AIDC BLOG

Sunday, November 2, 2008

Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk 'Voltaire' & 'Rousseau', berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam 'the American Declaration of Independence'.


Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.


Oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria

Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, ideologi, latarbelakang sosial, etnik dan sebagainya. Di banyak tempat di seluruh dunia ini nilai-nilai pluralisma ini sering mencetus perpecahan, pergaduhan malah peperangan, justeru pluralisma itu ertinya bukan satu, tetapi banyak (plural), sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang sama atau berbeza.

Bag bangsa yang pandai dan matang cara berinteraksi, bangsa atau negara itu akan aman. Demikianlah sebaliknya. Apabila hal kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia bererti bahawa dunia aini memiliki banyak agama dan kepercayaan. Tiap penganut ada persepsinya sendiri. Bagi pejuang pluralisma dan liberalisma ini, syurga bukan untuk umat Islam sahaja, malah terbuka kepada semua penganut agama atas dunia asalkan mereka membuat kebaikan.

SEJARAH dan PUNCA TIMBUL LIBERALISMA dan PLURALISMA

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17.

Reaksi umat Islam kemudiannya pada abad ke 18/19 terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang menolak pengaruh barat dan Kedua, kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam, menolak dan menentang.

Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Mengapa timbul di Barat ?

Masyarakat Eropah mempunyai sejarah hidup dan pemikiran mereka sendiri. Selama 1000 tahun (abad ke 5-ke 15) mereka dicengkam kuat oleh agama Kristian Katholik, Kristian kontrol kepercayaan, ilmu, dasar dalam dan luar negeri.

Kristian Katholik yang berpegang kepada dasar bahawa mereka adalah wakil Tuhan di bumi, memaksa semua lapisan masyarakat agar patuh kepada kuasa agama dan gereja.

Hak asasi gereja ialah meletakkan dasar-dasar kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu. Kumpulan bangsawan, ahli
perniagaan, ilmuan dan orang awam dikongkong dan tugasnya ialah patuh dan turut ketentuan gereja.

Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk mentafsir. Perempuan adalah najis, tidak boleh baca atau pegang Bible. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun memberontak.

Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir Mazhab Protestan.

Injil perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee adalah antara tokoh yang mengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Khatolik.

Sehubungan dengan penglibatan intelek mengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

Karl Marx menganggap agama adalah candu-masyarakat! Ahli-ahli fakir moden Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran.Akibat dari gerakan itu, agama dibenci. Kitab agama dikatakan perlu di nilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsir agama, atau Tuhan!

Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada agama. Maka
pada akhirnya, akibat banyak penjuru berlaku penentang dan pemberontakan, para penentang ditangkap, dibunuh atau disiksa. Buku-buku yang mengkritik otonomi dan fatwa gereja dibakar.

Buku-buku yang didatangkan dari Timur Tengah hasil tulisan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rusyd diperintah supaya dibakar. Sebarang wacana ilmu yang mengkritik Kristian diharamkan.Penentangan besar diambil oleh kumpulan cendekiawan.

Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi
relevan.

Mazhab protestat terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.

Ahli falsafah Barat yang memimpin tentangan dan fikiran bebas ini antaranya Rene Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi.

Terdapat tiga jenis fikiran-fikiran asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini;
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; Kedua, ala mini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama ditolak.

Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan “Universal Theologi of Religion”. Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama.

Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan ini. Gagasan ini memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu, hanya jalannya sahaja berlainan.

Maka popularlah ‘Pluralisme’. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah.

Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul!

Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia subur berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.


IDEA-IDEA UTAMA LIBERALISMA-PLURALISMA (LP)

Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea LP ini.

Mengkritik teks Al-Quran.

Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau kritik Al-Quran dalam bukunya "Mafhum Al-Nas –Dirasat fi’ulum Al-Quran" (kefahaman mengenai Teks - Satu kajian mengenai al-Quran).

Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad yang (sifatnya) manusiawi. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penyampaian Teks hal ehwal manusia. Al Qur’an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham.

Apa yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat.

Bagi para pemikir LP ini, metod di atas adalah method lama dan salah.


Professor Mohammed Arkoun berasal dari Algeria. Menjadi tenaga pengajar di New Sorbonne University of Paris. Pernah berkhidmat sebagai Fellow di Wissenschaftskolleg, Berlin (1986-1990); Tenaga pengajar di the Institute for Advanced Studies in Princeton, New Jersey, U.S.A (1992-1993); Visiting professor di University of California, Los Angeles (1969), Princeton University (1985), Temple University, the University of Louvain-la-Neuve, Wallonia, Belgium, (1977-1979), the Pontifical Institute of Arabic Studies di Rome dan the University of Amsterdam (1991-1993). Sekarang beliau Professor Emeritus, La Sorbonne sebagai Senior Research Fellow dan member of the Board of Governors of The Institute of Ismaili Studies (IIS). Beliau juga dikenali antara pelopor Islam Liberal.



Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan “Makna Teks”.

Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti "The Unthought in Comtemporary Thought" (2002) dan "Min al-Ijtihad ila Naqd al-‘Aql al-Islami" (1992).

Menurutnya kajian kritis terhadap al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible).

Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.

Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)


Idea Theologi Pluralis

Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan.

Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun
boleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela.

Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil.

John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.

Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam al-Quran.

Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam al-Quran?

Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti Penolakan Syariat Islam.

Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku “Toward an Islamic Reformation” (1989).

Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive.

Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut hal berkenaan.

Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak ada.

Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan Fiqh, Qat’iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutangaiyirat dan sebagai dalam sistem Ilmu-ilmu Islam.

Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.

Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT
telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan.

Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama.

Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak pun tidak perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai dan lebih kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan cendiakawan-
cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar


LIBERALISMA-PLURALISMA DI ALAM MELAYU

Indonesia

Di Indonesia, gerakan Islam liberal ini sudah meluas. Ia diperjuang oleh para sarjana yang mendapat pendidikan Islam dan Institusi Pengajian Islam iaitu Institusi Agama Islam Negeri(IAIN), Universitas Islam Negeri (UIN), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), dan Sekolah Tinggi Agama Islam Swasta (STAIS).

Mereka ini kebanyakan mendapat pendidikan tinggi agama Islam dalam Negara, Mesir, Ameriak dan Canada.

Bermula denga Prof. Dr Harun Nasution, diikuti pula oleh Prof. Dr. Nurcholis Madjid yang pernah melancarkan gagasan sekularisasi untuk kemajuan umat, maka sekarang ini, sarjana-sarjana yang lebih junior memperjuangkan gagasan Islam liberal ini.

Dari Liberalisme dan Pluralisme akhirnya mempelopori Islam Liberal : Dari kiri Dr Harun Nasution, Prof. Dr. Nurcholis Madjid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur)



Terdapat ramai cendiakawan yang berlatarbelakang agama, mendukung Liberal-Plural ini. Antaranya: Budhy Munawar Rachman, Alwi Shibab, Luthfi Assyaukanie (editor Jaringan Islam Liberal), Taufik Adnan Amal, Ahmad Baso, Khoirul Muqtafa, Munawar Rahman, Mahrus el-Mawa, Hamami Zada, Ala’i Nadjid(P), Umi Khusnul Khotimah(P), Sri Mulyati (P), Siti Musda Mulia (P), Marzuki Wahid, Abd A’la, Abd Rahman Wahid, Azyumadi Azra, Jalaluddin Rahmat, Nasamuddin Umar dan Ade Armanda.

Alwi Shibab (bekas Menteri Agama) menyatakan bahawa pluralisma agama sangat penting. Ia boleh pupuk hidup rukun damai. Alwi mengatakan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu tidak menghapus syariat-syariat sebelumnya. Dakwanya al-Quran itu mendukung pluralisma. Islam tidak hanya diperuntukkan kepada muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya pada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.

Ini disebabkan oleh makna istilah ISLAM itu ialah berserah diri dan ini berlaku dalam semua agama. Jadi siapa sahaja yang menyerah diri pada Tuhan, bagaimana pun
caranya, ia adalah Islam. Bukanlah orang Islam sahaja.

Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.

Di Indonesia hal ini diaktifkan. Alwi terus menggunakan al-Quran untuk mengukuhkan dakwaan beliau. Ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 al-Maidah dijadikan alasan mengukuhkan teori mereka.

Ayat ini bermaksud begini:

" Sesungguhnya orang yang beriman, orang-Yahudi, Sabi’in dan orang Nashara, barangsiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (al-Maidah:69)

Pendapat Alwi Shihab dalam hal ini ada ditulis dalam bukunya Islam Inklusif: Prinsip lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan eksistensi beragama dan dengan begitu, layak memperolehi pahala dari Tuhan. Lagi-lagi prinsip ini memperkokoh idea
mengenai pluralisma keagamaan dan menolak eksklusivisme.

Dalam pergertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran, sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komunitas agama dengan lainnya.

Prinsip ini digariskan oleh dua ayat al-Quran,sebuah eksposisi yang jarang sekali terjadi sebuah ayat al-Quran tampil dua kali dan hampir mirip kata per kata, yang mengatakan:

“ Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristian dan kaum Sabiin. Mereka yang percaya pada Tuhan dan hari akhirat dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan rugi dan tidak akan berdukacita”. (al-Baqarah : 62, al-Maidah : 69)

Prof Dr. Nurcholis Madjid.

Terdesak kepada masalah hubungan antara kaum dan agama yang menyesakkan di Indonesia, Nurcholis Madjid merujuk al-Quran bagi mendapat jalan penyelesaian. Beliau telah merujuk kepada (surah al-Ankabut 29;46), al-Maidah 44,45,46,47,48,66 seterusnya al-Nahl 16;28 bagi mengesahkan bahawa memang Allah SWT cipta kepelbagaian dan semuanya, katanya (muslimuh), menggunakan pelbagai cara dan kaedah menuju Tuhan.

Dia amat yakin terhadap ketulinan kitab Taurat dan Injil hari ini Tulin/asli seperti yang benar-benar terjadi sewaktu diturunkan dahulu?

Kelihatan Nurcholis terlalu konfiden yang dua kitab itu serta suruhan-suruhannya itu asli dn tulin betul!

Soalnya apakah kita memiliki rekod catatan sebenar kitab-kitab sebelum al-Quran itu?

Akhirnya menurut beliau “ Oleh kerana itu, mari kita sambut hari esok dengan kepala tegak, bibir tersenyum sambil menyapa tanah air yang kita cintai bersama-sama dengan lambaian kasih sejati. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa beradap, bangsa yang berperikemanusiaan dan berperikeadilan. Lupakan permusuhan dan pertikaian yang menganjal di dada. Hapuskan dendam dan kebencian yang tersimpan di hati. Tegakkan perdamaian abadi dalam kekudusannya”. (Pendahuluan untuk buku Pluratitas AGAMA : Kerukunan dalam keagamaan. 2001. Jakarta. Kompas. 1-8) Editor : Nur Ahmad.Mengapa hal-hal yang menggugat aqidah ini bertapak di institusi pengajian Islam di Indonesia?

Hartono Ahmad Jaiz dalam bukunya Ada Pemurtadan di IAIN (2005) ada menyebut bahawa….."mengesakan Allah SWT, metodnya sudah ada tinggal mengikuti Rasulullah SAW. Pendidikan Islam hakikatnya adalah mengajak kepada Tauhid itu sendiri tidak diajarkan. Hanya ilmu kalam, yang itu termasuk dalam sejarah pemikiran Islam. Pada hal Tauhid inilah landasan paling utama. Bila landasannya ini salah, maka rosaklah agamanya”.(xxxi)

Al-Quran sendiri pun diajar metod baru untuk tafsirnya. Cara baru itu disebut “hermeneutika” iaitu metod yang digunakan untuk tafsir Bible oleh pemikir Kristian. Metod ini diajar di Universitas Islam Negeri Jakarta dan IAIN Yogyakarta. Jika metod mengkritik Bible sudah diajar kepada Mahasiswa di IAIN, sudah tentu bertambah luaslah kritikan terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW, dan bertambah luaslah sikap ragu-ragu (skeptis) terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi kalam Allah sebaliknya teks dari Muhammad SAW. Perkara-perkara pelik diamal di Indonesia.Prof Dr Nurcholis Majid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah kahwinkan anaknya (perempuan), Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal iaitu anak manusia dan anak manusia.

Dr. Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholish (muslim) iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita kunghuchu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.

Dr Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita muslimah Suri Anggteni Alias Fithri dengan lelaki Kristian Alfin Siagan di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian. Ijab qabul cara Islam. Dr. Zainun sendiri membimbing mereka.

Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian waris harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan al-Quran jelas memperuntukan 1/3 untuk perempuan dan 2/3
untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.

Al-Quran menyebut (al-Nisa:11)

“Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak peremuan”. (Al-Nisa:11).

Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya menghalalkan nikah berbeza agama.


Malaysia

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka.

Kerajaan sendiri mengambil berat dalam soal ini. Ada idea-idea yang menggambarkan mereka ada umpamanya al-Quran mesti diolah semula. Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki.

Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki “superior” dalam keluarga juga sudah out-of-date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru, sebab hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki.

Mereka itu menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia.

Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.


LIBERALISMA-PEMODENAN dan Warisan Mazhab Silam


Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam. Ini amatlah salah. Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhd Abduh, Rashid Rida, Iqbal dan lain-lainnya bukan mahu menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam maju
tetapi bertolak dari gagasan Islam. Demikian mazhab Islam dahulu seperti jabariah Khawarij dan sebagainya.

Mereka juga mentafsir ayat-ayat al-Quran dan hadith tetapi tidak bertindak
mengkritik otoriti al-Quran atau kerasulan Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan
sebagainya.

Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran,
Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang superioriti lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.


APAKAH BAHAYANYA PADA ISLAM & MUSLIM


Konsep dan falsafah hidup manusia yang benar ditukar.

Eksistensialisma etheis Barat yang dipopularkan oleh Jean-Paul-Sartre (1905-1980) menobatkan manusia begitu tinggi.

Menurut J.P.S tujuan dan objektif hidup manusia ditentukan oleh manusia sendiri bukan kitab-kitab agama. Tuhan tiada apa-apa peranan dalam kehidupan manusia. Manusia mempunyai kebebasan penuh untuk berbuat apa sahaja atas dunia ini.

Kebenaran itu subjektif dan relatif. Baik-buruk sesuatu itu manusia yang tentukan.
Keputusan-keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat tanpa tekanan agama dan budaya. Maka tidak heranlah kepada masyarakat Barat kini budaya seks bebas, pornografi, homoseksual, bersekedudukan tanpa ikatan kahwin dan lain-lain dianggap sah dan boleh diamalkan.

Penghinaan Terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi koleksi wahyu yang perlu diterima. Ia sudah jatuh tarafnya menjadi seperti buku-buku sastera yang boleh dikritik, diterima atau ditolak. Ia juga boleh dipijak dan diperlakukan sesuka hati seperti buku-buku teks sekolah.

Liberalisma mahu membuang syariah.

Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan piagam hak asasi manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai, maka ia perlu dirobah. Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-Quran. Fuqaha juga membuat peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi Islam membuka pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas unsur progresif yang diamalkan. Fiqh tidak jumud. Tetapi mereka
mahu ijtihad cara mereka bukan cara yang telah diinstitusikan dalam sejarah Islam.

Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam.

Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-
Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

Kehadiran Muslimin liberalis yang kini menjadi ”celebrities” di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-musuh Islam seperti Zionis,Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merialisasikan
cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.

Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individu terutamanya dari dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam.

Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. (Al-
turath al-Islami)

Atas nama “moderat Islam/Muslim”, kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai “ad-din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.

Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Quran dan al-Sunnah yang hakiki seperti konsep kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan).

Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, syariat, dakwah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam bijaksana Barat seperti Islam Amerika.

Justeru, terlalu banyak “think-tank” Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Insitut Brooke, Washington. D.C dan yang lain-lain.

Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti ulama.

Gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama(IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

Di Malaysia, beberapa NGO, antaranya, Sister In Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberapa figure politik nasional dan media massa serta begitu akrab jaringannya beberapa agensi di dunia Barat. (Dr. Muhammad Nur Manuty. 2005. Kertas kerja: “IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL” yang dibentang di wacana bulanan YPU dengan kerjasama Y3K (Kelantan) di PJ pada 2 Sept 2005)


BAHAN BACAAN

1) Nur Achmad (ed). 2001. PLURALITAS AGAMA: Kerukunan Dalam Keagamaan. Jakarta. Kompas.

2) Budhy Munawar-Rachman. 2004. ISLAM PLURALIS: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Jakarta. Srigunting.

3) Surunin (ed) 2005. Nilai-nilai PLURALISME DALAM ISLAM: bingkai gagasan yang berserak. Bandung. Nuansa dengan Fatayat Nu dan The Ford Foundation.

4) Adian Husaini dan Nuim Hidayat. 2002. ISLAM LIBERAL: Sejarah, Konsepsi, Penyimpanan dan Jawapannya. Jakarta. Gema Insani.

5) Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun.

6) Dr. Muhd Nur Manuty. 2005. kertas kerja; IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL.




Nota AIDC memetik kertas kerja Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, bertajuk ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP ISLAM dan MUSLIM; TUMPUAN KES: Liberalisma / Pluralisma.(Sebuah catatan ringkas)Prof",di seminar Ancaman Akidah di ILP, Seberang Perai Selatan, pada 23 Sept. 2006. Kertas kerja ini diterbitkan semula oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Tulisan asal bentuk PDF, klik di sini.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara


FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam


Friedrich Naumann Foundation (FNF) membahaskan sumbangan-sumbangannya bagi demokrasi liberal di dalam masyarakat-masyarakat Islam semasa mesyuarat dalaman FNF di Malaysia. Sebanyak 21 kakitangan perwakilan dari 12 negara berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Mereka membincangkan kaedah-kaedah projek dan matlamat-matlamat yang ingin dicapai.

Kejadian-kejadian pengeboman di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Indonesia dan Sudan adalah contoh-contoh konflik di antara negara-negara Islam dan juga di kalangan masyarakat-masyarakat Islam.

Serangan pengganas di New York, Madrid, London dan Paris menunjukkan bahawa konflik-konflik tersebut turut memberi kesan kepada negara-negara Barat.

Ramai ahli-ahli politik Barat di Eropah dan Amerika melihat bahawa idea-idea mengenai kebebasan dan demokrasi sering diserang. Selalunya, mereka bersedia untuk mengorbankan kebebasan awam demi melindungi masyarakat mereka.

Dalam waktu yang sama, ramai Muslim percaya bahawa Islam adalah agama yang mengongkong. Mereka menjustifikasikan hipotesis ini berdasarkan pandangan mereka terhadap negara mereka yang sekular, namun mempunyai kerajaan yang memerintah secara kuku besi. Sebagai contoh, The Egyptian Muslim Brotherhood memperjuangkan pemerintahan yang saksama dan ekonomi pasaran bebas.

Garisan konflik tidak wujud di antara nilai liberal dan Islam atau lain-lain kepercayaan. Tetapi ia adalah berkaitan dengan pengenalan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran ekonomi.

Memandangkan apa yang telah disebut di atas merupakan objektif-objektif utama yang menjadi matlamat FNF, maka satu mesyuarat di Kuala Lumpur telah dianjurkan bagi membincangkan pengalaman-pengalamannya di Mesir, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Morocco, Algeria, Tunisia, Turkey, Bosnia, Kosovo, Azerbaijan, Uzbekistan, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan dan Afghanistan.


Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia



Mesyuarat tersebut telah diperkukuhkan dengan pengisian daripada pakar-pakar Malaysia yang unggul: Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim, Dr. Mohamed Ariff, Cik Zainah Anwar (Sister In Islam), Prof. Norani Othman, Dr. Patricia Martinez, dan Peguam Malik Imtiaz.


Dari kini, Profesor Noraini Othman, pensyarah IKMAS UKM dan aktivis Sister In Islam (SIS); Dr. Patricia Martinez, Penyelidik Kanan Untuk Agama Dan Budaya Di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya dan Malik Imtiaz Sarwar, peguam Bar Council. Noraini Othman adalah aktivis IKMAS dan SIS Bukunya bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" yang diterbitkan oleh SIS, diharamkan KDN baru-baru ini kerana bercanggah dengan akidah Islam. Dr. Patricia Martinez merupakan penganut Kristian yang membuat PHD berkenaan Islam. Dia aktivis persefahaman Muslim dan Kristian.Dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Projek Islam dan Pluralism, Indonesia. Malik Imtiaz adalah penguam Bar Council yang terkenal membela kes kebebasan beragama. Antara kes yang dikendalikan termasuk pembawa ajaran sesat Ayah Pin,Abdul Kahar Ahmad, kes murtad Subashini Rajasingam dan Lina Joy.Dia juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC).



Dalam perbincangan tersebut, merumuskan bahawa program-program FNF bagi komuniti-komuniti Islam mestilah secara amnya memberi respon kepada tiga senario yang menggalakkan ekstremisme Islam di kalangan penduduk dan penolakan mereka terhadap libralisme dan pluralism.

Kebanyakan masalah-masalah serius itu wujud di regim kuku besi, di mana penduduk Muslim bertukar menjadi pejuang-pejuang Islam sebagai cara lain bagi mendapatkan keadilan dan pemerintahan yang lebih baik. Situasi ini wujud dikebanyakan negara-negara Arab dan pada satu tahap, Malaysia turut menjadi salah satu negara contoh.

Senario kedua ialah keadaan masyarakat selepas berlakunya konflik, terutamanya di Yugoslavia sebelum ini. Di sana, rakyat berada di dalam trauma mencari-cari standard-standard moral selepas berlakunya perang saudara dengan segala bentuk kekejaman yang berlaku di sekeliling mereka.

Berlawanan dengan latarbelakang ini, cara kehidupan yang digalakkan oleh Wahabisme Saudi telah mendapat kesedaran rakyat. Proses tersebut dipermudahkan dengan bantuan Saudi Arabia melalui sumbangan kepada masjid-masjid, pendidikan agama dan program-program kebajikan.


Buku Noraini Othman yang diterbitkan oleh Sister In Islam diharamkan oleh KDN baru-baru ini.



Yang terakhir, peminggiran komuniti-komuniti Islam di dalam masyarakat-masyarakat demokrasi, seperti Perancis dan England menggalakkan respon terhadap panggilan-panggilan tidak liberal dan tidak demokratik kepada ekstremis Islam, kerana mereka telah membina perasaan dengki, rasa tertindas dan dipinggirkan.

Kumpulan-kumpulan ini adalah sama dengan anti globalis yang takut kehilangan identiti dan kebajikan sosial di dalam dunia yang semakin besepadu dan penuh dengan persaingan.

Tempoh bertukar-tukar pengalaman selama 3 hari, dari 12-15 Jun telah membantu kakitangan FNF untuk memperolehi pendekatan yang lebih berinformasi bagi projek-projek nasional mereka.

Ini akan turut disokong dengan pembentangan kertas konsep bagi hasil kerja FNF dalam masyarakat-masyarakat Islam.

Mesyuarat tersebut juga berperanan untuk mengenengahkan perbahasan mengenai forum dialog antarabangsa bagi isu kebebasan dan demokrasi di dalam dunia Islam.


Nota : AIDC menterjemah artikel dari laman FNF Malaysia, salah satu cabang daripada yayasan pusat yang berpengkalan di FNF Jerman. Artikel asal bertajuk "Strengthening liberal democracy in Muslim societies". Klik di sini dan di sini


Artikel lain yang berkaitan

1. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

2. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Friday, October 31, 2008

Konspirasi Asing Hancurkan Indonesia

Presiden Suharto, Indonesia terpaksa tunduk kepada Pengerusi IMF ketika itu, Micheal Camdesus yang begitu angkuh sambil berpeluk tubuh ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian IMF-Indonesia untuk mendapatkan pinjaman pada tahun 1998.



Konspirasi Asing Hancurkan Indonesia


Jakarta, PAB-Online, 30 Agos 2008 : Terdedahnya campurtangan badan Lembaga dana asing dalam pembentukan Undang-Undang Minyak dan Gas (Migas) telah memudaratkan rakyat membuktikan penjajahan bentuk baru (neokolonialisme) wujud di negara ini .

Kerana itu, kerajaan dan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia ) harus membatalkan segera perjanjian undang-undang tersebut. Jika tidak, Indonesia akan jatuh ke lembah kerjasama “penjajahan” yang lebih serius dan akan tertinggal ke belakang dalam era globalisasi.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Gabungan Anti-Hutang, Dani Setiawan dan Pengarah Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI), Patra M Zein, ketika dihubungi secara berasingan di Jakarta, Sabtu (30/8).

“DPR mesti bertindak segera. Minyak dan gas bukan hanya kerana perbezaan harga, tetapi juga berkait dengan melanggar peraturan perlembagaan secara sistematik. Para korporat ingin menjadikan Indonesia di bawah tekanan pihak asing secara terus menerus,” kata Dani.

Dia menambah, Jawatankuasa Khas Penyelidikan DPR juga harus memanggil segera kesemua pihak Lembaga dana asing Amerika Syarikat iaitu USAID (United States Agency for International Development) , Bank Dunia (World Bank), dan Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank-ADB).

Ketiga lembaga dana asing itu telah campur tangan dalam bidang ekonomi, sehingga sektor minyak dan gas menyebabkan rakyat semakin sengsara.

Konspirasi jahat lembaga dana asing itu bermula pada 1998–1999 dengan menggunakan label reformasi di sektor tenaga.

USAID dan ADB berkerjasama untuk membuat draf undang-undang Minyak dan Gas, sedangkan Bank Dunia memberikan pinjaman untuk sektor reformasi tenaga sahaja, serta menguatkuasakan semua peraturan liberalisasi yang menguntungkan pihak mereka.

Dani menjelaskan, dalam dokumen USAID yang boleh dilihat dilaman rasminya, menyebutkan secara jelas bagaimana peranan USAID sebagai dana bilateral utama dan Asian Development Bank (ADB) yang memberikan pinjaman untuk melakukan "reformasi sektor tenaga" di Indonesia.

Peranannya tidak setakat membuat undang-undang Minyak dan Gas, USAID, ADB dan Bank Dunia juga turut serta menyediakan cadangan harga tenaga dan menghapuskan subsidi serta menyediakan analisis teknikal unjuran ekonomi mikro dan makro sektor tenaga itu.

“Dokumen tersebut dengan jelas menyebutkan bahawa USAID helped draft new oil and gas policy legislation submitted to Parliament in October 2000, maka jelaslah semakin besar pengaruh asing khususnya USAID dalam pembuatan undang-undang Minyak dan Gas bernombor 22/2001,” katanya.

Menurutnya, liberalisasi Minyak dan Gas juga telah dirancang oleh Bank Dunia sejak badan itu melakukan penyelidikan minyak dan gas di Indonesia pada Jun 2000. Penyelidikan tersebut mencadangkan agar draf Undang-undang Minyak dan Gas yang dikemukakan pada parlimen tahun 1999 hendaklah berlandaskan semangat pertandingan bebas, berorientasi pasaran bebas, menghilangkan campurtangan kerajaan, serta konsisten menurut peraturan-peraturan antarabangsa.

Kemudian dilanjutkan lagi pada program energy and mining development, Loan No. 4712-IND tahun 2003 melalui pinjaman hutang luar negara sebanyak US$ 141 juta untuk "Java Bali Power Sector Restructuring and Strengthening Project" serta mendorong kerajaan menghilangkan subsidi BBM (bahan bakar minyak) secara berperingkat-peringkat.

“Tujuan projek yang akan berakhir pada bulan Disember 2008 ini, adalah untuk mendorong kerajaan menghilangkan subsidi BBM serta membangun tapak sektor tenaga secara komersil,” katanya.

Penghapusan subsidi mengakibatkan naiknya harga keperluan asas yang ditanggung oleh masyarakat, sedangkan projek gas juga ditandatangani dengan pinjaman Bank Dunia akan menimbulkan kesan kenaikan harga gas untuk sektor rumah tangga.

Tambahan pula rakyat miskin Indonesia juga harus menanggung beban hutang yang perlu dibayar kembali. Di samping itu, pasaran bebas Minyak dan Gas akan memberikan keuntungan kepada penguasaha-pengusaha asing multinasional yang bergerak di sektor itu.


Patra Zein menjelaskan, pada dasarnya, semua undang-undang di sektor ekonomi tidak memperkasakan Undang-Undang Dasar Indonesia 1945. Undang-undang itu adalah Undang-undang Minyak dan Gas, Undang-undang Tenaga Elektrik, Undang-undang Sumber Air dan Undang-undang Hutan Lindungan.

Undang-undang Minyak dan Gas (yang dibuat oleh lembaga dana asing) bertentangan dengan Undang-undang 1945, kerana menggunakan peraturan kewangan antarabangsa.

“Itu semua memperlihatkan kaedah bagaimana pasaran bebas dilaksanakan secara sistematik. Keuntungan yang seharusnya untuk negara tidak ada sama sekali,” katanya.

Dia menegaskan dengan terdedahnya campur tangan asing ini seharusnya menyedarkan kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat untuk tidak tunduk kepada peraturan asing.

Penolakan terhadap pengaruh asing tersebut bukan bererti negara ini anti-asing, tetapi untuk melihat siapa yang lebih untung, apakah rakyat Indonesia atau segelintir pemilik modal asing yang berkerjasama dengan pemilik modal dalam negeri.

“Kita bukan anti-asing, tapi persoalannya siapa yang lebih untung dari kerjasama seperti itu. Vietnam dan China tidak anti-asing, tapi kedua negara itu mengambil keuntungan lebih banyak untuk rakyat dalam negara berbanding dengan asing,” katanya.

.................................


Nota : AIDC terjemah artikel PAB-Online, 30 Agos 2008. Sumber asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate...




Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..


Oleh Abdar Rahman Koya

Sejak kepulangannya pada 31 Oktober selepas menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah memancing kumpulan besar ke mana sahaja dia pergi.

Dengan imej seorang Perdana Menteri dan kemahiran pidato Bahasa Melayu yang dieksploitasi oleh penyokong untuk menarik orang ramai. Anwar, yang dipecat secara dramatik ditahan 6 tahun lalu, mencetuskan krisis politik Malaysia paling buruk sejak kemerdekaan telah mengejar masanya yang telah hilang dengan menemui penyokong, peminatnya dan menemui semula popularitinya yang lalu.

Anwar menghabiskan masa hampir sebulan berada di Hospital Munich selepas tuduhannya digugurkan pada 2 September. Pembebasannya mencetuskan rasa bimbang terhadap arahan politik pada masa akan datang daripada parti UMNO, yang telah hampir dipimpinnya sebelum pemecatannya oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Permintaan dibuat mendesak Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menyekatnya daripada menyertai UMNO walaupun tiada hasrat seperti itu dinyatakan oleh Anwar.

Kebimbangan yang dinyatakan oleh ahli politik yang memerintah berasas : laluan untuk menjadi Perdana Menteri sememangnya melalui UMNO, yang mempunyai pakatan dengan dua parti Cina dan India dan telah memerintah Malaysia selama berdekad-dekad.

Sama ada Anwar mempunyai keupayaan dalam mengubah tradisi masih dinantikan, tetapi sebarang cadangan untuk dia kembali kepada UMNO akan menjadi penghujung kepada karier politik beberapa pemimpin yang baru muncul.

Tiga daripada mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, termasuk Mahathir, dan mungkin akan tewas sekiranya Anwar kembali kepada UMNO. Setakat ini, Anwar telah memilih untuk tidak menyertai UMNO dan bersama pembangkang.

Semasa kepulangannya daripada umrah di Mekah pada 31 Oktober, Anwar berjanji untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kerajaan sekarang.

Sementara dia masih belum mengumumkan secara terbuka seperti memutuskan hubungan dengan rakan-rakannya yang berada dalam kabinet, dia menghadapi kesukaran untuk menerangkan kepada penyokongnya dan media tentang pendiriannya, jaminan bekerja keras untuk ‘pembangkang yang boleh dipercayai’.

Sama ada betul atau tidak entiti seperti itu termasuk dalam parti-parti pembangkang pada masa ini tidak jelas. Tetapi untuk masa sekarang, Anwar menjadi topik utama perbualan di antara ahli politik kedua-dua belah pihak.

Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi.

Personaliti yang melawatnya, daripada bekas presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran serupa Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat.

Kenyataan ‘kritikan’ lembut terhadap perang Iraq, dipadankan dengan reaksi umum sekarang tersebar luas di kalangan sesetengah Muslim – seperti mendesak ‘perang ke atas keganasan’ Amerika untuk dilaksanakan di peringkat psikologi untuk tidak menggalakkan tindakan militan Muslim – telah membantunya untuk dilihat dengan lebih positif.

Layanan terhadapnya sebagai ‘tetamu diraja’ pemerintah Saudi juga telah menimbulkan persoalan tentang mereka yang menjadi kenalannya dan kesannya untuk satu perhubungan yang rapat dari perspektif gerakan Islam.

Pada masa gambaran terhadapnya sebagai seorang yang ‘Moderate’ dan seorang calon bagi ‘dialog menghubungkan Barat-Islam yang berpecah’ mungkin sesuatu yang amat tidak berkaitan, imej yang diberikan kepadanya tidak mengejutkan.

Media Barat telah mempunyai tabiat untuk membina imej mana-mana pemimpin Muslim yang mereka rasakan pada suatu ketika nanti akan memegang kuasa di negara Muslim.

Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas.

Standard yang sama kritikan Muslim ‘Moderate’ dinyatakan oleh Anwar semasa pertemuan itu.

Pada masa yang sama, ramai penyokong dari pembangkang, Parti Islam (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diketuai oleh isteri Anwar Dr Wan Azizah Ismail, telah memilih untuk menunjukkan populariti Anwar.

Pada peringkat ini, pembantu Anwar mempunyai masalah dalam memperbetulkan imej Anwar yang merupakan seorang yang terlalu rapat dengan pegawai-pegawai Barat dan juga tidak menghiraukan kepada ketidakadilan kritikan politik semasa 16 tahun berada dalam kabinet Mahathir.

Sumber yang rapat dengan Anwar telah memberitahu Crescent International bahawa Anwar telah dinasihatkan mengenai bahaya kerana telah dilihat sebagai seseorang yang disukai oleh Amerika, dalam pandangan Muslim secara umumnya benci kepada AS.

Satu pertemuan tertutup selepas iftar bersama pemimpin parti pada 7 November telah mendedahkan Anwar di ‘sebelah yang lain’, jauh dari paparan media Barat, dan dia jarang mengitik ‘keras’ terhadap dasar AS.

Beberapa pertemuan umum yang berikutnya dianjurkan dalam usaha untuk memahami lelaki yang telah mencipta gelombang dalam politik Malaysia walaupun tidak mempunyai kuasa politik – satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia.

Dalam satu majlis, apabila ditanyakan mengenai pandangannya terhadap PAS, Anwar mengatakan agenda ‘reformasinya’ tidak pernah dimasukkan tentang sebuah negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud, tetapi menambah : “Sebagai Muslim saya tidak boleh mempersoalkan hukum hudud yang telah ditentukan dalam Al-Quran yang suci. Anda tidak boleh meminta saya mempersoalkan hudud. Tetapi sama ada ianya boleh dilaksanakan di Malaysia adalah soalan yang lain sama sekali, ”

katanya, menambah : “Saya tidak berminat kepada sekularisme kerana ianya mengandungi kandungan sejarah Barat yang menentang nilai keagamaan. Saya boleh mengambil pendirian popular pada masa sekarang dan mengatakan bahawa saya bersetuju dengan sekularisme.....tetapi kemudiannya saya akan berbohong, di mana saya enggan untuk melakukannya.”

Pada masa parti pembangkang dan NGO dari kedua-dua pihak, sekular dan Islamik bersetuju bahawa Anwar adalah harapan terbaik untuk menyatukan pembangkang, ini juga bermaksud dia mempunyai terlalu ramai orang untuk dilayan dalam usaha untuk dilihat sebagai faktor penyatuan dalam Malaysia yang mempunyai politik Islam yang kompleks dan pelbagai agama.

Dilema seperti ini mungkin akan menjadi berita buruk kepada kredibiliti seorang ahli politik untuk jangka masa panjang.

Penjelasan yang diberikan dalam pelbagai topik, bermula dari agenda negara Islam PAS kepada sekularisme, telah membuatkan mereka yang tidak selesa dengan imej ‘Moderate’ (dalam istilah Barat) telah memberikan faedah kepada Anwar di atas kesangsian mereka itu.

Akan datang, karisma Anwar bersama orang ramai – satu aset yang diinginkan oleh kem pembangkang yang semakin ditinggalkan semenjak pemergian Mahathir dari dunia politik – akan digunakan sepenuhnya.

Sekarang Anwar dibebaskan, penyokong tidak lagi merahsiakan ‘eksploitasi’ seperti ini : “Kita mesti menggunakan sepenuhnya pembebasan Anwar dalam kempen kita untuk mempertahankan hak asasi manusia di negara ini,” kata Saari Sungib, bekas pembantu Anwar berkata pada 24 November, apabila dia mengumumkan permulaan kempen untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) : yang merupakan alat yang digunakan oleh Mahathir semasa dua dekad pemerintahannya untuk mengekang penentangan, dan penghapusannya merupakan satu galakan yang hebat untuk aktivis di semua peringkat di Malaysia. [nota sekarang Saari Sungip telah keluar PKR dan sertai PAS]

Nota : Artikel terjemahan AIDC daripada tulisan Abdar Rahman Koya, 2004. Tajuk asal artikel ini, " Doubts over Anwar’s friends as he re-enters Malaysian politics"

Artikel lain berkaitan :

1. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, October 23, 2008

Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar

Penulis buku politik terkenal, SH Alattas, mempersoalkan kenapakan majalah Yahudi, Newsweek memilik tajuk "Anwar Pulang Dari Neraka" : ‘To Hell And Back’ Anwar Ibrahim was Asia’s most celebrated young leader before he was sent to jail. Now, he has a second chance. - Newsweek. Klik di sini


Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar


Oleh Thomas Fuller

MUNICH : Semasa dia diyakini, seorang timbalan perdana menteri yang sering melawat ke seluruh dunia, Anwar Ibrahim sentiasa dipanggil wajah baru Islam moden.

Sekarang setelah 6 tahun di penjara – dan pembebasannya yang tidak dijangka pada Khamis – dengan lemah,suara yang perlahan, membongkok di atas kerusi, tetapi Islam dan tempatnya di dunia masih menjadi keinginannya untuk berbicara.

Dia menghabiskan kebanyakan masanya di penjara, dia berkata, merenung pemisahan antara dunia Islam dan Judeo(Yahudi)-Christian, jurang yang semakin luas sewaktu dia dipenjarakan, dan dia yakin bahawa kedua-dua belah pihak perlu berubah.

Dia bercakap sewaktu temu ramah selama sejam setengah di bilik hotelnya di sini pada malam Ahad, tidak jauh dari klinik di mana dia menjalani pembedahan pada Isnin kerana sakit belakang.

Dia mendapat kritikan keras daripada pemimpin moden Islam, dan juga rayuan untuk lebih memahami daripada ramai rakannya di Barat.

Osama ben Laden dan Saddam Hussein menjadi mangsa pertama kecaman Anwar yang dianggap teroris pegebom bangunan WTC, 11 September 2001. Kecamannya dalam Majalah TIME dan Majalah International Herald Tribune, New York, 2001. Beliau menulis mengecam kedua-dua tokoh Islam ini ketika masih di penjara Sungai Buloh.



"Muslim adalah hipokrit kerana berdiam diri mengenai kekejaman Saddam Hussein di Iraq, dan dalam bersungut mengenai pengaruh Amerika di dunia tetapi mengabaikan masalah mereka sendiri", katanya.

“Ini merupakan satu kegagalan Muslim yang paling besar pada ketika ini,” katanya.

“Anda tidak perlu menjadi pemimpin yang dipercayai, anda tidak ada suara hati yang sebenar.”

Muslim tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri untuk masalah mereka, katanya.

“Ianya Amerika dan Yahudi dan Kristian,” dia berkata. “Kami masih berada dalam keadaan menafikan.”

"Begitu juga, walaupun, Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain mesti memahami punca keganasan", katanya.

“Perang keganasan adalah perang hati dan minda,” katanya.

“Pertama sekali anda mesti berhadapan dan memberitahu kepada Muslim dan mencabar mereka sama ada masyarakat yang tidak mempunyai prinsip- prinsip seperti demokrasi, masyarakat yang bertamadun dan toleransi adalah dibenarkan Islam.”

Kelihatan penat, dan hanya menunjukkan sedikit karisma yang dimilikinya semasa memegang kuasa di dalam kerajaan, Anwar tersekat-sekat dalam menyebut beberapa nama yang dikenalinya, dan dia dilihat senang untuk mengingati kembali peraturan penjara Malaysia daripada ketokohannya di masa lalu.

Dia memakai selipar hotel dan penyokong belakang, gambaran seorang lelaki yang pada 6tahun lepas memimpin 50,000 penunjuk perasaan di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merupakan demonstrasi anti-kerajaan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Dia masih menghadapi kesulitan untuk melaksanakan perubahan yang menyebabkan kerajaan Malaysia memenjarakannya dia atas ancaman keselamatan 6 tahun yang lalu dan kemudiannya menuduhnya dengan liwat. Anwar telah lama menyatakan bahawa tuduhan liwat merupakan salah satu bahagian dalam konspirasi terhadapnya selepas dia dipecat daripada kerajaan.

"Malaysia pada hari ini perlu bekerja keras untuk menjadi suara yang liberal dalam dunia Islam", kata Anwar.

“Ia tidak lagi boleh menjadi negara agama,” dia berkata mengenai negara yang mempunyai populasi 60 peratus Muslim.

Dia memuji janji kepada lebih keterbukaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi, yang mengambil alih kuasa daripada Mahathir bin Mohamad, perdana menteri yang telah lama berkhidmat dan juga yang memecat Anwar.

“Saya tidak menidakkan kemungkinan untuk menyokong apa-apa perubahan dasar yang positif yang telah dimulakan oleh Abdullah,” kata Anwar.

Ditanya sama ada dia mengetepikan untuk menyertai parti pemerintah, dia memilih perkataan yang berhati-hati.

“Untuk sekarang,” katanya. “Saya tidak memberikan sebarang perhatian yang serius terhadap perkara tersebut.”

Sehingga kini banyak soalan masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar mempertimbangkan untuk kembali semula ke dalam politik.

Bolehkah dia membuang imej sesumpah politik yang bercakap mengenai toleransi dan demokrasi kepada hadirin Barat dan undang-undang Islam yang lebih ketat kepada pengikut Melayu?

Apakah dia menjadikan kritikan terhadap rasuah dan pemerintahan kuku besi sebagai asas karier politiknya pada masa hadapan sedangkan pada suatu ketika dulu dia berasa senang untuk menjadi sebahagian daripada sistem tersebut?

Anwar berkata, dia akan kembali kepada politik, dan barangkali berhadapan dengan soalan-soalan tersebut, hanya selepas dia menjalani pembedahan dan sembuh.

Sedang dia berehat di bilik hotelnya, lengannya kelihatan lemah dan pucat, mukanya kurus kering, rambutnya semakin menipis dan janggutnya sejemput itu semakin beruban.

Dia berkata kecederaan belakangnya disebabkan pada 1998 di mana dia dipukul oleh ketua polis pada ketika itu, Abdul Rahim Noor.

Pertemuan bersejarah Anwar Ibrahim, Gus Dur dan Paul Wolfowitz di Munich, Jerman, pada 2004, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.


Sejak pembebasannya, dia telah menerima bayak panggilan telefon yang bertali arus, daripada pelbagai kumpulan rakan dan kenalan, katanya. Antara mereka adalah Paul Wolfowitz, timbalan setiausaha pertahanan Amerika , Paul Martin, Perdana Menteri Kanada, Abdullah Gul, Menteri Luar Turki, dan Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Indonesia.

Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM - tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright di KLIA.


Nurul Izzah Anwar di Konvensyen Demokratik di Boston


Nurul Izzah dan Mary Robinson. Mary Robinson bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Amnesty International. Robinson juga penasihat untuk untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti



Semasa dipenjarakan, keluarganya masih menghubungi ahli politik Barat yang menyokongnya. Madeleine Albright, yang merupakan Setiausaha Negara Amerika telah bercakap mengenai Anwar yang dipenjarakan, menjemput salah seorang anak perempuannya (Nurul Izzah) untuk menjadi pemerhati di Konvensyen Demokratik di Boston pada Julai.

Anwar bercakap mengenai kehidupannya di penjara, bilik sel yang kecil, rutin hariannya dan jadual membaca yang ketat. Dia menceritakan mengenai bagaimana keluarganya dan peguamnya menyeludup durian, buah tropika yang mempunyai bau yang sangat tajam, ke dalam selnya.

Katanya sel tersebut merupakan 6 kaki kali 12 kaki, atau lebih kurang 1.8 meter kali 3.6 meter, dan terdapat sebuah katil, sebuah kerusi dan satu kamera video pengawasan.

Setiap pagi dia akan bangun di antara jam 4:30 dan 5:30 dan tidur selepas tengah malam. Pada siang hari dia membaca campuran karya non-fiksyen klasik dan kontemporari.

“Saya menghabiskan keseluruhan koleksi Shakespeare sebanyak 4 kali,” katanya.

Rakannya menghantar buku dan seseorang memberikannya senaskhah majalah The New Yorker. Dia membaca pelbagai buku dipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yg berlainan dan berkaitan dengan perbandingan agama dan klasik China, dan juga karya non-fiksyen kontemporari seperti Thomas Friedman's "The Lexus and the Olive Tree."

Semasa 6 tahun pemenjaraannya dia kadang kala mengikuti perkembangan dunia luar dengan berbual-bual pendek dengan pengawal penjara.

Dia pertama kali mendengar mengenai 11 September 2001, serangan pengganas, apabila seorang atendan penjara menyebut sesuatu mengenai pengeboman menara di New York.

Tetapi dia belum melihat rakaman video pesawat menyerang bangunan-bangunan. Televisyen, dan juga telefon, Internet dan lawatan daripada sesiapa yang bukan ahli keluarga terdekat dan peguamnya, dilarang di penjara.

“Saya tidak menonton televisyen selama 6 tahun,” kata Anwar.

Dia memberitahu isterinya, Azizah, untuk menyusun satu simpanan pita video.

“Saya kata, ‘Terdapat beberapa perkara yang saya perlu lihat : video 11 September , rakaman ketika saya ditahan, dan sudah tentu bahang 9/11. Ini semua merupakan keutamaan.”


Nota : Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Thomas Fuller dari International Herald Tribune, 7 September 2004. Artikel asal bertajuk, "Muslim-West divide is on Anwar's mind : Return of a Malaysian". Klik di sini dan di sini.

Artikel berkaitan;

1. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim aktif dialog antara agama

Dr Ibrahim bersama the Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Michális Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow. Sumber foto klik di sini.


Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama


Oleh Duncan Reid, The Vic Unity Newsletter


Dato Seri Dr Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa ‘globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.

Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim memberi ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai “Dialog Peradaban”.

Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori ‘Pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.

Di dalam forum tersebut, beliau menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (“Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne”), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat.

Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, “dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.

"Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut,” kata beliau.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.

“ Mengapa tidak kita – Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”

Anwar, dalam menenalpasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.

“Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama"

Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Dr. Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.

Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.

Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Dr. Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.

“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."

Dr. Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Autralia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.

“Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu”, bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkita Asia"

Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kea rah globalisasi.

Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya.

Dia berkata “Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat”

Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), terbitan The Victorian Unity Newsletter (Council of Churches). Artikel asal bertajuk, "Current Issues : Dialogue of Civilisations…"







Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

3. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?

4. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

5. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

6. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

7. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

8. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?

9. Anwar telah khianat Islam ?

10. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

Pertemuan rahsia di Munich ini telah memberi seribu satu makna tersirat..


Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich


Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur menceritakan intipati pertemuan beliau, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004, dalam tulisannya bertajuk "Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi" yang disiarkan di laman webnya, www.gusdur.net.

Dalam catatan itu, Gus Dur menulis, beliau tergesa-gesa bertolak dari Seoul, Korea Selatan (selepas menyampaikan pidato) pada 3 Oktober 2004 kerana terpaksa ke Munich untuk menghadiri pertemuan penting yang telah dirancang rapi sebelum ini dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Pertemuan penting diatur di Munich, kerana Anwar berada di situ menjalani rawatan sakit tulang belakang di Hospital Klinik Alpha Munich sejak 6 September 2004, selepas 4 hari dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan keduanya pada 10 Mei 2004. Meskipun ketiga - tiga hakim yang menyemak semula keputusan Hakim Datuk Arifin Jaka (8 Ogos 2000) bersepakat mengatakan terdapat aktiviti meliwat antara Anwar, Sukma dan Azizan, namun Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal. Klik di sini

Berdasarkan catatan Gus Dur itu, perjumpaan itu amat penting, dan beliau mesti mengosongkan jadual untuk menghadirinya kerana tetamu yang datang melawat Anwar adalah tokoh paling penting di Amerika ketika itu iaitu Timbalan Setiausaha Amerika.

Kesungguhan Paul Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich awal Oktober itu menyebabkan Gus Dur teruja. Apatah lagi, ketika itu Paul Wolfowitz sangat sibuk dengan urusan kerjanya di Amerika, ketika Amerika menghadapi saat - saat kritikal menyusun perancangan perang ke atas Iraq.

Kesibukan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu dicatat oleh wartawan Peter J. Boyer , dalam artikelnya bertajuk "The Believer Paul Wolfowitz defends his war", disiarkan di The New Yorker, 1 Novermber 2004. Klik di sini

Menurut Peter J. Boyer, sebelum Paul Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar dan Gus Dur di Munich, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu sibuk dengan taklimat peperangan ke atas Iraq kepada semua lapisan rakyat sekutu Amerika, termasuk golongan mahasiswa, pensyarah, pegawai tentera dan kerajaan di Warsaw University, Poland.

Peter J Boyer juga mencatatkan keletihan Paul Wolfowitz menaiki pesawat dari Washington ke negara sekutu Amerika semata-mata untuk proses lobi kepada kerajaan Poland supaya menyokong tindakan Amerika.

Sebelum menaiki pesawat khas di Andrews Air Force Base, Wolfowitz menerima nota yang mengecewakannya daripada bosnya, Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika) yang berucap di New York, mengesahkan , setakat hari itu, Amerika belum lagi mendapat bukti kukuh yang boleh mengaitkan kegiatan Al Qaeda dan Saddam Hussein terhadap serangan WTC, 11 September.

Berita ini sangat mengecewakan Wolfowitz kerana sebelum ini beliau bermati-matian menegaskan kepada Presiden Bush bahawa Saddam Hussein adalah 'teroris' yang mempunyai perkaitan rapat dengan rangkaian Al Qaeda.

Terdahulu sebelum ucapannya di Poland, Wolfowitz, Yahudi Zionist Amerika telah melawat bandar lama Warsaw, dengan kawalan tentera Poland untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan "Warsaw Ghetto Heroes" (monumen Yahudi Ghetto di Warsaw, Poland) dan di 'Umschlagplatz Memorial' sebagai memperingati tiga ratus ribu Yahudi Warsaw yang telah dibunuh oleh Nazi di Treblinka.

Acara itu amat bermakna kepada Wolfowitz kerana inilah kali pertama beliau melawat tugu peringatan, 'Umschlagplatz Memorial' walaupun bapanya Jacob Wolfowitz dilahirkan di Warsaw. Wolfowitz juga sukar melupakan kebencian masa lampaunya ketika keturunannya terselamat daripada pembunuhan Nazi dalam peristiwa Holocaust. Dendamnya ke atas pembunuhan etnik Yahudi itu masih membara sampai sekarang.

Selepas ucapan di Poland, Wolfowitz juga telah diberi taklimat oleh Jan Nowak, bekas Polis Risikan Poland yang pernah memberi maklumat - maklumat kepada Amerika tentang kegiatan gerakan bawah tanah Nazi.

Menurut Jan Nowak, peperangan Amerika ke atas Iraq wajar diberi penjelasan kepada umum, supaya masyarakat memahami dan menyokong tindakan serangan itu. Propanganda penerangan seluas-luasnya sama seperti media Yahudi memberitahu dunia tentang peristiwa Holocaust.





Pertemuan penting Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur

Wartawan Peter J. Boyer menulis pertemuan Wolfowitz - Anwar -Gus Dur dibuat selepas Wolfowitz membuat hentian penerbangan sementara di Munich dalam rangka lawatannya ke Poland.

Menurut penulis, Wolfowitz sanggup meluangkan masa ke Klinik Alpha, Munich kerana sudah dibuat temujanji menemui 'dua tokoh Islam' itu.

Wartawan itu mengambarkan 'dua tokoh Islam' itu iaitu Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Gus Dur (Indonesia) adalah kenalan rapat Wolfowitz sebagai 'mata dan telinga' Amerika dalam dunia Islam.

Mereka berdua digambarkan 'tokoh Islam moderate' yang pro - Barat dan sangat bertoleransi dalam keagamaan serta dijadikan sebagai 'bahan rujukan' mengenai dunia Islam.

Pada Wolfowitz, beliau perlu menemui kedua - dua tokoh Islam itu, kerana mahukan sokongan di atas tindakannya menyerang Iraq.

Peter J. Boyer juga mencatatkan kedua - dua tokoh Islam itu telah menunjukkan sokongan padu ke atas tindakan Wolfowitz menyerang Iraq berdasarkan bukti Anwar semasa dalam penjara Sungai Buloh telah menghantar surat mengkritik Osama ben Laden dan Saddam Hussein sebagai penjenayah perang yang didakwa sebagai perancang komplot pengeboman WTC, 11 September 2001.

Kecaman keras Anwar ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein disiarkan dalam Majalah TIME bertajuk "Who Hijacked Islam" dan Majalah International Herald Tribune, New York bertajuk "Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism" pada 11 Oktober 2001.

Bacaan lanjut sila klik di sini.

Kiri, Osama Laden, Anwar kecam sebagai 'teroris' dalam tulisannya Majalah TIME dan International Herald Tribune (Kedua-dua majalah milik Yahudi). Kanan, Dr Yusof Al Qardawi. Azmin Ali, Naib Presiden PKR sebut, Anwar menyoal siasat ulamak itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak Mesir itu 'teroris' atau tidak.



Tentunya tindakan Anwar bersusah payah menulis surat dari Penjara Sungai Buloh itu sebagai sokongan paling penting ke atas Paul Wolfowitz yang secara tersirat menyokong tindakan Timbalan Setiausaha Amerika menyerang Iraq adalah tindakan yang betul. Apatah lagi kecaman ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein dibuat oleh tokoh Islam sendiri.

Gus Dur pula mengesahkan kekejaman Sadam Hussein kerana beliau pernah belajar di Baghdad. Kata Gus Dur kepada Wolfowitz, beliau menjadi saksi kekejaman Parti Baath yang telah bertindak zalim ke atas rakyatnya.

Keterangan Gus Dur, ditulis Peter J. Boyer seperti berikut; "Wahid had studied in Baghdad, and that he was an early witness to the Baath Party’s atrocities. Wahid had described how Saddam’s regime “left the bodies hanging so long, the necks stretched,” Wolfowitz said. “It was in the main square in Baghdad, to send a message, to say, ‘This is who you’re dealing with from now on.’ And he said his teacher was taken away, the body was brought back in a sealed coffin, and they were told not to open it. They went ahead and opened it, and they found he’d been horribly tortured.”

Sudah tentu keterangan Gus Dur sebagai saksi dan sokongan Anwar itu sangat mengembirakan hati Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan Paul Wolfowitz mampu berhujah kepada rakyat Amerika bahawa tokoh-tokoh Islam sendiri menyokong tindakan Amerika menyerang Iraq.

Hubungan Gus Dur, Anwar dengan Paul Wolfowitz bermula sejak 1980-an lagi, ketika itu Wolfowitz adalah Penolong Setiausaha Negara Amerika untuk Asia Tenggara dan pernah menjadi duta Amerika di Indonesia.

Wolfowitz pula amat teruja dengan sikap toleransi Gus Dur kerana bukan sahaja pro- Barat malah pro - Israel.





Sokongan Gus Dur kepada Israel itu dibuktikan dengan penglibatan beliau dalam program - program ; International Strategic Dialogue Center, Netanya University, Israel; Member of International Board along with Mikhail Gorbachev, Ehud Barak and Carl Bildt; Shimon Perez Center for Peace, Tel Aviv, Israel; International Islamic Christian Organization for Reconciliation and Reconstruction(IICORR ), London, England, International and Interreligious Federation for World Peace (IIFWP), New York, USA; World Conference on Religion and Peace (WCRP), New York, United States dan lain -lain.

Maka dengan sokongan ini, tidak hairan Gus Dur diberi anugerah dan liputan media asing antaranya : Paul Harris Fellow, The Rotary Foundation of Rotary International; Public Service Award, Columbia University , New York, United States; The Culture of Peace Distinguished Award 2003, International Culture of Peace Project Religions for Peace, Trento, Italy; Global Tolerance Award, Friends of the United Nations, New York, United States; Ambassador of Peace, International and Interreligious Federation for World peace (IIFWP), New York, United States; Magsaysay Award, Manila , Philippine; Figure of the Year 1990 (Tokoh 1990), Editor Magazine, Indonesia dan lain -lain

Lihat bukti kaitan Gus Dur menyokong Israel klik di sini.






Wolfowitz tugaskan Anwar Ibrahim sebagai "Jurubicara Barat - Dunia Islam"?

Dalam catatan Gus Dur pula beliau menjelaskan lagi resolusi perbincangan penting dengan Wolfowitz itu.

Gus Dur bersetuju dengan pandangan Wolfowitz melantik Anwar sebagai 'Jurubicara Barat untuk Dunia Islam' kerana kebolehannya berpidato.

Tulis Gus Dur seperti berikut, "Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam. Pada saat ini terasa, bahwa “Dunia Islam” tampak sedang berada dipersimpangan jalan. Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal. Artinya mereka tidak menginginkan “Negara Islam’ sebagai sesuatu yang bersikap resmi, melainkan ingin memperagakan Islam sebagai jalan hidup terbaik bagi umat manusia yang tengah mengalami krisis di berbagai bidang"

"Kebangkitan seperti itu, adalah sesuatu yang tentu saja dapat membuat “Dunia Islam” bertabrakan dengan faham-faham lain, dan menjadi tugas bagi para tokoh muslimin untuk sejauh mungkin mempertautkan antara berbagai pemikiran dan pandangan itu"

"Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi “juru penengah” antara berbagai pandangan dan pemikiran, atau ia justru terlibat dalam pertentangan-pertentangan yang baru".

"Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi".

Ini rupanya dimengerti sepenuhnya oleh Paul Wolfowitz, hingga ia datang dengan pesawat khusus ke Munchen (Munich) dan kembali lagi ke Washington DC, setelah bertemu berdua dengan Anwar Ibrahim dan kemudian bertiga dengan penulis".

Pada kalimah akhir Gus Dur menjelaskan peranan Anwar seperti berikut; "Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwa posisi Anwar Ibrahim, seperti Saad al-Din Ibrahim, Sekjen Muntada Al-Fikr Al-‘ARabi (Klub Pemikiran Arab), yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat".

Dalam catatan 8 Oktober 2004 itu, Gus Dur menegaskan "agama Islam dengan Yahudi (Judaisme), yang harus memikul beban kesejarahan sebagai sebuah faham yang berada di benua tersebut. Dalam hal ini, antara Islam dan agama tersebut harus ada perdamaian yang langgeng, bukannya pertentangan terus menerus".


Pandangan Azmin Ali - Pertemuan Anwar - Wolfowitz Munich

Azmin Ali, Naib Presiden PKR, orang yang paling rapat dengan Anwar dan menjadi pengatur jadual Anwar di Munich pula bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh Paul Wolfowitz itu tetapi menggunakan bahasa lunak yang boleh diterima positif oleh rakyat Melayu - Islam di Malaysia.

Pertemuan kali kedua Anwar dengan Paul Wolfowitz pada 2005. Ketika itu Anwar mengunjungi Paul Wolfowitz di Pentagon yang menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.


Kata Azmin, "Kami dapati ada masalah besar dalam percaturan politik dunia.Sikap benci membenci makin menebal khususnya antara negara Barat dengan negara Timur,khususnya dengan Amerika Syarikat. Maka DSAI merasa bertanggungjawab main peranan untuk meredakan keadaan itu dengan mengadakan dialog"

"DSAI merasa beliau ada peranan untuk dimainkan bukan sahaja untuk mewujudkan toleransi antara Barat dan Timur tetapi juga menghormati antara satu agama dengan agama lain. Alhamdullilah beberapa pimpinan Barat merasakan mereka perlukan satu rakan kongsi dalam usaha ini sebab mereka tengok kegagalan mereka di Iraq dan Palestin. Masalah ini tak boleh selesai dengan senjata tetapi masalah ini boleh selesai menerusi dialog.

"Orang yang ada kemampun berdailog dengan Barat dan dimasa yang sama ada hubungan yang akrab dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah ialah DSAI. Sebab itu mereka minta DSAI terima permintaan supaya jadi rakan kongsi dalam dialog ini agar ada dialog berterusan dan wujud hubungan yang akrab antara negara Islam dan Barat"


Dalam membicarakan peranan Anwar dan Wolfowitz, Azmin menjelaskan begini;

"Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI"

"Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi … ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam. Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh dibunuh orang awam Amerika Syarikat..halal darah mereka"

"Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya. Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul"

Untuk melihat keterangan Azmin Ali selengkapnya, sila baca wawancara Agendadaily dengan Azmin Ali bertajuk "Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…" Klik di sini.

Berdasarkan keterangan Azmin Ali itu, walaupun beliau memberi gambaran positif mengenai peranan bosnya, berkenaan tugasan baru arahan Paul Wolfowitz, tetapi sebagai pembaca kita boleh menganalisis secara dua lapis.

Pertama, Azmin mengesahkan tugasan baru yang diarahkan kepada Anwar itu adalah mendekatkan jurang Timur dan Barat termasuk dalam bidang agama. Gus Dur menjelaskan lagi dalam tulisan di atas mendekatkan agama Islam dan agama Yahudi.

Keduanya, Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar sangat rapat dengan Wolfowitz. Boleh berinteraksi dan berkomunikasi pada bila - bila masa.

Malah Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar adalah 'tukang semak' (SB?) nama tokoh-tokoh Islam yang disenaraihitamkan oleh Amerika.

Azmin mengesahkan bahawa Anwar pernah berjumpa dengan Dr Yusof Qardawi, dan menyoal siasat ulamak tersohor Mesir itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak itu teroris atau tidak. Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan Dr Yusof Qardawi, Anwar pulang semula ke Amerika melaporkan kepada Paul Wolfowitz.

Jadi, apakah faktor ini, Dr Yusof Qardawi berpesan kepada PAS, agar berhati-hati dengan Anwar, seperti yang dilaporkan oleh Songkok Putih di Tranungkite ? Klik di sini.

Meneliti pula laras bahasa yang digunakan oleh Azmi, dalam menjelaskan peranan Anwar sebagai 'mendekatkan jurang Timur dan Barat' dilihat sebagai bahasa lunak untuk tidak memudaratkan Anwar sebagai tokoh politik pembangkang di Malaysia.

Bagaimana pula laras bahasa yang bermain di fikiran Wolfowitz, seorang zionist yang ghairah membunuh umat Islam di Iraq ketika memberi tugas itu kepada Anwar?

Adakah sama dengan laras bahasa Anwar dan Azmin ketika memberitahu rakyat Malaysia melalui wawancara dengan Agendadaily ?

Dalam mengambarkan laras bahasa berlainan ini, Gus Dur mengesahkan peranan Anwar bukan sekadar "Jurubicara mendekat Timur dan Barat", tetapi lebih jauh daripada itu iaitu sebagai 'golongan penengah' kepada dunia Islam terutamanya golongan muda yang bercita-cita menjadi "Negara Islam", bukan semata-mata slogan malah sebagai satu realiti cara hidup.

Gus Dur menjelaskan fenomena baru di negara Islam yang mahu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup amat bahaya dan Wolfowitz menugaskan Anwar untuk memberi penjelasan secukupnya agar Islam boleh diliberalkan.

Gus Dur pula menyamakan tugas baru Anwar itu sama seperti Saad al-Din Ibrahim

Siapa Saad al-Din Ibrahim ? Klik di sini dan di sini dan di sini


Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Saad al-Din (Mesir) adalah sama-sama tokoh Muslim Moderate yang dianugerahkan Amerika


Saad al-Din Ibrahim seorang aktivis Demokrasi Amerika di Mesir yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Mesir dan Amerika Syarikat. Beliau adalah pengasas "Khaldun Center di Mesir atau Universiti Amerika, di Mesir.

Beliau ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), sebuah yayasan Amerika untuk mengembangkan Demokrasi Amerika ke Timur Tengah.

Kalau dalam bahasa mudah, Saad al-Din Ibrahim adalah agen Amerika di Mesir yang ditugaskan mengembangkan demokrasi Amerika menggunakan status penjawat akademik.

Kalau Gus Dur menyamakan Anwar sebagai Saad al-Din Ibrahim, apakah pula tanggapan yang bermain dalam Zionist Amerika (Wolfowitz) kepada Anwar ketika memberi arahan itu di Munich ?


AIDC
20 Oktober 2008
http://aidceditor.blogspot.com
email - aidceditor@yahoo.com







Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)

3. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

4. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra



Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra


PETALING JAYA: "Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia bakal mengundang satu malapetaka yang menyeluruh bagi Malaysia."

Itu adalah adalah jawapan luhur daripada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Prof Dr Chandra Muzaffar , sayap kanan dan individu yang amat dipercayai oleh Anwar , setelah bertahun-tahun berdiam diri, apabila ditanya mengenai de facto leader Parti Keadilan Rakyat didalam sebuah forum di sini, semalam.

Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk mula bersuara, Chandra berkata bahawa kian jelas, rakyat sedang ditipu oleh Anwar.

“Saya sudah bersedia bagi kenyataan yang berekod supaya rakyat tidak akan terus ditipu,” kata beliau.

Chandra, seorang ahli akademik yang mengasaskan pergerakan reformasi Aliran dan juga yang dahulunya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah di antara golongan profesional dan intelektual yang membentuk Keadilan kerana berang dengan pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri, penganiayaan terhadap beliau (Anwar) yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor serta, dalam waktu yang sama menghadapi tuduhan meliwat.

Beliau merupakan Timbalan Presiden bagi isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari April 1999 sehingga dia meletakkan jawatan atas sebab perbezaan-perbezaan dengan parti pada Disember 2005. Dalam pilihanraya pada tahun 1999, beliau bertanding sebagai calon Keadilan, namun tewas.

Sejak dari itu, Chandra telah menolak daripada membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai sebab-sebab beliau meninggalkan parti dan juga enggan bersuara mengenai perbezaan-perbezaan beliau dengan Anwar.

Semalam Chandra memberitahu bahawa di sebalik kebolehan Anwar sebagai pemidato yang memukau, beliau kini bercakap sesuatu yang amat berbeza dari waktu beliau bersama kerajaan.

Chandra berkata, ramai rakyat bukan Melayu di negara ini sedang dipermainkan oleh Anwar, yang berpendirian pelbagai budaya.

“Hari ini beliau memiliki imej yang berbeza dan amat menyedihkan kerana ramai yang bukan Melayu percaya akan kata-kata beliau. Hari ini, beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan itu merupakan alunan irama indah ditelinga mereka"

“Kita begitu bersifat perkauman sehingga tidak mampu untuk menilai seseorang itu secara objektif”, kata Chandra, yang merupakan antara lima orang speaker di The Star-Asian Centre for Media Studies Public Forum bagi pilihanraya 2008 yang diadakan di Menara Star semalam.

Chandra berkata, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran dahulu, beliau telah mengubah terma Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu yang membawa kepincangan kepada integrasi nasional.

“Tunku Abdul Rahman mahu penggunaan Bahasa Malaysia bagi menyatukan seluruh masyarakat dan beliau (Anwar) mendesak penggunaan Bahasa Melayu atas dasar sistem sekolah,” ujar Chandra.

"Kerajaan telah kembali menggunakan terma Bahasa Malaysia sejak tahun lepas.
Anwar (semasa beliau menjadi menteri Pendidikan) juga bertanggungjawab melantik pegawai bukan Cina bertugas di sekolah-sekolah Cina, yang mana menjurus kepada krisis politik pada tahun 1987”,
kata Chandra.

Beliau menambah, ramai orang lupa peranan yang dimainkan oleh Anwar dalam menyelesaikan pertikaian antara Hindu dan Muslim di Kampung Jawa, Pulau Pinang.

“Anwar mengatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa loceng-loceng kuil di Malaysia tidak akan berbunyi lagi jika kata-katanya tidak diterima,” kata Chandra.

Bercakap mengenai masa depan Malaysia, Chandra berkata, kualiti yang paling penting bagi pemimpin negara yang mempunyai pelbagai bangsa ialah kejujuran dan konsisten.

“Apabila seorang pemimpin bercakap mengenai isu etnik yang sensitif, beliau wajib menyampaikan maksud yang sama kepada bangsa bukan Melayu sebagaimana yang telah diucapkan kepada bangsa Melayu. Anda tidak boleh bermain dengan isu ini kerana ia adalah sangat merbahaya,” ujar beliau.

Chandra juga berkata, walaupun Barisan Nasional punya kekurangan, tidak ada gabungan lain yang berwawasan dan berdaya maju dalam negara ini.

Beliau teringat ‘pengalaman pahit’ dalam percubaan untuk membina pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, Parti Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dinamakan sebagai Barisan Alternatif (BA), di mana tugasnya adalah untuk merangka Manifesto Malaysia Adil bagi pilihanraya tahun 1999.

“BA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, tetapi selepas pilihanraya, PAS memutuskan untuk melaksanakan Islam yang sangat konservatif di Terengganu dan ini menjadikan keadaan amat sukar bagi kami.”


“DAP memberi penekanan kepada sekularism yang agresif tanpa memahami peranan agama di Malaysia. Satu jurang yang amat dalam telah wujud di mana pembangkang tidak mampu untuk memilih jalan tengah dan saya fikir mereka tidak akan dapat melakukannya untuk tahun-tahun yang akan datang,”
kata Chandra.

Nota : Terjemahan sumber asal dari The New Straight Times Online, disalin semula dalam blog, Warong Kopi, pada 4 Mac 2008, bertajuk, "If Datuk Seri Anwar Ibrahim becomes the Prime Minister, it will be an unmitigated disaster for Malaysia."



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, October 19, 2008

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar



Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Anwar


1. Memandangkan Anwar Ibrahim mendakwa, beliau bakal mengambilalih jawatan PM sebelum hari raya Aidil Adha ini, maka wajar Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat sejauh manakah kebenaran dakwan bekas pembantunya, Saiful Bukhari bahawa dia diliwat.

2. Rakyat perlu kesahihan dakwaan ini dahulu, sebelum Anwar benar - benar layak mancalonkan diri sebagai PM. Rakyat Malaysia mahukan bakal PM mereka yang bersih daripada tuduhan liwat, kerana Malaysia yang agama rasminya Islam, tidak mahu berketuakan pemimpin yang didakwa sebagai gay. Bersihkan tuduhan ini dahulu sebelum layak dicalonkan sebagai PM.

3. Memandangkan Saiful Bukhari telah bersumpah dengan lafaz 'wallahi, wabillahi wattalahi' mengatakan dia diliwat, maka tiada kaedah lain untuk memastikan sumpah laknat Saiful tidak benar, kecuali Anwar juga turut bersumpah dengan kalimah yang sama untuk menafikannya.

4. Memandangkan keputusan Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, sentiasa menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar yang masih di peringkat asas iaitu menentukan status mahkamah manakah Anwar patut dibicarakan menyebabkan rakyat ternanti-nanti sejauh manakah kebenaran tuduhan itu.

5. Justeru itu, memandangkan Anwar menawarkan diri menjadi PM sebelum Aidil Adha, tetapi dalam masa yang sama Anwar menghadapi tuduhan liwat; Saiful Bukhari telah bersumpah dengan nama Allah, tetapi Anwar enggan bersumpah; Mahkamah Seksyen terpaksa ditunda-tunda dalam jangka masa lama, maka tiada cara lain yang lebih sesuai dicadangkan kecuali menubuhkan Suruhanjaya Diaraja.

6. Dengan adanya Suruhanjaya Diraja menyiasat kebenaran Saiful diliwat, akan mempercepatkan proses penghakiman dan mengetahui status kebersihan rekod peribadi Anwar.

7. Laporan Suruhanjaya Diraja yang telah diberi jangka masa luput siasatan itu jalan penyelesaian terbaik untuk mengetahui status keperibadian Anwar.

8. Selepas hasil siasatan dikeluarkan, barulah rakyat boleh menentukan Anwar layak atau tidak dicalonkan sebagai PM.

AIDC
18 Oktober 2008


Sila klik untuk baca selanjutnya...