AIDC BLOG: 2008-09-14

Saturday, September 20, 2008

Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?



Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?

Assalamualikum,

Seperti yang saudara maklum ekonomi Amerika sekarang menuju kemelesetan. Tanda - tanda menunjukkan keadaan semakin akan jadi teruk. Mungkin ke tahap apa yang berlaku di negara Malaysia pada tahun 1998.

1. Kerajaan Amerika telah " bail out " syarikat insuran terbesar didunia iaitu AIG. Anak syarikat AIG di Malaysia ialah AIA. Dana ini berjumlah 85 billion US Dollar dan ini adalah wang rakyat. ( Dana disalurkan melalui Federal Reserve ). Dulu Amerika dan Anwar menentang tindakan kerajaan Malaysia daripada menyuntik dana kedalam syarikat - syarikat besar dan institusi perbankan yang menhadapi masalah gawat dulu.

2. Hari ini ( The Star ), Securities Exchange Commision (SEC) telah melarang institusi kewangan di Amerika dari melakukan urusniaga " short selling ". Dulu kerajaan Malaysia telah melarang urusan " short selling " di pasaran saham dan mereka menentang keputusan yang dibuat.

Genap 10 tahun terbuktillah kebenaran yang dilakukan Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia.

Praise be to Allah

akamal1113

-------------------------------------------------------


AIDC menjawab :

Walaikumusalam..

Terima kasih akamal1113 kerana sudi berkongsi maklumat mengenai proses urusniaga Amerika dan kesannya ke atas Malaysia.

Satu pendedahan yang menarik dan mungkin boleh dikembangkan lagi hujah-hujahnya supaya lebih ramai yang memahami.

Soal hubungan Anwar dengan Amerika dan berkaitan dengan ekonomi memang meragukan. Banyak perkara yang dilakukan Anwar lebih kepada menguntungkan diri sendiri dan bukannya menguntungkan rakyat Malaysia.

Dua jawatan yang berkaitan ekonomi yang telah disandang oleh Anwar adalah Konsultan di Bank Dunia dan AJK di International Crisis Group (ICG).

Persoalan pelantikan Anwar di Bank Dunia

Misalnya soal Anwar memuji pelantikan Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam Bloomberg News, 24 Mac 2005 dalam artikel bertajuk 'Passionate' Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank".

Kata Anwar, "Beliau (Wolfowitz) seorang yang sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu kemiskinan, kemusnahan alam sekitar, keadaan taraf hidup dan isu kesihatan (dan semua itu) menjadi agenda utama Bank Dunia.” Bacaan lanjut klik di sini

Persoalan orang disokong oleh Anwar itu adalah Yahudi Neo-Konservatif 'arkitek perang' ke atas Iraq.

Sebagai balasan kepada pujian dan kempen Anwar sebelum ini, Wolfowitz telah melantik bekas TPM itu sebagai "Perunding Bank Dunia untuk isu-isu antirasuah dan kebertanggungjawaban", pada Jan 2006. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Penyelewengan, bail out, kronisme dan nepotisme

Persoalan atas dasar apa Wolfowit lantik Anwar menjadi "Perunding Bank Dunia", bukankah di atas dasar kronisme dan nepotisme ?

Wolfowitz sendiri semasa memperkenalkan Anwar kepada staff Bank Dunia pada 19 Jun 2006 mengakui Anwar adalah kawan rapatnya dan pernah bekerja di Bank Dunia pada tahun 1998.

Katanya, "Today I am especially pleased and honored to welcome as our speaker a colleague, a close associate to the World Bank and the development community, and a personal friend, Dr. Anwar Ibrahim...He’s also well-known to us at the World Bank and the IMF because of the instrumental role that he played as Chairman of the Development Community in 1998. He’s been described as one of the forefathers of the Asian renaissance for his passionate commitment to interfaith dialogue and his respect for human dignity.

Anwar juga turut mengakui Wolfowitz adalah kawan baiknya, walaupun beliau mengakui persahabatannya dengan Wolfowitz menimbulkan kecurigai banyak pihak tetapi tidak menjadi masalah kepadanya.

Kata Anwar, "It is very rare that I can get such accolades from a good friend and president of the World Bank, a controversial friend; difficult at times, but a very valued friend through my difficult days"

Baca ucapan bersama antara Paul Wolfowitz dan Anwar di Bank Dunia pada 19 Jun 2006, klik di sini.

Persoalannya apa agenda Wolfowitz melantik Anwar sebagai "Perunding Bank Dunia untuk antirasuah dan kebertanggungjawaban", sedangkan sebelum ini bekas TPM Malaysia itu pernah dipenjarakan kerana rasuah salah guna kuasa ?

Apa kurangnya dengan majikan Anwar, Paul Wolfowotiz juga telah didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya untuk 'bail out' teman wanitanya, Shaha Ali Riza semasa menjadi Presiden Bank Dunia.

Panel khas lembaga pengarah Bank Dunia telah membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan,dengan menyalahgunakan kuasa menaikkan gaji Shaha Riza sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Apakah ini bukan kroni dan nepotisme ? Bukankah kes penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan Paul Wolfowitz terpecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia?

Kenapa pula Anwar yang dilantik Wolfowitz sebagai Perunding Anti-Rasuah di Bank Dunia tidak menegur penyelewengan majikannya itu ?

Bukankah Anwar juga turut bersetuju dengan penyalahgunakan kuasa itu dengan menghantar surat perpindahan Shaha Riza ke Foundation For The Future (FFF) yang dipengerusikannya.

Sifat Anwar suka berbohong, berbohong kepada rakyat Malaysia mengatakan FFF tiada kaitan dengan Amerika. Berbohong lagi mengatakan beliau tidak terlibat dengan perpindahan Shaha Riza. Tetapi apabila Jawatankuasa etika menerbitkan dokumen hasil siasatan, sepucuk surat yang ditandatangani Anwar telah dijadikan bukti penglibatan Anwar dalam konspirasi menyelamatkan majikannya (Wolfotiz) itu.

Surat yang ditandatangani Anwar sebagai penggerusi FFF, menggunakan logo NGO itu dengan alamat di Washington DC. Klik di sini untuk melihat surat Anwar itu.

Apabila pembohongan Anwar ini terbongkar, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Presiden NGO itu.

Bacaan lanjut klik di sini

Apa peranan Anwar di ICG ?

Satu lagi jawatan penting yang masih dipegang hingga sekarang adalah sebagai ahli jawatankuasa International Crisis Group (ICG).

Bukankah ICG dibiayai oleh George Soros yang turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah ICG ?

Bukankah penglibatan Anwar dengan ICG, bermakna beliau telah bersekongkol dengan Yahudi Amerika, George Soros yang pernah dituduh penyangak matawang yang telah melemahkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997?. Bacaan lanjut klik di sini

Masih menjadi misteri apakah peranan Anwar dalam ICG, dan kerana misteri ini belum terbongkar, maka Anwar masih mengekalkan peranannya dalam NGO itu hingga sekarang.

Saya tidak berhajat untuk mengupas lanjut peranan Anwar dalam ICG untuk kali ini, Insya Allah jika tiada halangan akan ditulis tajuk khusus mengenai topik ini.

Amat menarik topik ini, banyak rahsia yang belum dibongkar.

Kepada 'akamal1113' terima kasih kerana memulakan dan kepada sesiapa yang berminat dengan topik ini elok dimulakan pencarian kerana saya telah berikan beberapa link yang berkaitan.


AIDC
20 September
6.22 pagi
aidceditor@yahoo.com
http://aidc-editor.blogspot.com/


artikel berkaitan

1. Anwar telah khianat Islam ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar telah khianat Islam?

The Bush Gang : Dari kiri, Richard Perle (Yahudi), Dick Cheney(Yahudi), George Bush (Nasrani), Paul Wolfowitz (Yahudi), dan Anwar Ibrahim (Islam)

Anwar telah khianat Islam ?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa,

Apakah maksud Zionis Yahudi ? Kitab injil ( bible ) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Old Testament dan New Testament . Old testament ini hanya dipercayai oleh orang Yahudi sahaja manakala orang Kristian percaya kepada Old dan New Testament.

Di dalam Old Testament, orang Yahudi ( Bani Israel ) menyatakan Tuhan telah janjikan mereka tanah. Keluasan tanah ini adalah dari Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Euphretes di Iraq.

Menurut Old Testament, orang bukan Yahudi dalam kawasan ini mesti dibunuh. Tetapi kawasan itu sekarang ini telah berubah dalam bentuk negara seperti Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Hasrat Yahudi untuk visi ini dipanggil The Greater Israel ( Eretz Israel ). Ini tak mungkin tercapai kerana negara ini kesemuanya dalam pemerintahan orang Islam.

Menurut orangg Yahudi, negara Israel akan lengkap bila Temple Mount dibina semula bukannya dari keluasan negara Israel itu sendiri. Untuk pembinaan Temple Mount, Masjid Al Aqsa mesti dimusnahkan kerana di situlah tapak terletaknya temple tersebut. Masjid Al Aqsa begitu penting dalam Islam sebab peristiwa Israk dan Mikraj.

Orang zionis Yahudi Amerika adalah Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Joe Liebermann dan lain lain. Organisasi mereka ialah American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise dan World Jewish Congress.

Kenapa Amerika tunduk kepada Israel ? Pentadbiran dan majoriti penduduk Amerika adalah kristian. Dalam teology christianity, orang Yahudi mesti balik ke tanah mereka seperti yang telah dijanjikan Tuhan dalam Old Testament. Kemudian barulah Jesus ( Nabi Isa ?) akan turun ke bumi buat kali kedua dan mengangkat orang Kristian ke syurga. Ini dipanggil Rapture.

Orang kristian menganggap Jesus sebagai anak Tuhan. The Father, Son and Holy Ghost. Bila Jesus turun buat kali kedua, orang Yahudi akan dimusnahkan. Ini adalah kerana Orang Yahudi telah membunuh Jesus dengan cara menyalibnya ( Crucifiction ).

Tetapi sehingga Jesus turun, orang Kristian dikehendaki menolong orang Yahudi dalam bentuk apa jua sekalipun. Sebab itulah Presiden Amerika tak akan selesaikan masalah Palestin sebab mereka orang Kristian. Tak kira parti Republican ataupun Democrat. Dan sebab itulah orang Yahudi Zionis sangat berpengaruh di Amerika.

Organisasi Kristian yang kuat adalah Christian United for Israel dan Christian Zionism. Orang seperti George Bush, Dick Cheney, Donald Rumsfeld, John Hagee, Pat Robertson dan lain-lain ini dikenali sebagai "Evangelicals Christian", "Christian Fundamentalist" dan "the Christian Right"

Jikalau John Mccain dan Sarah Palin menang pilihanraya, saya percaya Iran akan diserang dan kemungkinan senjata nuklear akan digunakan. Ini sebab Kristian menganggap sesiapa yang melawan Israel adalah " anti christ ".

Islam dan isu Palestin juga mereka anggap " anti christ ". Ini bukan soal membangunkan demokrasi tetapi persoalan "clash of religion"

Di dalam Al Quran saudara boleh rujuk Surah Albaqarah, Surah Maryam dan Surah Al Imran untuk mendapat kefahaman yang lebih lanjut.

Anwar Ibrahim berjumpa dan bermesyarat dengan orang seperti Paul Wolfowitz bolehlah dianggap sebagai telah mengkianati kepada Allah Taala.

Saya rasa eloklah saudara dedahkan kepada semua masyarakat Islam yang menyokong Anwar secara membuta tuli bahawa perbuatan menyokong itu salah di sisi agama.

Praise be to Allah

akamal1113

_________________________________________________________



AIDC menjawab :

Walaikumusalam dan selamat berpuasa..

Terima kasih kepada akamal1113 kerana sudi menghantar email peribadi menjelaskan tentang Yahudi dan Kristian dan pegangan mereka terhadap 'Old Testament' serta 'New Testament'.

Satu pandangan bernas menjelaskan perkaitan antara Zionis Yahudi dengan Kristian di Amerika dan kenapakah mereka saling bergantung antara satu sama lain walaupun mempunyai pegangan berbeza. Semuanya berasaskan ajaran yang termaktub kitab mereka.

Clash of Religion

Saudara telah menyimpulkan bahawa pertembungan antara Islam dan Barat bukan berasaskan pendapat umum yang mengatakan "Clash of Civilizations" (Pertembungan Peradaban), tetapi sebenarnya lebih tertumpu kepada"clash of religion" (pertembungan agama).

Saudara juga telah menjelaskan musuh Islam seperti termaktub di dalam Al Quran adalah Yahudi dan Nasrani. Pada hari ini Yahudi dan Nasrani telah berkumpul di Amerika menjadi kuasa besar dan telah berusaha menakluk negara-negara Islam, termasuk Afghanistan, Iraq, Palestin dan Iran.

Zionis Yahudi di Amerika sekarang dikenali sebagai Neo-Konservatif yang bersarang di American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI) dan World Jewish Congress.

Manakala Nasrani Amerika pula menjadi peneraju utama pemerintahan Amerika, tetapi dikontrol oleh kumpulan Yahudi Neo-Konservatif.

Saudara telah menjelaskan bahawa aktivis Nasrani yang bergiat aktif dalam politik Amerika ini dikenali sebagai di Evangelicals Christian, Christian Fundamentalist dan the Christian Right

Saudara juga telah menyarankan kepada saya agar memberi kupasan terperinci kaitan Anwar dengan tokoh-tokoh Amerika bukan sekadar untuk bertemu muka menyelesaikan masalah pertembungan budaya, tetapi menjadi salah seorang alat missionary pihak Barat menindas umat Islam.

Bukan setakat berkawan, Anwar bekerja dengan Zionis Yahudi Neo-Konservatif

Benar pendapat saudara. Anwar bukan sekadar bertemu dan bermesyuarat semata-mata untuk menyelesaikan masalah umat Islam, tetapi Anwar menjadi sebahagian daripada mereka dan membawa agenda mereka ke negara Islam.

Misalnya hubungan antara Anwar dan Paul Wolfowitz. Anwar bukan pertama kali berjumpa dan bergambar, tetapi Anwar menjadi pekerja kepada Wolfowitz, sama ada di Bank Dunia ataupun di Foundation For The Future (FFF).

Bertemu dan berbincang dengan menjadi pekerja kepada majikan adalah dua perkara yang amat berbeza. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2

Begitu juga hubungan Anwar dengan Carl Gershman. Juga bukan kali pertama Anwar berjumpa dan bergambar, malahan sering bermesyuarat bersama sejak tahun 1990-an lagi.

Malahan Anwar bukan sahaja menjadi ahli mesyuarat, tetapi menjadi tenaga pekerja penting Carl Gershman di dalam National Endowment for Democracy (NED). Anwar dilantik menjadi ahli Panel NED. Bacaan lanjut klik sini.

Persoalannya siapakah Paul Wolfowitz dan Carl Gershman ? Kedua-dua mereka adalah Zionis Yahudi Amerika yang berpengaruh di dalam kumpulan Neo-Konservatif.

Anwar terlibat dalam Organisasi Amerika rosakkan negara Islam

Begitu juga apakah fungsi NED dan FFF yang disertai Anwar menguntungkan umat Islam atau merosakkan umat Islam. Bukan rahsia lagi, umum mengetahui kedua-dua badan itu adalah instrumen missionary Amerika untuk menakluk dunia supaya tunduk kepada kuasa besar itu. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Dalam konteks negara Islam, kedua-dua badan itu kononnya berfungsi untuk menyemai 'benih demokrasi'. Persoalannya demokrasi jenis apa? Demokrasi Amerika ?

Malahan saudara sendiri menyimpulkan bahawa benih demokrasi hanyalah sebagai modal untuk menyemai agenda yang lebih besar iaitu menyemai benih-benih 'PLURALISME'(persamaan antara agama) ke negara-negara Islam. Bacaan lanjut klik di sini.

Dan persoalan yang lebih utama perlu ditanya apakah Demokrasi Amerika itu yang sering dijaja Anwar itu benar-benar tidak bercanggah dengan Al Quran As Sunah ?. Bacaan lanjut klik di sini.

Sebab itu tidak hairan, Anwar berceramah ke seluruh dunia, menyemai benih-benih Islam Demokrasi tajaan Amerika ini. Anwar bekerja bagi pihak mana ? Negara Islam atau negara yang di perintah oleh Nasrani dan Yahudi ? Bacaan lanjut klik di sini.

Anwar iktiraf Negara Israel yang sah

Begitu juga pendirian Anwar tentang penubuhan Negara ISRAEL. Apa pendirian beliau ?.

Ketika majoriti rakyat Palestin menolak penubuhan negara ISRAEL, tetapi Anwar bersama kumpulan politik Amerika menandatangani Deklarasi persetujuan penubuhan Negara ISRAEL yang sah. Apa makna negara Israel yang sah ? Maknanya semua negara Islam perlu menghormati penubuhan negara Israel, sedangkan sebelum ini kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktirafnya.

Bermakna dalam konteks Negara ISRAEL dan Palestin, Anwar berpihak kepada negara Islam atau Negara Barat ?. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Insya Allah, saya akan cuba menulis dengan lebih terperinci lagi berkenaan dengan topik ini. Kerana saya percaya, apa yang Anwar lakukan sekarang bukan setakat menggugat persoalan negara tetapi yang lebih penting adalah persoalan agama.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi maklumat lanjut. Diharap saudara terus menyumbang idea-idea bernas demi untuk menjaga agama dan negara kita

Wasalam

AIDC
18 September
8.32 pagi
aidceditor@yahoo.com
http://aidc-editor.blogspot.com/


Sila klik untuk baca selanjutnya...

16 September : Hari Kebebasan beragama?



sunawan md som AddTo:anwaribrahimdotcom@yahoo.com

DSAI telahpun menang di Permatang Pauh dan sedang berkira-kira untuk ke Putrajaya pada 16 September ini. Adakah mungkin gambar seperti yang tertera ini akan juga berada di negara kita selepas ini?.

Gambar ini saya potret di Surabaya pada 21 Ogos yang lalu.







Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar terima ancaman bunuh, siapa dalang?


Anwar terima ancaman bunuh, siapa dalang?


Pembunuhan Benazir Bhutto pada 27 Disember 2007 telah mencetuskan konflik di Pakistan di antara Kerajaan Pakistan di bawah pimpinan Jeneral Pervez Musharraf dan golongan yang kononnya memperjuangkan demokrasi di bawah pimpinan Benazir Bhutto.

Dilihat daripada kronologi ringkas pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel (Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian Hebrew, Ma’ariv.

Akhbar ini telah mendedahkan bahawa Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.

Tujuan agensi ini adalah untuk melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari 2008.

Malang tidak berbau. Benazir telah dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.

Saya lebih suka mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang Soviet Union.

Umum mengetahui bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat (AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Harus diingatkan, agen CIA di dalam Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengkiut Al-Quran dan Hadis dimana pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.

Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi menghapuskan Taliban.

Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA yang menjadi key communicator (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan konspirasi dalam pembunuhan Benazir.

Kenapa CIA mahu membunuh Benazir? Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

Namun, CIA telah melihat Benazir tidak releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA..

Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.

Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. CIA mahu cuci tangan.

Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA menjadi key communicator di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Dilihat pada Anwar Ibrahim, dia dilihat sebagai seorang agen yang hampir sama dengan Benazir Bhutto. Kebanyakkan masa dihabiskan di luar Negara.

Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai dana yang besar sehinggakan tiada calon yang sesuai diketengahkan sebagai calon. Bukti? Sehinggakan Loh Gwo Burne yang tidak boleh berbahasa Melayu dilantik menjadi calon disebabkan masalah kekurangan calon. Siapa yang memberikan dana kepada PKR? Saya kira, pembaca boleh menilai sendiri.

Akhirnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Pak Lah gagal ditumbangkang. Anwar Ibrahim tersepit. Kemudian, timbul pula isu 30 Ahli Parlimen BN akan lompat ke dalam Pakatan Rakyat (PR). Itu juga tidak berlaku. Akhir sekali, timbul pula isu liwat Mohd.. Saiful Bukhari dan kemudiannya, Anwar Ibrahim mendedahkan ada ancaman bunuh kepada dia dan keluarganya.

Benazir Bhutto dibunuh oleh CIA kerana tidak releven. Anwar Ibrahim sudah tidak releven kepada CIA kerana gagal menumbangkan Kerajaan BN. Oleh yang demikian, siapa yang cuba bunuh Anwar?

Sang Saka Bangsa


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar's kid in USA?


Anwar's kids in USA?


He lectures in USA.

He was given a job in World Bank...same network and RIBA (usury)- centred finance system as IMF.

He goes on a globe-trotting campaign talking about "democratizing the Muslim countries to be in line with American-style 'democracy'".

He seeks medical treatment in Germany. (M'sian specialists ain't good enough)

Never mind the fact that the former PM (DR.M) had put his life and his heart (literally speaking) in the hands of young Malaysian cardiothoracic surgeons in IJN ...and survives until today (with God's Grace)

His good friends are in USA and elsewhere...anywhere but Malaysia.

He seeks to hide in a Turkish Embassy (while trying to figure out what to do next)..and shamelessly claim that the embassy "invites" him over.

The Turkish Embassy vehemently denied they ever invited him over.

Does he trust YOU Malaysians?
Do YOU trust him?
He wants to be Malaysian PM.
The choice is yours.

nshinah


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Kenapa Anwar sokong Salman Rusdie?


1. Menurut buku yg ditulis oleh Allahyarham Ikhwan Nasir, beliau kata Anwar pernah menentang keputusan Ayatollah Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku Satanic Versus iaitu Salman Rusdie.

Sikap Anwar tidaklah patut kerana dia seorang Islam. Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:

"Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif".

Apa bezanya kes Salman Rusdie dengan ahli parlimen Denmark yang menerbitkan video FITNA, tapi kenapa anwar sokong Salman Rusdie tu?


2. Dr Haron Din pernah berkata di dalam majalah MASSA terbitan utusan Melayu (M) Bhd yang mengatakan DNA dan Forensik boleh digunakan untuk kes-kes JENAYAH SYARIAH. Ini amat membantu bagi merungkai masalah pertembungan antara mufti Perlis dan mufti Perak yang berkeras meminta 4 saksi tuduhan Saiful Bahari terhadap tuduhan liwat oleh Anwar.

Haron Din kata BOLEH digunakan kaedah forensik. Jadi, mengapa pula pak-pak mufti bertelagah dalam hal ini. Saya tidak ingat bulan bila diterbitkan, tapi cuba cari MASSA terbitan 1997 atau 1998, tapi yg pasti sebelum kes anwar terbongkar pd 98. gambar Haron Din tertera dimuka depan majalah.

3.Berkaitan akuan berkanun Dato Murad (Bekas Penolong Bank Negara) pada 98 yg mgatakan Anwar ada meyumbang sebanyak USD100juta kpd bekas agen CIA yang waktu itu bertugas sebagai presiden Yayasan Kepimpinan (saya tak ingat nama penuh).

Sumbangan Anwar kpd yayasan tersebut menunjukkan dia ada hubungkait dgn CIA, tapi Anwar nafikan ia myumbang wang kpd yayasan tsebut. Wlaubgmnapun, beberapa hari kemudian presiden yayasan MENGAKU menerima wang sumbangan Anwar, cuma dia TIDAK BERSETUJU dengan jumlah yg dinyatakan dlm akuan bkanun Dato Murad. Katanya, "jumlah yang saya terima adalah kurang dari yang disebut".

Maknanya, presiden mgesahkan dia ADA TERIMA WANG. tak kisahlah jumlah tepat atau tidak, tapi yg penting MEMANG SAH anwar bg duit. Perkara ini dinyatakan dalam ruangan kecil dalam akhbar (tak ingat utusan atau berita harian). tapi jelas dalam tempoh 3 minggu selepas akuan berkanun Dato Murad keluar dalam berita.

Sekian...mudah2an ini dapat membantu.
"Yang HAK itu pasti akan mengatasi yang BATIL".

Kucing Hitam


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Versi baru Anwar Ibrahim bakal terdedah..

~MataHatiJohor~ said...

Tahniah.

Teruskan siasatan dan dedahkan segala kepalsuan ini. Rakyat Malaysia sudah terlalu ramai yang terkeliru. Anggaplah ini sebagai tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya benar bahawa Allah telah menjanjikan bahawa yang hak pasti akan mengatasi yang batil.

Janganlah sdra anwar dot com merasa gundah gulana dengan teguran & kritikan dari golongan yang telah dibutakan matahati mereka oleh Allah kerana ketaksuban anwarisme yang mereka anuti.

Saya adalah bekas mahasiswa yang pernah membuat latihan praktikal di Institut Kajian Dasar (IKD). Berdasarkan pengalaman itu, semua fakta yang sdra tulis begitu mudah saya fahami.

Izinkan saya menghebahkan hasil kajian & penyelidikan sdra di blog saya http://sayangbangsa.blogspot.com serta forum-forum yang saya biasa sertai di ruang cyber yang begitu luas ini.

Saya sentiasa akan memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan usaha ini.

Salam perjuangan.

muslimah262 said...

"Perletakan jawatan" (dalam Foundatioan for the Future) hanya satu facade bagi Anwar. Dia sudah pun tanam mentaliti NEPOTISM dan cronism dalam PKR dengan adanya isteri dan anak dalam politik pada waktu yg. sama. Dia, Wolfowitz dan Shah Rizza Ali, awek Wolfowitz tu juga gunapakai cronism dalam organisasi World Bank dan FFF.Mereka dikutuk habis-habisan oleh "board" dalam World Bank.(Takkan Parti Keadilan tak tau).

Cakap tak serupa bikin.

Resigning from FFF does not preclude nor stop him from being a CIA-linked crony to "liberate" the Middle East, North Africa..and M'sia from Islamic uprising.

If we accept him to lead M'sia, good luck to you and future generations.

Read the books "THE NEW JERUSALEM" and "THE HIGH PRIESTS OF WAR" by Michael Collins Piper, to fully grasp the "covertness" of pro-Israel network and their NGO/ "Foundation" false front.

If you have the stomach to absorb 900 pages of the writings of HENRY FORD,(written in 1920s) entitled THE INTERNATIONAL JEW, that would be good too.
May TRUTH prevail.


red1 said...

Bak kata pepatah umum,
'jika mahu tahu rahsia seseorang, pergilah tanya musuhnya'. Kini saya taulah mana nak cari rahsia Anwar Ibrahim.

Namun, saya percaya rakan PR yang terkuat sekarang secara grass-roots adalah PAS itu sendiri dan mereka cukup prihatin dan sensitif tentang Anwar Ibrahim itu siapa sebenarnya. Tentu sekali mereka berjaga-jaga walaupun Anwar jadi PM nanti tidak akan mudah Anwar memperlakukan apa-apa tanpa dipantau mereka.

Lainlah jika Anwar ISAkan mereka. Tetapi PAS ini boleh memainkan peranan benteng terakhir kita nanti. Cuma janganlah sampai benteng terakhir pula dimintanya.

Sekian, terima kasih atas usaha sdr dan harap ditambah lagi mana-mana fakta baru untuk manfaat kita dalam amalan demokrasi bebas tetapi terpimpin dan diberkati Allah.

Peace!

Redhuan D. Oon


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Seorang pemimpin kelahiran IIIT

Monolog-monolog sukar
Mengiringi untaian perjalanan
Seorang pemimpin kelahiran IIIT
Atau lebih mesra dengan islam-liberal pro-USA..

Kiranya bersetongkol dengan CIA dapat menawan dan mengawal bumi Awlia ini?
Pekungmu, Busuk di dada dikau sendiri yang buka...
Keturunan Awlia sudah jemu dengan perjuangan ala sosialismu...
Padah bertamu berperang mengikut nafsu
Bukan sekadar Negeri yang dikenan, negara bahkan Dunia yang kau pinta

Wahai pejuang-pejuang lain
Pulaukan pemimpin berideologi ciptaan zionis ini...
Sisihkan sikap pentingkan perkabilahan yang kamu cipta...
Kembalilah kepada warisan Awlia di bumi nusantara ini...

Warisan HAMKA, Pok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbong, Sultanul Syeikh Malik Ariffin,

Warisan Sultanul Awlia Qadir Al-Jelani, Warisan Ibrahim Adham... Mahupun warisan Muhammad Abdullah AnNafs-ZAkkiyah...

June 22, 2008 11:32 PM

oleh : zamspotte

++++++++ Tidak perlu klik di dalam ++++++++





Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar sanggup bersumpah?



Anwar kata; " Saya setiap kali dituduh sumpah (sambil tersenyum), soalnya sekarang saya bersedia, tetapi saya tidak mahu benda itu menjadi helah untuk membuat orang salah anggap.

Sebelum bersumpah, orang yang menuduh itu perlulah ada kredibiliti, motifnya diketahui.

Jadi kalau orang tanya saya bersedia atau tidak, saya bersedia, tetapi saya tidak mahu layan kes macam ini, pilihan saya ialah tidak mahu memberi apa-apa layanan"

Maksudnya :

A. Anwar sedia bersumpah
B. Anwar sedia bersumpah kes liwat tetapi tidak bersedia bersumpah kerana penuduh tiada kredibiliti
C. Anwar tidak bersedia bersumpah dan tidak mahu melayan kes ini

Apakah maksud Anwar sebenar dalam kes sumpah liwat ?




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sokong gesaan Mufti Perlis supaya Anwar dan Saiful bersumpah untuk membuktikan kebenaranya. Maksudnya;

A. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah was-was tuduhan Anwar peliwat

B. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah bosan kerana 'ular mematuk dua kali di tempat sama', jadi hanya bersumpah sahaja dapat membuktikan kebenarannya.


AnwarIbrahimDotCom
7 Julai 2007


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, September 18, 2008

PENGIKUT ANWAR LEBIH TAKSUB DARIPADA PENGIKUT ASHAARI


PENGIKUT ANWAR LEBIH TAKSUB DARIPADA PENGIKUT ASHAARI

Ahmad Lutfi Othman

Nota : Rencana ini ditulis oleh Subky Latif, dipetik dari buku "Buku Bertemu Ruas" kelolaan Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1994. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah

Satu perkara yang ditonjolkan dalam usaha kerajaan memerangi Arqam dan meruntuhkan personaliti pemimpinnya, Ustaz Ashaari Mohamad ialah soal fanatik dan taksub. Ketaatan dan sokongan pengikut-pengikut Arqam yang agak tinggi itu disifatkan sebagai satu sikap taksub dan taksub itu tidak sesuai langsung dengan Islam.

Saya tidak berhajat untuk menafikan segala tuduhan taksub itu kerana perkara itu boleh diputuskan oleh setiap orang yang mengikuti perkembangan. Jika orang bersetuju yang pengikut Arqam itu taksub, bukanlah kerana mereka telah diyakinkan oleh Pusat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi mereka boleh membuat perbandingan sama ada UMNO bercakap mengenainya atau tidak.

Saya pun bersetuju bahawa taksub itu suatu sikap yang tidak betul. Tetapi kalau amalan taksub itu ada di negara ini, ia bukanlah menjadi sifat dan masalah pengikut Arqam sahaja, malah ia juga adalah masalah dan penyakit yang ada pada UMNO dan badan belia Islam yang memiliki seorang “syeikh”.

Betapa adanya orang yang sanggup mati mempertahankan Dr. Mahathir dan akan berbuat apa saja bagi mempertahankan kedudukan Dr. Mahathir juga satu masalah yang besar dalam UMNO sekarang. Adanya orang yang berpendirian betapa susahnya negara kalau tidak ada Dr. Mahathir, malah maju mundur Malaysia bergantung juga kepada kepimpinan Dr. Mahathir adalah satu bentuk taksub yang menjadi barah UMNO sekarang.

Bukankah itu satu sikap taksub? Dalam semua pilihan raya sekarang gambar Dr. Mahathir mesti dipamerkan. Malah dalam pilihan raya kecil, gambar beliau lebih banyak dari gambar calon. Bukankah ia satu dorongan taksub?

Usaha mendewa-dewakan Dr. Mahathir hingga menamakan beliau Wira Dunia Ketiga dan berbagai-bagai lagi adalah satu perbuatan yang boleh menanamkan sifat taksub dan ia diusahakan oleh orang-orang yang memang taksub dengannya.

Sikitkah bilangan imam-imam dan ustaz-ustaz yang mencium tangan Dr. Mahathir pada hal sikap dan pendirian beliau dalam hal-hal yang membabitkan isu agama diketahui umum. Mereka sendiri tahu. Tapi mengapa mereka mencium tangannya dan memujanya?

Ia adalah disebabkan oleh pendewaan dan taksub kepadanya. Pendewaan dan taksub itu bukan sekadar orang kampung yang tua yang sekolag atap dulu saja. Maka saya terbaca sebuah makalah mengenai simposium kebudayaan Melayu antarabangsa beberapa tahun lalu yang disampaikanoleh seorang yang dianggap cendiakiawan Islam muda di negara ini, berijazah doktor falsafah, menganggap Dr. Mahathir seorang pemimpin Islam yang hebat malah layak jadi khalifah.

Orang tahu kehebatan pimpinan beliau, tetapi untuk melayakkannya sebagai khalifah adalah suatu yang payah untuk disepakatkan. Tidak dinafikan ada orang fanatik terhadapnya akan beranggapan demikian. Tetapi kalau seorang ilmuan Islam bertaraf doktor falsafah pun beranggapan demikian, apakah ahli ilmuan itu bukan seorang yang taksub?

Terlalu banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan bagi menyokong betapa Dr. Mahathir didewakan dan beliau pun suka orang mendewa-dewakan beliau.

Sementara itu kisah sekitar seorang syeikh yang tak perlu namanya disebutkan adalah juga menyimpan dan merebut orang-orang yang fanatik atau taksub kepadanya. Dia juga dikelilingi oleh orang-orang yang taksub.

Orang-orang yang mengelilingi syeikh ini juga terdiri dari orang hebat-hebat. Orang-orang berpendidikan agama, cendiakiawan Islam, profesor dan orang kaya-raya. Mereka fasih hadis dan firman. Mereka tekun berusrah dan membawa buku-buku karangan ahli fikir Islam dunia. Pendek kata orang yang tidak membaca tidak ramai bersamanya.

Orang-orang ini semua tidak akan menerima pandangan lain yang bertentangan dengan kemahuan syeikhnya. Politik wang itu adalah kotor. Semua orang tahu. Syeikh juga benci akan amalan itu. Malah syeikh ikut menentangnya.

Tetapi apabila syeikh berkata bahawa amalan itu suatu realiti dan tidak dapat dielak untuk mencapai matlamat, maka yang keji itu dibenarkan. Maka pada ketika yang sama syeikh juga main duit. Kenyanglah tembolok setengah orang-orang yang terlalu sayangkan syeikh tadi.

Guru-guru Islam itu tahu bahawa Israel itu musuh. Mereka bersama-sama menentang Anwar Sadat yang mengiktiraf Israel dulu. Tetapi sekarang Israel bertambah kuat.

Rakan-rakan syeikh tidak lagi bersuara menentang Israel. Israel hampir diiktiraf sekarang. Penyokong-penyokong syeikh tentunya masih tidak senang dengan Yahudi. Tetapi kerana syeikh bisu, bisu belaka mereka.

Syeikh belum berhajat untuk menjadi panglima Imam Mahadi dan belum terfikir untuk menjadi Imam mahadi tetapi diyakini kalau syeikh ditakdirkan gila lalu berkata dia khadam Imam Mahadi, nescaya sebilangan dari orang-orang syeikh tadi akan gila macam gila orang-orang lain juga.

Ada sesetengah orang menunggu akan datangnya Imam Mahadi. Tetapi ramai pula orang taksub tadi tidak tidur siang malam menunggu bilakah syeikh nak jadi orang yang paling besar dalam dunia.

Kalau cara menjadi orang besar itu boleh dicapai melalui orang besar yang ada mati dulu, maka mereka mungkin berdoa supaya segeralah orang besar mati. Kalau caranya terpaksa tunggu dan patuh kepada orang yang ada selagi dia ada, maka semuanya tidak menentang segala keburukan yang berlaku bagi memastikan tiada halangan bagi syeikh menggantikan orang besar.

Bukankah ini satu taksub yang berbahaya juga? Cuma orang-orang yang taksub tadi berjaya menyembunyikan taksubnya dalam berbagai-bagai baju. Tetapi jelas mereka tidak sedar yang mereka taksub dan tidak akan mengakui yang sifat taksub sudah membelenggunya.

Mereka merasa senang mengatakan orang lain yang taksub. Dengan membidas orang lain taksub, mereka fikir mereka tidak taksub. Bezanya mereka berduit dan berpelajaran tinggi, berpangkat profesor dan sebagainya, tetapi profesor yang taksub.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

NED dan Modus operandi 'Projek Demokrasi’ dunia

Kesemua yang berada di dalam gambar di atas adalah peneraju utama NED. Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis/Islam), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis/Islam) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)

NED dan Modus operandi 'Projek Demokrasi’ dunia


oleh William Blum,

“ Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA”, Allen Weinstein,telah memberikan pertolongan dalam merangka penggubalan udang-undang yang membawa kepada penubuhan National Endowment for Democracy-NED (Pembiayaan Kebangsaan untuk Demokrasi).

Pada akhir 1970-an merupakan tempoh masa yang istimewa. Didorong oleh Watergate – Jawatankuasa Gereja Senat, Jawatankuasa Dewan Puncak dan Suruhanjaya Rockefeller menyiasat CIA.

CIA telah mendapat nama yang terlalu buruk dan ianya menyebabkan kuasa yang dimiliki merupakan sesuatu yang memalukan.

Sesuatu perlu dilakukan. Pada 1983, di bawah Presiden Reagen, NED telah ditubuhkan untuk “menyokong institusi demokratik di seluruh dunia melalui usaha persendirian, bukan badan kerajaan.”


Dr. Allen Weinstein (kanan) sedang mengangkat sumpah untuk taat setia berkhidmat kepada Amerika Syarikat, di US Capitol, Februari 16, 2005. Isterinya, Adrienne Dominguez, sedang memebantunya memegang kitab Injil sebagai upacara rasmi sumpah tersebut. Allen Weinstein adalah bekas pelarian Yahudi Russia merupakan antara peneraju utama projek demokrasi Amerika. Penah menjadi Presiden The Center for Democracy (1985-2003), Ahli Lembaga Pengarah, the United States Institute of Peace, Pengerusi, the Woodrow Wilson Presidential Library's dan Penasihat Foreign Policy Association's

Allen Weinstein, Presiden dan CEO of the Center for Democracy (no 2 dari kiri) dan Hakim Mahkamah Tertinggi Amerika, Sandra Day O'Connor (no 4 dari kiri). Kedua-dua Yahudi ini merupakan tulang belakang penting kerajaan Amerika

Sandra Day O'Connor (no 3 dari kanan) dan Anwar Ibrahim (no 3 dari kiri) dalam meeting Foundation For The Future, organisasi tajaan Amerika.


Pada 1991, Allen Weinstein, yang telah memberikan pertolongan dalam merangka penggubalan udang-undang yang membawa kepada penubuhan NED, tanpa berselindung mengatakan : “ Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA.” (1). Sebenarnya, CIA melaburkan wang melalui NED.




NED campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya.

Program NED secara umumnya menyampaikan falsafah bahawa rakyat lebih baik dilayan di bawah perniagaan bebas, kerjasama antara kelas, penawaran secara kolektif, campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi dan berlawanan dengan sosialisme. Ekonomi pasaran bebas disamakan dengan demokrasi, perubahan dan pembangunan. Penghargaan pelaburan luar dititikberatkan.

Dari 1994 hingga 1996, NED menganugerahkan lebih dari $2,500,000 kepada American Institute for Free Labor Development (Institut Amerika untuk Pembangunan Buruh Bebas), yang pernah CIA gunakan selama berdekad-dekad untuk kesatuan-kesatuan progresif, bergerak secara subversif.(2)

NED telah menaja kesatuan yang mempunyai dasar sederhana dan berhaluan kanan untuk menentang kesatuan pro-pekerja militan di Perancis, Sepanyol dan di negara lain.

Di Perancis (1983-1984), NED menyokong sebuah kumpulan yang menyerupai “kesatuan pekerja” untuk menentang “organisasi profesor yang berhaluan kiri ”. Ia menaja seminar, poster, buku dan risalah. (3)

Satu program NED pada tahun 1997-1998 adalah : “ Untuk mengenal pasti halangan kepada pembangunan sektor swasta di peringkat tempatan dan persekutuan di Yugoslavia dan menekankan perubahan perundangan….[dan] membangunkan strategi untuk perkembangan sektor swasta.” (4 )

Kritikan Presiden Milosevic telah disokong oleh geran daripada NED selama bertahun-tahun.

Nicolás Ardito Barletta Vallarino ditaja oleh CIA dalam pilihanraya Panama. Bekas pensyarah Universiti Chicago, Amerika (1973-1978), bekas Naib Presiden untuk Amerika Laatin dan Caribbean di World Bank. Bertanding sebagai calon Presiden Panama mewakili parti PRD (Democratic Revolutionary Party) yang dibantu kuat oleh CIA dan Manuel Noriega (Ketua Pasukan Pertahanan Panama). Dilantik menjadi Presiden Panama pada 11 Oktober 1984 hingga 28 September 1985. Pada 13 November 1984, beliau meminjam dana IMF sebanyak US$603-million yang telah membebankan rakyat. Akibat kemarahan rakyat itu beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden.


Disebabkan kontroversi pada 1984 – apabila NED membiayai calon presiden Panama yang disokong oleh Noriega dan CIA – Kongres menggubal satu undang-undang yang melarang penggunaan dana NED “untuk membiayai kempen calon-calon untuk pejabat awam”. (5)

Ianya tidak sukar untuk mengatasi larangan ini.

CIA telah menaja Arturo Cruz dalam pilihan raya Nicaragua pada 1984. Tetapi calon tajaan itu tewas dan CIA membayar gaji bulanan sebanyak $6000 kerana sanggup menjadi proksi Amerika. Beliau berhijrah ke Amerika melanjutkan pengajian di International Relations di the Paul H. Nitze School of Advanced International Studies at Johns Hopkins University pada tahun 90-an dan pernah menjadi fellow di Hudson Institute in Washington DC.


NED berjaya mengangkat Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada 1990. John Stauber dan Sheldon Rampton menulis bahawa dakam pilihan raya Nicaragua 1990 , "Presiden George H W Bush telah bersetuju NED memberi sumbangan berjuta-juta untuk kempen calon pembangkang Violeta Chamorro". Calon proksi Amerika itu menang 55 peratus undi dan berjaya dilantik Presiden melalui manipulasi ketenteraman awam



NED telah berjaya memanipulasi pilihan raya di Nicaragua pada 1990 dan Mongolia pada 1996. Ia juga membantu dalam menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di Bulgaria pada 1990 dan Albania pada 1991 dan 1992.

Marc Bazin,bekas pegawai bank Dunia calon tajaan NED dalam pilihanraya 1990 di Haiti. NED telah melaburkan $36juta untuk membantunya. Beliau mendapat 14% daripada pengundian dan calon lawannya Jean-Bertrand Aristide memperolehi 67%. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih oleh rakyat, beliau kemudiannya digulingkan pada 1991 oleh pasukan tentera yang ditaja oleh NED dan USAID. Kerajaan sementara tentera telah melantik Marc Bazin sebagai Perdana Menteri pada 4 Jun 1992.


NED sibuk di Haiti pada 1990-an dalam mewakili kumpulan berhaluan kanan yang bergabung dalam kumpulan pembangkang kepada bekas Presiden Jean-Bertrand Aristide dan ideologinya yang progresif. (6 )

NED menyatakan bahawa misinya mengajar tentang asas demokrasi dan pilihan raya kepada mereka yang tidak tahu, tetapi di kesemua lima negara yang disebutkan di atas, mereka sebenarnya telah mengamalkan pilihan raya yang bebas dan adil.

Masalahnya pilihan raya di negara-negara tersebut telah dimenangi oleh parti politik yang tidak disenangi oleh NED.

NED masih menyatakan bahawa mereka terlibat dalam “pembangunan pembangkang” dan “menggalakkan pluralisme”.


“Kami menyokong orang ramai yang mereka tidak mempunyai suara dalam sistem politik mereka,
” kata seorang pegawai program NED, Louisa Coan.(7)

Tetapi NED tidak memberikan bantuan kepada pembangkang berhaluan kiri yang progresif di Mexico, El Salvador, Guatemala, Nicaragua atau Eropah Timur— atau di AS – walaupun kumpulan tersebut tertekan dari segi kewangan dan untuk membolehkan suara mereka didengari.

Walau bagaimanapun, kumpulan penentang dan media Cuba disokong dengan hebat sekali.

Oliver Laurence North, dari National Security Council (NSC) didapati bersalah kerana terlibat dalam kegiatan haram menjual senjata kepada Iran untuk melawan Iraq dan bantuan kewangan kepada kumpulan penentang (Contra) kepada Anastasio Somoza Debayle di Nicaragua. Aktiviti haram ini dibongkar di Amerika dan menjadi isu hangat yang dinamakan "Iran-Contra Affair". Hakikatnya pemenjaraan Oliver North sebagai kambing hitam untuk menutup rahsia penglibatan pentadbiran Ronald Reagen, Presiden Amerika menggunakan CIA dalam aktiviti jahat menumbangkan sesebuah kerajaan di negara luar. Oleh kerana operasi CIA di luar negara telah terbongkar, Reagen telah menubuhkan NED sebagai Yayasan Projek Demokrasi dan semua operasi jahat CIA sebelum ini diserapkan ke dalam NED. Maknanya NED adalah wajah baru bagi operasi rahsia CIA.


NED memainkan peranan yang penting dalam hubungan Iran-Contra pada 1980-an, membiayai komponen “Projek Demokrasi” yang bergerak secara rahsia oleh Oliver North .

Rangkaian ini menswastakan dasar luar Amerika , dengan melancarkan peperangan, menjalankan kegiatan senjata dan dadah, serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain.

Pada 1987, jurucakap Rumah Putih menyatakan bahawa mereka yang berada di NED “menjalankan Projek Demokrasi” (8)

NED merupakan teraju awam untuk Projek Demokrasi, yang dijalankan secara rahsia.

Foto kiri, Ferdinand Marcos bersama isterinya Imelda Marcos. Foto tengah, Ninoy Aquino or Benigno S. Aquino, Jr ditembak mati di Manila International Airport pada 21 Ogos 1983. Ninoy adalah bekas Senator yang menjadi pengkritik paling lantang Ferdinand Marcos. Foto kanan Cory Aquino balu kepada Ninoy Aquino telah dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1986. CIA telah memainkan peranan menaikkan Ferdinand Marcos menjadi Presiden Filipina paling lama iaitu 1965-1986. Pembunuhan Ninoy Aquino (1983) dikaitkan dengan peranan CIA melalui arahan Imelda Marcos untuk mengekalkan suaminya menjadi Presiden. Selepas pembunuhan suaminya, Cory Aquino telah berhijrah ke Amerika dengan mendapat suaka politik di negara itu. Di Amerika, Cory telah melobi kerajaan Amerika untuk membantunya menjatuhkan Ferdinand Marcos. Sekali lagi CIA telah membantu Cory Aquino memenangi pilihanraya Filipina dan dipilih menjadi Presiden Filipina baru bermula dari 1986 hingga 1992. Beliau dianggap Presiden Filipina proksi Amerika kerana kemenangannya bergantung kepada sokongan kuat kerajaan Amerika.


Wan Azizah Wan Ismail, Joseph Ekstrada, Cory Aquino dan Anwar Ibrahim. Anwar selalu berulang alik ke Filipina kerana mempunyai hubungan baik dengan bekas-bekas Presiden Filipina iaitu Ekstrada dan Cory Aquino



NED juga menjalankan satu kempen pelbagai peringkat untuk menentang pemberontakan yang berhaluan kiri di Filipina pada pertengahan 1980-an, menaja organisasi persendirian, termasuk kesatuan dan media.(9)

Ini adalah replika kepada operasi CIA yang lazim bermula dari zaman pra-NED.

Luis Posada Carriles, pengganas Cuba telah dibiaya oleh Ronald Reagen melalui dana CANF(Cuban-American National Foundation),iaitu satu yayasan khas yang ditaja oleh CIA. Amerika akan menggunakan watak yang mempunyai rekod jenayah seperti Luis Posada Carriles untuk menjatuhkan Castro


Di antara 1990 dan 1992, NED mendermakan sebanyak $ 250,000 kepada Tabung Kebangsaan Cuba-Amerika. Kumpulan anti-Castro, ultra-fanatik ini, kemudiannya menaja Luis Posada Carriles, salah seorang daripada pengganas yang produktif dan tiada belas kasihan pada zaman moden. Dia terlibat dalam letupan kapal terbang Cuba pada 1976 yang membunuh 73 orang. Pada 1197, dia terlibat dalam letupan di Hotel Havana. (10)

Nota : Terjemahan daripada rencana asal bertajuk " NED and 'Project Democracy", tulisan William Blum, I Januari 2000 . Artikel asal klik di sini

Nota kaki :

1. Washington Post, Sept.22, 1991
2. NED Annual Reports, 1994-96
3. NED Annual Report, Nov.18, 1983 to Sept.30, 1984, p.21
4. NED Annual Report, Nov.18, 1983 to Sept.30, 1984, p.21
5. Lihat NED annual reports of the 1990s
6. Haiti: Haiti Progres, May 13-19, 1998
7. New York Times, Mar.31, 1997, p.11
8. Washington Post, Feb.16, 1987; juga lihat New York Times, Feb.15, 1987, p.1
9. San Francisco Examiner, Jul.21, 1985, p.1
10. New York Times, July 13, 1998

Sumber : From Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower, 2000

artikel berkaitan :

1. "NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar", oleh Ron Paul, Ahli Republikan.

2. "NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia", oleh Hernando Calvo Ospina, wartawan dan penulis buku, Bacardi: the Hidden War.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Islam dan Demokrasi: Pilih Islam atau Demokrasi?


Islam dan Demokrasi : Pilih Islam atau Demokrasi ?

Berikut merupakan petikan pidato Syaikh Asy-Syahid Abu Mus'ab Al Al-Zarqawi tentang sikap Mujahidin Iraq terhadap pemerintah Demoraksi Iraq. Pidato ini dipetik daripada buku "Agama Demokrasi", di bawah tajuk "Demokrasi Alat Penjajahan", terbitan Kafayeh Cipta Media.

Sesungguhnya segala puji hanya milik Allah, kami memujiNya dan memohon pertolongan dan ampunan kepadaNYA. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa kami dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorang pun mampu menyesatkannya. Dan bang siapa disesatkan Allah maka tiada seorang pun mampu memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tiada ilaah yang hak disembah selain Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhamad adalah hamba sekaligus utusan-NYA.

Ibnul Qayyim Rahiimahullaah berkata di dalam bukunya " Madaarijus Saalikiin", "Apabila musuh Islam dari kalangan orang kafir menyerang salah satu negeri Islam, maka menyerangnya atas takdir Allah. Maka bagimana bisa dibenarkan kaum muslimin hanya pasrah kepada takdir, serta tidak mahu melawannya dengan takdir yang lain, iaitu berjihad di jalan Allah, yang bermakna mereka telah melakukan penolakkan takdir dengan takdir yang lain ?"

Jihad juga merupakan salah satu pintu penyaringan untuk mengetahui siapa orang beriman yang benar-benar bertauhid dan siapa orang munafik yang pura-pura beriman, yang kebiasaannya suka mendabik dada yang tidak diberikan kepadanya dan suka dipuji dengan perbuatan yang tidak dilakukannya.

Dan orang yang tidak memiliki pengalaman dalam mengalami pahit getirnya merintis jihad dalam membela agama ini, dia tidak berhak menempatkan dirinya untuk mendapat tempat dalam kepimpinan dan ketokohan, walau sebanyak mana pun ilmu yang dia miliki dan sepandai mana pun dia beretorika. Kalau dia tetap mencalonkan dirinya, bererti dia termasuk orang yang merasa angkuh dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya, tak ubah dirinya itu seperti pemakai dua baju palsu.

Betapa umat Islam sekarang ini sangat memerlukan neraca, kerana ramai orang-orang yang berpura-pura, munafik dan manipulasi.

Hari ini umat Islam disibukkan dengan "pembohongan besar" Amerika yang bernama "Demokrasi".

Sesungguhnya Amerika telah mempermainkan fikiran kebanyakan bangsa di dunia dengan propanganda bohong " kehidupan moden yang demokratik". Amerika memberitahu seolah-olah kebahagiaan dan kemamkmuran sangat bergantung kepada demokrasi.

Dengan dalih pendemokrasian itu, kemudian mereka menghalalkan perang ke atas Iraq dan Afghanistan, kerana mereka mendakwa dirinya sebagai pelindung utama demokrasi di dunia.

Atas tujuan ini, Amerika telah mewujudkan pemerintahan Iyadh Allawi bertujuan untuk menampakkan kepada masyarakat Iraq bahawa Amerika benar-benar serius dalam keinginan mewujudkan negara Iraq yang merdeka dan demokrasi.

Dengan itu, membolehkan mereka menjalankan misi-misinya secara berleluasa di Timur Tengah iaitu mewujukan negara Israel raya dan menggali sumber kekayaan Iraq (minyak).

Propaganda "Demokrasi" menyatakan bahawa rakyat menjadi acuan utama. Di tangan merekalah keputusan dan ketetapan semua permasalahan. Jadi pada hakikatnya sistem demokrasi ingin menyatakan;

"Tidak ada yang boleh menolak dan mengganggu-gugat keputusan rakyat, di tangan merekalah ketentuan hukum dan kepada mereka pula urusan rakyat akan dikembalikan.

Slogan ini, "dari rakyat untuk rakyat", merupakan inti dari fahaman demokrasi. Inilah sebenarnya "agama' demokrasi yang diagung-agungkannya.

Ringkasnya perinsip-perinsip ajaran "demokrasi" mereka adalah seperti berikut :

1. Rakyat adalah rujukan utama kekuasaan, terutama kekuasaan dalam pembuatan undang-undang.

Hal ini terlaksana dengan mengangkat wakil-wakil rakyat dalam majlis parlimen untuk melaksanakan tugas membuat dan meminda undang-undang. Dengan kata lain, pembuat aturan yang dipatuhi dalam sistem demokrasi adalah manusia, bukan Allah.

Ini bererti "tuhan" yang diibadahkannya dalam hal menentukan peraturan hidup (undang-undang) adalah rakyat, makhluk dan manusia..bukannya Allah.

Ini jelas sekali kemusyrikan, kekafiran dan kesesatan kerana ia bertentangan dengan perinsip-perinsip utama agama dan tauhid serta mempunyai niat tersirat untuk menyamaratakan peranan manusia yang lemah ini dengan Allah.

Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb, ketika beliau berkata, " Sesungguhnya, manusia yang berada dalam sistem pemerintahan buatan manusia itu, mengangkat satu sama lain sebagai tuhan selain Allah. Orang yang berada dalam posisi tertinggi dalam sistem demokrasi, sama dengan orang yang terendah dalam sistem diktator"

Sayyid Qutb menambah, " Sesungguhnya yang memiliki hak yang menentukan halal-haram hanyalah Allah sahaja. Tidak ada seorang pun dari manusia yang berhak menyandang hak itu, baik persorangan atau pemangku jabatan tertentu, kecuali kententuan yang berdasarkan kepada keterangan dari Allah dan bersesuaian dengan syariatNya.

2. Sistem demokrasi dibangun atas perinsip kebebasan beragama

Semua orang yang hidup di bawah naungan demokrasi, dibenarkan menyakini apa sahaja agama yang diminatinya. Dibenarkan memindah dari agama ke agama lain, tanpa halangan. Walaupun pindah agama dari agama Allah sekalipun,menuju kepada keyakinan athies pun tetap dibenarkan.

Ini amat jelas kebatilan dan kerosakannya, kerana ia bertentangan dengan nash-nash syari'. Dalam Islam, hukum Muslim yang pindah agama (murtad) adalah dibunuh sebagaimana yang disebut dalam hadists yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain.

Prang yang murtad tidaklah perlu diberi jaminan keamanan atau perjanjian bersyarat atau hak hidup bersama dengan muslim lain. Dalam agama Allah, orang yang murtad hanya diberi dua pilihan : Istitaabah (diminta bertaubat, kembali kepada agama Islam) atau dipenggal dengan pedang (dihukum mati).

3. Demokrasi berdiri atas perinsip kebebasan bersuara dalam apa bentuk sekalipun, meskipun penghinaan terhadap nilai-nilai agama

Kerana dalam kamus demokrasi, tidak ada istilah perkara-perkara suci yang tidak boleh disentuh atau diungkap dengan kata-kata yang tidak baik.

Allah berfirman : "Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi". (QS. An Nisa' : 148)


4. Demokrasi dibangun di atas perinsip pemisahan antara agama dan negara.

Firman Allah, " Dan mereka mengatakan, Kami beriman pada sebahagian dan kufur pada sebahagian yang lain. Dan mereka ingin mengambil jalan tengah, di antara semua itu. Mereka itulah orang-orang kafir yang sesungguhnya, dan Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu siksa yang menghinakan (QS : An Nisa' : 150-151)

5. Demokrasi dibangun di atas perinsip kebebasan mendirikan organisasi apa-apa bentuk keyakinan, dasar pemikiran dan landasan moral yang dianuti oleh organisasi itu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahiimahullaah berkata, " Setiap kelompok yang menolak untuk tunduk kepada syariat Islam yang jelas dan mutawaatir maka wajib diperangi sampai agama itu seluruhnya menjadi milik Allah, ini berdasarkan kesepakatan para ulama"

Yng menghairankan, walaupun fakta banyak menunjukkan betapa buruknya hasil sistem demokrasi, namun sebahagian mereka ingin memperjuangkan sistem demokrasi. Mereka menjadikan demokrasi sebagai anutan untuk mencapai tujuan-tujuan agama tanpa mempedulikan sah menurut syariat dan agama Allah atu tidak.

Lantas, bagaimana kalian rela wahai kaum muslim Iraq, dihukum oleh kaum Salib dan boneka-bonekanya di dalam urusan kehormatan, darah dan kemanusiaan kalian, dengan aturan selain aturan Allah dan agama selain agamanya yang lurus ?

Padahal, kalian adalah anak cucu sahabat Sa'ad bi Abi Waqas, Al Mustsanna, Khalid Al Walid dan Qa'qa' yang telah menyuburkan tanah ini dengan darah mereka.

Relakah kalian dengan kehinaan dan kerendahan, sementara 'kaum pelacur' daru Rum (barat), kaum Salib, para pengidap kelainan seks mempermainkan kehormatan wanita-wanita kaum Muslimin ?

Ya Allah, bukankah telah kusampaikan...? Ya Allah, saksikanlah

Ya Allah, bukankah telah kusampaikan...? Ya Allah, saksikanlah


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia (kiri) dan Anwar Ibrahim. KAF merupakan penaja paling lama kepada think tank Anwar (IKD), sejak 1984 hingga sekarang. Modus operandi KAF adalah menaja tokoh yang mempunyai potensi untuk menjadi PM bagi memastikan agenda utama yayasan itu mewujudkan IFC di Malaysia akan terlaksana.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier

Jacqueline Ann Surin

Dalam bahagian pertama temu ramah kami bersama wakil Malaysia Konrad Adenauer Foundation (KAF), Peter Schier, kami menampilkan pembabitannya dalam usaha antara agama dan menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (1) - Peter Schier

Manakala wawancara bahagian kedua pula persoalan di atas diulas dengan lebih mendalam.

theSun: Penerbitan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) merupakan kerjasama tidak rasmi antara Pejabat KAF Kuala Lumpur, Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) ?

Ya, secara gigih tetapi tidak rasmi, atau tidak rasmi tetapi kerjasama secara gigih (tertawa) dengan Malaysian Interfaith Network (MIN) yang diketuai oleh Datuk Dr. Anwar Fazal, dan kami telah meluaskan versi asal pameran ini yang dinamakan World Religions, Universal Peace and Global Ethic (Agama-Agama Dunia, Keamanan Sejagat dan Etika Global).

Kami telah menyertakan kesemua kepercayaan yang ada di Malaysia. Jadi, terdapat 9 kepercayaan kesemuanya, kerohanian penduduk asal, Hindu, Buddha, Yahudi, Islam, Sikh dan Kepercayaan Baha'i dalam untuk menggambarkan secara lebih baik tentang kepelbagaian agama di Malaysia. Dan kami telah menyunting teks, kami telah menukar sesetengah perenggan, sebilangan rakan kami dalam MIN fikir kami perlu ubah, kami lakukannya bersama-sama.

Kami menyunting satu bab yang bertajuk “What is the Global Ethic" (Apakah etika Global) dalam usaha untuk menerangkan secara jelas bahawa Etika Global bukanlah satu agama yang baru.

Ianya bukan satu ……agama baru?

Bukan satu agama baru. Tidak, Tidak, Tidak, Tidak. Kita sudah ada agama yang cukup. Kita tidak memerlukan yang baru. Etika Global hanya merupakan satu gabungan nilai moral dan standard etika yang dikongsi oleh semua sistem kepercayaan dan sistem agama.

Ianya sudah pasti bukan satu konsep sekular. Kerana ianya mengakui kepentingan peranan agama dalam mengatur norma-norma etika yang baik dan menganjurkan moral dan etika yang baik dalam masyarakat. Tetapi, keindahan konsep Etika Global adalah, ianya juga boleh diterima oleh agnostik (golongan ateis), oleh orang yang tidak memeluk mana-mana agama.

Kerana mereka ini, boleh berpegang kepada nilai asas Etika Global-yang bermaksud, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’- peraturan yang utama, anda akan dapati dalam setiap agama. Jangan membunuh. Hormati kehidupan. Jangan mencuri. Jangan menipu. Jangan melakukan seks luar nikah. Sangat mudah tetapi nilai yang sama amat penting dan dikongsi oleh semua budaya dan agama.

Kami juga menyunting satu bahagian yang kononnya dinamakan peraturan utama, kerana saya fikir, kami perlu (berhenti sejenak) memahami bahawa, peraturan utama ini, sebenarnya adalah ibu kepada etika. Setiap norma etika yang lain berasal dari peraturan utama ini, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’.

Saya fikir ianya sangat jelas bahawa ini adalah asas, prinsip. Dan apabila kita melihat kepada petikan daripada kesemua agama yang berbeza, ianya telah dinyatakan berulang kali, bahawa peraturan utama, sebagai contoh, Hindu menyatakan, peraturan utama adalah intisari moral. Agama Yahudi mengatakan bahawa ianya merupakan undang-undang asas. Dalam Kristian, ianya menyatakan bahawa ini adalah undang-undang Tuhan dan juga ajaran nabi.

Terdapat kritikan, sekali lagi dalam e-mel yang anda berikan kepada saya, bahawa KAF cuba untuk menggantikan agama dengan gabungan nilai moral atau menukar peranan agama menggunakan cara tertentu, melalui Projek Etika Global.

Mengarut. Benar-benar, mengarut.

Apabila anda baca bahagian Etika Global dalam buku kecil pameran kami, ianya telah dinyatakan dengan sangat jelas. Mereka yang menyebarkan dakwaan dan penipuan, mereka lebih tahu tetapi mereka cuba untuk memburuk-burukkan. Mereka ini juga tidak datang ke sini dan berbincang dengan saya dalam usaha untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Dan saya bersedia untuk berjumpa mereka semua. Saya juga bersedia untuk bercakap dengan pelampau. Saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu, secara keseluruhannya.

Kami tidak bekerja menentang mana-mana agama. Sudah tentu tidak. Maksud saya, seperti yang anda maklum, Yayasan Konrad Adenauer rapat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik (di Jerman). Bagaimana kami boleh menyokong sesuatu yang menentang agama itu sendiri? Tidak.

Kami akui bahawa peranan agama yang positif telah mengambil peranan, dan masih lagi berperanan dalam menganjurkan nilai moral dan standard etika dunia dalam masyarakat.

