DOHA : Sesuatu yang bodoh untuk mempercayai bahawa Presiden Amerika yang baru dilantik, Barack Obama akan datang dan mengubah negara- negara Islam. Lebih baik, mereka (negara-negara Islam) perlu mengubah diri mereka dengan mempromosikan perubahan, kebebasan dan demokrasi, kata Dr Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia dan pemimpin Pembangkang.
Berucap ketika sesi perasmian US-Islamic World Forum (Forum A.S.-Dunia Islam), Anwar berkata, dunia Muslim mengharapkan satu “perkongsian yang boleh dipercayai” dengan Amerika Syarikat , di bawah kepimpinan Obama, yang mewakili era baru dalam sejarah Amerika
“Negara Muslim tidak boleh menjadi penonton pada ketika ini, menunggu perisytiharan dari Amerika.”
Presiden Amerika tersebut tidak mempunyai mandat di seluruh dunia. Pemimpin kita perlu menghormati aspirasi rakyat kita dan memulakan perubahan,” kata Anwar.
Dia berkata, kepimpinan Amerika yang baru telah menghantar isyarat “penglibatan positif” dengan dunia Islam, dan ia perlu diikuti dengan langkah- langkah yang ketara.
Dia memetik penutupan Teluk Guantanamo, pengumuman A.S. untuk menarik kembali pasukan tentera di Iraq dan perubahan di Afghanistan adalah beberapa contoh.
AIDC menterjemah artikel THE PENINSULA. 2009. Artikel asal klik di sini
Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros, merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang.
Mereka meminta perubahan rejim disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.
Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik Empayar Baru British, dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika serta gerakan fasis-hijau, secara terbuka mengisytiharkan dirinya untuk menjadi penyelamat baru Malaysia.
Penyelamat syaitan ini, dibiayai dengan sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam kumpulan pemikir neocon dan universiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan niatnya untuk membayar (“memujuk”) bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya dan mengambil alih majoriti, kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri.
Dia juga memenangi pilihan raya kecil bulan lepas di Pulau Pinang, menjadikannya ketua pembangkang rasmi di Parlimen.
Sila bertemu dengan Anwar Ibrahim, yang dikenali oleh pembaca EIR sebagai jurucakap :
1. George Soros : Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia.
Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang.
Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal.
Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir “perlu dipecat dari jawatannya.”
Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik.
2. Paul Wolfowitz : Arkitek neocon, arkitek utama perang haram dan gila di Iraq bagi pihak Tony Blair dan Dick Cheney, telah menjadi pembela yang lantang kepada Anwar, memberikannya pelbagai peluang pekerjaan kepada Anwar di Amerika Syarikat, ketika dia dibebaskan pada 2004, selepas menjalani hukuman selama 6tahun di atas tuduhan rasuah dan liwat.
Pada 2005, apabila Wolfowitz dilantik untuk mengetuai Bank Dunia oleh George W. Bush, Anwar memujinya sebagai lelaki yang “secara hebatnya percaya kepada kebebasan, dan memahami isu kemiskinan, pencemaran alam sekitar, keadaan tempat tinggal dan isu kesihatan yang banyak menjadi agenda Bank Dunia”.
Di Bank Dunia, Wolfowitz telah menyekat pembiayaan kepada negara yang enggan untuk menerima perintah Anglo-Amerika, mungkin juga membunuh lebih ramai orang daripada apa yang telah dilakukannya semasa menjawat jawatan di Jabatan Pertahanan Amerika.
3. Al Gore : Walaupun sebelum kempen pembunuhan bangsa olehnya untuk menyekat pembangunan Dunia Ketiga di bawah tipu helah “pemanasan global”, Al Gore telah datang ke Malaysia pada November 1998, dua bulan selepas Dr. Mahathir menentang IMF dan spekulator. Dia (Al Gore) berucap di mesyuarat APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) atau mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
Anwar pada ketika itu sedang mengetuai kumpulan perusuh jalanan yang ganas di Kuala Lumpur, sementara Al Gore, bercakap sebelum Perdana Menteri Mahathir dan pemimpin daripada rantau Asia dan Pasifik berucap, dia memuji anarki jalanan sebagai “orang Malaysia yang berani”, mendesak untuk “perubahan” – kepada Gore dan Anwar maksudkan adalah berkaitan dengan syarat-syarat IMF, dan membenarkan kawalan ekonomi oleh pihak luar tanpa batasan.
Menteri Perdagangan Malaysia, Rafidah Aziz mengulas ucapan Gore sebagai “ucapan yang paling menjijikkan yang pernah saya dengar dalam hidup saya,” sementara Mahathir berkata, “Kita perlu bakar dia (Gore).”
Dari mana sumber duit Anwar
Sekarang, mari kita lihat beberapa pekerjaan Anwar beberapa tahun selepas dia dibebaskan daripada penjara, di atas tuduhan liwat pertamanya pada 2005-2007 :
1. Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) atau Sekolah pengajian Antarabangsa, John Hopkins, di mana rakannya Wolfowitz sebelum ini pernah menjadi dekan.
2. Georgetown University di Washington, D.C.
3. St. Anthony’s College, Oxford, di mana dia kerap kali berjumpa dengan Al Gore, yang menjalankan pelindungan nilai aset di London, dengan mendapat keuntungan daripada tipu helah“penukaran karbon” yang dicipta dengan penipuan pemanasan global.
4. Perunding kepada bank Dunia, diupah oleh Presiden Bank Dunia iaitu Paul Wolfowitz
5. Presiden Kehormat AccountAbility, London.
6. International Crisis Group atau Kumpulan Krisis Antarabangsa, satu kumpulan NGO, Organisasi Bukan Kerajaan terkenal yang dibiayai oleh Soros.
7. Foundation for the Future, atau Yayasan Masa Hadapan, yang diasaskan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya Liz, untuk mempromosikan perubahan rejim di rantau Asia Tenggara. Anwar membenarkan Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya (Shaha Riza) di dalam senarai penerima gaji dari yayasan tersebut, satu perlakuan rasuah yang menyebabkan Wolfowitz kehilangan jawatannya di Bank Dunia.
Seperti yang dikatakan oleh seorang pegawai Malaysia kepada penulis apabila mendengar tentang pelbagai jawatan yang disandang oleh Anwar di Washington dan London :
“Ah, jadi inilah caranya mereka membiayai kegiatan subversif Anwar di Malaysia !”
Dasar Anwar Ibrahim
Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menyembunyikan niatnya bagi menghentikan pembangunan perindustrian dan infrastruktur di Malaysia, dan secara umumnya keseluruhan sektor pembangunan.
Dengan segera selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu,” dengan menghentikan “rancangan projek pelik yang hebat”.
Dalam respons kepada soalan umum oleh penulis ini pada 2005, Anwar mempertahankan usahanya untuk melaksanakan rancangan jimat cermat IMF dan perintah perdagangan bebas ke atas Malaysia, walaupun pada hakikatnya dasar seperti itu kemudiannya memusnahkan ekonomi jiran Malaysia.
Dasar IMF “bermanfaat”, katanya, dan cuba untuk menghentikan projek infrastruktur utama oleh Kerajaan Mahathir, khususnya Empangan Bakun di Sarawak, yang hanya bermanfaat untuk memperkayakan “kroni” Mahathir.” “Ya, pembangunannya berkesan,” katanya, “rakyat keluar dari kemiskinan – tetapi itu hanya pada permukaan. Di bahagian bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemimpin kuku besi, dan tiada media yang bebas.”
Dia juga memberitahu The Age dari Australia bahawa pada 1997-98, perampasan oleh IMF/perlindungan nilai dan juga kemusnahan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu “taufan kemusnahan kreatif yang menggoncangkan rasa puas hati masyarakat dan kerajaan di Asia .”
Itulah sebab kenapa agen empayar British ini masih bertahan di Malaysia? Sistem kewangan dunia sedang runtuh, spekulasi yang dibawa oleh hiper inflasi yang tinggi terhadap harga minyak, bahan mentah dan makanan, berada di luar kawalan mana-mana kerajaan tempatan.
Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh bekas Timbalan Mahathir, Abdullah Badawi, pada mulanya tidak mahu mengakui bahawa (ekonomi) Malaysia akan dimusnahkan sekiranya tiada sebarang langkah kecemasan diambil bagi melindungi (ekonomi) daripada kemerosotan yang akan melanda.
Apabila harga minyak dan makanan melambung tinggi, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat disasarkan kepada kerajaan dengan cercaan Anwar yang fasis menghasut kepada populasi yang sedang marah.
Beberapa bulan kemudian, bagaimanapun, kerajaan Abdullah menyedari impak krisis global terhadap negara mereka, dan mengambil langkah- langkah keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, mengorak langkah pertama ke arah program kuasa nuklear yang serius, serta berkoordinasi dengan negara lain Asia Tenggara dalam bekerjasama dengan China dan India untuk projek pembangunan serantau, perlindungan kewangan bersama.
Langkah tersebut adalah perlu, tetapi tidak cukup, untuk berhadapan dengan krisis tersebut tetapi ianya terlalu jelas, apa yang akan berlaku sekiranya British meletakkan budak mereka, Anwar di puncak kuasa.
AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review yang bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia". Artikel asal klik di sini
Kumpulan Muslim Moderat yang berkumpul dalam CSID (Center for Muslim and Democracy), Amerika Syarikat. Dari kiri, Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Saad Eddin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia)
UNTUK EDARAN SEGERA
Kumpulan cendekiawan terkenal dari dwi-partisan (Demokrat dan Republikan) mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan dalam misi pentadbirannya.
Washington – Lebih daripada 80 cendekiawan dan pakar- termasuk aktivis demokrasi Mesir, Saad Eddin Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim – mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan dasar yang konsisten dan boleh dipercayai yang menyokong demokrasi di dunia Muslim dan Arab. Kumpulan tersebut secara rasmi akan mengeluarkan satu surat terbuka kepada presiden tersebut di satu sidang media pada 10 Mac 2009, pada jam 2.30petang di Kelab Media Kebangsaan di Washington.
“Selama berdekad-dekad, Amerika Syarikat dan Eropah telah memanja dan menyokong diktator di dunia Arab, ini telah membawa mala petaka untuk rantau tersebut dan untuk hubungan Amerika – Islam,” kata Radwan Masmoudi, Presiden Center for the Study of Islam and Democracy -CSID (Pusat Kajian Islam dan Demokrasi) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut menyatakan bahawa selama berdekad-dekad Amerika Syarikat telah “menyokong rejim yang menindas di mana secara rutinnya mencabuli hak asasi manusia, dan juga menyeksa dan memenjarakan mereka yang berani mengkritik mereka (rejim)”.
Tandatangan tersebut menyeru pentadbiran Amerika Syarikat untuk melaksanakan sokongan kepada demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan tertinggi dalam dasar luar Presiden Obama, juga di negara-negara yang menjadi sekutu Amerika seperti Mesir, Jordan, dan Arab Saudi.
Pengarang surat tersebut menyeru Amerika Syarikat untuk “menggunakan pertimbangan ekonomi dan diplomatik untuk menekan sekutunya di dalam rantau tersebut apabila mereka gagal untuk memenuhi standard asas hak asasi manusia.”
“Kerana kaitan dengan pentadbiran Bush, terdapat cubaan mereka untuk melarikan diri daripada sebarang perbincangan untuk mempromosikan demokrasi di Timur Tengah,” kata Shadi Hamid, Pengarah Penyelidikan Project on Middle East Democracy (Projek Untuk Demokrasi Timur Tengah) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut memuji usaha awal Presiden Obama dalam bersahabat dengan dunia Muslim dan Arab, tetapi memberikan amaran bahawa Amerika mesti menunjukkan komitmennya kepada perubahan demokratik melalui perubahan dasar yang sebenar.
Surat tersebut menunjukkan sokongan yang kuat merentasi spektrum idealogikal untuk satu komitmen bagi menyokong perubahan yang demokratik di rantau tersebut, dan untuk menyokong penyertaan politik kumpulan Islam moderat.
Antara mereka yang menurunkan tandatangan adalah: Francis Fukuyama dari Johns Hopkins University; Morton Halperin, former director of policy planning at the State Department (bekas pengarah perancangan dasar Jabatan Negara); Jennifer Windsor, executive director of Freedom House (pengarah eksekutif Rumah Kebebasan); Peter Beinart, contributing editor at The New Republic (editor penyumbang The New Republic); John L. Esposito, Professor di Georgetown, dan pakar demokrasi, Larry Diamond dari Stanford University; Matt Yglesias, pengarang dan blogger dan Robert Kagan dari Carnegie Endowment for International Peace (Pusat Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa).
Beberapa penandatangan akan hadir pada sidang media untuk menjawab soalan daripada wartawan tentang cadangan dasar yang terdapat di dalam surat terbuka tersebut, termasuk Saad Eddin Ibrahim, Radwan Masmoudi, Jennifer Windsor, Larry Diamond, Geneive Abdo, dan lain-lain.
AIDC menterjemah kenyataan media CSID, Bi-Partisan Group of Prominent Scholars and Experts Urge President Obama to Make Democracy in the Middle East a Top Priority. Kenyataan asal klik di sini.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya perlu menyimpang sedikit untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden Václav Havel, bukan sahaja untuk undangan ini, tetapi kepada sokongan dan simpatinya selama 6 tahun saya berada di penjara.
Dan terdapat ramai rakan-rakan yang lain daripada Republik Czech. Saya tidak perlu mengulas panjang keadaan tersebut ,juga maksud kebebasan dan kedaulatan undang-undang memandangkan anda semua biasa dengan Kafka. [Kafka atau Franz Kafka adalah seorang ahli falsafah demokrasi berbangsa Yahudi abad ke 20, di Republik Czech]
Tetapi, perkara yang tragik adalah ianya diwar-warkan dengan amat baik di kebanyakan negara, yang akan memandu kita dengan rasa yakin dan ghairah terhadap demokrasi dan kebebasan, khususnya juga di dalam dunia Muslim.
Sekarang, kita bercakap tentang dialog. Saya fikir Ghassan [Ghassan Salamé, bekas Menteri Kebudayaan Lebanon] telah membuat satu perkara yang munasabah.
Ianya bukan persoalan tentang monopoli orang-orang agama, atau negara atau kerajaan kerana selagi anda menunjukkan bahawa ulama Islam, atau lama (sami Buddha di Tibet dan Mongolia) tidak semestinya mewakili suara majoriti Muslim, ramai yang kononnya pemimpin Muslim, juga kononnya pemimpin yang dipilih secara demokratik, tidak semestinya mewakili rasa hati majoriti tersebut.
Jadi, untuk sesuatu dialog menjadi efektif, ianya perlu dilakukan di pelbagai peringkat. ianya perlu dicari daripada pemahaman sebenar dan rasa rendah hati untuk belajar. Kita telah mendengar dari satu sesi dialog ke sesi yang lain, dan apa yang kita hadapi adalah lebih kepada monolog.
Orang ramai menganggap mereka memahami, menghargai dan bertoleransi, tetapi mereka sebenarnya tidak. Jadi, saya fikir, kita mesti menerima tanggapan ini.
Sebagai seorang Muslim, sekarang tinggal di Washington, mengajar di Georgetown, sudah tentu saya perlu melalui kesukaran dalam proses ini, khususnya selepas peristiwa 11 September, secara umumnya masalah dan prejudis terhadap Muslim.
Tetapi masih diberikan pilihan, saya masih seorang yang bebas di Amerika dan bukan di sebuah negara Muslim. Dan ini merupakan satu percanggahan yang Muslim perlu mengetahuinya.
Ini adalah sebab kenapa pada fikiran saya, ketika kita menerima Islamophobia (ketakutan kepada Islam), secara umumnya merupakan prejudis terhadap Islam, saya fikir kita perlu dan mungkin Yang Mulia Putera Hussan boleh mengambil kepimpinan dalam menggalakkan Muslim untuk bertemu dan menyatakan sebarang isu urus tadbir dan tanggungjawab, kerana kegagalan kita berbuat demikian, akan dilihat dan kemudiannya Barat terus menerus takut kepada Islam.
Kenapa kita sebagai Muslim perlu menunggu arahan Washington untuk menyokong agenda ini, sedangkan kita mengetahui dan kita mempunyai sebab secara khusus mempersoalkan sesetengah keputusan dasar luar di Iraq atau isu-isu berkaitan hak milik rakyat Palestin yang dirampas? [Hamas rampas hak demokrasi?]
Tetapi yang paling utama adalah kita mesti mengambil inisiatif. Kerana demokrasi tidak semestinya dibina oleh Barat. Kenapa kita mesti memilih untuk menjadi terlalu bersikap mempertahankan diri dan memaafkan apabila datang keperluan perubahan, keperluan untuk memastikan kita mematuhi kedaulatan undang-undang, serta terdapat satu cubaan serius untuk mengelakkan kebanyakan daripada masyarakat kita daripada rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita kita?
Sekarang, kita perlu, sudah tentu, kesemua jenis dialog yang lebih bermakna dan saya fikir bahawa sejarah adalah satu pengajaran yang amat hebat, di mana kita boleh memilih untuk menggambarkan perkara yang berlebihan ini (rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita), dan Gareth Evans, sudah tentu telah mengenalpasti beberapa cara untuk memahami dan meringkaskan isu tersebut dan saya tidak berniat untuk mencabarnya dalam perkara tersebut, kerana dia mempunyai satu kelebihan - saya berada di dalam penjara selama 6 tahun dan dalam tempoh tersebut apabila dia telah bekerja untuk perkara tersebut, jadi pemahaman saya, sudah tentu, jauh lebih terbatas.
Tetapi kita mempunyai sejarah-sejarah yang hebat. Dalam pengalaman saya yang terbatas, bercakap mengenai idea Jeffersonian atau memetik Tocqueville, ramai Muslim kemudiannya bertanya, "Kenapa saya mesti memilih untuk belajar daripada Barat dan peradaban mereka?"
Saya sentiasa menyatakan bahawa sesebuah peradaban dibina, seperti yang telah dikatakan oleh Ghassan, ia tidak semestinya untuk dijelaskan secara terperinci dengan tidak memasukkan perkara lain. Saya fikir, kita matang kerana kita belajar, menghormati dan memahami.
Dan walau apa pun pandangan atau nilai yang berguna di sini, perlu diambil. Masalah kita adalah apabila berhadapan dan melihat kepada senario antarabangsa dan pendirian terhadap Perang Ke Atas Keganasan – Saya tidak mempunyai sebarang rasa sangsi tentang menggunakan perkataan Perang Ke Atas Keganasan.
Saya fikir, sebagai seorang Muslim, saya perlu menerima hakikat bahawa walaupun terdapat beberapa cubaan untuk memaparkan perkara sebenar tentang keseluruhan isu yang tidak semestinya isu-isu yang terbatas kepada Muslim sahaja.
Ya. Ia tidak semestinya datang daripada masyarakat autoritarian (kuku besi). Ya. Tetapi saya ingin memetik satu contoh di India yang sangat tidak betul, terutamanya di India yang demokratik, anda tidak menghadapi masalah ini. Ia merupakan masalah kebanyakan aktiviti pengganas yang berlegar di sekitar isu yang lebih sensitif, di Kashmir, dan yang tidak boleh digunakan untuk menentang pertikaian bahawa kita perlu lebih keras dalam agenda kita mempromosikan demokrasi.
Masalah keganasan dan membiaknya sarang pengganas kebanyakannya berpunca daripada dasar-dasar yang zalim, ketiadaan ruang demokrasi. Anda memberikan ruang demokrasi – ini tidak semestinya satu jaminan keseluruhan atau jawapan menentang keganasan.
Saya fikir Gareth telah menunjukkan perkara tersebut dengan jelas walaupun ianya lebih rumit. Ia memerlukan kesemua kemungkinan penyelesaian, mekanisme yang perlu diletakkan pada tempatnya, tetapi ianya merupakan pertaruhan yang paling selamat untuk menentang pembiakan sarang pengganas.
Saya datang dari rantau – dari Asia Tenggara – yang tidak mempunyai kehebatan yang sama dengan dunia Arab dan saya menemui banyak kesukaran apabila orang ramai bercakap mengenai Islam, yang ianya terbatas kepada pengalaman dunia Arab.
Kami adalah Muslim, tetapi kami sangat berbilang kaum, berbilang agama. Kebanyakan parti Islam di Malaysia atau Indonesia sentiasa bercakap tentang demokrasi dan sentiasa mengamalkan proses demokratik.
Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pengalaman di sesetengah tempat di dalam dunia Muslim yang lain. Tetapi apa yang kita perlukan adalah usaha yang dipergiatkan dalam membataskan isu keganasan, bukan seperti pengganas Islam atau pejuang Jihad kerana istilah yang digunakan di sini dilihat dari sudut yang berbeza.
Muslim di Malaysia atau Indonesia yang secara umumnya berada dalam keamanan tidak mempunyai sebarang bantahan yang serius terhadap istilah tersebut.
Kami bercakap tentang jihad dalam pendidikan, jihad dalam ekonomi, pembangunan dan juga terdapat satu masalah untuk mentakrifkan semula , membina semula naratif dan istilah yang digunakan, kerana jika tidak, kita akan dipinggirkan serta ditentang oleh orang ramai dalam proses tersebut.
Itulah sebab kenapa saya percaya, untuk memastikan satu pertarungan yang berkesan terhadap keganasan, kita perlu membataskan sahaja kepada sarang pengganas dan bertindak ke atas mereka, dan tidak membiarkan isu atau kawasan baru – ketika menyelesaikan konflik di Aceh, sebagai contoh – tidak membiarkan konflik di Selatan Thailand dan membiarkannya ia menjadi satu perjuangan masyarakat.
Ketika ini, ianya merupakan satu kumpulan penjenayah atau pengganas yang kecil, tetapi anda membenarkan pemimpin berkuku besi atau satu penyelesaian yang tulen kepada masalah tersebut, kemudian anda mengembangkannya menjadi satu perjuangan masyarakat.
Dan sekali ia berlaku, seperti di Iraq, saya tidak percaya anda mampu untuk mengekangnya walaupun dengan kuasa ketenteraan terhebat di muka bumi ini.
Terima kasih.
Latar belakang forum :
Anwar Ibrahim berucap dalam Persidangan Tahunan ke-9 Forum 2000 dengan tema " Our Global Co-Existence: Challenges and Hopes for the 21st Century" pada 9-10 Oktober di Prague, Republik Czech. Ucap utama topik itu diberikan oleh dua orang iaitu : Ghassan Salamé, former Minister of Culture of Lebanon, Professor at Sorbonne University dan Gareth Evans, former Foreign Minister of Australia, President of the International Crisis Group
Manakala Anwar Ibrahim pula salah seorang daripada 8 orang ahli panel yang membahaskan ucap utama daripada penceramah utama di atas. Berada sebaris dengan Anwar sebagai ahli panel adalah dua tokoh Yahudi iaitu Michael Melchior, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Israel dan James Woolsey, bekas Pengarah CIA dan Naib Presiden Booz Allen Hamilton, USA.
Program ini anjuran Forum 2000 Foundation, the Czech Republic dan Nippon Foundation, Japan.
AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim bertajuk "Conflict or Co-Existence? Where do we go?". Ucapan asal klik di sini
NEW HAMPSHIRE, - Para wakil rakyat New Hampshire, Amerika Syarikat, Khamis (26/4) telah mengesahkan undang-undang yang menghalalkan pernikahan kaum homoseksual dan lesbian serta hak-hak mereka. Undang-undang ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.
Oleh yang demikian, New Hampshire merupakan wilayah keempat di AS yang mengesahkan kehidupan kaum homoseksual dan lesbian. Tiga wilayah lainnya adalah New England, Massachusetts dan New Jersey.
Merebaknya undang-udang seperti ini kerana persaingan antara Parti Demokrat dengan Parti Republikan dalam merebut simpati rakyat.
Undang-undang itu telah disahkan setelah pemungutan suara dengan keputusan 14 menyokong dan 10 menolak. Majoriti yang menyokong berasal dari parti Demokrat.
Gabenor New Hamshire, John Lynch, yang juga dari parti Demokrat, sebelum ini sudah menegaskan akan menandatangani rancangan penguatkuasaan pengesahan itu yang dipersetujui oleh para wakil rakyat.
Pada 4 April lalu, rancangan undang-undang ini telah dibentangkan ke Dewan Rakyat.
Pada tahun 1987, Mahkamah Tinggi New Hampshire pernah memutuskan bahawa pernikahan sejenis tidak sah. Tetapi pada tahun 2004, Mahkamah Tinggi Massachusetts dalam kes yang sama memutuskan sebaliknya.
Undang-undang yang memihak kepada kaum homoseksual dan lesbian itu meluas kerana sokongan padu parti Demokrat. Inilah langkah bijak Demokrat dalam memenangi persaingan dengan kelompok Republikan.
Di New England misalnya, sejak 1874, parti Demokrat tidak pernah berjaya bersaing dengan parti Republikan, tetapi sejak Demokrat menyokong usaha persamaan hak bagi kaum homoseksual dan lesbian, parti Demokrat mampu menewaskan Republikan.
Meskipun demikian, kumpulan Republikan masih berharap, perkara ini boleh dihalang di mahkamah.
"Saya berharap supaya lebih cepat datangnya desakan mahkamah sehingga undang-undang ini boleh dibatalkan," ujar Senator Republikan, Bob Letourneau.
Menurutnya, undang-undang ini hanya akan melemahkan undang-undang asas Pernikahan.
Calon Presiden Parti Demokrat, Senator New York, Hillary Clinton, menyokong penuh perluasan undang-undang itu. (AFP/WIN)
AIDC menterjemah artikel kompas.com. Artikel asal klik di sini
Ucapan Anwar Ibrahim, US Islamic World Forum 2005, di Doha, Qatar.
Saya tidak mendakwa saya mempunyai terlalu banyak kepakaran di dalam isu pilihan raya, walaupun saya datang daripada sebuah negara , Malaysia, mereka mengadakan pilihan raya sejak daripada zaman kemerdekaan, tetapi saya tidak terlalu yakin sama ada ianya benar-benar bebas atau adil.
Bekas bos saya yang kedua, Timbalan Perdana Menteri, (Musa Hitam) juga berada di sini. Saya tidak pasti sama ada dia bersetuju dengan saya tentang perkara itu, tetapi sudah tentu ianya merupakan satu perjalanan yang jauh sebelum kami boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
Angin perubahan daripada autokrasi (pemerintahan kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai bahagian dalam dunia Muslim pada ketika ini.
Perang Iraq, walaupun masih dicemari dengan kontroversi, telah menghasilkan pilihan raya demokratik pertama untuk negara tersebut.
Dalam hal ini, saya perlu katakan bahawa, walaupun saya masih menentang perang secara prinsipnya, tetapi saya mesti mengalah bahawa suara kebebasan di Iraq tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan untuk berdiam diri selama berdekad-dekad.
Saya berani katakan sekiranya diberikan separuh peluang, masyarakat Muslim, bukan sahaja di Iraq, tetapi di seluruh dunia, akan merampas peluang tersebut untuk menikmati demokrasi.
Tetapi perkara yang paling penting dalam perbincangan kita adalah sama ada fenomena yang cuma kelihatan seperti pilihan raya bermaksud demokrasi sedang diamalkan atau masih terdapat sesetengah isu asas yang belum lagi diselesaikan.
Saya fikir, ia ketara bahawa yang pertama sekali, pilihan raya mestilah bebas, adil, dan telus. Bebas, seperti bebas daripada campur tangan daripada semua faktor-faktor luaran dalam menentukan proses pilihan raya. Calon, sudah tentu, perlu dipilih dan mereka yang dipilih mestilah pilihan pengundi mereka sendiri.
Dan ini akan termasuk capaian yang adil kepada media yang bebas, debat terbuka, dan pelaksanaan pilihan raya yang mencapai ke tahap penelitian antarabangsa.
Ianya tidak cukup dengan hanya jaminan kebebasan awam di dalam dokumen, yang mewakili cap mohor kemahuan rakyat. Lain-lain institusi asas masyarakat awam mestilah berada di tempatnya.
Oleh yang demikian, pilihan raya mestilah dilihat sebagai proses ke arah kewujudan demokrasi yang bermakna. Di situ mestilah terdapat sebuah badan kehakiman yang bebas di mana akan berfungsi sebagai satu badan yang akan melaksanakan check and balance (periksa dan seimbang) secara berkesan terhadap kuasa eksekutif dan legislatif dalam kerajaan.
Pada dasarnya, badan kehakiman mestilah menjadi benteng kepada kebebasan asas. Melengkapinya, kedudukan pendakwa raya negara perlulah dilindungi oleh jaminan perlembagaan.
Anda dapat lihat, kegemaran saya terhadap kedaulatan undang-undang dan peraturan pendakwa raya mungkin lebih mendalam daripada anda selepas diberikan cuti panjang selama 6 tahun. Tetapi ia sebenarnya lebih pendek.
Apabila saya bertemu Mandela, dua bulan lepas di Johannesburg, dia sudah tentu, amat mengambil berat, amat simpati, dan berasa sedih dengan cara saya dilayan. Tetapi saya memberitahunya bahawa kita mempunyai agenda yang belum selesai, dan agenda saya adalah jalan perjalanan pendek ke arah kebebasan.
Perjalanan yang panjang adalah ke arah demokrasi seperti yang ditentang.
Persoalan bahawa menggalakkan demokrasi dalam dunia Muslim hanya akan mencetuskan ketidakstabilan, secara jelasnya tidak dapat dipertahankan. Sudah terdapat perkembangan yang penting telah dibuat dalam bidang kebebasan awam dan saya lihat dalam perlembagaan baru Qatar, sebagai contoh, dan tanpa sangsi Doha Declaration for Democracy and Reform (Deklarasi Doha untuk Demokrasi dan Perubahan) bergema dengan hebat untuk prospek perubahan politik di rantau ini.
Tetapi saya percaya bahawa demokrasi yang bertenaga memerlukan pembangkang yang bersemangat. Sindrom Kotak Pandora yang ditimbulkan bertentangan untuk menggalakkan demokrasi yang sebenar.
Kebebasan awam yang berakar umbi dalam perlembagaan menjadi kata-kata basi yang palsu apabila suara bertentangan dengan keputusan dibuat yang tidak dibenarkan untuk disuarakan.
Forum ini tidak kena pada waktunya dan saya berdoa ianya (forum) akan membuka jalan kepada penglibatan yang lebih konkrit dan terus. Tiada seorang pun di antara kita daripada dunia Muslim yang secara jujurnya boleh mengatakan bahawa Amerika tidak meninggalkan kesan kepada kita. Sebaliknya, Amerika secara adilnya tidak jujur sekiranya Amerika gagal untuk mengakui kesan yang besar yang telah dilakukan oleh dunia Muslim.
Ia benar bahawa beberapa kejadian baru-baru ini telah meluaskan jurang perbezaan – lebih banyak alasan diberikan daripada mengendahkan seruan untuk penglibatan yang lebih aktif dan dialog. Kenapa kita tidak boleh memberikan tempoh yang lebih kepada ikatan yang menyatukan kita daripada perkara yang memisahkan kita?
Kemudian kenapa kita perlu menumpukan perhatian kepada mereka yang masih memukul gendang perbalahan?
Tetapi Muslim cenderung untuk berbangga dengan diri mereka sendiri dengan menjadi pengikut kepada agama di mana prinsip keadilan, kesamaan, berurusan dengan adil, dan toleransi adalah paling utama.
Saya mendengar perkara yang memualkan ini, di dalam forum di mana semua pemimpin Muslim, sarjana Muslim petah berkata-kata tantang isu-isu ini dengan meyakinkan, di antara idea dan realiti masih berada di dalam bayang-bayang.
Realitinya adalah percanggahan tersebut secara mengejutkan amat ketara, tidakkah benar bahawa pemimpin Muslim di antara pesalah yang hebat dalam ketidakadilan.
Bolehkah secara jujur menafikan bahawa rejim Muslim, sebenarnya, secara terang-terangan merupakan di antara pencabul hak asasi manusia dan bahawa pemimpin mereka mempunyai keunggulan dalam menjadi paling korup dan mempunyai cengkaman yang kuat terhadap kuasa.
Dan apabila berhadapan dengan isu-isu ini, pemimpin sama yang melantik diri sendiri ini tidak menentang dengan memetik bab dan ayat daripada Quran untuk menjustifikasikan kenapa perubahan hanya dibuat secara berperingkat; yang masyarakat Muslim boleh mengambil demokrasi dalam dos yang kecil, dan kebebasan hanya akan membawa keadaan yang huru-hara.
Dan dengan Perang Terhadap Keganasan, ianya sudah tentu ironik dan tragik yang rejim-rejim ini dibenarkan untuk wujud di dalam jalan mereka yang menyeleweng dengan bebas daripada sebarang hukuman.
Izinkan saya untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Dikatakan bahawa punca-punca yang mendasari perkembangan terkini dalam perubahan politik di dalam dunia Muslim boleh ditemui di dalam inisiatif dasar luar yang agresif yang dimulakan oleh Pentadbiran Bush.
Saya tidak akan leka dengan perdebatan mengenai liberal dan neocon. Dan saya fikir selain daripada penglibatan di antara Muslim dan A.S. , perlu ada cadangan di mana kita menganjurkan satu persidangan di Washington tentang penglibatan di antara neocon dan liberal.
Ini adalah dasar yang dilancarkan berikutan kejadian tragik 9/11, satu dasar yang ditandakan sebagai strategi hadapan untuk kebebasan.
Pada fikiran saya, tidak dapat dinafi bahawa usaha pro-perubahan di bawah dasar ini sudah tentu menyumbang secara positif kepada pembangunan sekarang, masih lagi kadangkala retorik akan menjadi lebih meyakinkan daripada realiti.
Untuk sesetengah negara, dasar ini ditandakan dengan apa yang saya boleh perincikan sebagai strategi ambivalen terpilih. (mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap seseorang)
Secara realiti, strategi ambivalen terpilih bermaksud secara konstruktif membantu sesetengah negara untuk bertahan daripada perubahan dengan menggunakan proses sampingan berbanding proses yang lengkap.
Dengan segera, tanpa ragu-ragu, mengikut kesesuaian, dasar ini bermaksud menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan dan lain-lain penganiayaan yang secara nyata menentang strategi hadapan untuk kebebasan.
Sebagai balasan untuk sokongan ini kepada Amerika Syarikat di dalam Perang Ke Atas Keganasan, negara-negara ini dikurniakan status rakan strategik.
Pada fikiran saya, ini adalah satu kes bekerja dari belakang secara bersyarat. Ia adalah kes di mana membenarkan rejim yang menindas untuk bersikap acuh tak acuh kepada hak kekuasaan kerana mereka menegakkan bayang-bayang keganasan yang menakutkan.
Indonesia, negara Muslim paling besar di dunia, jelas kelihatan sebagai perkembangan politik yang paling penting di dalam sejarah demokrasi zaman moden. Malangnya, ini tidak diserlahkan. Kita bermegah-megah dan berbangga kepada diri sendiri terhadap kejayaan pilihan raya di Iraq dan Palestin.
Apabila krisis ekonomi Asia Timur meletus, Indonesia mengalami satu pergolakan sosiopolitik, dan saya dihantar ke penjara. Tetapi Indonesia keluar daripada ribut dan berkembang menjadi sebuah negara baru yang semakin maju. Sebagai ganti kepada penindasan dan pemerintahan diktator, Indonesia sekarang dijamin oleh kebebasan dan demokrasi.
Media di sana bebas, dan keadilan dalam melaksanakan pilihan raya tiada bandingannya. Florida sekarang merupakan wilayah Indonesia.
Perubahan fenomena yang dibawa melalui reformasi perlu menyediakan satu pembelajaran yang bertahan lama terhadap perubahan yang aman daripada autokrasi kepada demokrasi.
Tetapi sekiranya kita pergi lebih kepada retorik, ianya tidak seperti yang diperbesar-besarkan untuk mengatakan bahawa untuk dua abad yang terakhir, dunia Islam telah disilaukan oleh kekayaan, kuasa dan kehandalan teknologi dari Barat.
Di bawah perhambaan penjajahan, negara-negara Muslim mempunyai rasa geram terhadap diri sendiri dan kekurangan yang berakar umbi dan kesudahannya adalah hakisan secara keseluruhan terhadap keyakinan kepada tradisi mereka sendiri.
Berhadapan dengan abad-abad berfikir secara tradisional dan suka berserah kepada perkara yang lepas, Ardonis, Arab kontemporari yang boleh dipertikaikan menafikan asal-usulnya dalam rangkap berikut.
Prinsip saya adalah penolakan dan peta saya merupakan tanah tanpa pencipta.
Ini bermaksud bahawa semberono untuk dunia Muslim membuat anggapan umum bahawa Amerika adalah contoh terbaik sebagai sebuah negara yang rosak akhlaknya seperti Amerika melabelkan dunia Muslim sebagai satu peradaban yang penuh dengan ancaman fundamentalis.
Kita juga mesti belajar untuk melepaskan diri daripada kebimbangan yang dipengaruhi oleh sejarah dan tidak tunduk kepada godaan [tidak dapat didengar] dan [tidak dapat didengar] berteriak di mana sahaja yang mereka akan terbitkan daripada apa sahaja bentuk.
Tuan-tuan dan Puan-puan, cabaran yang berada di hadapan kita sangat besar. Dan saya percaya dialog dan perbincangan sangat penting. Ia tidak akan menyelesaikan perkara tersebut dengan pantas. Tetapi sudah tentu ianya akan menjana banyak tarikan dan bergema di kalangan populasi, khususnya Muslim, di atas anggapan bahawa media di dalam masyarakat dan negara-negara Muslim adalah bebas.
Kita tahu bahawa perang di Iraq menjadi-jadi dengan meningkatnya keganasan. Pengebom berani mati secara berterusan meletupkan diri mereka sendiri, membunuh orang-orang yang tidak berdosa. Hanya tiga minggu yang lepas, negara ini menjadi mangsa kepada perbuatan zalim ini.
Untuk Amerika, kepada ramai Muslim dan dunia Arab, ia masih membawa label kuasa yang angkuh dan komplot Machiavelli. Untuk membuang perkara ini, sebagai satu manifestasi kebencian terhadap kemodenan atau iri hati dengan perkembangan teknologi adalah untuk melepaskan titik tersebut dengan sepenuhnya.
Memang tidak dipertikaikan bahawa mesti terdapat satu perang menentang keganasan. Tetapi perang ketenteraan ini mestilah digolongkan di bawah perang idea. Pada fikiran saya, isu kemodenan dan demokrasi, fundamentalisme dan autokrasi, akan menguasai dan merentasi batas pertarungan.
Ketika Amerika tidak memahami Islam, Muslim juga gagal untuk menggenggam semangat Amerika. Di manakah Muslim de Toquevilles?
Amerika mempunyai pusat untuk kefahaman Kristian dan Muslim yang tidak terkira banyaknya. Bolehkah kita menyatakan perkara yang sama tentang negara Muslim? Kenapa dunia Muslim amat keberatan untuk menghulurkan tangan dan lebih mempelajari tentang agama Kristian dan Yahudi?
Saya percaya bahawa penglibatan yang aktif, melalui dialog yang berterusan, bukan sahaja akan memadamkan perasaan saling prejudis antara kita, melahirkan kejahilan, tetapi juga membantu kita menemui semula martabat universal ini dan persamaan kemanusiaan yang tersembunyi di dalam ketakutan dam kesangsian yang mendalam.
Kegagalan untuk mencari penglibatan yang aktif hanya akan memperkuatkan ramalan tukang tilik terhadap malapetaka yang akan berlaku. Ianya juga merupakan kecuaian yang sewenang-wenangnya terhadap tanggungjawab moral kepada generasi kita pada masa akan datang.
Di dalam kata-kata Robert Penn Warren : “Kita perlu pulang semula tanpa ragu-ragu berjalan mengikut lorong, tetapi ianya akan mengambil masa yang lama bermula sekarang. Dan tidak lama lagi kita akan keluar daripada rumah dan pergi ke dalam sawan dunia, keluar daripada sejarah, ke dalam sejarah, dan tanggungjawab masa yang teruk.”
Terima kasih.
AIDC menterjemah Anwar Ibrahim Speech In US Islamic World Forum 2005, Brookings Institution. 2005. Artikel asal klik di sini
Erdogan,(kiri) dan Erbakan, Parti Refah. Parti Refah diharamkan, Erbakan menubuhkan parti Saadet dan Erdogan menubuhkan parti AKP
Oleh Antony T. Sullivan
Apabila sejarah mencatatkan pelaksanaan Magna Carta (Piagam Undang-Undang Inggeris) terhadap King John oleh kaum bangsawan Inggeris pada 1215, mereka tidak mendedahkan di mana aristokrat Inggeris itu mendapat idea untuk membentuk piagam yang menyatakan tugas raja terhadap rakyatnya, dan juga tugas rakyat terhadap raja.
Sebenarnya, menurut Imad al-Din Ahmad daripada Minaret of Freedom Institute [Minaret of Freedom adalah sebuah institusi yang berperanan meliberalkan Islam] di Bethesda, asal usul struktur undang- undang Eropah, (kemudiannya dirujuk sebagai Magna Carta) telah dibawa balik oleh penganut Kristian yang berjuang dalam peperangan Salib, kerana mereka dipengaruhi dengan apa yang mereka pelajari di Levant (Mediterranean Timur) tentang sistem pemerintahan Salahuddin (Saladin), Sultan Mesir dan Syria.
Dalam ulasan mengenai “Budaya dan Ekonomi : Islam dan Masyarakat Bebas,” Imad al -Din Ahmad memberitahu peserta persidangan di Istanbul pada 15-17 September bahawa banyak daripada pemahaman Barat tentang kebebasan undang-undang, ekonomi dan masyarakat berasal daripada Zaman Pertengahan Islam.
Antara peserta dari Turki adalah Profesor Eser Karakas dari Istanbul University, Mehmet Aydim dari Ege University dan Ali Karaosmanoglu dari Bilkent University.
Peserta lain dari Turki termasuklah Besim Tibuk, pemimpin Liberal Democratic Party (Parti Liberal Demokratik), Serdar Aktan dari Turkish-Arabic Bank (Bank Turki-Arab), dan Suseyin Sak dari Pejabat Perdana Menteri.
Penceramah Eropah pula termasuklah Profesor Burhan Ghalioun dari France dan Hardy Bouillon dari Jerman.
Peserta dari Amerika Syarikat termasuklah Deepak Lal dari University of California, Los Angeles atau UCLA, Leonard Liggio dari George Mason University di Virginia, Antony T. Sullivan dari University of Michigan in Ann Arbor, Imad al-Din Ahmad, Presiden Minaret of Freedom Institute, Dan Peters dari Persatuan Philadelphia, S. Fred Singer dari Science and Environmental Policy Project (Projek Dasar sains dan Alam Sekitar), dan Jo Kwong dari Atlas Economic Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Ekonomi Atlas).
Persidangan ini dianjurkan bersama Friedrich Naumann Foundation (Yayasan Friedrich Naumann ) di Jerman dan Atlas Economic Research Foundation di George Mason University, Amerika.
Demokrasi dan hak asasi manusia bukan semata-mata dimonopoli oleh Barat
“Liberalisme,” yang digunakan di dalam persidangan tersebut, secara tepatnya berlawanan dengan perkataan “liberalisme” seperti yang digunakan dalam konteks Amerika kontemporari.
Liberalisme “klasik” atau “Eropah” telah menarik perhatian peserta persidangan dan memberikan pujian melangit terhadap ekonomi pasaran, perdagangan bebas, hartanah persendirian, pengagihan (kuasa pusat) politik, serta memaksimumkan kebebasan individu sehingga kepada kebebasan peribadi, tidak memudaratkan kepada masyarakat yang stabil dan bersatu padu.
Secara ringkasnya, idea “liberal” yang dibincangkan di Istanbul adalah seperti apa yang difahami oleh rakyat Amerika sebagai “konservatif”. Tetapi sama ada liberal atau konservatif, apa yang luar biasa tentang konsep yang diperdebatkan di Istanbul itu adalah rayuan mereka (ahli penal pesidangan) kepada rakyat Turki dan Muslim secara umum.
Dengan isyarat yang diberikan baru-baru ini, minat yang sama ditunjukkan oleh dunia Arab, apa yang berlaku di Turki (kemenangan parti Refah) menunjukkan keinginan kepada kerajaan berperlembagaan, demokrasi dan hak asasi manusia tidak semata-mata dimonopoli oleh barat.
Untuk menggambarkan penyusunan semula asas Islam di dalam undang-undang Eropah, Imad al-Din Ahmad menyatakan bahawa perkara itu berlaku seawal reconquista (penaklukan semula) penganut Kristian Sepanyol. Penganut Kristian tempatan sudah biasa dengan undang-undang Islam, mendesak pemerintah mereka yang baru supaya menandatangani perjanjian yang sama dengan apa yang telah mereka lalui dengan pemerintah Muslim mereka.
Perjanjian tersebut memperincikan bahawa tiada sidtem monarki yang berada di atas undang-undang. Ini merupakan ketaatan kepada kedaulatan undang-undang yang kedua-dua raja dan rakyat biasa adalah rakyat. Menurut Imad al-Din Ahmad, sebenarnya perkara itu merupakan pemberian yang masih kekal oleh Muslim Sepanyol kepada penganut Kristian Eropah.
Seperti yang dititikberatkan dalam ekonomi politik, Imad al-Din melihat bahawa Barat pertama sekali sedar akan bahaya statisme(doktrin kuasa pusat kerajaan mengawal dan merancang ekonomi), birokrasi dan sistem pencukaian yang berlebihan, bukan daripada Yunani kuno atau Adam Smith tetapi daripada pemikir Muslim Ibn Khaldun pada abad ke-14.
“Komitmen Ibnu Khaldun kepada pasaran bebas melebihi sesetengah ’liberal’ moden,” kata Imad al-Din Ahmad.
“Betapa jelasnya pandangan Ibnu Khaldun dapat dilihat di dalam bab kecil bertajuk ‘Penglibatan pemerintah di dalam perdagangan akan membawa kemusnahan dinasti’ dan di dalam pemerhatian seperti ‘Pada zaman permulaan mereka, dinasti- dinasti mendapat hasil yang besar daripada kadar cukai yang rendah, dan pada akhir dinasti, mereka mendapat hasil yang kecil daripada kadar cukai yang tinggi.’
Sokongan Islam
Akhirnya, Imad al-Din Ahmad menerangkan sokongan sistem Islam terhadap pluralisme dan kebebasan. Dia mempertikai sistem Islam pada hari ini, seperti masa lampau. Islam digambarkan dengan keupayaan menyesuaikan diri dan berupaya untuk bergabung di dalam peradaban pada masa lampau.
Oleh sebab itu, dia mencadangkan bahawa penganut Islam tidak berusaha untuk mempraktikkan sebarang budaya yang keras terhadap Turki melalui perintah, atau cubaan projek- projek seperti meminta semua wanita untuk memakai tudung.
“Sekiranya kita menerima Al-Quran, dan menyatakan bahawa Muhammad bukan individu yang mengatur urusan kita,” dia bertanya, “kemudian bagaimana sesetengah daripada kita membenarkan diri menerima penafian gelaran yang diberikan kepada pesuruh Tuhan itu?”
Penulis artikel ini membangkitkan tema yang sama di dalam kertas kerjanya bertajuk “Konservatisme, Pluralisme dan Islam”.
Sullivan mengkritik pertikaian oleh Profesor Samuel Huntington dari Harvard yang menyatakan bahawa, ancaman baru dan mendesak yang sedang dihadapi Barat datang daripada hubungan tidak formal di antara peradaban Islam dan konfusianisme.
Sullivan mengkritik bahawa konservatif Barat dan Muslim telah mempunyai banyak persamaan daripada perbezaan, dan mereka menyokong permulaan dialog di antara konservatif dan kedua-dua tradisi ini lebih menyatakan masalah umum semasa kemerosotan sekular moden.
Orang Barat dipengaruhi oleh pemikir-pemikir seperti Edmund Burke, Eric Voegelin, Gerhart Niemeyer dan Russell Kirk, dan dia menyatakan, ini akan menjadikannya satu perbincangan yang ideal bersama intelektual Muslim kontemporari seperti Anwar Ibrahim, Charles le Gai Eaton, Rachid al-Ghannoushi, Fahmi Huweidi dan Abdul Wahab al-Messiri.
“Konservatisme agama dan sosial, yang dihormati secara tradisi, toleran terhadap agama dan pluralisme di dalam politik, sedar terhadap kepentingan harta persendirian dan sesetengah bentuk kerajaan bertanggungjawab, akan membenarkan penganut Kristian dan Muslim bersama-sama seiringan ke dalam abad baru, serta bersama-sama menjadikannya milik mereka.”
Dalam perbualan di luar program bengkel, peserta Turki menekankan kepercayaan mereka bahawa Barat bertindak balas secara keterlaluan kepada Perdana Menteri Islam Necmettin Erbakan yang akan memegang kuasa dan terhadap Parti Refah miliknya.
Sebagai contoh, tiada seorang pun rakyat Turki pada hari ini dapat meramalkan kemungkinan Erbakan atau Refah akan cuba mengeluarkan Turki daripada NATO.
Tambahan pula, tiada siapa menjangkakan sebarang kemerosotan hubungan Turki-Israel, khususnya dengan penerimaan Erbakan baru-baru ini terhadap bantuan Israel untuk mewujudkan “zon keselamatan” anti-Kurdis di utara Iraq.
Beberapa rakyat Turki menyatakan kepercayaan mereka bahawa Erbakan hanya mempunyai kepentingan yang sedikit kepada Perdana Menteri Syria, Hafez Al-Assad, di mana Assad membiayai kepimpinan PKK Kurdis di Damascus.
Ramai yang mempercayai, dengan apa cara sekalipun, Erbakan akan enggan untuk berkompromi terhadap Cyprus.
Secara keseluruhannya, persepakatan peserta bengkel Turki adalah Erbakan tidak akan mengadakan sebarang percubaan untuk memperkuatkan “Islam antarabangsa,” dan akan melaksanakan dasar Turki secara keseluruhannya berdasarkan pemahamannya terhadap kepentingan Turki.
Dia melawat Iran dan lain-lain negara Muslim atau Arab yang tidak disenangi oleh pembuat dasar Amerika.
AIDC menterjemah Washington Report On Middle East Affairs, Antony T. Sullivan. 1997.Istanbul Conference Traces Islamic Roots of Western Law, Society. Artikel asal klik di sini
Berikut salinan harfiah rakaman video antara mangsa liwat Anwar dengan bekas Imam Besar Masjid Negara Taib Azamudden Md. Taib. Rakaman ini dibuat atas persetujuan Taib Azamudden selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada tahun 1998. Ketika itu Ahli Parlimen PAS kawasan Baling itu masih lagi bekerja dengan kerajaan.
Walaupun kesan membaca salinan ini mungkin tidak sehebat melihat rakaman video pengakuan mangsa liwat Anwar, tetapi saya percaya ia membolehkan anda mengetahui apa yang perlu anda mengetahui mengenai salah laku seks Timbalan Perdana Menteri itu.
Berikut salinan penuh rakaman video berkenaan
Taib: Pertama sekali saya kira terima kasih banyaklah di atas kedatangan ini, perjumpaan ini yang saya sendiri tidak menduga dan tidak menjangkalah bahawa, saya diberi kepercayaan, diberi apa tu, amanahlah untuk mendengar tentang perkara yang nak diceritakan ini..., yang dari segi gayanya, maknanya, saya kira tak da lah apa-apa yang decision yang saya boleh buat. Sebab itu mungkin ada pada beberapa percaturan dan undang-undang yang tertentulah.
Saya rasa En. Aris lebih fahamlah cuma apa yang boleh saya ...orang kata, duduk letaknya sebagai orang kata menerima tetamu ajelah, dan apa yang patut kita dengar dan apa yang kita ambil maklum. Kemudian dari segi apa-apa yang selanjutnya, itu kemungkinan pun kalau apa yang ada hanyalah boleh beri pandangan atau beri nasihat, tapi untuk tindakan-tindakan terbabit.
Mangsa : Pertama saya mengucapkan terima kasih pada Ustaz sudi jumpa saya,....
Taib : Emm..
Mangsa : Tujuan saya datang sini untuk minta nasihat, pandangan dari segi agama tentang kedudukan saya, .... perbuatan saya, emm... apa yang telah saya lakukan , apa yang telah berlaku pada diri saya beberapa tahun yang lepas, saya, saya cuba..., dah berhenti, cuba bertaubat..., pada Allah, dan cuba menambahkan ibadat saya, tapi hidup saya masih runsing..., dihantui oleh apa yang telah berlaku pada diri saya empat lima tahun yang lepas..., sampai meninggalkan kesan pada hubungan saya dengan orang sekeliling saya, meninggalkan kesan pada pekerjaan saya dan hidup saya.
Emosi saya terganggu. Saya telah pergi mengerjakan umrah dua kali, mohon ampun dan bertaubat pada Allah, dan InsyaAllah, izin Tuhan saya nak pergi haji...
Taib : Ya...InsyaAllah..
Mangsa : ...yang akan datang ini, tapi hati saya masih tak puas kerana tak tenang, masih runsing dihantui ...apa yang berlaku pada diri saya. Saya salah seorang daripada mangsa homoseks Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri,... berlaku bukan dengan kerelaan saya. Saya dipanggil ke rumah dia, saya dah kenal dia dah lama sebenarnya.
Taib : Hem..hem...hem..
Mangsa : Masa saya belajar lagi...tapi tak de apa yang berlaku masa tu. Pada tahun 1994, tapi perhubungan itu adalah berhubung dengan adik dia, Sukma. Kemudian perhubungan dengan dia secara profesional.
Taib : Hem...hem..
Mangsa : Saya pernah ke rumah dia dua tiga kali, rumah di PJ, rumah di Damansara, kemudian rumah tempat dia tinggal di kediaman Timbalan Perdana Menteri. Benda ini berlaku pada tahun 1994, yang mula-mula sekali...saya dipanggil oleh Sukma untuk datang ke rumah...
Taib : (Sukma)...yang adik angkat tu?
Mangsa : Erm..., dia suruh saya pergi ke kedai dia..., kedai jual carpet di Bangsar, di sana berbual-bual, dah lama tak jumpa, berbual-bual...lepas tu dia kata, Abang dia nak jumpa saya.
Taib : Hemm...
Mangsa : Abang dia tu refer pada Dato’ Seri Anwar kemudian saya tanya pasal apa? Dia kata memang dia dah lama nak jumpa. Mesti ada sebab nak jumpa, kan?
Lepas tu dia kata, datang aje laa dia kata, datang nak bagi kerja ker, apa ker. Sebab masa tu memang saya ada, apa nama ni ..., bagitau dia sebelum tu yang saya nak cari kerja baru. Kemudian dia kata datang aje. Saya, dah tak tau macam mana, hati saya berat nak pergi, berat nak jumpa...Lagi pun dia orang besar nak jumpa, kan. Dipanggil pulak tu, kalau casual bertembung tu, tu lainlah cerita, kan.
Taib : Ya...ya..
Mangsa : Ini dipanggil macam ada satu tak kena. Kemudian, lepas saya tanya-tanya kenapa, dia kata datang aje laa. Dia memang insist betullah untuk saya pergi jumpa dengan dia dan aa.. saya kata o.k lah.
Dia kata oklah. Dia kata ok., kalau you nak jumpa, nanti saya akan telepon you bagitau you kat mana kat mana. Malam tu dia telepon saya menerusi handphone. Kemudian, dia suruh saya pergi berjumpa pada keesokan harinya, petangnya, dia suruh saya tunggu depan satu tempat kat Medan Damansara, ada kedai-kedai kat situ..
Taib : Hem...hem
Mangsa : ...Pusat Damansara, dia suruh saya tunggu kat situ kemudian dia akan ambil kat situ, dia suruh saya tingalkan kereta saya kat situ, sebab dia akan ambil kat situ, sebab dia akan ambil dengan kereta dia.
Aa.. selepas itu dibagikan telefon tu kepada Dato’ Seri dan Dato’ Seri bercakap denga saya. Dalam telepon tu dia kata kenapa susah sangat nak jumpa dia? Dia melawak-lawaklah. Tak de... saya kata saya seganlah nak jumpa orang dengan orang besar-besar, kan. Dia kata, tak de nak segan-segan apa-apanya. Saya pun macam dia jugak, dia kata, oklah, esok InsyaAllah kita jumpalah.
Saya dibawa terus ke rumah dia, the next..keesokan harinya saya pergi ke sana. Saya tunggu sekejap, petanglah. Saya tak ingat pukul berapa, saya pergi aa..kereta Sukma sampai dan terus pergi ke rumah kat Bukit Damansara. Masa tu belum pindah ke rumah Timbalan Perdana Menteri lagi. Kemudian, kemudian dia orang bawa saya masuk daripada pintu dapur..
Taib : Hem..hem..
Mangsa : ...kemudian Sukma terus bawa saya naik ke bilik dia, duduk sekejap, dia bagi saya minum semua tu..., sekejap Dato’ Seri pun masuk, tanya khabar lebih kurang, berjabat tangan dengan saya, peluk. Tapi saya rasa lain, sebab lama, kan...
Taib : Makna pelukan tu lama?
Mangsa : Ha’ah lama..Dia kata, “..punya lama saya dok tunggu nih, bertahun-tahun daripada sejak i kenai you lagi”..Saya rasa tak sedap laa bila dia kata macam tu...kemudian, dia terus peluk saya.
Taib : Keluarga yang lain tak de?
Mangsa : Tak de.
Taib : Di rumah tu?
Mangsa : Di bawah tu ada, pembantu dia.
Taib : Maknannya isteri ke, anak dia semua tak de?
Mangsa : Tak de. Mungkin dia orang ada kat dalam rumah, tapi tak jumpa lah.
Taib : Hem..hem
Mangsa : Saya dalam bilik Sukma, bilik tu kat hujung. Kemudian, dia peluk saya. Kemudian, masa tu Sukma ada di dalam bilik tu. Saya rasa semacamlah kan, pasal nak tolak tak tahu....
Taib : Maknanya 3 oranglah waktu tu?
Mangsa : 3 orang.
Taib : Hem....hem
Mangsa : Kemudian, dia ajak saya duduk atas katil, dia pegang macam tu (menunjukkan tangan sebelah kanan Dato’ Seri memaut bahu)..dan berbual-bual sikit, dia dok ulang-ulang...dia kata “lama tunggu...juai mahai, susah nak jumpalah.” Dia tanya khabar semua. Tangan mula berjalan, tangan tu...teruslah terjadi benda tu dia tindih saya..., emm..berlakulah hubungan homoseks ni. Saya nak tolak tak boleh.
Taib : Waktu tu Sukam masih ada?
Mangsa : (mengangguk..)
Taib : Oo..dia tak keluar?
Mangsa : Selepas itu, masa tengah tu dia ada laa, cuma dia masuk bilik air, kemudian dia masuk bilik, memang sepanjang tu memang dia ada. Sebab dia duduk di tepi bilik tempat kejadian tu. Kira macam dia tunggu di situlah. Saya pun tak tau apa-apa, tak membantah apa-apa, tak delah macam memekik “jangan”...dia siapa, kan? Lepas tu...., tapi memang saya tak ada nafsu langsung untuk melakukannya.
Taib : Ya lah...(mengangguk-angguk)
Mangsa : Apa namanya ni, dia komplen kenapa saya punya, saya apa ni...kenapa saya tak naiklah. Kita tak ada nafsu, kan. Benda tu dipaksa, kan. Sampai habislah.
Taib : Itu kira yang pertamalah tu, kan?
Mangsa : Pertama, itu kali pertama. Kemudian, sampai dah habis, dia ajak mandi sekali. Cuci. Saya masih kebigungan tak tahu apa nak decide, apa nak..tak tahu apa nak buat, lost lah!
Taib : Sebab lagi satu kita tak menyangka...., kita tak apa semua...
Mangsa : Dia ni pada saya, saya anggap dia macam hero saya. Isteri saya pun puji dia, dan dia pun orang pemimpin sayalah, pemimpin masa depan, anak cucu saya, saya ingatlah. Tiba-tiba berlaku pada saya. Apa yang dia buat pada saya jadi, rasa segan tu ada laa, takut ada..., macam-macam perasaan.
Sampai habis, dia tanya khabar, dia kata apa kerja yang saya nak, bentuk macam mana, adalah bincang sedikit, detail saya tak ingatlah apa yang dibincangkan tu sebab dah lamakan, tapi memang kita bincang pasal pekerjaan, kemudian dia kata o.k, nanti dia akan hubungi saya, dia pun keluar dan habis, saya pun siaplah, dia pun pakaikan seluar saya dan dia pun keluar bilik dan Sukma, emm...apa namanya ini, bawak saya turun ke bawah, minum dan terus hantar saya ke kereta lah, balik.
Benda ini lepas selang dua tiga hari tu, dia telepon suruh datang sekali. Saya tak tahu nak buat apa. Nak datang takut jadi lagi. Tak datang takut jadi lain pulak, kan. Sampai benda ini berlaku dua tiga kalilah...., sampai kadang-kadang sampai saya bagi macam-macam alasan lah, sampai dia muak dengan macam-macam yang dibagi...dia selalu telepon saya lah.
Sampai dua tiga kali cerita pasal benda tu, saya tak boleh terima lagi...benda tu. Terutama bercakap dengan orang macam tu tentang perkara berkaitan dengan hubungan seks. Tapi itulah hakikatnya, itulah realitinya yang betul-betul berlaku.
Saya cuba keluar daripada...emm..ada satu masa tu saya dah takut sangat. Nak lari daripada dia. Satu malam dia telepon suruh saya datang ke rumah dia, kan.
Saya malam tu saya tak mahu langsungkan...., saya rasa diri saya kotor kan. Takut nak pergi...takut, tak pergi takut, sampai saya, saya pergi jugak ke rumah dia, tapi on the way saya telepon dia. Saya kata ada orang ikut saya.
Taib : Ya...ya..
Mangsa : Saya menipu sebab saya tak mahu pergi rumah dia kan. Jadi saya create...
Taib : Di Damansara tu lah...?
Mangsa : Di Damansara....(mengangguk), kata ada orang ikut saya sebab saya takut. Dia kata apa ni, bawak terus kereta...dia kata nanti dia suruh polis tembak siapa orang ikut.
Taib : Oo...
Mangsa : Tapi saya tak, saya terus drive pergi Bangsar, lepas tu saya terus balik. Dia kata nanti dia akan buat report siapa yang ikut, tanya nombor kereta apa dia, ..tapi saya kata tak ingat. Lepas tu dia kata ... “O.k lah you diganggu, takut diganggu, you pergi oversea, pergi ke Indonesia ke, bercuti dua minggu..., sebab saya dah sampai tahap tak boleh terima kan, tak tau nak bagi alasan macam mana, nak kata tidak tu saya takut, jadi terpaksa bagi alasan-alasan macam tu lah. Ada kadang bulan puasa siangnya puasa, malamnya terawih saya balik terawih, malam kan, dia telepon jugak suruh datang, kita dah terawih kita puasa.
Taib : Allah. Hah..ha..
Mangsa : ...dah bersihkan diri, kemudian dah...., malam cuba tambahkan ibadat lagi, terawih...., balik dia ajak lagi, kan. Saya tau kalau tiba rumah dia tu, mesti akan jadi benda tu...
Taib : Hem..hem..
Mangsa : ...ni kita bulan puasa kan, jadi, saya bagi macam-macam alasan lagilah. Saya kata mak saya ada kat rumah lah, mak saya tak sihat, saya nak jaga. Sampai dia fed-up lah. Itulah keadaanya kan..., beberapa insiden yang berlaku antara saya dengan dia.
Taib : Jadi berapa kali yang...?
Mangsa : Lebih daripada tiga kali...
Taib : Lebih daripada tiga kali...?
Mangsa : Saya tidak dapat menolaknyalah, tiap-tiap kali saya memang tak rela, saya tak pernah keluarkan air mani saya. Tak pernah naik pun, apa namanya ni...
Taib : Ya...
Mangsa : Jadi itulah dia komplen tu...dia kata, “..kenapa you tak berapa nak keluar?...”
Taib : Dak, minta maaf cakap ni, minta maaflah cakap kalau saya mencelah. Ni secara analytical nya. Cara ni....dia nak mintak bergilir ke atau dia sorang je?
Mangsa : Dia sorang.
Taib : Oo..dia sorang je la. Makna dialah yang ada keghairahan, aktif, apa semua tu dialah maknanya?
Mangsa : Tapi dia ada suruh saya buat jugak, tapi saya tak boleh sebab benda tu tak de...
Taib : Ya lah, memanglah kita tak...., ye lah benda tu bukan boleh buat-buat...
Mangsa : Tapi dia tu makin lama makin kuranglah telepon saya, dan terus hilang lah, kan. Saya pun masa tu dah mula bersihkan diri saya, mintak ampun pada Tuhan, cuba bersihkan, tapi rasa kotor. Hidup saya pun rasa runsing, maknanya masih ada kotoran dan, tak tenang. Saya cuba bersihkan diri beberapa kali tak tahulah Ustaz, adakah perbuatan saya tu, Tuhan...Tuhan masih terima keampunan orang macam saya ni...masih mengampunkan orang macam saya ni lah, boleh tak saya bertaubat, dan taubat saya diterima dalam keadaan apa yang telah saya lakukan.
Taib : dalam hal yang begini, ialah, yang saya setakat apa yang boleh saya yang faham daripada cerita tu setakat ini. Berlakulah benda ni di luar kerelaan kita, dan apa tu. Hampur-hampir seolah macam memaksalah. Cuma, bentuk paksaan tu secara yang tu, bawak kita menjadi tersepit, serba salah.
Yang akhir, sudahnya kita terpaksa menurut...dari apa yang, apa yang kemahuan itu. Jadi dari segi, wallahu’alamlah...saya masih berlapiklah bercakap tu, sebab bimbang takut kita salah...salah ingat, dari segi hukum Allah S.W.T. kita tak boleh meletak..., ya lah, bukan 100% perfectlah manusia ni bukan kita boleh ingat.
Tapi sejauh apa yang saya ingatlah dengan pengajian yang pernah kita belajar dan sebagainya, benda ni kalau berlaku di atas paksaan, maka kita tidak terlibat. Makna dalam erti kata dari segi hakikatnya seolah macamlah kita katakan orang paksa kita untuk tidak sembahyang. Jadi paksaan sehingga yang kita tidak mempunyai ruang untuk, untuk keluar. Makna daripada masalah itu tadi maka pada ketika itu, ketika tidak berdosa. Sehingga sehabis waktu katakan, maka tidak berdosa. Kita tidak berdosa. Makna tidak boleh kita tu di pertanggungjawabkan sebagai seorang yang meninggalkan sembahyang. Kalau kita ambil contoh dari segi begitulah hukum benda yang wajib tadi.
Begitu jugak kalau seorang suami dipaksa untuk menceraikan isteri dia, ya..dan dengan keadaan-keadaan paksaan yang kita dapat mengelaklah ya. Walaupun kita jatuhkan talak dalam bentuk dipaksa, isteri kita tidak tertalak.
Jadi kalau kita berasaskan kepada kedudukan-kedudukan ini semua dari segi feqahnya, maka keadaan perbuatan tadi,... kalau boleh kita sebut cara mudahnya ialah kita tidak bersalah. Saya tak nak guna bahasa kita tidak berdosa sebab masalah menentu berdosa tak berdosa ini bukan hak kita makhluk, tapi yang boleh kita boleh sebut bersalah tak bersalah dari segi hakikat itu kita tak bersalah. Apabila tak bersalah, Cuma orang kata apa, kita ni terlibat,... terlibat dalam maksud sebagai salah seorang, sebagai salah satu pihak..., makna kalau kita, kalau kita tadi, kita pihak mangsalah.
Ha.. dia jadi gitu ajelah. Jadi dengan sebab itu, kekotoran yang dimaksudkan sebagai satu benda kesalahan, dosa besar tu semua kita tak terlibat.
Jadi apabila tak terlibat, bukan bermakna kita tak boleh bertaubat, tak..., sebab taubat tu is going lah, bila-bila, hari-hari, saat mana, ketika mana pun sebab kita mana tau sama ada kita ada benda yang kita terlanjur, tersilap, tersalah ke, wallahua’lam.
Dan memang pun taubat itu dianjurkan untuk umat Islam, Allah anjurkan kepada umat Islam supaya sentiasa bertaubat. Jadi tentang untuk bertaubat, hak tu memang cukup cantiklah dan untuk kita rasa tekanan emosi kita, perasaan kita, merasa bahawa seolah-olah taubat kita ni tak bersih, taubat kita ni tak bersih, berbangkit, sebab kita tu seolah kita tu bersih...kita bersih.
Cuma kita bertaubat jugak tu kerana kita tadi sajalah. Jadi sebagai orang kata kalau kita bercakap dalam bahasa manusia ni, bahasa kita sebagai orang, sebagai manusia ni...kita sebagai beradab sopan dengan Allah S.W.T.
Haa..itu bertaubat tu...Jadi dari segi...dari segi itu memang cantik kita bertaubat dan eloklah makna kita letak keyakinan dalam diri kita bahawa memang aku tak bersalah, aku bertaubat kepadaMu Ya Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Jadi cukup dengan itu, maksudnya dengan...dengan kedudukan Allah S.W.T itu tadi dan kita masih tidak lari daripada landasan pegangan kita, keimanan kita, kepercayaan kita dan sebagainyalah. Jadi apa yang jelas, yang disabdakan oleh Baginda pun
Maknanya...., “Orang yang bertaubat daripada dosa, sepertimana dia tidak berdosa”
Jadi dalam hal ini kita kena buat mempunyai suatu keyakinan dan keazaman dan keyakinan yang agak pejal yang agak kukuh. Aa..macam mana yang dikatakan maksud keyakinan yang pejal yang kukuh sebab masalah taubat seseorang ini sendiri, seorang manusia ini sendiri.
Hak Allah yang...yang anulah...yang menerimanya. Dan terima...penerimaan Allah itu ataupun sebaliknya tidak diterima orang kata apa, tak boleh nak tunjuk, orang kata apa...cannot measure, haa tu...itu bendanya tu.
Jadi, cuma kita kena keyakinan, keyakinan yang kukuh ni maknanya beda ni kita serahkan diri kita kepada Allah S.W.T dan kita yakin bahawa Allah S.W.T akan mengampunkan. Sedangkan doa sendirikan Allah S.W.T berfirman....
“...berdoalah Aku akan perkenan...”
Jadi, taubat tu tadi jugak termasuk dalam masalah doa. Taubat tadi masuk dalam masalah doa dan kita yakin takkanlah pulak itu firman Allah dalam Al-Quran mustahil bagi Allah S.W.T. untuk tidak menunaikan sepertimana yang ni.
Sebab yang saya bincang masalah kena...mintak maaflah cakap, kena keyakinan yang kukuh yang apa ni sebab dia, apabila kita...tak mempunyai suatu aa...keyakinan yang kukuh yang apa semua, dia kesempatan iblis syaitan dia ambik...ini yang dok jadi kita was-was, berasa jiwa kecik, berasa kita apa-apa..dan memang itu apa orang kata, ruang-ruang masuk angin tu. Kita kena tutup betul-betul tu.
Mangsa : Yang was-was tadi mungkin cakap Ustaz tadi betul. Tapi saya rasa bila saya lagi dekat, lagi cuba untuk bersihkan diri dan lagi dekat tu tak tahulah kan, cuba menambahkan ibadah macam-macam benda-benda yang berlaku keaiban, kes mahkamah nama saya keluar. Itu musibah ke?
Taib : Dak. Itu gini, kita jangan anggap itu musibah. Dia dalam bab Allah S.W.T dengan hambanya, orang yang banyak diuji sehinggakan satu ketika salah seorang sahabat, dia dengar khabar Rasulullah tak sihat.
Bila dia dengar khabar Rasulullah tak sihat, pergilah sahabat Rasulullah ni, saya mintak maaf lupa nama sahabat ni, baru ni ingat masa ceramah , dok molek tu kadang-kadang ...kita ingatlah, jadi apabila dia ziarah Rasulullah, dia pun letakkan..., pergi-pergi sampai rumah Rasulullah, dalam cakap yang mudahnya nampaklah Rasulullah duduk baring.
Dia, Rasulullah selimutkan badan dia, dia baring. Yang sahabat yang tadi tu letaklah tangan dia di atas diri Rasulullah yang baring tadilah. Maknanya Rasulullah tak sihat, jadi apabila dia letak terasa bahang panas tubuh Rasulullah tu ke tapak tangan dia. Jadi terus sahabat ni berkata pada Rasulullah nampaknya Rasulullah ni agak, apa orang kata...agak kuat jugak demamnya.
Kalau boleh saya terjemah dalam bahasa kita agak-agak begitulah, agak kuat jugak demamnya atau sakitnya. Dan Rasulullah jawab, biasalah para nabi dan para rasul, kami para nabi rasul Allah, kami walaupun nabi, walaupun rasul, tapi ujian Allah terhadap kami pun hebat. Walaupun kami ni orang yang tinggi, orang yang baik, tapi ujian Allah kepada kami jugak tinggi. Ha..jadi itu sabda Rasulullah yang Rasulullah jawab balik kepada sahabat dia tadi.
Jadi, lantas sahabat dia bertanya, selepas nabi dan selepas rasul, siapakah lagi yang banyak ujian Allah? Jawab Rasulullah, “para ulama”. Selepas para ulama’ siapakah lagi wahai Rasulullah? “..umatku yang soleh...” jadi itulah antara yang ...apa..hadith ni makna betul peristiwa yang berlaku antara sahabat dan Rasulullah ni.
Jadi jelas di sini bahawa, sesuai jugak dengan apa..., selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran pun
(Al-Antabut 29 :2) “Apakah kamu boleh menyangka bahawa cukup kamu kata Aku buat orang beriman...”
Maknanya apabila sebut dengan beriman ni dengan amal ibadahnya dengan solehnya, dengan taat yang patuhnya...
“....kamu tidak akan diuji...”
Jawabnya jangan...tidak..., lagi kuat kita beribadatlah, lagi kuat kita taat, lagi kuat ujian Allah. Ujian Allah untuk bawa kredit, kalau dalam bahasa boleh guna bahasa kreditlah, jangan kita tu....kita ambil side yang negatif, tak betul tu.
Macam orang pun dia menerima ujian Allah. Kita..., dia tak boleh ambil negatif, kata Tuhan tak sayang kat aku laa, apa semua, itu ini laa.. aku tak betul.
Mangsa : Saya menerima keaiban, aib....
Taib : Dak, betul..
Mangsa : ...terbukak di khalayak ramai...
Taib : ...dak, hak tu betul...
Mangsa : ...apa tu...zuriat saya semua...
Taib : Betul, hak tu kita akui, cuma untuk kita oleh kerana sebab benda ini boleh berdiri macam yang saya cakap ini kerana kita yakin kita berada di pihak yang benar, sebab kalau kita di pihak yang salah, memang kita tak boleh buat sebab benda ni benda hati, benda apa ni..., kalau benda kita di pihak yang benar, kita tak boleh buat. Dia sebab tak boleh lakukan. Tapi kalau betul-betul kita di pihak yang benar ini, alhamdulillah, ujian Allah kepada aku, mudah-mudahan orang .. yang tak kiralah pihak yang memangsa apa ka, semua ni, itu terpulanglah kepada Allah S.W.T. Seolah begitulah.
Kalau ...kita taklah kita apa semua nak kata suruh supaya balasan buruk sebab Nabi Musa sendiri tak pernah berdoa untuk Firaun tu jadi buruk. Tapi dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya berikanlah..dudukkanlah...letakkanlah, aa...teguh dalam kebenaran. Allah S.W.T. Ia yang bertindak kepada Firaun.
Jikalau kita, bukan saya maksud saya kat buruk kita macam Firaun semua tu, tidak. Bukan maksud saya gitu, tapi nak ambik dari segi antara buruknya baik, dari segi aa...positif negatif.
Dan ini...yang saya kata tadi keyakinan ni. Sebab benda ini saya, saya minta maaflah, walaupun benda ini saya sendiri tak alami, apa Encik Aris kita ni pun tak alami, tapi kita boleh gambarkan. Kita boleh gambarkan. Kita boleh gambarkan beratnya beban tu sendiri yang dipikul. Tapi kita kata, maknanya bukanlah saya sebut benda ni untuk merasa benda tu sebagai ringan..., tidak. Ini uji ni jihad.
Dan masalah genersai kita kemudian, apa jadi kedudukan, hak tu serah pada Dia. Jangan dok fikirkan sampai kepada peringkat itu. Itu bukan kerja kita, sebab masalah ...kita boleh buat ialah kita bertaubat kepada Allah, kita tekadkan bahawa kita berada di pihak kebenaran...kalau tersilap tersalah Tuhan ampunkan, dan kita bagitau dia sebagaimana dalam doa-doa dalam sembahyang...
Dan sebagainya, yang kita dok guna wudhu’ pun, kita berdoakan lagi supaya, kita ni apa..., supaya zuriat dan keturunan kita terdiri daripada orang yang mukmin...apa semua tu. Itu perhubungan antara kita dan Allah. Kita tak boleh nak warnai kalau kita ni pikir yang banyak dari segi benda-benda yang semua tu.
Kita tak boleh warnai. Yang tu jangan sebab, kalau kita pikir yang macam tu, kita dah cuba berada di luar daripada kemampuan yang ada pada manusia. Itu sampai bila pun kita tak selesai.
Kalau ikut, berapa punya dukacita Rasulullah dengan Abu Lahab. Abu Lahab bapak saudara dia. Aku nabi, aku rasul, aku suruh orang tu, suruh orang ni, apa semua ni untuk semua jalan kebenaran, kebaikan, apa semua, begitu begitu dengan wahyu Allah turun menyampaikan apa semua..., bapak saudara sendiri kalau kita nak cakap kang malu tak malu Rasulullah, kalau kita boleh cakap, kita cakap dalam bahasa kita...kita kata apa kamu Rasulullah Muhammad, kamu cakap itu ini, bapak saudara kamu sendiri pun...misalanlah kalau kita bawa dari segi benda itu tadi.
Tambah kalau Nabi-nabi dahulu, Nabi Nuh, sebab itu kita...minta maaflah dia, kalau kita tak kawal betul-betul mainan pemikiran kita ni dalam emosi kita ini dibawa oleh iblislah. Ini yang saya kata jangan kasi masuk angin tadi, tu dia akan bawak oleh iblis dibawa oleh anu tadi kita hanyutlah dia benda ni tak boleh bawa pukul logik, tak boleh main dalam bentuk logik, dan tidak boleh meletakkan bahawa kita boleh segala-galanya.
Tak. Jadi masalah zuriatku ‘Ya Allah, keturunanku apa semua. Engkau sajalah yang lebih tahu. Terimakanlah taubatku, ampunilah, dan selamatkan zuriatku.
Macam mana Tuhan nak selamati, macam mana Tuhan nak terima taubat kita, tu hak Allah, dan memang Tuhan tak ceritalah.
Hak tu kalau datang fikiran tu kita kena tutup siang-siang. Sebab future pada diri kita, tak oleh tahu. Future diri kita, kita pun tak tahu, apatah lagi future untuk anak, untuk isteri. Yang boleh kita just untuk planning saja. Berjaya tak berjaya, mana sapa boleh tentukan.
Hak ini saya, bagi sayalah kalau ini boleh diterima cakap saya, pandangan saya, nasihat saya, yang ni kena pegang kukuh. Mau tidak, ujian yang macam ni punya besar tak terpikul. Kita lupakan benda tu...
Mangsa : Memang...memang saya..., hidup saya runsing, sebab itukan sampai dia sedikit sebanyak meninggalkan kesan hubungan saya dengan isteri saya lepas dua tiga tahun, setahun selepas saya apa namanya ni..berkahwin, kemudian baru enam bulan saya berkahwin benda ini berlaku, jadi isteri saya tak..., bila saya cerita bagitau betul-betul, dia susah nak terima hakikat macam mana seorang lelaki boleh memaksa lelaki lain melakukan hubungan seks tanpa gunakan pisau ke, apa ke, tapi kita rasa macam kita terpaksa melakukannya.
Jadi dia tidak boleh menerima hakikat. Tapi hakikatnya benda tu berlaku memang dia tak gunakan pisau ke, apa ke. Dato’ Seri tak gunakan pisau ke apa, tapi, dia control saya dari segi mental, saya tak boleh nak buat apa...
Taib : Ya...ya kita tau
Mangsa : ...tak boleh nak elak, tak boleh nak tolak.
Taib : Tu kuasa minda boleh.
Mangsa : Yang itu, yang susah saya nak terangkan pada isteri saya, dan dia tak boleh terima tu, dan dia tak...dia masih kesal kenapa saya tak cerita pada dia sebelum kami kawin.
Walaupun benda ini berlaku empat lima tahun sebelum kami berjumpa pun kan. Jadi, benda tu saya cuba lupakan...tak elok, buruk..., aib...keaiban kita ni. Adakah saya ni wajib ceritakan keaiban saya kepada isteri saya. Benda-benda yang lalu kan...
Taib : Tapi itu, isteri kena kaunseling lain laa kan. Dak ...lagi satu pulak pun, bagi saya, bagi sayalah kalau kita lihat dari segi cerita ni, sebagai isteri pulak..., memanglah dia tersinggung sebab perasaan dia, dia seorang manusia yang dia jugak mempunyai ..., maknanya mahu dikasihi, mau dicinta mencintai itu dah human punya nature, tabii tu.
Jadi apabila insiden ini berlaku, dia terasa tercarik, terkoyak dia punya apa tu,...terjejas dia punya kepercayaan, jadi nak pulih kepercayaan tu benda ni, benda ni kalau kita bercakap laa, kalau kita mau menerima ajaran Islam dia tak rumit , bagi saya...saya kata tak rumit tu kenapa, kerana sejarah berlaku kepada para nabi, pada rasul, misal kita, makna bukan pada diri nabi, pada diri rasul tidak.
Tapi di zaman nabi zaman rasul itu, macam kalau kita cakapkan di sini, Asiah, isteri Firaunkan, duduk kat rumah Firaun. Isteri Firaun, tapi Firaun, Firaun. Dia.., orang yang dijamin syurga oleh Allah.
Jadi kalau kita tengok dari segi antara dua tu hubungan....perasaan, hubungan apa semua tu, memanglah manusia sesama manusia, tapi kenapa Allah boleh terima Asiah. Allah boleh menerima Asiah sebagai ahli syurga, confirm.
Kenapa kita tak boleh terima isteri...suami kita dalam keadaan yang begini. Dalam keadaan yang jelas, dalam keadaan yang apa...yang kita kena jugak akui bahawa kita mempunyai keterbatasan, kemampuan dan keupayaan yang diberi oleh Allah S.W.T.
jadi dengan sebab itu tak semua benda kita boleh kesan dengan pancaindera kita dan dengan kemampuan yang ada pada kita. Oleh kerana itu maka apa salahnya kita beri keyakinan dan kepercayaan kita kepada suami kita kalau jelas nampak kebenaran dia.
Itu..., jadi manusia kalau tidak hidup di atas itu macam mana? Kalau kita mengambil kira titik bengit, hitam putih daripada remaja seseorang kepada dia jadi bapak, saya ingat wallahua’lam lah.
Adat kata manusia dunia moden ni, dah memang pun nobody 100% perfect. Maka tak ada hal mahligai rumahtangga, memang sebab itulah Allah sediakan taubat kalau manusia tu 100% bersih daripada mula, kenapa ada taubat?
Mangsa : Adakah perlu kita ceritakan tentang diri kita, pengalaman kita, adakah wajib...
Taib : Tak..tak..tak perlu
Mangsa : ...keaiban kita...
Taib : Tak perlu kita cerita...kita boleh cerita sekiranya boleh membina. Dan kalau sekira kata, kita katakan kita sembunyikan itu memberi munafaat dan membina, maka sembunyi lebih baik.
Boleh jadi mungkin kita kata contoh yang berlaku dalam masyarakat. Kadang seorang teruna tu dia sebelum ini dia bercinta dengan orang lain.
Ini harian, tiba-tiba sampai kepada saat akhir dia boleh putus cintalah, putus tunang, putus apa sebagainya pas tu jadi pulak dengan hak yang lain..., dengan tunang baru, dengan kekasih baru, jadi kalau kekasih baru, kalau dia dok main kira macam tu, dia pun rasa eh....aku ni tak guna dah ni. Suami aku bekas kekasih lain.
Dok main bekas-bekas..sensivity tu ada, habislah dan yang kedua pulak boleh jadi si teruna tadi tak payah dok cerita kepada si....yang apa..., kekasih kedua yang jadi isteri dia sebab tak cerita lebih baik daripada bercerita.
Mangsa : Yang ni bukan saja masalah biasa...
Taib : Yalah...ni
Mangsa : ...yang ni keaiban besar.
Taib :..keaiban besar.Yang ini...inilah yang saya katakan tadi itu yang saya katakan bahawa, isteri ni dia..., ya lah, maknanya dia perlu dikaunselingkan.
Bukan kaunseling macam mana, memberi sedikit reserve keyakinan dan kebaikan tu, supaya dia tidak datang daripada side yang negatif memanjang kepada semua benda.
Macam kita laa, kadang-kadang macam katakanlah contoh macam saya bukan kita kata...takkanlah semua yang datang kat masjid... Kebetulan dalam saya dok bersalam-salam tu tersalam dengan orang yang tak baik.
Maka apa orang kata, apa Ustaz ni pergi salam dengan kawan taik arak ka, taik judi ka, taik apa laa Imam Besar apa pergi salam. Boleh betul ke cakap macam tu?
Mesti jawabnya tak betul pasai mana saya mampu nak dok pilih orang. Dan apakah saya bersalam dengan taik arak, taik judi tu salah di masjid. Maksudnya ialah ada unsur dakwah di situ. Jadi maksud yang saya...walaupun tu tak boleh nak banding dengan kes yang kita cerita ni tadi, tapi nak ceritakan bahawa kita kena bagi reserve untuk kebaikan orang.
Maknaya inilah dalam Islam dia panggil husnuz-zan, baik sangka, kalau kita tak boleh bagi baik sangka kepada orang dalam hidup, kita dok main buat sangka buruk memanjang, kita tak jumpalah kedamaian.
Mangsa : Satu lagi...,saya membukak keaiban orang lain, kesannya mungkin kepada zuriat-zuriat saya. Bukan saja zuriat saya, zuriat dia jugak, kan. Pandangan dia orang pada saya dan sebagainya. Nasihat Ustaz macam mana? Saya buka keaiban..tak berapa elok ni.
Taib : Tak. Dia benda ni lebih terjawab mudah kalau nak rujuk...kalau nak refer tolong refer kepada buku Imam al-Ghazali, Mau’izatul-mukminin kalau tak salah ingat saya dalam jilid kedua.
Sebab dalam translate Melayu, bahasa Malaysia ni dia ada dua jilid. Jilid yang pertama mengenai hukum-hakam feqah sedikit sebanyaknya. Tapi kalau jilid dua tu jelas mana mengumpat yang boleh.
Mana mengumpat yang tak boleh, mana keaiban yang boleh dibukak, mana keaiban yang tak boleh didedah. Itu refer cara panjang. Tapi untuk daripada apa yang saya paham dari situ, kita tengok keaiban yang membina boleh kita bukak, kalau keaiban yang tak anu, tak boleh. Tapi tidaklah keaiban itu sehingga menimbulkan, ...apa.. bukan menyelesaikan masalah...tapi menambahkan masalah...itu tak betullah..macam kata contoh..seorang hamba Allah datang meminang anak saya, katakanlah, ni masalah besar, masalah rumahtangga.
Katakanlah orang datang meminang anak saya...sebab saya berani cakap sebab saya tak ada anak perempuan... Haa.., katakanlah orag datang meminang anak saya, tiba-tiba, apa ni...Encik Rani, kata Encik Ranilah ya. Encik Rani tahu latar belakang yang juru meminang ni.
Boleh jadi ni tak sesuailah dengan...sebagai seorang mukmin Muslim katakan. Dengan banyak mungkar dia...dengan banyak fahsyaknya banyak yang keji buruk perangai kawan tu tidak dikatakan Encik Rani tu membuka keaiban dia atau mengumpat terhadap dia sekiranya Encik Rani bagitau kat saya tentang latar belakang kawan tu.
Ustaz, aa.. saya tau benar orang yang datang meminang anak Ustaz ni orang yang begini begini...jadi meminang tu bagi pendapat saya eloklah Ustaz tolak...misal katakanlah kan. Itu betul....tak dak salah makna of example, makna tindakan Encik Rani tu tidak dikatakan mengumpat orang ni. Tak.
Cuma apa yang kalau tak salah ingat saya disebut, dalam Mau’izatul –mukminin Imam al-Ghazali tu apabila orang tu ternyata masyhur, makna diketahui oleh orang ramai memang dia gitu, tapi kalaulah tidak mana mungkin tersilap sekali sekala ataupun apa semua...hak tu tak boleh laa. Hak tu tak termasuk dalam erti kata masyhur tadi tu.
Ini dah clear orang tu masyhur macam tu...makna masyhur ini diketahui oleh banyak orang. Dan kalau Encik Rani tak cerita tu maknanya anak saya yang jadi mangsa.
Haa..., dalam kata kes tadi, kan. Encik Rani tak jelaskan, anak saya jadi mangsa. Dan mudarat lebih dari yang munafaat.
Mangsa : Tak berdosa saya cerita?
Taib : Tak berdosa. Ni katakanlah dalam kes yang sedang kita bercakap sekarang ni. Ini pun depend kepada kebenaranlah. Kalau apa...sebab saya macam saya cakap awal tadilah.
Tidak nak boleh hukumkan...ini depend pada Encik Rani kata satu kebenaran, dan keyakinan yang haqiqinya, yang hakikinya, demi untuk menyelamatkan orang lain kan..., dan sebagainya. Tak jadi salah dan tak dosa kepada Encik Rani. Encik Rani sekarang ni ceritakan benda ini kepada saya.
Mangsa : ...cuma saya runsing itulah.
Taib : Haa..., Encik Rani cerita benda ni kepada saya sekarang ni. Dia tak jadi mengumpat, dia tak jadi mengaibkan, membukak keaiban orang. Tidak.
Sebab masalah ialah kalau tak cerita , saya nak beri pandangan macam mana? Katalah dia ambik simple macam tu pun, macam mana saya nak..., katakanlah Encik Rani nak minta pandangan minta nasihat saya, saya nak cerita macam mana kan?
Dia bentuk macam tu, tapi itulah saya kata tadi di atas asas membina, tapi kalau di atas asas meruntuh tak bolehlah kita lapor kat polis, kita cerita kat polis kata orang ni sekian-sekian. Dia merompak ini ini. Perangai ini apa semua, lapor. Beri laporan maklumat kat polis, bermakna kita mengumpat kawan tu.
Tapi kita bertindak supaya orang lain selamat dengan kerana maklumat polis terima, polis boleh bertindak terhadap si perompak ni, penyamun ni ka, hapa ka, sebagainya. Haa dia ada close itu.
Mangsa : Tapi hakikatnya ramai orang cakap saya buat-buat cerita, kan. Tapi hakikatnya saya lebih ramai musuh daripada kawan sekarang, kan. Kerana perkara ini.
Taib : Tapi, itu soal aa....kita kena pegang beginilah
(al-Isra’ 17:81)
Allah tegaskan apabila kebenaran itu datang kebatilan akan pergi, kerana kebatilan memang pun tak dapat tempat. Jadi sementara kita boleh letak kebenaran di tempat kebenaran tu memanglah pengorbanan, ujian, jihad itu banyak. Hak tu dah tentu.
Memanglah teruk. Teruk-teruklah. Boleh jadi dalam keadaan macam kata tadi kita lebih banyak musuh daripada kawan, tapi demi untuk kebenaran dan kita terpaksa tegak kebenaran.
Dan kita yakin bahawa apabila tertegak kebenran, kebatilan akan pergi. Boleh jadi yang musuh jadi kawan balik. Tapi kalau tak berani, tak. Maksud saya tak ada kecekalan itu, tak dak prinsip itu, jadi kebenaran sampai bila pun tak boleh tegak.
Mangsa : Pertama kali..., kalau boleh nak mintak kebenaran Ustaz nak jumpa dua tiga kali lagi.
Taib : InsyaAllah.
Mangsa : Minta nasihat kaunseling...
Taib : InsyaAllah
Mangsa : ...dan isteri saya sekalikah...
Taib : Haa.. itu yang saya rasa setakat saya boleh bantu InsyaAllah dan lebih cantik kalau dengan ...., sebab saya pulak pun mengambil simpati dan ambil rasa tanggungjawab laa sebagai seorang pegawai yang bertugas di dalam tugas sebagai tugas saya ini...
Kita bukan nak cakap lebih dan pergi lebih jauh daripada tu, Cuma setakat orang kata apa...., ad-din nasihah. Islam itu nasihat. Dan kita menjaga,... apa orang kata...., menyelamatkan seorang sahabat kita yang Muslim lain tu adalah kebajikan dan kebaikan yang besar sebagai ...ya lebih-lebih lagi dalam konteks dakwah. Sebab rumahtangga besar. Hancur satu rumahtangga, bergoncang arash.
Mangsa : Isteri saya sekarang pulak tengah hamil...
Taib : Ya. Dia takut emosi effect pada kandungan.
Mangsa : Tapi itulah hakikat yang berlaku sekarang ni. Dia jadi tension.
Taib : Tu yang kesian tu. Boleh tu kalau,... dan kalau perlu, kalau perlu kut dia rasa segan dengan saya kut, tak pa saya boleh ajak isteri saya.
Biarlah orang kata, apa...4 pasang mata. Tak pa. Just isteri saya tu bukan apa just sebagai ada teman aje. Haa...jadi gitu. Bukan macam ada Encik Aris hari ni lah orang kata.
Bagi kita bantu-membantu semangat ni, jadi saya mintak sangat-sangatlah kepada Encik Rani ni mana sebagai...ye lah kalau di atas sifat kepercayaan diberi kepada saya tadi pun, saya bercakap di atas sifat dan prinsip itu kena kuat keyakinan.
Kita kena letak bahawa yang benar itu benar, yang salah itu salah. Dan biarlah dengan apa keadaan sekalipun kita kena letak, kalaulah aku gugur dan tewas di atas kebenaran, jadikanlah kita ni sebagai satu,...ye lah...orang kata dalam konteks bahasa yang dikatakan biarlah syahid.
Syahid tu bukanlah maknanya kita dalam konteks hak yang berperang, berdarah, bunuh apa semua tu, tak. Maknanya syahid
Kita kata syahid...apa orang kata..., menjadi saksi di atas kebenaran kita. Dan kita mintak kepada Allah bahawa dengan kemampuan yang ada kita yakin di atas kebenaran ini di atas tindakan-tindakan prinsip kita ini tadi, moga Tuhan jadikan ibadah, keyakinan itu jadi tasbih.
Dan kalau jadi pergi Mekah, jadi pergi Mekah, haji ka, umrah ka, di Multazam tau... , biarlah kita merayu kepada Allah, sebab salah satu di tempat yang mustajab doanya di Multazam. Biar kita menangis bertabur air mata kat situ.
Mangsa : Kalau umrah tak ramailah.
Taib : Ha’ ah kalau haji dia ramai sikit. Sebab saya cerita betul, saya pun dalam keadaan suasana gawat cerita ni kita pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Sebab kita dari...duduk di luar, jauh. Duduk di luar jauh. Kita tak tau. Cuma kalau tengok berita, tengok apa...., maklumat. Jadi begitulah.
Dan benda-benda macam ini pun cerita benda ini, cerita yang daripada pihak mangsalah, kita katakan. Saya tak pernah dengarlah. Inilah kali pertama.
Tapi kepada orang yang buat jangkaan kata ya tu adalah sorang dua. Ini memang dia anu sungguh...Ada, pernah dengar sebab tulah saya tak rasa surprise...apa tu, orang panggil apa?...Terkejut...aa..terperanjat sangat ka, terkejut sangat.
Dalam hal-hal yang macam ni sebab, tak tau laa boleh jadi orang yang mengatakan ya tu mungkin dia pun ada asas-asas rasional dia laa. Apa sebagainya kan.
Jadi saya pun tak selidik, jadi tak syok jugak sebenarnya kalau kita nak dok...mencari...lagi satu ini bukan dalam bidang yang kita terlibat. Lainlah kalau kita dah jadi pemimpin di peringkat anu ke...atau pun anu...lain jugak...ini cerita..
Tapi memang.., memang rasa seolah-olah peringkat macam tak masuk akal. Memanglah kalau dengar-dengar memang tak masuk akal. Sebab masalah ini adalah masalah latar belakang, latar belakang dan penampilan...sebab tu kalau orang tengok orang akan berasa cukup terkejut kalau pegawai agama ambik duit BaitulMal lah.
Haa..., jadi macam tu lah. Pegawai agama ambik duit BaitulMal, pegawai agama ambik duit zakat.
Walhal kalau nak kira perompak yang rompak bank lagi banyak...berjuta dia sapu. Ini boleh jadi ambik duit zakat mungkin RM100...RM1000 atau RM2000. Tapi pasal benda tu. Penampilan. Tapi benda ni bukan benda mustahil. Sebab manusia. Sebab itu sekatan Tuhan dia tak pilih sapa. Sekatan Allah terhadap yang tidak diredhai. Dia tak pilih sapa.
Cuma kita kena pandai imbang. Kalau ikut kata contoh kita sembahyang, orang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama lah kata, dengan orang yang tak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara mendalam, just basic untuk dialah.
Hak latar belakang pendidikan agamalah ujian dalam sembahyang lagi teruk sebenarnya. Satu yang duanya, waktu kita jadi imam, lagi teruk. Itu pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain.
Anytime kalau duduk kat luar, kita boleh baca lancar lancar. Misal kata, waktu jadi Imam dia datang kadang-kadang zaap blank. Saya pernah baca, Tun Sakaran Dandai satu Maghrib tu, dia duduk kat belakang. Saya bukannya baca ayat panjang, baca ayat sangkut.
Hah! Ujian...sebab tu kalau bagi orang yang paham, Imam sangkut dia tak jadi aib. Orang tak boleh gelak. Apa Imam tu....bacapun...orang tak akan kata. Sebab dia lain, hantu dia lain.
Mangsa : Terima kasih banyaklah Ustaz.
Taib : Ya, kira samalah saya terima kasihlah. Yang saya rasa terima kasih banyak ni pasal ya lah...Cik Rani sendiri beri kepercayaan kepada saya, apalah sangat saya kalau nak bandingkan dengan orang lain yang saya rasa wajar mendengar
Mangsa : Saya pun sembahyang kat sini. Mengaji malam Jumaat pun tu saya ikut...
Taib : Oo..ikut..., kelas saya tu?
Mangsa : Kelas Fathul-Qarib
Taib : Oo yang tu...saya lupa langsung..
Mangsa : Tapi saya ikut belakang-belakanglah
Taib : Sekarang dah masuk kitab lain, dah habis dah ni. Tapi saya bab yang berlaku ini saya tidaklah orang kata..., kiri kanan sebagai, Cuma kalau ya pun ialah kita rasa tak puas hati dari segi pengendalian perbicaraan. Tu saja. Pengendalian perbicaraan tu bukan terhadap diri orang yang dituduh, tetapi aib umat Islam semua sekali. Malaysia.
AIDC memetik buku tulisan Drs Amnah Khuzairi bertajuk "Bekas Imam Besar Bongkar Rahsia Anwar", Minda Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2001.