Ucapan Dasar Anwar Ibrahim di Sidang Pleno US-Muslim World Forum -AS, Doha, Qatar
“Cabaran Bersama : Menumpukan Perhatian Bersama Kepada Isu Global Yang Timbul”, Ucapan Dasar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Anwar Ibrahim di Sidang Pleno Forum Dunia Islam-AS, 14 Februari 2009, Hotel Four Seasons, Qatar.
Terlalu banyak yang telah disebut mengenai masa lalu – peluang-peluang yang tidak dapat dicapai dan janji yang dimungkiri oleh sebuah negara yang ramai di dunia Islam berada dalam keadaan yang tidak dihormati.
Rasa kebimbangan kita yang amat mendalam menjadi reda dengan harapan baru pentadbiran Obama akan memberikan janji baru terhadap satu agenda untuk memperbaiki semula hubungan dengan rakan-rakan dan musuh-musuh Amerika di seluruh dunia demi kepentingan keamanan yang lebih baik serta mengejar keadilan dan kebebasan.
Kita melihat Presiden Obama komited kepada nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, seorang Presiden yang percaya bahawa isu kritikal yang memisahkan di antara Amerika Syarikat dan dunia Muslim boleh diselesaikan bukan sahaja melalui retorik yang berapi-api dan bahasa yang suka mencari perbalahan tetapi dengan penglibatan positif di dalam bahasa yang saling menghormati.
Pentadbiran baru yang berada dalam peringkat permulaan telah melaksanakan langkah-langkah yang penting, bersedia untuk menyahut seruan-seruan terhadap perubahan. Penyelesaian ketara terhadap konflik Arab-Israel masih lagi tidak kelihatan, walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai utusan Timur Tengah adalah langkah yang dialu-alukan, dan seperti yang dijangkakan, pengunduran tentera di Iraq; memikirkan semula pendekatan di Afghanistan; mengakui Teluk Guantanamo adalah mengkhianati prinsip Amerika; serta kenyataannya yang jelas terhadap penggunaan seksaan.
Selain itu, petikan hadis di dalam ucapan Obama bahawa sebagai manusia kita seharusnya dibimbingi oleh kebenaran universal bahawa tiada kemudaratan diperintahkan terhadap seseorang itu dan seseorang itu pula tidak boleh memaksa seseorang yang lain, menyentuh perasaan umat dunia Muslim (kebebasan hak asasi individu).
Kita berharap di dalam pentadbiran yang baru ini, kita menemui rakan yang lebih dipercayai – untuk menyelesaikan isu keselamatan dan politik yang menyakitkan hati pada zaman kita, tetapi juga dalam mencari satu agenda untuk pembangunan ekonomi yang berkekalan.
Kemiskinan masih menjadi isu utama merentasi Asia, Timur Tengah dan banyak kawasan di Afrika serta memberikan konteks yang bermakna untuk mengejar agenda bersama.
Agenda seperti itu akan membawa manfaat besar kepada berjuta-juta orang yang menyara hidup dengan beberapa dolar sehari. Di dalam konteks kemelesetan ekonomi, terdapat pendekatan yang jelas untuk kerjasama bagi merangsang pertumbuhan yang boleh memulihkan ekonomi yang sedang merosot termasuk mereka yang berada di negara membangun, serta memperbaiki kesan negatif global.
Negara-negara Muslim tidak boleh hanya menjadi penonton di dalam era pentadbiran baru Obama ini, juga tidak boleh meletakkan kesemua harapan mereka terhadap kemungkinan perubahan mendadak dalam dasar luar Amerika.
Tiada pengisytiharan formal dibuat oleh pihak berkuasa yang akan mengubah hubungan antara negara melainkan kita menyaksikan perkembangan sebenar dengan memastikan kerajaan di dunia Muslim lebih responsif kepada aspirasi rakyat dan menunaikan harapan munasabah.
Kita perlu melihat kepada Indonesia – pada 1998 telah melaksanakan peralihan yang aman , di mana tidak pernah berlaku sebelum ini, daripada autoritorianisme tentera kepada demokrasi. Ini berlaku hampir-hampir dalam waktu yang singkat dan tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana tentera asing. Tidak kurang pentingnya adalah Turki, yang sekarang berdiri sebagai negara Muslim yang paling matang dalam demokrasi di dunia.
Tetapi contoh-contoh ini masih terlalu sedikit, dan di antaranya adalah sebuah lautan yang tiada kebebasan, yang telah melahirkan, di antara perkara lain, kemiskinan dan radikalisme.
Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita?
Fakta yang masih tinggal adalah isu urus tadbir dan tanggungjawab masih menghantui, berterusan untuk melontarkan kesangsian terhadap kewajaran golongan elit yang memerintah.
Dalam hal ini, perubahan bukan lagi merupakan satu pilihan. Mesti terdapat penyelesaian yang tegas, dibuktikan dengan usaha-usaha daripada pemimpin dengan sokongan institusi masyarakat awam untuk membawa bersama perubahan yang betul.
Suara yang kuat untuk meminta perubahan di kalangan Muslim masih lagi tidak reda. Walau bagaimanapun, di dalam dunia Muslim, anggapan lalu bahawa Amerika Syarikat mempromosi demokrasi telah menjadi dogengan terpilih, sekiranya tidak, akan berlaku kepuraan-puraan yang nyata.
Kita telah lihat di Algeria pada 1991 dan sekali lagi yang paling terbaru di Palestin. Di kebanyakan negara, demokrasi hanya dijuarai setakat mengadakan pilihan raya – tanpa mengira pelaksanaan pilihan raya tersebut. Sebenarnya ini merupakan demokrasi palsu.
Ciri-ciri tidak demokratik yang mendasarinya hampir tidak memberikan impak – media yang dikawal ketat dengan diskriminasi secara terang-terangan, penipuan di dalam pilihan raya, layanan menindas terhadap parti pembangkang dan badan kehakiman yang ditawan. Ini bukan isu akademik.
Di tempat saya, ini adalah realiti yang sebenar.
Muslim mesti komited untuk berubah. Soalan yang masih bermain di minda adalah bagaimana kita boleh meneruskannya?
Pertama sekali – penglibatan sebenar mestilah merangkumi semua aspek. Kita tidak perlu bermula dengan membina dinding di sekeliling kita, meletakkan prasyarat, serta membuat hukuman terlebih dahulu terhadap kumpulan dan parti. Halangan ini hanya akan menguatkan prejudis lama dan menyemai syak wasangka berpanjangan.
Penglibatan yang membuahkan hasil mestilah bermula dengan penyataan bahawa tiada negara (termasuk Amerika), tiada wilayah (termasuk dunia Arab), dan tiada budaya dan agama(termasuk Islam) memiliki monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia.
Ini sudah tentunya prinsip universal yang kita semua kongsi bersama.
Terima kasih.
AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim di Keynote Address at Plenary Session of the US-Islamic World Forum, Doha Qatar, 2009. Artikel asal klik di sini
Artikel lain berkaitan :
1. Saya kini Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim
2. AIDC Fotopages - Benarkah Anwar Ibrahim malukan Madeline Albright di Forum Doha, Qatar ?
3. Anwar hadiri persidangan Islam Liberal di Doha, Qatar ?
4. Anwar sibuk di Doha hingga tertinggal kapal terbang ?
5. Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..
6. Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..
7. Kenapa Anwar lari terkincit-kincit mahu jumpa Al Gore ?
8. Anwar Ibrahim’s keynote address at Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum
9. Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?
Thursday, March 5, 2009
Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment