AIDC BLOG

Friday, November 21, 2008

JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia



JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia


Oleh: Thoriq
Penulis adalah mahasiswa Syari'ah Islamiyah Universitas Al Azhar Cairo Mesir

Dari segi idea besarnya, JIL (Jaringan Islam Liberal) lebih mirip menyambung lidah imperalisme Barat ke atas dunia Islam. Dari segi politiknya, ada sambungan tali temali benang merah dengan CIA. Benarkah begitu ?

Setelah beberapa tahun JIL mendeklarasikan kewujudannya -didirikan sekitar Mac 2001 (tahun akhir Gus Dur menjadi Presiden Indonesia)—kini, mulai nampak tanda-tanda keberhasilannya.

Setidak-tidaknya, fenomena baru ini sudah nampak semakin jelas - yang pada mulanya sembunyi-sembunyi — kini sudah terkesan kewujudannya. Salah satu impak penting yang timbul dari lahirnya gudang pemikiran itu adalah wujudnya suasana kurang ajar di kalangan pengikutnya dengan istilah “kekritisan berfikir”.

Suasana baru kaum terpelajar muslim itu, seakan-akan perubahan mendadak. Terutama cara mereka berfikir dan berhujah. Tiba-tiba mereka begitu bersemangat ‘mengkritik’ Al-Qur’an, menolak beberapa nash hadits-hadits shahih, serta menuduh para ulama’ sebagai kelompok konservatif.

Anak-anak muslim ‘terpelajar’ itu juga dilihat sangat aktif berbicara, berdiskusi, berseminar, berbengkel, bertemu sesama ahli untuk membahas tema-tema demokrasi, kebebasan berekspresi, sekularisasi, pluralisme, dan kesetaraan gender.

Mereka teramat sibuk bergelut dengan rujukan-rujukan liberal. Bacaan-bacaan wajib mereka, "Tahrirul Mar’ah" (emansipasi wanita) milik Qasim Amin (1), "The Spirit of Islam", ditulis oleh (Sir Sayyid)Amir Ali,(2) dan "Al Islam wa Ushul Al Hukmi"(Islam dan Dasar Pemerintahan) karya Ali Abdul Raziq.(3). Sesungguhnya buku Ali Raziq ini diciplak dari tulisan orientalis Inggeris bernama Thomas W. Arnold.

Nama-nama seperti, Sayid Ahmad Khan, Arkoun, Ali Abdul Raziq, Charles Kuzman, Fatimah Marnissi, Nasir Hamid Abu Zaid dan Fadzlur Rahman seolah-olah “kitab suci” yang melekat di otak mereka.

Dalam ketika sama, mereka mulai nampak malas menelaah Al-Qur’an, bahkan boleh jadi mereka muak jika mendengar dalil-dalil dari hadits. Yang jelas, mereka begitu percaya diri dengan identiti itu, dan begitu berbangga jika mereka disebut "liberal".

Satu persoalan penting yang kerap bermain di minda masyarakat adalah; “Apakah program-program JIL warisan daripada imperialisme barat? Apakah identiti Islam hanya 'topeng' untuk membenarkan ideologi kapitalis?.


Warisan Imperialis Barat

Secara jujur, sebenarnya, idea-idea besar JIL dapat dipahami dalam kerangka warisan imperalisme Barat ke atas Dunia Islam. Kalau kita amati tentang agenda-agenda JIL, maka kita akan menemukan perkaitan antara imperialisme barat dan agenda JIL.

Luthfi Asy-Syaukanie, salah satu aktivis JIL pernah menyebut secara jujur, empat agenda utama lahirnya Islam Liberal. Pertama, agenda politik, Kedua, agenda toleransi agama, Ketiga, agenda emansipasi wanita, dan Keempat, agenda kebebasan berekpresi (menyuarakan pendapat).

Dalam agenda politik, kaum muslimin “diarahkan” oleh JIL untuk mempercayai sekularisme, dan menolak sistem pemerintahan Islam (Khilafah). Dalam agenda plurarisme, kelompok ini menyeru bahawa semua agama adalah benar, tidak boleh ada 'truth claim'. Agenda emansipasi wanita, adalah menyamaratakan secara total peranan hak lelaki dan wanita, dan agenda kebebasan berekspresi, seperti hak untuk tidak beragama, tak jauh bezanya dengan agenda politik di atas.

Semua idea-idea ini pada akhirnya, kembali kepada ideologi dan kepentingan imperialis.

Kerana itu, sukar sekali-untuk untuk tidak mengatakan - mencari akar pemikiran-pemikiran tersebut dari Islam secara murni, kecuali setelah melalui menyelewengkan teks-teks Al-Qur’an dan As-Sunnah. Misalnya teologi pluralisme menganggap semua agama benar, sebenarnya berasal dari hasil Konsili Vatikan II 1963-1965 yang menciplak prinsip extra ecclesium nulla salus (di luar Katolik tak ada keselamatan) menjadi teologi inklusif-pluralis, yang menyatakan keselamatan mungkin berada di luar Katolik. (Islam Liberal: "Sejarah, Konsepsi dan Penyimpangannya", Adian Husaini dan Nuim Hidayat).

Selain itu, dari kerangka ideologi, idea-idea JIL dapatlah dinyatakan sebagai idea-idea kapitalisme. Luthfi Asy-Syaukanie dalam bukunya "Wajah Liberal Islam di Indonesia" (2002) telah berhasil menyajikan deskripsi dan peta idea-idea JIL.

Jika diterperincikan, kesimpulannya adalah banyak persamaan dengan ideologi kapitalisme. Tentu ada kreativiti dan modifikasi. Khususnya pencarian ayat atau hadits atau sejarah lampau yang kemudian ditafsirkan secara sewenang-wenang agar sesuai dengan kapitalisme.

Idea-idea besar kapitalisme itu antara lain; (1) sekularisme, (2) demokrasi, dan (3) kebebasan. Dukungan kepada sekularisme -pengalaman partikular Barat- nampak begitu serius melakukan penolakan terhadap bentuk sistem pemerintahan Islam (khilafah), dan penolakan terhadap syariat Islam. Tetapi mereka bersemngat menerima semua gagasan demokrasi tanpa penyelidikan kritis. Mereka cepat-cepat bersemnagt jika mengkritik Islam, tapi berpura-pura buta jika sumber-sumber itu datangnya dari Barat.

Kentalnya idea-idea pokok kapitalisme itu hingga mereka menjadikan ideologi kapitalisme sebagai standard pemikiran. Meminjam bahasa Al Jawi, idea-idea kapitalisme diterima terlebih dulu secara taken for granted dan dianggap benar secara total, tanpa diberi peluang untuk didebat (ghair qabli li an-niqasy) dan tanpa ada kesempatan untuk diubah (ghair qabli li at-taghyir). Lalu ide-ide kapitalisme itu dijadikan cara berfikir (dan hakim!) untuk menilai dan mengadili Islam.


JIL Asia Foundation dan CIA

The Asia Foundation adalah yayasan raksasa yang markas besarnya di San Fransisco. Yayasan ini memiliki 17 cawangan di seluruh Asia, termasuk Washington, D.C. Pada tahun 2003, The Asia Foundation menyumbangkan bantuan sebanyak 44 juta USD dan menderma 750 ribu buku dan risalah pendidikan yang nilainya sekitar 28 juta USD di seluruh wilayah Asia.

Sebagaimana yang dipetik dari website rasmi kerajaan AS, http://usinfo.state.gov, Oktober lalu –beberapa hari menjelang pilihanraya di Afghanistan- The Asia Foundation, menjalankan program The Mobile Theater Project, tayangan filem keliling. Dengan alasan pendidikan demokrasi -atau lebih tepat lagi sebagai propanganda demokrasi— mereka mengelilingi kampung untuk menayangkan filem yang telah ditonton seramai 430, 000 orang.

Di Indonesia, dalam Pilihanraya 2004, seperti yang diakuinya di website http://www.asiafoundation.org/, yayasan ini telah menaja JPPR (Jaringan Pendidikan Pemilih Untuk Rakyat) dengan mengambil 141,000 sukarelawan dan melakukan training kepada lebih 70 ribu orang. Mereka turut memanfaatkan radio dengan anggaran 25 juta pendengar, memanfaatkan TV yang ditonton 74 juta penintin, serta menguasai media cetak yang dibaca 3 juta orang.

Di Indonesia, yayasan ini wujud sejak tahun 1970. Mereka berselindung di balik program-program ternama; training keagamaan, studi gender, HAM (hak Asasi Manusia) dalam Islam, civic education di institusi-institusi Islam, pusat pembelaan perempuan untuk Islam (Muslim Women Advocacy), dan program-program pluralisme, seiring dengan program-program JIL.

Jika dilihat dari segi agenda dan kegiatannya selama ini, terdapat hubungan langsung antara agenda-agenda JIL dengan yayasan raksasa bernama The Asia Foundation itu.

Tidak boleh disangkal, bahawa kehidupan kelompok ini amat bergantung kepada bantuan dana dari The Asia Foundation. Dan kerana tajaan yang amat besar dari yayasan ini, maka JIL dalam waktu yang singkat boleh mendirikan Radio satelit pertama di Indonesia, Radio 68H, yang siarannya dibenarkan oleh puluhan pemancar radio di Indonesia, mampu membeli satu halaman penuh akhbar Jawa Post, bahkan mampu menayangkan iklan-iklan di televisyen dengan masa yang panjang, misalnya iklan “Islam Warna-Warni” yang akhirnya dihentikan tayangannya akibat teguran MMI (Majelis Mujahidin Indonesia), bahkkan mampu menjalankan kegiata-kegiatan mereka walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar.

Jika dikaji dari sponsor utama (The Asia Foundation) yang selama ini menjadi penaja utama pendanaan JIL, boleh disimpulkan bahawa semuanya berpusat kepada agenda The Asia Foundation. Dengan bahasa lain, JIL adalah ‘karyawan’ The Asia Foundation yang bertugas di lapangan, untuk melaksankan misi besar yayasan itu.

Yayasan ini banyak menaja kegiatan-kegiatan dalam rangka penyebaran fahaman kapitalisme dan seangkatannya. Yang paling nampak jelas penglibatan The Asia Foundation dalam membantu kumpulan PUG (Tim Pengarasutaman Gender) yang dibentuk oleh Departemen (Jabatan) Agama, yang kemudian berjaya menyusun draf Kompilasi Hukum Islam (KHI) (4) yang isi kandungannya telah menimbulkan kontroversi.

Merujuk sebuah rencana yang berjudul "CIA's Hidden History in the Philippines", , Roland G. Simbulan (Coordinator, Manila Studies Program University of the Philippines) telah menyampaikan ceramahnya di University of The Philipinnes (18 Ogos, 2000), dengan memetik tulisan seorang sosiologi Amerika, James Petras, (dari Journal of Contemporary Asia), yang menggambarkan, bagaimana operasi sulit yayasan besar dijalankan -jika tidak didukung oleh kerajaan Amerika - maka yayasan tertentu akan melaksanakannya dengan dibantu oleh agen-agen rahsia atau CIA yang terlibat secara penyamaran. Yang dimaksudkan oleh Petras, kewujudan agen-agen rahsia (CIA) untuk menghindari konflik akibat pertembungan secara langsung dengan struktur rasmi kerajaan serta menghindari tuduhan wujudnya penjajahan dan eksploitasi kapitalis.


Roland G. Simbulan juga menjelaskan bahawa yang memainkan peranan CIA yang paling ketara di Manila adalah The Asia Foundation. Pernyataan ini dianggap bukti yang sah , kerana berdasarkan pernyataan seorang anggota Jabatan Birokrasi Amerika,iaitu William Blum.

Dalam ulasan buku yang berjudul "Asia Foundation is the principal CIA front", seorang jurnalis penyiasatan majalah Times, Raymond Bonner, menulis rencana berjudul: "Waltzing with a Dictator: The Marcoses and the Making of American Policy", menyatakan bahawa “Asia Foundation adalah dibentuk oleh CIA!”.

Bukti ini semakin diperkukuhkan melalui bukti wawancara Roland G. Simbulan dengan seorang bekas pegawai penyiasat CIA yang beroperasi di Philipina pada tahun 1996, yang mengesahkan dia aktif menggunakan yayasan ini (The Asia Foundation) sebagai agen.

Bahkan secara terang-terangan pula ditulis dalam laporan tahunan The Asia Foundation, tahun 1985, yang menyebut kenyataan Victor Marchetti (salah seorang Timbalan CIA), bahawa “Asia Foundation didirikan oleh CIA dan masih mendapat subsidi dari tahun 1967” (Asia Foundation Annual Report, 1985).

Sudah jelas, bahawa The Asia Foundation memang dibentuk oleh CIA, didirikan sebagai alat untuk memperluas dan mempermudah proses imperialisme Amerika Syarikat ke atas negara-negara lain di kawasan Asia Pasifik dengan cara tidak konfrantasi.

Dari susur galur itu, boleh jadi, JIL - setelah dilihat dari dasar idea yang dipopularkannya, serta rakan kongsinya - bahwa sesungguhnya asasnya tidak ada hubungannya dengan Islam, tidak bersangkut-paut dengan perbezaan metode penafsiran nash, pembaharuan, pencerahan, atau sifat kritis.

Kegiatan JIL -boleh jadi - tak lain, tidak bukan merupakan aktiviti intelejen (intelligence) asing yang hendak mencengkam kuku-kuku imperialismenya di bumi umat Islam umumnya dan Indonesia khususnya. Benarkah demikian? Wallahu a’lam.


Nota :

(1) Buku "Tahriirul Mar’at" (Emansipasi Wanita), tulisan Qasim Amin (Mesir), banyak mendapat kecaman dari para ulama di Mesir, Syam dan Iraq dan telah dihukum murtad. Tidak lama kemudian dia menulis sebuah buku lagi berjudul "Al-Mar’atu Al-Jadiidatu "(Wanita Modern), maksudnya adalah menyeru wanita muslimah berubah menjadi wanita Eropah.

(2) Buku "The Spirit of Islam", (Roh Islam) tulisan Amir Ali (India) berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal selaras dengan kehendak Ratu Victoria Inggeris. Dalam buku itu, beliau merumuskan Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme.

(3) Buku "Al-Islam Wa Usul al-Hukm" (Islam dan Dasar Pemerintahan) tulisan Ali Abdul Raziq (Mesir) diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, Ali Raziq merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iatu Al-Quran dan Hadith. Beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan. Beliau juga mengemukakan ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara.

(4) KHI (Kompilasi Hukum Islam) ditubuhkan sejak 1991 yang berfungsi menyelaraskan hukum-hukum Islam di Indonesia. Sejak program Pengarusutamaan Gender (PUG) iaitu program untuk menyamarata hak lelaki dan perempuan diperkenalkan pada tahun 2000 (semasa pemerintahan Gus Dur) terhadap sembilan bidang sektor pembangunan negara. Salah satu sektor terbabit adalah sektor agama (hukum). Satu kumpulan yang dinamakan "Tim Pengarusutamaan Gender",Departemen Agama telah dibentuk untuk mengkaji semula KHI yang diperkenalkan sebelum ini. Satu draf KHI baru telah diperkenalkan dengan memasukkan beberapa elemen baru iaitu 'gender', 'pluralisme', 'hak asasi manusia', dan 'demokrasi'. Eelemen baru ini sebenarnya idea kapitalis yang diperjuangkan oleh The Asia Foundation dan disuntik ke dalam Departemen Agama Indonesia.

AIDC menterjemah artikel bertajuk, "JIL, CIA, Asia Foundation dan Imperialisme Barat" dari laman web swaramuslim.net. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan

1. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

2. Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..

3. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

4. Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel ?

5. Memahami makna 'Muslim Moderat'

6. Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?

7. Inti ideologi Jaringan Islam Liberal

8. Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Konflik Palestin : Anwar Ibrahim kata HAMAS tidak demokrasi - Israel insider

Mahmod Abbas, wakil kumpulan Fatah, Palestin bekerjasama dengan Ehud Olmert, wakil Israel. Perjanjian damai ini dinamakan Annapolis Summit 2007 yang diusahakan Amerika Syarikat. Majoriti rakyat Palestin, terutamanya Kumpulan HAMAS menentang 'perjanjian damai' ini kerana perjanjian berat sebelah yang amat menguntungkan regim Israel.


Konflik Palestin : Anwar Ibrahim kata HAMAS tidak demokrasi - Israel insider


Oleh Dr Gershon Baskin, Ph.D.

Sejak akhir Mei 2003, saya telah menambah petikan kata-kata Ariel Sharon sebagai sebahagian daripada tandatangan email saya. Ini amat bererti kepada saya memandangkan Sharon melambangkan hampir kesemua yang saya bangkang di Israel. Petikan kata-kata ini menandakan perubahan sebenar yang dijalankan oleh Sharon beberapa tahun yang lepas.

Pada 1988, saya telah melancarkan Israel/Palestine Center for Research and Information – IPCRI (Pusat Israel/Palestin untuk Penyelidikan dan Maklumat), berdasarkan idea bahawa dua negara untuk dua penyelesaian rakyat bagi memenuhi secara muktamad kepentingan strategik orang Yahudi dan Palestin.

Pada masa itu, kurang dari 5% rakyat Israel menyokong penyelesaian ini dan ramai rakyat Israel, khususnya yang berada dalam kerajaan dan tentera, mengaitkan saya sebagai seorang pengkhianat. Penolakan akhir terhadap pendudukan oleh Sharon merupakan justifikasi terakhir saya yang mewajarkan tuduhan sebagai seorang pengkhianat.





Petikan kata-kata, daripada 26 Mei 2003, dibaca seperti berikut : “Saya fikir idea ini mungkin diteruskan bagi menjaga 3.5 juta Palestin di bawah pendudukan – ya ianya masalah pendudukan, mungkin anda tidak senang dengan perkataan itu, tetapi apa yang berlaku adalah pendudukan – ia tidak baik kepada Israel, dan tidak baik kepada rakyat Palestin, dan tidak baik kepada ekonomi Israel. Mengawal 3.5 juta rakyat Palestin tidak akan berlaku untuk selama-lamanya. Anda ingin kekal di Jenin, Nablus, Ramallah dan Bethlehem?"

Di atas pentas ceramah di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, September lepas, Sharon telah menuju setapak lagi ke hadapan, menjadi pemimpin Israel yang pertama yang tidak sahaja bercakap tentang minat Israel untuk mewujudkan negara Palestin, dia juga bercakap tentang hak rakyat Palestin untuk sebuah negara milik mereka.

“Hak bangsa Yahudi kepada Tanah Israel tidak bermaksud tidak mempedulikan hak mereka yang lain di tanah tersebut. Rakyat Palestin sentiasa akan menjadi jiran kami. Kami menghormati mereka, dan tiada aspirasi untuk memerintah mereka. Mereka juga berhak kepada kebebasan dan untuk sebuah negara wujud dengan kedaulatan mengikut kehendak mereka sendiri”.

Gershon Baskin, nombor dua dari kiri. From right: Elias Zananiri, Executive Director, Palestinian Peace Coalition/Geneva Initiative; Hillel Schenker, PIJ Co-Editor; Gershon Baskin, Co-Director, the Israel-Palestine Centre for Research and Information (IPCRI) and PIJ Editorial Board Member;and Daniel Levy, Director of Policy and International Efforts, Heskem/Geneva Initiative




Beberapa tahun yang lepas semasa meningkatnya intifadah, sebuah kereta kebal Israel diletupkan di Beit Lahia di Gaza. Tentera darat memasuki kawasan kerjasama pertanian Beit Lahia, yang mana sebelum intifadah dilabelkan oleh seorang Jeneral Tentera Israel sebagai “kampung keamanan” dan memusnahkan rumah tanaman, peralatan pengairan dan tapak penyemaian. Tentera darat kemudian menampal notis yang mana penduduk Beit Lahia diberikan masa selama 2 minggu untuk mengalihkan apa jua aset pertanian yang tinggal dan kemudiannya Israel akan mengambil alih hak milik tanah tersebut.

Kebanyakan tanah yang akan dirampas merupakan milik seorang petani yang merupakan rakan saya. Dia memberitahu kisah tersebut, dia memberitahu saya bahawa kereta kebal tersebut tidak diletupkan di atas tanahnya tetapi di atas sebidang tanah yang lain di luar kawasan kerjasama dan tidak seorang pun daripada kawasan kerjasama mempunyai apa-apa kaitan dalam merancang letupan itu. Sebenarnya, dia memberitahu saya bahawa beberapa ahli kawasan kerjasama telah diancam oleh Hamas kerana berusaha untuk mencegah ahli Hamas daripada memasuki kawasan mereka.

Saya membentangkan kes tersebut kepada Tentera Darat di pelbagai peringkat, sehinggalah kepada Jeneral Bertugas untuk Kawasan Pemerintahan Selatan. Segala rayuan saya untuk Tentera Darat meneliti semula fakta-fakta yang dikemukakan tiada sebarang jawapan. Tentera Darat telah membuat keputusan, ia menyatakan bahawa kes tersebut telah disiasat sepenuhnya, kereta kebal yang meletup di atas tanak kawan saya dan di kawasan kerjasama telah membantu pengganas.

Dengan tiada tempat untuk dituju, saya telah menulis surat kepada Sharon dan meminta seorang rakan di pejabatnya untuk memastikan Sharon membacanya. Saya menjelaskan situasi dan saya menerangkan bahawa saya tidak dapat berhubung dengan sesiapa daripada Tentera Darat untuk meneliti semula bukti yang telah saya kemukakan.

Pada hari yang berikutnya saya telah menerima satu panggilan telefon daripada Atase Tentera Perdana Menteri memberitahu saya bahawa kes sedang disiasat. dua minggu kemudian, rakan saya mendapat tanahnya kembali.

Pada Februari 2005 saya menyampaikan syarahan di Middle East Institute in Washington (Institut Timur Tengah di Washington) dengan ditaja oleh Foundation for Middle East Peace (Yayasan untuk Keamanan Timur Tengah). Dalam syarahan, saya cuba untuk memberikan satu penilaian tentang situasi politik dan prospek masa hadapan.

Pada Februari, Pejabat Perdana Menteri, IDF dan Majlis Keselamatan Negara dengan segala kekuatan merancang untuk berundur dari Gaza. Sebelum syarahan saya, saya telah bercakap kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam perancangan tersebut dan saya menyatakan bersama pandangan mereka dalam penilaian saya untuk syarahan tersebut. Pada satu ketika dalam syarahan, saya terpaksa berhenti sendiri, menarik nafas, dan memohon maaf kerana saya kelihatan bersuara seperti jurucakap kepada Sharon.

Ketika itu, orang ramai masih lagi berasa sangsi dengan rancangan Sharon, saya diyakinkan bahawa Sharon 100% berniat untuk melaksanakan pengunduran dan memansuhkan kesemua penempatan di Gaza. Ramai orang mempertikaikan dorongan dan niatnya. Pada pendirian saya ia tidak mengapa. Niat dan dorongan ahli politik mungkin penting dalam merancang apa yang mereka lakukan, tetapi sering kali mereka jarang terlibat dengan realiti yang berlaku selepas melaksanakan rancangan mereka. Pada pandangan saya, perkara yang paling penting adalah keluar dari Gaza, dan paling cepat paling baik.

Saya tidak mempunyai anggapan yang salah bahawa Sharon secara tiba-tiba telah menyertai kumpulan damai. Saya tidak percaya bahawa Sharon akan menyertai proses perundingan dengan rakyat Palestin kerana mereka tidak pernah menerima mereka seperti sama taraf dan rakan yang boleh dijemput ke meja rundingan.

Sharon menolak konsep Oslo yang menegaskan bahawa keselamatan akan dijadikan satu hasil keamanan. Keamanan boleh dicapai melalui perjanjian politik yang membawa manfaat ekonomi dan keselamatan. Sharon tidak pernah menerima kewajaran Oslo. Sehingga hari terakhir dia memegang jawatan, dia sentiasa berpegang kepada pendirian yang keamanan hanya akan datang selepas keselamatan dicapai.

Dia dengan tegas percaya bahawa rakyat Palestin berjuang menentang keganasan, dan dengan itu menunjukkan bahawa mereka komited kepada keamanan, boleh jadi keamanan yang sebenar boleh dirunding. Dia tidak percaya bahawa terdapat apa-apa perkara untuk dibincangkan mengenai perjanjian damai sekiranya mempertahankan pilihan keganasan di belakang.

Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden Malaysia telah dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi.

Saya telah berkesempatan berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali pada November 2005 dan menghabiskan masa dengannya. Saya bertanya Anwar Ibrahim apa yang perlu Pihak Berkuasa Palestin lakukan dengan Hamas dan perlukan Hamas dibenarkan untuk menyertai pilihan raya yang akan datang.

Anwar secara tegas dan lebih berterus-terang – dia berkata bahawa prasyarat untuk mana- mana parti untuk menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata.

Parti dan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai satu proses demokratik kerana ia menyindir demokrasi dan konsep kebebasan, tegas Anwar.

Sharon sudah tentu akan senang dengan jawapan tersebut dan akan bersetuju 100% dengan Anwar Ibrahim, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, boleh jadi menjadi rakan perbincangan pada pandangan Sharon.

Mahmoud Abbas, yang dilihat oleh Sharon sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan lebih disenangi daripada Arafat, masih belum lagi bangkit ke jawatan yang dipertimbangkan sebagai rakan. Saharon tiada niat untuk berunding dengan Abbas. Sharon tiada niat untuk mengetuai proses rundingan damai dengan rakyat Palestin pada masa ini.

Pencapaian politik terbesar Sharon adalah membentuk semula peta politik di dalam Israel. Jarak di antara kanan dan kiri di dalam Israel sangat kecil di bawah Sharon yang memaksa kebangkitan dan kepentingan kawasan tengah peta tersebut.

Sharon dan parti Kadimanya menawan kawasan tengah yang majoriti rakyat Israel tinggal pada hari ini. Kadima dilihat sebagai sebuah parti perseorangan, tetapi realitinya, keperluan parti yang diwujudkan oleh “seorang lelaki” kekal meskipun selepas lelaki tersebut tidak dapat memimpinnya.

Mungkin itu menjelaskan kenapa bilangan undi selepas Sharon berundur dari arena politik masih menunjukkan bahawa satu pertiga orang awam mahu mengundi Kadima, walaupun di bawah pemerintahan Ehud Olmert.

