AIDC BLOG: Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh

Wednesday, September 3, 2008

Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh


Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh


1. Dua perkara serentak mungkin akan berlaku dalam masa yang sama. Antara menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah dan bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Kesimpulan itu telah dibuat sendiri oleh Anwar dan beliau memilih kedua-duanya.

2. Walaupun tidak perlu, keputusan Wan Azizah meletak jawatan secara tergesa-gesa sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh mengesahkan lagi dilema yang dihadapi Anwar itu. Ramai yang tertanya-tanya, tindakan mengosongkan kerusi parlimen itu, sebagai tindakan terdesak, seolah-olah tiada esok lagi bagimu.

3. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin turut mengesahkan bahawa tindakan terburu-buru Anwar itu sebagai langkah terakhir menghadapi iu liwat yang sedang membelenggu diri de facto PKR itu.

4. Tun Dr Mahathir, dalam Buletin Perdana TV3 semalam (3 Ogos) turut mengulas isu ini sebagai usaha mempolitikkan isu peribadi. Dari isu peribadi (liwat), dipolitikkan menjadi isu negara apabila dicampuraduk dengan keputusan tergesa-gesa bertanding pilihanraya. Kata Tun, "Anwar cuba politikkan isu peribadi, apabila beliau ditahan kerana kes liwat, beliau akan kembali menyalahkan kerajaan dengan menuduh sebagai usaha menghalangnya bertanding"

5. Memang dilema Anwar bermula dari awal lagi sejak PRU 12 yang boleh disimpulkan seperti berikut;

i. Apabila Anwar begitu ghairah bercakap soal 30 MP BN akan lompat ke Pakatan Rakyat (PR) PAS melalui Harakahdaily menegur secara halus sikap gelojoh itu. Antara lain ditulis, 'jangan terlalu terburu-buru kerana sikap itulah menyebabkan Anwar kehilangan kerusi PM yang sepatutnya disandang Anwar 10 tahun dulu'

ii. Apabila laporan liwat dibuat bekas pekerjanya, Saiful Bukhari, Anwar secara tergesa-gesa lari berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan terdapat ancaman bunuh ke atas dirinya. Tindakan Anwar "lari berlindung" itu dilihat sebagai over acting. Setakat hari ini, tindakan melarikan diri berlindung di kedutaan Turki dan 'ancaman bunuh' masih belum terjawab.

iii. Apabila Anwar begitu ghairah bercakap di media antarabangsa, seolah-olah beliaulah ketua PR, Presiden PAS keluarkan kenyataan, Anwar bukan ketua PR. Tiada siapa yang jadi ketua dalam PR, kerana PR adalah pakatan longgar semata-mata untuk hadapi PRU 12

iv. Apabila polis mahu siasat kes itu, Anwar begitu keberatan, hingga dipaksa polis untuk hadir membuat keterangan di IPK. Tetapi dalam masa yang sama, Anwar begitu bersemangat membuat laporan ke BPR menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara korup. Tindakan Anwar melaporkan kes 'korup' itu dilihat tindakan tindakan terdesak, sedangkan kes itu sudah berlaku 10 tahun lepas.

v. Apabila bekas pembantu cabar bersumpah mengikut cara Islam, Anwar menolak dengan alasan telah dinasihati oleh ulama luar negara dan dalam masa sama membawa kes itu ke Mahkamah Syariah, membuat pertuduhan qazaf ke atas bekas pembantunya itu.

vi. Apabila Anwar mengetahui siasatan polis hampir selesai, Anwar mendedahkan bukti 'laporan Hospital Pusrawi' mengatakan tiada laporan mengatakan Saiful diliwat. Anwar turut desak kesnya digugurkan.

vii. Apabila Hospital Pusrawi buat kenyataan media menafikan kenyataan Anwar itu, Wan Azizah letak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil, sedangkan sebelum itu Anwar berjanji mahu bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

6. Itulah dilema-dilema yang dihadapi Anwar. Persoalannya, siapakah yang memulakan dilema itu dan kenapa perkara itu boleh berlaku ?

7. Dilema yang paling besar dihadapi Anwar apabila tuduhan liwat ke atasnya tidak mendapat sokongan menyeluruh daripada rakyat, hingga beliau terpaksa buat road show ke seluruh negara buat 'pembelaan diri' di mahkamah rakyat.

8. Sedangkan 10 tahun lalu, tuduhan sebegini akan menyebabkan rakyat bangkit membela Anwar, demonstasi jalanan hampir setiap minggu di ibukota dan jualan akhbar pembangkang terpaksa diulang cetak hingga 5 kali ganda. Tetapi semua itu tidak berlaku pada 2008.

9. Malah cubaan Anwar membawa strategi lama sebagai KONSPIRASI tidak disambut positif oleh rakyat kerana rakyat lebih mengetahui orang yang menuduhnya (Saiful) adalah bekas pembantu Anwar sendiri.

10. Maka tiada pilihan lain, Anwar sering mengulang-ulang dalam ceramahnya bahawa beliau akan ditangkap dalam masa terdekat sebagai memberi arahan kepada polis agar segera menangkapnya. Tetapi hingga ke hari ini cita-citanya untuk ditangkap, belum lagi menjadi kenyataan.

Betul, seperti kata orang tua-tua, apabila bermula dengan langkah kiri, semua yang berlaku akan kelihatan sumbang!

Catatan ringkas 12. 13 tgh

AIDC
4 Ogos 08

0 comments: