AIDC BLOG

Wednesday, January 7, 2009

Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia



Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia


Oleh Michael Billington

Kepada sesiapa yang biasa dengan sejarah perkauman Al Gore, anti-pembangunan, dasar imperialis terhadap negara membangun, ia bukan satu kejutan untuk melihat dia berkempen menentang “ancaman” kepanasan global yang dibuat-buat yang didakwa berpunca daripada proses pengindustrian.

Kebenciannya terhadap mana-mana negara membangun yang enggan mengikuti arahan daripada pembiaya Anglo-Dutch, “Washington Consensus” adalah bukti khusus dalam kes Malaysia. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia

Executive Intelligence Review (EIR) baru-baru ini telah mendapat laporan bahawa Gore sekali lagi mengganggu hubungan dalaman Malaysia, berkonspirasi sekali lagi dengan Anwar Ibrahim (“aset yang dikongsi bersama” oleh Gore dan Paul Wolfowitz) untuk menurunkan majoriti parti di Malaysia dan mengambil alih kuasa, mewakili penaja kolonialnya.

Di sini merupakan tinjauan semula secara ringkas sumbangan jahat Gore yang lepas di Malaysia :

Pada November 1998, Presiden Clinton tidak dapat menghadiri mesyuarat penting Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC) atau Forum Kerjasama Asia Pasifik, kerana krisis ketenteraan di Balkan (yang mana telah dimulakan oleh Naib Presiden Al Gore dan rakannya, diplomat dan pemilik bank pelaburan Richard Holbrooke). Clinton telah menghantar Gore mengganti tempatnya untuk mewakili Amerika Syarikat. Dua bulan sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad telah melaksanakan kawalan mata wang dan kadar mata wang tetap, untuk melawan serangan mata wang Asia oleh rakan spekulator yang melindungi nilai wang.

Clinton telah mempertimbangkan cadangan kawalan itu dengan merujuk sebagai “reka bentuk kewangan antarabangsa baru,” yang akan melihat Malaysia bergerak ke arah kawalan mata wang sebagai model yang berpotensi bagi negara membangun untuk melindungi diri mereka dalam kerangka kewangan baru.

Bagaimanapun, dalam usaha membina hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, Gore melancarkan satu serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Mahathir, serta membela bekas Menteri Kewangan yang dipecat iaitu Anwar Ibrahim, yang sebelum ini telah mempertahankan syarat-sayarat yang diberikan oleh IMF dan menolak kawalan dasar-dasar Mahathir.

Sebagai Menteri Kewangan (dan Timbalan Perdana Menteri), Anwar telah melaksanakan “dasar kesederhanaan IMF tanpa IMF,” sebelum Mahathir memecatnya.


‘Kita perlu membakarnya’

Gore merupakan penceramah jemputan forum APEC pada 16 November, berkongsi pentas dengan Mahathir. Di luar pusat persidangan, penganut fahaman anarki (demonstrasi) yang menyokong Anwar merusuh di jalanan, menyeru untuk menggulingkan kerajaan. Mendakwa Malaysia tidak dapat mempertahankan keselamatannya, Gore mendesak pengurusan hotel menutup penghawa dingin , dikatakan untuk menghalang musuhnya meletakkan racun dalam sistem aliran penghawa dingin itu.


Kemudian, di hadapan hadirin yang sedang berpeluh, Gore menghasut penganut fahaman anarki : “Demokrasi dapat memberikan tanda pengesahan bahawa perubahan perlu dalam usaha untuk menjadi efektif, jadi di kalangan negara yang terjejas oleh krisis ekonomi, kami secara berterusan untuk mendengar seruan untuk demokrasi, seruan untuk perubahan dalam banyak bahasa. Kuasa rakyat. Reformasi. Kita mendengarnya pada hari ini, di sini, sekarang, di kalangan rakyat Malaysia yang berani.”

Menteri Perdagangan Rafidah Aziz menamakannya “ucapan yang paling jijik yang saya dengar dalam hidup saya,” sementara Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Perdana Menteri) berkata : Malaysia mendapati perbuatan menghasut oleh kerajaan Amerika untuk tidak mengikut undang-undang untuk menggunakan cara yang tidak demokratik dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan, menjadi kebencian ramai. Rakyat Malaysia tidak senang dengan leteran kepura-puraan daripada mana-mana pihak asing, khususnya Amerika Syarikat yang diketahui sangat komited dalam pencabulan melampau hak asasi manusia.”


Dr. Mahathir lebih berterus-terang : “Kita perlu bakar dia. Al Gore tidak sayang kepada Malaysia dan juga rakyatnya. Al Gore dan kerajaannya hanya mahu memanipulasi dan mengawal negara kita.”

Gore tidak meminta maaf, tetapi memberitahu Perdana Menteri Rusia, Yevgeni Primakov (sasaran Gore yang lain untuk “pertukaran rejim”), “Ini adalah mesej rakyat Amerika, dan saya bangga untuk menyampaikannya di sini dan ke mana sahaja saya pergi. Bergerak ke arah abad ke-21 dengan ekonomi yang kukuh benar-benar memerlukan demokrasi dan kerajaan sendiri.”


Rakan-rakanya cuba menyelamatkan Anwar

Dua hari selepas kecaman Gore 1998 di Kuala Lumpur, Asian Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah :

Tulis Anwar, “Selain menuding jari kepada spekulator dan menyalahkan ‘desakan yang tidak realistik’ yang diatur oleh agensi antarabangsa yang bertidak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara- Negara Asia perlu menamatkan “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil,” menyatakan komitmen mereka “untuk membersihkan rasuah dan nepotisme,” menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih kasih...Terlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit dan meminta sewa [sebagai contoh industri nasional], ekonomi Asia tidak lagi akan mencapai perkembangan seperti sebelumnya.”

Maksudnya sangat jelas; “perkembangan seperti sebelumnya” semasa era penjajahan, dengan penjajah menyediakan bahan mentah dan kos buruh yang murah, tetapi penjajah tiada “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil” dalam kepentingan mereka sendiri.

Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu “kroninya” dengan membelanjakan ekonomi: “Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata George Soros.

Spekulator matawang, George Soros bersama Tian Cua, Ketua Penerangan PKR


Pada Ogos 2004, apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan rasuah dan liwat selepas 14 bulan perbicaraan, rakannya Al Gore, pada masa itu dalam bahang kempen Presiden melawan George W. Bush, mengambil masanya untuk bersuara lantang tentang kedaulatan undang-undang di Malaysia : “Saya amat terganggu dengan keputusan yang diumumkan di Malaysia dalam kes Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.... Perbicaraan yang diadakan dipaksa untuk mempertahankan standard keadilan antarabangsa yang olok-olok.”


Rakan-Rakan Anwar di Washington


Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, dia disambut oleh dua sekutu rapat di Barat, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Paul Wolfowitz ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika menghabiskan masa tiga jam melawat Anwar di Munich. Banyak benda yang dibincangkan antara mereka berdua yang mengakibatkan selepas itu Anwar telah berhijrah dan bermastautin di Amerika selama dua tahun (2005-2007)


Barangkali Wolfowitz, pada ketika itu sedang melaksanakan versi tentera “penukaran rejim” di Iraq, telah mengaturkan Anwar untuk mendapatkan jawatan di Johns Hopkins University School for Advanced International Studies (SAIS) di mana Wolfowitz pernah menjadi dekan di SAIS universiti itu.

2005 : Anwar melawat Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika di Pentagon (Pusat pentadbiran CIA). Pentagon merupakan tempat kawalan larangan untuk orang awam khususnya Muslim yang datang dari negara Islam



Anwar juga telah mendapat jawatan di St. Anthony’s College, Oxford, England, ketika dia bertemu Gore, pada masa itu sedang melaksanakan perlindungan nilai kewangan di London, di bawah Generation Investment Management.

Anwar juga telah menghabiskan masa dengan rakan lamanya daripada oligarki (sekumpulan kecil orang yang berkuasa dalam pentadbiran) British, Chris Patten, bekas gabenor tertinggi Hong Kong, dan Gordon Brown, Perdana Menteri sekarang.

Kemudian Anwar kembali ke Washington, beliau mendapat jawatan yang menguntungkan antara lain, bekerja untuk Wolfowitz di Bank Dunia, mengenakan syarat terhadap negara membangun yang menolak bentuk “demokrasinya” yang telah rosak. Dia juga terlibat dalam sebuah projek yang dipromosikan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya, Liz Cheney, iaitu satu kegiatan yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada di dunia Arab yang dinamakan Foundation for the Future .


Apabila Wolfowitz perlu mencari tempat untuk menghantar teman wanitanya (Shaha Ali Riza), disebabkan potensi konflik kepentingan di Bank Dunia, Anwar menerimanya dengan tangan terbuka, mengalihkan hala tuju “anti-rasuahnya” ke arah yang lain apabila Wolfowitz mengaturkannya untuk membayar Shaha Ali Riza dengan gaji yang banyak tanpa cukai atas nama Bank Dunia. Wolfowitz tidak lama kemudian disingkirkan daripada jawatannya kerana kelakuan hipokrit itu, walaupun wakil daripada negara membangun di Bank Dunia mempunyai sebab yang lain yang lebih serius untuk membuangnya keluar dari Bank Dunia.

Pada Februari 2006, Gore berkongsi pentas dengan Anwar di Jeddah Economic Forum, Arab Saudi. Gore berkongsi kedudukan dengan rakyat Malaysia yang lain pada 2007 : dia dan Dr. Mahathir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan. Walaupun Gore menang, untuk cerita-cerita bohong genosid dalam filemnya, “An Inconvenient Truth”, Gore telah melaksanakan “Keamanan untuk Kubur” kepada berjuta-juta orang miskin di dunia.

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah. Ketiga-tiga mereka adalah anak buah Al Gore, mewakili Dubai, Malaysia dan Ireland.


Anwar Ibrahim kembali dalam politik sekarang. Dia telah menyatukan semua pembangkang dalam satu pakatan di bawahnya, dengan parti fundamental Islam dan parti kaum yang mewakili pecahan minoriti Cina dan India, yang enggan bekerja sama dengan pakatan kerajaan. Walaupun parti- parti ini memenangi dua pertiga daripada kerusi parlimen, yang lebih daripada apa yang dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini, Anwar telah bercakap besar bahawa dia boleh “memujuk” beberapa Ahli Parlimen untuk beralih pihak.

Adakah Al Gore, fasis hijau yang merupakan sebahagian daripada pujukan itu?


AIDC menterjemah artikel tulisan Michael Billington, dari Executive Intelligence Review (EIR) bertajuk "Gore’s Racist Assault Against Malaysia". Artikel asal klik di sini



Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore

3. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar

4. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Apakah Anwar Ibrahim seorang intelek?



Apakah Anwar Ibrahim seorang intelek ?


Oleh Yahaya Ismail

Apakah rakyat Malaysia inginkan seorang pemimpin negara yang kurang bijaksana untuk mentadbir negara kita yang tercinta ini? Sudah pasti tidak. Siapakah yang patut menjadi pemimpin negara menurut kaca mata rakyat majmuk di negara kita? Dia mestilah seorang yang bijaksana, berkelulusan tinggi, berpengalaman, berjiwa besar, sanggup berkorban dan berani menghadapi segala cabaran demi menjaga kepentingan negara dan rakyat. Di samping itu dia mestilah mempunyai vis, idea-idea yang bernas untuk merancangkan masa depan negara yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat.

Kita bandingkan kemampuan intelek Mahathir dengan Anwar. Jangan emosional dan terimalah hakikat yang sebenar kerana kita tidak mahu negara kita yang tercinta dipimpin oleh seorang tokoh yang hanya pandai bercakap tetapi tidak bijak mentadbir negara dengan baik. Mahathir seorang doktor perubatan. Anwar ada kelulusan dalam pengajian Melayu tetapi gagal mendapat honours – Cuma ijazah am.

Mahathir pernah menulis rencana-rencana kritik sosial yang tajam dalam akhbar The Straits Times sejak di kampus dan banyak memberi ceramah untuk menaikkan semangat. Mahathir bekerja sebentar dengan kerajaan, lepas itu membuka kliniknya sendiri – Maha Klinik di Alor Star. Anwar membuka Yayasan Anda, sekolah swasta, dan kawan-kawannya dan menjadi presiden ABIM. Mahathir menjadi ahli Seberkas sebelum menjadi ahli UMNO. Anwar dikatakan menjadi ahli UMNO setelah dia disintuklimau oleh Mahathir dan dibawa ke dalam kabinet pada tahun 1982. Kata Anwar dia sudah jadi ahli UMNO sebelum itu lagi. Maknya yang membayar yuran kerana maknya sudah menjadi ahli UMNO.

Kalau Mahathir tidak memberi peluang kepada Anwar sebagai ahli kabinet apakah mungkin dia akan menjadi manusia penting hingga mencapai jawatan Timbalan Perdana Menteri? Sudah pasti tidak. Walau pun dia tidak mempunyai latar belakang ekonomi atau finance namun Mahathir tetap memberi peluang pengalamannya sebagai persediaan menjadi bakal Perdana Menteri. Tapi apakah Anwar berjaya sebagai Menteri Kewangan? Sorrylah. Dia gagal.

Walau pun dia cuba menandingi Mahathir sebagai seorang pengarang dengan menerbitkan dua buah buku yang kononnya hasil dari keintelektualannya namun isinya tidak memberansangkan sebagai apa yang ditulis Dr Mahathir dalam berbagai karyanya baik dalam bahasa Inggeris mahu pun bahasa Melayu. Nyatalah Anwar tidak mencapai taraf intelektualan seperti Mahathir walaupun dia cuba memperlihatkan mutu pencapaian inteleknya.

Dia lebih banyak memagut dan menyusun buah fikiran orang lain, para filsuf yang menarik perhatiannya untuk menunjukkan kepada umum bahawa dia seorang ”pemikir” seorang intelektual. Ya betul dia seorang intelektual tetapi taraf intelektualismenya tidak sampai ke taraf pemikiran Mahathir yang lebih kritikal, asli dan bermutu.

Malah ada orang yang bertanya apakah karyanya seperti Asian Renaissance itu karya asli Anwar atau dibantu oleh orang-orang tertentu untuk menyiapkannya? Dengan berbagai catatan kaki dan berbagai isu sosial, politik, ekonomi, falsafah, kesusasteraan dan moral yang diabadikan di dalam buku itu telah menimbulkan tanda tanya apakah Anwar mempunyai waktu lapang yang banyak untuk menguasai bidang ilmu tersebut? Barangkali dia mempunyai banyak waktu untuk bermenung dan berfikir untuk mencari ilham sebagai gagasan reformasinya.

Oleh kerana Mahathir seorang pemimpin yang berjiwa reformasi, seorang tokoh politik yang mempunyai visi dan wawasan maka dia berjaya mentafsirkan idea-ideanya yang bernas menjadi kenyataan. Dia tidak gentar menghadapi cabaran dan tidak takut menentang kuasa besar sekiranya dia menganggap kuasa besar seperti Amerika lebih mengutamakan kepentingan dan muslihat politik dan ekonomi negara itu dari membantu negara-negara kecil di dunia. Mahathir tegas dan berani menentang arus. Anwar sebaliknya berlagak sebagai seorang pemimpin oportunis dan sanggup menjadi alat kuasa besar sekiranya ia menguntungkan politik peribadinya.

Antara kedua pemimpin ini rakyat lebih menyanjung tinggi kepimpinan Mahathir. Dia ada oomph, Anwar ada mantra. Dia sanggup mengikut arus demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia. Anwar sanggup mengikut arus sekiranya ia memberi keuntungan politik peribadinya. Mahathir ada Wawasan 2020. Anwar cuma ada mimpi reformasi. Mahathir tokoh politik yang bertindak cepat dan bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan.

Anwar sebaliknya bukan seorang tokoh yang action-oriented tetapi seorang romantikus yang dikhayalkan oleh omongannya sendiri. Mahathir kaya dengan idea dan berusaha untuk membangunkan dunia baru yang lebih menyerlah bagi rakyat Malaysia dan negara. Anwar, sebaliknya, kaya dengan mantra dan oleh kerana itu dia tidak mampu mengisi aspirasi rakyat dan negara dengan khayalan reformasinya.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Artikel lain tulisan Yahaya Ismail :

1. Estrada Kawan Baik Anwar

2. Kenapa Habibie sokong Anwar Ibrahim ?

3. Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar

4. Anwar Ibrahim Memperalatkan Agama

5. Anwar Mahu Sabotaj Ekonomi Negara ?

6. Kenapa media Barat Pro Anwar ?

7. Pasukan Penasihat Anwar Ibrahim Kurang Berwibawa

8. Reformasi Anwar Tajaan Amerika

9. Anwar Gagal Sebagai Menteri Kewangan

10. Apakah Anwar Menjadi Agen CIA?

11. Yahudi Di Belakang Anwar

12. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

13. Anwar juga penganut nepotisme



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Konspirasi Anwar Terdedah




Konspirasi Anwar Terdedah


Oleh Yahaya Ismail

Oleh kerana ia memakai berbagai-bagai jenis topeng yang berwarna-warni untuk menyesuaikan diri dalam berbagai golongan masyarakat maka sukar bagi seseorang hendak mengetahui siapakah orang yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Dengan menggunakan khidmat nasihat dari Institut Kajian Dasar (IKD) dalam negara dan Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Doughlas H. Paal yang pernah berkhidmat dengan Dewan Keselamatan Negara maka besar kemungkinan Anwar menjadi agen CIA.

Kedua pertubuhan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi imej Anwar sebagai pemimpin politik bertaraf antarabangsa dengan harapan ia dapat menggerhanai ketokohan PM sendiri. Tidak pernah sebelum ini seorang Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kewangan mempunyai suatu pertubuhan tertentu untuk menjaga imej ketokohan mereka baik di peringkat nasional apa lagi internasional.

Datuk Murad dalam keterangan bersumpahnya menyatakan Anwar telah menyumbangkan US$10 juta (RM38 juta) kepada pertubuhan ini yang beribu pejabat di Washington, USA. Anwar dilantik sebagai penaung (patron) kerana memberi sumbangan kewangan tersebut. Tujuan utama ialah untuk membawa hubungan yang mesra antara pemimpin-pemimpin politik dan bisnes Amerika dengan rakan-rakan seperjuangan di Asia Pasifik. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada Amerika untuk memainkan perasaan yang lebih besar dan kreatif di kawasan Asia pasifik yang mencakupi bidang perniagaan, politik, ekonomi dan keselamatan.

Anih bin pelek mengapakah APPC hanya mempunyai seorang pemimpin Asia, iaitu Anwar Ibrahim, sebagai penaungnya tetapi sebahagian besar dari tenaga badan ini terdiri dari tokoh-tokoh politik dan pegawai-pegawai pentadbir Amerika yang pernah berkhidmat dalam badan keselamatan negara Amerika.

Di sini saya senaraikan nama-nama pemimpin APPC untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Penaungnya ialah Anwar Ibrahim. Presiden APPC ialah Douglas H. Paal, David G. Brown (Senior AssociateI, Seth R. Sulkin (Adjunct Fellow) dan James Kuhn (Programme Director). Ahli lembaga amanahnya pula terdiri dari Brent Scowcroft (bekas Penasihat Keselamatan kepada bekas Presiden George Bush dan bekas Lt. Jeneral Tentera Udara Amerika), Robery Orr (bekas duta ke Singapura dan bekas Governor Indiana), Frank Carlucci (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada bekas Presiden Ronald Reagan), dan Dave McCurdy (bekas pengerusi, Democratic Leadership Council dan bekas ahli Kongres Amerika).

Dari senarai para pemimpin APPC ternyata ia mempunyai hubungan yang rapat dengan jabatan pertahanan dan keselamatan Amerika. Malah bolehlah dikatakan APPC ini adalah sebuah front badan perisikan Amerika untuk menyebarkan pengaruh dan kuasa politik Amerika ke bahagian Asia Pasifik. Jelas kepada kita Anwar terlibat secara langsung dalam penubuhan dan pengurusan badan ini melalui sumbangannya sebanyak US$10 juta.

Apakah muslimat Anwar untuk membiayai sebuah pertubuhan di Amerika yang didalangi oleh bekas Setiausaha Pertahanan Amerika dan beberapa orang Penasihat Keselamatan yang terkemuka itu?

Jawapannya jelas. Anwar hendak menggunakan badan ini, selain dari hubungan peribadinya dengan beberapa pemimpin kerajaan Amerika dan Yahudi untuk membantunya melaksanakan konspirasinya bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat sekarang. Sebagai bekas penasihat pertahanan dan keselamatan negara Amerika tentulah mereka mempunyai berbagai cara, haram dan halal, sah dan tidak sah, untuk merancangkan penggulingan sesebuah kerajaan di mana saja di atas muka bumi ini yang tidak disenangi Amerika.

Di samping itu badan ini juga, dengan kepakaran dan hubungannya yang terus dengan kerajaan Amerika, dapat membantu Anwar dalam berbagai perkara untuk menjayakan hasrat politiknya, iaitu menjatuhkan pimpinan Mahathir. Sememangnya Amerika membenci Mahathir tersingkir. Penggantinya sudah ada iaitu Anwar yang sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan sanggup pula membiayai pertubuhan asing bagi kegunaannya kelak.

Tetapi Anwar telah melampaui batas dalam tindak-tanduknya untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan menggunakan sokongan, bantuan serta kebijaksanaan kuasa asing.

Murad mendedahkan bahawa Anwar mahukan APPC menguruskan rezab Bank Negara Malaysia dan KWSP yang berjumlah RM50 billion sebagai membalas jasa dan perkhidmatan APPC untuknya. Ini pengkhianatan nombor wahid! Tidak pernah terdengar seorang menteri kewangan sebuah negara sanggup menyerahkan kepada orang asing menguruskan rezab simpanan negara. Bagaimanakah dia boleh membuat cadangan demikian memperjudikan wang kepunyaan rakyat dan negara Malaysia kepada sebuah pertubuhan asing, APPC, yang memberi perkhidmatan untuk menjaga kepentingan seorang individu, Anwar Ibrahim?

Nasib baik pihak Bank Negara tidak melaksanakan hasratnya yang boleh ditafsirkan sebagai menyalahgunakan wang rakyat dan negara untuk tujuan politik peribadinya. Sikap tidak bertanggungjawab dan menjadi talibarut asing tidak membayangkan dia sebagai seorang patriot, malah sebagai pejuang Islam yang ia laung-laungkan itu. Allah masih sayang kepada rakyat dan kerajaan negara kita dan menyelamatkan kita dari belenggu asing gara-gara seorang pejuang Islam yang mengamalkan homoseks dan gila kuasa.

Inilah sikap dan perjuangan seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam yang sanggup membiayai pertubuhan asing atas usaha pemimpin-pemimpin terkemuka Amerika terdiri dari bukan Islam untuk ia gunakan bagi menjatuhkan kepimpinan Islam di negaranya sendiri! Bukankah ini pengkhianatan namanya? Apakah mereka yang menyokong Anwar masih buta matahari dan tidak dapat melihat konspirasi Anwar itu?

Sekiranya anda patriot bangsa, pejuang Islam tulen, yang ada maruah dan berilmu sanggupkah anda menerima kepimpinan seorang rakyat Malaysia yang menjadi orang suruhan kuasa asing? Waktu Mahathir dan Musa Hitam menentang Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas peristiwa 13 Mei 1969 mereka tidak menggunakan pertubuhan asing ataupun kuasa asing membantu mereka. Akhirnya mereka dipecat dari UMNO dan mereka tidak mengemis meminta bantuan Amerika, Britain ataupun media barat untuk menjulang mereka. Begitu juga dengan Ku Li, Rais Yatim dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang mendirikan semangat Melayu 46. Mereka tidak menjilat pemimpin-pemimpin asing, khasnya barat, untuk meminta bantuan moral, politik atau pun wang ringgit bagi menentang kerajaan UMNO/BN.

Mereka semuanya ada maruah, ada harga diri. Mereka tidak seperti Anwar yang sanggup membiayai pertubuhan asing didalangi oleh penasihat-penasihat keselamatan negara Amerika untuk membantunya. Apakah ini jenis pemimpin Islam yang dikagumi oleh para taksub yang buta mata hati? Apakah anda tidak dapat menilai antara pemimpin yang patriotik dengan pemimpin yang menjadi Sang Rajuna Tapa yang sanggup menjadi pengkhianat kepada negara sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Bahawa dengan adanya IKD dan APPC yang dibiayai berjuta-juta ringgit oleh Anwar menunjukkan dia mempunyai agenda politiknya? Barangkali jin afrit untuk tujuan politiknya? Barangkali jin afrit dalam lampu ajaib Aladdin sendiri pun tidak berupaya hendak membekalkan wang sebanyak itu. Apakah Amerika atau kuasa-kuasa asing tertentu yang membantunya dengan wang ringgit berbillion ringgit? Kita tidak pasti.

Memandangkan dia mempunyai banyak sahabat yang berpengaruh di Washington boleh jadi juga Uncle Sam menghulurkan derma “ikhlas” yang lumayan kepadanya memandangkan statusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Barangkali Amerika “melabur” pada batang tubuhnya yang kononnya akan menggulingkan Mahathir dan melantik dirinya sendiri sebagai PM yang baru yang 100% pro Amerika dan Barat!


Besar kemungkinan RM3 billion dalam simpanan 20 master account itu diperolehi melalui tumbuk rusuk atau kick back dari projek-projek kerajaan yang diswastakan. Kroni-kroninya yang menjadi jutawan terkejut sudah pasti akan menderma secara ikhlas tetapi bersembunyi untuk membantu Anwar dalam konspirasi menumbangkan Mahathir dan kerajaan.

Dalam surat bersumpahnya yang diedarkan kepada para wartawan Datuk Murad dengan berani mendedahkan mereka dan kumpulan tertentu yang mendapat habuan dari Anwar. Dia mengaku bahawa Anwar memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan wang dari master accountnya untuk dibayarkan kepada individu-individu tertentu dan juga pertubuhan dari tahun 1992 hingga 1997.

Anwar menerima RM50 juta dari akaun tersebut, Dato (sekarang Tan Sri) Abdullah Ahmad (Bangsa-Bangsa Bersatu)- RM 5juta, Dato’ Nasaruddin Jalili – RM 10 juta, Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan Douglas H. Paal – RM38 juta (US$10 juta), Institut Kajian Dasar (IKD) yang dipimpin oleh Kamaruddin Jaafar – RM5 juta, Aliran dan Dr. Chandra Muzaffar – RM5 juta, ABIM – RM5 juta, International Institute of Islamic Thoughts (IIIT) yang dipimpin oleh Prof Syed Naquib al-Attas – RM2 juta, sebuah yayasan Islam di Britain – RM 1 juta. Jumlah semua RM121 juta.

Datuk Murad juga diberitahu bahawa Anwar memberi arahan kepada Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Philio Allied Berhad yang juga menguasai Phileo Allied Bank, menerima Shamsidar dan seorang Encik Rahman bekerja di syarikat Tong. Shamsidar ialah isteri bekas setiausaha sulit Anwar, Azmin Ali.

Menurut keterangan Ummi Hafilda, adik Azmin, kakak iparnya ini mempunyai hubungan sulit dengan Anwar seperti mana yang dinyatakan dalam suratnya kepada Perdana Menteri pada tahun 1997 yang lalu. Shamsidar dikaitkan diberi gaji yang lumayan, sebuah Audi dengan seorang pemandu oleh syarikat Tong tanpa perlu bekerja sepenuh masa.

Datuk Murad juga mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkannya untuk menjalankan beberapa urusan korporat bagi menjaga kepentingan kroni-kroni Anwar. Antara yang paling besar ialah pengambilalihan Sikap Power, syarikat yang memegang konsesi Independent Power Project (IPP) di Lumut Perak kepada MRCB. MRCB selepas itu memasukkan Sikap Power ke dalam anak syarikatnya Malakoff Berhad. Adakah dipercayai RM50 juta telah dimasukkan ke dalam akaun politik Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Murad lagi Tong Kooi Ong diperkenalkan oleh Murad kepada Anwar hingga ia menjadi salah seorang kroni yang dipercayai dan memperolehi berbagai-bagai faedah dari persahabatan dengan bekas Menteri Kewangan tersebut. Dikatakan oleh Tong kepadanya bahawa dia, Tong, telah membuka master account untuk menyalurkan segala sumbangan kewangan untuk kepentingan politik Anwar. Akaun ini dikawal oleh Tong sendiri.

Master account ini memperolehi berbagai-bagai hasil dari saham dan hartatanah. Pada suatu ketika Tong memberitahu Datuk Murad nilai hasil dari saham dan hartatanah master account ini sekitar RM200 juta. Tidak kurang dari 20 master account dimiliki oleh kroni-kroni Anwar untuk menjaga kepentingan politik Anwar yang hasilnya melebihi RM3,000 juta atau tiga billion!

Inilah jenis manusia pemimpin yang julang tinggi kesucian Islam yang kononnya anti-korupsi, anti penyelewengan, tidak punya kroni dan amat telus dalam semua urusan!

Nah, kalau Anwar berani mempertikaikan tuduhan Datuk Murad sila menafikan segala tuduhan Murad dalam statutory declaration juga.

Seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang taksub, yang buta matahati, hendak tahu apakah pejuang Islam ini berani menyaman dan membuat kenyataan penafian secara sumpah seperti Murad. Sekiranya Anwar tidak berani membuat kenyataan bersumpah bermakna dia mengaku segala tuduhan Murad sebagai benar belaka. Sekarang dia terkulat-kulat hendak mencari jalan dan pembohongan untuk menafikan semua tuduhan Murad itu.

Sekarang seluruh rakyat Malaysia hendak tahu pendirian Anwar. Buat kenyataan bersumpah menolak segala tuduhan Murad, dan heret Murad ke mahkamah atau tuduhan memfitnah dan lain-lain lagi. Kalau dia diam membisu, tidak membuat kenyataan bersumpah seperti Murad bermakna dia bersalah dan menjadi penjenayah kolar putih yang paling memalukan. Surat bersumpah itu boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Sesiapa yang membuat surat bersumpah dan didapati isinya palsu maka dengan sendirinya dia akan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun. Justeru itu hingga saya menulis rencana ini tidak seorang pun yang namanya tersiar dalam surat sumpah Murad sanggup mengemukakan surat bersumpah seperti Murad untuk menolak tuduhan bekas penolong gavernor Bank Negara tersebut. Mereka tahu risikonya dan mereka tidak mahu mencari na’as memberi keterangan palsu secara surat bersumpah.

Apakah politikus yang menikus ini boleh membuktikan bahawa dia seorang yang super bersih, tidak punya master account bernilai RM3 billion di mahkamah? Atau dia dan juak-juaknya akan berkata Datuk Murad membuat fitnah untuk menjatuhkan maruah pejuang Islam? Okay, kalau Murad dikatakan membuat fitnah silalah menyamannya di mahkamah. Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai Datuk Murad dan beberapa orang lagi yang pernah diperalatkan Anwar akan tampil ke depan untuk membongkar dan melondeh segala rahsia penyelewengan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin ABIM ini. Kalau Anwar menganggap maruahnya tercemar dengan pendedahan itu silalah memulihkan balik maruahnya dengan mengheret Murad ke mahkamah.

Pendedahan Murad bukan lakonan keracunan arsenik kelas filem Bollywood bermutu rendah. Sebagai seorang patriot bangsa beliau sanggup menghadapi segala risiko. Dia berasa bersalah terhadap rakyat dan juga kerajaan kerana terlalu mengagumi Anwar hingga sanggup dijadikan alat dan melaksanakan segala arahannya yang merupakan sebagai penyelewengan dan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Mahathir.

Dia cepat insaf tentang mainan kongkolikong Anwar dan kini ingin menebus dosanya terhadap rakyat dan kerajaan. Dia sanggup menghadapi segala risiko dari tindakannya itu. Sebagai seorang patriot dia, Datuk Murad, yakin dengan pendedahan itu dia dapat kembali menebus segala dosanya sebagai talibarut Anwar. Inilah semangat seorang pahlawan seorang patriot, seorang kesatria yang cinta kasihnya hanya untuk tanahair yang tercinta, rakyat yang aman damai dan kepimpinan kerajaan yang banyak menabur bakti dan jasa kepada semua.

Anwar banyak melemparkan tuduhan kononnya Tun Daim membawa keluar RM10 billion dengan kapal terbang dan meletakkan beg duit di sampingnya! Banyak lagi menteri dan juga PM yang dicemari Anwar dengan berbagai tuduhan liar tanpa bukti yang super kukuh. Nah, sekarang giliran dia pula dituduh menyimpan 20 master account yang bernilai ebih dari RM3 billion untuk tujuan politiknya. Ini bukan tuduhan liar. Ada bukti dan Datuk Murad berani menentang Anwar di mahkamah untuk membogelkan segala bahan-bahan buktinya kelak. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya inta yang maha lebih!

Seperti cacing kepanasan Anwar dan para kroninya kini menjadi sorotan paling istimewa dari seluruh rakyat. Datuk Murad berkata dia juga diarah oleh Anwar untuk menyelesaikan hutang Marina Yusof dengan bank-bank tempatan sebanyak RM20 juta.

Murad mengemukakan permohonan Marina kepada Tabung Pemulihan Usahawan untuk menyiapkan bangunannya di Jalan Tun Razak iaitu Marinara. Pada waktu itu Marina sudah keluar dari Semangat 46 dan dia banyak terhutang budi kepada Anwar yang membantunya menyelesaikan hutang-hutangnya.

Sewaktu dalam Semangat 46 Marina pernah mengecam Mahathir dan Tun Daim yang dikatakan cuba menghalangnya dari mendapatkan pinjaman bank. Lalu secara diam-diam dia berjinak dengan Anwar untuk mendapatkan bantuan bagi menjelaskan hutangnya bernilai berjuta-juta ringgit di samping mendapatkan pinjaman bagi menyiapkan Marinara. Dengan kata lain, Marina juga ada kepentingan peribadi menyertai kabilah Anwar. Yang lucunya kedua bekas ahli UMNO ini mengecam UMNO tetapi melalui UMNO itulah kedua-duanya menjadi kaya raya. Marina juga boleh menyaman Murad dan jangan salah ibu mengandung sekiranya senjata kembali makan tuan. Tapi seperti orang lain juga nama mereka didedah oleh Murad, Marina juga tidak berani hendak menyaman Murad atau menyatakan bantahan secara surat bersumpah.

Chandra Segaran Pillai Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan juga dituduh menerima habuan sebanyak RM5 juta untuk dirinya dan Aliran yang pernah dipimpinnya. Dia juga dikatakan hendak menyaman Murad. Silakan. Chandra pernah menjadi Presiden Aliran dan sangat anti kerajaan dalam majalah tersebut. Bila dia meninggalkan Aliran tiba-tiba muncul pula sebagai ketua Just World yang pada mulanya mengambil sikap anti Barat dan pro kerajaan.

Setelah mendapat kedudukan penting sebagai pengarah pusat tamadun atas ihsan Anwar melalui seorang kroni Anwar yang menjadi salah seorang Naib Canselor di Universiti Malaya Chandra telah mengambil sikap pro Barat pula. Ini bersesuaian dengan sikap Anwar sendiri yang pro Amerika dan Barat. Chandra tidak lagi menari menurut rentak tabla tetapi sudah berjinak-jinak dengan cha cha cha. Dia juga ada kepentingan diri dan bergayut kepada Anwar kerana mengenangkan budi Anwar kepadanya. Dia dikatakan menjadi “penasihat politik” kepada Wan Azizah yang naif politik dan barangkali dengan nasihat Chandra maka Keadilan menjadi parti politik berbilang kaum seperti Gerakan tanpa mempunyai suatu garis perjuangan yang tegas dan nyata kecuali hendak memulihkan semula bang Nuar yang tercinta sebagai bakal Perdana Menteri!

Pendedahan Murad terhadap kemungkaran Anwar sangat memeranjatkan termasuk setengah lutung, kera, beruk dan kaldai yang taksub kepadanya. Hari ini orang inginkan bukti yang kukuh bukan lemparan tohmah dan fitnah semata-mata. Jangan membuat helah ada dalang di belakang Murad untuk menyembunyikan kelemahan dan kemungkaran individu-individu yang bersekongkong dengan Anwar. Orang ramai hendak tahu yang sebenarnya. Anwar kena telus, buktikan kejujurannya bahawa dia tidak mempunyai simpanan RM3 billion seperti yang didedahkan Murad. Kalau dia pernah mengecam kepimpinan Mahathir yang dianggap korap, tidak telus, tidak demokratik, banyak kroni dan mengamalkan nepotisme, nah, sekarang Murad sanggup menghadapinya di mahkamah untuk membawa berbagai bukti mengenai penyelewengannya.

Sebaik-baiknya tiga Abdul dalam PAS patut memujuk Anwar membuat dokumen sumpah seperti Murad dan menggesa dia menyaman Murad secepat mungkin. Kalau alim ulama PAS tahu berlaku kemungkaran, apalagi yang dilakukan oleh bakal PM kerajaan Barisan Alternatif (sekiranya Allah dan rakyat merestuinya) maka kenalah ambil tindakan secara Islam. Bukankah PAS juga anti korapsi dan inginkan keadilan yang sejati?
Sekiranya PAS membisu (kerana terlalu terkejut dengan pendedahan itu) maka rakyat Malaysia akan menuduh PAS juga merestui penyelewengan dan barangkali tumpang sekaki.

Nah sekiranya DAP, PAS, Keadilan dan PRM benar-benar hendak menunjukkan mereka berpegang kepada prinsip perjuangan untuk menunjukkan mereka berpegang kepada prinsip perjuangan untuk menunjukkan ketelusan dan anti penyelewengan maka mereka mestilah mendesak Anwar membuat dokumen sumpah seperti Murad menidakkan segala tuduhan-tuduhan bekas penolong gavernor Bank Negara itu. Besar kemungkinan parti-parti pembangkang akan melemparkan berbagai tuduhan terhadap Murad sebagai alat PM dan UMNO/BN untuk menghancurkan masa depan Anwar. Sebenarnya masa depan Anwar dalam politik semakin gelap sekiranya dia tidak dapat membuktikan bahawa dia super bersih, lebih bersih dari sabun feb berbuku keras.

Mahathir membuat kesilapan besar bila melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan. Beliau juga terpukau seperti orang lain tentang perjuangan Islam yang dipertontonkan Anwar kepada khalayak ramai. Dia tidak menyangka anak pungut dalam belentra politik jalanan sanggup menggigitnya kembali setelah diberi layanan, bimbingan dan penghormatan yang tidak ia mimpikan kalau masih kekal sebagai mudir Yayasan Anda. Sekali air bah sekali pasir berubah. Dari capal Jalan Masjid India sudah bertukar kepada sepatu kulit buatan tangan khas dari Itali yang berharga beribu ringgit.

Ini Anwar yang angguk tunjuk taat setia kepada ketuanya di hadapan rakyat dan para perwakilan UMNO tetapi di belakang berlakon sebagai Brutus. Dia mempunyai agenda politiknya yang tersendiri sejak ia berdir megah sevagai Timbalan Presiden UMNO dan melupai goresan hati para pejuang UMNO tulen bila ia menjijak lambang UMNO di masa lalu.

Pelanduk lupa jerat tetapi jerat tidak lupa pada pelanduk. Dia terlalu banyak menambah musuh dalam UMNO oleh kerana runtuhan nafsu untuk menguasai parti itu dan akhirnya mahu menumbangkan Mahathir yang memungutnya di masa lalu. Di abercakap tentang keadilan dan demokrasi tetapi selaku pengerusi jawatankuasa disiplin UMNO dia sendiri tidak mengamalkan keadilan dan menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ahli tanpa dipanggil membela diri.

Dia mengatakan Mahathir mengamalkan kronisme dan nepotisme tetapi dia berjaya mengumpul harta dan wang ringgit bernilai RM3 billion untuk tujuan politik di samping memperkayakan para kroninya sendiri. Dia mengatakan moral setengah menteri becat, membawa perempuan melalui bilik VIP di airport tetapi dia sendiri mengamalkan homoseksualiti yang dilaknati Allah. Dia berlagak sebagai pejuang Islam tetapi meminta bantuan pemimpin-pemimpin Kristian dan Yahudi untuk menumbangkan seorang pemimpin Islam yang besar jasanya kepada negara, agama dan bangsa.

Dia menjadi imam, membaca khutbah dan menatang firman Allah dan sabda Nabi tetapi dia juga membuat hubungan homoseks dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Kita salut Anwar kerana kehebatannya sebagai pelakon yang memakai berbagai topeng hingga dapat mengelirukan rakyat. Tidak semua pemimpin politik boleh berlakon sepertinya.

Anwar merancang tapi Allah menghalang. Walaupun dia merancang konspirasi untuk menyingkirkan PM dan menghancurkan perpaduan dan kekuatan ummah dan menimbulkan ketegangan kaum namun dia tetap gagal. Kini rakyat sudah tahu siapa Anwar sebenarnya. Tembelangnya sudah terdedah. Rakyat Malaysia yang cinta damai dan inginkan kemajuan dan pembangunan akan tetap memberi mandat serta sokongan hangat kepada UMNO/BN. Mereka tidak mahu 42 tahun kehidupan dan kemajuan yang gemilang hendak diganti dengan gerombolan parti-parti pembangkang yang kahwin mut’ah, tidak ada track record memimpin negara dan ditonjolkan pula seorang homoseks sebagai bakal PM mereka. Nahe, nahe, wanak. No, no.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Gus Dur: Bapak Pluralisme Indonesia




Gus Dur: Bapak Pluralisme Indonesia


Syafi’i Anwar mengatakan bahawa Gus Dur adalah bapak pluralisme Indonesia. Wimar Witoelar menambah Gus Dur bukan setakat bapak pluralisme Indonesia tetapi juga bapak plularisme dunia, sebagai isyarat menunjukkan dunia kini kekurangan tokoh pluralisme kerana didominasi oleh pemimpin eksklusif (hanya satu agama terbaik).

Kenyataan-kenyataan di atas diucapkan dalam pelancaran buku ‘Islamku, Islam Anda, Islam Kita’ karya Gus Dur.

'Pluralisme' dan 'Pembelaan' adalah dua kata kunci yang terkandung dalam kumpulan tulisan Gus Dur itu. Tulisan bermula dari perspektif korban, terutama kumpulan minoriti agama, gender, keyakinan, etnis, warna kulit dan posisi sosial.

‘Tuhan tidak perlu dibela,’ kata Gus Dur, tetapi umatNya atau manusia pada umumnya perlu dibela. Salah satu kesinambungan dari pembelaan adalah kritik, dan kadang kala terpaksa mengecam, jika sudah melampaui ambang toleransi.


Komentar Syafi’i Anwar dan Wimar Witoelar disusuli pula oleh Bambang Harymurti dan akhirnya Gus Dur sendiri dalam acara pelancaran buku ‘Islamku, Islam Anda, Islam Kita’ sekaligus perayaan hari ulang tahun kedua The Wahid Institute, badan pemikir Gus Dur.


Penggerak pluralisme Indonesia : Dari kiri, Bambang Harymurti, (Editor in Chief Mingguan Tempo Newsmagazine & wakil majalah TIME); Wimar Witoelar (pengamal media & jurucakap Gus Dur semasa jadi Presiden Indoensia) ; Yenny Wahid, (anak Gus Dur/Pengarah Wahid Institute); Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia); Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies - CSIS); Prof Dr M. Din Samsudin (Pengerusi Muhammadiyyah); Erry Riyana, (Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK); Abdul Aziz (Pusat Lembaga Pendidikan Ma'arif Nahdlatul Ulama); Jusuf Wanandi (Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia.


Turut hadir di Hotel Aryaduta pada 21 September antara lain adalah ; Bambang Harymurti, Dawam Rahardjo, Erlan Suparno (Menteri Tenaga Kerja), Hariman Siregar, Jaya Suprana, Luhut Panjaitan (mantan Menteri Perindustrian dan Perdagangan), Mahfud MD (mantan Menteri Pertahanan), Marsillam Simandjuntak (mantan Sekkab dan Jaksa Agung), Dr. Nikolaos van Dam (Duta Besar Belanda), Rosiana Silalahi, Roy BB Janis, Sarwono Kusumaatmadja, Shaban Shahidi Moaddab (Duta Besar Iran), Todung Mulya Lubis, dan Taufik Kiemas.



Dalam sambutan itu selaku pemberi Kata Pengantar buku tersebut, Pengarah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) M. Syafi’i Anwar (foto) mengatakan sejak awal lagi Gus Dur memihak kepada kelompok minoriti. Komitmen itu ditunjukkan dengan bukti sehingga Indonesia tetap menjadi negara plural. Kerana itu, Gus Dur adalah Bapak Pluralisme Indonesia.




Gus Dur bersama Wimar Witoelar (tengah). Wimar menjadi jurucakap (Setiausaha Akhbar) kepada Gus Dur semasa Gus Dur menjadi Presiden Indonesia 1999-2001. Beliau kelulusan the George Washington University in Washington, DC.


Pendapat tersebut disokong oleh Wimar Witoelar. Bercakap sebagai orang paling rapat dan sahabat keluarga Gus Dur, Wimar mengatakan Gus Dur bukan hanya Bapak Pluralisme Indonesia tetapi juga sudah menjadi Bapak Pluralisme Dunia. Saatnya tepat kerana dunia saat ini sedang kehilangan tokoh-tokoh pluralisme dan sebaliknya didominasi oleh tokoh yang bersikap eksklusif.


Wimar bercerita kembali sewaktu menjadi pembantu Gus Dur selama menjadi Presiden Indonesia. Setiap kunjungan ke luar negera seperti Melbourne dan Washington, masyarakat di sana sangat menyambut hangat kehadiran Gus Dur.

Sokongan ini semakin terasa setelah Gus Dur tidak lagi menjadi Presiden. Bagi dunia tidak penting perkembangan politik di Indonesia, tetapi mereka melihat Indonesia sebagai pusat pluralisme kerana ketokohan Gus Dur dalam bersahabat dengan semua golongan.

Gus Dur dianugerahkan pingat keberanian Yahudi (Medal of Valor) oleh Yayasan Yahudi di Amerika, The Simon Wiesenthal Center. Dari kiri Rabbi Abraham Cooper, C. Holland Taylor (CEO LibForAll Foundation) dan Rabbi Marvin Hier. Rabi Abraham dan Rabbi Marvin adalah Yahudi penggerak The Simon Wiesenthal Center.
Klik di sini






Satu contoh penghormatan luar negera adalah sambutan luar biasa yang diberikan kepada Gus Dur apabila beliau menjadi penceramah utama dalam Kongres American Jewish Committee (AJC) di Washington, DC. Ditambah lagi dengan penampilannya bersama Condoleezza Rice sebagai after-dinner speaker dalam acara penutupan program terbesar kaum Yahudi di Amerika itu.

Gus Dur dan Pope John Paul II




Dalam acara itu Gus Dur duduk bersama sahabatnya Paderi Agung Paris Jean-Marie Lustiger. Masyarakat dunia menaruh harapan pada Indonesia dengan sikap moderat Gus Dur yang menarik perhatian dunia setelah peristiwa 11 September 2001.




Sementara itu, Gus Dur dalam pidatonya mengatakan pluralisme yang menjadi isi buku dan roh dirinya diambil dari keputusan Muktamar Nahdlatul Ulama (NU) pada 1935. Muktamar memutuskan untuk menjalankan syariat Islam tetapi tidak perlu negara Islam di Indonesia.

Keputusan tersebut lahir dari pemikiran abangnya KH Hasyim Ashari dan bapaknya KH Wahid Hasyim yang melihat Indonesia sebagai negara plural. Sehingga kini, tokoh-tokoh Islam sebahagian besar menolak Negara Islam. Gus Dur sangat menolak peraturan daerah berdasarkan syariah Islam yang mulai tersebar di Indonesia.

Buku ‘Islamku, Islam Anda, Islam Kita’ telah diminta untuk dialihbahasakan ke tujuh bahasa iaitu Jerman, Belanda, Perancis, Inggeris, Jepun, Korea dan China.


AIDC menterjemah artikel Perspektif Online. Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan

1. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

2. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

3. Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?

4. Holocaust : Gus Dur Bela Yahudi, kecam Presiden Iran, Ahmadinejad

5. Delegasi Muslim Indonesia naungan Gus Dur berkunjung ke Israel

6. Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel ?

7. Gus Dur Benar-benar Agen Yahudi?

8. Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme

9. Gus Dur Tetap Mahu Jadi Calon Presiden Indonesia 2009

10. Perjalanan Seorang Missionari Amerika ke Dunia Islam

11. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

12. Bagaimana operasi The Asia Fondation menaja organisasi Islam Liberal di Indonesia ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Model Anwar Ibrahim : Masyarakat Madani dan Masyarakat Plural di Indonesia




Model Anwar Ibrahim : Masyarakat Madani dan Masyarakat Plural di Indonesia


Lahirnya istilah "Masyarakat Madani" di Indonesia bermula dari gagasan Dato Anwar Ibrahim, ketika itu sedang memegang jawatan sebagai Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika berucap dalam Simposium Nasional, Forum Ilmiah, Festival Istiqlal, Indonesia pada 26 september 1995.

Istilah 'masyarakat madani' sebenarnya masih baru, dikutip dari pemikiran Prof. Naquib al-Attas seorang ahli falsafah kontemporari dari Malaysia. Kemudian diperakui oleh beberapa pakar di Indonesia termasuk Nurcholish Madjid yang telah melakukan rekonstruksi (pengulangan semula) terhadap masyarakat madani dalam sejarah Islam dalam artikelnya “Menuju Masyarakat Madani”.[1]

Dewasa ini, istilah masyarakat madani semakin kerap disebut, mula-mula hanya terbatas di kalangan intelektual, misalnya Nurcholish Madjid, Emil Salim, dan Amien Rais. Tetapi perkembangannya menunjukkan istilah masyarakat madani juga telah disebut-sebut oleh tokoh-tokoh pemerintahan dan politik, misalnya mantan Presiden B.J. Habibie, Wiranto, Soesilo Bambang Yudoyono dan ramai lagi.[2]

Masyarakat madani atau yang disebut pihak Barat sebagai "Civil Society" mempunyai prinsip asas pluralis, toleransi dan hak asasi manusia serta terkandung di dalamnya prinsip 'demokrasi'.

Sehingga kini masyarakat madani dalam erti kata negara telah menjadi satu cita-cita untuk negara Indonesia, meskipun sebenarnya dalam wilayah-wilayah tertentu, kehidupan yang menyentuh prinsip asas masyarakat madani itu sudah dipraktikkan.

Sebagai bangsa yang pluralis dan majmuk, model masyarakat madani merupakan satu model mayarakat Indonesia demi mewujudkan integriti sosial dan integriti nasional.

Mencari kesepadanan perkataan “masyarakat madani” dalam laras bahasa Indonesia memang agak sukar. Kesukaran ini tidak hanya disebabkan terdapat hambatan psikologi untuk menggunakan istilah-istilah tertentu yang berbau Arab-Islam tetapi juga kerana tiadanya pengalaman empiris penerapan nilai-nilai “masyarakat madaniyah” dalam tradisi kehidupan sosial dan politik bangsa Indonesia.

Namun banyak pihak yang menyamakan istilah ini dengan istilah 'civil society', 'societas civilis' (Romawi) atau koinonia politike (Yunani). Padahal istilah “masyarakat madani" dan "civil society" berasal dari dua sistem budaya yang berbeza.

Masyarakat madani merujuk kepada tradisi Arab-Islam sedangkan "civil society" merupakan tradisi Barat yang bukan Islam. Perbezaan ini boleh memberikan makna yang berbeza apabila dikaitkan dengan konteks kemunculan istilah itu.[3]

Dalam bahasa Arab, kata “madani” berkaitan dengan kata “madinah” atau ‘kota”, sehingga masyarakat madani lebih cenderung dimaksudkan 'masyarakat kota' atau 'negara kota' . Meskipun begitu, istilah 'kota' di sini, tidak lah merujuk semata-mata tentang kedudukan geografi, tetapi juga merujuk sifat-sifat tertentu yang sepadan dengan penduduk sebuah kota.

Maksudnya masyarakat madani tidak semstinya berasal dari masyarakat yang berada di kota, tetapi yang lebih penting adalah memiliki sifat-sifat yang sewajarnya dengan masyarakat kota, iaitu yang berperadaban.

Dalam kamus bahasa Inggeris diertikan sebagai “civilized”, yang bermaksud memiliki peradaban (civilization), dan dalam kamus bahasa Arab, perkataan “tamaddun” juga bermaksud peradaban atau kebudayaan tinggi. [4]

Penggunaan istilah masyarakat madani dan civil society di Indonesia sering disamakan atau digunakan secara bergantian. Perkara ini berlaku kerana makna di antara keduanya mempunyai persamaan prinsip asasnya, meskipun berasal dari latar belakang sistem budaya negara yang berbeza.

Dari sudut konsep sosiologiAdam Seligman mengemukakan dua jenis penggunaan istilah "Civil Society". Pertama dalam perlembagaan dan organisasi sebagai model sosiologi politik dan kedua sebagai suatu fenomena dalam dunia nilai serta kepercayaan.

Untuk perkara pertama, civil society dijadikan sebagai model peraturan perlembagaan. Dalam pengertian ini, civil society dijadikan kosa kata khusus untuk memperkuatkan idea demokrasi, yang menurut Seligman dikembangkan oleh T.H. Marshall. Atau dengan kata lain, kosa kata civil society sama dengan kosa kata "demokrasi". Dan civil society ini merupakan objek kajian dalam dunia politik (sosiologi politik, antropologi politik dan social thoughts) .

Sedangkan untuk perkara kedua, civil society menjadi wilayah kajian falsafah yang menekankan tentang perinsip nilai dan kepercayaan. Menurut Seligman, kajian civil society sekarang ini lebih terarah kepada kombinasi antara konsep durkheim (kajian tentang moral individualism) dan konsep Weber (kajian rasionaliti bentuk modern organisasi sosial), atau Talcott Person (kajian tentang karisma Weber dan individualism Durkheim).[5]

Pemetaan tentang civil society pernah dilakukan oleh Michael W. Foley dan Bob Edwards yang menghasilkan Civil Society I dan Civil Society II. Namun dalam perkembangannya , terdapat analisis yang mencakupi dari kedua aspek (civil Society I dan II), hingga menghasilkan kombinasi atau model Civil society III.

Dalam wacana civil society I di Indonesia lebih menekankan aspek horizontal dan biasanya dekat dengan aspek budaya. Civil society di sini erat dengan “civility” atau keberadaban dan “fraternity”. Aspek ini dibahas pemikir masyarakat madani atau madaniah yang berusaha melihat relevannya konsep tersebut (seperti “indigenisasi”) dan menekankan aspek toleransi antara agama.

Penganalisis utama dalam kelompok ini adalah Nurcholish Madjid yang berusaha melihat civil society berkaitan dengan masyarakat kota madinah pada zaman Rasulullah. Menurutnya, piagam madinah merupakan dokumen politik pertama dalam sejarah umat manusia yang meletakkan dasar-dasar pluralisme dan toleransi, manakala toleransi di Eropah (Inggeris ) baru bermula dengan The Toleration Act of 1689.[6]

Penggunaan konsep madani ini mendapat kritikan daripada kelompok pemikir Muhammad Hikam di Indonesia. Dia lebih suka menggunakan konsep asal dari versi Barat iaitu “civil society’. Perdebatan utamanya terletak pada bentuk masyarakat ideal dalam civil society tersebut. Walaupun kedua kelompok tersebut lebih dekat dengan “Islam cultural” namun contoh masyarakat Madinah kurang mencerminkan relevannya di Indonesia.[7]

Selain civil society dan masyarakat madani, konsep masyarakat warga atau kewargaan digunakan pula oleh Ryaas Rasyid dan Daniel Dhakidae.

Dalam wacana civil Society II memfokuskan tentang aspek “vertical” dengan mengutamakan otonomi masyarakat terhadap negara dan lebih cenderung dengan aspek politik. Dalam civil society II, istilah “civil” dekat dengan “citizen’ dan “liberty”. Terjemahan yang diIndonesiakan adalah Masyarakat Warga atau masyarakat kewargaan dan digunakan oleh ilmuwan politik .

Pemahaman civil society II intinya menekankan hubung kait di antara individu (keluarga) dengan negara yang relatif autonomi dan mandiri. Namun, terdapat perdebatan apakah parti politik atau konglomerat termasuk di sini atau apakah semua organisasi yang bukan negara merupakan civil society. Jadi civil society II mempunyai makna yang beragam dan ada pula yang mndefinisikan “civil society’ sebagai “the third sector” yang berbeza dari pemerintah dan pengusaha.[8]

Pembahasan civil society III merupakan usaha untuk mempertemukan civil sosiey I dan civil society II. Kombinasi antara Civil society I dan II yang menjadi civil society III telah dibahas oleh Afan Gaffar di bukunya Politik Indonesia; Transisi Menuju demokrasi (1999). Dibahas pula oleh Paulus Wirutomo dalam pidato pengukuhan Guru Besar yang berjudul "Membangun Masyarakat Adab: Suatu Sumbangan Sosiologi"

Konsep civil society III ini dirasakan lebih relevan dengan masyarakat Indonesia di mana keadaan vertical (antara lapisan dan kelas), seperti demokrasi dan partisipasi erat kaitannya dengan situasi horizontal atau SARA. Kedua aspek tersebut mengalami represi (tindakan) dan sejak reformasi 1998 muncul ke permukaan dan memerlukan perhatian dalam proses re-integrasi.[9]

Maka dari itu, perspektif masyarakat madani di Indonesia dapat dirumuskan secara sederhana, iaitu membangun masyarakat yang adil, terbuka dan demokratif, dengan landasan taqwa kepada Allah dalam erti semangat ketuhanan Yang Maha Esa. Ditambah pula dengan nilai-nilai hubungan sosial yang luhur, seperti toleransi dan pluralisme, adalah merupakan lanjutan nilai-nilai keadaban (tamaddun). Sebab toleransi dan pluralisme adalah wujud ikatan keadaban (bond of civility).[10]

Di sini pluralisme tidak dapat difahami hanya dengan mengatakan bahawa masyarakat majmuk, beraneka ragam, terdiri dari pelbagai suku dan agama, hanya menggambarkan kesan fragmentasi, bukan pluralisme.

Pluralisme juga tidak boleh difahami sekedar sebagai “kebaikan negative”, hanya ditilik dari kegunaannya untuk menyingkirkan fanatisme. Pluralisme harus difahami sebagai ‘pertalian sejati dalam ikatan-ikatan keadaban”. Bahkan pluralisme adalah juga suatu keharusan bagi keselamatan umat manusia, antara lain melalui mekanisme pengawasan dan pengimbangan yang dihasilkan.[11]

Di Indonesia, pluralisme dalam keberagamaan dapat dibahagi kepada tiga zaman perkembangannya, iaitu:

1. Pluralisme cikal-bakal. Yang dimaksudkan istilah ini adalah pluralisme yang relative stabil, kerana kemajmukan suku dan masyarakat pada umumnya masih berada dalam taraf statik. Mereka hidup dalam lingkungan yang relative terisolasi dalam batas-batas wilayah yang tetap, dan belum memiliki mobilisasi yang tinggi kerana teknologi komunikasi dan pengangkutan yang mereka miliki belum mencukupi. Agama-agama suku hidup masih terbatas, tidak berhubungan satu dengan lainnya. Keadaan seperti ini tidak banyak berubah sehingga datangnya pengaruh agama iaitu agama Hindu dan Buddha dengan tingkat peradabannya masing-masing.

2. Pluralisme kompetitif. Pluralisme jenis kedua ini kira-kira mulai abad 13 ketika agama Islam mulai berkembang di Indonesia, dan kemudian disusuli dengan kedatangan agama Barat atau agama Kristian (baik katolik mahupun Protestan) pada kira-kira abad 15. konflik dan peperangan mulai terjadi di antara kerajaan Islam di pesisiran dengan sisa-sisa kekuatan Majapahit di pedalaman Jawa. Ketika penjajah datang dengan konsep “God, Gold, and Glory”, persaingan antara Islam dan Kristian terus berlangsung hingga akhir abad 19.

3. Pluralisme Modern atau pluralisme organik. Di awal abad ke 20, puncak dominasi Belanda atas wilayah nusantara tercapai dengan didirikannya “negara” Nederland Indie. Kenyataan negara ini menjadi sebuah kesatuan organik yang memiliki satu pusat pemerintah yang mengatur kehidupan berdasarkan hukum dan pusat kekuasaan yang berpusat. Pluralisme SARA memang diperlemah, disegregasikan, , dan dibuat fragmentasi demi kepentingan Belanda. Kemudian usaha-usaha menguatkan SARA pun terjadi dalam peristiwa Sumpah Pemuda 1928 dan proklamasi kemerdekaan 1945.[12]



Nota Kaki


[1] Sufyanto, Masyarakat Tamaddun: Kritik hermeneutis Masyarakat madani Nurcholish Madjid, Jogjakarta, Pustaka Pelajar, 2001.


[2] Ibid.


[3] Achmad Jainuri, Agama dan Masyarakat Madani: Rujukan kasus tentang sikap Budaya, Agama, dan Politik, kata pengantar untuk Sufyanto, Op.Cit.


[4] Mulyadhi Kertanegara, Masyarakat Madani dalam Perspektif Budaya Islam, media Inovasi Jurnal Ilmu dan Kemanusiaan edisi 1 TH-xii/2002.


[5] A. Qodri Abdillah Azizy, Masyarakat Madani Antara Cita dan Fakta(Kajian Historis-Normatif), dalam Ismail dan Mukti, Jogjakarta, Pustaka Pelajar, 2000.


[6] Iwan Gardono Sujatmiko, Wacana Civil Society di Indonesia, Jurnal sosiologi edisi No.9, 2001, Jakarta, Penerbit Buku Kompas.


[7] Ibid.


[8] Ibid.


[9] Ibid.


[10] Sufyanto, Op., Cit.


[11] Munawar-Rachman, Pluralisme dan Teologi Agama-Agama Islam dan Kristen, dalam Th. Sumartana (ed.), Op., Cit.


[12] Th. Sumartana, Pluralisme, Konflik, dan Dialog; Refleksi tentang Hubungan antar Agama di Indonesia, dalam Sumartana (ed.), ibid.



AIDC menterjemah artikel islamkuno Indonesia. Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan :

1. Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?

2. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal, Anwar Ibrahim

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian?

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF’s Regional Director for East and South East Asia

Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?


Dari segi sejarah, Eropah dan Islam telah bertemu beberapa kali. Kali pertama, semasa tentera Muslim menawan Sepanyol, hingga terhenti di bahagian Selatan Perancis pada 732 Tahun Masihi. Penaklukan ini mewujudkan pemerintahan Islam di Sepanyol selama 800 tahun yang digambarkan dalam perkataan Sepanyol,'convivencia' (hidup bersama). Ini merupakan percubaan pertama untuk mengintegrasikan antara kepercayaan Muslim dan Kristian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekarang, dalam peralihan abad ke-21, Eropah perlu mencari bentuk baru yang moden untuk convivencia, kerana di antara 15 hingga 20 juta Muslim telah berhijrah ke Eropah dari tempat asal mereka, sama ada sebagai pekerja sah atau pelarian.

Muslim membawa bersama tradisi mereka dan menyesuaikannya dengan prinsip hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang dalam masyarakat Eropah. Eropah mesti memastikan berjuta-juta Muslim hidup dalam lingkungan mereka, tidak berhadapan dengan sebarang bentuk diskriminasi yang didorong oleh keagamaan.

Pada masa yang sama Eropah tidak boleh menerima amalan dalam masyarakat Muslim yang dilaksanakan bertentangan dengan prinsip utama yang mendasari masyarakat Eropah.

Proses mewujudkan satu rejim baru convivencia Eropah, berdasarkan kepada saling percaya dan toleransi di kalangan semua kumpulan agama, memerlukan satu dialog di antara semua pemegang amanah (aktivis masyarakat).

Oleh yang demikian, Friedrich Naumann Foundation (Yayasan Friedrich Naumann), menjemput wakil terkenal daripada Central Committee of Muslims in Germany (Jawatankuasa Muslim Pusat di Jerman), Turkish-Islamic Union of the Office for Religion (Kesatuan Masyarakat Turki-Islam dari Pejabat Untuk Agama), Islamic Federation Berlin (Persekutuan Islam Berlin), dan Islamic Community Germany (Masyarakat Islam Jerman).

Kesemua mereka bertemu dengan Pengerusi Council of Evangelical Churches in Germany (Majlis Gereja- Gereja Evangelical di Jerman) dan wakil daripada Central Committee of the Catholic Church in Germany (Jawatankuasa Pusat Gereja Katolik di Jerman).

Count Lambsdorff, Pengerusi Friedrich Nauman Foundation telah memberikan ucapan pembukaan dengan menekankan kepentingan untuk mencari penyelesaian bersama berdasarkan prinsip hak asasi manusia dan demokrasi yang liberal.

Sesi berikutnya forum tentang kepercayaan Muslim pada masa ini, negara dan individu Islam yang moden, budaya Muslim dan pendidikan di Eropah, serta turut dibincangkan Islam moden dalam agenda dasar luar dan pembangunan Eropah.

Di antara pakar yang menyertai pertemuan penting ini adalah Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie), bekas Presiden republik Indonesia, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar perlu berada di Malaysia untuk satu kes mahkamah dan telah menyertai sidang video secara langsung dari Kuala Lumpur.

Sumber rujukan adalah Prof. Abdullahi An-Na ’ im (Amerika Syarikat), Francois Zabbal (Perancis), Prof. Amin Abdullah (Indonesia), M.J.Akbar (India) dan Heba Raouf Ezzat (Mesir).

[Nota : Semua nama yang menjadi rujukan Friedrich Naumann Foundation di atas adalah pendokong Islam Liberal yang memperjuangkan pluralisme. Prof. Abdullahi An-Na ’ im - disenaraikan aktivis Islam Liberal oleh Charles Kurzman. klik di sini. Amin Abdullah adalah pendokong Islam Liberal di Indonesia dan menjadi ahli lembaga penasihat Yayasan Amerika di Indonesia - libForAll Foundation - klik di sini. Heba Raouf Ezzat. klik di sini dan M.J.Akbar klik di sini]


Sumbangan mereka dan satu rakaman sesi panel akan dimuatkan dalam laman web Friedrich Naumann Foundation di Jerman.


AIDC menterjemah artikel Friedrich Naumann Foundation. Anwar Ibrahim and Jusuf Habibie speak at FNF conference in Germany. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim



Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal, Anwar Ibrahim


Oleh AIDC

Membaca Perutusan Hari Natal yang ditulis Anwar Ibrahim di dalam blognya pada 24 Disember 2008, terpancar saranan RAND Corporation yang disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation.

Ketua penyunting, Angel M. Rabasa merangkap Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation telah memberi penghargaan khusus kepada Anwar Ibrahim dalam proses membantu menyiapkan laporan "Building Moderate Muslim Networks" pada tahun 2007. Anwar digambarkan dalam kata penghargaan laporan itu telah memberi sumbangan berharga dalam menjayakan penerbitan laporan itu yang ketika itu beliau adalah pensyarah pelawat Universiti Georgetown, Amerika.


Angel M. Rabasa yang pernah bertugas di Jabatan Negara dan Pertahanan Amerika telah menyarankan dalam laporannya, diadakan satu Persidangan Muslim Moderat Sedunia di Cordoba di Sepanyol.

Menurut laporan itu, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap tempat yang strategik kerana di situ memberi makna simbolik dan kesan sejarah silam kepada seluruh umat Islam.

Menurut Angel M Rabasa lagi di Cordoba nanti akan dilancarkan hari pengisytiharan Muslim Moderat melawan Muslim Salafi atau Ekstrimis atau Konservatif yang kesemuanya dilabel sebagai Muslim Fundamentalis. Rujuk saranan RAND Corporation dalam muka surat 144-145, di bawah tajuk "Launching the Initiative". Klik di sini


Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, dua hari lepas menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka.

Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat.

Tulisnya lagi, "saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"

Membaca Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim, klik di sini


Maksud Tersirat Perutusan Hari Natal Anwar

Membaca perutusan Anwar itu beberapa kesimpulan dapat dibuat.

Pertama; Anwar mendakwa negara Malaysia, walaupun sudah merdeka 51 tahun, tetapi masih gagal dalam hubungan antara agama. Dakwanya jurang antara agama di Malaysia khususnya di antara Kristian dan Islam semakin melebar ekoran daripada dasar-dasar kerajaan yang lebih mementingkan agama Islam. Maksudnya dasar-dasar kerajaan yang berpandukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam ialah ugama bagi Persekutuan telah mendominasi agama-agama lain terutamanya Kristian.

Kedua; Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan Islam di Malaysia yang mewakili majoriti rakyat Malaysia. Monopoli Islam ditranformasi dengan penerapan Islam dalam pentadbiran termasuk dalam bidang perundangan sehingga terbentuknya Mahkamah Syariah. Pada pendapatnya sepatutnya jurang perbezaan antara Islam dan Kristian di Malaysia didekatkan, walaupun penganut Kristian hanya mewakili 15 peratus mewakili rakyat negara ini.

Ketiga; Antara bukti jurang antara agama di negara ini semakin melebar, dengan penolakan secara total Dialog Antara Agama, Forum Antara Agama (Forum Memeluk Islam), Kes murtad yang lebih memberi ruang kepada Islam seperti kes Moorty dan penolakan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ditubuhkan di negara ini. Pada pandangan Anwar sepatutnya setiap warganegara diberi kebebasan menyuarakan pendapat, termasuk kebebasan beragama, seperti mana yang termaktub dalam hak asasi manusia.

Keempat; Menurutnya, Malaysia bukanlah model negara yang terbaik, tetapi model Negara Islam yang terbaik di dunia adalah di Andalusia, Cordoba, Sepanyol yang mempraktikkan "masyarakat convivencia". Beliau menjelaskan takrif "masyarakat convivencia" adalah kehidupan tiga agama Islam-Kristian-Yahudi hidup aman damai dan berjaya membina ketamadunan yang tinggi.

Kelima; Menurutnya lagi model negara Islam tidak perlu menitikberatkan soal pengamalan agama serta perundangan, sebaliknya perlu menumpukan kepada nilai ketamadunan, seni dan budaya. Bahasa Arab boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana sekadar bahasa, bukan sebagai bahasa Al Quran, yang menyeru Islam mempratikkan ajarannya. Ini dinukilkan Anwar, "walaupun Cordoba menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, tetapi penyair Yahudi yang termashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah". Ini kerana penyair Yahudi itu melihat Bahasa Arab sekadar bahasa ilmu. Ini diperkukuhkan dengan hujah Anwar seterusnya, Mahmoud Darwish, penyair terkenal berasal dari Palestin, menjadikan Andalusia sebagai tempat meraikan kemajmukan dan pentas percambahan ilmu serta ketinggian budaya.

Pandangan John Esposito - masyarakat convivencia - Andalusia, Cordoba

Jika ada yang berpendapat, pandangan Anwar mengenai "masyarakat convivencia, Andalusia dan Cordoba" semata-mata untuk menarik sokongan masyarakat Kristian di Malaysia sempena Hari Natal, sebenarnya anggapan itu silap.

Menurut gurunya, John Esposito, Anwar telah lama bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia". Ini dirakamkan dalam buku tulisan John Esposito bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 2002.

Dalam buku itu, John Esposito menulis khusus mengenai Anwar dalam bab "Anwar Ibrahim : Global Convivencia".

Bermakna Anwar sudah bercakap mengenai gagasan "masyarakat convivencia" itu sejak dari tahun 80-an dan gurunya membukukan gagasan itu pada tahun 2002.

Menurut John Esposito, Anwar menekankan kepada model "masyarakat convivencia" yang mempratikkan amalan pluralisma dan tolak ansur serta hormat menghormati di antara masyarakat berbilang agama.

Tulisnya, "Masyarakat Convivencia bermaksud masyarakat berbilang agama yang hidup bersama. Model ini ditiru daripada pemerintahan Roger II pada kurun ke dua belas di Sicily dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberian termasuk Toledo, Cordoba dan Granada. Di Iberia, masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi tinggal bersama-sama di dalam konteks pergaulan dan pertukaran budaya. Itu adalah zaman kemakmuran dan kejayaan bagi kesenian, sastera, puisi, astronomi dan perubatan. Ramai penganut Kristian digelar Mozarabs kerana mengadaptasi ciri-ciri Arab dalam kehidupan seharian termasuk cara berpakaian, budaya, bahasa serta menggunakan nama-nama Arab"

Tulisnya lagi "Convivencia, bagi Anwar Ibrahim adalah satu bentuk pluralisme Islam, satu visi yang berlainan dari program-program Islamis biasa yang memberi tempat bagi masyarakat bukan Islam. Ia berlandaskan keadilan, persamaan di dalam sosial dan ekonomi. Visi pluralisme tersebut merupakan asas kepada laungan beliau untuk dialog peradaban"

Dalam buku itu juga John Esposito memberi melabelkan Anwar sebagai Muslim Moderat yang berbeza dengan Muslim Konservatif. Muslim Konservatif lebih mementingkan undang-undang Islam serta mengabaikan ketamadunan, ekonomi, ilmu dan hak wanita. Sebaliknya, Anwar sebagai Muslim Moderat, lebih mementingkan Islam yang dinamik mengikut kesesuaian masa dan tempat. Anwar juga menolak peniruan yang konservatif (taqlid) dan memihak kepada analisis bebas serta terjemahan semula (ijtihad), serta percaya bahawa Islam adalah “ satu agama yang bersandarkan kekuatan pada dinamisme dan pembaharuan yang berterusan"


Membaca sejarah silam Islam di Andalusia, Cordoba, Sepanyol


Andalusia adalah nama bahasa Arab "Al Andalus", merujuk kepada Semenanjung Iberian, Sepanyol. Nama Andalusia diberikan oleh Tariq ibni Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711. Tariq bin Ziad juga telah berjaya mengalahkan pemerintah asal di bawah cengkaman raja Roderick (Kristian).

Kejayaan Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki iaitu Cardoba, Granada, Almería, Cádiz, Huelva, Jaén, Málaga dan Sevilla.

Kerajaan Islam berjaya berkuasa di Andalusia selama 800 tahun dari tahun 711 hingga 1492 M. Ketika zaman kegemilangan “Kiblat peradaban” dipegang oleh Cordoba dari abad ke-8 hingga ke-13. Cardoba berjaya melahirkan para ilmuwan seperti Ibnu Thufail (1107-1185), Ibnu Baitar (1190-1248), Ibnu Arabi (1164-1240), Ibnu Bajjah (1082-1138), dan Ibnu Rusyd (1126-1198).

Namun pada 1492 M, kerajaan Islam Andalusia berjaya dihancurkan oleh tentera Kristian Katholik yang dipimpin oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Castile.

Saat-saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berakhir di Kota Granada, di bawah Raja Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar. Sebelum turun takhta, Raja Abu Abdullah telah 'memeterai perjanjian' dengan kerajaan Kristian Sepanyol, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella yang melibatkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan masyarakat Islam di Sepanyol.

Namun perjanjian itu telah dimungkiri, ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika telah dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Detik menyayat hati itu diceritakan secara terperinci dalam buku "al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah" (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan "al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus" (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya "al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal".

Kisah ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci. Ketika itu, umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, tetapi dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, terdapat juga umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu dan masih bersembunyi. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka dan membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Selepas menerima arahan raja, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh mereka yang tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam di Sepanyol yang tidak boleh dilupakan.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada lagi tanda atau simbol Islam yang kekal di Sepanyol. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol. Orang Kristian tidak mahu Islam wujud lagi di negara itu. Oleh itu, terdapat umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang terpaksa mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Selain kekuatan tentera Kristian, kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berpunca daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga terpecah kepada lebih daripada 20 puak. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya puak-puak ini, mudahlah musuh Islam merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan terdapat juga umat Islam yang sanggup menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Misalnya, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah. Beliau berpakat dengan Raja Kristian Choinawi untuk memadamkan pemberontakan umat Islam di wilayahnya. Bukan setakat pakatan itu, Abu Zaid juga telah memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi serta membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Dalam Islam, jizyah mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid terbalik apabila beliau berjanji membayar jizyah kepada Raja Choinawi yang beragama Kristian.

Inilah contoh manusia muslim yang hanya mahu menyelamatkan dirinya dan sanggup memperjudikan nyawa rakyat di bawah jagaannya kepada pihak musuh.

Hari ini, kerajaan Andalusia, Cordoba hanya tinggal dalam lipatan sejarah Islam. Ramai umat Islam tidak mengetahui apa yang telah berlaku di Andalusia. Pihak musuh telah memadamkan sejarahnya. Pihak Islam yang pro musuh pula berusaha membangkitkan sejarah Andalusia versi pluralisme. Kerajaan itu telah hancur dan saki baki kerajaan Islam telah dimusnahkan. Hari ini juga menyaksikan Sepanyol muncul sebagai antara negara Kristian yang terkuat di dunia.

Memahami lanjut saat kejatuhan kerajaan Islam Andalusia, klik di sini


Tesis RAND Corporation dan Anwar kes Cordoba, Sepanyol

Membaca susur galur sejarah di atas, sekarang kita bina tesis kenapakah Angel M. Rabasa dari RAND Corporation mencadangkan Persidangan Muslim Moderat Sedunia diadakan di Cordoba di Sepanyol?

Menurut RAND Corporation, pemilihan Cordoba, di Sepanyol dianggap paling strategik kerana mempunyai makna simbolik yang mendalam ke atas seluruh umat Islam di dunia.

Menurut RAND Corporation lagi di Cordoba nanti akan diadakan satu pengisytiharan peperangan terbuka antara Muslim Moderat melawan Muslim Fundamentalis.

Apakah maksud sebenar saranan Angel M. Rabasa dan RAND Corporation itu ?

Membaca juga Perutusan Anwar Ibrahim sempena Hari Natal, beliau menyeru rakyat Malaysia kembali ke masyarakat "masyarakat convivencia" zaman kerajaan Andalusia dan Cardoba yang telah dimusnahkan.

Dakwa Anwar, masyarakat Malaysia hari ini, kehidupan agama tidak harmoni dan jurang antara Muslim dan Kristian sangat lebar, jadi untuk kembali harmoni, rakyat disarankan kembali ke zaman "masyarakat convivencia"

Semasa zaman "masyarakat convivencia" di bawah pemerintahan Islam, umat Islam, Kristian dan Yahudi digambarkan Anwar hidup secara aman damai serta berjaya membina ketamadunan.

Tetapi realiti hari ini "masyarakat convivencia" sudah tidak wujud di Sepanyol di bawah pemerintahan Kristian. Selepas kerajaan Islam ditewaskan, umat Islam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara kejam.

Jadi wajarkah rakyat Malaysia kembali ke zaman "masyarakat convivencia" yang sudah musnah di Cardoba, Sepanyol, sedangkan kita telah mengetahui penghujung sejarah akhirnya, iaitu kerajaan Islam akan dimusnahkan dan umat Islamnya bakal dibunuh serta simbol agama bakal dihapuskan?


AIDC
26 Disember


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

2. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

3. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

4. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

5. Modus operandi Amerika & RAND Corporation di Indonesia

6. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

7. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

8. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

9. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

10. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?



Sila klik untuk baca selanjutnya...