AIDC BLOG: Sekutu Amerika & Zionis hantar petisyen sokong Anwar

Tuesday, September 2, 2008

Sekutu Amerika & Zionis hantar petisyen sokong Anwar

Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada (2003-2006) merupakan sekutu Presiden Bush musnahkan umat Islam dan kota warisan Islam Iraq. Martin bersama dua bekas majikan Anwar, Michel Camdessus dan James Wolfensohn telah hantar petisyen bantah kes liwat Anwar.Mereka desak Malaysia gugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar, walhal kes itu masih dalam proses siasatan polis untuk menentukan kebenaran atau tidak laporan Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar itu.


Sekutu Amerika & Zionis hantar petisyen sokong Anwar


Berikut merupakan tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis yang buat kenyataan bersama sokong Anwar. Mereka desak Malaysia gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn.

Sekutu Amerika dan pro-Zionis dari kiri, Condoleezza Rice (Setiausaha Negara Amerika), Paul Martin (Bekas Presiden Kanada), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia) telah nyata sokongan ke atas Anwar.


NEW YORK, 14hb Julai 2008.

Kami yang pernah berpeluang berkhidmat bersama dan di bawah kepimpinan beliau di institusi antarabangsa, mendengar dengan penuh kebimbangan berhubung pertuduhan yang dihadapkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertuduhan yang sama dan tidak berasas yang dihadapkan ke atas beliau 10 tahun dulu telah pun ditolak oleh mahkamah tertinggi negara Malaysia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi keyakinan kami terhadap integriti moral beliau, dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dan masyarakat antarabangsa, beliau mengamalkan piawaan tertinggi dalam kepimpinan, sentiasa menekankan keadilan, keamanan dan pembangunan sejagat.

Kami juga ingin menyatakan keyakinan kami bahawa apa pun keadaan politik semasa, Kerajaan Malaysia tidak akan bertindak untuk mencampuri urusan kes ini, malah akan menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu contoh bahawa kerajaan ini menghormati hak individu. Ini amat penting buat Malaysia di mata antarabangsa.

Ditandatangani oleh:

1. Paul Martin, Mantan Perdana Menteri Kanada and bekas Pengurusi G20
2. Michel Camdessus, Bekas Pengarah Urusan dan Pengurusi Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa.
3. James Wolfensohn, Mantan Presiden Bank Dunia.



Analisis

Dalam kenyataan di atas dapat disimpulkan tiga perkara yang menjadi asas mereka bela Anwar; Pertama Anwar berktrampilan berdasarkan kepimpinan institusi antarabangsa. Kedua; Anwar aset antarabangsa dan ketiga desak gugur pendakwaan kerana hormat hak asasi Anwar serta bimbang 'pertuduhan' (liwat ?) ini tiada asas seperti kes liwat 10 tahun lepas.

Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa sebelum 1998

1. Anwar lebih dikenali di peringkat antarabangsa, berbanding dengan dalam negara. Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn sangat kenal rapat dengan Anwar berbanding tokoh-tokoh dalam negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali, Mohamad Sabu, Haji Hadi Awang, Pak Lah dan lain-lain.

2. Mereka kenal kerana Anwar menonjol dalam kepimpinan institusi antarabangsa. Apa institusi antarabangsa itu ? Adakah institusi antarabangsa itu juga ditaja Amerika ?

Anwar bersama Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada, dalam Jawatankuasa Managing Global Insecurity (MGI) tajaan tabung Yahudi termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.Paul Martin penyokong kuat dasar-dasar luar negara Presiden Bush dan merupakan sekutu Bush serangan ke atas Iraq.


3. Paul Martin kenal Anwar ketika sama-sama menjadi menteri kewangan. Martin (1993-2002) dan Anwar (1991-1998). Mereka wakil negara mesyuarat menteri kewangan dalam pakatan G-7 tajaan Amerika. Walaupun Malaysia tidak terpilih dalam pakatan G-7 tetapi Amerika telah pilih Anwar dengan meletakkan namanya di Bank Dunia dan IMF supaya nama Anwar turut tersenarai.

4. Individu yang meletakkan nama Anwar di Bank Dunia dan IMF adalah James Wolfensohn dan Michel Camdessus. Wolfensohn adalah Yahudi pro parti Democrate, Presiden Clinton dan telah dilantik oleh Clinton jadi Presiden Bank Dunia pada 1995-2005. Beliau pula telah lantik Anwar jadi 'chairman of the bank’s development committee, World Bank', pada 1998.

James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia telah lantik Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia sebagai 'chairman of the bank’s development committee, World Bank, pada 1998. Tempat Wolfensohn yang berketurunan Yahudi itu kemudian diambil alih oleh seorang lagi Yahudi iaitu Paul Wolfowitz. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantik Wolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel.


5. Michel Camdessus adalah 'Managing Director of the International Monetary Fund' (IMF) dari 1987 hingga 2000. Bekas Presiden Indonesia, Suharto berkata, IMF dikuasai oleh Israel dan mengunakan dana (Yahudi) itu untuk menguasai sesebuah negara Islam termasuk Indonesia. Kata Suharto, ''The IMF consists of a lot of Jews, and that's how Israel influences the IMF. This is the opposition creating chaos, together with foreign investors who want to take over our assets at deeply discounted prices.'' Klik di sini untuk mengetahui peranan IMF campurtangan di Indonesia.

Michel Camdessus Managing Director and Chairman of the Executive Board of the International Monetary Fund (IMF)melawat Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur ketika beliau menjawat Menteri Kewangan Malaysia.Camdessus turut melantik Anwar sebagai Chairman of the Development Committee of the IMF pada 1997. Ketika krisis Ekonomi Malaysia 1997, Anwar cadangkan Malaysia meminjam wang daripada IMF, tetapi cadangan itu ditolak.


6. Camdessus telah lantik Anwar (Menteri Kewangan) jadi 'Chairman of the Development Committee of the IMF' pada 1997. Sejak itu Anwar jadi jurucakap IMF bagi rantau Asia. Malah menurut think tank Anwar, IKD,Anwar telah mula berjinak-jinak dengan Bank Dunia dan IMF sejak tahun 1994. Pertama kali Anwar berucap di Madrid dalam 'IMF-World Bank Annual Meetings', pada 4 October 1994.

7. Semasa Malaysia hadapi Krisis Ekonomi 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan cadangkan Malaysia pinjam dana IMF, tetapi cadangan beliau ditolak.

8. Tulis forum.moonlightchest.com, "During the Asian financial crisis in 1997 Anwar, in his capacity as finance minister, supported the International Monetary Fund (IMF) plan for recovery which meant a restructuring of the economy involving opening up to greater foreign investment and competition. He also instituted an austerity package that slashed government spending by 18%, cut ministerial salaries and deferred major investment projects"

9. Bahkan kenyataan media Anwar dalam World Bank/ IMF Annual Meeting di Hong Kong pada 24 September 1997, jelas menunjukkan beliau memuji satu-satu resolusi hadapi krisis ekonomi adalah meminjam daripada IMF.

10. Bermakna ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan Malaysia, beliau bukan mewakili kepentingan rakyat Malaysia tetapi mewakili kepentingan IMF/Wold Bank yang didalangi Amerika.

Kenapa Amerika pilih Anwar sebagai aset?

1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.

2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh 'diperalatkan' kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi 'opportunist' yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.

3. Menurut laporan "Jewish Political Studies Review" (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.

4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.

5. Laporan itu menyebut,"The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks". Baca laporan lengkap di sini.

Gambar ini dari tulisan penulis Barat, Mike Billington mengupas hubungan Anwar dengan Yahudi Amerika.


6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai 'pemimpin agung' di rantau Asia.

7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.

Dari kiri Kamaruddin Jaafar, dulu Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD). Sekarang Setiausaha Agung PAS. Manakala sebelah kanan ialah Douglas H. Paal, dulu Pengerusi Asia Pacific Policy Center(APPC), sekarang 'vice president for studies at the Carnegie Endowment' dan 'special assistant to President George H. W. Bush for National Security Affairs and senior director for Asian Affairs on the National Security Council'


8. Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC),Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar sanggup membazir wang rakyat dengan memmbayar RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) untuk membawa Yahudi Amerika, William Cohen, ketika itu Setiausaha Pertahanan Amerika. Apakah lobi Anwar kepada Amerika sebagai persiapan menjadi PM. Ketika itu, Anwar sebagai TPM..satu tapak lagi jadi PM..


9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.

10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.

11. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohen ke Malaysia.

12. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.

13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III" pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika itu Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.

14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia.


Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004

1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.

2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitz sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.



3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya "THE BELIEVER", "Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions"

4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaitu Paul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006)
menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.


Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang

1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back,
, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.

2. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future

3. Menurut laman web 'moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?

5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.

Gambar ini membayangkan begitu rapat hubungan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan tokoh Yahudi, George Soros yang memiliki institusi dananya iaitu Open Society Institute. Kalau dengan Ketua Penerangan PKR sudah begitu rapat, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum PKR ?


6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam "Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.

7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi'(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.

8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadi Board of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.

9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantik Wolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.


Liwat hak asasi Anwar & tuduhan 10 tahun lalu tidak berasas ?

1. Menurut Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn tuduhan liwat bercanggah dengan hak asasi manusia.

2. Pandangan mereka itu mungkin betul jika berdasarkan hak asasi mengikut kaca mata Barat, tetapi persoalannya Anwar bukan warganegara Amerika, Anwar adalah warganegara Malaysia yang Islam merupakan agama rasmi.

3. Tetapi jika di Barat boleh menerima dan membezakan antara 'isu peribadi' dengan 'kepimpinan', kenapa pula parti Republican menjadikan isu skandal oral sex Clinton-Monica Lewinsky sebagai bahan kempen menjatuhkan parti Democrate ?



4. Menurut bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor, keadilan dan hak asasi harus dinilai kepada kedua-dua pihak. Keadilan untuk Anwar (dituduh peliwat) dan Keadilan untuk Saiful (mendakwa diliwat). Kalau hanya keadilan untuk Anwar semata-mata, bermakna konsep Keadilan dan hak asasi berat sebelah.

5. Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn juga telah meletakkan asas yang salah dengan mengatakan tuduhan liwat 10 tahun lalu tidak berasas sama sekali. Apa ukuran kenyataan ini ?

6. Menurut rekod MAHKAMAH TINGGI, Kuala Lumpur, Hakim Datuk Ariffin Jaka telah menjatuhkan HUKUMAN BERSALAH ke atas Anwar pada 2 Ogos 2000 kerana meliwat Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (adik angkat Anwar) dan Azizan Abu Bakar (bekas pemandunya). Hukumannya penjara 9 tahun.

7. Bermula dari tahun 2000-2004, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah diputuskan itu. Anwar mengemukakan RAYUAN PERTAMA kes liwatnya itu, di MAHKAMAH RAYUAN pada 18 April 2003.

8. Setelah meneliti semula semua hujah-hujah penghakiman, MAHKAMAH RAYUAN mengekalkan keputusan MAHKAMAH TINGGI dan Anwar tetap didapati bersalah atas tuduhan MELIWAT.

9. Anwar mengemukakan RAYUAN KEDUA ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada 10 Mei 2004.

10. Pada 2 September 2004, Tiga hakim MAHKAMAH PERSEKUTUAN iaitu Datuk Abdul Hamid Muhamad, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Paduka Rahmah Hussain bersidang meneliti semula keputusan MAHKAMAH TINGGI & MAHKAMAH RAYUAN, dan membuat keputusan berikut :

i. Ketiga-tiga hakim BERSETUJU terjadinya aktiviti LIWAT antara Anwar, Sukma & Azizan

ii. Dua hakim mempertikaikan soal masa dan tarikh oleh saksi (Azizan)

iii. Satu hakim merumuskan masa dan tarikh tidak merubah intipati pertuduhan

iv. Keputusannya 2 + 1 =Anwar didapati MELIWAT tetapi DIBEBASKAN kerana TEKNIKAL



Ketiga-tiga hakim MAHKAMAH PERSEKUTUAN bersetuju terjadi AKTIVITI LIWAT antara Anwar, Sukma dan Azizan, tetapi Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal.


11. Kesimpulannya pada asas ketiga-tiga hakim BERSETUJU terdapat bukti AKTIVITI MELIWAT antara Anwar, Sukma dan Azizan tetapi MAHKAMAH PERSEKUTUAN membebaskan Anwar pada 2 September 2004 atas alasan TEKNIKAL.

Ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam Besar Masjid Negara pernah mendengar pengakuan salah seorang mangsa liwat Anwar dan beliau menasihati mangsa itu supaya bertaubat nasuha serta tidak mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu.


12. Perkara ini pernah diulas oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya.

13. Tulis beliau, "Yang jelas daripada apa yang disebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah"

14. Tulisnya lagi, "Jika dihitung, kita akan dapati kesemua 10 hakim [dari Mahkamah Tinggi hingga Persekutuan-AIDC] yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya"

AIDC
27 Julai 2008


Artikel terdahulu

1. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?

0 comments: