AIDC BLOG: Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

Monday, October 6, 2008

Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia. Penganut Kristian anggap, Anwar merupakan satu-satunya 'pemimpin masa depan' yang boleh memberi ruang yang luas kepada Kristian mengembangkan agamanya di Malaysia.

Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian


Nota : Artikel ini ditulis oleh Terence Netto untuk siaran Malaysiakini pada 2 Februari 2008. Klik di sini sumber asal

Pemimpin De facto PKR, Anwar Ibrahim telah disoal berhubung dengan pendiriannya berhubung isu agama oleh kira-kira 200 paderi dan aktivis Kristian dan beliau muncul untuk memberikan sokongan padu yang menyeluruh.

Tiada perbezaan yang direkodkan di antara pengumumannya secara terbuka kepada orang ramai dan jaminan peribadinya kepada orang yang menyoalnya, iaitu pemerhati pada dialog terbaru di antara Anwar dan pemimpin Kristian tersebut.

Sesi dialog tertutup diadakan di Petaling Jaya pada pagi hari Rabu berlangsung sehingga lepas waktu makan tengah hari, dengan beberapa hadirin yang identiti mereka dirahsiakan, telah menyatakan bahawa sessi tersebut adalah tanda kesungguhan bagi mereka yang ingin menyelidik lebih lanjut berhubung isu yang menjadi kebimbangan kepada 2.2 juta penganut Kristian di Malaysia.

Perjumpaan tertutup itu bermula pada 9.30 pagi.

Program ini dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia -CFM- (Persekutuan Kristian Malaysia), sessi dialog tersebut merupakan program pertama dari rancangan-rancangan CFM untuk bersama dengan parti-parti politik pada saat-saat menjelangnya Pilihanraya Umum yang ke-12.

Sehingga kini, terdapat syak wasangka oleh ketua-ketua Christian kerana penglibatan beliau dalam perlaksanaan dan pembinaan Islam sebaik sahaja menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar dan Azizah adalah tetamu jemputan Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang tidak dijangka semasa Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember. Ini adalah petanda bahawa pandangan mereka terhadap De Facto leader PKR itu telah berubah.

Rumah Terbuka Anwar -Aidil Fitri 2007 : Mereka ini merupakan aktivis-aktivis NGO yang sentiasa mengelilingi Anwar dan sangat berpengaruh menentukan apa-apa keputusan yang bakal dibuat Anwar. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM-, sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Ketua Biskop Kristian dan Tian Chua (Aktivis SUARAM,HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar. Klik di sini lihat bukti.

Dalam sesi dialog itu, Anwar telah ditemani oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Ahli Majlis Tertinggi, Dr. Xavier Jeyakumar. Anwar memberitahu para hadirin bahawa pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka. Beliau menyatakan bahawa badan kehakiman yang bebas dan saksama akan membantu bagi menjamin rakyat Malaysia menikmati hak yang dijamin oleh Perlembagaan Merdeka.

Beliau menyatakan pendirian PKR jelas iaitu tidak menyokong pembentukan sebuah Negara Islam, tetapi beliau, seperti kebanyakan orang-orang Islam, menolak istilah Negara Sekular yang membawa messej bahawa wahyu Tuhan tidak ada kaitan dengan kehidupan secara amnya



‘Allah’ perlu dibenarkan

Beliau berkata PKR mempunyai kelebihan yang unik kerana parti itu mampu menjadi 'orang tengah' di antara sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang teguh oleh PAS. Beliau berkata, peranan PKR adalah perantara untuk membantu mengasah kesedaran semua pihak bahawa hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Merdeka sepatutnya ditegakkan.

Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Ditanya mengenai peranan beliau di dalam dalam kempen Islamisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika beliau menjadi sebahagian daripada parti pemerintah di antara 1982 dan 1998, Anwar menafikan bahawa arahan pernah diberikan untuk menurunkan salib di sekolah-sekolah Kristian.

Beliau menyatakan pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan (menurunkan salib di sekolah-sekolah), tetapi tindakan melampau itu dilakukan oleh pegawai-pegawai bawahan yang begitu bersemangat dan mungkin terlalu ghairah untuk bertindak mengikut kehendak mereka sendiri

Beliau juga mengatakan sepatutnya balu kepada S Moorthy (pendaki gunung), perlu dibenarkan untuk mengurus dan mengebumikan suaminya (tanpa perlu mengikut hukum Islam) kerana balunya itu yang telah menjaga suaminya.

Beliau berkata kerajaan PKR akan memastikan bahawa Mahkamah Syariah akan diketuai oleh hakim-hakim berkaliber yang dilatih di Universiti-Universiti Islam yang berkualiti.

Di samping itu, beliau menyokong Mahkamah Syariah menguatkuasakan Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Artikel terjemahan lain berkaitan :

1. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

4. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier

1 comments:

Unknown said...

wahai pemimpin PAS /melayu islam ! dimanakah kamu?
-Ku harapkan dapat menegak kan agama,tetapi membisu kerana takut kehilangan kuasa.
hampehhhhhh