AIDC BLOG: Anwar Ibrahim ejen asing diupah menjajah semula Malaysia

Thursday, March 19, 2009

Anwar Ibrahim ejen asing diupah menjajah semula Malaysia



Oleh Mike Billington

Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros, merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang.

Mereka meminta perubahan rejim disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.

Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik Empayar Baru British, dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika serta gerakan fasis-hijau, secara terbuka mengisytiharkan dirinya untuk menjadi penyelamat baru Malaysia.

Penyelamat syaitan ini, dibiayai dengan sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam kumpulan pemikir neocon dan universiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan niatnya untuk membayar (“memujuk”) bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya dan mengambil alih majoriti, kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri.

Dia juga memenangi pilihan raya kecil bulan lepas di Pulau Pinang, menjadikannya ketua pembangkang rasmi di Parlimen.

Sila bertemu dengan Anwar Ibrahim, yang dikenali oleh pembaca EIR sebagai jurucakap :

1. George Soros : Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia.

Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang.

Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal.

Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir “perlu dipecat dari jawatannya.”

Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik.



2. Paul Wolfowitz : Arkitek neocon, arkitek utama perang haram dan gila di Iraq bagi pihak Tony Blair dan Dick Cheney, telah menjadi pembela yang lantang kepada Anwar, memberikannya pelbagai peluang pekerjaan kepada Anwar di Amerika Syarikat, ketika dia dibebaskan pada 2004, selepas menjalani hukuman selama 6tahun di atas tuduhan rasuah dan liwat.

Pada 2005, apabila Wolfowitz dilantik untuk mengetuai Bank Dunia oleh George W. Bush, Anwar memujinya sebagai lelaki yang “secara hebatnya percaya kepada kebebasan, dan memahami isu kemiskinan, pencemaran alam sekitar, keadaan tempat tinggal dan isu kesihatan yang banyak menjadi agenda Bank Dunia”.

Di Bank Dunia, Wolfowitz telah menyekat pembiayaan kepada negara yang enggan untuk menerima perintah Anglo-Amerika, mungkin juga membunuh lebih ramai orang daripada apa yang telah dilakukannya semasa menjawat jawatan di Jabatan Pertahanan Amerika.


3. Al Gore : Walaupun sebelum kempen pembunuhan bangsa olehnya untuk menyekat pembangunan Dunia Ketiga di bawah tipu helah “pemanasan global”, Al Gore telah datang ke Malaysia pada November 1998, dua bulan selepas Dr. Mahathir menentang IMF dan spekulator. Dia (Al Gore) berucap di mesyuarat APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) atau mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

Anwar pada ketika itu sedang mengetuai kumpulan perusuh jalanan yang ganas di Kuala Lumpur, sementara Al Gore, bercakap sebelum Perdana Menteri Mahathir dan pemimpin daripada rantau Asia dan Pasifik berucap, dia memuji anarki jalanan sebagai “orang Malaysia yang berani”, mendesak untuk “perubahan” – kepada Gore dan Anwar maksudkan adalah berkaitan dengan syarat-syarat IMF, dan membenarkan kawalan ekonomi oleh pihak luar tanpa batasan.

Menteri Perdagangan Malaysia, Rafidah Aziz mengulas ucapan Gore sebagai “ucapan yang paling menjijikkan yang pernah saya dengar dalam hidup saya,” sementara Mahathir berkata, “Kita perlu bakar dia (Gore).”


Dari mana sumber duit Anwar


Sekarang, mari kita lihat beberapa pekerjaan Anwar beberapa tahun selepas dia dibebaskan daripada penjara, di atas tuduhan liwat pertamanya pada 2005-2007 :

1. Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) atau Sekolah pengajian Antarabangsa, John Hopkins, di mana rakannya Wolfowitz sebelum ini pernah menjadi dekan.

2. Georgetown University di Washington, D.C.

3. St. Anthony’s College, Oxford, di mana dia kerap kali berjumpa dengan Al Gore, yang menjalankan pelindungan nilai aset di London, dengan mendapat keuntungan daripada tipu helah“penukaran karbon” yang dicipta dengan penipuan pemanasan global.

4. Perunding kepada bank Dunia, diupah oleh Presiden Bank Dunia iaitu Paul Wolfowitz

5. Presiden Kehormat AccountAbility, London.

6. International Crisis Group atau Kumpulan Krisis Antarabangsa, satu kumpulan NGO, Organisasi Bukan Kerajaan terkenal yang dibiayai oleh Soros.

7. Foundation for the Future, atau Yayasan Masa Hadapan, yang diasaskan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya Liz, untuk mempromosikan perubahan rejim di rantau Asia Tenggara. Anwar membenarkan Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya (Shaha Riza) di dalam senarai penerima gaji dari yayasan tersebut, satu perlakuan rasuah yang menyebabkan Wolfowitz kehilangan jawatannya di Bank Dunia.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pegawai Malaysia kepada penulis apabila mendengar tentang pelbagai jawatan yang disandang oleh Anwar di Washington dan London :

“Ah, jadi inilah caranya mereka membiayai kegiatan subversif Anwar di Malaysia !”


Dasar Anwar Ibrahim

Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menyembunyikan niatnya bagi menghentikan pembangunan perindustrian dan infrastruktur di Malaysia, dan secara umumnya keseluruhan sektor pembangunan.

Dengan segera selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu,” dengan menghentikan “rancangan projek pelik yang hebat”.

Dalam respons kepada soalan umum oleh penulis ini pada 2005, Anwar mempertahankan usahanya untuk melaksanakan rancangan jimat cermat IMF dan perintah perdagangan bebas ke atas Malaysia, walaupun pada hakikatnya dasar seperti itu kemudiannya memusnahkan ekonomi jiran Malaysia.

Dasar IMF “bermanfaat”, katanya, dan cuba untuk menghentikan projek infrastruktur utama oleh Kerajaan Mahathir, khususnya Empangan Bakun di Sarawak, yang hanya bermanfaat untuk memperkayakan “kroni” Mahathir.” “Ya, pembangunannya berkesan,” katanya, “rakyat keluar dari kemiskinan – tetapi itu hanya pada permukaan. Di bahagian bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemimpin kuku besi, dan tiada media yang bebas.”

Dia juga memberitahu The Age dari Australia bahawa pada 1997-98, perampasan oleh IMF/perlindungan nilai dan juga kemusnahan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu “taufan kemusnahan kreatif yang menggoncangkan rasa puas hati masyarakat dan kerajaan di Asia .”

Itulah sebab kenapa agen empayar British ini masih bertahan di Malaysia? Sistem kewangan dunia sedang runtuh, spekulasi yang dibawa oleh hiper inflasi yang tinggi terhadap harga minyak, bahan mentah dan makanan, berada di luar kawalan mana-mana kerajaan tempatan.

Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh bekas Timbalan Mahathir, Abdullah Badawi, pada mulanya tidak mahu mengakui bahawa (ekonomi) Malaysia akan dimusnahkan sekiranya tiada sebarang langkah kecemasan diambil bagi melindungi (ekonomi) daripada kemerosotan yang akan melanda.

Apabila harga minyak dan makanan melambung tinggi, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat disasarkan kepada kerajaan dengan cercaan Anwar yang fasis menghasut kepada populasi yang sedang marah.

Beberapa bulan kemudian, bagaimanapun, kerajaan Abdullah menyedari impak krisis global terhadap negara mereka, dan mengambil langkah- langkah keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, mengorak langkah pertama ke arah program kuasa nuklear yang serius, serta berkoordinasi dengan negara lain Asia Tenggara dalam bekerjasama dengan China dan India untuk projek pembangunan serantau, perlindungan kewangan bersama.

Langkah tersebut adalah perlu, tetapi tidak cukup, untuk berhadapan dengan krisis tersebut tetapi ianya terlalu jelas, apa yang akan berlaku sekiranya British meletakkan budak mereka, Anwar di puncak kuasa.



AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review yang bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia". Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia

. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia


0 comments: