AIDC BLOG: Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

Saturday, November 8, 2008

Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

Buku perancangan "Building Moderate Muslim Networks" (Pembinaan Rangkaian Muslim Moderat), diterbitkan oleh RAND Corporation dan ditaja the Smith Richardson Foundation Amerika. Foto dari kiri,Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam bahagian penghargaan penyediaan buku itu RAND Corporation merakamkan ucapan terima kasih kepada enam orang wakil Indonesia iaitu Ahmad Syafii Maarif; Abdul Mu’ti; Azyumardi Azra; Ulil Abshar-Abdalla; M. Syafi’i Anwar; Jusuf Wanandi dan Rizal Sukma. Manakala wakil dari Malaysia hanya seorang iaitu Anwar Ibrahim. Kesemua tokoh Indonesia itu lebih dikenali sebagai aktivis Islam Liberal. Klik di sini


Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia


Strategi yang dilakukan kelompok liberal dan para sekutunya di Indonesia untuk menghancurkan gerakan-gerakan Islam — termasuk Front Pembela Islam (FPI), adalah dengan dua cara utama: Strategi Izharul Islam, yakni berpura-pura sebagai sebahagian dari kelompok umat Islam Indonesia namun dari “dalam” menghancurkan Islam.

Dalam sejarah negeri ini, strategi Izharul Islam telah diperkenalkan oleh seorang orientalis Yahudi Belanda bernama Snouck Hurgronje yang berpura-pura menjadi seorang Muslim namun pada akhirnya terbukti bahawa Hurgronje merupakan musuh dalam selimut. Begitu juga dengan gerak kerja kaum liberal di Indonesia.

Bank Dunia agen Pluralisme Indonesia : Kelihatan di foto Bambang Harymurti (Editor in Chief of Tempo), Yenny Wahid (anak Gus Dur yang mengasaskan Wahid Institute sebagai badan pemikir bapanya), Paul Wolfowitz, (no 4 dari kiri) Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies - CSIS) Din Syamsudin (Presiden Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia-ICMI), Erry Riyana ( Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK), dan Jusuf Wanandi (paling kanan). Jusuf Wanandi adalah Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia.



Strategi kedua adalah dengan memecah-belah umat Islam Indonesia (devide et Impera). Mereka memecah-belahkan umat Islam dengan pelbagai istilah iaitu kaum pembaharu dan kaum tradisional, kaum radikal dan kaum moderat, Islam liberal dan Islam Literal, bahkan menggunakan istilah Islam untuk berbaik dengan Yahudi seperti kaum Jaringan Rahmatan Alamin (maksudnya “Islam” yang berbaik-baik dengan Zionis-Yahudi seperti yang dilakukan oleh Abdurrahman Wahid dan kawan-kawannya) berlawan dengan Kaum Jaringan Terorisme.

Istilah ini (Jaringan Rahmatan Alami) paling keji yang digunakan secara terang-terangan oleh Gus Dur di laman web libforall.com. Klik di sini

Untuk meracuni pemikiran masyarakat maka senjata utama mereka adalah media massa, sama ada media cetak (majalah, akhbar, tabloid, dan aneka penerbitaan buku), radio, laman web dan pelbagai egroup, mahupun televisyen. Serangan media massa jaringan liberal ini secara umumnya dapat dilihat dalam memberitakan apa yang terjadi setelah peristiwa di Monas, 1 Jun 2008.

Keterangan lanjut, klik di sini


Mereka berusaha keras membentuk pemikiran masyarakat agar FPI dibubarkan kerana meresahkan masyarakat, radikal, bahkan disebut sebagai ‘barisan polis berjubah’. Di samping itu mereka menayangkan aneka liputan tentang bagaimana tertindasnya kelompok sesat Ahmadiyah. Mereka sama sekali tidak memuatkan fakta bahawa AKKBB (Aliansi Kebangsaan Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan /The National Alliance for Freedom of Religion and Belief) yang sebenarnya menyalahi hukum pada hari tersebut, memprovokasi dan menentang FPI terlebih dahulu, bahkan ada peserta demonya yang membawa senjata api. Klik di sini

Padahal dapat dibayangkan, jika yang membawa senjata api itu salah seorang anggota FPI, maka dalam waktu sekejap sahaja pasti dunia antarabangsa sudah mengetahuinya, bahkan tidak mustahil Kedutaan besar Amerika akan segera menekan SBY (Presiden Indonesia) untuk menangkap sipembawa senjata itu . Dan SBY akan segera memerintahkan Ketua Polis Republik Indonesia (Kapolri,) untuk menghantar Pasukan Elit Polis (Polri Densus 88) untuk memburunya.

Apa yang dilakukan media massa pro-liberal ini sesungguhnya mengikuti arahan yang sudah ditulis oleh Cheryl Bernard dari think-tank Zionis Amerika (kelompk Neo-Con di mana salah satu pendokongnya adalah Paul Wolfowitz, si Zionis-Yahudi Gedung Putih, kawan dekat Abdurrhaman Wahid) bernama Rand Corporation dalam artikelnya yang berjudul “CIVIL DEMOCRATIC ISLAM, PARTNERS, RESOURCES, AND STRATEGIES”. Klik di sini

Intipati artikel itu adalah seperti berikut:

STRATEGI: PECAH BELAH KELOMPOK ISLAM

Langkah pertama melakukan klasifikasi terhadap umat Islam berdasarkan kecenderungan dan sikap politik mereka terhadap Barat dan nilai-nilai Demokrasi.

Pertama : Kelompok Fundamentalis: menolak nilai-nilai demokrasi dan kebudayaan Barat kontemporari (semasa). Mereka inginkan sebuah negara berautoriti teokrasi (hukum agama) yang akan menerapkan hukum Islam yang ekstrem. Mereka bersedia menggunakan teknologi moden untuk mencapai tujuan mereka.

Kedua : Kelompok Tradisionalis: ingin suatu masyarakat yang konservatif(corak lama). Mereka mencurigai modernisasi dan perubahan (inovasi).


Ketiga: Kelompok Modernis: ingin dunia Islam menjadi sebahagian modernisasi global. Mereka ingin memodenkan dan mereformasi Islam serta menyesuaikannya dengan zaman.

Keempat : Kelompok Sekularis: ingin dunia Islam dapat menerima pemisahan antara agama dan negara dengan cara seperti yang dilakukan negara-negara demokrasi industri Barat, dengan agama dihadkan kepada ruang lingkup peribadi.


STRATEGI ADU DOMBA

Setelah membahagi-bahagikan umat Islam kepada empat kelompok itu, langkah berikutnya yang penting yang dicadangkan Rand Corporation adalah politik adu domba. Menyokong satu pihak dan menjatuhkan pihak lain, seterusnya berlawanan antara kelompok tersebut. Usaha itu nampak jelas dari kesungguhan perlawanan antara Nahdatul Ulama (NU) yang dikenal tradisionalis dengan orgasasi masyarakat (ormas) Islam yang Barat sering sebut sebagai Fundamentalis seperti FPI (Front Pembela Islam), HTI(hizbul Tahrir Indonesia), atau MMI (Majelis Mujahidin Indonesia).

Hal ini dirancang sangat terperinci. Berikut langkah-langkahnya:

Pertama, Support the modernists first (mendukung kelompok Modernis) dengan:

1. Menerbitkan dan mengedarkan karya-karya mereka dengan dana yang disubsidi,

2. Mendorong mereka untuk menulis kepada audiens massa dan kaum muda,

3. Memperkenalkan pandangan-pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam,

4. Memberikan mereka suatu flatform masyarakat (NGO)

5. Menyediakan kepada mereka pemikiran dan penilaian terhadap pertanyaan-pertanyaan yang fundamental dari penafsiran agama dalam persaingan mereka dengan kaum fundamentalis dan tradisionalis, yang memiliki laman web, dengan menyebarkan pandangan-pandangan mereka dari rumah-rumah, sekolah-sekolah, institusi-institusi, serta frasarana yang lainnya.

6. Menjadikankan sekularisme dan modernisme sebagai pilihan “counterculture” kepada kaum muda Islam yang sedang mencari kebenaran.

7. Mendorong kesedaran terhadap sejarah pra-Islam dan budaya non-Islam, di dalam media dan kurikulum daripada negara-negara yang relevan.

8.Membantu dalam membangun organisasi-organisasi sivil (NGO) yang independent, untuk mempromosikan kebudayaan sivil (civic culture) serta memberi ruang kepada rakyat biasa untuk mendidik diri mereka sendiri mengenai proses politik dan mengutarakan pandangan-pandangan mereka.


Kedua, Support the traditionalists against the fundamentalists : Mendukung kaum tradisionalis menentang kaum fundamentalis.

Langkah-langkah yang dilakukan antara lain,

1. Menerbitkan kritik-kritik kaum tradisionalis berkenaan kekerasan dan ekstrimisme yang dilakukan oleh kaum fundamentalis; mendorong perbezaan pendapat antara kaum tradisionalis dan fundamentalis.

2. Mencegah persefahaman atau perikatan antara kaum tradisionalis dan kaum fundamentalis.

3. Mendorong kerjasama antara kaum modernis dan kaum tradisionalis.

4. Mendidik kaum tradisionalis dalam mempersiapkan diri mereka untuk mampu melakukan perdebatan dengan kaum fundamentalis. Kaum fundamentalis secara retorika seringkali lebih superior, sementara kaum tradisionalis melakukan praktik politik Islam pinggiran yang kabur. Di tempat-tempat seperti di Asia Tengah, mereka mungkin perlu untuk dilatih dalam Islam ortodoks supaya mampu mempertahankan pandangan mereka.

5. Menambah kehadiran kaum modernis pada institusi-institusi tradisionalis.

6. Melakukan diskriminasi antara sektor-sektor tradisionalisme yang berbeza. Mendorong tokoh-tokoh tertentu teratrik kepada modernisme, seperti pada Mazhab Hanafi. Mendorong mereka untuk membuat isu pemikiran-pemikiran agama serta mempopularkan hal itu untuk melemahkan otoriti dari penguasa yang terpengaruh dengan Wahhabi. Hal ini berkaitan dengan tajaan. Wang dari Wahhabi diberikan untuk mendukung Mazhab Hambali yang konservatif. Begitu juga dengan pengetahuan.

7. Mendorong populariti dan penerimaan Sufisme.


Ketiga, Confront and oppose the fundamentalists: Mengkonfrontir dan menentang kaum fundamentalis. Langkah-langkahnya antara lain:


1. Menentang tafsir mereka tentang Islam dan menunjukkan ketidakbenarannya.

2. Membongkar kaitan mereka dengan kelompok-kelompok dan aktiviti-aktiviti haram (illegal).

3. Mendedahkan kesan dari tindakan kekerasan yang mereka lakukan.

4. Menunjukkan ketidakmampuan mereka dalam memerintah

5. Menerbitkan peanan-pesanan ini kepada kaum muda, masyarakat tradisionalis yang alim, kepada minoriti kaum muslimin di Barat, dan kepada wanita.

6. Mengelakkan beri penghormatan dan pujian akan perbuatan kekerasan dari kaum Fundamentalis, ekstrimis dan teroris. Tuduh mereka sebagai pengganggu dan pengecut serta mereka bukan sebagai pahlawan.

7. Mendorong para wartawan untuk membongkar isu-isu korupsi, kemunafikan, dan tidak bermoralnya lingkaran kaum fundamentalis dan kaum teroris.

8. Mendorong perpecahan antara kaum fundamentalis.


Keempat, Secara selektif mendukung kaum sekular:

1. Mendorong pengakuan fundamentalisme sebagai musuh bersama, mematahkan perikatan kekuatan-kekuatan anti Amerika berdasarkan hal-hal seperti nasionalisme dan ideologi kiri.

2. Mendorong idea bahawa Agama dan Negara juga dapat dipisahkan dalam Islam dan menegaskan hal ini tidak membahayakan keimanan malah akan memperkuatnya. Pendekatan apapun atau kombinasi pendekatan manapun yang diambil, kami sarankan bahawa hal itu dilakukan dengan sengaja dan berhati-hati, kerana mengetahui beban simbolis dari isu-isu; kesan dari penyesuaian ini bagi tokoh-tokoh Islam lain, termasuk risiko ancaman daripada orang-orang yang sedang kita berusaha bantu; dan kesempatan tajaan-tajaan serta kesan jangka pendek yang tidak diingini.


KELEMAHAN UMAT ISLAM INDONESIA

Umat Islam Indonesia sebenarnya kuat, dan berjuang menegakkan Islam dengan ikhlas, bahkan jika perlu nyawa pun jadi taruhannya. Cuma, kelemahan yang paling besar adalah umat tauhid ini tidak memiliki media massa yang kuat, termasuk akhbar dan televisyen.

Sayangnya, sebahagian pemimpin umat ini sekarang telah ramai dijangkiti dengan penyakit wahn, yakni cinta dunia melebihi kecintaannya pada akhirat, sehingga membeli kereta sebuah mewah seperti Bentley dengan miliaran rupiah mampu, tetapi membuat sumbangan untuk kemashlahatan umat,tidak mampu. Padahal Bentley tidak boleh dibawa ke liang kubur.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan umat tauhid ini seorang pemimpin yang benar-benar menegakkan dan menghidup Islam, bukan malah hidup dengan memperalatkan umat Islam. Amien Ya Allah! (Tamat/Rizki)


AIDC menterjemah artikel eramuslim.com yang bertajuk "Membongkar Jaringan AKKBB". Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan

1. Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia - Israel ?

2. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

3. Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?

4. Inti ideologi Jaringan Islam Liberal

5. Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia

6. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

7. Islam Liberal Menyerang PKR?

8. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

0 comments: