AIDC BLOG

Friday, March 13, 2009

Bekas Imam Besar Bongkar Rahsia Anwar



Berikut salinan harfiah rakaman video antara mangsa liwat Anwar dengan bekas Imam Besar Masjid Negara Taib Azamudden Md. Taib. Rakaman ini dibuat atas persetujuan Taib Azamudden selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada tahun 1998. Ketika itu Ahli Parlimen PAS kawasan Baling itu masih lagi bekerja dengan kerajaan.

Walaupun kesan membaca salinan ini mungkin tidak sehebat melihat rakaman video pengakuan mangsa liwat Anwar, tetapi saya percaya ia membolehkan anda mengetahui apa yang perlu anda mengetahui mengenai salah laku seks Timbalan Perdana Menteri itu.

Berikut salinan penuh rakaman video berkenaan

Taib: Pertama sekali saya kira terima kasih banyaklah di atas kedatangan ini, perjumpaan ini yang saya sendiri tidak menduga dan tidak menjangkalah bahawa, saya diberi kepercayaan, diberi apa tu, amanahlah untuk mendengar tentang perkara yang nak diceritakan ini..., yang dari segi gayanya, maknanya, saya kira tak da lah apa-apa yang decision yang saya boleh buat. Sebab itu mungkin ada pada beberapa percaturan dan undang-undang yang tertentulah.

Saya rasa En. Aris lebih fahamlah cuma apa yang boleh saya ...orang kata, duduk letaknya sebagai orang kata menerima tetamu ajelah, dan apa yang patut kita dengar dan apa yang kita ambil maklum. Kemudian dari segi apa-apa yang selanjutnya, itu kemungkinan pun kalau apa yang ada hanyalah boleh beri pandangan atau beri nasihat, tapi untuk tindakan-tindakan terbabit.

Mangsa : Pertama saya mengucapkan terima kasih pada Ustaz sudi jumpa saya,....

Taib : Emm..

Mangsa : Tujuan saya datang sini untuk minta nasihat, pandangan dari segi agama tentang kedudukan saya, .... perbuatan saya, emm... apa yang telah saya lakukan , apa yang telah berlaku pada diri saya beberapa tahun yang lepas, saya, saya cuba..., dah berhenti, cuba bertaubat..., pada Allah, dan cuba menambahkan ibadat saya, tapi hidup saya masih runsing..., dihantui oleh apa yang telah berlaku pada diri saya empat lima tahun yang lepas..., sampai meninggalkan kesan pada hubungan saya dengan orang sekeliling saya, meninggalkan kesan pada pekerjaan saya dan hidup saya.

Emosi saya terganggu. Saya telah pergi mengerjakan umrah dua kali, mohon ampun dan bertaubat pada Allah, dan InsyaAllah, izin Tuhan saya nak pergi haji...

Taib : Ya...InsyaAllah..

Mangsa : ...yang akan datang ini, tapi hati saya masih tak puas kerana tak tenang, masih runsing dihantui ...apa yang berlaku pada diri saya. Saya salah seorang daripada mangsa homoseks Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri,... berlaku bukan dengan kerelaan saya. Saya dipanggil ke rumah dia, saya dah kenal dia dah lama sebenarnya.

Taib : Hem..hem...hem..

Mangsa : Masa saya belajar lagi...tapi tak de apa yang berlaku masa tu. Pada tahun 1994, tapi perhubungan itu adalah berhubung dengan adik dia, Sukma. Kemudian perhubungan dengan dia secara profesional.

Taib : Hem...hem..

Mangsa : Saya pernah ke rumah dia dua tiga kali, rumah di PJ, rumah di Damansara, kemudian rumah tempat dia tinggal di kediaman Timbalan Perdana Menteri. Benda ini berlaku pada tahun 1994, yang mula-mula sekali...saya dipanggil oleh Sukma untuk datang ke rumah...

Taib : (Sukma)...yang adik angkat tu?

Mangsa : Erm..., dia suruh saya pergi ke kedai dia..., kedai jual carpet di Bangsar, di sana berbual-bual, dah lama tak jumpa, berbual-bual...lepas tu dia kata, Abang dia nak jumpa saya.

Taib : Hemm...

Mangsa : Abang dia tu refer pada Dato’ Seri Anwar kemudian saya tanya pasal apa? Dia kata memang dia dah lama nak jumpa. Mesti ada sebab nak jumpa, kan?

Lepas tu dia kata, datang aje laa dia kata, datang nak bagi kerja ker, apa ker. Sebab masa tu memang saya ada, apa nama ni ..., bagitau dia sebelum tu yang saya nak cari kerja baru. Kemudian dia kata datang aje. Saya, dah tak tau macam mana, hati saya berat nak pergi, berat nak jumpa...Lagi pun dia orang besar nak jumpa, kan. Dipanggil pulak tu, kalau casual bertembung tu, tu lainlah cerita, kan.

Taib : Ya...ya..

Mangsa : Ini dipanggil macam ada satu tak kena. Kemudian, lepas saya tanya-tanya kenapa, dia kata datang aje laa. Dia memang insist betullah untuk saya pergi jumpa dengan dia dan aa.. saya kata o.k lah.

Dia kata oklah. Dia kata ok., kalau you nak jumpa, nanti saya akan telepon you bagitau you kat mana kat mana. Malam tu dia telepon saya menerusi handphone. Kemudian, dia suruh saya pergi berjumpa pada keesokan harinya, petangnya, dia suruh saya tunggu depan satu tempat kat Medan Damansara, ada kedai-kedai kat situ..

Taib : Hem...hem

Mangsa : ...Pusat Damansara, dia suruh saya tunggu kat situ kemudian dia akan ambil kat situ, dia suruh saya tingalkan kereta saya kat situ, sebab dia akan ambil kat situ, sebab dia akan ambil dengan kereta dia.

Aa.. selepas itu dibagikan telefon tu kepada Dato’ Seri dan Dato’ Seri bercakap denga saya. Dalam telepon tu dia kata kenapa susah sangat nak jumpa dia? Dia melawak-lawaklah. Tak de... saya kata saya seganlah nak jumpa orang dengan orang besar-besar, kan. Dia kata, tak de nak segan-segan apa-apanya. Saya pun macam dia jugak, dia kata, oklah, esok InsyaAllah kita jumpalah.

Saya dibawa terus ke rumah dia, the next..keesokan harinya saya pergi ke sana. Saya tunggu sekejap, petanglah. Saya tak ingat pukul berapa, saya pergi aa..kereta Sukma sampai dan terus pergi ke rumah kat Bukit Damansara. Masa tu belum pindah ke rumah Timbalan Perdana Menteri lagi. Kemudian, kemudian dia orang bawa saya masuk daripada pintu dapur..

Taib : Hem..hem..

Mangsa : ...kemudian Sukma terus bawa saya naik ke bilik dia, duduk sekejap, dia bagi saya minum semua tu..., sekejap Dato’ Seri pun masuk, tanya khabar lebih kurang, berjabat tangan dengan saya, peluk. Tapi saya rasa lain, sebab lama, kan...

Taib : Makna pelukan tu lama?

Mangsa : Ha’ah lama..Dia kata, “..punya lama saya dok tunggu nih, bertahun-tahun daripada sejak i kenai you lagi”..Saya rasa tak sedap laa bila dia kata macam tu...kemudian, dia terus peluk saya.

Taib : Keluarga yang lain tak de?

Mangsa : Tak de.

Taib : Di rumah tu?

Mangsa : Di bawah tu ada, pembantu dia.

Taib : Maknannya isteri ke, anak dia semua tak de?

Mangsa : Tak de. Mungkin dia orang ada kat dalam rumah, tapi tak jumpa lah.

Taib : Hem..hem

Mangsa : Saya dalam bilik Sukma, bilik tu kat hujung. Kemudian, dia peluk saya. Kemudian, masa tu Sukma ada di dalam bilik tu. Saya rasa semacamlah kan, pasal nak tolak tak tahu....

Taib : Maknanya 3 oranglah waktu tu?

Mangsa : 3 orang.

Taib : Hem....hem

Mangsa : Kemudian, dia ajak saya duduk atas katil, dia pegang macam tu (menunjukkan tangan sebelah kanan Dato’ Seri memaut bahu)..dan berbual-bual sikit, dia dok ulang-ulang...dia kata “lama tunggu...juai mahai, susah nak jumpalah.” Dia tanya khabar semua. Tangan mula berjalan, tangan tu...teruslah terjadi benda tu dia tindih saya..., emm..berlakulah hubungan homoseks ni. Saya nak tolak tak boleh.

Taib : Waktu tu Sukam masih ada?

Mangsa : (mengangguk..)

Taib : Oo..dia tak keluar?

Mangsa : Selepas itu, masa tengah tu dia ada laa, cuma dia masuk bilik air, kemudian dia masuk bilik, memang sepanjang tu memang dia ada. Sebab dia duduk di tepi bilik tempat kejadian tu. Kira macam dia tunggu di situlah. Saya pun tak tau apa-apa, tak membantah apa-apa, tak delah macam memekik “jangan”...dia siapa, kan? Lepas tu...., tapi memang saya tak ada nafsu langsung untuk melakukannya.

Taib : Ya lah...(mengangguk-angguk)

Mangsa : Apa namanya ni, dia komplen kenapa saya punya, saya apa ni...kenapa saya tak naiklah. Kita tak ada nafsu, kan. Benda tu dipaksa, kan. Sampai habislah.

Taib : Itu kira yang pertamalah tu, kan?

Mangsa : Pertama, itu kali pertama. Kemudian, sampai dah habis, dia ajak mandi sekali. Cuci. Saya masih kebigungan tak tahu apa nak decide, apa nak..tak tahu apa nak buat, lost lah!

Taib : Sebab lagi satu kita tak menyangka...., kita tak apa semua...

Mangsa : Dia ni pada saya, saya anggap dia macam hero saya. Isteri saya pun puji dia, dan dia pun orang pemimpin sayalah, pemimpin masa depan, anak cucu saya, saya ingatlah. Tiba-tiba berlaku pada saya. Apa yang dia buat pada saya jadi, rasa segan tu ada laa, takut ada..., macam-macam perasaan.

Sampai habis, dia tanya khabar, dia kata apa kerja yang saya nak, bentuk macam mana, adalah bincang sedikit, detail saya tak ingatlah apa yang dibincangkan tu sebab dah lamakan, tapi memang kita bincang pasal pekerjaan, kemudian dia kata o.k, nanti dia akan hubungi saya, dia pun keluar dan habis, saya pun siaplah, dia pun pakaikan seluar saya dan dia pun keluar bilik dan Sukma, emm...apa namanya ini, bawak saya turun ke bawah, minum dan terus hantar saya ke kereta lah, balik.

Benda ini lepas selang dua tiga hari tu, dia telepon suruh datang sekali. Saya tak tahu nak buat apa. Nak datang takut jadi lagi. Tak datang takut jadi lain pulak, kan. Sampai benda ini berlaku dua tiga kalilah...., sampai kadang-kadang sampai saya bagi macam-macam alasan lah, sampai dia muak dengan macam-macam yang dibagi...dia selalu telepon saya lah.

Sampai dua tiga kali cerita pasal benda tu, saya tak boleh terima lagi...benda tu. Terutama bercakap dengan orang macam tu tentang perkara berkaitan dengan hubungan seks. Tapi itulah hakikatnya, itulah realitinya yang betul-betul berlaku.

Saya cuba keluar daripada...emm..ada satu masa tu saya dah takut sangat. Nak lari daripada dia. Satu malam dia telepon suruh saya datang ke rumah dia, kan.

Saya malam tu saya tak mahu langsungkan...., saya rasa diri saya kotor kan. Takut nak pergi...takut, tak pergi takut, sampai saya, saya pergi jugak ke rumah dia, tapi on the way saya telepon dia. Saya kata ada orang ikut saya.

Taib : Ya...ya..

Mangsa : Saya menipu sebab saya tak mahu pergi rumah dia kan. Jadi saya create...

Taib : Di Damansara tu lah...?

Mangsa : Di Damansara....(mengangguk), kata ada orang ikut saya sebab saya takut. Dia kata apa ni, bawak terus kereta...dia kata nanti dia suruh polis tembak siapa orang ikut.

Taib : Oo...

Mangsa : Tapi saya tak, saya terus drive pergi Bangsar, lepas tu saya terus balik. Dia kata nanti dia akan buat report siapa yang ikut, tanya nombor kereta apa dia, ..tapi saya kata tak ingat. Lepas tu dia kata ... “O.k lah you diganggu, takut diganggu, you pergi oversea, pergi ke Indonesia ke, bercuti dua minggu..., sebab saya dah sampai tahap tak boleh terima kan, tak tau nak bagi alasan macam mana, nak kata tidak tu saya takut, jadi terpaksa bagi alasan-alasan macam tu lah. Ada kadang bulan puasa siangnya puasa, malamnya terawih saya balik terawih, malam kan, dia telepon jugak suruh datang, kita dah terawih kita puasa.

Taib : Allah. Hah..ha..

Mangsa : ...dah bersihkan diri, kemudian dah...., malam cuba tambahkan ibadat lagi, terawih...., balik dia ajak lagi, kan. Saya tau kalau tiba rumah dia tu, mesti akan jadi benda tu...

Taib : Hem..hem..

Mangsa : ...ni kita bulan puasa kan, jadi, saya bagi macam-macam alasan lagilah. Saya kata mak saya ada kat rumah lah, mak saya tak sihat, saya nak jaga. Sampai dia fed-up lah. Itulah keadaanya kan..., beberapa insiden yang berlaku antara saya dengan dia.

Taib : Jadi berapa kali yang...?

Mangsa : Lebih daripada tiga kali...

Taib : Lebih daripada tiga kali...?

Mangsa : Saya tidak dapat menolaknyalah, tiap-tiap kali saya memang tak rela, saya tak pernah keluarkan air mani saya. Tak pernah naik pun, apa namanya ni...

Taib : Ya...

Mangsa : Jadi itulah dia komplen tu...dia kata, “..kenapa you tak berapa nak keluar?...”

Taib : Dak, minta maaf cakap ni, minta maaflah cakap kalau saya mencelah. Ni secara analytical nya. Cara ni....dia nak mintak bergilir ke atau dia sorang je?

Mangsa : Dia sorang.

Taib : Oo..dia sorang je la. Makna dialah yang ada keghairahan, aktif, apa semua tu dialah maknanya?

Mangsa : Tapi dia ada suruh saya buat jugak, tapi saya tak boleh sebab benda tu tak de...

Taib : Ya lah, memanglah kita tak...., ye lah benda tu bukan boleh buat-buat...

Mangsa : Tapi dia tu makin lama makin kuranglah telepon saya, dan terus hilang lah, kan. Saya pun masa tu dah mula bersihkan diri saya, mintak ampun pada Tuhan, cuba bersihkan, tapi rasa kotor. Hidup saya pun rasa runsing, maknanya masih ada kotoran dan, tak tenang. Saya cuba bersihkan diri beberapa kali tak tahulah Ustaz, adakah perbuatan saya tu, Tuhan...Tuhan masih terima keampunan orang macam saya ni...masih mengampunkan orang macam saya ni lah, boleh tak saya bertaubat, dan taubat saya diterima dalam keadaan apa yang telah saya lakukan.

Taib : dalam hal yang begini, ialah, yang saya setakat apa yang boleh saya yang faham daripada cerita tu setakat ini. Berlakulah benda ni di luar kerelaan kita, dan apa tu. Hampur-hampir seolah macam memaksalah. Cuma, bentuk paksaan tu secara yang tu, bawak kita menjadi tersepit, serba salah.

Yang akhir, sudahnya kita terpaksa menurut...dari apa yang, apa yang kemahuan itu. Jadi dari segi, wallahu’alamlah...saya masih berlapiklah bercakap tu, sebab bimbang takut kita salah...salah ingat, dari segi hukum Allah S.W.T. kita tak boleh meletak..., ya lah, bukan 100% perfectlah manusia ni bukan kita boleh ingat.


Tapi sejauh apa yang saya ingatlah dengan pengajian yang pernah kita belajar dan sebagainya, benda ni kalau berlaku di atas paksaan, maka kita tidak terlibat. Makna dalam erti kata dari segi hakikatnya seolah macamlah kita katakan orang paksa kita untuk tidak sembahyang. Jadi paksaan sehingga yang kita tidak mempunyai ruang untuk, untuk keluar. Makna daripada masalah itu tadi maka pada ketika itu, ketika tidak berdosa. Sehingga sehabis waktu katakan, maka tidak berdosa. Kita tidak berdosa. Makna tidak boleh kita tu di pertanggungjawabkan sebagai seorang yang meninggalkan sembahyang. Kalau kita ambil contoh dari segi begitulah hukum benda yang wajib tadi.

Begitu jugak kalau seorang suami dipaksa untuk menceraikan isteri dia, ya..dan dengan keadaan-keadaan paksaan yang kita dapat mengelaklah ya. Walaupun kita jatuhkan talak dalam bentuk dipaksa, isteri kita tidak tertalak.

Jadi kalau kita berasaskan kepada kedudukan-kedudukan ini semua dari segi feqahnya, maka keadaan perbuatan tadi,... kalau boleh kita sebut cara mudahnya ialah kita tidak bersalah. Saya tak nak guna bahasa kita tidak berdosa sebab masalah menentu berdosa tak berdosa ini bukan hak kita makhluk, tapi yang boleh kita boleh sebut bersalah tak bersalah dari segi hakikat itu kita tak bersalah. Apabila tak bersalah, Cuma orang kata apa, kita ni terlibat,... terlibat dalam maksud sebagai salah seorang, sebagai salah satu pihak..., makna kalau kita, kalau kita tadi, kita pihak mangsalah.

Ha.. dia jadi gitu ajelah. Jadi dengan sebab itu, kekotoran yang dimaksudkan sebagai satu benda kesalahan, dosa besar tu semua kita tak terlibat.

Jadi apabila tak terlibat, bukan bermakna kita tak boleh bertaubat, tak..., sebab taubat tu is going lah, bila-bila, hari-hari, saat mana, ketika mana pun sebab kita mana tau sama ada kita ada benda yang kita terlanjur, tersilap, tersalah ke, wallahua’lam.

Dan memang pun taubat itu dianjurkan untuk umat Islam, Allah anjurkan kepada umat Islam supaya sentiasa bertaubat. Jadi tentang untuk bertaubat, hak tu memang cukup cantiklah dan untuk kita rasa tekanan emosi kita, perasaan kita, merasa bahawa seolah-olah taubat kita ni tak bersih, taubat kita ni tak bersih, berbangkit, sebab kita tu seolah kita tu bersih...kita bersih.

Cuma kita bertaubat jugak tu kerana kita tadi sajalah. Jadi sebagai orang kata kalau kita bercakap dalam bahasa manusia ni, bahasa kita sebagai orang, sebagai manusia ni...kita sebagai beradab sopan dengan Allah S.W.T.

Haa..itu bertaubat tu...Jadi dari segi...dari segi itu memang cantik kita bertaubat dan eloklah makna kita letak keyakinan dalam diri kita bahawa memang aku tak bersalah, aku bertaubat kepadaMu Ya Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Jadi cukup dengan itu, maksudnya dengan...dengan kedudukan Allah S.W.T itu tadi dan kita masih tidak lari daripada landasan pegangan kita, keimanan kita, kepercayaan kita dan sebagainyalah. Jadi apa yang jelas, yang disabdakan oleh Baginda pun

Maknanya...., “Orang yang bertaubat daripada dosa, sepertimana dia tidak berdosa”

Jadi dalam hal ini kita kena buat mempunyai suatu keyakinan dan keazaman dan keyakinan yang agak pejal yang agak kukuh. Aa..macam mana yang dikatakan maksud keyakinan yang pejal yang kukuh sebab masalah taubat seseorang ini sendiri, seorang manusia ini sendiri.

Hak Allah yang...yang anulah...yang menerimanya. Dan terima...penerimaan Allah itu ataupun sebaliknya tidak diterima orang kata apa, tak boleh nak tunjuk, orang kata apa...cannot measure, haa tu...itu bendanya tu.

Jadi, cuma kita kena keyakinan, keyakinan yang kukuh ni maknanya beda ni kita serahkan diri kita kepada Allah S.W.T dan kita yakin bahawa Allah S.W.T akan mengampunkan. Sedangkan doa sendirikan Allah S.W.T berfirman....

“...berdoalah Aku akan perkenan...”

Jadi, taubat tu tadi jugak termasuk dalam masalah doa. Taubat tadi masuk dalam masalah doa dan kita yakin takkanlah pulak itu firman Allah dalam Al-Quran mustahil bagi Allah S.W.T. untuk tidak menunaikan sepertimana yang ni.

Sebab yang saya bincang masalah kena...mintak maaflah cakap, kena keyakinan yang kukuh yang apa ni sebab dia, apabila kita...tak mempunyai suatu aa...keyakinan yang kukuh yang apa semua, dia kesempatan iblis syaitan dia ambik...ini yang dok jadi kita was-was, berasa jiwa kecik, berasa kita apa-apa..dan memang itu apa orang kata, ruang-ruang masuk angin tu. Kita kena tutup betul-betul tu.

Mangsa : Yang was-was tadi mungkin cakap Ustaz tadi betul. Tapi saya rasa bila saya lagi dekat, lagi cuba untuk bersihkan diri dan lagi dekat tu tak tahulah kan, cuba menambahkan ibadah macam-macam benda-benda yang berlaku keaiban, kes mahkamah nama saya keluar. Itu musibah ke?

Taib : Dak. Itu gini, kita jangan anggap itu musibah. Dia dalam bab Allah S.W.T dengan hambanya, orang yang banyak diuji sehinggakan satu ketika salah seorang sahabat, dia dengar khabar Rasulullah tak sihat.

Bila dia dengar khabar Rasulullah tak sihat, pergilah sahabat Rasulullah ni, saya mintak maaf lupa nama sahabat ni, baru ni ingat masa ceramah , dok molek tu kadang-kadang ...kita ingatlah, jadi apabila dia ziarah Rasulullah, dia pun letakkan..., pergi-pergi sampai rumah Rasulullah, dalam cakap yang mudahnya nampaklah Rasulullah duduk baring.

Dia, Rasulullah selimutkan badan dia, dia baring. Yang sahabat yang tadi tu letaklah tangan dia di atas diri Rasulullah yang baring tadilah. Maknanya Rasulullah tak sihat, jadi apabila dia letak terasa bahang panas tubuh Rasulullah tu ke tapak tangan dia. Jadi terus sahabat ni berkata pada Rasulullah nampaknya Rasulullah ni agak, apa orang kata...agak kuat jugak demamnya.

Kalau boleh saya terjemah dalam bahasa kita agak-agak begitulah, agak kuat jugak demamnya atau sakitnya. Dan Rasulullah jawab, biasalah para nabi dan para rasul, kami para nabi rasul Allah, kami walaupun nabi, walaupun rasul, tapi ujian Allah terhadap kami pun hebat. Walaupun kami ni orang yang tinggi, orang yang baik, tapi ujian Allah kepada kami jugak tinggi. Ha..jadi itu sabda Rasulullah yang Rasulullah jawab balik kepada sahabat dia tadi.

Jadi, lantas sahabat dia bertanya, selepas nabi dan selepas rasul, siapakah lagi yang banyak ujian Allah? Jawab Rasulullah, “para ulama”. Selepas para ulama’ siapakah lagi wahai Rasulullah? “..umatku yang soleh...” jadi itulah antara yang ...apa..hadith ni makna betul peristiwa yang berlaku antara sahabat dan Rasulullah ni.

Jadi jelas di sini bahawa, sesuai jugak dengan apa..., selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran pun

(Al-Antabut 29 :2)
“Apakah kamu boleh menyangka bahawa cukup kamu kata Aku buat orang beriman...”

Maknanya apabila sebut dengan beriman ni dengan amal ibadahnya dengan solehnya, dengan taat yang patuhnya...

“....kamu tidak akan diuji...”

Jawabnya jangan...tidak..., lagi kuat kita beribadatlah, lagi kuat kita taat, lagi kuat ujian Allah. Ujian Allah untuk bawa kredit, kalau dalam bahasa boleh guna bahasa kreditlah, jangan kita tu....kita ambil side yang negatif, tak betul tu.

Macam orang pun dia menerima ujian Allah. Kita..., dia tak boleh ambil negatif, kata Tuhan tak sayang kat aku laa, apa semua, itu ini laa.. aku tak betul.

Mangsa : Saya menerima keaiban, aib....

Taib : Dak, betul..

Mangsa : ...terbukak di khalayak ramai...

Taib : ...dak, hak tu betul...

Mangsa : ...apa tu...zuriat saya semua...

Taib : Betul, hak tu kita akui, cuma untuk kita oleh kerana sebab benda ini boleh berdiri macam yang saya cakap ini kerana kita yakin kita berada di pihak yang benar, sebab kalau kita di pihak yang salah, memang kita tak boleh buat sebab benda ni benda hati, benda apa ni..., kalau benda kita di pihak yang benar, kita tak boleh buat. Dia sebab tak boleh lakukan. Tapi kalau betul-betul kita di pihak yang benar ini, alhamdulillah, ujian Allah kepada aku, mudah-mudahan orang .. yang tak kiralah pihak yang memangsa apa ka, semua ni, itu terpulanglah kepada Allah S.W.T. Seolah begitulah.

Kalau ...kita taklah kita apa semua nak kata suruh supaya balasan buruk sebab Nabi Musa sendiri tak pernah berdoa untuk Firaun tu jadi buruk. Tapi dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya berikanlah..dudukkanlah...letakkanlah, aa...teguh dalam kebenaran. Allah S.W.T. Ia yang bertindak kepada Firaun.

Jikalau kita, bukan saya maksud saya kat buruk kita macam Firaun semua tu, tidak. Bukan maksud saya gitu, tapi nak ambik dari segi antara buruknya baik, dari segi aa...positif negatif.

Dan ini...yang saya kata tadi keyakinan ni. Sebab benda ini saya, saya minta maaflah, walaupun benda ini saya sendiri tak alami, apa Encik Aris kita ni pun tak alami, tapi kita boleh gambarkan. Kita boleh gambarkan. Kita boleh gambarkan beratnya beban tu sendiri yang dipikul. Tapi kita kata, maknanya bukanlah saya sebut benda ni untuk merasa benda tu sebagai ringan..., tidak. Ini uji ni jihad.

Dan masalah genersai kita kemudian, apa jadi kedudukan, hak tu serah pada Dia. Jangan dok fikirkan sampai kepada peringkat itu. Itu bukan kerja kita, sebab masalah ...kita boleh buat ialah kita bertaubat kepada Allah, kita tekadkan bahawa kita berada di pihak kebenaran...kalau tersilap tersalah Tuhan ampunkan, dan kita bagitau dia sebagaimana dalam doa-doa dalam sembahyang...

Dan sebagainya, yang kita dok guna wudhu’ pun, kita berdoakan lagi supaya, kita ni apa..., supaya zuriat dan keturunan kita terdiri daripada orang yang mukmin...apa semua tu. Itu perhubungan antara kita dan Allah. Kita tak boleh nak warnai kalau kita ni pikir yang banyak dari segi benda-benda yang semua tu.

Kita tak boleh warnai. Yang tu jangan sebab, kalau kita pikir yang macam tu, kita dah cuba berada di luar daripada kemampuan yang ada pada manusia. Itu sampai bila pun kita tak selesai.

Kalau ikut, berapa punya dukacita Rasulullah dengan Abu Lahab. Abu Lahab bapak saudara dia. Aku nabi, aku rasul, aku suruh orang tu, suruh orang ni, apa semua ni untuk semua jalan kebenaran, kebaikan, apa semua, begitu begitu dengan wahyu Allah turun menyampaikan apa semua..., bapak saudara sendiri kalau kita nak cakap kang malu tak malu Rasulullah, kalau kita boleh cakap, kita cakap dalam bahasa kita...kita kata apa kamu Rasulullah Muhammad, kamu cakap itu ini, bapak saudara kamu sendiri pun...misalanlah kalau kita bawa dari segi benda itu tadi.

Tambah kalau Nabi-nabi dahulu, Nabi Nuh, sebab itu kita...minta maaflah dia, kalau kita tak kawal betul-betul mainan pemikiran kita ni dalam emosi kita ini dibawa oleh iblislah. Ini yang saya kata jangan kasi masuk angin tadi, tu dia akan bawak oleh iblis dibawa oleh anu tadi kita hanyutlah dia benda ni tak boleh bawa pukul logik, tak boleh main dalam bentuk logik, dan tidak boleh meletakkan bahawa kita boleh segala-galanya.

Tak. Jadi masalah zuriatku ‘Ya Allah, keturunanku apa semua. Engkau sajalah yang lebih tahu. Terimakanlah taubatku, ampunilah, dan selamatkan zuriatku.

Macam mana Tuhan nak selamati, macam mana Tuhan nak terima taubat kita, tu hak Allah, dan memang Tuhan tak ceritalah.

Hak tu kalau datang fikiran tu kita kena tutup siang-siang. Sebab future pada diri kita, tak oleh tahu. Future diri kita, kita pun tak tahu, apatah lagi future untuk anak, untuk isteri. Yang boleh kita just untuk planning saja. Berjaya tak berjaya, mana sapa boleh tentukan.

Hak ini saya, bagi sayalah kalau ini boleh diterima cakap saya, pandangan saya, nasihat saya, yang ni kena pegang kukuh. Mau tidak, ujian yang macam ni punya besar tak terpikul. Kita lupakan benda tu...

Mangsa : Memang...memang saya..., hidup saya runsing, sebab itukan sampai dia sedikit sebanyak meninggalkan kesan hubungan saya dengan isteri saya lepas dua tiga tahun, setahun selepas saya apa namanya ni..berkahwin, kemudian baru enam bulan saya berkahwin benda ini berlaku, jadi isteri saya tak..., bila saya cerita bagitau betul-betul, dia susah nak terima hakikat macam mana seorang lelaki boleh memaksa lelaki lain melakukan hubungan seks tanpa gunakan pisau ke, apa ke, tapi kita rasa macam kita terpaksa melakukannya.

Jadi dia tidak boleh menerima hakikat. Tapi hakikatnya benda tu berlaku memang dia tak gunakan pisau ke, apa ke. Dato’ Seri tak gunakan pisau ke apa, tapi, dia control saya dari segi mental, saya tak boleh nak buat apa...

Taib : Ya...ya kita tau

Mangsa : ...tak boleh nak elak, tak boleh nak tolak.

Taib : Tu kuasa minda boleh.

Mangsa : Yang itu, yang susah saya nak terangkan pada isteri saya, dan dia tak boleh terima tu, dan dia tak...dia masih kesal kenapa saya tak cerita pada dia sebelum kami kawin.

Walaupun benda ini berlaku empat lima tahun sebelum kami berjumpa pun kan. Jadi, benda tu saya cuba lupakan...tak elok, buruk..., aib...keaiban kita ni. Adakah saya ni wajib ceritakan keaiban saya kepada isteri saya. Benda-benda yang lalu kan...

Taib : Tapi itu, isteri kena kaunseling lain laa kan. Dak ...lagi satu pulak pun, bagi saya, bagi sayalah kalau kita lihat dari segi cerita ni, sebagai isteri pulak..., memanglah dia tersinggung sebab perasaan dia, dia seorang manusia yang dia jugak mempunyai ..., maknanya mahu dikasihi, mau dicinta mencintai itu dah human punya nature, tabii tu.

Jadi apabila insiden ini berlaku, dia terasa tercarik, terkoyak dia punya apa tu,...terjejas dia punya kepercayaan, jadi nak pulih kepercayaan tu benda ni, benda ni kalau kita bercakap laa, kalau kita mau menerima ajaran Islam dia tak rumit , bagi saya...saya kata tak rumit tu kenapa, kerana sejarah berlaku kepada para nabi, pada rasul, misal kita, makna bukan pada diri nabi, pada diri rasul tidak.

Tapi di zaman nabi zaman rasul itu, macam kalau kita cakapkan di sini, Asiah, isteri Firaunkan, duduk kat rumah Firaun. Isteri Firaun, tapi Firaun, Firaun. Dia.., orang yang dijamin syurga oleh Allah.

Jadi kalau kita tengok dari segi antara dua tu hubungan....perasaan, hubungan apa semua tu, memanglah manusia sesama manusia, tapi kenapa Allah boleh terima Asiah. Allah boleh menerima Asiah sebagai ahli syurga, confirm.

Kenapa kita tak boleh terima isteri...suami kita dalam keadaan yang begini. Dalam keadaan yang jelas, dalam keadaan yang apa...yang kita kena jugak akui bahawa kita mempunyai keterbatasan, kemampuan dan keupayaan yang diberi oleh Allah S.W.T.

jadi dengan sebab itu tak semua benda kita boleh kesan dengan pancaindera kita dan dengan kemampuan yang ada pada kita. Oleh kerana itu maka apa salahnya kita beri keyakinan dan kepercayaan kita kepada suami kita kalau jelas nampak kebenaran dia.

Itu..., jadi manusia kalau tidak hidup di atas itu macam mana? Kalau kita mengambil kira titik bengit, hitam putih daripada remaja seseorang kepada dia jadi bapak, saya ingat wallahua’lam lah.

Adat kata manusia dunia moden ni, dah memang pun nobody 100% perfect. Maka tak ada hal mahligai rumahtangga, memang sebab itulah Allah sediakan taubat kalau manusia tu 100% bersih daripada mula, kenapa ada taubat?

Mangsa : Adakah perlu kita ceritakan tentang diri kita, pengalaman kita, adakah wajib...

Taib : Tak..tak..tak perlu

Mangsa : ...keaiban kita...

Taib : Tak perlu kita cerita...kita boleh cerita sekiranya boleh membina. Dan kalau sekira kata, kita katakan kita sembunyikan itu memberi munafaat dan membina, maka sembunyi lebih baik.

Boleh jadi mungkin kita kata contoh yang berlaku dalam masyarakat. Kadang seorang teruna tu dia sebelum ini dia bercinta dengan orang lain.

Ini harian, tiba-tiba sampai kepada saat akhir dia boleh putus cintalah, putus tunang, putus apa sebagainya pas tu jadi pulak dengan hak yang lain..., dengan tunang baru, dengan kekasih baru, jadi kalau kekasih baru, kalau dia dok main kira macam tu, dia pun rasa eh....aku ni tak guna dah ni. Suami aku bekas kekasih lain.

Dok main bekas-bekas..sensivity tu ada, habislah dan yang kedua pulak boleh jadi si teruna tadi tak payah dok cerita kepada si....yang apa..., kekasih kedua yang jadi isteri dia sebab tak cerita lebih baik daripada bercerita.

Mangsa : Yang ni bukan saja masalah biasa...

Taib : Yalah...ni

Mangsa : ...yang ni keaiban besar.


Taib :..keaiban besar.Yang ini...inilah yang saya katakan tadi itu yang saya katakan bahawa, isteri ni dia..., ya lah, maknanya dia perlu dikaunselingkan.

Bukan kaunseling macam mana, memberi sedikit reserve keyakinan dan kebaikan tu, supaya dia tidak datang daripada side yang negatif memanjang kepada semua benda.

Macam kita laa, kadang-kadang macam katakanlah contoh macam saya bukan kita kata...takkanlah semua yang datang kat masjid... Kebetulan dalam saya dok bersalam-salam tu tersalam dengan orang yang tak baik.

Maka apa orang kata, apa Ustaz ni pergi salam dengan kawan taik arak ka, taik judi ka, taik apa laa Imam Besar apa pergi salam. Boleh betul ke cakap macam tu?

Mesti jawabnya tak betul pasai mana saya mampu nak dok pilih orang. Dan apakah saya bersalam dengan taik arak, taik judi tu salah di masjid. Maksudnya ialah ada unsur dakwah di situ. Jadi maksud yang saya...walaupun tu tak boleh nak banding dengan kes yang kita cerita ni tadi, tapi nak ceritakan bahawa kita kena bagi reserve untuk kebaikan orang.

Maknaya inilah dalam Islam dia panggil husnuz-zan, baik sangka, kalau kita tak boleh bagi baik sangka kepada orang dalam hidup, kita dok main buat sangka buruk memanjang, kita tak jumpalah kedamaian.

Mangsa : Satu lagi...,saya membukak keaiban orang lain, kesannya mungkin kepada zuriat-zuriat saya. Bukan saja zuriat saya, zuriat dia jugak, kan. Pandangan dia orang pada saya dan sebagainya. Nasihat Ustaz macam mana? Saya buka keaiban..tak berapa elok ni.

Taib : Tak. Dia benda ni lebih terjawab mudah kalau nak rujuk...kalau nak refer tolong refer kepada buku Imam al-Ghazali, Mau’izatul-mukminin kalau tak salah ingat saya dalam jilid kedua.

Sebab dalam translate Melayu, bahasa Malaysia ni dia ada dua jilid. Jilid yang pertama mengenai hukum-hakam feqah sedikit sebanyaknya. Tapi kalau jilid dua tu jelas mana mengumpat yang boleh.

Mana mengumpat yang tak boleh, mana keaiban yang boleh dibukak, mana keaiban yang tak boleh didedah. Itu refer cara panjang. Tapi untuk daripada apa yang saya paham dari situ, kita tengok keaiban yang membina boleh kita bukak, kalau keaiban yang tak anu, tak boleh. Tapi tidaklah keaiban itu sehingga menimbulkan, ...apa.. bukan menyelesaikan masalah...tapi menambahkan masalah...itu tak betullah..macam kata contoh..seorang hamba Allah datang meminang anak saya, katakanlah, ni masalah besar, masalah rumahtangga.

Katakanlah orang datang meminang anak saya...sebab saya berani cakap sebab saya tak ada anak perempuan... Haa.., katakanlah orag datang meminang anak saya, tiba-tiba, apa ni...Encik Rani, kata Encik Ranilah ya. Encik Rani tahu latar belakang yang juru meminang ni.

Boleh jadi ni tak sesuailah dengan...sebagai seorang mukmin Muslim katakan. Dengan banyak mungkar dia...dengan banyak fahsyaknya banyak yang keji buruk perangai kawan tu tidak dikatakan Encik Rani tu membuka keaiban dia atau mengumpat terhadap dia sekiranya Encik Rani bagitau kat saya tentang latar belakang kawan tu.

Ustaz, aa.. saya tau benar orang yang datang meminang anak Ustaz ni orang yang begini begini...jadi meminang tu bagi pendapat saya eloklah Ustaz tolak...misal katakanlah kan. Itu betul....tak dak salah makna of example, makna tindakan Encik Rani tu tidak dikatakan mengumpat orang ni. Tak.

Cuma apa yang kalau tak salah ingat saya disebut, dalam Mau’izatul –mukminin Imam al-Ghazali tu apabila orang tu ternyata masyhur, makna diketahui oleh orang ramai memang dia gitu, tapi kalaulah tidak mana mungkin tersilap sekali sekala ataupun apa semua...hak tu tak boleh laa. Hak tu tak termasuk dalam erti kata masyhur tadi tu.

Ini dah clear orang tu masyhur macam tu...makna masyhur ini diketahui oleh banyak orang. Dan kalau Encik Rani tak cerita tu maknanya anak saya yang jadi mangsa.

Haa..., dalam kata kes tadi, kan. Encik Rani tak jelaskan, anak saya jadi mangsa. Dan mudarat lebih dari yang munafaat.


Mangsa : Tak berdosa saya cerita?

Taib : Tak berdosa. Ni katakanlah dalam kes yang sedang kita bercakap sekarang ni. Ini pun depend kepada kebenaranlah. Kalau apa...sebab saya macam saya cakap awal tadilah.

Tidak nak boleh hukumkan...ini depend pada Encik Rani kata satu kebenaran, dan keyakinan yang haqiqinya, yang hakikinya, demi untuk menyelamatkan orang lain kan..., dan sebagainya. Tak jadi salah dan tak dosa kepada Encik Rani. Encik Rani sekarang ni ceritakan benda ini kepada saya.

Mangsa : ...cuma saya runsing itulah.

Taib : Haa..., Encik Rani cerita benda ni kepada saya sekarang ni. Dia tak jadi mengumpat, dia tak jadi mengaibkan, membukak keaiban orang. Tidak.

Sebab masalah ialah kalau tak cerita , saya nak beri pandangan macam mana? Katalah dia ambik simple macam tu pun, macam mana saya nak..., katakanlah Encik Rani nak minta pandangan minta nasihat saya, saya nak cerita macam mana kan?

Dia bentuk macam tu, tapi itulah saya kata tadi di atas asas membina, tapi kalau di atas asas meruntuh tak bolehlah kita lapor kat polis, kita cerita kat polis kata orang ni sekian-sekian. Dia merompak ini ini. Perangai ini apa semua, lapor. Beri laporan maklumat kat polis, bermakna kita mengumpat kawan tu.

Tapi kita bertindak supaya orang lain selamat dengan kerana maklumat polis terima, polis boleh bertindak terhadap si perompak ni, penyamun ni ka, hapa ka, sebagainya. Haa dia ada close itu.

Mangsa : Tapi hakikatnya ramai orang cakap saya buat-buat cerita, kan. Tapi hakikatnya saya lebih ramai musuh daripada kawan sekarang, kan. Kerana perkara ini.

Taib : Tapi, itu soal aa....kita kena pegang beginilah

(al-Isra’ 17:81)

Allah tegaskan apabila kebenaran itu datang kebatilan akan pergi, kerana kebatilan memang pun tak dapat tempat. Jadi sementara kita boleh letak kebenaran di tempat kebenaran tu memanglah pengorbanan, ujian, jihad itu banyak. Hak tu dah tentu.

Memanglah teruk. Teruk-teruklah. Boleh jadi dalam keadaan macam kata tadi kita lebih banyak musuh daripada kawan, tapi demi untuk kebenaran dan kita terpaksa tegak kebenaran.

Dan kita yakin bahawa apabila tertegak kebenran, kebatilan akan pergi. Boleh jadi yang musuh jadi kawan balik. Tapi kalau tak berani, tak. Maksud saya tak ada kecekalan itu, tak dak prinsip itu, jadi kebenaran sampai bila pun tak boleh tegak.

Mangsa : Pertama kali..., kalau boleh nak mintak kebenaran Ustaz nak jumpa dua tiga kali lagi.

Taib : InsyaAllah.

Mangsa : Minta nasihat kaunseling...

Taib : InsyaAllah

Mangsa : ...dan isteri saya sekalikah...

Taib : Haa.. itu yang saya rasa setakat saya boleh bantu InsyaAllah dan lebih cantik kalau dengan ...., sebab saya pulak pun mengambil simpati dan ambil rasa tanggungjawab laa sebagai seorang pegawai yang bertugas di dalam tugas sebagai tugas saya ini...

Kita bukan nak cakap lebih dan pergi lebih jauh daripada tu, Cuma setakat orang kata apa...., ad-din nasihah. Islam itu nasihat. Dan kita menjaga,... apa orang kata...., menyelamatkan seorang sahabat kita yang Muslim lain tu adalah kebajikan dan kebaikan yang besar sebagai ...ya lebih-lebih lagi dalam konteks dakwah. Sebab rumahtangga besar. Hancur satu rumahtangga, bergoncang arash.

Mangsa : Isteri saya sekarang pulak tengah hamil...

Taib : Ya. Dia takut emosi effect pada kandungan.

Mangsa : Tapi itulah hakikat yang berlaku sekarang ni. Dia jadi tension.

Taib : Tu yang kesian tu. Boleh tu kalau,... dan kalau perlu, kalau perlu kut dia rasa segan dengan saya kut, tak pa saya boleh ajak isteri saya.

Biarlah orang kata, apa...4 pasang mata. Tak pa. Just isteri saya tu bukan apa just sebagai ada teman aje. Haa...jadi gitu. Bukan macam ada Encik Aris hari ni lah orang kata.

Bagi kita bantu-membantu semangat ni, jadi saya mintak sangat-sangatlah kepada Encik Rani ni mana sebagai...ye lah kalau di atas sifat kepercayaan diberi kepada saya tadi pun, saya bercakap di atas sifat dan prinsip itu kena kuat keyakinan.

Kita kena letak bahawa yang benar itu benar, yang salah itu salah. Dan biarlah dengan apa keadaan sekalipun kita kena letak, kalaulah aku gugur dan tewas di atas kebenaran, jadikanlah kita ni sebagai satu,...ye lah...orang kata dalam konteks bahasa yang dikatakan biarlah syahid.

Syahid tu bukanlah maknanya kita dalam konteks hak yang berperang, berdarah, bunuh apa semua tu, tak. Maknanya syahid

Kita kata syahid...apa orang kata..., menjadi saksi di atas kebenaran kita. Dan kita mintak kepada Allah bahawa dengan kemampuan yang ada kita yakin di atas kebenaran ini di atas tindakan-tindakan prinsip kita ini tadi, moga Tuhan jadikan ibadah, keyakinan itu jadi tasbih.

Dan kalau jadi pergi Mekah, jadi pergi Mekah, haji ka, umrah ka, di Multazam tau... , biarlah kita merayu kepada Allah, sebab salah satu di tempat yang mustajab doanya di Multazam. Biar kita menangis bertabur air mata kat situ.

Mangsa : Kalau umrah tak ramailah.

Taib : Ha’ ah kalau haji dia ramai sikit. Sebab saya cerita betul, saya pun dalam keadaan suasana gawat cerita ni kita pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Saya pun tak tau stand kat mana. Sebab kita dari...duduk di luar, jauh. Duduk di luar jauh. Kita tak tau. Cuma kalau tengok berita, tengok apa...., maklumat. Jadi begitulah.

Dan benda-benda macam ini pun cerita benda ini, cerita yang daripada pihak mangsalah, kita katakan. Saya tak pernah dengarlah. Inilah kali pertama.

Tapi kepada orang yang buat jangkaan kata ya tu adalah sorang dua. Ini memang dia anu sungguh...Ada, pernah dengar sebab tulah saya tak rasa surprise...apa tu, orang panggil apa?...Terkejut...aa..terperanjat sangat ka, terkejut sangat.

Dalam hal-hal yang macam ni sebab, tak tau laa boleh jadi orang yang mengatakan ya tu mungkin dia pun ada asas-asas rasional dia laa. Apa sebagainya kan.

Jadi saya pun tak selidik, jadi tak syok jugak sebenarnya kalau kita nak dok...mencari...lagi satu ini bukan dalam bidang yang kita terlibat. Lainlah kalau kita dah jadi pemimpin di peringkat anu ke...atau pun anu...lain jugak...ini cerita..

Tapi memang.., memang rasa seolah-olah peringkat macam tak masuk akal. Memanglah kalau dengar-dengar memang tak masuk akal. Sebab masalah ini adalah masalah latar belakang, latar belakang dan penampilan...sebab tu kalau orang tengok orang akan berasa cukup terkejut kalau pegawai agama ambik duit BaitulMal lah.

Haa..., jadi macam tu lah. Pegawai agama ambik duit BaitulMal, pegawai agama ambik duit zakat.

Walhal kalau nak kira perompak yang rompak bank lagi banyak...berjuta dia sapu. Ini boleh jadi ambik duit zakat mungkin RM100...RM1000 atau RM2000. Tapi pasal benda tu. Penampilan. Tapi benda ni bukan benda mustahil. Sebab manusia. Sebab itu sekatan Tuhan dia tak pilih sapa. Sekatan Allah terhadap yang tidak diredhai. Dia tak pilih sapa.

Cuma kita kena pandai imbang. Kalau ikut kata contoh kita sembahyang, orang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama lah kata, dengan orang yang tak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara mendalam, just basic untuk dialah.

Hak latar belakang pendidikan agamalah ujian dalam sembahyang lagi teruk sebenarnya. Satu yang duanya, waktu kita jadi imam, lagi teruk. Itu pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain.

Anytime kalau duduk kat luar, kita boleh baca lancar lancar. Misal kata, waktu jadi Imam dia datang kadang-kadang zaap blank. Saya pernah baca, Tun Sakaran Dandai satu Maghrib tu, dia duduk kat belakang. Saya bukannya baca ayat panjang, baca ayat sangkut.

Hah! Ujian...sebab tu kalau bagi orang yang paham, Imam sangkut dia tak jadi aib. Orang tak boleh gelak. Apa Imam tu....bacapun...orang tak akan kata. Sebab dia lain, hantu dia lain.

Mangsa : Terima kasih banyaklah Ustaz.

Taib : Ya, kira samalah saya terima kasihlah. Yang saya rasa terima kasih banyak ni pasal ya lah...Cik Rani sendiri beri kepercayaan kepada saya, apalah sangat saya kalau nak bandingkan dengan orang lain yang saya rasa wajar mendengar

Mangsa : Saya pun sembahyang kat sini. Mengaji malam Jumaat pun tu saya ikut...

Taib : Oo..ikut..., kelas saya tu?

Mangsa : Kelas Fathul-Qarib

Taib : Oo yang tu...saya lupa langsung..

Mangsa : Tapi saya ikut belakang-belakanglah

Taib : Sekarang dah masuk kitab lain, dah habis dah ni. Tapi saya bab yang berlaku ini saya tidaklah orang kata..., kiri kanan sebagai, Cuma kalau ya pun ialah kita rasa tak puas hati dari segi pengendalian perbicaraan. Tu saja. Pengendalian perbicaraan tu bukan terhadap diri orang yang dituduh, tetapi aib umat Islam semua sekali. Malaysia.




AIDC memetik buku tulisan Drs Amnah Khuzairi bertajuk "Bekas Imam Besar Bongkar Rahsia Anwar", Minda Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2001.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Kisah liwat bermula dari adik angkat




Oleh Yahaya Ismail

Kita juga macam tak mahu percaya seorang pemimpin yang berjiwa Islam sanggup main buntut Sukma, adik angkatnya yang berbangsa Indonesia. Sukma belajar di Yayasan Anda sejak berusia 14 tahun dan tinggal sebilik dengan Anwar di rumah ayah Anwar di Kampung Tunku. Hubungan adik dan abang angkat ini terus terangkat hingga Anwar menjadi menteri kabinet.

Rupa-rupanya Sukma (aduhai indahnya namamu!) mungkin menggetarkan sukma Anwar yang seringkali memberi berbagai bantuan dan perhatian kepada Sukma, kelahiran Sunda itu. Ada orang berkata hubungan Anwar dengan Sukma memang rapat (maklumlah abang angkat dengan adik angkat yang tak ada kaum keluarga di Malaysia ini) hingga menimbulkan cemburu dari orang lain.

Dikatakan Sukma tinggal bertahun-tahun dengan keluarga Anwar sejak Anwar menjadi menteri kabinet. Malah menurut pengakuan Sukma sendiri dia mempunyai bilik khas dalam kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan boleh tinggal di situ bila-bila masa. Inilah contoh abang angkat yang prihatin terhadap adik angkatnya yang jauh dari keluarga hingga sanggup memberi sebuah bilik khas untuknya.

Bukan banyak pemimpin yang sanggup mengorbankan sebuah bilik untuk adik angkat yang datang dari tanah seberang. Anwar nampaknya sanggup berkorban jiwa dan raga (bukan raga rempah cabai tau!) untuk Sukma.

Rupa-rupanya Sukma diliwat oleh Anwar, abang angkatnya. Dia mendedahkan perkara ini dalam mahkamah dan akibat diliwat dia dikenakan penjara enam bulan. Ini pengakuan Sukma dalam mahkamah dan dimuat dalam semua surat khabar dan media elektronik. Anih bin ajaib Anwar juga meminati buntut dan mangsanya kini telah menerima hukuman.

Aduh, aduh, aduh ini bukan sebarang hubungan antara dua makhluk yang sama jenis. Ini hubungan sejenis – homoseksual – yang dilaknati Allah, pengikut kaum Lut.

Bagaimanakah seorang yang warak seperti Anwar sanggup melakukan hubungan homoseksual dengan adik angkatnya? Apakah ini yang dikatakan sebagai alunan sukma yang menggetarkan nafsu?

Kita terbaca dalam akhbar mengenai pekerja Pakistan meliwat pekerja Indonesia hingga mengakibatkan perkelahian dan ada yang terkorban dekat Puchong. Di Bangladesh pula seorang pemimpin tinggi sebuah parti politik Islam terpaksa meletakkan jawatannya kerana dituduh meliwat dua orang pegawai parti semasa semasa mereka menuntut di universiti dahulu.

Barangkali malu dengan pendedahan itu dan tidak mahu diperpanjangkan kes tersebut maka pemimpin tersebut dengan perasaan hiba dan kesal terpaksa berhenti dari kepimpinan parti. Di England pula dua orang pemimpin Parti Buruh meletakkan jawatan masing-masing setelah terlibat dalam homoseksualiti dan rahsia mereka didedahkan dalam media massa.

Di Malaysia lain lagi ceritanya. Anwar diberi nasihat dengan baik untuk meletakkan jawatan-jawatannya secara terhormat tetapi dia engkar dan menumbuk meja untuk menakutkan Perdana Menteri barangkali. Akhirnya Perdana Menteri dengan persetujuan kabinet memecat Anwar dari semua jawatan kabinet pada 2hb September dan sebagai ahli UMNO pada 3hb September.

Dia dituduh dan dipecat kerana mengamalkan homoseksualiti tetapi hingga ke saat ini dia masih menganggap dia difitnah dan kononnya ada konspirasi yang didalangi Mahathir untuk menjatuhkannya.

Inilah perbezaan sikap antara pengamal homoseksual Bangladesh, Pakistan, England dengan Malaysia.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar



Oleh Yahaya Ismail

Sejak Anwar dipecat nampaknya tidak banyak alim ulama yang tampil ke depan dan membelanya secara terang-terangan. Apakah gerangan yang menyebabkan alim ulama membisu sejuta bahasa kecuali beberapa orang Adun, bekas wakil rakyat UMNO dan pegawai tinggi Pusat Islam yang cuba menangani isu pemecatan Anwar dan akhlak yang mulia yang tidak diperjuangkannya.

Tuan Guru Nik Aziz lebih terbuka sikapnya dan tidak ketara hendak membela Anwar. Dia tidak seperti Ustaz Fadzil Nor yang terang-terangan menyebelahi Anwar tanpa mengambil kira maruah dan imej kepimpinan PAS. Malah alim ulama yang bebas pun tidak banyak bersuara untuk memberi buah fikiran. Barangkali mereka juga sesak nafas dan tidak mendapat fakta-fakta yang jelas tentang perilaku seks sumbang yang dikaitkan dengan pemecatan Anwar tersebut.

Atau boleh jadi juga mereka lebih senang untuk tidak menilai akhlak orang lain memandangkan mereka juga bukan manusia yang maksum. Atau boleh jadsi juga mereka takut hendak meluahkan buah fikiran mereka yang boleh disalah tafsir oleh berbagai pihak hingga menimbulkan kontroversi yang menyulitkan kehidupan mereka.

Walaupun Persatuan Ulama Malaysia turut menyokong Anwar namun rakyat tidak diberi penjelasan dari badan tersebut mengapakah ia bersikap demikian. Apakah kerana Anwar pernah menjadi imam dan banyak menyebut berbagai ayat Al-Quran dan hadith Nabi maka dia sudah boleh digolongkan sebagai pemimpin yang berjiwa Islam dan mesti dipertahankan oleh Persatuan Ulama Malaysia?

Apakah kelebihan Anwar dari segi Islam yang memungkinkan persatuan ini memperjuangkannya? Rakyat ingin tahu pendiriannya yang sebenar dan jelaskan kepada umum dalil-dalil yang munasabah mengapa Persatuan Ulama Malaysia menyokong Anwar.

Malaysia masih lagi sebuah negara yang menghargai demokrasi walaupun tidak sebebas negara-negara Barat tentunya. Siapa saja boleh memberi buah fikiran dan pendapat untuk menyebelahi Anwar atau pun kerajaan. Kalau Persatuan Ulama Malaysia, sebuah badan yang berdaftar, yang tentunya dianggotai oleh mereka yang bergelar ulama maka mereka harus berani mengemukakan pendapat dan hujah dari segi agama mengapa mereka menganggap Anwar seorang pemimpin Islam yang patut disanjung tinggi walau pun seluruh rakyat tahu alasan dia dipecat dari kabinet dan UMNO. Sebagai ulama mereka sepatutnya mempunyai tanggungjawab moral untuk menerangkan sikap mereka mengenai isu Anwar tanpa takut dan gentar menghadapi kenyataan.

Setakat ini, Datuk Prof. Dr. Harun Din dengan penuh tanggungjawab menjelaskan kepada umum bahawa dia bukan mastermind reformasi. Ini bermakna beliau ingin menolak sangkaan buruk setengah pihak yang mengatakan dia penyokong Anwar yang kuat. Juak-juak Anwar, termasuk Anwar sendiri, ingin memperalatkan ketokohan dan kewibawaan Harun Din untuk mempengaruhi orang ramai bahawa ulama terkemuka ini pun menjadi penyokong Anwar yang setia! Rupa-rupanya itu hanya dakyah Anwar. Menurut Dr. Harun Din dalam satu interbiu dalam Mingguan Malaysia dia tidak selalu berjumpa dengan Anwar walaupun sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kata ulama itu lagi Anwar pernah menelefonnya, selepas dipecat, mengatakan ia hendak berjumpa dengan beliau. Dia menjemput Anwar ke rumahnya. Rupa-rupanya Anwar bukan datang berseorangan. Sebaliknya dia telah membawa beribu-ribu juak-juaknya ke Bangi hingga menimbulkan kebimbangan bagi pihak ulama tersebut. Dia tidak menyangka Anwar akan menggunakan pertemuan antara mereka untuk meniupkan semangat reformasi dengan memperalatkan Harun Din. Memang tak ada permit polis. Memang bukan dirancang oleh Harun Din. Akhirnya mereka beramai-ramai melakukan sembanhyang hayat di Darul Syifa’ yang dipimpin Dr Harun Din.

Kini jelaslah kepada orang ramai bahawa Anwar sanggup memperalatkan ulama yang terkenal untuk memperjuangkan nasib dan kepentingan dirinya.
Kini Dr Harun Din menyebelahi PAS dan menjadi pejuang Islam melalui PAS. Dia akan bertanding dalam pilihan raya datang untuk menentang BN. Kalau dia benar-benar pro Anwar dan kagum dengan perjuangan Islam stail Anwar sudah pasti dia menjadi ahli Adil yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah, isteri Anwar. Cuma yang sanggup menjadi ahli jawatankuasa Parti Keadilan Nasional ialah bekas Mufti Pulau Pinang yang sudah pencen, dan barangkali dia yakin dengan reformasi Anwar.

Kata Harun Din lagi beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak. Yang penting ialah mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah mahkamah yang menentukan nasib Anwar. Kalau terlepas dari mahkamah dunia di mahkamah akhirat masih ada lagi penghakimannya. Sekiranya Anwar tidak bersalah, tidak melakukan perbuatan yang dikutuk Allah maka hadapilah segala cabaran dan ujian di atas muka bumi ini. Allah Maha Kuasa, Maha Adil dan Maha Besar. Terimalah segala dugaan dan cabaran ini dengan hati yang tabah dan tawakal kepada Allah.

Rakyat amat mengharapkan ulama-ulama yang terkemuka tampil ke depan untuk menyatakan buah fikiran mereka mengenai isu Anwar yang menyangkut hak dan kepentingan agama. Apakah mereka, para alim ulama, bersetuju dengan reformasi yang kini sudah menjadi semakin liar itu? Apakah mereka harus berdiam diri dan melihat ada pihak yang hendak menggulingkan kerajaan secara kekerasan? Sekiranya mereka cinta damai dan berjiwa patriotik mengapakah mereka tidak berani ke depan menyuarakan fikiran mereka yang bebas?

Tentulah tidak wajar dan dianggap oportunis sekiranya masyarakat ulama mendiamkan diri tanpa menyatakan sikap mereka yang sebenar. Kalau ada para ulama menganggap sumbangan mereka di bidang agama sebagai pemimpin masyarakat itu penting tentulah mereka sudah menampakkan sikap mereka yang sebenar. Tentulah mereka memperlihatkan kewibawaan mereka sebagai orang agama yang bertanggungjawab. Malangnya tidak ramai yang sanggup datang ke depan.

Mengapa demikian? Apakah kebanyakan ulama menyokong Anwar? Apakah mereka menjadi penyokong Anwar dalam diam-diam oleh kerana takut dicap anti kerajaan dan anti Mahathir?

Atau mereka takut hilang jawatan, hilang nikmat hidup dan hilang pencen. Kalau mereka menyokong Anwar apakah mereka sanggup menerima seorang pemimpin yang dikatakan seorang homoseksual menjadi pemimpin negara? Mahathir mengatakan Anwar homoseksual itu. Apakah alim ulama tidak percaya dengan sikap Mahathir tersebut? Siapakah yang lebih berwibawa dan mengetahui lebih banyak dan mendalam tentang peribadi Anwar – Mahathir atau ulama?

Saya ingin bertanya kepada pejuang-pejuang reformasi yang kononnya menganggap Anwar sebagai pejuang dan pemimpin Islam yang tersohor. Kita harap mereka menggunakan akal fikiran yang diberi Allah untuk berfikir secara rasional dan bukan emosional melulu. Kalau Anwar dianggap seorang pejuang dan pemimpin Islam mengapakah dia memilih Nalla yang diketahui umum sebagai bapa ayam merangkap pengarah sebuah syarikat perjudian sebagai teman tenisnya? Apakah ini wajar? Apakah tidak timbul syak wasangka dan keaiban dari hubungan kemesraannya dengan seorang tauke judi? Apakah Islam, menurut pandangan orang-orang reformasi, menghalalkan persahabatan antara pejuang Islam dan bapa ayam merangkap tauke judi?

Kalaulah tidak menimbulkan syak wasangka dan diredhai oleh Islam maka tentulah Tuan Guru Nik Aziz boleh bermain guli dengan Lim Goh Tong, tauke judi Genting! Tapi Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Ismail Kamus, Dr Harun Din, Ustaz Hadi Awang dan termasuk juga Mat Sabu tidak mahu bersekongkong dengan bapa atau pun ibu ayam apalagi dengan tauke judi. Tentulah mereka sendiri tidak mahu menerima derma atau pun apa saja hubungan dengan tauke judi kerana mereka tahu Islam mengharamkan perjudian. Tentulah mereka akan terkejut bin aib kalau pejuang dan pemimpin Islam sanggup menerima derma dari tauke judi!

Anwar memang mengharapkan ulama-ulama yang separuh celek tentang politik menyokongnya. Dia mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia masih mempunyai kreadibiliti sebagai pemimpin dan pejuang Islam sekiranya banyak ulama membuntutinya. Sekiranya mereka menyokong Anwar bermakna mereka juga menyokong mimpi reformasi Anwar yang bertujuan untuk menutup rahsia peribadinya mengenai seks sejenis itu.

Sekiranya para ulama sangsi tentang alasan yang diberikan Mahathir mengapakah mereka tidak meminta Anwar mengadakan majlis bersumpah dengan Al-Quran di masjid yang dihadiri oleh alim ulama dan rakyat amnya untuk meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersih segala nodaan homoseksualiti itu. Kita berharap sebagai seorang pemimpin Islam Anwar tentulah bersedia untuk bersumpah dengan nama Allah di dalam masjid yang disaksikan ribuan rakyat jelata untuk membersihkan “tohmahan” dari pihak-pihak tertentu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Thursday, March 5, 2009

Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar



Ucapan Dasar Anwar Ibrahim di Sidang Pleno US-Muslim World Forum -AS, Doha, Qatar

“Cabaran Bersama : Menumpukan Perhatian Bersama Kepada Isu Global Yang Timbul”, Ucapan Dasar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Anwar Ibrahim di Sidang Pleno Forum Dunia Islam-AS, 14 Februari 2009, Hotel Four Seasons, Qatar.

Terlalu banyak yang telah disebut mengenai masa lalu – peluang-peluang yang tidak dapat dicapai dan janji yang dimungkiri oleh sebuah negara yang ramai di dunia Islam berada dalam keadaan yang tidak dihormati.

Rasa kebimbangan kita yang amat mendalam menjadi reda dengan harapan baru pentadbiran Obama akan memberikan janji baru terhadap satu agenda untuk memperbaiki semula hubungan dengan rakan-rakan dan musuh-musuh Amerika di seluruh dunia demi kepentingan keamanan yang lebih baik serta mengejar keadilan dan kebebasan.

Kita melihat Presiden Obama komited kepada nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, seorang Presiden yang percaya bahawa isu kritikal yang memisahkan di antara Amerika Syarikat dan dunia Muslim boleh diselesaikan bukan sahaja melalui retorik yang berapi-api dan bahasa yang suka mencari perbalahan tetapi dengan penglibatan positif di dalam bahasa yang saling menghormati.

Pentadbiran baru yang berada dalam peringkat permulaan telah melaksanakan langkah-langkah yang penting, bersedia untuk menyahut seruan-seruan terhadap perubahan. Penyelesaian ketara terhadap konflik Arab-Israel masih lagi tidak kelihatan, walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai utusan Timur Tengah adalah langkah yang dialu-alukan, dan seperti yang dijangkakan, pengunduran tentera di Iraq; memikirkan semula pendekatan di Afghanistan; mengakui Teluk Guantanamo adalah mengkhianati prinsip Amerika; serta kenyataannya yang jelas terhadap penggunaan seksaan.

Selain itu, petikan hadis di dalam ucapan Obama bahawa sebagai manusia kita seharusnya dibimbingi oleh kebenaran universal bahawa tiada kemudaratan diperintahkan terhadap seseorang itu dan seseorang itu pula tidak boleh memaksa seseorang yang lain, menyentuh perasaan umat dunia Muslim (kebebasan hak asasi individu).

Kita berharap di dalam pentadbiran yang baru ini, kita menemui rakan yang lebih dipercayai – untuk menyelesaikan isu keselamatan dan politik yang menyakitkan hati pada zaman kita, tetapi juga dalam mencari satu agenda untuk pembangunan ekonomi yang berkekalan.

Kemiskinan masih menjadi isu utama merentasi Asia, Timur Tengah dan banyak kawasan di Afrika serta memberikan konteks yang bermakna untuk mengejar agenda bersama.

Agenda seperti itu akan membawa manfaat besar kepada berjuta-juta orang yang menyara hidup dengan beberapa dolar sehari. Di dalam konteks kemelesetan ekonomi, terdapat pendekatan yang jelas untuk kerjasama bagi merangsang pertumbuhan yang boleh memulihkan ekonomi yang sedang merosot termasuk mereka yang berada di negara membangun, serta memperbaiki kesan negatif global.

Negara-negara Muslim tidak boleh hanya menjadi penonton di dalam era pentadbiran baru Obama ini, juga tidak boleh meletakkan kesemua harapan mereka terhadap kemungkinan perubahan mendadak dalam dasar luar Amerika.

Tiada pengisytiharan formal dibuat oleh pihak berkuasa yang akan mengubah hubungan antara negara melainkan kita menyaksikan perkembangan sebenar dengan memastikan kerajaan di dunia Muslim lebih responsif kepada aspirasi rakyat dan menunaikan harapan munasabah.

Kita perlu melihat kepada Indonesia – pada 1998 telah melaksanakan peralihan yang aman , di mana tidak pernah berlaku sebelum ini, daripada autoritorianisme tentera kepada demokrasi. Ini berlaku hampir-hampir dalam waktu yang singkat dan tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana tentera asing. Tidak kurang pentingnya adalah Turki, yang sekarang berdiri sebagai negara Muslim yang paling matang dalam demokrasi di dunia.

Tetapi contoh-contoh ini masih terlalu sedikit, dan di antaranya adalah sebuah lautan yang tiada kebebasan, yang telah melahirkan, di antara perkara lain, kemiskinan dan radikalisme.

Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita?

Fakta yang masih tinggal adalah isu urus tadbir dan tanggungjawab masih menghantui, berterusan untuk melontarkan kesangsian terhadap kewajaran golongan elit yang memerintah.

Dalam hal ini, perubahan bukan lagi merupakan satu pilihan. Mesti terdapat penyelesaian yang tegas, dibuktikan dengan usaha-usaha daripada pemimpin dengan sokongan institusi masyarakat awam untuk membawa bersama perubahan yang betul.

Suara yang kuat untuk meminta perubahan di kalangan Muslim masih lagi tidak reda. Walau bagaimanapun, di dalam dunia Muslim, anggapan lalu bahawa Amerika Syarikat mempromosi demokrasi telah menjadi dogengan terpilih, sekiranya tidak, akan berlaku kepuraan-puraan yang nyata.

Kita telah lihat di Algeria pada 1991 dan sekali lagi yang paling terbaru di Palestin. Di kebanyakan negara, demokrasi hanya dijuarai setakat mengadakan pilihan raya – tanpa mengira pelaksanaan pilihan raya tersebut. Sebenarnya ini merupakan demokrasi palsu.

Ciri-ciri tidak demokratik yang mendasarinya hampir tidak memberikan impak – media yang dikawal ketat dengan diskriminasi secara terang-terangan, penipuan di dalam pilihan raya, layanan menindas terhadap parti pembangkang dan badan kehakiman yang ditawan. Ini bukan isu akademik.

Di tempat saya, ini adalah realiti yang sebenar.

Muslim mesti komited untuk berubah. Soalan yang masih bermain di minda adalah bagaimana kita boleh meneruskannya?

Pertama sekali – penglibatan sebenar mestilah merangkumi semua aspek. Kita tidak perlu bermula dengan membina dinding di sekeliling kita, meletakkan prasyarat, serta membuat hukuman terlebih dahulu terhadap kumpulan dan parti. Halangan ini hanya akan menguatkan prejudis lama dan menyemai syak wasangka berpanjangan.

Penglibatan yang membuahkan hasil mestilah bermula dengan penyataan bahawa tiada negara (termasuk Amerika), tiada wilayah (termasuk dunia Arab), dan tiada budaya dan agama(termasuk Islam) memiliki monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia.

Ini sudah tentunya prinsip universal yang kita semua kongsi bersama.


Terima kasih.

AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim di Keynote Address at Plenary Session of the US-Islamic World Forum, Doha Qatar, 2009. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Saya kini Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim

2. AIDC Fotopages - Benarkah Anwar Ibrahim malukan Madeline Albright di Forum Doha, Qatar ?

3. Anwar hadiri persidangan Islam Liberal di Doha, Qatar ?

4. Anwar sibuk di Doha hingga tertinggal kapal terbang ?

5. Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..

6. Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

7. Kenapa Anwar lari terkincit-kincit mahu jumpa Al Gore ?

8. Anwar Ibrahim’s keynote address at Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum

9. Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Steven Clemons bongkar bagaimana Anwar Ibrahim merasuah kumpulan pelobi Amerika

Dua tokoh pelobi Anwar di dalam dan luar negara. Kamaruddin Jaafar (kiri) pengerusi badan pemikir Anwar Institut Kajian Dasar (IKD) dan Douglas Paal (kanan), Pengarah Asia Pacific Policy Center (APPC). Mereka bekerjasama menandatangani perjanjian usahasama antara IKD - APPC untuk menganjurkan Dialog Pasifik sebagai pelobi imej Anwar di Amerika. Paal ketika itu berpengaruh di Amerika kerana dia adalah bekas pengalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS, manakala Douglas Paal adalah Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Melobi mungkin tidak disenaraikan sebagai salah satu kerjaya yang tertua di dunia, tetapi sudah hampir ke arah itu. Di mana-mana dan bila-bila masa, mereka yang menguasai politik akan merenung dasar-dasar yang akan mewujudkan mereka yang menang dan kalah, mereka yang disukai atau mereka yang menentang secara umumnya akan mengatur untuk mengejar apa yang terbaik untuk kepentingan mereka.

Pertarungan ini di kalangan kumpulan berkepentingan dan lawan politik berlaku dalam kebanyakan sistem politik, demokrasi, di semua peringkat dalam kerajaan, sama hebatnya di peringkat tempatan atau negara.

Gelanggang yang paling hebat di dalam dunia pada hari ini – dan mungkin di dalam sejarah – untuk mereka yang cuba untuk menentukan arah keputusan dasar-dasar yang besar adalah Washington, D.C. Mereka yang membentuk Perlembagaan A.S. tidak menyediakan ruang untuk pelobi dalam teori kerajaan mereka, tetapi pelobi telah menjadi sebahagian daripada darah kerajaan Amerika daripada awal lagi.

Melobi secara meluasnya didefinisikan merujuk kepada sesiapa atau mana-mana kumpulan yang cuba untuk mempengaruhi dasar. Mengikut masa, istilah pelobi telah bermaksud agen pengaruh yang dibayar, agen penyokong, selalunya seorang peguam, wakil perhubungan awam, atau bekas pegawai kerajaan, yang mengetahui orang-orang yang penting dan jalan belakang kerajaan yang boleh memberikan sesetengah kepentingan peribadi, satu sudut dalam mempengaruhi keputusan politik.

Melobi telah menjadi sangat penting dalam sesetengah penerbitan di Amerika yang terkenal, termasuk Washington Post, the National Journal, dan Roll Call yang mempunyai bahagian-bahagian di dalam akhbar-akhbar mereka yang didedikasikan kepada industri itu.

Mengikut masa, hubungan kewangan di antara pegawai awam dan pelobi telah ditentukan dengan ketat – pembelian hidangan, perjalanan yang ditaja, atau hadiah yang disediakan melalui kepentingan khas melalui pelobi untuk pegawai kerajaan, sama ada telah dilarang atau diawasi oleh beberapa pusat kawalan etika di dalam Kongres dan cawangan eksekutif kerajaan AS.

Kesan daripada Peraturan

Tanpa menulis lebih terperinci tentang peraturan yang menguasai pelobi melawan kumpulan orang hubungan Kongres dan pentadbiran, apa yang berlaku adalah perkembangan ekonomi pengaruh politik secara bawah tanah, atau gerakan “kedua”.

Selain bergantung kepada hubungan eksklusif dan kerajaan, pelobi secara meningkat menggunakan forum “pendidikan awam” dan 'kumpulan pemikir' untuk memikat dan memancing staf serta ahli Kongres.

Peraturan etika membenarkan staf untuk menghadiri dan menikmati makanan dan lain-lain manfaat dengan menghadiri mesyuarat “yang dihadiri oleh ramai orang”, secara praktikalnya perhimpunan yang melebihi daripada 10 orang.

Peraturan tersebut membenarkan staf dan ahli untuk membuat perjalanan domestik dan antarabangsa, di atas perbelanjaan pihak lain, sekiranya tujuannya adalah sama dengan tugas-tugas rasmi awam dan sekiranya ditaja oleh entiti tidak berkepentingan yang telah ditapis terlebih dahulu.

Salah satu daripada strategi yang paling menarik dilakukan oleh pihak korporat dan mereka yang berkepentingan adalah menggunakan 'kumpulan pemikir' sebagai penyokong kepada cadangan dasar mereka.

Kebanyakan kumpulan pemikir yang ditadbir oleh undang- undang korporat Amerika, diistilahkan sama degan organisasi kebajikan dan pendidikan – yang dipanggil organisasi 501(c)3. Sebagai organisasi dasar awam 501(c)3, kumpulan pemikir di bawah undang-undang dibenarkan untuk membelanjakan tidak lebih daripada 5% daripada sumber keseluruhan mereka untuk sokongan dan lobi politik.

Walau bagaimanapun, sekiranya DaimlerChrysler mahu memberikan pengetahuan kepada staf atau ahli Kongres tentang bagaimanapun Korea gagal mencapai terma-terma di dalam perjanjian kereta bilateral Korea-Amerika Syarikat atau sekiranya Persatuan Industri Bioteknologi mahu mengemukakan punca kenapa “prinsip langkah amaran” Eropah terhadap makanan dan produk yang diubahsuai secara genetik merupakan satu pencabulan terhadap sains, perdagangan bebas, dan kemodenan, kemudian kepentingan ini cuba untuk meyakinkan organisasi seperti New America Foundation (Yayasan Amerika Baru), atau Heritage Foundation (Yayasan Warisan), Brookings Institution (Institusi Brookings), Center for Strategic and International Studies (Pusat untuk Kajian Antarabangsa dan Strategik), Cato Institute (Institut Kato), Carnegie Endowment for International Peace (Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa), atau American Enterprise Institute (Institut Usahawan Amerika), dengan menganjurkan persidangan atau majlis jamuan untuk memberikan “pendidikan” kepada pegawai kerajaan tentang isu tersebut.

Kepentingan khas seperti ini juga boleh meminta entiti yang tidak berkepentingan untuk menganjurkan lawatan bagi mengkaji isu bioteknologi di Sydney, Australia atau ke Seoul atau Brussel bagi membandingkan garis panduan perdagangan kereta.

Rasuah Kumpulan Pemikir

Dalam tradisi Eropah, individu dan institusi yang kaya selalunya akan mewujudkan badan kebajikan untuk membantu keperluan dan hal ehwal mereka yang tidak berkemampuan.

Di Amerika, individu yang terkaya daripada Andrew Carnegie hingga Bill Gates telah memenuhi tanggungjawab mereka dengan mewujudkan yayasan peribadi.

Henry Ford Foundation (Yayasan Henry Ford) telah menjadi salah satu daripada institusi utama yang terlibat dalam hal ehwal global, keadilan sosial, dan memperkukuhkan masyarakat awam. Pihak liberal sosial seperti Norman Lear dan konservatif politik seperti John Olin telah menubuhkan yayasan dan tabung amanah untuk membantu dalam membiayai projek dan mereka akan mengejar agenda politik masing-masing.

Firma-firma juga melakukan perkara yang sama. DaimlerChrysler, AT&T, Federal Express, Phillip Morris, Toyota, AIG, Citigroup – firma-firma di seluruh dunia telah memberikan wang daripada tabung korporat mereka dan daripada yayasan korporat untuk memfokuskan kepada isu yang melibatkan firma tersebut, yang boleh membawa maksud, membiayai segala-galanya, daripada orkestra filharmonik,kepada membiayai majlis makan malam rasmi selepas pilihan raya presiden, kepada membiayai lawatan yang berkaitan dengan dasar dan program untuk pegawai kerajaan.

Salah satu punca organisasi dasar awam menjadi tarikan kepada individu, firma, kesatuan, dan lain-lain untuk membuat sumbangan, adalah sumbangan tersebut untuk menggelak daripada bayaran cukai. Dalam kata lain, satu kumpulan individu yang kaya bimbang tentang kesan negatif terhadap perniagaan mereka dengan China, boleh memberikan wang kepada ahli Kongres atau kepada parti politik – yang tidak ditolak daripada cukai – atau mereka boleh membuat sumbangan yang besar, tidak terbatas kepada pelbagai kumpulan pemikir untuk menganjurkan majlis makan malam, persidangan, dan lawatan serta lain-lain lagi untuk staf Kongres, dan sekiranya tidak menyokong rangka kerja dasar awam oleh kumpulan pemikir untuk mengadakan “kesan sokongan.”

Amalan ini meningkat apabila dirujuk sebagai “lobi yang mendalam”, dan salah seorang pengamal yang terhebat selama bertahun-tahun adalah Roger Milliken, usahawan tekstil terulung daripada selatan yang secara diam-diam telah menentang North America Free Trade Area (NAFTA), Caribbean Basin Initiative (Inisiatif Lembangan Caribbean), Trade Promotion Authority (Pihak Berkuasa Promosi Perdagangan), dan lain-lain penggubalan undang-undang yang direka bagi menarik balik perlindungan tekstil di Amerika.

Ketika usaha Miliken sering kali sia-sia, wangnya dihabiskan bagaimanapun memberikannya masa, dan dia merupakan pemain yang menggerunkan di belakang tabir. Sokongannya terhadap Ross Perot pada 1992 dan sekali lagi pada 1996 berkemungkinan mengorbankan jawatan bekas Presiden Presiden Bush dan Senator Robert Dole.

Bagaimana proses lobi ?

Sektor kumpulan pemikir, merupakan kawasan yang paling banyak dipenuhi di Washington. Terima kasih kepada berbilion dolar yang ditaburkan ke dalamnya. Walaupun muncul drama-drama di dalam kebanyakan pertarungan dasar, walaupun kumpulan pemikir kurang komited dengan persoalan sebenar yang direka untuk menggalakkan pencerahan dalam menentukan dasar dan lebih berorientasikan kepada membiarkan kelaziman yang sudah basi seperti melumpuhkan perdebatan, membekukannya melalui pertarungan kuasa di antara pemenang yang berpotensi dan mereka yang kalah, dengan puak-puak yang melobi di tumit mereka.

Kenapa semua kumpulan pemikir semakin mudah terdedah kepada kehendak hati dan yang menjadi kepentingan pelobi adalah sebagai satu industri, kumpulan pemikir berkembang pada kadar tertentu, kebanyakan wang masuk ke dalam sektor awam dibahagikan di antara pemain yang semakin meningkat bilangannya.

Untuk berkembang sebagai satu institusi yang bekerja keras dengan tawaran Faustian – mengambil wang daripada penderma dan mengekalkan kepura-puraan terhadap keseriusan objektiviti dasar, mereka melakukan bidaan untuk pelobi. Kekurangan sumber Internal Revenue Service (IRS) atau Perkhidmatan Hasil Dalaman untuk menyiasat sektor-sektor tanpa keuntungan melalui mana-mana cara yang serius, digabungkan dengan kekaburan yang wujud dalam membezakan di antara “pendidikan awam” dan melobi juga menyumbang kepada rasuah kumpulan pemikir.

Jenis sokongan dasar awam yang paling penting adalah pelobi telah meyakinkan kumpulan pemikir dan menggunakan skala yang lebih sofistikated, bukan sekadar jemputan rasmi atau lawatan ke Bali atau Singapura.

Kumpulan pemikir berada di dalam perniagaan analisis dasar, tetapi mereka juga memasarkan analisis tersebut dan cuba untuk menjual pandangan mereka kepada awam dan kepada kerajaan.

Sebagai contoh, felo kanan di Institut Brookings mengekalkan reputasi untuk menjadi lebih akademik daripada kebanyakan dasar yang goyah di Washington dan sering kali menyiarkan kerja mereka melalui buku-buku berbanding penyelidik-penyelidik lain.

Secara perbandingan, felo di Heritage Foundation kerap kali beroperasi melalui ringkasan dasar yang difakskan atau di Washington Times dan lain-lain akhbar dan majalah.

Dalam dekad yang terakhir, fenomena yang sama telah berlaku dalam penyelidikan saintifik dan perkembangan pembiayaan telah berlaku dalam perniagaan analisis dasar awam.

Daripada membiayai penyelidikan asas dalam sains, penaja semakin meminta dalam penyelidikan gunaan. Sama dengan kumpulan pemikir, penaja semakin menjangkakan pencapaian dasar yang menyumbang kepada akar umbi mereka. Banyak contoh yang telah ditunjukkan.

Salah satu kes yang paling menarik baru-baru ini adalah yang melibatkan Pengarah American Institute in Taiwan (AIT) atau Institut Amerika di Taiwan, yang seperti dicatat, merupakan sebuah organisasi tanpa keuntungan A.S., tetapi sebenarnya melaksanakan kebanyakan tugas seperti sebuah kedutaan di Taiwan.

Sekarang A.S. tidak lagi mengiktiraf status kedaulatan Taiwan sebagai sebuah negara. Pengarah AIT, Douglas Paal merupakan Penasihat Keselamatan Negara untuk Asia Timur kepada Presiden George H.W. Bush.

Apabila Presiden George H.W. Bush bersara, Douglas Paul mengasaskan kumpulan pemikirnya sendiri, yang dinamakan Asia Pacific Policy Center (APPC) atau Pusat Dasar Asia Pasifik.

Menurut pendedahan Joshua Micah Marshall dalam The New Republic ( 4 Mac 2002), majoriti staf Doug Paal sendiri beranggapan bahawa APPC merupakan sebuah syarikat perundingan/melobi. APPC menyediakan buletin, langganan tahunan yang menelan kos beribu-ribu dolar, dan menjadi penting kepada organisasi kerajaan Asia yang mungkin berminat dengan buletin tersebut, tetapi mereka mungkin lebih berminat dalam menguatkan karier mereka melalui seseorang yang amat rapat dengan bekas Presiden Bush.

APPC tidak menganjurkan program dasar kepada awam, juga tidak menyediakan mana-mana bahan berkaitan dasar miliknya melalui Internet atau cara-cara lain. Beberapa orang daripada ahli lembaganya, termasuk bekas Penasihat Keselamatan Negara, Brent Scowcroft, bekas Ahli Kongres, Dave McCurdy, dan bekas ketua Pentagon, Frank Carlucci kehairanan apabila mengetahui mereka disenaraikan sebagai ahli lembaga APPC di dalam borang IRS 990 yang difailkan oleh organisasi Paal.

Tahun lepas, kertas tersebut difailkan, empat penyumbang terbesar kumpulan pemikir tanpa keuntungan ini adalah Kerajaan Singapura, JETRO (bahagian di dalam Kementerian Perdagangan, Ekonomi dan Industri Jepun), Itochu (sebuah syarikat perdagangan Jepun) dan Mitsui Marine & Fire Insurance (sebuah firma insurans Jepun).

Asia Pacific Policy Center juga menganjurkan beberapa lawatan peringkat atasan ke Malaysia untuk beberapa ahli Kongres, khususnya Senat. Sesetengah mendakwa bahawa dana pemberian ini datang daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Mahathir.

Penemuan Joshua Marshall, yang membawa kepada artikel di dalam New Republic, tidak menghalang Doug Paal daripada menerima pelantikannya ke Taipei, walaupun artikel tersebut melambatkan pemergiannya selama beberapa bulan.

Pemulihan semula pelobi korup

Pada 1997, saya membantu dalam merangka undang-undang yang diluluskan di dalam Senat di mana ia memaksa organisasi hal ehwal awam tanpa keuntungan, sekiranya mereka menerima lebih daripada USD 10,000 secara terus atau tidak terus daripada sumber-sumber kerajaan asing.

Apabila peruntukan ini diperdebatkan, American Civil Liberties Union (Kesatuan Kebebasan Awam Amerika) menolak dengan alasan bahawa Persatuan Pengakap dan organisasi seperti itu perlu mendaftar di bawah rancangan ini sekiranya mereka menerima wang daripada kerajaan asing, dan cara ini dianggap teruk kerana ianya menjadikan entiti seperti itu sebagai agen asing.

Oleh itu, undang-undang tersebut gagal melepasi jawatankuasa persidangan. Tiada tindakan yang diambil untuk mengumumkan masalah sebenar yang dihadapi di mana Kongres telah mengenal pasti masalah tersebut ; bilangan organisasi 501(c)3, tanpa keuntungan semakin meningkat dengan pembiayaan yang disangsikan yang “melobi” Kongres dalam isu-isu seperti yang disebutkan seperti hubungan perdagangan tetap yang normal untuk China sementara dalam masa yang sama ia dijadikan seperti “pendidikan umum”.

Ketelusan adalah penyelesaian, tetapi hanya sedikit yang telah mencapai tahap ketelusan yang munasabah di dalam pembiayaan dan niat institusi tanpa keuntungan, yang telah dicipta atau dikawal oleh kepentingan pelobi.

Malangnya, saya percaya bahawa rasuah di dalam lapangan kumpulan pemikir adalah sistemik dan tidak dapat dipulihkan dengan mudah. Pola “lobi yang keterlaluan” yang bermasalah ini dan pengaruh yang dijaja melalui institusi penyelidikan perlu disiasat secara serius dan meluas.

Internal Revenue Service (IRS) atau Perkhidmatan Hasil Dalaman perlu lebih banyak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap firma tanpa keuntungan yang gagal untuk memberikan perkhidmatan yang kredibel kepada awam dan cenderung untuk bertindak lebih sebagai mesin pendapatan yang melindungi cukai mereka dalam organisasi.

Tambahan pula, lebih ketelusan terhadap pemberian atau hadiah yang tinggi nilainya kepada organisasi tanpa keuntungan supaya jasa-jasa yang dilakukan oleh institusi boleh dinilai melalui wang yang diterima daripada penderma, atau “pelanggan” seperti yang dicatatkan oleh kes yang berkaitan.

Saya fikir, institusi saya sendiri, New America Foundation, melakukan kerja yang mengagumkan dengan menyeimbangkan penaja yang sekiranya tidak, penaja tersebut cenderung untuk menumpukan aktivitinya di dalam satu arah atau ke arah yang lain. Tetapi kita tidak kebal terhadap cubaan-cubaan oleh firma- firma atau yayasan- yayasan untuk menggunakan jentera kami dalam usaha sokongan dasar.

STEVEN C. CLEMONS telah bersama dengan beberapa kumpulan pemikir, termasuk Nixon Center (Pusat Nixon), Economic Strategy Institute (Institut Strategi Ekonomi), New America Foundation, dan Japan Policy Research Institute (Institut Kajian Dasar Jepun).

Versi yang lebih panjang untuk kertas ini telah dibentangkan di dalam satu persidangn, “Lobbying and Foreign Policy,” atau “Lobi dan Dasar Luar”, diadakan di Paris pada 14-16 November 2002, dan ditaja bersama oleh French Institute for International Relations (IFRI) atau Institut Perancis untuk Hubungan Antarabangsa dan German Marshall Fund (Tabung Marsyal Jerman).


AIDC menterjemah artikel Steven C. Clemons Japan Policy Research Institute, bertajuk " The Corruption of Think Tanks ". Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kumpulan badan pemikir Amerika 'mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim'

2. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika .

3. Konspirasi Anwar Terdedah

4. Skandal foto bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

5. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Negara-negara Muslim kekurangan demokrasi - Anwar Ibrahim



Oleh LOIS E. BECKETT
Staf Penulis Crimson

Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tahanan politik memberitahu Forum John F. Kennedy Jr. yang penuh sesak semalam bahawa Islam dan demokrasi adalah ideologi yang bersesuaian.

Anwar Ibrahim yang berkarisma telah mengkritik “kekurangan demokrasi di kebanyakan negara Muslim, juga mempersoalkan kebijaksanaan (negara Islam ) menyebarkan demokrasi “di muncung senjata M-16 ”.

Dia menyatakan demokrasi yang sederhana diamalkan di Indonesia yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dia memberikan amaran Islam tidak hanya merujuk kepada rejim autokratik (kuasa penuh pemerintahan) seperti Arab Saudi.

Anwar Ibrahim, yang sekarang merupakan profesor pelawat di Georgetown University, dipecat daripada Kerajaan Malaysia selepas krisis ekonomi Asia pada 1997. Menurut dokumen Amnesty International, pihak berkuasa memukulnya dan memenjarakannya atas tuduhan liwat dan rasuah yang direka-reka.

Tuduhan tersebut meluas sebagai impak pertarungan politik dengan Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad. Anwar berjaya dalam rayuannya terhadap tuduhan liwat dan telah dibebaskan pada 2004 selepas 6 tahun dipenjarakan.

Pada malam semalam, Anwar berkata dia percaya bahawa matlamat undang-undang syariah Islam mempunyai fokus yang terhadap berbeza dengan fokus “Jeffersonian” tentang kebebasan bersuara dan harta benda.

Tetapi tentang kebebasan bersuara, Anwar kecewa dengan kebanyakan negara yang mempunyai majoriti Muslim. Dia berkata cabaran mewujudkan kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang tidak terbatas kepada negara-negara Muslim, tetapi masalah itu menjadi wabak di dalam dunia Muslim.

“Isu urus tadbir masih belum lagi diselesaikan,” katanya.

Di negara-negara Asia, Ibrahim berkata, ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketegangan “di antara nilai-nilai Asia dan demokrasi dan kebebasan.” Dia menyatakan bahawa kekerasan secara tradisional iaitu “pemimpin mengetahui apa yang terbaik” mungkin menyumbang kepada tersebarnya undang-undang autokratik di negara-negara ini.

Dalam perkara lain, Anwar memberitahu bahawa perlembagaan Iraq pada bulan lepas gagal mewujudkan sempadan yang sepatutnya negara dan agama. Dia berkata bahawa ramai Muslim menterjemahkan “sekular” sebagai “anti-agama”, yang membawa mereka menentang Barat kerana Barat menganjurkan kerajaan sekular.

Anwar menekankan bahawa keganasan “mesti dikutuk secara universal”, dengan menyatakan bahawa tafsiran pengganas Islam menunjukkan “satu kegagalan untuk memahami agama, satu pemahaman yang lapuk, satu pandangan yang terbatas.”

Ramai pelajar Malaysia menghadiri ceramah tersebut mengajukan soalan kepada Anwar selepas itu – satu perbezaan yang nyata dengan pengalamannya yang lepas.

Di Malaysia, media masih lagi tidak menyiarkan ucapan Ibrahim, dia tidak dibenarkan untuk berada di kampus universiti, dan dia tidak dibenarkan untuk memegang jawatan politik sehingga 2008, kata Aasil Ahmad, ketua staf Anwar.

Anwar berkata pelajar-pelajar Malaysia telah diberikan amaran oleh pegawai-pegawai kerajaan, “tidak dibenarkan bercakap dengan Anwar.”

Aida Rahim, seorang pelajar siswazah Malaysia di Massachusetts Institute of Technology (MIT), memberitahu Crimson selepas ceramah bahawa dia menerima e-mail amaran pada akhir 1990-an, sewaktu dia merupakan seorang pelajar di England.

AIDC menterjemah artikel The Harvard Crimson, bertajuk "Ibrahim Talks Islam, Politics". Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Wednesday, February 25, 2009

Majlis Gereja Malaysia bantu parti kebebasan beragama

Ketua Biskop Kristian Katolik Dato Murphy Pakiam (nombor dua dari kanan) bersama Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Rumah Terbuka Kristian anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) bertempat di Archdiocesan Pastoral Institute, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007. Pertemuan ini disusuli dengan 'pertemuan tertutup' Anwar dan CFM seminggu menjelang PRU 12. Dalam pertemuan itu CFM telah menuntut beberapa komitmen daripada Anwar sekiranya partinya memenangi PRU itu.


Kuala Lumpur, Feb 27 – Gereja-gereja di Malaysia sedang mencampuri politik secara berhati-hati dengan menggesa penganut Kristian untuk mengundi calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum bulan hadapan yang calon tersebut mesti menjuarai kebebasan beragama di dalam masyarakat majoriti Muslim.

Desakan tersebut menunjukkan sikap ambil berat yang semakin meningkat di kalangan penganut agama minoriti yang merasakan hak-hak mereka telah dihakis dengan meningkatnya keghairahan Islam, serta banyak menyalahkan birokrat Muslim yang terlalu bersemangat di dalam kerajaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Gereja-gereja mula menyebarkan risalah menggesa penganut Kristian untuk melihat platform dan rekod parti politik terhadap “kebebasan agama, suara hati dan bersuara” sebelum membuang undi pada pilihan raya umum.

“Kita mahu berpaut kepada setiap ahli politik yang bertanggungjawab,” kata Hermen Shastri, setiausaha eksekutif Christian Federation of Malaysia

“Ramai orang tidak akan mengundi wakil yang tidak akan bercakap” untuk hak-hak agama, katanya.

Persekutuan tersebut termasuk Majlis Kristian Protestan Malaysia, Roman Catholics dan National Evangelical Fellowship (Perkumpulan Evengelis Kebangsaan).

Walaupun sesetengah gereja telah membuat gesaan yang sama pada masa lalu, ramai penganut Kristian masing-masing mengambil berat tentang kesan pilihan raya ini kerana apa yang mereka anggap sebagai “arah aliran pengIslamisasi dan bagaimana ia mengancam masyarakat beragama yang lain,” kata Shastri.

Dia menekankan bahawa gereja masih lagi tidak mempunyai pendirian politik, dan kempen tersebut bukan satu sokongan kepada parti-parti politik sekular, yang menyalahkan kerajaan kerana membenarkan diskriminasi agama untuk mewujudkan ketegangan selama berdekad-dekad dalam keharmonian pelbagai etnik.

Persekutuan Kristian sekarang bekerja bersama rakan-rakan penganut Buddha dan Hindu, yang akan menyebarkan risalah yang sama di kuil dan tokong, kata Shastri.

Beberapa kejadian yang terbaru menunjukkan meningkatnya ketegangan agama di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai 27 juta penduduk, 50 peratus beragama Islam, 23 peratus penganut Buddha, 11 peratus penganut Kristian dan 6 peratus Hindu, dengan lain-lain agama Cina tradisional.

Pada Disember, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Kebebasan Agama Antarabangsa mengutuk tindakan kerajaan terhadap etnik India Hindu di negara ini, termasuk penggunaan gas pemedih mata dan meriam air terhadap tunjuk perasaan aman, memukul penunjuk perasaan yang mencari perlindungan di kuil dan pemusnahan kuil-kuil dan tempat suci Hindu.

Suruhanjaya berkenaan berkata, perkembangan Syariah, atau undang-undang Islam adalah “mengancam mahkamah sivil Malaysia sekular dan komitmen negara ke arah pluralisme agama.”

Ketika Islam merupakan agama rasmi negara, Malaysia dikatakan salah sebuah daripada negara Islam yang paling tenang di dunia. Negara Asia Tenggara menggunakan sistem dwi-keadilan. Mahkamah syariah menguruskan hal ehwal Muslim, manakala mahkamah sivil menguruskan penganut Hindu, Kristian, Buddha dan lain-lain minoriti agama.

Bagaimanapun, dengan pembelaan daripada ahli politik Muslim, mahkamah Syariah telah masuk campur dalam beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan penukaran agama, perkahwinan, penceraian dan penjagaan kanak-kanak yang melibatkan bukan Muslim.

Suami penganut Kristian yang mati pada Disember berbalah dengan pihak berkuasa Islam yang berkeras menyatakan bahawa dia telah menukar agama kepada Islam seminggu sebelum kematiannya dan akan dikebumikan secara Muslim.

Mahkamah Malaysia mengarahkan mayat wanita tersebut diserahkan untuk pengebumian secara Kristian selepas dakwaan penukaran agama tersebut ditarik balik.

Dalam kes yang lain, seorang wanita berusia 29 tahun yang dilahirkan Muslim tetapi menukar kepada agama Hindu diarahkan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghabiskan masa selama 6 bulan di pusat pemulihan Islam, yang dia menyatakan pegawai-pegawai cuba untuk memaksanya beribadat secara Muslim, memakai tudung kepala dan memakan daging lembu, satu pencabulan kepada Hindu.

Sementara itu, Kerajaan Malaysia, baru-baru ini menyatakan bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan perkataan “Allah”, bimbang penganut Kristian yang menggunakan istilah tersebut untuk merujuk kepada Tuhan mereka di dalam kitab Bible dalam Bahasa Melayu dan lain-lain penerbitan.

Dan pada bulan lepas, pegawai kastam telah merampas 32 kitab Bible daripada seorang pengembara Kristian, menyatakan bahawa mereka (pegawai kastam) cuba untuk memastikan sama ada kitab Bible tersebut diimport untuk penggunaan komersial. Seorang pegawai kerajaan menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah.

Minggu lepas, Perdana Menteri Abdullah meyakinkan minoriti bahawa dia seorang yang “jujur dan adil” dengan semua agama.

“Sudah tentu, terdapat salah faham yang kecil,” kata Abdullah di dalam satu ucapan kepada pengundi Cina. “Apa yang penting adalah kita sanggup untuk berbincang dan menyelesaikan masalah kita bersama-sama.”

Teresa Kok, seorang pembuat undang-undang mewakili pembangkang Democratic Action Party (DAP), menyatakan penglibatan terbaru gereja ke dalam politik “sudah tentu akan membantu dalam mewujudkan kesedaran politik,” tetapi tidak akan menyebabkan perubahan sokongan yang besar kepada pembangkang.

Ramai penganut Kristian, khususnya di bandar, populasi kelas pertengahan, secara tradisinya menyokong Barisan Nasional pimpinan Abdullah kerana mereka “tidak mahu menghuru-harakan keadaan,” kata Kok.

Barisan Nasional mengandungi 14 parti yang mewakili pelbagai kumpulan etnik. Pakatan tersebut, yang telah memerintah sejak 1957, dijangka akan mengekalkan kuasa dengan mudah, tetapi dengan majoriti parlimen yang rendah kerana ketegangan agama, dan aduan terhadap inflasi, jenayah dan rasuah – (Associated Press) AP

AIDC menterjemah artikel The Malaysian Insider 2008 bertajuk "Malaysian churches wade into politics". Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

3. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

4. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

5. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

6. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

7. Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau

8. Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

9. Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang misi Harapan baru Anwar Ibrahim

10. Anwar Ibrahim bapa pendokong Pluralisme Asia Tenggara

11. The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia

12. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim

13. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

14. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

15. Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong

16. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Monday, February 23, 2009

Kisah Sebenar Skandal Gambar Bogel Elizabeth Wong



Oleh: Killer, 18 Februari 2009

Baik rakan-rakan. Ini adalah kisah di dalam skandal Elizabeth Wong.

Nama teman lelakinya adalah Hilmi Malek, seorang lelaki Melayu Muslim yang telah berkahwin. Dia merupakan Pembantu Peribadi kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian dan ahli penting Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Pandan. Dia dikatakan datang daripada sebuah keluarga yang kaya.

Elizabeth mempunyai ramai teman lelaki secara berturutan. Pernah sekali ditangkap ketika mengadakan hubungan seks dengan Tian Chua oleh teman wanitanya (Tian Chua) telah meninggalkannya (Tian Chua) selepas itu.

Mable Au, bekas tunang Tian Chua



Terdapat banyak cerita mengenai hubungan seksual Elizabeth dan Tian Chua dan mereka ditangkap sekali lagi oleh orang-orang PKR di sebuah hotel di Taipei ketika lawatan “memburu katak” ke Taiwan apabila delegasi Pakatan Rakyat (PR) mengejar ahli Parlimen BN yang berada dalam “misi pertanian”.


Elizabeth Wong dan Tian Chua dalam misi memburu calon-calon BN ke Taiwan


Elizabeth semakin rapat dengan Hilmi dan mereka menjadi semakin intim ketika menyertai Pilihan raya Ke- 12, (Mac tahun lalu). Walau bagaimanapun hubungan mereka menjadi tegang dengan aktiviti-aktiviti “kurikulum luar ” Elizabeth. Mereka dikatakan telah berpisah selepas perkahwinan Hilmi tetapi ianya masih berterusan.

Perkara tersebut sampai ke kemuncaknya kira-kira dua bulan yang lepas apabila Hilmi menemui gambar bogel Elizabeth dengan teman lelaki Mat Salleh. Hilmi menjadi marah dan mereka memutuskan hubungan. Walau bagaimanapun, gambar-gambar (bogel Eli) telah sampai ke pengetahuan aktivis PKR memandangkan bekas kekasih tersebut terlibat dalam pergaduhan besar.

Hilmi Malek, kekasih gelap Elizabeth Wong



Jadi, tindakan puak-puak yang bermusuhan dalam PKR mengintai kerusi Exco (yang dipegang oleh Eli) dan kepentingan perniagaan telah menimbulkan kemarahan Elizabeth, kerana tentangannya yang tegas terhadap isu alam sekitar dan pembangunan lereng bukit merupakan saat terbaik untuk membunuh karier politiknya.

Oleh itu, gambar-gambar dan klip video yang diperoleh oleh mereka yang tidak berprinsip dan telah digunakan untuk menjatuhkan maruahnya. Inilah sebab kenapa mereka ini menemui Malay Mail dan tidak membuat ugutan kepada Elizabeth.

Ia sesuatu yang amat menipu apabila Eli menyatakan gambar tersebut diambil tanpa pengetahuannya ataupun kerja BN. Lebih baik dia mengaku ataupun perkara ini akan menjadi semakin buruk.


AIDC menterjemah seorang pengomen bernama killer dalam laman Malaysian Insider bertarikh 18 Februari 2009 di bawah tajuk "Police to question Wong's ex-boyfriend". Tetapi komen itu telah dipadamkan dalam artikel sama pada 21 Februari. Namun komen itu masih boleh diperolehi dalam carian google. Klik di sini . Komen yang sama juga ditulis dalam youtube channel anwaribrahimdotcom di bawah tajuk video "Kes Elizabeth : Tian Chua berang ?". Klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia



Negara Muslim di Asia Tenggara disebut-sebut sebagai model kepada demokrasi Islam, tetapi John Aglionby pula berpendapat kata-kata seperti itu adalah berbahaya bagi sesetengah pihak.

Kesederhanaan dalam agama adalah kunci kejayaan untuk meneruskan perang ke atas keganasan dan membina demokrasi di negara- negara Islam. Atau sekurang-kurangnya ia merupakan mesej jelas yang ditunjukkan oleh dua persidangan antarabangsa berprofil tinggi di Indonesia minggu ini.

Pertama, persidangan itu ditaja bersama oleh Kerajaan Australia dan Indonesia di tengah bandar Jawa, Yogyakarta, bertajuk Dialog Antarabangsa Mengenai Kerjasama Antara Agama. Dihadiri oleh penganut daripada pelbagai agama utama, dan lebih memfokuskan kepada membina keamanan di antara budaya yang berbeza.

“Manusia yang mempunyai agama komited untuk membawa pencerahan dan nilai-nilai kemanusiaan yang amat positif seperti toleransi dan belas kasihan,” kata Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono ketika majlis pembukaan persidangan itu.

“Anda bertanggungjawab untuk membawa mesej kebenaran, perpaduan dan harapan yang mendalam kepada akar umbi masyarakat. Dan mesej tersebut akan bergema di kalangan manusia yang mencintai keamanan di semua peringkat.”

Alexander Downer, Menteri Luar Australia, berkata ia penting untuk memulihkan hubungan di antara golongan agama yang moderat dan pengikut pelbagai agama untuk menghancurkan gerakan militan serta ekstremis agama di Asia.

Kedua, di Jakarta, International Centre for Islam and Pluralism (ICIP) telah mengadakan satu seminar mengenai Islam, demokrasi dan autoritarianisme (fahaman taat setia kepada pihak yang berkuasa).

Salah satu daripada kesimpulan yang dibuat adalah Islam dan demokrasi secara jelas adalah bersesuaian, terutamanya kerana Al-Quran menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan sama.

Majlis tersebut melanjutkan kupasan dengan mengukuhkan pandangan meluas bahawa negara-negara Asia Tenggara, yang paling ketara Indonesia dan Malaysia, merupakan benteng Islam moderat menentang mesej agama yang lebih asas yang dilaung-laungkan daripada tempat-tempat lain di dunia.

Kerana itu, kedua-dua negara tersebut telah mengadakan pilihan raya yang aman pada tahun ini, kedua-duanya membenarkan parti-parti yang ortodoks untuk wujud dalam arus politik perdana, kedua-duanya mempunyai pemimpin Muslim yang berdakwah secara toleran merangkumi perkara agama dan kedua-duanya membenarkan kebebasan yang meluas dalam beribadat.

Tetapi pandangan ini, yang sesuai dengan kehendak Washington dan London, mula dicabar oleh pemikir-pemikir progresif (moderat/liberal) daripada kedua-dua negara.

Mereka mendakwa bahawa bukan radikal yang mengambil alih tetapi penubuhan negara kedua-dua negara itu telah dipuji secara berlebihan.

Mesej ini berbaur politik sama seperti agama di negara tersebut.

Ulil Abshar Abdalla daripada Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia menyatakan bahawa undang-undang Syariah perlu dilaksanakan dengan lebih meluas selain daripada menghukum mereka yang melakukan jenayah.

“Apa yang penting kepada kami adalah mempunyai satu negara yang demokratik di mana masyarakat awam mempunyai lebih kekuasaan ke atas tentera, satu masyarakat bertamadun yang kuat dan media yang bebas, ” katanya. “Kami belum sampai ke situ. Perjalanan kami masih jauh".

Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara selepas dijatuhkan hukuman selama 6 tahun kerana liwat – satu tuduhan yang dikutuk oleh kebanyakan kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia – memberikan komen yang lebih pedas tentang asas moderat yang mendasari negaranya.

“Sebagai seorang Muslim, anda harus percaya dalam sesetengah perkara asas,” katanya kepada Guardian Unlimited. “Tetapi sebagai negara Muslim anda harus memberikan contoh yang baik, satu model yang baik. Ianya mesti aman, mempunyai ekonomi yang kuat, mesti demokratik, mempunyai maruah, undang-undang yang berkesan untuk menentang rasuah. Kenapa anda memanggil Malaysia moderat sedangkan rasuah terlalu meluas. Saya mendapati ia amat sukar untuk difahami.”

“Adakah Muslim moderat bertoleransi dengan undang-undang zalim? Adakah Muslim moderat bertoleransi dengan rasuah yang semakin menular di tengah-tengah mereka ? Frasa Islam moderat telah dirampas oleh pemimpin-pemimpin seperti ini. Malaysia kurang korup dibandingkan dengan Bangladesh, ekonominya lebih baik daripada Mali, tetapi Malaysia belum mencapai tahap moderat.”




Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005" anjuran CSID dan ditaja dana Amerika iaitu NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) berbangsa Yahudi turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika juga ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID. Bermakna pengaruh Zionis menyusup ke dalam pertubuhan berlabel "Islam" tetapi dilunakkan dengan suntikan "Demokrasi" menjadi "Demokrasi Islam"


Ulil bersetuju. Dia percaya perkataan “progresif” lebih baik digunakan berbanding moderat.

“Istilah Islam moderat dimainkan oleh mereka yang berkuasa dan mereka mendapat keuntungan daripadanya,”katanya. “Islam perlu lebih progresif daripada moderat. Islam perlu berubah mengikut masa dan berubah bersama masa.”

Pandangan seperti itu masih lagi dianggap tidak diberi keutamaan, terutamanya kerana mereka tidak selesa dengan majoriti golongan yang berkuasa di kedua-dua negara tersebut, di mana rasuah tanpa sangsi masih menular dan institusi demokrasi masih jauh daripada kematangan.

Tetapi seperti yang diakui oleh Ulil, persidangan seperti dialog kerjasama antara agama tidak berjaya seperti beberapa tahun lepas.

“Masyarakat telah berubah tetapi ia perlu berubah dengan lebih banyak lagi”


AIDC menterjemah artikel American Muslim Perspective,bertajuk 'International Dialogue on Interfaith Cooperation in Indonesia'. Artikel asal klik di sini. Program itu anjuran Kerajaan Australia dengan kerjasama kerajaan Indonesia dan Muhammadiyah, salah satu organisasi Muslim terbesar di Indonesia diadakan pada 6 Disember 2004 bertujuan untuk mempromosi moderat dan menentang extremism

Artikel pilihan :

1. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

2. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

3. Benarkah Anwar Ibrahim Pendokong Islam Liberal ?

4. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

5. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim

6. Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

7. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

8. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim bapa pendokong Pluralisme Asia Tenggara



+ Semasa TPM, beliau mengarahkan Universiti Malaya untuk menganjurkan persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Confucianisme
+ Tidak sempat menganjurkan dialog peradaban di antara Islam dan Hinduisme kerana di penjara di Sungai Buloh
+ Pemuja tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Muhammad Iqbal, Jose Rizal, Lu Xun
+ Muslim harus harus berinteraksi dengan penganut lain, Hindu, Buddha, Tao, Confucian dan berinteraksi dengan Barat
+ Paksi kekuatan Muslim berpunca dari pemikirannya seperti Hannah Arendt(Seorang penulis Yahudi yang membela Holocoust) yang dilabel 'kehidupan idea'
+ Pluralisme akan berkembang jika wujudnya demokrasi
+ Hanya dengan 'demokrasi' fanatik agama dapat dibendung
+ Dunia Islam harus mencontohi Eropah pada abad ke-18 telah memulakan pencerahan dengan membebaskan manusia daripada kepercayaan karut, fanatisisme dan ketaksuban.

Ucapan Dasar oleh Anwar Ibrahim pada Sesi Perasmian Persidangan "Inter-Civilisational Dialogue in a Globalising World" dianjurkan oleh Institute of Objective Studies (IPS), New Delhi pada 8 April 2005
Saya amat berbesar hati kerana dapat berucap di dalam persidangan ini. “Dialog Antara Ketamadunan”, khususnya selepas 11 September, merupakan satu perbincangan yang sangat hebat. Tetapi ia juga merupakan satu perkara yang amat dekat di hati saya. Dialog antara peradaban adalah satu perkara yang sangat mustahak bagi seluruh dunia.

Kita hidup di dalam satu perkampungan global dan setiap kampung saling berkaitan antara satu sama lain. Semua peradaban yang hidup dipadatkan ke dalam perkampungan ini. Jadi, kita tidak boleh berinteraksi antara satu sama lain. Juga kita tidak boleh menghina antara satu sama lain. Kita mesti bercakap antara satu sama lain dan bercakap dengan adil.

Minat saya dalam perkara ini merangkumi kedua-duanya, intelektual dan juga praktikal. Saya datang dari Malaysia, yang mengandungi tiga kumpulan etnik yang utama – Melayu, Cina dan India.

Dan setiap kumpulan etnik, dalam cara mereka yang tersendiri, mewakili sekurang- sekurangnya satu Tamadun Asia yang hebat – Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India.

Negara saya adalah seperti sebuah kawah yang hebat, atau mungkin sebuah lautan yang hebat, disalurkan oleh tiga sungai yang merupakan tamadun yang hebat. Jadi, setiap pihak mesti mengenali antara satu sama lain, dan mesti berinteraksi antara satu sama lain.

Oleh sebab ini, semasa saya merupakan Timbalan Perdana Menteri saya memujuk Universiti Malaya untuk menganjurkan persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Confucianisme. Saya mungkin akan menganjurkan satu persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Hinduisme sekiranya saya tidak dihantar untuk percutian Sungai Buloh.

Walau bagaimanapun, persidangan tersebut membawa kepada penubuhan Pusat untuk Dialog Peradaban di universiti itu.

Pengaruh Tamadun India kepada rantau saya – Asia Tenggara – amat mendalam memandangkan ianya diperkaya. Dua Monumen yang paling hebat di rantau saya, Borabodur di Jawa dan Angkor Watt di Kemboja, adalah kreatif dan merupakan respons estetik oleh Asia Tenggara kepada dorongan Tamadun India.

Dalam peringkat pembentukannya, rantau saya selalu digambarkan oleh ahli sejarah sebagai sebahagian daripada “India Yang Besar” dan pembentukan kerajaan sebagai “Asian Tenggara Yang Telah Diindiakan.” Kisah daripada Ramayana dan Mahabharata merupakan sebahagian daripada budaya rakyat kami.

Di Kelantan (Malaysia), yang selalu disifatkan sebagai negeri Muslim yang paling alim, kesemua seni persembahan tradisional disediakan daripada tema epik- epik yang hebat ini. Bagaimanapun, impak daripada kekuatan kebudayaan India bukan sahaja merupakan sesuatu yang sudah lama berlalu.

Salah satu kekesalan saya di dalam kerajaan adalah saya tidak mampu untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai kepentingan universal Rabindranath Tagore, sebagai satu kesinambungan siri persidangan antarabangsa mengenai Kebangkitan Semula Asia.

Motivasi yang mendasari siri persidangan ini adalah untuk mengenang perintis kebangkitan semula Asia seperti Tagore, Muhammad Iqbal, Jose Rizal, Lu Xun dan beberapa yang lain. Tidak dilihat sebagai mengenang mereka secara sentimental, tetapi untuk mempelajari daripada pengembaraan kebudayaan dan intelektual mereka, dan untuk meneruskannya bermula daripada mana mereka tinggalkannya.

Saya percaya pada masa itu, dan saya masih mempercayainya, bahawa Asia akan mempunyai masa depan yang hebat. Ia mempunyai zaman lampau yang hebat. Dan saya fikir sekiranya Asia dapat memperbaharui dirinya sendiri, Asia akan menyumbang ke arah memperkayakan kebudayaan global. Juga terdapat pada satu masa jingoisme (fahaman yang mengagung-agungkan kehebatan sendiri) Asia, khususnya di kalangan yang kononnya harimau - harimau ekonomi dan naga - naga ekonomi, beberapa tahun sebelum krisis kewangan Asia.

Dalam obsesi mereka, dengan mengejar ekonomi, para jingois ini menggambarkan pandangan Asia yang singkat. Tidak kira bagaimana berjaya sekalipun, Asia tidak boleh ditakrifkan dengan istilah ekonomi semata-mata. Sebenarnya, tiada tamadun yang boleh ditakrifkan dengan menyediakan kesejahteraan ekonomi. Ia amat mustahak untuk berjaya dari segi ekonomi supaya rakyat tidak akan menderita dalam keperitan kemiskinan dan kemelaratan. Tetapi ianya tidak boleh secara keseluruhannya menjadi begitu.

Jadi, persidangan kebangkitan semula Asia cuba untuk mengingatkan dunia dan Asia sendiri bahawa Asia merupakan sebuah peradaban, atau Asia mengandungi beberapa tamadun. Bukan sahaja Asia harus berinteraksi dengan Barat, Asia juga mesti berinteraksi antara mereka sendiri.

Muslim tidak semestinya berinteraksi dengan Barat, Muslim juga harus berinteraksi dengan penganut Hindu, Buddha, Tao, Confucian dan sebagainya.

Sebagai orang Asia, kita mesti menghargai kepelbagaian. Biarkan Huntington menyediakan bayang-bayang yang mengerikan mengenai pertembungan peradaban, tetapi orang Asia turut serta dalam pesta peradaban.

Untuk turut serta dalam pesta peradaban, seseorang itu harus menyayangi peradaban. Untuk mencintai peradaban, seseorang itu harus menyayangi idea. Seseorang tidak boleh hidup tanpa idea. Masyarakat primitif menjadi bertamadun kerana mereka menghasilkan idea – idea mengenai manusia, tentang masyarakat, tentang keadilan dan tentang kecantikan.

Kita mengiktiraf satu peradaban kerana mereka menghasilkan lelaki dan wanita yang hidup, dalam apa yang dinamakan oleh Hannah Arendt (Seorang penulis Yahudi yang membela Holocoust) sebagai “kehidupan idea.”


Kita tidak boleh memahami Greek klasik tanpa memikirkan tentang Plato. Kita tidak boleh memahami India klasik tanpa memikirkan tentang Shankaracharya atau Ramanuja, atau kita tidak boleh memahami Tamadun Islam tanpa memikirkan tentang Ibn Sina atau Ibn Khaldun, al Biruni atau Waliullah Dehlawi. Kita tidak boleh memahami Cina tanpa memikirkan tentang Wang Yang Ming atau Reformis hebat Wang An Shih.

Kesemua pemikir ini, atau manusia dengan idea, menghasilkan idea untuk tamadun mereka. Idea-idea tersebut membezakan tamadun mereka dengan tamadun yang lain, tetapi juga idea yang menghubungkan satu tamadun dengan yang lain.

Salah seorang pemikir terhebat pada abad ke-20, Alfred North Whitehead, menyatakan bahawa saat membuat keputusan apabila manusia berubah daripada kekejaman kepada ketamadunan adalah apabila manusia berubah daripada pergantungan terhadap penggunaan kekerasan kepada pergantungan kepada penggunaan pujukan.

Daripada kuasa pujukan, ini adalah keputusan minda manusia, tetapi mereka tidak melakukannya melalui kuasa tentera. Mereka melakukannya melalui pujukan. Mereka tidak menguasai melalui kekuatan senjata, tetapi melalui senjata perdebatan mereka.

Idea ini, oleh Whitehead, seorang ahli falsafah Amerika, adalah relevan sangat mendalam untuk kita, terutamanya sebagai satu ulasan kepada inisiatif untuk mempromosikan demokrasi. Tanpa sangsi, demokrasi merupakan satu pencapaian manusia yang paling hebat.

Demokrasi adalah mengenai kebebasan dan pilihan, untuk bebas daripada kezaliman dan penindasan, tentang penyertaan dalam urus tadbir. Daripada semua organisasi politik yang dikaji oleh manusia, demokrasi adalah satu-satunya sistem yang boleh diharapkan dalam pemujukan daripada kekerasan.

Memandangkan ianya seperti mendatangkan masalah kepada setiap demokrat yang bersemangat, demokrasi adalah satu sistem politik yang ditakrifkan oleh pemujukan, boleh dimulakan oleh kekerasan. Ianya adalah satu istilah yang berbeza, sekurang-kurangnya secara teoretikal, bahawa anda boleh mengembangkan kebebasan melalui penjajahan.

Kita memiliki pengalaman terbaru Indonesia yang perubahan kepada demokrasi merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku. Ia datang daripada hasrat dan ketabahan rakyat Indonesia, yang merupakan sebuah negara Islam yang besar di dunia, untuk membebaskan diri mereka daripada tiga dekad pemerintahan tentera secara diktator.

Ia juga datang daripada keinginan rakyat Indonesia untuk menyambung uji kaji mereka dalam demokrasi, bermula pada 1945, tetapi disabotaj oleh “demokrasi Sukarno yang dibimbing”, dan kemudiannya diambil tempat oleh fahaman ketenteraan Orde Baru Suharto.

Uji kaji Indonesia yang terbaru ini telah mengundang perdebatan sama ada Islam adalah bersesuaian dengan demokrasi atau secara keseluruhannya tidak relevan.

Juga di sini, India, pengalaman dalam kebebasan dan demokrasi tidak kurang daripada diperkaya. India kekal dan akan kekal sebagai demokrasi terbesar di dunia sehingga Cina mengambil keputusan untuk menyertai komuniti demokrasi. Juga di kalangan ahli sufi dan ahli Yoga, ahli falsafah dan pendeta, bertukar-tukar idea, penemuan intelektual dan pengalaman spiritual.

Tiga ratus tahun yang lepas, Putera Dara Shikoh menerangkan dialog ini sebagai “pertemuan dua lautan” - maja’ ul bahrian. Penterjemahan teks Hindu kepada parsi yang ditauliahkan olehnya selepas itu membantu penemuan Barat dalam pemikiran India.

Biarkan ia seperti itu, India juga menghadapi cabaran- cabaran yang serius. Cabaran- cabaran India – penganut Hindu, Muslim dan Kristian – bukan sahaja untuk India. India mesti menghadapi cabaran ini dengan mewakili demokrasi Asia. Masyarakat yang amat kuat pegangan agamanya mempunyai fanatik di tengah-tengah mereka.

Oleh itu, India perlu bertarung dengan fanatik dan mereka yang sengaja menyamar dalam keadaan terpencil yang mana berniat untuk menggagalkannya demokrasinya. Hanya melalui dialog peradaban yang berterusan dan penuh semangat, India dapat mencegah demokrasinya daripada dirampas oleh fasis agama.

India mempunyai kekayaan budayanya, intelektual dan spiritual yang mendalam. Sekiranya ia dapat menggunakan sumber- sumber ini, melalui lebih kepada pujukan daripada kekerasan, dalam bertarung dengan mereka yang gila yang dipinggirkan, India dapat membuka jalan ke arah satu covivencia global yang baru, satu kehidupan yang toleran, saling memperkayakan dan memahami.

Barat juga perlu mempelajari sesuatu daripada ini. Kesedaran yang datang di Eropah pada abad ke-18 telah cuba untuk membebaskan manusia daripada kepercayaan karut, fanatisisme dan ketaksuban melalui penggunaan sebab.

Cahaya yang menggunakan sebab yang semakin malap dalam peradaban Islam dan Asia, mendapat satu sumber baru di Barat, dan akhirnya memujuk sebahagian daripada dunia untuk menemukan semula keajaiban ini yang dipanggil kebijakan manusia.

Ia merupakan satu enigma kepada orang Asia, yang masih mempelajari semula untuk menjadi rasional, untuk mendapatkan maklumat bahawa tinggalan fanatisisme dan ketaksuban di barat telah mendapat satu semangat yang baru.

Seperti pertarungan melawan fanatisisme dan ketaksuban dan fasis bukan sahaja dibimbangkan oleh Timur. Barat juga mesti berazam untuk bertarung menggunakan fanatik mereka.

Terima kasih.


AIDC menterjemah ucapan Anwar dalam The Society of Publisher in Asia 2005. Artikel asal klik di sini

Artikel lain yang berkaitan :

1. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia

2. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

3. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal Anwar Ibrahim

4. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

5. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

6. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

7. Badan Pemikir Anwar Ibrahim (IKD) sokong Pluralisme?

8. Mengenal pemikiran Anwar Ibrahim, kenalilah pemikiran Khalid Jaafar

9. Gus Dur: Bapak Pluralisme Indonesia

10. Model Anwar Ibrahim : Masyarakat Madani dan Masyarakat Plural di Indonesia

11. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

12. Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia ?

13. JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia

14. Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia

15. Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?


Sila klik untuk baca selanjutnya...