperbetulkan sebarang tindakan atau kegagalan tindakan, datang daripada atau membentuk satu pelanggaran keharmonian undang-undang dengan cara perantaraan, perundingan atau perdamaian” (seksyen 5(1)(i))

Ini dijernihkan dengan peruntukan yang dijalankan, sebagai contoh, seksyen-seksyen tersebut yang menterjemahkan kuasa lebih meluas atau kecekapan kepada tindakan.

Berhubung perkara ini, Bahagian III meletakkan peruntukan yang dijalankan. Kesemua ini dihadkan kepada soal-jawab yang dikendalikan atau menganjurkan sesi perantaraan, perundingan atau perdamaian dan mencadangkan kes tersebut mungkin, sama dengan ruang lingkup kuasa SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Tiada peluasan bidang kuasa. Yang utama, tiada kuasa untuk mengubah rukun agama. Tiada kuasa untuk mencampuri kuasa Mahkamah Syariah.

Kenapa Suruhanjaya Antara Agama perlu ?

Secara ringkas, tiada satu proses formal yang wujud untuk dialog antara agama pada waktu ini. Juga tiada sebarang mekanisme untuk membentuk dasar antara agama yang berhubungan dalam negara.

Tambahan pula, satu-satunya cara penyelesaian pertikaian adalah dengan tindakan undang-undang di mahkamah untuk kepentingan keamanan untuk wujud bersama, perlu dijadikan cara terakhir dalam menyelesaikan pertikaian. Hakikatnya kekal bahawa dengan adanya pelbagai budaya dan pelbagai agama.

Terdapat sempadan yang akan mewujudkan pergeseran seperti dengan wujudnya konflik kepercayaan dan budaya. Pergeseran ini tidak berlegar di sekitar isu-isu murtad tetapi melibatkan isu lain seperti pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan isu penyebaran agama lain.

Peserta Persidangan Nasional menyedari perkara ini, selanjutnya satu langkan yang membina dan konkrit perlu diwujudkan untuk berhadapan dengan pergeseran dan bukan secara konfrontasi serta tidak berkaitan politik.

Oleh yang demikian, persidangan tersebut telah mengesahkan Suruhanjaya yang dicadangkan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah untuk diterima dan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk resolusi, yang secara dinamiknya sama seperti SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Kewujudan Suruhanjaya yang dicadangkan ini akan mengesahkan sikap ambil berat kesemua mereka yang berkenaan. Selanjutnya, statusnya yang bebas akan menimbulkan keyakinan. Pada akhirnya, dapat menggalakkan perpaduan nasional yang sebenar.


Dialog Antara Agama telah dicadangkan sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya yang dicadangkan, dan sudah tentu satu daripada objektif Suruhanjaya (yang dicadangkan), dialog mempunyai batasannya. Dialog antara agama merupakan satu langkah penting dengan meneruskan hubung kait dalam memelihara persefahaman dan interaksi walaupun terdapat perbezaan di antara agama.

Suruhanjaya yang dicadangkan, bagaimanapun, dijangka sebagai melengkapkan usaha-usaha seperti hanya dalam bidang ‘dialog’ sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Dalam maksud ini, seperti yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya yang dicadangkan akan menjadi saluran untuk mengetengahkan masalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan penyelesaian.

Adakah sebarang agenda tersembunyi ?

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) atau Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam mengemukakan bahawa terdapat satu agenda tersembunyi dalam penganjur Usaha.

ACCIN menyatakan AGENDA TERSEMBUNYI IFC :

• IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri

• IFC akan melangkau Mahkamah Syariah

• IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan Perkara Berkaitan Agama Islam

• Pembentukan IFC merupakan satu campur tangan dalam Hubungan Intra-Muslim (BUKAN Hubungan Antara Agama)

• IFC pada akhirnya akan melanggar hak Muslim untuk mengamalkan Islam dengan berpandukan kepada Pengajaran Quran Yang Suci dan Hadis


Bermaksud, ACCIN dan yang lain hanya memberikan jawapan tentang rasa bimbang tersebut tidak menghuraikan kenapa mereka percaya kepada tuduhan tersebut.

Kebenarannya adalah secara keseluruhannya tiada asas kepada mana-mana tuduhan itu. Ini dapat dilihat daripada perkara berikut.

Pertama, draf Usul tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk Suruhanjaya yang dicadangkan untuk melangkau Badan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Syariah. Tiada peruntukan dalam mensasarkan untuk membenarkan Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan. Tiada peruntukan untuk melemahkan Islam.

Kedua, tiada penjelasan telah diberikan seperti bagaimana Suruhanjaya yang dicadangkan akan campur tangan dalam hubungan Intra-Islam atau bagaimana Suruhanjaya akan melanggar hak-hak untuk mengamalkan Islam. Kesemua tuduhan ini disensasikan dan dimanipulasi daripada pandangan awam menentang usaha ini.

Ketiga, terdapat banyak organisasi dan individu yang menyokong usaha ini, termasuk Muslim. Dengan mengatakan bahawa, tiada persetujuan telah dicapai ke atas pelbagai perkara. 173 peserta telah menghadiri Persidangan dan mengesahkan draf Usuk seperti yang dipersetujui pada akhirnya.

Draf Usul merupakan hasil akhir persetujuan peserta Persidangan. Ini termasuk Muslim. Cadangan ini tidak munasabah. Para peserta dengan merujuk kepada semua agama dan percaya kepada hak yang lain untuk menyatakan keyakinan terhadap agama mereka sendiri. Peserta tidak mengaitkan diri mereka dengan draf usul sekiranya ia seperti yang digambarkan oleh ACCIN dan kritikan lain.

Keempat, draf Usul hanyalah satu draf. Ia bukanlah undang-undang sehingga Parlimen menjadikannya sebagai undang-undang. Ini berkaitan dengan perkara yang berkaitan Parlimen dan Kerajaan. Kritikan telah memberikan tanggapan bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan telah diwujudkan dan ini melalui cara fait accompli (sesuatu keputusan yang sudah ditetapkan, dengan membiarkan mereka yang terlibat tiada pilihan kecuali untuk menerima). Ini tidak masuk akal.

Banyak yang telah diperkatakan terhadap memorandum yang dikeluarkan oleh Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia ke atas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh dan peranan utama yang dimainkan oleh MCCBCHS dalam Usaha itu.

MCCBCHS hanya satu daripada pelbagai organisasi yang menyokong. Ketika wakil daripada MCCBCHS mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka, peluang yang sama telah diberikan kepada semua yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.

Ia telah dijelaskan sepanjang masa kepada NGO Islam bahawa mereka bebas untuk menghadiri mesyuarat seperti itu dan menyuarakan pandangan mereka. Apa yang menyedihkan mereka memilih untuk tidak, dan mengutuk usaha itu walaupun sebelum ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghargai sepenuhnya.

Memorandum yang dirujuk telah diterima oleh Jawatankuasa Pemandu yang terdahulu, Jawatankuasa Pro-Tem, yang mensasarkan untuk menganjurkan satu bengkel bagi mengukur reaksi masyarakat awam terhadap usaha seperti ini.

Memorandum- memorandum lain yang diterima termasuk satu daripada kumpulan Muslim. Kesemua ini cuma meningkatkan dan memberi peringatan tentang kebimbangan masyarakat yang diwakili oleh kumpulan ini. Memorandum- memorandum ini bukan cuba untuk melemahkan Islam atau mencabar rukunnya.

Pada apa-apa keadaan, ia tidak benar untuk menggambarkan memorandum MCCBCHS sebagai mewakili usaha pada mana-mana peringkat.

Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pro-Tem berjaya. Lebih kurang 100 individu, termasuk Muslim, menghadiri dan sebulat suara bersetuju bahawa satu persidangan nasional perlu untuk mempertimbangkan cara yang terbaik untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Bengkel tersebut juga memberikan mandat kepada Jawatankuasa Pemandu untuk menganjurkan persidangan nasional dan mengambil langkah-langkah yang wajar. Persidangan dan draf Usul dibentangkan merupakan hasil kerja Jawatankuasa Pemandu dan masyarakat awam yang luas.

Adakah Usaha ini anti-Islam ?

Untuk menjadi anti-Islam ianya secara keseluruhan memfokuskan ke atas memusnahkan agama dan kesemua prinsip yang dipegangnya. Tiada asas untuk tuduhan ini untuk dijadikan tentangan terhadap individu dan organisasi dalam usaha. Juga tidak sama seperti yang dinyatakan oleh draf Usul.

Tuduhan tersebut menguatkan lagi kejahilan secara keseluruhan usaha, penyokongnya atau konteksnya, dan kurangnya kesanggupan untuk memahami atau bertanya, atau niat untuk memanipulasi persepsi umum.

Terdapat beberapa cara di mana ini boleh dilihat :

Draf Usul tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana agama, Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian ia tidak memfokuskan kepada Islam. Sekiranya ia tidak memfokuskan kepada Islam, ianya tidak boleh dikatakan ‘anti’.

Kritikan telah cuba untuk memberikan asas kepada tuduhan mereka dalam beberapa cara :

ACCIN menyatakan :

“Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digunapakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;

Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua Ibu bapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.”


Dengan gaya yang sama, TERAS menyatakan dalam laman webnya :

“4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

• Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

• Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

• Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

• Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

• Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

• Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

• Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

• Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

• Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

• Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

• Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

• Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

• Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

• Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

• Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”


Perkara-perkara ini secara jelas menunjukkan kurangnya pemahaman dan niat usaha ini. Kesemua perkara ini tidak diangkat oleh Jawatankuasa Pemandu juga oleh draf Usul sendiri. Tuduhan tersebut tidak berasas.

Secara hakikatnya perkara tersebut dibangkitkan oleh TERAS dilihat lebih kepada aduan dengan merujuk kepada mana-mana dan setiap isu dan ia dipercayai untuk dijadikan sebahagian daripada mandatnya untuk melontarkan pandangan. Bagaimana kesemua ini berkaitan dengan usaha ini masih menjadi misteri.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menyatakan perkara-perkara yang dinyatakan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain memandangkan ia hanya sebuah badan penasihat dan perundingan.

Dalam mana-mana keadaan, kesudahannya Pesuruhjaya - pesuruhjaya yang dilantik sepatutnya mempertimbangkan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan dalam lingkungan undang-undang. Perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain merupakan satu putar belit kebenaran.

Ringkasan Dialog

Jawatankuasa Pemandu (sebelum ini Jawatankuasa Protem) dengan tegas percaya kepada dialog. Terdapat banyak dialog di antara semua individu yang menghadiri mesyuarat dengan mewakili organisasi mereka atau sebagai individu.

Jawatankuasa telah menggunakan masa mereka untuk menjelaskan segala kebimbangan bahawa Jawatankuasa membuka pintu untuk dialog di atas apa jua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

Jawatankuasa Pemandu masih lagi komited kepada dialog, terutamanya dengan organisasi-organisasi seperti ACCIN, TERAS dan PAS dan mengalukan kemungkinan organisasi tersebut mengambil peluang untuk melakukan perkara sedemikian.

Jawatankuasa Pemandu percaya bahawa Usaha ini adalah satu keperluan, sangat berharga dan tidak ternilai ke arah melangkah ke hadapan dalam evolusi masyarakat kita. Ia merupakan cara untuk lebih merapatkan kita kepada Bangsa Malaysia yang kita semua harapkan. Ruang konfrontasi yang telah diambil hanya akan terus memecahkan kita.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, October 12, 2008

Janji Anwar di depan pelabur asing Hong Kong & Singapura



Janji Anwar di depan pelabur asing Hong Kong & Singapura

Pada 25 September lalu, Anwar sekali lagi pergi ke Hong Kong, berceramah di Forum Pelabur CLSA-Asia-Pasific-Markets yang ke 15. Klik di sini

Kata Anwar forum tersebut dihadiri lebih dari 1,000 pelabur dari 29 buah negara dan sebelum pulang ke Malaysia, beliau sempat menemui kumpulan pelabur dan pengurus dana serta mengadakan sidang media. Klik di sini

Anwar dakwa agen Yahudi dalam forum ekonomi ?

Salah seorang pengamal media Barat, Bruce Einhorn dari BusinessWeek, turut berminat menyorot kedatangan Anwar ke Hong Kong itu, dalam artikelnya bertajuk "Malaysia's Anwar Ibrahim meets investors in Hong Kong".




Daripada keseluruhan ucapan Anwar di Hong Kong, penulis itu lebih gemar memilih sudut pengakuan Anwar tentang 'agen Yahudi' berbanding dengan topik ekonomi lain. Kenapa penulis itu (Bruce Einhorn, Yahudi dari BusinessWeek) lebih gemar fokus isu Yahudi dan kaitan dengan Anwar ? Itu persoalannya, sedangkan forum itu untuk pelabur-pelabur asing yang barangkali kebanyakannya Yahudi ?

Penulis memilih petikan kata-kata Anwar seperti berikut:

"Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,” keta beliau kepada hadirin CLSA, menurut seseorang yang turut sama hadir"

"Dengan penuh harapan, beliau menambah “Kami sekarang bergerak ke arah zaman pluralistik, dunia kepelbagaian budaya. Pergerakan ini menyebabkan saya menjadi seorang yang optimis.”


Kemudian penulis membuat kesimpulan kata-kata Anwar seperti berikut; "Jadi, untuk mengambilkira formula terdahulu, (dituduh agen Yahudi), adakah Anwar Ibrahim baik dari kacamata Yahudi ?. Mungkin..

Apa motif Anwar membangkitkan isu beliau dituduh sebagai "Agen Yahudi", di depan pelabur asing ? Bukan kali pertama beliau menyebut perkara ini, bahkan kerap kali, setiap kali menyertai forum di luar negara. Apa maksudnya diulang-ulang sendiri, tuduhan itu ke atas dirinya ?

Kemudian, Anwar sendiri memberi jawapannya, bahawa tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya dan mendakwa masyarakat di Malaysia yang majoriti Melayu - Islam telah menerima tuduhan itu secara positif, kerana tidak lagi fanatik kepada agama, sebaliknya telah menjadi masyarakat pluralistik (sama rata termasuk dalam agama).

Anwar turut mendakwa masyarakat Melayu - Islam sudah semakin pluralistik (tiada lagi Islam mendominasi agama lain atau bangsa Melayu mendominasi bangsa lain) dan atas premis itu, beliau semakin optimis (yakin positif) dengan usaha-usaha yang dilakukan di Malaysia.

Berdasarkan kata-kata Anwar itu, penulis BusinessWeek membuat kesimpulan dengan persoalan yang memberi maksud tersirat. Kata penulis, dengan kata-kata Anwar yang mendakwa dirinya sebagai agen Yahudi, adakah kata-kata itu positif kepada golongan Yahudi? Penulis tulis, MUNGKIN.

Satu lagi unsur tersirat yang tidak dinyatakan dalam tulisan penulis itu, dengan kata-kata Anwar itu yang dakwa dirinya dituduh "agen Yahudi" dan tidak dinafikannya, adakah bermaksud ANWAR benar-benar AGEN YAHUDI ? Jawabnya MUNGKIN.

Untuk memahami maksud sebenar, Bruce Einhorn, penulis dari Businessweek terhadap Anwar, klik di sini.

Kenapa BusinessWeek tidak kupas ucapan ekonomi Anwar ?

Setelah membaca keseluruhan teks ucapan Anwar bertajuk "Keynote address on US financial turmoil and the future prospects for Asean economies", baru saya faham kenapakah penulis BusinessWeek itu tidak berminat mengupas idea-idea Anwar berkenaan dengan kegawatan ekonomi Amerika dan kesannya kepada ASEAN.

Sama seperti komen-komen pelawat laman AnwarIbrahimblog, mengkritik ucapan Anwar itu tidak ada keistimewaan, penuh dengan prejudis dan ilusi, menggunakan ayat bombastik, tanpa fakta yang bernas.

Membaca teks itu, kita merasakan teks itu bukan dibuat oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia, sebaliknya dibuat oleh seorang tokoh politik yang mementingkan retorik politik tanpa asas yang kukuh.

Beberapa komen daripada pelayar yang membaca teks itu juga menyimpulkan, pidato Anwar lebih kepada 'angkat bakul sendiri' tetapi gagal menyediakan resolusi untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi di Amerika ke atas ASEAN.


Atas premis ini, baru saya faham kenapa penulis BusinessWeek tidak berminat mengupas intipati ucapan Anwar, sebaliknya lebih berminat menyorot persoalan semasa sesi soal jawab apabila peserta bertanya berkaitan Anwar dan Yahudi.

Klik ucapan Anwar di sini. Buat analisis sendiri dan baca semua komen-komen yang telah diberikan.

Latar belakang penganjur ?

Penganjur forum ini adalah CLSA-Asia-Pasific-Markets, yang beribu pejabat di Hong Kong.

CLSA-Asia-Pasific-Markets ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Gary Coull,warganegara Kanada yang menetap di Amerika dan Jim Walker ,warga Scotland, dibesarkan di Australia

Kedua-dua mereka adalah bekas wartawan News Corporation milik Rupert Murdoch

Siapa Rupert Murdock ? Beliau adalah Yahudi Australia yang menetap di Amerika. Syarikatnya merupakan pemilik media antarabangsa termasuk; "The New York Times", "The Wall Street Journal", "The Washington Post", "The Times", "The Daily Express", "The News Chronicle", "The Daily Mail", "The Observer", "The Mirror", "The Sun" "The Times", "Majalah Time", "Newsweek", "U.S. News", "World Report" dan lain-lain.

Beliau pernah mendapat hadiah Bintang David, sebuah penghargaan tertinggi yang disampaikan oleh warga Yahudi-Israel. Klik di sini

Kedua anak buah Rupert Murdock ini kemudianya menubuhkan CLSA dengan bantuan kewangan dua buah bank Perancis Credit Lyonnais, dan Crédit Agricole.

Selain di Hong Kong, CLSA mempunyai ofis di London dan New York.

CLSA adalah satelit badan pemikir kumpulan Parti Demokrat Amerika di Asia di bawah Clinton 'Global Initiative', kepunyaan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton. Klik di sini. dan di sini

Hakikat sebenar di belakang CLSA adalah peniaga-peniaga Yahudi Amerika melalui syarikat Morgan Stanley dan Goldman Sachs Group menjalankan perniagaan di Asia.

Siapa di belakang Morgan Sanley dan Goldman Sachs Group ?

Bukan menjadi rahsia lagi di belakang kedua-dua syarikat gergasi ini adalah neo-konservatif Amerika yang sedang memiskinkan dunia melalui manipulasi kawalan harga minyak dunia. klik di sini.

Adakah ini bermakna Anwar bersuhabat dengan pedagang Yahudi yang memanipulasikan harga minyak dunia ?


Janji-janji Anwar kepada pelabur asing

Kedatangan Anwar dalam forum CLSA di Hong Kong, 25 September lalu bukanlah kali pertama. Beliau dijemput semula selepas pengumuman mengenai "projek 16 September" menemui kegagalan.

Dalam ucapan Anwar menakutkan pelabur asing dengan mengambarkan ekonomi Malaysia sangat teruk disebabkan isu pentadbiran dan korupsi. Dakwanya, ekonomi Malaysia akan pulih semula sekiranya beliau berjaya menjadi PM.

Kata Anwar, "Our agenda for Malaysia is clear. Revive the lagging economy by adopting market friendly policies and take decisive action to cure the festering sore of corruption and cronyism that has decimated the judiciary, rendered the anti-corruption impotent and leeched billions of dollars from the state coffers – by Morgan Stanley’s account in the amount of at least $10 billion per year. Restore faith in the institutions of governance both domestically and internationally so that investors will once again find the country an attractive destination for their long-term investments. Among other things, this means strict adherence to the rule of law and an immediate end to draconian statutes that would allow the powers that be to detain their adversaries willy-nilly and without due process"

Anwar di CLSA, Singapura, 20 Mei 2008


Kali pertama Anwar hadir dalam program CLSA yang diadakan di Singapura pada 20 Mei 2008. Ketika itu Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "Malaysia’s Defining Moment and the New Economic Agenda". Klik di sini.

Dalam program itu, Anwar telah berjanji kepada pelabur-pelabur asing, sekiranya beliau berjaya memerintah Malaysia, satu dasar terbuka kepada pelabur-pelabur luar akan diperkenalkan. Caranya dengan menghapuskan sistem yang menjaga hak kaum Bumiputera (DEB) dan diperkenal dasar baru yang dinamakan New Economic Agenda (NEA).

Kata Anwar, "A New Economic Agenda has been crafted borne of a long-term strategic vision to develop Malaysia into a prosperous and dynamic society competitive not just in the region, but in the world. We are not talking about knee-jerk reactions or strategies calculated to gain political mileage. This Agenda is a comprehensive program that we earnestly believe is sustainable in the long run"

Untuk menggambarkan apakah yang dimaksudkan Agenda Ekonomi Barunya itu, Anwar menjelaskan begini;

"That is why our New Agenda is not purely economic. Its viability depends very much on observing the principles of democracy, socio-economic justice, equal economic opportunities and religious freedom."

Bermakna menurut Anwar Agenda Ekonomi Barunya bukan sekadar perubahan dari segi ekonomi semata-mata iaitu membuka hak sama rata antara Bumiputera dan bukan Bumiputera tetapi juga sama rata dari segi agama.

Apakah maksud "religous freedom" (kebebasan beragama) yang dimaksudkan Anwar di depan pelabur asing di Singapura itu ?

Persoalan mengenai kebebasan beragama menjadi keutamaan Anwar, kerana semasa di Hong Kong, beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau merencana ke arah masyarakat "pluralistik" (persamaan antara agama).

Apakah maksud Anwar apabila beliau menulis begini di dalam blognya, "Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara" klik di sini

Apakah ini ada kaitan dengan janji Anwar kepada calon-calon BN yang mahu melompat parti, boleh berunding dengannya di Hong Kong atau Singapura ? Klik di sini

Berdasarkan intipati ucapan Anwar seperti di atas dan tulisannya, apakah yang pihak pelabur asing fikirkan tentang Anwar dan kenapakan Anwar pula membuat janji-janji besar terhadap dasar-dasar Malaysia kepada pelabur asing ?

Dan apa pula kita sebagai rakyat Malaysia fikirkan tentang Anwar ? klik di sini

AIDC
12 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com

Baca artikel lain berkaitan

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

3. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)

4. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

5. Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

6. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

7. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR?



Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR ?

Berikut merupakan trankrit wawancara Stevan Gan (Malaysiakini) dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Malaysiakini.com, 14 Ogos 2008.

Malaysiakini : Isu Majlis Peguam - adakah anda fikir ini telah menimbulkan masalah dalam Pakatan memandangkan sesetengah elemen di dalam PKR dan PAS lebih terbuka dalam menentang forum?

Anwar Ibrahim : Ya, saya fikir itu telah memberikan satu pengajaran kepada kami bahawa sesetengah keputusan kami perlu difahami dengan lebih baik oleh peringkat bawahan (di dalam parti).

Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas - sebelum itu - untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum) ini. Kami telah memberikan pandangan kami kepada Majlis Peguam, dan PAS telah mengeluarkan kenyataan- (Pemimpin PAS) Hadi (Awang) telah menjelaskan-bahawa kita mesti benarkan, tetapi ianya harus dibuat secara tertutup.

Itu juga merupakan pandangan peribadi saya pada masa sekarang kerana sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah ini... Saya cuba meminta pemimpin Muslim untuk menghargai fakta bahawa kita mesti benarkan perbincangan.

Sekiranya kita tidak yakin, itu bermakna (terdapat) sesuatu yang salah dengan kepercayaan dan pegangan kita. Anda mesti yakin untuk menunjukkan dan, tentang dan menyatakan tidak setuju. Sekiranya anda tidak gembira bahawa wakil Islam (di dalam forum) tidak cukup, tidak mahir, kemudian anda harus menghantar mereka yang cukup, mahir ke sana.

Malahan, saya telah berbincang dengan (Pensyarah Undang-Undang) Mehrun (Siraj), yang berada di sana, dan dia menyatakan sesuatu yang mengejutkan - apabila perkara ini dibincangkan, wanita ini sedang memberikan pandangan, yang bukan sahaja bukan Muslim, tetapi Muslim, juga mendengarnya. Jadi kita telah hilang peluang itu.

Malaysiakini : Di manakah sebenarnya (Ahli Parlimen PKR dan ketua protes Majlis Peguam) Zulkifli Nordin?

Saya cuba berhubung dengannya.

Malaysiakini : Anda yakin anda tidak tahu di mana dia berada?

Saya telah diberitahu, (dan) dia telah berjanji untuk menghubungi saya jadi saya akan lihat samada dia berbuat demikian. Saya tidak berhubung dengan dia beberapa hari yang lepas. Tetapi kami mengatakan kami bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh (Timbalan Presiden PKR) Syed Husin (Ali).

Malaysiakini : Adakah tindakan akan dikenakan ke atas Zulkifli?

Syed Husin, telah mengeluarkan kenyataan yang mewakili kedudukan parti, dan saya telah bercakap dengannya (Zulkifli) untuk memaklumkannya dan beberapa soalan dan tindakan akan diambil. Saya fikir, untuk lebih adil, memandangkan kami tidak dapat menghubunginya secara terus, kami terpaksa tunggu sehingga kami mampu berbuat demikian.

Malaysiakini : Tetapi beberapa tindakan akan diambil?

Ya, secara jelasnya, dia perlu faham dasar parti, kedudukan parti juga mesti diberikan sokongan.

Malaysiakini : Apakah jenis tindakan?

Tepulang kepada Syed Husin yang mengetua Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang lebih bebas daripada parti.

Malaysiakini : Jadi, dia akan dibawa menghadap Lembaga Disiplin?

Jadi, keputusannya, kami perlu bertanya kepadanya apakah yang telah berlaku.

Malaysiakini : Seperti tunjuk sebab?

Ya, kita bermula dari situ.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Dalang Sebenar Forum Peluk Islam



Dalang Sebenar Forum Peluk Islam


oleh PsyTroopers dan AIDC

Artikel ini ditulis khas buat semua pembaca. Tujuan artikel ini adalah bagi menyalurkan maklumat dan menyedarkan kita semua tentang siapa individu atau dalang di sebalik keceluparan mempertikai kuasa Mahkamah Syariah apabila melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam.

Isu "Forum Peluk Islam" dan "Subashini & Shamala Revisited" telah menyentak ramai pihak. Ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya motif utama forum sensitif ini dibuat secara terbuka.

Siapa aktivis yang mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sehinggakan Majlis Peguam merasakan 'perlu' diadakan forum ini. Siapakah suara pendesak yang begitu lantang sehinggakan Majlis Peguam begitu ego untuk meneruskan juga forum walhal dibantah sebegitu ramai umat Islam?

Majoritinya adalah aktivis PKR & DAP. Majlis Peguam yang didominasi oleh aktivis PKR/DAP/HINDRAF dalam menganjurkan forum yang membincangkan isu yang sensitif.

Isu ini bukannya isu baru, tetapi sudah lama dan ditimbulkan kerana ketidakstabilan politik di negara kita. Tengok siapa individu dan parti mana di sebalik aktivis ini?

Berikut saya nyatakan segala bukti dan fakta yang bakal menyedarkan semua yang hanya tahu menyokong berdasarkan politik persepsi.

Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini.. Klik sini

R Sivarasa (Naib Presiden PKR) bersama isteri, Anne James melihat persiapan kempen di Bilik Gerakan PKR, Kota Damansara


Siapa Anne James?..Anne James ialah isteri kepada YB R Sivarasa. Siapa Sivarasa dalam PKR? MP & Peguam. Bukti klik di sini


Peter Ooi pertikai keputusan Mahkamah Syariah kes Subashini. Klik di sini

Siapa Peter Ooi? ..Peter Ooi ialah aktivis DAP/PKR. Bukti klik di sini dan di sini



Norman Fernandez mempertikai keputusan Mahkamah Syariah. Klik di sini

Siapa Norman Fernandez?...Norman Fernandez ialah seorang peguam & Naib Pengerusi DAP Johor & calon DAP DUN Stulang 2004. Bukti klik di sini


Bukalah minda dan hati anda. Jangan tertipu dengan laungan Ketuanan Rakyat (baca Malaysian Malaysia) yang Pakatan Rakyat dan mereka-mereka ini laungkan.

Pakatan Rakyat hanyalah platform bagi pihak tidak bertanggungjawab ini melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Mereka menjadi MP yang mempunyai kuasa menggubal dan mengubah landskap politik dan kedudukan Islam.

Tiada guna jika majoriti dalam negara tapi kuasa menggubal di Parlimen dikuasai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. War-warkanlah kepada rakan kita semua agar berhati-hati dengan taktik licik mereka-mereka ini.

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kepada rakan yang sudah tahu kebenaran, sebarkanlah pada rakan agar kepentingan Islam tidak diinjak-injak oleh pihak yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat.

PsyTroopers
kembarapolitik@yahoo.com

sumber - kembarapolitik.blogspot.com

-----------------------------------------------------------


Ulasan AIDC

PsyTroopers dari blog kembarapolitik. blogspot.com mendedahkan dalang-dalang Forum Peluk Islam yang dikaitkan dengan Anne James , Peter Ooi, dan Norman Fernandez.

Barangkali penulis bukan mahu menonjolkan nama Anne James, kerana dia hanya sekadar proksi kepada suaminya Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR. Begitu juga bukan mahu ditonjolkan Norman Fernandez, sebagai seorang peguam atau aktivis Kristian, tetapi yang lebih mustahak adalah jawatan parti yang disandangnya sebagai Naib Pengerusi DAP Johor. Bermakna dalang di belakang forum itu adalah dua parti politik pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Siapa godfather sebenar ?

Baik PKR atau DAP, parti itu tidak akan bersikap kurang ajar kepada hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam, jika tidak mendapat green light daripada ketua mereka yang semestinya juga Melayu - Islam.

Baik Sivarasa atau Norman Fernandez, mereka adalah tokoh politik yang berusaha untuk meraih populariti di kalangan pengikutnya dan penganut agama sealiran dengannya tetapi akan akur serta memberhentikan penganjuran sesuatu forum yang boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam di negara ini, jika dilarang oleh godfather mereka yang dianggap tokoh berkarisma beragama Islam itu.

Persoalannya siapakah godfather mereka yang berstatus Melayu - Islam itu ?


Anne James dan Sivarasa sekadar proksi ?

Kita katakan Anne James sekadar proksi kepada Sivarasa Rasiah kerana Anne hanya aktivis masyarakat dan isteri kepada Sivarasa. Bermakna pemain sebenar di belakang Anne adalah suaminya, Sivarasa Rasiah, seorang peguam dan penjawat penting dalam PKR.

Persoalannya Sivarasa Rasiah proksi kepada siapa pula ?

Beranikah Sivarasa bertindak sendirian, walaupun bukan atas kapasiti jawatan dalam parti, sedangkan YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen PKR Bandar Baru Kulim, menggunakan alasan 'bertindak sendirian dan bukannya mewakili parti' menentang forum itu, tetapi masih dikenakan tindakan disiplin oleh PKR.



Anwar sendiri dalam wawancara dengan Malaysiakini, bersama Stevan Gan (Kristian ?), berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mengakui YB Zulkifli bertindak salah, mencemar imej PKR kerana menentang forum itu dan sewajarnya bekas peguam liwat Anwar itu patut dikenakan tindakan tatatertib oleh parti. Klik di sini

Persoalannya YB Zulkifli yang bertindak sendirian boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan alasan mencemar imej PKR menentang forum itu, bagaimanakah pula dengan Sivarasa Rasiah yang menyokong forum itu menggunakan isterinya sebagai proksi ?

Kalau PKR mahu berkecuali daripada forum itu sama ada menentang atau menyokong, sepatutnya kedua-duanya dikenakan tindakan tatatertib dan bukannya beban hanya ditanggung oleh peguam Islam PKR yang menentang sahaja.

Persoalannya berkecualikah kenyataan Anwar sebagai pemimpin de facto PKR dalam wawancara dengan Malaysiakini itu ? klik di sini

Bukankah ini bermaksud, Anwar lebih mustahak menjaga hati Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, yang beragama Kristian berbanding dengan Zulkifli Nordin yang beragama Islam serta banyak berjasa membela kes liwatnya sejak tahun 1998 lagi ?

Malah, tiada siapa dapat menyangkal, peranan Sivarasa sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran politik Anwar termasuk penting sebagai penasihat undang-undang sama ada dalam kes politik atau kes peribadi.

Sebab itu, dalam kes liwat Anwar 2008, Sivarasa Rasiah diambil sebagai salah seorang daripada barisan sembilan orang penguambela Anwar, serta melupuskan nama Zulkifli Nordin, yang sebelum ini berpengalaman dalam mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Bacaan lanjut klik di sini.

Bukan rahsia lagi, Sivarasa juga merupakan master mind penghubung Anwar dengan Bar Council yang menjadi dalang penganjuran forum itu dan sebelum ini penaung aktif dalam melaksanakan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).

Bacaan lanjut sila klik artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4 dan artikel 5.

Anwar kata forum itu mendapat kebenaran Presiden PAS ?

Dalam wawancara Anwar bersama Malaysiakini itu, (lihat video di atas), beliau dakwa penganjuran forum itu telah mendapat kebenaran Presiden PAS, ustaz Hadi Awang.

Anwar kata beliau bersetuju penganjuran forum itu dan mendakwa beliau telah bercakap dengan ustaz Hadi Awang sendiri melalui telefon dan Presiden PAS itu telah menyatakan persetujuan dengan penganjuran forum itu ?

Persoalannya benarkah Presiden PAS bersetuju dengan pengajuran forum itu seperti didakwa Anwar, sedangkan majoriti yang hadir semasa menentang forum itu adalah ahli PAS yang diketuai oleh Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ?




Anwar dakwa beliau berkecuali (?),tetapi sebahagian besar aktivis yang menggerakkan forum itu terdiri daripada aktivis PKR dan rangkaian Anwar, termasuk Bar Council. Malah Zulkifli Nordin, aktivis PKR yang menentang forum itu turut dikenakan tindakan disiplin oleh PKR kerana menentang penganjurannya.

Anwar dakwa Presiden PAS bersetuju dengan penganjuran forum itu, tetapi sebahagian besar yang hadir semasa demonstrasi menantangnya adalah majoriti ahli-ahli PAS dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS juga turut hadir memberikan ucapan penentangan.

Malah lebih tragis lagi, Salahuddin yang hadir atas kapasiti PAS juga dicadangkan agar turut dikenakan tatatertib oleh aktivis PKR.

Bolehkah cakap Anwar dipercayai

Sebelum ini, Anwar dakwa beliau tidak mahu bersumpah tidak meliwat Saiful kerana mendengar nasihat daripada ulama luar negara yang turut disebut nama Dr Yusuf Qardawi.

Tetapi, benarkah pandangan Dr Yusof Qardawi terhadap Anwar tidak seperti yang diucapkan Anwar ?

Dalam salah satu tulisan bekas webmaster Tranungkite, Songkok Putih, mendedahkan bahawa Pertemuan PAS dengan Ikhwan (turut hadir Dr Yusof Qardawi) di luar negara menyebut secara jelas pesanan Dr Yusof Qardawi agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim. Bukti klik di sini

Kenapa Dr Qardawi memesan kepada PAS agar berhati-hati dengan Anwar Ibrahim ? Begitu mendalam maksud ulama tersohor di Mesir itu, sekiranya boleh berpesan sedemikian rupa.

Adakah pesanan ulama tersohor itu, menunjukkan beliau telah dapat menghidu kegiatan sebenar Anwar di Amerika Syarikat ?


AIDC
11 Oktober 2008
aidceditor@yahoo.com


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS?



Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?


Oleh Abdar Rahman Koya

Nota : Artikel terjemahan AIDC daripada tulisan Abdar Rahman Koya, Jun 2005. Tajuk asal artikel ini, " Malaysia’s PAS facing pressure to change tack because of association with Anwar Ibrahim"


Zaman kegemilangan dan kejatuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti diikat oleh
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Sekarang krisis terburuk UMNO berakhir dengan tamatnya kisah Anwar Ibrahim, segala petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS semakin merosot, dengan pada masa yang sama pemimpin parti menjadi lebih bersikap mempertahankan diri apabila cuba menjawab kepada tuduhan- tuduhan bahawa parti tersebut sudah hilang arah.

Sekiranya perbualan bersama dengan penyokong PAS dan maklum balas dihantar ke internet sebagai petunjuk, kemerosotan ini memang jelas. Asas kewujudan PAS - untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia - berada dalam ancaman kerana memandangkan PAS bersedia untuk memperolehi semula sokongan dengan kisah Anwar Ibrahim.

Permergian kisah Anwar Ibrahim dan ketua pemain, Mahathir Mohamad, daripada perhatian politik telah meletakkan PAS kembali kepada asal : di pinggiran sistem, hanya sebagai sebuah parti politik pembangkang bersama pemimpin dan pandangan tersendiri.

Sekarang Mahathir telah pergi, soalannya apakah yang boleh dilakukan oleh PAS untuk membawanya kembali ke arus utama politik. Pada masa sekarang tiada sebarang tanda bahawa perkara ini akan terjadi, kecuali pemimpinnya dilihat sedang menguatkan ikatan takdir parti politik itu dengan Anwar Ibrahim, lelaki yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penganalisis politik walaupun sebagai bakal Perdana Menteri, sama ada melalui pembangkang atau melalui pemerintah UMNO, parti yang yang telah memulaukannya.

Dengan memberikan ingatan ringkas dalam politik, mana-mana senario adalah mungkin.

Anwar perlu berpuas hati dengan kem pembangkang buat masa ini. Berada di sebelah bahagian yang lain setelah sekian lama berada dalam kerajaan adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukannya, mempercayai bahawa pembangkang tidak boleh memegang kuasa, sekurang-kurangnya dalam tempoh hayatnya.

Dengan idea yang kurang tentang apa yang perlu beliau lakukan, Anwar sedang menangguhkan perancangannya yang segera dengan menumpukan lebih perhatian terhadap topik-topik seperti “dialog antara ketamadunan” dan syarahan “demokrasi” dan “kebebasan” dalam masyarakat Islam.

Secara jelas, bayangannya sebagai seseorang yang mengambil berat mengenai isu global telah dibayangi dengan cita-citanya dalam negara, dan kebanyakan pendengarnya ingin mengetahui mengenai perancangannya di Malaysia berbanding minatnya yang terbaru dalam “menghubungkan Barat-Islam yang terpisah”.

Suka atau tidak, Anwar dan parti yang beliau menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana beliau merasakan beliau perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang “pemimpin Muslim yang sederhana”.

Lawatan Anwar ke seluruh dunia untuk bertemu dengan pemimpin politik dan rakan-rakannya yang memegang jawatan penting di Washington dan Eropah mempunyai dua matlamat dan objektif menang-menang : Peranan Barat dalam membentuknya sebagai seorang agen perubahan sebelum beliau memegang kuasa; dan untuk menjelaskan bahawa PAS bukan sebuah parti ‘pengganas’ Islam, seperti yang ditakuti oleh pemimpin Barat, tetapi sebuah parti yang bebas dan demokratik yang mana Barat mampu “bekerjasama bersama” untuk memegang kuasa.

Ikatannya dengan PAS adalah salah satu daripada halangan yang perlu dilepasi untuk kepentingannya atau jika tidak lebih daripada hubungan mesranya dengan pemimpin Barat.

Sementara Anwar mungkin menggambarkan PAS sebagai liabiliti memandangkan beliau sentiasa berkunjung ke Washington dan Eropah, kerana beliau mampu “ dipanaskan ” di atas hubungannya dengan kumpulan pengganas, parti anti-Barat seperti PAS, di Malaysia.

Beliau dilihat seperti berada di kem yang sama dengan PAS kerana parti tersebut menjuarai isu berkaitan Anwar semasa dipenjarakan selama 6 tahun, semasa parti tersebut bergerak di atas simpati orang ramai dengan Anwar melalui akhbar PAS yang terkenal satu ketika dahulu iaitu Harakah.

Itu suatu ketika dahulu, sekarang keadaan sudah berubah. Dengan krisis yang sudah hampir berlalu daripada masyarakat, PAS sekali lagi dipinggirkan untuk menjaga diri sendiri.

Setelah memegang kuasa politik apabila mengambil alih dua negeri dan hampir membentuk kerajaan negeri di dua negeri yang lain, PAS telah mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya tahun lepas (2004). Sekarang, dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan, yang dipimpin oleh isteri Anwar dan penyokong setia dari pelbagai latarbelakang ), PAS merasakan berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk memformulasikan semula agendanya, dan pada masa yang sama menimbangkan kembali penubuhan sebuah Negara Islam.

Ramai yang menyifatkan dokongan politik PAS terhadap sebuah Negara Islam (terutamanya ketika Pilihanraya Umum) sebagai punca utama kenapa parti pembangkang tidak dapat disatukan sebagai sebuah pakatan memerintah, dan sebab kenapa pakatan pembangkang sentiasa berpecah dalam masa yang singkat selepas pilihanraya.

Ahli politik bukan Islam, Muslim sekular dan bekas pemimpin UMNO, yang tidak berpuashati dengan kepimpinan pada masa ini, sekarang berkempen kepada PAS untuk menukar pendiriannya dalam aspirasi untuk sebuah Negara Islam; dalam kata lain, untuk berfikir mengenai undi dengan serius.

Sesetengah pemimpin keADILan, termasuk ANwar, telah mengambil tanggungjawab tersebut untuk bercakap mewakili PAS, cuba untuk mempertahankan agenda negara Islam PAS, terutamanya semasa temuramah dengan media Barat dan dalam ceramah di negara Barat, dan di majlis perhimpunan tempatan yang dihadiri oleh “Muslim yang sederhana” dan bukan Muslim.

Pada 10 Mei, Anwar Ibrahim telah ditemuramah oleh BBC dalam program Hardtalk. Perubahan Anwar yang disifatkan sebagai “pemimpin Islam yang hebat” kepada “Muslim yang sederhana” menggalakkan “dialog di antara Muslim dan Barat” yang diadakan secara terbuka buat pertama kalinya mencabar.






Hubungannya dengan sayap kanan Pentadbiran Bush (terutamanya Paul Wolwofitz), dan bagaimana beliau menerangkannya kepada penyokongnya yang berada di Malaysia, antara perkara yang dipersoalkan kepadanya.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah “jaminan perlembagaan” dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim, memandangkan sekiranya tiada terdapat jaminan seperti itu dalam Islam.

Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri. Kebanyakan penganalisis dan penyokong telah beranggapan sikap ini sama seperti kekosongan kepemimpinan, khususnya selepas ketiadaan arwah Fadzil Noor, Presiden PAS sebelum ini, pada 2002, tetapi terdapat beberapa sebab lagi : Di kalangan mereka adalah sikap obsesi PAS dengan mengambil alih kuasa daripada UMNO, yang telah memerintah Malaysia semenjak negara ini dibentuk. Di puncak populariti PAS, kesemuanya disebabkan oleh kemarahan masyarakat awam terhadap Mahathir berhubung layanannya terhadapa Anwar, soal kepimpinan PAS bukan satu isu.

Memandangkan pilihanraya dalaman parti semakin hampir, ahli-ahli akan memilih pemimpin mereka, peringkat bahagian terlantar bukan disebabkan oleh perbezaan umur tetapi disebabkan oleh jurang kematangan politik.

Sesiapa yang telah dicalonkan untuk jawatan tertinggi termasuk pemimpin muda, tugas mereka hanya penting ketika pilihanraya disebabkan oleh cara berkempen mereka yang agresif.

Pemimpin ‘tradisional’ seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz terkecuali, ramai di dalam PAS bersetuju bahawa pemimpin mereka tidak berada benar-benar di dalam rentak yang sama dengan perspektif politik parti.

Hadi dan Nik Aziz, seperti allahyarham Fadzil Noor, telah memainkan peranan dengan baik sebagai kuasa penyatu dan mampu terlibat berbahas dengan pemimpin kerajaan.

Pemimpin yang baru muncul, sesetengahnya dipanggil ulama disebabkan latarbelakang pendidikan Islam mereka di bumi Arab, mengambil risiko dengan memaksa PAS menimbang semula agendanya dengan memujuk “Muslim sekular ” yang enggan untuk mengundi PAS berbanding musuh mereka iaitu UMNO.

Khabar angin sudah merebak bahawa sekumpulan “ulama” dan “profesional” baru, yang menyertai PAS disebabkan layanan buruk terhadap Anwar, akan mengambil alih kepimpinan parti ; terdapat juga perbicangan mengenai kerjasama yang lebih rapat dengan Anwar, atau pada masa yang sama membawa Anwar masuk ke dalam PAS dengan diberikan jawatan.

Bagaimana PAS akan berhadapan dengan naungan Anwar dan tokoh yang tidak jujur dari Washington serta kepentingan politik Barat terhadap Anwar.

Sesetengahnya dijawab dengan fakta bahawa sesetengah pemimpin PAS telah mula bercakap mengenai ‘image’ (satu obsesi di kalangan sesetengah Muslim semenjak September 2001), daripada peranan PAS sebagai sebuah gerakan yang menekan kerajaan dalam sebuah negara majoriti Islam.

Sesetengah pemimpin PAS sedang mengadakan perbincangan secara tertutup dengan diplomat Amerika Syarikat dan Australia, dan terdapat seperti keengganan pemimpin utama dalam demonstrasi anti-AS untuk hadir bersama.

Tekanan terhadap PAS dalam menggugurkan cita-cita Negara Islam akan atau tidak akan mengubah landskap politik Malaysia, isu Islam dan Bangsa telah memastikan pakatan memerintah masih berada di tampuk pemerintahan walaupun cabaran daripada yang menentangnya.

Soalan sama ada pemimpin sekarang dan aktivis dalam PAS, sama seperti “darah muda”, akan mampu untuk menyelesaikan cabaran tersebut dalam ruang lingkup intelektual Islam, daripada politik kasar dan pertikaian kosong.

Negara Islam tidak boleh dikeluarkan daripada agenda oleh mana-mana pergerakan Islam; apa yang berbeza adalah cara dan apa yang membentuk Negara Islam dijangka perlu diambil kira.

Adalah lebih bijak untuk PAS berhati-hati dengan tekanan, dan menilai semula aspirasinya dengan tidak bersikap apologetic tetapi dengan satu pandangan terhadap asas Negara Islam untuk muncul dalam realiti yang kompleks seperti yang berlaku di Malaysia.

Dalam demokrasi seperti Malaysia, jumlah kerusi Parlimen dan kelompok peserta dalam ceramah umum boleh digunakan untuk mengukur sokongan sesebuah parti. Walaupun kesemua ini adalah rendah buat masa ini untuk PAS, kepimpinannya perlu sedar bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak boleh digunakan sebagai kayu ukur sejauh mana parti itu bergerak berdasarkan hasil kerja yang sebenar.

Hanya keupayaannya untuk bergerak di atas landasan intelektual yang tinggi yang dapat membawa PAS ke satu ruang yang dihormati di mata umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.


Sila klik untuk baca selanjutnya...