AIDC BLOG

Wednesday, January 7, 2009

Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim



Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal, Anwar Ibrahim


Oleh AIDC

Membaca Perutusan Hari Natal yang ditulis Anwar Ibrahim di dalam blognya pada 24 Disember 2008, terpancar saranan RAND Corporation yang disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation.

Ketua penyunting, Angel M. Rabasa merangkap Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation telah memberi penghargaan khusus kepada Anwar Ibrahim dalam proses membantu menyiapkan laporan "Building Moderate Muslim Networks" pada tahun 2007. Anwar digambarkan dalam kata penghargaan laporan itu telah memberi sumbangan berharga dalam menjayakan penerbitan laporan itu yang ketika itu beliau adalah pensyarah pelawat Universiti Georgetown, Amerika.


Angel M. Rabasa yang pernah bertugas di Jabatan Negara dan Pertahanan Amerika telah menyarankan dalam laporannya, diadakan satu Persidangan Muslim Moderat Sedunia di Cordoba di Sepanyol.

Menurut laporan itu, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap tempat yang strategik kerana di situ memberi makna simbolik dan kesan sejarah silam kepada seluruh umat Islam.

Menurut Angel M Rabasa lagi di Cordoba nanti akan dilancarkan hari pengisytiharan Muslim Moderat melawan Muslim Salafi atau Ekstrimis atau Konservatif yang kesemuanya dilabel sebagai Muslim Fundamentalis. Rujuk saranan RAND Corporation dalam muka surat 144-145, di bawah tajuk "Launching the Initiative". Klik di sini


Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, dua hari lepas menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka.

Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat.

Tulisnya lagi, "saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"

Membaca Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim, klik di sini


Maksud Tersirat Perutusan Hari Natal Anwar

Membaca perutusan Anwar itu beberapa kesimpulan dapat dibuat.

Pertama; Anwar mendakwa negara Malaysia, walaupun sudah merdeka 51 tahun, tetapi masih gagal dalam hubungan antara agama. Dakwanya jurang antara agama di Malaysia khususnya di antara Kristian dan Islam semakin melebar ekoran daripada dasar-dasar kerajaan yang lebih mementingkan agama Islam. Maksudnya dasar-dasar kerajaan yang berpandukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam ialah ugama bagi Persekutuan telah mendominasi agama-agama lain terutamanya Kristian.

Kedua; Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan Islam di Malaysia yang mewakili majoriti rakyat Malaysia. Monopoli Islam ditranformasi dengan penerapan Islam dalam pentadbiran termasuk dalam bidang perundangan sehingga terbentuknya Mahkamah Syariah. Pada pendapatnya sepatutnya jurang perbezaan antara Islam dan Kristian di Malaysia didekatkan, walaupun penganut Kristian hanya mewakili 15 peratus mewakili rakyat negara ini.

Ketiga; Antara bukti jurang antara agama di negara ini semakin melebar, dengan penolakan secara total Dialog Antara Agama, Forum Antara Agama (Forum Memeluk Islam), Kes murtad yang lebih memberi ruang kepada Islam seperti kes Moorty dan penolakan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ditubuhkan di negara ini. Pada pandangan Anwar sepatutnya setiap warganegara diberi kebebasan menyuarakan pendapat, termasuk kebebasan beragama, seperti mana yang termaktub dalam hak asasi manusia.

Keempat; Menurutnya, Malaysia bukanlah model negara yang terbaik, tetapi model Negara Islam yang terbaik di dunia adalah di Andalusia, Cordoba, Sepanyol yang mempraktikkan "masyarakat convivencia". Beliau menjelaskan takrif "masyarakat convivencia" adalah kehidupan tiga agama Islam-Kristian-Yahudi hidup aman damai dan berjaya membina ketamadunan yang tinggi.

Kelima; Menurutnya lagi model negara Islam tidak perlu menitikberatkan soal pengamalan agama serta perundangan, sebaliknya perlu menumpukan kepada nilai ketamadunan, seni dan budaya. Bahasa Arab boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana sekadar bahasa, bukan sebagai bahasa Al Quran, yang menyeru Islam mempratikkan ajarannya. Ini dinukilkan Anwar, "walaupun Cordoba menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, tetapi penyair Yahudi yang termashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah". Ini kerana penyair Yahudi itu melihat Bahasa Arab sekadar bahasa ilmu. Ini diperkukuhkan dengan hujah Anwar seterusnya, Mahmoud Darwish, penyair terkenal berasal dari Palestin, menjadikan Andalusia sebagai tempat meraikan kemajmukan dan pentas percambahan ilmu serta ketinggian budaya.

Pandangan John Esposito - masyarakat convivencia - Andalusia, Cordoba

Jika ada yang berpendapat, pandangan Anwar mengenai "masyarakat convivencia, Andalusia dan Cordoba" semata-mata untuk menarik sokongan masyarakat Kristian di Malaysia sempena Hari Natal, sebenarnya anggapan itu silap.

Menurut gurunya, John Esposito, Anwar telah lama bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia". Ini dirakamkan dalam buku tulisan John Esposito bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 2002.

Dalam buku itu, John Esposito menulis khusus mengenai Anwar dalam bab "Anwar Ibrahim : Global Convivencia".

Bermakna Anwar sudah bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia" itu sejak dari tahun 80-an dan gurunya membukukan gagasan itu pada tahun 2002.

Menurut John Esposito, Anwar menekankan kepada model "masyarakat convivencia" yang mempratikkan amalan pluralisma dan tolak ansur serta hormat menghormati di antara masyarakat berbilang agama.

Tulisnya, "Masyarakat Convivencia bermaksud masyarakat berbilang agama yang hidup bersama. Model ini ditiru daripada pemerintahan Roger II pada kurun ke dua belas di Sicily dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberian termasuk Toledo, Cordoba dan Granada. Di Iberia, masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi tinggal bersama-sama di dalam konteks pergaulan dan pertukaran budaya. Itu adalah zaman kemakmuran dan kejayaan bagi kesenian, sastera, puisi, astronomi dan perubatan. Ramai penganut Kristian digelar Mozarabs kerana mengadaptasi ciri-ciri Arab dalam kehidupan seharian termasuk cara berpakaian, budaya, bahasa serta menggunakan nama-nama Arab"

Tulisnya lagi "Convivencia, bagi Anwar Ibrahim adalah satu bentuk pluralisme Islam, satu visi yang berlainan dari program-program Islamis biasa yang memberi tempat bagi masyarakat bukan Islam. Ia berlandaskan keadilan, persamaan di dalam sosial dan ekonomi. Visi pluralisme tersebut merupakan asas kepada laungan beliau untuk dialog peradaban"

Dalam buku itu juga John Esposito memberi melabelkan Anwar sebagai Muslim Moderat yang berbeza dengan Muslim Konservatif. Muslim Konservatif lebih mementingkan undang-undang Islam serta mengabaikan ketamadunan, ekonomi, ilmu dan hak wanita. Sebaliknya, Anwar sebagai Muslim Moderat, lebih mementingkan Islam yang dinamik mengikut kesesuaian masa dan tempat. Anwar juga menolak peniruan yang konservatif (taqlid) dan memihak kepada analisis bebas serta terjemahan semula (ijtihad), serta percaya bahawa Islam adalah “ satu agama yang bersandarkan kekuatan pada dinamisme dan pembaharuan yang berterusan"


Membaca sejarah silam Islam di Andalusia, Cordoba, Sepanyol


Andalusia adalah nama bahasa Arab "Al Andalus", merujuk kepada Semenanjung Iberian, Sepanyol. Nama Andalusia diberikan oleh Tariq ibni Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711. Tariq bin Ziad juga telah berjaya mengalahkan pemerintah asal di bawah cengkaman raja Roderick (Kristian).

Kejayaan Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki iaitu Cardoba, Granada, Almería, Cádiz, Huelva, Jaén, Málaga dan Sevilla.

Kerajaan Islam berjaya berkuasa di Andalusia selama 800 tahun dari tahun 711 hingga 1492 M. Ketika zaman kegemilangan “Kiblat peradaban” dipegang oleh Cordoba dari abad ke-8 hingga ke-13. Cardoba berjaya melahirkan para ilmuwan seperti Ibnu Thufail (1107-1185), Ibnu Baitar (1190-1248), Ibnu Arabi (1164-1240), Ibnu Bajjah (1082-1138), dan Ibnu Rusyd (1126-1198).

Namun pada 1492 M, kerajaan Islam Andalusia berjaya dihancurkan oleh tentera Kristian Katholik yang dipimpin oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Castile.

Saat-saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berakhir di Kota Granada, di bawah Raja Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar. Sebelum turun takhta, Raja Abu Abdullah telah 'memeterai perjanjian' dengan kerajaan Kristian Sepanyol, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella yang melibatkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan masyarakat Islam di Sepanyol.

Namun perjanjian itu telah dimungkiri, ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika telah dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Detik menyayat hati itu diceritakan secara terperinci dalam buku "al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah" (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan "al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus" (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya "al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal".

Kisah ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci. Ketika itu, umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, tetapi dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, terdapat juga umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu dan masih bersembunyi. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka dan membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Selepas menerima arahan raja, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh mereka yang tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam di Sepanyol yang tidak boleh dilupakan.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada lagi tanda atau simbol Islam yang kekal di Sepanyol. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol. Orang Kristian tidak mahu Islam wujud lagi di negara itu. Oleh itu, terdapat umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang terpaksa mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Selain kekuatan tentera Kristian, kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berpunca daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga terpecah kepada lebih daripada 20 puak. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya puak-puak ini, mudahlah musuh Islam merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan terdapat juga umat Islam yang sanggup menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Misalnya, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah. Beliau berpakat dengan Raja Kristian Choinawi untuk memadamkan pemberontakan umat Islam di wilayahnya. Bukan setakat pakatan itu, Abu Zaid juga telah memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi serta membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Dalam Islam, jizyah mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid terbalik apabila beliau berjanji membayar jizyah kepada Raja Choinawi yang beragama Kristian.

Inilah contoh manusia muslim yang hanya mahu menyelamatkan dirinya dan sanggup memperjudikan nyawa rakyat di bawah jagaannya kepada pihak musuh.

Hari ini, kerajaan Andalusia, Cordoba hanya tinggal dalam lipatan sejarah Islam. Ramai umat Islam tidak mengetahui apa yang telah berlaku di Andalusia. Pihak musuh telah memadamkan sejarahnya. Pihak Islam yang pro musuh pula berusaha membangkitkan sejarah Andalusia versi pluralisme. Kerajaan itu telah hancur dan saki baki kerajaan Islam telah dimusnahkan. Hari ini juga menyaksikan Sepanyol muncul sebagai antara negara Kristian yang terkuat di dunia.

Memahami lanjut saat kejatuhan kerajaan Islam Andalusia, klik di sini


Tesis RAND Corporation dan Anwar kes Cordoba, Sepanyol

Membaca susur galur sejarah di atas, sekarang kita bina tesis kenapakah Angel M. Rabasa dari RAND Corporation mencadangkan Persidangan Muslim Moderat Sedunia diadakan di Cordoba di Sepanyol?

Menurut RAND Corporation, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap paling strategik kerana mempunyai makna simbolik yang mendalam ke atas seluruh umat Islam di dunia.

Menurut RAND Corporation lagi di Cordoba nanti akan diadakan satu pengisytiharan peperangan terbuka antara Muslim Moderat melawan Muslim Fundamentalis.

Apakah maksud sebenar saranan Angel M. Rabasa dan RAND Corporation itu ?

Membaca juga Perutusan Anwar Ibrahim sempena Hari Natal, beliau menyeru rakyat Malaysia kembali ke masyarakat "masyarakat convivencia" zaman kerajaan Andalusia dan Cardoba yang telah dimusnahkan.

Dakwa Anwar, masyarakat Malaysia hari ini, kehidupan agama tidak harmoni dan jurang antara Muslim dan Kristian sangat lebar, jadi untuk kembali harmoni, rakyat disarankan kembali ke zaman "masyarakat convivencia"

Semasa zaman "masyarakat convivencia" di bawah pemerintahan Islam, umat Islam, Kristian dan Yahudi digambarkan Anwar hidup secara aman damai serta berjaya membina ketamadunan.

Tetapi realiti hari ini "masyarakat convivencia" sudah tidak wujud di Sepanyol di bawah pemerintahan Kristian. Selepas kerajaan Islam ditewaskan, umat Islam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara kejam.

Jadi wajarkah rakyat Malaysia kembali ke zaman "masyarakat convivencia" yang sudah musnah di Cardoba, Sepanyol, sedangkan kita telah mengetahui penghujung sejarah akhirnya, iaitu kerajaan Islam akan dimusnahkan dan umat Islamnya bakal dibunuh serta simbol agama bakal dihapuskan?


AIDC
26 Disember


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

2. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

3. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

4. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

5. Modus operandi Amerika & RAND Corporation di Indonesia

6. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

7. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

8. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

9. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

10. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Rombakan pimpinan negeri : Kenapa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dikrtik ?



Rombakan pimpinan negeri : Kenapa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dikritik ?


Oleh AIDC

Ada sesuatu yang tidak kena dengan rombakan pimpinan negeri hingga memaksa pemimpin de facto menulis memberi penjelasan bertajuk "Rombakan Pimpinan Negeri", pada 25 Disember. Tulisan beliau seperti berikut;


Pimpinan negeri silih berganti. Semua negeri menyaksikan perubahan barisan pimpinan setiap dua atau tiga tahun sekali. Dalam struktur pimpinan parti, pimpinan negeri lebih bersifat penyelaras. Tokoh berpengalaman akan dipindahkan ka Biro Pusat atau bertindak sebagai penasihat. Pimpinan baru berpeluang mendapat pendedahan, memperkenalkan pendakatan baru atau menarik minat kelompok baru.

Kegiatan parti masih tertumpu diperingkat Bahagian dan Pusat dengan barisan pimpinan yang dipilih secara langsung olih anggota parti.

Kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengurbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau Pusat. Perhatikan bekas Setiausah Agung, Datuk Kamarul Bahrin, kini mengetuai Negeri Sembilan; YB Johari Abdul bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan kini merupakan ahli MPT; Dr. Mansor Othman dulunya Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang; saudara Nik Mahmud (Kelantan); Abdul Rahman Yusuf dan Muhd M. Amin (kedua-duanya pernah memimpin Terengganu). Malah Selangor pernah dipimpin oleh Azmin Ali, saudara Abdul Rahim dan Dato’ Dr. Zainal.

Ternyata sebahagian teguran yang diluahkan samada secara terbuka atau yang ditujukan kepada saya atau Azizah selaku Presiden telah mengalihkan fakta, samada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau MPT. Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, saudara Ismail dipecat, walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihanraya negeri. Saudara Zakaria (Pahang) pula diserap ka jentera pilihanraya Pusat.

Usaha pimpinan Johor dihargai namun pretasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihanraya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri. Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembeling untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali.

Demikianlah harapan kita bersama bagi semua negeri. Janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak.

Secara peribadi saya tidak cenderung untuk menyelaras kegiatan di Sabah dan Sarawak. Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dgn kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti saperti YB Azmin bersama YB Sivarasa dan YB William Leong membantu beliau di Selangor.

Kesediaan saya membantu gerakan di Sabah dan Sarawak telah dijelaskan dalam kenyataan sabelum ini olih Dato’ Salehuddin Hashim (Setiausaha Agung parti). Namun ia tidak dapat meleraikan kegusaran sebahagian yang mengungkit soal suku kaum atau faham kabilah. Saya hargai jaminan mantap dari Jeffry Kitingan (Naib Presiden parti) dan bekas pengerusi perhubungan negeri Sabah, saudara Ansari Abdullah.

Gelanggang parti di Sarawak kini terbuka luas dengan penyertaan ramai anggota dan pimpinan Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Penan dan lain-lain. Maka penggembelingan tenaga tokoh lama saperti Datin Hafsah, Wan Zainal di samping YB Dominic Ng, YB Gabriel Adit, Baru Bian, Nicholas Bawin, Harrison Ngiau, Abang Zul dan lain-lain perlu didukung.

Cabaran berat, harapan melangit tinggi. Pimpinan dinilai dari sudut iltizam, istiqamah dan semangat tuntas. Ketaatan dan kepatuhan tetap pada perjuangan - samada tatkala didera, dirampas hak, beralih jawatan dan kedudukan. Kekuatan sabenar adalah di bahagian yang kita pimpin - diukur dari segi keanggotaan dan program.

Semuga Allah memberikan kekuatan.

ANWAR IBRAHIM


Respon Anwar ini sebagai mengulas kenyataan media Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang disiarkan di blog AnwarIbrahimblog pada 23 Disember 2008.

Dalam kenyataan media yang dibuat pada 19 Disember itu, Presiden PKR telah mengumumkan barisan kepimpinan negeri yang telah diputuskan bersama oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR dalam mesyuarat pada 18 Disember di ibu pejabat PKR.

Dalam kenyataan itu Presiden PKR menyatakan senarai nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi :

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman (muka baru)
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim (muka lama)
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (muka lama)
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim (muka baru)
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (muka baru)
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim (muka baru)
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir (muka baru)
8. Perlis - Encik Johari bin Shafie (muka baru)
9. Melaka - Encik Khalid Jaafar (muka baru)
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa (muka lama)
11. Perak - Encik Osman Abdul Rahman (muka baru)
12. Terengganu - Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah (muka baru)

Selepas 8 hari pelantikan, Anwar pula menulis, "Kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengurbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau Pusat" yang membawa maksud wujudnya kritikan atau suara sumbang terhadap pelantikan itu.

Malah, Anwar sendiri mengakui, kritikan itu dibuat secara secara terbuka dan ditujukan kepadanya atau Azizah selaku Presiden.

Persoalannya kenapa kritikan itu ditujukan kepada dirinya, sedangkan yang membuat kenyataan media itu adalah Presiden PKR, hasil dari mesyuarat bersama Ahli Majlis Tertinggi PKR ?

Sepatutnya sasaran kritikan hanya ditujukan kepada Presiden PKR dan Ahli Majlis Tertinggi PKR lepas, kerana mereka yang didakwa oleh Presiden PKR telah membuat keputusan rombakan tersebut.

Kecuali hanya Anwar Ibrahim (Pemimpin de facto PKR) dengan isterinya Wan Azizah (Presiden PKR) yang membuat keputusan secara autokratik, maka sewajarnya mereka berdua dipersalahkan.

Bagaimana pula peranan Syed Husin Ali, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden dan Salahuddin Hashim, Setiausaha Agong, Tian Chua, Ketua Penerangan apakah mereka sebagai boneka sehingga terlepas dari kritikan ?


De facto, autokratik dan diktator

Bermakna jika kritikan hanya ditumpukan kepada Anwar dan Azizah adakah membenarkan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengatakan semua keputusan telah dibuat oleh Anwar dan isterinya dan Ahli Majlis Tertinggi hanya sebagai 'rubber stamp' untuk mengesahkan keputusan yang telah dibuat ?

Kalau ini benar, bermakna cakap Anwar sebelum ini umpama meludah ke langit, beliau menuduh pihak lain autokratik dan diktator, tetapi dirinya lah penganut sebenar autokratik dan diktator!

Kalau tidak benar, kenapakah Anwar sendiri terpaksa membela diri dengan menulis di blognya, menjelaskan rasional rombakan kepimpinan negeri itu ?. Sepatutnya penjelasan itu dibuat sendiri oleh Presiden PKR atau Setiausaha Agong parti. Kenapa Anwar pula yang perlu mengambil alih peranan mereka ?

Apakah ini bermaksud beliau sebagai pemimpin de facto boleh mengatasi semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR atau Ahli Majlis Tertinggi ?

Kalau ini benar, bermakna hanya satu orang yang menjadi pemimpin PKR dan PKR sendiri tidak mempunyai sistem demokrasi yang benar-benar tulin ?

Anwar sendiri diupah Amerika menjadi penceramah 'demokrasi', tetapi dalam pentadbiran partinya sendiri amat miskin nilai demokrasi!


Kritikan dari Perak dan Pahang ?

Anwar menulis kritikan yang ditujukan kepadanya atau Azizah selaku Presiden adalah usaha mengalihkan fakta sebenar seolah-olah keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan pimpinan negeri, biro politik atau MPT. Jelas Anwar, "umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, saudara Ismail dipecat, walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihanraya negeri. Saudara Zakaria (Pahang) pula diserap ka jentera pilihanraya Pusat"

Anwar menjelaskan Hj Ismail Yusof bukan dipecat tetapi dipindahkan ke jawatan baru Pengarah Pilihanraya Negeri.

Persoalannya kenapa sampai timbul isu 'pecat memecat' di Perak ? Kenapa pula tempat Ismail sebagai pengerusi negeri ditukar kepada Osman Abdul Rahman ?

Kata Anwar, "tokoh berpengalaman akan dipindahkan ka Biro Pusat atau bertindak sebagai penasihat Pimpinan baru berpeluang mendapat pendedahan, memperkenalkan pendakatan baru atau menarik minat kelompok baru"

Tetapi dalam kes Ismail, beliau tidak dipindahkan ke Biro Pusat atau bertindak sebagai penasihat, sebaliknya beliau dipindahkan ke Pengarah Pilihanraya Negeri. Dalam bacaan politik perpindahan jawatan dalam negeri itu dianggap turun pangkat.

Walaupun Anwar mengatakan dalam amalan PKR kebiasaan tokoh yang berpengalaman akan dipindahkan ke pusat atau dilantik sebagai penasihat supaya tokoh baru dapat diberi peluang, tetapi dalam kes Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor menunjukkan amalan sebaliknya.

Pulau Pinang diterajui oleh Dato’ Zahrain Mohamed Hashim. Begitu juga Negeri Sembilan masih diterajui oleh Dato’ Kamarul Baharin Abbas, walhal kedua-duanya muka lama yang dikenali sebagai sahabat terdekat Anwar.

Begitu juga di Selangor, pengerusi asal, Dato’ Dr. Zainal digugurkan dan diganti dengan Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim. Malah Dato Khalid diberi tugas Pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan, seolah-olah tiada tokoh yang terhebat di Wilayah kecuali hanya Dato Khalid sahaja.

Bayangkan betapa hebatnya Dato Khalid, sebagai Menteri Besar Selangor, ADUN Ijok, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Pengerusi Negeri Selangor dan Pengerusi Wilayah Persekutuan.

Kenapa tidak Azmin Ali di Wilayah Persekutuan dan Dato Khalid di Selangor, sedangkan sebelum ini Anwar telah lantik Azmin sebagai Pengerusi tidak rasmi di Selangor terutamanya dalam pengurusan tempat-tempat strategik yang dianggap boleh menjana kewangan ?

Di Johor pula Dr Zaleha bukanlah muka baru. Sebelum ini pernah menjadi pengerusi Johor, kemudian diganti dengan Abd Razak Ahmad dan diganti sekali lagi oleh Dr Zaleha.

Kes di Pahang juga unik. Zakaria Hamid yang dianggap tokoh berjasa di PKR secara tiba-tiba diganti dengan tokoh bekas UMNO yang baru setahun jagung menyertai PKR.

Pada tahun 1998, ketika Anwar dipecat, Dato Fauzi Abd Rahman bersama-sama kerajaan mempertahankan hujah rasional kenapa Anwar perlu disingkirkan dari UMNO. Ketika itu juga Zakaria Hamid mempertahankan Anwar dan bersedia bersama-sama perjuangan 'reformasi' Anwar.

Pada 1999, ketika Parti Keadilan ditubuhkan, Zakaria bersama-sama mengembangkan Parti Keadilan di Pahang, sebaliknya Dato Fauzi memperlekehkan Keadilan dan masih kekal dalam UMNO.

Pada 2004, ketika Parti Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi PKR, Zakaria juga menjadi tulang belakang di Pahang, ketika itu Dato Fauzi masih cuci tangan dan tidak membantu PKR Pahang.

Pada 2008, ketika PKR mula menguasai PR dan ura-ura Anwar bakal PM pada 16 September 2008, Dato Fauzi mula muncul dibawa masuk ke dalam PKR oleh Zakaria. Ketika itulah baru kedengaran bunyi-bunyi sokongan dan taat setia kepada Anwar, selepas 10 tahun berlalu.

Dan sebagai ganjaran kesetiaan Zakaria, jawatannya telah digugurkan dan diganti dengan tokoh yang baru menyertai menyertai PKR.

Kalau begini amalannya dalam PKR, tokoh-tokoh lama yang telah berjuang sejak 1998, akan mengalami nasib malang, kerana jasa mereka akan dilupakan setelah munculnya tokoh-tokoh baru menyertai PKR dan lebih lantang mengipas Anwar.


Politik anak beranak di Melaka ?

Pelantikan Khalid Jaafar di Melaka, bukanlah mengejutkan. Khalid dan Azmin adalah pegawai-pegawai Anwar warisan dari UMNO lagi. Ketika itu Khalid adalah bekas Setiausaha Akhbar dan Azmin adalah Setiausaha Sulit.

Sebelum ini Khalid Jaafar pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan, tetapi tidak disenangi hingga jawatannya terpaksa diganti dengan orang lain, akhirnya kekal sebagai Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD).

Bermakna, meskipun cara berpolitik Khalid Jaafar tidak disukai oleh ramai pihak, tetapi beliau masih disukai oleh Anwar hingga menerajui badan pemikir Anwar, IKD.

Menurut Anwar, Khalid Jaafar mempunyai fikiran bagus, sebab itu jawatan paling sesuai adalah Pengarah badan pemikir Anwar. Hingga ada yang berkata, untuk mengenali pemikiran Anwar, maka kenalilah pemikiran Khalid Jaafar.

Sebagai membuktikan kesayangan Anwar kepada Khalid Jaafar, beliau telah dibawa bersama oleh Anwar ketika melawat Paul Wolfowitz di Pentagon pada 2005. Hanya Khalid Jaafar dan Azmin Ali dibawa Anwar memasuki pusat pentadbiran CIA itu !

Sebelum Khalid Jaafar menjadi Pengerusi Melaka, tempatnya disandang oleh kakaknya Zainon Jaafar. Bermakna masih kekal dalam lingkungan sama, politik kepimpinan anak beranak.


Kenapa Anwar dilantik penyelaras Sabah dan Sarawak ?

Kes Sabah dan Sarawak amat menarik. Mula-mula Anwar menulis begini, "secara peribadi saya tidak cenderung untuk menyelaras kegiatan di Sabah dan Sarawak". Bunyi ayat seperti tidak sudi menjadi penyelaras Sabah dan Sarawak.

Kemudian Anwar menulis lagi, "kesediaan saya membantu gerakan di Sabah dan Sarawak telah dijelaskan dalam kenyataan sabelum ini olih Dato’ Salehuddin Hashim (Setiausaha Agung parti)"

Bermakna Anwar telah menyatakan kesediaannya menjadi penyeleras Sabah dan Sarawak dan rasional beliau memegang jawatan kedua-dua negeri itu telah dijelaskan secara terperinci oleh Setiausaha Agong PKR.

Setiausaha Agung terpaksa memberi perjelasan panjang lebar kerana terdapat ketidakpuasan hati sesetengah pihak kenapa Anwar perlu memegang kedua-dua jawatan sekaligus di Sabah dan Sarawak. Kenapa Sabah dan Sarawak, kenapa tidak negeri-negeri lain atau kenapa tidak Anwar tidak memegang apa-apa jawatan kecuali Ketua de facto sahaja ?

Anwar sendiri mengakui bukan setakat Sabah dan Sarawak sahaja memerlukan bantuannya, "malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu", tulisnya.

Barangkali benar kata Anwar, bukan setakat Wilayah Persekutuan memerlukan bantuannya, malah Kedah, Kelantan dan Terengganu juga perlukan bantuannya kerana Johari Abdul (Kedah), Nik Mahmud Nik Hassan (Kedah) terpaksa dipindah ke pusat untuk mengurangkan krisis dalaman di negeri. Begitu juga kes Terengganu, selain daripada Abdul Rahman Yusof (anak tempatan dan pejuang asal keadilan yang telah dipinggirkan), negeri itu terpaksa dihantar tokoh dari negeri lain menjadi pengerusinya, termasuk Mustafa Kamil Ayub dari Perak.

Namun penjelasan Setiausaha Agung PKR itu ditulis Anwar kurang menyakinkan. Tulis Anwar, "namun ia tidak dapat meleraikan kegusaran sebahagian yang mengungkit soal suku kaum atau faham kabilah. Saya hargai jaminan mantap dari Jeffry Kitingan (Naib Presiden parti) dan bekas pengerusi perhubungan negeri Sabah, saudara Ansari Abdullah"

Dalam kes Sarawak Anwar pula menulis, "gelanggang parti di Sarawak kini terbuka luas dengan penyertaan ramai anggota dan pimpinan Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Penan dan lain-lain. Maka penggembelingan tenaga tokoh lama saperti Datin Hafsah, Wan Zainal di samping YB Dominic Ng, YB Gabriel Adit, Baru Bian, Nicholas Bawin, Harrison Ngiau, Abang Zul dan lain-lain perlu didukung"

Adakah penjelasn Anwar ini membawa maksud tokoh-tokoh tempatan baik di Sabah atau Sarawak gagal memimpin negerinya sendiri ?

Seandainya PKR percaya kepada tokoh tempatan, kenapa tidak dikekalkan Ansari Abdullah sebagai Pengerusi Sabah dan Dominic Ng sebagai Pengerusi Sarawak serta kenapakah perlu dilantik orang Semenanjung menjadi penyelaras Sabah dan Sarawak ?


AIDC
25 Disember


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Estrada Kawan Baik Anwar



Estrada Kawan Baik Anwar


Oleh Yahaya Ismail

Ini pun satu hal lagi. Apakah Estrada menggangap pemecatan Anwar sebagai satu lakonan filem jinggo yang pernah dia lakonkan sebelum masuk gelanggang politik. Apakah dia arif dan tahu bahawa persahabatan yang akrab antara negara-negara Asean beberapa dekad kebelakangan ini adalah berdasarkan jangan mencampuri hal ehwal negara-negara lain?

Walau pun anak gadis Anwar menemui Estrada di Manila meminta sokongan moral dan politik namun senario permintaan itu bukanlah sebuah lakonan filem yang pernah tuan lakonkan di masa lalu.

Walau pun Anwar diberi penghormatan sebagai salah seorang ahli yang memuja kebesaran Jose Rizal namun itu tidaklah bermakna tuan patut menyibukkan diri membela Anwar. Anwar juga sebagai pelakon dalam politik tetapi lakonannya lain sedikit dari tuan. Sebagai hero dalam filem tuan tentu menembak dari depan tetapi kalau Anwar menjadi hero barangkali dia menembak dari belakang. Tetapi kedua-duanya tetap menjadi hero pada golongan-golongan tertentu.

Bukankah negara Filifina juga bertimbun dengan masalah? Bukan saja masalah sampah sarap di Tondo dan kemiskinan yang berpanjangan tetapi juga masalah moral tuan sendiri. Barangkali rakyat Filifina boleh menerima life style tuan yang punya gundik dan punya anak di luar nikah, suka mabuk dan lain-lain jenis maksiat.

Kami menghormati pemilihan rakyat Filifina yang memilih tuan sebagai Presiden mereka. Tapi kami di Malaysia lain dari rakyat Filifina. Kami tak akan memilih seorang pemimpin yang mempunyai hobi seperti tuan sebagai Perdana Menteri. Jauh api dan panggang. Kami mahu seorang pemimpin yang moralnya tinggi kerana kami orang Islam. Malah bukan Islam di negara kami juga mahukan pemimpin bermoral tinggi seperti Mahathir.

Kami tidak tahu apakah ada persamaan dari segi moral antara tuan dengan Anwar yang menyebabkan tuan terlalu ghairah sekali hendak membelanya seolah-olah tuan dan dia sebagai sahabat sepermainan, sahabat segelanggang, secebok sepermandian?

Apakah tuan dinasihati Amerika untuk membela Anwar melalui persahabatan Asean? Nampaknya tuan dan Pak Habibie sangat mengambil berat mengenai Anwar seolah-olah ada pihak ketiga yang mendesak tuan dan Habibie mendesak Malaysia memberi layanan istimewa kepada banduan-banduan di Manila atau pun Jakarta?

Tidak ada dan kami pun tidak berminat mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Kami juga tidak berminat hendak mengirim peguam-peguam kami ke Manila untuk melihat perbicaraan di negara tuan. Mengapa pula rakyat Filifina dan peguam-peguamnya ingin memerhatikan perjalanan perbicaraan Anwar di negara kami?

Apakah tuan dinasihati Amerika untuk membela Anwar melalui persahabatan Asean? Nampaknya tuan dan Pak Habibie sangat mengambil berat mengenai Anwar seolah-olah ada pihak ketiga yang mendesak tuan dan Habibie mendesak Malaysia memberi layanan istimewa kepada Anwar. Apakah Malaysia pernah membuat permohonan rasmi meminta diberi layanan istimewa kepada banduan-banduan di Manila atau pun Jakarta?

Tidak ada dan kami pun tidak berminat mencampuri urusan rumahtangga orang lain. Kami juga tidak berminat hendak mengirim peguam-peguam kami ke Manila untuk melihat perbicaraan di negara tuan. Mengapa pula rakyat Filifina dan peguam-peguamnya ingin memerhatikan perjalanan perbicaraan Anwar di negara kami?

Apakah Malaysia mengamalkan undang-undang hutan rimba? Apakah tuan dan peguam-peguam Filifina menganggap Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang adil untuk semua rakyatnya? Apakah tuan menganggap Malaysia tidak mempunyai para hakim yang arif lagi bijaksana yang lebih tinggi tarafnya dari Filifina? Ingin kami mengingatkan tuan bahawa pemecatan Anwar bukan hasil dari skrip filem.

Perdana Menteri kami tidak akan bertindak tegas dan memecat Anwar kalau tidak bukti-bukti yang jelas dan nyata. Ini hak PM kami untuk memecat dan juga melantik siapa saja yang tuan suka menyertai kabinet tuan. Itu hak tuan dan kami hormati tindakan tuan.

Oleh kerana negara tuan juga mempunyai banyak masalah dan tuan juga banyak menabur janji hendak mengurangkan jurang antara yang terlampau kaya dengan mereka yang terlalu dhaif di negara tuan maka eloklah tuan tumpukan perhatian kepada negara tuan dan rakyat tuan. Kami senang dan tetap PM Mahathir kerana beliau telah melakukan reformasi sosial, politik dan ekonomi yang kami anggap lebih baik dari apa yang tuan laksanakan di Filifina.

PM kami tidak suka mencampuri urusan dalam negara Filifina, Indonesia atau mana-mana negara asing. Kami lebih suka mencampuri urusan dalam negara Filifina, Indonesia atau mana-mana negara asing. Kami lebih suka menjaga kepentingan rakyat dan negara kami sendiri.

Bukankah kami hendak mengajar tuan yang bijaksana. Tetapi rakyat Malaysia merasai tersinggung bila mana tuan hendak menemui Anwar di penjara seolah-olah tuan hendak mempastikan sahabat karib tuan (sama hobi ker?) diberi layanan seperti hotel lima bintang? Dalam hubungan diplomasi, apalagi antara negara-negara Asean, kita mempunyai etika dan sopan santun yang tidak perlu diucapkan tetapi sudah cukup dengan menghayati diri sendiri. Tentulah tidak manis dan dianggap kurang sopan bagi tuan mengunjungi sahabat tuan di penjara. Atau menemui isterinya yang sanggup datang ke bilik hotel tuan untuk mengemis bantuan dan sokongan.

PM kami sendiri tidak berminat melawat penjara di Manila untuk bertukar-tukar maklumat dengan seorang banduan yang dituduh meliwat, bukan begitu? Kalau pun tuan dan Anwar mempunyai hobi yang sama atau pun ingin bertukar fikiran mengenai hobi tuan dengannya tunggulah setelah dia mendapat keputusan mahkamah kelak. Kini dia ditahan di penjara dan hanya isterinya dan anak-anak dan peguamnya saja yang dibenarkan melawatnya. Orang lain tunggu dulu.

Jangan jadikan Anwar sebagai bahan pelancongan untuk pembesar-pembesar asing kerana Malaysia masih banyak tempat-tempat pelancongan yang lebih menarik dari penjara Sungai Buloh. Tuan faham bukan?

Kami percaya tuan sendiri tidak mahu Malaysia menyokong perjuangan kaum Moro di Selatan Filifina kerana wilayah Moro itu sebahagian dari negara Filifina. Tuan menganggap itu urusan dalaman Filifina. Oleh itu janganlah tuan melukai hati dan perasaan rakyat Malaysia dengan mencampuri urusan pemecatan Anwar dan penglibatannya dalam kes-kes rasuah dan liwat.

Kami dihormati tuan sebagai Presiden Filifina yang berdaulat dan sebagai sahabat karib dalam wadah Asean. Kalau kami tidak mencampuri urusan dalaman Filifina tidaklah bermakna kami angkuh dan sombong. Tidak sekali-kali, kami orang Malaysia, amat menghargai sopan santun dan adab dan susila dan ingin menjaga perasaan orang lain. Maafkan kami kalau kami tidak berasa senang dengan sikap tuan yang tidak memahami perasaan kami itu.

Tuan tentu tahu di Malaysia ini terdapat lebih dari 300,000 pendatang Filifina termasuk yang sah dan yang haram. Mereka mencari rezeki di negara kami. Kami tidak menjemput mereka datang. Tapi mereka nak datang juga sebab mereka kata di negara mereka tidak ada peluang pekerjaan yang banyak dan negara pula miskin.

Oleh itu mereka terpaksa datang ke Malaysia yang menurut mereka boleh menjamin kehidupan mereka dan juga kaum keluarga di negara Filifina sendiri. Kalau kami tidak ada rasa kasihan belas sudah pasti kerajaan kami akan mengusir semua pendatang Filifina. Tapi kami bukan macam itu. Walau pun tuan bersikap seperti koboi kampungan dan cuba masuk campur hal negara kami namun kami tidak sampai hati hendak bertindak kasar terhadap rakyat tuan yang mencari tuan yang mencari rezeki di negara kami.

Besarlah harapan kami agar tuan menghormati adat resam dan etika persahabatan dalam Asean. Walau pun tuan menyanjung tinggi Amerika kerana negara tuan meminjam beratus juta dolar dari IMF namun hargailah persahabatan antara para pemimpin dan rakyat Asean. Kami menyambut kedatangan tuan dengan penuh hormat sebagai pembesar dan tetamu negara kami.

Oleh itu kami amat mengharapkan tuan juga boleh memahami kilat dalam kilau sambutan kami itu. Sebagai Asia dan kita mempunyai tradisi dan rumpun bangsa yang sama, iaitu bangsa Melayu, maka amatlah bijaksana sekiranya tuan menghargai tatasusila persahabatan tersebut.

Walau pun tuan, B.J Habibie hatta Presiden Clinton sekali pun mencampuri urusan negara kami namun kami tetap mempertahankan hak dan kebebasan kami sebagai negara Malaysia yang berdaulat. Biarlah mahkamah kami menentukan nasib Anwar dan Allah Yang Maha Kuasa akan menentukan segala-galanya. Kami berpendapat Perdana Menteri kami lebih bijak mentadbir negara kami dari orang lain. Biarlah kami dengan dunia dan kepimpinan kami sendiri dan tuan bersama dengan rakyat tuan yang amat merindukan reformasi dan pembangunan.

Oh ya, boleh kami minta penjelasan sedikit dari tuan. Apakah benar dalam kempen pilihan raya Presiden yang lalu parti tuan telah mendapat bantuan kewangan dari syarikat perjudian di Malaysia melalui jasa baik Anwar? Dikatakan sekiranya tuan menang tuan akan memberi lesen perjudian kepada syarikat tersebut untuk beroperasi di Filifina. Betul menghilangkan keraguan orang ramai di Malaysia yang menganggap hubungan tuan dengan Anwar mempunyai agenda yang sama. Kami bukan berniat hendak menyentuh perasaan tuan tetapi ingin tahu apakah ada kebenaran dari kenyataan di atas.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Memahami serangan anai-anai Erdogan II




Memahami serangan anai-anai Erdogan II


Oleh AIDC

Istilah "Erdogan" diperkenalkan oleh blog anti-husam (antihusam.blogspot.com) yang dibina pada akhir Julai 2008. Ketika itu Husam Musa dan Anwar Ibrahim berada di Dubai. Klik di sini dan di sini

Husam Musa sendiri menafikan wujudnya "kumpulan Erdogan", sepertimana yang didakwa oleh blog itu malah turut menafikan pertemuannya di Dubai adalah dirancang bersama Anwar.

"Saya mempunyai aturcara peribadi saya sendiri, tidak ada kena-mengena dengan lawatan Anwar. Saya tidak tahu beliau (Anwar) berada di sana (Emiriyah Arab Bersatu)," katanya.

Tambahnya, beliau secara kebetulan bertemu penasihat PKR dalam satu majlis yang dirancang untuknya oleh sekumpulan warga Malaysia di negara Teluk itu.

"Saya berucap terlebih dahulu, dan beliau (Anwar) sampai semasa saya sedang berucap. Kemudian selepas habis ucapan, kami pulang ke hotel masing-masing. Keesokan pagi, saya berlepas ke Syria," jelasnya, sambil menambah beliau ke sana hanya separuh hari.

"Jadi tidak ada masa untuk kami berbincang. Tiada perbincangan sama sekali."


Baca kenyataan lengkap Husam klik di sini

Deklarasi Dubai




Tetapi blog anti-husam mendedahkan sebaliknya. Tulis blog itu, "Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti."

Tulisnya lagi, "Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai"

Membaca lengkap deklarasi Dubai, klik di sini

Erdogan mula gigit kepimpinan ulama


Blog anti-husam menamakan beberapa orang tokoh PAS yang dikatakan termasuk dalam kumpulan Erdogan. Mereka adalah; Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Syed Azman, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub, Mujahid Yusuf, Dr. Lo'Lo', Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dan lain-lain.

Blog itu turut mendedahkan satu insiden yang kurang ajar berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Kejadian itu berlaku, ketika Timbalan Mursyidul Am, YBhg. Dato' Dr. Haron Din memberikan ucapan penggulungannya berkaitan dengan keputusan majlis syura ulama tentang muzakarah/muqabalah, Dr. Hatta Ramli secara menyindir berkata : "Hah..masukla UMNO kalau macam tu"

Seterusnya penulis mendedahkan lbih lanjut.."Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran"

"Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari"


Penulis turut mendedahkan bahawa kumpulan Erdogan ini bukan setakat mula berani mengkritik kepimpinan ulama tetapi dalam masa sama berusaha membawa PAS menjadi Islam liberal, misalnya bersekongkol dengan konsert artis tunjuk bontot. Dalam konsert artis tunjuk bontot itu, Dr Hatta Ramli yang menjadi ketua, manakala Anwar menjadi pemidato utama. Kepimpinan tertinggi PAS tidak hadir, walaupun sebelum ini Dr Hatta sendiri memberi jaminan bahawa Timbalan Presiden PAS akan hadir berpidato bersama-sama dengan ketua de facto PKR.

Membaca lanjut artikel di atas, klik di sini






Erdogan gigit Presiden PAS

Seterusnya blog itu mendedahkan bahasa panggilan kurang ajar Khalid Samad "beraku dan engkau " kepada Presiden PAS.

Tulisnya, "Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan "aku engkau"

Dalam kes perbalahan antara wakil DAP, Chong Eng dan wakil PKR Zulkifli Nordin mengenai forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad pula menyebelahi wakil DAP.

Tulisnya, "Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan "Islam Moderate". Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disiplin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH! klik di sini


Khalid dikatakan berterusan merendahkan martabat dan kedudukan Tuan Guru Presiden. Khalid turut memperlekehkan soal solat istikharah sedangkan itu merupakan satu ciri kealiman pemimpin gerakan Islam.

Kata penulis jika "Khalid tak pernah buat istikharah jangan pula pertikaikan istikharah Tuan Guru. Apabila orang alim atau para wali beristikharah dan membuat keputusan, Allah bersama mereka dan Allah lah yang memberikan mereka petunjuk. Pemimpin Jamaah Islam bukan membuat keputusan berdasarkan akal dan strategi orang-orang macam Khalid semata-mata. Kalau dah Tuan Guru beristikharah dan Allah telah tunjukkan kepadanya betapa relevannya Surah Al-Anfal tersebut sebagai hujjah dan dalil terhadap isu muzakarah dengan UMNO - apa lagi yang Khalid dan geng "Erdogan" yang lain mahukan??? " klik di sini

Khalid juga memperlekehkan PAS Terengganu. Kata penulis, satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Penulis persoalkan, "Apakah tujuan serangan ini sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia". Klik di sini



Usaha menjatuhkan Presiden PAS

Seterusnya penulis membuat hipotesis bahawa perkara utama yang menjadi hala tuju kem Erdogan adalah menumbangkan Presiden PAS. Turut disebut nama Dr. Zulkifli Ahmad ( dikenali Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) yang pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat di antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan (Erdogan).

Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar


Penulis mempersoalkan "Apa maksud ramalan Dr Zul ini...hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu di sebalik kelembutan watak Abu Iman ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan"

Seterusnya penulis menyenaraikan sembilan strategi yang digunakan oleh kumpulan Erdogan untuk menjatuhkan Presiden, iaitu; Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden, menggunakan pengaruh Mursyidul Am, merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi yang dilabel PAS Terengganu, menggunakan kaedah “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan perancangan membawa PAS masuk UMNO, menggunakan blogger 'upahan', menggunakan harakah dan harakahdaily, membeli sokongan negeri dan kawasan dan memujuk Presiden melepaskan jawatan. Klik di sini


Instrumen parti diguna untuk agenda peribadi

Intrumen paling penting PAS adalah Harakah dan Harakahdaily. Namun di sana juga salah seorang team Erdogan yang paling senior yang menjadi pegawalnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Kamaruddin Jaafar (Dato KJ), kawan paling setia Anwar Ibrahim.

Kata penulis, Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama kumpulan Erdogannya. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Satu lagi instrumen parti adalah akhbar SIASAH. Pada zahirnya kepunyaan penulis buku politik terkenal, Mohd Sayuti Omar(MS0), tetapi pada hakikatnya digerakkan oleh Zulkifli Sulong, bekas ketua pengarah Harakah yang dikatakan pro Erdogan.

Walaupun pada pada zahirnya ditulis MSO adalah Ketua Pengarang, tetapi Ramli Abd Halim mendedahkan dalam blognya (melikapakjagak) bahawa nama MSO hanya digunakan dan beliau dibayar secara bulanan sebanyak RM6000 oleh team Erdogan. Ramli mendedahkan maklumat itu sebagai justifikasi alasannya menarik balik permit Wasilah yang hanya dibayar RM1000 sebulan. Ekoran pendedahan itu, beliau mendapat surat saman dari team Erdogan dan blognya dihack. Klik di sini


Projek 16 September mengundang padah

Projek 16 September yang dilaungkan Anwar disambut dengan penuh semangat oleh Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad. Di sini bermula keretakan dan di sinilah watak-watak Erdogan semakin menampakkan wajahnya.

Penulis blog anti-Husam juga menghentikan operasinya dengan posting terakhir bertajuk, "Sah Anwar Menipu" pada 2 Oktober 2008, sebagai tembakan peluru terakhirnya, setelah kegagalan Anwar Ibrahim mengotakan janjinya menukar kerajaan pada 16 September.


Penulis memulakan ayat dengan, "Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.."

Seterusnya penulis menambah, "Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala' dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah....hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di "tapi" kan." klik di sini


PAS bermukim di Langkawi

Akhbar Siasah yang memulakan kempen agar PAS mengambil langkah drastik untuk mencantumkan kembali perpecahan PAS ekoran kegagalan projek 16 September. Satu retreat kepimpinan PAS telah diadakan di Langkawi pada 7 hingga 9 November. Klik di sini

Malaysiakini melaporkan krisis kepimpinan Selangor mula didedahkan dalam retreat Lankawi itu. Dikatakan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya.

Dikatakan hasil daripada resolusi itu, PAS memulakan era baru dengan mempergiatkan semula program tarbiyah sebagai kunci kekuatan PAS itu. Klik di sini

Strategi memperkasakan tarbiyah ini pernah disebut oleh Mustafa Ali pada tahun 1982, ketika itu menjawat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mustafa Ali berkata demikian apabila melihat gerakan Islam terbelah dua, ekoran kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Selepas retreat Langkawi itu juga maka bermulalah pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungip, yang dikatakan oleh pengalisis politik sebagai isyarat awal daripada kepimpinan PAS, membersihkan semua 'tangan-tangan hitam' dari luar yang sedang mengawal PAS..klik di sini


Perancangan Anwar bermula di Munich

Anwar Ibrahim sendiri pernah berkata kepada wartawan Barat di Munich pada 2004, bahawa beliau tidak berminat menyertai UMNO atau PAS tetapi lebih berminat untuk meletakkan 'tangan-tangannya' di kedua-dua parti itu agar menjadi lebih liberal dan demokratik. Lihat video di bawah ini untuk memahami modus operandi Anwar ke dalam PAS dan UMNO.




Barangkali kata-katanya benar, kerana sehingga kini beliau hanya menjadi ketua de factor PKR walaupun pada hakikatnya beliau layak menjadi Presiden PKR. Malah Anwar pernah diramalkan menjadi Presiden PAS pada tahun 70-an dan menjadi Presiden UMNO pada tahun 1998, tetapi kedua-dua andaian itu tidak menjadi kenyataan hingga kini


AIDC
23 Disember


Artikel lain berkaitan :

1. Memahami serangan anai-anai Erdogan


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim

Anwar Ibrahim bersama kepimpinan PKR dalam program anjuran bersama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Nombor dua dari kiri adalah wakil FNF Malaysia.

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim


Hubungan di antara Melayu Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia dengan kaum Cina dan India yang merupakan minoriti semakin merosot.

Menurut Anwar Ibrahim. “Perkara yang membimbangkan Muslim adalah merasakan kedudukan mereka dan kuasa mereka, termasuk mahkamah syariah, telah dihakis. ”

Sementara itu, “bukan Muslim merasakan bahawa mereka dipinggirkan dan telah didiskriminasikan.”

Telah wujud ketegangan dalam hubungan kaum tetapi kerajaan telah melarang aktivis daripada membincangkan hak keagamaan dan meminta media untuk menghentikan tumpuan terhadap isu berkaitan hubungan kaum. Islamisasi dilihat di Malaysia telah menjadi tidak sihat.




Matlamat utama forum yang telah diadakan pada 17 Disember di Hotel PJ Hilton, adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan (agama). Ini termasuk, secara khusus, perlembagaan Malaysia sebagai kontrak pengikat masyarakat Malaysia.

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara


Forum ini telah menjemput pelbagai kumpulan organisasi Muslim yang berbeza. Sementara sesetengah wakil daripada Kumpulan Artikel 11 menarik diri kerana masalah bahasa dan sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara ini.




Kebanyakan penyertaan forum ini datang daripada individu yang memohon menjadi peserta dan juga dari kumpulan konservatif dan ultra-konservatif. Di kalangan peserta adalah kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, wakil utama gerakan Muslim iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Forum Profesional Muslim dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Maklumat tentang hasil daripada forum ini akan disiarkan pada tarikh yang akan dinyatakan. Teruskan mengikuti perkembangan dalam laman ini (fnfmalaysia.org) !

AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation (FNF) Malaysia bertajuk "Intra-Muslim Dialogue". Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

2. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

3. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Kenapa Habibie sokong Anwar Ibrahim?



Kenapa Habibie sokong Anwar Ibrahim ?


Oleh Yahaya Ismail

Semua orang tahu Habibie, Presiden Indonesia yang naik atas semangat demonstrasi dan teriakan reformasi para demonstran di Jakarta, sahabat baik Anwar. Kedua mereka boleh berpeluk-pelukan ahlan wasahlan. Kedua-dua mereka terkenal kerana perjuangan Islam – Habibie melalui ICMI (Ikatan Cendiakiawan Muslim Indonesia) dan Anwar (ABIM).



Bukan saja anak sulung Anwar yang berusia 18 tahun menemui Habibie untuk meminta bantuan dan sokongan moral dan politik tetapi juga tiga orang juak-juak Anwar, Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan Ezam turut sama mencerca dan mengecam Malaysia dari Jakarta.

Demi mengekalkan hubungan yang baik antara Malaysia dan Indonesia sebaik-baiknya Habibie jangan masuk campur mengenai urusan dalaman Malaysia. Hargailah perasaan orang lain dan semangat Asean. Malaysia sendiri tidak berminat mencampuri urusan dalaman Indonesia walaupun ada pihak-pihak tertentu dari Indonesia yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pengkalan politik mereka untuk memburuk-burukkan kepimpinan Jakarta.

Acheh Merdeka mahu menjadikan Malaysia sebagai pengkalan tetapi Malaysia menolak dengan baik kerana menjaga perasaan Jakarta. Malah persidangan antarabangsa mengenai nasib Timor Timur di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu dipaksa bersurai oleh kerana tidak mahu menimbulkan rasa salah faham antara kedua negara. Dalam keadaan kegawatan ekonomi Indonesia yang lebih parah dari Malaysia kerajaan Malaysia sanggup memberi pinjaman sebanyak US1 billion kerana mengenangkan hubungan persahabatan yang akrab antara kedua.

Malah kini terdapat kira-kira dua juta pendatang dari Indonesia (termasuk yang datang secara haram) mencari rezeki di bumi Malaysia. Sekurang-kurangnya rakyat Indonesia di sini turut meringankan tekanan ekonomi kaum keluarga mereka di Indonesia melalui kiriman wang saban bulan ke desa masing-masing.

Ini kenyataannya. Sebagai pembesar Indonesia yang naik atas tunjangan demonstrasi rakyat yang menggulingkan Suharto. Habibie sepatutnya menyedari bahawa kepimpinannya juga masih belum kuat lagi. Malah sudah ada teriakan gemerinsik dari penunjuk-penunjuk perasaan meminta dia turun tahkta kerana dianggap terlalu lambat membuat reformasi.

Amatlah baik dan kena pada tempatnya Habibie menjaga kepentingan rakyat Indonesia seramai 200 juta mulut untuk diberi makanan tempe, nasi jagung dan ubi sebelum kebuluran bermaharajalela. Semua orang sedar bukan senang memimpin kerajaan Republik Indonesia yang mempunyai lebih dari 3000 buah pulau dengan para penduduknya terdiri dari ratusan suku kaum dengan segala masalah dan jampi-jampi mereka yang perlu ditanggani oleh bapak Presiden di Jakarta.

Oleh itu Pak Habibie tidak perlu memikirkan nasib Anwar yang dituduh meliwat itu. Malaysia juga negara hukum dan pada tahun 1957 hingga kini tetap menerima kepimpinan UMNO/BN dan kepimpinan yang dipilih UMNO untuk menerajui kerajaan. Kalau kami menyokong kepimpinan Mahathir kerana kami menganggap dia terbaik antara para pemimpin yang ada di negara kami.

Kalau Anwar dipecat Mahathir kerana moralnya rendah dan memalukan negara tahu pemimpin kami itu tidak suka membuat tuduhan yang begitu serius kalau tidak ada bukti yang kukuh. Kalau pertuduhan terhadap Anwar itu menggegarkan jantung Pak Habibie kami minta maaf kerana bukan dasar kerajaan hendak memeranjatkan sesiapa apalagi para pemimpin dan negara-negara sahabat.

Ini urusan negara kami sendiri dan masalah ini adalah masalah dalaman Malaysia. Biarlah kami menyelesaikannya secara orang Malaysia tanpa campur tangan Pak Habibie dan orang asing yang lain. Kalau kami perlukan bantuan asing kami minta atas kerelaan kami sendiri.

Buat masa ini kami mempunyai Perdana Menteri yang berwibawa, berprihatin dan seorang reformis bangsa yang kagumi dan sanjung tinggi. Kami tidak perlu mencontohi cara kepimpinan dan amalan budaya politik negara-negara lain termasuk Indonesia. Sistem pemerintahan kami dianggap baik – pemilihan umum sekali dalam lima tahun untuk menentukan kepimpinan negara.

Alhamdulillah sejak mereka hingga sekarang rakyat tetap menyokong kepimpinan UMNO/BN dan Mahathir berkuasa selama 18 tahun adalah hasil dari dukungan terbesar dari rakyat Malaysia. Dia tidak dipilih oleh para demonstran di jalanan ataupun mereka yang kelaparan dan mahukan reformasi besar-besaran.

Masalah Anwar masalah dalaman kami. Tidak perlu campur tangan sesiapa dari luar atau pun kerajaan asing. Kalau dia tidak bersalah dia akan dibebaskan. Kalau rakyat Malaysia masih yakin tentang kepimpinannya maka boleh jadi dia akan dipilih sebagai bakal Perdana Menteri melalui parti politik yang dipimpinnya atau pun dari gabungan parti-parti pembangkang yang memuja kepimpinannya. Itu pun kalau Allah merestuinya. Menang atau kalah terletak di tangan Allah dan rakyat Malaysia.

Mereka tahu menilai kewibawaan Mahathir dan tahu juga mengukur sejauh mana kemampuan Anwar. Kami juga tahu siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang membohongi rakyat. Maaf, Pak Habibie, kami rakyat Malaysia, tidak perlu campur tangan Bapak dan siapa saja dari luar Malaysia.

Biarlah kami mengurus sendiri negara kami menurut fahaman reformasi ala Malaysia yang sudah pun terbukti kejayaannya sejak Merdeka hingga sekarang. Selamat tinggal, Bapak Habibie. Selamat berjuang menegakkan negara hukum di Indonesia. Kami berdoa agar kepimpinan Bapak membuahkan hasil yang baik untuk rakyat Indonesia dari Sabang ke Marauke.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar



Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar


Oleh Yahaya Ismail

Antara mangsa homosesksual Anwar yang paling menggemparkan masyarakat dan seluruh dunia ialah Azizan Abu Bakar, bekas driver Wan Azizah. Azizan mendedahkan kepada umum bahawa Anwar meliwatnya melalui surat Ummi Hafilda Ali yang dikirimkan kepada Perdana Menteri pada tahun lalu. Azizan bersumpah dengan nama Allah sambil memegang surah Yassin di hadapan pegawai Cawangan Khas yang menyoal siasatnya di Bukit Aman dan berkata Allah akan melaknatinya sekiranya dia berbohong. Hingga Anwar tidak berani bersumpah dengan memegang surah Yassin ataupun Al-Quran sepertimana yang dilakukan Azizan. Soalnya mengapakah Anwar takut bersumpah dengan Al-Quran?

Dikatakan Azizan tidak dapat menahan tekanan jiwa yang amat sangat setelah diliwat berkali-kali oleh Anwar bukan atas kerelaanya tetapi dipaksa. Kata Azizan yang dianggap jujur dan baik. Justeru itu dia berhenti sebagai driver Wan Azizah setelah berkhidmat selama empat tahun. Bila berpindah kerja sebagai driver kepada Azmin Ali, setiausaha sulit Anwar, dia dapati Anwar pula mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri Azmin. Akhirnya melalui Ummi Hafilda dan keluarganya (tidak termasuk Azmin dan ayahnya mereka) kisah asmaradana Anwar yang luar biasa ini menjadi pengetahuan umum bila warkah Ummi dan Azizan kepada Perdana Menteri tersebar luas di khalayak ramai.

Khalid Jafri pula memuatkan surat itu dalam bukunya yang kontroversi "50 Dalil Mengapa Anwar tidak Boleh Menjadi PM". Anwar membawa perkara buku Khalid ke mahkamah maka segala rahsia peribadinya pun mula terbongkar satu demi satu. Segala pendedahan hubungan homoseksual Anwar yang didedahkan dalam mahkamah oleh Azizan memang mengejutkan orang ramai.

Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia tentulah terkejut dengan pendedahan Azizan itu. Barangkali ada antara geng reformasi juga terbeliak biji mata bila membaca pendedahan Azizan di mahkamah. Tapi kalau minda setengah dari budak-budak reformasi ini masih tertutup dan tidak mahu melihat sinar kebenaran maka selama-lamanyalah akan menegakkan kemungkaran kerana membela seorang pemimpin yang mengamalkan homoseksualiti.

Azizan sanggup menghadapi orang ramai, media massa dan soal siasat dari peguam-peguam bela Anwar untuk menegakkan keadilan dan mendapat pembelaan. Dia sanggup memikul rasa malu sebagai mangsa liwat Anwar kerana hendak menegakkan kebenaran dan tidak mahu rakyat ditipu oleh seorang tokoh yang bertopengkan agama tetapi mengamalkan homoseksualiti. Risiko yang dihadapi Azizan sangat besar tetapi dia masih sanggup menghadapi segala cabaran dan ugutan demi mempertahankan maruah dirinya, agama dan negara yang tercinta.

Tapi yang mengejutkan rakyat ialah pendedahan Azizan bahawa dia diliwat secara bergilir-gilir oleh Anwar dan lepas itu Sukma di Tivoli Villa, kondo kepunyaan Sukma!

Kalau ini benar bermakna bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Timbalan presiden UMNO merangkap bekas pemimpin ABIM rupa-rupanya enjoy melakukan persetubuhan sejenis lebih dari dua orang!

Wow, hebat, hebat seratus kali hebat! Kalah Clinton dibuatnya. Apakah perkara ini patut dimasukkan ke dalam buku Guiness World of Records?


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Penganalis Barat ragui Anwar Ibrahim dapat satukan pembangkang



Penganalis Barat ragui Anwar Ibrahim dapat satukan pembangkang


KUALA LUMPUR : Kekuatan yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Malaysia telah membantu memudahkan laluannya untuk jawatan utama, walaupun ketegangan dalam pakatan 3 partinya - Pakatan Rakyat – menimbulkan soalan utama sama ada Anwar Ibrahim boleh menyelesaikannya.

Tokoh pembangkang Malaysia yang amat dikenali telah memenangi kawasan pilihan raya yang dikosongkan oleh isterinya dalam satu pilihan raya pada hari Selasa dengan majoriti besar melebihi apa yang dijangkakan dan diramalkan akan mengambil tempatnya di parlimen pada hari Khamis.

Anwar, pernah sekali menjadi bintang kerajaan yang memerintah Malaysia selama 5 tahun dan telah jatuh dari kehebatannya selepas disabitkan dengan rasuah dan liwat pada 1999 dan 2000, telah memenanginya walaupun menghadapi tuduhan seks baru.

“Saya tidak yakin sama ada PAS diyakinkan bahawa dia mendapat 30 Ahli Parlimen Kerajaan untuk menyeberang,”
kata Terence Gomez, profesor di fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.

Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR, DAP dan PAS pada masa ini memiliki 82 kerusi daripada 222 ahli parlimen.

Dia telah berjanji untuk mengumpan 30 Ahli Parlimen daripada parti memerintah Kerajaan Barisan Nasional untuk memaksa melalui undi percaya parlimen pada 16 Sept. untuk mengambil alih kuasa.

PAS, yang mahukan sebuah negara Islam dalam negara Asia Tenggara yang mengandungi 27 juta penduduk, secara tidak rasmi menyokongnya sebagai pemimpin gabungan pembangkang, yang secara kejutan menunjukkan pilihan raya pada Mac menyebabkan kerajaan hilang majoriti parlimen dua-pertiga.

Ketidakstabilan politik di Malaysia telah menakutkan pelabur- pelabur dan memaksa pasaran sahan dan mata wang ringgit rendah pada 2008.

Perbicaraan yang berpanjangan dalam kes liwat yang terbaru yang mana bermula pada 10 September bermaksud bahawa tidak jelas bahawa Anwar sebenarnya akan bebas untuk mengetuai pakatan.

Tambahan pula, harapan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang hilang arah dan terdesak akan cuba untuk menggunakan caranya untuk populariti merupakan sebab lain untuk mengelakkan aset rakyat Malaysia, kata penganalisis.

Anwar telah berjanji untuk mengembalikan persaingan Malaysia secara berperingkat dengan menamatkan satu sistem tindakan yang ketara untuk etnik Melayu, yang mana dikatakan oleh pengkritik sebagai telah memusnahkan prospek ekonomi negara.

“Saya fikir kandungan utama dasarnya (Anwar) boleh dipertimbangkan, dan secara ekonominya mereka memahaminya dalam jangka masa panjang kerana perlu ada kesan positif dalam persaingan Malaysia, ” kata Alvin Pontoh, seorang ahli ekonomi di Capital Economics di London.

“Tetapi saya mempersoalkan kebolehannya untuk melaksanakannya apabila dan sekiranya dia menjadi perdana menteri, dengan keadaan pakatan pembangkang yang diketuainya mengandungi 3 parti yang mempunyai agenda dan ideologi yang amat berbeza,” tambah Pontoh - REUTERS

AIDC menterjemah artikel The Sun. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim, Israel dan Palestin dari kaca mata Gershon Baskin



Anwar Ibrahim, Israel dan Palestin dari kaca mata Gershon Baskin


Oleh Gershon Baskin, Pengarah Israel/Palestin Center for Research and Information (IPCRI)

Perkara paling dramatik yang mana berlaku di Israel minggu ini, sudah tentu apa yang berlaku bersebelahan Israel dalam Pihak Berkuasa Palestin. Demokrasi mengatasi dan HAMAS memperoleh kemenangan. Presiden Bush, dengan wajah anak anjingnya, memuji keajaiban demokrasi dan persaingan idea. Kebanyakan ahli politik Israel tertanya-tanya sama ada Bush telah membenarkan Al Qaeda untuk menyertai pilihan raya yang demokratik di Washington dan sekiranya sebuah parti yang bersekutu dengan Al Qaeda telah menyertainya adakah Bush akan memuji persaingan idea yang telah dipersembahkan kepada rakyat Amerika.

Kebanyakan kritikan oleh kerajaan Israel berkenaan soalan sama ada Israel dapat menghalang Hamas daripada menyertai pilihan raya. Bekas menteri Luar Silvan Shalom menyatakan bahawa inilah apa yang dia mahu lakukan, tetapi Perdana Menteri, Ariel Sharon terlalu lambat untuk bertindak dan mungkin di bawah tekanan Washington.

Ternyata perkhidmatan keselamatan Israel juga bergerak di bawah andaian bahawa tidak mungkin untuk menghalang HAMAS daripada menyertai pilihan raya kerana pilihan raya pada ketika itu akan dibatalkan. Kebanyakan yang berkhidmat dengan keselamatan Israel percaya bahawa pilihan raya diperlukan untuk memberikan kuasa kepada Mahmoud Abbas dan untuk meningkatkan hak penguasaannya.

Sudah tentu, Israel hampir tidak melakukan apa-apa untuk memberikan kuasa kepada Abbas sebelum pilihan raya. Dengan keadaan sedemikian, seseorang mesti mempersoalkan pada hari ini di manakah hak pihak keselamatan? sekali lagi, jawatankuasa keselamatan mempunyai banyak jawapan untuk soalan tersebut. Bagaimana keadaannya, mereka salah dalam jangkaan mereka tentang keputusan pilihan raya?

Saya bertemu dengan beberapa pegawai perisikan kanan beberapa minggu lepas di Persidangan Herzliya. Saya bertanyakan mereka tentang penilaian mereka terhadap jangkaan keputusan pilihan raya. Mereka agak mahir dalam keupayaan mereka untuk mencurahkan fakta mengenai penilaian, analisis dan bilangan tinjauan pendapat masyarakat awam Palestin. Mereka menyatakan FATAH akan menang dengan majoriti tipis.

Mereka semua berfikir bahawa pandangan saya tidak berasas apabila saya mengatakan bahawa daripada analisis saya terhadap situasi di lapangan, terdapat kemungkinan HAMAS menang - Saya menyatakan bahawa 55% untuk HAMAS, saya memberitahu mereka bahawa daripada keputusan 4 pusingan pilihan raya majlis perbandaran yang lepas, ketidakupayaan FATAH untuk menguruskan diri sendiri, kepelbagaian calon bebas, disiplin dalaman HAMAS, bilangan bendera hijau dan poster HAMAS di sekitar Tebing Barat dan Gaza, kepercayaan yang amat besar di mana HAMAS akan membawa kepada pengunduran Israel daripada Gaza - kesemua ini dan banyak lagi, membawa saya percaya bahawa HAMAS akan menang.

Bagaimana komuniti perisikan Israel termasuk Shabak, perisikan IDF, Mossad dan yang lain-lain secara keseluruhannya gagal menjangkakan sesuatu yang telah dilihat ketara oleh saya?

Dalam menumpukan perhatian terhadap kegagalan perisikan, ia juga wajar untuk bertanya sekali lagi tentang soalan mengenai penyertaan HAMAS dalam pilihan raya.


Pandangan Anwar Ibrahim

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aktivis demokrasi dan Muslim yang warak Dr. Anwar Ibrahim memberitahu saya bahawa pada pandangannya tiada parti yang menyokong keganasan, tidak menghormati hak asasi manusia, bersenjata dan menggunakan senjata dibenarkan untuk menyertai pilihan raya yang demokratik.

Saya bertanyakannya bagaimana mungkin untuk menghalang kumpulan seperti Hezbollah dan HAMAS daripada menyertai pilihan raya yang demokratik. Dia berkata kepada saya bahawa demokrasi mesti dibenarkan untuk melindungi diri mereka sendiri daripada kedaulatan undang-undang dan kedaulatan undang-undang tidak boleh membenarkan sesiapa yang mengancam demokrasi untuk mengeksploitasi keterbukaannya untuk meneruskan agendanya dan matlamat yang tidak demokratik.

Dia berkata bahawa Palestinian Authority (PA) atau Pihak Berkuasa Palestin, (diketuai Abbas) mempunyai undang-undang menghalang anggota keselamatan bukan PA (HAMAS) daripada memegang senjata.

Dia berkata PA perlu menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Sekiranya PA mahu menganjurkan pilihan raya, ia mesti memastikan kesemua parti yang menyertai pilihan raya mematuhi undang-undang ; jika tidak tiada kewajaran untuk PA dan kepada kedaulatan undang-undang.

Ini bukan percakapan Presiden Bush - ini adalah percakapan salah seorang tokoh (Anwar Ibrahim) yang menjadi teladan dalam salah sebuah negara Muslim terbesar di dunia.

Siapa yang boleh berhadapan dengan HAMAS ?

Rabbi Menechem Froman daripada penempatan Tekoah di bahagian selatan Tebing barat telah terlibat dengan tokoh berpengaruh HAMAS di dalam dialog selama bertahun-tahun. Dia juga telah menganjurkan satu siri perbincangan dengan Sheikh Ahmad Yassin ketika Sheikh dipenjarakan di penjara Israel.

Froman percaya, kemungkinan untuk berdamai dengan HAMAS, boleh dilakukan tetapi perbincangan tersebut mesti dikendalikan oleh pemimpin agama. Froman merupakan seseorang yang banyak bercakap pada pandangan peribadi saya, tetapi dia membangkitkan isu yang mempunyai kepentingan besar.

Terdapat percubaan daripada kumpulan-kumpulan agama untuk mewujudkan jenis dialog yang berbeza di sini di antara penganut Yahudi, Kristian dan Islam di atas asas agama. Kebanyakan percubaan tidak berjaya.

Biasanya peserta yang mewakili dialog antara agama itu adalah mereka yang kurang penting dalam masyarakat - Rabbi Froman salah seorang daripadanya. Biasanya penganut Yahudi yang menyertainya adalah daripada Yahudi Perubahan atau Konservatif dari Amerika Syarikat, penganut Kristian adalah daripada penganut Kristian bahagian barat - juga kebiasaannya merupakan warga asing dan wakil Muslim pula, biasanya merupakan bilangan yang paling kecil iaitu ahli Sufi yang tidak mempunyai pengikut.

Satu percubaan yang benar-benar penting adalah mengadakan satu dialog antara agama dengan wakil yang boleh dipercayai daripada pihak berkuasa agama ketika mesyuarat Alexanderia yang terkenal di Mesir yang telah dianjurkan oleh Ketua Biskop Canterbury pada Oktober 2002. Klik di sini

Mesyuarat tersebut telah menghasilkan satu kenyataan yang positif tentang Jerusalem sebagai bandar untuk tiga agama. Kenyataan tersebut adalah :

Dengan nama Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kami, yang telah berkumpul sebagai pemimpin agama daripada Muslim, masyarakat Kristian dan Yahudi, berdoa untuk keamanan yang benar di Jerusalem dan Tanah Suci, dan mengisytiharkan komitmen kami untuk menamatkan keganasan dan pertumpahan darah yang menafikan hak untuk hidup dan maruah.

Mengikut kepercayaan tradisi kami, membunuh mereka yang tidak bersalah di atas nama Tuhan adalah satu pengotoran kepada Nama Tuhan Yang Suci, dan memfitnah agama di dunia. Keganasan di Tanah Suci adalah satu kejahatan yang mesti ditentang oleh kesemua mereka yang mempunyai asas kepercayaan yang baik. Kami meminta untuk hidup bersama sebagai jiran yang menghormati integriti pewarisan sejarah dan agama antara satu sama lain. Kami menyeru kepada semua untuk menentang hasutan, kebencian dan gambaran yang salah antara satu sama lain.

1. Tanah Suci adalah suci kepada kesemua ketiga-tiga kepercayaan kami. Oleh yang demikian, pengikut agama samawi mestilah menghormati kesuciannya, dan pertumpahan darah tidak dibenarkan untuk mengotorinya. Menghormati kesucian dan integriti tempat-tempat suci mestilah dipelihara dan kebebasan sembahyang keagamaan mestilah dipastikan untuk semua.


2. Penduduk Palestin dan Israel mestilah menghormati matlamat perintah Pencipta yang melimpahkan kurnia untuk mereka hidup dalam tanah yang sama yang dipanggil suci.

3. Kami menyeru pemimpin politik daripada kedua-dua masyarakat untuk bekerja bagi keadilan, keselamatan dan penyelesaian yang berpanjangan dalam semangat perkataan Yang Maha Besar dan Nabi.

4. Sebagai langkah pertama sekarang, sekarang kami menyeru untuk persetujuan gencatan senjata secara keagamaan, dihormati dan dipantau oleh semua pihak, dan pelaksanaan cadangan Mitchell dan Tenet, termasuk menggugurkan larangan dan kembali kepada rundingan.

5. Kami mencari bantuan untuk mewujudkan satu keadaan untuk generasi sekarang dan akan datang wujud bersama dengan saling menghormati dan percaya antara satu sama lain. Kami menyeru kepada semua untuk menahan diri daripada menghasut dan melakukan kejahatan dan untuk mendidik generasi kami yang akan datang dengan sewajarnya.

6. Sebagai pemimpin agama, kami berjanji kepada diri kami untuk bersama-sama berusaha mencari satu keamanan yang adil yang membawa kepada perdamaian di Jerusalem dan Tanah Suci untuk kebaikan bersama kepada semua penduduk kami.

7. Kami mengumumkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa tetap bersama untuk menjalankan cadangan deklarasi ini, dan untuk terlibat dengan pemimpin politik masing-masing dengan sewajarnya.



Hampir kesemua peserta diserang oleh masyarakat mereka apabila pulang ke negara masing-masing, dan sejak itu, mereka tidak lagi berjaya untuk mengulang kembali hasil positif daripada mesyuarat pertama itu. Ia mungkin bijak untuk melihat bagaimana sesetengah ahli agama yang boleh dipercayai mungkin mampu untuk mengadakan satu dialog dengan tokoh HAMAS yang moderat yang sanggup untuk mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan mengutuk keganasan.

Salah seorang tokoh Israel yang mungkin merupakan satu pilihan terbaik untuk dipertimbangkan untuk dialog tersebut adalah Rabbi Aryeh Deri, bekas pemimpin Shas. Nama Deri muncul beberapa kali minggu ini dan dia telah ditemu ramah dalam banyak akhbar dan media elektronik yang tidak berkaitan dengan HAMAS dan pilihan raya yang akan datang.

Deri mendakwa bahawa sekiranya dia mengetuai Shas atau untuk mewujudkan satu parti politik yang baru, dengan merujuk kepada undi di tangannya, dia akan mendapat 15 kerusi - ini penting dalam menumpukan 9-10 kerusi yang Shas telah memperolehinya dalam kesemua undian.

Deri merupakan seorang ahli politik yang pintar dan sangat berpotensi sehinggalah dia ditangkap secara haram kerana memindahkan bantuan kewangan kepada institusi agama daripada Kementerian Dalaman yang dia mengetuainya. Tetapi Deri membayar semula hutangnya kepada masyarakat dan telah berada di luar gelanggang politik semenjak dibebaskan dari penjara.

Semasa memegang jawatan dalam politik, dia telah mengaturkan beberapa pertemuan di antara Rabbi Ovadia Yosef - ketua keagamaan Shas dan pemimpin Palestin termasuk Arafat. Dipercayai Deri memainkan peranan yang penting dalam perisytiharan formal Rabbi Yosef berhubung dengan kesanggupan untuk menyerahkan wilayah dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia. Deri mungkin akan memainkan peranan positif dalam era baru ini. Bagaimanapun ia perlu difikirkan secara lebih terperinci.

Herzliya D.C.

Acara politik yang utama pada tahun ini adalah persidangan Herzliya yang terkenal. Diketuai oleh Dr. Uzi Arad, bekas ketua Jabatan Penyelidikan Mossad dan bekas penasihat keselamatan politik kepada PM Netanyahu.

Arad selama 6 tahun telah berusaha membawa keseluruhan elit politik dan keselamatan negara untuk ceramah intensif dan syarahan selama 3 hari setengah. Aspek yang paling penting dalam persidangan ini, selain daripada senarai peserta dan penceramah, adalah disiplin untuk mematuhi jadual.

Pada tahun ini satu elemen baru ditambah - satu jam elektronik yang berdetik pada skrin plasma besar yang menghadap pendengar dan penceramah supaya mereka mengetahui berapa saat untuk berceramah.

Persidangan ini dikenali sebagai satu platform untuk apa yang secara mudahnya digambarkan sebagai satu agenda neo-con Israel. Salah satu daripada isu neo-con yang dibawa ke Herzliya tahun ini untuk pertama kalinya adalah Barometer Patriotisme Arad.

Penulis Israel A.B. Yehoshua secara zahirnya diganggu dengan apa yang diterjemahkan oleh Arad sebagai percubaan Arad untuk menggredkan masyarakat awam Israel dan pelbagai kumpulan lagi di dalam masyarakat dengan tahap Israel mereka.

Yehoshua berkata bahawa perasaan patriotisme padanya berubah-ubah berdasarkan bagaimanapun kelakuan Israel. Dia berkata bahawa apabila Israel menghantar kumpulan tentera ke Nairobi untuk membantu pelombong yang terperangkap, dia berasa bangga menjadi seorang rakyat Israel dan apabila Israel memusnahkan rumah penduduk Palestin dia berasa malu dengan tahap Israelnya.

Arad, pada masa yang sama diganggu oleh nasionalisme Yehoshua yang hilang kesabarannya dan secara terbuka menghina Yehoshua. Yehoshua sedia untuk menunjukkan kemarahannya, tetapi tetap bertenang. Saya yakin bahawa ini adalah kali terakhir, seorang penulis Israel yang disanjung dan terkenal akan menghadiri persidangan Herzliya.

Herzliya akan membawa kesemua ahli politik Israel dan sesiapa yang mahu dilihat di sana, Ianya merupakan satu tempat dimana pemimpin Israel akan mengadakan ceramah politik utama yang biasanya diadakan di Parlimen negara.

Calon Buruh Shelly Yichimovitch menamakan Herzliya : Penswastaan syarahan awam di Israel. Dia mungkin betul kerana sesetengah penceramah di Herzliya membiayainya dengan menaja sesi-sesi. Walau bagaimanapun, Yichimovitch berada di sana dan mendapat tajuk berita utama akhbar.

Saya juga berada di sana. Dalam sesetengah perasaan yang pelik, saya mempunyai perasaan yang sama di Herzliya yang saya rasakan apabila saya mengunjungi Washington, D.C. Terdapat perasaan yang jelas bahawa kuasa negara dan pembuat keputusan berada di sana dan sekiranya seseorang ingin mempunyai pengaruh, ianya penting berada dalam rangkaian di sana. Inilah yang saya lakukan di Herzliya.

Pada saya ianya juga satu peluang pembelajaran di mana saya dapat bertukar-tukar dengan ramai orang yang saya tidak mudah untuk mendapatnya. Jadi saya jangkakan bahawa Januari depan saya akan kembali ke Herzliya DC.


AIDC menterjemah tulisan Gershon Baskin bertajuk, "This week in Israel….. Behind the news with Gershon Baskin". Artikel asal klik di sini. Gershon Baskin, warganegara Israel, pengasas IPCRI (Israel/Palestine Center for Research and Information). Dalam artikel sebelum ini pernah memuji Anwar Ibrahim dalam isu Irael-Palestin. Kata Baskin, "sekiranya Anwar Ibrahim merupakan rakyat Palestin, kemungkinan besar krisis Israel-Palestin telah lama selesai dan Anwar boleh menjadi rakan perbincangan dengan Ariel Sharon, Presiden Israel. Klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim Memperalatkan Agama



Anwar Ibrahim Memperalatkan Agama


Oleh Yahaya Ismail

Kalau PAS menggunakan Islam dalam perjuangan politiknya rakyat boleh menerima dengan baik. Ia bukan parti politik nasionalis atau sosialis. Kekuatan dan pengaruh yang dimilikinya adalah terletak kepada perjuangan Islamnya sejak dulu hingga sekarang. Hari ini kerajaan PAS Kelantan merupakan simbol kejayaan PAS dalam pemerintahan kerajaan negeri.

Lain dengan Anwar. Walaupun dia banyak bercakap tentang perjuangan Islam dan mendabik dada sebagai pemimpin Islam yang bermaruah dan berpengaruh namun dia tetap memilih UMNO untuk berjuang. Bukan PAS. Dia tahu PAS sukar dipilih rakyat untuk memimpin negara. Lalu dia masuk UMNO dan disintuklimau oleh Mahathir hingga mencapai jawatan yang cikit bawah dari Mahathir dalam masa 16 tahun – sesuatu yang luar biasa sekali kejayaannya dalam UMNO.

Mengapakah Mahathir memilih Anwar dan diberi peluang keemasan untuk melonjak naik dalam parti dan kerajaan? Mahathir juga terpukau dengan “kewarakan” Anwar yang dianggap nawaitunya tidak gelong dan dia boleh membantu UMNO untuk meyakinkan masyarakat Melayu khasnya bahawa Islam UMNO Islam tulen sebagai menangkis dakyah-dakyah PAS yang menganggap dirinya lebih Islam dari UMNO dalam amalan dan perjuangan politik.

Anwar sedar Mahathir memerlukannya untuk “mengislamkan” UMNO, dan dia menggunakan dukungan Mahathir sepenuhnya dengan berbagai manipulasi dan strategi politik untuk “membuktikan kepada ahli-ahli UMNo bahawa dia, Anwar bin Ibrahim, berasal dari Ceruk Tok Kun, adalah seorang pejuang Islam yang super wahid. Inilah imej Islam yang diperlihatkannya kepada masyarakat dengan segala bunga-bungaan dan siraman attar-attaran untuk menunjukkan dia lebih hebat keislamannya dari setengah pemimpin UMNO, dan mungkin juga dianggap lebih kurma Islamnya dari setengah pemimpin PAS!.

Banyak orang berpendapat perjuangan Islam Anwar hanya sebagai topeng politik untuk mencari pengaruh dan mengekalkan kreadibilitinya sebagai pemimpin yang berjiwa Islam. Ini imej luaran.

Tapi bagaimanakah pemimpin Islam dan berakhlak mulia boleh menerima derma drai tauke judi Genting Berhad, Lim Goh Tong, sebanyak RM250,000 sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda UMNO untuk Yayasan Gerak Bakti? Nyatalah dia sendiri tidak berpegang teguh pada prinsip Islam yang sebenar. Barangkali Anwar seorang pemimpin Islam yang pragmatik yang menghalalkan penerimaan derma dari tauke judi oleh kerana wang itu akan digunakan untuk kerja amal jariah bagi Yayasan Gerak Bakti dan bukan untuk dirinya sendiri. Apakah ini pendirian Anwar?

Malah sewaktu dia menjadi Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya dia dikatakan telah menerima derma sebanyak RM40,000 dari sebuah syarikat perjudian untuk menampung perbelanjaan 40 orang mahasiswa Islam melawat Indonesia. Apakah ini benar atau pun tidak?

Beranikah Anwar membuat penafian bahawa dia tidak menerima derma dari syarikat perjudian untuk menampung perbelanjaan 40 orang mahasiswa Islam itu? Kalau derma dari syarikat judi itu halal dari segi Islam tentulah PAS juga berminat untuk berjinak-jinak dengan tauke judi. Tapi PAS tahu itu haram dan para pemimpin PAS tidak pernah meminta derma dari mana-mana tauke judi. Kita harap Anwar tampil ke depan dan memberi pandangannya tentang derma tersebut.

Kalau benar Anwar menerima derma dari tauke judi untuk menampung perbelanjaan mahasiswa-mahasiswa Islam bermakna tidaklah boleh dikatakan dia seorang pejuang Islam yang berjiwa Islam. Perjudian itu haram di sisi Islam dan oleh itu penerimaan derma dari syarikat perjudian dianggap bertentangan dengan prinsip Islam.

Sekarang kreadibilitinya sebagai pemimpin Islam tergugat dan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu khasnya bahawa dia dipecat oleh kabinet Mahathir kerana perilaku seks luar tabi’i atau dalam bahasa harian, homoseksualiti.

Malah Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar, dan Azizan Abu Bakar, bekas driver Wan Azizah telah menyatakan dalam warkah mereka kepada Mahathir bahawa Anwar seorang homoseksual. Azizan sendiri berkata di mahkamah bahawa dia diliwat oleh Anwar. Kalau ini benar bermakna Anwar memperalatkan agama untuk menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin berjiwa Islam dan berakhlak mulia tetapi di belakang topeng Islam rupa-rupanya dia seorang homoseksual!

Apakah orang Melayu boleh menerima seorang homoseksual sebagai pemimpin mereka? Apakah UMNO sanggup menerima seorang pemimpin yang membuntuti kaum Lut sebagai ketua mereka? Lebih dari itu apakah masyarakt majmuk di tanahair kita yang tercinta sanggup menyokong pemimpin yang mengamalkan homoseksualiti?

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...