AIDC BLOG: Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

Monday, February 23, 2009

Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia



Negara Muslim di Asia Tenggara disebut-sebut sebagai model kepada demokrasi Islam, tetapi John Aglionby pula berpendapat kata-kata seperti itu adalah berbahaya bagi sesetengah pihak.

Kesederhanaan dalam agama adalah kunci kejayaan untuk meneruskan perang ke atas keganasan dan membina demokrasi di negara- negara Islam. Atau sekurang-kurangnya ia merupakan mesej jelas yang ditunjukkan oleh dua persidangan antarabangsa berprofil tinggi di Indonesia minggu ini.

Pertama, persidangan itu ditaja bersama oleh Kerajaan Australia dan Indonesia di tengah bandar Jawa, Yogyakarta, bertajuk Dialog Antarabangsa Mengenai Kerjasama Antara Agama. Dihadiri oleh penganut daripada pelbagai agama utama, dan lebih memfokuskan kepada membina keamanan di antara budaya yang berbeza.

“Manusia yang mempunyai agama komited untuk membawa pencerahan dan nilai-nilai kemanusiaan yang amat positif seperti toleransi dan belas kasihan,” kata Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono ketika majlis pembukaan persidangan itu.

“Anda bertanggungjawab untuk membawa mesej kebenaran, perpaduan dan harapan yang mendalam kepada akar umbi masyarakat. Dan mesej tersebut akan bergema di kalangan manusia yang mencintai keamanan di semua peringkat.”

Alexander Downer, Menteri Luar Australia, berkata ia penting untuk memulihkan hubungan di antara golongan agama yang moderat dan pengikut pelbagai agama untuk menghancurkan gerakan militan serta ekstremis agama di Asia.

Kedua, di Jakarta, International Centre for Islam and Pluralism (ICIP) telah mengadakan satu seminar mengenai Islam, demokrasi dan autoritarianisme (fahaman taat setia kepada pihak yang berkuasa).

Salah satu daripada kesimpulan yang dibuat adalah Islam dan demokrasi secara jelas adalah bersesuaian, terutamanya kerana Al-Quran menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan sama.

Majlis tersebut melanjutkan kupasan dengan mengukuhkan pandangan meluas bahawa negara-negara Asia Tenggara, yang paling ketara Indonesia dan Malaysia, merupakan benteng Islam moderat menentang mesej agama yang lebih asas yang dilaung-laungkan daripada tempat-tempat lain di dunia.

Kerana itu, kedua-dua negara tersebut telah mengadakan pilihan raya yang aman pada tahun ini, kedua-duanya membenarkan parti-parti yang ortodoks untuk wujud dalam arus politik perdana, kedua-duanya mempunyai pemimpin Muslim yang berdakwah secara toleran merangkumi perkara agama dan kedua-duanya membenarkan kebebasan yang meluas dalam beribadat.

Tetapi pandangan ini, yang sesuai dengan kehendak Washington dan London, mula dicabar oleh pemikir-pemikir progresif (moderat/liberal) daripada kedua-dua negara.

Mereka mendakwa bahawa bukan radikal yang mengambil alih tetapi penubuhan negara kedua-dua negara itu telah dipuji secara berlebihan.

Mesej ini berbaur politik sama seperti agama di negara tersebut.

Ulil Abshar Abdalla daripada Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia menyatakan bahawa undang-undang Syariah perlu dilaksanakan dengan lebih meluas selain daripada menghukum mereka yang melakukan jenayah.

“Apa yang penting kepada kami adalah mempunyai satu negara yang demokratik di mana masyarakat awam mempunyai lebih kekuasaan ke atas tentera, satu masyarakat bertamadun yang kuat dan media yang bebas, ” katanya. “Kami belum sampai ke situ. Perjalanan kami masih jauh".

Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara selepas dijatuhkan hukuman selama 6 tahun kerana liwat – satu tuduhan yang dikutuk oleh kebanyakan kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia – memberikan komen yang lebih pedas tentang asas moderat yang mendasari negaranya.

“Sebagai seorang Muslim, anda harus percaya dalam sesetengah perkara asas,” katanya kepada Guardian Unlimited. “Tetapi sebagai negara Muslim anda harus memberikan contoh yang baik, satu model yang baik. Ianya mesti aman, mempunyai ekonomi yang kuat, mesti demokratik, mempunyai maruah, undang-undang yang berkesan untuk menentang rasuah. Kenapa anda memanggil Malaysia moderat sedangkan rasuah terlalu meluas. Saya mendapati ia amat sukar untuk difahami.”

“Adakah Muslim moderat bertoleransi dengan undang-undang zalim? Adakah Muslim moderat bertoleransi dengan rasuah yang semakin menular di tengah-tengah mereka ? Frasa Islam moderat telah dirampas oleh pemimpin-pemimpin seperti ini. Malaysia kurang korup dibandingkan dengan Bangladesh, ekonominya lebih baik daripada Mali, tetapi Malaysia belum mencapai tahap moderat.”




Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005" anjuran CSID dan ditaja dana Amerika iaitu NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) berbangsa Yahudi turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika juga ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID. Bermakna pengaruh Zionis menyusup ke dalam pertubuhan berlabel "Islam" tetapi dilunakkan dengan suntikan "Demokrasi" menjadi "Demokrasi Islam"


Ulil bersetuju. Dia percaya perkataan “progresif” lebih baik digunakan berbanding moderat.

“Istilah Islam moderat dimainkan oleh mereka yang berkuasa dan mereka mendapat keuntungan daripadanya,”katanya. “Islam perlu lebih progresif daripada moderat. Islam perlu berubah mengikut masa dan berubah bersama masa.”

Pandangan seperti itu masih lagi dianggap tidak diberi keutamaan, terutamanya kerana mereka tidak selesa dengan majoriti golongan yang berkuasa di kedua-dua negara tersebut, di mana rasuah tanpa sangsi masih menular dan institusi demokrasi masih jauh daripada kematangan.

Tetapi seperti yang diakui oleh Ulil, persidangan seperti dialog kerjasama antara agama tidak berjaya seperti beberapa tahun lepas.

“Masyarakat telah berubah tetapi ia perlu berubah dengan lebih banyak lagi”


AIDC menterjemah artikel American Muslim Perspective,bertajuk 'International Dialogue on Interfaith Cooperation in Indonesia'. Artikel asal klik di sini. Program itu anjuran Kerajaan Australia dengan kerjasama kerajaan Indonesia dan Muhammadiyah, salah satu organisasi Muslim terbesar di Indonesia diadakan pada 6 Disember 2004 bertujuan untuk mempromosi moderat dan menentang extremism

Artikel pilihan :

1. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

2. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

3. Benarkah Anwar Ibrahim Pendokong Islam Liberal ?

4. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

5. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim

6. Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

7. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

8. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

0 comments: