Oleh Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur : Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam di mana tindakan sebilangan kecil penganutnya menyebabkan agama dan masyarakat Islam menjadi kebencian pada pandangan orang lain. Berjuta-juta Muslim yang lari ke Amerika Utara dan Eropah untuk menyelamatkan diri dari kemiskinan dan penindasan di tanah air sendiri telah menjadi objek kebencian dan sekarang dilabelkan sebagai berpotensi untuk menjadi pengganas.
Dan gerakan demokratik yang mulai tumbuh di negara Muslim akan merosot kembali untuk beberapa dekad di mana golongan pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak menggunakan penglibatan mereka dalam perang global menentang keganasan untuk mengganas terhadap pengkritik dan penentang mereka.
Inilah yang dilakukan oleh Mohammed Atta dan rakan-rakan pengganasnya serta penajanya terhadap Islam dan masyarakatnya di seluruh dunia dengan pembunuhan yang telah mereka lakukan terhadap yang tidak berdosa di World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York.
Penyerangan ini mesti dihukum, dan hukumannya semestinya tanpa ragu-ragu. Pihak berkuasa Agama Islam yang terpenting amat marah dan telah mengeluarkan kenyataan mengutuk pembunuhan dahsyat ini. Segala usaha untuk menghukum mereka yang melakukan jenayah ini mesti disokong.
Satu yang menjadi kerisauan oleh kekeliruan di kalangan Muslim yang memberikan respons kepada serangan dengan meletakkan kesalahan dengan cercaan terhadap Amerika Syarikat. Di Malaysia, media yang dikawal kerajaan telah mengatur kedudukan untuk menimbulkan sentimen anti-Amerika, sementara golongan elit politik menggunakan bahasa yang berbeza untuk diplomasi antarabangsa.
Sudah tentu terdapat rasa tidak puas hati yang munasabah terhadap Amerika Syarikat dan alasan yang baik untuk harapan dan nasib rakyat Palestin, yang sekarang berhadapan dengan Israel yang angkuh. Tetapi ini bukan masanya untuk berleter atau berhujah tentang soal moral ke atas dasar luar A.S.
Sekiranya kami, rakyat Malaysia menjadi mangsa seperti tragedi ini, kami juga menggertak secara kasar dan meluat. Seseorang tertanya-tanya bagaimana, dalam abad ke-21, dunia Muslim boleh menghasilkan seorang bin Laden. Dalam abad di mana Islam mewujudkan ketamadunan, mereka yang kaya raya di mana mereka ini mewujudkan yayasan yang patuh pada agama dan yayasan ini membiayai universiti dan hospital. Putera-putera bersaing antara satu sama lain untuk menaungi saintis, ahli falsafah dan tokoh dunia persuratan. Saintis dan ahli falsafah yang hebat pada Zaman Pertengahan, Ibnu Sina, merupakan hasil daripada sistem tersebut.
Tetapi bin Laden menggunakan kekayaan peribadinya untuk menaja keganasan dan pembunuhan, bukan untuk pembelajaran atau kreativiti, dan untuk mengakibatkan kemusnahan daripada menggalakkan daya cipta.
Osama bin Laden dan pengikutnya merupakan anak-anak yang terdesak ; mereka datang dari negara-negara di mana perjuangan politik melalui keamanan bermaksud sia-sia. Dalam kebanyakan negara Muslim, pertentangan pendapat dalam politik secara ringkasnya adalah menyalahi undang-undang.
Kemudian, tahun demi tahun, saiz kelas golongan yang berpendidikan dan bilangan profesional muda semakin meningkat. Mereka ini memerlukan ruang untuk menyuarakan rasa ambil berat terhadap politik dan sosial. Tetapi negara mengawalnya secara keseluruhan, meninggalkan masyarakat bertamadun tiada ruang untuk membangun.
Cendekiawan dan golongan elit Muslim membawa tanggungjawab moral yang sangat besar dalam menghapuskan keganasan di kalangan mereka kecuali mereka mahu Islam diancam di mana-mana kerana tindakan melampau sebilangan kecil mereka yang terlalu taat kepada ajaran yang salah.
Seseorang juga mesti mengambil perhatian bahawa kesemua pengganas ini merupakan mereka yang bersemangat dan pintar dari kelas profesional yang baru daripada kelas kerani. Hanya ketika ruang politik disediakan untuk penyertaan sebenar mereka, maka semangat mereka ini boleh disalurkan ke arah kemajuan sosial.
Keperluan masyarakat Muslim untuk mengemukakan pembangunan politik dan sosial dalaman telah menjadi lebih penting. Pembangunan ekonomi sahaja tidak cukup.
Pembangunan ekonomi mewujudkan tekanan dan dinamiknya tersendiri di dalam bidang sosial dan politik, yang mana mesti dimaklumkan. Jalan mesti disediakan untuk mereka suarakan.
Haluan yang sesuai mesti dibangunkan untuk Muslim melibatkan diri dengan seluruh dunia. Penglibatan dalam proses global tidak semestinya dimonopoli oleh kerajaan. Ia merupakan rasa terasing dan persepsi bahawa seluruh dunia menentang mereka yang mana menyemai keadaan terdesak dan kepahitan di kalangan mereka yang menggunakan keganasan sebagai jalan terakhir.
Kekeliruan dan kepahitan terhadap arahan global dan hanya mereka yang sangat berkuasa telah membawa kegagalan dunia Muslim untuk mengemukakan beberapa isu yang penting ; kejatuhan Afghanistan ke arah huru-hara dan kekacauan, hasil daripada pencerobohan dan penjajahan Soviet dari 1979 hingga 1989 ; kebangkitan Taliban selepas pengusiran Soviet ; dan penderitaan majoriti Muslim di Iraq yang disebabkan oleh diktatornya dan juga sekatan ekonomi.
Untuk alasan etika, Muslim akan menyokong usaha global menentang keganasan. Tetapi terdapat persepsi yang semakin meningkat bahawa golongan pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak ini di kalangan mereka akan merampas peluang untuk membawa menaikkan rejim mereka dan memberikan tamparan yang hebat kepada gerakan demokrasi yang semakin tumbuh.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakannya untuk mempertahankan kekejaman di Chechnya, Israel untuk memperkukuhkan, dan Malaysia untuk mempertahankan penahanan yang sangat kasar dan kejam tampa perbicaraan.
Keperluan akan menyebabkan Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjasama daripada kerajaan negara Muslim. Ini difahami. Tetapi mereka tidak memegang kesemua jawapan kepada keganasan. Pertumbuhan demokrasi, penglibatan politik dan masyarakat yang bertamadun adalah jawapan akhir kepada keganasan.
Oleh itu, dengan melembutkan sokongannya terhadap perjuangan demokrasi dan mengembalikan semula hak asasi manusia, Amerika Syarikat akan secara tidak sengaja memperkukuhkan rejim diktator, dengan itu, menyerupai kerjasama sebelum ini di antara Amerika dengan mendiang Presiden Filipina Ferdinand Marcos, bekas orang kuat Indonesia Suharto dan Shah Iran.
Untuk lebih daripada 100 tahun dunia Islam perlu bergelut dengan masalah kemodenan dan isu penglibatannya dalam dunia moden. Yang paling penting adalah usaha untuk menanam satu perasaan intelektual dan hala tuju politik yang menggalakkan demokrasi dan keterbukaan. Kerja ini mesti dilakukan dengan keyakinan dan penuh semangat.
Intelektual dan ahli politik mesti memiliki keberanian untuk mengutuk perasaan fanatik dalam segala bentuk dan menolak golongan fanatik yang menuntut perubahan melalui cara yang ganas. Tetapi mereka mesti, dalam nafas yang sama, dengan adil mengkritik rejim yang menindas dan zalim yang menghancurkan setiap harapan untuk perubahan yang aman.
[Penulis, seorang Muslim, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menghadapi hukuman penjara 15 tahun selepas disabitkan kesalahan rasuah dan seks. Dia telah menafikan tuduhan itu, mengatakan ia merupakan sebahagian konspirasi politik untuk memecatnya daripada kerajaan dan menggagalkan cabarannya kepada Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad, yang berada dalam kuasa lebih daripada 20 tahun. Encik Anwar menyumbangkan komen kepada International Herald Tribune]
Nota : Rencana yang ditulis sendiri Anwar Ibrahim dan diterbitkan oleh International Herald Tribune pada 11 Oktober 2001. Beliau menulis ketika berada di penjara Sungai Buloh mengecam pegeboman WTC yang didakwa dilakukan oleh pengganas Islam. Sehingga ke hari ini dakwaan Anwar itu gagal dibuktikan oleh pihak Amerika sendiri. Artikel asal klik di sini.
0 comments:
Post a Comment