Olmert telah menjadi salah seorang daripada ahli politik yang paling kurang popular dalam pilihan raya baru-baru ini, dan sehingga sekarang tiada apa-apa yang menjejaskan tinjauan pendapat awam untuk mengubah realiti. Olmert, sebagai pemangku Perdana Menteri, akan menjadi amat popular di mata orang awam lebih daripada sebagai Menteri Kewangan yang mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya fikir Olmert seorang yang berkeupayaan, berpengetahuan dan ahli politik yang berpengalaman. Dia dapat menggunakan sesetengah pelajaran dalam pengantaraan kerana dia seseorang yang dikenali sebagai sangat suka berkonflik. Dia amat dikenali dengan lidahnya yang tajam dan berjenaka dengan pintar. Dia bukan seseorang yang anda suka sebagai seorang musuh.

Olmert bukan seorang bekas jeneral, pada hakikatnya dia menamatkan perkhidmatan di dalam tentera dengan pangkat Sarjan dan berkhidmat sebagi wartawan di dalam majalah berita Tentera Darat, Bemahaneh. Olmert merupakan seorang peguam dan sentiasa menggunakan persoalan perundangan untuk membina kesnya. Olmert merupakan pembela utama rancangan pengunduran Sharon dan telah dicatatkan bahawa pengunduran mesti diteruskan di Tebing Barat. Dia tidak khuatir untuk mengambil alih kepimpinan penyelesaian kepimpinan untuk pertarungan terakhir, jadi masih terdapat kemungkinan untuk optimis bahawa pengunduran akan berlaku daripada Tebing barat.

Ia amat menyedihkan kerana Sharon tidak menyaksikan luahan perasaan dan ucapan selamat yang diterimanya dari seluruh negara dan seluruh dunia. Sharon merupakan ahli politik yang paling dibenci dalam dekad terakhir di Israel, di rantau dan di seluruh dunia. Dia sekarang dipandang tinggi sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang hebat.

Dia sudah tentu mendapat penghormatan saya di atas apa yang dilakukannya pada tahun lepas. Sejarahnya tidak akan dilupakan tetapi dia meninggalkan arena politik dengan warisan yang berbeza – yang mana telah membawa harapan baru kepada wilayah ini.

+Pandangan yang dilahirkan oleh penulis tidak semestinya menggambarkan mereka yang berada dalam israelinsider


AIDC menterjemah artikel yang ditulis oleh Dr Gershon Baskin, Ph.D. pada 6 January 2006 di dalam website Israel Insider. Gershon Baskin, warganegara Israel telah berpindah dari Amerika Syarikat ke Israel pada 1970-an. Dia berkerja dengan Yahudi dengan orang-orang Arab sehingga kebangkitan pertama orang Palestin. Dia memulakan promosi dialog kerjasama antara rakyat Israel dan rakyat Palestin di tebing barat dan Gaza dengan pengasas IPCRI (Israel/Palestine Center for Research and Information). Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

3. Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim

4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Muslim Moderat Halalkan Homoseksual?

Prof. Dr. Siti Musdah Mulia (kanan) Pengarah UIN, Jakarta 'memfatwakan' Islam tidak mengharamkan homoseksual. Pendapatnya bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Foto di atas Dr Siti Musdah bersama Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat setelah beliau menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa (International Women of Courage Award) 2007 di Washington DC. Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Sumber foto klik di sini dan di sini


Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?


Oleh : Adian Husaini.

Harian The Jakarta Post, edisi Jumaat (28/3/2008) dalam halaman muka depan menerbitkan berita berjudul Islam 'recognizes homosexuality' (Islam mengakui homoseksualiti). Memetik pendapat dari Prof. Dr. Siti Musdah Mulia , Pengarah di UIN (Universitas Islam Negeri) Jakarta, akhbar berbahasa Inggeris itu menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah alami (semulajadi) dan diciptakan oleh Tuhan, kerana itu dihalalkan dalam Islam. (Homosexuals and homosexuality are natural and created by God, thus permissible within Islam).

Menurut Musdah, para sarjana Muslim moderat berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Dan bahawasanya kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya hanyalah berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam.


Kumpulan Muslim Moderat Indonesia : Foto atas Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Presiden Nahdatul Ulama (NU) bersama Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-Today) menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Foto bawah Prof. Dr. Siti Musdah Mulia, Ketua Muslimat Nahdatul Ulama (NU) 'fatwa' Islam tidak mengharamkan homoseksual. Di dalam foto itu Dr Musdah sedang menyampaikan ceramahnya dalam program "The Advancing Women Representation and Political Leadership 2009", di Jakarta, anjuran International Republican Institute (IRI). Sumber foto klik di sini


Secara jelas, ditulis dalam akhbar itu: “Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”

Memetik QS 49 ayat 3, Musdah menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual. Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety).

Demikian pendapat Pengarah UIN Jakarta ini dalam diskusi yang diselenggarakan suatu organisasi bernama “Arus Pelangi ”, di Jakarta, Kamis (27/3/2008). (Nota -NGO Arus Pelangi adalah NGO untuk kumpulan homoseksual & Lesbian di Indonesia)

Menurut Musdah Mulia, intisari ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).

The Jakarta Post juga memetik pendapat seorang penceramah bernama Nurofiah, yang menyatakan, bahawa pandangan dominan dalam masyarakat Islam tentang heterogeniti (kepelbagaian) adalah “konstruksi sosial”(pembinaan sosial), sehingga menyebabkan larangan aktiviti homoseksualiti oleh kaum majoriti. Ini sama dengan kes ”bias gender”(ketidakadilan jantina) disebabkan dominasi budaya patriarki (lelaki). Kerana itu, katanya, keadaan ini akan berbeza jika yang berkuasa adalah kaum homoseks.

Lebih tepat lagi, dipetik ucapan aktivis gender iti: "Like gender bias or patriarchy, heterogeneity bias is socially constructed. It would be totally different if the ruling group was homosexuals."

Dua tokoh Muslim Moderat Asia yang disebut oleh John Esposito, orientalis dari Amerika Syarikat dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam", Oxford University Press, 1998. Kedua tokoh Muslim Moderat itu adalah Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Abdurrahman Wahid atau Gus Dur (Indonesia). Foto di atas, Anwar dan Gus Dur sedang berbincang dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, di Munich, Jerman pada 2004. Sama seperti Gus Dur, Anwar Ibrahim juga dibantu oleh agensi Amerika iaitu International Republican Institute (IRI) dalam membina karier politik di Malaysia. Klik di sini.



Diskusi tentang homoseksual itu turut mengundang penceramah dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI). The Jakarta Post melabel kedua organisasi itu, sebagai “kelompok Muslim konservatif”. Ditulis dalam akhbar seperti berikut: "Condemnation of homosexuality was voiced by two conservative Muslim groups, the Indonesian Ulema Council (MUI) and Hizbut Thahir Indonesia (HTI).”


Amir Syarifuddin, Pengurus MUI, menyatakan bahawa amalan homoseksual adalah satu perbuatan dosa. “Kami tidak akan menganggap homoseksualiti sebagai musuh, tetapi kami akan membuat mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah,” katanya.

Demikianlah berita tentang 'fatwa halal' homoseksual oleh sebahagian aktivis Liberal, sepertimana yang ditulis oleh The Jakarta Post.

Jika kita rajin menyemak perkembangan pemikiran Liberal, baik di kalangan Yahudi, Kristian, mahupun Islam, maka kita tidak akan heran dengan berita yang dimuat di Harian The Jakarta Post itu.

Kaum Yahudi Liberal, juga Kristian Liberal, sudah lama menghalalkan perkawinan sesama jenis. Bahkan, ramai cendekiawan dan tokoh agama mereka yang sudah secara terbuka mendeklarasikan (isytihar) sebagai orang-orang homoseks dan lesbian. Ramai di kalangan mereka sudah melangsungkan perkawinan sesama jenis di dalam tempat ibadah mereka.

Bagi kaum Yahudi dan Kristian Liberal, hal seperti itu sudah dianggap biasa. Mereka juga menyatakan, apa yang mereka lakukan adalah sejalan dengan ajaran Bible. Mereka juga menuduh kaum Yahudi dan Kristian lain sebagai ”ortodoks”, ”konservatif” dan sebagainya, kerana golongan itu tidak mahu mengakui dan mengesahkan amalan homoseksual.

Gereja Khatolik, misalnya, tetap mempertahankan doktrinnya yang menolak amalan homoseksual. Pada tahun 1975, Vatikan mengeluarkan kenyataan bertajuk ”The Vatican Declaration on Sexual Ethics.” Isinya, antara lain menegaskan: ”It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of.”

Dalam Pidatonya pada malam Tahun Baru 2006, Paus Benediktus XVI juga menegaskan sekali lagi tentang terkutuknya perilaku homoseksual.

Dalam Islam, soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau pendukungnya. Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan oleh Prof. Siti Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.


Nabi Muhammad saw bersabda, “Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki).

Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.

Sejak terbitnya Jurnal Justisia dari Fakulti Syariah IAIN Semarang (edisi 25, Th XI, 2004), yang menghalalkan homoseksual, kita sudah mengingatkan kepada para pimpinan kampus Islam agar mereka lebih serius dalam menangani penyebaran fahaman Liberal di kampus. Sebab, virus Liberal ini semakin menukar untuk merosakkan aqidah dan pemikiran Islam. Ironisnya, fenomena ini digerakkan dari kalangan ahli-ahli akademik di kampus-kampus yang berlabel Islam.

Kita ingat kembali, bahawa dalam Jurnal Justisia tersebut, dilakukan kempen besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan homoseksual. Jurnal itu kemudian diterbitkan menjadi sebuah buku berjudul "Indahnya Kawin Sesama Jenis : Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual", (Semarang:Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005).

Dalam buku tersebut dijelaskan strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia, iaitu (1) mengorganisi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang menuntut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi kemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut serta terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) melakukan kritik dan menafsir semula keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual, (4) menyuarakan perubahan Undang-undang Perkawinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan harus antara laki-laki dan wanita.” (hal. 15)

Sebagaimana Prof. Musdah Mulia, para penulis dalam buku itu juga mengecam keras pihak-pihak yang masih mengharamkan homoseksual. Seorang penulis dalam buku ini, misalnya, menyatakan, bahawa pengharaman nikah sejenis adalah bentuk kebodohan umat Islam generasi sekarang kerana ia hanya memahami doktrin agamanya secara given, taken for granted, tanpa ada pembacaan mendalam secara kritis atas doktrin tersebut.

Si penulis kemudian mengaku bersikap kritis dan curiga terhadap motif Nabi Luth dalam mengharamkan homoseksual, sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran surat al-A’raf :80-84 dan Hud :77-82). Semua itu, katanya, berpunca dari faktor kepentingan Luth itu sendiri, yang gagal menikahkan anaknya dengan dua laki-laki, yang kebetulan homoseks.


Ditulis dalam buku ini sebagai berikut:

"Kerana keinginan untuk menikahkan puterinya tidak kesampaian, tentu Luth amat kecewa. Luth kemudian menganggap kedua laki-laki tadi tidak normal. Isetri Luth boleh memahami keadaan laki-laki tersebut dan berusaha menyedarkan Luth. Tetapi, Luth, menganggap isterinya melawan suami dan membela kedua laki-laki yang dinilai Luth sebagai tidak normal. Kenapa Luth memandang negatif kepada kedua laki-laki yang kebetulan homo itu ? Sejauhmana yang saya tahu, Al-Quran tidak memberi jawapan yang jelas. Tetapi kebencian Luth terhadap kaum homo berpunca daripada faktor kecewa kerana tidak berjaya menikahkan kedua puterinya kerana anggapan Luth yang salah terhadap kaum homo.” (hal. 39)


Padahal, tentang Kisah Nabi Luth a.s. Al-Quran sudah memberikan gambaran yang jelas bagaimana terkutuknya kaum Nabi Luth yang merupakan pelaku homoseksual itu:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” (QS Al-A’raf:80-84).

Kerana itu, para mufassir Al-Quran selama ratusan tahun tidak pernah bersependapat seperti anak-anak syariah dari IAIN Semarang itu atau seperti Prof. Musdah Mulia yang berani menghalalkan homoseksual.

Gerakan menghalalkan homoseksual yang dilakukan oleh kaum Liberal di Indonesia sebenarnya sudah melampaui batas. Bagi umat Islam, hal seperti ini merupakan sesuatu yang tidak pernah difikirkan (“unthought”). Bagaimana mungkin, dari kampus berlabel Islam, muncul guru dan mahasiswa yang berani menghalalkan homoseksual, suatu tindakan rosak yang selama ribuan tahun dikutuk oleh agama.

Gerakan legalisasi (menghalalkan) homoseksual dari lingkungan kampus Islam tidak boleh dipandang sebelah mata. Tindakan ini merupakan kemungkaran yang jauh lebih bahaya dari gerakan legalisasi homoseks yang selama ini sudah kerap kali dilakukan kaum homoseksual sendiri.


Dalam catatan penutup buku karya anak-anak Fakulti Syariah IAIN Semarang tersebut, dimuatkan tulisan berjudul “Homoseksualiti dan Pernikahan Gay: Suara dari IAIN”. Penulisnya, mengaku bernama Mumu, mencatat, “Ya, kita tentu menyambut gembira usaha yang dilakukan oleh Fakultas Syariah IAIN Walisongo tersebut.”

Turut dikatakan dalam buku tersebut: “Hanya orang primitif saja yang melihat perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal (tidak normal) dan merbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalil apapun, untuk melarang perkahwinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan telah terlanjur.”

Logik ini seiring dengan pemikiran Musdah Mulia yang menyatakan bahawa larangan homoseksual hanyalah berdasarkan kepada penafsiran sempit terhadap ajaran Islam. Barangkali, seperti yang dikatakan Nurofiah, jika suatu ketika nanti kaum homoseksual sudah menjadi dominan, maka mereka akan memandang bahawa kaum heteroseksual (pelbagai) adalah suatu kelainan. Inilah pandangan yang ‘keblinger’(sesat), yang lahir dari kekeliruan berfikir.

Sebagaimana kes perkahwinan antara muslimah dan lelaki non-Muslim yang disokong oleh sebahagian guru UIN Jakarta, kita patut khuatir, bahawa para akademis Liberal itu semakin menjadi-jadi tindakannya, dengan menjadi penghulu terhadap perkahwinan sesama jenis.

Kita berharap hal itu tidak terjadi, meskipun Prof. Dr. Musdah Mulia sudah melontarkan pendapatnya tentang homoseksual secara terbuka di media massa. Memang, jika orang sudah hilang rasa malunya, maka dia akan berbuat semahunya. Mungkin dia merasa sudah hebat, sudah jadi pengarah pemikiran Islam di suatu kampus Islam terkenal. Selama ini pun, orang-orang terdekatnya pun tidak mampu untuk menghentikan kegiatannya.

Namun, jika kita ikuti kisah perjalanan intelektual Prof. Musdah Mulia, kita sebenarnya tidak terlalu heran. Sejak awal, cara berfikirnya sudah kacau. Dia sewenang-wenang mengubah hukum Islam, untuk disesuaikan dengan cara berfikir dan cara hidup Barat.

Tidak aneh, jika kerana sepak terjangnya yang seperti itu, tahun lalu, pada Hari Perempuan Dunia tanggal 8 Mac 2007, Musdah Mulia menerima penghargaan "International Women of Courage" dari Menteri Luar Negeri Condoleezza Rice di pejabat Kementerian Luar Negera Amerika Syarikat (AS), Washington. Dia dianggap berani menyuarakan, membela dan mengembalikan hak perempuan di kaca mata agama dengan cara melakukan 'pembaharuan hukum Islam' – termasuk-- undang-undang perkawinan.

Mungkin, setelah menyokong amalan homoseksual ini, dia akan mendapatkan pujian dan penghargaan jauh lebih tinggi lagi dari "kalangan tertentu." Kita tunggu saja!


[Depok, 30 Mac 2008/www.hidayatullah.com]


AIDC menterjemah artikel tulisan Adian Husaini, dari laman swaramuslim.net yang bertajuk " "Prof UIN Jakarta Halalkan Homoseksual”. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?




Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?


Anwar mencatatkan program istimewa Makan Malam bersama Prof John Voll dan Dr Munawar Anees pada 29 Oktober 2008 lalu seperti berikut : (sumber asal klik di sini)

Semalam saya dan Azizah bertuah kerana menerima kehadiran tetamu-tetamu yang istimewa. Selain kehadiran dua sahabat lama iaitu Profesor John Voll dan Dr. Munawar Anees, kami juga menerima kunjungan 31 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi bagi membincangkan agenda perubahan yang perlu dilaksanakan serta upaya bagi memperhebat serta memperkasakan parti.





Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, makan malam dan kemudiannya disusuli dengan rumusan padat oleh John Voll. Sahabat saya yang sama-sama mengajar di Universiti Georgetown ini merupakan pakar dalam sejarah Islam dan di antara penggerak utama dialog peradaban.




Mauduk perbincangan beliau sekitar peranan Islam dan Demokrasi terutamanya di rantau ini; yang terkenal dengan kemajmukan budaya mahupun agama.

Oleh itu amat penting, pada pendapat beliau, wujudnya sebuah parti ataupun pergerakan politik yang mendakap serta memperjuangkan prinsip-prinsip demokratik, untuk menjadi tanding kepada faham ekstrem di negara ini.

Sahabat lama saya yang dizalimi 10 tahun lalu, Dr Munawar Anees, kini kembali untuk menuntut keadilan yang dinafikan oleh pemerintah. Di samping berkongsi pengalaman perit sewaktu ditahan; beliau menekankan betapa kebebasan dan keadilan merupakan dua konsepsi sekaligus realiti yang saling bergantungan. Tidak wujud keadilan jika tiadanya kebebasan, begitu juga sebaliknya.

Saya kira penting untuk kita merenungi saranan Munawar, bahawa sifat rendah hati merupakan lawan ampuh menentang kezaliman, yang mengingatkan saya kepada petikan dari puisi T.S Elliot yang berjudul East Coker; “The only wisdom we can hope to acquire Is the wisdom of humility: humility is endless.”

ANWAR IBRAHIM


Ulasan AIDC


Bukan setakat Majlis makan malam biasa, tetapi turut diadakan majlis taklimat daripada Prof John Voll. Malah Anwar sendiri mengakui peranan Prof John Voll,pada malam itu adalah untuk suntik semangat mengenai "Islam dan Demokrasi terutamanya di rantau ini; yang terkenal dengan kemajmukan budaya mahupun agama"

Menurut Anwar, suntikan John Voll itu diberikan kepada "31 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi bagi membincangkan agenda perubahan yang perlu dilaksanakan serta upaya bagi memperhebat serta memperkasakan parti"

Tulis Anwar lagi, taklimat John Voll itu "amat penting, (kerana) pada pendapat beliau (John Voll), (perlu) wujudnya sebuah parti ataupun pergerakan politik yang mendakap serta memperjuangkan prinsip-prinsip demokratik,(seperti PKR) untuk menjadi tanding kepada faham ekstrem di negara ini"

Anwar sendiri mengakui John Voll merupakan "sahabat saya yang sama-sama mengajar di Universiti Georgetown...merupakan pakar dalam sejarah Islam dan di antara penggerak utama dialog peradaban"

John Voll, seorang Kristian Khatolik, orang paling kepada John Esposito yang membangunkan the Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown Amerika Syarikat pada tahun 1993.

CMCU dibina melalui dana projek pluralisme agama iaitu Fondation pour L'Entente entre Chretiens et Musulmans dan the Pluralism Project.

Projek Pluralisme Amerika ini berpengkalan Harvard University mendapat tajaan beberapa yayasan Amerika iaitu The Ford Foundation, The Henry Luce Foundation, The Lilly Endowment, Inc., The Massachusetts Endowment for the Humanities, The Milton Fund, The National Endowment for the Humanities, The North Star Fund, The Pew Charitable Trusts, The Rockefeller Foundation, The Templeton Foundation dan sebagainya. Klik di sini

Tujuan pluralisme untuk meliberalkan semua agama dan menjadikan semua agama adalah benar. Untuk mencapai objektif itu, projek ini telah melancarkan empat jenis tabung bantuan iaitu The Interfaith Initiative, The Civic Initiative, The Women’s Initiative dan The International Initiative. Klik di sini

Menurut Diana L. Eck, makna pluralisme bukan sekadar persefahaman agama antara Christians dan Muslims tetapi juga Jews, malah lebih jauh daripada itu. Menurutnya asas kepada kejayaan pluralisme adalah 'based on dialogue'. Klik di sini

Pada 2005, Diana L Eck telah berkunjung ke Indonesia untuk melancarkan buku tulisannya berkenaan pulralisme "Amerika baru yang beragama". Pada 19 Ogos, seorang aktivis Islam Liberal Indonesia bernama Sukidi telah mengupas buku Diana L Eck itu di Media Indonesia bertajuk " Belajar Rukun Dari Diana Eck".

Ketika berkunjung ke Indonesia, Diana Eck berforum bersama-sama tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia termasuk Azyumardi Azra, Mohamad Sobary dan lain-lain.

Tokoh-tokoh Islam Liberal menyambut Diana Eck dengan penuh meriah kerana beliau merupakan Pengarah Projek Pluralisme Amerika di Universiti Harvard yang memberi bantuan kewangan kepada aktivis Islam Liberal di seluruh dunia.

Orientalis John Voll amat menyanjungi Anwar yang dilabel sebagai "Muslim Moderat" dalam buku suntingan bersama dengan John Esposito bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998).

Satu lagi buku suntingan mereka berdua bertajuk "Islam and Democracy" (Oxford University Press, 1996). Begitu juga dengan buku "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002) turut mencirikan Anwar sebagai Islam Liberal.

Walaupun ramai pihak menolak Islam Liberal di Indonesia,termasuk MUI (Majelis Islam Indeonesia) mengharamkan aliran itu, tetapi Anwar tidak menolak sepenuhnya. Kata Anwar mengenai JIL (Jaringan Islam Liberal), "Saya sendiri tidak bersetuju dengan beberapa pendirian mereka; tetapi saya tidak menolak dasar liberal yang mengandaikan amalan dasar bebas dalam politik dan ekonomi" Klik Anwar klik di sini


Tiga buku tulisan John Voll dan John Esposito yang memuji Anwar Ibrahim. Buku kiri bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) menamakan Anwar Ibrahim dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) sebagai Muslim Moderat. Manakala buku kedua beliau (foto tengah) bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002) menjelaskan fahaman Islam Anwar Ibrahim sebagai Islam Liberal yang terkenal di peringkat antarabangsa. Foto kanan adalah buku "Islam and Democracy" (Oxford University Press, 1996). Bermakna istilah "Muslim Moderat" hampir sama dengan "Islam Liberal" yang membawa idea "Islam dan Demokrasi". Idea ini menjurus kepada persamaan antara agama yang dipanggil sebagai pluralisme agama. Semenjak 9/11, Amerika Syarikat dengan giat melancarkan Projek Pluralisme Agama ke negara-negara Islam melalui pelbagai tajaan termasuk Ford Foundation, Institute Brookings dan Rand Corporatian dan Anwar termasuk salah seorang yang menjadi alat missionari untuk menjayakan projek itu.



Idea John Esposito dan John Voll tentang "Islam and Democracy" inilah yang menjadi asas Anwar berceramah di negara-negara Islam perihal pentingnya negara-negara Islam mengambil "demokrasi" sebagai sistem yang penting pemerintahan negara.

Demokrasi berkait rapat dengan pluralisme kerana dalam konsep demokrasi tidak ada satu pihak pun boleh mendakwa mereka benar kecuali mendapat suara majoriti pengikrirafan daripada pihak lain. Suara itu adalah suara rakyat yang dibuat secara bersama. Justeru itu sejarah telah menyaksikan negara-negara Islam telah menjadi korban atas nama "DEMOKRASI" iaitu Afganistan dan Iraq (rujuk buku bertajuk "Belajar Islam daripada Yahudi, Herry Nurdi, Cakrawala Publishing, Jakarta, 2007).

Kajian NED merumuskan tokoh Islam yang memperjuangkan "Islam dan Demokrasi" adalah tokoh-tokoh Islam yang disinonimkan sebagai "Reformis Islam" yang diklasifikasi sebagai Islam Liberal atau Moderat Islam. Tokoh tersebut termasuklah Abdul Karim Soroush (Iran), Rachid al-Ghannouchi (Tunisia)dan Anwar Ibrahim (Malaysia). Klik di sini dan di sini.


Bermakna kepakaran seorang orientalis bernama John Voll adalah berusaha MENDEMOKRASIKAN negara-negara Islam yang pada kaca matanya tidak demokrasi. Baginya untuk menjadikan negara-negara itu benar-benar 'maju', asas demokrasi amat penting termasuk pluralisme dari segi agama.






Catatan Anwar itu juga turut menyentuh mengenai sahabat lamanya Dr Munawar Anees, seorang warganegara Pakistan yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Kes ini berlaku 10 tahun lampau, selain isu liwat terdapat isu lain yang berlegar mengenai warganegara Pakistan itu. Antaranya tuduhan agen Amerika yang dihantar khusus di pejabat Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perpindahan Dr Munawar ke Malaysia secara tiba-tiba dan dilantik menjadi "Penulis Ucapan" Anwar juga menjadi teka teki.

Sesetengah pihak menganggap tindakan Anwar mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" bercanggah dengan etika kerja kerajaan kerana jawatan "Penulis Ucapan" sepatutnya tidak perlu kerana termasuk dalam salah satu bidang tugas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar.

Namun, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa autoriti untuk mewujudkan jawatan "Penulis Ucapan" dengan diberikan kepada Dr Munawar Ahmad Anes dan gajinya dibayar oleh anak syarikat Berita Harian, iaitu Berita Publishing.

Kesungguhan Anwar mengambil Dr Munawar tambah mencurigakan kerana penulis itu mempunyai projek khas di luar negara iaitu penerbitan Majalah Islam antarabangsa yang berpengkalan di Amerika. Tunggak penerbitan majalah itu adalah John Esposito dan Anwar sendiri dan dikatakan projek itu merupakan projek CIA bertujuan untuk meliberalkan pemikiran umat Islam di seluruh dunia. Klik di sini

Setelah dibebaskan daripada hukuman penjara, akibat pengakuan diliwat pada tahun 1998, Dr Munawar tidak kembali ke Pakistan, tetapi berhijrah ke Amerika Syarikat. Ini seakan-akan mengesahkan bahawa warganegara Pakistan itu agen Amerika.

Setelah Anwar dibebaskan dan aktif semula berpolitik, Dr Munawar kembali semula ke Malaysia dan merayu di Mahkamah Persekutuan mengatakan pengakuan bersalahnya membiarkan dirinya diliwat 10 tahun dahulu adalah kerana dipaksa. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan pada 30 Oktober 2008 lalu memutuskan rayuan beliau ditolak dan hukuman yang dipraktikkan sebelum ini disahkan benar. Klik di sini

Justeru itu memang tidak dinafikan kehadiran John Voll dan Dr Munawar ke rumah Anwar baru-baru ini amat bermakna kepada bakal PM itu.


AIDC
10 November 2008


Artikel lain berkaitan

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..

5. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

6. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..

Kaum Orientalis dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat : Bermula nombor dua dari kiri: Yvonne Haddad (Yahudi/pakar dalam sejarah Islam); Shireen Hunter (Kristian/pakar dalam reformis Islam/modenis/demokrasi/hak asasi); John Esposito (Kristian Katholik/pakar dalam perbandingan agama Islam & Kristian) dan John Voll (Kristian Katholik/pakar dalam sejarah Islam). John Esposito adalah Pengarah the Center for Muslim-Christian Understanding, Universiti Georgetown. Beliau juga penasihat kerajaan Amerika khusus mengenai dasar-dasar luar negara Islam. Kesemua mereka boleh menulis dan membaca dalam bahasa Arab dengan fasih.



Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..


Oleh: Adian Husaini

Kaum Orientalis dan mendirikan pusat-pusat studi Islam. Para ilmuwan Indonesia berguru ke sana. Pulangnya bukan semakin baik, tetapi memusuhi Islam...

Sejak Perang Salib, sebahagian tokoh Kristian telah menilai bahawa Perang Salib merupakan cara yang tidak tepat untuk menakluk kaum Muslim. Salah satu tokoh terkenal adalah Peter The Venerable atau Petrus Venerabilis (1094-1156M).

Peter adalah tokoh misionari Kristian pertama yang merancang bagaimana menakluk umat Islam dengan pemikirannya, bukan dengan senjata. Ketika itu, dia merupakan ketua Biara Cluny, Perancis – sebuah biara yang sangat berpengaruh di Eropah pada Abad Pertengahan.

Sekitar tahun 1141-1142, Peter mengunjungi Toledo, Spanyol. Di situ dia menghimpunkan sejumlah cendekiawan untuk menterjemahkan karya-karya kaum Muslim ke dalam bahasa Latin. Terjemahan itu akan digunakan sebagai bahan untuk misionari Kristian terhadap dunia Islam.

Salah satu usaha Peter yang berjaya adalah terjemahan Al-Qur'an dalam bahasa Latin oleh Robert of Ketton (selesai tahun 1143), yang diberi judul “Liber Legis Saracenorum quem Alcorant Vocant” (Kitab Hukum Islam yang disebut Al-Qur'an ).

Inilah terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Latin, yang selama beratus-ratus tahun menjadi rujukan kaum Kristian di Eropah dalam 'melihat Islam'. Kemudian pada tahun 1698, Ludovico Maracci, melakukan kritik terhadap terjemahan Robert of Ketton dan menterjemahkan Al-Qur'an sekali lagi ke dalam bahasa Latin bertajuk “Alcorani Textus Receptus”.

Menurut Peter Venerabilis, pengkajian Islam (Islamic Studies) perlu dilakukan oleh kaum Kristian, agar mereka dapat “membaptis (mensuci) pemikiran kaum Muslimin”.

Jadi, kaum Muslim bukan saja perlu dikalahkan dengan kekuatan ketenteraan, tetapi juga harus dikalahkan dalam pemikiran. Di tengah berkecamuknya Perang Salib, Peter membuat pernyataan berikut : “… aku menyerangmu (umat Islam), bukan sebagaimana sebahagian dari kami [orang-orang Kristen] sering lakukan iaitu dengan senjata, tetapi dengan kata-kata, bukan dengan kekuatan, namun dengan fikiran; bukan dengan kebencian, namun dengan cinta…”

"But I attack you not, as some of us [Christians] often do, by arms, but by words; not by force, but by reason; not in hatred, but in love…"

Petrus Venerabilis mengajak orang Islam ke jalan keselamatan Kristian dengan cara mengalahkan pemikiran Islam. Ia bertitik tolak dari kepercayaan Kristian bahawa di luar Gereja tidak ada keselamatan (extra ecclesiam nulla salus).

Islam, menurutnya, adalah mazhab kafir terkutuk sekaligus merbahaya (execrable and noxious heresy), doktrin merbahaya (pestilential doctrine), ingkar (impious) dan mazhab terlaknat (a damnable sect); dan Muhammad adalah orang jahat (an evil man).

Selain menugaskan para sarjana Kristian menterjemahkan naskah-naskah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis dua buku yang menyerang pemikiran Islam. Tentang Al-Qur'an Peter menyatakan, "bahawa Al-Quran tidak terlepas dari para syaitan. Syaitan telah mempersiapkan Muhammad, orang yang paling nista, menjadi anti-Kristus. Syaitan telah mengirim maklumat kepada Muhammad, yang memiliki kitab syaitan (diabolical scripture)". (Kajian serius tentang Peter Venerabilis ini boleh dibaca dalam buku Adnin Armas, "Metodologi Bibel dalam Studi Al-Qur'an", Jakarta: GIP, 2005).

Strategi Peter Venerabilis ini kemudian menjadi rujukan kaum misionari Kristian terhadap kaum Muslimin. Henry Martyn, tokoh misionari berikutnya, juga telah membuat pernyataan, “Aku datang untuk menemui ummat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta.”

Hal ini senada dengan tokoh misionaris lain, Raymond Lull, “Saya melihat banyak pahlawan pergi ke Tanah Suci, dan berfikir bahawa mereka dapat menguasainya dengan kekuatan senjata, tetapi pada akhirnya semua hancur sebelum mereka mencapai apa yang mereka fikir boleh diperolehi.”

Lull menegaskan: "Islam tidak dapat ditaklukkan dengan darah dan air mata, tetapi dengan cinta kasih dan doa"

Ungkapan Lull dan Martyn itu ditulis oleh Samuel M Zwemmer, misionaris Kristen terkenal di Timur Tengah, dalam buku "Islam: A Challenge to Faith" (1907). Buku ini mengadungi rahsia untuk “menakluk” dunia Islam yang disebut Zwemmer sebagai “beberapa kajian tentang keperluan di dunia para pengikut Muhammad dari pandangan missi Kristian”.

Strategi penaklukan Islam melalui pemikiran ini kemudian dikembangkan oleh para orientalis Barat. Sebahagian dari mereka memang membawa semangat lama kaum misionaris, sebahagian lagi melakukannya untuk kepentingan penjajahan (kolonialisme) dan sebahagian yang lain hanya bermotifkan kajian ilmiah semata-mata.

Kini, setelah beratus-ratus tahun, kaum Orientalis telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam bidang studi Islam. Bukan saja mereka berhasil mendirikan pusat-pusat studi Islam di Barat dan menerbitkan ribuan buku tentang Islam, tetapi mereka juga berhasil menghimpun literatur-literatur Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Selain itu, kerja keras mereka kemudian membuahkan hasil yang lebih mengagumkan, iaitu terciptanya kader-kader cendekiawan dan pemikir dari kalangan Muslim, yang tekun sekali untuk membongkar semula serta menyerang bangunan pemikiran Islam dan umat Islam.

Apalagi, dengan cara itu, kader-kader Muslim itu juga mendapat berbagai-bagai keuntungan duniawai: populariti dan pelbagai kenikmatan hidup duniawi.

Dulu, pada zaman penjajahan perang, para orientalis pengkaji Islam dari kalangan misionaris menjadikan semangat penjajahan dengan semboyan ‘Gold, Gospel, dan Glory’. Mereka mengkaji masalah ketimuran, khususnya Islam, bukan dalam ruang yang kosong (ilmiah), tetapi menjadi sebahagian dari projek untuk menakluk Islam dan dunia Islam.

Kini, pada zaman moden, Orientalisme juga tidak terlepas dari kepentingan Barat dalam mengukuhkan hegemoninya. Para akademis muslim seharusnya sedar tentang hal ini. Jika mereka menerima “cinta kasih” dari Barat yang berupa bantuan biasiswa untuk meneliti Islam, mereka seharusnya sedar, siapakah mereka, dan siapakah yang membantu mereka. Untuk apakah semua bantuan itu diberikan? Sama seperti halnya dengan hutang luar negara yang dipinjamkan kepada negara-negara sedang membangun.

Apakah semua hutang itu diberikan secara murah hati dan merupakan program amal semata-mata? Sudah tentu tidak. Semua itu ada tujuannya. Ini bukan bersikap prejudis membabi buta dan menolak apa pun yang datang dari Barat.

Kerana harus diakui, banyak perkara ketika ini harus dipelajari dari Barat, termasuk beberapa bahagian dalam studi Islam. Tetapi, semua itu perlu dilakukan dengan hati-hati dan sikap kritis.

Para akademis Muslim yang tidak berhati-hati dan tidak memiliki ilmu yang mencukupi, akan terjerumus dalam perangkap untuk memecah belah umat Islam, mengkritik kelompok Islam tertentu yang tidak mahu mengikuti pola pemikiran sekular-liberal Barat.

Kelompok-kelompok yang ingin bertahan dengan identiti dan pandangan hidup Islam, dilabel dengan istilah-istilah yang negatif seperti “radikal”, “fundamentalis”, “militan”, “eksklusif”(hanya satu agama benar), “literalis"(makna selapis/berfikiran sempit), dan sebagainya.

Sebagai contoh, pada bulan Januari 2002, seorang guru Universitas Islam Negeri Yogyakarta (dulu: IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta), pernah mewawancara saya tentang hubungan Islam-Kristian di Indonesia. Namanya Fatimah Husein.

Wawancara itu dilakukan untuk melengkapkan bahan disertasi doktornya di Melbourne University, Australia. Dalam menyelesaikan studinya, dia dibiaya oleh pelbagai institusi Australia, antara lain adalah The Australian Agency for Intenational Development (AusAID).

Pada tahun 2004, Fatimah menyelesaikan gelaran doktornya. Baru-baru ini, dia menerbitkan disertasinya dengan judul “Muslim-Christian Relations in The New Order Indonesia: The Exclusivist and Inclusivist Muslims’ Perspectives”.

Ketika diwawancara, saya telah menolak penggunaan terma “Eksklusif" (satu agama sahaja benar) dan "Inklusif” (semua agama benar) untuk memetakan persepsi kaum Muslim terhadap masalah hubungan Islam-Kristian di Indonesia. Saya telah mengesyorkan istilah “Muslim Komprehensif” dan “Muslim Reduksionis”.

Tetapi, Fatimah menolak menggunakan sebutan itu. Dia tetap berpegang pada kategori yang diajukannya. Akhirnya, dia terjebak ke dalam kesalahan yang merosakkan dalam mengkategorikan kaum Muslim.

Sebagai contoh, dia menyebut organisasi-organisasi eksklusif di Indonesia adalah Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Komite Indonesia untuk Solidaritas Dunia Islam (KISDI), Front Pembela Islam (FPI), dan Laskar Jihad. Orang-orang yang dia senaraihitamkan di antaranya adalah Husein Umar, Ahmad Sumargono, Adian Husaini, Habib Rizieq Shihab, dan Ja’far Umar Thalib.

Sedangkan kesemua tokoh inklusif (pluralisme) seperti Nurcholish Madjid, Zainun Kamal, Azyumardi Azra, Budhy Munawar Rahman, dan sebagainya dilihat positif.

Menurutnya, di antara ciri-ciri kaum eksklusif, adalah;

(1) mereka menerapkan model penafsiran literal (selapis) terhadap Al-Qur'an dan Sunnah dan berorientasi sejarah lampau. Kerana menggunakan pendekatan literal, maka ijtihad (tafsiran baru) bukanlah perkara yang sentral(asas) dalam kerangka pemikiran mereka;

(2) mereka berpendapat bahawa keselamatan hanya boleh dicapai melalui agama Islam sahaja. Bagi mereka, Islam adalah agama sempurna yang datang untuk membaiki agama-agama lain. Kerana itu mereka mencabar otentisitas (falsafah) Kitab suci agama lain.

Manakala dia mencirikan kaum Inklusif seperti berikut:

(1) Kerana mereka memahami Islam sebagai agama yang berkembang, maka mereka menerapkan metode kontekstual (logik pemikiran) dalam memahami al-Quran dan Sunnah, melakukan reinterpretasi (penafsiran semula) teks-teks asas dalam Islam, dan ijtihad merupakan sentral(asas) dalam pemikiran mereka

(2) Kaum Inklusif mempercayai, Islam adalah agama terbaik; namun mereka juga berpendapat bahawa keselamatan di luar agama Islam adalah hal yang sama. (Islam adalah agama terbaik, tetapi menerima juga kebaikan agama-agama lain)

Kategori doktor Muslim dari Melbourne itu tentang "Islam Eksklusif" dan "Islam Inklusif" itu telah mengharubirukan Islam . Dia sudah terjebak dalam pola berfikir dikotomi (pembahagian) “literal-kontekstual” dalam metodologi (kaedah) penafsiran Bible. Padahal, tidak mungkin seorang Muslim dalam berijtihad terlepas dari teks dan sekaligus dari konteksnya.

Jika diteliti lanjut hasil tulisan Nurcholish Madjid dan Budhy Munawar Rahman, mereka sudah termasuk dalam kategori Pluralis (sama rata) – yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama - sama benar dan sebagai jalan yang sah menuju ketuhanan – dan bukannya inklusif lagi.

Menuduh kaum yang disebutnya sebagai ‘Islam eksklusif’ tidak menjadikan ijtihad sebagai sentral adalah tuduhan yang kurang ajar dan sama sekali tidak ilmiah.

Sebaliknya, menyebut pemikiran-pemikiran Nurcholish Madjid, Azyumardi Azra, Budhy Munawar Rahman sebagai bentuk ijtihad, juga merupakan sikap yang tidak teliti dan sembrono.

Hingga kini, orang-orang itu belum menulis satu buku pun tentang metodologi ijtihad, malah belum layak mendapat gelar “mujtahid”. Hanya kerana cara berfikir yang sesuai dengan selera ‘liberal-sekular’ lalu mereka disebut “berijtihad”.

Selain itu, jika si doktor itu membaca kembali perbincangan tentang “keselamatan” di kalangan para ulama usuluddin, maka dia tidak perlu menulis kriteria seperti itu.

“Kebenaran” Islam dan “keselamatan” pemeluk agama Islam atau non-Islam adalah dua masalah yang berbeza.

Dalam diskusi tentang “fathrah” (keselamatan), hal ini telah banyak dibahas. Tetapi, sejak dulu, para ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar. MUI (Majelis Ugama Indonesia) sendiri, dalam fatwanya tentang Pluralisme Agama, menegaskan, bahawa dalam masalah aqidah dan ibadah, umat Islam wajib bersifat eksklusif.

Secara ilmiah, kategori "Islam eksklusif-Islam Inklusif" model guru UIN Yogya itu kacau-balau. Kategori ini boleh difahami dalam konteks projek untuk melakukan stigmatisasi (perlabelan) terhadap kelompok Muslim tertentu yang tidak disukai oleh ‘sang penaja', sehingga dilabelkan dengan sifat negatif kepada kaum Muslim tertentu yang tidak disukainya.

Kita faham pola kajian Orientalis memang bersifat begitu. Sayangnya, mengapa terdapat jua ilmuwan dari kalangan Muslim yang mahu melakukannya, dengan imbuhan duniawi yang sangat murah – sekadar beberapa keping dolar dan gelaran doktor.

Sewajarnya, para cendekiawan yang mendapat kesempatan studi Islam di Barat memanfaatkan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk kepentingan Islam. Bukan sebaliknya, terjebak dalam kerangka pemikiran Orientalisme untuk menghancurkan Islam.

Na’udzubillah. (Jakarta, 11 November 2005/hidayatullah.com).


AIDC terjemah artikel Adian Husaini, dari laman web hidayatullah.com bertajuk "Studi Islam’ untuk Kepentingan Siapa ?" Ini merupakan Catatan Akhir Pekan (CAP) Adian Husaini dengan kerjasama Radio Dakta 107 FM dan www.hidayatullah.com. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

5. Memahami makna 'Muslim Moderat'



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim


Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia : Foto di atas Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Foto bawah Anwar bersama Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator. Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia.


Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim


Oleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu “strategi hadapan untuk kebebasan” berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti.

Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa “kestabilan” bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.

Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.

Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.

Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.

Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.

AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.

Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?

JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.

Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.

Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan “tidak” oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.

Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa. Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.

Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah). Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.

Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.

Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata. Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.

Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

Anwar Ibrahim


Ulasan AIDC

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda :

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu “strategi hadapan untuk kebebasan” terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam ?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya ?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah ?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-nenar wujud ? Kalau wujud apakah ciri-cirinya ?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif ?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement" ?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia ?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan ?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis ?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya ?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat ?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam ?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam ?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis ?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel) ? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah ?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam"

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan". Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis"

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq ?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi ?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam ?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana ?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia ? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain ?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel ?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan “tidak” terhadap pertubuhan Islam yang utama"

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama ?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh anda simpulkan tetang Anwar ? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam sepeprti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan ? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika ?

AIDC
8 November 2008
aidceditor@yahoo.com



Sila klik untuk baca selanjutnya...