Sebaliknya, kita tidak boleh menutup mata terhadap hakikat bahawa setiap agama telah disalahgunakan oleh pelampau, oleh ahli politik sehingga ke peringkat yang lebih buruk dan meluas. Maksud saya, di Eropah, semasa Zaman Pertengahan, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa disebabkan oleh pemimpin agama dan politik yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kekecohan dalam perang 30 tahun yang terkenal di antara 2 mazhab Kristian, Katolik dan Protestan. Untuk apa? Ianya hanya membawa kepada penderitaan.

Sebenarnya, anda tahu, ia merupakan satu pencabulan agama yang lengkap. Agama tidak menganjurkan keganasan. Tiada agama yang menganjurkan keganasan ! Tiada agama yang menganjurkan peperangan, seperti yang saya nyatakan tadi.

Jadi, projek Global Ethic adalah salah satu projek untuk melihat kepada golongan biasa di antara agama lebih daripada sentiasa berbicara tentang perbezaan?

Projek Global Ethic secara khususnya menumpukan perhatian terhadap golongan biasa tetapi, seperti yang anda lihat dalam buku pameran kami, kami juga memberikan maklumat tentang agama-agama lain. Jadi, anda juga mampu untuk mempelajari tentang perincian 9 agama yang berlainan yang telah kami gambarkan atau terangkan dalam pameran kami dan juga di dalam buku pameran kami.

Jadi, matlamatnya adalah dua. Pertama, untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai agama yang berlainan. Maklumat yang paling asas. Tiada perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru! Tiada propaganda ! Kami menentang sebarang perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru.

Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa sebuah organisasi yang terdiri dari latar belakang agama Kristian, anda tahu, kami mungkin mempunyai agenda Kristian. Kami tidak menyokong perancangan untuk menarik penganut baru.

OK, maklumat mengenai agama yang berlainan, ya. Ini perlu dibenarkan. Tetapi, tidak dalam usaha menarik penganut baru yang agresif. Kerana usaha tadi merupakan sebab utama banyak berlakunya konflik dan juga perang pada masa lampau.

Saya fikir pemimpin agama pertama sekali perlu menumpukan perhatian, anda tahu, mereka perlu cuba untuk memperbaiki diri mereka. Dan, menghasilkan penganut Kristian yang baik, penganut Islam yang baik, penganut Hindu yang baik, penganut Buddha yang baik dan sebagainya.

Dan kemudiannya anda biarkan perkara tersebut kepada individu tersebut untuk menentukan agama apa yang mereka ingin pilih.

Agama ialah perkara peribadi. Agama perlu menjadi perkara peribadi.

Dan perlu dibuktikan pilihannya? Adakah ini yang anda maksudkan?

Sudah tentu. Kebebasan beragama sekali lagi adalah salah satu nilai sejagat yang asas yang termaktub dalam beberapa konvensyen antarabangsa.

Jadi, pendirian kami adalah jelas. Seperti penganut Buddha yang dibenarkan untuk menjadi seorang penganut Kristian, seorang penganut Kristian juga perlu diizinkan untuk menjadi penganut Islam atau Hindu. Tetapi, lazimnya, sekiranya bukan Islam dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka, jadi umat Islam juga perlu dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka. Ini berkaitan dengan keadilan!

Sekiranya anda memberikan satu kumpulan hak tersebut, jadi anda juga perlu memberikan hak tersebut kepada kumpulan lain. Sekiranya tidak, anda bertindak dengan tidak adil. Anda tidak mengamalkan keadilan. Inilah apa yang dimaksudkan dengan keadilan. Dan saya fikir keadilan adalah salah satu nilai umum yang utama yang juga dikongsi oleh semua agama.

Adakah anda terperanjat apabila kerja-kerja KAF diserang ketika Perhimpunan Agung UMNO? Apa yang anda fikir mengenai kritikan yang dibangkitkan terhadap tajaan anda kepada IFC dan projek Global Ethic oleh delegasi UMNO?

Saya terkejut dengan dakwaan daripada delegasi UMNO Pulau Pinang kerana apa yang mereka katakan tidak sama sekali benar. Dia tidak mengendahkan fakta tetapi terus mengkritik kami dengan perkara-perkara yang tidak kami lakukan.

Tambahan kepada perkara tersebut, sesungguhnya ianya merupakan sesuatu yang dikesali bahawa Encik Shahbudin Yahya tidak menghubungi pejabat kami atau saya sendiri dalam usaha mendapatkan penerangan atau penjelasan mengenai tugas-tugas kami di Malaysia sebelum dia membuat kenyataan dalam mesyuarat penting parti kerajaan memerintah. Benarkan saya sebutkan tiga perkara, tetang kesilapan Encik Shahbudin

Pertama, Professor Dr Hans merupakan seseorang yang boleh dianggap sebagai bapa kepada konsep Etika Global, tidak seperti yang didakwa oleh Encik Shahbudin, ‘seorang Yahudi Dari Jerman’ tetapi dia merupakan seorang ahli teologi Katolik Roman yang terkenal dari Switzerland yang diberi penghormatan tertinggi oleh pemimpin agama dari semua kepercayaan.

Pada Disember 2005, Professor Dr Hans merupakan penceramah yang memberikan ucapan dasar dalam bengkel antarabangsa “Pengajaran Nilai Umum dalam Pendidikan Rasmi” di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh KAF dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Dia juga telah menyertai satu dialog panjang dengan wakil dari semua agama di Malaysia mengenai konsep etika global dan isu-isu yang berkaitan.

Kedua, Projek Global Ethic Pulau Pinang dan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global adalah berdasarkan kepada “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global” yang diambil daripada Parlimen Agama Dunia. Dan dengan itu, lebih dari 5,000 wakil daripada agama yang berbeza telah bersetuju dengan satu gabungan nilai moral umum dan standard etika yang dikongsi oleh semua kepercayaan.

Deklarasi ini juga ditandatangani oleh wakil-wakil dari semua agama di dunia. Dari Malaysia, 2 orang tokoh Muslim yang terkenal menandatangani deklarasi : Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Datuk Dr. Ismail Ibrahim, yang pada ketika ini merupakan Duta Malaysia ke Arab Saudi dan merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ketua Pengarah IKIM.

Ketiga, dalam “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global”, tandatangan yang diturunkan adalah sangat jelas : ‘Dengan etika global kami tidak maksudkan ideologi global, atau satu gabungan agama yang mengatasi semua agama yang wujud, dan tentunya bukan dominasi satu agama ke atas agama yang lain. Dengan etika global kami maksudkan satu persetujuan dalam nilai yang terikat, standard yang tidak boleh ditarik balik dan sikap peribadi. Tanpa sebarang persetujuan asas dalam etika, lambat laun setiap masyarakat akan diancam oleh kekacauan atau pemerintahan diktator, dan individu-individu akan berputus asa.

Dalam pandangan di atas, secara jelas bahawa dakwaan Encik Shahbudin terhadap konsep etika global adalah benar-benar tidak berasas.

Saya menjemput dan mengalukan Encik Shahbudin Yahya dan sesiapa yang berminat dalam kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KAF untuk menetapkan satu sesi dialog bersama saya di mana kita boleh berbincang secara bebas berkaitan isu-isu projek kami di Malaysia. Dialog adalah cara terbaik untuk mengatasi kejahilan, salah faham, prasangka dan sikap tidak bertoleransi. Dialog adalah penting untuk mengelakkan konflik. Dialog adalah satu-satunya cara di mana kita boleh mencapai harmoni, dan keamanan di antara manusia yang mempunyai latar belakang etnik, budaya dan agama yang berlainan.

Perkauman, sikap pelampau agama dan salah guna kaum dan agama untuk kepentingan politik telah menjadi sebab kepada konflik ganas dan peperangan dalam sepanjang sejarah manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan senario yang mengerikan ini dalam pertembungan tamadun, budaya atau agama, kita perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai satu sama lain dan saling memahami dan menghargai.

Pada bulan Mei, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menghentikan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek Etika Global yang dilancarkan di sana. Boleh anda ceritakan kepada kami apa yang berlaku?

Ya, benarkan saya menceritakan mengenai Projek Etika Global Pulau Pinang yang telah dianjurkan dari 4 Februari hingga 10 Mac di Pulau Pinang bersama dengan rakan-rakan tempatan yang lain , seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysian Interfaith Network (Rangkaian Antara Agama Malaysia), Penang Heritage Trust (Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang), Muzium dan Galeri Seni Lukis Pulau Pinang dan Lestari Heritage Network (Rangkaian Warisan Lestari). Kami masih memiliki satu laman web yang amat menarik di mana anda boleh menyemak maklumat tersebut.(www.globalethicpenang.net).

Ianya merupakan sangat berkaitan, projek pendidikan agama yang sangat menyeluruh yang saya laksanakan setakat ini. Dan saya fikir Malaysia perlu berbangga dengannya tetapi (ketawa kecil dengan kuat) tidak semua pihak berbangga dengannya. Kerana projek ini mengandungi pameran yang memaparkan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global dalam 3 bahasa di 3 tempat yang berlainan.

Projek Global Ethic ini juga memaparkan permulaan penggunaan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dalam Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global. Pameran ini telah dirasmikan oleh Gabenor (Yang Dipertuan Negeri) Pulau Pinang. Pada masa yang sama, beliau juga telah melancarkan versi Bahasa Melayu buku pameran tersebut.

Dan kemudiannya, tambahan kepada perkara tersebut, kami juga mengadakan pameran kaligrafi Arab dan Cina buat pertama kalinya dalam undang-undang utama. Pameran ini juga membawa kepada pertandingan kaligrafi Arab dan Cina berkenaan peraturan umum yang pertama di Malaysia di mana kami anjurkan bersama dengan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Pameran tersebut juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran. Jadi, kami anjurkan pameran tersebut di Pulau Pinang juga.

Dan kemudian, Projek Global Ethic juga terdiri daripada Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Kami anjurkan bersama dengan rakan-rakan kami di Pulau Pinang dan ingin saya nyatakan di sini, khususnya Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang dan Rangkaian Warisan Lestari, dan terutamanya koordinator keseluruhan projek kami yang hebat, Puan Khoo Salma Nasution.

Kami mengadakan Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Anda sebenarnya hanya perlu melalui, di satu lorong, Jalan Masjid Kapitan Keling (mengeluarkan risalah untuk menunjukkan peta) di mana kami telah menamakannya untuk program tersebut sebagai “Lorong Harmoni”, yang juga boleh dipanggil sebagai “Lorong Keamanan Agama”. Dan lorong ini yang tidak terlalu panjang, anda boleh melawat tempat-tempat beribadat beberapa agama. Anda boleh melawat Gereja Kristian, Tokong Buddha, kuil Hindu…

Dan sebuah masjid?

Lazimnya, sebuah masjid! Bahkan dua masjid, Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jalan Acheh, dan anda juga boleh melihat 3 tokong Cina yang menampilkan gabungan sistem kepercayaan Confucian, Tao dan Buddha.

Oleh itu, dalam satu tempat yang sangat kecil, dalam masa beberapa minit sahaja berjalan, anda boleh melawat tempat-tempat untuk beribadat untuk pelbagai agama. Ini merupakan sesuatu yang unik ! Anda tidak akan menemui perkara seperti ini di tempat-tempat lain di dunia (dalam nada yang perlahan)

Ini sebab kenapa kami senang hati, anda tahu, untuk mendapatkan kerjasama daripada orang ramai dan beberapa organisasi untuk melaksanakan program ini. Kami menganjurkan lawatan, yang diadakan oleh Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang, bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk penduduk Pulau Pinang yang berminat. Dan,yang paling penting untuk murid-murid sekolah, ya, untuk pergi ke pelbagai tempat ibadat, melawat tempat-tempat ini, dan mengambil peluang untuk berinteraksi dengan penjaga atau imam atau paderi atau sami. Dan mengajukan soalan yang berkaitan dengan kepercayaan tempat ibadat tersebut kepada penjaga tempat ibadat tersebut. Jadi, para pelajar dan juga orang dewasa dapat menimba beberapa pengetahuan praktikal mengenai agama tersebut.

Jadi, apa yang telah berlaku? Selepas Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang menganjurkan lawatan kepada beberapa buah sekolah, dan terdapat sebuah sekolah agama, sekolah agama yang tertua di Pulau Pinang yang menyertai Program Berjalan untuk Agama Dunia, telah menghantar pelajar mereka untuk menyertai program ini. Sebenarnya, ini adalah sekolah yang pertama menyertai program ini!

Setelah beberapa kali lawatan ini diadakan, sesetengah golongan yang berfikiran sempit rupa-rupanya telah datang ke Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan memberikan maklumat berat sebelah, meyakinkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan sekolah-sekolah yang telah menyertai dan sekolah-sekolah lain untuk menghentikan penyertaan dalam program tersebut.

(Berhenti sejenak) Apabila Ketua Menteri mendapat tahu tentang perkara ini, saya fikir dia marah dan mengarahkan Pengarah Jabatan Agama untuk menarik balik pekeliling tetapi kerosakan yang telah dilakukan amat teruk kerana program menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah tidak akan dilaksanakan sekali lagi.

Walaupun, ingin saya nyatakan sekali lagi dengan jelas, sekiranya kami bersedia, kami akan membiayainya pada masa akan datang. Jadi, ianya bukan satu masalah, anda tahu, sekiranya tidak mempunyai dana, tetapi ianya menjadi satu masalah apabila orang ramai kelihatan dalam ketakutan sekarang dan oleh yang demikian tidak sanggup untuk mengadakan kembali program yang sangat bagus ini.

Bermaksud, sekolah-sekolah itu sendiri tidak mengambil peluang untuk terlibat dalam lawatan ini?

Yang pertama sekali, lazimnya sekolah juga mengambil inisiatif dengan meminta agar lawatan seperti ini dianjurkan . tetapi, sebaliknya ianya juga memerlukan pandangan daripada Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang untuk menawarkan lawatan seperti ini. Dan saya dengar mereka tidak menawarkan lawatan ini lagi.

Tetapi, saya telah memaklumkan kepada pengerusi bahawa kami sedia untuk membiayainya, Jadi, ianya bukan disebabkan masalah dana. Saya tidak tahu apa masalahnya.

Tetapi, secara jelasnya, arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri telah ditarik balik?

Apa yang Ketua Menteri arahkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk lakukan. Tetapi saya tidak tahu sama ada ianya benar-benar telah ditarik balik. Saya tidak pasti.

Tetapi (berhenti sejenak) bagaimana ianya berjalan. Pekeliling telah dikeluarkan. Sekarang, setiap orang berasa bimbang. Pada saya, ianya seperti isu sensitif.

Ternyata pertengkaran ini menyatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang tidak Islamik untuk membenarkan umat Islam untuk mengunjungi tempat ibadat agama lain.

Saya fikir ianya merupakan satu contoh yang lain daripada, pemikiran yang sempit dari pihak (berhenti sejenak) sesetengah pemimpin Muslim yang mementingkan diri.

Anda boleh Memetik kata-kata saya. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, masalah itu tidak berakhir di sini. Kerana, saya juga, kami juga mahu memiliki tempat yang tetap di mana kami boleh menganjurkan pameran. Idea ini juga untuk menganjurkan sesuatu seperti pelancongan agama, di mana orang ramai boleh mendapatkan pemahaman asas mengenai agama-agama yang berlainan dan nilai umum yang mereka kongsi, dan kemudiannya selepas itu, mereka akan menyertai lawatan!

Jadi, apa yang kami temui, apa yang kami kenal pasti sebagai sebuah tempat yang ideal adalah Pusat Warisan Pulau Pinang di 116 & 118 Lebuh Acheh..untuk menganjurkan pameran di sana, dipersembahkan kepada orang awam, pelancong, murid sekolah, dan dari situ, anda boleh mulakan, anda tahu, untuk mengadakan program berjalan untuk agama dunia.

Anda juga boleh melawat Muzium Islam Pulau Pinang yang amat berdekatan dengan Pusat Warisan Pulau Pinang.

Satu surat telah ditulis kepada mereka yang bertanggungjawab untuk Pusat Warisan Pulau Pinang dan rakan tempatan kami telah memohon kebenaran untuk mengadakannya (pameran) di sana, dan jawapannya adalah, ‘Tidak’, mereka tidak dapat mengizinkan pameran tersebut kerana ianya tidak Islamik.

Tetapi, mereka ini tidak menyatakan kenapa ianya tidak Islamik. Saya tidak faham apa yang berkaitan dengan tidak Islamik dan sebuah pameran yang telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang telah diadakan di banyak tempat , yang tiada sebarang rancangan untuk menarik penganut baru agama, yang tidak membuat sebarang propaganda untuk mana-mana agama, yang tidak menggalakkan sekularisme tetapi hanya nilai-nilai umum yang baik.

(Sebenarnya), tentangan terhadap pameran dan tentangan terhadap Program Berjalan untuk Agama Dunia di Pulau Pinang tidak menunjukkan pandangan (sentimen) majoriti umat Islam di Pulau Pinang.

Menurut wakil pendapat masyarakat awam yang telah kami biayai (bertajuk, ‘Kenyataan Muslim dalam Tinjauan Pendapat Masyarakat Awam di Semenanjung Malaysia’ yang diselaraskan oleh Dr. Patricia Martinez, 79% Muslim Malaysia berpandangan bahawa mereka perlu belajar mengenai agama-agama lain di Malaysia. Ini bermaksud bahawa mereka yang menentang projek Etika Global Pulau Pinang hanya mewakili minoriti sebanyak 20%.

Dalam masyarakat demokrasi, kemahuan majoriti perlu mengatasi segalanya.

Pada pandangan anda, apa lagi yang perlu dilakukan untuk membina hubungan dan persefahaman yang lebih baik di antara perbezaan kepercayaan dan budaya di Malaysia?

Kami telah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menyertakan pengajaran pengetahuan asas mengenai agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh pelbagai kepercayaan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah…..

Sekiranya kami mahu membina hubungan dan mencapai persefahaman yang lebih baik, saya fikir cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan nilai umum, dalam kurikulum pelajaran kebangsaan.

Kami perlu menyasarkan anak-anak dan cucu-cucu kita dalam membina masa depan yang lebih baik. Masa depan yang lebih harmoni. Ini adalah sebab kenapa saya percaya bahawa pendidikan merupakan perkara fokus, dan merupakan perkara yang sangat penting. Dan saya berharap agar pada tahun terakhir saya berada di Malaysia – saya pasti akan meninggalkan Malaysia pertengahan tahun depan – kita mampu untuk melangkah ke hadapan dalam menyertakan perkara ini dalam kurikulum tetapi ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya setakat ini, saya tidak terlalu optimistik.

Tetapi benarkan saya menyatakan kepada anda tentang perkara ini – penggabungan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh kepercayaan yang berbeza dalam kurikulum pelajaran kebangsaan telah termasuk dalam "Larnaca Action Plan" (Rancangan Tindakan Larnaca) yang telah merupakan hasil daripada ASEM Interfaith Dialogue (Dialog Antara Agama ASEM) yang diadakan di Larnaca, Cyprus pada 3-5 Julai. Malaysia merupakan penganjur bersama-sama dengan Cyprus.

Dan keputusan lain yang sangat penting adalah untuk meneroka kemungkinan untuk mewujudkan kumpulan dialog antara agama kebangsaan. Ini adalah sangat penting dengan merujuk kepada projek suruhanjaya antara agama yang telah dimulakan di sini, di Malaysia.

Malaysia akan menjadi negara pertama, bukan, negara kedua selepas Filipina, saya fikir, untuk mempunyai suruhanjaya antara agama seperti itu tetapi dalam keadaan ketika ini yang boleh digambarkan sebagai penuh dengan rasa dendam, saya fikir kita memerlukan masa untuk mencapai perkara tersebut.

Berhubung dengan suruhanjaya antara agama, kami memperoleh keputusan yang sangat menarik dalam tinjauan pendapat masyarakat awam yang diadakan oleh Muslim Malaysia (di Semenanjung Malaysia) pada Disember 2005; 76% yang diajukan soalan menyatakan bahawa Islam perlu menyertai Interfaith Council (Suruhanjaya Antara Agama) sekiranya sesuatu (organisasi) seperti itu diwujudkan di Malaysia.

Ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat yang menunjukkan majoriti Muslim Malaysia sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersederhana daripada mereka yang berpura-pura untuk bercakap mewakili mereka (Muslim Malaysia).

Agama sebenarnya tidak berkaitan dengan apa yang anda pakai, bagaimana anda menyimpan rambut dan janggut, apa yang anda makan dan minum. Tetapi yang paling utama dalam agama adalah memupuk dan menganjurkan nilai moral yang baik berdasarkan standard etika asas, di mana Tuhan telah wahyukan berulang kali kepada semua rasul-Nya di seluruh dunia.

Standard etika ini mempunyai maksud penting kerana ianya telah diwahyukan kepada semua rasul Tuhan. Ianya mempunyai ciri-ciri peringkat tertinggi yang mutlak.

Sekiranya pemimpin dan penganut agama menumpukan perhatian dalam memupuk dan menganjurkan standard etika asas tersebut, yang kami anjurkan menerusi pameran kami dan cara-cara lain, kita akan hidup dalam keadaan dunia yang harmoni pada hari ini.

Malangnya, disebabkan ego, kejahilan, tamak-tamak kepada kuasa, kepada wang, kepada nafsu dan disebabkan perasaan benci, satu bahagian yang penting dalam manusia telah tidak mampu untuk hidup berpandukan perintah etika Tuhan yang asas. Ini adalah sebab utama manusia menderita semenjak Adam dan Hawa. Ianya kedengaran sangat mudah tetapi ianya sangat mendalam.

sumber asal : thesundaily.com


Sila klik untuk baca selanjutnya...